1. Setelah Cikgu Junid membahagikan kami beberapa
kumpulan, ketua kumpulanku mula membahagikan tugas. Aku
mendapat tugas mencari kayu api. Sebelum itu, ketua kumpulanku
sudah mula berpesan supaya berhati-hati semasa mencari kayu
api. Ketua kumpulan juga mengingatkan kami agar kami sentiasa
mematuhi masa dan berdisiplin. Aku bangga kerana diberi
tanggungjawab membantu kumpulanku.
Semasa aku sedang mencari kayu api, aku terlihat seekor
arnab yang sangat cantik. Aku cuba menangkap arnab itu tetapi
tidak berjaya. Tanpa disangka-sangka aku sudah berada jauh dari
kawasan perkhemahan. Aku tersesat . Pada mulanya aku berasa
agak takut, tetapi aku cuba kuatkan semangat . Ini merupakan satu
cabaran. Hari semakin senja. Aku tidak berputus asa dan terus
mencari jalan ke tempat perkhemahan. Aku mula berasa letih tetapi
aku tidak mengalah.
Sedang aku tercari-cari jalan pulang akhirnya aku tiba di
sebuah perkampungan Orang Asli. Beberapa orang penduduk di
situ membantuku. Aku dilayan dengan baik dan mesra. Pada
keesokan harinya, Tok Batin mengarahkan anak-anak buahnya
membawa aku ke tapak perkhemahan. Rupa-rupanya tapak
perkhemahan aku tidak jauh dari kampung tersebut. Aku
mengucapkan terima kasih kepada Tok Batin dan anak-anak
buahnya kerana sudi membantuku. Aku bersyukur kerana akhirnya
aku selamat tiba di tapak perkhemahan.
2. Bil. Kata kerja/ contoh Nilai murni
1. Ketua kumpulan membahagikan tugas tanggungjawab
2. Ketua kumpulan berpesan Ingat-mengingati/ prihatin
3. Mematuhi masa Menghargai masa/ bijak mengurus masa
4. Berdisiplin Mematuhi peraturan
5. Membantu kumpulan Kerjasama/ menolong
6. Cuba kuatkan semangat berani
7. Tidak berputus asa mencari jalan keluar Berusaha
8. Dilayan dengan baik dan mesra Baik hati/ peramah
9. Mengarahkan anak-anak buah Bertindak pantas
10. Bersyukur Berterima kasih
11. Mengucapkan terima kasih Menghargai jasa/ mengenag budi
12. Selamat tiba bersyukur