SlideShare une entreprise Scribd logo
1  sur  18
Bab 1: Profesion Perguruan
1
BBBaaabbb 111:::
PPPRRROOOFFFEEESSSIIIOOONNN PPPEEERRRGGGUUURRRUUUAAANNN
Dalam Bab ini dibincangkan konsep perguruan serta ciri-ciri sesuatu profesion. Tujuh
ciri-ciri atau atribut sesuatu profesión dikenal pasti. Tumpuan ialah kepada soalan sama
ada perguruan dianggap sebagai suatu profesión atau guru ialah seorang profesional.
Persepsi masyarakat terhadap profesión perguruan disentuh dengan membanding kajian
dibeberapa negara. Berdasarkan tujuh atribut yang cadangkan, secara umum perguruan
menepati kriteria sesuatu profesión kecuali daripada beberapa sudut. Sajak Usman
Awang yang menyentuh tentang peranan dan tugas guru dibentangkan. Diakhir bab ini,
peranan kesatuan perguruan yang terbesar dibincangkan.
RINGKASAN BAB
1.1 Pengenalan
1.2 Konsep profesion
1.3 Ciri-ciri profesion
1.4 Profesion perguruan
1.5 Persepsi terhadap profesion
perguruan
1.6 Puisi „Guru O Guru‟
1.7 Kesatuan Perkhidmatan Perguruan
Kebangsaan
Ringkasan
Kata Kunci
Rujukan
Hasil Pembelajaran:
Setelah selesai membaca bab ini, anda akan dapat:
Menerangkan maksud profesion
Membincang cirri-ciri sesuatu profesion
Memberi justifikasi perguruan ialah suatu profesion
Menganalsis persepsi guru terhadap profesion perguruan
Menilai peranan kesatuan perguruan
Bab 1: Profesion Perguruan
Bab 2: Tugas & Peranan Guru
Bab 3 Etika Perguruan
Bab 4: Standard Guru Malaysia
Bab 5: Pembangunan Profesion Perguruan
Bab 6: Permuafakatan Sekolah-Komuniti
Bab 7: Guru Sebagai Pemimpin
Bab 8: Cabaran Profesion Perguruan
Bab 1: Profesion Perguruan
2
1.1 Pengenalan
Kini terdapat pelbagai jenis pekerjaan yang dikategorikan sebagai profesional yang
banyak menyumbang kepada kesejahtereen sesuatu masyarakat. Antaranya ialah
doktor, jurutera, akauntan, jurubina, guru, akitek, jururawat, peguam dan sebagainya.
Apakah ciri-ciri yang dimiliki jenis pekerjaan ini yang masyarakat terima sebagai
„profesion‟?
Doktor Jurutera Guru
Doktor Gigi Peguam
Sanggupkah anda dirawat oleh seorang doktor yang tidak bertauliah?
Sanggupkah anda melantik seorang jurutera yang tidak pernah belajar ilmu
kejuruteraan membina sebuah jambatan?
Adakah anda bersetuju anak anda diajar oleh seorang guru yang tidak
mempunyai kelayakan perguruan?
Beranikah anda mendapat rawatan daripada seorang doctor gigi yang tidak
bertauliah?
Bab 1: Profesion Perguruan
3
Sanggupkah anda dibela oleh seorang peguam yang tidak mempunyai ijazah
undang-undang?
Sudah tentu jawapan anda kepada semua soalan di atas ialah “TIDAK”.
Mengapa?
1.2 Konsep Profesion
Profesion berasal daripada perkataan
Latin „profiteor‟ yang terbahagi kepada “pro”
yang secara umum bermakna “ke arah” dan
“fiteor” yang bermakna “mengakui, berjanji,
mendedahkan kepada semua, berikrar”. Pada
abad ke19, istilah profesion dikhususkan untuk
individu yang terlibat dalam bidang agama,
undang-undang dan perubtan sahaja (Lihat
Rajah 1.1).
Adalah sukar untuk memberi definisi
yang tepat berkenaan konsep „profesion‟.
Walau pun banyak telah ditulis tentang definisi
profesion, masih tidak terdapat satu definisi
yang diterima umum. Takrifan yang diberikan
dalam kamus telah diterima oleh sesetengah
individu manakala yang lain berpendapat
definisi yang dikemukakan terlalu umum. Ahli
falasfah, pakar perundangan dan badan-badan
profesional telah memberi definisi masing-masing. Berikut ini ialah contoh beberapa
takrifan konsep profesion.
The Oxford English Dictionary mendefinisikan profesion sebagai pekerjaan
yang dibayar dan melibatkan latihan yang berpanjangan dan penanugerahan
kelayakan formal.
The Australian Council of Professions mentakrif profesion sebagai:
sekumpulan individu berdisiplin yang mematuhi piawaian etika yang tinggi
dan diterima orang ramai sebagai mempunyai pengetahuan dan kemahiran
khusus, yang diiktiraf oleh sebuah badan, telah memperolehi pendidikan dan
latihan di peringkat yang tinggi, dan bersedia untuk menggunakan
pengetahuan dan kemahiran yang dimiliki ini demi kepentingan orang lain.
Gilley dan Eggland (1989) mendefinisikan profesion sebagai penguasaan
sesautu bidang ilmu, menjadi ahli sesuatu badan profesional dimana
pengetahuan dan kemahiran yang diperolehi dikehendaki masyarakat. Secara
ringkas definisi ini mementingkan penguasaan ilmu pengetahuan tertentu dan
mengaplikasi kecekepan untuk kepentingan umum
Rajah 1.1 Doktor merawat
pesakit pada abad ke 19
Bab 1: Profesion Perguruan
4
Business.Dictionaru.com melihat profesion sebagai pekerjaan atau kerjaya
yang memerlukan penguasaan satu set pengetahuan dan kemahiran yang
komplek melalui sistem pendidikan formal.
Kamus Dewan (2005) menyifatkan profesion sebagai satu bidang pekerjaan
yang memerlukan pendidikan dan kecekapan serta kemahiran yang tinggi dan
latihan khusus.
Cruess, R., Johnston S & Cruess, R (2004), mentakrif profesion sebagai
pekerjaan yang melibatkan penguasaan pengetahuan and kemahiran yang
komplek. Ahli sesuatu profesion berpegang kepada kod etika dan komited
memberi perhidmatan berkualiti tinggi kepada masyarakat yang disifatkan
sebagai suatu perjanjian antara profesion berkenaan dengan masyarakat
Lieberman (1956) mendefinisikan profesion sebagai satu bidang yang
mempunyai ciri-ciri seperti kepentingan intelek, latihan ikhtisas yang
mencukupi, khidmat yang diperlukan oleh masyarakat, menikmati autonomi,
mementingkan mutu perhidmatan, mempunyai tatasusila perhidmatan atau kod
etika dan mempunyai organisasi tersendiri untuk menguruskan hal-hal yang
berkaitan profesion.
1.3 Ciri-Ciri Profesion
Individu yang sifatkan sebagai profesional atau ahli sesuatu profesion bolehlah
diertikan sebagai seorang yang menjalankan sesuatu tugas yang dibayar upah danyang
pakar dalam bidang pekerjaan yang dijalankannya. Apakah ciri-ciri umum sesuatu
profession? Ini dijawab dengan merumuskan ciri-ciri atau atribut yang terdapat pada
sesuatu profesion yang diutarakan oleh Greenwood (1957), Wilensky (1964), Lubell
(1978) dan Bayles (1988). Lihat Rajah 1.2.
1. PERKHIDMATAN UNIK
Sesuatu profesion memberikan suatu perkhidmatan yang unik dan, tetap yang
diperlukan oleh masyarakat. Dalam hal ini, hanya individu dalam profesion
sahaja yang dapat memberikan perkhidmatan berkenaan untuk kesejahteraan
umum. Contohnya, hanya doktor perubatan memberi khidmat perubatan,
hanya jurutera memberi khidmat kejuruteraan.
1.1 AKTIVITI PEMBELAJARAN
Dengan merujuk kepada definisi profesion yang
disenaraikan, kenal pasti perkataan dan frasa yang sama
dan hampir sama dalam setiap penyataan.
1.1 AKTIVITI PEMBELAJARAN
Dengan merujuk kepada definisi profesion yang
disenaraikan, kenal pasti perkataan dan frasa yang sama
dan hampir sama dalam setiap penyataan.
Bab 1: Profesion Perguruan
5
Rajah 1.2 Tujuh Ciri Sesuatu Profesion
2. PENGETAHUAN DAN KEMAHIRAN
Ahli sesuatu profesion mempunyai fakta, konsep, prinsip & teori serta
kemahiran yang tinggi dalam sesuatu bidang yang mengaplikasinya dalam
pekerjaan masing-masing. Contohnya, seorang peguam perlu mengetahui
segala undang-undang, akta, peraturan yang berkaitan. Seorang profesional
telah melibatkan diri secara peribadi dengan kerjayanya, dan kepuasan tidak
setakat ganjaran wang, tetapi juga simbol-simbol seperti gelaran dan anugerah.
Contohnya, diawal nama seorang doktor ialah singkatan “Dr” dan bagi
engineer pula singkatan yang digunakan ialah “Ir”.
3. LATIHAN KHUSUS
Seorang orang profesional mesti mengikuti pendidikan dan latihan yang
berpanjangan sama ada di kolej, maktab, institusi atau universiti. Bagaimana
pun, seseorang itu tidak semestinya memasuki kolej atau universiti untuk
mempelajari sesuatu bidang ilmu kerana dia boleh mendapat pensijilan dengan
belajar secara jarak jauh. Contohnya, seorang boleh menjadi akuantan dengan
mengikuti kursus ACCA atau CIMA tanpa ke universiti dan menjadi
profesional. Seorang profesional harus menunjukkan keupayaannya dengan
PROFESION
Pengetahuan
& Kemahiran
Latihan Khusus
Tanggungjawab
Kod EtikaBadan Kawalan
Autonomi
Perhidmatan
Unik
Bab 1: Profesion Perguruan
6
melulus ujian atau peperiskaan. Kebanyakkan profesion mensyaratkan ahli
mereka mempunyai lesen atau sijil. Bagaimana pun, tidak semua pekerjaan
yang memerlukan lesen atau pensijilan memenuhi kriteria profesion. Ahli
sesuatu profesion diberikan lesen atau sijil yang menggariskan peringkat
bidang kuasa pekerjaan selaras dengan kriteria di mana mereka mempunyai
pengaruh yang agak besar. Contohnya, sesuatu projek pembinaan tidak akan
dilulus oleh pihak berkuasa selagi tidak ditandatangani oleh jurutera perunding
yang bertauliah.
4. AUTONOMI
Seorang profesional menikmati autonomi dan tanggungjawab tentang
pekhidmatan yang diberikan kepada orang ramai yang tidak dapat menilai
kualiti perkhidmatan yang diterima. Contohnya, bila anda dirawat oleh doktor,
dia mempunyai kuasa menentukan rawatan yang anda wajar menerima. Oleh
kerana anda tidak mempunyai kelayakan dan pengalaman sewajarnya, anda
tidak dapat menentukan kualiti perhidmatan yang diberikan.
5. TANGGUNGJAWAB
Walau pun ahli sesuatu profesion mempunyai kebebasan autonomi, dia
terpaksa juga memikul tanggungjawab semua tindakan dan keputusan yang
dibuat. Oleh kerana perkhidmatan yang diberikan oleh seseorang profesional
itu melibatkan kebajikan manusia, maka tanggungjawabnya amatlah berat.
Contohnya, doktor bertanggungjawab apabila pesakitnya mati selepas sesuatu
pembedahan. Saudara-mara boleh mengambil tindakan mahkamah sekiranya
mereka dapati doktor berkenaan cuai.
6. KOD ETIKA
Profesional mematuhi piawaian tingkah laku yang berorientasikan
perkhidmatan yang jelas, sistematik dan mengikat (binding); menetapkan
hubungan rakan sekerja yang membantu dan menyokong sama sendiri, dan
dikuatkuasakan oleh persatuan-persatuan mereka. Integriti sesuatu profesion
dipantau dengan berpegang kepada kod etika. Kod etika mengawal selia
tingkahlaku individu dariapda sesuatu profesion dan mekanisme diwujudkan
untuk mengambil tindakan terhadap mereka yang melanggar kod etika
(dibincangkan dengan mendalam dalan Bab 3).
7. BADAN KAWALAN
Kebanyakkan profesion mempunyai sesuatu badan atau organasasi yang
terdiri daripada pelbagai jawatan kuasa, pasukan petugas dan sebagainya yang
berusaha untuk mencapai matlamat serta meningkatkan imej profesion.
Contohnya, Majlis Perubatan Malaysia (Malaysian Medica Council),
memantau tingkah laku doktor perubatan; Majlis Bar Malaysia (Malaysian Bar
Council) memantau kelakuan perguam, dan Persatuan Akitek Malaysia
memantau tindak-tanduk akitek. Badan-badan ini mempunyai kuasa untuk
mengambil tindakan terhadap ahli-ahli mereka yang telah melanggar kod etika
yang teah persetujui [Rujuk kepada Bab 3 h: 17 yang menunjukkan tindakan
Bab 1: Profesion Perguruan
7
yang diambil oleh Majlis Perubatan Malaysia terhadap ahli mereka yang
melanggar kod etika].
[sumber: Sharifah Alwiah Alsagoff, 1984. Falsafah Pendidikan. Kuala Lumpur:
Heinemann Asia]
1.1 AKTIVITI PEMBELAJARAN
(a) Sejauh manakah anda bersetuju dengan TUJUH ciri-ciri
atau atau atribut sesuatu profesion?
(b) Adakah ciri-ciri atau kriteria lain anda ingin cadangkan
untuk sesuatu profesion?
Bab 1: Profesion Perguruan
8
Syarat Mengajar bagi Pelihara Integriti Profesion
KOTA BHARU: Kementerian Pelajaran menimbang untuk mensyaratkan guru
memiliki lesen perguruan, seperti doktor, peguam dan akauntan, bagi
memelihara integriti profesion itu serta menjadikan sistem pendidikan negara
bertaraf dunia. Timbalan Menterinya, berkata lesen perguruan itu telah
dilaksanakan di Kanada dan sudah tiba masanya Malaysia menimbangkannya
secara serius.
“Isu integriti menjadi perhatian kementerian saya dan perlu dicari satu kaedah
bagaimana hendak mengekalkan integriti perguruan. Oleh itu, ada cadangan
kita kaji atau lihat sama ada guru perlu ada lesen perguruan seperti doktor,
peguam atau akauntan”.
"Mereka perlu ada lesen, kalau langgar peraturan profesion mereka, lesen
berkenaan akan ditarik balik dan tidak boleh membuat amalan pekerjaan itu,”
katanya semalam.
Timbalan Menteri berkata demikian ketika mengulas kes seorang guru
mencabul lima murid perempuan berusia antara 11 hingga 12 tahun di Sibu,
Sarawak, ketika isterinya sedang menunggu waktu melahirkan anak sulung
mereka. Perbuatan guru berusia 32 tahun itu dikatakan bermula Mac lalu, tetapi
semua mangsa termasuk seorang murid Tahun Enam yang juga adik iparnya,
hanya membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Sibu, Rabu lalu.
Timbalan Menteri berkata, kementerian memandang serius kejadian seumpama
itu kerana sekiranya integriti guru tercemar, masyarakat akan hilang
kepercayaan kepada guru.
Beliau bagaimanapun berkata, cadangan memperkenalkan lesen perguruan
masih di peringkat awal dan belum dikemukakan ke Kabinet. “Kajian juga
belum dibuat kerana benda ini bukan mudah, ia membabitkan 390,000 guru di
negara ini. Namun, kementerian sedang berusaha untuk menerokainya demi
menjaga kepentingan profesion perguruan,” katanya.
[sumber: adaptasi Berita Harian Online. 22 Mei, 2010]
1.2 AKTIVITI PEMBELAJARAN
Sejauh manakah anda bersetuju dengan cadangan Timbalan
Menteri tentang mensyaratkan guru memiliki lesen
perguruan? Jelaskan.
Bab 1: Profesion Perguruan
9
1.4 Profesion Perguruan
Satu soaln yang kerap ditumbulkan ialah; “Adakah guru seorang profesional?” atau
“Adakah pergurusan suatu profesion?”. Persoalan ini telah lama dibangkitkan.
Memang tidak dinafikan bahawa perguruan adalah salah satu profesion yang
mencabar dan amat mendesak (Noriati Rashid, Boon Pong Ying & Wong Kiet Wah,
2010). Guru diharap mengetahui serba serbi tingkah laku manusia dan memainkan
pelbagai peranan untuk menjadikan dirinya seorang profesional yang berkesan.
Kesedaran seperti ini telah lama disuarakan sejak tahun 50an di mana di samping
mempunyai sifat-sifat diri yang sempurna, guru dikehendaki memainkan pelbagai
peranan [rujuk kepada Bab 3 yang membincangkan pelbagai peranan seorang guru].
Kembali kepada persoalan asal tadi, sama ada perguruan itu ialah suatu profesion, kita
membincang dengan berpandukan TUJUH ciri-ciri atau atribut sesuatu profesion yang
dibincangkan tadi.
SEJAUH MANAKAH PERGURUAN IALAH SUATU PROFESION?
Pertama ialah Perkhidmatan Unik. Profesion perguruan adalah bidang yang
memberi perkhidmatan yang unik dan diperlukan oleh masyarakat.
Keunikannya hanya akan dirasai dan diketahui oleh mereka yang terlibat
dalam profesion ini. Hanya guru sahaja yang berkemampuan memberi
perkhidmatan pendidikan terbaik kepada masyarakat untuk membangankan
personaliti, kebolehan mental dan fizikal setiap pelajar (Noran Fauziah dan
Ahmad Mahdzan, 1993). Profesion perguruan tidak hanya profesion yang
tertua di dunia tetapi adalah unik dan pelbagai. Guru tidak hanya penyampai
ilmu tetapi juga kaunselor, pentadbir, perangsang (motivator), „ibu bapa‟,
Adakah guru seorang
professional seperti
doktor atau peguam?
Bab 1: Profesion Perguruan
10
pemimpin, pengurus instruksional dan lain-lain. Walau pun kanak-kanak boleh
didik oleh ibu bapa mereka, televisyen atau internet, namum guru adalah pakar
yang dilatih untuk mewariskan pengetahuan dan kemahiran.
Kedua, ialah Pengetahuan dan Kemahiran. Untuk menjadi guru bertauliah,
seseorang mesti memperoleh pengetahuan dan kemahiran spesifik melalui
latihan dalam suatu tempoh yang berpanjangan. Mengikut Shulman (1987),
pengetahuan yang perlu dikuasai oleh guru
termasuk:
 Pengetahuan tentang falsafah dan
sejarah pendidikan
 Pengetahuan isi kandungan mata
pelajaran (Content Knowledge)
 Pengetahuan kandungan pedagogi
(Pedagogical Content Knowledge)
 Pengetahuan mengenai kurikulum
(iaitu, sukatan pelajaran, bahan
pembelajaran, alat bantuan mengajar
dan sebagainya)
 Pengetahuan tentang pengurusan
bilik darjah
 Pengetahuan mengenai pentadbiran
dan budaya sekolah
Ketiga, ialah Latihan Khusus. Untuk menjadi guru, individu perlu menerima
latihan yang khusus. Program-program Sarjana Muda Pendidikan (B.Ed) yang
di tawarkan university-universiti dan Institut Pendidikan Guru (IPG)
mengambil masa 4 tahun yang termasuk praktikum atau latihan mengajar yang
wajib untuk semua guru pelatih. Program-program Sarjana Muda Pendidikan
yang ditawarkan meliputi berbagai-bagai pengkhususan seperti pengajaran
Bahasa Inggeris, Bahasa Melayu, sains, matematik, sejarah dan sebaginya.
Juga ditwarkan ialah Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI) untuk mereka
yang sudah memiliki ijazah sarjana muda daripada apa jua bidang pun yang
ingin dilatih menjadi guru. Institut Pendidikan Guru (IPG) pernah
menawarkan program sijil and diploma pendidikan selama 3 tahun.
Walau pun terdapat, berbagai-bagai program latihan guru, masih terdapat
beribu-ribu guru yang mengajar di tadika dan prasekolah yang tidak memiliki
latihan perguruan. Juga terdapat guru-guru sandaran mengajar di sekolah-
sekolah dan tidak mempunyai kelayakan perguruan.
Keempat, ialah Autonomi. Walau pun guru mempunyai autonomi, ia adalah
terhad berbanding dengan profesion lain. Contohnya, seorang peguam atau
akuantan boleh menolak dan memilih pelanggannya (walau pun amalan ini
tidak digalakkan), guru tidak boleh memilih pelajar yang diajar. Begitu juga
dengan kurikulum yang perlu diajarnya telah ditentukan orang lain tetapi guru
bebas menentukan kaedah mengajar yang memadai. “Bilik darjah seseorang
Bab 1: Profesion Perguruan
11
guru adalah mahligainya, kerana di sini ia boleh mencuba berbagai-bagai cara
pengajaran dan mempunyai autonomi yang jarang dipersoalkan” (Sharifah
Alwiah Alsagoff, 1986, h: 223).
Kelima, ialah Tanggungjawab. Menurut Tatasusila Kementerian Pendidikan
Malaysia, guru bertanggungjawab terhadap pelajar, terhadap ibu bapa, kepada
masyarakat dan negara, dan kepada rakan sejawat dan profesion. Bagaimana
pun guru jarang sekali, atau tidak pernah dipecat jawatannya kerana
sebahagian murid dalam kelasnya tidak dapat membaca. Setelah seseorang
guru disahkan dalam jawatan, memang sukar bagi guru berkenaan dipecat,
kecuali atas alasan-alasan jenayah atau kerana hukuman mahkamah.
Keenam, ialah Badan Profesional. Mengenai badan atau kesatuan perguruan
mengawasi kod etika perguruan, perkara ini tidak begitu berkesan. Kesatuan-
kesatuan tersebut lebih mengutamakan perkara yang berkaitan dengan skim
perhidmatan seperti gaji dan faedah-faedah lain. Bukan semua guru
diwajibkan menjadi ahli sesuatu kesatuan. Tambahan pula terdapat banyak
kesatuan dan persatuan guru yang mempunyai matlamat penubuhan mereka
yang berbeza.
Ketujuh ialah Kod Etika. Kod etika profesion perguruan ditentukan oleh
„Ikrar Guru‟ dan „Tatasusila Kementerian Pendidikan Malaysia‟. Oleh kerana
guru (kecuali guru disektor swasta) adalah pekerja kerajaan, tingkah laku dan
tindakan mereka dipantau melalui Perintiah-Perintah Am Kerajaan yang
memperincikan tindakan yang dilarang sama sekali dan tidakn yang boleh
diakukan dengan izin. Perintiah-Perintah Am juga memperincikan hukuman
yang boleh dikenakan bersabit dengan pelanggaran sesuatu peraturan.
Pada umumnya, kerjaya perguruan menepati ketujuh-tujuh ciri sesuatu profesion.
Bagaimana pun terdapat beberapa kriteria yang kurang meyakinkan bahawa
perguruan ialah suatu profesion. Contohnya, mereka yang tidak mempunyai
kelayakan perguruan dibenarkan mengajar di sekolah dan di tadika. Keadaan
sedemikian tidak akan dibenarkan sama sekali bagi profesion perubatan, profesion
undang-undang atau profesion kejuruteraan.
1.5 Persepsi Terhadap Profesion Perguruan
Jadual 3.1 menunjukkan bilangan guru di Malaysia yang mengajar lebih
kurang 5.4 juta pelajar. Adalah dianggar terdapat kira-kira 10,000 guru tadika yang
mengajar di tadika tajaan kerajaan dan swasta.
Bab 1: Profesion Perguruan
12
Jadual 1.1 Bilangan guru sekolah rendah dan menengah di Malaysia (2010)
Abdul Rahin Hamdan, Ahmad Johari Hj Sihes, Jamaluddin Ramli dan Rosliza
Hamzah (2006) dalam kajian bertajuk Perpsepsi Guru Terhadap Profesion Perguruan
Masa Kini dapati bahawa 100% guru yang dikaji “menganggap bahawa kerjaya
mereka sebagai guru adalah satu kerjaya yang mulia”. Bagaimana pun, hanya 38%
“mengakui bahawa masyarakat sekarang memandang tinggi akan profesion
perguruan”. Perlu ditegaskan bahawa kajian ini adalah pandangan 100 guru sekolah
menengah di Kelantan.
Kajian yang dijalankan di Nigeria oleh
Lawal (2012) dapati profesion perguruan
dipandang rendah berbanding profesion lain
seperti undang-undang, kejuruteraan dan
perubatan. Masyarakat tidak ingin anak mereka
memilih perguruan sebagai kerjaya. Sebaliknya,
Bih-Jen Fwu & Hsiou-Huai Wang (2002)
dapati guru di Taiwan menikmati prestij dan
taraf yang tinggi dan majoriti guru
menunjukkan kepuasan dengan kerjaya mereka. Ini berkait rapat dengan budaya,
sejarah dan dasar kerajaan Taiwan yang telah memberi penghormatan tinggi kepada
profesion perguruan sejak turun-temurun.
Kelihatan profesion perguruan menjadi pilihan utama kepada golongan lepas
sekolah di Malaysia. Contohnya pada tahun 2010, 90,000 pelajar telah memohon
untuk menjadi guru. Itu satu jumlah yang besar sedangkan tempat yang ada lebih
kurang 6,000 sahaja. Jelaslah bahawa perguruan kini menjadi minat ramai pelajar.
Ramai yang memohon terdiri daripada pelajar cemerlang. Bertambah pula ada
golongan profesional seperti jurutera, akauntan, pengamal undang- undang yang
belajar dari dalam dan luar negara yang memohon untuk mengikuti program Kursus
Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI) untuk menjadi guru. Sesetengah dintara mereka
sudah bekerja dan gaji mereka lebih daripada gaji guru. Kenapa pula hendak menjadi
guru, kalau gaji lebih rendah?
Jenis Lelaki Perempuan
Sekolah Rendah 70,600 159,849 230,449
Sekolah Menengah 55,571 119,696 175,267
Jumlah 126,171 279,545 405,716
1.3 AKTIVITI PEMBELAJARAN
a) Pada pendapat anda, adakah masyarakat Malaysia
memandang tinggi profesion perguruan? Jelaskan.
b) Apakah yang mendorong begitu ramai individu
memilih untuk menjadi guru?
Bab 1: Profesion Perguruan
13
1.6 Puisi ‘Guru O Guru’
GURU O GURU
BERBURU ke padang datar
Dapat rusa belang kaki
Berguru kepala ajar
Ibarat bunga kembang tak jadi
Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum jadi dewasa.
Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.
Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.
Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulangi ilmu
Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.
USMAN AWANG
1979
Bab 1: Profesion Perguruan
14
Sajak Usman Awang menggambarkan pengorbanan seorang guru. Peranan
guru amat penting kepada masyarakat kerana ia membimbing masyarakat menjadi
manusia yang berguna. Guru digambarkan sebagai penyuluh kepada anak bangsa
untuk mereka memperolehi ilmu. Guru mendidik anak bangsanya dengan ilmu agar
anak bangsanya menjadi masyarakat berguna. Guru digambarkan sebagai ibu, bapa
dan sahabat kepada para pelajar. Tanpa jemu dan bosan, guru sentiasa memberi
nasihat dan bimbingan.
Puisi Usman Awang di atas menggambarkan betapa pentingnya profesion
perguruan dalam pembangunan modal insan cemerlang sejak zaman berzaman.
Manakala persepsi masyarakat terhadap profesion perguruan pula membayangkan
tentang ruang cuti yang banyak, masa kerja yang terhad, bidang tugas yang mudah
serta hasil pulangan yang terjamin. Mungkin ini agaknya permohonan untuk menjadi
guru berlipat kali ganda setiap tahun termasuk mereka yang sudah mendapat kerja
tetapi sanggup mengorbankan pekerjaan mereka walaupun sudah beroleh pendapatan
yang agak lumayan.
1.4 AKTIVITI PEMBELAJARAN
Baca puisi Usman Awang, „Guru O Guru‟.
a) Apakah mesej utama puisi beliau?
b) Sejauh manakah anda bersetuju dengan pandangan
eliau tentang peranan dan tugas guru?
Bab 1: Profesion Perguruan
15
1.7 Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaa n
Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (KPPK) telah
ditubuhkan dan didaftarkan secara rasmi pada 27 Jun, 1974.
Nama dalam Bahasa Inggeris ialah National Union of the
Teaching Profession (NUTP). Penubuhan KPPK adalah hasil
gabungan dua buah kesatuan guru iaitu National Union of
Teachers (NUT) dan Kesatuan Kebangsaan Guru-Guru
Sekolah Kebangsaan (KKGSK).
Keahlian
Keahlian KPPK terdiri daripada pelbagai kategori guru daripada semua jenis dan
peringkat sekolah. PPK merupakan kesatuan perguruan yang terbesar di Malaysia
dengan 160,000 orang ahli pada 2010 dan salah satu terbesar in Asia Tenggara. KPPK
terdiri daripada 12 cawangan di seluruh negara. Setiap cawangan mempunyai pejabat,
ahli jawatan kuasa dan bangunan sendiri yang mengelolakan aktiviti di peringkat
cawangan.
2.11 AKTIVITI PEMBELAJARAN
Sejauh manakah anda bersetuju dengan pernyataan
di atas? Berikan contoh-contoh spesifik.
Bab 1: Profesion Perguruan
16
Visi
Mempertingkatkan Kualiti Profesion Perguruan
Misi
Merancang dan melaksanakan pelbagai program ke arah melahirkan guru
inovatif, dinamik dan progresif sejajar dengan visi mempertingkatkan standard
dan martabat profesion perguruan.
Objektif
Memperjuangkan hak asasi guru dan menyediakan perkhidmatan berkualiti
dan cemerlang kepada para ahli.
Sebagai sebuah kesatuan, KPPK membela kaum guru dan profesion perguruan, dan
sentiasa prihatian terhadap perkhidmatan para guru. KPPK juga berusaha
meningkatkan kebajikan ahli-ahli samping membantu kaum guru memahami peranan
mereka dalam memenuhi hasrat Falfasah Pendidikan Negara. KPPK juga komited
untuk meningkatkan imej dan martabat profesionalisme guru dan perkara-perkara
yang berkaitan dengan skim gaji, perkhidmatan laluan kerjaya dan lain-lain.
[sumber: laman web Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan,
http://www.nutp.org]
RINGKASAN
Profesion berasal daripada perkataan Latin „profiteor‟ yang terbahagi kepada
“pro” yang secara umum bermakna “ke arah” dan “fiteor” yang bermakna
“mengakui, berjanji, mendedahkan kepada semua, berikrar”.
Profesion keguruan tidak boleh dianggap sebagai satu kerjaya yang boleh diceburi
sesiapa saja.
Profesion ditakrifkan sebagai satu bidang pekerjaan yang memerlukan pendidikan
dan kecekapan serta kemahiran yang tinggi dan latihan khusus.
Sesuatu profesion memberikan suatu perkhidmatan yang unik dan, tetap yang
diperlukan oleh masyarakat.
Untuk menjadi guru bertauliah, seseorang mesti memperoleh pengetahuan dan
kemahiran spesifik melalui latihan dalam suatu tempoh yang berpanjangan.
Bab 1: Profesion Perguruan
17
Walau pun guru mempunyai autonomi, ia adalah terhad berbanding dengan
profesion lain.
Pada asasnya profesion keguruan sejak dulu, kini dan selamanya adalah sama iaitu
mengajar, mendidik serta merubah manusia yang bernama pelajar daripada
keadaan tidak mengenal huruf, mengira dan membaca kepada celik huruf, bijak
dan menjadi manusia berjaya.
Guru di Taiwan menikmati prestij dan taraf yang tinggi dan majoriti guru
menunjukkan kepuasan dengan kerjaya mereka.
Kelihatan profesion perguruan menjadi pilihan utama kepada golongan lepas
sekolah di Malaysia.
Menurut Tatasusila Kementerian Pendidikan Malaysia, guru bertanggungjawab
terhadap pelajar, terhadap ibu bapa, kepada masyarakat dan negara, dan kepada
rakan sejawat dan profesion.
Puisi Usman Awang di atas menggambarkan betapa pentingnya profesion
perguruan dalam pembangunan modal insan cemerlang sejak zaman berzaman.
Visi Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (KPPK) ialah
mempertingkatkan Kualiti Profesion Perguruan
KATA KUNCI
Profesion Badan Kawalan Memartabatkan profesion
Pengetahuan Latihan Khusua Panggilan keramat
Autonomi Prestij Lesen perguruan
Kod etika Taraf sosial Kesatuan Perkhidmatan
Tanggungjawab Perkhidmatan unik Perguruan Kebangsaan
Bab 1: Profesion Perguruan
18
REFERENCES:
Bih-Jen Fwu & Hsiou-Huai Wang. (2004). The Social Status of Taiwanese
Teachers. Comparative Education. 38(2). 211-224.
Bayles, Michael. "The Professions." Ethical Issues in Professional Life. Joan
C. Callahan, Ed. New York, NY: Oxford University Press, 1988.
Cruess S, Johnston S, Cruess, R. (2004). Profession: A Working Definitio for
Medical Educators. Teach Learn Med. Winter, 16(1): 74-76.
Gilley, Jerry W. dan Steven A. Eggland, 1989. Principles of Human
ResourchesDevelopment. New York: Addison Wesley Pub. Company. Inc.
Greenwood, Ernest. "Attributes of a Profession." Social Work, Vol. 2, July
1957, pp. 45-55.
Hamdan, Abd Rahim and Sihes, Johari (2006) Persepsi Guru Terhadap
Profesion Perguruan Masa Kini. In: Seminar JPPG, Kota Kinabalu Sabah..
(Unpublished)
Lubell, Myron Samuel. The Significance of Organizational Conflict on the
Legislative Evolution of the Accounting Profession in the United States.
Doctoral Dissertation, University of Maryland, 1978.
Wilensky, Harold L. "The Professionalization of Everyone?" The American
Journal of Sociology, Vol. 70, No. 2, September 1964, pp. 137-158.

Contenu connexe

Tendances

Kemahiran pengukuhan
Kemahiran pengukuhanKemahiran pengukuhan
Kemahiran pengukuhanSohib AlQuran
 
Ciri dan prinsip pentaksiran
Ciri dan prinsip pentaksiranCiri dan prinsip pentaksiran
Ciri dan prinsip pentaksirannurul syifaa'
 
BBD 10302 pedagogi (KEMAHIRAN PENGAJARAN)
BBD 10302 pedagogi (KEMAHIRAN PENGAJARAN)BBD 10302 pedagogi (KEMAHIRAN PENGAJARAN)
BBD 10302 pedagogi (KEMAHIRAN PENGAJARAN)Fizz Scopio
 
Updated ppt tajuk 7 pdpp etika dan perundangan guru
Updated ppt tajuk 7 pdpp etika dan perundangan guruUpdated ppt tajuk 7 pdpp etika dan perundangan guru
Updated ppt tajuk 7 pdpp etika dan perundangan guruHashimah68
 
kepentingan dan implikasi teori-teori pembelajaran dalam meningkatkan keberke...
kepentingan dan implikasi teori-teori pembelajaran dalam meningkatkan keberke...kepentingan dan implikasi teori-teori pembelajaran dalam meningkatkan keberke...
kepentingan dan implikasi teori-teori pembelajaran dalam meningkatkan keberke...Cho Shirley
 
Pendidikan Inklusif (Faktor Kritikal Kejayaan Pendidikan Inklusif)
Pendidikan Inklusif (Faktor Kritikal Kejayaan Pendidikan Inklusif)Pendidikan Inklusif (Faktor Kritikal Kejayaan Pendidikan Inklusif)
Pendidikan Inklusif (Faktor Kritikal Kejayaan Pendidikan Inklusif)FaFai S.
 
Mobiliti sosial melalui pendidikan
Mobiliti sosial melalui pendidikanMobiliti sosial melalui pendidikan
Mobiliti sosial melalui pendidikanElizabeth beth
 
FAKTOR KRITIKAL KEJAYAAN PENDIDIKAN INKLUSIF
FAKTOR KRITIKAL KEJAYAAN PENDIDIKAN INKLUSIFFAKTOR KRITIKAL KEJAYAAN PENDIDIKAN INKLUSIF
FAKTOR KRITIKAL KEJAYAAN PENDIDIKAN INKLUSIFNURLIDYAWATI JASMIN
 
Tajuk 6 kepemimpinan-guru
Tajuk 6 kepemimpinan-guruTajuk 6 kepemimpinan-guru
Tajuk 6 kepemimpinan-gurudewaperangmop
 
PERBANDINGAN ANTARA TEORI PERKEMBANGAN KOGNITIF JEAN PIAGET DAN LEV VYGOTSKY
PERBANDINGAN ANTARA TEORI PERKEMBANGAN KOGNITIF JEAN PIAGET DAN LEV VYGOTSKYPERBANDINGAN ANTARA TEORI PERKEMBANGAN KOGNITIF JEAN PIAGET DAN LEV VYGOTSKY
PERBANDINGAN ANTARA TEORI PERKEMBANGAN KOGNITIF JEAN PIAGET DAN LEV VYGOTSKYSanta Barbara
 
Pengenalan kepentingan rph
Pengenalan   kepentingan rphPengenalan   kepentingan rph
Pengenalan kepentingan rphLuqmanZaaba
 
Konsep dan definisi kurikulum
Konsep dan definisi kurikulumKonsep dan definisi kurikulum
Konsep dan definisi kurikulumAziyan Bakar
 
Akauntabiliti guru
Akauntabiliti guruAkauntabiliti guru
Akauntabiliti guruibnussomad
 
JENIS PENTAKSIRAN copy.pptx
JENIS PENTAKSIRAN copy.pptxJENIS PENTAKSIRAN copy.pptx
JENIS PENTAKSIRAN copy.pptxmohdhadzril2
 
Bab3.etika perguruan
Bab3.etika perguruanBab3.etika perguruan
Bab3.etika perguruanNur ja
 
Kepentingan Teori Pembelajaran Konstruktivisme dan Implikasi terhadap Pengaja...
Kepentingan Teori Pembelajaran Konstruktivisme dan Implikasi terhadap Pengaja...Kepentingan Teori Pembelajaran Konstruktivisme dan Implikasi terhadap Pengaja...
Kepentingan Teori Pembelajaran Konstruktivisme dan Implikasi terhadap Pengaja...Atifah Ruzana Abd Wahab
 

Tendances (20)

Kemahiran pengukuhan
Kemahiran pengukuhanKemahiran pengukuhan
Kemahiran pengukuhan
 
Ciri dan prinsip pentaksiran
Ciri dan prinsip pentaksiranCiri dan prinsip pentaksiran
Ciri dan prinsip pentaksiran
 
BBD 10302 pedagogi (KEMAHIRAN PENGAJARAN)
BBD 10302 pedagogi (KEMAHIRAN PENGAJARAN)BBD 10302 pedagogi (KEMAHIRAN PENGAJARAN)
BBD 10302 pedagogi (KEMAHIRAN PENGAJARAN)
 
Updated ppt tajuk 7 pdpp etika dan perundangan guru
Updated ppt tajuk 7 pdpp etika dan perundangan guruUpdated ppt tajuk 7 pdpp etika dan perundangan guru
Updated ppt tajuk 7 pdpp etika dan perundangan guru
 
kepentingan dan implikasi teori-teori pembelajaran dalam meningkatkan keberke...
kepentingan dan implikasi teori-teori pembelajaran dalam meningkatkan keberke...kepentingan dan implikasi teori-teori pembelajaran dalam meningkatkan keberke...
kepentingan dan implikasi teori-teori pembelajaran dalam meningkatkan keberke...
 
Pendidikan Inklusif (Faktor Kritikal Kejayaan Pendidikan Inklusif)
Pendidikan Inklusif (Faktor Kritikal Kejayaan Pendidikan Inklusif)Pendidikan Inklusif (Faktor Kritikal Kejayaan Pendidikan Inklusif)
Pendidikan Inklusif (Faktor Kritikal Kejayaan Pendidikan Inklusif)
 
Mobiliti sosial melalui pendidikan
Mobiliti sosial melalui pendidikanMobiliti sosial melalui pendidikan
Mobiliti sosial melalui pendidikan
 
FAKTOR KRITIKAL KEJAYAAN PENDIDIKAN INKLUSIF
FAKTOR KRITIKAL KEJAYAAN PENDIDIKAN INKLUSIFFAKTOR KRITIKAL KEJAYAAN PENDIDIKAN INKLUSIF
FAKTOR KRITIKAL KEJAYAAN PENDIDIKAN INKLUSIF
 
Tajuk 6 kepemimpinan-guru
Tajuk 6 kepemimpinan-guruTajuk 6 kepemimpinan-guru
Tajuk 6 kepemimpinan-guru
 
PERBANDINGAN ANTARA TEORI PERKEMBANGAN KOGNITIF JEAN PIAGET DAN LEV VYGOTSKY
PERBANDINGAN ANTARA TEORI PERKEMBANGAN KOGNITIF JEAN PIAGET DAN LEV VYGOTSKYPERBANDINGAN ANTARA TEORI PERKEMBANGAN KOGNITIF JEAN PIAGET DAN LEV VYGOTSKY
PERBANDINGAN ANTARA TEORI PERKEMBANGAN KOGNITIF JEAN PIAGET DAN LEV VYGOTSKY
 
Pengenalan kepentingan rph
Pengenalan   kepentingan rphPengenalan   kepentingan rph
Pengenalan kepentingan rph
 
Konsep dan definisi kurikulum
Konsep dan definisi kurikulumKonsep dan definisi kurikulum
Konsep dan definisi kurikulum
 
Analisis swot big
Analisis swot bigAnalisis swot big
Analisis swot big
 
Akauntabiliti guru
Akauntabiliti guruAkauntabiliti guru
Akauntabiliti guru
 
JENIS PENTAKSIRAN copy.pptx
JENIS PENTAKSIRAN copy.pptxJENIS PENTAKSIRAN copy.pptx
JENIS PENTAKSIRAN copy.pptx
 
Bab3.etika perguruan
Bab3.etika perguruanBab3.etika perguruan
Bab3.etika perguruan
 
PERANAN GURU BIASA SEBAGAI GURU PEMBIMBING
PERANAN GURU BIASA SEBAGAI GURU PEMBIMBINGPERANAN GURU BIASA SEBAGAI GURU PEMBIMBING
PERANAN GURU BIASA SEBAGAI GURU PEMBIMBING
 
Kepentingan Teori Pembelajaran Konstruktivisme dan Implikasi terhadap Pengaja...
Kepentingan Teori Pembelajaran Konstruktivisme dan Implikasi terhadap Pengaja...Kepentingan Teori Pembelajaran Konstruktivisme dan Implikasi terhadap Pengaja...
Kepentingan Teori Pembelajaran Konstruktivisme dan Implikasi terhadap Pengaja...
 
Model taba
Model taba Model taba
Model taba
 
TEORI, MODEL DAN PEMBANGUNAN KURIKULUM
TEORI, MODEL DAN PEMBANGUNAN KURIKULUMTEORI, MODEL DAN PEMBANGUNAN KURIKULUM
TEORI, MODEL DAN PEMBANGUNAN KURIKULUM
 

Similaire à Bab 1: Ciri-ciri Profesion

Makalah konsep dasar profesional
Makalah konsep dasar profesionalMakalah konsep dasar profesional
Makalah konsep dasar profesionalWarnet Raha
 
KEGIATAN BELAJAR 1-PEDAGIGIK.pdf
KEGIATAN BELAJAR 1-PEDAGIGIK.pdfKEGIATAN BELAJAR 1-PEDAGIGIK.pdf
KEGIATAN BELAJAR 1-PEDAGIGIK.pdfAEMMULYADI
 
Bahjdiobuos/nbxslkj;swiojehcbxjmkso;li.ppt
Bahjdiobuos/nbxslkj;swiojehcbxjmkso;li.pptBahjdiobuos/nbxslkj;swiojehcbxjmkso;li.ppt
Bahjdiobuos/nbxslkj;swiojehcbxjmkso;li.pptUmmyKhairussyifa1
 
Makalah Fungsi Etika Profesi Hukum
Makalah Fungsi Etika Profesi HukumMakalah Fungsi Etika Profesi Hukum
Makalah Fungsi Etika Profesi HukumFenti Anita Sari
 
PENGEMBANGAN PROFESI GURU KB 1.pdf
PENGEMBANGAN PROFESI GURU KB 1.pdfPENGEMBANGAN PROFESI GURU KB 1.pdf
PENGEMBANGAN PROFESI GURU KB 1.pdfkangifat
 
Profesi keguruan
Profesi keguruanProfesi keguruan
Profesi keguruanabeskey
 
Konsep dasar profesi keguruan
Konsep dasar profesi keguruanKonsep dasar profesi keguruan
Konsep dasar profesi keguruanAnggunW
 
Memilih Profesi SMART.pptx
Memilih Profesi SMART.pptxMemilih Profesi SMART.pptx
Memilih Profesi SMART.pptxAula41
 
Materi ke 4 ; PEKERJAAN, PROFESI DAN PROFESIONAL.pptx
Materi ke 4 ; PEKERJAAN, PROFESI DAN PROFESIONAL.pptxMateri ke 4 ; PEKERJAAN, PROFESI DAN PROFESIONAL.pptx
Materi ke 4 ; PEKERJAAN, PROFESI DAN PROFESIONAL.pptxMeli1634
 
MAKALAH PROFESI KEPENDIDIKAN (1).docx
MAKALAH PROFESI KEPENDIDIKAN (1).docxMAKALAH PROFESI KEPENDIDIKAN (1).docx
MAKALAH PROFESI KEPENDIDIKAN (1).docxMRafli21
 
Profesi evaluasi
Profesi evaluasiProfesi evaluasi
Profesi evaluasi27021972
 

Similaire à Bab 1: Ciri-ciri Profesion (20)

Tugas devi tik
Tugas devi tikTugas devi tik
Tugas devi tik
 
Makalah konsep dasar profesional
Makalah konsep dasar profesionalMakalah konsep dasar profesional
Makalah konsep dasar profesional
 
Makalah konsep dasar profesional
Makalah konsep dasar profesionalMakalah konsep dasar profesional
Makalah konsep dasar profesional
 
Makalah konsep dasar profesional
Makalah konsep dasar profesionalMakalah konsep dasar profesional
Makalah konsep dasar profesional
 
Modul 4 kb 1
Modul 4 kb 1Modul 4 kb 1
Modul 4 kb 1
 
KEGIATAN BELAJAR 1-PEDAGIGIK.pdf
KEGIATAN BELAJAR 1-PEDAGIGIK.pdfKEGIATAN BELAJAR 1-PEDAGIGIK.pdf
KEGIATAN BELAJAR 1-PEDAGIGIK.pdf
 
Bahjdiobuos/nbxslkj;swiojehcbxjmkso;li.ppt
Bahjdiobuos/nbxslkj;swiojehcbxjmkso;li.pptBahjdiobuos/nbxslkj;swiojehcbxjmkso;li.ppt
Bahjdiobuos/nbxslkj;swiojehcbxjmkso;li.ppt
 
Makalah Fungsi Etika Profesi Hukum
Makalah Fungsi Etika Profesi HukumMakalah Fungsi Etika Profesi Hukum
Makalah Fungsi Etika Profesi Hukum
 
PENGEMBANGAN PROFESI GURU KB 1.pdf
PENGEMBANGAN PROFESI GURU KB 1.pdfPENGEMBANGAN PROFESI GURU KB 1.pdf
PENGEMBANGAN PROFESI GURU KB 1.pdf
 
Etika Profesi_2 karakteristik dan ciri profesi
Etika Profesi_2 karakteristik dan ciri profesiEtika Profesi_2 karakteristik dan ciri profesi
Etika Profesi_2 karakteristik dan ciri profesi
 
Makalah profesi keguruan 6
Makalah profesi keguruan 6Makalah profesi keguruan 6
Makalah profesi keguruan 6
 
Profesi keguruan
Profesi keguruanProfesi keguruan
Profesi keguruan
 
Makalah profesi keguruan 6
Makalah profesi keguruan 6Makalah profesi keguruan 6
Makalah profesi keguruan 6
 
Konsep dasar profesi keguruan
Konsep dasar profesi keguruanKonsep dasar profesi keguruan
Konsep dasar profesi keguruan
 
Makalah profesi keguruan 6
Makalah profesi keguruan 6Makalah profesi keguruan 6
Makalah profesi keguruan 6
 
Memilih Profesi SMART.pptx
Memilih Profesi SMART.pptxMemilih Profesi SMART.pptx
Memilih Profesi SMART.pptx
 
Kel 3 etika profesi 1
Kel 3 etika profesi 1Kel 3 etika profesi 1
Kel 3 etika profesi 1
 
Materi ke 4 ; PEKERJAAN, PROFESI DAN PROFESIONAL.pptx
Materi ke 4 ; PEKERJAAN, PROFESI DAN PROFESIONAL.pptxMateri ke 4 ; PEKERJAAN, PROFESI DAN PROFESIONAL.pptx
Materi ke 4 ; PEKERJAAN, PROFESI DAN PROFESIONAL.pptx
 
MAKALAH PROFESI KEPENDIDIKAN (1).docx
MAKALAH PROFESI KEPENDIDIKAN (1).docxMAKALAH PROFESI KEPENDIDIKAN (1).docx
MAKALAH PROFESI KEPENDIDIKAN (1).docx
 
Profesi evaluasi
Profesi evaluasiProfesi evaluasi
Profesi evaluasi
 

Plus de Hishamuddin Salim

Plus de Hishamuddin Salim (7)

80 kesalahan tatabahasa
80 kesalahan tatabahasa80 kesalahan tatabahasa
80 kesalahan tatabahasa
 
Kertas kerja tmk 2017
Kertas kerja tmk 2017Kertas kerja tmk 2017
Kertas kerja tmk 2017
 
Program kecemerlangan upsr (minit & bajet )
Program kecemerlangan upsr (minit & bajet )Program kecemerlangan upsr (minit & bajet )
Program kecemerlangan upsr (minit & bajet )
 
Jemputan
JemputanJemputan
Jemputan
 
Uppm soalan.pemahaman
Uppm soalan.pemahamanUppm soalan.pemahaman
Uppm soalan.pemahaman
 
Kertas kerja kecermerlangan upsr 2011
Kertas kerja kecermerlangan upsr 2011Kertas kerja kecermerlangan upsr 2011
Kertas kerja kecermerlangan upsr 2011
 
Laporan kajian tindakan 2011
Laporan kajian tindakan 2011Laporan kajian tindakan 2011
Laporan kajian tindakan 2011
 

Bab 1: Ciri-ciri Profesion

  • 1. Bab 1: Profesion Perguruan 1 BBBaaabbb 111::: PPPRRROOOFFFEEESSSIIIOOONNN PPPEEERRRGGGUUURRRUUUAAANNN Dalam Bab ini dibincangkan konsep perguruan serta ciri-ciri sesuatu profesion. Tujuh ciri-ciri atau atribut sesuatu profesión dikenal pasti. Tumpuan ialah kepada soalan sama ada perguruan dianggap sebagai suatu profesión atau guru ialah seorang profesional. Persepsi masyarakat terhadap profesión perguruan disentuh dengan membanding kajian dibeberapa negara. Berdasarkan tujuh atribut yang cadangkan, secara umum perguruan menepati kriteria sesuatu profesión kecuali daripada beberapa sudut. Sajak Usman Awang yang menyentuh tentang peranan dan tugas guru dibentangkan. Diakhir bab ini, peranan kesatuan perguruan yang terbesar dibincangkan. RINGKASAN BAB 1.1 Pengenalan 1.2 Konsep profesion 1.3 Ciri-ciri profesion 1.4 Profesion perguruan 1.5 Persepsi terhadap profesion perguruan 1.6 Puisi „Guru O Guru‟ 1.7 Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Ringkasan Kata Kunci Rujukan Hasil Pembelajaran: Setelah selesai membaca bab ini, anda akan dapat: Menerangkan maksud profesion Membincang cirri-ciri sesuatu profesion Memberi justifikasi perguruan ialah suatu profesion Menganalsis persepsi guru terhadap profesion perguruan Menilai peranan kesatuan perguruan Bab 1: Profesion Perguruan Bab 2: Tugas & Peranan Guru Bab 3 Etika Perguruan Bab 4: Standard Guru Malaysia Bab 5: Pembangunan Profesion Perguruan Bab 6: Permuafakatan Sekolah-Komuniti Bab 7: Guru Sebagai Pemimpin Bab 8: Cabaran Profesion Perguruan
  • 2. Bab 1: Profesion Perguruan 2 1.1 Pengenalan Kini terdapat pelbagai jenis pekerjaan yang dikategorikan sebagai profesional yang banyak menyumbang kepada kesejahtereen sesuatu masyarakat. Antaranya ialah doktor, jurutera, akauntan, jurubina, guru, akitek, jururawat, peguam dan sebagainya. Apakah ciri-ciri yang dimiliki jenis pekerjaan ini yang masyarakat terima sebagai „profesion‟? Doktor Jurutera Guru Doktor Gigi Peguam Sanggupkah anda dirawat oleh seorang doktor yang tidak bertauliah? Sanggupkah anda melantik seorang jurutera yang tidak pernah belajar ilmu kejuruteraan membina sebuah jambatan? Adakah anda bersetuju anak anda diajar oleh seorang guru yang tidak mempunyai kelayakan perguruan? Beranikah anda mendapat rawatan daripada seorang doctor gigi yang tidak bertauliah?
  • 3. Bab 1: Profesion Perguruan 3 Sanggupkah anda dibela oleh seorang peguam yang tidak mempunyai ijazah undang-undang? Sudah tentu jawapan anda kepada semua soalan di atas ialah “TIDAK”. Mengapa? 1.2 Konsep Profesion Profesion berasal daripada perkataan Latin „profiteor‟ yang terbahagi kepada “pro” yang secara umum bermakna “ke arah” dan “fiteor” yang bermakna “mengakui, berjanji, mendedahkan kepada semua, berikrar”. Pada abad ke19, istilah profesion dikhususkan untuk individu yang terlibat dalam bidang agama, undang-undang dan perubtan sahaja (Lihat Rajah 1.1). Adalah sukar untuk memberi definisi yang tepat berkenaan konsep „profesion‟. Walau pun banyak telah ditulis tentang definisi profesion, masih tidak terdapat satu definisi yang diterima umum. Takrifan yang diberikan dalam kamus telah diterima oleh sesetengah individu manakala yang lain berpendapat definisi yang dikemukakan terlalu umum. Ahli falasfah, pakar perundangan dan badan-badan profesional telah memberi definisi masing-masing. Berikut ini ialah contoh beberapa takrifan konsep profesion. The Oxford English Dictionary mendefinisikan profesion sebagai pekerjaan yang dibayar dan melibatkan latihan yang berpanjangan dan penanugerahan kelayakan formal. The Australian Council of Professions mentakrif profesion sebagai: sekumpulan individu berdisiplin yang mematuhi piawaian etika yang tinggi dan diterima orang ramai sebagai mempunyai pengetahuan dan kemahiran khusus, yang diiktiraf oleh sebuah badan, telah memperolehi pendidikan dan latihan di peringkat yang tinggi, dan bersedia untuk menggunakan pengetahuan dan kemahiran yang dimiliki ini demi kepentingan orang lain. Gilley dan Eggland (1989) mendefinisikan profesion sebagai penguasaan sesautu bidang ilmu, menjadi ahli sesuatu badan profesional dimana pengetahuan dan kemahiran yang diperolehi dikehendaki masyarakat. Secara ringkas definisi ini mementingkan penguasaan ilmu pengetahuan tertentu dan mengaplikasi kecekepan untuk kepentingan umum Rajah 1.1 Doktor merawat pesakit pada abad ke 19
  • 4. Bab 1: Profesion Perguruan 4 Business.Dictionaru.com melihat profesion sebagai pekerjaan atau kerjaya yang memerlukan penguasaan satu set pengetahuan dan kemahiran yang komplek melalui sistem pendidikan formal. Kamus Dewan (2005) menyifatkan profesion sebagai satu bidang pekerjaan yang memerlukan pendidikan dan kecekapan serta kemahiran yang tinggi dan latihan khusus. Cruess, R., Johnston S & Cruess, R (2004), mentakrif profesion sebagai pekerjaan yang melibatkan penguasaan pengetahuan and kemahiran yang komplek. Ahli sesuatu profesion berpegang kepada kod etika dan komited memberi perhidmatan berkualiti tinggi kepada masyarakat yang disifatkan sebagai suatu perjanjian antara profesion berkenaan dengan masyarakat Lieberman (1956) mendefinisikan profesion sebagai satu bidang yang mempunyai ciri-ciri seperti kepentingan intelek, latihan ikhtisas yang mencukupi, khidmat yang diperlukan oleh masyarakat, menikmati autonomi, mementingkan mutu perhidmatan, mempunyai tatasusila perhidmatan atau kod etika dan mempunyai organisasi tersendiri untuk menguruskan hal-hal yang berkaitan profesion. 1.3 Ciri-Ciri Profesion Individu yang sifatkan sebagai profesional atau ahli sesuatu profesion bolehlah diertikan sebagai seorang yang menjalankan sesuatu tugas yang dibayar upah danyang pakar dalam bidang pekerjaan yang dijalankannya. Apakah ciri-ciri umum sesuatu profession? Ini dijawab dengan merumuskan ciri-ciri atau atribut yang terdapat pada sesuatu profesion yang diutarakan oleh Greenwood (1957), Wilensky (1964), Lubell (1978) dan Bayles (1988). Lihat Rajah 1.2. 1. PERKHIDMATAN UNIK Sesuatu profesion memberikan suatu perkhidmatan yang unik dan, tetap yang diperlukan oleh masyarakat. Dalam hal ini, hanya individu dalam profesion sahaja yang dapat memberikan perkhidmatan berkenaan untuk kesejahteraan umum. Contohnya, hanya doktor perubatan memberi khidmat perubatan, hanya jurutera memberi khidmat kejuruteraan. 1.1 AKTIVITI PEMBELAJARAN Dengan merujuk kepada definisi profesion yang disenaraikan, kenal pasti perkataan dan frasa yang sama dan hampir sama dalam setiap penyataan. 1.1 AKTIVITI PEMBELAJARAN Dengan merujuk kepada definisi profesion yang disenaraikan, kenal pasti perkataan dan frasa yang sama dan hampir sama dalam setiap penyataan.
  • 5. Bab 1: Profesion Perguruan 5 Rajah 1.2 Tujuh Ciri Sesuatu Profesion 2. PENGETAHUAN DAN KEMAHIRAN Ahli sesuatu profesion mempunyai fakta, konsep, prinsip & teori serta kemahiran yang tinggi dalam sesuatu bidang yang mengaplikasinya dalam pekerjaan masing-masing. Contohnya, seorang peguam perlu mengetahui segala undang-undang, akta, peraturan yang berkaitan. Seorang profesional telah melibatkan diri secara peribadi dengan kerjayanya, dan kepuasan tidak setakat ganjaran wang, tetapi juga simbol-simbol seperti gelaran dan anugerah. Contohnya, diawal nama seorang doktor ialah singkatan “Dr” dan bagi engineer pula singkatan yang digunakan ialah “Ir”. 3. LATIHAN KHUSUS Seorang orang profesional mesti mengikuti pendidikan dan latihan yang berpanjangan sama ada di kolej, maktab, institusi atau universiti. Bagaimana pun, seseorang itu tidak semestinya memasuki kolej atau universiti untuk mempelajari sesuatu bidang ilmu kerana dia boleh mendapat pensijilan dengan belajar secara jarak jauh. Contohnya, seorang boleh menjadi akuantan dengan mengikuti kursus ACCA atau CIMA tanpa ke universiti dan menjadi profesional. Seorang profesional harus menunjukkan keupayaannya dengan PROFESION Pengetahuan & Kemahiran Latihan Khusus Tanggungjawab Kod EtikaBadan Kawalan Autonomi Perhidmatan Unik
  • 6. Bab 1: Profesion Perguruan 6 melulus ujian atau peperiskaan. Kebanyakkan profesion mensyaratkan ahli mereka mempunyai lesen atau sijil. Bagaimana pun, tidak semua pekerjaan yang memerlukan lesen atau pensijilan memenuhi kriteria profesion. Ahli sesuatu profesion diberikan lesen atau sijil yang menggariskan peringkat bidang kuasa pekerjaan selaras dengan kriteria di mana mereka mempunyai pengaruh yang agak besar. Contohnya, sesuatu projek pembinaan tidak akan dilulus oleh pihak berkuasa selagi tidak ditandatangani oleh jurutera perunding yang bertauliah. 4. AUTONOMI Seorang profesional menikmati autonomi dan tanggungjawab tentang pekhidmatan yang diberikan kepada orang ramai yang tidak dapat menilai kualiti perkhidmatan yang diterima. Contohnya, bila anda dirawat oleh doktor, dia mempunyai kuasa menentukan rawatan yang anda wajar menerima. Oleh kerana anda tidak mempunyai kelayakan dan pengalaman sewajarnya, anda tidak dapat menentukan kualiti perhidmatan yang diberikan. 5. TANGGUNGJAWAB Walau pun ahli sesuatu profesion mempunyai kebebasan autonomi, dia terpaksa juga memikul tanggungjawab semua tindakan dan keputusan yang dibuat. Oleh kerana perkhidmatan yang diberikan oleh seseorang profesional itu melibatkan kebajikan manusia, maka tanggungjawabnya amatlah berat. Contohnya, doktor bertanggungjawab apabila pesakitnya mati selepas sesuatu pembedahan. Saudara-mara boleh mengambil tindakan mahkamah sekiranya mereka dapati doktor berkenaan cuai. 6. KOD ETIKA Profesional mematuhi piawaian tingkah laku yang berorientasikan perkhidmatan yang jelas, sistematik dan mengikat (binding); menetapkan hubungan rakan sekerja yang membantu dan menyokong sama sendiri, dan dikuatkuasakan oleh persatuan-persatuan mereka. Integriti sesuatu profesion dipantau dengan berpegang kepada kod etika. Kod etika mengawal selia tingkahlaku individu dariapda sesuatu profesion dan mekanisme diwujudkan untuk mengambil tindakan terhadap mereka yang melanggar kod etika (dibincangkan dengan mendalam dalan Bab 3). 7. BADAN KAWALAN Kebanyakkan profesion mempunyai sesuatu badan atau organasasi yang terdiri daripada pelbagai jawatan kuasa, pasukan petugas dan sebagainya yang berusaha untuk mencapai matlamat serta meningkatkan imej profesion. Contohnya, Majlis Perubatan Malaysia (Malaysian Medica Council), memantau tingkah laku doktor perubatan; Majlis Bar Malaysia (Malaysian Bar Council) memantau kelakuan perguam, dan Persatuan Akitek Malaysia memantau tindak-tanduk akitek. Badan-badan ini mempunyai kuasa untuk mengambil tindakan terhadap ahli-ahli mereka yang telah melanggar kod etika yang teah persetujui [Rujuk kepada Bab 3 h: 17 yang menunjukkan tindakan
  • 7. Bab 1: Profesion Perguruan 7 yang diambil oleh Majlis Perubatan Malaysia terhadap ahli mereka yang melanggar kod etika]. [sumber: Sharifah Alwiah Alsagoff, 1984. Falsafah Pendidikan. Kuala Lumpur: Heinemann Asia] 1.1 AKTIVITI PEMBELAJARAN (a) Sejauh manakah anda bersetuju dengan TUJUH ciri-ciri atau atau atribut sesuatu profesion? (b) Adakah ciri-ciri atau kriteria lain anda ingin cadangkan untuk sesuatu profesion?
  • 8. Bab 1: Profesion Perguruan 8 Syarat Mengajar bagi Pelihara Integriti Profesion KOTA BHARU: Kementerian Pelajaran menimbang untuk mensyaratkan guru memiliki lesen perguruan, seperti doktor, peguam dan akauntan, bagi memelihara integriti profesion itu serta menjadikan sistem pendidikan negara bertaraf dunia. Timbalan Menterinya, berkata lesen perguruan itu telah dilaksanakan di Kanada dan sudah tiba masanya Malaysia menimbangkannya secara serius. “Isu integriti menjadi perhatian kementerian saya dan perlu dicari satu kaedah bagaimana hendak mengekalkan integriti perguruan. Oleh itu, ada cadangan kita kaji atau lihat sama ada guru perlu ada lesen perguruan seperti doktor, peguam atau akauntan”. "Mereka perlu ada lesen, kalau langgar peraturan profesion mereka, lesen berkenaan akan ditarik balik dan tidak boleh membuat amalan pekerjaan itu,” katanya semalam. Timbalan Menteri berkata demikian ketika mengulas kes seorang guru mencabul lima murid perempuan berusia antara 11 hingga 12 tahun di Sibu, Sarawak, ketika isterinya sedang menunggu waktu melahirkan anak sulung mereka. Perbuatan guru berusia 32 tahun itu dikatakan bermula Mac lalu, tetapi semua mangsa termasuk seorang murid Tahun Enam yang juga adik iparnya, hanya membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Sibu, Rabu lalu. Timbalan Menteri berkata, kementerian memandang serius kejadian seumpama itu kerana sekiranya integriti guru tercemar, masyarakat akan hilang kepercayaan kepada guru. Beliau bagaimanapun berkata, cadangan memperkenalkan lesen perguruan masih di peringkat awal dan belum dikemukakan ke Kabinet. “Kajian juga belum dibuat kerana benda ini bukan mudah, ia membabitkan 390,000 guru di negara ini. Namun, kementerian sedang berusaha untuk menerokainya demi menjaga kepentingan profesion perguruan,” katanya. [sumber: adaptasi Berita Harian Online. 22 Mei, 2010] 1.2 AKTIVITI PEMBELAJARAN Sejauh manakah anda bersetuju dengan cadangan Timbalan Menteri tentang mensyaratkan guru memiliki lesen perguruan? Jelaskan.
  • 9. Bab 1: Profesion Perguruan 9 1.4 Profesion Perguruan Satu soaln yang kerap ditumbulkan ialah; “Adakah guru seorang profesional?” atau “Adakah pergurusan suatu profesion?”. Persoalan ini telah lama dibangkitkan. Memang tidak dinafikan bahawa perguruan adalah salah satu profesion yang mencabar dan amat mendesak (Noriati Rashid, Boon Pong Ying & Wong Kiet Wah, 2010). Guru diharap mengetahui serba serbi tingkah laku manusia dan memainkan pelbagai peranan untuk menjadikan dirinya seorang profesional yang berkesan. Kesedaran seperti ini telah lama disuarakan sejak tahun 50an di mana di samping mempunyai sifat-sifat diri yang sempurna, guru dikehendaki memainkan pelbagai peranan [rujuk kepada Bab 3 yang membincangkan pelbagai peranan seorang guru]. Kembali kepada persoalan asal tadi, sama ada perguruan itu ialah suatu profesion, kita membincang dengan berpandukan TUJUH ciri-ciri atau atribut sesuatu profesion yang dibincangkan tadi. SEJAUH MANAKAH PERGURUAN IALAH SUATU PROFESION? Pertama ialah Perkhidmatan Unik. Profesion perguruan adalah bidang yang memberi perkhidmatan yang unik dan diperlukan oleh masyarakat. Keunikannya hanya akan dirasai dan diketahui oleh mereka yang terlibat dalam profesion ini. Hanya guru sahaja yang berkemampuan memberi perkhidmatan pendidikan terbaik kepada masyarakat untuk membangankan personaliti, kebolehan mental dan fizikal setiap pelajar (Noran Fauziah dan Ahmad Mahdzan, 1993). Profesion perguruan tidak hanya profesion yang tertua di dunia tetapi adalah unik dan pelbagai. Guru tidak hanya penyampai ilmu tetapi juga kaunselor, pentadbir, perangsang (motivator), „ibu bapa‟, Adakah guru seorang professional seperti doktor atau peguam?
  • 10. Bab 1: Profesion Perguruan 10 pemimpin, pengurus instruksional dan lain-lain. Walau pun kanak-kanak boleh didik oleh ibu bapa mereka, televisyen atau internet, namum guru adalah pakar yang dilatih untuk mewariskan pengetahuan dan kemahiran. Kedua, ialah Pengetahuan dan Kemahiran. Untuk menjadi guru bertauliah, seseorang mesti memperoleh pengetahuan dan kemahiran spesifik melalui latihan dalam suatu tempoh yang berpanjangan. Mengikut Shulman (1987), pengetahuan yang perlu dikuasai oleh guru termasuk:  Pengetahuan tentang falsafah dan sejarah pendidikan  Pengetahuan isi kandungan mata pelajaran (Content Knowledge)  Pengetahuan kandungan pedagogi (Pedagogical Content Knowledge)  Pengetahuan mengenai kurikulum (iaitu, sukatan pelajaran, bahan pembelajaran, alat bantuan mengajar dan sebagainya)  Pengetahuan tentang pengurusan bilik darjah  Pengetahuan mengenai pentadbiran dan budaya sekolah Ketiga, ialah Latihan Khusus. Untuk menjadi guru, individu perlu menerima latihan yang khusus. Program-program Sarjana Muda Pendidikan (B.Ed) yang di tawarkan university-universiti dan Institut Pendidikan Guru (IPG) mengambil masa 4 tahun yang termasuk praktikum atau latihan mengajar yang wajib untuk semua guru pelatih. Program-program Sarjana Muda Pendidikan yang ditawarkan meliputi berbagai-bagai pengkhususan seperti pengajaran Bahasa Inggeris, Bahasa Melayu, sains, matematik, sejarah dan sebaginya. Juga ditwarkan ialah Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI) untuk mereka yang sudah memiliki ijazah sarjana muda daripada apa jua bidang pun yang ingin dilatih menjadi guru. Institut Pendidikan Guru (IPG) pernah menawarkan program sijil and diploma pendidikan selama 3 tahun. Walau pun terdapat, berbagai-bagai program latihan guru, masih terdapat beribu-ribu guru yang mengajar di tadika dan prasekolah yang tidak memiliki latihan perguruan. Juga terdapat guru-guru sandaran mengajar di sekolah- sekolah dan tidak mempunyai kelayakan perguruan. Keempat, ialah Autonomi. Walau pun guru mempunyai autonomi, ia adalah terhad berbanding dengan profesion lain. Contohnya, seorang peguam atau akuantan boleh menolak dan memilih pelanggannya (walau pun amalan ini tidak digalakkan), guru tidak boleh memilih pelajar yang diajar. Begitu juga dengan kurikulum yang perlu diajarnya telah ditentukan orang lain tetapi guru bebas menentukan kaedah mengajar yang memadai. “Bilik darjah seseorang
  • 11. Bab 1: Profesion Perguruan 11 guru adalah mahligainya, kerana di sini ia boleh mencuba berbagai-bagai cara pengajaran dan mempunyai autonomi yang jarang dipersoalkan” (Sharifah Alwiah Alsagoff, 1986, h: 223). Kelima, ialah Tanggungjawab. Menurut Tatasusila Kementerian Pendidikan Malaysia, guru bertanggungjawab terhadap pelajar, terhadap ibu bapa, kepada masyarakat dan negara, dan kepada rakan sejawat dan profesion. Bagaimana pun guru jarang sekali, atau tidak pernah dipecat jawatannya kerana sebahagian murid dalam kelasnya tidak dapat membaca. Setelah seseorang guru disahkan dalam jawatan, memang sukar bagi guru berkenaan dipecat, kecuali atas alasan-alasan jenayah atau kerana hukuman mahkamah. Keenam, ialah Badan Profesional. Mengenai badan atau kesatuan perguruan mengawasi kod etika perguruan, perkara ini tidak begitu berkesan. Kesatuan- kesatuan tersebut lebih mengutamakan perkara yang berkaitan dengan skim perhidmatan seperti gaji dan faedah-faedah lain. Bukan semua guru diwajibkan menjadi ahli sesuatu kesatuan. Tambahan pula terdapat banyak kesatuan dan persatuan guru yang mempunyai matlamat penubuhan mereka yang berbeza. Ketujuh ialah Kod Etika. Kod etika profesion perguruan ditentukan oleh „Ikrar Guru‟ dan „Tatasusila Kementerian Pendidikan Malaysia‟. Oleh kerana guru (kecuali guru disektor swasta) adalah pekerja kerajaan, tingkah laku dan tindakan mereka dipantau melalui Perintiah-Perintah Am Kerajaan yang memperincikan tindakan yang dilarang sama sekali dan tidakn yang boleh diakukan dengan izin. Perintiah-Perintah Am juga memperincikan hukuman yang boleh dikenakan bersabit dengan pelanggaran sesuatu peraturan. Pada umumnya, kerjaya perguruan menepati ketujuh-tujuh ciri sesuatu profesion. Bagaimana pun terdapat beberapa kriteria yang kurang meyakinkan bahawa perguruan ialah suatu profesion. Contohnya, mereka yang tidak mempunyai kelayakan perguruan dibenarkan mengajar di sekolah dan di tadika. Keadaan sedemikian tidak akan dibenarkan sama sekali bagi profesion perubatan, profesion undang-undang atau profesion kejuruteraan. 1.5 Persepsi Terhadap Profesion Perguruan Jadual 3.1 menunjukkan bilangan guru di Malaysia yang mengajar lebih kurang 5.4 juta pelajar. Adalah dianggar terdapat kira-kira 10,000 guru tadika yang mengajar di tadika tajaan kerajaan dan swasta.
  • 12. Bab 1: Profesion Perguruan 12 Jadual 1.1 Bilangan guru sekolah rendah dan menengah di Malaysia (2010) Abdul Rahin Hamdan, Ahmad Johari Hj Sihes, Jamaluddin Ramli dan Rosliza Hamzah (2006) dalam kajian bertajuk Perpsepsi Guru Terhadap Profesion Perguruan Masa Kini dapati bahawa 100% guru yang dikaji “menganggap bahawa kerjaya mereka sebagai guru adalah satu kerjaya yang mulia”. Bagaimana pun, hanya 38% “mengakui bahawa masyarakat sekarang memandang tinggi akan profesion perguruan”. Perlu ditegaskan bahawa kajian ini adalah pandangan 100 guru sekolah menengah di Kelantan. Kajian yang dijalankan di Nigeria oleh Lawal (2012) dapati profesion perguruan dipandang rendah berbanding profesion lain seperti undang-undang, kejuruteraan dan perubatan. Masyarakat tidak ingin anak mereka memilih perguruan sebagai kerjaya. Sebaliknya, Bih-Jen Fwu & Hsiou-Huai Wang (2002) dapati guru di Taiwan menikmati prestij dan taraf yang tinggi dan majoriti guru menunjukkan kepuasan dengan kerjaya mereka. Ini berkait rapat dengan budaya, sejarah dan dasar kerajaan Taiwan yang telah memberi penghormatan tinggi kepada profesion perguruan sejak turun-temurun. Kelihatan profesion perguruan menjadi pilihan utama kepada golongan lepas sekolah di Malaysia. Contohnya pada tahun 2010, 90,000 pelajar telah memohon untuk menjadi guru. Itu satu jumlah yang besar sedangkan tempat yang ada lebih kurang 6,000 sahaja. Jelaslah bahawa perguruan kini menjadi minat ramai pelajar. Ramai yang memohon terdiri daripada pelajar cemerlang. Bertambah pula ada golongan profesional seperti jurutera, akauntan, pengamal undang- undang yang belajar dari dalam dan luar negara yang memohon untuk mengikuti program Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI) untuk menjadi guru. Sesetengah dintara mereka sudah bekerja dan gaji mereka lebih daripada gaji guru. Kenapa pula hendak menjadi guru, kalau gaji lebih rendah? Jenis Lelaki Perempuan Sekolah Rendah 70,600 159,849 230,449 Sekolah Menengah 55,571 119,696 175,267 Jumlah 126,171 279,545 405,716 1.3 AKTIVITI PEMBELAJARAN a) Pada pendapat anda, adakah masyarakat Malaysia memandang tinggi profesion perguruan? Jelaskan. b) Apakah yang mendorong begitu ramai individu memilih untuk menjadi guru?
  • 13. Bab 1: Profesion Perguruan 13 1.6 Puisi ‘Guru O Guru’ GURU O GURU BERBURU ke padang datar Dapat rusa belang kaki Berguru kepala ajar Ibarat bunga kembang tak jadi Dialah pemberi paling setia Tiap akar ilmu miliknya Pelita dan lampu segala Untuk manusia sebelum jadi dewasa. Dialah ibu dialah bapa juga sahabat Alur kesetiaan mengalirkan nasihat Pemimpin yang ditauliahkan segala umat Seribu tahun katanya menjadi hikmat. Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara Jika hari ini seorang ulama yang mulia Jika hari ini seorang peguam menang bicara Jika hari ini seorang penulis terkemuka Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa; Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca. Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu Dia adalah guru mewakili seribu buku; Semakin terpencil duduknya di ceruk desa Semakin bererti tugasnya kepada negara. Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku Budi yang diapungkan di dulangi ilmu Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat Menjadi kenangan ke akhir hayat. USMAN AWANG 1979
  • 14. Bab 1: Profesion Perguruan 14 Sajak Usman Awang menggambarkan pengorbanan seorang guru. Peranan guru amat penting kepada masyarakat kerana ia membimbing masyarakat menjadi manusia yang berguna. Guru digambarkan sebagai penyuluh kepada anak bangsa untuk mereka memperolehi ilmu. Guru mendidik anak bangsanya dengan ilmu agar anak bangsanya menjadi masyarakat berguna. Guru digambarkan sebagai ibu, bapa dan sahabat kepada para pelajar. Tanpa jemu dan bosan, guru sentiasa memberi nasihat dan bimbingan. Puisi Usman Awang di atas menggambarkan betapa pentingnya profesion perguruan dalam pembangunan modal insan cemerlang sejak zaman berzaman. Manakala persepsi masyarakat terhadap profesion perguruan pula membayangkan tentang ruang cuti yang banyak, masa kerja yang terhad, bidang tugas yang mudah serta hasil pulangan yang terjamin. Mungkin ini agaknya permohonan untuk menjadi guru berlipat kali ganda setiap tahun termasuk mereka yang sudah mendapat kerja tetapi sanggup mengorbankan pekerjaan mereka walaupun sudah beroleh pendapatan yang agak lumayan. 1.4 AKTIVITI PEMBELAJARAN Baca puisi Usman Awang, „Guru O Guru‟. a) Apakah mesej utama puisi beliau? b) Sejauh manakah anda bersetuju dengan pandangan eliau tentang peranan dan tugas guru?
  • 15. Bab 1: Profesion Perguruan 15 1.7 Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaa n Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (KPPK) telah ditubuhkan dan didaftarkan secara rasmi pada 27 Jun, 1974. Nama dalam Bahasa Inggeris ialah National Union of the Teaching Profession (NUTP). Penubuhan KPPK adalah hasil gabungan dua buah kesatuan guru iaitu National Union of Teachers (NUT) dan Kesatuan Kebangsaan Guru-Guru Sekolah Kebangsaan (KKGSK). Keahlian Keahlian KPPK terdiri daripada pelbagai kategori guru daripada semua jenis dan peringkat sekolah. PPK merupakan kesatuan perguruan yang terbesar di Malaysia dengan 160,000 orang ahli pada 2010 dan salah satu terbesar in Asia Tenggara. KPPK terdiri daripada 12 cawangan di seluruh negara. Setiap cawangan mempunyai pejabat, ahli jawatan kuasa dan bangunan sendiri yang mengelolakan aktiviti di peringkat cawangan. 2.11 AKTIVITI PEMBELAJARAN Sejauh manakah anda bersetuju dengan pernyataan di atas? Berikan contoh-contoh spesifik.
  • 16. Bab 1: Profesion Perguruan 16 Visi Mempertingkatkan Kualiti Profesion Perguruan Misi Merancang dan melaksanakan pelbagai program ke arah melahirkan guru inovatif, dinamik dan progresif sejajar dengan visi mempertingkatkan standard dan martabat profesion perguruan. Objektif Memperjuangkan hak asasi guru dan menyediakan perkhidmatan berkualiti dan cemerlang kepada para ahli. Sebagai sebuah kesatuan, KPPK membela kaum guru dan profesion perguruan, dan sentiasa prihatian terhadap perkhidmatan para guru. KPPK juga berusaha meningkatkan kebajikan ahli-ahli samping membantu kaum guru memahami peranan mereka dalam memenuhi hasrat Falfasah Pendidikan Negara. KPPK juga komited untuk meningkatkan imej dan martabat profesionalisme guru dan perkara-perkara yang berkaitan dengan skim gaji, perkhidmatan laluan kerjaya dan lain-lain. [sumber: laman web Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan, http://www.nutp.org] RINGKASAN Profesion berasal daripada perkataan Latin „profiteor‟ yang terbahagi kepada “pro” yang secara umum bermakna “ke arah” dan “fiteor” yang bermakna “mengakui, berjanji, mendedahkan kepada semua, berikrar”. Profesion keguruan tidak boleh dianggap sebagai satu kerjaya yang boleh diceburi sesiapa saja. Profesion ditakrifkan sebagai satu bidang pekerjaan yang memerlukan pendidikan dan kecekapan serta kemahiran yang tinggi dan latihan khusus. Sesuatu profesion memberikan suatu perkhidmatan yang unik dan, tetap yang diperlukan oleh masyarakat. Untuk menjadi guru bertauliah, seseorang mesti memperoleh pengetahuan dan kemahiran spesifik melalui latihan dalam suatu tempoh yang berpanjangan.
  • 17. Bab 1: Profesion Perguruan 17 Walau pun guru mempunyai autonomi, ia adalah terhad berbanding dengan profesion lain. Pada asasnya profesion keguruan sejak dulu, kini dan selamanya adalah sama iaitu mengajar, mendidik serta merubah manusia yang bernama pelajar daripada keadaan tidak mengenal huruf, mengira dan membaca kepada celik huruf, bijak dan menjadi manusia berjaya. Guru di Taiwan menikmati prestij dan taraf yang tinggi dan majoriti guru menunjukkan kepuasan dengan kerjaya mereka. Kelihatan profesion perguruan menjadi pilihan utama kepada golongan lepas sekolah di Malaysia. Menurut Tatasusila Kementerian Pendidikan Malaysia, guru bertanggungjawab terhadap pelajar, terhadap ibu bapa, kepada masyarakat dan negara, dan kepada rakan sejawat dan profesion. Puisi Usman Awang di atas menggambarkan betapa pentingnya profesion perguruan dalam pembangunan modal insan cemerlang sejak zaman berzaman. Visi Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (KPPK) ialah mempertingkatkan Kualiti Profesion Perguruan KATA KUNCI Profesion Badan Kawalan Memartabatkan profesion Pengetahuan Latihan Khusua Panggilan keramat Autonomi Prestij Lesen perguruan Kod etika Taraf sosial Kesatuan Perkhidmatan Tanggungjawab Perkhidmatan unik Perguruan Kebangsaan
  • 18. Bab 1: Profesion Perguruan 18 REFERENCES: Bih-Jen Fwu & Hsiou-Huai Wang. (2004). The Social Status of Taiwanese Teachers. Comparative Education. 38(2). 211-224. Bayles, Michael. "The Professions." Ethical Issues in Professional Life. Joan C. Callahan, Ed. New York, NY: Oxford University Press, 1988. Cruess S, Johnston S, Cruess, R. (2004). Profession: A Working Definitio for Medical Educators. Teach Learn Med. Winter, 16(1): 74-76. Gilley, Jerry W. dan Steven A. Eggland, 1989. Principles of Human ResourchesDevelopment. New York: Addison Wesley Pub. Company. Inc. Greenwood, Ernest. "Attributes of a Profession." Social Work, Vol. 2, July 1957, pp. 45-55. Hamdan, Abd Rahim and Sihes, Johari (2006) Persepsi Guru Terhadap Profesion Perguruan Masa Kini. In: Seminar JPPG, Kota Kinabalu Sabah.. (Unpublished) Lubell, Myron Samuel. The Significance of Organizational Conflict on the Legislative Evolution of the Accounting Profession in the United States. Doctoral Dissertation, University of Maryland, 1978. Wilensky, Harold L. "The Professionalization of Everyone?" The American Journal of Sociology, Vol. 70, No. 2, September 1964, pp. 137-158.