1. PAPARAN SEJARAH ISLAM: ABAD KE-11-15
Senin, 30 Mei 2011
Selama ini kita amat jarang memperoleh sumber-sumber yang asli untuk menguraikan
suasana abad 11 hingga ke 14 Hijrah dalam dunia ilmiah. Kalau diperoleh pun
kebanyakannya dari aliran islah. Kitab-kitab yang memperlihatkan fakta bagi sejarah bagi
jarak tersebut amat jarang dicetak seperti kitab al-Imdad karya Salim bin Abdullah al-Bashri
dll. Tetapi sepanjang penelitian saya, berjaya menemui seorang tokoh moden yang
melakukan kajian Ph.Dnya berdasarkan maklumat sama ada yang makhtutat atau yang
tercetak atau yang telah lama tercetak. Tokoh tersebut ialah Rektor IAIN, Dr. Azyumardi
Azra. Sempena hari raya Idul Fitri akan ducuba menampilkan pengsucian kekeliruan faktafakta yang wajar diketahui agar tidak bersalah sangka terhadap mana-mana aliran.... Tujuan
pemaparan hal ini juga untuk mengelakkan kita daripada menipu kerana menipu fakta itu
adalah dosa dan bagi yang telah mengetahui perteguhkan kembali. Selama ini, kita dok kritik
orientalis tetapi kalau kita bercakap bukan di atas fakta sebenarnya apakah bezanya kita
dengan orientalisme itulah sebab saya kemukakan petikan yang panjang di bawah
Saya berpegang di atas dunia ini mesti ada secara kesinambungan akan kebenaran
berdasarkan hadis mutawatir, "Akan sentiasa ada segolongan umatku yang zahir berada di
atas kebenaran hingga hari akhirat . . . "
Dr.
Azyumardi
Azra
berkata
dalam Jaringan Ulama, sebagai berikut:
"Periodisasi
dalam
sejarah
sering
menyesatkan,
sebab
ia
menyiratkan
ketidaksinambungan (discontinuity). Sejarah sosio-intelektual, khususnya tidak berhenti atau
dimulai dengan kekosongan dalam masa tertentu. Hal ini harus ditekankan lebih dulu
sebelum kita mempelajari jaringan ulama pada abad ke-18M. Alasannya sederhana;
sebahagian para ulama terkemuka yang dibicarakan sebelumnya masih hidup hingga awal
abad ke-18 M. Dengan pijakan yang sama, beberapa ulama yang kita masukkan dalam
jaringan abad ke-18 M. sudah mulai merintis karier mereka dan mencapai kemasyhuran
sebelum penutupan abad ke-17M. Kebanyakan para ulama ini, sampai taraf tertentu, telah
dibahas sebelumnya. Tetapi, sebahagian mereka mulai membina diri dan memainkan peranan
mereka dalam jaringan pada abad ke-18M.
Lebih jauh lagi, dalam pengertian kandungan intelektual, dalam periode abad ke-18M
kita juga melihat banyak tanda-tanda kesinambungan dengan apa yang telah muncul dalam
2. periode sebelumnya. Tetapi ada juga perubahan-perubahan; beberapa kecenderungan baru yang juga dapat dianggap sebagai memuncak dari kecenderungan periode sebelumnya berkembang dengan cara yang agak berbeda. Dalam bahagian ini, saya akan menelaah
jaringan ulama dari abad ke-18M dan hubungan-hubungan utama mereka di Afrika dan Asia.
Saya juga akan membahas kesinambungan dan perubahan kandungan religio-intelektual
jaringan ulama tersebut.
Jaringan di Pusat dan Hubungan Asia
Sebagaimana telah dikemukakan, Ibrahim al-Kurani, salah seorang tokoh paling
berpengaruh di dalam jaringan ulama, telah berpulang menjelang akhir abad ke-17M. Tetapi
yang
berpusat
di
al-Haramain
tidak
kehilangan
momentumnya
(yakni
daya
perkembangannya). Peranan kepemimpinan kini berada di tangan para murid utamadari alKurani dan rakan-rakan seangkatan dengannya yang terkemuka; mereka jelas dominan dalam
inti jaringan tersebut di al-Haramain pada dasawarsa-dasawarsa awal abad ke-18M. Yang
paling penting di antara mereka ialah Hasan al-'Ujaimi, Ahmad al-Nakhli, Abu Thahir alKurani, Abdullah al-Bashri dan Abdul Hadi al-Sindi (Abu l-Hasan al-Sindi al-Kabir). Seperti
akan segera kita lihat, beberapa murid para ulama ini merupakan inti generasi berikutnya
dalam jaringan ulama ke-18 M. Kerana itu, orang-orang berilmu ini menjadi mata rantai
penting antara generasi al-Syinnawi, al-Qusyasyi dan al-Kurani, dengan para ulama yang
berkembang pada separuh kedua abad ke-18M.
Seorang tokoh yang sangat penting dalam jaringan ulama generasi selanjutnya dalam
abad ke-18 ialah Muhammad Hayyat bin Ibrahim al-Sindi al-Hanafi (w. di Madinah pada
1163H/1749M).{1} Seperti terlihat dari namanya, beliau dilahirkan di Sind, di mana beliau
mendapatkan pendidikan awalnya. Di kemudian hari, setelah melakukan ibadah haji ke
Makkah, beliau memutuskan menetap di Madinah, di mana beliau belajar bersama, antara
Abu al-Hasan al-Sindi (al-Kabir), Hasan al-'Ujaimi, 'Abdullah al-Bashri dan Abu Thahir alKurani. Tidak jelas apakah di samping mempelajari berbagai-bagai disiplin Islam,
Muhammad Hayat menerima tarekat-tarekat dari mereka. Besar kemungkinan, beliau
diinisiasi semua ulama tersebut ke dalam tarekat-tarekat dari mereka. Tetapi al-Jabarti
menyatakan, beliau diinisiasi ke dalam tarekat Naqsyabandiyyah oleh Sayyid Abdurrahman
al-Saqqaf Ba'alawi (w.1140H/1727M di Madinah).{2} Beliau terutama sangat dekat dengan
Abdul Hadi al-Sindi; beliau menggantikannya untuk mengajar di halaqahnya di Masjid Nabi
setelah Abdul Hadi meninggal dunia.
Teristimewa dikenal sebagai seorang muhaddits dengan reputasi lumayan di
Haramain, erti penting Muhammad Hayyat kerana beliau merupakan salah seorang dari
3. sedikit tokoh yang menghubungkan jaringan ulama secara langsung dengan Muhammad bin
Abdul Wahhab yang termasyhur (1115-1201H/1703-87M). Menerusi hubungan inilah yang
memungkinkan kita mengesan asal-usul ajaran-ajaran Wahhabiyyah. Seperti dikatakan Ibnu
Bisyr, Ibnu Abdul Wahhab diperkenalkan gurunya, Abdullah bin Ibrahim bin Sayf al-Najdi
al-Madani kepada Muhammad Hayyat, yang dikenal baik oleh keluarganya. Ibnu Abdul
Wahhab kemudian belajar bersama dan menemani Muhammad Hayyat.{3} Namun sumbersumber yang ada tidak memberi petunjuk bila dan berapa lama Ibnu Abdul Wahhab belajar
kepada Muhammad Hayyat.
Lebih jauh lagi, menurut Ismail Muhammad al-Anshari{4}, Ibnu Abdul Wahhab di dalam
salah satu isnad hadisnya meriwayatkan bahawa beliau juga belajar di Madinah kepada Ali
"Affandi" b. Shadiq b. Ibrahim al-Daghistani (1115-99H/1703-85M). Ali al-Daghistani,
menurut al-Muradi, meninggalkan tanah airnya untuk menuntut ilmu. Di Madinah, beliau,
antara lain, belajar kepada Muhammad Hayyat. Dalam hubungan dengan Ibnu Abdul
Wahhab, jelas bahawa Ali al-Daghistani juga mengajar murid-murid, sementara beliau
menambah ilmunya sendiri. Di kemudian hari, beliau bertempat tinggal di Damsyik.{5}
Seorang tokoh penting lain yang menghubungkan Ibnu Abdul Wahhab dengan
jaringan ulama ialah Abdullah al-Bashri, yang juga merupakan salah seorang guru utama
Muhammad Hayyat.{6} al-Kattani dalam penjelasannya tentang Muhammad 'Abid b. Ali alSindi al-Madani (w.1258H/1842M di Madinah), mengatakan, Muhammad 'Abid memiliki
sebuah isnad hadis; di situ terlihat beliau menerima hadis-hadis dari Ibnu Abdul Wahhab,
yang mendapatkannya daripada ayahnya, seorang mufti Najd, yang memperolehnya secara
langsung daripada Abdullah al-Bashri.{7}
Tetapi al-Kattani cenderung menolak perkiraan bahawa Ibnu Abdul Wahhab sendiri
belajar langsung kepada Abdullah al-Bashri, sebab yang terakhir itu meninggal pada
1134H/1722M, iaitu ketika Ibnu Abdul Wahhab berusia sembilan belas tahun dan kerananya
al-Kattani percaya, tidak mungkin telah belajar kepadanya; paling pantas beliau hanya belajar
kepada murid-muridnya terdekat. Ini jelas bukan merupakan argumen yang meyakinkan,
terutama jika kita pertimbangkan kenyataan bahawa Ibnu Abdul Wahhab pada usia dua belas
tahun telah pergi ke Haramain dan menerjunkan dirinya ke dalam wacana ilmiah di sana.
Lebih-lebih lagi, kerana ayahnya telah menerima hadis secara langsung daripada al-Bashri,
sangat mungkin Ibnu Abdul Wahhab diperkenalkan ayahnya kepada dan selanjutnya belajar
kepada al-Bashri.
Muhammad Hayyat jelas termasuk di antara ulama yang memberi pengaruh kuat pada
Ibnu Abdul Wahhab. Al-Anshari mengesankan bahawa Muhammad Hayyat memberikan
4. pengaruh paling besar atas pandangan-pandangan keagamaan Ibnu Abdul Wahhab, terutama
menyangkut pentingnya doktrin tauhid, penentangan terhadap taqlid dan perlunya kembali
kepada al-Quran dan hadis.{8} Muhammad Hayyat, seperti juga kebanyakan tokoh di dalam
jaringan ulama, menentang pertikaian yang tak perlu di antara mazhab-mazhab dan
sebaliknya, mengajarkan toleransi dan rekonsiliasi. Lebih jauh lagi, beliau menghimbau
ulama melakukan ijtihad berdasarkan al-Quran dan al-Hadis. Beliau juga menentang inovasi
yang tak berdasar (bid'ah dhalalah) yang dapat membawa kepada syirik, menyekutukan
Tuhan dengan ciptaan-Nya.{9}
Kegigihan Muhammad Hayyat menyangkut masalah-masalah ini juga dicatat oleh
Salih al-Fullani, yang karier dan peranannya dalam jaringan ulama akan segera dibahas.
Dengan mendasarkan dirinya pada penjelasan-penjelasan beberapa gurunya yang menjadi
murid Muhammad Hayyat, al-Fullani mengutipnya dan berkata:
"Adalah wajib bagi setiap muslim berusaha sekuatnya (yajtahid) untuk mengetahui
makna al-Quran dan untuk mengikuti dan memahami erti hadis dan turunan aturan-aturan
hukum daripada kedua-duanya. Jika dia tidak mampu melakukan hal itu, dia harus mengikuti
(yuqallid) para ulama tetapi tidak usah mematuhi satu mazhab tertentu sebab melakukan hal
itu bererti menganggap mazhab (iaitu pembawanya) tersebut sebagai seorang nabi.
Sesungguhnya dia harus mewaspadai setiap mazhab . . . Sedangkan mengenai inovasi yang
diperkenalkan rakan-rakan sezaman kita untuk berpegang pada suatu mazhab tertentu dan
menganggap tidak layak beralih dari satu mazhab ke mazhab yang lain, ini sama dengan
kebodohan, bid'ah dan kesewenang-wenangan. Kita lihat mereka mengabaikan hadis sahih
yang tidak dapat dibatalkan dan berpegang pada mazhab mereka tanpa ada rangkaian perawi
(sanad)."{10}
Penentangan terhadap bid'ah dan praktik-praktik syirik adalah dua di antara doktrin-doktrin
penting daripada Ibnu Abdul Wahhab. Hampir bisa dipastikan, beliau mendapatkannya
daripada Muhammad Hayyat. Ibnu Bisyr menyampaikan sebuah cerita bahawa Ibnu Abdul
Wahhab dalam suatu kesempatan memandang beberapa orang muslim yang sedang berdoa di
pusara nabi dengan harapan melalui perantaraan beliau mereka akan diselamatkan.
Muhammad Hayyat mendekati Ibnu Abdul Wahhab dan - sementara menunjuk dengan
jarinya ke arah orang-orang muslim itu - berkata bahawa apa yang sedang mereka lakukan itu
sangat salah tetapi sayang mereka tidak menyedarinya.{11} Perlu juga dikemukakan,
Muhammad Hayyat menulis sebuah buku yang menyatakan bahawa penggunaan tembakau
[Persia] (tubak) tidak boleh (tahrim). Dengan segera hal ini mengundang diskusi hangat di
kalangan para ulama di Haramain.{12} Telah umum diketahui, Ibnu Abdul Wahhab dan
5. kaum Wahhabi dengan keras melarang merokok tembakau dan kerananya tidak diragukan
lagi Ibnu Abdil Wahhab mengambil ajaran ini daripada Muhammad Hayyat.{13}
Meskipun terdapat perkaitan doktrin yang jelas di antara mereka, tidak ada bukti
bahawa Muhammad Hayyat secara langsung bertanggungjawab menghasut Ibnu Abdul
Wahhab menyebarkan gerakan radikalnya.{14} Dan juga tidak ada indikasi bahawa Abdullah
b. Ibrahim b. Sayf, guru utama lain Ibnu Abdul Wahhab, menyuruhnya melakukan hal itu.
Sebagai seorang ulama terkemuka yang menguasai fiqh Hanbali dan hadis di Madinah, Ibnu
Sayf mengagumi Ibnu Taymiyyah, yang menyerukan kepada kaum muslim untuk kembali
kepada al-Quran dan al-Hadis serta meninggalkan praktik-praktik bid'ah mereka. Dan besar
kemungkinan beliau menyuruh Ibnu Abdul Wahhab membaca karya-karya Ibnu Taymiyyah.
Ibnu Sayf, mengikuti Ibnu Taymiyyah, percaya bahawa pembaharuan harus dilaksanakan
untuk menyebarkan pemhaman serta praktik-praktik Islam yang benar; tetapi beliau
menyarankan agar pembaharuan itu dijalankan dengan cara-cara damai seperti melalui
pengajaran. {15} Juga dilaporkan bahawa Ibnu Sayf mengatakan pada Ibnu Abdul Wahhab
bahawa senjata baik lainnya untuk memerangi keyakinan dan praktik-praktik agama yang
tidak benar adalah buku-buku. {16}
Telah banyak dilakukan pembahasan di kalangan sarjana tentang asal-usul
radikalisme Ibnu Abdul Wahhab. Latar belakang peribadinya tampaknya sangat
mempengaruhi sikap radikalnya. Tetapi, sumber dari ajaran-ajarannya adalah para guru
utamanya di atas; ajaran-ajaran Ibnu Abdul Wahhab tidak datang daripada orang lain atau
tempat lain. Meskipun para gurunya tidak pernah menyuruhnya untuk melahirkan perubahan
keagamaan dengan cara radikal seperti yang dilakukannya, beliau jelas terdorong oleh
kecenderungan pembaharuan intelektual di dalam jaringan ulama. Namun Ibnu Abdul
Wahhab mendorong bandul pembaharuan jauh lebih keras dibanding semua tokoh lain di
dalam jaringan ulama.
Ibnu Abdul Wahhab bukanlah satu-satunya murid Muhammad Hayyat. Selain
sejumlah murid dari India yang kurang begitu terkenal {17}, beliau mempunyai seorang
murid lain yang menonjol. Namanya Muhammad b. Abdul Karim al-Madani al-Syafiei, yang
lebih terkenal sebagai al-Sammani. Dilahirkan di Madinah dari keluarga Quraysy, alSammani
(1130-89H/1718-75M)
menikmati
kemasyhuran
sebagai
pendiri
tarekat
Sammaniyyah.{18} Beliau melewatkan hidupnya kebanyakan di Madinah, tinggal di dalam
rumah bersejarah milik Abu Bakar al-Shiddiq. Al-Sammani mengajar di Madrasah
Sanjariyyah, yang didatangi ramai murid dari negeri-negeri jauh. Beliau diriwayatkan pernah
6. bepergian ke Yaman dan Mesir pada tahun 1174H/1760M untuk mendirikan cabang-cabang
Sammaniyyah dan mengajar murid-muridnya tentang zikir Sammaniyyah. {19}
Selain Muhammad Hayyat, guru-guru al-Sammani lainnya yang terkenal ialah
Muhammad Sulaiman al-Kurdi (1125-1194H/1713-80M) {20}, yang pernah menjadi murid
Ahmad al-Nakhli, Abu Thahir al-Kurani, Abdullah al-Bashri dan Mushthafa b. Kamaluddin
al-Bakri (1099-1163H/1688-1749M). Perlu dikemukakan, Sulaiman al-Kurdi adalah juga
guru bagi sekelompok murid Melayu-Indonesia pada abad ke-18M. (yang akan dibahas
nanti). Beliau juga seorang penulis yang produktif. Sulaiman al-Kurdi, sebagaimana Ibrahim
al-Kurani dan Ibnu Ya'qub, juga menulis sebuah karya yang jelas ditujukan untuk kaum
muslim Melayu-Indonesia, berjudul al-Durrat al-Bahiyyah fi Jawab al-As`ilah alJawwiyyah.{21} Sangat sayang, saya tidak mendapatkan informasi tentang isinya maupun
pertanyaan yang ingin dijawabnya.