1. Kami tiba di kota Sanliurfa di Turki, tempat kelahiran Nabi Ibrahim dan makam Nabi Ayyub.
2. Kami mengunjungi Masjid Mevlid Rahman yang berdekatan dengan gua tempat kelahiran Nabi Ibrahim.
3. Kota ini diperkirakan berusia 12,000 tahun berdasarkan artifak-artifak yang ditemukan.
3. Kami tiba di Sanliurfa dengan menaiki kapal terbang dari Trabzon
melalui Angkara pada waktu malam 20 November 2018. Kami
menginap di sebuah hotel antik berhampiran dengan Masjid Mevlid
Rahman yang merujuk kepada Nabi Ibrahim. Keesokan harinya aku
berjalan kaki ke masjid tersebut untuk menunaikan solat subuh.
Jaraknya tidak jauh tetapi sejuknya mencengkam hingga ke tulang.
Tetapi hatiku sangat teruja kerana dapat solat subuh berjemaah di
tempat kelahiran Khalilul Rahman Nabi Ibrahim kerana di tepi masjid
itu terdapat sebauh gua yang dikatakan tempat kelahiran nabi
tersebut. Daripada artifak-artifak yang didapati, bandar ini
diperkirakan berusia lebih kurang 12,000 tahun.