Publicité
Publicité

Contenu connexe

Publicité
Publicité

Persembahan boneka hiburan atau pendidikan roselina

  1. Persembahan Boneka (Puppetry): Hiburan atau Pendidikan? Roselina Johari Khir
  2. Tinjauan Persembahan Boneka • Puppetry adalah satu bentuk teater atau persembahan yang melibatkan manipulasi boneka atau patung. Asal usulnya ialah 30,000 tahun S.M. di Greek kuno. • Kebanyakan puppetry melibatkan penceritaan. • Kini, puppetry masih kekal sebagai bentuk popular dalam konteks perayaan/ pesta dan merupakan sebahagian dari betuk persembahan rakyat seperti tarian, bercerita dan persembahan bertopeng.
  3. Puppetry moden dan kontemporari • Puppetry berkembang sepanjang abad 20 dalam pelbagai cara disokong oleh perkembangan selari dari perfileman dan televisyen. Oleh itu, ia disebar kepada penonton yang lebih luas. • Dalam dunia teater, puppetry adalah pengaruh besar kerana ia mencetus pengalaman yang mengkagumkan.
  4. Puppetry di Malaysia • Malaysia mempunyai tradisi kuat dalam puppetry. Di Kelantan, wayang kulit dikenali sebagai bentuk yang popular. Maksud wayang adalah persembahan dan kulit menunjukkan yang boneka itu dibuat dari kulit. • Wayang kulit adalah di mana dalangnya, bonekabonekanya, ahli-ahli muzik dan penonton terikat dalam satu teater visual yang mengenengahkan penggunaan dialek kelatan. • Kini, ia lebih komersial dan dibawa ke luar negara tetapi juga menghadapi dilema di mana generasi muda tidak menghargai nilai-nilai dan kepercayaan W. K.
  5. Bunraku • Jepun mempunyai pelbagai bentuk puppetry termasuk Bunraku. Bunraku berkembang dari upacara-upacara kuil agama Shinto dan akhirnya menjadi satu bentuk puppetry yang sofistikated • Tiga orang dalang menggerakkan setiap boneka di hadapan khalayak. Dalang-dalang berpakaian hitam tidak kelihatan apabila mereka berdiri di depan latar hitam dan cahaya disuluhkan kepada boneka yang diukir dari kayu, dicat dan berkostum
  6. Puppetry dalam Pendidikan • Oleh kerana puppetry adalah sejenis seni yang dinamis dan yang menarik kepada semua golongan umur, media komunikasi ini dipilih untuk membantu menyampaikan ilmu di sekolah. • Objektif: - Mengajar subjek/kurikulum melalui puppetry - Untuk merangsangkan keyakinan diri dan kreativiti dalam pemikiran anak muda, membangunkan aktiviti imaginatif dan menggalakkan ekspresi melalui boneka dan teknik teater visual
  7. Puppetry dalam Bilik Darjah • Guru boleh menggunakan puppetry dalam aktiviti pembangunan bahasa. • Ia adalah alat pembelajaran dan pengajaran untuk meningkatkan imaginasi, untuk menanam cinta kepada bahasa, untuk mendorong pelajar yang kurang berminat untuk membaca. Ia juga membantu pelajar mendengar dan bertutur. • Boneka boleh memberi dimensi baru kepada pengajaran dan membekalan guru dan pelajarnya dengan cara komunikasi yang dinamis dan segar untuk menyampaikan maklumat, kesusasteraan dan juga ekspres idea dan perasaan.
  8. Faedah Menggunakan Boneka • Mudah mendapatkan perhatian anak muda • Mencipta suasana yang selesa dan tidak mengancam • Mendorong pelajar bercakap dalam bahasa Inggeris/ Malaysia • Mengizinkan interaksi • Menyediakan ruang • Menyatukan kemahiran bahasa • Mencipta peluang untuk Kecerdasan Pelbagai
  9. Tip untuk Pendidik • Cerita biar pendek, perkataan yang diguna biar simple dan mudah difahami • Biarkan bahagian-bahagian cerita itu pendek dan jika perlu, pendidik boleh memanjangkan cerita bergantung kepada reaksi penontonnya • Jangan guna terlalu banyak watak
  10. Jenis-jenis Boneka • Fingers puppets
  11. Socks Puppets
  12. Shadows Turkey Moose Wolf
  13. Stick Puppets
  14. Jenis-jenis Teater • Chairs and a sheet
  15. Table stage
  16. Cardboard Box Theater
  17. Folding Cardboard Stage
  18. Your Arm and a Cloth
  19. Puppetry dalam Promosi Kesihatan, Pencegahan dan Perlindungan • Boneka menawarkan peluang untuk meneroka faedah-faedah, bekerja secara kreatif untuk melibatkan pesakit/pelangan dalam setting penjagaan kesihatan • Banyak strategi dan teknik telah digunakan untuk membina kesedaran, mengajar dan memberi maklumat tentang kesihatan kepada khalayak. • Puppetry telah dibuktikan efektif dalam menyampaikan mesej tentang topik-topik sensitif seperti HIV/ Aids, STI’s, isu-isu gender, persekitaran, kebersihan dan pelbagai lagi untuk mencapai perubahan dalam kelakuan manusia
  20. Puppetry dalam Hiburan-Pendidikan (edutainment) • Bentuk terkini dalam puppetry adalah dalam bentuk multidisiplin dipanggil edutainment. Ia menggunakan drama dengan sistem bunyi yang canggih (state- of the- art) atau menggunakan boneka yang life saiz dan teater badut (clown). Cara ini dapat menghibur dan mengajar semua golongan umur masyarakat serta khalayak dari literasi yang berbeza. • Tekanan dalam menggunakan pendidik-badut (edu-clowns), penghiburdidik (edutainers) yang bertopeng ataupun dalang yang berpakaian badut adalah untuk bantu meningkatkan kesedaran, untuk mencapaikan perubahan kelakuan terutama yang berkait dengan sasaran khalayak yang dijangkiti Aids. • Semua persembahan ini menyediakan ruang untuk perubahan, eksperimentasi, inovasi dalam menyelesaikan isu-isu sensitif seperti perancangan keluarga dan teenage pregnancy.
  21. • Ramai profesional kesihatan menggunakan boneka sebagai alat terapi untuk kanak-kanak. Kemasukan ke hospital adalah pengalaman traumatik. Boneka boleh memberi ketenangan dan perlindungan. Boneka boleh digunakan untuk membantu kanak-kanak memahami pengalaman mereka di hospital dan menenangkan mereka lalu mempercepatkan proses pemulihan. • Boneka juga boleh membantu kanak-kanak menghadapi kematian orang yang dikasihi. Boneka diperkenalkan oleh Dr. Lynne Jones semasa tsunami, beliau menggunakan bengkelbengkel boneka untuk menjelaskan tsunami dan membantu kanak-kanak untuk menghadapi kematian orang yang disayangi.
  22. Kesimpulan • Persembahan boneka dan boneka bukan sahaja medium untuk menghibur ataupun untuk mengajar sahaja tetapi kalau diggunakan kedua-dua sekali sebagai edutainment, ia adalah sangat efektif untuk memberi maklumat baru kepada kanakkanak dan dewasa yang boleh menyaksikan perubahan kelakuan.
  23. Conclusion

Notes de l'éditeur

  1. {}
Publicité