SlideShare une entreprise Scribd logo
1  sur  82
BMM3109 MORFOLOGI BAHASA MELAYU


  TAJUK 1        MORFOLOGI BAHASA MELAYU


SINOPSIS


Tajuk ini akan membolehkan anda mengetahui perkara-perkara berikut:
   •   Konsep Morfologi
   •   Bentuk kata Bahasa Melayu
   •   Golongan kata Bahasa Melayu


Nik Safiah Karim (1996) : Morfologi ialah satu bidang ilmu yang mengkaji
bentuk perkataan, struktur kata dan penggolongan kata. Dengan struktur kata
dimaksudkan susunan bentuk bunyi ujaran atau lambang (tulisan) yang menjadi
unit tatabahasa yang bermakna. Bentuk kata pula ialah rupa unit tatabahasa,
sama   ada   bentuk   tunggal   atau   hasil   daripada   proses   pengimbuhan,
pemajmukan dan penggandaan. Penggolongan kata ialah proses menjeniskan
perkataan berdasarkan keserupaan bentuk dan fungsi dengan anggota lain
dalam kumpulan yang sama. Kesimpulannya, morfologi bahasa Melayu ialah
bidang yang mengkaji struktur, bentuk dan penggolongan kata dalam bahasa
Melayu.


Abdullah Hassan (2006) : Morfologi ialah satu bidang ilmu yang mengkaji
bentuk perkataan. Istilah ini dipinjam daripada biologi yang bermaksud kajian
tentang bentuk tubuh haiwan dan tumbuhan. Konsep bentuk ini diterapkan
kepada bentuk perkataan bahasa manusia.


Raminah Hj. Sabran dan Rahim Syam (1985) : Morfologi ialah satu bidang
dalam kajian bahasa yang mengkaji tentang perkataan dan cara-cara
pembentukkannya. Unit-unit tatabahasa yang menjadi unsur perkataan disebut
morfem. Morfem ialah unit yang terkecil dalam bahasa yang berfungsi gramatis



                                       1
BMM3109 MORFOLOGI BAHASA MELAYU


atau yang menjalankan tugas nahu. Perkataan ialah bentuk bahasa yang
terkecil juga tetapi mengandungi makna yang lengkap dan dapat berdiri sendiri.




                            Perubahan Struktur               Contoh :
                            Kata                             beri – pemberian


                            Perubahan Golongan               Contoh :
   MORFOLOGI                Kata                             cari – pencarian


                             Contoh :
                            Perubahan Maksud
                            Kata – tupai-tupai
                             tupai




   Rajah 1.1 : Huraian tentang morfologi mengikut Tatabahasa Bahasa Dewan


Pembentukan Kata dalam bahasa Melayu mempunyai beberapa cara
membentuk perkataannya. Ada bentuk perkataan yang bersifat tunggal,
contohnya rumah, tinggal dan putih. Di samping itu terdapat perkataan yang
dibentuk hasil daripada proses pengimbuhan, pemajmukan dan penggandaan.
Contoh perkataan yang dibentuk secara pengimbuhan ialah meninggal dan
meninggalkan. Contoh perkataan yang dibentuk secara pemajmukan ialah reka
bentuk dan surat khabar. Manakala contoh perkataan yang dibentuk secara
penggandaan ialah besar – besar dan baju – baju.


Pengimbuhan Kata ialah proses yang menggandingkan imbuhan pada kata
dasar untuk membentuk kata terbitan. Terdapat empat jenis imbuhan iaitu
awalan, akhiran dan sisipan. Imbuhan – imbuhan ini apabila digandingkan
dengan kata dasar membentuk kata terbitan daripada pelbagai golongan kata
iaitu kata nama, kata kerja dan kata adjektif.




                                         2
BMM3109 MORFOLOGI BAHASA MELAYU


Pemajmukan Kata ialah proses yang merangkaikan dua kata dasar atau lebih
dan bentuk yang terhasil membawa makna tertentu. Kata majmuk dieja terpisah
dan bertindak sebagai satu unit iaitu bentuknya tidak boleh menerima sebarang
penyisipan unsur lain.


Penggandaan Kata dalam bahasa Melayu ialah proses yang menggandakan
kata dasar. Dalam proses demikian, kata dasar boleh mengalami penggandaan
penuh atau penggandaan separa. Kata dasar juga boleh diandakan secara
berentak, iaitu berdasarkan rentak bunyi tertentu.


HASIL PEMBELAJARAN

Pada akhir unit ini, anda seharusnya dapat:
1. menjelaskan konsep Imbuhan.
2. menjelaskan jenis-jenis Imbuhan.
3. menjelaskan konsep Pembentukan Kata dalam Bahasa Melayu


KERANGKA TAJUK-TAJUK




                                   IMBUHAN




       Konsep                     Jenis-Jenis               Konsep
       Imbuhan                     Imbuhan              Pembentukan Kata



                          Rajah 1.2 Kerangka Tajuk




                                        3
BMM3109 MORFOLOGI BAHASA MELAYU


1.0   KANDUNGAN ISI



Kandungan isi untuk topik ini meliputi huraian tentang konsep menjelaskan
konsep Imbuhan, menjelaskan jenis-jenis Imbuhan dan menjelaskan konsep
Pembentukan Kata dalam Bahasa Melayu



1.1 Definisi Imbuhan

Apakah yang dimaksudkan dengan imbuhan?

Tatabahasa Dewan (2004) : Perkataan-perkataan dalam sesuatu bahasa boleh
terdiri daripada bentuk dasar iaitu bentuk kata terkecil yang tidak menerima
sebarang imbuhan atau bentuk terbitan, bentuk yang dihasilkan daripada proses
memperluas bentuk dasar tadi melalui berbagai-bagai cara pembentukan kata.
Imbuhan yang dimaksudkan ialah unit-unit bahasa tertentu yang ditambah pada
bentuk-bentuk lain yang menyebabkan perubahan makna nahunya. Tercakup
dalam imbuhan ialah bentuk-bentuk berikut : awalan, akhiran, sisipan, apitan,
morfem kosong dan bentuk fleksi.

Abdullah Hassan (2004) : Pengimbuhan ialah proses yang menggandingkan
imbuhan pada kata dasar untuk membentuk kata terbitan. Terdapat empat jenis
imbuhan, iaitu awalan, akhiran, apitan, dan sisipan. Imbuhan-imbuhan ini,
apabila digandingkan dengan kata dasar membentuk kata terbitan daripada
pelbaagai golongan, kata iaitu kata kerja, dan kata adjektif.

Nik Safiah Karim dan rakan (1996) : Proses pembentukan kata dalam sesuatu
bahasa merupakan proses penyusunan morfem menurut peraturan sistem
morfologi bahasa itu. Dalam kebanyakan bahasa, proses pembentukan
perkataan melibatkan pengimbuhan.




                                         4
BMM3109 MORFOLOGI BAHASA MELAYU


Raminah Hj. Sabran dan Rahim Syam (1985) : Morfem yang tidak boleh
berdiri dengan sendiri. Di dalam pemakaiannya, imbuhan mestilah dirangkaikan
dengan perkataan. Proses pengimbuhan ialah satu proses membentuk
perkataan dengan cara mengimbuhkan sesuatu perkataan dengan imbuhan-
imbuhan tertentu supaya dengan demikian akan timbullah satu perkataan yang
membawa konsep yang baharu.


1.2 Jenis-Jenis Imbuhan

Imbuhan-imbuhan dalam bahasa Melayu dapat dibahagikan kepada dua unsur
yang besar iaitu imbuhan-imbuhan yang asli dalam bahasa Melayu dan
imbuhan-imbuhan yang dipinjam daripada bahasa asing.

1.2.1 Imbuhan-imbuhan asli dalam bahasa Melayu

      Imbuhan-imbuhan yang telah sedia ada dalam bahasa Melayu dapat
dipecahkan pula kepada empat jenis iaitu awalan, akhiran, sisipan dan apitan.




                                       5
BMM3109 MORFOLOGI BAHASA MELAYU



                                   Awalan                      • Kata Nama
                                                               • Kata Kerja
                                                               • Kata Adjektif


                                   Akhiran                      • Kata Nama
                                                                • Kata Kerja



                                   Apitan
                                                                • Kata Nama
                                                                • Kata Adjektif
        Bentuk-
        Bentuk
       Imbuhan                     Sisipan                      • Kata Nama
                                                                • Kata Kerja
                                                                • Kata Adjektif


                                   Morfem                       Tidak Wujud
                                   kosong                       dalam BM



                                   Fleksi                       Tidak Wujud
                                                                dalam BM


             Rajah 1.3 :   Bentuk-Bentuk Imbuhan Bahasa Melayu
                           Mengikut Tatabahasa Bahasa Dewan




1.2.1.1 Awalan

      Imbuhan yang diletakkan di awal perkataan (sebelum kata dasar) dalam
pemakaiannya. Misalnya ter-, ber-, me-, men-, mem-, meng-, meny, pe-, per-,
di-, se-, ke-, dan lain-lain. Misalnya ber- dalam ber+jalan dan di- dalam di+ambil,




                                         6
BMM3109 MORFOLOGI BAHASA MELAYU


1.2.1.2 Akhiran

       Imbuhan yang ditambah pada bahagian belakang kata dasar (sesudah
kata dasar) dalam pemakaian. Misalnya –kan dalam jalan+kan dan -i dalam
akhir+i.

1.2.1.3 Apitan

       Imbuhan, yang hadir secara mengepit kata dasar, iaitu dua bahagian
imbuhan hadir serentak di awal dan diakhir kata dasar, misalnya ke-.....-an
dalam ke+cantik+an dan di-.....-i dalam di+ikut+i,

1.2.1.4 Sisipan

       Imbuhan yang hadir di celahan kata dasar. Sisipan terbahagi kepada
empat iaitu er-, el-, em- dan in-. Misalnya –el- dalam t+el+unjuk, -in- dalam
s+in+ambung,-er- dalam s+er+uling dan –em-, dalam g+em+uruh.

1.2.1.5 Morfem Kosong

       Tidak Wujud dalam bahasa Melayu.

1.2.1.5 Fleksi

       Tidak Wujud dalam bahasa Melayu.




                                         7
BMM3109 MORFOLOGI BAHASA MELAYU


1.2.2 Imbuhan-imbuhan Pinjaman dalam bahasa Melayu

Umumnya, dapat dibahagikan unsur-unsur imbuhan asing ini kepada tiga
kumpulan mengikut asal imbuhan-imbuhan tersebut. tiga kumpulan ini ialah :

1.2.2.1 Imbuhan Sanskrit

Imbuhan yang berasal daripada bahasa Sanskrit ialah jenis imbuhan yang telah
lama ke dalam sistem tatabahasa bahasa Melayu. Penggunaan imbuhan ini
amat produktif dan telah menjadi sebati dengan perkataan-perkataan dasar
dalam bahasa Melayu. Namun, terdapat dua jenis imbuhan pinjaman daripada
bahasa Sanskrit iaitu awalan dan akhiran.



                Awalan                                Akhiran
 maha              maharaja               man              seniman
 tata              tatabahasa             man              budiman
 pra               prakata                wan              angkawan
 swa               swadaya                wan              jelitawan
 tuna              tunabusana             wati             olahragawati
 eka               ekabahasa              wati             seniwati
 dwi               dwitahunan             nita             karyanita
 tri               tribulan               nita             biduanita
 panca             pancaindera




1.2.2.2 Imbuhan Arab Parsi




                                      8
BMM3109 MORFOLOGI BAHASA MELAYU


Pengaruh    bahasa    Arab-Parsi    terhadap       bahasa   Melayu    bermula   sejak
kedatangan Islam ke alam Melayu kira-kira abad ke-13 masihi. Sebagai bahasa
rasmi agama Islam, bahasa Arab telah mendapat tempat dalam kalangan orang
Melayu dan ini memudahkan proses asimilasi unsur-unsur bahasa Arab ke
dalam bahasa Melayu, terutamanya dari segi pengambilan bentuk-bentuk
katanya. Namun demikian, terdapat dua jenis imbuhan pinjaman daripada
bahasa Arab-Parsi iaitu awalan dan akhiran.



                Awalan                                      Akhiran
 bi-                 biadap                 -wi                  duniawi
                     bilazim                -i                   abadi
                     binormal               -iah                 lahiriah
                                            -in                  hadirin
                                                                 munafikin
                                            -at                  hadirat
                                                                 munafikat
                                            -ah                  qariah
                                                                 solehah


1.2.2.3 Imbuhan Yunani – Latin - Inggeris

Imbuhan asing yang paling banyak dibawa masuk ke dalam bahasa Melayu
berasal daripada imbuhan bahasa Yunani – Latin – Inggeris. Tetapi umumnya
tersebut tidak berfungsi sebagai imbuhan dalam bahasa Melayu kecuali
beberapa imbuhan awalan seperti pro-,anti-, mono-, poli-, auto- dan supra-.



                Awalan                                      Akhiran
 pro-                probarat               -isme                sosialisme
 anti-               antikerajaan           -isme                nasionalisme
 poli-               poliklinik             -ik                  prolifik
 auto-               autograf               -ik                  saintifik

                                        9
BMM3109 MORFOLOGI BAHASA MELAYU



sub-      subbidang           -si           sensasi
supra-    supranasional       -si           revolusi
hetero-   heterograf          -al           praktikal
heksa-    heksagon            -al           klinikal
hidro-    hidrolisis          -is           potensi
homo-     homogen             -is           praktis
hiper-    hiperbola
kilo-     kilometer
makro-    makrolinguistik
infra-    intrajabatan
inter-    intervokal




                            10
BMM3109 MORFOLOGI BAHASA MELAYU




      Rajah 1.4 : Bentuk-Bentuk Imbuhan Pinjaman dalam Bahasa Melayu
                  Mengikut Tatabahasa Bahasa Dewan




1.3 Proses Pembentukan Kata dalam Bahasa Melayu


Dalam bahasa Melayu terdapat empat bentuk kata, iaitu kata tunggal, kata
terbitan, kata majmuk, dan kata ganda. Kata tunggal tidak melibatkan apa-apa
proses pembentukan, tetapi tiga bentuk kata lain melibatkan proses-proses
tertentu. Proses-proses ini ialah pengimbuhan. pemajmukan, penggandaan dan
akronim

                             Proses
                           Pembentukan
                              Kata




  Pengimbuhan        Pemajmukan          Penggandaan          Akronim




      Rajah 1.5 : Proses Pembentukan Kata dalam Bahasa Melayu
                  Mengikut Tatabahasa Bahasa Dewan




                                    11
BMM3109 MORFOLOGI BAHASA MELAYU


1.3.1 Proses Pengimbuhan


      Proses pengimbuhan ialah proses yang menggandingkan imbuhan
pada kata dasar untuk membentuk kata terbitan. Terdapat empat jenis imbuhan,
iaitu awalan, akhiran, apitan, dan sisipan. Imbuhan-imbuhan ini, apabila
digandingkan dengan kata dasar membentuk kata terbitan daripada pelbagai
golongan kata iaitu kata kerja, dan kata adjektif. Berikut diperlihatkan beberapa
contoh proses pengimbuhan.


    Imbuhan (Awalan)              Kata dasar                Kata terbitan
 Pem-                      bawa                      pembawa
 Memper-                   kuat                      memperkuat
 -isme                     nasional                  nasionalisme
 -i                        dekat                     dekati
 Peng-.....-an             isytihar                  pengisytiharan
 Men-.....-i               ikut                      mengikuti
 Ke-...-an                 sihat                     kesihatan
 Ber-....-an               lari                      berlarian
 -er-                      gigi                      gerigi
 -em-                      gilang                    gemilang

      Proses pengimbuhan boleh berlaku pada pelbagai tahap. Pengimbuhan
boleh berlaku pada sejumlah kecil kata akar, misalnya ber- + tapa ( bertapa ),
ke- + tawa ( ketawa ) dan ke- + mudi ( kemudi ).


Sebahagian besar proses pengimbuhan berlaku pada kata dasar, yang
menghasilkan kata terbitan. Kata terbitan yang dihasilkan oleh proses
pengimbuhan boleh menjadi kata dasar bagi proses pengimbuhan kali kedua.
Daripada kata dasar karang, misalnya, dapat dilahirkan pengarang melalui
imbuhan peN-. Pengarang pula dapat menerima apitan ke-...-an, menerbitkan
kepengarangan.


Berikut ialah beberapa contoh lain :




                                       12
BMM3109 MORFOLOGI BAHASA MELAYU



1.3.2 PROSES PEMAJMUKAN

       Kata Dasar                 Imbuhan               Kata Terbitan
libat                    terlibat                   keterlibatan
lanjur                   terlanjur                  keterlanjuran
balik                    terbalik                   menterbalikkan
sambung                  sinambung                  kesinambungan


      Proses pemajmukan ialah proses yang merangkaikan dua kata dasar
atau lebih dan bentuk yang terhasil membawa makna tertentu. Sebagai contoh,
kerusi dan malas masing-masing mempunyai makna tersendiri, tetapi apabila
dirangkaikan membentuk kata majmuk kerusi malas. Tidak dapat diselitkan apa-
apa unsur antara dua kata dasar ini; maksudnya, dalam bahasa Melayu tidak
terdapat ungkapan * kerusi yang malas atau * kerusi dan malas atau * kerusi
untuk malas.


1.3.2.1Pengimbuhan Kata Majmuk
      Kata majmuk boleh menerima imbuhan seperti kata dasar lain. Cara
pengimbuhan kata majmuk terdapat dalam dua bentuk, iaitu :


      1.3.2.1.1 Apabila kata majmuk menerima awalan atau akhiran,
                ejaannya tetap terpisah.

                Contohnya :


                 urus niaga          - berurus niaga
                 cari gali           - mencari gali
                 reka bentuk         - direka bentuk
                 daya serap          - daya serapan
      1.3.2.1.2 Apabila kata majmuk menerima apitan, ejaannya menjadi
                bercantum,

                Contohnya :



                                     13
BMM3109 MORFOLOGI BAHASA MELAYU


                   lipat ganda               -   melipatgandakan
                   surat khabar              -   persuratkhabaran
                   urus niaga                -   diurusniagakan
                   ibu bapa                  -   keibubapaan

1.3.2.1 Penggandaan Kata Majmuk
      Kata majmuk boleh mengalami proses penggandaan. Penggandaan kata
      majmuk melibatkan penggandaan unsur pertama sahaja.


      Contohnya :
       rumah sakit                  -   rumah-rumah sakit
       guru besar                   -   guru-guru besar
       Raja Muda                    -   Raja-raja Muda
       Timbalan Naib Canselor       -   Timbalan-timbalan Naib Canselor

      Satu kekecualian ialah penggandaan yang melibatkan perkataan yang
      telah mantap. Dalam hal ini, penggandaan berlaku kepada keseluruhan
      perkataan.


      Contohnya :
        setiausaha                  -   setiausaha-setiausaha
        jawatankuasa                -   jawatankuasa-jawatankuasa
        tanggungjawab               -   tanggungjawab-
                                        tanggungjawab




1.3.3 PROSES PENGGANDAAN
      Proses penggandaan ialah proses yang mengulangi kata dasar, sama
ada secara penuh, separa atau berentak iaitu berdasarkan rentak bunyi tertentu.
Dengan kata lain, terdapat tiga jenis penggandaan, iaitu ;
              1. Penggandaan penuh,

              2. Penggandaan separa, dan

              3. Penggandaan berentak.

                                        14
BMM3109 MORFOLOGI BAHASA MELAYU



1.3.3.1 Penggandaan penuh
          Penggandaan penuh ialah proses yang mengulangi seluruh kata dasar.
Terdapat dua jenis penggandaan penuh, iaitu :
      •       Yang melibatkan kata dasar yang tidak menerima apa-apa imbuhan.

              Contohnya :
              Sekolah                •   sekolah-sekolah
              makan                  •   makan-makan
              besar                  •   besar-besar
              baju                   •   baju-baju

      •       Yang melibatkan kata dasar yang menerima imbuhan.
              Contohnya :




1.3.3.2 Penggandaan separa
          Penggandaan separa ialah proses yang mengulangi sebahagian kata

            pelari                • pelari-pelari
            perbualan             • perbualan-perbualan
            kekasih               • kekasih-kekasih
            kejadian              • kejadian-kejadian
          dasar sahaja. Penggandaan separa berlaku pada dua jenis kata dasar,
          iaitu :
          •    pada kata dasar tunggal dan lazimnya melibatkan pengulangan suku
               kata pertamanya serta letak pengulangan itu pada bahagian
               hadapan kata dasar. Vokal dalam bentuk gandaan ini mengalami

                                         15
BMM3109 MORFOLOGI BAHASA MELAYU


          proses pelemahan, menjadikannya vokal e pepet. Proses ini dapat
          digambarkan seperti yang berikut :


           jari                  jejari                  jejari
           siku                  sisiku                  sesiku
           sungut                susungut                sesungut
           pohon                 popohon                 pepohon
           laki                  lalaki                  lelaki

      •   pada kata dasar yang berimbuhan. Penggandaan separa yang
          berlaku hanya mengulangi kata dasar dan tidak melibatkan imbuhan.
          Penggandaan ini berlaku pada kata kerja dan kata adjektif, dan
          boleh terletak di bahagian belakang kata dasar atau di bahagian
          hadapan kata dasar.

               Kata Dasar Berimbuhan                       Imbuhan
          tersenyum                            tersenyum-senyum
          bercakap                             bercakap-cakap
          setinggi                             setinggi-tinggi
          membantu                             bantu-membantu
          mencuit                              cuit-mencuit
          menari                               tari-menari
          mengejar                             kejar-mengejar




1.3.3.3 Penggandaan Berentak



                                    16
BMM3109 MORFOLOGI BAHASA MELAYU


        Penggandaan berentak ialah proses yang mengulangi kata dasar
        mengikut      rentak   bunyi   tertentu       dalam   kata    dasar   itu.   Dalam
        penggandaan berentak, seluruh kata dasar digandakan dan bunyi-bunyi
        tertentu diulang atau diubah. Berdasarkan perubahan dan pengulangan
        bunyi demikian, penggandaan berentak terbahagi kepada tiga jenis,
        iaitu :
            1      Penggandaan Berentak Pengulangan Vokal

            2      Penggandaan Berentak Pengulangan Konsonan

            3      Penggandaan Berentak Bebas



        •       Penggandaan Berentak Pengulangan Bebas
                Dalam penggandaan ini, bunyi yang diulang ialah vokal, iaitu yang
                mempunyai ciri-ciri keharmonian vokal,
                Contohnya :
                  sayur                           -    sayur-mayur
                  ramah                           -    ramah-tamah
                  cerai                           -    cerai-berai

        •       Penggandaan Berentak Pengulangan Konsonan
                Dalam penggandaan ini, penggandaan berlaku pada persamaan
                bunyi-bunyi konsonan tertentu,
                Contohnya :
                  kayu                      -          kayu-kayan
                   tanah                    -          tanah-tanih
                  simpang                   -          simpang-siur

Perhatian:
Kata ganda mesti dieja dengan sempang. Salah, misalnya, jika ditulis *ipar duai.
1.3.4 KATA AKRONIM
      Mengikut Tatabahasa Dewan, turut tergolong ke dalam bentuk kata
tunggal ialah kata akronim. Kata akronim ialah kata singkatan yang terbentuk


                                          17
BMM3109 MORFOLOGI BAHASA MELAYU


dengan menggabungkan huruf awal suku kata atau gabungan huruf awal dan
suku kata daripada satu rangkai kata dan ditulis serta dilafazkan sebagai kata
yang wajar.
Contohnya :
               ABIM       - Angkatan Belia Islam Malaysia
               Bernama    - Berita Nasional Malaysia
               Kugiran    - kumpulan gitar rancak


Cara Menulis Kata Akronim
Terdapat tiga cara menulis kata akronim dalam bahasa Melayu, bergantung
pada cara pembentukkannya.


1.3.4.1 Ditulis dengan huruf besar seluruhnya
Akronim yang terbentuk daripada gabungan beberapa huruf awal rangkai kata
yang disingkatkan, keseluruhannya ditulis dengan huruf besar, jika kata nama
khas.
Contohnya :
        ABIM          -   Angkatan Belia Islam Malaysia
        UMNO          -   United Malay National Organisation


1.3.4.2 Ditulis dengan huruf kecil seluruhnya
Akronim yang terbentuk daripada gabungan huruf awal dan / atau suku kata
ditulis dengan huruf kecil keseluruhannya, jika bukan kata nama khas.
Contohnya :
        tabika - taman bimbingan kanak-kanak
        purata - pukul rata
        kugiran - kumpulan gitar rancak


1.3.4.2 Ditulis bermula dengan huruf besar




                                      18
BMM3109 MORFOLOGI BAHASA MELAYU


        Jika akronim yang terbentuk daripada gabungan huruf awal dan / atau
suku katanya itu menjadi kata nama khas, kata akronim itu ditulis bermula
dengan huruf besar.
Contohnya :
      Bernama         -    Berita Nasional Malaysia
      Intan           -    Institut Tadbir Awam Negara
      Proton          -    Perusahaan Otomobil Nasional


#     Perhatian: Lazimnya kata akronim terbentuk untuk kata nama khas dan
pembentukannya agak longgar serta tidakberdasarkan prinsip yang jelas. Oleh
itu, proses pembentukan kata seperti ini tidak digalakan sebagai satu kaedah
pembentukan kata bagi membentuk perkataan baharu atau kata istilah dalam
bahasa Melayu.



               1. Secara individu anda dikehendaki melayari internet untuk
                    mendapat bahan tentang definisi morfologi bahasa Melayu.
               2. Selain itu, anda juga dikehendaki mengumpul maklumat
                    tentang Proses Pembentukan Kata dalam Bahasa Melayu.




                                     BACAAN TAMBAHAN



Nik Safiah dan rakan-rakan. (2006). Tatabahasa Dewan Edisi Baharu. Kuala
     Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Abdullah Hassan. (2006). Morfologi Bahasa Melayu. Kuala Lumpur : PTS
     Profesional.
Raminah Hj. Sabran dan Rahim Sham. (1985). Kajian Bahasa Untuk Pelatih
     Maktab Perguruan. Petaling Jaya: Fajar Bakti Sdn Bhd.




                                       19
BMM3109 MORFOLOGI BAHASA MELAYU


 TAJUK 2 PERKATAAN DAN BENTUK PERKATAAN BAHASA
         MELAYU



SINOPSIS

Tajuk ini membincangkan kata dan bentuk tunggal, kata terbitan, kata majmuk
dan kata majmuk. Selain itu, tumpuan juga diberi untuk mengenal pasti
golongan kata tunggal dan kata terbitan.


HASIL PEMBELAJARAN


      (i)     Mengenal pasti Kata Tunggal dan Bentuk Kata Tunggal
      (ii)    Mengenal pasti Kata Tunggal dan Bentuk Kata Terbitan
      (iii)   Mengenal pasti Kata Majmuk dan Bentuk Kata Majmuk
      (iv)    Mengenal pasti Kata Ganda dan Bentuk Kata Ganda
      (v)     Mengenal pasti Golongan Kata Tunggal
      (vi)    Mengenal pasti Golongan Kata Terbitan


KERANGKA TAJUK-TAJUK




                                BENTUK KATA




   BENTUK KATA                 BENTUK KATA               GOLONGAN KATA
   TUNGGAL DAN               MAJMUK DAN KATA              TUNGGAL DAN
     TERBITAN                     GANDA                     TERBITAN


                          Rajah 2.1: Kerangka Tajuk 1



                                      20
BMM3109 MORFOLOGI BAHASA MELAYU


2.0   KANDUNGAN ISI


Kandungan isi untuk topik ini meliputi huraian tentang mengenal pasti kata
tunggal dan bentuk kata tunggal, mengenal pasti kata tunggal dan bentuk kata
terbitan, mengenal pasti kata majmuk dan bentuk kata majmuk, mengenal pasti
kata ganda dan bentuk kata ganda, mengenal pasti golongan kata tunggal dan
mengenal pasti golongan kata terbitan.


2.1   Kata Tunggal dan Bentuk Kata Tunggal
      Kata Tunggal ialah kata yang tidak mengalami proses pengimbuhan,
pemajmukan dan penggandaan. Dalam bahasa Melayu, kata tunggal boleh
terdiri hanya satu suku kata atau mempunyai lebih daripada satu suku kata.
Contohnya :


 Kata Tunggal Satu Suku Kata      had, am, rak, cam, wang, bom,cas, das, cat,
                                  dram, teks, zink, golf, skrip, trak, skru

 Kata Tungga Dua Suku Kata        dia, suka, akan, asal, bulat, meja, jauh,
                                  dekat, sini, sana

 Kata Tunggal Tiga Suku Kata      bahaya, cahaya, gembira, berita, almari,
                                  laksana, isyarat

 Kata Tunggal Empat Suku          universiti, sayembara, mahasiswa,
 Kata dan lebih                   cenderamata, personifikasi

 Kata Tunggal - Akronim           ABIM, UMNO, ADUN, MAS.
 (Gabungan Huruf Awal)

 Kata Tunggal - Akronim           cerpen, purata, tadika, taska, cereka
 (Gabungan Suku Kata)

 Kata Tunggal - Akronim           Intan (Institut Tadbiran Awam Negara)
 (Gabungan Huruf Awal dan/        Mara (Majlis Amanah Rakyat)
  Suku Kata - Nama Khas)          Pernas (Perbadanan Nasional)




                                         21
BMM3109 MORFOLOGI BAHASA MELAYU


2.2   Kata Terbitan dan Bentuk Kata Terbitan

      Kata terbitan ialah kata yang terhail daripada proses pengimbuhan iaitu
proses mengandingkan imbuhan pada kata dasar.imbuhan itu pula terdiri
daripada kata nama, kata kerja dan lain-lain. Contoh bentuk imbuhan adalah
seperti di bawah yang merangkumi awalan, akhiran, sisipan dan apitan.


Kata Terbitan Berawalan        peN-, pel-, per-, ke-, juru, maha, tata-, pra-,
(Awalan Kata Nama)             sub-, eka-, dwi-,anti, infra-, ko-, makro-,
                               mikro-, pro-, semi-, tele-

Kata Terbitan Berawalan        meN-, memper-, ber- bel-, ter-, di-, diper-
(Awalan Kata Kerja)

Kata Terbitan Berawalan        ter-, se-, te-
(Awalan Kata Adjektif)

Kata Terbitan Berakhiran       -an, -wan, -man, -wati, -isme, -in, -at, -ah,
(Akhiran Kata Nama)            -ita, -is, -

Kata Terbitan Berakhiran       -kan, -
(Akhiran Kata Kerja)

Kata Terbitan Berapitan        peN-, -an, per-, -an, pel-…-an, ke-…-an
(Apitan Kata Nama)

Kata Terbitan Berapitan        meN-…-kan, ber-…-kan, ber-…, -an, di-…-
(Apitan Kata Kerja)            kan, meN-…- , di-…- , diper-…-kan, diper--,
                               memper-…-kan, memper-…-

Kata Terbitan Berapitan        ke-…-an
(Apitan Kata Adjektif)

Kata Terbitan Bersisipan       -el-, -em-
(Sisipan Kata Nama)

Kata Terbitan Bersisipan       -el-, -er-, -em-, -in-
(Sisipan Kata Adjektif)




                                      22
BMM3109 MORFOLOGI BAHASA MELAYU



          LATIHAN :
          Dengan merujuk setiap bentuk imbuhan di atas, kenal pasti contoh-
          contoh kata terbitan dan senaraikan dalam lajur yang berasingan


2.3   Kata Kata Majmuk dan Bentuk Kata Majmuk
      Kata Majmuk ialah kata yang terbentuk dengan merangkaikan kata
dasar atau lebih dan membawa makna yang tertentu (baharu). Kata majmuk
bertindak sebagai satu unit dan kebanyakkannya dieja terpisah. Contohnya
seperti di bawah.


 Kata Majmuk Bebas                   bandar raya, lebuh raya, terima kasih,
                                     tengah hari, kereta lembu, Ketua Menteri,
                                     Perdana Menteri, Naib Canselor, Duta
                                     Besar
 Kata Majmuk Istilah Khusus          model linear, garis pusat, lut sinar, cakera
                                     padat, telefon dail terus
 Kata Majmuk Kiasan/Simpulan         anak emas, berat mulut, buah tangan,
 Bahasa                              kaki ayam, kaki bola
 Kata Majmuk yang Mantap             antarabangsa, suruhanjaya, tandatangan,
                                     matahari,     kerjasama,       pesuruhjaya,
                                     bumiputera,      beritahu,       kakitangan,
                                     jawatankuasa,      sukarela,     setiausaha,
                                     olahraga, warganegara, tanggungjawab

 Kata Majmuk Jamak                   alat-alat tulis, guru-guru besar, kapal-
 (Gandaan kata pertama)              kapal terbang,

 Kata Majmuk Jamak                   semua Ketua Setiausaha, sekumpulan
 (Penada Jamak - semua, banyak,      guru penolong kanan, Persatuan Bekas
 sekumpulan, persatuan, para,        Perajurit,
 pertubuhan, barisan, sebahagian)

 Kata Majmuk Terbitan                dicampur aduk, mengambil alih, dikenal
 (Awalan dan Akhiran)                pasti, daya serapan

 Kata Majmuk Terbitan                mencampuradukkan,         pengambilalihan,
 (Apitan)                            pengenalpastian.




                                      23
BMM3109 MORFOLOGI BAHASA MELAYU


             LATIHAN :
               Senaraikan contoh-contoh kesalahan penulisan kata majmuk di
               kampus anda yang kerap dilakukan oleh pengguna bahasa.




2.4   Kata Ganda dan Bentuk Kata Ganda
      Kata ganda ialah kata yang terhasil melalui proses mengulang kata
dasar. Pengulangan kata dasar itu boleh melibatkan seluruh kata dasar atau
digandakan secara berima. Contohnya seperti di bawah.

Kata Ganda Penuh             rama-rama, kupu-kupu, cantik-cantik, elok-elok,
                             kalau-kalau, jangan-jangan, pulau-pulau

Kata Ganda Separa            lelaki, lelayang,   berlari-lari,   tertanya-tanya,
                             tolong-menolong

Kata Ganda Berentak          lauk-pauk, kusut-masai,lintang-pukang, simpang-
                             perenang, gunung-ganang



2.5   Golongan Kata Tunggal
Kata Tunggal ialah kata yang tidak mengalami proses pengimbuhan,
pemajmukan dan penggandaan. Dalam bahasa Melayu, kata tunggal boleh
terdiri hanya satu suku kata atau mempunyai lebih daripada satu suku kata.




                                      24
BMM3109 MORFOLOGI BAHASA MELAYU


2.5.1 Penggolongan Kata: Kata Nama

Kata Nama Am (Konkrit)        baju, seluar, kucing, masjid

Kata Nama Am (Abstrak)        mimpi,   perasaan,      kemahuan,    idaman,
                              kehendak, keadaan

Kata Nama Khas                YAB Datuk Seri Dr. Mahathir, Allahyarham
(Hidup - Manusia)             Tun Abdul Razak, Alya Nabila, Rafeah,
                              Sudirman
                              Sang Kancil, Si Belang, Comel, Tompok,
Kata Nama Khas                Vanda Diana (orkid)
(Hidup - Bukan Manusia)       Jibrail, Jin.
Kata Nama Khas                Proton Perdana V6, Proton Waja, Bangunan
(Tak Hidup)                   Pentadbiran      Kerajaan    Persekutuan,
                              Kementah

Kata Ganti Nama (Diri Pertama) ku, beta, daku, kami, patik, hamba, saya
                             a


Kata Ganti Nama (Diri Kedua) anda, awak, dikau, engkau, kamu, kalian,
                             tuanku, tuan hamba

Kata Ganti Nama (Diri Ketiga) baginda, beliau, dia, ia, mereka

Kata Ganti Nama (Tunjuk)      ini, itu

Kata Ganti Nama (Tanya)       apa, siapa, mana, berapa

Kata Ganti Nama (Tempat)      sana, sini, situ



            LATIHAN :
            Dengan merujuk akhbar, kelompokkan kata ganti mengikut
            jenisnya.




                                         25
BMM3109 MORFOLOGI BAHASA MELAYU


2.5.2 Golongan Kata Terbitan
       Penggolongan Kata: Kata Kerja

 Kata Kerja Transitif (Aktif)    membeli, menggunakan, mendiami,
                                 mengabaikan, mempererat, menyiram

 Kata Kerja Transitif (Pasif)    dibeli, digunakan, didiami, diabaikan, dipererat,
                                 disiram

 Kata Kerja Tak Transitif        bangun, datang, tersenyum, kerkibaran,
 (Tak Berpelengkap)              menguning, membesar, terduduk,

 Kata Kerja Tak Transitif        tinggal, beransur, berbantalkan
 (Berpelengkap)



              LATIHAN :
              Dengan merujuk keratan akhbar, kelompokkan jenis-jenis kata
              kerja mengikut kumpulannya.


2.5.3 Penggolongan Kata: Kata Adjektif

Kata Adjektif Sifat/Keadaan     berani, cerdik, cerdas, gopoh

Kata Adjektif Warna             hitam, putih, merah, biru

Kata Adjektif Ukuran            cetek, dalam, kecil, nipis, tebal

Kata Adjektif Bentuk            bukur, bundar, bulat, leper

Kata Adjektif Pancaindera       ayu, buruk, bising, mersik, merdu, hapak, lazat,
                                manis, basah, halus

Kata Adjektif Waktu             Baru, lama, spontan, segera

Kata Adjektif Cara              cepat, deras, laju, perlahan

Kata Adjektif Perasaan          benci, cinta, ghairah, ingin




                                         26
BMM3109 MORFOLOGI BAHASA MELAYU



             LATIHAN :
             Dengan merujuk keratan akhbar, kelompokkan jenis-jenis kata
             adjektif mengikut jenisnya.


2.5.4 Penggolongan Kata: Kata Tugas
      Kata tugas tidak berfungsi sebagai unsur inti dalam sebarang predikat,
baik predikat frasa nama, frasa kerja ataupun frasa adjektif. Kata tugas
mempunyai tugas-tugas tertentu dalam pembinaan sesuatu frasa, klausa dan
ayat. Berdasarkan kriteria kedudukan dan fungsi dalam binaan ayat, kata tugas
dapat dikelompokkan kepada : kata penyambung ayat, kata praklausa, prafrasa
dan kata pascakata



2.5.4.1 Kata Penyambung Ayat


Kata Penyambung Ayat
Kata Hubung Gabungan                    dan,   atau,   tetapi,   serta,   lalu,
                                        malahan, sambil, kemudian.
Kata Hubung Pancangan Relatif           yang
Kata Hubung Pancangan Komplemen         bahawa, untuk



2.5.4.2 Kata Praklausa


Kata Praklausa
Kata Seru                 wah, amboi, aduh
Kata Tanya                bagaimana, siapa, bila, berapa
Kata Perintah             sila, jemput, tolong, jangan, usah, harap, semoga.
Kata Pembenar             ya, benar, betul.
Kata Pangkal Ayat         Maka, alkisah, hatta, syahadan




2.5.4.3 Prafrasa


                                      27
BMM3109 MORFOLOGI BAHASA MELAYU


Kata Prafrasa
Kata Bantu               akan, pernah, sedang, mahu, masih, hendak,
                         belum
Kata Penguat             amat, sangat, paling
Kata Penegas             juga, lah, kah, tah, pun
Kata Nafi                tidak, bukan
Kata Pemeri              ialah, adalah
Kata Sendi Nama          di, dari, dalam, ke, pada
Kata Bilangan            beberapa, banyak, ramai,dua, tiga, kelima
Kata Arah                atas, situ, dalam

2.5.4.4 Kata Pascakata


Kata Pascakata
Kata Pembenda               yang, -nya
Kata Penekan                -nya



           LATIHAN :
              1. Dengan merujuk keratan akhbar, garisi fungsi ‘nya’ sebagai
                  kata pascakata.




                                     BACAAN TAMBAHAN



                                      28
BMM3109 MORFOLOGI BAHASA MELAYU

Nik Safiah dan rakan-rakan. (2006). Tatabahasa Dewan Edisi Baharu. Kuala Lumpur:
      Dewan Bahasa dan Pustaka.


Abdullah Hassan. (2006). Morfologi Bahasa Melayu. Kuala Lumpur : PTS Profesional.


Raminah Hj. Sabran dan Rahim Sham. (1985). Kajian Bahasa Untuk Pelatih Maktab
      Perguruan. Petaling Jaya: Fajar Bakti Sdn Bhd.




              Proses Pembentukan Kata Bahasa Melayu
TAJUK 3         • Kata Tunggal
                • Kata Terbitan



                                        29
BMM3109 MORFOLOGI BAHASA MELAYU



SINOPSIS


Tajuk ini membincangkan proses pembentukan kata bahasa Melayu yang
menumpukan kepada kata tunggal dan kata terbitan.


HASIL PEMBELAJARAN


  i.     Mengenalpasti definisi Kata Tunggal dan Kata terbitan dalam bahasa
         Melayu.
 ii.     Mengenalpasti jenis-jenis Kata Tunggal dan Kata terbitan dalam bahasa
         Melayu.



KERANGKA TAJUK-TAJUK




                                   PROSES
                                PEMBENTUKAN
                                    KATA




       DEFINISI DAN
          JENIS                KATA TUNGGAL                KATA TERBITAN
          KATA

                           Rajah 3.1: Kerangka Tajuk 3


3.0      KANDUNGAN ISI




                                       30
BMM3109 MORFOLOGI BAHASA MELAYU


Kandungan isi untuk topik ini meliputi huraian tentang definisi, jenis-jenis dan
huraian Kata Tunggal dan Kata Terbitan bahasa Melayu.


3.1   Definisi Kata Tunggal


       Perkataan-perkataan dalam bahasa Melayu yang tidak menerima
sebarang imbuhan atau tidak menerima sebarang imbuhan atau                     tidak
mengalami proses penggandaan dan perangkaian (Tatabahasa Dewan, 2004).


       Kata tunggal ialah bentuk kata yang terdiri daripada hanya satu bentuk
dasar, iaitu tidak menerima apa-apa bentuk imbuhan atau kata dasar yang lain.
Kata tunggal mengandungi satu suku kata atau lebih daripada satu suku kata.


3.1.1 Jenis-Jenis Kata Tunggal


       Kata Tunggal terdiri daripada Kata Tunggal Satu Suku Kata, Dua Suku
Kata, Tiga Suku Kata, Empat Suku Kata dan Akronim. Tahukah anda, apa yang
dimaksudkan akronim sebagai Kata Tunggal ? Akronim sebagai Kata tunggal itu
adalah akronim yang berasal daripada kata singkatan yang terbentuk dengan
menggabungkan huruf awal suku kata atau gabungan kombinasi huruf awal dan
suku kata daripada satu rangkai kata, dan ditulis serta dilafazkan sebagai kata
yang wajar (Tatabahasa Dewan, 1996).




                            Satu Suku Kata              KV     VK     KVK



                                        31
BMM3109 MORFOLOGI BAHASA MELAYU


                                          KKVK            KVKK
                                          KKKV            KKKVK




                      Dua Suku Kata       V + KV          V+VK
                                          V+KVK           VK+KV
                                          VK+KVK          KV+V
                                          KV+KVK          KV+KV+VK
                                          KVK+KVK




   Kata Tunggal       Tiga Suku Kata      KV+V+KV         KV+V+KVK
                                          V+KV+V          KV+KV+V
                                          KVK+KV+V KV+KV+VK
                                          KVK+KV+VK dan lain-lain




                      Empat Suku Kata     KV+KV+VK+KV
                      dan Lebih                  KV+KVK+KV+KV
                                          KVK+KV+KV+KV
                                          KVK+KV+V+KV
                                          dan lain-lain


                      Akronim             Mara            Bernama
                                          Kugiran         Tabika
                                          ABIM            Gapena


                            Rajah 3.2


3.1.3 Kata Tunggal dalam bahasa Melayu


                                  32
BMM3109 MORFOLOGI BAHASA MELAYU


3.1.3.1 Kata Tunggal

Dengan berasaskan pelaksanaan tatabahasa, kata tunggal dapat dibahagikan
kepada dua jenis (rujuk Rajah 1.5):

         i.   Unit yang bebas dan dapat berdiri sendiri

              Contoh:

                i.    Kamu.

               ii.    Sudah?
               iii.   Ini?




        ii.   Unit yang tidak dapat berdiri sendiri tetapi memerlukan sekurang-
              kurangnya satu unit yang bebas untuk melaksanakan tugas
              nahunya.

              Contoh:

                i.    di mana?

               ii.    ke Kuala Lumpur
               iii.   dari Terengganu

3.1.3.1.1 Kata Tunggal Satu Suku Kata

Jumlah kata tunggal dalam bahasa Melayu terhad, iaitu dipercayai kira-kira 500.
Sesetengahnya terdiri daripada kata pinjam asing, terutamanya bahasa Arab
dan bahasa Inggeris. Berdasarakan rajah 1 di atas, pola gabungan kata tunggal
bahasa Melayu adalah seperti berikut :

   1. KV      Contohnya : yu, ru, ya

   2. VK      Contohnya : am

                                         33
BMM3109 MORFOLOGI BAHASA MELAYU


   3. KVK    Contohnya : cat, bah, tin, bin, lap, dan, cap
   4. KKVK Contohnya : staf, draf, krim, gred, blok, brek
   5. KVKK Contohnya : bank, zink, golf,
   6. KKKV Contohnya : skru, skaf,
   7. KKKVK Contohnya : Skrip, straw




3.1.3.1.2 Kata Tunggal Dua Suku Kata

Antara pola-pola Kata Tunggal dengan dua suku kata adalah seperti berikut :

   1. V + KV Contohnya : aku, ini, apa, iri

   2. V + VK Contohnya : ais, aur, aib, air
   3. V + KVK Contohnya : izin, acah, alat, ulat
   4. VK + KV Contohnya : undi, asli, unta
   5. VK + KVK Contohnya : ambil. Iblis, umpan
   6. KV + V Contohnya : dia, bau, ria
   7. KV + VK Contohnya : jauh, liar, kuih
   8. KV + KV Contohnya : jala, pasu, teko
   9. KV + KVK Contohnya : jarum, telur dan hiris
   10. KVK + KV Contohnya : lampu, binti, senda
   11. KVK + KVK Contohnya : sandar, jemput, sunting

   # Perhatian: Sebahagian besar daripada perkataan dalam bahasa Melayu
   terdiri daripada dua suku kata. Terdapat 11 pola suku kata bagi kata tunggal
   dua suku kata.




3.1.3.1.3 Kata Tunggal Tiga Suku Kata




                                         34
BMM3109 MORFOLOGI BAHASA MELAYU


Jumlah kata tunggal dengan tiga suku kata dalam bahasa Melayu agak kecil,
tetapi pola suku katanya agak banyak, iaitu 19. Sebahagian besar daripada
perkataan tiga suku kata merupakan kata pinjaman.
   1. KV + V + KV Contohnya : cuaca, biasa, biola
   2. KV + V + KVK Contohnya : siuman, tualang
   3. V + KV + V Contohnya : usia, idea, urea
   4. KV + KV + V Contohnya : mulia, barua
   5. KV + KV + VK Contohnya : tempua, mentua, seluar
   6. KVK + KV + VK Contohnya : sekian, haluan
   7. V + KV + VK Contohnya : mendiang, tempias, manfaat
   8. V + KV + KV Contohnya : utara, ilahi, asasi
   9. V + KV + KVK Contohnya : ijazah, amaran, ibarat
   10. VK + KV + KV Contohnya : almari, isteri, umpama
   11. KV + KV + KV Contohnya : seteru, budaya. Teruna
   12. KVK + KV + KV Contohnya : menteri, mesteri, soldadu
   13. V + KV + VK Contohnya : ideal, akaun, elaun
   14. VK + KV + VK Contohnya : ilmiah, akliah
   15. KV + KV + KVK Contohnya : teratak, belukar, hikayat
   16. KVK + KV + KVK Contohnya : matlamat, cendawan, sembilan
   17. KV + KVK + KV Contohnya : belanja, terumbu keranda
   18. KVK + KVK + KV Contohnya : sempurna
   19. KV + KVK + KVK Contohnya : belimbing, kelompok




3.1.3.1.4 Kata Tunggal Empat Suku Kata dan Lebih
Terdapat sebilangan kecil kata tunggal yang terdiri daripada empat suku kata.
Kebanyakkan merupakan kata pinjaman. Antaranya seperti berikut :

                                      35
BMM3109 MORFOLOGI BAHASA MELAYU


   1. KV + KV + VK + KV Contohnya : keluarga, biduanda
   2. KV + KVK + KV + KV Contohnya : belantara, bijaksana
   3. KVK + KV + KV + KV Contohnya : laksamana, sandiwara
   4. KVK + KV + V + KV Contohnya : sentiasa
   5. KV + KV + KV + KV Contohnya : bidadari, sanubari, selesema
   6. KV + KV + KV + KVK Contohnya : muzakarah, kelemumur
   7. KVK + KV + KV + KVK Contohnya : sentimeter
   8. KVK + KVK + KV + KV Contohnya : dispensari, singgahsana
   9. KV + KV + V + KVK Contohnya : mesyuarat, nasional
   10. V + KV + KVK + KV + KV Contohnya : universiti
   11. KVK + KV + KV + KV + KVK Contohnya : kosmopolitan
   12. KV + KV + KV + KV + KV + KV Contohnya ; maharajalela


3.1.3.1.5 Kata Akronim
Mengikut Tatabahasa Dewan, turut tergolong ke dalam bentuk kata tunggal ialah
kata akronim. Kata akronim ialah kata singkatan yang terbentuk dengan
menggabungkan huruf awal suku kata atau gabungan huruf awal dan suku kata
daripada satu rangkai kata dan ditulis serta dilafazkan sebagai kata yang wajar.
Contohnya :
              ABIM    - Angkatan Belia Islam Malaysia
              Bernama - Berita Nasional Malaysia
              Kugiran - kumpulan gitar rancak


3.1.3.1.5.1 Cara Menulis Kata Akronim
Terdapat tiga cara menulis kata akronim dalam bahasa Melayu, bergantung
pada cara pembentukkannya.




a. Ditulis dengan huruf besar seluruhnya
Akronim yang terbentuk daripada gabungan beberapa huruf awal rangkai kata
yang disingkatkan, keseluruhannya ditulis dengan huruf besar, jika kata nama

                                       36
BMM3109 MORFOLOGI BAHASA MELAYU


khas.
Contohnya :
ABIM           -      Angkatan Belia Islam Malaysia


b. Ditulis dengan huruf kecil seluruhnya
Akronim yang terbentuk daripada gabungan huruf awal dan / atau suku kata
ditulis dengan huruf kecil keseluruhannya, jika bukan kata nama khas.
Contohnya :
tabika - taman bimbingan kanak-kanak
purata - pukul rata
kugiran - kumpulan gitar rancak


c. Ditulis bermula dengan huruf besar
Jika akronim yang terbentuk daripada gabungan huruf awal dan / atau suku
katanya itu menjadi kata nama khas, kata akronim itu ditulis bermula dengan
huruf besar.


Contohnya :
Bernama        -      Berita Nasional Malaysia
Intan          -      Institut Tadbir Awam Negara
Proton         -      Perusahaan Otomobil Nasional


#        Perhatian: Lazimnya kata akronim terbentuk untuk kata nama khas dan
pembentukannya agak longgar serta tidakberdasarkan prinsip yang jelas. Oleh
itu, proses pembentukan kata seperti ini tidak digalakan sebagai satu kaedah
pembentukan kata bagi membentuk perkataan baharu atau kata istilah dalam
bahasa Melayu


3.2 Kata Terbitan
Kata     terbitan   ialah   bentuk   perkatan   yang   dihasilkan   melalui   proses
pengimbuhan, iaitu proses yang menggandingkan imbuhan pada kata dasar.

                                         37
BMM3109 MORFOLOGI BAHASA MELAYU


       Imbuhan terdiri daripada morfem terikat sementara kata dasar ialah
bentuk morfem bebas yang dapat menerima imbuhan. Terdapat empat jenis
imbuhan , iaitu:
1.     awalan, yang hadir sebelum kata dasar, misalnya ber- dalam berjalan
       dan di- dalam diambil,
2.     akhiran, yang hadir sesudah kata dasar, misalnya –kan dalam jalankan
       dan -i dalam ikuti,
3.     apitan, yang hadir secara mengepit kata dasar, iaitu dua bahagian
       imbuhan hadir serentak di awal dan diakhir kata dasar, misalnya ke-.....-
       an dalam keindahan dan di-.....-i dalam diikuti,
4.     sisipan, yang hadir di celahan kata dasar, misalnya –el- dalam telunjuk
       dan -in- dalam sinambung.
Dalam bahasa melayu, sejumlah besar perkataannya wujud dalam bentuk kata
terbitan dan jumlah imbuhan yang membentuk kata terbitan ini juga banyak.
Imbuhan- imbuhan ini dihuraikan di bawah ini.

3.2.1 Imbuhan awalan
Dalam bahasa melayu terdapat tiga jenis imbuhan awalan, iaitu :
1. awalan kata nama
2. Awalan kata kerja
3. Awalan kata adjektif




3.2.1.1 Awalan Kata Nama
Awalan kata nama ialah awalan yang, apabila bergabung dengan kata dasar,
membentuk kata nama,


                                        38
BMM3109 MORFOLOGI BAHASA MELAYU


Contohnya :
               Awalan                            Perkataan
peN-     pe-                       pelukis, pewangi, penyanyi
=        pem-                      pembalut, pembeli, pemberi
         pen-                      pendatang, pencari, penjual
         peng-                     pengguna, pengayuh, pengukur
         penge-                    pengebom, pengetin, pengecat
                                   perasap, perbara, pertapa
per-                               pesara, pekedai, peguam
pe-                                ketua, kehendak, kelepek
ke-                                jurubahasa, jurujual, juruterbang
juru-                              mahasiswa, mahaguru, maharaja
maha-                              tatabahasa, tatanegara, tatanama
tata-                              prasejarah, prakata, prasangka
pra-                               subbidang, subsistem, subkategori
sub-                               suprakelas, suprasistem, suprakategori
supra-                             ekabahasa, ekasuku, ekahala
eka-                               dwibahasa, dwifungsi, dwibudaya
dwi-




3.2.1.2 Awalan Kata Kerja
Awalan kata kerja ialah yang, apabila bergabung dengan kata dasar akan
membentuk kata kerja.

                                  39
BMM3109 MORFOLOGI BAHASA MELAYU


Contohnya :
Awalan                          Perkataan
meN-   =       me-              melukis, menari, merasa
               mem-             membeli, memberi, membalut
               men-             mendaki, menduga, mentadbir
               meng-            mengaji, mengasuh, menghasut
               menge-           mengebom, mengetin, mengecat




                                memperisteri, memperbesar, memperoleh
      memper-                   berkata, bersetuju, berbangga
      ber-                      terkata, terasa, tersenyum
      ter-                      diatur, dibeli, disuruh
      di-                       diperisteri, diperbesar, diperoleh
      diper-




3.2.1.3 Awalan Kata Adjektif
Awalan kata adjektif ialah awalan yang, apabila bergabung dengan kata dasar,
membentuk kata adjektif . terdapat hanya dua awalan adjektif , iaitu :


                      Awalan                           Perkataan
                      ter -                  terpandai, termerah, terpanjang
                      se-                    seputih, sehalus, sejernih



3.2.1.4 Imbuhan Akhiran
Dalam bahasa Melayu terdapat hanya dua jenis imbuhan akhiran, iaitu :
      1. akhiran kata nama, dan
      2. akhiran kata kerja


3.2.1.5 Akhiran Kata Nama
Akhiran kata nama ialah akhiran yang, apabila bergabung dengan kata dasar,
membentuk kata nama.


                                        40
BMM3109 MORFOLOGI BAHASA MELAYU


Contohnya :
              Akhiran                             Perkataan
              -an                    ajaran, silaan, bacaan
              -wan                   ilmuwan, budayawan, usahawan
              -man                   budiman, seniman
              -wati                  seniwati, peragawati
              -isme                  nasionalisme, sosialisme, komunisme
              --in                   hadirin, muslimin
              -at                    hadirat, muslimat
              -ah                    ustazah, sultanah



3.2.1.6 Akhiran Kata Kerja
Akhiran kata kerja ialah, apabila bergabung dengan kata dasar, membentuk kata
kerja. Terdapat hanya dua akhiran kata kerja, iaitu –kan dan –i .
Contohnya :
              Akhiran                                Perkataan
              -kan                   lahirkan, ambilkan, hulurkan
              -i                     ikuti, jalani, sertai


3.2.1.7 Imbuhan Apitan
Dalam bahasa Melayu terdapat tiga jenis apitan, iaitu :
      1. apitan kata nama
      2. apitan kata kerja
      3. apitan kata adjektif.




3.2.1.8 Apitan Kata Nama
Apitan kata nama ialah apitan yang, apabila bergabung dengan kata dasar, akan
membentuk kata nama.

                                        41
BMM3109 MORFOLOGI BAHASA MELAYU


Contohnya :
                  Apitan                             Perkataan
peN-.....-an:
       pe-....-an                     pelaksanaan, perusuhan, penyuluhan
       pem-.....-an                   pembukaan, pemburuan, pemfitnahan
       pen-....-an                    pendakian, pencucian, pentauliahan
       peng-.....-an                  penguduran,             penggandaan,
       penge-.....-an                 pengkhayalan
                                      pengesahan,              pengeboman,
pe-......-an                          pengekodan
per-.....-an
ke-...-an                             pendalaman, pesisiran, petempatan
                                      perjumpaan, persamaan, perlumbaan
                                      kecantikan, kebijakan, kelurusan

3.2.1.9 Apitan Kata Kerja
Apitan kata kerja ialah apitan yang, apabila bergabungan dengan kata dasar,
membentuk kata kerja.
Contohnya:
             Apitan                             perkataan
         meN-......kan
                   me-.....-kan    memajukan, melakukan, menanyakan
                   mem-.....-      membezakan, memfatwakan, memberikan
                   kan             mendirikan, mentakrifkan, mensyaratkan
                   men-....-kan    menggulingkan,               mengelakkan,
                   meng-....-      mengkhususkan
                   kan             mengehadkan,               mengesyorkan,
                   menge-....ka    mengepinkan
                   n               beralaskan, berbekalkan, berjudulkan
         ber-....-kan              bertaburan, bergantungan, beratapan
         ber-....-an               ditaburkan, didorongkan, digulingkan
         di-...-kan
         meN-.....-i               melalui, menyedari, mewarnai
                   me-....-i       mendahului, mencucuri, menjauhi
                   men-...-i       membanjiri, membelakangi, membasahi
                   mem-...-i       menghendaki, mengawasi, mengkhianati
                   meng-....-i     dianugerahi, didekati, dianuti
         di-......-i               diperdengarkan,                diperlihatkan,
         diper-.....-kan           diperbahaskan
         diper-....-i              diperingati
         memper-.....-kan          memperdengarkan, memperlihatkan,
         memper-....-i             memperingati
         ke-....-an                kehujanan, kepanasan, kecurian

                                    42
BMM3109 MORFOLOGI BAHASA MELAYU



3.2.1.10 Apitan Kata Adjektif
Apitan kata adjektif ialah apitan yang, apabila digabungkan dengan kata dasar,
membentuk kata adjektif. Hanya terdapat satu apitan kata adjektif , iaitu ke-.....-
an.
Contohnya :
                 Apitan                            Perkataan
                ke-.....-an                      kemelayuan
                ke-.....-an                      keinggerisan
                ke-.....-an                      kearaban



3.2.1.11 Imbuhan Sisipan
Bentuk sisipan tidak lagi produktif dalam bahasa Melayu sebagai satu cara
membentuk perkataan. Maksudnya, tidak ada perkataan baharu yang dibentuk
dengan sisipan. Bentuk-bentuk kata sisipan sudah membeku dalam kata terbitan
dan tidak dapat hadir dala m perkataan-perkataan lain, kecuali dalam beberapa
istilah yang baru dicipta. Terdapat dua sisipan yang masih wujud, iaitu:
      1. sisipan kata nama, dan
      2. sisipan kata adjektif.


3.2.1.12 Sisipan Kata Nama
Sisipan kata nama ialah sisipan yang, apabila hadir di celahan kata dasar,
membentuk kata nama.
Contohnya :
            sisipan                        perkataan
            -el-                   telunjuk, telapak, kelemumur
            -er-                   seruling, keruping
            -em-                   kemuning, kemuncup



3.2.1.13 Sisipan Kata Adjektif
Sisipan kata adjektif ialah sisipan yang, apabial hadir di celahan kata dasar,
membentuk kata adjektif.

                                        43
BMM3109 MORFOLOGI BAHASA MELAYU


Contohnya :
               Sisipan                               Perkataan
      -el-                                    selerak, gelembung
      -er-                                    serabut, gerodak
      -em-                                    gemilang, gemuruh, sementara
      -in-                                    sinambung




                                           AKTIVITI



Secara berkumpulan, berikan lima contoh perkataan yang mengandungi setiap
kata tunggal mengikut jenisnya dalam bahasa Melayu seperti yang telah anda
pelajari. Pastikan contoh perkataan tersebut berada pada posisi yang berbeza.




                                           AKTIVITI



Secara berkumpulan, berikan lima contoh perkataan yang mengandungi setiap
kata terbitan mengikut jenisnya dalam bahasa Melayu seperti yang telah anda
pelajari. Pastikan contoh perkataan tersebut berada pada posisi yang berbeza.




                                           LATIHAN



                                      44
BMM3109 MORFOLOGI BAHASA MELAYU


1. Nyatakan jenis kata Tunggal untuk perkataan yang bergaris berikut:


   (i)   ghairah                  (vi) balai
   (ii) cabar                     (vii) laut
   (iii) masyhur                  (viii) sepoi
   (iv) dekad                     (ix) tekukur
   (v)   pulau                    (x) sarat


2. Beri satu contoh perkataan untuk keempat-empat jenis kata terbitan yang
   telah anda pelajari.



                                      BAHAN BACAAN




Abdullah Hassan.       (1980). Linguistik Am untuk Guru Bahasa Malaysia.
Petaling Jaya: Penerbit Fajar Bakti.

Abdullah Hassan. (2006). Linguistik Am Siri Pengajaran dan Pembelajaran
Bahasa Melayu. Kuala Lumpur:PTS Professional Publishing Sdn.Bhd.

Raminah Sabran dan Rahim Syam. (1985). Kajian Bahasa untuk Pelatih Maktab
Perguruan. Petaling Jaya: Penerbit Fajar Bakti.

Nik Safiah et. Al (1996). Tatabahasa Dewan. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan
Pustaka.




                 Proses Pembentukan Kata Bahasa Melayu
TAJUK 4            • Kata Majmuk
                   • Kata Ganda


                                      45
BMM3109 MORFOLOGI BAHASA MELAYU


SINOPSIS


Tajuk ini membincangkan definisi dan jenis-jenis kata majmuk dan kata ganda
yang terdapat dalam Bahasa Melayu. Setiap kata majmuk dan kata ganda pula
dihuraikan kepada definisi, jenis dan perinciannya.


HASIL PEMBELAJARAN


      (i) Mengenal pasti definisi Kata Majmuk dan Kata Ganda dalam bahasa
        Melayu.
      (ii) Menghuraikan jenis-jenis kata majmuk Kata Ganda dalam bahasa
        Melayu.


KERANGKA TAJUK-TAJUK




                                 Proses
                             Pembentukan kata




      Definisi
        dan
   Jenis-jenis kata                Kata Majmuk                Kata Ganda



                    Rajah 4.1: Kerangka Tajuk 4


4.0     KANDUNGAN ISI


Kandungan isi untuk topik ini meliputi huraian tentang definisi, jenis-jenis Kata
Majmuk dan Kata Ganda dalam Bahasa Melayu. Perbincangan juga turut
                                       46
BMM3109 MORFOLOGI BAHASA MELAYU


ditumpukan kepada perincian jenis-jenis kata majmuk dan Kata Ganda dalam
Bahasa Melayu.


4.1     Definisi Kata Majmuk Bahasa Melayu

Proses yang merangkaikan dua kata dasar atau lebih dan bentuk yang terhasil
membawa makna. Kata majmuk dieja terpisah dan bertindak sebagai satu unit,
iaitu bentuknya tidak boleh menerima sebarang penyisipan. (Tatabahasa
Dewan, 1996). Contoh kata majmuk : kerusi malas, terima kasih, biru laut, dan
telefon dail terus.


        Kata majmuk hendaklah dibezakan daripada frasa. Dua perkataan
digabungkan menjadi kata majmuk bertindak sebagai satu unit, dengan maksud
tidak boleh menerima sebarang penyisipan. Antara rumah batu, misalnya tidak
dapat disisipkan perkataan yang ( *rumah yang batu) atau perkataan dan
(*rumah dan batu ). Ini berbeza dengan rumah besar,sebuah frasa, yang boleh
menerima yang (rumah yang besar) atau dengan frasa pinggan mangkuk, yang
boleh menerima dan (pinggan mangkuk ).

4.2     Jenis-Jenis Kata Majmuk


Dalam bahasa Melayu, jumlah kata majmuk adalah besar, yang sebahagiannya
besar terdiri daripada kata nama. Berdasarkan jenisnya, kata majmuk dapat
digolongkan kepada tiga kategori, iaitu :
  i.    Kata Majmuk Rangkaian bebas
 ii.    Kata Majmuk Pengimbuhan
 iii.   Kata Majmuk Penggandaan


4.2.1 Kata Majmuk yang Terdiri daripada Rangkaian Kata Bebas
Contohnya :
                  bandar hijau                  bom tangan
                  hijau daun                    kuning langsat
                  terima kasih                  campuk aduk

                                        47
BMM3109 MORFOLOGI BAHASA MELAYU


                guru besar                        segi empat panjang

dalam kategori ini juga termasuk bentuk kata yang digunakan sebagai gelaran,
contohnya :


                  Duta Besar                          Ketua Setiausaha
                  Setiausaha Politik                  Timbalan Ketua Perpustakaan
                  Profesor Madya                      Timbalan Naib Canselor

4.2.2 Kata Majmuk yang Berbentuk Istilah khusus
Contohnya :
                deria rasa               segi tiga           medan sinaran
                telefon    dail          pita suara          segi       empat
                terus                                        panjang

4.2.3 Kata Majmuk yang Mendukung Maksud Kiasan, iaitu Simpulan
Bahasa
Contohnya :
              kaki ayam            panjang tangan             anak emas
              rabun ayam           pilih kasih                tumbuk rusuk



4.2.3.1 Bentuk Kata Majmuk yang Telah Mantap
Lazimnya kata majmuk dieja secara terpisah, misalnya kertas kerja dan urus
setia. Namun, terdapat sebilangan kecil kata majmuk yang penggunaannya
sudah dianggap mantap sebagai satu perkataan yang utuh, walaupun bentuk
kata tersebut ternyata mempunyai dua kata dasar. Perkataan-perkataan
sedemikian (sebanyak 15) tetap dieja sebagai satu perkataann, iaitu :


       antarabangsa             setiausaha              beritahu
       sukarela                 bumiputera              suruhanjaya
       jawatankuasa             tandatangan             kakitangan
       tanggungjawab            kerjasama               warganegara
       olahraga                 pesuruhjaya             matahari



                                       48
BMM3109 MORFOLOGI BAHASA MELAYU


Selain itu, terdapat sejumlah perkataan yang secara lazimnya dianggap satu
perkataan dan dieja secara bercantum walaupun kelihatan terdiri daripada
gabungan perkataan.
Antaranya :


     1.                   Kata Nama
     Contohnya : peribadi, hulubalang
     2.                   Kata Adjektif
     Contohnya : sukacita, dukalara
     3.                   Kata Sendi Nama
     Contohnya : daripada, kepada
     4.                   Kata Hubung
     Contohnya : manakala, walhal, barangkali
     5.                   Kata Tanya
     Contohnya : bagaimana


     4.2.3.2 Penggandaan Kata Majmuk
     Dalam penggandaan kata majmuk, pada kebiasaannya melibatkan
     penggandaan unsur pertama kata sahaja.
     Contohnya :
     Alat-alat tulis, gambar-gambar rajah, Naib-naib Canselor, Menteri-menteri
     besar, Guru-guru Besar


     Namun, kekecuali berlaku iaitu penggandaan yang melibatkan benntuk
     yang telah mantap dan melibatkan penggandaan keseluruhan unsur.
     Contohnya :
     Warganegara-warganegara,         tandatangan-tandatangan,    setiausaha-
     setiausaha


     4.2.3.3 Pengimbuhan Kata Majmuk



                                        49
BMM3109 MORFOLOGI BAHASA MELAYU


     Kata majmuk juga dapat menerima imbuhan untuk membentuk kata
     terbitan. Terdapat dua kata majmuk yang melibatkan pengimbuhan, iaitu :


     a. Kata majmuk yang menerima imbuhan merupakan awalan dan akhiran
         sahaja dan dieja terpisah. Contohnya :


         campur aduk        menjadi       bercampur aduk
         ambil alih         menjadi      mengambil alih
         daya serap         menjadi      daya serapan


     b. Kata majmuk menerima imbuhan yang merupakan apitan dan ejaannya
         bercantum. Contohnya :


         campur aduk        menjadi         mencampuradukan
         ambil alih         menjadi         pengambilalihan
         satu padu          menjadi         menyatupadukan



4.3 Kata Ganda

Kata ganda ialah perkataan yang mengalami proses pengulangan pada kata
dasar (Tatabahasa Dewan, 1996). Kata Ganda dalam bahasa Melayu dapat
dibahagikan kepada tiga jenis, iaitu :
1.kata ganda penuh,
2. kata ganda separa, dan
3. kata ganda berentak




4.3.1 Kata Ganda Penuh
Kata ganda penuh ialah kata ganda yang mengalami ulangan secara
keseluruhan. Kata ganda penuh boleh terdiri daripada :
       1. kata ganda penuh yang tediri daripada kata dasar.


                                           50
BMM3109 MORFOLOGI BAHASA MELAYU


      Contohnya :
                    rumah-rumah
                    buku-buku
                    masjid-masjid
      2. kata ganda penuh yang terdiri daripada kata berimbuhan.
      Contohnya :
                    pelajar-pelajar
                    ajaran-ajaran
                    kementerian-kementerian


4.3.2 Kata Ganda Separa
Kata ganda separa ialah kata ganda yang terbentuk melalui penggandaan
sebahagian kata dasar sahaja. Kata ganda separa boleh terdiri daripada :
      1.    kata ganda yang berasal daripada kata dasar tunggal yang
      penggulangannya berlaku pada suku kata pertama sahaja disertai
      pelemahan vokal dalam suku kata tersebut kepada vokal e pepet.
      Contohnya :
      Laki-laki     menjadi         lalaki        menjadi   lelaki
      Siku-siku     menjadi         sisiku        menjadi   sesiku
      Jari-jari     menjadi         jajari        menjadi   jejari
      Langit-langit menjadi         lalangit      menjadi   lelangit


2.   kata ganda yang berasal daripada kata berimbuhan, tetapi yang
penggandaan berlaku hanya pada kata dasar dan tidak melibatkan imbuhannya.
Pengganda separa jenis ini berlaku hanya pada golongan kata kerja dan kata
adjektif. Bentuk gandaan boleh terletak di belakang kata dasar atau dibahagian
hadapan.
      Contohnya :
           Di Bahagian Belakang Kata Dasar Di bahagian Hadapan Kata Dasar
                       berlari-lari              cinta-mencintai
                       mencari-cari              bantu-membantu
                       sepandai-pandai           kejar-mengejar

                                             51
BMM3109 MORFOLOGI BAHASA MELAYU



4.3.4 Kata Ganda Berentak
Kata ganda berentak ialah kata ganda yang mengalami penggulangan kata
dasar mengikut rentak bunyi tertentu dalam kata dasar. Seluruh kata dasar
digandakan dan bunyi-bunyi tertentu diulang atau diubah. Berdasarkan
pengubahan dan pengulangan bunyi-bunyi tertentu, kata ganda berentak
terbahagi kepada tiga jenis iaitu :


       1. kata ganda berentak yang terbentuk melalui pengulangan vokal.
         Contohnya :
                                      Sayur-mayur
                                      Calar-balar
                                      Saki-baki



       2. kata ganda berentak melalui pengulangan konsonan
          Contohnya ;
                                 mundar-mandir
                                 tanah-tanih
                                 kayu-kayan

       3. kata ganda berentak bebas, iaitu yang terbentuk berdasarkan rentak
       bunyi, tetapi tidak melibatkan ciri-ciri persamaan bunyi.
       Contohnya :
                            kusut-masai               rempah-ratus
                            ipar-duai                 lintang-pukang




                                                AKTIVITI




                                           52
BMM3109 MORFOLOGI BAHASA MELAYU


Secara berpasangan, teliti kata majmuk dan kata terbitan vokal dalam Bahasa
Melayu. Kemudian senaraikan lima perkataan untuk setiap jenis kata majmuk
dan kata terbitan tersebut.




                                             LATIHAN



1.   Teliti kata majmuk dalam Bahasa Melayu berdasarkan contoh di beri.
     Kemudian, Nyatakan jenis kata majmuk tersebut.
                 a.   Simpang siur
                 b.   Mengadu domba
                 c.   Penyahtaksaan
                 d.   Melatih tubi
                 e.   Pengambilalihan


2.     Teliti kata terbitan dalam bahasa Melayu berdasarkan contoh diberi.
       Kemudian, nyatakan kata terbitan tersebut.

                 a.    Gunung-ganang
                 b.   Lintang pukang
                 c.   Lelabi
                 d.   Pokok-pokok
                 e.   Anak beranak




                                        BAHAN BACAAN




                                        53
BMM3109 MORFOLOGI BAHASA MELAYU


Abdullah Hassan.      (1980).   Linguistik Am untuk Guru Bahasa Malaysia.

TAJUK 5             GOLONGAN KATA BAHASA MELAYU

     Petaling Jaya: Penerbit Fajar Bakti.

Abdullah Hassan. (2006). Linguistik Am Siri Pengajaran dan Pembelajaran
      Bahasa Melayu. Kuala Lumpur:PTS Professional Publishing Sdn.Bhd.

Nik Safiah Karim et.al. (2006). Tatabahasa Dewan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa
      dan Pustaka.
Raminah Sabran dan Rahim Syam. (1985). Kajian Bahasa untuk Pelatih Maktab
     Perguruan. Petaling Jaya: Penerbit Fajar Bakti.




SINOPSIS

Tajuk ini akan membolehkan anda mengetahui perkara-perkara berikut:


                                      54
BMM3109 MORFOLOGI BAHASA MELAYU



   •   Konsep golongan kata Bahasa Melayu secara umum;
   •   Konsep golongan kata nama dan kata kerja Bahasa Melayu;
   •   Ciri-ciri golongan kata nama dan kata kerja Bahasa Melayu;
   •   Jenis-jenis golongan kata nama dan kata kerja Bahasa Melayu


       Tahukah anda bahawa perkataan dalam sesuatu bahasa boleh
digolongkan ke dalam golongan tertentu berdasarkan beberapa kriteria
misalnya, kriteria struktur fonologi atau bunyi, kriteria struktur morfem, kriteria
sintaksis dan kriteria semantik?. Walaupun demikian, perbincangan dalam topik
ini menjurus kepada Tatabahasa Dewan (Nik Safiah Karim et.al. 1996) yang
menggolongkan perkataan berdasarkan kriteria sintaksis dan kriteria semantik
sebagai satu bentuk bebas yang menjadi unsur dalam binaan tatabahasa, iaitu
frasa, klausa dan ayat.


       Binaan sintaksis merujuk kepada konstruksi yang dibentuk oleh perkataan
yang berfungsi sebagai ayat ataupun sebagai konstituen dalam ayat, iaitu klausa
dan frasa. Oleh itu, perkataan daripada sudut binaan sintaksis ialah bentuk
bebas yang minimum yang menjadi unsur setiap konstruksi sintaksis, iaitu ayat,
klausa dan frasa. Ayat dan klausa mengandungi dua konstituen utama, iaitu
frasa subjek dan frasa predikat. Sehubungan itu, frasa subjek dibentuk oleh
frasa nama, manakala frasa predikat dibentuk oleh empat jenis frasa, iaitu frasa
nama (FN), frasa kerja (FK), frasa adjektif (FA) dan frasa sendi nama (FS).




HASIL PEMBELAJARAN

Pada akhir unit ini, anda seharusnya dapat:


       1. menjelaskan konsep golongan kata Bahasa Melayu secara umum;
       2. menghuraikan konsep golongan kata nama dan kata kerja Bahasa


                                        55
BMM3109 MORFOLOGI BAHASA MELAYU


         Melayu;
      3. mengklasifikasikan ciri-ciri golongan kata nama dan kata kerja Bahasa
         Melayu;
      4. mencerakinkan jenis-jenis golongan kata nama dan kata kerja
         Bahasa Melayu;


KERANGKA TAJUK-TAJUK




                                   Golongan Kata
                                   Bahasa Melayu




                                                                      Jenis-jenis
                             Konsep
                                               Ciri-ciri golongan   golongan kata
        Konsep            golongan kata
                                                kata nama dan       nama dan kata
     golongan kata        nama dan kata
                                                    kata kerja       kerja Bahasa
     Bahasa Melayu         kerja Bahasa
                                                Bahasa Melayu           Melayu
                              Melayu




5.0 KANDUNGAN ISI


Anda perlu mengetahui bahawa, kandungan isi untuk topik ini meliputi huraian
tentang konsep golongan kata berdasarkan pendapat ahli-ahli bahasa yang
berbeza. Seterusnya, perbincangan ditumpukan kepada ciri-ciri dan jenis-jenis
golongan kata nama dan kata kerja Bahasa Melayu.
5.1 Konsep Golongan Kata Bahasa Melayu


Walaupun Nik Safiah Karim et.al. (1996) menggolongkan perkataan Bahasa
Melayu berdasarkan kriteria sintaksis dan kriteria semantik namun, ahli-ahli




                                          56
BMM3109 MORFOLOGI BAHASA MELAYU


bahasa lain pula membahagikannya berdasarkan pemahaman masing-masing
(Ali Mahmood et.al. 2010) seperti berikut:

        a. Golongan Kata Menurut Marsden (1812):




                  Rajah 5.1: Golongan Kata Menurut Marsden (1812)

      b. Golongan Kata Menurut Winstedt (1927)




                  Rajah 5.2: Golongan Kata Menurut Winstedt (1927)

        c. Golongan Kata Menurut Asmah (1968):




                                       57
BMM3109 MORFOLOGI BAHASA MELAYU




                 Rajah 5.3: Golongan Kata Menurut Asmah (1968)

       d. Golongan Kata Menurut Tatabahasa Dewan (1996):




           Rajah 5.4: Golongan Kata Menurut Tatabahasa Dewan (1996)




5.2 Ciri-Ciri Golongan Kata Bahasa Melayu

                                   58
BMM3109 MORFOLOGI BAHASA MELAYU


Walaupun terdapat pelbagai pendapat tentang golongan kata Bahasa Melayu,
namun perbincangan dalam topik 5 dan topik 6 hanya menjurus kepada empat
golongan perkataan, iaitu kata nama, kata kerja, kata adjektif dan kata tugas.
Sehubungan itu, perbincangan seterusnya ditumpukan kepada ciri-ciri golongan
kata nama dan kata kerja Bahasa Melayu

5.2.1 Ciri-Ciri Golongan Kata Nama


Golongan kata nama merangkumi sejumlah perkataan yang boleh menjadi
unsur inti kepada binaan frasa nama dan lazimnya perkataan ini menamakan
orang, tempat atau benda. Golongan kata nama ini boleh dibahagikan pula
kepada sub golongan berdasarkan ciri-ciri semantik, iaitu kata nama khas, kata
nama am dan kata ganti nama seperti rajah di bawah.




                    Rajah 5.5:Ciri-Ciri Golongan Kata Nama




5.3 Jenis-Jenis Golongan Kata Bahasa Melayu


Bahagian ini pula membincangkan jenis-jenis golongan kata Bahasa Melayu,
iaitu perincian kepada ciri-ciri golongan kata nama dan kata kerja.


5.3.1 Jenis-Jenis Golongan Kata Nama


                                        59
BMM3109 MORFOLOGI BAHASA MELAYU



Seperti yang telah dibincangkan, jenis-jenis golongan kata nama terdiri daripada
kata nama khas, kata nama am dan kata ganti nama.

      a. Kata Nama Khas

      Kata nama dapat dibahagikan kepada tiga kumpulan, iaitu kata nama
      khas, kata nama am dan kata ganti nama (Rajah 2.1). Nik Safiah Karim et
      al.(1996) menyatakan, kata nama khas ialah kata yang digunakan untuk
      rujukan khusus pada sesuatu nama orang, haiwan, benda, perbadanan
      (institusi),   undang-undang,     bangsa,     bahasa,    pangkat,     dan
      seumpamanya. Huruf pertama kata nama khas ditulis dengan huruf
      besar dalam tulisan. Kata nama khas pula dibahagikan kepada dua, iaitu
      nama khas hidup dan nama khas tidak hidup. Nama khas hidup
      dibahagikan kepada dua, iaitu manusia dan bukan manusia.




                             Rajah 5.6: Kata nama khas

      b. Kata Nama Am

         Kata nama am ialah perkataan yang merujuk benda, perkara atau
         konsep yang umum sifatnya. Kata nama am boleh dibahagikan kepada


                                      60
BMM3109 MORFOLOGI BAHASA MELAYU


  kumpulan-kumpulan kecil berdasarkan ciri makna perkataannya, iaitu
  (i) hidup atau tidak hidup, (ii) manusia atau bukan manusia, (iii) Institusi
  atau bukan institusi, (iv) konkrit atau abstrak dan (v) berbilang atau tak
  berbilang seperti berikut:




                     Rajah 5.7: Kata Nama Am

c. Kata Ganti Nama

Menurut Nik Safiah et.al (1996), kata ganti nama sebagai perkataan yang
menjadi pengganti kata nama khas dan kata nama am. Kata ganti nama
dibahagikan kepada dua golongan kecil, iaitu (i) Kata ganti nama diri; dan
(ii) kata ganti nama tunjuk.

Kata ganti nama diri pula dibahagikan kepada dua, iaitu kata ganti nama
diri orang dan kata ganti nama diri tanya. Seterusnya, kata ganti nama diri
orang dibahagikan kepada tiga, iaitu kata ganti nama diri orang pertama,

                                 61
BMM3109 MORFOLOGI BAHASA MELAYU


       kedua dan ketiga. Penggolongan kata ganti nama ditunjukkan seperti
       berikut:




                            Rajah 5.8: Kata Ganti Nama




5.3.2 Ciri-Ciri Golongan Kata Kerja


Golongan kata kerja pula merangkumi sejumlah kata dasar yang menjadi unsur
inti dalam binaan frasa kerja. Golongan kata kerja dapat dibahagikan kepada
dua kumpulan, iaitu kata kerja transitif dan kata kerja tak transitif. Kata kerja
transitif pula boleh dibahagikan kepada kata kerja transitif aktif dan kata kerja
transitif pasif (Nik Safiah Karim et.al.2006) seperti berikut:




                                          62
BMM3109 MORFOLOGI BAHASA MELAYU



                                         KATA KERJA




                    KATA KERJA                           KATA KERJA TAK
                     TRANSITIF                              TRANSITIF




                                                                         TAK
            AKTIF                PASIF           BERPELENGKAP
                                                                    BERPELENGKAP




                          Rajah 5.5:Ciri-Ciri Golongan Kata Kerja




5.3.3 Jenis-Jenis Golongan Kata Kerja


Perkataan-perkataan golongan kata kerja bahasa Melayu terbahagi kepada
empat jenis, iaitu (i) kata kerja aktif transitif, (ii) kata kerja aktif tak transitif dan
(iii) kata kerja pasif.


(a) Kata kerja aktif transitif


Kata kerja aktif transitif adalah kata kerja yang boleh menerima objek tepat dan
objek tak tepat (sipi) dalam ayat aktif transitif yang predikatnya mengandungi
kata kerja. Dalam ayat transitif ini, kata kerjanya hendaklah menerima awalan
me-, sama ada sebagai awalan yang tersendiri atau sebagai sebahagian
daripada apitan me-…kan, me-…i, memper-…kan, memper-…i atau akhiran –i
dengan menduduki kedudukan kata kerja dalam rangkai kata predikat.
Contoh:
       i)    Samad membacakan ayahnya surat.
       ii) Pengarang itu menulis buku.

                                            63
BMM3109 MORFOLOGI BAHASA MELAYU


       iii) Aminah sedang mencuci pakaian.
       iv) Ibu sedang menggoreng ikan di dapur.


(b) Kata kerja aktif tak transitif


Kata kerja tak transitif adalah kata kerja yang tidak boleh menerima objek dalam
ayat-ayat yang predikatnya mengandungi kata kerja. Kata kerja aktif tak transitif
boleh dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu kumpulan kata kerja yang tidak
menerima sebarang imbuhan seperti perkataan-perkataan tidur, duduk, jatuh,
datang dan pergi dan kumpulan yang menerima salah satu daripada imbuhan-
imbuhan : me-, ber-, ber-…an dan ter seperti perkataan menangis, berkereta,
terjatuh, dan bersendirian.
Contoh :


       i)     Pegawai itu berkereta ke pejabat.
       ii)    Pelajar-pelajar itu pergi ke Pulau Besar semalam.
       iii)   Anak Pak Mat menangis di dalam bilik.
       iv)    Gadis itu tersenyum.
       v)     Padi sedang menguning.
       vi)    Pemuda itu sedang berbual.


(c) Kata kerja pasif


Kata kerja pasif ialah kata kerja untuk ayat pasif sebagai lawan ayat aktif
transitif. Terdapat tiga jenis kata kerja pasif, iaitu
       (i)    Kata kerja pasif berawalan ber- seperti berasah, berlipat, bertulis
              dan sebagainya.
       (ii)   Kata kerja pasif berawalan ter- seperti terangkat, terbunuh, tercapai
              dan sebagainya.
       (iii) Kata kerja pasif ke …..an seperti kecurian, kedinginan, kehujanan
              dan sebagainya.

                                           64
BMM3109 MORFOLOGI BAHASA MELAYU




                                                AKTIVITI



1.Secara berpasangan, kenal pasti kata nama am, kata nama khas dan kata

 ganti nama berdasarkan senarai perkataan yang berikut:



                Tugu Negara               Dia

                Cangkul                  Cantik

                Sepet                     Hospital

                Siti                      Mereka

                Meja                         Kuala Lumpur

                Sedih                     Komputer

                Kamu                      Tun Ali



2. Secara berkumpulan (tiga hingga empat orang), pilih satu petikan akhbar

  yang sesuai dan jalankan aktiviti berikut:

      i. Kenal pasti jenis-jenis kata kerja yang terdapat dalam petikan tersebut.

      ii.Bina ayat yang tepat berdasarkan kata kerja tersebut.




                                               LATIHAN

                                        65
BMM3109 MORFOLOGI BAHASA MELAYU




Isi tempat kosong di bawah ini dengan jawapan yang tepat tentang golongan
kata nama dan kata kerja.

i.    Kata nama ialah kata yang digunakan untuk nama_______, nama______

      nama _____dan nama_______.

ii.   _______ialah kata yang merujuk khusus kepada nama orang, haiwan,
      benda, perbadanan dan sebagainya serta dieja dengan huruf beasr.

iii. Kata nama khas dibahagikan kepada dua, iaitu nama khas ________dan

      nama khas_______ ___________.

iv. Kata ganti nama ialah kata yang menggantikan _____ ______.

v.    Kata kerja ialah perkataan yang menunjukkan ____________

vi. Kata kerja dibahagikan kepada dua kumpulan, iaitu kata kerja ________dan
      kata kerja ____ ____________.




                                         BAHAN BACAAN



Abdullah Hassan. (1980). Linguistik Am untuk Guru Bahasa Malaysia. Petaling
        Jaya: Penerbit Fajar Bakti.
Abdullah Hassan (penyunting) (1983). Rencana Linguistik.       Kuala Lumpur:
        Dewan Bahasa dan Pustaka.
Abdullah Hassan. (2006). Morfologi:Siri Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa
        Melayu. Petaling Jaya:Penerbit Fajar Bakti.
Ali Mahmood et.al. (2007). Modul Pembelajaran Morfo Sintaksis Bahasa
        Melayu:Kuala Lumpur:Open University Malaysia.



                                        66
BMM3109 MORFOLOGI BAHASA MELAYU


Ali Mahmood et.al. (2010). Modul Morfologi dan Sintaksis Bahasa Melayu:Kuala
      Lumpur:Open University Malaysia
Nik Safiah Karim et.al (1996; 2006). Tatabahasa Dewan. Kuala Lumpur:Dewan
     Bahasa dan Pustaka
Raminah Hj.Sabran dan Rahim Syam. (1985). Kajian Bahasa untuk Pelatih
     Maktab Perguruan:Penerbit Fajar Bakti.




                                    67
BMM3109 MORFOLOGI BAHASA MELAYU


 TAJUK 6 GOLONGAN KATA BAHASA MELAYU


SINOPSIS

Tajuk ini akan membolehkan anda mengetahui perkara-perkara berikut:


   •   Konsep golongan kata adjektif dan kata tugas Bahasa Melayu;
   •   Ciri-ciri golongan kata adjektif dan kata tugas Bahasa Melayu;
   •   Jenis-jenis golongan kata adjektif dan kata tugas Bahasa Melayu


       Untuk pengetahuan anda, kata adjektif ialah kata yang menerangkan sifat

atau keadaan sesuatu benda atau kata nama. Oleh itu, kata adjektif boleh berdiri

sendiri sebagai frasa adjektif untuk memenuhi tugas predikat sesuatu ayat.

Sehubungan itu, kata adjektif boleh disertai oleh kata keterangan amat, sungguh

dan sangat.




       Kata tugas pula hadir dalam ayat, klausa, atau frasa untuk mendukung

sesuatu tugas sintaksis tertentu sama ada sebagai penghubung, penerang,

penentu, penguat, pendepan, pembantu, penegas, penafi, pembenar, pemeri

dan tugas-tugas lain.


HASIL PEMBELAJARAN

Pada akhir unit ini, anda seharusnya dapat:


       1. menghuraikan konsep golongan kata adjektif dan kata tugas Bahasa

                                       68
BMM3109 MORFOLOGI BAHASA MELAYU


          Melayu;
      2. mengklasifikasikan ciri-ciri golongan kata adjektif dan kata tugas
          Bahasa Melayu;
      3. mencerakinkan golongan kata adjektif dan kata tugas Bahasa Melayu


KERANGKA TAJUK-TAJUK




                               Golongan Kata Bahasa
                                      Melayu




                                                          Jenis-jenis golongan
    Konsep golongan kata       Ciri-ciri golongan kata    kata adjektif dan kata
    adjektif dan kata tugas    adjektif dan kata tugas    tugas Bahasa Melayu
        Bahasa Melayu              Bahasa Melayu




6.0 KANDUNGAN ISI


Untuk pengetahuan anda, kandungan isi untuk topik ini meliputi huraian tentang
konsep golongan kata adjektif dan kata tugas Bahasa Melayu, seperti yang
dikemukakan khususnya berdasarkan pendapat Nik Safiah Karim et.al (1996,
2006) dan ahli-ahli bahasa yang lain. Perbincangan selanjutnya pula ditumpukan
kepada ciri-ciri dan jenis-jenis golongan kata adjektif dan kata tugas Bahasa
Melayu.


6.1 Konsep dan Ciri-Ciri Golongan Kata Adjektif


Tahukah anda bahawa kata adjektif yang juga dikenali sebagai kata sifat
merupakan perkataan yang menjadi unsur inti dalam binaan frasa adjektif?.

                                       69
BMM3109 MORFOLOGI BAHASA MELAYU


Frasa adjektif pula boleh terdiri daripada satu atau beberapa perkataan yang
mengandungi kata adjektif dan unsur lain seperti kata bantu atau kata penguat.
Ayat yang mempunyai kata adjektif adalah seperti contoh yang berikut:


                        Ahmad sangat pandai bermain muzik.
                        Pemuda itu baik sungguh.
                        Buah cempedak itu enak sekali.




6.2 Jenis-Jenis Golongan Kata Adjektif

Anda tentu telah mengetahui bahawa kata adjektif yang juga dikenali sebagai
kata sifat merupakan perkataan yang menjadi unsur inti dalam frasa adjektif
seperti      manis   sekali,   sudah      lama     sungguh,      masih     lebat    lagi.
Kata dalam golongan kata adjektif menerangkan keadaan atau sifat sesuatu
nama atau frasa nama. Kata adjektif mudah dikenali jika kata berkenaan
didahului oleh kata penguat seperti amat, sangat, sungguh, sekali, paling, agak,
benar. Kata adjektif boleh terbentuk berdasarkan kata itu sendiri atau terbentuk
secara menerima imbuhan; sama ada imbuhan awalan, apitan, atau sisipan (Ali
Mahmood et.al. 2007)

          Menurut Nik Safiah Karim et.al. (2006) kata adjektif terbahagi kepada
sekurang-kurangnya sembilan jenis, iaitu (i) kata adjektif sifatan atau keadaan;
(ii) kata adjektif warna; (iii) kata adjektif ukuran; (iv) kata adjektif bentuk; (v) kata
adjektif waktu; (vi) kata adjektif jarak; (vii) kata adjektif cara; (viii) kata adjektif
perasaan; dan (ix) kata adjektif pancaindera


       Kata adjektif sifatan atau keadaan ialah perkataan yang digunakan bagi
menerangkan sifat atau keadaan sebagai unsur keterangan kepada kata nama,
seperti contoh berikut:

                      kuat           pintar         nakal


                                           70
BMM3109 MORFOLOGI BAHASA MELAYU


                     keras           lemah         sihat
                     bijak           cergas        jahat


      Contoh ayat:    i. Budak nakal selalu kena marah
                      ii. Dia lemah dalam matematik
                      iii. Kubu pertahanan pemberontak itu amat kuat.
                      iv. Anak Pak Kamar bijak sekali.
                      v. Peserta itu berdiri dengan cergas.


      Kata adjektif warna sebagai unsur keterangan kepada kata nama ialah
perkataan yang memberi pengertian warna, seperti contoh berikut:


                      jingga         perang        hitam
                      putih          biru          kelabu


      Contoh ayat:     i.      Adik suka pakai baju hijau.
                       ii.     Pakaian pelajar sekolah berwarna putih.
                       iii.    Baju kesukaan saya berwarna kuning.
                       iv. Kereta merah itu kepunyaan abang.
                       v.      Dia memiliki mata berwarna biru.


      Kata adjektif ukuran sebagai unsur keterangan kepada kata nama ialah
perkataan yang memberi pengertian ukuran, seperti contoh yang berikut:


                      tebal          gemuk         panjang
                      nipis          kurus         pendek
                      tinggi         rendah        kecil


      Contoh ayat:     i.      Buku tebal itu sudah saya baca.
                       ii.     Anaknya masih kecil lagi.
                       iii.    Badannya semakin kurus.

                                            71
BMM3109 MORFOLOGI BAHASA MELAYU


                      iv. Kertas nipis itu tidak boleh digunakan lagi.
                          v. Pokok itu semakin hari semakin tinggi.


      Kata adjektif bentuk sebagai unsur keterangan kepada kata nama ialah
perkataan yang memberi maksud rupa bentuk, seperti contoh berikut:


                     lurus           bulat             bujur
                     bengkok         leper             bundar
                     lonjong         buncit            tajam
      Contoh ayat:        i.   Jalan lurus mudah dilalui.
                          ii. Bentuk buah kelapa itu lonjong.
                          iii. Mukanya bujur sirih.
                          iv. Pinggan leper itu untuk pinggan makan.
                           v. Matanya tajam memandang ke hadapan


      Kata adjektif waktu sebagai unsur keterangan kepada kata nama ialah
perkataan yang memberi pengertian konsep masa, seperti contoh yang berikut:


                     kerap                    awal             sering
                     jarang                   lewat            silam
                     baharu                   dahulu           lampau


      Contoh ayat:   i.        Kedatangannya lewat hari ini.
                     ii.       Dia berada di kampus sehari suntuk.
                     iii.      Kenangan silam sukar dilupakan.
                     iv.       Nenek masih menyimpan barang-barang lama.
                     v.        Cikgu menasihatkan kami supaya datang awal


      Kata adjektif jarak sebagai unsur keterangan kepada kata nama ialah
perkataan yang memberi makna konsep ruang seperti contoh yang berikut:



                                             72
BMM3109 MORFOLOGI BAHASA MELAYU


                       nyaris         dekat
                       hampir         jauh


      Contoh ayat:     i.      Rumahnya tidak jauh dari Pejabat Pos.
                       ii.     Universiti itu dekat dengan lebuhraya.
                       iii.    Dia berdiri hampir dengan kereta saya.


      Kata adjektif cara sebagai unsur keterangan kepada kata nama ialah
perkataan yang memberi pengertian keadaan kelakuan atau ragam, seperti
contoh yang berikut:


                       pantas         deras         ligat
                       lambat         gopoh         perlahan
                       laju           cermat        cepat


      Contoh ayat:     i.      Kereta itu dipandu dengan laju.
                       ii.     Siapa cepat dia dapat.
                       iii.    Gasing itu berpusing ligat.
                       iv.     Arus sungai itu sangat deras.
                       v.      Dia cermat apabila berbelanja.


      Kata adjektif perasaan ialah perkataan yang digunakan sebagai unsur
keterangan kepada kata nama yang memberi pengertian atau konsep perasaan,
seperti contoh yang berikut:


                       kasih          takut         malu
                       sayang         hendak        geram
                       cinta          rindu         marah


      Contoh ayat:     i.      Dia masih marah kepada saya.
                       ii.     Nenek itu terlalu kasih akan cucunya.

                                              73
BMM3109 MORFOLOGI BAHASA MELAYU


                      iii.   Mereka amat rindu akan kampung halaman.
                      iv.    Kanak-kanak itu takut akan kucing.
                      v.     Pemuda itu masih malu untuk bersuara


      Kata adjektif pancaindera sebagai unsur keterangan kepada kata nama
ialah perkataan yang membawa konsep sentuh, dengar, pandang, bau, dan rasa
seperti contoh yang berikut:
     ♣    Indera sentuh


                     lembik         kasar          licin
                     halus          kesat          keras


                     i.      Lantai itu licin kerana baru dicuci.
                     ii.     Kulit mukanya sangat halus.
                     iii.    Kain yang kesat itu ialah kain lap.
                     iv.     Buku itu berkulit keras.
                     v.      Dawai kasar itu untuk dibuat ampaian.


     ♣    Indera dengar


                     nyaring        lembut         mersik
                     merdu          garau          serak


                     i.      Suaranya merdu bagai buluh perindu.
                     ii.     Teriakannya nyaring sungguh.
                    iii.     Kebanyakan lelaki bersuara garau.
                     iv.     Saya suka mendengar suaranya yang lembut.
                     v.      Alunan musik itu mersik.


     ♣    Indera pandang



                                            74
BMM3109 MORFOLOGI BAHASA MELAYU


                 comel         hodoh          molek
                 cantik        buruk          segak


                 i.     Pemuda segak itu guru saya.
                 ii.    Kakaknya suka berpakaian cantik.
                 iii.   Rumah buruk itu tidak berpenghuni.
                 iv.    Dia ingin mengahwini pemuda tampan.
                 vi.    Pakaian pengantin itu molek sungguh.


♣   Indera bau


                 wangi         hanyir         harum
                 busuk         hancing        tengik


                 i.     Bunga ros itu harum baunya.
                 ii.    Bangkai ikan itu menyebabkan bau hanyir.
              iii.      Nasi tengik itu tidak boleh dimakan.
             iv.        Setiap hari dia memakai minyak wangi.
                 v.     Bau busuk itu datangnya dari lori sampah.


♣   Indera rasa


                 manis         kelat          masam
                 masin         payau          lazat


                  i.    Setiap hari kita minum air tawar.
                 ii.    Semua orang suka makanan lazat.
                 iii.   Buah limau masam rasanya.
                 iv.    Saya tidak suka minum ubat pahit.
                  v.    Kuih tradisional itu terlalu manis.



                                       75
09 bahan-bacaan
09 bahan-bacaan
09 bahan-bacaan
09 bahan-bacaan
09 bahan-bacaan
09 bahan-bacaan
09 bahan-bacaan

Contenu connexe

Tendances

Penggunaan abjad
Penggunaan abjadPenggunaan abjad
Penggunaan abjadfiro HAR
 
BM THN 2 KATA DASAR.pptx
BM THN 2 KATA DASAR.pptxBM THN 2 KATA DASAR.pptx
BM THN 2 KATA DASAR.pptxCheJamil
 
Model Prinsip Kerjasama Grice
Model Prinsip Kerjasama GriceModel Prinsip Kerjasama Grice
Model Prinsip Kerjasama GriceSiti Mardiah
 
SEJARAH DAN PERKEMBANGAN SISTEM EJAAN RUMI BAHASA MELAYU
SEJARAH DAN PERKEMBANGAN SISTEM EJAAN RUMI BAHASA MELAYUSEJARAH DAN PERKEMBANGAN SISTEM EJAAN RUMI BAHASA MELAYU
SEJARAH DAN PERKEMBANGAN SISTEM EJAAN RUMI BAHASA MELAYUIzzah Zahh
 
Pengajaran kemahiran-bahasa-melayu-bmm-3104
Pengajaran kemahiran-bahasa-melayu-bmm-3104Pengajaran kemahiran-bahasa-melayu-bmm-3104
Pengajaran kemahiran-bahasa-melayu-bmm-3104Pensil Dan Pemadam
 
MPU 1212 (Bab 3: INTONASI)
MPU 1212 (Bab 3: INTONASI)MPU 1212 (Bab 3: INTONASI)
MPU 1212 (Bab 3: INTONASI)Zulhana Zulkifle
 
SEJARAH PERKEMBANGAN BM, PERKAMUSAN & TERJEMAHAN
SEJARAH PERKEMBANGAN BM, PERKAMUSAN & TERJEMAHANSEJARAH PERKEMBANGAN BM, PERKAMUSAN & TERJEMAHAN
SEJARAH PERKEMBANGAN BM, PERKAMUSAN & TERJEMAHANFarah Elriani
 
03 kemahiran mendengar dan bertutur
03    kemahiran mendengar dan bertutur03    kemahiran mendengar dan bertutur
03 kemahiran mendengar dan bertuturNsha Shari
 
Rancangan pengajaran harian bahasa melayu tingkatan 2
Rancangan pengajaran harian bahasa melayu tingkatan 2 Rancangan pengajaran harian bahasa melayu tingkatan 2
Rancangan pengajaran harian bahasa melayu tingkatan 2 shikinabdaziz
 
Konsep tatabahasa secara umum
Konsep tatabahasa secara umumKonsep tatabahasa secara umum
Konsep tatabahasa secara umumJaf Hussin
 
Mofologi BAHASA MELAYU
Mofologi BAHASA MELAYUMofologi BAHASA MELAYU
Mofologi BAHASA MELAYU@f!Q@H @F!N@
 

Tendances (20)

Penggunaan abjad
Penggunaan abjadPenggunaan abjad
Penggunaan abjad
 
Semantik
SemantikSemantik
Semantik
 
BM THN 2 KATA DASAR.pptx
BM THN 2 KATA DASAR.pptxBM THN 2 KATA DASAR.pptx
BM THN 2 KATA DASAR.pptx
 
Rujukan
RujukanRujukan
Rujukan
 
Penulisan Mekanis
Penulisan MekanisPenulisan Mekanis
Penulisan Mekanis
 
Model Prinsip Kerjasama Grice
Model Prinsip Kerjasama GriceModel Prinsip Kerjasama Grice
Model Prinsip Kerjasama Grice
 
Bacaan ekstensif
Bacaan ekstensifBacaan ekstensif
Bacaan ekstensif
 
Teori Nahu Tradisional
Teori Nahu TradisionalTeori Nahu Tradisional
Teori Nahu Tradisional
 
SEJARAH DAN PERKEMBANGAN SISTEM EJAAN RUMI BAHASA MELAYU
SEJARAH DAN PERKEMBANGAN SISTEM EJAAN RUMI BAHASA MELAYUSEJARAH DAN PERKEMBANGAN SISTEM EJAAN RUMI BAHASA MELAYU
SEJARAH DAN PERKEMBANGAN SISTEM EJAAN RUMI BAHASA MELAYU
 
Pengajaran kemahiran-bahasa-melayu-bmm-3104
Pengajaran kemahiran-bahasa-melayu-bmm-3104Pengajaran kemahiran-bahasa-melayu-bmm-3104
Pengajaran kemahiran-bahasa-melayu-bmm-3104
 
MPU 1212 (Bab 3: INTONASI)
MPU 1212 (Bab 3: INTONASI)MPU 1212 (Bab 3: INTONASI)
MPU 1212 (Bab 3: INTONASI)
 
SEJARAH PERKEMBANGAN BM, PERKAMUSAN & TERJEMAHAN
SEJARAH PERKEMBANGAN BM, PERKAMUSAN & TERJEMAHANSEJARAH PERKEMBANGAN BM, PERKAMUSAN & TERJEMAHAN
SEJARAH PERKEMBANGAN BM, PERKAMUSAN & TERJEMAHAN
 
03 kemahiran mendengar dan bertutur
03    kemahiran mendengar dan bertutur03    kemahiran mendengar dan bertutur
03 kemahiran mendengar dan bertutur
 
Rancangan pengajaran harian bahasa melayu tingkatan 2
Rancangan pengajaran harian bahasa melayu tingkatan 2 Rancangan pengajaran harian bahasa melayu tingkatan 2
Rancangan pengajaran harian bahasa melayu tingkatan 2
 
ASSIGNMENT MORFOLOGI
ASSIGNMENT MORFOLOGIASSIGNMENT MORFOLOGI
ASSIGNMENT MORFOLOGI
 
Semantik Topik 7
Semantik Topik 7Semantik Topik 7
Semantik Topik 7
 
Teori Atqakum
Teori AtqakumTeori Atqakum
Teori Atqakum
 
Ameliorasi
AmeliorasiAmeliorasi
Ameliorasi
 
Konsep tatabahasa secara umum
Konsep tatabahasa secara umumKonsep tatabahasa secara umum
Konsep tatabahasa secara umum
 
Mofologi BAHASA MELAYU
Mofologi BAHASA MELAYUMofologi BAHASA MELAYU
Mofologi BAHASA MELAYU
 

En vedette (20)

tugasan morfologi
tugasan morfologi  tugasan morfologi
tugasan morfologi
 
Sistem dokumentasi_Sistem APA
Sistem dokumentasi_Sistem APASistem dokumentasi_Sistem APA
Sistem dokumentasi_Sistem APA
 
Tatabahasa 2
Tatabahasa 2Tatabahasa 2
Tatabahasa 2
 
Kata ganda penuh
Kata ganda penuhKata ganda penuh
Kata ganda penuh
 
Latihan bahasa
Latihan bahasaLatihan bahasa
Latihan bahasa
 
bm imbuhan awalan
bm imbuhan awalanbm imbuhan awalan
bm imbuhan awalan
 
Sintaksis
SintaksisSintaksis
Sintaksis
 
Tatabahasa
TatabahasaTatabahasa
Tatabahasa
 
Kata Adjektif / Adjectives
Kata Adjektif / AdjectivesKata Adjektif / Adjectives
Kata Adjektif / Adjectives
 
KATA DASAR
KATA DASARKATA DASAR
KATA DASAR
 
Morfologi
MorfologiMorfologi
Morfologi
 
Kata Ganda Final
Kata Ganda FinalKata Ganda Final
Kata Ganda Final
 
Latihan kata majmuk
Latihan  kata majmukLatihan  kata majmuk
Latihan kata majmuk
 
28437185 soalan-bm-bahasa-melayu-penulisan-tahun-3-130319081321-phpapp01
28437185 soalan-bm-bahasa-melayu-penulisan-tahun-3-130319081321-phpapp0128437185 soalan-bm-bahasa-melayu-penulisan-tahun-3-130319081321-phpapp01
28437185 soalan-bm-bahasa-melayu-penulisan-tahun-3-130319081321-phpapp01
 
Golongan kata(kata tugas)
Golongan kata(kata tugas)Golongan kata(kata tugas)
Golongan kata(kata tugas)
 
Kata Ganda
Kata GandaKata Ganda
Kata Ganda
 
38803455 bahasa-melayu-nota
38803455 bahasa-melayu-nota38803455 bahasa-melayu-nota
38803455 bahasa-melayu-nota
 
Berikan imbuhan yang sesuai bagi perkataan dalam kurungan
Berikan imbuhan yang sesuai bagi perkataan dalam kurunganBerikan imbuhan yang sesuai bagi perkataan dalam kurungan
Berikan imbuhan yang sesuai bagi perkataan dalam kurungan
 
Kata ganda
Kata gandaKata ganda
Kata ganda
 
Analisis ayat
Analisis ayatAnalisis ayat
Analisis ayat
 

Similaire à 09 bahan-bacaan

Pengantar Bahasa Melayu-Morfologi
Pengantar Bahasa Melayu-MorfologiPengantar Bahasa Melayu-Morfologi
Pengantar Bahasa Melayu-Morfologievhyunnie
 
Morforlogi (pembentukan kata)
Morforlogi (pembentukan kata)Morforlogi (pembentukan kata)
Morforlogi (pembentukan kata)Hazyzyizuan Hassa
 
Kerja lengkap - BM1
Kerja lengkap - BM1Kerja lengkap - BM1
Kerja lengkap - BM1FakhaiMD
 
Pengertian kata dalam bahasa arab dan bahasa melayu
Pengertian kata dalam bahasa arab dan bahasa melayuPengertian kata dalam bahasa arab dan bahasa melayu
Pengertian kata dalam bahasa arab dan bahasa melayuRama Danty
 
Latihan morfologi
Latihan morfologiLatihan morfologi
Latihan morfologihazariyah
 
Perbezaan antara morfem dan kata
Perbezaan antara morfem dan kataPerbezaan antara morfem dan kata
Perbezaan antara morfem dan kataShizuka Jijie (SBP)
 
Konsep morfologi bahasa melayu
Konsep morfologi bahasa melayuKonsep morfologi bahasa melayu
Konsep morfologi bahasa melayuRekha Mariappan
 
WEEK_4_-_TATABAHASA.pptx
WEEK_4_-_TATABAHASA.pptxWEEK_4_-_TATABAHASA.pptx
WEEK_4_-_TATABAHASA.pptxEwei Voon
 
Asgment bmm 3112
Asgment bmm 3112Asgment bmm 3112
Asgment bmm 3112noorabib
 
Morfologi dan sintaksis
Morfologi dan sintaksisMorfologi dan sintaksis
Morfologi dan sintaksismurni mohamat
 
720206125251 243616 final
720206125251 243616 final720206125251 243616 final
720206125251 243616 finalamryee
 
720206125251 243616 final
720206125251 243616 final720206125251 243616 final
720206125251 243616 finalamryee
 

Similaire à 09 bahan-bacaan (20)

Esemen full morfologi (1)
Esemen full morfologi (1)Esemen full morfologi (1)
Esemen full morfologi (1)
 
Bahan assg bm sept 2012
Bahan assg bm sept 2012Bahan assg bm sept 2012
Bahan assg bm sept 2012
 
Pengantar Bahasa Melayu-Morfologi
Pengantar Bahasa Melayu-MorfologiPengantar Bahasa Melayu-Morfologi
Pengantar Bahasa Melayu-Morfologi
 
Morforlogi (pembentukan kata)
Morforlogi (pembentukan kata)Morforlogi (pembentukan kata)
Morforlogi (pembentukan kata)
 
Morfologi
MorfologiMorfologi
Morfologi
 
Kerja lengkap - BM1
Kerja lengkap - BM1Kerja lengkap - BM1
Kerja lengkap - BM1
 
Pengertian kata dalam bahasa arab dan bahasa melayu
Pengertian kata dalam bahasa arab dan bahasa melayuPengertian kata dalam bahasa arab dan bahasa melayu
Pengertian kata dalam bahasa arab dan bahasa melayu
 
Latihan morfologi
Latihan morfologiLatihan morfologi
Latihan morfologi
 
Perbezaan antara morfem dan kata
Perbezaan antara morfem dan kataPerbezaan antara morfem dan kata
Perbezaan antara morfem dan kata
 
Morfologi bahasa melayu
Morfologi bahasa melayuMorfologi bahasa melayu
Morfologi bahasa melayu
 
BAB 5 - MORFOLOGI
BAB 5 - MORFOLOGIBAB 5 - MORFOLOGI
BAB 5 - MORFOLOGI
 
Konsep morfologi bahasa melayu
Konsep morfologi bahasa melayuKonsep morfologi bahasa melayu
Konsep morfologi bahasa melayu
 
Frasa klausa ayat
Frasa klausa ayatFrasa klausa ayat
Frasa klausa ayat
 
WEEK_4_-_TATABAHASA.pptx
WEEK_4_-_TATABAHASA.pptxWEEK_4_-_TATABAHASA.pptx
WEEK_4_-_TATABAHASA.pptx
 
Atrikulasi hidung
Atrikulasi hidungAtrikulasi hidung
Atrikulasi hidung
 
Akronim
AkronimAkronim
Akronim
 
Asgment bmm 3112
Asgment bmm 3112Asgment bmm 3112
Asgment bmm 3112
 
Morfologi dan sintaksis
Morfologi dan sintaksisMorfologi dan sintaksis
Morfologi dan sintaksis
 
720206125251 243616 final
720206125251 243616 final720206125251 243616 final
720206125251 243616 final
 
720206125251 243616 final
720206125251 243616 final720206125251 243616 final
720206125251 243616 final
 

09 bahan-bacaan

  • 1. BMM3109 MORFOLOGI BAHASA MELAYU TAJUK 1 MORFOLOGI BAHASA MELAYU SINOPSIS Tajuk ini akan membolehkan anda mengetahui perkara-perkara berikut: • Konsep Morfologi • Bentuk kata Bahasa Melayu • Golongan kata Bahasa Melayu Nik Safiah Karim (1996) : Morfologi ialah satu bidang ilmu yang mengkaji bentuk perkataan, struktur kata dan penggolongan kata. Dengan struktur kata dimaksudkan susunan bentuk bunyi ujaran atau lambang (tulisan) yang menjadi unit tatabahasa yang bermakna. Bentuk kata pula ialah rupa unit tatabahasa, sama ada bentuk tunggal atau hasil daripada proses pengimbuhan, pemajmukan dan penggandaan. Penggolongan kata ialah proses menjeniskan perkataan berdasarkan keserupaan bentuk dan fungsi dengan anggota lain dalam kumpulan yang sama. Kesimpulannya, morfologi bahasa Melayu ialah bidang yang mengkaji struktur, bentuk dan penggolongan kata dalam bahasa Melayu. Abdullah Hassan (2006) : Morfologi ialah satu bidang ilmu yang mengkaji bentuk perkataan. Istilah ini dipinjam daripada biologi yang bermaksud kajian tentang bentuk tubuh haiwan dan tumbuhan. Konsep bentuk ini diterapkan kepada bentuk perkataan bahasa manusia. Raminah Hj. Sabran dan Rahim Syam (1985) : Morfologi ialah satu bidang dalam kajian bahasa yang mengkaji tentang perkataan dan cara-cara pembentukkannya. Unit-unit tatabahasa yang menjadi unsur perkataan disebut morfem. Morfem ialah unit yang terkecil dalam bahasa yang berfungsi gramatis 1
  • 2. BMM3109 MORFOLOGI BAHASA MELAYU atau yang menjalankan tugas nahu. Perkataan ialah bentuk bahasa yang terkecil juga tetapi mengandungi makna yang lengkap dan dapat berdiri sendiri. Perubahan Struktur Contoh : Kata beri – pemberian Perubahan Golongan Contoh : MORFOLOGI Kata cari – pencarian Contoh : Perubahan Maksud Kata – tupai-tupai tupai Rajah 1.1 : Huraian tentang morfologi mengikut Tatabahasa Bahasa Dewan Pembentukan Kata dalam bahasa Melayu mempunyai beberapa cara membentuk perkataannya. Ada bentuk perkataan yang bersifat tunggal, contohnya rumah, tinggal dan putih. Di samping itu terdapat perkataan yang dibentuk hasil daripada proses pengimbuhan, pemajmukan dan penggandaan. Contoh perkataan yang dibentuk secara pengimbuhan ialah meninggal dan meninggalkan. Contoh perkataan yang dibentuk secara pemajmukan ialah reka bentuk dan surat khabar. Manakala contoh perkataan yang dibentuk secara penggandaan ialah besar – besar dan baju – baju. Pengimbuhan Kata ialah proses yang menggandingkan imbuhan pada kata dasar untuk membentuk kata terbitan. Terdapat empat jenis imbuhan iaitu awalan, akhiran dan sisipan. Imbuhan – imbuhan ini apabila digandingkan dengan kata dasar membentuk kata terbitan daripada pelbagai golongan kata iaitu kata nama, kata kerja dan kata adjektif. 2
  • 3. BMM3109 MORFOLOGI BAHASA MELAYU Pemajmukan Kata ialah proses yang merangkaikan dua kata dasar atau lebih dan bentuk yang terhasil membawa makna tertentu. Kata majmuk dieja terpisah dan bertindak sebagai satu unit iaitu bentuknya tidak boleh menerima sebarang penyisipan unsur lain. Penggandaan Kata dalam bahasa Melayu ialah proses yang menggandakan kata dasar. Dalam proses demikian, kata dasar boleh mengalami penggandaan penuh atau penggandaan separa. Kata dasar juga boleh diandakan secara berentak, iaitu berdasarkan rentak bunyi tertentu. HASIL PEMBELAJARAN Pada akhir unit ini, anda seharusnya dapat: 1. menjelaskan konsep Imbuhan. 2. menjelaskan jenis-jenis Imbuhan. 3. menjelaskan konsep Pembentukan Kata dalam Bahasa Melayu KERANGKA TAJUK-TAJUK IMBUHAN Konsep Jenis-Jenis Konsep Imbuhan Imbuhan Pembentukan Kata Rajah 1.2 Kerangka Tajuk 3
  • 4. BMM3109 MORFOLOGI BAHASA MELAYU 1.0 KANDUNGAN ISI Kandungan isi untuk topik ini meliputi huraian tentang konsep menjelaskan konsep Imbuhan, menjelaskan jenis-jenis Imbuhan dan menjelaskan konsep Pembentukan Kata dalam Bahasa Melayu 1.1 Definisi Imbuhan Apakah yang dimaksudkan dengan imbuhan? Tatabahasa Dewan (2004) : Perkataan-perkataan dalam sesuatu bahasa boleh terdiri daripada bentuk dasar iaitu bentuk kata terkecil yang tidak menerima sebarang imbuhan atau bentuk terbitan, bentuk yang dihasilkan daripada proses memperluas bentuk dasar tadi melalui berbagai-bagai cara pembentukan kata. Imbuhan yang dimaksudkan ialah unit-unit bahasa tertentu yang ditambah pada bentuk-bentuk lain yang menyebabkan perubahan makna nahunya. Tercakup dalam imbuhan ialah bentuk-bentuk berikut : awalan, akhiran, sisipan, apitan, morfem kosong dan bentuk fleksi. Abdullah Hassan (2004) : Pengimbuhan ialah proses yang menggandingkan imbuhan pada kata dasar untuk membentuk kata terbitan. Terdapat empat jenis imbuhan, iaitu awalan, akhiran, apitan, dan sisipan. Imbuhan-imbuhan ini, apabila digandingkan dengan kata dasar membentuk kata terbitan daripada pelbaagai golongan, kata iaitu kata kerja, dan kata adjektif. Nik Safiah Karim dan rakan (1996) : Proses pembentukan kata dalam sesuatu bahasa merupakan proses penyusunan morfem menurut peraturan sistem morfologi bahasa itu. Dalam kebanyakan bahasa, proses pembentukan perkataan melibatkan pengimbuhan. 4
  • 5. BMM3109 MORFOLOGI BAHASA MELAYU Raminah Hj. Sabran dan Rahim Syam (1985) : Morfem yang tidak boleh berdiri dengan sendiri. Di dalam pemakaiannya, imbuhan mestilah dirangkaikan dengan perkataan. Proses pengimbuhan ialah satu proses membentuk perkataan dengan cara mengimbuhkan sesuatu perkataan dengan imbuhan- imbuhan tertentu supaya dengan demikian akan timbullah satu perkataan yang membawa konsep yang baharu. 1.2 Jenis-Jenis Imbuhan Imbuhan-imbuhan dalam bahasa Melayu dapat dibahagikan kepada dua unsur yang besar iaitu imbuhan-imbuhan yang asli dalam bahasa Melayu dan imbuhan-imbuhan yang dipinjam daripada bahasa asing. 1.2.1 Imbuhan-imbuhan asli dalam bahasa Melayu Imbuhan-imbuhan yang telah sedia ada dalam bahasa Melayu dapat dipecahkan pula kepada empat jenis iaitu awalan, akhiran, sisipan dan apitan. 5
  • 6. BMM3109 MORFOLOGI BAHASA MELAYU Awalan • Kata Nama • Kata Kerja • Kata Adjektif Akhiran • Kata Nama • Kata Kerja Apitan • Kata Nama • Kata Adjektif Bentuk- Bentuk Imbuhan Sisipan • Kata Nama • Kata Kerja • Kata Adjektif Morfem Tidak Wujud kosong dalam BM Fleksi Tidak Wujud dalam BM Rajah 1.3 : Bentuk-Bentuk Imbuhan Bahasa Melayu Mengikut Tatabahasa Bahasa Dewan 1.2.1.1 Awalan Imbuhan yang diletakkan di awal perkataan (sebelum kata dasar) dalam pemakaiannya. Misalnya ter-, ber-, me-, men-, mem-, meng-, meny, pe-, per-, di-, se-, ke-, dan lain-lain. Misalnya ber- dalam ber+jalan dan di- dalam di+ambil, 6
  • 7. BMM3109 MORFOLOGI BAHASA MELAYU 1.2.1.2 Akhiran Imbuhan yang ditambah pada bahagian belakang kata dasar (sesudah kata dasar) dalam pemakaian. Misalnya –kan dalam jalan+kan dan -i dalam akhir+i. 1.2.1.3 Apitan Imbuhan, yang hadir secara mengepit kata dasar, iaitu dua bahagian imbuhan hadir serentak di awal dan diakhir kata dasar, misalnya ke-.....-an dalam ke+cantik+an dan di-.....-i dalam di+ikut+i, 1.2.1.4 Sisipan Imbuhan yang hadir di celahan kata dasar. Sisipan terbahagi kepada empat iaitu er-, el-, em- dan in-. Misalnya –el- dalam t+el+unjuk, -in- dalam s+in+ambung,-er- dalam s+er+uling dan –em-, dalam g+em+uruh. 1.2.1.5 Morfem Kosong Tidak Wujud dalam bahasa Melayu. 1.2.1.5 Fleksi Tidak Wujud dalam bahasa Melayu. 7
  • 8. BMM3109 MORFOLOGI BAHASA MELAYU 1.2.2 Imbuhan-imbuhan Pinjaman dalam bahasa Melayu Umumnya, dapat dibahagikan unsur-unsur imbuhan asing ini kepada tiga kumpulan mengikut asal imbuhan-imbuhan tersebut. tiga kumpulan ini ialah : 1.2.2.1 Imbuhan Sanskrit Imbuhan yang berasal daripada bahasa Sanskrit ialah jenis imbuhan yang telah lama ke dalam sistem tatabahasa bahasa Melayu. Penggunaan imbuhan ini amat produktif dan telah menjadi sebati dengan perkataan-perkataan dasar dalam bahasa Melayu. Namun, terdapat dua jenis imbuhan pinjaman daripada bahasa Sanskrit iaitu awalan dan akhiran. Awalan Akhiran maha maharaja man seniman tata tatabahasa man budiman pra prakata wan angkawan swa swadaya wan jelitawan tuna tunabusana wati olahragawati eka ekabahasa wati seniwati dwi dwitahunan nita karyanita tri tribulan nita biduanita panca pancaindera 1.2.2.2 Imbuhan Arab Parsi 8
  • 9. BMM3109 MORFOLOGI BAHASA MELAYU Pengaruh bahasa Arab-Parsi terhadap bahasa Melayu bermula sejak kedatangan Islam ke alam Melayu kira-kira abad ke-13 masihi. Sebagai bahasa rasmi agama Islam, bahasa Arab telah mendapat tempat dalam kalangan orang Melayu dan ini memudahkan proses asimilasi unsur-unsur bahasa Arab ke dalam bahasa Melayu, terutamanya dari segi pengambilan bentuk-bentuk katanya. Namun demikian, terdapat dua jenis imbuhan pinjaman daripada bahasa Arab-Parsi iaitu awalan dan akhiran. Awalan Akhiran bi- biadap -wi duniawi bilazim -i abadi binormal -iah lahiriah -in hadirin munafikin -at hadirat munafikat -ah qariah solehah 1.2.2.3 Imbuhan Yunani – Latin - Inggeris Imbuhan asing yang paling banyak dibawa masuk ke dalam bahasa Melayu berasal daripada imbuhan bahasa Yunani – Latin – Inggeris. Tetapi umumnya tersebut tidak berfungsi sebagai imbuhan dalam bahasa Melayu kecuali beberapa imbuhan awalan seperti pro-,anti-, mono-, poli-, auto- dan supra-. Awalan Akhiran pro- probarat -isme sosialisme anti- antikerajaan -isme nasionalisme poli- poliklinik -ik prolifik auto- autograf -ik saintifik 9
  • 10. BMM3109 MORFOLOGI BAHASA MELAYU sub- subbidang -si sensasi supra- supranasional -si revolusi hetero- heterograf -al praktikal heksa- heksagon -al klinikal hidro- hidrolisis -is potensi homo- homogen -is praktis hiper- hiperbola kilo- kilometer makro- makrolinguistik infra- intrajabatan inter- intervokal 10
  • 11. BMM3109 MORFOLOGI BAHASA MELAYU Rajah 1.4 : Bentuk-Bentuk Imbuhan Pinjaman dalam Bahasa Melayu Mengikut Tatabahasa Bahasa Dewan 1.3 Proses Pembentukan Kata dalam Bahasa Melayu Dalam bahasa Melayu terdapat empat bentuk kata, iaitu kata tunggal, kata terbitan, kata majmuk, dan kata ganda. Kata tunggal tidak melibatkan apa-apa proses pembentukan, tetapi tiga bentuk kata lain melibatkan proses-proses tertentu. Proses-proses ini ialah pengimbuhan. pemajmukan, penggandaan dan akronim Proses Pembentukan Kata Pengimbuhan Pemajmukan Penggandaan Akronim Rajah 1.5 : Proses Pembentukan Kata dalam Bahasa Melayu Mengikut Tatabahasa Bahasa Dewan 11
  • 12. BMM3109 MORFOLOGI BAHASA MELAYU 1.3.1 Proses Pengimbuhan Proses pengimbuhan ialah proses yang menggandingkan imbuhan pada kata dasar untuk membentuk kata terbitan. Terdapat empat jenis imbuhan, iaitu awalan, akhiran, apitan, dan sisipan. Imbuhan-imbuhan ini, apabila digandingkan dengan kata dasar membentuk kata terbitan daripada pelbagai golongan kata iaitu kata kerja, dan kata adjektif. Berikut diperlihatkan beberapa contoh proses pengimbuhan. Imbuhan (Awalan) Kata dasar Kata terbitan Pem- bawa pembawa Memper- kuat memperkuat -isme nasional nasionalisme -i dekat dekati Peng-.....-an isytihar pengisytiharan Men-.....-i ikut mengikuti Ke-...-an sihat kesihatan Ber-....-an lari berlarian -er- gigi gerigi -em- gilang gemilang Proses pengimbuhan boleh berlaku pada pelbagai tahap. Pengimbuhan boleh berlaku pada sejumlah kecil kata akar, misalnya ber- + tapa ( bertapa ), ke- + tawa ( ketawa ) dan ke- + mudi ( kemudi ). Sebahagian besar proses pengimbuhan berlaku pada kata dasar, yang menghasilkan kata terbitan. Kata terbitan yang dihasilkan oleh proses pengimbuhan boleh menjadi kata dasar bagi proses pengimbuhan kali kedua. Daripada kata dasar karang, misalnya, dapat dilahirkan pengarang melalui imbuhan peN-. Pengarang pula dapat menerima apitan ke-...-an, menerbitkan kepengarangan. Berikut ialah beberapa contoh lain : 12
  • 13. BMM3109 MORFOLOGI BAHASA MELAYU 1.3.2 PROSES PEMAJMUKAN Kata Dasar Imbuhan Kata Terbitan libat terlibat keterlibatan lanjur terlanjur keterlanjuran balik terbalik menterbalikkan sambung sinambung kesinambungan Proses pemajmukan ialah proses yang merangkaikan dua kata dasar atau lebih dan bentuk yang terhasil membawa makna tertentu. Sebagai contoh, kerusi dan malas masing-masing mempunyai makna tersendiri, tetapi apabila dirangkaikan membentuk kata majmuk kerusi malas. Tidak dapat diselitkan apa- apa unsur antara dua kata dasar ini; maksudnya, dalam bahasa Melayu tidak terdapat ungkapan * kerusi yang malas atau * kerusi dan malas atau * kerusi untuk malas. 1.3.2.1Pengimbuhan Kata Majmuk Kata majmuk boleh menerima imbuhan seperti kata dasar lain. Cara pengimbuhan kata majmuk terdapat dalam dua bentuk, iaitu : 1.3.2.1.1 Apabila kata majmuk menerima awalan atau akhiran, ejaannya tetap terpisah. Contohnya : urus niaga - berurus niaga cari gali - mencari gali reka bentuk - direka bentuk daya serap - daya serapan 1.3.2.1.2 Apabila kata majmuk menerima apitan, ejaannya menjadi bercantum, Contohnya : 13
  • 14. BMM3109 MORFOLOGI BAHASA MELAYU lipat ganda - melipatgandakan surat khabar - persuratkhabaran urus niaga - diurusniagakan ibu bapa - keibubapaan 1.3.2.1 Penggandaan Kata Majmuk Kata majmuk boleh mengalami proses penggandaan. Penggandaan kata majmuk melibatkan penggandaan unsur pertama sahaja. Contohnya : rumah sakit - rumah-rumah sakit guru besar - guru-guru besar Raja Muda - Raja-raja Muda Timbalan Naib Canselor - Timbalan-timbalan Naib Canselor Satu kekecualian ialah penggandaan yang melibatkan perkataan yang telah mantap. Dalam hal ini, penggandaan berlaku kepada keseluruhan perkataan. Contohnya : setiausaha - setiausaha-setiausaha jawatankuasa - jawatankuasa-jawatankuasa tanggungjawab - tanggungjawab- tanggungjawab 1.3.3 PROSES PENGGANDAAN Proses penggandaan ialah proses yang mengulangi kata dasar, sama ada secara penuh, separa atau berentak iaitu berdasarkan rentak bunyi tertentu. Dengan kata lain, terdapat tiga jenis penggandaan, iaitu ; 1. Penggandaan penuh, 2. Penggandaan separa, dan 3. Penggandaan berentak. 14
  • 15. BMM3109 MORFOLOGI BAHASA MELAYU 1.3.3.1 Penggandaan penuh Penggandaan penuh ialah proses yang mengulangi seluruh kata dasar. Terdapat dua jenis penggandaan penuh, iaitu : • Yang melibatkan kata dasar yang tidak menerima apa-apa imbuhan. Contohnya : Sekolah • sekolah-sekolah makan • makan-makan besar • besar-besar baju • baju-baju • Yang melibatkan kata dasar yang menerima imbuhan. Contohnya : 1.3.3.2 Penggandaan separa Penggandaan separa ialah proses yang mengulangi sebahagian kata pelari • pelari-pelari perbualan • perbualan-perbualan kekasih • kekasih-kekasih kejadian • kejadian-kejadian dasar sahaja. Penggandaan separa berlaku pada dua jenis kata dasar, iaitu : • pada kata dasar tunggal dan lazimnya melibatkan pengulangan suku kata pertamanya serta letak pengulangan itu pada bahagian hadapan kata dasar. Vokal dalam bentuk gandaan ini mengalami 15
  • 16. BMM3109 MORFOLOGI BAHASA MELAYU proses pelemahan, menjadikannya vokal e pepet. Proses ini dapat digambarkan seperti yang berikut : jari jejari jejari siku sisiku sesiku sungut susungut sesungut pohon popohon pepohon laki lalaki lelaki • pada kata dasar yang berimbuhan. Penggandaan separa yang berlaku hanya mengulangi kata dasar dan tidak melibatkan imbuhan. Penggandaan ini berlaku pada kata kerja dan kata adjektif, dan boleh terletak di bahagian belakang kata dasar atau di bahagian hadapan kata dasar. Kata Dasar Berimbuhan Imbuhan tersenyum tersenyum-senyum bercakap bercakap-cakap setinggi setinggi-tinggi membantu bantu-membantu mencuit cuit-mencuit menari tari-menari mengejar kejar-mengejar 1.3.3.3 Penggandaan Berentak 16
  • 17. BMM3109 MORFOLOGI BAHASA MELAYU Penggandaan berentak ialah proses yang mengulangi kata dasar mengikut rentak bunyi tertentu dalam kata dasar itu. Dalam penggandaan berentak, seluruh kata dasar digandakan dan bunyi-bunyi tertentu diulang atau diubah. Berdasarkan perubahan dan pengulangan bunyi demikian, penggandaan berentak terbahagi kepada tiga jenis, iaitu : 1 Penggandaan Berentak Pengulangan Vokal 2 Penggandaan Berentak Pengulangan Konsonan 3 Penggandaan Berentak Bebas • Penggandaan Berentak Pengulangan Bebas Dalam penggandaan ini, bunyi yang diulang ialah vokal, iaitu yang mempunyai ciri-ciri keharmonian vokal, Contohnya : sayur - sayur-mayur ramah - ramah-tamah cerai - cerai-berai • Penggandaan Berentak Pengulangan Konsonan Dalam penggandaan ini, penggandaan berlaku pada persamaan bunyi-bunyi konsonan tertentu, Contohnya : kayu - kayu-kayan tanah - tanah-tanih simpang - simpang-siur Perhatian: Kata ganda mesti dieja dengan sempang. Salah, misalnya, jika ditulis *ipar duai. 1.3.4 KATA AKRONIM Mengikut Tatabahasa Dewan, turut tergolong ke dalam bentuk kata tunggal ialah kata akronim. Kata akronim ialah kata singkatan yang terbentuk 17
  • 18. BMM3109 MORFOLOGI BAHASA MELAYU dengan menggabungkan huruf awal suku kata atau gabungan huruf awal dan suku kata daripada satu rangkai kata dan ditulis serta dilafazkan sebagai kata yang wajar. Contohnya : ABIM - Angkatan Belia Islam Malaysia Bernama - Berita Nasional Malaysia Kugiran - kumpulan gitar rancak Cara Menulis Kata Akronim Terdapat tiga cara menulis kata akronim dalam bahasa Melayu, bergantung pada cara pembentukkannya. 1.3.4.1 Ditulis dengan huruf besar seluruhnya Akronim yang terbentuk daripada gabungan beberapa huruf awal rangkai kata yang disingkatkan, keseluruhannya ditulis dengan huruf besar, jika kata nama khas. Contohnya : ABIM - Angkatan Belia Islam Malaysia UMNO - United Malay National Organisation 1.3.4.2 Ditulis dengan huruf kecil seluruhnya Akronim yang terbentuk daripada gabungan huruf awal dan / atau suku kata ditulis dengan huruf kecil keseluruhannya, jika bukan kata nama khas. Contohnya : tabika - taman bimbingan kanak-kanak purata - pukul rata kugiran - kumpulan gitar rancak 1.3.4.2 Ditulis bermula dengan huruf besar 18
  • 19. BMM3109 MORFOLOGI BAHASA MELAYU Jika akronim yang terbentuk daripada gabungan huruf awal dan / atau suku katanya itu menjadi kata nama khas, kata akronim itu ditulis bermula dengan huruf besar. Contohnya : Bernama - Berita Nasional Malaysia Intan - Institut Tadbir Awam Negara Proton - Perusahaan Otomobil Nasional # Perhatian: Lazimnya kata akronim terbentuk untuk kata nama khas dan pembentukannya agak longgar serta tidakberdasarkan prinsip yang jelas. Oleh itu, proses pembentukan kata seperti ini tidak digalakan sebagai satu kaedah pembentukan kata bagi membentuk perkataan baharu atau kata istilah dalam bahasa Melayu. 1. Secara individu anda dikehendaki melayari internet untuk mendapat bahan tentang definisi morfologi bahasa Melayu. 2. Selain itu, anda juga dikehendaki mengumpul maklumat tentang Proses Pembentukan Kata dalam Bahasa Melayu. BACAAN TAMBAHAN Nik Safiah dan rakan-rakan. (2006). Tatabahasa Dewan Edisi Baharu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Abdullah Hassan. (2006). Morfologi Bahasa Melayu. Kuala Lumpur : PTS Profesional. Raminah Hj. Sabran dan Rahim Sham. (1985). Kajian Bahasa Untuk Pelatih Maktab Perguruan. Petaling Jaya: Fajar Bakti Sdn Bhd. 19
  • 20. BMM3109 MORFOLOGI BAHASA MELAYU TAJUK 2 PERKATAAN DAN BENTUK PERKATAAN BAHASA MELAYU SINOPSIS Tajuk ini membincangkan kata dan bentuk tunggal, kata terbitan, kata majmuk dan kata majmuk. Selain itu, tumpuan juga diberi untuk mengenal pasti golongan kata tunggal dan kata terbitan. HASIL PEMBELAJARAN (i) Mengenal pasti Kata Tunggal dan Bentuk Kata Tunggal (ii) Mengenal pasti Kata Tunggal dan Bentuk Kata Terbitan (iii) Mengenal pasti Kata Majmuk dan Bentuk Kata Majmuk (iv) Mengenal pasti Kata Ganda dan Bentuk Kata Ganda (v) Mengenal pasti Golongan Kata Tunggal (vi) Mengenal pasti Golongan Kata Terbitan KERANGKA TAJUK-TAJUK BENTUK KATA BENTUK KATA BENTUK KATA GOLONGAN KATA TUNGGAL DAN MAJMUK DAN KATA TUNGGAL DAN TERBITAN GANDA TERBITAN Rajah 2.1: Kerangka Tajuk 1 20
  • 21. BMM3109 MORFOLOGI BAHASA MELAYU 2.0 KANDUNGAN ISI Kandungan isi untuk topik ini meliputi huraian tentang mengenal pasti kata tunggal dan bentuk kata tunggal, mengenal pasti kata tunggal dan bentuk kata terbitan, mengenal pasti kata majmuk dan bentuk kata majmuk, mengenal pasti kata ganda dan bentuk kata ganda, mengenal pasti golongan kata tunggal dan mengenal pasti golongan kata terbitan. 2.1 Kata Tunggal dan Bentuk Kata Tunggal Kata Tunggal ialah kata yang tidak mengalami proses pengimbuhan, pemajmukan dan penggandaan. Dalam bahasa Melayu, kata tunggal boleh terdiri hanya satu suku kata atau mempunyai lebih daripada satu suku kata. Contohnya : Kata Tunggal Satu Suku Kata had, am, rak, cam, wang, bom,cas, das, cat, dram, teks, zink, golf, skrip, trak, skru Kata Tungga Dua Suku Kata dia, suka, akan, asal, bulat, meja, jauh, dekat, sini, sana Kata Tunggal Tiga Suku Kata bahaya, cahaya, gembira, berita, almari, laksana, isyarat Kata Tunggal Empat Suku universiti, sayembara, mahasiswa, Kata dan lebih cenderamata, personifikasi Kata Tunggal - Akronim ABIM, UMNO, ADUN, MAS. (Gabungan Huruf Awal) Kata Tunggal - Akronim cerpen, purata, tadika, taska, cereka (Gabungan Suku Kata) Kata Tunggal - Akronim Intan (Institut Tadbiran Awam Negara) (Gabungan Huruf Awal dan/ Mara (Majlis Amanah Rakyat) Suku Kata - Nama Khas) Pernas (Perbadanan Nasional) 21
  • 22. BMM3109 MORFOLOGI BAHASA MELAYU 2.2 Kata Terbitan dan Bentuk Kata Terbitan Kata terbitan ialah kata yang terhail daripada proses pengimbuhan iaitu proses mengandingkan imbuhan pada kata dasar.imbuhan itu pula terdiri daripada kata nama, kata kerja dan lain-lain. Contoh bentuk imbuhan adalah seperti di bawah yang merangkumi awalan, akhiran, sisipan dan apitan. Kata Terbitan Berawalan peN-, pel-, per-, ke-, juru, maha, tata-, pra-, (Awalan Kata Nama) sub-, eka-, dwi-,anti, infra-, ko-, makro-, mikro-, pro-, semi-, tele- Kata Terbitan Berawalan meN-, memper-, ber- bel-, ter-, di-, diper- (Awalan Kata Kerja) Kata Terbitan Berawalan ter-, se-, te- (Awalan Kata Adjektif) Kata Terbitan Berakhiran -an, -wan, -man, -wati, -isme, -in, -at, -ah, (Akhiran Kata Nama) -ita, -is, - Kata Terbitan Berakhiran -kan, - (Akhiran Kata Kerja) Kata Terbitan Berapitan peN-, -an, per-, -an, pel-…-an, ke-…-an (Apitan Kata Nama) Kata Terbitan Berapitan meN-…-kan, ber-…-kan, ber-…, -an, di-…- (Apitan Kata Kerja) kan, meN-…- , di-…- , diper-…-kan, diper--, memper-…-kan, memper-…- Kata Terbitan Berapitan ke-…-an (Apitan Kata Adjektif) Kata Terbitan Bersisipan -el-, -em- (Sisipan Kata Nama) Kata Terbitan Bersisipan -el-, -er-, -em-, -in- (Sisipan Kata Adjektif) 22
  • 23. BMM3109 MORFOLOGI BAHASA MELAYU LATIHAN : Dengan merujuk setiap bentuk imbuhan di atas, kenal pasti contoh- contoh kata terbitan dan senaraikan dalam lajur yang berasingan 2.3 Kata Kata Majmuk dan Bentuk Kata Majmuk Kata Majmuk ialah kata yang terbentuk dengan merangkaikan kata dasar atau lebih dan membawa makna yang tertentu (baharu). Kata majmuk bertindak sebagai satu unit dan kebanyakkannya dieja terpisah. Contohnya seperti di bawah. Kata Majmuk Bebas bandar raya, lebuh raya, terima kasih, tengah hari, kereta lembu, Ketua Menteri, Perdana Menteri, Naib Canselor, Duta Besar Kata Majmuk Istilah Khusus model linear, garis pusat, lut sinar, cakera padat, telefon dail terus Kata Majmuk Kiasan/Simpulan anak emas, berat mulut, buah tangan, Bahasa kaki ayam, kaki bola Kata Majmuk yang Mantap antarabangsa, suruhanjaya, tandatangan, matahari, kerjasama, pesuruhjaya, bumiputera, beritahu, kakitangan, jawatankuasa, sukarela, setiausaha, olahraga, warganegara, tanggungjawab Kata Majmuk Jamak alat-alat tulis, guru-guru besar, kapal- (Gandaan kata pertama) kapal terbang, Kata Majmuk Jamak semua Ketua Setiausaha, sekumpulan (Penada Jamak - semua, banyak, guru penolong kanan, Persatuan Bekas sekumpulan, persatuan, para, Perajurit, pertubuhan, barisan, sebahagian) Kata Majmuk Terbitan dicampur aduk, mengambil alih, dikenal (Awalan dan Akhiran) pasti, daya serapan Kata Majmuk Terbitan mencampuradukkan, pengambilalihan, (Apitan) pengenalpastian. 23
  • 24. BMM3109 MORFOLOGI BAHASA MELAYU LATIHAN : Senaraikan contoh-contoh kesalahan penulisan kata majmuk di kampus anda yang kerap dilakukan oleh pengguna bahasa. 2.4 Kata Ganda dan Bentuk Kata Ganda Kata ganda ialah kata yang terhasil melalui proses mengulang kata dasar. Pengulangan kata dasar itu boleh melibatkan seluruh kata dasar atau digandakan secara berima. Contohnya seperti di bawah. Kata Ganda Penuh rama-rama, kupu-kupu, cantik-cantik, elok-elok, kalau-kalau, jangan-jangan, pulau-pulau Kata Ganda Separa lelaki, lelayang, berlari-lari, tertanya-tanya, tolong-menolong Kata Ganda Berentak lauk-pauk, kusut-masai,lintang-pukang, simpang- perenang, gunung-ganang 2.5 Golongan Kata Tunggal Kata Tunggal ialah kata yang tidak mengalami proses pengimbuhan, pemajmukan dan penggandaan. Dalam bahasa Melayu, kata tunggal boleh terdiri hanya satu suku kata atau mempunyai lebih daripada satu suku kata. 24
  • 25. BMM3109 MORFOLOGI BAHASA MELAYU 2.5.1 Penggolongan Kata: Kata Nama Kata Nama Am (Konkrit) baju, seluar, kucing, masjid Kata Nama Am (Abstrak) mimpi, perasaan, kemahuan, idaman, kehendak, keadaan Kata Nama Khas YAB Datuk Seri Dr. Mahathir, Allahyarham (Hidup - Manusia) Tun Abdul Razak, Alya Nabila, Rafeah, Sudirman Sang Kancil, Si Belang, Comel, Tompok, Kata Nama Khas Vanda Diana (orkid) (Hidup - Bukan Manusia) Jibrail, Jin. Kata Nama Khas Proton Perdana V6, Proton Waja, Bangunan (Tak Hidup) Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, Kementah Kata Ganti Nama (Diri Pertama) ku, beta, daku, kami, patik, hamba, saya a Kata Ganti Nama (Diri Kedua) anda, awak, dikau, engkau, kamu, kalian, tuanku, tuan hamba Kata Ganti Nama (Diri Ketiga) baginda, beliau, dia, ia, mereka Kata Ganti Nama (Tunjuk) ini, itu Kata Ganti Nama (Tanya) apa, siapa, mana, berapa Kata Ganti Nama (Tempat) sana, sini, situ LATIHAN : Dengan merujuk akhbar, kelompokkan kata ganti mengikut jenisnya. 25
  • 26. BMM3109 MORFOLOGI BAHASA MELAYU 2.5.2 Golongan Kata Terbitan Penggolongan Kata: Kata Kerja Kata Kerja Transitif (Aktif) membeli, menggunakan, mendiami, mengabaikan, mempererat, menyiram Kata Kerja Transitif (Pasif) dibeli, digunakan, didiami, diabaikan, dipererat, disiram Kata Kerja Tak Transitif bangun, datang, tersenyum, kerkibaran, (Tak Berpelengkap) menguning, membesar, terduduk, Kata Kerja Tak Transitif tinggal, beransur, berbantalkan (Berpelengkap) LATIHAN : Dengan merujuk keratan akhbar, kelompokkan jenis-jenis kata kerja mengikut kumpulannya. 2.5.3 Penggolongan Kata: Kata Adjektif Kata Adjektif Sifat/Keadaan berani, cerdik, cerdas, gopoh Kata Adjektif Warna hitam, putih, merah, biru Kata Adjektif Ukuran cetek, dalam, kecil, nipis, tebal Kata Adjektif Bentuk bukur, bundar, bulat, leper Kata Adjektif Pancaindera ayu, buruk, bising, mersik, merdu, hapak, lazat, manis, basah, halus Kata Adjektif Waktu Baru, lama, spontan, segera Kata Adjektif Cara cepat, deras, laju, perlahan Kata Adjektif Perasaan benci, cinta, ghairah, ingin 26
  • 27. BMM3109 MORFOLOGI BAHASA MELAYU LATIHAN : Dengan merujuk keratan akhbar, kelompokkan jenis-jenis kata adjektif mengikut jenisnya. 2.5.4 Penggolongan Kata: Kata Tugas Kata tugas tidak berfungsi sebagai unsur inti dalam sebarang predikat, baik predikat frasa nama, frasa kerja ataupun frasa adjektif. Kata tugas mempunyai tugas-tugas tertentu dalam pembinaan sesuatu frasa, klausa dan ayat. Berdasarkan kriteria kedudukan dan fungsi dalam binaan ayat, kata tugas dapat dikelompokkan kepada : kata penyambung ayat, kata praklausa, prafrasa dan kata pascakata 2.5.4.1 Kata Penyambung Ayat Kata Penyambung Ayat Kata Hubung Gabungan dan, atau, tetapi, serta, lalu, malahan, sambil, kemudian. Kata Hubung Pancangan Relatif yang Kata Hubung Pancangan Komplemen bahawa, untuk 2.5.4.2 Kata Praklausa Kata Praklausa Kata Seru wah, amboi, aduh Kata Tanya bagaimana, siapa, bila, berapa Kata Perintah sila, jemput, tolong, jangan, usah, harap, semoga. Kata Pembenar ya, benar, betul. Kata Pangkal Ayat Maka, alkisah, hatta, syahadan 2.5.4.3 Prafrasa 27
  • 28. BMM3109 MORFOLOGI BAHASA MELAYU Kata Prafrasa Kata Bantu akan, pernah, sedang, mahu, masih, hendak, belum Kata Penguat amat, sangat, paling Kata Penegas juga, lah, kah, tah, pun Kata Nafi tidak, bukan Kata Pemeri ialah, adalah Kata Sendi Nama di, dari, dalam, ke, pada Kata Bilangan beberapa, banyak, ramai,dua, tiga, kelima Kata Arah atas, situ, dalam 2.5.4.4 Kata Pascakata Kata Pascakata Kata Pembenda yang, -nya Kata Penekan -nya LATIHAN : 1. Dengan merujuk keratan akhbar, garisi fungsi ‘nya’ sebagai kata pascakata. BACAAN TAMBAHAN 28
  • 29. BMM3109 MORFOLOGI BAHASA MELAYU Nik Safiah dan rakan-rakan. (2006). Tatabahasa Dewan Edisi Baharu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Abdullah Hassan. (2006). Morfologi Bahasa Melayu. Kuala Lumpur : PTS Profesional. Raminah Hj. Sabran dan Rahim Sham. (1985). Kajian Bahasa Untuk Pelatih Maktab Perguruan. Petaling Jaya: Fajar Bakti Sdn Bhd. Proses Pembentukan Kata Bahasa Melayu TAJUK 3 • Kata Tunggal • Kata Terbitan 29
  • 30. BMM3109 MORFOLOGI BAHASA MELAYU SINOPSIS Tajuk ini membincangkan proses pembentukan kata bahasa Melayu yang menumpukan kepada kata tunggal dan kata terbitan. HASIL PEMBELAJARAN i. Mengenalpasti definisi Kata Tunggal dan Kata terbitan dalam bahasa Melayu. ii. Mengenalpasti jenis-jenis Kata Tunggal dan Kata terbitan dalam bahasa Melayu. KERANGKA TAJUK-TAJUK PROSES PEMBENTUKAN KATA DEFINISI DAN JENIS KATA TUNGGAL KATA TERBITAN KATA Rajah 3.1: Kerangka Tajuk 3 3.0 KANDUNGAN ISI 30
  • 31. BMM3109 MORFOLOGI BAHASA MELAYU Kandungan isi untuk topik ini meliputi huraian tentang definisi, jenis-jenis dan huraian Kata Tunggal dan Kata Terbitan bahasa Melayu. 3.1 Definisi Kata Tunggal Perkataan-perkataan dalam bahasa Melayu yang tidak menerima sebarang imbuhan atau tidak menerima sebarang imbuhan atau tidak mengalami proses penggandaan dan perangkaian (Tatabahasa Dewan, 2004). Kata tunggal ialah bentuk kata yang terdiri daripada hanya satu bentuk dasar, iaitu tidak menerima apa-apa bentuk imbuhan atau kata dasar yang lain. Kata tunggal mengandungi satu suku kata atau lebih daripada satu suku kata. 3.1.1 Jenis-Jenis Kata Tunggal Kata Tunggal terdiri daripada Kata Tunggal Satu Suku Kata, Dua Suku Kata, Tiga Suku Kata, Empat Suku Kata dan Akronim. Tahukah anda, apa yang dimaksudkan akronim sebagai Kata Tunggal ? Akronim sebagai Kata tunggal itu adalah akronim yang berasal daripada kata singkatan yang terbentuk dengan menggabungkan huruf awal suku kata atau gabungan kombinasi huruf awal dan suku kata daripada satu rangkai kata, dan ditulis serta dilafazkan sebagai kata yang wajar (Tatabahasa Dewan, 1996). Satu Suku Kata KV VK KVK 31
  • 32. BMM3109 MORFOLOGI BAHASA MELAYU KKVK KVKK KKKV KKKVK Dua Suku Kata V + KV V+VK V+KVK VK+KV VK+KVK KV+V KV+KVK KV+KV+VK KVK+KVK Kata Tunggal Tiga Suku Kata KV+V+KV KV+V+KVK V+KV+V KV+KV+V KVK+KV+V KV+KV+VK KVK+KV+VK dan lain-lain Empat Suku Kata KV+KV+VK+KV dan Lebih KV+KVK+KV+KV KVK+KV+KV+KV KVK+KV+V+KV dan lain-lain Akronim Mara Bernama Kugiran Tabika ABIM Gapena Rajah 3.2 3.1.3 Kata Tunggal dalam bahasa Melayu 32
  • 33. BMM3109 MORFOLOGI BAHASA MELAYU 3.1.3.1 Kata Tunggal Dengan berasaskan pelaksanaan tatabahasa, kata tunggal dapat dibahagikan kepada dua jenis (rujuk Rajah 1.5): i. Unit yang bebas dan dapat berdiri sendiri Contoh: i. Kamu. ii. Sudah? iii. Ini? ii. Unit yang tidak dapat berdiri sendiri tetapi memerlukan sekurang- kurangnya satu unit yang bebas untuk melaksanakan tugas nahunya. Contoh: i. di mana? ii. ke Kuala Lumpur iii. dari Terengganu 3.1.3.1.1 Kata Tunggal Satu Suku Kata Jumlah kata tunggal dalam bahasa Melayu terhad, iaitu dipercayai kira-kira 500. Sesetengahnya terdiri daripada kata pinjam asing, terutamanya bahasa Arab dan bahasa Inggeris. Berdasarakan rajah 1 di atas, pola gabungan kata tunggal bahasa Melayu adalah seperti berikut : 1. KV Contohnya : yu, ru, ya 2. VK Contohnya : am 33
  • 34. BMM3109 MORFOLOGI BAHASA MELAYU 3. KVK Contohnya : cat, bah, tin, bin, lap, dan, cap 4. KKVK Contohnya : staf, draf, krim, gred, blok, brek 5. KVKK Contohnya : bank, zink, golf, 6. KKKV Contohnya : skru, skaf, 7. KKKVK Contohnya : Skrip, straw 3.1.3.1.2 Kata Tunggal Dua Suku Kata Antara pola-pola Kata Tunggal dengan dua suku kata adalah seperti berikut : 1. V + KV Contohnya : aku, ini, apa, iri 2. V + VK Contohnya : ais, aur, aib, air 3. V + KVK Contohnya : izin, acah, alat, ulat 4. VK + KV Contohnya : undi, asli, unta 5. VK + KVK Contohnya : ambil. Iblis, umpan 6. KV + V Contohnya : dia, bau, ria 7. KV + VK Contohnya : jauh, liar, kuih 8. KV + KV Contohnya : jala, pasu, teko 9. KV + KVK Contohnya : jarum, telur dan hiris 10. KVK + KV Contohnya : lampu, binti, senda 11. KVK + KVK Contohnya : sandar, jemput, sunting # Perhatian: Sebahagian besar daripada perkataan dalam bahasa Melayu terdiri daripada dua suku kata. Terdapat 11 pola suku kata bagi kata tunggal dua suku kata. 3.1.3.1.3 Kata Tunggal Tiga Suku Kata 34
  • 35. BMM3109 MORFOLOGI BAHASA MELAYU Jumlah kata tunggal dengan tiga suku kata dalam bahasa Melayu agak kecil, tetapi pola suku katanya agak banyak, iaitu 19. Sebahagian besar daripada perkataan tiga suku kata merupakan kata pinjaman. 1. KV + V + KV Contohnya : cuaca, biasa, biola 2. KV + V + KVK Contohnya : siuman, tualang 3. V + KV + V Contohnya : usia, idea, urea 4. KV + KV + V Contohnya : mulia, barua 5. KV + KV + VK Contohnya : tempua, mentua, seluar 6. KVK + KV + VK Contohnya : sekian, haluan 7. V + KV + VK Contohnya : mendiang, tempias, manfaat 8. V + KV + KV Contohnya : utara, ilahi, asasi 9. V + KV + KVK Contohnya : ijazah, amaran, ibarat 10. VK + KV + KV Contohnya : almari, isteri, umpama 11. KV + KV + KV Contohnya : seteru, budaya. Teruna 12. KVK + KV + KV Contohnya : menteri, mesteri, soldadu 13. V + KV + VK Contohnya : ideal, akaun, elaun 14. VK + KV + VK Contohnya : ilmiah, akliah 15. KV + KV + KVK Contohnya : teratak, belukar, hikayat 16. KVK + KV + KVK Contohnya : matlamat, cendawan, sembilan 17. KV + KVK + KV Contohnya : belanja, terumbu keranda 18. KVK + KVK + KV Contohnya : sempurna 19. KV + KVK + KVK Contohnya : belimbing, kelompok 3.1.3.1.4 Kata Tunggal Empat Suku Kata dan Lebih Terdapat sebilangan kecil kata tunggal yang terdiri daripada empat suku kata. Kebanyakkan merupakan kata pinjaman. Antaranya seperti berikut : 35
  • 36. BMM3109 MORFOLOGI BAHASA MELAYU 1. KV + KV + VK + KV Contohnya : keluarga, biduanda 2. KV + KVK + KV + KV Contohnya : belantara, bijaksana 3. KVK + KV + KV + KV Contohnya : laksamana, sandiwara 4. KVK + KV + V + KV Contohnya : sentiasa 5. KV + KV + KV + KV Contohnya : bidadari, sanubari, selesema 6. KV + KV + KV + KVK Contohnya : muzakarah, kelemumur 7. KVK + KV + KV + KVK Contohnya : sentimeter 8. KVK + KVK + KV + KV Contohnya : dispensari, singgahsana 9. KV + KV + V + KVK Contohnya : mesyuarat, nasional 10. V + KV + KVK + KV + KV Contohnya : universiti 11. KVK + KV + KV + KV + KVK Contohnya : kosmopolitan 12. KV + KV + KV + KV + KV + KV Contohnya ; maharajalela 3.1.3.1.5 Kata Akronim Mengikut Tatabahasa Dewan, turut tergolong ke dalam bentuk kata tunggal ialah kata akronim. Kata akronim ialah kata singkatan yang terbentuk dengan menggabungkan huruf awal suku kata atau gabungan huruf awal dan suku kata daripada satu rangkai kata dan ditulis serta dilafazkan sebagai kata yang wajar. Contohnya : ABIM - Angkatan Belia Islam Malaysia Bernama - Berita Nasional Malaysia Kugiran - kumpulan gitar rancak 3.1.3.1.5.1 Cara Menulis Kata Akronim Terdapat tiga cara menulis kata akronim dalam bahasa Melayu, bergantung pada cara pembentukkannya. a. Ditulis dengan huruf besar seluruhnya Akronim yang terbentuk daripada gabungan beberapa huruf awal rangkai kata yang disingkatkan, keseluruhannya ditulis dengan huruf besar, jika kata nama 36
  • 37. BMM3109 MORFOLOGI BAHASA MELAYU khas. Contohnya : ABIM - Angkatan Belia Islam Malaysia b. Ditulis dengan huruf kecil seluruhnya Akronim yang terbentuk daripada gabungan huruf awal dan / atau suku kata ditulis dengan huruf kecil keseluruhannya, jika bukan kata nama khas. Contohnya : tabika - taman bimbingan kanak-kanak purata - pukul rata kugiran - kumpulan gitar rancak c. Ditulis bermula dengan huruf besar Jika akronim yang terbentuk daripada gabungan huruf awal dan / atau suku katanya itu menjadi kata nama khas, kata akronim itu ditulis bermula dengan huruf besar. Contohnya : Bernama - Berita Nasional Malaysia Intan - Institut Tadbir Awam Negara Proton - Perusahaan Otomobil Nasional # Perhatian: Lazimnya kata akronim terbentuk untuk kata nama khas dan pembentukannya agak longgar serta tidakberdasarkan prinsip yang jelas. Oleh itu, proses pembentukan kata seperti ini tidak digalakan sebagai satu kaedah pembentukan kata bagi membentuk perkataan baharu atau kata istilah dalam bahasa Melayu 3.2 Kata Terbitan Kata terbitan ialah bentuk perkatan yang dihasilkan melalui proses pengimbuhan, iaitu proses yang menggandingkan imbuhan pada kata dasar. 37
  • 38. BMM3109 MORFOLOGI BAHASA MELAYU Imbuhan terdiri daripada morfem terikat sementara kata dasar ialah bentuk morfem bebas yang dapat menerima imbuhan. Terdapat empat jenis imbuhan , iaitu: 1. awalan, yang hadir sebelum kata dasar, misalnya ber- dalam berjalan dan di- dalam diambil, 2. akhiran, yang hadir sesudah kata dasar, misalnya –kan dalam jalankan dan -i dalam ikuti, 3. apitan, yang hadir secara mengepit kata dasar, iaitu dua bahagian imbuhan hadir serentak di awal dan diakhir kata dasar, misalnya ke-.....- an dalam keindahan dan di-.....-i dalam diikuti, 4. sisipan, yang hadir di celahan kata dasar, misalnya –el- dalam telunjuk dan -in- dalam sinambung. Dalam bahasa melayu, sejumlah besar perkataannya wujud dalam bentuk kata terbitan dan jumlah imbuhan yang membentuk kata terbitan ini juga banyak. Imbuhan- imbuhan ini dihuraikan di bawah ini. 3.2.1 Imbuhan awalan Dalam bahasa melayu terdapat tiga jenis imbuhan awalan, iaitu : 1. awalan kata nama 2. Awalan kata kerja 3. Awalan kata adjektif 3.2.1.1 Awalan Kata Nama Awalan kata nama ialah awalan yang, apabila bergabung dengan kata dasar, membentuk kata nama, 38
  • 39. BMM3109 MORFOLOGI BAHASA MELAYU Contohnya : Awalan Perkataan peN- pe- pelukis, pewangi, penyanyi = pem- pembalut, pembeli, pemberi pen- pendatang, pencari, penjual peng- pengguna, pengayuh, pengukur penge- pengebom, pengetin, pengecat perasap, perbara, pertapa per- pesara, pekedai, peguam pe- ketua, kehendak, kelepek ke- jurubahasa, jurujual, juruterbang juru- mahasiswa, mahaguru, maharaja maha- tatabahasa, tatanegara, tatanama tata- prasejarah, prakata, prasangka pra- subbidang, subsistem, subkategori sub- suprakelas, suprasistem, suprakategori supra- ekabahasa, ekasuku, ekahala eka- dwibahasa, dwifungsi, dwibudaya dwi- 3.2.1.2 Awalan Kata Kerja Awalan kata kerja ialah yang, apabila bergabung dengan kata dasar akan membentuk kata kerja. 39
  • 40. BMM3109 MORFOLOGI BAHASA MELAYU Contohnya : Awalan Perkataan meN- = me- melukis, menari, merasa mem- membeli, memberi, membalut men- mendaki, menduga, mentadbir meng- mengaji, mengasuh, menghasut menge- mengebom, mengetin, mengecat memperisteri, memperbesar, memperoleh memper- berkata, bersetuju, berbangga ber- terkata, terasa, tersenyum ter- diatur, dibeli, disuruh di- diperisteri, diperbesar, diperoleh diper- 3.2.1.3 Awalan Kata Adjektif Awalan kata adjektif ialah awalan yang, apabila bergabung dengan kata dasar, membentuk kata adjektif . terdapat hanya dua awalan adjektif , iaitu : Awalan Perkataan ter - terpandai, termerah, terpanjang se- seputih, sehalus, sejernih 3.2.1.4 Imbuhan Akhiran Dalam bahasa Melayu terdapat hanya dua jenis imbuhan akhiran, iaitu : 1. akhiran kata nama, dan 2. akhiran kata kerja 3.2.1.5 Akhiran Kata Nama Akhiran kata nama ialah akhiran yang, apabila bergabung dengan kata dasar, membentuk kata nama. 40
  • 41. BMM3109 MORFOLOGI BAHASA MELAYU Contohnya : Akhiran Perkataan -an ajaran, silaan, bacaan -wan ilmuwan, budayawan, usahawan -man budiman, seniman -wati seniwati, peragawati -isme nasionalisme, sosialisme, komunisme --in hadirin, muslimin -at hadirat, muslimat -ah ustazah, sultanah 3.2.1.6 Akhiran Kata Kerja Akhiran kata kerja ialah, apabila bergabung dengan kata dasar, membentuk kata kerja. Terdapat hanya dua akhiran kata kerja, iaitu –kan dan –i . Contohnya : Akhiran Perkataan -kan lahirkan, ambilkan, hulurkan -i ikuti, jalani, sertai 3.2.1.7 Imbuhan Apitan Dalam bahasa Melayu terdapat tiga jenis apitan, iaitu : 1. apitan kata nama 2. apitan kata kerja 3. apitan kata adjektif. 3.2.1.8 Apitan Kata Nama Apitan kata nama ialah apitan yang, apabila bergabung dengan kata dasar, akan membentuk kata nama. 41
  • 42. BMM3109 MORFOLOGI BAHASA MELAYU Contohnya : Apitan Perkataan peN-.....-an: pe-....-an pelaksanaan, perusuhan, penyuluhan pem-.....-an pembukaan, pemburuan, pemfitnahan pen-....-an pendakian, pencucian, pentauliahan peng-.....-an penguduran, penggandaan, penge-.....-an pengkhayalan pengesahan, pengeboman, pe-......-an pengekodan per-.....-an ke-...-an pendalaman, pesisiran, petempatan perjumpaan, persamaan, perlumbaan kecantikan, kebijakan, kelurusan 3.2.1.9 Apitan Kata Kerja Apitan kata kerja ialah apitan yang, apabila bergabungan dengan kata dasar, membentuk kata kerja. Contohnya: Apitan perkataan meN-......kan me-.....-kan memajukan, melakukan, menanyakan mem-.....- membezakan, memfatwakan, memberikan kan mendirikan, mentakrifkan, mensyaratkan men-....-kan menggulingkan, mengelakkan, meng-....- mengkhususkan kan mengehadkan, mengesyorkan, menge-....ka mengepinkan n beralaskan, berbekalkan, berjudulkan ber-....-kan bertaburan, bergantungan, beratapan ber-....-an ditaburkan, didorongkan, digulingkan di-...-kan meN-.....-i melalui, menyedari, mewarnai me-....-i mendahului, mencucuri, menjauhi men-...-i membanjiri, membelakangi, membasahi mem-...-i menghendaki, mengawasi, mengkhianati meng-....-i dianugerahi, didekati, dianuti di-......-i diperdengarkan, diperlihatkan, diper-.....-kan diperbahaskan diper-....-i diperingati memper-.....-kan memperdengarkan, memperlihatkan, memper-....-i memperingati ke-....-an kehujanan, kepanasan, kecurian 42
  • 43. BMM3109 MORFOLOGI BAHASA MELAYU 3.2.1.10 Apitan Kata Adjektif Apitan kata adjektif ialah apitan yang, apabila digabungkan dengan kata dasar, membentuk kata adjektif. Hanya terdapat satu apitan kata adjektif , iaitu ke-.....- an. Contohnya : Apitan Perkataan ke-.....-an kemelayuan ke-.....-an keinggerisan ke-.....-an kearaban 3.2.1.11 Imbuhan Sisipan Bentuk sisipan tidak lagi produktif dalam bahasa Melayu sebagai satu cara membentuk perkataan. Maksudnya, tidak ada perkataan baharu yang dibentuk dengan sisipan. Bentuk-bentuk kata sisipan sudah membeku dalam kata terbitan dan tidak dapat hadir dala m perkataan-perkataan lain, kecuali dalam beberapa istilah yang baru dicipta. Terdapat dua sisipan yang masih wujud, iaitu: 1. sisipan kata nama, dan 2. sisipan kata adjektif. 3.2.1.12 Sisipan Kata Nama Sisipan kata nama ialah sisipan yang, apabila hadir di celahan kata dasar, membentuk kata nama. Contohnya : sisipan perkataan -el- telunjuk, telapak, kelemumur -er- seruling, keruping -em- kemuning, kemuncup 3.2.1.13 Sisipan Kata Adjektif Sisipan kata adjektif ialah sisipan yang, apabial hadir di celahan kata dasar, membentuk kata adjektif. 43
  • 44. BMM3109 MORFOLOGI BAHASA MELAYU Contohnya : Sisipan Perkataan -el- selerak, gelembung -er- serabut, gerodak -em- gemilang, gemuruh, sementara -in- sinambung AKTIVITI Secara berkumpulan, berikan lima contoh perkataan yang mengandungi setiap kata tunggal mengikut jenisnya dalam bahasa Melayu seperti yang telah anda pelajari. Pastikan contoh perkataan tersebut berada pada posisi yang berbeza. AKTIVITI Secara berkumpulan, berikan lima contoh perkataan yang mengandungi setiap kata terbitan mengikut jenisnya dalam bahasa Melayu seperti yang telah anda pelajari. Pastikan contoh perkataan tersebut berada pada posisi yang berbeza. LATIHAN 44
  • 45. BMM3109 MORFOLOGI BAHASA MELAYU 1. Nyatakan jenis kata Tunggal untuk perkataan yang bergaris berikut: (i) ghairah (vi) balai (ii) cabar (vii) laut (iii) masyhur (viii) sepoi (iv) dekad (ix) tekukur (v) pulau (x) sarat 2. Beri satu contoh perkataan untuk keempat-empat jenis kata terbitan yang telah anda pelajari. BAHAN BACAAN Abdullah Hassan. (1980). Linguistik Am untuk Guru Bahasa Malaysia. Petaling Jaya: Penerbit Fajar Bakti. Abdullah Hassan. (2006). Linguistik Am Siri Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu. Kuala Lumpur:PTS Professional Publishing Sdn.Bhd. Raminah Sabran dan Rahim Syam. (1985). Kajian Bahasa untuk Pelatih Maktab Perguruan. Petaling Jaya: Penerbit Fajar Bakti. Nik Safiah et. Al (1996). Tatabahasa Dewan. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka. Proses Pembentukan Kata Bahasa Melayu TAJUK 4 • Kata Majmuk • Kata Ganda 45
  • 46. BMM3109 MORFOLOGI BAHASA MELAYU SINOPSIS Tajuk ini membincangkan definisi dan jenis-jenis kata majmuk dan kata ganda yang terdapat dalam Bahasa Melayu. Setiap kata majmuk dan kata ganda pula dihuraikan kepada definisi, jenis dan perinciannya. HASIL PEMBELAJARAN (i) Mengenal pasti definisi Kata Majmuk dan Kata Ganda dalam bahasa Melayu. (ii) Menghuraikan jenis-jenis kata majmuk Kata Ganda dalam bahasa Melayu. KERANGKA TAJUK-TAJUK Proses Pembentukan kata Definisi dan Jenis-jenis kata Kata Majmuk Kata Ganda Rajah 4.1: Kerangka Tajuk 4 4.0 KANDUNGAN ISI Kandungan isi untuk topik ini meliputi huraian tentang definisi, jenis-jenis Kata Majmuk dan Kata Ganda dalam Bahasa Melayu. Perbincangan juga turut 46
  • 47. BMM3109 MORFOLOGI BAHASA MELAYU ditumpukan kepada perincian jenis-jenis kata majmuk dan Kata Ganda dalam Bahasa Melayu. 4.1 Definisi Kata Majmuk Bahasa Melayu Proses yang merangkaikan dua kata dasar atau lebih dan bentuk yang terhasil membawa makna. Kata majmuk dieja terpisah dan bertindak sebagai satu unit, iaitu bentuknya tidak boleh menerima sebarang penyisipan. (Tatabahasa Dewan, 1996). Contoh kata majmuk : kerusi malas, terima kasih, biru laut, dan telefon dail terus. Kata majmuk hendaklah dibezakan daripada frasa. Dua perkataan digabungkan menjadi kata majmuk bertindak sebagai satu unit, dengan maksud tidak boleh menerima sebarang penyisipan. Antara rumah batu, misalnya tidak dapat disisipkan perkataan yang ( *rumah yang batu) atau perkataan dan (*rumah dan batu ). Ini berbeza dengan rumah besar,sebuah frasa, yang boleh menerima yang (rumah yang besar) atau dengan frasa pinggan mangkuk, yang boleh menerima dan (pinggan mangkuk ). 4.2 Jenis-Jenis Kata Majmuk Dalam bahasa Melayu, jumlah kata majmuk adalah besar, yang sebahagiannya besar terdiri daripada kata nama. Berdasarkan jenisnya, kata majmuk dapat digolongkan kepada tiga kategori, iaitu : i. Kata Majmuk Rangkaian bebas ii. Kata Majmuk Pengimbuhan iii. Kata Majmuk Penggandaan 4.2.1 Kata Majmuk yang Terdiri daripada Rangkaian Kata Bebas Contohnya : bandar hijau bom tangan hijau daun kuning langsat terima kasih campuk aduk 47
  • 48. BMM3109 MORFOLOGI BAHASA MELAYU guru besar segi empat panjang dalam kategori ini juga termasuk bentuk kata yang digunakan sebagai gelaran, contohnya : Duta Besar Ketua Setiausaha Setiausaha Politik Timbalan Ketua Perpustakaan Profesor Madya Timbalan Naib Canselor 4.2.2 Kata Majmuk yang Berbentuk Istilah khusus Contohnya : deria rasa segi tiga medan sinaran telefon dail pita suara segi empat terus panjang 4.2.3 Kata Majmuk yang Mendukung Maksud Kiasan, iaitu Simpulan Bahasa Contohnya : kaki ayam panjang tangan anak emas rabun ayam pilih kasih tumbuk rusuk 4.2.3.1 Bentuk Kata Majmuk yang Telah Mantap Lazimnya kata majmuk dieja secara terpisah, misalnya kertas kerja dan urus setia. Namun, terdapat sebilangan kecil kata majmuk yang penggunaannya sudah dianggap mantap sebagai satu perkataan yang utuh, walaupun bentuk kata tersebut ternyata mempunyai dua kata dasar. Perkataan-perkataan sedemikian (sebanyak 15) tetap dieja sebagai satu perkataann, iaitu : antarabangsa setiausaha beritahu sukarela bumiputera suruhanjaya jawatankuasa tandatangan kakitangan tanggungjawab kerjasama warganegara olahraga pesuruhjaya matahari 48
  • 49. BMM3109 MORFOLOGI BAHASA MELAYU Selain itu, terdapat sejumlah perkataan yang secara lazimnya dianggap satu perkataan dan dieja secara bercantum walaupun kelihatan terdiri daripada gabungan perkataan. Antaranya : 1. Kata Nama Contohnya : peribadi, hulubalang 2. Kata Adjektif Contohnya : sukacita, dukalara 3. Kata Sendi Nama Contohnya : daripada, kepada 4. Kata Hubung Contohnya : manakala, walhal, barangkali 5. Kata Tanya Contohnya : bagaimana 4.2.3.2 Penggandaan Kata Majmuk Dalam penggandaan kata majmuk, pada kebiasaannya melibatkan penggandaan unsur pertama kata sahaja. Contohnya : Alat-alat tulis, gambar-gambar rajah, Naib-naib Canselor, Menteri-menteri besar, Guru-guru Besar Namun, kekecuali berlaku iaitu penggandaan yang melibatkan benntuk yang telah mantap dan melibatkan penggandaan keseluruhan unsur. Contohnya : Warganegara-warganegara, tandatangan-tandatangan, setiausaha- setiausaha 4.2.3.3 Pengimbuhan Kata Majmuk 49
  • 50. BMM3109 MORFOLOGI BAHASA MELAYU Kata majmuk juga dapat menerima imbuhan untuk membentuk kata terbitan. Terdapat dua kata majmuk yang melibatkan pengimbuhan, iaitu : a. Kata majmuk yang menerima imbuhan merupakan awalan dan akhiran sahaja dan dieja terpisah. Contohnya : campur aduk menjadi bercampur aduk ambil alih menjadi mengambil alih daya serap menjadi daya serapan b. Kata majmuk menerima imbuhan yang merupakan apitan dan ejaannya bercantum. Contohnya : campur aduk menjadi mencampuradukan ambil alih menjadi pengambilalihan satu padu menjadi menyatupadukan 4.3 Kata Ganda Kata ganda ialah perkataan yang mengalami proses pengulangan pada kata dasar (Tatabahasa Dewan, 1996). Kata Ganda dalam bahasa Melayu dapat dibahagikan kepada tiga jenis, iaitu : 1.kata ganda penuh, 2. kata ganda separa, dan 3. kata ganda berentak 4.3.1 Kata Ganda Penuh Kata ganda penuh ialah kata ganda yang mengalami ulangan secara keseluruhan. Kata ganda penuh boleh terdiri daripada : 1. kata ganda penuh yang tediri daripada kata dasar. 50
  • 51. BMM3109 MORFOLOGI BAHASA MELAYU Contohnya : rumah-rumah buku-buku masjid-masjid 2. kata ganda penuh yang terdiri daripada kata berimbuhan. Contohnya : pelajar-pelajar ajaran-ajaran kementerian-kementerian 4.3.2 Kata Ganda Separa Kata ganda separa ialah kata ganda yang terbentuk melalui penggandaan sebahagian kata dasar sahaja. Kata ganda separa boleh terdiri daripada : 1. kata ganda yang berasal daripada kata dasar tunggal yang penggulangannya berlaku pada suku kata pertama sahaja disertai pelemahan vokal dalam suku kata tersebut kepada vokal e pepet. Contohnya : Laki-laki menjadi lalaki menjadi lelaki Siku-siku menjadi sisiku menjadi sesiku Jari-jari menjadi jajari menjadi jejari Langit-langit menjadi lalangit menjadi lelangit 2. kata ganda yang berasal daripada kata berimbuhan, tetapi yang penggandaan berlaku hanya pada kata dasar dan tidak melibatkan imbuhannya. Pengganda separa jenis ini berlaku hanya pada golongan kata kerja dan kata adjektif. Bentuk gandaan boleh terletak di belakang kata dasar atau dibahagian hadapan. Contohnya : Di Bahagian Belakang Kata Dasar Di bahagian Hadapan Kata Dasar berlari-lari cinta-mencintai mencari-cari bantu-membantu sepandai-pandai kejar-mengejar 51
  • 52. BMM3109 MORFOLOGI BAHASA MELAYU 4.3.4 Kata Ganda Berentak Kata ganda berentak ialah kata ganda yang mengalami penggulangan kata dasar mengikut rentak bunyi tertentu dalam kata dasar. Seluruh kata dasar digandakan dan bunyi-bunyi tertentu diulang atau diubah. Berdasarkan pengubahan dan pengulangan bunyi-bunyi tertentu, kata ganda berentak terbahagi kepada tiga jenis iaitu : 1. kata ganda berentak yang terbentuk melalui pengulangan vokal. Contohnya : Sayur-mayur Calar-balar Saki-baki 2. kata ganda berentak melalui pengulangan konsonan Contohnya ; mundar-mandir tanah-tanih kayu-kayan 3. kata ganda berentak bebas, iaitu yang terbentuk berdasarkan rentak bunyi, tetapi tidak melibatkan ciri-ciri persamaan bunyi. Contohnya : kusut-masai rempah-ratus ipar-duai lintang-pukang AKTIVITI 52
  • 53. BMM3109 MORFOLOGI BAHASA MELAYU Secara berpasangan, teliti kata majmuk dan kata terbitan vokal dalam Bahasa Melayu. Kemudian senaraikan lima perkataan untuk setiap jenis kata majmuk dan kata terbitan tersebut. LATIHAN 1. Teliti kata majmuk dalam Bahasa Melayu berdasarkan contoh di beri. Kemudian, Nyatakan jenis kata majmuk tersebut. a. Simpang siur b. Mengadu domba c. Penyahtaksaan d. Melatih tubi e. Pengambilalihan 2. Teliti kata terbitan dalam bahasa Melayu berdasarkan contoh diberi. Kemudian, nyatakan kata terbitan tersebut. a. Gunung-ganang b. Lintang pukang c. Lelabi d. Pokok-pokok e. Anak beranak BAHAN BACAAN 53
  • 54. BMM3109 MORFOLOGI BAHASA MELAYU Abdullah Hassan. (1980). Linguistik Am untuk Guru Bahasa Malaysia. TAJUK 5 GOLONGAN KATA BAHASA MELAYU Petaling Jaya: Penerbit Fajar Bakti. Abdullah Hassan. (2006). Linguistik Am Siri Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu. Kuala Lumpur:PTS Professional Publishing Sdn.Bhd. Nik Safiah Karim et.al. (2006). Tatabahasa Dewan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Raminah Sabran dan Rahim Syam. (1985). Kajian Bahasa untuk Pelatih Maktab Perguruan. Petaling Jaya: Penerbit Fajar Bakti. SINOPSIS Tajuk ini akan membolehkan anda mengetahui perkara-perkara berikut: 54
  • 55. BMM3109 MORFOLOGI BAHASA MELAYU • Konsep golongan kata Bahasa Melayu secara umum; • Konsep golongan kata nama dan kata kerja Bahasa Melayu; • Ciri-ciri golongan kata nama dan kata kerja Bahasa Melayu; • Jenis-jenis golongan kata nama dan kata kerja Bahasa Melayu Tahukah anda bahawa perkataan dalam sesuatu bahasa boleh digolongkan ke dalam golongan tertentu berdasarkan beberapa kriteria misalnya, kriteria struktur fonologi atau bunyi, kriteria struktur morfem, kriteria sintaksis dan kriteria semantik?. Walaupun demikian, perbincangan dalam topik ini menjurus kepada Tatabahasa Dewan (Nik Safiah Karim et.al. 1996) yang menggolongkan perkataan berdasarkan kriteria sintaksis dan kriteria semantik sebagai satu bentuk bebas yang menjadi unsur dalam binaan tatabahasa, iaitu frasa, klausa dan ayat. Binaan sintaksis merujuk kepada konstruksi yang dibentuk oleh perkataan yang berfungsi sebagai ayat ataupun sebagai konstituen dalam ayat, iaitu klausa dan frasa. Oleh itu, perkataan daripada sudut binaan sintaksis ialah bentuk bebas yang minimum yang menjadi unsur setiap konstruksi sintaksis, iaitu ayat, klausa dan frasa. Ayat dan klausa mengandungi dua konstituen utama, iaitu frasa subjek dan frasa predikat. Sehubungan itu, frasa subjek dibentuk oleh frasa nama, manakala frasa predikat dibentuk oleh empat jenis frasa, iaitu frasa nama (FN), frasa kerja (FK), frasa adjektif (FA) dan frasa sendi nama (FS). HASIL PEMBELAJARAN Pada akhir unit ini, anda seharusnya dapat: 1. menjelaskan konsep golongan kata Bahasa Melayu secara umum; 2. menghuraikan konsep golongan kata nama dan kata kerja Bahasa 55
  • 56. BMM3109 MORFOLOGI BAHASA MELAYU Melayu; 3. mengklasifikasikan ciri-ciri golongan kata nama dan kata kerja Bahasa Melayu; 4. mencerakinkan jenis-jenis golongan kata nama dan kata kerja Bahasa Melayu; KERANGKA TAJUK-TAJUK Golongan Kata Bahasa Melayu Jenis-jenis Konsep Ciri-ciri golongan golongan kata Konsep golongan kata kata nama dan nama dan kata golongan kata nama dan kata kata kerja kerja Bahasa Bahasa Melayu kerja Bahasa Bahasa Melayu Melayu Melayu 5.0 KANDUNGAN ISI Anda perlu mengetahui bahawa, kandungan isi untuk topik ini meliputi huraian tentang konsep golongan kata berdasarkan pendapat ahli-ahli bahasa yang berbeza. Seterusnya, perbincangan ditumpukan kepada ciri-ciri dan jenis-jenis golongan kata nama dan kata kerja Bahasa Melayu. 5.1 Konsep Golongan Kata Bahasa Melayu Walaupun Nik Safiah Karim et.al. (1996) menggolongkan perkataan Bahasa Melayu berdasarkan kriteria sintaksis dan kriteria semantik namun, ahli-ahli 56
  • 57. BMM3109 MORFOLOGI BAHASA MELAYU bahasa lain pula membahagikannya berdasarkan pemahaman masing-masing (Ali Mahmood et.al. 2010) seperti berikut: a. Golongan Kata Menurut Marsden (1812): Rajah 5.1: Golongan Kata Menurut Marsden (1812) b. Golongan Kata Menurut Winstedt (1927) Rajah 5.2: Golongan Kata Menurut Winstedt (1927) c. Golongan Kata Menurut Asmah (1968): 57
  • 58. BMM3109 MORFOLOGI BAHASA MELAYU Rajah 5.3: Golongan Kata Menurut Asmah (1968) d. Golongan Kata Menurut Tatabahasa Dewan (1996): Rajah 5.4: Golongan Kata Menurut Tatabahasa Dewan (1996) 5.2 Ciri-Ciri Golongan Kata Bahasa Melayu 58
  • 59. BMM3109 MORFOLOGI BAHASA MELAYU Walaupun terdapat pelbagai pendapat tentang golongan kata Bahasa Melayu, namun perbincangan dalam topik 5 dan topik 6 hanya menjurus kepada empat golongan perkataan, iaitu kata nama, kata kerja, kata adjektif dan kata tugas. Sehubungan itu, perbincangan seterusnya ditumpukan kepada ciri-ciri golongan kata nama dan kata kerja Bahasa Melayu 5.2.1 Ciri-Ciri Golongan Kata Nama Golongan kata nama merangkumi sejumlah perkataan yang boleh menjadi unsur inti kepada binaan frasa nama dan lazimnya perkataan ini menamakan orang, tempat atau benda. Golongan kata nama ini boleh dibahagikan pula kepada sub golongan berdasarkan ciri-ciri semantik, iaitu kata nama khas, kata nama am dan kata ganti nama seperti rajah di bawah. Rajah 5.5:Ciri-Ciri Golongan Kata Nama 5.3 Jenis-Jenis Golongan Kata Bahasa Melayu Bahagian ini pula membincangkan jenis-jenis golongan kata Bahasa Melayu, iaitu perincian kepada ciri-ciri golongan kata nama dan kata kerja. 5.3.1 Jenis-Jenis Golongan Kata Nama 59
  • 60. BMM3109 MORFOLOGI BAHASA MELAYU Seperti yang telah dibincangkan, jenis-jenis golongan kata nama terdiri daripada kata nama khas, kata nama am dan kata ganti nama. a. Kata Nama Khas Kata nama dapat dibahagikan kepada tiga kumpulan, iaitu kata nama khas, kata nama am dan kata ganti nama (Rajah 2.1). Nik Safiah Karim et al.(1996) menyatakan, kata nama khas ialah kata yang digunakan untuk rujukan khusus pada sesuatu nama orang, haiwan, benda, perbadanan (institusi), undang-undang, bangsa, bahasa, pangkat, dan seumpamanya. Huruf pertama kata nama khas ditulis dengan huruf besar dalam tulisan. Kata nama khas pula dibahagikan kepada dua, iaitu nama khas hidup dan nama khas tidak hidup. Nama khas hidup dibahagikan kepada dua, iaitu manusia dan bukan manusia. Rajah 5.6: Kata nama khas b. Kata Nama Am Kata nama am ialah perkataan yang merujuk benda, perkara atau konsep yang umum sifatnya. Kata nama am boleh dibahagikan kepada 60
  • 61. BMM3109 MORFOLOGI BAHASA MELAYU kumpulan-kumpulan kecil berdasarkan ciri makna perkataannya, iaitu (i) hidup atau tidak hidup, (ii) manusia atau bukan manusia, (iii) Institusi atau bukan institusi, (iv) konkrit atau abstrak dan (v) berbilang atau tak berbilang seperti berikut: Rajah 5.7: Kata Nama Am c. Kata Ganti Nama Menurut Nik Safiah et.al (1996), kata ganti nama sebagai perkataan yang menjadi pengganti kata nama khas dan kata nama am. Kata ganti nama dibahagikan kepada dua golongan kecil, iaitu (i) Kata ganti nama diri; dan (ii) kata ganti nama tunjuk. Kata ganti nama diri pula dibahagikan kepada dua, iaitu kata ganti nama diri orang dan kata ganti nama diri tanya. Seterusnya, kata ganti nama diri orang dibahagikan kepada tiga, iaitu kata ganti nama diri orang pertama, 61
  • 62. BMM3109 MORFOLOGI BAHASA MELAYU kedua dan ketiga. Penggolongan kata ganti nama ditunjukkan seperti berikut: Rajah 5.8: Kata Ganti Nama 5.3.2 Ciri-Ciri Golongan Kata Kerja Golongan kata kerja pula merangkumi sejumlah kata dasar yang menjadi unsur inti dalam binaan frasa kerja. Golongan kata kerja dapat dibahagikan kepada dua kumpulan, iaitu kata kerja transitif dan kata kerja tak transitif. Kata kerja transitif pula boleh dibahagikan kepada kata kerja transitif aktif dan kata kerja transitif pasif (Nik Safiah Karim et.al.2006) seperti berikut: 62
  • 63. BMM3109 MORFOLOGI BAHASA MELAYU KATA KERJA KATA KERJA KATA KERJA TAK TRANSITIF TRANSITIF TAK AKTIF PASIF BERPELENGKAP BERPELENGKAP Rajah 5.5:Ciri-Ciri Golongan Kata Kerja 5.3.3 Jenis-Jenis Golongan Kata Kerja Perkataan-perkataan golongan kata kerja bahasa Melayu terbahagi kepada empat jenis, iaitu (i) kata kerja aktif transitif, (ii) kata kerja aktif tak transitif dan (iii) kata kerja pasif. (a) Kata kerja aktif transitif Kata kerja aktif transitif adalah kata kerja yang boleh menerima objek tepat dan objek tak tepat (sipi) dalam ayat aktif transitif yang predikatnya mengandungi kata kerja. Dalam ayat transitif ini, kata kerjanya hendaklah menerima awalan me-, sama ada sebagai awalan yang tersendiri atau sebagai sebahagian daripada apitan me-…kan, me-…i, memper-…kan, memper-…i atau akhiran –i dengan menduduki kedudukan kata kerja dalam rangkai kata predikat. Contoh: i) Samad membacakan ayahnya surat. ii) Pengarang itu menulis buku. 63
  • 64. BMM3109 MORFOLOGI BAHASA MELAYU iii) Aminah sedang mencuci pakaian. iv) Ibu sedang menggoreng ikan di dapur. (b) Kata kerja aktif tak transitif Kata kerja tak transitif adalah kata kerja yang tidak boleh menerima objek dalam ayat-ayat yang predikatnya mengandungi kata kerja. Kata kerja aktif tak transitif boleh dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu kumpulan kata kerja yang tidak menerima sebarang imbuhan seperti perkataan-perkataan tidur, duduk, jatuh, datang dan pergi dan kumpulan yang menerima salah satu daripada imbuhan- imbuhan : me-, ber-, ber-…an dan ter seperti perkataan menangis, berkereta, terjatuh, dan bersendirian. Contoh : i) Pegawai itu berkereta ke pejabat. ii) Pelajar-pelajar itu pergi ke Pulau Besar semalam. iii) Anak Pak Mat menangis di dalam bilik. iv) Gadis itu tersenyum. v) Padi sedang menguning. vi) Pemuda itu sedang berbual. (c) Kata kerja pasif Kata kerja pasif ialah kata kerja untuk ayat pasif sebagai lawan ayat aktif transitif. Terdapat tiga jenis kata kerja pasif, iaitu (i) Kata kerja pasif berawalan ber- seperti berasah, berlipat, bertulis dan sebagainya. (ii) Kata kerja pasif berawalan ter- seperti terangkat, terbunuh, tercapai dan sebagainya. (iii) Kata kerja pasif ke …..an seperti kecurian, kedinginan, kehujanan dan sebagainya. 64
  • 65. BMM3109 MORFOLOGI BAHASA MELAYU AKTIVITI 1.Secara berpasangan, kenal pasti kata nama am, kata nama khas dan kata ganti nama berdasarkan senarai perkataan yang berikut: Tugu Negara Dia Cangkul Cantik Sepet Hospital Siti Mereka Meja Kuala Lumpur Sedih Komputer Kamu Tun Ali 2. Secara berkumpulan (tiga hingga empat orang), pilih satu petikan akhbar yang sesuai dan jalankan aktiviti berikut: i. Kenal pasti jenis-jenis kata kerja yang terdapat dalam petikan tersebut. ii.Bina ayat yang tepat berdasarkan kata kerja tersebut. LATIHAN 65
  • 66. BMM3109 MORFOLOGI BAHASA MELAYU Isi tempat kosong di bawah ini dengan jawapan yang tepat tentang golongan kata nama dan kata kerja. i. Kata nama ialah kata yang digunakan untuk nama_______, nama______ nama _____dan nama_______. ii. _______ialah kata yang merujuk khusus kepada nama orang, haiwan, benda, perbadanan dan sebagainya serta dieja dengan huruf beasr. iii. Kata nama khas dibahagikan kepada dua, iaitu nama khas ________dan nama khas_______ ___________. iv. Kata ganti nama ialah kata yang menggantikan _____ ______. v. Kata kerja ialah perkataan yang menunjukkan ____________ vi. Kata kerja dibahagikan kepada dua kumpulan, iaitu kata kerja ________dan kata kerja ____ ____________. BAHAN BACAAN Abdullah Hassan. (1980). Linguistik Am untuk Guru Bahasa Malaysia. Petaling Jaya: Penerbit Fajar Bakti. Abdullah Hassan (penyunting) (1983). Rencana Linguistik. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Abdullah Hassan. (2006). Morfologi:Siri Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu. Petaling Jaya:Penerbit Fajar Bakti. Ali Mahmood et.al. (2007). Modul Pembelajaran Morfo Sintaksis Bahasa Melayu:Kuala Lumpur:Open University Malaysia. 66
  • 67. BMM3109 MORFOLOGI BAHASA MELAYU Ali Mahmood et.al. (2010). Modul Morfologi dan Sintaksis Bahasa Melayu:Kuala Lumpur:Open University Malaysia Nik Safiah Karim et.al (1996; 2006). Tatabahasa Dewan. Kuala Lumpur:Dewan Bahasa dan Pustaka Raminah Hj.Sabran dan Rahim Syam. (1985). Kajian Bahasa untuk Pelatih Maktab Perguruan:Penerbit Fajar Bakti. 67
  • 68. BMM3109 MORFOLOGI BAHASA MELAYU TAJUK 6 GOLONGAN KATA BAHASA MELAYU SINOPSIS Tajuk ini akan membolehkan anda mengetahui perkara-perkara berikut: • Konsep golongan kata adjektif dan kata tugas Bahasa Melayu; • Ciri-ciri golongan kata adjektif dan kata tugas Bahasa Melayu; • Jenis-jenis golongan kata adjektif dan kata tugas Bahasa Melayu Untuk pengetahuan anda, kata adjektif ialah kata yang menerangkan sifat atau keadaan sesuatu benda atau kata nama. Oleh itu, kata adjektif boleh berdiri sendiri sebagai frasa adjektif untuk memenuhi tugas predikat sesuatu ayat. Sehubungan itu, kata adjektif boleh disertai oleh kata keterangan amat, sungguh dan sangat. Kata tugas pula hadir dalam ayat, klausa, atau frasa untuk mendukung sesuatu tugas sintaksis tertentu sama ada sebagai penghubung, penerang, penentu, penguat, pendepan, pembantu, penegas, penafi, pembenar, pemeri dan tugas-tugas lain. HASIL PEMBELAJARAN Pada akhir unit ini, anda seharusnya dapat: 1. menghuraikan konsep golongan kata adjektif dan kata tugas Bahasa 68
  • 69. BMM3109 MORFOLOGI BAHASA MELAYU Melayu; 2. mengklasifikasikan ciri-ciri golongan kata adjektif dan kata tugas Bahasa Melayu; 3. mencerakinkan golongan kata adjektif dan kata tugas Bahasa Melayu KERANGKA TAJUK-TAJUK Golongan Kata Bahasa Melayu Jenis-jenis golongan Konsep golongan kata Ciri-ciri golongan kata kata adjektif dan kata adjektif dan kata tugas adjektif dan kata tugas tugas Bahasa Melayu Bahasa Melayu Bahasa Melayu 6.0 KANDUNGAN ISI Untuk pengetahuan anda, kandungan isi untuk topik ini meliputi huraian tentang konsep golongan kata adjektif dan kata tugas Bahasa Melayu, seperti yang dikemukakan khususnya berdasarkan pendapat Nik Safiah Karim et.al (1996, 2006) dan ahli-ahli bahasa yang lain. Perbincangan selanjutnya pula ditumpukan kepada ciri-ciri dan jenis-jenis golongan kata adjektif dan kata tugas Bahasa Melayu. 6.1 Konsep dan Ciri-Ciri Golongan Kata Adjektif Tahukah anda bahawa kata adjektif yang juga dikenali sebagai kata sifat merupakan perkataan yang menjadi unsur inti dalam binaan frasa adjektif?. 69
  • 70. BMM3109 MORFOLOGI BAHASA MELAYU Frasa adjektif pula boleh terdiri daripada satu atau beberapa perkataan yang mengandungi kata adjektif dan unsur lain seperti kata bantu atau kata penguat. Ayat yang mempunyai kata adjektif adalah seperti contoh yang berikut: Ahmad sangat pandai bermain muzik. Pemuda itu baik sungguh. Buah cempedak itu enak sekali. 6.2 Jenis-Jenis Golongan Kata Adjektif Anda tentu telah mengetahui bahawa kata adjektif yang juga dikenali sebagai kata sifat merupakan perkataan yang menjadi unsur inti dalam frasa adjektif seperti manis sekali, sudah lama sungguh, masih lebat lagi. Kata dalam golongan kata adjektif menerangkan keadaan atau sifat sesuatu nama atau frasa nama. Kata adjektif mudah dikenali jika kata berkenaan didahului oleh kata penguat seperti amat, sangat, sungguh, sekali, paling, agak, benar. Kata adjektif boleh terbentuk berdasarkan kata itu sendiri atau terbentuk secara menerima imbuhan; sama ada imbuhan awalan, apitan, atau sisipan (Ali Mahmood et.al. 2007) Menurut Nik Safiah Karim et.al. (2006) kata adjektif terbahagi kepada sekurang-kurangnya sembilan jenis, iaitu (i) kata adjektif sifatan atau keadaan; (ii) kata adjektif warna; (iii) kata adjektif ukuran; (iv) kata adjektif bentuk; (v) kata adjektif waktu; (vi) kata adjektif jarak; (vii) kata adjektif cara; (viii) kata adjektif perasaan; dan (ix) kata adjektif pancaindera Kata adjektif sifatan atau keadaan ialah perkataan yang digunakan bagi menerangkan sifat atau keadaan sebagai unsur keterangan kepada kata nama, seperti contoh berikut: kuat pintar nakal 70
  • 71. BMM3109 MORFOLOGI BAHASA MELAYU keras lemah sihat bijak cergas jahat Contoh ayat: i. Budak nakal selalu kena marah ii. Dia lemah dalam matematik iii. Kubu pertahanan pemberontak itu amat kuat. iv. Anak Pak Kamar bijak sekali. v. Peserta itu berdiri dengan cergas. Kata adjektif warna sebagai unsur keterangan kepada kata nama ialah perkataan yang memberi pengertian warna, seperti contoh berikut: jingga perang hitam putih biru kelabu Contoh ayat: i. Adik suka pakai baju hijau. ii. Pakaian pelajar sekolah berwarna putih. iii. Baju kesukaan saya berwarna kuning. iv. Kereta merah itu kepunyaan abang. v. Dia memiliki mata berwarna biru. Kata adjektif ukuran sebagai unsur keterangan kepada kata nama ialah perkataan yang memberi pengertian ukuran, seperti contoh yang berikut: tebal gemuk panjang nipis kurus pendek tinggi rendah kecil Contoh ayat: i. Buku tebal itu sudah saya baca. ii. Anaknya masih kecil lagi. iii. Badannya semakin kurus. 71
  • 72. BMM3109 MORFOLOGI BAHASA MELAYU iv. Kertas nipis itu tidak boleh digunakan lagi. v. Pokok itu semakin hari semakin tinggi. Kata adjektif bentuk sebagai unsur keterangan kepada kata nama ialah perkataan yang memberi maksud rupa bentuk, seperti contoh berikut: lurus bulat bujur bengkok leper bundar lonjong buncit tajam Contoh ayat: i. Jalan lurus mudah dilalui. ii. Bentuk buah kelapa itu lonjong. iii. Mukanya bujur sirih. iv. Pinggan leper itu untuk pinggan makan. v. Matanya tajam memandang ke hadapan Kata adjektif waktu sebagai unsur keterangan kepada kata nama ialah perkataan yang memberi pengertian konsep masa, seperti contoh yang berikut: kerap awal sering jarang lewat silam baharu dahulu lampau Contoh ayat: i. Kedatangannya lewat hari ini. ii. Dia berada di kampus sehari suntuk. iii. Kenangan silam sukar dilupakan. iv. Nenek masih menyimpan barang-barang lama. v. Cikgu menasihatkan kami supaya datang awal Kata adjektif jarak sebagai unsur keterangan kepada kata nama ialah perkataan yang memberi makna konsep ruang seperti contoh yang berikut: 72
  • 73. BMM3109 MORFOLOGI BAHASA MELAYU nyaris dekat hampir jauh Contoh ayat: i. Rumahnya tidak jauh dari Pejabat Pos. ii. Universiti itu dekat dengan lebuhraya. iii. Dia berdiri hampir dengan kereta saya. Kata adjektif cara sebagai unsur keterangan kepada kata nama ialah perkataan yang memberi pengertian keadaan kelakuan atau ragam, seperti contoh yang berikut: pantas deras ligat lambat gopoh perlahan laju cermat cepat Contoh ayat: i. Kereta itu dipandu dengan laju. ii. Siapa cepat dia dapat. iii. Gasing itu berpusing ligat. iv. Arus sungai itu sangat deras. v. Dia cermat apabila berbelanja. Kata adjektif perasaan ialah perkataan yang digunakan sebagai unsur keterangan kepada kata nama yang memberi pengertian atau konsep perasaan, seperti contoh yang berikut: kasih takut malu sayang hendak geram cinta rindu marah Contoh ayat: i. Dia masih marah kepada saya. ii. Nenek itu terlalu kasih akan cucunya. 73
  • 74. BMM3109 MORFOLOGI BAHASA MELAYU iii. Mereka amat rindu akan kampung halaman. iv. Kanak-kanak itu takut akan kucing. v. Pemuda itu masih malu untuk bersuara Kata adjektif pancaindera sebagai unsur keterangan kepada kata nama ialah perkataan yang membawa konsep sentuh, dengar, pandang, bau, dan rasa seperti contoh yang berikut: ♣ Indera sentuh lembik kasar licin halus kesat keras i. Lantai itu licin kerana baru dicuci. ii. Kulit mukanya sangat halus. iii. Kain yang kesat itu ialah kain lap. iv. Buku itu berkulit keras. v. Dawai kasar itu untuk dibuat ampaian. ♣ Indera dengar nyaring lembut mersik merdu garau serak i. Suaranya merdu bagai buluh perindu. ii. Teriakannya nyaring sungguh. iii. Kebanyakan lelaki bersuara garau. iv. Saya suka mendengar suaranya yang lembut. v. Alunan musik itu mersik. ♣ Indera pandang 74
  • 75. BMM3109 MORFOLOGI BAHASA MELAYU comel hodoh molek cantik buruk segak i. Pemuda segak itu guru saya. ii. Kakaknya suka berpakaian cantik. iii. Rumah buruk itu tidak berpenghuni. iv. Dia ingin mengahwini pemuda tampan. vi. Pakaian pengantin itu molek sungguh. ♣ Indera bau wangi hanyir harum busuk hancing tengik i. Bunga ros itu harum baunya. ii. Bangkai ikan itu menyebabkan bau hanyir. iii. Nasi tengik itu tidak boleh dimakan. iv. Setiap hari dia memakai minyak wangi. v. Bau busuk itu datangnya dari lori sampah. ♣ Indera rasa manis kelat masam masin payau lazat i. Setiap hari kita minum air tawar. ii. Semua orang suka makanan lazat. iii. Buah limau masam rasanya. iv. Saya tidak suka minum ubat pahit. v. Kuih tradisional itu terlalu manis. 75