Ce diaporama a bien été signalé.
Nous utilisons votre profil LinkedIn et vos données d’activité pour vous proposer des publicités personnalisées et pertinentes. Vous pouvez changer vos préférences de publicités à tout moment.

Pemahaman tahun 4 sk

Bahasa Melayu Tahun 4

  • Identifiez-vous pour voir les commentaires

  • Soyez le premier à aimer ceci

Pemahaman tahun 4 sk

  1. 1. BAHAGIAN A [20 markah] Arahan Am Tiap-tiap soalan diikuti oleh empat pilihan jawapan iaitu A , B , C dan D. Antaranya, ada satu jawapan yang betul. Pilih jawapan kamu, hitamkan ruangan kertas jawapan yang mempunyai huruf yang sama dengan jawapan yang telah kamu pilih. Soalan 1 hingga 13. Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai. 1 Hazim dimarahi oleh gurunya kerana _____________ tidak menyiapkan kerja rumah yang diberikan. A dia B beliau C mereka D baginda 2 “_____________ dikehendaki berkumpul di dewan selepas waktu rehat tamat,” kata Cikgu Amar kepada anak-anak muridnya. A Kita B Awak C Kalian D Kami 3 Mereka sanggup bekerja _____________ lewat malam untuk menyiapkan tugasan itu. A semasa B supaya C untuk D hingga 4 Penduduk taman itu selalu _____________ apabila jiran tetangga memerlukan bantuan. A cuit-mencuit B tunjuk-menunjuk C tolong-menolong D pandang-memandang 5 Datuk _____________ pisau itu sehingga tajam untuk menyembelih ayam. A mengasah B menggilap C menggosok D mengusap 6 Shantini menyiapkan tugasan yang diberi oleh gurunya dengan mencari maklumat daripada 1
  2. 2. _____________. A mesin pengimbas B papan kekunci C komputer riba D mesin cetak 7 Aktiviti _____________ kertas itu tidak mencemarkan alam sekitar. A pembuangan B pemprosesan C pencetakan D penjualan 8 Layang-layang Azam tersangkut di _____________ pokok yang tinggi itu. A hadapan B sudut C atas D tepi 9 Alia menerima sepucuk surat kiriman _____________ sahabatnya di Sabah. A dari B pada C kepada D daripada 10 Adik makan dua _____________ roti sebagai alas perut sebelum ke sekolah. A keping B helai C ulas D buku 11 Petani itu _____________ berada di sawah walaupun hari sudah senja. A akan B telah C masih D pernah 12 Dina berasa _____________ akan neneknya di kampung. A pilu 2
  3. 3. B rindu C geram D gelisah 13 Pengawas yang bertugas telah menahan _____________ orang murid di pagar sekolah kerana lewat. A beberapa B sekalian C banyak D semua 14 Suraya _____________ beberapa beg plastik sewaktu pulang dari pasar malam. A menjinjing B mendukung C mengusung D menjunjung 15 Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan betul. i Sepakan kencang Badrul telah berjaya menghasilkan gol kemenangan untuk pasukannya. ii Fendi suka bercakap kencang apabila berbual-bual dengan rakan-rakannya. iii Dinesh berjalan dengan kencang kerana hari hendak hujan. iv Angin kencang diramalkan melanda di kawasan itu. A i dan ii B ii dan iii C iii dan iv D i dan iv Soalan 16 Pilih ayat yang betul. 16 A Cikgu Amir adalah guru penasihat Kelab Doktor Muda sekolah. B Encik Faizul bekerja keras demi untuk menyara keluarganya. C Murid yang cedera itu dibawa oleh Cikgu Azlina ke klinik. D Lawatan itu turut sertai oleh murid-murid Tahun Empat Bestari. Soalan 17 hingga 20. Baca petikan di bawah ini, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya. 3
  4. 4. Pada hari Ahad yang lalu, Zakuan dan kawan-kawannya mahu bermain bola sepak di padang sekolah yang tidak jauh dari rumahnya. Mereka bermain bola sepak pada pukul 5:00 petang. Mereka meminta izin daripada pengawal keselamatan yang bertugas di pondok pengawal sebelum bermain bola sepak. Semasa Zakuan dan kawan-kawannya menongkatkan basikal di garaj, mereka terdengar bunyi yang agak pelik. Bunyi itu kedengaran seperti orang sedang mengumpil sesuatu. Zakuan dan kawan-kawannya pergi ke arah bunyi tersebut dengan berhati-hati. Mereka berasa amat terkejut kerana ternampak dua lembaga sedang mengumpil peti sumbangan derma di dalam surau sekolah mereka. Zakuan dan kawan-kawannya segera berpecah kepada dua kumpulan. Zakuan dan Azlan mencari pengawal keselamatan manakala Sulaiman dan Rafiq memerhatikan lembaga-lembaga tersebut. Tiba-tiba lembaga tersebut ternampak Zakuan dan Azlan yang sedang berjalan terhendap-hendap. Mereka segera mengejar Zakuan dan Azlan. Zakuan dan Azlan berlari sekuat hati ke arah pondok pengawal sambil menjerit meminta tolong. Jeritan mereka berdua didengari oleh dua orang polis bermotosikal yang kebetulan meronda di situ. Polis-polis itu segera menghampiri Zakuan dan Azlan tetapi lembaga-lembaga tersebut pula membuka langkah seribu. Akhirnya, dua orang polis itu berjaya memberkas lembaga-lembaga tersebut dengan bantuan pengawal keselamatan. Zakuan dan kawan-kawannya bersyukur kerana peti sumbangan derma itu tidak sempat diumpil. 17 Di manakah rumah Zakuan? A Di tepi sekolahnya. B Di hadapan sekolahnya. C Di seberang sekolahnya. D Tidak jauh daripada sekolahnya. 18 Apakah yang sedang dilakukan oleh lembaga-lembaga tersebut? A Sedang bersolat. B Sedang membersihkan surau. C Sedang mengambil air sembahyang. D Sedang memecahkan peti sumbangan. 19 Pada pendapat kamu, mengapakah Zakuan dan kawan-kawannya berpecah kepada dua kumpulan? A Untuk memastikan lembaga-lembaga itu ditangkap. B Untuk memerangkap lembaga-lembaga itu. C Untuk membantu lembaga-lembaga itu. D Untuk menakut-nakutkan lembaga itu. 20 Simpulan bahasa membuka langkah seribu dalam petikan bermaksud A Berlari-lari anak B Berlari setempat C Berlari sekuat hati 4
  5. 5. D Berlari lintang-pukang BAHAGIAN B [30 markah] Soalan 21. a. Isi tempat kosong dengan perkataan yang paling sesuai. walaupun tetapi sambil supaya kerana apabila lalu dan i) Rahman tetap pergi ke sekolah ____________________ hari hujan. ii) Ayah memberi salam ____________________ masuk ke dalam rumah. iii) Adik belajar bersungguh-sungguh ____________________ berjaya dalam peperiksaan. [ 3 markah ] b. Padankan ayat-ayat di bawah dengan kata sendi nama yang paling sesuai. i) Buku cerita itu dibeli _____________ kakaknya. kepada dengan ii) Jamilah memberitahu hal itu _____________ ibu bapanya. oleh sejak iii) Joshua tinggal di Johor _____________ dia berusia enam tahun. dari [ 3 markah ] Soalan 22. a. Bina ayat majmuk berdasarkan ayat-ayat tunggal yang diberi. Ayat tunggal: i. Kaki Zarina luka. 5
  6. 6. ii. Zarina terpijak kaca di dapur. Ayat majmuk: _____________________________________________________________________________ _____________________________________________________________________________ [ 2 markah ] b. Padankan ayat-ayat di bawah dengan simpulan bahasa yang paling sesuai. i) Encik Kamal dan isterinya mendapat ______________ yang pertama di hospital semalam. bekas tangan ii) ______________ Pak Mamat sangat kemas dan berkualiti. cahaya mata iii) Pemuda itu tidak disukai oleh jirannya kerana ______________. panjang tangan [ 3 markah ] Soalan 23. a. Tulis dialog yang sesuai bagi watak di bawah ini. Sultan Ahmad Shah Datuk Bentan Jawapan: _____________________________________________________________________________ _____________________________________________________________________________ [ 2 markah ] (b). Tandakan ( √ ) pada ayat yang menggunakan kata penguat yang betul dan ( X ) pada ayat yang salah. i. Pidato yang disampaikan oleh Halim telah mendapat tepukan yang sangat gemuruh. 6 Beta mahu Datuk Bentan membuat persiapan untuk beta berangkat ke Majapahit esok.
  7. 7. ii. Cantik sekali pasangan pengantin yang sedang bersanding itu. iii. Suara Nani paling merdu sekali antara 20 peserta pertandingan itu. [ 2 markah ] Soalan 24 Baca petikan di bawah ini, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya. a. Perkataan lihat dalam petikan boleh juga diganti dengan perkataan _______________________. [ 1 markah ] b. Berikan dua amalan baik yang terdapat di dalam lirik tersebut? i) ___________________________________________________________________________ ii) __________________________________________________________________________ [ 2 markah ] c. Mengapakah kita perlu mengutip sampah? _____________________________________________________________________________ _____________________________________________________________________________ 7 Rasa sayang hei, Rasa sayang-sayang hei, Hei lihat nona jauh, Rasa sayang-sayang hei. Saya suka mengutip sampah, Mengutip sampah di atas jalan, Sayangkan alam amalan saya, Hidup bersih tanpa sampah. Alam sekitar perlu dijaga, Supaya hidup aman bahagia, Fikiran sihat dan ceria, Hati gembira hidup sejahtera.
  8. 8. [ 2 markah ] d. Pada pendapat kamu, adakah penting kita menjaga kebersihan? Mengapa? _____________________________________________________________________________ _____________________________________________________________________________ _____________________________________________________________________________ [ 3 markah ] Soalan 25. Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan berikutnya. Hadirin yang saya hormati, Pada pagi ini, saya akan menyampaikan sebuah syarahan yang bertajuk “Jasa Ibu”. Jasa ibu memang tidak ternilai dengan apa-apa jua. Ibu sanggup bersusah payah untuk membesarkan kita menjadi insan yang berguna. Jasa ibu memang harus dikenang dan diingat sepanjang masa. Jangan sesekali kita bersikap kasar kepada ibu kita. Jadilah anak yang mengenang budi dan menghargai segala jasa ibu. Bantulah ibu kita untuk meringankan beban mereka. Ibu bekerja dari pagi hingga malam untuk menyiapkan keperluan makanan dan mengurus keluarga. Bantuan yang kita berikan sedikit sebanyak akan meringankan beban tugas ibu. Sebagai anak yang masih belajar, tanamkan azam untuk belajar bersungguh-sungguh. Oleh yang demikian,kejayaan kita akan membahagiakan hati ibu. Nasihat ibu hendaklah kita jadikan pegangan hidup. Ingatilah selalu pesanan ibu kerana ibu sentiasa mengharapkan kita menjadi insan yang berguna dalam menempuh kehidupan pada hari muka. a. Tandakan (√ ) bagi pernyataan yang betul atau ( X ) bagi pernyataan yang salah berdasarkan petikan tersebut. Jangan sesekali kita bertindak kasar kepada ibu. Ibu sentiasa mengharapkan balasan wang ringgit daripada anak-anaknya [ 2 markah ] b. Mengapakah kita perlu menghargai jasa ibu? _____________________________________________________________________________ _____________________________________________________________________________ 8
  9. 9. _____________________________________________________________________________ [ 2 markah ] c. Sebagai seorang anak, bagaimanakah kamu membalas jasa ibu bapa kamu selain daripada yang dinyatakan dalam petikan? _____________________________________________________________________________ _____________________________________________________________________________ _____________________________________________________________________________ _____________________________________________________________________________ _____________________________________________________________________________ [ 3 markah ] KERTAS SOALAN TAMAT 9
  10. 10. _____________________________________________________________________________ [ 2 markah ] c. Sebagai seorang anak, bagaimanakah kamu membalas jasa ibu bapa kamu selain daripada yang dinyatakan dalam petikan? _____________________________________________________________________________ _____________________________________________________________________________ _____________________________________________________________________________ _____________________________________________________________________________ _____________________________________________________________________________ [ 3 markah ] KERTAS SOALAN TAMAT 9

×