Dokumen tersebut merangkum konsep-konsep moral, akhlak, dan etika serta membandingkan perbezaan di antara ketiga-tiga konsep tersebut. Ia juga menjelaskan aliran-aliran pemikiran moral seperti naturalisme dan emotivisme beserta ciri-ciri masing-masing.
1. NAMA KURSUS: ELM3101: PENGENALAN KEPADA KONSEP ASAS PENDIDIKAN MORAL
PENSYARAH : AZIZ BIN HJ. HADANI, IPG KAMPUS KENINGAU, SABAH
e-mail: zaez99@yahoo.com Facebook: azeezdanny HP: 019 831 6433
1. Konsep Asas Moral
• Moral , akhlak dan etika
(a) Moral
Moral menunjukan kepada satu sistem perlakuan yang berdasarkan
prinsip-prinsip yang dianggap benar, baik, dan patut dilakukan. Manakala
‘tidak bermoral’ pula bermaksud tidak mengikut prinsip dan melakukan
sesuatu yang tidak benar dan tidak baik. Secara umumnya, moral
dianggap tetap dan membawa maksud peraturan yang dikenal pasti oleh
masyarakat sedunia. Walaupun begitu, perkataan moral itu sendiri
mempunyai makna yang berlainan bagi individu dan masyarakat yang
berlainan, di masa dan tempat yang berlainan.
Moral merupakan perkataan yang berasal daripada bahasa latin ‘moralis’
yang bermaksud tingkahlaku yang sesuai dengan tatasusila serta
peraturan masyarakat. Oleh itu, perkataan moral merangkumi segala sifat
luhur seperti kejujuran, keadilan, kebenaran, bersopan-santun dan
sebagainya.
Istilah moral juga boleh dirujuk kepada penentangan terhadap suatu
keinginan atau penahanan daripada suatu tingkahlaku yang dianggap
salah. Ia juga merupakan kawalan tingkahlaku yang berdasarkan standard-
standard dihayati oleh seseorang individu.
Moral juga merujuk kepada tingkahlaku yang berdasarkan peraturan-
peraturan atau prinsip-prinsip yang diterima secara rasional, iaitu sebab-
sebab penerimaan itu difahami dan dirasakan berpatutan. Maka sebagai
rumusannya moral bolehlah dimaksudkan sebagai cara atau berbagai cara
untuk melihat dan mempersoalkan pelbagai isu berhubung dengan
perbuatan atau tingkahlaku berdasarkan persoalan betul atau salah, benar
2. NAMA KURSUS: ELM3101: PENGENALAN KEPADA KONSEP ASAS PENDIDIKAN MORAL
PENSYARAH : AZIZ BIN HJ. HADANI, IPG KAMPUS KENINGAU, SABAH
e-mail: zaez99@yahoo.com Facebook: azeezdanny HP: 019 831 6433
atau tidak dan apakah ia harus dilakukan atau tidak dalam satu-satu
keadaan.
(b) Akhlak
Akhlak dari segi bahasa didefinisikan sebagai moral, tabiat, perangai, budi,
adab, sifat semulajadi, maruah, watak, amalan agama atau rupa batin
seseorang. Akhlak berasal dari bahasa Arab iaitu Khuluqun yang bererti
budi pekerti, perangai atau tingkahlaku
Definisi ilmu akhlak menurut Prof. Omar Al Toumy Al Syaibani pula, ilmu
yang mengkaji tentang hakikat perbuatan berakhlak, sifat kebaikan,
kejahatan,kebenaran, kewajipan, kebahagiaan, hukum dan tanggungjawab
akhlak, motif kelakuan dan asas-asas teori gagasan akhlak.
Prof. Dr. Ahmad Amin dalam bukunya ‘Al- Akhlaq’ merumuskan pengertian
akhlak sebagai : Akhlak ialah suatu ilmu yang menjelaskan erti baik dan
buruk, menerangkan apa yang seharusnya dilakukan oleh setengah
manusia kepada yang lainnya, menyatakan tujuan yang harus dituju oleh
manusia dalam perbuatan mereka dan menunjukkan jalan untuk
melakukan apa yang harus diperbuat ”
Manakala menurut Dr. Miqdad Yalchin akhlak ialah “ Prinsip-prinsip dan
dasar atau kaedah yang ditentukan oleh wahyu untuk mengatur tingkah
laku manusia dalam kehidupannya. Ia membentuk dan menentukan
hubungan dengan orang lain agar misi kehidupan manusia terlaksana
dengan sempurna ”
Berdasarkan pengertian ini, akhlak boleh didefinisikan sebagai sifat
semulajadi atau tabiat yang mempamerkan gambaran atau rupa batin
seseorang. Secara kesimpulannya, akhlak mempunyai aspek seperti sifat
semulajadi yang dimiliki individu dan sifat yang dimiliki menerusi latihan
atau ransangan yang akhir menjadi tabiat. Ia meliputi dua dimensi, iaitu
batin atau kejiwaan dan zahir dalam bentukan perlakuan.
(c) Etika
3. NAMA KURSUS: ELM3101: PENGENALAN KEPADA KONSEP ASAS PENDIDIKAN MORAL
PENSYARAH : AZIZ BIN HJ. HADANI, IPG KAMPUS KENINGAU, SABAH
e-mail: zaez99@yahoo.com Facebook: azeezdanny HP: 019 831 6433
Etika boleh didefinisikan sebagai disiplin falsafah yang member perhatian
khusus kepada penilaian kritikal terhadap norma dan piawai yang
mewajarkan kelakuan perseorangan serta antara individu. Ia merupakan
kod perlakuan yang nyata dan kadang-kala tersurat yang berperanan untuk
mengawal tindakan-tindakan ahli-ahli di dalam sesuatu profesion atau
kelompok. Ia juga mempunyai individu-individu yang menyeleweng agar
konformiti diperolehi dan prestij dikekalkan.
Perkataan etika berasal daripada perkataan Greek, iaitu ‘ethos yang
bermaksud adat atau cara hidup. Ia juga bermaksud satu set peraturan
tingkahlaku seperti kod etika perubatan, guaman, perakuan, perguruan dan
sebagainya.
Terdapat dua jenis etika normative dan etika metaetika (meta-ethics)., etika
normative menekankan sifat perlakuan yang unggul dan sepatutnya
diterima dan dihayati oleh seseorang. Contohnya kesyukuran, kebersihan,
dan sebahagiannya. Ia bertujuan mencari norma atau standard bagi
sesuatu tindakan supaya manusia boleh memilih tindakan-tindakan mereka
dengan kefahaman yang mendalam dan berupaya menilai secara kritis
amalan-amalan yang terdapat dalam sesuatu masyarakat. Dengan ini,
manusia mampu menilai tingkahlaku diri sendiri dan orang lain, dimana
mereka dapat melihat yang baik dan sebaliknya. Penafsiran ini dikenali
sebagai penafsiran moral dengan menekankan baik dan buruknya sesuatu
tingkahlaku manusia apapun, seseorang itu tidak boleh dipersalahkan
sekiranya satu-satu tingkahlaku tidak dapat dikawal oleh dirinya sendiri.
Sebagai kesimpulan, etika normative merupakan kajian tentang prinsip-
prinsip yang menentukan bentuk-bentuk tingkahlaku moral manusia.
Tujuannya mencari satu standard bagi tindakan kita supaya dapat memilih
sesuatu tindakan dengan lebih bijaksana.
Sementara itu, etika metaetika (meta-ethics). pula mengkaji tentang
pertanyaan-pertanyaan cara hidup kita. Tumpuan utama adalah kepada
masalah-masalah dalam etika seperti mengenalpasti perlakuan manusia
yang paling baik yang boleh diteladani, menentukan punca maklumat
tentang perlakuan yang paling baik itu, menyenaraikan motif yang
melahirkan perlakuan yang baik itu, dan menentukan dasar perlakuan
4. NAMA KURSUS: ELM3101: PENGENALAN KEPADA KONSEP ASAS PENDIDIKAN MORAL
PENSYARAH : AZIZ BIN HJ. HADANI, IPG KAMPUS KENINGAU, SABAH
e-mail: zaez99@yahoo.com Facebook: azeezdanny HP: 019 831 6433
moral yang ingin digunakan. Kesimpulannya, tekanan matematika ialah
pada analisa dan makna istilah-istilah dan bahasa yang digunakan dalam
sesuatu sistem serta penaakulan yang digunakan untuk memberi justifikasi
kepada kenyataan-kenyataan etika.
Sekiranya etika dahulu menekankan kebaikan moral dan rasionalnya,
etika moden banyak memfokuskan kepada menentukan sifat-sifat beretika
menerusi tindakan dan telah membentuk 2 persaingan iaitu tindakan yang
mempunyai sifat etika dalaman dan memerlukan status moral daripada
akibat yang dibuat dan tindakan itu samaada betul atau salah. Dahulunya
ia dikenali sebagai Teological dan sekarang dikenali dengan Deontologikal
iaitu pendekatan kepada etika.
Etika bukan sahaja terdiri daripada satu set peraturan atau huraian yang
menentukan bagaimana seseorang seharusnya bertindak tetapi ia terdiri
daripada tindakan dan motif orang yang beretika dalam melakukan sesuatu
yang betul dalam semua situasi yang dihadapi. Tindakan beretika dating
dari seseorang yang berakhlak mulia yang mengambil berat tentang
melakukan sesuatu yang baik dan bukannya menjadikan hamba kepada
suatu set peraturan yang difikirkan mempunyai kaitan dengan kebaikan
dalam keadaan yang tertentu.
• Konsep baik , benar dan patut dalam moral
Individu yang bermoral harusnya memegang kepada konsep baik, benar
dan patut. Contohnya:
Kita patut melakukan apa yang baik dan benar
Anda patut berkelakuan baik
5. NAMA KURSUS: ELM3101: PENGENALAN KEPADA KONSEP ASAS PENDIDIKAN MORAL
PENSYARAH : AZIZ BIN HJ. HADANI, IPG KAMPUS KENINGAU, SABAH
e-mail: zaez99@yahoo.com Facebook: azeezdanny HP: 019 831 6433
Anda patut makan makanan berkhasiat
Menderma adalah satu perbuatan yang baik dan patut dilakukan.
Sesuatu tindakan itu ‘baik’ atau ‘benar’ sekiranya tindakan sejajar dengan
tugas dan tanggungjawab, dan ‘salah’ jika perlakuan/tindakan
bertentangan dengan konsep baik dan benar. Konsep ini adalah agak
abstrak dan ahli falsafah yang berlainan telah mentakrifkannya dalam
konteks atau cara yang ber beza.
Soalan latihan
Dalam konteks kematian pasangan laleh dan laden, kembar Iran yang
popular, telah mencetuskan soal pendebatan moral dalam etika dunia
perubatan. Moral ialah pertimbangan sama ada sesuatu perbuatan atau
perlakuan itu salah atau sebaliknya. Etika pula sama ada sesuatu
perbuatan itu adil atau tidak. Secara ringkasnya kes itu menjurus kepada
persoalan patut atau tidak patut berdasarkan kepada moral dan etika.
Pelbagai tanggapan telah dibuat, walaubagaimanapun kes ini boleh dilihat
dari 4 petak. Petak pertama bermoral dan beretika. Petak kedua bermoral
tetapi tidak beretika. Petak ketiga tidak bermoral tetapi beretika. Petak
keempat ialah tidak bermoral dan tidak beretika.
• Aliran Pemikiran Moral
Pengenalan
Kesedaran tentang pentingnya moral dalam kehidupan akan
menjadikan seseorang individu itu mematuhi dan mengamalkan nilai-
nilai moral.
Walaupun berlaku konflik moral dan pertentangan moral, individu
bermoral akan dapat menangani dan mengatasinya dengan cara yang
baik sesuai dengan amalan nilai moralnya.
Kita sering menghadapi masalah yang perlukan bertindak dan
bertindak balas terhadap sesuatu perkara.
Berhadapan dengan dua situasi yang memerlukan dalam waktu yang
sama.
6. NAMA KURSUS: ELM3101: PENGENALAN KEPADA KONSEP ASAS PENDIDIKAN MORAL
PENSYARAH : AZIZ BIN HJ. HADANI, IPG KAMPUS KENINGAU, SABAH
e-mail: zaez99@yahoo.com Facebook: azeezdanny HP: 019 831 6433
Dipengaruhi oleh perkembangan nilai moral yang diterima dan
keadaan persekitaran serta pengalaman.
Tindakan disokong oleh aspek intelektual dan kematangan berfikir.
Derek Wright (1979) menyatakan hati kecil berfungsi
menekan,melemahkan kuasa-kuasa naluri yang boleh mencabul
peraturan-peraturan moral masyarakat.
Faktor perbezaan aliran pemikiran antara individu dengan individu
yang lain:
Didikan ibubapa/penjaga
Pengaruh rakan sebaya
Pengalaman
Tahap pendidikan
Aliran Pemikiran Moral terbahagi kepada:
- Naturalisme
- Emotivis
- Intuisional
- Rasionalis
- Naturalisme
Tumpu kepada pemikiran yang menggambarkan keadaan sebenar.
Aliran ini adalah lurus dan jujur dalam menilai sesuatu.
Sifat-sifat :
Hidup dalam keadaan tidak bebas, tertekan
Terkongkong dengan peraturan-peraturan yang takut
7. NAMA KURSUS: ELM3101: PENGENALAN KEPADA KONSEP ASAS PENDIDIKAN MORAL
PENSYARAH : AZIZ BIN HJ. HADANI, IPG KAMPUS KENINGAU, SABAH
e-mail: zaez99@yahoo.com Facebook: azeezdanny HP: 019 831 6433
Jarang keluarkan pendapat
Lebih rela menerima sesuatu keadaan
Kesan Pemikiran Naturalisme:
Merendah diri
Kurang berinteraksi dengan orang lain
Tidak ada pandangan sendiri
Sentiasa bergantung dengan orang lain
Cepat memenuhi kepuasan hidup tanpa cuba meningkatkan
kemajuan diri
Pengikut setia,kurang membantah
- Emotivis
Sifat-sifat Pemikiran Emotivisme
Mudah tersentuh perasaan.
Mudah bersimpati/kasihan kpd orang lain.
Mudah tersinggung & kuat cemburu serta iri hati.
Sentiasa menghadapi tekanan emosi.
Bersikap agresif apbl m’hadapi keadaan yg tidak menyenangkan.
Pendiam, enggan bergaul.
Kesan Pemikiran Emotivisme
Mengutamakan perasaan dalam membuat tindakan.
Bertindak mengikut perasaan dalam menangani suatu isu.
Ketidakmantapan mengawal emosi sering menimbulkan masalah moral.
8. NAMA KURSUS: ELM3101: PENGENALAN KEPADA KONSEP ASAS PENDIDIKAN MORAL
PENSYARAH : AZIZ BIN HJ. HADANI, IPG KAMPUS KENINGAU, SABAH
e-mail: zaez99@yahoo.com Facebook: azeezdanny HP: 019 831 6433
Etika emotivisme mentafsirkan moral secara emosi, sikap dan perasaan.
Bertindak secara tidak menentu
Pemikiran Intuisional
Proses melihat atau memahami sesuatu secara intelek.
M’hasilkan pengetahuan melalui himpunan pengalaman lalu.
Individu banyak pengalaman m’punyai pemikiran intuisi yang lebih baik dan
bertindak wajar.
Sifat-sifat Pemikiran Intuisional
Memperoleh pengetahuan melalui proses kefahaman dan pengertian
langsung.
Bertindak berdasarkan gerak hati.
Kesan Pemikiran Intuisional
Cepat membuat keputusan.
Mudah menerima arahan.
Selalu mengubah fikiran.
Tidak stabil dari segi pendirian.
Pemikiran Rasionalis
Berpegang kepada kemunasabahan sesuatu.
Menyoal hakikat atau sebab-sebab wujudnya sesuatu keadaan.
Berpegang kepada bahawa sesuatu tidak dapat disahkan hanya dengan
pancaindera.
Sifat-sifat Pemikiran Rasional
Menggunakan fikiran dan taakulan.
Tindakan individu selalu wajar, waras dan rasional.
Kesan-kesan Pemikiran Rasional
9. NAMA KURSUS: ELM3101: PENGENALAN KEPADA KONSEP ASAS PENDIDIKAN MORAL
PENSYARAH : AZIZ BIN HJ. HADANI, IPG KAMPUS KENINGAU, SABAH
e-mail: zaez99@yahoo.com Facebook: azeezdanny HP: 019 831 6433
Membuat keputusan dan tindakan berdasarkan bukti sahih.
2 Teori dan Sistem Nilai
Pengenalan
Berikutnya pula kita akan membincangkan Sistem Nilai (konsep dan jenis-
jenis nilai) dan Teori Etika. Kefahaman perbezaan jenis nilai memberikan
penjelasan tentang pegangan nilai antara individu, peraturan-peraturan
yang termaktub atau nilai-nilai sejagat. Teori etika pula akan membantu
pelajar melihat perbezaan pandangan manusia dalam membuat penilaian
tindakan masing-masing daripada pelbagai asas teori.
Pernyataan Normative/ Deskriptif
Sebelum kita memulakan tajuk ini, sila rujuk buku pendidikan moral oleh
Koo Kee Peng dan Tang Chee Yee (1990), Bab 1.
2.1 Pelbagai Definisi Nilai/Sistem Nilai
Manusia bukan saja berakal dan pandai bertutur, tetapi juga suka menilai,
yang tahu membezakan antara kebaikan dengan kejahatan; keindahan
dengan keburukan; yang berharga dengan yang tidak berharga; yang
benar dengan yang palsu; dan sebagainya. Oleh itu, menilai dan membuat
pilihan merupakan tindakan utama manusia dalam kehidupannya, yang
dibuatnya pada setiap saat dan masa (INTAN 1994). Istilah nilai kasarnya
dipakai dalam tiga konteks, iaitu:
1. Nilai sebagai sifat (attribute). Sebagai contoh peribahasa inggeris
mengatakan “Time is money” manakala peribahasa melayu pula
mengatakan “Masa tak dapat ditambah, terlepas tak dapat dikejar”. Dalam
hal ini, masing-masing memberikan sifat dan kedudukan tertentu kepada
“masa” untuk menyatakan ketinggian nilainya;
2. Nilai sebagai kadar harga atau markah sesuatu objek atau perkara,
iaitu nilai dari segi kuantitatif. Misalnya, apabila kita bertanya: “Berapakah
nilai yang diberikan oleh ketua jabatan terhadap prestasi kerja anda?” Di
sini kita bermaksud jumlah markah (quantity) yang diberikan kepada
pegawai oleh ketua jabatan semasa menilai prestasi kerjanya dalam
Borang Penilaian Prestasi. Prestasi pegawai perkhidmatan awam di
10. NAMA KURSUS: ELM3101: PENGENALAN KEPADA KONSEP ASAS PENDIDIKAN MORAL
PENSYARAH : AZIZ BIN HJ. HADANI, IPG KAMPUS KENINGAU, SABAH
e-mail: zaez99@yahoo.com Facebook: azeezdanny HP: 019 831 6433
Malaysia dinilai oleh ketua-ketua jabatan dengan menggunakan boring
tersebut;
3. Nilai yang bersifat aksiologi (axiology), iaitu dengan falsafah nilai.
Misalnya, dalam pantun nasihat Melayu;
“Jangan ditangkap burung yang terbang,
Turun hingga ditepi paya;
Jangan diharap kepada orang,
Usaha sendiri hingga Berjaya”.
Dalam konteks ini, ‘usaha sendiri’ adalah satu ukuran nilai yang penting
bagi mencirikan ‘harapan’ yang diingini seseorang individu, dan bukan
‘diharapkan kepada orang lain, ‘ selain itu, ‘usaha sendiri’ pula diukur
daripada sifat sama ada ia ‘berjaya’ atau tidak dalam hasilnya.
Dengan itu, nilai berperanan sebagai kayu ukur (yardstick) atau satu
kepiawaian (standard) kepada apa juga dilakukan, diingini dan dicita-citakan
manusia; sama ada yang dapat dilihat, didengar atau dirasa oleh
pancaindera. Nilai juga menunjukkan arah, menjadi penentu dalam
membuat pilihan atau tindakan. Pada keseluruhannya nilai membentuk
peribadi dan tingkah laku seseorang. Walau bagaimanapun, oleh sebab
individu menggunakan sesuatu nilai dalam pelbagai konteks dan cara,
maka wujudlah pelbagai bentuk nilai.
2.2 Jenis-Jenis Nilai
Nilai merupakan standard dan prinsip kita dalam mempertimbangkan harga
sesuatu benda. Nilai merupakan criteria bagi kita mempertimbangkan
sesuatu benda (manusia, objek, idea, tingkah laku dan situasi) sebagai
faedah, baik, diingini atau sebaliknya iaitu buruk, tidak berfaedah, dibenci
atau di antara kedua pola ini, iaitu sederhana. (Koo K.P, 1990: ms 70)
Menilai sesuatu dengan perkataan, baik, buruk, cantik dan lain-lain adalah
sesuatu penilaianyang dibuat oleh akal manusia mengikut piawai mereka.
Individu menggunakan sesuatu nilai dalam pelbagai konteks dan cara.
Justeru, wujudlah pelbagai kegunaan nilai:
- Nilai Subjektif
• Kualiti yang diterima atau ditolak oleh seseorang yang memberi
11. NAMA KURSUS: ELM3101: PENGENALAN KEPADA KONSEP ASAS PENDIDIKAN MORAL
PENSYARAH : AZIZ BIN HJ. HADANI, IPG KAMPUS KENINGAU, SABAH
e-mail: zaez99@yahoo.com Facebook: azeezdanny HP: 019 831 6433
pandangan.
• Diterima atau ditolak mengikut pandangan seseorang individu.
Contoh:
Kes Amerika hendak menyerang Iraq
Britian menyatakan bahawa amarika perlu menyerang Iraq demi keamaan
jangka panjang dunia supaya Iraq tidak meneruskan kerja membuat
senjata yang banyak memusnahkan manusia; manakala Perancis pula
berkata Amerika tidak boleh menyerang Iraq kerana serangan itu akan
banyak menyebabkan rakyat Iraq yang tidak berdosa terkorban.
-Nilai Objektif
• Kualiti yang bernilai atau sebaliknya yang bebas daripada pilihan
peribadi.
• Diterima atau ditolak berdasarkan satu set kriteria yang dipersetujui
oleh semua atau kebanyakan orang.
Contoh:
Peperangan adalah satu tragedi yang dahsyat.
Perhambaan tidak mencerminkan nilai peri kemanusiaan.
Buruh kanak-kanak adalah satu kezaliman dan mesti dihapuskan.
-Nilai Instrumental
• Kualiti yang diterima atau ditolak sebagai alat mencapai sesuatu
matlamat.
• Bergantung pada nilai lain untuk mencapai sesuatu matlamat.
• Nilai peringkat kedua, misalnya berani, rajin dan hormat-
menghormati.
Contoh:
Dia berpura-pura rajin di depan ibunya untuk mengambil hati ibunya.
12. NAMA KURSUS: ELM3101: PENGENALAN KEPADA KONSEP ASAS PENDIDIKAN MORAL
PENSYARAH : AZIZ BIN HJ. HADANI, IPG KAMPUS KENINGAU, SABAH
e-mail: zaez99@yahoo.com Facebook: azeezdanny HP: 019 831 6433
Nilai di atas (mengambil hati) bergantung kepada nilai lain (rajin) untuk
mencapai matlamatnya.
-Nilai Instrinsik
• Kualiti yang diterima atau ditolak semata-mata kerana ia baik atau
buruk tanpa mengambil kira kesannya.
• Tidak bergantung kepada nilai lain untuk mencapai sesuatu
matlamat.
• Nilai tersebut sendiri sebagai matlamat akhir.
• Nilai peringkat pertama, misalnya baik hati, kasih saying, keadilan.
Contoh:
Hakim menjatuhkan hukuman 20 penjara kepada perogol setimpal dengan
jenayah yang dilakukan.
Nilai-nilai diatas pula tidak bergantung dengan nilai lain untuk mencapai
matlamat.
-Nilai Relatif
• Nilai yang diterima atau ditolak oleh peraturan sesuatu masyarakat untuk
mencapai sesuatu matlamat masyarakat.
• Nilai relative ialah arbitari (tidak tertentu), tidak sempurna dan berbeza-
beza antara masyarakat yang berlainan.
• Boleh berubah mengikut masa.
• Contoh:
Di Kuala Lumpur, sebuah keluarga boleh dibina hanya melalui
perkahwinan rasmi. Manakala di California, keluarga boleh dibentuk tanpa
perlu melalui perkahwinan.
-Nilai Mutlak
13. NAMA KURSUS: ELM3101: PENGENALAN KEPADA KONSEP ASAS PENDIDIKAN MORAL
PENSYARAH : AZIZ BIN HJ. HADANI, IPG KAMPUS KENINGAU, SABAH
e-mail: zaez99@yahoo.com Facebook: azeezdanny HP: 019 831 6433
• Nilai yang kebaikan tidak terikat kepada sesuatu kebiasaan sesebuah
masyarakat.
• Diterima umumdan telah diuji atau terbukti sebagai baik atau buruk.
• Kekal sepanjang masa dan disemua tempat serta hamper semua situasi
norma masyarakat.
• Contoh:
Hidup keluarga adalah satu amalan kehidupan yang baik.
2.3Fungsi Nilai
2.3.1 Nilai sebagai piawai yang kosisten dalam tindakan manusia
Fungsi ini menjadikan manusia sebagai ejen atau pengkritik moral. Contoh:
Akta Rasuah 17(4) APR 1997- orang yang didapati bersalah didenda tidak
lebih RM 10 000 atau penjara tidak lebih dua tahun atau kedua-duanya
sekali. Orang yang menghayati nilai ‘amanah’ dan ‘bersih’ tidak akan
melakukan perbuatan rasuah.
2.3.2 Nilai sebagai panduan untuk menyelesaikan konflik moral
Dalam penyelesaian konflik, kita akan menganalisis dan menilai punca-
punca dan cadangan penyelesaian. Contoh: “anda ditawarkan ganjaran
lumayan untuk melakukan sesuatu kerja yang berbahaya. Ia baik
untuk masyarakat tetapi tidak untuk keluarga sendiri”. Dalam kes ini,
nilai memainkan peranan penting untuk membuat keputusan menerima
atau menolak.
2.3.3 Nilai sebagai batasan terhadap perbuatan dan kelakuan
individu atau masyarakat
Tingkah laku kita dinilai oleh rakan-rakan, ibu bapa, guru-guru dan orang
yang lebih dewasa. Penilaian ini menghadkan tingkah laku kita supaya
diterima dan disukai oleh orang lain.
4. Teori-teori Etika
14. NAMA KURSUS: ELM3101: PENGENALAN KEPADA KONSEP ASAS PENDIDIKAN MORAL
PENSYARAH : AZIZ BIN HJ. HADANI, IPG KAMPUS KENINGAU, SABAH
e-mail: zaez99@yahoo.com Facebook: azeezdanny HP: 019 831 6433
Tajuk ini membantu kita memahami teori-teori umum tentang sesuatu
yang adalah dengan meninjau beberapa teori etika yang dikemukakan.
Antaranya termasuklah teori Teleologi, teori Deontologi, teori kemoralan sosial
dan teori keperibadian mulia yang akan dibincangkan di bawah ini.
• Teori Teleologi
a. Utilitarianisme
b. Egoisme
• Teori Deontologi
a. Prinsip Kewajipan
b. Prinsip Eksistensialisme
• Teori Kemoralan Sosial
• Teori Keperibadian Mulia
4.1 Teori Teleologi
Teori ini mengatakan bahawa nilai ‘betul’ atau ‘salah’ bergantung kepada
kesan sesuatu perbuatan. Keputusan yang terakhir bergantung kepada
jumlah bandingan perkara-perkara baik atau betul yang dilakukan, sama ada
secara langsung atau tidak langsung, iaitu perbandingan antara baik dan
buruk, betul dan salah. Ini bererti sesuatu tindakan atau perbuatan perlu
dilakukan sekiranya perbuatan membawa lebih banyak atau bertujuan
membawa lebih banyak kebaikan daripada keburukan mengikut peraturan
yang berkenaan. Teori Teleologi amat mementingkan hasil akibat sesuatu
tindakan.
4.1.1 Teori Utilitarianisme
Teori Ulitilitarianisme adalah berkaitan dengan tindakan seseorang yang
berasaskan tujuan memaksimumkan kebahagiaan atau keseronokan
majoriti.
15. NAMA KURSUS: ELM3101: PENGENALAN KEPADA KONSEP ASAS PENDIDIKAN MORAL
PENSYARAH : AZIZ BIN HJ. HADANI, IPG KAMPUS KENINGAU, SABAH
e-mail: zaez99@yahoo.com Facebook: azeezdanny HP: 019 831 6433
• Individu patut melakukan sesuatu tindakan yang menghasilkan
kebaikan maksimum kepada setiap orang/kebahagiaan maksimum kepada
majoriti.
• Sesuatu perlakuan itu dianggap baik/benar mengikut kadar atau
pertimbangan kebahagiaan yang diharapkan dapat diperoleh.
Contoh: Peperangan dan cara peperangan dianggap wajar jika peperangan
itu menghasilkan kebahagiaan dan kebaikan melebihi kesengsaraan dan
penderitaan yang dialami dalam situasi tertentu dibenarkan melakukan
perkara tidak baik demi mengelakkan berlakunya perkara yang lebih buruk.
Contoh: Dalam Perang Dunia Kedua, bom atom telah digugurkan di
Hiroshima dan Nagasaki menyebabkan ribuan nyawa terkorban tetapi
matlamat akhirnya ialah untuk memaksa Jepun menyerah kalah, sekaligus
menamatkan peperangan tersebut.
Contoh: Mendera dengan keras orang yang melakukan kesalahan untuk
mengelakkan kekacauan, kerugian, kerosakan, kejahatan atau kecelakaan
yang lebih besar.
4.1.2 Teori Egoisme
Teori egoisme ialah satu teori yang bertujuan untuk realisasi kendiri (self-
realization). Teori ini terbahagi kepada egoisme psikologi dan egoisme
etika.
• Sayang diri (self love)
• Penting diri (ego)
• Menjadi tanggungjawab semua manusia untuk memaksimumkan
kebaikan diri sendiri ( long term self-interest)
4.2 Teori Etika Deontologi
16. NAMA KURSUS: ELM3101: PENGENALAN KEPADA KONSEP ASAS PENDIDIKAN MORAL
PENSYARAH : AZIZ BIN HJ. HADANI, IPG KAMPUS KENINGAU, SABAH
e-mail: zaez99@yahoo.com Facebook: azeezdanny HP: 019 831 6433
Teori ini menolak apa yang diperakui oleh teori Teleologi. Sesuatu perlakuan
berdasarkan pertimbangan dan fakta lain yang bernilai intrinsik. Ini yang
menyebabkan sesuatu perlakuan/peraturan itu patut, baik, benar dan
diwajibkan.
• Akibat (perlakuan dan peraturan) tidak dititikberatkan, yang penting ialah
sifat perlakuan atau ciri-ciri peraturan itu.
• Konsep Sifat Perlakuan
Semua pertimbangan dan keputusan moral hendaklah bersifat khusus
(tanpa merujuk kepada peraturan), berpunca daripada kes atau situasi
tertentu (Eksistensialisme, etika situasi).
• Konsep Peraturan
Pertimbangan moral seseorang ditentukan dengan merujuk peraturan.
4.2.1 Prinsip Kewajipan
• Satu prinsip kemoralan dalam teori Deontologi peraturan yang
dikemukakan oleh Immanuel Kant (1724-1804) ialah prinsip kewajipan
(principle of duty) yang menegaskan “duty for the sake of duty” dan membawa
maksud tanggungjawab dilaksanakan semata-mata kerana amalan itu
merupakan satu tanggungjawab.
• Tanggungjawab dianggap sebagai satu nilai utama dalam etika kemoralan
• Bukan semua tanggungjawab adalah tanggungjawab kemoralan.
(Contohnya: tanggungjawab ketepatan masa, sebagai ibu, suami, pemain
dalam pertandingan, walaupun kadang kala tanggungjawab itu dianggap
tanggungjawab etika)Tanggungjawab kemoralan adalah janaan masalah
kemoralan sendiri, contohnya tidak bertanggungjawab.
• Semua orang mesti mematuhi tanggungjawab mereka.
• Ramai ahli kemoralan merumuskan tanggungjawab
kemoralan berdasarkan keagamaan, tetapi terdapat tanggungjawab yang
tidak berubah mengikut agama ataupun adat resam, contohnya tidak
membunuh, tidak berzina dan sebagainya.
• Kecuali ‘good will’ / tekad baik (taakulan praktikal),
tiada yang baik tanpa syarat.
17. NAMA KURSUS: ELM3101: PENGENALAN KEPADA KONSEP ASAS PENDIDIKAN MORAL
PENSYARAH : AZIZ BIN HJ. HADANI, IPG KAMPUS KENINGAU, SABAH
e-mail: zaez99@yahoo.com Facebook: azeezdanny HP: 019 831 6433
• Kesemua - ‘bakat minda’ (kecerdasan, kebijaksanaan, pertimbangan),
‘hadiah alam’ (kekuasaan, kekayaan, kehormatan) dan ‘ciri watak’
(keberanian, ketabahan, kecekalan hati dll), tidak boleh dianggap sebagai
baik tanpa syarat contohnya dengan tidak mengeksploitasi orang lain serta
menceroboh ketenteraman masyarakat.
• Tumpuan kepada ‘niat’, tujuan/motif seseorang dan bukan atas apa yang
dilakukannya
• Sesuatu tindakan tidak bernilai moral jika ia berkaitan
dengan kepentingan diri.
• Menurut Kant: kelakuan atau tindakan semata-mata kerana
kecenderungan dianggap tiada nilai moral. Yang baik dan patut ialah
mengamalkan kewajipan.
• Individu yang baik (dari segi moral) dengan tekad baik yang
mutlak ialah yang sentiasa berkelakuan atau bertindak atas dasar
kewajipan atau kerana
menghormati undang-undang (prinsip moral).
• Kita patut memilih kewajipan bukan kecenderungan sebagai prinsip
moral
• Prinsip moral yang ditetapkan oleh individu untuk dirinya sendiri
mestilah juga dipatuhi orang lain, misalnya individu mestilah bertindak
sebagaimana dia
ingin orang lain bertindak.
• Prinsip moral individu sepatutnya melambangkan undang-
undang objektif dansejagat.
• Kemanusiaan hendaklah sentiasa menjadi matlamat dan bukan
alat perlakuan individu contohnya menculik untuk mendapat wang tebusan.
• Tekad orang yang menggubal undang-undang moral sejagat
ialah tekad individu yang rasional; contohnya, jangan mungkir janji kerana
rasionalnya
orang akan hilang kepercayaan kepadanya.
18. NAMA KURSUS: ELM3101: PENGENALAN KEPADA KONSEP ASAS PENDIDIKAN MORAL
PENSYARAH : AZIZ BIN HJ. HADANI, IPG KAMPUS KENINGAU, SABAH
e-mail: zaez99@yahoo.com Facebook: azeezdanny HP: 019 831 6433
4.2.2 Prinsip Eksistensialisme
• Kebebasan dan tanggungjawab individu dan ketidakrasionalan manusia
• Kehidupan manusia adalah penuh dengan tragik dan kesukaran
(pesimistik)
• Percayaan “ existence precedes essence” , ialah manusia hidup / wujud
dahulu.
• Memilih untuk menimbulkan nilai-nilai dan identiti ( Sartre ).
• Manusia bebas bertindak, jadi dialah yang bertanggungjawab.
• Kehidupan manusia kini dilanda peperangan, penyakit, kebuluran,
kejahilan, Konflik ras dsb, kesemuanya adalah tanggungjawab manusia,
dialah yang menimbulkan masalah-masalah tersebut.
• Jika manusia yang menimbulkan masalah, maka dialah juga yang
menyelesaikannya (Sartre) dan manusia patut memilih satu matlamat dan
berusaha ke arah itu.
4.3 Teori Kemoralan Sosial
• Kemoralan konvensional dan konservatisme dalam kemoralan,
merangkumi nilai-nilai (contoh berdikari, hormat menghormati, kerjasama, dll.)
yang mementingkan masyarakat, bukan individu sebagai matlamat
etika/kemoralan.
• kecenderungan mengaitkan peraturan masyarakat dengan konsep etika.
• menjadi tanggungjawab setiap individu untuk mematuhi pemerintah
sebagai autoriti moral (Hobes).
• menekankan cara-cara ideal untuk individu menjadi baik.
19. NAMA KURSUS: ELM3101: PENGENALAN KEPADA KONSEP ASAS PENDIDIKAN MORAL
PENSYARAH : AZIZ BIN HJ. HADANI, IPG KAMPUS KENINGAU, SABAH
e-mail: zaez99@yahoo.com Facebook: azeezdanny HP: 019 831 6433
4.4 Teori Keperibadian Mulia ( Virtues)
• Keperibadian mulia/fadilah.
• keadilan, kemurahan hati, keberanian, kejujuran, kesabaran,
kebijaksanaan memainkan peranan penting dalam kehidupan moral.
• kecenderungan untuk sesuatu tujuan, tidak berlaku secara semulajadi
dalam diri individu, tetapi menerusi latihan, pengalaman hingga menjadi satu
kebiasaan, menyenangkan serta menyeronokkan.
• Moral virtue - mengajar kita berkelakuan baik, dipelajari melalui
‘pengulangan’ contoh dalam melatih nilai berani/jujur, individu menjadi lebih
berani dan jujur.
• matlamat utama ialah menjadi baik.
• menekankan cara-cara ideal untuk individu menjadi baik.
Latihan 1.6
Cuba uji kefahaman anda dengan menyiapkan latihan berikut.
Soalan 1 (a)
Berikan pendapat anda terhadap tindakan wanita dalam dilema berikut?
Sekumpulan penduduk kampung sedang bersembunyi dalam sebuah gua
daripada pengganas yang bersenjata. Dalam kumpulan itu seorang wanita
mempunyai seorang bayi yang sedang menangis. Tangisan bayi ini akan
membocorkan kedudukan tempat perlindungan mereka. Wanita itu mencekik
bayinya dengan tangannya sendiri sehingga bayi itu mati untuk menghentikan
tangisan bayinya – kesemua 30 orang itu terselamat.
Berikan pandangan anda tentang tindakan wanita berkenaan (setuju / tidak)
Nyatakan sebab dan alasan.
20. NAMA KURSUS: ELM3101: PENGENALAN KEPADA KONSEP ASAS PENDIDIKAN MORAL
PENSYARAH : AZIZ BIN HJ. HADANI, IPG KAMPUS KENINGAU, SABAH
e-mail: zaez99@yahoo.com Facebook: azeezdanny HP: 019 831 6433
______________________________________________________________
______________________________________________________________
______________________________________________________________
______________________________________________________________
______________________________________________________________
______________________________________________________________
Soalan 1 (b)
Seorang pelajar berusia 16 tahun yang sudah mempunyai teman lelaki
diganggu oleh bapa tirinya seorang pegawai polis berpangkat inspektor.
Ibunya baru berkahwin dengan pegawai tersebut setelah gagal dalam
rumahtnganya kali ke 3. Pelajar tersebut ialah anak tunggal. Bapa tirinya
seorang duda yang tidak mempunyai anak. Pelajar tersebut ada mengadu
kepada ibunya tentang cubaan bapa tirinya tetapi ibunya memarahinya dan
tidak mahu perkahwinan kali ini hancur seperti perkahwinan terdahulu.
Pelajar ini tiada pilihan, kecuali terpaksa lari dari rumah dan mengikut teman
lelakinya, meskipun dia amat menyayangi ibunya . Kehidupan di luar rumah
menyebabkan dia menjadi mangsa seks di bawah umur.
Berikan pandangan anda tentang tindakan pelajar tersebut ( setuju / tidak )
Nyatakan sebab dan alasan.
ISU MENARIK MINGGU INI
6 KEKUATAN AMERIKA ANCAM DUNIA
( Sumber: Berita Harian 2003)
Dalam sejarahnya, kedudukan AS belum pernah segagah hari ini.
Sebagai contoh pada tahun 2002, Amerika memperuntukkan kira-kira
AS$400 bilion untuk pertahananya iaitu sama banyak dengan
perbelanjaan pertahanan 20 buah negara kaya dunia. Tetapi jumlah
itu hanya 4 peratus daripada keluaran negara kasar AS - satu angka
yang rendah mengikut piawaian pasca Perang Dunia Kedua.
Dominasi Amerika tidak terhad kepada ketenteraan. Ekonomi AS
sama besarnya dengan ekonomi tiga negara yang mengekorinya -
Jepun, Jerman dan Britain kalau dicantumkan. Bilangan Penduduk
Amerika Syarikat cuma 5 % daripada jumlah penduduk dunia tetapi
Amerika menyumbang sebanyak 43% pengeluaran ekonomi dunia,
40% keluaran teknologi tinggi dan 50% penyelidikan dan
pembangunan planet bumi.
21. NAMA KURSUS: ELM3101: PENGENALAN KEPADA KONSEP ASAS PENDIDIKAN MORAL
PENSYARAH : AZIZ BIN HJ. HADANI, IPG KAMPUS KENINGAU, SABAH
e-mail: zaez99@yahoo.com Facebook: azeezdanny HP: 019 831 6433
Soalan 2
Baca rencana di atas, apakah yang akan berlaku kepada penduduk dunia, jika
pemimpin Amerika mengamalkan teori Teleologi dalam pentadbirannya untuk
mencapai impiannya menghapuskan pengganas di dunia ini ?
Soalan 3
Berdasarkan hujah-hujah di atas, mungkin boleh dibuat kesimpulan bahawa
nilai-nilai dan peraturan masyarakat tiada tempat dalam konsep etika.
Wajarkah kita bersetuju dengan kesimpulan ini, iaitu teori kemoralan sosial
hendaklah diketepikan dalam memahami konsep etika ? Mengapa ?
Soalan 4
Sebagai seorang Pengarah Jabatan Kastam dan Eksais Diraja, anda
memerlukan kerjasama daripada staf anda untuk mempertingkatkan kualiti
perkhidmatan dan seterusnya membenteras gejala rasuah. Apakah
keperibadian mulia yang anda harap dapat diperolehi daripada staf anda?
Senaraikan ciri-ciri keperibadian mulia tersebut.
Rumusan
22. NAMA KURSUS: ELM3101: PENGENALAN KEPADA KONSEP ASAS PENDIDIKAN MORAL
PENSYARAH : AZIZ BIN HJ. HADANI, IPG KAMPUS KENINGAU, SABAH
e-mail: zaez99@yahoo.com Facebook: azeezdanny HP: 019 831 6433
• Kebaikan atau kejahatan sesuatu ditentukan oleh nilai instrumentalnya.
• Sesuatu tindakan atau peraturan dianggap bermoral jika jumlah kebaikan
melebihi jumlah kejahatan.
• Individu patut melakukan sesuatu tindakan yang akan menghasilkan
kebaikan yang paling banyak kepada sejumlah insan yang paling ramai.
• Memaksimakan kebahagiaan dan meminimakan kesakitan.
• Sesuatu perlakuan itu benar atau baik mengikut kadar atau pertimbangan
kebahagiaan yang dimajukan dan dihasilkan oleh perlakuan itu.
• Menurut Utilitarianisme individu patut melakukan sesuatu tindakan yang
akan menghasilkan kebaikan yang maksimum kepada setiap
orang/Kebahagiaan maksimum kepada majoriti.
• Sesuatu perlakuan itu dianggap baik/benar mengikut kadar atau
pertimbangan kebahagiaan yang dimajukan dan dihasilkan oleh perlakuan itu
• Menurut teori Egoisme adalah menjadi tanggungjawab semua manusia
untuk memaksimumkan kebaikan diri sendiri.
• Individu mesti memelihara diri, mengasihi diri, menjaga kepentingan diri
dan mempunyai sifat ego.
• Menurut teori keperibadian mulia, kecenderungan mencapai sesuatu
tujuan,tidak dihasilkan dalam diri individu secara semulajadi, tetapi melalui
latihan dan pengalaman sehingga menjadi satu kebiasaan, menyenangkan
serta menyeronokkan.
TAJUK 3 Teori-Teori Perkembangan Moral
3.0 Pengenalan
Kanak-kanak suka meniru. Jika perkara yang ditirunya positif maka personaliti
kanak-kanak akan berkembang secara positif tetapi jika tidak perkara yang
sebaliknya pula akan berlaku. Orang dewasa di sekelilingnya seperti ibu bapa,
kaum keluarga, rakan sebaya dan persekitaran turut membentuk atau
mempengaruhi perkembangan moral kanak-kanak tersebut.
Dalam situasi di bilik darjah guru-guru menghadapi 1001 kerenah lantaran
mempunyai pelajar yang datang daripada pelbagai latar belakang,
perkembangan kognitif yang berbeza hasil daripada persekitaran yang dilaluinya.
23. NAMA KURSUS: ELM3101: PENGENALAN KEPADA KONSEP ASAS PENDIDIKAN MORAL
PENSYARAH : AZIZ BIN HJ. HADANI, IPG KAMPUS KENINGAU, SABAH
e-mail: zaez99@yahoo.com Facebook: azeezdanny HP: 019 831 6433
Kanak-kanak daripada keluarga yang harmoni sudah tentu mempunyai kestabilan
emosi yang kemas berbanding dengan kanak-kanak yang datang daripada
keluarga yang bercelaru.
Sebagai guru, anda perlu bersabar dan mencari jalan penyelesaian yang
positif berdasarkan teori-teori perkembangan moral yang dipelopori oleh Jean
Piaget, Lawrence Kohlberg, Sigmund Freud, Skinner, Bandura dan Carl
Rogers.
Sekarang marilah kita membincangkan teori-teori perkembangan moral.
3.1 Teori-Teori Perkembangan Moral
Mengikut Dr. Abd. Rahman Md. Aroff (Rahman Arof; 2002:38). Definisi
perkembangan moral mestilah meliputi tiga aspek perkembangan yang saling
berkaitan:
i. Perkembangan pemikiran moral - penaakulan tentang apa yang benar
dan apa yang salah.
ii. Perkembangan perasaan moral - ingin melakukan perkara yang baik
iii. Perkembangan tingkah laku moral - tindakan yang benar/baik
Perkembangan dalam ketiga-tiga aspek ini akan membawa kepada kematangan
moral kanak-kanak. Tidak ada satu teori pun yang dapat menerangkan
sepenuhnya perkembangan moral. Jadi untuk mendapatkan suatu gambaran
yang lengkap tentang perkembangan moral, kita perlulah mensintesis teori-teori
pembelajaran sosial kepada teori perkembangan kognitif. Teori pembelajaran
sosial akan memantapkan pemahaman guru tentang faktor-faktor persekitaran
sosial yang mempengaruhi pembentukan tingkah laku kanak-kanak. Sementara
teori perkembangan kognitif memberikan penekanan kepada penaakulan moral;
teori psikoanalisis menumpu kepada perasaan atau emosi.
24. NAMA KURSUS: ELM3101: PENGENALAN KEPADA KONSEP ASAS PENDIDIKAN MORAL
PENSYARAH : AZIZ BIN HJ. HADANI, IPG KAMPUS KENINGAU, SABAH
e-mail: zaez99@yahoo.com Facebook: azeezdanny HP: 019 831 6433
Cuba anda ingatkan kembali teori-teori perkembangan kanak-kanak dalam mata
pelajaran psikologi perkembangan kanak dan kaitkan dengan perkembangan
moral kanak-kanak. Berikut kita sama-sama meneliti lima teori yang saling
berkaitan dengan pembentukan moral kanak-kanak.
Seterusnya fahamkan teori perkembangan moral yang dikemukakan oleh
Lawrence Kolhberg.
3.1.1 Teori Perkembangan Moral Kognitif Piaget
Teori-teori pembelajaran kognitif memberi penekanan kepada perubahan-
perubahan yang berlaku dalam cara manusia berfikir dari peringkat bayi sehingga
ia dewasa. Jean Piaget memandang kanak-kanak sebagai pelajar aktif . Oleh itu
tindakan kanak-kanak adalah tindakan adaptasi atau penyesuaian kepada
persekitaran fizikal dan cuba bertindak untuk mengorganisasikan persekitaran itu.
Piaget membincangkan perkembangan kognitif kanak-kanak kepada empat
peringkat seperti berikut:
1. Zaman deria motor (0 hingga 2 tahun): Kanak-kanak akan menggunakan
deria motor untuk berinteraksi dengan persekitaran.
2. Zaman pra operasi ( 2 hingga 7 tahun ) : Kanak –kanak menguasai bahasa
serta konsep dan berinteraksi dengan persekitaran
3. Zaman operasi konkrit ( 7 hingga 11 tahun ): kanak-kanak telah boleh
menggunakan lojik atau rasional untuk memahami perkara-perkara yang
konkrit.
4. Zaman operasi formal (11 hingga 15 tahun) : Struktur kognitif kanak-kanak
mencapai kemuncak dan memahami banyak perkara serta dapat
menyelesaikan masalah
Piaget berpendapat bahawa perkembangan moral kanak-kanak adalah mengikut
perkembangan empat zaman ini. Pada peringkat awal kanak-kanak akan
25. NAMA KURSUS: ELM3101: PENGENALAN KEPADA KONSEP ASAS PENDIDIKAN MORAL
PENSYARAH : AZIZ BIN HJ. HADANI, IPG KAMPUS KENINGAU, SABAH
e-mail: zaez99@yahoo.com Facebook: azeezdanny HP: 019 831 6433
menyesuaikan dirinya dengan persekitaran dan hubungan sosial memainkan
peranan yang penting. Sikap kanak-kanak terus berubah apabila memahami
bahasa yang dan dapat berinteraksi dengan persekitaran. Pada masa ini kanak-
kanak akan mematuhi semua peraturan sosial dan moral dan struktur masyarakat
maka sikap bekerjasama, menghormati dan menghargai apa yang ada di
sekelilingnya.
Piaget membahagikan perkembangan moral kank-kanak akan dipupuk kepada
tiga bahagian iaitu :
a) Peraturan – peraturan dalam permainan iaitu bagaimana kanak-kanak dapat
menerima peraturan-peraturan permainan dan bertindak keatas peraturan-
peraturan itu.
b) Realisme moral iaitu keupayaan menilai dan bertindak bagi memenuhi
keperluan diri dan orang lain
c) Memahami konsep keadilan dan kebebasan iaitu idea saksama dan sama
3.1.2 Teori Perkembangan Moral Kognitif Lawrence Kolhberg
a. Latar Belakang Teori Perkembangan Moral Kognitif
Lawrence Kolhberg (1972) dianggap sebagai pelopor utama dalam
memperkatakan teori perkembangan moral. Teori yang dikemukakan oleh
Kolhberg berasaskan pemikiran Jean Piaget dan John Dewey yang
menekankan pertumbuhan manusia berkembang secara falsafah dan
psikologi dalam bentuk yang positif. (Ramlah J & Mahani R, 2002:54 –58).
b. Intipati Teori Perkembangan Moral Kognitif
Kohlberg teori perkembangan moral kognitif membahagikan peringkat
perkembangan moral kepada 3 peringkat yang utama. Setiap moral
dibahagikan kepada 2 tahap.
26. NAMA KURSUS: ELM3101: PENGENALAN KEPADA KONSEP ASAS PENDIDIKAN MORAL
PENSYARAH : AZIZ BIN HJ. HADANI, IPG KAMPUS KENINGAU, SABAH
e-mail: zaez99@yahoo.com Facebook: azeezdanny HP: 019 831 6433
Peringkat Perkembangan Moral Kolhberg
Peringkat Tahap
(Ramlah J, 2002)
Tahap
(Ee Ah Meng, 1988:74)
Pra-
konvensional
Tahap 1: Orientasi
dendaan dan
kepatuhan
Tahap 1: Kemoralan
heteronomous
Tahap 2: Orientasi
ganjaran
Peribadi.
Tahap 2: Individualisme,
tujuan dan
pertukaran
Konvensiona
l
Tahap 1: Orientasi
harmoni antara
peribadi
(Good girl/nice
boy)
Tahap 1: Harapan saling
memahami antara
individu-
perhubungan dan
persetujuan antara
individu
Tahap 2: Orientasi
undang-undang
dan peraturan
Tahap 2: Sistem sosial dan
kata hati
Pos-
Konvensiona
l
Tahap 1: Orientasi
kontraksosial
Tahap 1: Kontrak
sosial/utiliti dan
hak-hak individu
Tahap 2: Orientasi
prinsip etika
sejagat
Tahap 2: Prinsip etika
sejagat
(Sumber : Ramlah J. & Mahani R. 2002:55).
27. NAMA KURSUS: ELM3101: PENGENALAN KEPADA KONSEP ASAS PENDIDIKAN MORAL
PENSYARAH : AZIZ BIN HJ. HADANI, IPG KAMPUS KENINGAU, SABAH
e-mail: zaez99@yahoo.com Facebook: azeezdanny HP: 019 831 6433
: Ee A. M. 1988:74 -77.
: Kolhberg, L. 1979: 34 -35.
(i) Peringkat Prakonvensional
Ciri penaakulan pada peringkat prakonvensional ialah kepercayaan
bahawa apa-apa yang dianggap betul, ialah mematuhi peraturan pihak
berkuasa. Pemikir lebih menekankan kepentingan diri serta kesan satu-
satu tingkah laku itu.
Tahap 1 : Orientasi dendaan dan kepatuhan
Pada peringkat pemikiran moral berorientasikan egosentrik
membolehkan manusia selaraskan moral untuk diri sendiri. Moraliti
di peringkat ini juga terbentuk berasaskan kepada prinsip
‘Hedonisme’.
Kanak-kanak percaya perlakuan yang baik akan mendapat reaksi
yang baik juga. Dalam persepsi kanak-kanak apa yang penting
adalah kesan fizikal dan bukan kesan psikologi ke atas orang lain.
Kanak-kanak di peringkat ini akan mematuhi peraturan. Pada masa
yang sama mereka juga akan melanggar peraturan sekiranya
mereka rasa mereka boleh terlepas daripada hukuman yang
dikenakan atau ditangkap.
Tahap 2: Ganjaran peribadi
28. NAMA KURSUS: ELM3101: PENGENALAN KEPADA KONSEP ASAS PENDIDIKAN MORAL
PENSYARAH : AZIZ BIN HJ. HADANI, IPG KAMPUS KENINGAU, SABAH
e-mail: zaez99@yahoo.com Facebook: azeezdanny HP: 019 831 6433
Peringkat ini juga dikenali sebagai “Hendonisme” utilitarian.
Keadaan ini berlaku apabila seseorang menilai sesuatu tingkah laku
berdasarkan keinginan untuk mendapatkan ganjaran atau balasan
baik. Tindak balas yang selesa diertikan sebagai baik dan tidak
selesa diertikan sebagai tidak baik. Konsep keadilan pada kanak-
kanak di peringkat ini adalah - apabila semua orang mendapat
peluang yang sama.
(ii) Peringkat Konvensional
Pada peringkat konvensional, yang betul ialah tingkah laku yang dianggap
baik oleh sebahagian besar masyarakat. Penekanan adalah pada
dorongan kendiri untuk melakukan apa yang diterima dan diharapkan oleh
masyarakat. Pendapat orang ramai, taat setia dan persetujuan orang lain
adalah penting.
Tahap 3 : Harmoni antara peribadi (Good boy/nice girl)
Seseorang kanak-kanak pada tahap perkembangan moral ini sudah
boleh menerima norma masyarakat. Sesuatu tindakan yang
dilakukan akan dinilai baik atau buruk berdasarkan sokongan atau
persetujuan orang lain. Perlakuan yang baik ditafsirkan sebagai
disukai oleh orang lain dan mereka akan berkelakuan baik untuk
mendapat ganjaran atau pujian daripada orang lain.
Tahap 4 : Orientasi Undang-Undang dan Peraturan
29. NAMA KURSUS: ELM3101: PENGENALAN KEPADA KONSEP ASAS PENDIDIKAN MORAL
PENSYARAH : AZIZ BIN HJ. HADANI, IPG KAMPUS KENINGAU, SABAH
e-mail: zaez99@yahoo.com Facebook: azeezdanny HP: 019 831 6433
Merujuk kepada kesanggupan melakukan sesuatu tanggungjawab
dalam masyarakat dan mematuhi peraturan sosial yang telah sedia
ada Perlakuan yang baik pada peringkat ini adalah perlakuan yang
boleh membawa kepada keharmonian kelompok. Individu biasanya
merujuk kepada norma-norma masyarakat, peraturan dan undang-
undang sebagai sesuatu yang muktamad dan seluruh ahli
masyarakat mestilah patuh kepada peraturan dan undang-undang
yang telah ditetapkan.
(iii) Peringkat Pos- Konvensional
Pada aras pos konvensional apa yang betul adalah yang sejajar dengan
hak manusia sejagat, nilai-nilai atau prinsip-prinsip yang perlu
dipertahankan oleh masyarakat dan individu. Individu memahami prinsip-
prinsip dan tujuan sesuatu peraturan.
Tahap 5: Orientasi Kontrak Sosial
Pemikiran moral pada tahap ini berfokus kepada usaha-usaha
mempertahankan hak-hak asasi, nilai-nilai dan sebarang kontrak
sosial yang telah dipersetujui bersama dalam masyarakat.
Peraturan dan undang-undang yang digubal adalah hasil
persetujuan orang ramai dan boleh membawa kebaikan kepada
masyarakat. Mereka yang mengakui bahawa peraturan yang
digubal adalah ‘fleksible’ dan boleh diubah sekiranya bertentangan
dengan norma-norma masyarakat atau bila tidak diperlukan lagi.
Tahap 6: Orientasi Etika Sejagat
Peringkat ini merupakan peringkat yang tertinggi dalam pemikiran
moral seseorang kerana peringkat ini melibatkan soal falsafah
30. NAMA KURSUS: ELM3101: PENGENALAN KEPADA KONSEP ASAS PENDIDIKAN MORAL
PENSYARAH : AZIZ BIN HJ. HADANI, IPG KAMPUS KENINGAU, SABAH
e-mail: zaez99@yahoo.com Facebook: azeezdanny HP: 019 831 6433
tentang moral itu sendiri. Individu pada peringkat ini sering
mempertikaikan nilai dan norma. Apa yang dianggap betul
ditentukan berdasarkan satu prinsip pilihan sendiri yang sesuai
untuk manusia sejagat tanpa mengira masa dan keadaan. Namun
begitu, prinsip yang diterima pada peringkat ini bukan semata-mata
berdasarkan penerimaan sosial sahaja, tetapi adalah prinsip yang
perlu ada dalam masyarakat seperti prinsip keadilan, persamaan
hak dan menghormati maruah individu. Oleh itu, adalah salah
sekiranya setiap undang-undang atau manusia mesti dihormati
dalam segala aspek.
Peringkat ini lebih baik daripada peringkat rendah (peringkat 1 )
yang dianggap kurang matang kerana hanya patuh kepada
peraturan atau takut dikenakan tindakan atau hukuman.
Contohnya: Ali sedang memandu di satu persimpangan yang
mempunyai lampu isyarat dan kamera perakam. Ia telah
memberhentikan kenderaannya apabila lampu isyarat menunjukkan
warna merah. Pada masa yang sama, sebuah kenderaan meluncur
laju melepasi lampu isyarat tersebut. Beberapa saat kemudian
kereta itu terbalik dan terbakar. Ali melihat beberapa orang
sedang meronta-ronta dalam kenderaan tersebut, sedangkan lampu
isyarat masih menunjukkan warna merah.
Apakah tindakan yang patut Ali lakukan. Adakah beliau patut
mematuhi lampu isyarat merah atau menghadapi tindakan undang-
undang kerana melanggar lampu isyarat untuk membantu mangsa
kemalangan. Jika Ali memilih untuk mematuhi lampu isyarat dan
melihat sahaja kemalangan tersebut kerana mematuhi undang-
undang bererti Ali hanya berada di peringkat pertama dan belum
mencapai orientasi sejagat.
31. NAMA KURSUS: ELM3101: PENGENALAN KEPADA KONSEP ASAS PENDIDIKAN MORAL
PENSYARAH : AZIZ BIN HJ. HADANI, IPG KAMPUS KENINGAU, SABAH
e-mail: zaez99@yahoo.com Facebook: azeezdanny HP: 019 831 6433
Latihan 1.8
Cuba uji kefahaman anda dengan menyiapkan latihan berikut.
Soalan 1
Berdasarkan kepada teori Kohlberg buat satu analisis/pemerhatian tentang minat
yang ditunjukkan oleh kanak-kanak tahap satu dan tahap dua.
3.2 Teori Perkembangan Moral Psikoanalisis
Mengikut Sigmund Freud (1933) personaliti boleh dibahagikan kepada 3 struktur
iaitu Id, Ego dan Superego. Walaupun ketiga-tiga bahagian tersebut saling
berinteraksi masing-masing mempunyai ciri tersendiri.
Id
Id berfungsi sepenuhnya dalam keadaan di bawah sedar serta berkait rapat
dengan desakan naluri biologi yang merangsang tingkah laku manusia.
Pertambahan tenaga yang disebabkan oleh rangsangan luaran atau dalaman
mengakibatkan ketegangan dan ketidakselesaan yang tidak boleh dibendung oleh
Id. Dengan itu, Id cuba mengurangkan ketegangan melalui prinsip keseronokan
(pleasure principle) iaitu mencari kepuasan terhadap keperluannya dengan serta
merta tanpa membuat penaakulan dan berfikir secara logik.
32. NAMA KURSUS: ELM3101: PENGENALAN KEPADA KONSEP ASAS PENDIDIKAN MORAL
PENSYARAH : AZIZ BIN HJ. HADANI, IPG KAMPUS KENINGAU, SABAH
e-mail: zaez99@yahoo.com Facebook: azeezdanny HP: 019 831 6433
Untuk direnung:
• Sebagai guru anda ingin menghabiskan sukatan p&p moral walaupun
loceng rehat telah berbunyi. Jika anda memahami kehendak id pelajar
pada masa itu, anda sudah tentu akan merumuskan pelajaran dan
mengakhirinya. Keperluan asas pelajar pada waktu itu mengikut id ialah
makan dan minum. Jika anda meneruskan p&p anda boleh menyebabkan
pelajar memberontak sama ada secara senyap mahupun sebaliknya dan
membenci guru tersebut.
• Id juga berkaitan dengan keperluan keselamatan. Seorang murid Tahun 3
sanggup memakai 3 helai lapisan seluar sekolah untuk melindungi kesan
pukulan di pinggulnya. Murid ini setiap hari disebat kerana lembam dan
agak nakal. Jika anda seorang guru yang memahami konsep Id sudah
tentu anda tidak akan melakukannya. Kanak-kanak perlukan jaminan
keselamatan untuk menjadikannya seorang murid yang berminat untuk
belajar walaupun dirinya lemah dari segi pencapaian akademik.
Ego
Ego merupakan komponen yang berupaya membuat keputusan. Ego dikawal
oleh prinsip realiti. Prinsip realiti tersebut memerlukan seseorang menguji
realiti serta melambatkan ketegangan sehingga objek dan persekitaran yang
sesuai dijumpai. Dengan itu ego beroperasi secara realistik, menggunakan
pemikiran yang logik serta perancangan yang sesuai.
Untuk direnung:
• Guru pelatih Semester 6 menghadapi masalah pengurusan kelas.
Murid-murid dalam kelas Tahun 5 sangat nakal dan tidak berminat
33. NAMA KURSUS: ELM3101: PENGENALAN KEPADA KONSEP ASAS PENDIDIKAN MORAL
PENSYARAH : AZIZ BIN HJ. HADANI, IPG KAMPUS KENINGAU, SABAH
e-mail: zaez99@yahoo.com Facebook: azeezdanny HP: 019 831 6433
untuk belajar. Guru pelatih itu telah mencuba pelbagai kaedah untuk
menarik perhatian muridnya dalam p&p tetapi gagal. Akhirnya hanya 8
orang murid sahaja yang memberikan tumpuan dan berminat untuk
belajar. Sebagai guru, anda perlu menerima realiti. Pelajar seramai 8
orang itu perlu diajar sebaik mungkin walaupun gangguan daripada
murid-murid yang lain lebih besar. Oleh itu ego guru pelatih itu telah
beroperasi secara realistik, menggunakan pemikiran yang logik serta
perancangan yang sesuai.
Superego
Superego mengutamakan moral serta nilai yang menjadi unsur dalaman
seseorang individu. Superego merupakan perkembangan hati nurani
(conscience), penilaian betul atau salah dan baik atau jahat. Tahap superego
merupakan tahap yang unggul. Rumusannya seseorang yang mengalami
desakan id yang kuat mencari kepuasan, sebaliknya seseorang yang
mengalami desakan superego yang kuat mencari kesempurnaan.
Untuk direnung:
• Seorang pelajar perempuan Tahun 6 mempunyai keinginan untuk
memiliki telefon bimbit model terbaru. Malangnya dia tidak
berkemampuan. Id pelajar perempuan itu mendesak supaya mencuri
wang ibunya. Sewaktu dia hendak mencuri wang tersebut, tiba-tiba
desakan superego terngiang-ngiang di telinganya “Jangan curi.
Perbuatan mencuri adalah salah. Tidak mengapa tidak ada telefon
canggih. Aku belajar kuat-kuat, dapat nombor 1 tentu ibu akan gembira
dan pada masa itu aku akan meminta telefon baru. Kan itu lebih baik
dan bermakna”.
3.2 Teori Perkembangan Moral Behaviorisme
34. NAMA KURSUS: ELM3101: PENGENALAN KEPADA KONSEP ASAS PENDIDIKAN MORAL
PENSYARAH : AZIZ BIN HJ. HADANI, IPG KAMPUS KENINGAU, SABAH
e-mail: zaez99@yahoo.com Facebook: azeezdanny HP: 019 831 6433
Teori pembelajaran tingkah laku diketengahkan oleh beberapa orang tokoh di
antaranya Mower, Esyenck dan Skinner. Teori pembelajaran tingkah laku
menekankan kepentingan pengaruh orang dewasa dalam pembentukan tingkah
laku kanak-kanak. Amalan dan campur tangan awal oleh orang dewasa adalah
penting dalam pembentukan perkembangan moral kanak-kanak. Orang dewasa
(terutamanya ibu bapa dan penjaga) boleh mempengaruhi tingkah laku melalui
tiga cara iaitu dengan mendenda, memberikan ganjaran dan dengan menjadi
model kepada kanak-kanak. Dengan perkataan lain, ibu bapa dan penjaga
adalah sumber peneguhan negatif atau positif di samping menjadi contoh yang
berkesan.
Perkembangan moral kanak-kanak (tingkah laku kanak-kanak) bergantung
kepada asuhan yang diterimanya. Kanak-kanak yang menerima disiplin dan
latihan yang sesuai melalui ganjaran dan dendaan serta dikelilingi oleh orang
dewasa yang menjadi model baik akan mempunyai bisikan hati yang kuat.
Penggunaan dendaan dan lain-lain bentuk peneguhan negatif yang kerap akan
menimbulkan kerisauan dan kebimbangan di kalangan kanak-kanak. Ini mungkin
menyekat tingkah laku yang tidak diingini atau antisosial untuk jangka waktu yang
pendek. Sebaliknya penggunaan peneguhan positif termasuk pemberian ganjaran
berkemungkinan besar akan menghasilkan pengulangan dan pengukuhan tingkah
laku yang diingini dan prososial.
Melalui proses melihat dan memerhati tingkah laku orang dewasa, kanak-kanak
akan mempelajari banyak perkara. Tingkah laku dan sikap orang dewasa akan
menjadi model untuk kanak-kanak meniru. Jikalau kanak-kanak dikelilingi dengan
berbagai contoh dan model yang baik, mereka akan mempamerkan tingkah laku
yang positif. Ini akan mengukuhkan suara hati kanak-kanak untuk bertingkah
laku dengan baik.
Contoh : Kedua-dua ibu bapanya ialah professor di universiti, anak pasangan itu
akan cepat matang dari segi akademik dan kuat belajar, IQ tinggi dan bercita-cita
tinggi.
Contoh : Ibu tunggal yang menyara anak dengan penuh kasih sayang dan gigih .
Anak-anak amat menghargainya dan menurut nasihat dan teguran demi menjaga
hati ibu. Sebaliknya kalau kanak-kanak telah dilazimkan dengan model-model
negatif, kemungkinan besar kanak-kanak tidak merasa bersalah apabila
bertingkah laku negatif.
Contoh : Ibu bekerja sebagai Guest Relation Officer (GRO) bapa ‘kaki judi’, maka
anak-anak cenderung berperwatakkan liar, nakal dan memberontak.
(Sumber: Ab. Rahman Aroff, 2002:79-80)
35. NAMA KURSUS: ELM3101: PENGENALAN KEPADA KONSEP ASAS PENDIDIKAN MORAL
PENSYARAH : AZIZ BIN HJ. HADANI, IPG KAMPUS KENINGAU, SABAH
e-mail: zaez99@yahoo.com Facebook: azeezdanny HP: 019 831 6433
Untuk mempertingkatkan lagi kefahaman anda tentang teori pembelajaran tingkah
laku, buat latihan berikut :
Latihan 1.7
Cuba uji kefahaman anda dengan menyiapkan latihan berikut.
Soalan 1
Bincangkan bagaimana anda menggunakan pengetahuan teori pembelajaran
tingkah laku untuk mengawal tingkah laku murid-murid dalam kelas dan kawasan
sekolah
Soalan 2 : Cuba uji kefahaman anda dengan menyiapkan latihan berikut:
a) Ibu bapa cemerlang, Anak cemerlang’
Berasarkan ungkapan di atas kaitkan dengan teori pembelajaran behaviorisme
b) Seorang perogol bersiri berbangsa Indonesia ditembak mati ketika cuba
melarikan diri sewaktu berada di tapak pengencaman kes rogol di sebuah
lokasi pembinaan. Siasatan sebelumnya menunjukkan ayah banduan
tersebut mempunyai 45 orang isteri dan 150 orang anak. Dia ialah anak
daripada ibu yang ke-30. Pemuda tersebut didakwa telah merogol 10
orang gadis yang berusia diantara 15 - 30 tahun dengan pelbagai cara
kekerasan. Dia telah membunuh dua daripada mengsanya untuk menutup
kes.
Berdasarkan kes tersebut kaitkan personaliti banduan itu dengan teori
pembelajaran behaviourisme.
3.4 Teori Pembelajaran Sosial
Idea tentang pembelajaran sosial telah dipelopori oleh Miller dan Dollard pada
tahun 1941 tetapi Albert Bandura dan R.H Walter (1963) telah menghalusi dan
mendalamkan kajian ini.
36. NAMA KURSUS: ELM3101: PENGENALAN KEPADA KONSEP ASAS PENDIDIKAN MORAL
PENSYARAH : AZIZ BIN HJ. HADANI, IPG KAMPUS KENINGAU, SABAH
e-mail: zaez99@yahoo.com Facebook: azeezdanny HP: 019 831 6433
Bandura mendapati bahawa dalam kehidupan harian terdapat banyak tingkah
laku yang dipelajari melalui contoh, tauladan, tiruan dan penggunaan bahasa.
Tiruan ini boleh dibahagikan kepada dua bentuk iaitu tiruan yang mudah dan
indentifikasi seseorang supaya ditirui. Peniruan ini berlaku dalam tiga bentuk iaitu
secara tiruan langsung, melalui sekat lakuan dan tidak sekat lakuan dan secara
elisitasi.
Dengan idea tiruan ini maka kanak-kanak banyak dibentuk atau diperolehi
daripada meniru perlakuan ibu bapa atau guru mereka sama ada secara formal
atau tidak formal. Contohnya kanak-kanak cuba meniru ibu bapa atau guru
mereka dari segi gaya bercakap, berpakaian, gaya berjalan dan lain-lain lagi.
Orang dewasa cuba meniru personaliti yang mereka agong-agongkan dalam
pelbagai kehidupan. Ini dipengaruhi melalui media massa dan identifikasi individu
atau kumpulan. Contoh para remaja gemar meniru perlakuan dan pakaian artis-
artis idola mereka. Ada pengikut fanatik yang sanggup mati kerana ketua atau
pemimpin yang disanjungnya.
Latihan 1.9
Cuba uji kefahaman anda dengan menyiapkan latihan berikut.
Soalan 1
Berdasarkan teori Bandura buat satu pemerhatian terhadap keberkesanan
tingkah laku model kepada pelajar dalam bilik darjah.
37. NAMA KURSUS: ELM3101: PENGENALAN KEPADA KONSEP ASAS PENDIDIKAN MORAL
PENSYARAH : AZIZ BIN HJ. HADANI, IPG KAMPUS KENINGAU, SABAH
e-mail: zaez99@yahoo.com Facebook: azeezdanny HP: 019 831 6433
3.5 Teori Perkembangan Moral Humanistik
Manusia berbeza daripada haiwan. Oleh itu mereka perlu mempunyai kesederan
bahawa mereka ialah insan yang unik dan mempunyai potensi yang unggul.
Sehubungan dengan itu mereka harus berusaha sedaya upaya untuk
mengembangkan potensi tersebut dengan sepunuhnya. Dua orang ahli psikologi
Yang terkemuka iaitu Abraham Maslow dan Carl Rogers merupakan pelopor teori
humanistik.
Sebagai guru moral, anda perlu mendalami teori humanistik dalam
mengendalikan kerenah murid-murid. Guru perlu memberi sokongan dan
mengambil berat terhadap potensi murid yang berbagai-bagai. Murid yang suka
menyanyi haruslah diberi sokongan agar mereka dapat membina potensi diri
dalam bidang nyanyian. Mana tahu dua puluh tahun akan datang murid yang
digilap potensinya itu akan menjadi penyanyi profesional yang berjaya dari segi
kerjaya dan moralnya.
Sebagai guru moral anda boleh menggunakan pelbagai strategi
pengajaran dan pembelajaran dalam membina tingkah yang positif. Contoh,
aktiviti lawatan di stesyen pembelajaran seperti Rumah Orang Tua, Rumah
Kebajikan Masyarakat, Rumah Orang Kurang Upaya, Pusat Pemulihan Dadah,
Rumah Tunas Puteri dan sebagainya; akan dapat memberikan impak kepada
perkembangan moral. Perkembangan moral ini merangkumi aspek penaakulan,
emosi dan tingkah laku mereka dalam memberikan pertimbangan dalam
mencorakkan kehidupan mereka pada masa depan.
Pengetua di salah sebuah sekolah di kuala Lumpur telah menggunakan
pendekatan humanistik dalam menangani masalah disiplin di sekolah. Beliau
dan guru-guru di sekolahnya telah membawa pulang pelajar yang bermasalah ke
rumah masing-masing dalam tempoh dua tiga hari atas keizinan ibu bapa atau
38. NAMA KURSUS: ELM3101: PENGENALAN KEPADA KONSEP ASAS PENDIDIKAN MORAL
PENSYARAH : AZIZ BIN HJ. HADANI, IPG KAMPUS KENINGAU, SABAH
e-mail: zaez99@yahoo.com Facebook: azeezdanny HP: 019 831 6433
penjaga. Melalui pengalaman di rumah guru pelajar-pelajar kehidupan sebenar
kelauarga bahagia. Tahap penghormatan pelajar terhadap guru tersebut
meningkat dan ini memudahkan proses membaiki akhlak dan moral pelajar.
Untuk direnung:
Yang manakah pendekatan
humanistik?
• Guru memegang rotan sambil menggertak pelajar atau memaksa pelajar
melakukan sesuatu yang diarah.
• Guru menjerit dan memaki hamun pelajar kerana pelajar tersebut
melakukan kesalahan yang tidaklah sebesar mana.
• Seorang guru disiplin menampar seorang pelajar yang sedang makan
epok-epok di kantin pada waktu pertama sesi persekolahan. Epok-epok itu
terpelanting jatuh. Jika anda pelajar yang berkenaan apakah persaan
anda terhadap sikap guru tersebut walaupun anda dikenali pelajar
bermasalah.
• Guru Besar memakaikan tali leher pelajar yang memang sengaja
menyimpan tali leher di dalam saku. Guru Besar menepuk bahu murid
dengan mesra sambil menyatakan “Kan kemas jika awak memakai tali
leher begini”.
Rumusan
• Tiada suatu teori yang lengkap dan sempurna dalam mengkaji
perkembangan evolusi kehidupan manusia dan perkaitannya dengan
persekitaran.
39. NAMA KURSUS: ELM3101: PENGENALAN KEPADA KONSEP ASAS PENDIDIKAN MORAL
PENSYARAH : AZIZ BIN HJ. HADANI, IPG KAMPUS KENINGAU, SABAH
e-mail: zaez99@yahoo.com Facebook: azeezdanny HP: 019 831 6433
• Gabungan teori-teori daripada berbagai pengkaji banyak membantu
memudahkan manusia mencari contoh dan teladan dalam kehidupan
seharian.
• “Dengan adanya asuhan yang sempurna di peringkat awal kanak-kanak,
kita dapat membentuk nilai-nilai moral yang baik,” kata Slyvia Artman,
penolong Professor dari Elementary Education dan Early Childhood
Specialist, Dallas Baptist College, Texas, A.S. Pernyataan ini
menunjukkan pentingnya teori menjadi asas kepada panduan kehidupan
manusia.
• L. Kohlberg, Bandura dan C. Rogers merupakan tokoh-tokoh penting
dalam mempelopori kajian tentang perkembangan evolusi manusia dari
segi sosial seperti peringkat umur dan faktor alam sekeliling.
• Kohlberg dalam kajiannya menekankan aspek penaakulan moral ke arah
mengawal tingkah laku manusia.
• Kohlberg percaya bahawa manusia secara automatik akan menghala ke
peringkat yang lebih tinggi daripada pencapaian mereka. Sentiasa memilih
tindakan untuk menyelesaikan masalah moral.
• Oleh itu, sebagai guru kita perlu sentiasa memikul tanggungjawab untuk
meningkatkan tahap pencapaian yang lebih tinggi di kalangan pelajar.
• Bandura berpendapat bahawa dalam kehidupan harian terdapat banyak
tingkahlaku yang boleh dipelajari melalui contoh, teladan, tiruan dan
penggunaan bahasa.
• Carl Rogers (1950) juga berpendapat, pembentukan moral yang baik
mudah terbina melalui model yang berpengalaman seperti ibu bapa.
Senarai buku rujukan yang digunakan oleh penulis dalam
penyediaan modul.
40. NAMA KURSUS: ELM3101: PENGENALAN KEPADA KONSEP ASAS PENDIDIKAN MORAL
PENSYARAH : AZIZ BIN HJ. HADANI, IPG KAMPUS KENINGAU, SABAH
e-mail: zaez99@yahoo.com Facebook: azeezdanny HP: 019 831 6433
Bacaan Asas:
Koo Kee Peng & Tang Chee Yee. (1990). Pendidikan Moral. Kuala Lumpur:
Kumpulan Budiman Sdn.Bhd.
Rujukan:
Abdul Rahman Md.Aroff & Chang Lee Hoon. (1994). Pendidikan Moral.
Petaling Jaya: Longman Malaysia Sdn.Bhd.
Hena Mukherjee & Judy Ellis & Chang Lee Hoon & N.S. Rajendran (1992 ).
Strategi Pengajaran Pendidikan Moral KBSM. Petaling Jaya: Fajar Bakti
Sdn.Bhd.
Koo Kee Peng & Tang Chee Yee. (1990). Pendidikan Moral. Kuala Lumpur:
Kumpulan Budiman Sdn.Bhd.
41. NAMA KURSUS: ELM3101: PENGENALAN KEPADA KONSEP ASAS PENDIDIKAN MORAL
PENSYARAH : AZIZ BIN HJ. HADANI, IPG KAMPUS KENINGAU, SABAH
e-mail: zaez99@yahoo.com Facebook: azeezdanny HP: 019 831 6433
TAJUK 4 Faktor-faktor Mempengaruhi Perkembangan Moral
4.0 Pengenalan
4.1 Sosial
4.1.1 Keluarga
4.1.2 Sekolah
4.1.3 Rakan Sebaya
4.1.4 Agama
4.1.5 Jantina
4.1.6 Sosial Ekonomi
4.1.7 Media Massa
4.2 Perbezaan Individu
4.2.1 Fizikal
4.2.2 Mental
4.2.3 Emosi
4.2.4 Sosial
42. NAMA KURSUS: ELM3101: PENGENALAN KEPADA KONSEP ASAS PENDIDIKAN MORAL
PENSYARAH : AZIZ BIN HJ. HADANI, IPG KAMPUS KENINGAU, SABAH
e-mail: zaez99@yahoo.com Facebook: azeezdanny HP: 019 831 6433
RUJUKAN
Ahmad Amin. (1975). Etika (ilmu akhlak). Jakarta: Penerbit Bulan Bintang.
Ahmad Khamis (1999) Etika: Pendidikan Moral Untuk IPT Kuala Lumpur:
Kumpulan Budiman.
Abdul Aziz A. (1979). Pendidikan untuk menyatupadukan negara melalui
pengajaran sivik. Suara Pendidikan. Jld. Bil. 1.
Abdul Rahman Aroff. (1986). Pengenalan Pendidikan Moral. Petaling Jaya:
Fajar Bakti.
Abdul Rahman Aroff. (2002). Modul Pendidikan Moral EDU2003, Serdang:
Percetakan Universiti Pertanian Malaysia.
__________________. (1984). Kemoralan sosial. Ilmu Masyarakat. Jld. 7.
__________________ . (1999). Pendidikan Moral; Teori Etika Dan Amalan
Moral.
Serdang: Penerbit Universiti Pertanian Malaysia.
__________________ & Chang L.H. (1994). Pendidikan Moral: siri pendidikan.
Kuala Lumpur: Longman Malaysia Sdn. Bhd.
Action, H.B. (1970). Kant’s moral philosophy. London: Macmillan.
Al-Altas, S. N. (1976). Islam, The Concept Of Religion & The Foundation Of
Ethinic & Morality, Kuala Lumpur:
Arbuthnot, J.B. & Fanst, D. (1981). Teaching Moral Reasoning: Theory And
Practice. New York:
Azizah Abdul Rahman. (1982). Kurikulum tersembunyai di sekolah-sekolah dan
kesannya terhadap kanak-kanak. Pendidikan & Pendidik. Jld. 4 Bil. 1 Jan.
Bayar, K. (1965). The Moral Point Of View. New York: Random House.
Bartley, W.W. (1971). Morality and Religion. London: Macmillan.
43. NAMA KURSUS: ELM3101: PENGENALAN KEPADA KONSEP ASAS PENDIDIKAN MORAL
PENSYARAH : AZIZ BIN HJ. HADANI, IPG KAMPUS KENINGAU, SABAH
e-mail: zaez99@yahoo.com Facebook: azeezdanny HP: 019 831 6433
Bloom, B.S. et al. Dalam Mohd. Zainuddin Hashim. (1984). (Terj). Taksonomi
Objektif Pendidikan Buku Pedoman 2: Domain Afektif. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan pustaka.
Dewey, J. (1972). Democracy and Education. New York: Macmillan.
Ee, A.H. (1988). Pendidikan Moral. Kuala Lumpur: Longman Malaysia Sdn. Bhd.
Eow, B.H. (2000). Pendidikan Moral: Siri Pendidikan Tinggi. Petaling jaya:
Pearson Education Malaysia.
H. Mol. Rifai. (1986). Akhlak Seorang Muslim. Semarang: Wicaksana.
Kementerian Pendidikan Malaysia. (1979). Laporan Jawatankuasa Kabinet
Mengenai Dasar Pelajaran. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
___________________. (1999). Buku Sumber UNESCO-APNIEVE untuk
Pendidikan Perguruan dan Tinggi: Belajar Hidup Bersama secara Aman dan
Harmoni: Pengalaman Malaysia. Kuala Lumpur: Jawatankuasa APNIVE
Malaysia
Kohlberg, L. (1973). Moral stages and moralization: the cognitive development
approach. Dalam T. Lickona (ed.). Moral Development And Behaviour: Theory
Research And Social Issues. New York: Holt, Rinehart & Winston.
Koo, K.P. & Tan, C.T. (1990). Pendidikan Moral. Kuala Lumpur: Kumpulan
Budiman.
Mackinnon, B. (1995). Ethics: Theory And Contemporary Issues. New York:
Wadsworth Publishing Company.
Mohd. Nasir Omar. (1986). Falsafah Etika, Perbandingan Perubatan Islam Dan
Barat. Kuala Lumpur: BAHEIS, Jabatan Perdana Menteri.
Mukherjee, H. (1980). Moral education and the teacher training programme.
Pendidikan dan Pendidik. Jld. 2 Bil. 1.
Peters, P. (1987). Moral Development And Moral Education. London: Allen &
Kegan Paul.
TAM,Y.K. (1996) Pendidikan Moral 1 : Konsep dan Program Pendidikan
Moral. Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.,
44. NAMA KURSUS: ELM3101: PENGENALAN KEPADA KONSEP ASAS PENDIDIKAN MORAL
PENSYARAH : AZIZ BIN HJ. HADANI, IPG KAMPUS KENINGAU, SABAH
e-mail: zaez99@yahoo.com Facebook: azeezdanny HP: 019 831 6433
UNESCO Prncipal Regional Office for Asia and Pacific. (1998). A UNESCO-
APNIEVE Sourcebook for teacher education and tertiary level education:
Learning to live together in peace and harmony. Bangkok: UNESCO Principal.
Senarai buku-buku rujukan yang digunakan oleh penulis dalam
penyediaan modul.
Bacaan Asas:
Abdul Rahman Md.Aroff,(1999) Pendidikan MoralTeori Etika dan Amalan
Moral,
Serdang: Penerbit UPM.
Eow Boon Hin (2000). Pendidikan Moral. Petaling Jaya: Pearson Education
Malaysia Sdn. Bhd.
Rujukan:
Abdul Rahman Md.Aroff & Chang Lee Hoon. (1994). Pendidikan Moral.
Petaling Jaya : Longman Malaysia Sdn.Bhd.
Hena Mukherjee & Judy Ellis & Chang Lee Hoon & N.S. Rajendran (1992 ).
45. NAMA KURSUS: ELM3101: PENGENALAN KEPADA KONSEP ASAS PENDIDIKAN MORAL
PENSYARAH : AZIZ BIN HJ. HADANI, IPG KAMPUS KENINGAU, SABAH
e-mail: zaez99@yahoo.com Facebook: azeezdanny HP: 019 831 6433
Strategi Pengajaran Pendidikan Moral KBSM. Petaling Jaya:
Fajar Bakti Sdn.Bhd.
Koo Kee Peng & Tang Chee Yee. (1990). Pendidikan Moral. Kuala Lumpur:
Kumpulan Budiman Sdn.Bhd.
46. NAMA KURSUS: ELM3101: PENGENALAN KEPADA KONSEP ASAS PENDIDIKAN MORAL
PENSYARAH : AZIZ BIN HJ. HADANI, IPG KAMPUS KENINGAU, SABAH
e-mail: zaez99@yahoo.com Facebook: azeezdanny HP: 019 831 6433