SlideShare une entreprise Scribd logo
1  sur  13
TUGASAN 3




        PEMBELAJARAN BERASASKAN
            ELEKTRONIK DAN WEB
                    KPT 6044



   “KAJIAN PENGGUNAAN ICT DI KALANGAN GURU
             SEKOLAH MENENGAH.”



                  Disediakan Oleh:
             NUR LIYANA BINTI YUSOF
                  M20121000154



                  Disediakan Untuk:
 PROFESOR MADYA DR. ABD LATIF BIN HAJI GAPOR
TUGASAN 3


     PENGGUNAAN ICT DI KALANGAN GURU SEKOLAH MENENGAH


1.1 Pengenalan


Peranan pendidikan pada abad ini amat mencabar kerana bidang ini mempunyai
tanggungjawab besar bagi melaksanakan dasar peningkatan penggunaan IT dalam
pengajaran-pembelajaran yang bersesuaian dengan perubahan era ICT. Penggunaan
komputer semakin penting dalam menjana dan memperkembangkan idea dan kreativiti
para pendidik dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Dalam konteks ini, globalisasi
menyebabkan wujudnya konsep dunia tanpa sempadan, konsep liberalisasi maklumat,
konsep pembelajaran global, konsep perubahan global dan sebagainya (Abd. Rahim,
2005). Perubahan ini memberikan kesan sama ada positif dan juga negatif kepada
masyarakat di negara membangun.


       Profesion keguruan juga terjebak dalam pengaruh ini yang merupakan trend dan
ideologi abab ke-21. ICT memberi kesan yang besar ke atas anjakan perubahan sistem
dan pengurusan pendidikan di negara-negara membangun seperti Malaysia. Revolusi
maklumat yang berlaku disebabkan kemajuan ICT memberi cabaran baharu kepada
profesion keguruan, di samping kemajuan yang berlaku ini perlu dimanfaatkan untuk
mempertingkatkan martabat profesion keguruan yang sedang mengharungi perubahan
abab ke -21. Perkembangan pendidikan baru dalam pengetahuan ICT memerlukan
anjakan peranan pendidikan dan profesion keguruan. Negara membangun memerlukan
lebih ramai guru yang mempunyai pengkhususan bidang pengetahuan komunikasi
maklumat (ICT). Latihan pendidikan guru juga memerlukan perubahan paradigma bagi
melahirkan   guru-guru   yang   berkelayakkan    dan   berkebolehan   mendidik    dan
membangunkan masyarakat dan negara.


       Selain itu, teknologi dapat mempermudahkan tugas serta meningkatkan prestasi
guru seperti penggunaan teknologi untuk kerja-kerja pengajaran pembelajaran. Winston
Churcil menyatakan empayar di masa depan ialah empayar pemikiran dan minda. Untuk
mengembangkan pemikiran dan minda pelajar khususnya, pendekatan pengajaran dan
TUGASAN 3


pembelajaran di sekolah perlu digubah kepada pemikiran penyelidikan, mengumpul
maklumat, menganalisis data ke arah menggalakkan kreativiti dan motivasi pelajar.
Pendekatan pengajaran secara tradisional secara sogokan nota-nota seharusnya dikikis
dari pemikiran guru tetapi diubah dengan membekalkan pengetahuan dan kemahiran ke
arah mendapatkan maklumat.


       Ellington, Percival dan Race (1993) menjelaskan bahawa penggunaan komputer
dalam pendidikan mempunyai beberapa kekuatan dan kelemahan tersendiri yang mana
lebih berasaskan sebagai satu teknik pengajaran dan pembelajaran yang lebih
menekankan peranan individu. Ramai penulis menyatakan kekuatan penggunaan
komputer dalam pendidikan adalah objektif pembelajarannya yang lebih luas,
pembelajarannya yang juga boleh dilakukan sendiri serta mendapat maklum balas segera
melalui pendekatan interaktif; dan membolehkan simulasi pengalaman pembelajaran
dilakukan secara terus. Manakala kelemahan penggunaan komputer dalam proses
pengajaran dan pembelajaran pula ialah teknologi maklumat dan komunikasi (ICT)
memerlukan guru-guru celik komputer, atau sekurang-kurangnya berasa senang
menggunakan papan kekunci, sukar mendapatkan bahan berasaskan komputer yang
sesuai dan tersedia, dan usaha mereka bentuk bahan pembelajaran berasaskan komputer
memerlukan kemahiran yang tinggi (Ellington et al. 1993). Cabaran-cabaran globalisasi
menuntut agar negara membangunkan sumber tenaga yang mempunyai ciri-ciri K-
worker, celik dan mahir dalam ICT, mampu bersaing pada peringkat tempatan dan pada
peringkat global, bahkan memiliki jati diri dan daya saing yang tinggi.


Untuk menjayakan pelaksanaan penggunaan IT lebih berkesan, kemudahan infrastruktur
ICT perlu disediakan dan dirancang dengan baik. Kemudahan ICT dapat membantu
perlaksanaan kurikulum dengan berkesan. Pembelajaran bukan lagi tertumpu dengan
kaedah pengajaran di bilik kuliah semata-mata. Penggunaan teknologi ICT perlu
dieksploit sepenuhnya supaya memberikan kesan yang positif dalam pembelajaran
pelajar. Penggunaan modul pembelajaran dalam bentuk CD-ROM, multimedia, simulasi
dan sebagainya memerlukan prasarana yang bersesuaian.
TUGASAN 3


1.3 Pernyataan Masalah


Penggunaan komputer semakin penting dalam menjana dan memperkembangkan idea
dan kreativiti para pendidik dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Negara
membangun memerlukan lebih ramai guru yang mempunyai pengkhususan bidang
pengetahuan komunikasi maklumat (ICT). Akan tetapi, terdapat pelbagai kekangan dan
cabaran dalam penggunaan ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran di kalangan
guru di Sekolah Menengah, ini termasuklah kekangan menghabiskan silibus, sikap
negatif guru, kekurangan kemahiran, kekurangan prasarana dan bahan sokongan, jurang
ICT dan digital, sumber kewangan yang tidak mencukupi.



       Memandangkan Sekolah Bestari yang berasaskan penggunaan ICT dan
multimedia telah tercetusnya isu kekurangan penggunaan komputer apatah lagi sekiranya
kajian ini diperluaskan ke Sekolah Menengah. Peranan Pendidikan pada abad ini amat
mencabar kerana     mempunyai     tanggungjawab besar bagi        melaksanakan dasar
meningkatkan penggunaan IT dalam pengajaran pembelajaran sesuai dengan perubahan
era ICT. Inovasi teknologi juga penting kerana selaras dengan dasar IT dalam
pembangunan negara. Oleh itu, inovasi teknologi perlu diperluaskan dan mendasari
pembaharuan pedagogi serta pengurusan pendidikan moden di sekolah-sekolah di
Malaysia menjelang tahun 2020. Pelan tindakan berkaitan dengan inovasi teknologi ICT
perlu dirangka dan mencorakkan anjakan baru dalam reformasi pendidikan dan
pembentukan    sekolah   berkesan.   Sekolah-sekolah   menengah       perlu   mempunyai
kelengkapan infrastruktur ICT dan diuruskan berasaskan inovasi ICT.


Peralatan yang digunakan dalam pengajaran di Sekolah Menengah terdiri daripada
komputer, overhead projector ,note book, digital camera dan transperansi, slaid dan
kemudahan peralatan muiltimedia lain. Peralatan-peralatan ini penting sekiranya kaedah
pengajaran perlu dipelbagaikan. Semua peralatan ini, boleh dikategorikan kepada
penggunaan teknologi tinggi dan penggunaan teknologi rendah. Era teknologi maklumat
dan komunikasi, World Wide Web (WWW) telah menjadikan internet lebih mesra
TUGASAN 3


pengguna di mana ia dapat mengintegrasikan grafik, teks dan bunyi ke dalam satu
halaman paparan. E-pembelajaran ini dapat digunakan secara luas iaitu pelajar dapat
mengakses bahan serta mempelajarinya mengikut keperluan sendiri dari segi masa teknik
juga dalam keadaan tidak formal. Ia bersifat kos efektif di mana banyak bahan yang
terdapat pada pelbagai laman mampu diakses oleh guru dan pelajar tanpa menggunakan
banyak kos.




1.4 Objektif Kajian


Objektif kajian ini adalah untuk mengetahui dan mengenal pasti penggunaan ICT dalam
proses pengajaran dan pembelajaran di kalangan guru sekolah menengah iaitu :-


   a) Membandingkan kemahiran guru dalam mengadaptasikan teknologi maklumat
       dan komunikasi (ICT) sebagai alat bantu mengajar.


   b) Menyenaraikan dan menjelaskan pelbagai kekangan dan cabaran dalam
       penggunaan ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran di kalangan guru di
       Sekolah Menengah.


   c) Menjelaskan penggunaan komputer dalam pendidikan mempunyai beberapa
       kekuatan dan kelemahan tersendiri yang mana lebih berasaskan sebagai satu
       teknik pengajaran dan pembelajaran yang lebih menekankan peranan individu.


   d) Menjelaskan kepentingan menguasai Kemahiran Teknologi Maklumat (ICT)
       dalam proses pengajaran dan pembelajaran.


   e) Menjelaskan sikap dan penerimaan guru-guru terhadap penggunaan komputer.
TUGASAN 3


1.5 Persoalan Kajian


Untuk menangani masalah ini, penyelesaian perlu dikemukakan bagi persoalan yang
berikut :-



    1) Apakah kepentingan menguasai Kemahiran Teknologi Maklumat (ICT) dalam
        meningkatkan pengetahuan dan kemahiran guru?


    2) Sejauh manakah guru mempunyai sikap dan persepsi yang positif terhadap
        penggunaan komputer dalam pendidikan?


    3) Apakah kepentingan peranan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran pendidikan
        di sekolah menengah?


    4) Apakah kekangan dan cabaran penggunaan ICT dalam pendidikan di sekolah
        menengah?
TUGASAN 3


1.6 Kepentingan Kajian


Penggunaan komputer semakin penting dalam menjana dan memperkembangkan idea
dan kreativiti para pendidik dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Beberapa kajian
telah dijalankan mengenai sikap terhadap komputer dalam kalangan guru-guru pelatih
(Zulkifli dan Raja Maznah, 1994), guru mempunyai sikap dan persepsi yang positif
terhadap penggunaan IT dalam pendidikan (Ambigapathy dan Suthagar, 2003), dan
peranan guru yang menggunakan komputer di dalam bilik darjah (Downes, 1993).


       Daripada kajian dokumentasi yang dilakukan oleh Mohd. Arif , Norsiati, &
Mohd. Ghazali ke atas sebuah sekolah bestari di daerah Kuantan pada tahun 2003
didapati bahawa penggunaan makmal komputer untuk penggunaan perisian kursus bestari
atau melayari internet yang disediakan agak kurang memuaskan. Ramai penulis
menyatakan kekuatan penggunaan komputer dalam pendidikan adalah objektif
pembelajarannya yang lebih luas, pembelajarannya yang juga boleh dilakukan sendiri
serta mendapat maklum balas segera melalui pendekatan interaktif; dan membolehkan
simulasi pengalaman pembelajaran dilakukan secara terus.

       Gbomita (1997) menyatakan bahawa sikap terhadap komputer adalah satu
daripada tiga faktor yang menyumbang kepada penerimaan guru-guru terhadap
penggunaan komputer, selain faktor ciri-ciri komputer dan dasar-dasar kritikal yang
penting untuk penerimaan penggunaan komputer. Kajian oleh Zulkifli dan Raja Maznah
(1994), mendapati bahawa sikap yang positif adalah penting untuk mendorong seseorang
bagi mempelajari apa-apa sahaja. Sikap, kesedaran dan keupayaan aplikasi perisian
merupakan cara terbaik untuk menjangka dan meramal komitmen terhadap penggunaan
komputer (Kay, 1990). Zhao, Hueyshan dan Mishra (2000) menyatakan bahawa guru
menggunakan komputer untuk menghasilan penyampaian yang lebih menarik serta
berkesan, menguruskan pelajar mereka dengan cekap, dan memudahkan komunikasi
dengan ibu bapa serta pelajar.
TUGASAN 3


       Beberapa kajian telah dijalankan mengenai sikap terhadap komputer dalam
kalangan guru-guru pelatih. Sebagai contoh, Zulkifli dan Raja Maznah (1994) mengkaji
sikap terhadap komputer dalam guru-guru pelatih siswazah. Kajian ini telah meninjau
hubungan beberapa pemboleh ubah seperti perbezaan jantina, pengalaman dengan
komputer dan sebagainya dengan penggunaan komputer. Ambigapathy dan Suthagar
(2003) membuktikan dalam kajian mereka bahawa guru mempunyai sikap dan persepsi
yang positif terhadap penggunaan IT dalam pendidikan, iaitu 76.67 peratus bersetuju
bahawa ICT merupakan alat bantu mengajar yang efektif. Oleh itu, dapat dirumuskan
pendedahan awal terhadap penggunaan komputer boleh memberi impak yang positif
terhadap pembentukan sikap para guru.




1.7 Batasan Kajian


Penyelidikan mengenai penggunaan ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran di
kalangan guru sekolah menengah adalah di kawasan Daerah Kuala Kangsar iaitu di
Sekolah Menengah Methodist dan di Sekolah Menengah Muhibbah. Penyelidikan ini
meliputi aspek-aspek seperti sikap guru, peranan ICT dan kekangan / cabaran
penggunaan ICT.


Selain itu, penyelidikan ini juga untuk mendapatkan maklumat mengenai ICT dalam
pendidikan guru dan melaksanakan dasar peningkatan penggunaan IT dalam pengajaran
pembelajaran yang bersesuaian dengan perubahan era ICT. Malah peneylidikan ini
meliputi bagaimana teknologi dapat mempermudahkan tugas serta meningkatkan prestasi
guru seperti penggunaan teknologi untuk kerja-kerja pengajaran pembelajaran.
TUGASAN 3


1.8 Definisi Istilah


Globalisasi


a) Globalisasi ialah satu ideologi perubahan budaya, sosial, dan politik yang dicetuskan
oleh kemajuan pesat ICT.


b) Dalam konteks ini, globalisasi menyebabkan wujudnya konsep dunia tanpa sempadan,
konsep liberalisasi maklumat, konsep pembelajaran global, konsep perubahan global dan
sebagainya (Abd. Rahim, 2005).


Wawasan ICT


a) Dengan penubuhan MSC, wawasan ICT ialah memacu Malaysia menjadi negara yang
berdaya maju dan kompetitif sesuai dengan cabaran globalisasi dan era teknologi
maklumat.


ICT


a) Menurut Ward & Peppard (2003), ICT merujuk kepada teknologi (hardware, software,
telecomunication dan networks). Sesuatu yang nyata (tangible) contohnya komputer
peribadi, servers, routers, kabel dan sesuatu yang tidak nyata (intangible) contohnya
software.




Pengajaran


a) Pembelajaran pula ialah proses pemerolehan maklumat dan pengetahuan, penguasaan
kemahiran dan tabiat serta pembentukan sikap dan kepercayaan. Proses pembelajaran
berlaku sepanjang hayat seseorang manusia. Proses pembelajaran berlaku di mana-mana
TUGASAN 3


tempat dan pada sebarang masa serta embelajaran akan membawa kepada perubahan
pada seseorang.


b) Menurut B. G. Yaxley (1991), pengajaran merupakan satu tindakan yang bertujuan
untuk membawa perubahan dari segi kepercayaan, nilai dan makna. Beliau juga
berpendapat bahawa pengajaran merupakan satu aktiviti intelek. Ia melibatkan pemikiran,
perasaan dan penilaian. Misalnya, interaksi antara guru dengan pelajar dan di antara
pelajar dengan pelajar.


c) Kamus Dewan mentakrifkan pembelajaran sebagai proses belajar untuk memperoleh
ilmu pengetahuan dan menjalani latihan.



Literasi Komputer


a) Chakrabarty (1979) menjelaskan bahawa literasi komputer membawa maksud
mempelajari cara menggunakan sesuatu perisian mikrokomputer dan peranti-perantinya
yang dapat menghasilkan sesuatu melalui penggunaan komputer.

b) Hunter (1987), dalam kajiannya yang menyatakan literasi komputer sebagai kemahiran
seseorang individu menggunakan komputer sebagai sebuah alat yang disesuaikan kepada
situasi hidup harian yang membolehkannya berfungsi dalam masyarakat yang berasaskan
maklumat.


c) Ngan (1994) menyatakan bahawa literasi komputer membawa maksud yang lebih luas
bukan sahaja konsep dalam kesedaran tetapi juga pengalaman dan pengendalian
komputer.
TUGASAN 3


                                    LAMPIRAN A
Borang soal selidik (untuk dijawab oleh pelajar)
Arahan: Jawab semua soalan di setiap bahagian. Sila bulatkan satu daripada 4 aras
persetujuan anda yang terdapat di setiap hujung pernyataan tersebut.


Rujukan pernyataan:


Aras persetujuan Skor
Sangat Tidak Setuju (STS) 1
Tidak Setuju (TS) 2
Setuju (S) 3
Sangat Setuju (SS) 4
Bahagian A
Hubungan minat pelajar dengan Bahan Bantu Mengajar
STS TS S SS
Contoh: Saya gembira belajar Matematik. 1 2 3 4


1. Saya sangat minat belajar Matematik bila
guru menggunakan Bahan Bantu Mengajar
semasa mengajar.                                                          1234
2. Saya tidak suka belajar Matematik tanpa
Bahan Bantu Mengajar.                                                     1234
3. Saya rasa bosan belajar Matematik sekiranya guru
tidak menggunakan Bahan Bantu Mengajar semasa
mengajar.
                                                                          1234
4. Saya merasa seronok belajar Matematik
dengan adanya Bahan Bantu Mengajar.                                       1234
5. Penggunaan Bahan Bantu Mengajar oleh
guru menjadi motivasi kepada saya untuk
mengikuti pelajaran Matematik.                                            1234
TUGASAN 3


6. Saya tidak dapat menumpukan perhatian walaupun
guru menggunakan Bahan Bantu Mengajar
semasa mengajar.                                     1234
7. Saya berasa seronok belajar Matematik jika guru
menggunakan Bahan Bantu Mengajar                     1234
8. Bahan Bantu Mengajar yang digunakan semasa
pengajaran dapat mengekalkan minat saya pada
subjek Matematik.                                    1234
9. Minat saya pada Matematik bertambah bila guru
menggunakan Bahan Bantu Mengajar dalam
pengajarannya.                                       1234
10. Saya berminat membuat latihan Matematik yang
disediakan oleh guru pada lembaran kerja.            1234
11. Penggunaan Bahan Bantu Mengajar oleh guru
tidak langsung menarik minat saya pada
Matematik.                                           1234
12. Pembelajaran Matematik tidak menarik dengan
penggunaan Bahan Bantu Mengajar.                     1234
13. Penggunaan Bahan Bantu Mengajar oleh guru
telah mendorong minat saya untuk lebih rajin
belajar Matematik.                                   1234
14 Pembelajaran Matematik menjadi lebih menarik
dengan adanya Bahan Bantu Mengajar.                  1234
15. Saya minat membuat latihan Matematik yang
terdapat dalam buku rujukan selain yang diberi
oleh guru.                                           1234
16. Saya berjaya menyelesaikan masalah Matematik
apabila guru gunakan Bahan Bantu Mengajar ketika
mengajar.                                            1234
TUGASAN 3


Bahagian B
Ciri-ciri Bahan Bantu Mengajar yang sesuai.
17. Bahan Bantu Mengajar yang digunakan oleh guru
sesuai dengan isi pelajaran yang disampaikan.                     1234
18. Bahan Bantu Mengajar yang digunakan oleh guru
dapat dilihat dengan jelas.                                       1234
19. Bahan Bantu Mengajar yang digunakan oleh guru
menarik perhatian saya.                                           1234
20. Bahan Bantu Mengajar yang digunakan oleh guru
kemas dan mudah digunakan.                                        1234
Saya sangat seronok jika Bahan Bantu Mengajar berikut digunakan   1234
oleh guru semasa mengajar.


Jenis BBM STS TS S SS
21. Bahan bercetak                                                1234
22. Bahan bukan bercetak                                          1234
23. Bahan 3D                                                      1234
24. Bahan Tayangan                                                1234
25. Bahan audio                                                   1234
26. Bahan video dan komputer                                      1234


*SELAMAT MENJAWAB*
*TERIMA KASIH DI ATAS KERJASAMA ANDA*

Contenu connexe

Tendances

Penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi ( ict ) dalam p&p
Penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi ( ict ) dalam p&pPenggunaan teknologi maklumat dan komunikasi ( ict ) dalam p&p
Penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi ( ict ) dalam p&pHome
 
Tugasan 3 (kajian tinjauan)
Tugasan 3 (kajian tinjauan)Tugasan 3 (kajian tinjauan)
Tugasan 3 (kajian tinjauan)juelieyza
 
Tugasan3 ict tinjauan
Tugasan3 ict tinjauanTugasan3 ict tinjauan
Tugasan3 ict tinjauanMohammad Nusi
 
PENGINTEGRASIAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBEL...
PENGINTEGRASIAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBEL...PENGINTEGRASIAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBEL...
PENGINTEGRASIAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBEL...Anas Redzuan Shariff
 
ICT DALAM PENDIDIKAN
ICT DALAM PENDIDIKAN ICT DALAM PENDIDIKAN
ICT DALAM PENDIDIKAN Maryam Fadil
 
Slide presentation
Slide presentationSlide presentation
Slide presentationNor Aminah
 
Usul penyelidikan krl3033 muhamad fairuz abdul latif 770601026689 ppg 21742-12
Usul penyelidikan krl3033 muhamad fairuz abdul latif 770601026689 ppg 21742-12Usul penyelidikan krl3033 muhamad fairuz abdul latif 770601026689 ppg 21742-12
Usul penyelidikan krl3033 muhamad fairuz abdul latif 770601026689 ppg 21742-12MUHAMAD FAIRUZ LATIF
 
Sikap guru terhadap penggunaan ict di sekolah kebangsaan trolak timur
Sikap guru terhadap penggunaan ict di sekolah kebangsaan trolak timurSikap guru terhadap penggunaan ict di sekolah kebangsaan trolak timur
Sikap guru terhadap penggunaan ict di sekolah kebangsaan trolak timurshamsuhaila85
 
Isu dan cabaran sbp
Isu dan cabaran sbpIsu dan cabaran sbp
Isu dan cabaran sbpZack Azizdin
 
KPT6044 - Kajian Tinjauan
KPT6044 - Kajian TinjauanKPT6044 - Kajian Tinjauan
KPT6044 - Kajian Tinjauanidahazira
 
Ict in pnp
Ict in pnpIct in pnp
Ict in pnpwmzuri
 
Penggunaan ICT dalam Pengajaran dan Pembelajaran
Penggunaan ICT dalam Pengajaran dan PembelajaranPenggunaan ICT dalam Pengajaran dan Pembelajaran
Penggunaan ICT dalam Pengajaran dan Pembelajaranisuict12
 
E learning di sekolah-sekolah
E learning di sekolah-sekolahE learning di sekolah-sekolah
E learning di sekolah-sekolahMrsEden
 
keberkesanan-kaedah-pengajaran-berbantukan-komputer
 keberkesanan-kaedah-pengajaran-berbantukan-komputer keberkesanan-kaedah-pengajaran-berbantukan-komputer
keberkesanan-kaedah-pengajaran-berbantukan-komputermihahsayang
 
Penggunaan ict dalam pendidikan khas visual bee
Penggunaan ict dalam pendidikan khas   visual beePenggunaan ict dalam pendidikan khas   visual bee
Penggunaan ict dalam pendidikan khas visual beeNur Kareena
 
Bab9 multimedia dalam pendidikan
Bab9 multimedia dalam pendidikanBab9 multimedia dalam pendidikan
Bab9 multimedia dalam pendidikanSiti Zulaikha
 
Penilaian bagi pembangunan bahan multimedia berasaskan laman web dalam pendid...
Penilaian bagi pembangunan bahan multimedia berasaskan laman web dalam pendid...Penilaian bagi pembangunan bahan multimedia berasaskan laman web dalam pendid...
Penilaian bagi pembangunan bahan multimedia berasaskan laman web dalam pendid...cikgutika
 

Tendances (18)

Penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi ( ict ) dalam p&p
Penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi ( ict ) dalam p&pPenggunaan teknologi maklumat dan komunikasi ( ict ) dalam p&p
Penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi ( ict ) dalam p&p
 
Tugasan 3 (kajian tinjauan)
Tugasan 3 (kajian tinjauan)Tugasan 3 (kajian tinjauan)
Tugasan 3 (kajian tinjauan)
 
Tugasan3 ict tinjauan
Tugasan3 ict tinjauanTugasan3 ict tinjauan
Tugasan3 ict tinjauan
 
PENGINTEGRASIAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBEL...
PENGINTEGRASIAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBEL...PENGINTEGRASIAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBEL...
PENGINTEGRASIAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBEL...
 
ICT DALAM PENDIDIKAN
ICT DALAM PENDIDIKAN ICT DALAM PENDIDIKAN
ICT DALAM PENDIDIKAN
 
Slide presentation
Slide presentationSlide presentation
Slide presentation
 
Usul penyelidikan krl3033 muhamad fairuz abdul latif 770601026689 ppg 21742-12
Usul penyelidikan krl3033 muhamad fairuz abdul latif 770601026689 ppg 21742-12Usul penyelidikan krl3033 muhamad fairuz abdul latif 770601026689 ppg 21742-12
Usul penyelidikan krl3033 muhamad fairuz abdul latif 770601026689 ppg 21742-12
 
Sikap guru terhadap penggunaan ict di sekolah kebangsaan trolak timur
Sikap guru terhadap penggunaan ict di sekolah kebangsaan trolak timurSikap guru terhadap penggunaan ict di sekolah kebangsaan trolak timur
Sikap guru terhadap penggunaan ict di sekolah kebangsaan trolak timur
 
Isu dan cabaran sbp
Isu dan cabaran sbpIsu dan cabaran sbp
Isu dan cabaran sbp
 
KPT6044 - Kajian Tinjauan
KPT6044 - Kajian TinjauanKPT6044 - Kajian Tinjauan
KPT6044 - Kajian Tinjauan
 
Ict in pnp
Ict in pnpIct in pnp
Ict in pnp
 
Penggunaan ICT dalam Pengajaran dan Pembelajaran
Penggunaan ICT dalam Pengajaran dan PembelajaranPenggunaan ICT dalam Pengajaran dan Pembelajaran
Penggunaan ICT dalam Pengajaran dan Pembelajaran
 
E learning di sekolah-sekolah
E learning di sekolah-sekolahE learning di sekolah-sekolah
E learning di sekolah-sekolah
 
keberkesanan-kaedah-pengajaran-berbantukan-komputer
 keberkesanan-kaedah-pengajaran-berbantukan-komputer keberkesanan-kaedah-pengajaran-berbantukan-komputer
keberkesanan-kaedah-pengajaran-berbantukan-komputer
 
E learning
E learningE learning
E learning
 
Penggunaan ict dalam pendidikan khas visual bee
Penggunaan ict dalam pendidikan khas   visual beePenggunaan ict dalam pendidikan khas   visual bee
Penggunaan ict dalam pendidikan khas visual bee
 
Bab9 multimedia dalam pendidikan
Bab9 multimedia dalam pendidikanBab9 multimedia dalam pendidikan
Bab9 multimedia dalam pendidikan
 
Penilaian bagi pembangunan bahan multimedia berasaskan laman web dalam pendid...
Penilaian bagi pembangunan bahan multimedia berasaskan laman web dalam pendid...Penilaian bagi pembangunan bahan multimedia berasaskan laman web dalam pendid...
Penilaian bagi pembangunan bahan multimedia berasaskan laman web dalam pendid...
 

En vedette

Tinjauan penggunaan blog dikalangan pelajar dalam bidang pendidikan
Tinjauan penggunaan blog dikalangan pelajar dalam bidang pendidikanTinjauan penggunaan blog dikalangan pelajar dalam bidang pendidikan
Tinjauan penggunaan blog dikalangan pelajar dalam bidang pendidikansha_sobri9827
 
Tugasan 3: Kajian Tinjauan
Tugasan 3: Kajian TinjauanTugasan 3: Kajian Tinjauan
Tugasan 3: Kajian Tinjauansuhaimi zulkipli
 
Kajian mengenai kesan penggunaan telefon bimbit di kalangan pelajar
Kajian mengenai kesan penggunaan telefon bimbit di kalangan pelajarKajian mengenai kesan penggunaan telefon bimbit di kalangan pelajar
Kajian mengenai kesan penggunaan telefon bimbit di kalangan pelajarZieya Ash
 
Lampiran Kajian Tindakan
Lampiran Kajian TindakanLampiran Kajian Tindakan
Lampiran Kajian Tindakanhajizul
 
Proposal BMelayu(PENGGUNAAN HURUF BESAR)
Proposal BMelayu(PENGGUNAAN HURUF BESAR)Proposal BMelayu(PENGGUNAAN HURUF BESAR)
Proposal BMelayu(PENGGUNAAN HURUF BESAR) CIKGU NAZARINANAWAWI
 

En vedette (10)

Tugasan 3
Tugasan 3Tugasan 3
Tugasan 3
 
Tinjauan penggunaan blog dikalangan pelajar dalam bidang pendidikan
Tinjauan penggunaan blog dikalangan pelajar dalam bidang pendidikanTinjauan penggunaan blog dikalangan pelajar dalam bidang pendidikan
Tinjauan penggunaan blog dikalangan pelajar dalam bidang pendidikan
 
Kajian tinjauan
Kajian tinjauanKajian tinjauan
Kajian tinjauan
 
Tugasan 3 kajian tinjauan
Tugasan 3 kajian tinjauanTugasan 3 kajian tinjauan
Tugasan 3 kajian tinjauan
 
Tugasan 3: Kajian Tinjauan
Tugasan 3: Kajian TinjauanTugasan 3: Kajian Tinjauan
Tugasan 3: Kajian Tinjauan
 
Kajian mengenai kesan penggunaan telefon bimbit di kalangan pelajar
Kajian mengenai kesan penggunaan telefon bimbit di kalangan pelajarKajian mengenai kesan penggunaan telefon bimbit di kalangan pelajar
Kajian mengenai kesan penggunaan telefon bimbit di kalangan pelajar
 
RPH dan Kajian Tindakan
RPH dan Kajian TindakanRPH dan Kajian Tindakan
RPH dan Kajian Tindakan
 
Lampiran Kajian Tindakan
Lampiran Kajian TindakanLampiran Kajian Tindakan
Lampiran Kajian Tindakan
 
TUGASAN 3
TUGASAN 3TUGASAN 3
TUGASAN 3
 
Proposal BMelayu(PENGGUNAAN HURUF BESAR)
Proposal BMelayu(PENGGUNAAN HURUF BESAR)Proposal BMelayu(PENGGUNAAN HURUF BESAR)
Proposal BMelayu(PENGGUNAAN HURUF BESAR)
 

Similaire à Tugasan 3-Kajian Tinjauan

Tugasan 3 kajian tinjauan
Tugasan  3 kajian tinjauanTugasan  3 kajian tinjauan
Tugasan 3 kajian tinjauanHidayu Jamali
 
Implikasi globalisasi pendidikan kepada para pendidik
Implikasi globalisasi pendidikan kepada para pendidikImplikasi globalisasi pendidikan kepada para pendidik
Implikasi globalisasi pendidikan kepada para pendidikEi Mans
 
Tugasan 3 kajian tinjauan
Tugasan 3  kajian tinjauanTugasan 3  kajian tinjauan
Tugasan 3 kajian tinjauanKhairi Jumaiah
 
PEMBENTANGAN JURNAL: KESEDARAN, PENILAIAN & PENERIMAAN E-PEMBELAJARAN DALAM K...
PEMBENTANGAN JURNAL: KESEDARAN, PENILAIAN & PENERIMAAN E-PEMBELAJARAN DALAM K...PEMBENTANGAN JURNAL: KESEDARAN, PENILAIAN & PENERIMAAN E-PEMBELAJARAN DALAM K...
PEMBENTANGAN JURNAL: KESEDARAN, PENILAIAN & PENERIMAAN E-PEMBELAJARAN DALAM K...NURUL HUDA
 
kumpulan 16 : Penggunaan Teknologi Dalam PdP
kumpulan 16 : Penggunaan Teknologi Dalam PdP  kumpulan 16 : Penggunaan Teknologi Dalam PdP
kumpulan 16 : Penggunaan Teknologi Dalam PdP Izawati Saat
 
kumpulan 16 : Penggunaan Teknologi Dalam PdP
kumpulan 16 : Penggunaan Teknologi Dalam PdPkumpulan 16 : Penggunaan Teknologi Dalam PdP
kumpulan 16 : Penggunaan Teknologi Dalam PdPIzawati Saat
 
(Group 16) penggenaan teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran
(Group 16) penggenaan teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran(Group 16) penggenaan teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran
(Group 16) penggenaan teknologi dalam pengajaran dan pembelajaranDIHYAUDDIN SAAD
 
03.baharom.atikan.jun .11
03.baharom.atikan.jun .1103.baharom.atikan.jun .11
03.baharom.atikan.jun .11greenfrog88
 
03.baharom.atikan.jun .11
03.baharom.atikan.jun .1103.baharom.atikan.jun .11
03.baharom.atikan.jun .11Ena Ros
 
Tugasan 3 kajian tinjauan-kpt 6044
Tugasan 3 kajian tinjauan-kpt 6044Tugasan 3 kajian tinjauan-kpt 6044
Tugasan 3 kajian tinjauan-kpt 6044Nurul Juzailah Nurul
 
kumpulan 15 : Penggunaan Teknologi Dalam PdP
kumpulan 15 : Penggunaan Teknologi Dalam PdPkumpulan 15 : Penggunaan Teknologi Dalam PdP
kumpulan 15 : Penggunaan Teknologi Dalam PdPIzawati Saat
 
Tugasan 3 kajian tinjauan
Tugasan 3 kajian tinjauanTugasan 3 kajian tinjauan
Tugasan 3 kajian tinjauantengkunini
 

Similaire à Tugasan 3-Kajian Tinjauan (20)

Tugasan 3 kajian tinjauan
Tugasan  3 kajian tinjauanTugasan  3 kajian tinjauan
Tugasan 3 kajian tinjauan
 
Implikasi globalisasi pendidikan kepada para pendidik
Implikasi globalisasi pendidikan kepada para pendidikImplikasi globalisasi pendidikan kepada para pendidik
Implikasi globalisasi pendidikan kepada para pendidik
 
Tugasan 3 kajian tinjauan
Tugasan 3  kajian tinjauanTugasan 3  kajian tinjauan
Tugasan 3 kajian tinjauan
 
Jurnal ict 1
Jurnal ict 1Jurnal ict 1
Jurnal ict 1
 
Ict 3
Ict 3Ict 3
Ict 3
 
Jurnal
JurnalJurnal
Jurnal
 
Kajian Web
Kajian WebKajian Web
Kajian Web
 
Tahap pengetahuan
Tahap pengetahuanTahap pengetahuan
Tahap pengetahuan
 
Teknologi
TeknologiTeknologi
Teknologi
 
PEMBENTANGAN JURNAL: KESEDARAN, PENILAIAN & PENERIMAAN E-PEMBELAJARAN DALAM K...
PEMBENTANGAN JURNAL: KESEDARAN, PENILAIAN & PENERIMAAN E-PEMBELAJARAN DALAM K...PEMBENTANGAN JURNAL: KESEDARAN, PENILAIAN & PENERIMAAN E-PEMBELAJARAN DALAM K...
PEMBENTANGAN JURNAL: KESEDARAN, PENILAIAN & PENERIMAAN E-PEMBELAJARAN DALAM K...
 
kumpulan 16 : Penggunaan Teknologi Dalam PdP
kumpulan 16 : Penggunaan Teknologi Dalam PdP  kumpulan 16 : Penggunaan Teknologi Dalam PdP
kumpulan 16 : Penggunaan Teknologi Dalam PdP
 
kumpulan 16 : Penggunaan Teknologi Dalam PdP
kumpulan 16 : Penggunaan Teknologi Dalam PdPkumpulan 16 : Penggunaan Teknologi Dalam PdP
kumpulan 16 : Penggunaan Teknologi Dalam PdP
 
(Group 16) penggenaan teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran
(Group 16) penggenaan teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran(Group 16) penggenaan teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran
(Group 16) penggenaan teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran
 
03.baharom.atikan.jun .11
03.baharom.atikan.jun .1103.baharom.atikan.jun .11
03.baharom.atikan.jun .11
 
03.baharom.atikan.jun .11
03.baharom.atikan.jun .1103.baharom.atikan.jun .11
03.baharom.atikan.jun .11
 
Ict 2
Ict 2Ict 2
Ict 2
 
Tugasan 3 kajian tinjauan-kpt 6044
Tugasan 3 kajian tinjauan-kpt 6044Tugasan 3 kajian tinjauan-kpt 6044
Tugasan 3 kajian tinjauan-kpt 6044
 
kumpulan 15 : Penggunaan Teknologi Dalam PdP
kumpulan 15 : Penggunaan Teknologi Dalam PdPkumpulan 15 : Penggunaan Teknologi Dalam PdP
kumpulan 15 : Penggunaan Teknologi Dalam PdP
 
Tugasan 3 kajian tinjauan
Tugasan 3 kajian tinjauanTugasan 3 kajian tinjauan
Tugasan 3 kajian tinjauan
 
Artikel Mini KT
Artikel Mini KTArtikel Mini KT
Artikel Mini KT
 

Tugasan 3-Kajian Tinjauan

  • 1. TUGASAN 3 PEMBELAJARAN BERASASKAN ELEKTRONIK DAN WEB KPT 6044 “KAJIAN PENGGUNAAN ICT DI KALANGAN GURU SEKOLAH MENENGAH.” Disediakan Oleh: NUR LIYANA BINTI YUSOF M20121000154 Disediakan Untuk: PROFESOR MADYA DR. ABD LATIF BIN HAJI GAPOR
  • 2. TUGASAN 3 PENGGUNAAN ICT DI KALANGAN GURU SEKOLAH MENENGAH 1.1 Pengenalan Peranan pendidikan pada abad ini amat mencabar kerana bidang ini mempunyai tanggungjawab besar bagi melaksanakan dasar peningkatan penggunaan IT dalam pengajaran-pembelajaran yang bersesuaian dengan perubahan era ICT. Penggunaan komputer semakin penting dalam menjana dan memperkembangkan idea dan kreativiti para pendidik dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Dalam konteks ini, globalisasi menyebabkan wujudnya konsep dunia tanpa sempadan, konsep liberalisasi maklumat, konsep pembelajaran global, konsep perubahan global dan sebagainya (Abd. Rahim, 2005). Perubahan ini memberikan kesan sama ada positif dan juga negatif kepada masyarakat di negara membangun. Profesion keguruan juga terjebak dalam pengaruh ini yang merupakan trend dan ideologi abab ke-21. ICT memberi kesan yang besar ke atas anjakan perubahan sistem dan pengurusan pendidikan di negara-negara membangun seperti Malaysia. Revolusi maklumat yang berlaku disebabkan kemajuan ICT memberi cabaran baharu kepada profesion keguruan, di samping kemajuan yang berlaku ini perlu dimanfaatkan untuk mempertingkatkan martabat profesion keguruan yang sedang mengharungi perubahan abab ke -21. Perkembangan pendidikan baru dalam pengetahuan ICT memerlukan anjakan peranan pendidikan dan profesion keguruan. Negara membangun memerlukan lebih ramai guru yang mempunyai pengkhususan bidang pengetahuan komunikasi maklumat (ICT). Latihan pendidikan guru juga memerlukan perubahan paradigma bagi melahirkan guru-guru yang berkelayakkan dan berkebolehan mendidik dan membangunkan masyarakat dan negara. Selain itu, teknologi dapat mempermudahkan tugas serta meningkatkan prestasi guru seperti penggunaan teknologi untuk kerja-kerja pengajaran pembelajaran. Winston Churcil menyatakan empayar di masa depan ialah empayar pemikiran dan minda. Untuk mengembangkan pemikiran dan minda pelajar khususnya, pendekatan pengajaran dan
  • 3. TUGASAN 3 pembelajaran di sekolah perlu digubah kepada pemikiran penyelidikan, mengumpul maklumat, menganalisis data ke arah menggalakkan kreativiti dan motivasi pelajar. Pendekatan pengajaran secara tradisional secara sogokan nota-nota seharusnya dikikis dari pemikiran guru tetapi diubah dengan membekalkan pengetahuan dan kemahiran ke arah mendapatkan maklumat. Ellington, Percival dan Race (1993) menjelaskan bahawa penggunaan komputer dalam pendidikan mempunyai beberapa kekuatan dan kelemahan tersendiri yang mana lebih berasaskan sebagai satu teknik pengajaran dan pembelajaran yang lebih menekankan peranan individu. Ramai penulis menyatakan kekuatan penggunaan komputer dalam pendidikan adalah objektif pembelajarannya yang lebih luas, pembelajarannya yang juga boleh dilakukan sendiri serta mendapat maklum balas segera melalui pendekatan interaktif; dan membolehkan simulasi pengalaman pembelajaran dilakukan secara terus. Manakala kelemahan penggunaan komputer dalam proses pengajaran dan pembelajaran pula ialah teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) memerlukan guru-guru celik komputer, atau sekurang-kurangnya berasa senang menggunakan papan kekunci, sukar mendapatkan bahan berasaskan komputer yang sesuai dan tersedia, dan usaha mereka bentuk bahan pembelajaran berasaskan komputer memerlukan kemahiran yang tinggi (Ellington et al. 1993). Cabaran-cabaran globalisasi menuntut agar negara membangunkan sumber tenaga yang mempunyai ciri-ciri K- worker, celik dan mahir dalam ICT, mampu bersaing pada peringkat tempatan dan pada peringkat global, bahkan memiliki jati diri dan daya saing yang tinggi. Untuk menjayakan pelaksanaan penggunaan IT lebih berkesan, kemudahan infrastruktur ICT perlu disediakan dan dirancang dengan baik. Kemudahan ICT dapat membantu perlaksanaan kurikulum dengan berkesan. Pembelajaran bukan lagi tertumpu dengan kaedah pengajaran di bilik kuliah semata-mata. Penggunaan teknologi ICT perlu dieksploit sepenuhnya supaya memberikan kesan yang positif dalam pembelajaran pelajar. Penggunaan modul pembelajaran dalam bentuk CD-ROM, multimedia, simulasi dan sebagainya memerlukan prasarana yang bersesuaian.
  • 4. TUGASAN 3 1.3 Pernyataan Masalah Penggunaan komputer semakin penting dalam menjana dan memperkembangkan idea dan kreativiti para pendidik dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Negara membangun memerlukan lebih ramai guru yang mempunyai pengkhususan bidang pengetahuan komunikasi maklumat (ICT). Akan tetapi, terdapat pelbagai kekangan dan cabaran dalam penggunaan ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran di kalangan guru di Sekolah Menengah, ini termasuklah kekangan menghabiskan silibus, sikap negatif guru, kekurangan kemahiran, kekurangan prasarana dan bahan sokongan, jurang ICT dan digital, sumber kewangan yang tidak mencukupi. Memandangkan Sekolah Bestari yang berasaskan penggunaan ICT dan multimedia telah tercetusnya isu kekurangan penggunaan komputer apatah lagi sekiranya kajian ini diperluaskan ke Sekolah Menengah. Peranan Pendidikan pada abad ini amat mencabar kerana mempunyai tanggungjawab besar bagi melaksanakan dasar meningkatkan penggunaan IT dalam pengajaran pembelajaran sesuai dengan perubahan era ICT. Inovasi teknologi juga penting kerana selaras dengan dasar IT dalam pembangunan negara. Oleh itu, inovasi teknologi perlu diperluaskan dan mendasari pembaharuan pedagogi serta pengurusan pendidikan moden di sekolah-sekolah di Malaysia menjelang tahun 2020. Pelan tindakan berkaitan dengan inovasi teknologi ICT perlu dirangka dan mencorakkan anjakan baru dalam reformasi pendidikan dan pembentukan sekolah berkesan. Sekolah-sekolah menengah perlu mempunyai kelengkapan infrastruktur ICT dan diuruskan berasaskan inovasi ICT. Peralatan yang digunakan dalam pengajaran di Sekolah Menengah terdiri daripada komputer, overhead projector ,note book, digital camera dan transperansi, slaid dan kemudahan peralatan muiltimedia lain. Peralatan-peralatan ini penting sekiranya kaedah pengajaran perlu dipelbagaikan. Semua peralatan ini, boleh dikategorikan kepada penggunaan teknologi tinggi dan penggunaan teknologi rendah. Era teknologi maklumat dan komunikasi, World Wide Web (WWW) telah menjadikan internet lebih mesra
  • 5. TUGASAN 3 pengguna di mana ia dapat mengintegrasikan grafik, teks dan bunyi ke dalam satu halaman paparan. E-pembelajaran ini dapat digunakan secara luas iaitu pelajar dapat mengakses bahan serta mempelajarinya mengikut keperluan sendiri dari segi masa teknik juga dalam keadaan tidak formal. Ia bersifat kos efektif di mana banyak bahan yang terdapat pada pelbagai laman mampu diakses oleh guru dan pelajar tanpa menggunakan banyak kos. 1.4 Objektif Kajian Objektif kajian ini adalah untuk mengetahui dan mengenal pasti penggunaan ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran di kalangan guru sekolah menengah iaitu :- a) Membandingkan kemahiran guru dalam mengadaptasikan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) sebagai alat bantu mengajar. b) Menyenaraikan dan menjelaskan pelbagai kekangan dan cabaran dalam penggunaan ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran di kalangan guru di Sekolah Menengah. c) Menjelaskan penggunaan komputer dalam pendidikan mempunyai beberapa kekuatan dan kelemahan tersendiri yang mana lebih berasaskan sebagai satu teknik pengajaran dan pembelajaran yang lebih menekankan peranan individu. d) Menjelaskan kepentingan menguasai Kemahiran Teknologi Maklumat (ICT) dalam proses pengajaran dan pembelajaran. e) Menjelaskan sikap dan penerimaan guru-guru terhadap penggunaan komputer.
  • 6. TUGASAN 3 1.5 Persoalan Kajian Untuk menangani masalah ini, penyelesaian perlu dikemukakan bagi persoalan yang berikut :- 1) Apakah kepentingan menguasai Kemahiran Teknologi Maklumat (ICT) dalam meningkatkan pengetahuan dan kemahiran guru? 2) Sejauh manakah guru mempunyai sikap dan persepsi yang positif terhadap penggunaan komputer dalam pendidikan? 3) Apakah kepentingan peranan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran pendidikan di sekolah menengah? 4) Apakah kekangan dan cabaran penggunaan ICT dalam pendidikan di sekolah menengah?
  • 7. TUGASAN 3 1.6 Kepentingan Kajian Penggunaan komputer semakin penting dalam menjana dan memperkembangkan idea dan kreativiti para pendidik dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Beberapa kajian telah dijalankan mengenai sikap terhadap komputer dalam kalangan guru-guru pelatih (Zulkifli dan Raja Maznah, 1994), guru mempunyai sikap dan persepsi yang positif terhadap penggunaan IT dalam pendidikan (Ambigapathy dan Suthagar, 2003), dan peranan guru yang menggunakan komputer di dalam bilik darjah (Downes, 1993). Daripada kajian dokumentasi yang dilakukan oleh Mohd. Arif , Norsiati, & Mohd. Ghazali ke atas sebuah sekolah bestari di daerah Kuantan pada tahun 2003 didapati bahawa penggunaan makmal komputer untuk penggunaan perisian kursus bestari atau melayari internet yang disediakan agak kurang memuaskan. Ramai penulis menyatakan kekuatan penggunaan komputer dalam pendidikan adalah objektif pembelajarannya yang lebih luas, pembelajarannya yang juga boleh dilakukan sendiri serta mendapat maklum balas segera melalui pendekatan interaktif; dan membolehkan simulasi pengalaman pembelajaran dilakukan secara terus. Gbomita (1997) menyatakan bahawa sikap terhadap komputer adalah satu daripada tiga faktor yang menyumbang kepada penerimaan guru-guru terhadap penggunaan komputer, selain faktor ciri-ciri komputer dan dasar-dasar kritikal yang penting untuk penerimaan penggunaan komputer. Kajian oleh Zulkifli dan Raja Maznah (1994), mendapati bahawa sikap yang positif adalah penting untuk mendorong seseorang bagi mempelajari apa-apa sahaja. Sikap, kesedaran dan keupayaan aplikasi perisian merupakan cara terbaik untuk menjangka dan meramal komitmen terhadap penggunaan komputer (Kay, 1990). Zhao, Hueyshan dan Mishra (2000) menyatakan bahawa guru menggunakan komputer untuk menghasilan penyampaian yang lebih menarik serta berkesan, menguruskan pelajar mereka dengan cekap, dan memudahkan komunikasi dengan ibu bapa serta pelajar.
  • 8. TUGASAN 3 Beberapa kajian telah dijalankan mengenai sikap terhadap komputer dalam kalangan guru-guru pelatih. Sebagai contoh, Zulkifli dan Raja Maznah (1994) mengkaji sikap terhadap komputer dalam guru-guru pelatih siswazah. Kajian ini telah meninjau hubungan beberapa pemboleh ubah seperti perbezaan jantina, pengalaman dengan komputer dan sebagainya dengan penggunaan komputer. Ambigapathy dan Suthagar (2003) membuktikan dalam kajian mereka bahawa guru mempunyai sikap dan persepsi yang positif terhadap penggunaan IT dalam pendidikan, iaitu 76.67 peratus bersetuju bahawa ICT merupakan alat bantu mengajar yang efektif. Oleh itu, dapat dirumuskan pendedahan awal terhadap penggunaan komputer boleh memberi impak yang positif terhadap pembentukan sikap para guru. 1.7 Batasan Kajian Penyelidikan mengenai penggunaan ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran di kalangan guru sekolah menengah adalah di kawasan Daerah Kuala Kangsar iaitu di Sekolah Menengah Methodist dan di Sekolah Menengah Muhibbah. Penyelidikan ini meliputi aspek-aspek seperti sikap guru, peranan ICT dan kekangan / cabaran penggunaan ICT. Selain itu, penyelidikan ini juga untuk mendapatkan maklumat mengenai ICT dalam pendidikan guru dan melaksanakan dasar peningkatan penggunaan IT dalam pengajaran pembelajaran yang bersesuaian dengan perubahan era ICT. Malah peneylidikan ini meliputi bagaimana teknologi dapat mempermudahkan tugas serta meningkatkan prestasi guru seperti penggunaan teknologi untuk kerja-kerja pengajaran pembelajaran.
  • 9. TUGASAN 3 1.8 Definisi Istilah Globalisasi a) Globalisasi ialah satu ideologi perubahan budaya, sosial, dan politik yang dicetuskan oleh kemajuan pesat ICT. b) Dalam konteks ini, globalisasi menyebabkan wujudnya konsep dunia tanpa sempadan, konsep liberalisasi maklumat, konsep pembelajaran global, konsep perubahan global dan sebagainya (Abd. Rahim, 2005). Wawasan ICT a) Dengan penubuhan MSC, wawasan ICT ialah memacu Malaysia menjadi negara yang berdaya maju dan kompetitif sesuai dengan cabaran globalisasi dan era teknologi maklumat. ICT a) Menurut Ward & Peppard (2003), ICT merujuk kepada teknologi (hardware, software, telecomunication dan networks). Sesuatu yang nyata (tangible) contohnya komputer peribadi, servers, routers, kabel dan sesuatu yang tidak nyata (intangible) contohnya software. Pengajaran a) Pembelajaran pula ialah proses pemerolehan maklumat dan pengetahuan, penguasaan kemahiran dan tabiat serta pembentukan sikap dan kepercayaan. Proses pembelajaran berlaku sepanjang hayat seseorang manusia. Proses pembelajaran berlaku di mana-mana
  • 10. TUGASAN 3 tempat dan pada sebarang masa serta embelajaran akan membawa kepada perubahan pada seseorang. b) Menurut B. G. Yaxley (1991), pengajaran merupakan satu tindakan yang bertujuan untuk membawa perubahan dari segi kepercayaan, nilai dan makna. Beliau juga berpendapat bahawa pengajaran merupakan satu aktiviti intelek. Ia melibatkan pemikiran, perasaan dan penilaian. Misalnya, interaksi antara guru dengan pelajar dan di antara pelajar dengan pelajar. c) Kamus Dewan mentakrifkan pembelajaran sebagai proses belajar untuk memperoleh ilmu pengetahuan dan menjalani latihan. Literasi Komputer a) Chakrabarty (1979) menjelaskan bahawa literasi komputer membawa maksud mempelajari cara menggunakan sesuatu perisian mikrokomputer dan peranti-perantinya yang dapat menghasilkan sesuatu melalui penggunaan komputer. b) Hunter (1987), dalam kajiannya yang menyatakan literasi komputer sebagai kemahiran seseorang individu menggunakan komputer sebagai sebuah alat yang disesuaikan kepada situasi hidup harian yang membolehkannya berfungsi dalam masyarakat yang berasaskan maklumat. c) Ngan (1994) menyatakan bahawa literasi komputer membawa maksud yang lebih luas bukan sahaja konsep dalam kesedaran tetapi juga pengalaman dan pengendalian komputer.
  • 11. TUGASAN 3 LAMPIRAN A Borang soal selidik (untuk dijawab oleh pelajar) Arahan: Jawab semua soalan di setiap bahagian. Sila bulatkan satu daripada 4 aras persetujuan anda yang terdapat di setiap hujung pernyataan tersebut. Rujukan pernyataan: Aras persetujuan Skor Sangat Tidak Setuju (STS) 1 Tidak Setuju (TS) 2 Setuju (S) 3 Sangat Setuju (SS) 4 Bahagian A Hubungan minat pelajar dengan Bahan Bantu Mengajar STS TS S SS Contoh: Saya gembira belajar Matematik. 1 2 3 4 1. Saya sangat minat belajar Matematik bila guru menggunakan Bahan Bantu Mengajar semasa mengajar. 1234 2. Saya tidak suka belajar Matematik tanpa Bahan Bantu Mengajar. 1234 3. Saya rasa bosan belajar Matematik sekiranya guru tidak menggunakan Bahan Bantu Mengajar semasa mengajar. 1234 4. Saya merasa seronok belajar Matematik dengan adanya Bahan Bantu Mengajar. 1234 5. Penggunaan Bahan Bantu Mengajar oleh guru menjadi motivasi kepada saya untuk mengikuti pelajaran Matematik. 1234
  • 12. TUGASAN 3 6. Saya tidak dapat menumpukan perhatian walaupun guru menggunakan Bahan Bantu Mengajar semasa mengajar. 1234 7. Saya berasa seronok belajar Matematik jika guru menggunakan Bahan Bantu Mengajar 1234 8. Bahan Bantu Mengajar yang digunakan semasa pengajaran dapat mengekalkan minat saya pada subjek Matematik. 1234 9. Minat saya pada Matematik bertambah bila guru menggunakan Bahan Bantu Mengajar dalam pengajarannya. 1234 10. Saya berminat membuat latihan Matematik yang disediakan oleh guru pada lembaran kerja. 1234 11. Penggunaan Bahan Bantu Mengajar oleh guru tidak langsung menarik minat saya pada Matematik. 1234 12. Pembelajaran Matematik tidak menarik dengan penggunaan Bahan Bantu Mengajar. 1234 13. Penggunaan Bahan Bantu Mengajar oleh guru telah mendorong minat saya untuk lebih rajin belajar Matematik. 1234 14 Pembelajaran Matematik menjadi lebih menarik dengan adanya Bahan Bantu Mengajar. 1234 15. Saya minat membuat latihan Matematik yang terdapat dalam buku rujukan selain yang diberi oleh guru. 1234 16. Saya berjaya menyelesaikan masalah Matematik apabila guru gunakan Bahan Bantu Mengajar ketika mengajar. 1234
  • 13. TUGASAN 3 Bahagian B Ciri-ciri Bahan Bantu Mengajar yang sesuai. 17. Bahan Bantu Mengajar yang digunakan oleh guru sesuai dengan isi pelajaran yang disampaikan. 1234 18. Bahan Bantu Mengajar yang digunakan oleh guru dapat dilihat dengan jelas. 1234 19. Bahan Bantu Mengajar yang digunakan oleh guru menarik perhatian saya. 1234 20. Bahan Bantu Mengajar yang digunakan oleh guru kemas dan mudah digunakan. 1234 Saya sangat seronok jika Bahan Bantu Mengajar berikut digunakan 1234 oleh guru semasa mengajar. Jenis BBM STS TS S SS 21. Bahan bercetak 1234 22. Bahan bukan bercetak 1234 23. Bahan 3D 1234 24. Bahan Tayangan 1234 25. Bahan audio 1234 26. Bahan video dan komputer 1234 *SELAMAT MENJAWAB* *TERIMA KASIH DI ATAS KERJASAMA ANDA*