1. PENGENALAN BIDANG MENGGAMBAR
Definisi Menggambar
•Adalah satu representasi visual sesuatu objek atau imej yang dihasilkan di atas
permukaan rata.
•Ia mengandungi komposisi artistik yang dihasilkan melalui aplikasi warna di atas
permukaan rata.
•Ilustrasi yang digunakan untuk menerangkan dengan lebih jelas tentang sesuatu objek
•Gambaran huruf yang diterangkan dalam bentuk grafik.
•Representasi visual yang dihasilkan dalam bentuk 2 dimensi
•Gambar sebagai satu artifak yang menunjukkan satu kecenderungan terhadap sesuatu
imej atau objek
Alat, Media dan Teknik
Murid minat menghasilkan kerja-kerja seni menggunakan berbagai jenis kertas yang
berbagai tekstur, warna dan berbagai saiz. Lain-lain kertas seperti kertas surat khabar,
majalah, kertas tisu, kertas sampul surat, kertas pembungkus hadiah dll.
Alat tulis samada yang berwarna atau tidak berwarna, media kering atau basah
semuanya amat berguna untuk melengkapkan kerja-kerja menggambar.
Tujuan Menggambar
• Meneroka beberapa teknik yang berbeza dalam melukis
dan membuat gambar
• Menggunakan Asas Senireka dalam menggambar berdasarkan tema imaginasi murid
• Menggambar berdasarkan tema, pengalaman, imaginasi dan fantasi murid secara
manual dan berbantukan komputer.
(a) Aras Pengetahuan dan Kefahaman
• Memahami konsep dan fungsi setiap aktiviti yang dipelajari
• Menyatakan perasaan, idea dan imaginasi diri melalui kegiatan menggambar.
2. • Menguasai asas seni reka serta menghasilkan hasil kerja seni visual yang kreatif dan
berfungsi
(b) Aras Aplikasi dan Analisa
• Merasa dan mengenalpasti pelbagai kesan, benda, alat dan bahan dengan meneroka
dan mencuba secara spontan
• Mengambil bahagian dalam kegiatan seni visual dengan
perasaan gembira
• Mengenal dan menggunakan elemen asas seni reka dalam penghasilan karya secara
kreatif
(c) Aras Sintesis dan Penilaian
• Menghayati benda yang dilihat, disentuh dan didengar erta menyatakan aspek yang
disukai dan yang tidak isukai
• Meningkatkan daya kreativiti dan imaginasi dalam semua kegiatan seni visual
• Menghargai alam persekitaran serta menghayati unsur flora dan fauna
• Mengamalkan nilai-nilai murni seperti bekerjasama, brkeyakinan diri, kekemasan,
kebersihan serta mengutamakan keselamatan
• Menggabungjalin aktiviti seni visual dengan subjek lain dalam usaha mewujudkan idea
yang kreatif
LUKISAN
(a) Definisi Lukisan
Lukisan merupakan hasil kerja seni yang dibuat di atas sesuatu permukaan rata untuk
meluahkan perasaan berbentuk imej dengan menggunakan media kering atau
menggunakan warna paling sedikit. Lukisan adalah lanjutan beberapa lakaran ringkas
bagi merakamkan informasi visual kepada sesuatu kegiatan lain seperti catan, kolaj,
montaj dan cetakan.
Penggunaan alat dalam sesebuah lukisan terhad kepada media kering seperti pensel,
pensel warna, pastel, arang, pen dan dakwat. Lukisan mengaplikasi garisan, rupa,
bentuk, saiz, warna dan jalinan.
3. (b) Alat, Media dan Bahan
Pensil H- Adalah sejenis pensel jenis keras
Pensil B (2B - 8B) - Adalah sejenis pensel lembut
Pensil warna- Terdiri daripada berbagai jenis warna
Arang- Dapat memberi kesan legap dan mudah mendapat kesan
Pen dan dakwat- Mempunyai kesan garisan yang lebih halus
Soft Pastel- Didapati dlm pelbagai warna,mempunyai kesan lembut
Krayon- Juga lembut dan mempunyai kesan lilin
Pen marker- Menghasilkan kesan garisan tebal
Marker pelukisan (rendering marker)
Kapur -Kesan garisan yang tebal dan mudah tanggal
(c) Jenis-jenis Kertas Lukisan
• Kertas lukisan biasa sesuai untuk pensel, pen, arang dan krayon lembut.
• Kertas cat air - tebal dan bermutu tinggi, mahal tetapi baik untuk digunakan.
• Bod bristol - merupakan kertas bod putih yang keras dan licin yang dicipta untuk pen.
• Kertas Ingres - kertas ini mempunyai permukaan yang halus dan berbulu. Ia terdapat
dalam pelbagai warna yang cerah. Biasanya digunakan untuk lukisan pastel
• Lain-lain kertas seperti ‘brown paper’, kertas komputer, kertas arkitek, kertas taip,
kertas fotokopi, kertas suratkhabar.
(d) Teknik
i. Coreng / conteng
ii. Garisan kontur
iii. Titik
iv. Pangkah silang
v. Garisan selari.
Menentukan Tema atau Subjek
(i) Lukisan figura -imej yang berkaitan dengan manusia atau haiwan
(ii) Lukisan alam benda - objek kaku atau tidak bernyawa
(iii) Lukisan lanskap - pemandangan di luar studio atau di dalam studio
4. Dalam menghasilkan lukisan yang bermutu, kita perlu mengambil kira beberapa aspek
seperti berikut:
(i) Asas senireka (unsur-unsur seni dan prinsip-prinsip rekaan)
(ii) Perspektif (1, 2, 3 titik lenyap)
(iii) Tetingkap fokus iaitu kaedah memilih sudut pandangan
(iv) Kesan cahaya pada imej
(v) Pembentukan bayang-bayang
(vi) Teknik (garisan selari, conteng, titik, teknik campuran dll)
(vii) Jenis alat, media dan bahan yang hendak digunakan
(viii) Teknik mengukur objek mengikut kadar banding
5. CATAN
Catan adalah satu proses menyapu warna atau cat ke atas sesuatu permukaan rata.
Dihasilkan melalui sapuan warna ke atas permukaan rata dengan menggunakan berus.
Ia mewakili gambaran pemikiran atau rekaan tertentu sama ada yang nyata atau
abstrak
Jenis Warna
1. Warna Poster
2. Warna Air
3. Cat Akrilik
4. Cat Minyak
5. Cat Tempera
6. Cat Gouache
7. Fresko - Kapur plaster
KOLAJ
Kolaj dihasilkan dengan cara memotong, mengoyak, menggunting, menampal,
menindih bahan-bahan di atas permukaan rata.
Bahantara yang digunakan untuk menghasilkan kolaj adalah dari bahanbahan
terbuang, jenis kekacang, berbagai jenis kertas dan fabrik.
Sebelum mengaplikasikan alatan dan media pada kolaj
perlu fikirkan tema terlebih dahulu. Tema, alatan, bahan dan media perlu disesuaikan
dengan tahap umur murid.
MONTAJ
Montaj ialah satu aktiviti seni menggambar menggunakan potongan gambar dari
berbagai sumber atau sumber yang sama.
Aktiviti montaj menggunakan teknik memotong, menampal dan mencantum. Teknik
tindihan (kolaj) dan teknik susunan gambar (mozek) digunakan dalam aktiviti montaj.
6. Cantuman gambar-gambar akan menghasilkan satu imej baru.
Teknik super impose, image editing photography digunakan dengan menggunakan
komputer dalam menghasilkan montaj.
Tema bagi aktiviti menghasilkan montaj boleh dikategorikan kepada tema lanskap, alam
benda, figura dan corak huruf. Warna-warna harmoni dan warna-warna kontra
digunakan dalam montaj untuk menarik perhatianpemerhati.
CETAKAN
Cetakan adalah satu proses penerapan blok ke atas permukaan rata, diulang dan
dicipta dalam bentuk edisi dengan menggunakan dakwat. Cetakan juga boleh terjadi
melalui proses menggambar dan mencorak yang dilakukan dengan cara memotong
permukaan plat dengan dakwat
Teknik cetakan mono, teknik cetakan timbul, (blok kayu dan lino) boleh diaplikasikan
dalam pengajaran dan pembelajaran di sekolah rendah. Pemilihan dalam
menggunakan teknik-teknik cetakan yang sesuai perlu diambilkira terhadap tahap
kecerdasan murid terlebih dahulu.
GOSOKAN
Gosokan adalah satu proses pemindahan reka bentuk atau corak dari sesuatu
permukaan ke permukaan yang lain dengan cara menggosok di atas permukaan yang
hendak dipindahkan.
Aktiviti gosokan dapat memperkembangkan deria lihat terhadap alam sekitar,
meluahkan berbagai perasaan dan menghasilkan berbagai jalinan.
Teknik gosokan:
• Gosokan satu lapis dan satu arah sahaja
• Gosokan beberapa lapisan di atas tempat yang sama
secara berulang kali
• Gosokan beberapa kali dari arah dan sudut yang berlainan
• Gosokan secara pusingan
• Gosokan menggunakan berbagaibagai warna
7. • Gosokan monokrom - menggunakan warna putih dan hitam sahaja.
• Gosokan potongan kertas
RESIS
Resis ialah satu aktiviti dalam kegiatan menggambar yang menggunakan warna-warna
basah dan contengan lilin.
Lilin yang digunakan dalam aktiviti resis menjadi pelindung kepada warna asal atau
terdahulu yang terdapat pada permukaan kertas.
Lilin dalam aktiviti resis bertindak sebagai alat untuk menghasilkan garisan di atas
permukaan kertas
Resis dari kertas lilin ialah satu perpindahan lilin yang terdapat kertas tersebut ke
permukaan kertas dengan menggunakan teknik tekanan garisan.
Resis dengan menggunakan kain menggunakan canting untuk membuat garisan lilin
pada corak batik.
Sodium silikat digunakan dalam resis batik kain untuk mengekalkan warna yang
terdapat pada kain tersebut.
Rendaman soda ash dalam air panas bertindak untuk membuang lilin yang terdapat
pada permukaan kain tersebut.
PERCIKAN
Percikan diistilahkan sebagai satu hasilan titikan warna yang berselerakan ke sana sini
setelah warna tersebut jatuh ke atas permukaan.
Percikan dihasilkan dengan cara mendetik, merenjis, mengetuk, menyembur dan
memercik. Alatan penting yang digunakan untuk menghasilkan percikan ialah berus dari
berbagai jenis, warna-warna basah dan kertas.
Percikan akan menghasilkan satu permukaan seperti batu granit atau marble yang
menarik.
Tema yang boleh dijalankan dalam aktiviti percikan termasuklah lanskap, tumbuh-
tumbuhan, corak, kad ucapan, setem dan catan.
MOZEK
Satu hasil kerja seni menggambar yang dihasilkan dengan menyusun bahan-bahan
tertentu di atas permukaan rata.
8. Teknik mozek dihasilkan dengan menyusun bahan secara bersebelahan dan rapat
tetapi masih meninggalkan ruang latar.
Bahan-bahan yang digunakan adalah dari bahan semulajadi atau buatan manusia
mengikut kesesuaian tahap murid dan jenis kelas yang hendak diajar.
Aktiviti mozek boleh dijalankan sebagai aktiviti dalam seni menggambar di dalam
sekolah dan pada bangunan- bangunan di luar sekolah.
RUMUSAN
• Bidang menggambar adalah satu bidang yang menegaskan perkembangan persepsi
dan kemahiran murid.
• Bidang menggambar memperlihatkan sejauh mana kemampuan murid terhadap
aspek melukis dan membuatgambar dengan menggunakan pelbagai media dan teknik.
• Bidang ini menekankan perkembangan imaginasi, kreativiti dan ekspresi diri murid
• Aspek apresiasi seni perlu diadakan sebagai satu proses pembelajaran murid.
• Menggambar adalah satu gambaran mental yang jelas dan pemberitahuan imej
mental seseorang.
• Alatan, media dan teknik yang digunakan dalam bidang menggambar menghasilkan
hasil kerja seni bermutu dan menarik perhatian ramai.
• Aras pengetahuan murid dalam aktiviti seni boleh dikategorikan mengikut aras
pengetahuan, kefahaman, aplikasi, analisa, sintesis dan penilaian.
• Perbincangan mengenai hasil kerja seni dilihat melalui 4 cara iaitu peringkat
penerangan, analisis, intepritasi dan penilaian.
• Aktiviti menggambar adalah satu cara bagaimana seseorang boleh berkomunikasi
dengan orang lain, dapat meluahkan perasaan dan menilai sesuatu hasil seni dari
aspek estetik.