Bercerita bersama boneka
Dalam aktiviti bercerita, kanak-kanak digalakkan
menggunakan boneka untuk mereka cerita sendiri
atau
melakonkan watak-watak dalam buku cerita.
Melakonkan watak-watak dalam
buku cerita
Boneka juga boleh digunakan untuk melakonkan
watak-watak dalam buku cerita.
Cara ini dapat menggalakkan kanak-kanak
membaca dialog dalam text dan membincangkan
unsur-unsur moral dalam buku cerita yang dipilih.
Kanak-kanak digalakkan untuk bercerita dengan
menggunakan boneka dengan cerita-cerita yang
biasa mereka dengar.
Mereka cerita berdasarkan boneka yang
sedia ada atau membuat boneka
Kanak-kanak boleh menggunakan;
boneka yang sedia ada atau
membuat boneka yang ringkas dan mudah
untuk mereka cerita berdasarkan imaginasi dan
kreativiti masing-masing.
Kanak-kanak perlu dibimbing untuk mereka
cerita berdasarkan boneka di tangan mereka.
Mereka cerita berdasarkan boneka yang
sedia ada atau membuat boneka
Sebaik-baiknya cerita yang direka berdasarkan struktur
drama yang merangkumi ;
Pendahuluan
Perkembangan
Klimaks
Penyelesaian
Fokus
Sebuah cerita perlu mempunyai kesatuan,
watak-watak dan cara mereka berfungsi
memerlukan fokus.
Cerita memberikan tumpuan yang kukuh
berdasarkan watak-watak, latar, sifat dan
perkembangan.
Fokus juga memerlukan perwatakan dan
cerita secara keseluruhan mempunyai
matlamat yang jelas.
(Laman web Rasmi: Dewan Bahasa dan Pustaka)
Logik
Cerita dihasilkan dengan adanya
perwatakan, tema dan ruang tempat.
Perwatakan, tema dan ruang masa dan
tempat dicipta mengikut peraturan.
Drama meniru realiti (kehidupan).
Realiti sesebuah drama perlu dilihat dalam
konteks cerita, perwatakan dan tema.
(Laman web Rasmi: Dewan Bahasa dan Pustaka)
Perwatakan
Watak-watak mampu membawa cerita untuk
terus berkembang.
Watak-watak menghidupkan cerita.
Watak ialah elemen terpenting dalam drama
dan menggerakkan plot cerita.
Terdapat watak utama dan watak sampingan.
Watak protagonis (watak yang menyokong) dan
watak antogonis (watak yang menentang ).
Pertentangan idea ini akan menimbulkan konflik
dan seterunya membentuk struktur konflik
dramatik yang menarik.
(Laman web Rasmi: Dewan Bahasa dan Pustaka)
Tema/Pemikiran
Idea atau persoalan yang dapat dirumuskan
daripada keseluruhan inti pati cerita.
Pemikiran disampaikan menerusi dialog dan
aksi watak-watak.
Penonton akan dapat menangkap idea atau
persoalan selepas selesai membaca skrip
atau menonton persembahan.
(Laman web Rasmi: Dewan Bahasa dan Pustaka)
Plot
Pembinaan struktur drama.
Struktur drama dibina melalui dialog dan aksi
setiap watak.
Dialog terbina melalui kata-kata.
Melalui dialog inilah konflik dan perkembangan
cerita berlaku.
Konflik memainkan peranan penting dalam
membangunkan struktur drama.
Plot merupakan jalan cerita yang memberikan
maklumat cerita.
(Laman web Rasmi: Dewan Bahasa dan Pustaka)
Latar
Elemen tempat, masa serta masyarakat
dijelaskan melalui latar.
Perlu untuk tujuan pementasan untuk
menjelaskan tentang tempat dan masa.
Filem, televisyen, drama pentas menghadapi
kekangan dalam menukar set atau prop
menunjukkan latar yang berlainan.
(Laman web Rasmi: Dewan Bahasa dan Pustaka)
Babak
Babak ialah bahagian dalam drama yang
menjelaskan peristiwa yang berlaku dalam
sesuatu latar tempat dan masa.
Pertukaran latar tempat dan masa dalam
drama membawa perubahan babak.
(Laman web Rasmi: Dewan Bahasa dan Pustaka)
Adegan
Adegan ialah pecahan dalam sesuatu babak
cerita
Menjelaskan sesuatu peristiwa yang berlaku
dalam sesuatu latar tempat tetapi pada masa
yang berbeza.
(Laman web Rasmi: Dewan Bahasa dan Pustaka)
Bahasa
Perkataan atau dialog ialah asas dalam
drama.
Drama terbentuk oleh dialog dan aksi.
Bahasa yang dituturkan oleh pelakon
menyampaikan pemikiran pengarang.
Bahasa yang ringkas, padat dan mudah
difahami digunakan.
(Laman web Rasmi: Dewan Bahasa dan Pustaka)
Persembahan Boneka Di Sekolah
Rendah
Kanak-kanak
membuat boneka
sendiri dan
membuat
persembahan
Persembahan Boneka untuk Kanak-
kanak Prasekolah
Pelajar-pelajar
Diploma
Pendidikan Awal
Kanak-kanak
Universiti
Pendidikan Sultan
Idris membuat
persembahan
untuk kanak-kanak
prasekolah