SlideShare a Scribd company logo
1 of 2
Kisah anak katak dan hujan---------Ada kegundahan tersendiri yang dirasakan seekor anak katak ketika langit tiba-tiba gelap.
“Ibu, adakah kita akan mati ? Kenapa langit tiba-tiba gelap?” tanya si anak katak sambil merangkul
erat ibunya. Sang ibu menyambut pelukan itu dengan belaian yang lembut buat si anak.
“Anakku, ini bukan tanda kita akan mati sayang. Ini adalah sesuatu yang amat baik”, jawab si ibu
sambil terus membelai anaknya. Anak katak tadi mulai tenang.
Namun, ketenangan itu tak berlangsung lama. Tiba-tiba angin bertiup kencang. Daun dan tangkai
kering yang berserakan mulai berterbangan. Pepohon meliuk-liuk dipermainkan angin. Ternyata ia
merupakan satu pemandangan yang menakutkan buat si katak kecil. “Ibu, ini apa lagi? Kenapa kita
masih berada di sini?” tanya si anak katak sambil bersembunyi di balik tubuh ibunya.
“Anakku, itu cuma angin,” ucap si ibu yang tidak terpengaruh sedikit pun dengan keadaan itu. Ibu
menambah lagi, “ini juga petanda bahwa yang kita tunggu dan nantikan selama ini pasti datang!”.
Sekali lagi anak katak mulai tenang dan menikmati tiupan angin kencang yang tampak menakutkan
itu.
“Blarrrr!!!!” suara petir menyambar-nyambar. Kilatan cahaya putih pun kian menjadikan suasana
bertambah menakutkan. Kali ini anak katak tidak mampu berkata-kata lagi. Ia bukan sahaja
merangkul dan bersembunyi di belakang ibunya, malah tubuhnya mulai gementar. “Ibuuu, aku
sangat takut. Terlalu takut!” ucapnya sambil terus memejamkan mata.
“Sabar, anakku!” ucapnya sambil terus membelai. “Itu Cuma petir. Itu tanda ketiga kalau yang kita
nantikan akan datang tak lama lagi! Keluarlah anakku. Lihatlah tanda-tanda yang tampak
menakutkan ini. Bersyukurlah, kerana hujan tak lama lagi datang,” ungkap si ibu dengan begitu
tenang.
Anak katak itu mulai keluar dari belakang ibunya. Ia mencuba mendongak, memandang langit yang
hitam, angin yang meliuk-liukan dahan, dan sambaran petir yang begitu menyilaukan. Tiba-tiba, ia
berteriak dengan kuatnya, “Ibu, hujan datang. Hujan datang! Horeeeeeeeeeee!”
Saudara-saudariku yang budiman....
Sesungguhnya anugerah hidup ini kekadang hadir dari jalan yang tidak sesekali kita inginkan. Ia tidak
datang diiringi dengan tiupan seruling merdu...Ia juga tidak mungkin disegarkan dengan haruman
yang menyegarkan.Saat itulah, tidak sedikit manusia yang akhirnya dipermainkan oleh keadaan.
Persis seperti anak katak yang ketakutan hanya kerana langit hitam, angin yang bertiup kencang dan
kilatan petir yang menyilaukan. Walhal itulah sebenarnya tanda- tanda hujan akan datang.
Benarlah apa yang dikatakan oleh si ibu katak: jangan takut melangkah, jangan bersembunyi dari
kenyataan walau sepahit mana pun, sabar dan hadapilah semua itu dengan tenang. Seumpama hujan
yang dinantikan oleh si ibu katak untuk hadir namun ia di awali dengan tanda-tanda yang agak
menakutkan. Yakinlah, jika ALLAH berkehendakkan sesuatu untuk datang dalam hidup kita, biar
seperit mana pun cabarannya ia pasti akan datang. Ingatlah di sebalik setiap kesukaran itu pasti
tersembunyi hikmah yang tidak kita ketahui. Ibarat ubat yang pahit itu selalunya adalah penawar
bagi penyakit. Akhir kata, yakinlah bahawa bersama setiap kesukaran, kepayahan dan penderitaan
itu PASTI ada kemudahan, keindahan buat kita ...... Yakinlah saudaraku..........Wassalam.....

More Related Content

Viewers also liked

La guerra de los navegadores, manuela serna obando, 11 1
La guerra de los navegadores, manuela serna obando, 11 1La guerra de los navegadores, manuela serna obando, 11 1
La guerra de los navegadores, manuela serna obando, 11 1Manue_Obando
 
Surat lamaran
Surat lamaranSurat lamaran
Surat lamaranninazz
 
Formulario principios
Formulario principiosFormulario principios
Formulario principiosCárdenas Ana
 
Cartel febreiro deputación coruña programación cultural
Cartel febreiro deputación coruña programación culturalCartel febreiro deputación coruña programación cultural
Cartel febreiro deputación coruña programación culturalsatelite1
 

Viewers also liked (9)

6 aplicar el tes actual 2
6 aplicar el tes actual 26 aplicar el tes actual 2
6 aplicar el tes actual 2
 
9
99
9
 
La guerra de los navegadores, manuela serna obando, 11 1
La guerra de los navegadores, manuela serna obando, 11 1La guerra de los navegadores, manuela serna obando, 11 1
La guerra de los navegadores, manuela serna obando, 11 1
 
Presentación2
Presentación2Presentación2
Presentación2
 
Le site d'un salaud
Le site d'un salaudLe site d'un salaud
Le site d'un salaud
 
Surat lamaran
Surat lamaranSurat lamaran
Surat lamaran
 
Callebella
CallebellaCallebella
Callebella
 
Formulario principios
Formulario principiosFormulario principios
Formulario principios
 
Cartel febreiro deputación coruña programación cultural
Cartel febreiro deputación coruña programación culturalCartel febreiro deputación coruña programación cultural
Cartel febreiro deputación coruña programación cultural
 

Kisah anak katak dan hujan

  • 1. Kisah anak katak dan hujan---------Ada kegundahan tersendiri yang dirasakan seekor anak katak ketika langit tiba-tiba gelap. “Ibu, adakah kita akan mati ? Kenapa langit tiba-tiba gelap?” tanya si anak katak sambil merangkul erat ibunya. Sang ibu menyambut pelukan itu dengan belaian yang lembut buat si anak. “Anakku, ini bukan tanda kita akan mati sayang. Ini adalah sesuatu yang amat baik”, jawab si ibu sambil terus membelai anaknya. Anak katak tadi mulai tenang. Namun, ketenangan itu tak berlangsung lama. Tiba-tiba angin bertiup kencang. Daun dan tangkai kering yang berserakan mulai berterbangan. Pepohon meliuk-liuk dipermainkan angin. Ternyata ia merupakan satu pemandangan yang menakutkan buat si katak kecil. “Ibu, ini apa lagi? Kenapa kita masih berada di sini?” tanya si anak katak sambil bersembunyi di balik tubuh ibunya. “Anakku, itu cuma angin,” ucap si ibu yang tidak terpengaruh sedikit pun dengan keadaan itu. Ibu menambah lagi, “ini juga petanda bahwa yang kita tunggu dan nantikan selama ini pasti datang!”. Sekali lagi anak katak mulai tenang dan menikmati tiupan angin kencang yang tampak menakutkan itu. “Blarrrr!!!!” suara petir menyambar-nyambar. Kilatan cahaya putih pun kian menjadikan suasana bertambah menakutkan. Kali ini anak katak tidak mampu berkata-kata lagi. Ia bukan sahaja merangkul dan bersembunyi di belakang ibunya, malah tubuhnya mulai gementar. “Ibuuu, aku sangat takut. Terlalu takut!” ucapnya sambil terus memejamkan mata. “Sabar, anakku!” ucapnya sambil terus membelai. “Itu Cuma petir. Itu tanda ketiga kalau yang kita nantikan akan datang tak lama lagi! Keluarlah anakku. Lihatlah tanda-tanda yang tampak menakutkan ini. Bersyukurlah, kerana hujan tak lama lagi datang,” ungkap si ibu dengan begitu tenang. Anak katak itu mulai keluar dari belakang ibunya. Ia mencuba mendongak, memandang langit yang hitam, angin yang meliuk-liukan dahan, dan sambaran petir yang begitu menyilaukan. Tiba-tiba, ia berteriak dengan kuatnya, “Ibu, hujan datang. Hujan datang! Horeeeeeeeeeee!” Saudara-saudariku yang budiman.... Sesungguhnya anugerah hidup ini kekadang hadir dari jalan yang tidak sesekali kita inginkan. Ia tidak datang diiringi dengan tiupan seruling merdu...Ia juga tidak mungkin disegarkan dengan haruman yang menyegarkan.Saat itulah, tidak sedikit manusia yang akhirnya dipermainkan oleh keadaan. Persis seperti anak katak yang ketakutan hanya kerana langit hitam, angin yang bertiup kencang dan kilatan petir yang menyilaukan. Walhal itulah sebenarnya tanda- tanda hujan akan datang. Benarlah apa yang dikatakan oleh si ibu katak: jangan takut melangkah, jangan bersembunyi dari kenyataan walau sepahit mana pun, sabar dan hadapilah semua itu dengan tenang. Seumpama hujan yang dinantikan oleh si ibu katak untuk hadir namun ia di awali dengan tanda-tanda yang agak menakutkan. Yakinlah, jika ALLAH berkehendakkan sesuatu untuk datang dalam hidup kita, biar seperit mana pun cabarannya ia pasti akan datang. Ingatlah di sebalik setiap kesukaran itu pasti tersembunyi hikmah yang tidak kita ketahui. Ibarat ubat yang pahit itu selalunya adalah penawar
  • 2. bagi penyakit. Akhir kata, yakinlah bahawa bersama setiap kesukaran, kepayahan dan penderitaan itu PASTI ada kemudahan, keindahan buat kita ...... Yakinlah saudaraku..........Wassalam.....