Abstrak Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk mengkaji persepsi pelajar terhadap lokus kawalan dalaman dan luaran untuk menceburi bidang keusahawanan. Kajian ini melibatkan pelajar bumiputera semester akhir Politeknik Mukah Sarawak yang telah mengambil kursus PB201 Entrepreneurship dan FP601 Cyberpreneurship. Seramai 186 orang responden yang dipilih dari 351 populasi pelajar dan diedarkan borang soal selidik bagi memperolehi maklumat kajian yang diperlukan. Dapatan kajian mendapati bahawa faktor lokus kawalan dalaman pelajar pada tahap yang sederhana untuk menarik minat dan mendorong mereka menceburi bidang keusahawanan. Hasil kajian juga mendapati faktor lokus kawalan luaran pula adalah pada tahap sederhana tinggi untuk mereka menceburi bidang keusahawanan. Lokus kawalan keusahawanan amatlah penting bagi memastikan pelajar dapat mempengaruhi kemampuan diri mereka dalam menentukan minat mereka dalam bidang keusahawanan. Hal ini selaras dengan kehendak tranformasi Politeknik agar berupaya melahirkan graduan yang mampu memenuhi kehendak pasaran dan pembinaan persepsi positif dalam kalangan masyarakat terhadap pendidikan di Politeknik khususnya. Kata Kunci: Lokus Kawalan Dalaman dan Luaran, Usahawan, Keusahawanan