10. TEMAN IDAMAN Kawan ketawa mudah dicari Kawan menangis sedikit sekali Untuk lebih berhati-hati Ungkapan atas baik diteliti
11. TEMAN IDAMAN Ada hikmah penciptaan Bersuku puak bangsa keturunan Matlamat utama berkenal-kenalan Melihat siapa yang lebih ketaqwaan
12. TEMAN IDAMAN Dalam al-quran ada penjelasan Al hujurat ayat 13 ianya dikhususkan Untuk kita mengambil panduan Tentang maksud dan tujuan kejadian
13. TEMAN IDAMAN Rasulullah pernah bersabda ‘ Seseorang atas agama rakannya ’ Oleh itu harus waspada Siapa yang bakal menjadi temannya
14. TEMAN IDAMAN Begitu keras bunyinya Untuk peringatan kita bersama Pilih bukan mengikut rasa Khuatir kelak buruk padahnya
15. TEMAN IDAMAN Dengan itu dinasihatkan Kepada semua insan budiman Bijak dalam berteman Tergolong dalam teman idaman
16. TEMAN IDAMAN Pertanyaan pada yang telah berteman Adakah ciri-ciri teman idaman Sepertimana yang dicatatkan Mohon diambil perhatian
17. TEMAN IDAMAN Taat segala suruhan agama Tinggal segala yang dilarangnya Ambil kira pesan Ibu dan bapa Akhlak mulia sentiasa terjelma
18. TEMAN IDAMAN Ringan tangan hulur bantuan Kepada rakan yang memerlukan Jangan ingat pada balasan Ikhlaskan dalam setiap amalan
19. TEMAN IDAMAN Tumpukan dalam pengkuliahan Agar selesa guru yang menyampaikan Jangan suka mengacau bilaukan Khuatir ilmu tiada keberkatan
20. TEMAN IDAMAN Tidak abai dalam tuntutan Terutama maju dalam pendidikan Biarpun banyak halangan mendatang Cita-cita menjadi keutamaan
21. TEMAN IDAMAN Tidak lalai dalam keseronokan Atau berlebih dalam hiburan Kelak menyesal masa hadapan Mengejar impian tak kesampaian
22. TEMAN IDAMAN Tidak sekali mahu mencuri Bukan hak diri sendiri Kelak dosa yang menanti Dan doa mereka yang dizalimi
23. TEMAN IDAMAN Tidak terikat mencari pasangan Atau tidak keterlaluan Kelak merosak akal fikiran Jadi seperti tidak siuman
24. TEMAN IDAMAN Tidak lupa asal usul kelahiran Dari mana kita datang Agar terasa nikmat kejayaan Tanpa digelar lupa daratan
25. TEMAN IDAMAN Teman yang baik umpama kasturi Berbau harum walau tidak dimiliki Teman yang jahat bak tukang besi Walau tidak dibuat, bauannya tetap menjadi saksi
26. TEMAN IDAMAN Pujangga ada berkata Untuk kita renung bersama Berkawan dengan lapan jenis ykarakternya Bakal mengundang lapan akibatna