Dokumen tersebut memberikan penjelasan mengenai berbagai jenis alat tangan yang digunakan dalam kemahiran hidup bersepadu tingkatan 2 beserta fungsinya. Antaranya termasuk pita pengukur, pembaris keluli, sesihu L, tolok penanda, tolok serong, gergaji tangan, gergaji puting, dan gergaji lengkung halus.
2. Pita Pengukur
Digunakan untuk mengukur jarak yang lebih
panjang dari pembaris keluli.
Berukuran antara 3 hingga 6 meter.
2 Hak Cipta : Graze Garai PKG Kanowit
3. Pembaris Keluli
Hak Cipta : Graze Garai PKG Kanowit3
Digunakan untuk mengukur dan menanda jarak,
membuat garisan lurus serta memindahkan
ukuran.
Diperbuat daripada keluli yang tidak berkarat dan
biasanya berukuran 300 mm (12") panjang.
4. Sesiku L
Terdapat dalam berbagai saiz yang ditentukan oleh
panjang bilahnya.
Bilah dan tonggak dibina bersudut 90°.
Ia berfungsi untuk:
membuat garisan bersudut tepat (90°)
menguji kepersegian
menguji kerataan permukaan kayu
4 Hak Cipta : Graze Garai PKG Kanowit
5. Tolok Penanda
Hak Cipta : Graze Garai PKG Kanowit5
Digunakan untuk:
membuat garisan selari dengan muka atau tepi
kayu
menanda tebal atau lebar pada beberapa kepingan
kayu
Untuk mendapat garisan tanda yang tepat,
pastikan:
taji sentiasa tajam
skru tangan diketat dengan betul
muka tonggak sentiasa bersentuh dengan
permukaan kayu apabila menggunakannya
6. Tolok Serong
Digunakan untuk
menanda dan
memindahkan sudut yang
bukan 90°.
Skru pelaras digunakan
untuk melonggar dan
mengetatkan bilah tolok
serong.
Untuk mendapatkan sudut
yang tepat, pastikan muka
tonggak atau badan
sentiasa bersentuh rapat
dengan permukaan kayu
apabila menggunakannya.
6 Hak Cipta : Graze Garai PKG Kanowit
7. Gergaji Tangan
Digunakan untuk memotong secara kerat dan
belah.
Ada dua jenis :
mengerat kayu — memotong melintangi urat kayu
membelah kayu — memotong selari dengan urat
kayu
Saiz gergaji di tentukan oleh:
panjang bilah
bilangan gigi setiap 25 mm (1 inci)
Panjang bilah adalah antara 55 - 70 mm.7 Hak Cipta : Graze Garai PKG Kanowit
8. Gergaji Puting
Digunakan untuk:
memotong kayu bersaiz kecil
memotong tanggam kayu
Jalur logam di bahagian atas bilah melurus dan
menguatkan bilah gergaji.
Saiznya ditentukan oleh panjang bilah dan dijual
dalam ukuran panjang 250 - 300 mm dengan 12 -
14 gigi setiap 25 mm (1 inci).
8 Hak Cipta : Graze Garai PKG Kanowit
9. Gergaji Lengkung Halus
Digunakan untuk menggergaji bentuk lengkung
pada bahan nipis.
Saiznya ditentukan oleh panjang bilah gergaji.
Mata gergaji dipasang menghala ke hulu.
9 Hak Cipta : Graze Garai PKG Kanowit
10. Tukul Kuku Kambing & Tukul
Warrington
Digunakan untuk menukul dan mencabut paku.
Saiznya ditentukan oleh berat kepalanya.
Digunakan untuk menukul paku kecil dan kerja
ketukan ringan.
Saiznya ditentukan oleh berat kepalanya.
10 Hak Cipta : Graze Garai PKG Kanowit
11. Pahat Tepi Serong
Digunakan untuk :
kerja menatal tanggam
membersihkan bucu tanggam
kerja meraut
Saiznya ditentukan mengikut lebar mata
pemotong.
Saiz yang biasa digunakan adalah antara 4 mm
hingga 25mm.
Mata pahat dibuat daripada keluli berkarbon
tinggi.
Mata pemotong hendaklah diasah pada sudut 25°
- 30° supaya sentiasa tajam.11 Hak Cipta : Graze Garai PKG Kanowit
12. Kikir Parut
Digunakan untuk:
merata dan mengikir kayu dengna cepat
membentuk lengkuk pada tepi kayu
Saiz kikir parut dikelaskan mengikut panjang kikir
dan gred giginya.
Ada empat jenis:
kikir rata
kikir separuh bulat
kikir bulat
kikir tiga segi
12 Hak Cipta : Graze Garai PKG Kanowit
13. Gandin Kayu
Digunakan untuk:
kerja pemasangan projek
menukul pahat
Saiz gandin ditentukan oleh saiz kepalanya.
Terdapat dua jenis gandin kayu, iaitu:
gandin kepala segi empat
gandin kepala bulat
Kepala gandin biasanya dibuat daripada kayu,
getah, plastik atau kulit.
13 Hak Cipta : Graze Garai PKG Kanowit
14. Mesin Gerudi Mudah Alih
Mesin gerudi ini mudah dibawa dan sesuai
digunakan untuk menggerudi lubang yang
berdiameter kecil.
Ia mempunyai tiga bahagian utama:
Suis - menghidup dan mematikan putaran motor
Motor - memutar bindu
Bindu - mencengkam dan memutar mata gerudi
Mesin gerudi mudah alih boleh menggerudi
lubang secara menegak atau mendatar.
14 Hak Cipta : Graze Garai PKG Kanowit