Ce diaporama a bien été signalé.
Nous utilisons votre profil LinkedIn et vos données d’activité pour vous proposer des publicités personnalisées et pertinentes. Vous pouvez changer vos préférences de publicités à tout moment.

Laporan Khidmat Masyarakat Sivik

Ini adalah contoh laporan khidmat masyarakat untuk mata pelajaran sivik

  • Identifiez-vous pour voir les commentaires

Laporan Khidmat Masyarakat Sivik

  1. 1. KHIDMAT MASYARAKAT Khidmat Masyarakat ialah kerja amali yang dijalankan di luar jadual waktu persekolahan • Menjalankan kerja amali di luar waktu persekolahan sekurang-kurangnya 10 jam • Penyertaan aktif dalam kerja khidmat kepada komuniti sekolah atau komuniti luar sekolah MATLAMAT KHIDMAT MASYARAKAT 1. Mengaplikasi pengetahuan, kemahiran dan nilai sivik dan kewarganegaraan di luar bilik darjah. 2. Memberi sumbangan kepada masyarakat dan negara. 3. Menjadi warganegara yang patriotik, prihatin dan bertanggungjawab terhadap masyarakat dan negara. PROSES MELAKSANAKAN PROJEK KHIDMAT MASYARAKAT 1. PERANCANGAN 2. KERJA AMALI 3. REFLEKSI 4. LAPORAN 5. PENGHARGAAN 1. PERANCANGAN a. Mengenal pasti dan memilih tajuk projek b. Menentukan objektif, jenis aktiviti, tempoh masa melaksanakan projek c. Mengenal pasti sumber dan pihak yang terlibat d. Menyenarai dan membahagikan tugas e. Menentukan cara mengumpul maklumat f. Menentukan cara merekod projek 2. KERJA AMALI a. Melaksanakan projek b. Merekod/mencatatkan tugas yang dijalankan c. Mengambil tindakan untuk menyelesaikan masalah yang timbul semasa menjalankan tugas 3. REFLEKSI a. Menilai kerja yang telah dijalankan b. Menyusun dan menyemak dokumen dan catatan c. Menulis jurnal refleksi peribadi
  2. 2. 4. LAPORAN a. Menentukan cara menyediakan laporan b. Menulis laporan individu/kumpulan c. Membentangkan laporan Format Laporan • Tema • Nama Projek • Tarikh/ Tempoh Pelaksanaan Projek • Ahli Kumpulan Projek • Guru Penasihat • Objektif Projek • Pelaksanaan Projek i. Perancangan ii. Kerja Amali iii. Refleksi • Cadangan/Komen • Penghargaan 5. PENGHARGAAN • Menunjukkan penghargaan kepada pihak yang terlibat dalam menjayakan projek PENILAIAN DALAM KHIDMAT MASYARAKAT KONSEP • berdasarkan objektif kurikulum • dijalankan secara individu/berkumpulan • dijalankan di luar bilik darjah sekurang-kurangnya 10 jam setahun PENILAIAN DIBUAT MERANGKUMI 3 ELEMEN : 1. PEMERHATIAN 2. REFLEKSI 3. LAPORAN
  3. 3. Penilaian Khidmat Masyarakat dibahagikan kepada 4 aspek iaitu : Bil. Komponen Penilaian Jumlah Skor A B C D Perancangan Kerja Amali Refleksi Laporan 10 20 5 5 Jumlah 40 Jadual Kriteria Penilaian Khidmat Masyarakat : Gred Kriteria A B C D 30 - 40 20 - 29 10 - 19 0 -9 • DESKRIPSI GRED A. Penglibatan murid ditahap yang yang cemerlang dalam aktiviti Khidmat Masyarakat bagi membantu & meningkatkan imej, diri, sekolah dan komuniti B. Penglibatan murid ditahap yang baik dalam aktiviti Khidmat Masyarakat bagi membantu & meningkatkan imej, diri, sekolah dan komuniti C. Penglibatan murid ditahap yang memuaskan dalam aktivti Khidmat Masyarakat D. Penglibatan murid ditahap yang sederhana dalam aktiviti Khidmat Masyarakat
  4. 4. CONTOH LAPORAN LAPORAN KHIDMAT MASYARAKAT Tema : Warisan Kepelbagaian Budaya Malaysia Nama Projek : Jom Pi Muzium Padi Tarikh : 24 April 2007 Tempat : Muzium Padi Negeri Kedah Guru Penasihat : En. Abdul Halim b Zainuddin Ahli Kumpulan. Pengerusi : Johari b Jaafar Setiausaha : Roni bt Samsuddin Bendahari : Aishah bt Hamid AJK : Penemuramah: - Chu Eng - Rosiyah bt Mohammad Jurugambar dan Dokumentasi - Sevasundram a/l M. Suppiah - Jamil Akhir b Yahya Pengangkutan dan Keselamatan : - Md Basri b Arifin Pelapor - Johari b Jaafar Objektif Projek : 1. Menerangkan proses penanaman padi 2. Mempromosikan Muzium Padi Kedah sebagai satu destinasi Tahun Melawat Malaysia 2007. 3. Mewujudkan semangat patriotik dalam kalangan masyarakat Malaysia
  5. 5. Strategi Pelaksanaan Perancangan : Perancangan untuk menjayakan projek ini telah dimulakan sejak pertengahan bulan Mac. Perancangan awal dilakukan supaya projek ini dapat disiapkan dengan sempurna. Pemilihan projek ’ Jom Pi Muzium Padi ’ ini dicadangkan oleh ahli kumpulan berdasarkan aktiviti yang dicadangkan dalam tema Warisan Kepelbagaian Budaya Malaysia Tingkatan Empat. Idea ini tercetus apabila pemerhatian dibuat sempena Tahun Melawat Malaysia dengan tujuan untuk mempromosikan destinasi pelancongan. Kumpulan kami memilih sumber Muzium Padi Negeri Kedah kerana dapat mendedahkan budaya Melayu dalam sosio ekonomi. Pihak yang terlibat dalam projek ini ialah Pegawai dan staf muzium, Pegawai Daerah, media massa dan orang ramai.Maklumat yang diperolehi untuk menjayakan projek ini ialah dengan cara pemerhatian, soal selidik, temuramah dan rujukan melalui ICT serta buku. Kumpulan kami memilih cara dokumentasi dan power-point untuk merekod hasil projek. Pelbagai pihak telah terlibat dalam menjayakan projek ini. Persetujuan Pengetua dan sokongan Guru Penasihat banyak membantu kami dalam merancang projek ini. Kelulusan daripada paihak Muzium Padi Kedah dan kerjasama daripada Pegawai Daerah serta masyarakat setempat telah membakar semangat kami untuk meneruskan projek ini hingga berjaya walaupun pada peringkat awalnya banyak kekangan yang terpaksa dihadapi seperti masa dan keselamatan. Beberapa mesyuarat dan perjumpaan telah diadakan untuk menyelaraskan projek ini. Setiap keputusan mesyuarat dan perjumpaan telah diminitkan ( lihat Lampiran 1 ). Secara adil dan saksama agihan tugasdan tanggungjawab telah diberikan kepada setiap ahli bagi melancarkan projek ini. Anggaran pendapatan adan perbelanjaan dibuat dengan teliti agar projek ini tidak melebihi kos yang diperuntukkan. Jumlah pendapatan dan perbelanjaan sebenar adalah seperti ditunjukkan di bawah : Pendapatan dan Perbelanjaan Projek Jom Pi Muzium Padi Kedah Pendapatan RM Perbelanjaan RM Sumbangan pihak sekolah ( PCG ) Sumbangan PIBG Sumbangan individu RM 600.00 RM 200.00 RM 100.00 Pengangkutan Kain Putih ( 3 meter ) Cat Warna Kertas Pendua Kertas Lukisan Makan dan minum RM 600.00 RM 12.00 RM 20.00 RM 12.00 RM 7.00 RM 3.00 RM 200.00 Jumlah RM 900.00 Jumlah RM 854.00
  6. 6. Di samping itu, carta Gantt telah dirangka untuk memastikan segala aktiviti dijalankan mengikut jadual ( lihat Lampiran 2 ) Kerja Amali. Pengerusi projek ini bersama dengan guru penasihat telah meninjau kawasan kerja lapangan dan mengenal pasti aktiviti yang dapat dilakukan untuk memperkenalkan Muzium Padi Kedah kepada orang ramai. Aktiviti seperti poster, brosur, banner dan menyediakan laman web telah dihasilkan untuk menjayakan projek ini seminggu lebih awal. Pada hari projek dijalankan, kami mendapat bantuan daripada kakitangan Muzium Padi untuk mengedarkan bahan-bahan yang telah kami hasikan kepada orang ramai. Kami berasa sungguh gembira dan teruja akhirnya projek tersebut dilaksanakan dengan jayanya. Pihak muzium turut berterima kasih dan gembira dengan langkah yang kami ambil untuk mempromosikan Muzium Padi Kedah sempena Tahun Melawat Malaysia. Jamuan teh pagi dan petang telah disediakan oleh ahli kumpulan kami manakala jamuan makan tengahari telah disumbangkan oleh pihak PIBG. Refleksi Setiap ahli diminta menilai projek yang dijalankan dari awal perancangan hinggalah akhir projek dijalankan. Kami telah membuat refleksi diri dari aspek faedah, kekurangan dan kekuatan yang dilalui sepanjang melaksanakan projek Jom Pi Muzium Padi. Kami turut memberikan pandangan atau cadangan untuk menambahbaik projek dalam khidmad masyarakat masa akan datang. Setiap ahli kumpula telah membuat catatan refleksi berkaitan dengan pelaksanaan projek ini ( lihat Lampiran 3 ) Pada keseluruhannya projek ini telah berjaya dilaksanakan apabila setiap ahli kumpulan telah menjalankan peranan dan menunaikan tanggungjawab mereka dengan baik. Daripada refleksi ahli-ahli kumpulan, kami merumuskan bahawa banyak faedah yang telah kami perolehi melalui projek ini. Antaranya ialah kami dapat : i. mengetahui prosedur mengadakan dan menghadiri mesyuarat ii. mengendalikan mesyuarat dan perjumpaan denga teratur dan lancar iii. memahami peraturan-peraturan mesyuarat iv. mencacat minit mesyuarat/perjumpaan dengan lengkap v. menyelesaikan masalah yang dihadapi dengan bijak vi. berasa lebih yakin semasa berkomunikasi dengan orang luar atau dengan orang yang lebih dewasa vii. memupuk semangat kekitaan dan kerjasama yang erat untuk menjayakan sesuatu projek viii. meningkatkan keyakinan diri apabila berhujah sesuatu perkara atau topik.
  7. 7. Di samping itu ahli-ahli kumpulan dapat mengenalpasti masalah semasa menjalankan projek. Antaranya ialah : i. Pihak Muzium Padi tidak dapat memberi penerangan yang jelas mengenai muzium. ii. Gagal membuat temuramah dengan berkesan kerana masalah komunikasi iii. Masa yang agak terhad untuk mengadakan mesyuarat dan perjumpaan. iv. Kurang keyakinan daripada pihak luar terhadap keupayaan kami melaksanakan projek yang dicadangkan. Walau bagaimanapun projek ini tetap berjalan lancar kerana kekuatan yang kami ada seperti semangat berpasukan dan kerjasama antara ahli. Selain itu, bantuan, bimbingan dan tunjuk ajar daripada guru penasihat serta sokongan daripada pengetua, Pengerusi PIBG serta orang ramai mendorong kami lebih yakin untuk merealisasikan projek ini. Pada masa akan datang , kami mencadangkan supaya pihak muzium seharusnya memberi penerangan secara terperinci. Di samping itu, ahli kumpulan perlu dilatih berkomunikasi dengan berkesan agar temuramah dapat dijalankan dengan lancar. Akhirnya mata pelajaran seperti Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan hendaklah dijadikan anjakan paradigma dalam memupuk semangat patriotik masyarakat terhadap warisan kepelbagaian budaya Malaysia. Penghargaan Pihak kami mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Pegawai Daerah, pihak Muzium Padi Kedah dan penduduk setempat kerana memberikan kerjasama dan sokongan untuk menjayakan projek ini. Akhirnya, pihak kami mengharapkan projek khidmat masyarakat pada masa akan datang benar-benar memberikan sumbangan kepada masyarakat. Sekian, terima kasih. Laporan disediakan oleh : ( RONI BT SAMSUDDIN ) Setiausaha Projek Jom Pi Muzium Padi, SMK Seri Sentosa, Pulau Pinang.
  8. 8. LAMPIRAN 1 Minit Curai Tajuk : Mesyuarat Perancangan Projek ”Jom Pi Muzium Padi” Tempat : Bilik Gerakan SMK Seri Sentosa Tarikh : 17 Mac 2007 Panel Mesyuarat : En. Halim bin Zainuddin (Penasihat Projek) Aisyah binti Hamid Sevasundram A/L M. Suppiah Rosiyah binti Mohamad Md. Basri bin Arifin Jamil Akhir bin Yahya Johari bin Jaafar Chu Eng @ Chu Poo Chu Roni binti Samsudin Tujuan : Membuat perancangan projek khidmat masyarakat Keputusan Mesyuarat : Saudara Johari bin Jaafar telah dilantik sebagai Pengerusi projek. Mesyuarat bersetuju dengan pembentukan ahli jawatankuasa yang Dilantik. Projek ”Jom Pi Muzium Padi” akan dilaksanakan pada 24 April 2007 Tindakan Susulan : Memaklumkan perancangan kepada pihak pentadbir sekolah Mesyuarat dan perjumpaan akan diadakan dua minggu sekali. Permohonan membuat lawatan ke Muzium Padi ke JPN Mengadakan perbincangan dengan pihak Muzium Padi Kedah.
  9. 9. LAMPIRAN 2 CARTA GANTT PROJEK ”JOM PI MUZIUM PADI ” BULAN PERKARA APRIL MI M2 M3 M4 Tinjauan ke tempat lokasi projek Mesyuarat pertama Mesyuarat kedua Perjumpaan pertama Pelaksanaan projek Penulisan laporan Pembentangan laporan
  10. 10. Borang Refleksi Nama : Md Basri b Arifin Tingkatan : 4 Waja Peranan : Mengumpul maklumat secara menemuramah Faedah yang diperolehi daripada pelaksanaan projek - memperoleh maklumat yang terperinci berkenaan proses penanaman padi - dapat mengenali peralatan yang digunakan dalam keseluruhan proses penanaman padi - mengenalpasti produk-produk yang dihasikan daripada padi atau beras - memperkenalkan Muzium Padi kepada masyarakat Malaysia Masalah semasa menjalanakan projek - Pihak Muzium Padi tidak dapat memberi penerangan yang jelas - Gagal membuat temuramah secara berkesan kerana masalah komunikasi. Cadangan - Pihak Muzium seharusnya memberi penerangan secara perperinci kepada murid-murid. - Ahli kumpulan perlu berlatih berkomunikasi secara berkesan sebelum memulakan projek. Harapan - Kerja amali khidmat masyarakat ini memberi pengalaman secara hands-on kepada murid-murid yang dikaitkan dengan kehidupan seharian mereka.
  11. 11. CONTOH 2 Tema : Hidup Bermasyarakat Nama Projek : Rumah Perlindungan Nurul Hana Tarikh : 24 April 2007 Pelaksanaan Projek : Tempat : Rumah Perlindungan Nurul Hana Guru Penasihat : Pn. Rokiah Binti Abu Bakar Ahli Kumpulan Projek : Pengerusi : Pn. Zaliza Binti Ibrahim Setiausaha : Pn Foo Wai Choo Bendahari : Pn. Norliza Binti Ab. Ghani Ahli Jawatankuasa : Pengangkutan : Pn. Lailatul Akmar Binti Mohd Saman Cenderamata & Hadiah: Pn. Nur Hayati Binti Wasim Dokumentasi : Pn. Zaubaidah binti Mat Yusof Peny. Aktiviti : Pn. Hasnizom binti Hassan Persegaran : Pn. Embut Binti Embong Keselamatan : Pn Rohaya Binti Ibrahim OBJEKTIF PROJEK i) Menjalinkan hubungan mesra dengan penghuni ii) Memupuk kesedaran diri di kalangan penghuni iii) Memberi perangsang dan motivasi kepada penghuni PERANCANGAN
  12. 12. Projek ini telah dirancang sejak bulan Mac 2007. Perancangan awal dilakukan supaya projek ini bejalan lancar. Pemilihan projek ini dicadangkan oleh ahli kumpulan berdasarkan aktiviti dalam tema Hidup Bermasyarakat Tingkatan 2. Idea ini tercetus berdasarkan isu-isu gejala social di kalangan remaja perempuan yang semakin menular di dalam masyarakat kini. Kami menyedari remaja kini mengalami krisis kejiwaan pada usia remaja antara keseronokan hidup dengan tanggungjawab sebagai pelajar. Kami terpanggil untuk menjalankan projek ini setelah terbaca di dada-dada akhbar tentang kes-kes pembuangan bayi yang semakin berleluasa. Pelbagai pihak telah terlibat dalam menjayakan projek ini. Keinzinan pengetua dan sokongan guru penasihat banyak membantu kami dalam merancang projek ini. Kelulusan daripada pihak ahli jawatankuasa Rumah Perlindungan Nurul Hana telah membakar semangat untuk meneruskan projek ini hingga berjaya walaupun pada awalnya kami tidak dibenarkan beramah mesra dengan penghuni rumah tersebut. Beberapa mesyuarat dan perjumpaan telah diadakan untuk menyelaraskan projek ini. Setiap keputusan mesyuarat dan perjumpaan telah diminitkan (Rujuk Lampiran I & II). Perlantikan AJK dan agihan tugas dilakukan secara adil dan saksama bagi setiap ahli kumpulan. Anggaran pendapatan dan perbelanjaan dibuat agar projek ini tidak melebihi pendapatan yang ada. Berikut adalah anggaran belanjawan bagi perjalanan projek ini. BELANJAWAN PROJEK RUMAH PERLINDUNGAN NURUL HANA Pendapatan RM Perbelanjaan RM Sumber PPK Sumber Ahli 200.00 45.00 Cenderamata Jamuan Ringan/Kuih Muih Pengangkutan 95.00 50.00 100.00 JUMLAH 245.00 JUMLAH 245.00
  13. 13. KERJA AMALI Pada 24 April 2007, kami seramai 20 orang telah menaiki bas ke Rumah Perlindungan Nurul Hana. Setibanya di sana kami disambut oleh penyelia- penyelia pusat tersebut dengan mesra. Kami telah diberi taklimat ringkas tentang penubuhan rumah perlindungan ini yang mana ia merupakan salah satu projek Lembaga Kebajikan Perempuan Islam. Sepanjang berada disitu, kami telah melakukan aktiviti beramah mesra dengan penghuni. (Sila rujuk Lampiran III & IV). Kami berasa sungguh gembira dan berbesar hati kerana dapat menjayakan projek ini dengan bantuan semua penyelia. Kami juga merakamkan jutaan terima kasih kerana kesudian pihak pengurusan rumah ini membenarkan kami menyiapkan projek khidmat masyarakat. Disamping itu, kami sempat membeli sambil menderma hasil-hasil kraftangan penghuni rumah perlindungan tersebut. Sebagai penutup, kami mengadakan jamuan ringan bersama penghuni dan pihak pengurusan rumah ini. Kami juga menyampaikan cenderamata kepada semua penghuni dan pihak pengurusan sebagai tanda terima kasih. REFLEKSI Setiap ahli kumpulan telah membuat refleksi tentang kejayaan projek ini dari awal hingga akhir projek dijalankan. Kami juga memberikan cadangan untuk menambahbaik pelaksanaan projek dalam khidmat masyarakat dalam masa-masa hadapan. Setiap ahli kumpulan telah membuat catatan refleksi masing-masing. (Sila rujuk Lampiran V). CADANGAN DAN KOMEN
  14. 14. Pada keseluruhannya, projek ini boleh dianggap berjaya berpandukan kepada kemesraan antara ahli kumpulan dengan penghuni rumah tersebut. Daripada pemerhatian, didapati para penghuni rumah perlindungan gembira menerima cenderamata daripada kami dan menyatakan keyakinan mereka untuk membina hidup yang lebih baik selepas keluar dari rumah tersebut. Kesimpulannya, dapat dirumuskan bahawa banyak faedah telah kami perolehi dari projek ini. Di antaranya kami dapat: • Mengetahui kaedah mengadakan dan mengendali mesyuarat. • Mengetahui teknik-teknik menulis minit mesyuarat. • Memahami peraturan-peraturan mesyuarat. • Merasa lebih yakin semasa berurusan dan bekomunikasi dengan orang luar atau orang yang lebih dewasa. • Memupuk semangat kerjasama dikalangan ahli. • Merasa bersyukur kerana tidak mengalami nasib seperti mereka. • Mendapat maklumat tentang tipu helah semasa pergaulan bebas. • Mengagumi pengorbanan dan kegigihan pihak pengurusan rumah tersebut yang berjaya memberi perlindungan kepada wanita malang tanpa bantuan yang mencukupi daripada pelbagai pihak. Walaubagaimanapun, masih terdapat kelemahan yang boleh diperbaiki seperti : • Peruntukan kewangan yang terhad. • Kesuntukan masa semasa menjalankan aktiviti. • Terpaksa berhati-hati semasa beramah mesra agar tidak menyentuh perasaan penghuni. • Sukar mendapat kebenaran daripada pihak pengurusan rumah tersebut.
  15. 15. Kami berjaya memupuk semangat kerja berpasukan dan kerjasama antara ahli merupakan punca utama kejayaan projek ini. Tidak lupa juga sokongan padu daripada pihak pengetua dan guru penasihat serta pihak pengurusan rumah tersebut mendorong kami lebih yakin untuk merealisasikan projek ini. Kami ingin mencadangkan supaya di masa-masa akan datang diadakan kempen kesedaran tentang gejala pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan. Penekanan lebih kepada remaja perempuan. Melancarkan kutipan derma untuk mengisi tabung rumah perlindungan sebagai salah satu cara khidmat masyarakat. Selain daripada itu, ditubuhkan sebuah jawatankuasa untuk menjual hasil-hasil kraftangan penghuni kepada warga sekolah. PENGHARGAAN Pihak kami ingin mengucapkan jutaan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada pengetua, guru penasihat seteusnya pihak pengurusan Rumah Perlindungan Nurul Hana kerana memberi sokongan untuk menjayakan projek ini. Ahkhir kata, pihak kami mengharapkan projek khidmat masyarakat pada masa depan benar-benar memberikan sumbangan kepada masyarakat. Pihak kami juga berasa sunguh gembira kerana telah menyumbang sesuatu kepada masyarakat. Sekian, terimakasih. Laporan disediakan oleh;
  16. 16. (FOO WAI CHOO) Setiausaha Projek Rumah Perlindungan Nurul Hana SMK LAMPIRAN I Minit Curai Jawatankuasa Projek Beramah Mesra Rumah Perlindungan Nurul Hana Tempat : Kelas 2 Pintar Tarikh : 24 Mac 2007 Ahli : Pn. Rokiah Binti Abu Bakar Pn. Zaliza Binti Ibrahim Pn Foo Wai Choo Pn. Norliza Binti Ab. Ghani Pn. Lailatul Akmar Binti Mohd Saman Pn. Nur Hayati Binti Wasim Pn. Zubaidah binti Mat Yusof Pn. Hasnizom binti Hassan Pn. Embut Binti Embong Pn Rohaya Binti Ibrahim Tujuan : Membuat perancangan projek khidmat masyarakat Keputusan Mesyuarat : • Pn Zaliza Binti Ibrahim telah dilantik sebagai pengerusi projek • Mesyuarat bersetuju dengan AJK yang dilantik • Projek akan dilaksanakan pada 24 April 2007 • Menetapkan aktiviti yang akan dilakukan Tindakan Susulan : • Memaklumkan pihak pengurusan Rumah Perlindungan Nurul Hana
  17. 17. • Memohon kebenaran daripada pihak pengurusan rumah perlindungan. LAMPIRAN II Minit Mesyuarat Jawatankuasa Projek Beramah Mesra Rumah Perlindungan Nurul Hana Kali Pertama 2007 Tempat : Kelas 2 Pintar Tarikh : 1 April 2007 Masa : 2.00 petang Ahli : Pn. Rokiah Binti Abu Bakar Pn. Zaliza Binti Ibrahim Pn Foo Wai Choo Pn. Norliza Binti Ab. Ghani Pn. Lailatul Akmar Binti Mohd Saman Pn. Nur Hayati Binti Wasim Pn. Zubaidah binti Mat Yusof Pn. Hasnizom binti Hassan Pn. Embut Binti Embong Pn Rohaya Binti Ibrahim Agenda Perkara Tindakan 1.0 Ucapan Pengerusi Pegerusi mengucapkan terima kasih atas kehadiran ahli dan meminta AJK membentangkan laporan kemajuan tugasan. Makluman 2.0 Pengesahan Minit Mesyuarat Pencadang : Pn. Foo Wai Choo Makluman
  18. 18. Penyokong : Pn Haniszom Binti Hassan 3.0 Laporan AJK Induk 3.1 Laporan Setiausaha Surat menyurat kepada pihak pengurusan telah dihantar. 3.2 Laporan AJK Kewangan Bendahari memaklumkan bahawa jumlah kutipan RM245.00 dapat dikumpulkan. 3.3 Laporan AJK Aktiviti Semua aktiviti telah dirancang dan dipersetujui oleh semua ahli kumpulan. 3.4 Laporan AJK Pengangkutan Tempahan bas telah dibuat dengan bayaran RM100.00 Bas – KAJ 1088 akan bertolak pukul 2.00 petang 3.5 Laporan AJK Persegaran AJK akan menyedia dan membawa kuih-muih ke rumah tersebut . Kos sebanyak RM45.00 akan dibelanjakan. 3.6 Laporan AJK Keselamatan Surat kebenaran pelajar telah diedarkan kepada ibubapa. 3.7 Laporan AJK Cenderamata AJK cenderamata akan membeli cenderamat kepada pihak pengurusan dan semua penghuni. Anggaran perbelanjaan sebanyak RM95.00 diperlukan. Makluman 4.0 Hal-hal Lain Pengerusi mengingatkan agar semua ahli menepati masa yang telah ditetapkan dan menjaga imej sekolah. Pengerusi juga meminta agar ahli menjalankan tugas dengan penuh komitmen dan dedikasi Makluman
  19. 19. Mesyuarat ditangguhkan pada jam 3.30 petang Disediakan oleh Disemak oleh ……………………….. ………………………………….. (FOO WAI CHOO) (ZALIZA BINTI IBRAHIM) Setiausaha Pegerusi Projek Rumah Peridungan Nurul Hana Projek Rumah Peridungan Nurul Hana LAMPIRAN III LAPORAN KERJA AMALI WAKTU AKTIVITI 2.00 -2.30 pm SUAIKENAL Ahli kumpulan diperkenalkan dengan pihak pengurusan Rumah Perlindungan Nurul Hana 2.30 – 3.00 pm TAKLIMAT Taklimat ringkas daripada Pn. Rosni binti Abdullah (Kerani Rumah Perlindungan Nurul Hana) Taklimat oleh Pn. Hjh. Asiah binti Ismail (Naib Pengerusi Rumah Perlindungan Nurul Hana) 3.00 – 4.00 pm SESI BERAMAH-MESRA DAN MOTIVASI Peserta diberi kesempatan untuk beramah mesra dengan semua penghuni seramai 18 orang. Setiap ahli kumpulan didedahkan cara berkomunikasi dengan penghuni sebelum sesi beramah mesra dijalankan. 4.00 – 4.30 pm TINJAUAN PERSEKITARAN Peserta projek diarahkan meninjau bilik penghuni dan tempat aktiviti
  20. 20. harian mereka. 4.30 – 5.00 pm MAJLIS PENUTUP Majlis penutupan diadakan oleh Pengerusi Rumah Perlindungan Nurul Hana iaitu Yang Berbahagia Datin Hajah Daharah Binti Ismail BKM, PJK,JP. Penyampaian cenderamata daripada ahli kepada setiap penghuni. Cenderamata kepada Pengerusi Rumah Perlindungan Nurul Hana 5.00 – 5.30 pm JAMUAN RINGAN Semua ahli bersama dengan pihak pengurusan menikmati jamuan ringan. 6.00 pm PERJALANAN PULANG LAMPIRAN IV CARTA GHANT PROJEK BERAMAH MESRA RUMAH PERLINDUNGAN NURUL HANA BULAN PERKARA MAC APRIL M3 M4 M1 M2 Tinjauan ke lokasi projek Mesyuarat Pertama Mesyuarat Kedua Pelaksanaan projek Penlisan Laporan Pembentangan Laporan
  21. 21. CONTOH BORANG REFLEKSI INDIVIDU

×