Ce diaporama a bien été signalé.
Nous utilisons votre profil LinkedIn et vos données d’activité pour vous proposer des publicités personnalisées et pertinentes. Vous pouvez changer vos préférences de publicités à tout moment.

Geografi Tingkatan 1: Kesan kegiatan manusia terhadap alam sekitar

15 695 vues

Publié le

alam sekitar

Publié dans : Formation
  • Identifiez-vous pour voir les commentaires

Geografi Tingkatan 1: Kesan kegiatan manusia terhadap alam sekitar

  1. 1. UNIT 8 : KESAN KEGIATAN MANUSIA TERHADAP ALAM SEKITAR Geografi Tingkatan 1 by mrrem
  2. 2. • Objektif : • Dalam unit ini anda akan dapat : • Memahami kesan kegiatan manusia terhadap alam sekitar • Mengetahui langkah-langkah untuk mengurangkan kesan kegiatan manusia terhadap alam sekitar • Merumuskan kesan jika alam sekitar tidak dipelihara
  3. 3. Alam sekitar yang luas terbentang ini akan diwarisi oleh anak-anak sekarang. Oleh sebab itu, mereka harus belajar bertanggungjawab menjaga keadaan alam sekitar dari sekarang jika tidak mahu alam sekitar tercemar dan musnah. Dalam unit ini, anda akan memahami kesan kegiatan manusia terhadap alam sekitar. Anda juga akan memelihara langkah-langkah yang diambil untuk memelihara dan memulihara alam sekitar untuk mengurangkan kesan daripada kegiatan-kegiatan itu.
  4. 4. Kesan Kegiatan Manusia terhadap Alam Sekitar Penebangan Pokok dan Kesannya Lihatlah Foto ini, asalnya kawasan ini adalah hutan yang tebal. Kini, hutannya sudah ditebang. Hutan ditebang untuk pelbagai tujuan. Antaranya termasuklah untuk pembalakan, pembinaan jalan raya, petempatan, kilang, perlombongan mineral dan pertanian.
  5. 5. Tanah dan permukaan bumi di kawasan tersebut terdedah pada hakisan air hujan dan angin. Air hujan yang turun akan memecahkan tanah di permukaan bumi dan mengalir ke sungai- sungai. Apabila aliran sungai menjadi perlahan, tanah dan lumpur yang dibawa bersama itu akan mendap di dasar sungai. Dasar sungai pun akan menjadi cetek. Semasa hujan lebat, isi padu air sungai akan bertambah. Air yang berlebihan ini membanjiri kawasan di sekitar sungai. Hal yang demikian membawa beberapa kesan buruk kepada alam sekitar. Air sungai akan tercemar oleh lumpur yang berlebihan. Banjir juga mudah berlaku. Pemendapan air berlumpur mencetekkan dasar sungai – banjir pun mudah berlaku
  6. 6. Selain itu, suhu di kawasan yang terdedah itu akan meningkat. Permukaan bumi pula akan dipanaskan secara berterusan oleh matahari kerana tiada tumbuhan sebagai perlindungan. Udara di sekitarnya turut menjadi panas oleh sebab keadaan permukaan bumi yang panas. Di kawasan itu, angin dapat bergerak tanpa halangan.
  7. 7. Penebangan hutan dapat juga menyebabkan pelbagai jenis tumbuhan semula jadi musnah. Hidupan liar pula akan kehilangan habitatnya. Haiwan, burung dan serangga terpaksa berpindah. Apabila hal ini berlaku, ekosistem di hutan ini tergugat.
  8. 8. Kegiatan penebangan hutan di kawasan tanah tinggi secara berleluasa akan menjejaskan kawasan tadahan dan sumber air. Keadaan ini akan membawa kesan yang lebih buruk terhadap bekalan air kita serta terhadap keadaan alam sekitar.
  9. 9. Kegiatan Pertanian dan Kesannya Manusia menggunakan pelbagai teknik moden untuk meningkatkan pengeluaran hasil tanaman. Baja kimia digunakan untuk meningkatkan kesuburan tanih. Racun serangga digunakan untuk mengawal makhluk perosak. Penggunaan baja kimia, racun serangga, racun kulat dan racun herba akan meninggalkan bahan toksik yang tidak larut air di kawasan sekitar. Contohnya ialah plumbum dan zink dalam baja kimia tidak mudah pupus dan akan terkumpul di dalam tanah. Keadaan ini menyebabkan bahan asid dalam tanah meningkat.
  10. 10. Apabila hujan, bahan tersebut dibawa air hujan ke dalam sungai. Begitulah pencemaran di Sungai Muda yang tercemar oleh penggunaan baja kimia dan racun serangga di kawasan Muda di Dataran Kedah-Perlis. Keadaan begini berlaku juga di Sungai Kelantan di kawasan Kemubu, Kelantan.
  11. 11. Pembinaan Jalan Raya Pembinaan lebuh raya dan jalan raya di cerun curam adalah kerja yang berbahaya dan sukar dilaksnakan. Sebahagian Lebuh Raya Utara-Selatan dan Lebuh Raya Karak dibina di kawasan cerun tanah tinggi. Kerja memotong cerun bukit untuk membina jalan raya ini menyebabkan kejadian hakisan cerun oleh air hujan.
  12. 12. Gelongsoran tanah dan tanah runtuh sering berlaku di kawasan ini. Pada 30 Januari 1995, pergerakan aliran lumpur dan batu menurun ke jalan raya di Genting Sempah menuju ke Tanah Tinggi Genting menyebabkan 21 orang terbunuh dan 22 orang cedera. Pada Januari 1996, tanah runtuh berlaku di Lebuh Raya Utara-Selatan dekat dengan Gua Tempurung, Ipoh. Kajian menunjukkan bahawa tanah runtuh ini mungkin berlaku sebagai akibat hakisan tanah dan air yang bertakung di atas cerun bukit.
  13. 13. Langkah-langkah Mengurangkan Kesan Kegiatan Manusia terhadap Alam Sekitar Penanaman Semula Jabatan Perhutanan memastikan kawasan yang telah ditebang secara haram atau secara sah ditanam semula. Contohnya, spesies pokok yang cepat tumbuh dan bermutu seperti akasia, batai dan sesenduk ditanam di Bukit Tinggi di Pahang. Pokok medang teja pula ditanam di negeri Kedah. Hal ini memastikan bekalan kayu yang bermutu berterusan. Kawasan hutan paya air masin yang telah ditebang juga ditanam semula. Contohnya ialah penanaman semula pokok bakau di Hutan Simpan Paya Laut di Larut Matang, Perak. Selain itu, hutan semula jadi dipelihara supaya dapat hidup dengan baik dan tidak diceroboh.
  14. 14. Menanam pokok
  15. 15. Penggunaan Kaedah Biologi dalam Pertanian Petani-petani digalakkan menggunakan baja organik atau baja asli untuk menggantikan penggunaan baja kimia. Baja organik dapat diperoleh daripada najis haiwan dan sisa tanaman. Baja jenis ini adalah murah dan tidak perlu diproses. Contohnya, peladang lada hitam di Sarawak menggunakan guano (najis burung dan kelawar) sebagai baja. Pengusaha ladang sawit di Malaysia sudah menggunakan kaedah biologi untuk mengawal makhluk perosak. Ular dan burung hantu digunakan di ladang kelapa sawit untuk menangkap tikus yang memakan buah kelapa sawit. Di ladang kelapa sawit dan koko pula, sejenis lalat digunakan untuk mengawal ulat karung (larva sejenis kupu-kupu) yang memakan daun pokok-pokok. Lalat ini bertelur di dalam badan ulat karung. Apabila telur lalat itu menetas, larva lalat itu akan memakan ulat karung tersebut. Kaedah-kaedah biologi ini dapat menggantikan penggunaan racun kimia yang akan mencemarkan alam sekitar.
  16. 16. Pemeliharaan Cerun Tinggi Tarahan dibuat untuk merendahkan kecerunan jalan raya Cerun bukit yang telah ditarah mudah mengalami hakisan. Oleh sebab itu, langkah pemeliharaan cerun bukit perlu dilakukan. Aliran air di kawasan tersebut diperbaiki melalui pembinaan longkang konkrit di cerun. Telaga dikorek di cerun untuk mengeluarkan air yang berlebihan. Paip dimasukkan ke dalam tanah di cerun tersebut untuk memungkinkan air mengalir keluar. Hal ini akan mengelakkan air bertakung dan gelongsoran tanah dapat dielakkan di kawasan tersebut.
  17. 17. Rumusan tentang Kesan-kesan yang Dialami

×