SlideShare une entreprise Scribd logo
1  sur  13
NIJAL BAHARI BIN ISMAIL
M20121000459
KPT6044 : PEMBELAJARAN BERASASKAN ELEKTRONIK DAN WEB

PEMARKAHAN

KOD & NAMA KURSUS

Semester 3 Sesi 2013/2014

KPT 6044: Pembelajaran Berasaskan Elektronik dan Web

KAJIAN TINJAUAN:
Penggunaan Internet Mempengaruhi Sikap Pelajar

DISEDIAKAN OLEH:
NAMA

NO. MATRIK

PROGRAM

NIJAL BAHARI BIN ISMAIL

M20121000459

SARJANA PENDIDIKAN
TEKNOLOGI
INSTRUKSIONAL

PENSYARAH: PROF MADYA DR ABD LATIF BIN HAJI GAPOR
Tarikh : 9 November 2013
1
NIJAL BAHARI BIN ISMAIL
M20121000459
KPT6044 : PEMBELAJARAN BERASASKAN ELEKTRONIK DAN WEB
1.0

Pengenalan

Perkembangan teknologi dewasa ini sangat pesat sehingga adakalanya membimbangkan
sesetengah pihak tentang kesannya terhadap masyarakat. Seperti contoh, perkembangan
teknologi komunikasi massa terutamanya Internet telah memberikan pelbagai impak sama ada
baik atau buruk kepada setiap golongan masyarakat tidak kira tua mahupun muda.
Menurut sumber dari Majalah Estidotmy, Internet merupakan rangkaian komputerkomputer yang sebelum ini digunakan oleh para penyelidik dan saintis untuk berkongsi
maklumat yang kemudiannya berkembang menjadi alat paling penting dalam kehidupan manusia
masa kini.Tetapi di Malaysia, penggunaan Internet hanya mula diperkenalkan pada tahun 1991
selepas penyelidikan dijalankan oleh universiti-universiti tempatan. Kini, Malaysia mencatatkan
bilangan pengguna Internet sebanyak 4.8 juta pada tahun lepas dan dijangka semakin bertambah
pada tahun ini.

Populariti Internet di negara ini adalah disebabkan ia sememangnya alat atau medium
komunikasi, pembelajaran, hiburan dan perniagaan yang membawa perubahan besar dalam
kehidupan kita. Bagi para pelajar dan pendidik misalnya, penggunaan Internet akan
memudahkan mereka mendapatkan bahan-bahan pembelajaran termasuk untuk tugasan sekolah.
Aplikasi seperti e-mel, pembelajaran dalam talian seperti yang ditawarkan Portal Pendidikan
Utusan, perpustakaan digital dan sebagainya hanya boleh diperkenalkan melalui Internet.Seorang
pelajar kini boleh melayari beribu-ribu perpustakaan digital di seluruh dunia dalam mendapatkan
maklumat mengenai pembelajaran mereka dengan hanya perlu duduk di hadapan komputer.
Disebabkan konsep Internet yang menekankan kepada konsep kebebasan, para pelajar dan
pengguna harus bijak menggunakannya agar tidak terpengaruh untuk mengunjungi laman-laman
web yang terlarang dan tidak berfaedah.

2
NIJAL BAHARI BIN ISMAIL
M20121000459
KPT6044 : PEMBELAJARAN BERASASKAN ELEKTRONIK DAN WEB
Sungguhpun begitu, perkembangan teknologi ini tidak semua baik kesannya, ada yang
buruknya seperti dengan Internet dunia seolah-olah milik kita kerana dengan Internet kita boleh
melayari segala maklumat tanpa sempadan, tanpa kawalan dan tapisan ibarat membawa `dunia'
kepada anda dengan hanya berada di hadapan komputer di rumah, pejabat atau sekolah. Sistem
ini boleh diperoleh melalui komputer atau televisyen.Tambahan pula kini internet juga boleh
dilayari menerusi telefon bimbit.
Bagi segelintir golongan pelajar mereka suka melayari internet tanpa tujuan dan akan
terus melayarinya dalam tempoh masa yang lama. Fenomena ini akan menyebabkan mereka
malas untuk mengulangkaji pelajaran dan ia akan memberi kesannya kepada kegagalan dalam
pelajaran. Selain itu, bagi mereka yang berfikiran negatif, mereka akan melayari laman web yang
tidak baik. Hal ini boleh mengganggu perasaan kita sebagai seorang pelajar dan akibatnya, kita
akan terpengaruh dengan budaya kuning yang dibawa menerusi Internet.
2.0

Pernyataan masalah

Komunikasi massa adalah merujuk kepada komunikasi umum yang selalunya menggunakan
perantaraan (Narimah Ismail, 2006: 17). Perantaraan yang dimaksudkan dalam komunikasi ini
ialah penggunaan televisyen, akhbar, majalah, radio, dan buku. Bahan perantaraan ini juga
digunakan sebagai satu alat komunikasi bagi menyampaikan maklumat serta apa yang berlaku di
sekeliling kita.
Dalam membincangkan perihal komunikasi massa, bahan perantaraan ini boleh memberi
kesan terhadap masyarakat terutamanya pelajar. Kesan media massa ini merujuk kepada
perubahan perilaku dan pemikiran seseorang setelah menerima maklumat daripada media massa
yang digunakannya dari segi emosi dan pemikiran.
Jenis aplikasi yang dilayarimemainkan peranan penting dalam pembentukan sikap
seseorang pelajar di mana kecenderungan mereka menjadi positif jika melayari laman web yang
berfaedah dan begitu juga sebaliknya.Selain itu, jumlah masa yang diperuntukkan untuk
melayari Internet juga antara faktor yang menyumbang kepada peningkatan dan perubahan
3
NIJAL BAHARI BIN ISMAIL
M20121000459
KPT6044 : PEMBELAJARAN BERASASKAN ELEKTRONIK DAN WEB
sikapseseorang pelajar.Justeru itu, penyelidik telah mengambil inisiatif untuk melakukan kajian
mengenai punca berlakunya perubahan sikap pelajar serta mengenal pasti laman web atau
aplikasi yang kerap di gunakan oleh pelajar semasa melayari Internet.
3.0

Objektif Kajian

Kajian ini dilakukan adalah bertujuan untuk:
1) Mengenalpasti jenis aplikasi dan laman web yang kerap dilayari oleh pelajar.
2) Mengenalpasti tahap kekerapan penggunaan Internet di kalangan pelajar.
3) Mengenalpasti tujuan penggunaan Internet oleh pelajar.
4) Menghubungkaitkan penggunaan Internet, jantina denganperubahan sikap pelajar.

4.0

Reka Bentuk Kajian

Reka bentuk kajian adalah berbentuk kajian kuantitatif.Kajian kuantitatif adalah kajian yang
menggunakan maklumat atau data yang bersifat kuantitatif. Data kuantitatif boleh diukur,
melalui proses pengukuran dan memerlukan alat-alat pengukuran seperti soal selidik dan ujian.
Saiz sampel bagi kajian ini lebih besar berbanding kajian kualitatif.Kajian ini telah dijalankan di
salah sebuah sekolah menengah di daerah Maran, Pahang.Seramai 40 orang responden telah
terlibat di dalam kajian tinjauan ini.Instrumen yang digunakan adalah direka dan disesuaikan
dengan latar belakang pendidikan responden yang terlibat.Penyelidik telah membahagikan soal
selidik kepada empat bahagian.Bahagian A ialah mengenai demografi responden seperti jantina
dan pendapatan ibu bapa.Manakala Bahagian B ialah mengenai jenis aplikasi yang digunakan
dan tempoh masa melayari Internet.Penyelidik telah mewujudkan Bahagian C dan D untuk
mengetahui tujuan utama responden melayari Internet danmenghubungkaitkan penggunaan
Internet, jantina dengan perubahan sikap pelajar.

4
NIJAL BAHARI BIN ISMAIL
M20121000459
KPT6044 : PEMBELAJARAN BERASASKAN ELEKTRONIK DAN WEB
5.0

Dapatan Kajian

Jadual 1 menunjukkan taburan bilangan responden.Seramai 40 orang responden terlibat dan 16
orang adalah pelajar lelaki (40%) dan 24 orang adalah pelajar perempuan (60%).
TABURAN BILANGAN RESPONDEN
BILANGAN
PELAJAR
16
24
40

JANTINA
Lelaki
Perempuan
Jumlah

PERATUS (%)
40
60
100

Jadual 1: Taburan Bilangan Responden
BahagianB ialah mengenai jenis aplikasi yang digunakan dan tempoh masa yang digunakan oleh
pelajar untuk melayari Internet. Faktor ini adalahantara penyumbang terbesar kepada
peningkatan penggunaan Internet dan seterusnya akanmempengaruhi sikap pelajar. Hasil kajian
adalah seperti di dalam Jadual 2 dan 3 di bawah.

JENIS APLIKASI MELAYARI INTERNET

JENIS APLIKASI

Facebook, Twitter, Myspace
Email (Yahoo, Hotmail, Gmail)
Youtube, Tonton online (TV3), blog
„Chat-room‟ (Skye, Yahoo Messenger,
MSN Messenger, Facebook Messenger)
Berita online, laman web e-pembelajaran
Permainan atas talian (Cityville,
Farmville,
Chefville)
JUMLAH

LELAKI

PERATUSAN
(%)

PEREMPUAN

PERATUSAN
(%)

2
1
4
4

12.5
6.3
25.0
25.0

4
3
3
3

16.7
12.5
12.5
12.5

2

12.5

7

29.2

3

18.8

4

16.7

16

100.0

24

100

Jadual 2: Jenis Aplikasi Yang Digunakan oleh Pelajar Melayari Internet

5
NIJAL BAHARI BIN ISMAIL
M20121000459
KPT6044 : PEMBELAJARAN BERASASKAN ELEKTRONIK DAN WEB

Jadual 2, menunjukkan jenis aplikasi yang kerap dilayari oleh para pelajar tidak kira lelaki
mahupun perempuan. Tetapi kecenderungan pelajar lelaki untuk melayari laman web seperti
‘Youtube’ dan ‘chat-room’ lebih tinggi berbanding dengan pelajar perempuan.Pelajar perempuan
lebih suka melayari laman web yang berfaedah seperti laman web e-pembelajaran.

PERATUSAN
KEKERAPAN MELAYARI INTERNET

PERATUSAN

LELAKI

%

PEREMPUAN

%

Kurang daripada 1 jam

1

6.25

10

41.7

1- 2 jam

4

25

6

25.0

3 – 4 jam

6

37.5

6

25.0

Lebih dari 5 jam

5

31.25

2

8.3

Jumlah

16

100

24

100

Jadual 3 : Kekerapan Pelajar Melayari Internet

Jadual 3, menunjukkan bahawa kebanyakan pelajar tidak kira lelaki atau perempuan
memperuntukkan selama 3 hingga 4 jam sehari bagi tujuan melayari Internet. Kekerapan pelajar
perempuan menggunakan Internet adalah lebih rendah berbanding dengan pelajar lelaki di mana
mereka hanya memperuntukkan kurang daripada 1 jam untuk melayari Internet setiap hari.

6
NIJAL BAHARI BIN ISMAIL
M20121000459
KPT6044 : PEMBELAJARAN BERASASKAN ELEKTRONIK DAN WEB
Bahagian C dan D adalah untuk mengkaji tujuan utama pelajar melayari Internet dan
menghubungkaitkannya dengan sikap pelajar.Hasil kajian yang didapati adalah seperti Jadual 4.

TUJUAN MELAYARI INTERNET DAN HUBUNGANNYA DENGAN TINGKAH LAKU PELAJAR
TUJUAN MELAYARI INTERNET
BIL

PERNYATAAN

L

1 Untuk mencari kenalan baru
2 Untuk berkomunikasi bersama rakan-rakan
3 Untuk mencari bahan ilmiah untuk dijadikan rujukan
ketika belajar
4 Untuk bermain aplikasi permainan dalam talian (game)
5 Untuk memuat turun video
6 Untuk mengetahui berita-berita semasa dalam
dan luar Negara
7 Untuk melayari laman „online streaming‟ seperti „youtube‟
8 Untuk berkongsi pendapat mengenai sesuatu perkara yang

P

PERATUSAN
(%)

2
1
0

PERATUSAN
(%)
12.5
6.3
0.0

1
2
5

4.2
8.3
20.8

4
3
0

25.0
18.8
0.0

2
2
6

8.3
8.3
25.0

5
1

31.3
6.3

1
5

4.2
20.8

tidak difahami
Jumlah

16

24

HUBUNGAN INTERNET DENGAN SIKAP PELAJAR
Bil

Pernyataan

L

1
2
3
4

Internet memberi banyak kesan buruk kepada pelajar.
Internet memberi banyak kesan baik kepada pelajar.
Aplikasi dalam Internet mempengaruhi sikap pelajar.
Pelajar akan meniru perlakuan, perbuatan seperti yang
dilihat di Internet.
5 Internet membuatkan pelajar leka.

PERATUSAN
(%)

P

PERATUSAN
(%)

1
3
2

6.3
18.8
12.5

8
4
4

33.3
16.7
16.7

6
4

37.5
25.0

4
4
24

16.7
16.7

16

Jadual 4 : Tujuan Melayari Internet dan Hubungan Internet dengan Sikap Pelajar.
7
NIJAL BAHARI BIN ISMAIL
M20121000459
KPT6044 : PEMBELAJARAN BERASASKAN ELEKTRONIK DAN WEB
Jadual 4, menunjukkan bahawa tujuan utama pelajar melayari Internet dan pola peratusannya
adalah berbeza mengikut jantina. Bagi pelajar lelaki, mereka menyatakan bahawa tujuan utama
melayari Internet adalah untuk melayari laman ‘online streaming’ seperti ‘Youtube’ yang
mencatatkan peratusan tertinggi iaitu 31.3% manakala bagi pelajar perempuan, tujuan utama
mereka melayari Internet adalah untuk mengetahui berita semasa dalam dan luar negara. Tujuan
ini mencatatkan peratusan tertinggi di kalangan pelajar perempuan iaitu sebanyak 25%.
Manakala untuk hubungkait antara Internet, jantina dan sikap pelajar, penyelidik telah
mengemukakan soalan berbentuk pendapat. Dapatan kajian mendapati bahawa pelajar lelaki
lebih cenderung menyatakan bahawa pelajar akan meniru perlakuan, perbuatan seperti yang
dilihat di Internet.Ini mencatatkan peratusan tertinggi di kalangan pelajar lelaki iaitu
37.5%.Seramai 8 orang responden di kalangan pelajar perempuan mengatakan bahawa Internet
memberi kesan buruk kepada pelajar.Ini adalah peratusan tertinggi di kalangan pelajar
perempuan iaitu 33.3%.
6.0

Perbincangan

Mutakhir ini penggunaan Internet sangat meluas di kalangan pelajar.Ini merupakan satu
fenomena yang baik untuk perkembangan minda mereka jikalau menggunakannya dengan tujuan
yang baik. Tetapi jika sebaliknya ia sangat memberi kesan yang mendalam kepada sahsiah dan
sikap pelajar.
Kecenderungan pelajar adalah berbeza mengikut jantina.Selalunya pelajar lelaki boleh
digolongkan di dalam golongan yang ingin mencuba dan meniru sesuatu benda baru.Perkara
demikian agak berbeza denganpelajar perempuan yang kebanyakkan masih mempunyai perasaan
takut untuk mencuba benda baru yang bertentangan dengan norma-norma baik dalam masyarakat
mahupun untuk kehidupan mereka sebagai seorang pelajar.
Aplikasi seperti ‘Youtube’ adalah sangat berguna kepada para pelajar jikalau
menggunakannya dengan tujuan yang betul.Hal ini kerana di dalam aplikasi ini, segala macam
maklumat dipapar dan diajar dengan terperinci oleh orang yang mahir di dalam bidang
8
NIJAL BAHARI BIN ISMAIL
M20121000459
KPT6044 : PEMBELAJARAN BERASASKAN ELEKTRONIK DAN WEB
tersebut.Tetapi terdapat sesetengah pihak yang tidak bertanggungjawab yang memaparkan video
yang tidak berfaedah dan akan menyumbangkan kepada perubahan sikap pelajar seperti video
buli, mencuri, dan segala macam video yang mengajar pelajar tentang budaya buruk. Ini sangat
memberi kesan kepada orang yang melihatnya tambahan pula aplikasi ini selalu di layari oleh
pelajar lelaki.
Ini berbeza dengan pelajar perempuan yang lebih suka melayari Internet untuk tujuan
mencari bahan ilmiah.Hal ini kerana dengan Internet pelbagai ilmu boleh didapati dan kadang
kalanya ilmu itu tidak terdapat di dalam buku dan tidak di ajar oleh guru ketika di
sekolah.Perbezaan minat dalam melayari aplikasi Internet telah membuktikan bahawa sikap
pelajar akan dipengaruhi oleh minat mereka melayari Internet.
Selain itu, kebanyakan pelajar agak kerap melayari Internet setiap hari.Mereka
memperuntukkan 3 – 4 jam sehari untuk tujuan ini. Tempoh masa ini agak panjang bagi seorang
pelajar yang tidak menggunakan Internet sebagai medium utama untuk proses pembelajaran. Di
Malaysia, kebanyakan sekolah hanya menggunakan Internet sebagai medium kedua untuk
mencari maklumat tambahan. Guru tetap menjadi medium utama dalam proses pembelajaran dan
pengajaran.
Dalam tempoh masa yang panjang ini, pelbagai jenis maklumat dan aplikasi boleh
dilayari.Bagi pelajar yang positif, tempoh masa ini digunakan sebaik mungkin untuk mecari
segala macam maklumat baru untuk dijadikan maklumat tambahan serta secara tidak langsung
boleh menambah ilmu pengetahuan mengenai dunia luar. Tetapi bagi mereka yang negatif,
mereka mula mengkaji dan meniru apa yang dibawa oleh Internet. Mereka akan cuba
mengaplikasikannya di sekolah atau dunia realiti untuk membuktikan bahawa maklumat yang
didapati dari Internet adalah benar dan sahih.
Sikap seseorang pelajar adalah bergantung kepada bagaimana mereka melihat dunia luar
dan mengaplikasikannya di dunia sekeliling mereka.Hal ini kerana dengan Internet kita boleh
melihat dunia luar tanpa sempadan. Tiada tapisan maklumat dan hanya diri kita sendiri yang
akan membuat perhitungan sama ada maklumat itu baik atau tidak. Kecenderungan pelajar dalam
9
NIJAL BAHARI BIN ISMAIL
M20121000459
KPT6044 : PEMBELAJARAN BERASASKAN ELEKTRONIK DAN WEB
melayari aplikasi seperti ‘online streaming’ adakalanya memberi kesan positif seperti membina
keyakinan diri ketika berkomunikasi, dan tetapi kesan buruknya tetap ada. Bagi gologan pelajar
yang ingin mencuba perkara baru mereka akan cuba mencari dan melayari seberapa banyak
aplikasi dan akhirnya akan terhasil lah budaya ‘punk’ di sekolah, budaya bertindik di kalangan
pelajar lelaki dan juga ‘gansterism’.
Bagi golongan pasif atau golongan yang ingin mencuba benda baru tetapi masih takuttakut, mereka juga akan melayari aplikasi tersebut tetapi akan melebihkannya dengan melayari
aplikasi yang berbentuk ilmiah seperti e-pembelajaran. Bagi golongan ini, pelajaran lebih utama
dari segalanya.Matlamat mereka adalah untuk belajar setinggi yang mungkin.Untuk golongan
seperti ini, selalu majoritinya adalah pelajar perempuan.Mereka jarang untuk menimbulkan
sebarang masalah disiplin ketika di sekolah.
Seperti yang kita sedia maklum, peratusan peningkatan masalah disiplin di sekolah di Malaysia
adalah datangnya daripada sikap buruk pelajar lelaki. Ini sangat membimbangkan kita kerana
pelajar lelaki adalah bakal pemimpin negara di masa akan datang.
Internet membuatkan pelajar leka dan tidak menghargai masa. Ini dipersetujui oleh
kebanyakan responden di mana dengan Internet kita tidak akan menghiraukan dunia sekeliling.
Kita mula tidak mengulangkaji pelajaran, tidak menyiapkan kerja sekolah dan mula tidak
menghargai masa.Penggunaan Internet sangat melekakan tidak kiralah kita ini pelajar, pekerja,
ibu bapa sekalipun.Hal ini kerana kita berasa seronok dengan menggunakan Internet. Internet
akan membuatkan seolah-olah kita berada di dunia tanpa sempadan. Maklumat boleh dilayari
dengan begitu mudah dan tanpa sekatan.
Ada baik dan buruknya penggunaan Internet kepada pelajar.Jikalau positif pelajar itu
maka positiflah caranya ketika melayari Internet dan begitu juga sebaliknya.Internet melekakan
pelajar adalah bergantung dengan bagaimana kita menggunakan dan memperuntukkan masa
untuk tujuan melayari Internet.

10
NIJAL BAHARI BIN ISMAIL
M20121000459
KPT6044 : PEMBELAJARAN BERASASKAN ELEKTRONIK DAN WEB
7.0

Kesimpulan

Bagi konteks pelajar mereka menggunakan Internet untuk tujuan sampingan seperti mencari
kenalan baru, berkomunikasi sesama mereka, mencari maklumat tambahan serta mula untuk
mengenal dunia luar.Tidak semua aplikasi dalam Internet memudaratkan pelajar.Ada aplikasi
yang berguna seperti Wikipedia di mana kita boleh mengetahui mengenai sesuatu perkara
dengan lebih mendalam lagi.Baik atau buruknya Internet adalah bergantung kepada bagaimana
seseorang pelajar itu menggunakannya.
Perubahan sikap pelajar adalah berhubung rapat dengan bagaimana mereka melihat dunia
luar dan cuba menyesuaikan diri mereka. Bagi golongan pelajar di mana ketika ini adalah fasa
yang ingin mencuba sesuatu benda baru.Mereka ingin membuatkan orang sekeliling mereka
melihat mereka sebagai idola. Disebabkan perkara tersebut, maka mereka cuba untuk mencari
sesuatu kelainan dan Internet adalah jawapannya. Dengan Internet segala macam perlakuan
buruk boleh diikuti seperi budaya merokok, minum arak, membuang masa dan perkara negatif
yang lain boleh didapati.
Golongan yang mudah terpengaruh dengan Internet adalah golongan remaja iaitu
golongan pelajar itu sendiri.Tetapi selalunya untuk terpengaruh dengan perkara negatif adalah
pelajar lelaki. Hal ini kerana di fasa ini, pelajar lelaki ingin membuktikan bahawa mereka adalah
hero di mata masyarakat, tetapi cara mereka salah. Mereka menjadi hero untuk perkara
negatif.Mula mencuba untuk merokok, ponteng sekolah dan melepak membuang masa.
Manakala ini sebaliknya terjadi kepada golongan pelajar perempuan di mana mereka
berlumba-lumba untuk menjadi terbaik di kalangan terbaik. Mereka juga ingin menjadi hero tapi
dengan cara mereka sendiri iaitu berlumba-lumba untuk menjadi yang terbaik. Hal ini juga
mungkin disebabkan oleh faktor sekeliling di mana seperti yang kita sedia maklum peratusan
pelajar perempuan di universiti tempatan awam mahupun swasta adalah tinggi.
Persaingan untuk pelajar perempuan memasuki universiti adalah tinggi berbanding
dengan pelajar lelaki.Oleh sebab itu, mereka perlulah belajar bersunggh-sungguh untuk
11
NIJAL BAHARI BIN ISMAIL
M20121000459
KPT6044 : PEMBELAJARAN BERASASKAN ELEKTRONIK DAN WEB
mencapai impian memasuki university kerana persaiangan pelajar perempuan adalah tinggi dan
potensi untuk melanjutkan pelajaran di university tipis sekiranya tidak mencapai keputusan yang
cemerlang di dalam pelajaran.
Selain itu, ibu bapa juga memainkan peranan penting untuk membendung gejala negatif
di kalangan pelajar terutamanya di kalangan pelajar lelaki.Para ibu bapa seharusnya memantau
kegiatan anak mereka ketika melayari Internet.Ini bukan bertujuan untuk mengongkong tetapi
lebih ke arah untuk memantau dan memandu mereka menuju ke jalan yang betul dan menjadi
seorang pelajar yang bersih dari segi masalah disiplin.Sebagai ibu bapa, kita perlulah menjadi
„sahabat‟ kepada mereka agar mereka senang dan sedia untuk berkongsi segala masalah yang
timbul. Hal ini kerana fasa remaja adalah fasa yang menentukan sama ada seseorang itu akan
menjadi baik atau sebaliknya. Mereka mengalami konflik dalaman ketika ini di mana keinginan
untuk mencuba dan meneroka benda baru adalah tinggi.
Kita boleh rumuskan bahawa, semua pihak haruslah berganding bahu untuk
membendung masalah perubahan sikap pelajar yang disebabkan oleh penggunaan Internet.Tidak
semua Internet itu buruk.Ada juga baiknya kerana Internet adalah lambang kemajuan kita
sebagai bangsa manusia yang mampu mencipta satu alat komunikasi yang boleh
menghubungkan satu dunia dengan hanya satu klik.

12
NIJAL BAHARI BIN ISMAIL
M20121000459
KPT6044 : PEMBELAJARAN BERASASKAN ELEKTRONIK DAN WEB

Bibliografi

Madzani Saidie Nusa, (2013), Kesan Internet Ke atas Pelajar : Manfaat atau Kemudaratan
http://madzani.blogspot.com/2013/01/kesan-internet-ke-atas-pelajar-manfaat.html

Azwita Usman, 2010, “Kajian Kuantitaif, Kualitatif dan Gabungan”,
http://deitaz.blogspot.com/2010/08/kajian-kualitatif-kuantitatif-dan.html
Abu Bakar, 2010, “Media Massa Memainkan Peranan Penting Dalam Pembangunan dan
Berupaya Mempengaruhi Perlakuan Khalayak, Khususnya di Negara Sedang Membangun”,
http://abubakar69.blogspot.com/2010/01/media-massa-memainkan-peranan-penting.html
Pusat Maklumat Penerangan, “Internet, Sejarah dan Faedahnya”,
http://pmr.penerangan.gov.my/index.php/component/content/article/34-megabait/6741-internetsejarah-dan-feadahnya.html
Anis.(2000). Penggunaan kafe siber oleh remaja.http://www.bijak.net.my

13

Contenu connexe

Tendances

Laporan Tahap 1 Metpen
Laporan Tahap 1 MetpenLaporan Tahap 1 Metpen
Laporan Tahap 1 MetpenAldi Putra
 
Medpen tahap akhir
Medpen tahap akhirMedpen tahap akhir
Medpen tahap akhirbankir212
 
KESAN POSITIF DAN NEGATIF PENGGUNAAN INTERNET DALAM KALANGAN PELAJAR
KESAN POSITIF DAN NEGATIF PENGGUNAAN INTERNET DALAM KALANGAN PELAJARKESAN POSITIF DAN NEGATIF PENGGUNAAN INTERNET DALAM KALANGAN PELAJAR
KESAN POSITIF DAN NEGATIF PENGGUNAAN INTERNET DALAM KALANGAN PELAJARNaveen Segaran
 
Laporan akhir pemanfaatan internet sebagai sarana belajar dan mengajar
Laporan akhir pemanfaatan internet sebagai sarana belajar dan mengajarLaporan akhir pemanfaatan internet sebagai sarana belajar dan mengajar
Laporan akhir pemanfaatan internet sebagai sarana belajar dan mengajarSalisa Setiawati
 
Laporan akhir pemanfaatan internet sebagai sarana belajar dan mengajar
Laporan akhir pemanfaatan internet sebagai sarana belajar dan mengajarLaporan akhir pemanfaatan internet sebagai sarana belajar dan mengajar
Laporan akhir pemanfaatan internet sebagai sarana belajar dan mengajarfathad
 
4 jurnal pembelajaran e_learning
4 jurnal pembelajaran e_learning4 jurnal pembelajaran e_learning
4 jurnal pembelajaran e_learningsalmaazizi
 
Laporan akhir pemanfaatan internet sebagai sarana belajar dan mengajar
Laporan akhir pemanfaatan internet sebagai sarana belajar dan mengajarLaporan akhir pemanfaatan internet sebagai sarana belajar dan mengajar
Laporan akhir pemanfaatan internet sebagai sarana belajar dan mengajarfathad
 
Pemanfaatan Internet Balerancage
Pemanfaatan Internet BalerancagePemanfaatan Internet Balerancage
Pemanfaatan Internet BalerancageGun Gun Gunawan
 
Dampak negatif situs jejaring sosial dan ayat tentang teknologi
Dampak negatif situs jejaring sosial dan ayat tentang teknologiDampak negatif situs jejaring sosial dan ayat tentang teknologi
Dampak negatif situs jejaring sosial dan ayat tentang teknologiYukma Widjaya
 
HUBUNGAN POLA PENGGUNAAN SITUS JEJARING SOSIAL FACEBOOK DENGAN KERENTANAN VIK...
HUBUNGAN POLA PENGGUNAAN SITUS JEJARING SOSIAL FACEBOOK DENGAN KERENTANAN VIK...HUBUNGAN POLA PENGGUNAAN SITUS JEJARING SOSIAL FACEBOOK DENGAN KERENTANAN VIK...
HUBUNGAN POLA PENGGUNAAN SITUS JEJARING SOSIAL FACEBOOK DENGAN KERENTANAN VIK...Evry Purrba
 
Internet dan kesan-kesan penggunaannya terhadap masyarakat
Internet dan kesan-kesan penggunaannya terhadap masyarakatInternet dan kesan-kesan penggunaannya terhadap masyarakat
Internet dan kesan-kesan penggunaannya terhadap masyarakatNabila Syuhada
 
Persepsi pelajar terhadap pembelajaran atas talian
Persepsi pelajar terhadap pembelajaran atas talianPersepsi pelajar terhadap pembelajaran atas talian
Persepsi pelajar terhadap pembelajaran atas talianAidaNabila7
 
(tugasan kumpulan) Artikel persepsi pelajar terhadap pembelajaran atas talian
(tugasan kumpulan) Artikel persepsi pelajar terhadap pembelajaran atas talian(tugasan kumpulan) Artikel persepsi pelajar terhadap pembelajaran atas talian
(tugasan kumpulan) Artikel persepsi pelajar terhadap pembelajaran atas talianAidaNabila7
 

Tendances (18)

Laporan Tahap 1 Metpen
Laporan Tahap 1 MetpenLaporan Tahap 1 Metpen
Laporan Tahap 1 Metpen
 
Medpen tahap akhir
Medpen tahap akhirMedpen tahap akhir
Medpen tahap akhir
 
Kajian tinjauan
Kajian tinjauanKajian tinjauan
Kajian tinjauan
 
KESAN POSITIF DAN NEGATIF PENGGUNAAN INTERNET DALAM KALANGAN PELAJAR
KESAN POSITIF DAN NEGATIF PENGGUNAAN INTERNET DALAM KALANGAN PELAJARKESAN POSITIF DAN NEGATIF PENGGUNAAN INTERNET DALAM KALANGAN PELAJAR
KESAN POSITIF DAN NEGATIF PENGGUNAAN INTERNET DALAM KALANGAN PELAJAR
 
Laporan akhir pemanfaatan internet sebagai sarana belajar dan mengajar
Laporan akhir pemanfaatan internet sebagai sarana belajar dan mengajarLaporan akhir pemanfaatan internet sebagai sarana belajar dan mengajar
Laporan akhir pemanfaatan internet sebagai sarana belajar dan mengajar
 
Laporan akhir pemanfaatan internet sebagai sarana belajar dan mengajar
Laporan akhir pemanfaatan internet sebagai sarana belajar dan mengajarLaporan akhir pemanfaatan internet sebagai sarana belajar dan mengajar
Laporan akhir pemanfaatan internet sebagai sarana belajar dan mengajar
 
4 jurnal pembelajaran e_learning
4 jurnal pembelajaran e_learning4 jurnal pembelajaran e_learning
4 jurnal pembelajaran e_learning
 
Laporan akhir pemanfaatan internet sebagai sarana belajar dan mengajar
Laporan akhir pemanfaatan internet sebagai sarana belajar dan mengajarLaporan akhir pemanfaatan internet sebagai sarana belajar dan mengajar
Laporan akhir pemanfaatan internet sebagai sarana belajar dan mengajar
 
Pemanfaatan Internet Balerancage
Pemanfaatan Internet BalerancagePemanfaatan Internet Balerancage
Pemanfaatan Internet Balerancage
 
media pembelajaran
media pembelajaranmedia pembelajaran
media pembelajaran
 
Dampak negatif situs jejaring sosial dan ayat tentang teknologi
Dampak negatif situs jejaring sosial dan ayat tentang teknologiDampak negatif situs jejaring sosial dan ayat tentang teknologi
Dampak negatif situs jejaring sosial dan ayat tentang teknologi
 
HUBUNGAN POLA PENGGUNAAN SITUS JEJARING SOSIAL FACEBOOK DENGAN KERENTANAN VIK...
HUBUNGAN POLA PENGGUNAAN SITUS JEJARING SOSIAL FACEBOOK DENGAN KERENTANAN VIK...HUBUNGAN POLA PENGGUNAAN SITUS JEJARING SOSIAL FACEBOOK DENGAN KERENTANAN VIK...
HUBUNGAN POLA PENGGUNAAN SITUS JEJARING SOSIAL FACEBOOK DENGAN KERENTANAN VIK...
 
Perbandingan penggunaan telefon_pintar_u
Perbandingan penggunaan telefon_pintar_uPerbandingan penggunaan telefon_pintar_u
Perbandingan penggunaan telefon_pintar_u
 
asgmt 1
asgmt 1asgmt 1
asgmt 1
 
Media sosial
Media sosialMedia sosial
Media sosial
 
Internet dan kesan-kesan penggunaannya terhadap masyarakat
Internet dan kesan-kesan penggunaannya terhadap masyarakatInternet dan kesan-kesan penggunaannya terhadap masyarakat
Internet dan kesan-kesan penggunaannya terhadap masyarakat
 
Persepsi pelajar terhadap pembelajaran atas talian
Persepsi pelajar terhadap pembelajaran atas talianPersepsi pelajar terhadap pembelajaran atas talian
Persepsi pelajar terhadap pembelajaran atas talian
 
(tugasan kumpulan) Artikel persepsi pelajar terhadap pembelajaran atas talian
(tugasan kumpulan) Artikel persepsi pelajar terhadap pembelajaran atas talian(tugasan kumpulan) Artikel persepsi pelajar terhadap pembelajaran atas talian
(tugasan kumpulan) Artikel persepsi pelajar terhadap pembelajaran atas talian
 

En vedette

Kraftanganbahanterbuang
KraftanganbahanterbuangKraftanganbahanterbuang
Kraftanganbahanterbuangnijalbahari
 
Jadual bertugas mingguan guru 2014
Jadual  bertugas  mingguan  guru 2014Jadual  bertugas  mingguan  guru 2014
Jadual bertugas mingguan guru 2014Irene Linda Lawan
 
Tugasankpt 6054 powerpoint
Tugasankpt 6054 powerpointTugasankpt 6054 powerpoint
Tugasankpt 6054 powerpointnijalbahari
 
Rekod semakan kerja murid
Rekod semakan kerja muridRekod semakan kerja murid
Rekod semakan kerja muridjimizalia123456
 
Senarai ID Frog VLE SKPU 2015
Senarai ID Frog VLE SKPU 2015Senarai ID Frog VLE SKPU 2015
Senarai ID Frog VLE SKPU 2015Azirahas Ojhaz
 
Rekod semakan kerja murid
Rekod semakan kerja muridRekod semakan kerja murid
Rekod semakan kerja muridjimizalia123456
 
Jadual transisi thn 1
Jadual transisi thn 1Jadual transisi thn 1
Jadual transisi thn 1zulkapak78
 

En vedette (10)

Senarai nama murid 2014
Senarai nama murid  2014Senarai nama murid  2014
Senarai nama murid 2014
 
Kraftanganbahanterbuang
KraftanganbahanterbuangKraftanganbahanterbuang
Kraftanganbahanterbuang
 
Jadual bertugas mingguan guru 2014
Jadual  bertugas  mingguan  guru 2014Jadual  bertugas  mingguan  guru 2014
Jadual bertugas mingguan guru 2014
 
Tugasankpt 6054 powerpoint
Tugasankpt 6054 powerpointTugasankpt 6054 powerpoint
Tugasankpt 6054 powerpoint
 
Carta organisasi hem 2014
Carta organisasi hem 2014Carta organisasi hem 2014
Carta organisasi hem 2014
 
Vle frog sksk
Vle frog skskVle frog sksk
Vle frog sksk
 
Rekod semakan kerja murid
Rekod semakan kerja muridRekod semakan kerja murid
Rekod semakan kerja murid
 
Senarai ID Frog VLE SKPU 2015
Senarai ID Frog VLE SKPU 2015Senarai ID Frog VLE SKPU 2015
Senarai ID Frog VLE SKPU 2015
 
Rekod semakan kerja murid
Rekod semakan kerja muridRekod semakan kerja murid
Rekod semakan kerja murid
 
Jadual transisi thn 1
Jadual transisi thn 1Jadual transisi thn 1
Jadual transisi thn 1
 

Similaire à Kpt6044tugasan3kajiantinjauan

Kajian tinjauan web
Kajian tinjauan webKajian tinjauan web
Kajian tinjauan webhelidzia
 
Laporan kajian-penggunaan-web-2.0
Laporan kajian-penggunaan-web-2.0Laporan kajian-penggunaan-web-2.0
Laporan kajian-penggunaan-web-2.0cik_orked
 
Cabaran pelajar belajar atas talian
Cabaran pelajar belajar atas talianCabaran pelajar belajar atas talian
Cabaran pelajar belajar atas talianDamairin Selangor
 
Metode penelitiantahap1
Metode penelitiantahap1Metode penelitiantahap1
Metode penelitiantahap1corenida
 
KPT6044 Kajian Tinjauan_ppt
KPT6044 Kajian Tinjauan_pptKPT6044 Kajian Tinjauan_ppt
KPT6044 Kajian Tinjauan_pptngochooihong
 
Pengaruh internet terhadap pendidikan
Pengaruh internet terhadap pendidikanPengaruh internet terhadap pendidikan
Pengaruh internet terhadap pendidikanWarnet Raha
 
Eri widiawati
Eri widiawatiEri widiawati
Eri widiawatirohis
 
Makalah seni rupa terapan
Makalah seni rupa terapanMakalah seni rupa terapan
Makalah seni rupa terapanWarnet Raha
 
Tinjauan penggunaan blog dikalangan pelajar dalam bidang pendidikan
Tinjauan penggunaan blog dikalangan pelajar dalam bidang pendidikanTinjauan penggunaan blog dikalangan pelajar dalam bidang pendidikan
Tinjauan penggunaan blog dikalangan pelajar dalam bidang pendidikansha_sobri9827
 
Proposal penelitan
Proposal penelitanProposal penelitan
Proposal penelitanlekanjas
 
KPT6044 Kajian Tinjauan_pdf
KPT6044 Kajian Tinjauan_pdfKPT6044 Kajian Tinjauan_pdf
KPT6044 Kajian Tinjauan_pdfngochooihong
 
Tahap1(pemanfaatan internet sebagai sarana belajar dan mengajar mahasiswa)
Tahap1(pemanfaatan internet sebagai sarana belajar dan mengajar mahasiswa)Tahap1(pemanfaatan internet sebagai sarana belajar dan mengajar mahasiswa)
Tahap1(pemanfaatan internet sebagai sarana belajar dan mengajar mahasiswa)fathad
 
Metpen tahap 1
Metpen tahap 1Metpen tahap 1
Metpen tahap 1Aldi Putra
 
Inovasi dan Teknologi Laporan
Inovasi dan Teknologi Laporan Inovasi dan Teknologi Laporan
Inovasi dan Teknologi Laporan Berry Adam
 
Pengaruh jejaring sosial terhadap aktifitas belajar mhs komputer ibn
Pengaruh jejaring sosial terhadap aktifitas belajar mhs komputer ibnPengaruh jejaring sosial terhadap aktifitas belajar mhs komputer ibn
Pengaruh jejaring sosial terhadap aktifitas belajar mhs komputer ibnResti afria
 
BAHASA INDONESIA: MAKALAH "Dampak Teknologi dan Komunikasi Terhadap Aktivitas...
BAHASA INDONESIA: MAKALAH "Dampak Teknologi dan Komunikasi Terhadap Aktivitas...BAHASA INDONESIA: MAKALAH "Dampak Teknologi dan Komunikasi Terhadap Aktivitas...
BAHASA INDONESIA: MAKALAH "Dampak Teknologi dan Komunikasi Terhadap Aktivitas...Ghina Siti Ramadhanty
 

Similaire à Kpt6044tugasan3kajiantinjauan (20)

Kajian tinjauan web
Kajian tinjauan webKajian tinjauan web
Kajian tinjauan web
 
Laporan kajian-penggunaan-web-2.0
Laporan kajian-penggunaan-web-2.0Laporan kajian-penggunaan-web-2.0
Laporan kajian-penggunaan-web-2.0
 
Oumh1103
Oumh1103 Oumh1103
Oumh1103
 
Cabaran pelajar belajar atas talian
Cabaran pelajar belajar atas talianCabaran pelajar belajar atas talian
Cabaran pelajar belajar atas talian
 
Metode penelitiantahap1
Metode penelitiantahap1Metode penelitiantahap1
Metode penelitiantahap1
 
KPT6044 Kajian Tinjauan_ppt
KPT6044 Kajian Tinjauan_pptKPT6044 Kajian Tinjauan_ppt
KPT6044 Kajian Tinjauan_ppt
 
Pengaruh internet terhadap pendidikan
Pengaruh internet terhadap pendidikanPengaruh internet terhadap pendidikan
Pengaruh internet terhadap pendidikan
 
Eri widiawati
Eri widiawatiEri widiawati
Eri widiawati
 
Metpen akhir
Metpen akhirMetpen akhir
Metpen akhir
 
Makalah seni rupa terapan
Makalah seni rupa terapanMakalah seni rupa terapan
Makalah seni rupa terapan
 
Tinjauan penggunaan blog dikalangan pelajar dalam bidang pendidikan
Tinjauan penggunaan blog dikalangan pelajar dalam bidang pendidikanTinjauan penggunaan blog dikalangan pelajar dalam bidang pendidikan
Tinjauan penggunaan blog dikalangan pelajar dalam bidang pendidikan
 
Proposal penelitan
Proposal penelitanProposal penelitan
Proposal penelitan
 
KPT6044 Kajian Tinjauan_pdf
KPT6044 Kajian Tinjauan_pdfKPT6044 Kajian Tinjauan_pdf
KPT6044 Kajian Tinjauan_pdf
 
Tahap1(pemanfaatan internet sebagai sarana belajar dan mengajar mahasiswa)
Tahap1(pemanfaatan internet sebagai sarana belajar dan mengajar mahasiswa)Tahap1(pemanfaatan internet sebagai sarana belajar dan mengajar mahasiswa)
Tahap1(pemanfaatan internet sebagai sarana belajar dan mengajar mahasiswa)
 
Tugasan 3
Tugasan 3Tugasan 3
Tugasan 3
 
Metpen tahap 1
Metpen tahap 1Metpen tahap 1
Metpen tahap 1
 
Inovasi dan Teknologi Laporan
Inovasi dan Teknologi Laporan Inovasi dan Teknologi Laporan
Inovasi dan Teknologi Laporan
 
Pengaruh jejaring sosial terhadap aktifitas belajar mhs komputer ibn
Pengaruh jejaring sosial terhadap aktifitas belajar mhs komputer ibnPengaruh jejaring sosial terhadap aktifitas belajar mhs komputer ibn
Pengaruh jejaring sosial terhadap aktifitas belajar mhs komputer ibn
 
Paparan
PaparanPaparan
Paparan
 
BAHASA INDONESIA: MAKALAH "Dampak Teknologi dan Komunikasi Terhadap Aktivitas...
BAHASA INDONESIA: MAKALAH "Dampak Teknologi dan Komunikasi Terhadap Aktivitas...BAHASA INDONESIA: MAKALAH "Dampak Teknologi dan Komunikasi Terhadap Aktivitas...
BAHASA INDONESIA: MAKALAH "Dampak Teknologi dan Komunikasi Terhadap Aktivitas...
 

Kpt6044tugasan3kajiantinjauan

  • 1. NIJAL BAHARI BIN ISMAIL M20121000459 KPT6044 : PEMBELAJARAN BERASASKAN ELEKTRONIK DAN WEB PEMARKAHAN KOD & NAMA KURSUS Semester 3 Sesi 2013/2014 KPT 6044: Pembelajaran Berasaskan Elektronik dan Web KAJIAN TINJAUAN: Penggunaan Internet Mempengaruhi Sikap Pelajar DISEDIAKAN OLEH: NAMA NO. MATRIK PROGRAM NIJAL BAHARI BIN ISMAIL M20121000459 SARJANA PENDIDIKAN TEKNOLOGI INSTRUKSIONAL PENSYARAH: PROF MADYA DR ABD LATIF BIN HAJI GAPOR Tarikh : 9 November 2013 1
  • 2. NIJAL BAHARI BIN ISMAIL M20121000459 KPT6044 : PEMBELAJARAN BERASASKAN ELEKTRONIK DAN WEB 1.0 Pengenalan Perkembangan teknologi dewasa ini sangat pesat sehingga adakalanya membimbangkan sesetengah pihak tentang kesannya terhadap masyarakat. Seperti contoh, perkembangan teknologi komunikasi massa terutamanya Internet telah memberikan pelbagai impak sama ada baik atau buruk kepada setiap golongan masyarakat tidak kira tua mahupun muda. Menurut sumber dari Majalah Estidotmy, Internet merupakan rangkaian komputerkomputer yang sebelum ini digunakan oleh para penyelidik dan saintis untuk berkongsi maklumat yang kemudiannya berkembang menjadi alat paling penting dalam kehidupan manusia masa kini.Tetapi di Malaysia, penggunaan Internet hanya mula diperkenalkan pada tahun 1991 selepas penyelidikan dijalankan oleh universiti-universiti tempatan. Kini, Malaysia mencatatkan bilangan pengguna Internet sebanyak 4.8 juta pada tahun lepas dan dijangka semakin bertambah pada tahun ini. Populariti Internet di negara ini adalah disebabkan ia sememangnya alat atau medium komunikasi, pembelajaran, hiburan dan perniagaan yang membawa perubahan besar dalam kehidupan kita. Bagi para pelajar dan pendidik misalnya, penggunaan Internet akan memudahkan mereka mendapatkan bahan-bahan pembelajaran termasuk untuk tugasan sekolah. Aplikasi seperti e-mel, pembelajaran dalam talian seperti yang ditawarkan Portal Pendidikan Utusan, perpustakaan digital dan sebagainya hanya boleh diperkenalkan melalui Internet.Seorang pelajar kini boleh melayari beribu-ribu perpustakaan digital di seluruh dunia dalam mendapatkan maklumat mengenai pembelajaran mereka dengan hanya perlu duduk di hadapan komputer. Disebabkan konsep Internet yang menekankan kepada konsep kebebasan, para pelajar dan pengguna harus bijak menggunakannya agar tidak terpengaruh untuk mengunjungi laman-laman web yang terlarang dan tidak berfaedah. 2
  • 3. NIJAL BAHARI BIN ISMAIL M20121000459 KPT6044 : PEMBELAJARAN BERASASKAN ELEKTRONIK DAN WEB Sungguhpun begitu, perkembangan teknologi ini tidak semua baik kesannya, ada yang buruknya seperti dengan Internet dunia seolah-olah milik kita kerana dengan Internet kita boleh melayari segala maklumat tanpa sempadan, tanpa kawalan dan tapisan ibarat membawa `dunia' kepada anda dengan hanya berada di hadapan komputer di rumah, pejabat atau sekolah. Sistem ini boleh diperoleh melalui komputer atau televisyen.Tambahan pula kini internet juga boleh dilayari menerusi telefon bimbit. Bagi segelintir golongan pelajar mereka suka melayari internet tanpa tujuan dan akan terus melayarinya dalam tempoh masa yang lama. Fenomena ini akan menyebabkan mereka malas untuk mengulangkaji pelajaran dan ia akan memberi kesannya kepada kegagalan dalam pelajaran. Selain itu, bagi mereka yang berfikiran negatif, mereka akan melayari laman web yang tidak baik. Hal ini boleh mengganggu perasaan kita sebagai seorang pelajar dan akibatnya, kita akan terpengaruh dengan budaya kuning yang dibawa menerusi Internet. 2.0 Pernyataan masalah Komunikasi massa adalah merujuk kepada komunikasi umum yang selalunya menggunakan perantaraan (Narimah Ismail, 2006: 17). Perantaraan yang dimaksudkan dalam komunikasi ini ialah penggunaan televisyen, akhbar, majalah, radio, dan buku. Bahan perantaraan ini juga digunakan sebagai satu alat komunikasi bagi menyampaikan maklumat serta apa yang berlaku di sekeliling kita. Dalam membincangkan perihal komunikasi massa, bahan perantaraan ini boleh memberi kesan terhadap masyarakat terutamanya pelajar. Kesan media massa ini merujuk kepada perubahan perilaku dan pemikiran seseorang setelah menerima maklumat daripada media massa yang digunakannya dari segi emosi dan pemikiran. Jenis aplikasi yang dilayarimemainkan peranan penting dalam pembentukan sikap seseorang pelajar di mana kecenderungan mereka menjadi positif jika melayari laman web yang berfaedah dan begitu juga sebaliknya.Selain itu, jumlah masa yang diperuntukkan untuk melayari Internet juga antara faktor yang menyumbang kepada peningkatan dan perubahan 3
  • 4. NIJAL BAHARI BIN ISMAIL M20121000459 KPT6044 : PEMBELAJARAN BERASASKAN ELEKTRONIK DAN WEB sikapseseorang pelajar.Justeru itu, penyelidik telah mengambil inisiatif untuk melakukan kajian mengenai punca berlakunya perubahan sikap pelajar serta mengenal pasti laman web atau aplikasi yang kerap di gunakan oleh pelajar semasa melayari Internet. 3.0 Objektif Kajian Kajian ini dilakukan adalah bertujuan untuk: 1) Mengenalpasti jenis aplikasi dan laman web yang kerap dilayari oleh pelajar. 2) Mengenalpasti tahap kekerapan penggunaan Internet di kalangan pelajar. 3) Mengenalpasti tujuan penggunaan Internet oleh pelajar. 4) Menghubungkaitkan penggunaan Internet, jantina denganperubahan sikap pelajar. 4.0 Reka Bentuk Kajian Reka bentuk kajian adalah berbentuk kajian kuantitatif.Kajian kuantitatif adalah kajian yang menggunakan maklumat atau data yang bersifat kuantitatif. Data kuantitatif boleh diukur, melalui proses pengukuran dan memerlukan alat-alat pengukuran seperti soal selidik dan ujian. Saiz sampel bagi kajian ini lebih besar berbanding kajian kualitatif.Kajian ini telah dijalankan di salah sebuah sekolah menengah di daerah Maran, Pahang.Seramai 40 orang responden telah terlibat di dalam kajian tinjauan ini.Instrumen yang digunakan adalah direka dan disesuaikan dengan latar belakang pendidikan responden yang terlibat.Penyelidik telah membahagikan soal selidik kepada empat bahagian.Bahagian A ialah mengenai demografi responden seperti jantina dan pendapatan ibu bapa.Manakala Bahagian B ialah mengenai jenis aplikasi yang digunakan dan tempoh masa melayari Internet.Penyelidik telah mewujudkan Bahagian C dan D untuk mengetahui tujuan utama responden melayari Internet danmenghubungkaitkan penggunaan Internet, jantina dengan perubahan sikap pelajar. 4
  • 5. NIJAL BAHARI BIN ISMAIL M20121000459 KPT6044 : PEMBELAJARAN BERASASKAN ELEKTRONIK DAN WEB 5.0 Dapatan Kajian Jadual 1 menunjukkan taburan bilangan responden.Seramai 40 orang responden terlibat dan 16 orang adalah pelajar lelaki (40%) dan 24 orang adalah pelajar perempuan (60%). TABURAN BILANGAN RESPONDEN BILANGAN PELAJAR 16 24 40 JANTINA Lelaki Perempuan Jumlah PERATUS (%) 40 60 100 Jadual 1: Taburan Bilangan Responden BahagianB ialah mengenai jenis aplikasi yang digunakan dan tempoh masa yang digunakan oleh pelajar untuk melayari Internet. Faktor ini adalahantara penyumbang terbesar kepada peningkatan penggunaan Internet dan seterusnya akanmempengaruhi sikap pelajar. Hasil kajian adalah seperti di dalam Jadual 2 dan 3 di bawah. JENIS APLIKASI MELAYARI INTERNET JENIS APLIKASI Facebook, Twitter, Myspace Email (Yahoo, Hotmail, Gmail) Youtube, Tonton online (TV3), blog „Chat-room‟ (Skye, Yahoo Messenger, MSN Messenger, Facebook Messenger) Berita online, laman web e-pembelajaran Permainan atas talian (Cityville, Farmville, Chefville) JUMLAH LELAKI PERATUSAN (%) PEREMPUAN PERATUSAN (%) 2 1 4 4 12.5 6.3 25.0 25.0 4 3 3 3 16.7 12.5 12.5 12.5 2 12.5 7 29.2 3 18.8 4 16.7 16 100.0 24 100 Jadual 2: Jenis Aplikasi Yang Digunakan oleh Pelajar Melayari Internet 5
  • 6. NIJAL BAHARI BIN ISMAIL M20121000459 KPT6044 : PEMBELAJARAN BERASASKAN ELEKTRONIK DAN WEB Jadual 2, menunjukkan jenis aplikasi yang kerap dilayari oleh para pelajar tidak kira lelaki mahupun perempuan. Tetapi kecenderungan pelajar lelaki untuk melayari laman web seperti ‘Youtube’ dan ‘chat-room’ lebih tinggi berbanding dengan pelajar perempuan.Pelajar perempuan lebih suka melayari laman web yang berfaedah seperti laman web e-pembelajaran. PERATUSAN KEKERAPAN MELAYARI INTERNET PERATUSAN LELAKI % PEREMPUAN % Kurang daripada 1 jam 1 6.25 10 41.7 1- 2 jam 4 25 6 25.0 3 – 4 jam 6 37.5 6 25.0 Lebih dari 5 jam 5 31.25 2 8.3 Jumlah 16 100 24 100 Jadual 3 : Kekerapan Pelajar Melayari Internet Jadual 3, menunjukkan bahawa kebanyakan pelajar tidak kira lelaki atau perempuan memperuntukkan selama 3 hingga 4 jam sehari bagi tujuan melayari Internet. Kekerapan pelajar perempuan menggunakan Internet adalah lebih rendah berbanding dengan pelajar lelaki di mana mereka hanya memperuntukkan kurang daripada 1 jam untuk melayari Internet setiap hari. 6
  • 7. NIJAL BAHARI BIN ISMAIL M20121000459 KPT6044 : PEMBELAJARAN BERASASKAN ELEKTRONIK DAN WEB Bahagian C dan D adalah untuk mengkaji tujuan utama pelajar melayari Internet dan menghubungkaitkannya dengan sikap pelajar.Hasil kajian yang didapati adalah seperti Jadual 4. TUJUAN MELAYARI INTERNET DAN HUBUNGANNYA DENGAN TINGKAH LAKU PELAJAR TUJUAN MELAYARI INTERNET BIL PERNYATAAN L 1 Untuk mencari kenalan baru 2 Untuk berkomunikasi bersama rakan-rakan 3 Untuk mencari bahan ilmiah untuk dijadikan rujukan ketika belajar 4 Untuk bermain aplikasi permainan dalam talian (game) 5 Untuk memuat turun video 6 Untuk mengetahui berita-berita semasa dalam dan luar Negara 7 Untuk melayari laman „online streaming‟ seperti „youtube‟ 8 Untuk berkongsi pendapat mengenai sesuatu perkara yang P PERATUSAN (%) 2 1 0 PERATUSAN (%) 12.5 6.3 0.0 1 2 5 4.2 8.3 20.8 4 3 0 25.0 18.8 0.0 2 2 6 8.3 8.3 25.0 5 1 31.3 6.3 1 5 4.2 20.8 tidak difahami Jumlah 16 24 HUBUNGAN INTERNET DENGAN SIKAP PELAJAR Bil Pernyataan L 1 2 3 4 Internet memberi banyak kesan buruk kepada pelajar. Internet memberi banyak kesan baik kepada pelajar. Aplikasi dalam Internet mempengaruhi sikap pelajar. Pelajar akan meniru perlakuan, perbuatan seperti yang dilihat di Internet. 5 Internet membuatkan pelajar leka. PERATUSAN (%) P PERATUSAN (%) 1 3 2 6.3 18.8 12.5 8 4 4 33.3 16.7 16.7 6 4 37.5 25.0 4 4 24 16.7 16.7 16 Jadual 4 : Tujuan Melayari Internet dan Hubungan Internet dengan Sikap Pelajar. 7
  • 8. NIJAL BAHARI BIN ISMAIL M20121000459 KPT6044 : PEMBELAJARAN BERASASKAN ELEKTRONIK DAN WEB Jadual 4, menunjukkan bahawa tujuan utama pelajar melayari Internet dan pola peratusannya adalah berbeza mengikut jantina. Bagi pelajar lelaki, mereka menyatakan bahawa tujuan utama melayari Internet adalah untuk melayari laman ‘online streaming’ seperti ‘Youtube’ yang mencatatkan peratusan tertinggi iaitu 31.3% manakala bagi pelajar perempuan, tujuan utama mereka melayari Internet adalah untuk mengetahui berita semasa dalam dan luar negara. Tujuan ini mencatatkan peratusan tertinggi di kalangan pelajar perempuan iaitu sebanyak 25%. Manakala untuk hubungkait antara Internet, jantina dan sikap pelajar, penyelidik telah mengemukakan soalan berbentuk pendapat. Dapatan kajian mendapati bahawa pelajar lelaki lebih cenderung menyatakan bahawa pelajar akan meniru perlakuan, perbuatan seperti yang dilihat di Internet.Ini mencatatkan peratusan tertinggi di kalangan pelajar lelaki iaitu 37.5%.Seramai 8 orang responden di kalangan pelajar perempuan mengatakan bahawa Internet memberi kesan buruk kepada pelajar.Ini adalah peratusan tertinggi di kalangan pelajar perempuan iaitu 33.3%. 6.0 Perbincangan Mutakhir ini penggunaan Internet sangat meluas di kalangan pelajar.Ini merupakan satu fenomena yang baik untuk perkembangan minda mereka jikalau menggunakannya dengan tujuan yang baik. Tetapi jika sebaliknya ia sangat memberi kesan yang mendalam kepada sahsiah dan sikap pelajar. Kecenderungan pelajar adalah berbeza mengikut jantina.Selalunya pelajar lelaki boleh digolongkan di dalam golongan yang ingin mencuba dan meniru sesuatu benda baru.Perkara demikian agak berbeza denganpelajar perempuan yang kebanyakkan masih mempunyai perasaan takut untuk mencuba benda baru yang bertentangan dengan norma-norma baik dalam masyarakat mahupun untuk kehidupan mereka sebagai seorang pelajar. Aplikasi seperti ‘Youtube’ adalah sangat berguna kepada para pelajar jikalau menggunakannya dengan tujuan yang betul.Hal ini kerana di dalam aplikasi ini, segala macam maklumat dipapar dan diajar dengan terperinci oleh orang yang mahir di dalam bidang 8
  • 9. NIJAL BAHARI BIN ISMAIL M20121000459 KPT6044 : PEMBELAJARAN BERASASKAN ELEKTRONIK DAN WEB tersebut.Tetapi terdapat sesetengah pihak yang tidak bertanggungjawab yang memaparkan video yang tidak berfaedah dan akan menyumbangkan kepada perubahan sikap pelajar seperti video buli, mencuri, dan segala macam video yang mengajar pelajar tentang budaya buruk. Ini sangat memberi kesan kepada orang yang melihatnya tambahan pula aplikasi ini selalu di layari oleh pelajar lelaki. Ini berbeza dengan pelajar perempuan yang lebih suka melayari Internet untuk tujuan mencari bahan ilmiah.Hal ini kerana dengan Internet pelbagai ilmu boleh didapati dan kadang kalanya ilmu itu tidak terdapat di dalam buku dan tidak di ajar oleh guru ketika di sekolah.Perbezaan minat dalam melayari aplikasi Internet telah membuktikan bahawa sikap pelajar akan dipengaruhi oleh minat mereka melayari Internet. Selain itu, kebanyakan pelajar agak kerap melayari Internet setiap hari.Mereka memperuntukkan 3 – 4 jam sehari untuk tujuan ini. Tempoh masa ini agak panjang bagi seorang pelajar yang tidak menggunakan Internet sebagai medium utama untuk proses pembelajaran. Di Malaysia, kebanyakan sekolah hanya menggunakan Internet sebagai medium kedua untuk mencari maklumat tambahan. Guru tetap menjadi medium utama dalam proses pembelajaran dan pengajaran. Dalam tempoh masa yang panjang ini, pelbagai jenis maklumat dan aplikasi boleh dilayari.Bagi pelajar yang positif, tempoh masa ini digunakan sebaik mungkin untuk mecari segala macam maklumat baru untuk dijadikan maklumat tambahan serta secara tidak langsung boleh menambah ilmu pengetahuan mengenai dunia luar. Tetapi bagi mereka yang negatif, mereka mula mengkaji dan meniru apa yang dibawa oleh Internet. Mereka akan cuba mengaplikasikannya di sekolah atau dunia realiti untuk membuktikan bahawa maklumat yang didapati dari Internet adalah benar dan sahih. Sikap seseorang pelajar adalah bergantung kepada bagaimana mereka melihat dunia luar dan mengaplikasikannya di dunia sekeliling mereka.Hal ini kerana dengan Internet kita boleh melihat dunia luar tanpa sempadan. Tiada tapisan maklumat dan hanya diri kita sendiri yang akan membuat perhitungan sama ada maklumat itu baik atau tidak. Kecenderungan pelajar dalam 9
  • 10. NIJAL BAHARI BIN ISMAIL M20121000459 KPT6044 : PEMBELAJARAN BERASASKAN ELEKTRONIK DAN WEB melayari aplikasi seperti ‘online streaming’ adakalanya memberi kesan positif seperti membina keyakinan diri ketika berkomunikasi, dan tetapi kesan buruknya tetap ada. Bagi gologan pelajar yang ingin mencuba perkara baru mereka akan cuba mencari dan melayari seberapa banyak aplikasi dan akhirnya akan terhasil lah budaya ‘punk’ di sekolah, budaya bertindik di kalangan pelajar lelaki dan juga ‘gansterism’. Bagi golongan pasif atau golongan yang ingin mencuba benda baru tetapi masih takuttakut, mereka juga akan melayari aplikasi tersebut tetapi akan melebihkannya dengan melayari aplikasi yang berbentuk ilmiah seperti e-pembelajaran. Bagi golongan ini, pelajaran lebih utama dari segalanya.Matlamat mereka adalah untuk belajar setinggi yang mungkin.Untuk golongan seperti ini, selalu majoritinya adalah pelajar perempuan.Mereka jarang untuk menimbulkan sebarang masalah disiplin ketika di sekolah. Seperti yang kita sedia maklum, peratusan peningkatan masalah disiplin di sekolah di Malaysia adalah datangnya daripada sikap buruk pelajar lelaki. Ini sangat membimbangkan kita kerana pelajar lelaki adalah bakal pemimpin negara di masa akan datang. Internet membuatkan pelajar leka dan tidak menghargai masa. Ini dipersetujui oleh kebanyakan responden di mana dengan Internet kita tidak akan menghiraukan dunia sekeliling. Kita mula tidak mengulangkaji pelajaran, tidak menyiapkan kerja sekolah dan mula tidak menghargai masa.Penggunaan Internet sangat melekakan tidak kiralah kita ini pelajar, pekerja, ibu bapa sekalipun.Hal ini kerana kita berasa seronok dengan menggunakan Internet. Internet akan membuatkan seolah-olah kita berada di dunia tanpa sempadan. Maklumat boleh dilayari dengan begitu mudah dan tanpa sekatan. Ada baik dan buruknya penggunaan Internet kepada pelajar.Jikalau positif pelajar itu maka positiflah caranya ketika melayari Internet dan begitu juga sebaliknya.Internet melekakan pelajar adalah bergantung dengan bagaimana kita menggunakan dan memperuntukkan masa untuk tujuan melayari Internet. 10
  • 11. NIJAL BAHARI BIN ISMAIL M20121000459 KPT6044 : PEMBELAJARAN BERASASKAN ELEKTRONIK DAN WEB 7.0 Kesimpulan Bagi konteks pelajar mereka menggunakan Internet untuk tujuan sampingan seperti mencari kenalan baru, berkomunikasi sesama mereka, mencari maklumat tambahan serta mula untuk mengenal dunia luar.Tidak semua aplikasi dalam Internet memudaratkan pelajar.Ada aplikasi yang berguna seperti Wikipedia di mana kita boleh mengetahui mengenai sesuatu perkara dengan lebih mendalam lagi.Baik atau buruknya Internet adalah bergantung kepada bagaimana seseorang pelajar itu menggunakannya. Perubahan sikap pelajar adalah berhubung rapat dengan bagaimana mereka melihat dunia luar dan cuba menyesuaikan diri mereka. Bagi golongan pelajar di mana ketika ini adalah fasa yang ingin mencuba sesuatu benda baru.Mereka ingin membuatkan orang sekeliling mereka melihat mereka sebagai idola. Disebabkan perkara tersebut, maka mereka cuba untuk mencari sesuatu kelainan dan Internet adalah jawapannya. Dengan Internet segala macam perlakuan buruk boleh diikuti seperi budaya merokok, minum arak, membuang masa dan perkara negatif yang lain boleh didapati. Golongan yang mudah terpengaruh dengan Internet adalah golongan remaja iaitu golongan pelajar itu sendiri.Tetapi selalunya untuk terpengaruh dengan perkara negatif adalah pelajar lelaki. Hal ini kerana di fasa ini, pelajar lelaki ingin membuktikan bahawa mereka adalah hero di mata masyarakat, tetapi cara mereka salah. Mereka menjadi hero untuk perkara negatif.Mula mencuba untuk merokok, ponteng sekolah dan melepak membuang masa. Manakala ini sebaliknya terjadi kepada golongan pelajar perempuan di mana mereka berlumba-lumba untuk menjadi terbaik di kalangan terbaik. Mereka juga ingin menjadi hero tapi dengan cara mereka sendiri iaitu berlumba-lumba untuk menjadi yang terbaik. Hal ini juga mungkin disebabkan oleh faktor sekeliling di mana seperti yang kita sedia maklum peratusan pelajar perempuan di universiti tempatan awam mahupun swasta adalah tinggi. Persaingan untuk pelajar perempuan memasuki universiti adalah tinggi berbanding dengan pelajar lelaki.Oleh sebab itu, mereka perlulah belajar bersunggh-sungguh untuk 11
  • 12. NIJAL BAHARI BIN ISMAIL M20121000459 KPT6044 : PEMBELAJARAN BERASASKAN ELEKTRONIK DAN WEB mencapai impian memasuki university kerana persaiangan pelajar perempuan adalah tinggi dan potensi untuk melanjutkan pelajaran di university tipis sekiranya tidak mencapai keputusan yang cemerlang di dalam pelajaran. Selain itu, ibu bapa juga memainkan peranan penting untuk membendung gejala negatif di kalangan pelajar terutamanya di kalangan pelajar lelaki.Para ibu bapa seharusnya memantau kegiatan anak mereka ketika melayari Internet.Ini bukan bertujuan untuk mengongkong tetapi lebih ke arah untuk memantau dan memandu mereka menuju ke jalan yang betul dan menjadi seorang pelajar yang bersih dari segi masalah disiplin.Sebagai ibu bapa, kita perlulah menjadi „sahabat‟ kepada mereka agar mereka senang dan sedia untuk berkongsi segala masalah yang timbul. Hal ini kerana fasa remaja adalah fasa yang menentukan sama ada seseorang itu akan menjadi baik atau sebaliknya. Mereka mengalami konflik dalaman ketika ini di mana keinginan untuk mencuba dan meneroka benda baru adalah tinggi. Kita boleh rumuskan bahawa, semua pihak haruslah berganding bahu untuk membendung masalah perubahan sikap pelajar yang disebabkan oleh penggunaan Internet.Tidak semua Internet itu buruk.Ada juga baiknya kerana Internet adalah lambang kemajuan kita sebagai bangsa manusia yang mampu mencipta satu alat komunikasi yang boleh menghubungkan satu dunia dengan hanya satu klik. 12
  • 13. NIJAL BAHARI BIN ISMAIL M20121000459 KPT6044 : PEMBELAJARAN BERASASKAN ELEKTRONIK DAN WEB Bibliografi Madzani Saidie Nusa, (2013), Kesan Internet Ke atas Pelajar : Manfaat atau Kemudaratan http://madzani.blogspot.com/2013/01/kesan-internet-ke-atas-pelajar-manfaat.html Azwita Usman, 2010, “Kajian Kuantitaif, Kualitatif dan Gabungan”, http://deitaz.blogspot.com/2010/08/kajian-kualitatif-kuantitatif-dan.html Abu Bakar, 2010, “Media Massa Memainkan Peranan Penting Dalam Pembangunan dan Berupaya Mempengaruhi Perlakuan Khalayak, Khususnya di Negara Sedang Membangun”, http://abubakar69.blogspot.com/2010/01/media-massa-memainkan-peranan-penting.html Pusat Maklumat Penerangan, “Internet, Sejarah dan Faedahnya”, http://pmr.penerangan.gov.my/index.php/component/content/article/34-megabait/6741-internetsejarah-dan-feadahnya.html Anis.(2000). Penggunaan kafe siber oleh remaja.http://www.bijak.net.my 13