1. Tutorial 3
Menamakan Ikon Paparan dan Memasukkan Teks
Video1: Bekerja dengan ikon paparan
Video2: Memasukkan teks ke dalam ikon paparan
Masa diperlukan : 15 minit
Selepas menamatkan tutorial ini, anda boleh :
Meletakkan ikon paparan ke garis aliran
Membuka Ikon Paparan
Memahami Tetingkap Persembahan dan Toolbox
Memasukkan Teks ke dalam tetingkap persembahan
Menentukan kedudukan teks dalam tetingkap persembahan
Pengenalan
Ikon paparan membolehkan anda meletakkan teks dan juga grafik ke
dalam
tetingkap persembahan anda. Buat permulaan, di dalam tutorial ini
anda cuma
akan bekerja dengan teks sahaja.
2. Ikon paparan merupakan ikon pertama yang berada pada
puncak palet ikon anda. Ia berada di bahagian atas kiri skrin
monitor anda dan diwakili dengan huruf "A" dan bulatan yang
bersatu dengan segiempat.
1. Buka fail tutor1.ap4 anda.
(Perhatikan terdapatnya tanda tangan dipuncak garis
aliran anda menandakan ia sedia menanti ikon yang
pertama untuk dimasukkan kedalamnya.)
3. 2. Gunakan tetikus untuk menarik ikon paparan dari
ikon palet kegaris aliran di dalam tetingkap
pembangunan. (Perhatikan bahawa ikon paparan
akan kelihatan seperti rajah di kiri anda. Anda
boleh menggunakan seberapa banyak ikon
paparan yang anda suka dalam sesebuah
aplikasi yang anda bangunkan)
3. Namakan ikon paparan tersebut Paparan1
dengan menaip ianya menggantikan perkataan
Untitled semasa ikon paparan tersebut dipilih
(highlighted). Lihat rajah disebelah kanan anda.
Setakat ini tiada apa-apa yang berlaku dan dapat diperhatikan, tetapi
cuba
lancarkan (Play) aplikasi tersebut dan lihat apa yang akan berlaku.
4. 4. Pilih arahan Play dari menu Control.
(Atau gunakan kombinasi kekunci Control + P. Anda boleh
juga menggunakan Toolbar Restart atau Control Panel bagi
melaksanakan arahan yang sama)
Memainkan aplikasi menggunakan Menu atau Toolbar Restart.
6. Semasa aplikasi dimainkan, 2 tetingkap baru akan muncul di skrin
paparan anda iaitu :
Tetingkap Persembahan
ToolBox.
7. 5.
Cuba pindah-pindahkan tetingkap persembahan anda ke
mana-mana lokasi pada skrin paparan. (Tarik pada TitleBar)
Apa yang sebenarnya berlaku ialah sebaik sahaja anda memainkan
(Play)
aplikasi tersebut :
Authorware akan memainkan aplikasi sehingga ia menemui ikon
paparan yang
pertama.
Oleh kerana ikon paparan tersebut tidak mengandungi apa-apa,
maka Authorware
berhenti buat seketika bagi membolehkan anda memasukkan isi
kandungan (teks
atau grafik) yang anda kehendaki.
Nota Penting
Ini merupakan faktor yang perlu anda perhatikan. Setiap kali Authorware
menemui ikon yang kosong atau tidak aktif, ia akan berhenti bagi membolehkan
anda memasukkan sesuatu ataupun mengaktifkan ikon tersebut.
8. Tetingkap Persembahan merupakan apa yang akan dapat
pengguna
perhatikan apabila aplikasi dimainkan.
ToolBox mempunyai peralatan yang membolehkan anda
memasukkan teks atau grafik ke dalam tetingkap persembahan.
Teks atau grafik dari beberapa ikon paparan boleh boleh
dipaparkan secara serentak di dalam Tetingkap Persembahan.
Setiap peralatan dalam ToolBox ini akan dibincangkan kemudian.
Di dalam latihan seterusnya, anda akan lihat bagaimana untuk
memasukkan teks di dalam tetingkap persembahan.
Anda juga akan belajar untuk memindah dan juga menukar medan
paparan/kemasukan teks tersebut.
9. Latihan 3.2
1. Pilih ikon teks dari ToolBox dengan menggunakan
tetikus anda (Klik pada ikon yang mempunyai huruf
"A")
2. Gerakkan kursor anda ke bahagian tengah tetingkap
persembahan.
(Kursor akan bertukar kepada objek seperti huruf I apabila ia
memasuki ruang tetingkap persembahan. Ini menunjukkan ia
telah siap sedia untuk anda menaip teks yang dikehendaki).
3. Klik butang kiri pada tetikus anda. Satu garisan hitam yang
dinamakan "Text Guideline" akan kelihatan pada skrin. Ia
berfungsi untuk menunjukkan dimana lokasi teks anda akan
berada).
10. 4. Gerakkan kursor kemana-mana yang anda suka. Perhatikan
bahawa "text guideline" turut berubah sama.
5. Gerakkan kursor kebahagian tengah tetingkap persembahan
semula.
6. Taipkan ayat berikut :
Sekarang merupakan masa yang terbaik untuk anda belajar
menggunakan Authorware.
11. Klik sekali pada ikon Penunjuk (pointer) yang diwakili oleh
gambar anak panah pada ToolBox anda. Kemudian klik pada
teks yang baru anda taipkan tadi. Anda akan perhatikan
bahawa teks tersebut "dihighlightkan" dan terdapat tanda
segiempat kecil di setiap pepenjuru medan teks tersebut.
12. Anda boleh menukar bentuk paparan teks tersebut dengan
menarik pepenjuru yang anda kehendaki. Contohnya, sekiranya
anda memilih pepenjuru kanan dan menariknya ke arah kiri skrin,
anda akan dapati medan paparan seperti berikut :
Cuba lakukan perbagai aktiviti ini bagi melihat kesannya terhadap
bentuk paparan teks anda
Satu kelebihan Authorware versi 4.0 berbanding versi-versi
sebelumnya ialah ia mempunyai kebolehan untuk "Justify"
(menyamakan kedudukan teks disebelah kiri dan kanan) setiap teks.
Dalam keadaan ini, anda boleh juga memindahkan lokasi kedudukan
teks anda. Anda boleh melakukannya dengan menggunakan samaada
tetikus ataupun kekunci anak panah yang berada pada papan kekunci
(keyboard) anda
13. 8. Pilih peralatan teks sekali lagi dan gerakkan kursor ke
bahagian lain yang kosong pada tetingkap persembahan
anda. Klik sekali. Satu lagi "text guideline" akan muncul
pada paparan dan anda boleh meneruskan proses
memasukkan teks seperti mana yang anda kehendaki.
9. Taipkan apa-apa teks yang anda inginkan pada skrin
paparan anda.
10 Simpan (save) fail anda (Guna arahan Control + S atau
. gunakan arahan Save dari menu File)
14. Latihan Tambahan
1. Keluar (Exit) dari Authorware.
2. Buka semula Authorware dan buka aplikasi tutor1 anda.
3. Tambahkan teks ke dalam ikon paparan Paparan1 dengan
"double klik" pada ikon tersebut menggunakan tetikus anda.