Ce diaporama a bien été signalé.
Le téléchargement de votre SlideShare est en cours. ×

(Pengajian malaysia) Sejarah dan latar belakang kaum di Malaysia

Publicité
Publicité
Publicité
Publicité
Publicité
Publicité
Publicité
Publicité
Publicité
Publicité
Publicité
Publicité
Chargement dans…3
×

Consultez-les par la suite

1 sur 32 Publicité

Plus De Contenu Connexe

Diaporamas pour vous (20)

Publicité

Similaire à (Pengajian malaysia) Sejarah dan latar belakang kaum di Malaysia (20)

(Pengajian malaysia) Sejarah dan latar belakang kaum di Malaysia

  1. 1. DUB 1012 : PENGAJIAN MALAYSIA TEMA : SEJARAH & LATAR BELAKANG PENDUDUK MALAYSIA
  2. 2. MALAYSIA • Masyarakat terdiri daripada pelbagai keturunan, etnik, warna kulit, agama, bahasa, kebudayaan, dll. • Satu-satunya negara yang mempunyai masyarakat majmuk yang berjaya mengekalkan keamanan dan perpaduan. • Masyarakat majmuk mempunyai konsep dan sejarahnya yang tersendiri di Malaysia.
  3. 3. KAUM MELAYU  Ditafsirkan sebagai penduduk asal Tanah Melayu  Sehingga tahun 1957, jumlah penduduk Melayu di Tanah Melayu ialah 2, 427, 834 orang iaitu 49.8% drpd jumlah penduduk Tanah Melayu  Kegiatan ekonomi utama masyarakat Melayu persisir ialah perdagangan  Bagi negeri-negeri di pantai timur Semenanjung, penduduk Tanah Melayu tertumpu kepada kegiatan menangkap ikan (nelayan) dan bertani  Bagi kaum wanita di negeri Kelantan dan Terengganu, mereka bergiat dalam aktiviti perniagaan kecil-kecilan
  4. 4.  Kegiatan ekonomi utama kaum Melayu ialah perdagangan di samping ekonomi sara diri lain seperti pertanian, penternakan, menangkap ikan dan mengutip hasil hutan  Penguasaan ekonomi kaum Melayu semakin berubah dan merosot setelah campur tangan British  Kemasukan buruh asing telah mengubah struktur ekonomi masyarakat Melayu
  5. 5. KAUM CINA  Sebelum kedatangan British, bilangan masyarakat Cina adalah terlalu kecil dan kebanyakannya bekerja sebagai peniaga sahaja  Penghijrahan masuk masyarakat Cina secara beramai- ramai berlaku selepas pengambilan Pulau Pinang oleh British dari tangan Sultan Kedah pada tahun 1786, pengambilan Singapura dari tangan Sultan Johor pada tahun 1819 dan selepas penubuhan Negeri-Negeri Selat pada tahun 1826  Kebanyakan masyarakat Cina ini berasal dari wilayah Kwangtung dan Tukuin. Ramai juga yang datang dari daerah Amoy, Sen-Yu, Hok-Chiu, Eng Chon dan lain-lain
  6. 6.  Pada peringkat awal, buruh-buruh Cina bertumpu di tapak-tapak perlombongan awal seperti di Lukut dan Sungai Ujong  Penghijrahan semakin pesat sejajar dengan perkembangan akativiti perlombongan
  7. 7. KAUM INDIA  Kedatangan buruh India ke Tanah Melayu hanya ketara pada abad ke-19 dan ke-20, sebenarnya hubungan antara India dengan Semenanjung Tanah Melayu telah berlaku lebih awal lagi  Penghijrahan masyarakat India ke Tanah Melayu berlaku secara besar-besaran mulai tahun 1840-an  Kebanyakan buruh India datang dari Selatan India  Mereka mula bekerja sebagai peladang di ladang-ladang tebu dan kopi di Seberang Perai  Tumpuan masyarakat India ini ialah di kawasan- kawasan utama penanaman getah di Perak, Selangor dan Negeri Sembilan
  8. 8.  Catatan menunjukkan sejak tahun 1900 hingga 1910, iaitu seramai 48, 000 buruh India telah berhijrah ke Tanah Melayu  Angka ini meningkat secara mendadak 10 tahun kemudiannya, iaitu antara tahun 1911 hingga 1920 apabila dianggarkan seramai 908,000 buruh India berhijrah ke Tanah Melayu  90% daripada golongan penghijrahan terdiri daripada orang Tamil yang berasal Chennai, sementara selebihnya ialah Telegu dan Malayalam  Selain orang Tamil, terdapat juga orang Punjabi dan Ceylon  Kumpulan etnik penduduk India yang terbesar ialah orang Tamil yang terbentuk 80% daripada keseluruhan penduduk India di Tanah Melayu sementara orang Malayali meliputi 7%
  9. 9.  Orang Telegu pula berjumlah 4%  Selain kelompok etnik di atas, orang Punjabi turut datang dan pada peringkat awalnya mereka bertugas dalam perkhidmatan polis dan kereta api serta menjadi pengawal keselamatan
  10. 10. AGAMA & KEPERCAYAAN KAUM MELAYU  Penduduk Melayu di Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak, amnya menganut agama Islam  Agama Islam dibawa masuk ke Tanah Melayu sejak abad ke-14 atau ke-15  Kesultanan Melayu Melaka memang terkenal sebagai pusat pemerintahan yang berperanan penting dalam memastikan penyebaran dan pengukuhan agama Islam  Agama Islam adalah berkonsepkan kepercayaan kepadaTuhan yang satu  Ajaran ini sememangnya berbeza dengan pegangan masyarakat di Tanah Melayu pada abad ke-7 hingga ke- 13 sebelum ini yang menganut agama Hindu dengan konsep banyak Tuhan
  11. 11.  Dalam agama Islam, al-Quran dijadikan sebagai sumber/asas hukum yang utama bersama-sama dengan panduan daripada amalan Nabi Muhammad SAW seperti hadis  Asas utama dalam ajaran Islam ialah Rukun Islam dan Rukun Iman  Ajaran Islam bermatlamat : a) Melahirkan manusia yang mempunyai konsep kepercayaan yang betul, iaitu hanya percaya kepada kekuasaan Allah semata-mata b) Melahirkan manusia yang mempunyai cara hidup yang tersusun dan bersistematik dalam setiap situasi kehidupan mereka c) Melahirkan manusia yang bertanggungjawab sebagai khalifah Allah di muka bumi ini dan sekali gus melahirkan manusia yang mengenali diri dan mempunyai hala tuju hidup
  12. 12. KAUM CINA  Golongan ini turut membawa bersama agama dan kepercayaan yang dianuti mereka ke negara ini dan kekal mengamalkan agama dan kepercayaan masing- masing tanpa halangan dan sekatan  Taoisme a) Merupakan sistem falsafah dan keagamaan Cina b) Pengaruh Taoisme amat meluas c) Kepercayaan ini telah memperkaya ajaran Confucianisme dan membantu memperluas ajaran agama Buddha serta memberikan semangat, inspirasi dan panduan akhlak kepada orang2 Cina d) Taoisme berasal daripada perkataan Tao yang bermaksud 'Jalan' (The Way)
  13. 13. e) Sebagai satu sistem falsafah, Taoisme mengajar pengikutnya untuk mencapai ketenangan jiwa, kedamaian fikiran dan keharmonian emosi f) 2 orang ahli falsafah Taoisme yang terkenal ialah Lao Tzu dan Chuang Tzu g) Ajaran agama Tao telah diasaskan oleh Chang Ling yang dikenali sebagai T'ien Shih (The Heavenly Teacher) dalam kalangan para pengikutnya. Ajaran ini terbahagi dua, iaitu :  Cult of Immortality-Mengajar pengikutnya mencari kehidupan abadi menerusi meditasi, latihan pernafasan, gimnastik, mandi, seni seksual & perubatan  Way of the Heavenly Teacher- Dikembangkan oleh K'ou Ch'ien-chih
  14. 14.  Fahaman Confucianisme a) Pengasas >>> Kung Fu Tze (Confucius) b) Lahir pada tahun 551SM dan meninggal dunia ketika berusia 72 tahun c) Merupakan seorang tokoh yg mendapat pendidikan & pernah berkhidmat sebagai majistret dan menteri d) Banyak menghabiskan masa ketika hayatnya dengan menyemak manuskrip2 lama & menyampaikan ajaran2 yang mulia dalam kehidupan e) Conficius mengajar falsafah moral & sosial serta garis panduan tentang tingkah laku berlandaskan nilai2 abstrak seperti kasih sayang, keamanan, keharmonian, kemanusiaan, kebijaksanaan, keberanian dan kesetiaan
  15. 15.  Konsep kekeluargaan dalam Confucianisme  Sangat mementingkan organisasi kekeluargaan  Dalam sesebuah keluarga, kasih sayang sesama keluarga (hsiao), ukhuwah (ti), ketaatan kepada ibubapa dan abang sangat dititikberatkan  Menekankan kepatuhan kepada orang yang berkedudukan lebih tinggi  Susunan dalam masyarakat berdasarkan status dan tanggungjawab kepada keluarga  Terdapat satu sistem moral yang sangat penting dikenali sebagai Lima Jenis Perhubungan (Wu Lun)
  16. 16.  Ketaatan anak  Penghormatan yang patut diberi oleh anak kepada ibubapa  Menekan kuat konsep pemujaan dan penyembahan terhadap keluarga terutama nenek moyang yang telah meninggal dunia  Sebarang kebaikan atau keburukan yang dilakukan oleh seseorang akan merujuk kepada perbuatan dan gambaran terhadap seluruh keluarganya
  17. 17.  Konsep Yin dan Yang  Semua benda yang ada di dunia ini merupakan gabungan unsur pasif (Yin) dan unsur aktif (Yang)  Gabungan Yin dan Yang akan membawa keamanan dan keharmonian  Konsep ini menjadi teras kepada amalan masyarakat Cina sehingga kini  Yang (kuasa positif) dalam alam seperti panas matahari, bumi dan kering, iaitu tanda2 yang melambangkan kepintaran, kekuatan dan kepimpinan  Yin (kuasa negatif) melambangkan kuasa2 negatif alam seperti sejuk, bulan dan lautan yang melambangkan sifat2 lemah, gelap dan pasif
  18. 18.  Jen  Bermatlamat membentuk seorang individu bermoral tinggi dan sempurna  Menganggap manusia mempunyai sifat baik semula jadi  Manusia perlu sentiasa bersedia dan membuat kebajikan, mempunyai perasaan empati dan persahabatan  Semua perasaan ini perlu disemai untuk tujuan menguntungkan masyarakat atau orang lain  Ajaran ini boleh dikatakan sebagai perasaan berperikemanusiaan
  19. 19.  Chun Zhi  Bermaksud manusia yang benar, manusia yang sempurna dan manusia yang terbaik  Disamakan dengan konsep insan kamil (Manusia Sempurna) dalam agama Islam  Konsep Li  Bermaksud kesopanan, budi pekerti dan pelaksanaan upacara2 (rites)  Bertujuan mewujudkan sebuah negara yang stabil, pemerintah harus mengendalikan sistem pentadbiran berdasarkan konsep ini serta konsep Jen
  20. 20.  Nilai Te  Bermaksud persetujuan warganegara kepada nilai moral yang merupakan prasyarat untuk menjadi anggota masyarakat  Jika pemimpinnya terdiri dari kalangan orang yang mampu mengabdikan diri secara jujur kepada kepentingan bersama dan memiliki watak dan kelakuan yang baik supaya boleh melahirkan penghormatan
  21. 21. KAUM INDIA  Agama Hindu ialah agama yang paling banyak dianuti oleh kaum India  Setiap penganut Hindu perlu sentiasa menyesuaikan diri untuk hidup demi masyarakatnya dan berusaha memuaskan hati nenek moyang dan tuhan-tuhannya  Sebagai balasan, Tuhan-tuhan akan menjauhkan mereka daripada penyakit dan sebarang bencana, memanjangkan usia dan membantu mereka menewaskan musuh dalam sebarang peperangan  Terdapat beberapa ciri yang terkandung dalam agama Hindu ini
  22. 22.  Kepercayaan kepada dewa-dewa  Asas agama Hindu ialah Tuhan yang satu  Namun, penjelmaan dewa menjadikan agama Hindu sering dilihat beraliran politeisme, walaupun tidak tepat  Konsep ketuhanan merangkumi elemen monoteisme (satu tuhan), politeisme (banyak tuhan), henoteisme (struktur tuhan mengikut kekuasaan), dan panteisme (semua benda adalah tuhan)
  23. 23.  Konsep karma dan kelahiran semula  Mereka percaya bahawa kelahiran mereka ke dalam salah satu kasta amat dipengaruhi oleh kelakuan mereka semasa dalam hayat terdahulu  Keperibadian dlam hayat yang sedang dilalui perlulah baik dan berbudi supaya mereka berada dalam kasta yang baik dalam kehidupan yang akan datang  Unsur yang menentukan kasta mana yang harus diduduki selepas kelahiran semula ialah karma  Hukum-hukum karma perlu dipatuhi untuk memastikan kebahagiaan, kemakmuran, dan usia yang panjang
  24. 24.  Kitab-kitab Veda  Kitab Veda ialah kitab yang menjadi panduan dalam masyarakat pengamal agama Hindu  Kitab-kitab ini mengandungi riwayat hidup, amalan- amalan politik, kebudayaan, tempat, pakaian, minuman, dan sebagainya  Kitab-kitab ini juga mengandungi ramalan-ramalan tentang kedatangan seorang nabi
  25. 25. MASYARAKAT SARAWAK  Mempunyai lebih kurang 28 kumpulan etnik peribumi  Kaum majoriti di Sarawak meliputi orang Iban (Dayak Laut), orang Melayu dan orang Melanau  Orang Iban  Orang Iban tidak mempunyai agama tertentu  Mereka masih berpegang kepada ajaran animisme  Pegangan ini banyak dipengaruhi oleh unsur2 yang dibawa oleh fahaman Hindu-Buddha  Selepas kedatangan kuasa2 Barat, agama Kristian telah dibawa masuk  Kini, sebahagian besar masyarakat Iban beragama Kristian
  26. 26.  Orang Iban berpegang kuat kepada kepercayaan tradisional mereka  Contoh, kepercayaan 'miring' iaitu jampi serapah yang dilakukan atas tujuan menolak bala  Mereka sangat patuh kepada pantang larang (mali)  Akan ditimpa bala atau kematian sekiranya melanggar pantang larang  Kepercayaan lain berdasarkan tafsiran mimpi  Aktivit harian dipengaruhi oleh tafsiran mimpi mereka  Aktiviti boleh dibatalkan sekiranya mendapat mimpi yang tidak baik
  27. 27.  Orang Melayu  Berpegang kepada agama Islam  Agama ini membentuk ciri-ciri perkampungan mereka seperti bersatu-padu, bertatasusila, bertanggungjawab dan sebagainya  Terdapat masjid di setiap kampung yang menjadi pusat segala kegiatan keagamaan selain bersembahyang  Terdapat juga madrasah yang berperanan sebagai pusat kegiatan Islam  Mereka juga percaya kepada pantang larang tertentu  Pantang larang diamalkan bertujuan memelihara keharmonian kaum dan kampung seluruhnya
  28. 28.  Masyarakat Melanau  Asalnya merupakan pagan(tidak mempunyai agama)  Kini, ramai yang beralih kepada agama Islam dan Kristian ekoran pemerintahan Kesultanan Brunei dan kedatangan keluarga Brooke  Sebelum mereka memeluk Islam, mereka juga mempunyai kepercayaan terhadap kuasa ghaib dan kuasa luar biasa  Mereka percaya dunia ini mempunyai tiga lapisan iaitu atas, pertengahan dan bawah yang didalamnya mempunyai unsur baik dan jahat  Kuasa2 ghaib yang menjaga setiap lapisan tidak boleh diganggu
  29. 29.  Sekiranya diganggu, masyarakat Melanau akan ditimpa penyakit atau kesusahan  Makhluk2 ini dikenalik sebagai 'jin', 'ipok', 'amok', 'tow', dan 'during'  Sekiranya makhluk ini mengamuk, khidmat dukun atau bomoh digunakan untuk memujuknya  Namun, ekoran pemodenan dan anutan Islam, kepercayaan terhadap kuasa halus semakin berkurangan
  30. 30. MASYARAKAT SABAH  Dikatakan mempunyai lebih daripada 32 suku kaum  Masyarakat Kadazan-Dusun ialah masyarakat terbesar  Asalnya mereka memegang kepercayaan animisme  Sebahagian kecil daripada mereka telah memeluk agama Islam dan Kristian  Di kawasan pedalaman, ramai yang masih pagan (tiada agama)
  31. 31.  Masyarakat Kadazan-Dusun  Percaya kewujudan syurga dan neraka  Bagi golongan pagan, mereka percaya sesiapa yang mati, rohnya akan dibawa pergi ke Gunung Kinabalu  Percaya kepada pantang larang dan tafsiran mimpi  Mimpi buruk boleh mempengaruhi keputusan dalam kehidupan mereka  Mempunyai upacara pemujaan seperti 'kaamatan'(pesta menuai)
  32. 32.  Masyarakat Bajau  Hampir semua beragama Islam  Anutan ini menjadi pegangan mereka dalam segala aspek kehidupan  Mengamalkan upacara2 agama seperti berkhatan, akad nikah, khatam al-Quran dan lain-lain  Mereka percaya kepada 'jin' iaitu sejenis makhluk yang dianggap mempunyai kuasa luar biasa  Percaya konsep 'tulah' iaitu malapetaka yang ditimpa apabila melanggar adat atau peraturan  Kepercayaan begitu semakin pupus

×