Ce diaporama a bien été signalé.
Le téléchargement de votre SlideShare est en cours. ×

Kata adjektif

Publicité
Publicité
Publicité
Publicité
Publicité
Publicité
Publicité
Publicité
Publicité
Publicité
Publicité
Publicité
Prochain SlideShare
Kata adjektif
Kata adjektif
Chargement dans…3
×

Consultez-les par la suite

1 sur 21 Publicité

Plus De Contenu Connexe

Les utilisateurs ont également aimé (20)

Publicité
Publicité

Kata adjektif

  1. 1. Marilah Kita Belajar KATA ADJEKTIF Disediakan oleh Cikgu Tay Su Sein
  2. 2. Maksud Kata Adjektif Kata adjektif atau kata sifat ialah perkataan yang menerangkan keadaan atau sifat kata nama atau frasa nama. Contoh kata adjektif ialah baik, murah,rendah, dan cantik.
  3. 3. Jenis – Jenis Kata Adjektif 1. Kata Adjektif Sifatan atau keadaan 2. Kata Adjektif warna 3. Kata Adjektif ukuran 4. Kata Adjektif bentuk 5. Kata Adjektif waktu 6. Kata Adjektif jarak 7. Kata Adjektif cara 8. Kata Adjektif Perasaan 9. Kata Adjektif pancaindera
  4. 4. Kata Adjektif Sifatan atau Keadaan -Membawa pengertian sifatan atau keadaan sebagai unsur keterangan nama. Contohnya; Baik, cerdik, berani, pandai Contoh ayat; 1. Anak guru itu sangat cerdik.
  5. 5. Kata Adjektif Warna -Membawa pengertian warna sebagai unsur keterangan. Contohnya; Merah, putih, ungu, kelabu Contoh ayat; 1. Gadis itu bertudung merah.
  6. 6. Kata Adjektif Ukuran -Membawa pengertian ukuran sebagai unsur keterangan. Contohnya; Kecil, panjang, rendah,tebal Contoh ayat; 1. Bilik kecil mudah diurus.
  7. 7. Kata Adjektif Bentuk -Membawa pengertian rupa bentuk sebagai unsur keterangan. Contohnya; Bulat, lonjong, buncit, leper Contoh ayat; 1. Perut Ali sangat buncit.
  8. 8. Kata Adjektif Waktu -Membawa pengertian konsep masa sebagai unsur keterangan Contohnya; Baharu, lama, segera, suntuk Contoh ayat; 1. Jalan lama ke kampung itu telah dibaiki.
  9. 9. Kata Adjektif Jarak -Membawa pengertian konsep ruang antara 2 bentuk atau keadaan sebagai penerang kata nama. Contohnya; Jauh, dekat, hampir,rapat Contoh ayat; 1. Kawan rapat saya belajar di luar negara.
  10. 10. Kata Adjektif Cara -Membawa pengertian keadaan kelakuan atau ragam sebagai penerang kata nama. Contohnya; lambat, cepat, gopoh, deras Contoh ayat; 1. Orang lambat selalu rugi.
  11. 11. Kata Adjektif Perasaan -Membawa pengertian konsep perasaan sebagai penerang kata nama diikuti oleh kata sendi nama. Contohnya; Rindu, benci, suka, marah Contoh ayat; 1. Dia amat rindu akan emaknya.
  12. 12. Kata Adjektif Pancaindera -Membawa pengertian konsep rasa, pandang, dengar, bau, sentuh atau gabungan kelima-lima indera sebagai penerang kata nama. A) Deria rasa Contohnya; Manis, sedap, tawar, pahit Contoh ayat; 1. Minuman itu sungguh manis.
  13. 13. Kata Adjektif Pancaindera B) Deria Pandang Contohnya; Cantik, kacak, hodoh, molek Contoh ayat; 1. Pemuda kacak itu berasal dari Perak.
  14. 14. Kata Adjektif Pancaindera C) Deria Dengar Contohnya; Bising, merdu, nyaring, lunak Contoh ayat; 1. Bunyi bising datang dari bilik prasekolah itu.
  15. 15. Kata Adjektif Pancaindera D) Deria Bau Contohnya; Wangi, harum, busuk , hapak Contoh ayat; 1. Minyak wangi itu harum baunya.
  16. 16. Kata Adjektif Pancaindera D) Deria Sentuh Contohnya; Halus, kasar, licin, keras Contoh ayat; 1. Papan itu kasar kerana belum diketam.
  17. 17. Kata Adjektif Pancaindera D) Gabungan Deria Contohnya; Bersih (pandang + bau) Selesa (sentuh + pandang) Contoh ayat; 1. Rumah kepunyaan Ali itu selesa benar.
  18. 18. KESALAHAN PENGGUNAAN ADJEKTIF 1)Pengabaian penggunaan kata sendi apabila frasa adjektif itu diperluas. Contoh : salah : Rindu ibunya betul : Rindu akan ibunya
  19. 19. KESALAHAN PENGGUNAAN ADJEKTIF 2) apabila kata sendi akan disingkatkan menjadi –kan, lalu dijadikan imbuhan. Contoh : salah : Rindukan ibunya betul : Rindu akan ibunya
  20. 20. KESALAHAN PENGGUNAAN ADJEKTIF 3) apabila awalan meN ditiadakan contoh takutkan (bukan kata kerja transitif tetapi kata kerja pasif). Contoh : betul : Saya menakutkan kanak- kanak itu.
  21. 21. Sekian Terimah Kasih

×