Ce diaporama a bien été signalé.
Nous utilisons votre profil LinkedIn et vos données d’activité pour vous proposer des publicités personnalisées et pertinentes. Vous pouvez changer vos préférences de publicités à tout moment.
BORANG SINOPSIS BUKU
Nama Sekolah: SK KEPALA BATAS, JITRA Kod Sekolah: KBA4031
1. Nama Guru Rosmah binti Abdul Rahim
2. Ju...
8. Nilai Pengetahuan / Pengajaran
Buku ini mengajar pembacanya bagaimana untuk mengawal sifat marah. Amarah yang tidak
ter...
Prochain SlideShare
Chargement dans…5
×

Menangani sifat marah

sinopsis buku

  • Soyez le premier à commenter

Menangani sifat marah

  1. 1. BORANG SINOPSIS BUKU Nama Sekolah: SK KEPALA BATAS, JITRA Kod Sekolah: KBA4031 1. Nama Guru Rosmah binti Abdul Rahim 2. Judul Menangani Sifat Marah 3. Bidang: Motivasi 4. Pengarang Dato Dr Hj Mohd Fadzilah Kamsah, Mumtazah Tumian dan Mahfuzah Omar 5. Muka Surat:104 6. Terbitan Telaga Biru sdn. bhd 7. Sinopsis : Buku ini membincangkan panduan untuk individu menangani sifat marah yang ada dalam diri. Sifat marah ini ditamsilkan seperti seekor singa yang berada dalam diri manusia. Seekor singa yang lepas bebas boleh membahayakan ramai orang. Dia akan menjadi anti sosial, ego, dan garang. Ianya digelar raja binatang. Namun sebaliknya, seekor singa yang telah dijinakkan mampu menjadi penghibur seperti singa sarkas. Ia juga mampu menjadi hero dalam filem, pergerakannya lemah lembut sehingga kanak-kanak pun mampu terpikat kepadanya, Begitulah sifat marah dalam jiwa manusia, jika tidak terkawal mampu mengundang musibah. Marah harus dikawal seperti penjaga zoo melatih singa. Makanannya tetap daging mentah tetapi tidak menyerang sesuka hati seperti singa di hutan ketika mencari makanan. Sifat marah yang terkawal akan mengubah manusia menjadi makhluk “super” seperti yang terjadi kepada Khalifah Umar Al Khatab. Sebelum Islam dia umpama singa setelah Islam juga dia tetap singa. Malah singanya Umar setelah Islam telah menjadikan Islam itu bertambah kuat serta menjadi dalil sejarah yang menjadi contoh mukmin sejati sehingga ke hari ini. Antara cadangan buku ini untuk mengawal sifat marah ialah mengamalkan sift-sifat terpuji, mencintai Allah dan Rasul,dan hidup berkeluarga dengan mewujudkan suasana tenteram dan harmonis. Selain itu, menerusi buku ini disertakan juga cerita-cerita motivasi, potongan ayat al Quran dan al Hadis yang menjadi panduan untuk mengawal sifat marah. Terdapat juga doa-doa yang disarankan untuk menjadi amalan sekeluarga.
  2. 2. 8. Nilai Pengetahuan / Pengajaran Buku ini mengajar pembacanya bagaimana untuk mengawal sifat marah. Amarah yang tidak terkawal akan mengundang natijah negatif terhadap individu dan masyarakat di sekelilingnya. Marah yang tidak terkawal akan mencetuskan pergaduhan, mengundang kemurungan, menjadikan diri dibenci, mengganggu kesihatan minda, menjejaskan kesihatan seperti cepat tua, sakit jantung, darah tinggi dan jangkitan kuman. Di samping itu, pembaca dicadangkan kaedah-kaedah untuk mengawal kemarahan seperti beristighfar, kurang menimbulkan provokasi, jangan menambahkan kemarahan orang lain yang sedang marah, benarkan atau iakan hujah orang yang sedang marah, segera mengingati diri bahawa marah bukan penyelesaian masalah, segera ingat marah bukan tindakan manusia bertamadun, memperlahankan intonasi suara ketika di khalayak, jangan memandang muka orang yang sedang marah, lepaskan kemarahan dengan menjerit di tempat sunyi dan segera berwuduk dan bersembahyang sunat. “Firman Allah SWT “Sesungguhnya solat itu akan mencegah daripada perbuatan keji dan mungkar”. (Al Ankabut : 45) 9. Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi / P&P Buku ini banyak menyalurkan idea bagaimana kaedah dan pendekatan yang sesuai untuk mengubah tabiat manusia yang sering marah kepada sikap yang positif. Tugas guru berhadapan dengan pelajar yang juga masih di usia anak-anak yang banyak karenah. Pelajar sekolah seringkali melakukan salah laku dan acap kali menimbulkan provokasi kepada guru. Oleh itu, guru perlulah bijak mengawal emosi supaya permasalahan pelajar ini ditangani dengan berhemah dan bijaksana. Guru perlu mengawal kemarahan kerana marah yang tidak terkawal akan mengakibatkan tindakan yang kurang bijak seperti melempang dan memukul di luar batasan manusia. Guru-guru merupakan ibu bapa kepada pelajar-pelajar ini di sekolah. Di samping menyalurkan ilmu adalah menjadi tanggungjawab seorang guru untuk mendidik pelajarnya dengan nilai-nilai yang baik. Berikanlah contoh yang baik kepada mereka.

×