SlideShare une entreprise Scribd logo
1  sur  11
Télécharger pour lire hors ligne
PENGAJARAN DARI SURAH LUQMAN
Surah Luqman (Ayat 13 – 19)
øŒÎ)uρtΑ$s%ß≈yϑø)ä9ϵÏΖö/eωuθèδuρ…çµÝàÏètƒ¢o_ç6≈tƒŸωõ8ÎŽô³è@«!$$Î/(āχÎ)x8÷ŽÅe³9$#íΟù=Ýàs9ÒΟŠÏàtã
∩⊇⊂∪$uΖøŠ¢¹uρuρz≈|¡ΣM}$#ϵ÷ƒy‰Ï9≡uθÎ/çµ÷Fn=uΗxq…絕Βé&$—Ζ÷δuρ4’n?tã9÷δuρ…çµè=≈|ÁÏùuρ’ÎûÈ÷tΒ%tæÈβr&
öà6ô©$#’Í<y7÷ƒy‰Ï9≡uθÎ9uρ¥’n<Î)玍ÅÁyϑø9$#∩⊇⊆∪βÎ)uρš‚#y‰yγ≈y_#’n?tãβr&š‚͍ô±è@’Î1$tΒ
}§øŠs9y7s9ϵÎ/ÖΝù=ÏæŸξsù$yϑßγ÷èÏÜè?($yϑßγö6Ïm$|¹uρ’Îû$u‹÷Ρ‘‰9$#$]ùρã÷ètΒ(ôìÎ7¨?$#uρŸ≅‹Î6y™ôtΒ
z>$tΡr&¥’n<Î)4¢ΟèO¥’n<Î)öΝä3ãèÅ_ötΒΝà6ã∞Îm;tΡé'sù$yϑÎ/óΟçFΖä.tβθè=yϑ÷ès?∩⊇∈∪¢o_ç6≈tƒ!$pκ¨ΞÎ)βÎ)à7s?
tΑ$s)÷WÏΒ7π¬6ymôÏiΒ5ΑyŠöyzä3tFsù’Îû>οt÷‚|¹÷ρr&’ÎûÏN≡uθ≈yϑ¡¡9$#÷ρr&’ÎûÇÚö‘F{$#ÏNù'tƒ$pκÍ5ª!$#4
¨βÎ)©!$#ì#‹ÏÜs9׎Î7yz∩⊇∉∪¢o_ç6≈tƒÉΟÏ%r&nο4θn=¢Á9$#öãΒù&uρÅ∃ρã÷èyϑø9$$Î/tµ÷Ρ$#uρÇtã̍s3Ζßϑø9$#
÷ŽÉ9ô¹$#uρ4’n?tã!$tΒy7t/$|¹r&(¨βÎ)y7Ï9≡sŒôÏΒÇΠ÷“tãÍ‘θãΒW{$#∩⊇∠∪ŸωuρöÏiè|Áè?š‚£‰s{Ĩ$¨Ζ=Ï9
ŸωuρÄ·ôϑs?’ÎûÇÚö‘F{$#$—mttΒ(¨βÎ)©!$#Ÿω=Ït䆨≅ä.5Α$tFøƒèΧ9‘θã‚sù∩⊇∇∪ô‰ÅÁø%$#uρ’Îû
šÍ‹ô±tΒôÙàÒøî$#uρÏΒy7Ï?öθ|¹4¨βÎ)ts3Ρr&ÏN≡uθô¹F{$#ßNöθ|Ás9ÎŽÏϑptø:$#∩⊇∪
13. dan (ingatlah) ketika Luqman berkata kepada anaknya, semasa ia memberi nasihat
kepadanya:" Wahai anak kesayanganku, janganlah Engkau mempersekutukan Allah
(dengan sesuatu Yang lain), Sesungguhnya perbuatan syirik itu adalah satu kezaliman
Yang besar".
14. dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah
mengandungnya Dengan menanggung kelemahan Demi kelemahan (dari awal
mengandung hingga akhir menyusunya), dan tempoh menceraikan susunya ialah
Dalam masa dua tahun; (dengan Yang demikian) bersyukurlah kepadaKu dan kepada
kedua ibubapamu; dan (ingatlah), kepada Akulah jua tempat kembali (untuk menerima
balasan).
15. dan jika mereka berdua mendesakmu supaya Engkau mempersekutukan denganku
sesuatu Yang Engkau - Dengan fikiran sihatmu - tidak mengetahui sungguh adanya
maka janganlah Engkau taat kepada mereka; dan bergaulah Dengan mereka di dunia
Dengan cara Yang baik. dan Turutlah jalan orang-orang Yang rujuk kembali kepadaKu
(dengan Tauhid dan amal-amal Yang soleh). kemudian kepada Akulah tempat kembali
kamu semuanya, maka Aku akan menerangkan kepada kamu Segala Yang kamu telah
kerjakan.
16. (Luqman menasihati Anaknya Dengan berkata): "Wahai anak kesayanganku,
Sesungguhnya jika ada sesuatu perkara (yang baik atau Yang buruk) sekalipun seberat
bijih sawi, serta ia tersembunyi di Dalam batu besar atau di langit atau pun di bumi,
sudah tetap akan dibawa oleh Allah (untuk dihakimi dan dibalasNya); kerana
Sesungguhnya Allah Maha Halus pengetahuanNya; lagi amat meliputi akan Segala
Yang tersembunyi.
17. "Wahai anak kesayanganku, dirikanlah sembahyang, dan suruhlah berbuat
kebaikan, serta laranglah daripada melakukan perbuatan Yang mungkar, dan
Bersabarlah atas Segala bala bencana Yang menimpamu. Sesungguhnya Yang
demikian itu adalah dari perkara-perkara Yang dikehendaki diambil berat
melakukannya.
18. "Dan janganlah Engkau memalingkan mukamu (kerana memandang rendah)
kepada manusia, dan janganlah Engkau berjalan di bumi Dengan berlagak sombong;
Sesungguhnya Allah tidak suka kepada tiap-tiap orang Yang sombong takbur, lagi
membanggakan diri.
19. "Dan sederhanakanlah langkahmu semasa berjalan, juga rendahkanlah suaramu
(semasa berkata-kata), Sesungguhnya seburuk-buruk suara ialah suara keldai".
Wasiat turut memainkan peranan yang penting di dalam berdakwah. 'Bapa' memikul
tugas yang amat berat untuk memelihara kebahagiaan keluarga yang terdiri dari isteri
dan anak-anak. Kita telah dihidangkan oleh Al Quran bagaimana Luqman al-Hakim
mendidik anaknya. Dan sebagaimana yang dimaklumi sebuah surah khusus di dalam Al
Quran diberi nama dengan nama Surah Luqman.
Ramai di kalangan umat Islam tidak mengetahui bahawa 'wasiat' yang
diberikan oleh Luqman kepada anaknya itu merupakan salah satu 'teknik' di dalam
berdakwah.Sekiranya teknik ini diamati lalu dipraktikkan di dalam kehidupan
seharian,nescaya anak-anak akan lahir sebagai muslim yang beriman dan bertaqwa
kepada Allah s.w.t.. Bertuahlah sebuah keluarga yang mempunyai anak-anak seperti
mereka. Mempunyai generasi yang diibaratkan umpama purnama yang menerangi
kegelapan malam. Wahai ayah dan ibu,wasiatkan kepada anak-anakmu sepertimana
wasiat yang diajar oleh Luqman al-Hakim!!!
Dr.Wahbah Az-Zuhaili telah berkata di dalam bukunya 'Tafsir Munir':
"Al Baidhawi telah berkata bahawa nama Luqman sebenarnya ialah
Luqman bin Ba'ura. Beliau bukannya nabi tetapi jumhur mengatakan bahawa beliau
seorang yang bijaksana. Diberikan kepadanya Al Hikmah iaitu kelebihan pada
akalnya,cerdik dan perkataan atau kalam yang dikeluarkannya memberi kesan kepada
manusia. Nama sebenar anaknya ialah (mengikut As-Suhaili) An'am atau Asykam atau
Matan atau Tharan"
Abd.Rahman Hassan Al Maidani berkata di dalam bukunya 'Fiqh
Dakwah' bahawa di sana terdapat 14 jenis permasalahan yang dapat dipelajari melalui
kisah Luqman mendidik anaknya melalui 'wasiat'. Oleh itu marilah sama-sama kita
menilai wasiat tersebut yang mengandungi 14 permasalahan penting buat umat Islam
selepas ini.
Prinsip Pendidikan Pertama:
Prinsip pendidikan pertama yang diajar oleh Luqman kepada anaknya ialah supaya
jangan Syirik kepada Allah s.w.t.. Disebutkan di dalam wasiat ini, bahawa syirik kepada
Allah s.w.t. adalah kezaliman yang amat besar kerana ia mengandungi syirik terhadap
Rububiyatullah (Allah Yang Maha Berkuasa memelihara alam semesta ) dan syirik
terhadap Uluhiyatullah (Tidak ada tuhan yang disembah melainkan Allah). Atau dengan
ertikata lain, mempersekutukan Allah s.w.t. dengan sesuatu lain yang juga mampu
memelihara alam semesta dan mempersekutukan Allah s.w.t. dengan sesuatu yang lain
yang juga layak untuk disembah. Inilah yang dinamakan Syirik.
Meskipun syirik terhadap Uluhiyatullah lebih ringan dari syirik terhadap
Rububiyatullah, akan tetapi Allah s.w.t. tidak akan mengampuni dosa orang yang mati
dalam hal demikian.
Syirik merupakan sebesar-besar kezaliman. Allah s.w.t. sahaja yang
layak disembah dan diagungkan kerana apa yang dilakukan-Nya itu tak mampu
dilakukan oleh kuasa lain. Tetapi jika kuasa lain yang diagungkan, maka inilah
kezaliman, iaitu meletakkan sesuatu bukan di tempat yang sepatutnya.
Inilah yang diperkatakan melalui ayat 13 surah Luqman yang bermaksud:
"Wahai anakku! Janganlah engkau mempersekutukan Allah s.w.t..
Sesungguhnya mempersekutukan Allah s.w.t. itu adalah kezaliman yang amat besar."
Prinsip Pendidikan Kedua:
Prinsip yang kedua pula ialah Luqman mengajar anaknya supaya
bersyukur kepada Allah s.w.t. di atas anugerah nikmat-Nya yang tak terhitung luas dan
banyaknya. Salah satu cara bersyukur ini ialah beribadah kepada Allah dengan
melakukan ibadat-ibadat seperti yang disyariatkan, mendekatkan diri kepada Allah,
menuntut keredhaan Allah dan memuji-Nya serta menghadapkan diri dengan berdoa
kepada Allah yang Maha Esa.
Memuji lebih umum dari bersyukur kerana hak mutlak kepujian itu
diberikan ke atas yang dipuji apabila bersifat dengan sifat yang baik. Dan peringatan
'kesyukuran' kepada Allah s.w.t. ini dikaitkan dengan pembalasan pada Hari Qiamat.
Jika sekiranya kesyukuran itu kepada Allah s.w.t.,maka akan mendapat balasan pahala
dan jika sebaliknya akan mendapat balasan siksaan di atas kekufuran dan keingkaran.
Inilah yang diperkatakan melalui ayat 14 surah Luqman yang bermaksud:
"Dan kami wasiatkan (perintahkan) kepada manusia supaya berbuat baik kepada
ibubapanya...Bersyukurlah kepadaku dan...Kepadaku tempat kembali.".
Prinsip Pendidikan Ketiga:
Luqman al-Hakim juga mendidik anaknya agar berterima kasih kepada
ibubapa di atas ketabahan, kesabaran dan kesusahan mereka membesarkan dan
mendidik anak dengan pelbagai pemberian dan kebaikan untuk anak tersayang.
Tunaikan hak keduanya terutama kepada ibu. Kerana ibu bersusah payah menanggung
penderitaan bermulanya dari proses mengandung sehinggalah melahirkan
anak,menyusu sehingga tamat tempoh berakhirnya penyusuan selama 2 tahun dan
mentarbiyah serta mendidik anak tidak kira siang dan malam.
Sesungguhnya ketaatan kepada ibubapa walaupun berlainan agama
adalah wajib diikuti kecuali apabila disuruh mengerjakan maksiat dan meninggalkan
amal ibadat yang disyariatkan oleh Islam. Maka ketika itu haram mentaati perintah
ibubapa.
Lihatlah tingkatan terima kasih (syukur) yang diperlihatkan melalui
wasiat ini. Terima kasih atau kesyukuran kepada ibubapa datang selepas syukur
kepada Allah s.w.t.. 'Logiklah' bahawa ucapan terima kasih atau syukur ini pertama-
tamanya buat Khaliq (pencipta). Selepas itu barulah diikuti pula buat makhluk yang
didahului oleh ibu bapa yang tercinta.
Inilah yang diperjelaskankan melalui ayat 14 surah Luqman yang bermaksud:
"Dan kami wasiatkan (perintahkan)kepada manusia supaya berbuat baik kepada ibu
bapanya. Ibunya mengandungnya dengan menderita kelemahan di atas kelemahan dan
menceraikan menyusu dalam 2 tahun. Bersyukurlah kepadaku dan kepada ibu bapamu!
Kepadaku tempat kembali"
Prinsip Pendidikan Keempat:
Luqman juga mendidik anaknya supaya tidak mentaati ibubapa yang
mengajak melakukan perbuatan syirik kepada Allah s.w.t. dan juga segala bentuk
perbuatan maksiat yang dilarang Allah s.w.t.
Akan tetapi sebagai anak,ibubapanya harus dilayani ,ditemani dan
digauli dalam suasana yang penuh kebahagiaan dan kasih sayang. Anak juga harus
melakukan kebaikan kepada mereka berdua seperti menjaga hal ehwal kewangan,
harta benda,menghormati dan berkhidmat kepada mereka serta masyarakat sekililing.
Inilah yang diterangkan melalui ayat 15 surah Luqman yang bermaksud:
"Dan kalau keduanya memaksa engkau supaya mempersekutukan Aku, apa yang tiada
engkau ketahui ,janganlah dituruti;dan pergaulilah keduanya di dunia ini dengan secara
patut"
Permasalahan Kelima:
Luqman menasihati anaknya agar melalui jalan yang dilalui oleh mereka
yang kembali bertaut kepada Allah s.w.t. dengan keimanan, ketaatan dan meredah
jalan yang lurus (jalan yang Allah s.w.t. anugerahkan nikmat kepada mereka).Bukan
jalan yang dilalui oleh mereka yang dimurkai Allah s.w.t. dan mereka yang sesat!
Mereka yang kembali kepada Allah s.w.t ini terdiri dari kalangan para
Rasul, Nabi, orang benar dan sesiapa sahaja yang mengikuti mereka dengan
keikhsanan dari kalangan orang mukmin.
Inilah yang diterangkan melalui ayat 15 surah Luqman yang bermaksud:
"Dan turutlah jalan orang yang kembali kepadaKu "
Permasalahan Keenam:
Luqman berpesan kepada anaknya supaya melakukan 'pemerhatian' tentang Hari
Qiamat,urusan al- Qadha',pembalasan amalan serta melakukan pemerhatian terhadap
segala arahan menyuruh dan meninggalkan sesuatu perkara di dalam menongkah arus
dunia ini.
Inilah yang diterangkan melalui ayat 15 surah Luqman yang bermaksud:
"Nanti kamu akan kembali kepadaKu dan akan Aku beritakan kepada kamu apa yang
telah kamu kerjakan"
Permasalahan Ketujuh:
Luqman menerangkan kepada anaknya akan 'syumul'nya Ilmu Allah
melewati ilmu manusia. Allah s.w.t. bebas melakukan apa sahaja tanpa ada halangan.
Allah s.w.t. mendatangkan sesuatu yang diinginkanNya dari segenap tempat yang tak
mampu dibuat oleh makhluk.
Sesuatu kebaikan,kejahatan,kezaliman dan kesalahan yang
diumpamakan seperti berat biji sawi walaupun tersembunyi jauh di dalam batu atau
jauh berada di tempat yang tinggi seperti langit atau jauh berada di sedalam-dalam
tempat seperti di dasar bumi akan didatangkan oleh Allah s.w.t. jua pada Hari Qiamat
untuk dihisab / dihitung dan diberi ganjaran dosa atau pahala.
Inilah yang diterangkan melalui ayat 16 surah Luqman yang bermaksud:
"(Kata Luqman): Hai anakku! Sesungguhnya jika ada (amal engkau) seberat biji sawi
dan ada (tesembunyi) dalam batu,di langit atau di bumi ,itu akan dikemukakan oleh
Allah dan Allah itu Halus (mengerti hal-hal yang halus) dan Cukup Tahu"
Permasalahan Kelapan:
Luqman menyuruh anaknya agar menunaikan solat/sembahyang kerana
solat merupakan fardhu yang difardhukanNya melalui utusanNya di bumi( dari kalangan
Nabi dan Rasul).
Selepas manusia ditegah dari syirik dan ditakutkan dengaan Ilmu Allah
dan QudratNya yang tak dapat ditandingi oleh sesiapa,datanglah arahan supaya
beramal dengan amalan-amalan yang serasi dengan prinsip-prinsip Tauhid iaitu
antaranya solat / bersembahyang. Solat adalah tiang agama. Dalil keimanan dan
yakinnya hamba terhadap Ilahi. Jalan mendekatkan diri kepadaNya dan membantu
mencegah kemungkaran, kekejian dan mensucikan diri.
Inilah yang diterangkan melalui ayat 17 surah Luqman yang bermaksud:
"Hai anakku! Dirikanlah solat/sembahyang "
Permasalahan Kesembilan:
Luqman menyuruh anaknya berbuat yang ma'ruf / kebaikan dan
mencegah kemungkaran. Ini menunjukkan kepada kita bahawa arahan supaya
menyuruh berbuat kebaikan dan mencegah kemungkaran dari 'tugasan' yang
terkandung di dalam seruan Ilahi kepada Agama Islam semenjak dahulu lagi
Inilah yang diterangkan melalui ayat 17 surah Luqman yang bermaksud:
"Suruhlah mengerjakan yang baik,cegahlah perbuatan yang buruk"
Permasalahan Kesepuluh:
Luqman menasihatkan anaknya agar bersabar di atas segala perkara
yang dibenci yang menimpa diri samada musibah itu datang dari Ilahi menguji
diri,harta,suami isteri dan anak-anak. Atau musibah ini berpunca dari bertembungnya
dengan masyarakat yang membenci pendakwah (pendakwah bersifat pembawa
hidayat,pemberi ingatan ,pembaik pulih dan pelindung) apabila menyeru ke arah
kebaikan dan mencegah kemungkaran dan apabila pendakwah mengajak manusia
kepada Agama Allah iaitu Islam serta lain-lain bidang atau cabang-cabang kebaikan.
Dimulakan wasiat dengan arahan solat / bersembahyang dan ditamat
dengan arahan supaya bersabar. Mengapa? Kerana solat tiang agama dan sabar
merupakan asas kekalnya ketaatan sepanjang masa.
Secara jelas dapat difahami ,bahawa sabar menahan musibah ini
tergolong di dalam 'perkara yang berhajat kepada kehendak yang kuat dari tahap
keazaman'.
Inilah yang diterangkan melalui ayat 17 surah Luqman yang bermaksud:
"Dan berhati teguhlah menghadapi apa yang menimpa engkau;sesungguhnya (sikap)
yang demikian itu masuk perintah yang sungguh-sungguh"
Permasalahan Kesebelas:
Luqman menasihati anaknya agar jangan takabbur dengan apa-apa
pergerakan sekalipun yang menunjukkan kesombongaan dan ketinggian diri di depan
manusia.
Luqman berpesan agar jangan memaling muka apabila bercakap
dengan manusia kerna ia menunjukkan sifat takabbur dan menghina(merendah-
rendahkan seseorang). Jangan takabbur dan merendah-rendahkan seseorang. Jangan
memaling muka,membantah atau membangkang tanpa usul periksa. Akan tetapi
sentiasalah tawadhuk(merendahkan diri) ,berlembut,manis bicara,senang diajak
berbicara,seronok diajak berbicara,riak muka yang gembira,seronok ,ramah dan
menjadi pendengar yang baik.
Inilah yang diterangkan melalui ayat 18 surah Luqman yang bermaksud:
"Janganlah engkau memalingkan muka engkau dari manusia kerana kesombongan"
Permasalahan Kedua Belas:
Luqman nasihati anaknya agar tidak berjalan di atas muka bumi ini
dengan menampakkan keseronokan yang amat sangat hinggalah akhirnya
keseronokan ini melebihi had di dalam pergerakannya ,membezakan kelakuannya
dengan manusia lain kerana ia mengandungi ciri-ciri berlebih-lebihan atau jauh dari
kesederhanaan .Dengan ciri ini orang yang gembira ini akan menjadi takabbur dan
sombong yang melebihi had syara'.
Inilah yang diterangkan melalui ayat 18 surah Luqman yang bermaksud:
"Dan janganlah berjalan di bumi dengan angkuh!Sesungguhnya Allah tidak mencintai
sekalian orang yang sombong dan membanggakan diri"
Permasalahan Ketiga Belas:
Luqman menasihati anaknya agar bersederhana dan sekata ketika berjalan. Tidak
terlalu perlahan hingga menampakkan kemalasan, kelambatan yang amat sangat
sehingga menampakkan diri lemah konon-kononnya ingin dikatakaan 'zuhud'. Tidak
terlalu laju sehingga menonjolkan sikap berlebih-lebihan serta tidak peduli kepada
suasana sekeliling.Oleh itu sikap sederhana dan sekata di antara lambat dan laju
merupakan tanda / lambang seseorang itu tenang,beraqal dan diri yang cergas dan
sihat.
Inilah yang diterangkan melalui ayat 19 surah Luqman yang bermaksud:
"Dan besederhanalah dalam berjalan"
Permasalahan Keempat Belas:(terakhir)
Luqman menasihati anaknya agar merendahkan suara dan mencukupi suaranya
didengari mengikut hajat atau keperluan pendengar. Inilah antara adab bersuara dan
bercakap untuk keperluan.Diterangkan dalam wasiat ini ,bahawa mengangkat suara
tanpa hajat/keperluan merupakan perkara yang dikutuk ,dikecam ,tidak disukai dan
buruk. Contoh yang akan diberikan dalam ayat berikut ini bahawa seburuk-buruk suara
adalah suara himar / keldai kerana suara himar / keldai awalnya suara mengeluh dan
akhirnya suara menguak /melalak.
Inilah yang diterangkan melalui ayat 19 surah Luqman yang bermaksud:
"Dan lembutkan lah suara engkau! Sesungguhnya suara yang amat buruk ialah suara
himar"

Contenu connexe

Tendances

Saidina umar al khattab
Saidina umar al khattabSaidina umar al khattab
Saidina umar al khattabKhairul Anwar
 
Kaedah dan teknik pengajaran tilawah al quran dan hafazan
Kaedah dan teknik pengajaran tilawah al quran dan hafazanKaedah dan teknik pengajaran tilawah al quran dan hafazan
Kaedah dan teknik pengajaran tilawah al quran dan hafazanSyaza Mohd Sabri
 
Modul 3108 prekembangan kerohanian dan moral
Modul 3108 prekembangan kerohanian dan moralModul 3108 prekembangan kerohanian dan moral
Modul 3108 prekembangan kerohanian dan moralHon Shan Shan
 
Institusi Pendidikan Islam
Institusi Pendidikan IslamInstitusi Pendidikan Islam
Institusi Pendidikan Islamguest42e8c4
 
Kaedah dan teknik pengajaran tilawah al quran
Kaedah dan teknik pengajaran tilawah al quranKaedah dan teknik pengajaran tilawah al quran
Kaedah dan teknik pengajaran tilawah al quranNik Mat
 
2 adab, akhlak dan etika dalam islam
2 adab, akhlak dan etika dalam islam2 adab, akhlak dan etika dalam islam
2 adab, akhlak dan etika dalam islamMuhammad Alif Nordin
 
SEJARAH PERKEMBANGAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA
SEJARAH PERKEMBANGAN PENDIDIKAN DI MALAYSIASEJARAH PERKEMBANGAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA
SEJARAH PERKEMBANGAN PENDIDIKAN DI MALAYSIANurul Hidayu Abd Halim
 
Perkembangan Pendidikan Islam Sebelum Merdeka
Perkembangan Pendidikan Islam Sebelum MerdekaPerkembangan Pendidikan Islam Sebelum Merdeka
Perkembangan Pendidikan Islam Sebelum Merdekamzaidin
 
kaedah dan teknik pengajaran ibadah
kaedah dan teknik pengajaran ibadahkaedah dan teknik pengajaran ibadah
kaedah dan teknik pengajaran ibadahamira nurfahmida
 
CTU151 Assignment (Khalifah Umar)
CTU151 Assignment (Khalifah Umar)CTU151 Assignment (Khalifah Umar)
CTU151 Assignment (Khalifah Umar)Adlina Zainuri
 
khawarij , murjiah , qadariah, muktazillah, aswj degree sem 1
khawarij , murjiah , qadariah, muktazillah, aswj   degree sem 1khawarij , murjiah , qadariah, muktazillah, aswj   degree sem 1
khawarij , murjiah , qadariah, muktazillah, aswj degree sem 1Salam Salleh
 
SEJARAH ZAMAN PERUNDANGAN ISLAM
SEJARAH ZAMAN PERUNDANGAN ISLAMSEJARAH ZAMAN PERUNDANGAN ISLAM
SEJARAH ZAMAN PERUNDANGAN ISLAMAina Zambry
 
Pengajian islam zaman uthmaniyyah
Pengajian islam zaman uthmaniyyahPengajian islam zaman uthmaniyyah
Pengajian islam zaman uthmaniyyahmzaidin
 
Sistem Pembelajaran Pondok @ Madrasah
Sistem Pembelajaran Pondok @ MadrasahSistem Pembelajaran Pondok @ Madrasah
Sistem Pembelajaran Pondok @ MadrasahAl-Khawarizmi Yiffy
 
Titas isu semasa: Golongan anti-hadith dan cabarannya
Titas isu semasa: Golongan anti-hadith dan cabarannyaTitas isu semasa: Golongan anti-hadith dan cabarannya
Titas isu semasa: Golongan anti-hadith dan cabarannyaIZZATIZULKEFLI1
 
Ahli sunnah waljamaah
Ahli sunnah waljamaah Ahli sunnah waljamaah
Ahli sunnah waljamaah Cahaya Hidupku
 

Tendances (20)

Saidina umar al khattab
Saidina umar al khattabSaidina umar al khattab
Saidina umar al khattab
 
Sunan ibnu majah.present
Sunan ibnu majah.presentSunan ibnu majah.present
Sunan ibnu majah.present
 
Kaedah dan teknik pengajaran tilawah al quran dan hafazan
Kaedah dan teknik pengajaran tilawah al quran dan hafazanKaedah dan teknik pengajaran tilawah al quran dan hafazan
Kaedah dan teknik pengajaran tilawah al quran dan hafazan
 
Modul 3108 prekembangan kerohanian dan moral
Modul 3108 prekembangan kerohanian dan moralModul 3108 prekembangan kerohanian dan moral
Modul 3108 prekembangan kerohanian dan moral
 
Bab 3. konsep ibadat
Bab 3. konsep ibadatBab 3. konsep ibadat
Bab 3. konsep ibadat
 
Institusi Pendidikan Islam
Institusi Pendidikan IslamInstitusi Pendidikan Islam
Institusi Pendidikan Islam
 
Kaedah dan teknik pengajaran tilawah al quran
Kaedah dan teknik pengajaran tilawah al quranKaedah dan teknik pengajaran tilawah al quran
Kaedah dan teknik pengajaran tilawah al quran
 
2 adab, akhlak dan etika dalam islam
2 adab, akhlak dan etika dalam islam2 adab, akhlak dan etika dalam islam
2 adab, akhlak dan etika dalam islam
 
SEJARAH PERKEMBANGAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA
SEJARAH PERKEMBANGAN PENDIDIKAN DI MALAYSIASEJARAH PERKEMBANGAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA
SEJARAH PERKEMBANGAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA
 
Perkembangan Pendidikan Islam Sebelum Merdeka
Perkembangan Pendidikan Islam Sebelum MerdekaPerkembangan Pendidikan Islam Sebelum Merdeka
Perkembangan Pendidikan Islam Sebelum Merdeka
 
kaedah dan teknik pengajaran ibadah
kaedah dan teknik pengajaran ibadahkaedah dan teknik pengajaran ibadah
kaedah dan teknik pengajaran ibadah
 
Muqaddimah ilmu usul fiqh
Muqaddimah ilmu usul fiqhMuqaddimah ilmu usul fiqh
Muqaddimah ilmu usul fiqh
 
Perang Jamal dan Perang Siffin
Perang Jamal dan Perang SiffinPerang Jamal dan Perang Siffin
Perang Jamal dan Perang Siffin
 
CTU151 Assignment (Khalifah Umar)
CTU151 Assignment (Khalifah Umar)CTU151 Assignment (Khalifah Umar)
CTU151 Assignment (Khalifah Umar)
 
khawarij , murjiah , qadariah, muktazillah, aswj degree sem 1
khawarij , murjiah , qadariah, muktazillah, aswj   degree sem 1khawarij , murjiah , qadariah, muktazillah, aswj   degree sem 1
khawarij , murjiah , qadariah, muktazillah, aswj degree sem 1
 
SEJARAH ZAMAN PERUNDANGAN ISLAM
SEJARAH ZAMAN PERUNDANGAN ISLAMSEJARAH ZAMAN PERUNDANGAN ISLAM
SEJARAH ZAMAN PERUNDANGAN ISLAM
 
Pengajian islam zaman uthmaniyyah
Pengajian islam zaman uthmaniyyahPengajian islam zaman uthmaniyyah
Pengajian islam zaman uthmaniyyah
 
Sistem Pembelajaran Pondok @ Madrasah
Sistem Pembelajaran Pondok @ MadrasahSistem Pembelajaran Pondok @ Madrasah
Sistem Pembelajaran Pondok @ Madrasah
 
Titas isu semasa: Golongan anti-hadith dan cabarannya
Titas isu semasa: Golongan anti-hadith dan cabarannyaTitas isu semasa: Golongan anti-hadith dan cabarannya
Titas isu semasa: Golongan anti-hadith dan cabarannya
 
Ahli sunnah waljamaah
Ahli sunnah waljamaah Ahli sunnah waljamaah
Ahli sunnah waljamaah
 

En vedette

zahir dan batin sembahyang
zahir dan batin sembahyangzahir dan batin sembahyang
zahir dan batin sembahyangRozaq Fadlli
 
Konsep pendidikan-islam-suzita-siti-farrah-sofea
Konsep pendidikan-islam-suzita-siti-farrah-sofeaKonsep pendidikan-islam-suzita-siti-farrah-sofea
Konsep pendidikan-islam-suzita-siti-farrah-sofeact sofiey
 
Tafsîr qs luqmân, 31 ayat 13
Tafsîr qs luqmân, 31 ayat 13Tafsîr qs luqmân, 31 ayat 13
Tafsîr qs luqmân, 31 ayat 13Muhsin Hariyanto
 
Kurikulum 2013-kompetensi-dasar-sma-ver-3-3-2013
Kurikulum 2013-kompetensi-dasar-sma-ver-3-3-2013Kurikulum 2013-kompetensi-dasar-sma-ver-3-3-2013
Kurikulum 2013-kompetensi-dasar-sma-ver-3-3-2013Desi Wijayanti
 
Pendidikan Agama Islam bab Adab Berpakaian
Pendidikan Agama Islam bab Adab Berpakaian Pendidikan Agama Islam bab Adab Berpakaian
Pendidikan Agama Islam bab Adab Berpakaian Siswan Afandi
 
Kesan & pengaruh iman terhadap kehidupan manusia
Kesan & pengaruh iman terhadap kehidupan manusiaKesan & pengaruh iman terhadap kehidupan manusia
Kesan & pengaruh iman terhadap kehidupan manusiaakmalmustafakamal
 
Amalan solat fardhu di kalangan pelajar pismp semester 3
Amalan solat fardhu di kalangan pelajar pismp semester 3Amalan solat fardhu di kalangan pelajar pismp semester 3
Amalan solat fardhu di kalangan pelajar pismp semester 3Nazmi Lestari
 
PENDIDIKAN SYARIAH TINGKATAN 4 (AKIDAH)
PENDIDIKAN SYARIAH TINGKATAN 4 (AKIDAH)PENDIDIKAN SYARIAH TINGKATAN 4 (AKIDAH)
PENDIDIKAN SYARIAH TINGKATAN 4 (AKIDAH)Unizzati
 
Latihan soalan kbat tahun 5
Latihan soalan kbat tahun 5Latihan soalan kbat tahun 5
Latihan soalan kbat tahun 5Aiman AzZuhairy
 
Pendidikan Syariah Islamiah
Pendidikan Syariah IslamiahPendidikan Syariah Islamiah
Pendidikan Syariah Islamiahabunasih
 

En vedette (18)

zahir dan batin sembahyang
zahir dan batin sembahyangzahir dan batin sembahyang
zahir dan batin sembahyang
 
Konsep pendidikan-islam-suzita-siti-farrah-sofea
Konsep pendidikan-islam-suzita-siti-farrah-sofeaKonsep pendidikan-islam-suzita-siti-farrah-sofea
Konsep pendidikan-islam-suzita-siti-farrah-sofea
 
Tafsîr qs luqmân, 31 ayat 13
Tafsîr qs luqmân, 31 ayat 13Tafsîr qs luqmân, 31 ayat 13
Tafsîr qs luqmân, 31 ayat 13
 
Gadaianpim3114
Gadaianpim3114Gadaianpim3114
Gadaianpim3114
 
Modul pim 3112
Modul pim 3112Modul pim 3112
Modul pim 3112
 
Modul PIM 3123 SEM6
Modul PIM 3123 SEM6Modul PIM 3123 SEM6
Modul PIM 3123 SEM6
 
Kesan iman
Kesan imanKesan iman
Kesan iman
 
Kurikulum 2013-kompetensi-dasar-sma-ver-3-3-2013
Kurikulum 2013-kompetensi-dasar-sma-ver-3-3-2013Kurikulum 2013-kompetensi-dasar-sma-ver-3-3-2013
Kurikulum 2013-kompetensi-dasar-sma-ver-3-3-2013
 
2.1 pengertian falsafah (pengenalan)
2.1 pengertian  falsafah (pengenalan)2.1 pengertian  falsafah (pengenalan)
2.1 pengertian falsafah (pengenalan)
 
Pengenalan kepada falsafah
Pengenalan kepada falsafah Pengenalan kepada falsafah
Pengenalan kepada falsafah
 
Pendidikan Agama Islam bab Adab Berpakaian
Pendidikan Agama Islam bab Adab Berpakaian Pendidikan Agama Islam bab Adab Berpakaian
Pendidikan Agama Islam bab Adab Berpakaian
 
Kesan & pengaruh iman terhadap kehidupan manusia
Kesan & pengaruh iman terhadap kehidupan manusiaKesan & pengaruh iman terhadap kehidupan manusia
Kesan & pengaruh iman terhadap kehidupan manusia
 
Amalan solat fardhu di kalangan pelajar pismp semester 3
Amalan solat fardhu di kalangan pelajar pismp semester 3Amalan solat fardhu di kalangan pelajar pismp semester 3
Amalan solat fardhu di kalangan pelajar pismp semester 3
 
PENDIDIKAN SYARIAH TINGKATAN 4 (AKIDAH)
PENDIDIKAN SYARIAH TINGKATAN 4 (AKIDAH)PENDIDIKAN SYARIAH TINGKATAN 4 (AKIDAH)
PENDIDIKAN SYARIAH TINGKATAN 4 (AKIDAH)
 
Bab 5 pergaulan bebas dan zina
Bab 5 pergaulan bebas dan zinaBab 5 pergaulan bebas dan zina
Bab 5 pergaulan bebas dan zina
 
Latihan soalan kbat tahun 5
Latihan soalan kbat tahun 5Latihan soalan kbat tahun 5
Latihan soalan kbat tahun 5
 
Saling menasehati
Saling menasehatiSaling menasehati
Saling menasehati
 
Pendidikan Syariah Islamiah
Pendidikan Syariah IslamiahPendidikan Syariah Islamiah
Pendidikan Syariah Islamiah
 

Similaire à PEDIDIKAN LUQMAN

Nasihat luqmanul hakim
Nasihat luqmanul hakimNasihat luqmanul hakim
Nasihat luqmanul hakimMohd Zawawi
 
Hadits mendidk anak
Hadits mendidk anakHadits mendidk anak
Hadits mendidk anakRaushan Fikr
 
Bab 5 Menyembah Allah Swt. sebagai Ungkapan Rasa Syukur
Bab 5 Menyembah Allah Swt. sebagai Ungkapan Rasa SyukurBab 5 Menyembah Allah Swt. sebagai Ungkapan Rasa Syukur
Bab 5 Menyembah Allah Swt. sebagai Ungkapan Rasa SyukurTeukuMahawira
 
E book Panduan MENYAMBUT CAHAYA MATA
E book Panduan MENYAMBUT CAHAYA MATAE book Panduan MENYAMBUT CAHAYA MATA
E book Panduan MENYAMBUT CAHAYA MATAkriptonium
 
Nasihat ‘pertama dan utama’ luqmân untuk buah hatinya
Nasihat ‘pertama dan utama’ luqmân untuk buah hatinyaNasihat ‘pertama dan utama’ luqmân untuk buah hatinya
Nasihat ‘pertama dan utama’ luqmân untuk buah hatinyaMuhsin Hariyanto
 
Tanggungjawab ibu bapa terhadap anak
Tanggungjawab ibu bapa terhadap anakTanggungjawab ibu bapa terhadap anak
Tanggungjawab ibu bapa terhadap anakSalina Ahmad
 
Aqil bqligh
Aqil bqlighAqil bqligh
Aqil bqlighawangyie
 
Lmcp 1522 pembangunan mapan dalam islam(sosial)
Lmcp 1522 pembangunan mapan dalam islam(sosial)Lmcp 1522 pembangunan mapan dalam islam(sosial)
Lmcp 1522 pembangunan mapan dalam islam(sosial)NurHaziqah35
 
Kunci kunci rezeki syaikh dr fadhl ilahi
Kunci kunci rezeki   syaikh dr fadhl ilahiKunci kunci rezeki   syaikh dr fadhl ilahi
Kunci kunci rezeki syaikh dr fadhl ilahiJamhur Ilmi
 
PPT TUGAS PPL2 RPP3.pptx
PPT TUGAS PPL2 RPP3.pptxPPT TUGAS PPL2 RPP3.pptx
PPT TUGAS PPL2 RPP3.pptxLuthfi Izzulhaq
 
Generasi qur'ani (mumtaaz yisc)
Generasi qur'ani (mumtaaz yisc)Generasi qur'ani (mumtaaz yisc)
Generasi qur'ani (mumtaaz yisc)YISC Al-Azhar
 
Anak shalih adalah aset orang tua
Anak shalih adalah aset orang tuaAnak shalih adalah aset orang tua
Anak shalih adalah aset orang tuaridhofharis
 
Ceramah agama tentang jasa seorang ibu
Ceramah agama tentang jasa seorang ibuCeramah agama tentang jasa seorang ibu
Ceramah agama tentang jasa seorang ibuSonin Saputra
 
Orang tua sebagai pendidik yang utama dan pertama
Orang tua sebagai pendidik yang utama dan pertamaOrang tua sebagai pendidik yang utama dan pertama
Orang tua sebagai pendidik yang utama dan pertamaRatih Aini
 

Similaire à PEDIDIKAN LUQMAN (20)

Nasihat luqmanul hakim
Nasihat luqmanul hakimNasihat luqmanul hakim
Nasihat luqmanul hakim
 
Hadits mendidk anak
Hadits mendidk anakHadits mendidk anak
Hadits mendidk anak
 
Bab 5 Menyembah Allah Swt. sebagai Ungkapan Rasa Syukur
Bab 5 Menyembah Allah Swt. sebagai Ungkapan Rasa SyukurBab 5 Menyembah Allah Swt. sebagai Ungkapan Rasa Syukur
Bab 5 Menyembah Allah Swt. sebagai Ungkapan Rasa Syukur
 
Anugerah ilahi rumi
Anugerah ilahi rumiAnugerah ilahi rumi
Anugerah ilahi rumi
 
E book Panduan MENYAMBUT CAHAYA MATA
E book Panduan MENYAMBUT CAHAYA MATAE book Panduan MENYAMBUT CAHAYA MATA
E book Panduan MENYAMBUT CAHAYA MATA
 
Nasihat ‘pertama dan utama’ luqmân untuk buah hatinya
Nasihat ‘pertama dan utama’ luqmân untuk buah hatinyaNasihat ‘pertama dan utama’ luqmân untuk buah hatinya
Nasihat ‘pertama dan utama’ luqmân untuk buah hatinya
 
Ayat Hadis Ahkam
Ayat Hadis AhkamAyat Hadis Ahkam
Ayat Hadis Ahkam
 
Ayat hadis ahkam
Ayat hadis ahkamAyat hadis ahkam
Ayat hadis ahkam
 
Bersyukur kepada allah swt
Bersyukur kepada allah swtBersyukur kepada allah swt
Bersyukur kepada allah swt
 
Tanggungjawab ibu bapa terhadap anak
Tanggungjawab ibu bapa terhadap anakTanggungjawab ibu bapa terhadap anak
Tanggungjawab ibu bapa terhadap anak
 
Indahnya Pesan Luqman
Indahnya Pesan LuqmanIndahnya Pesan Luqman
Indahnya Pesan Luqman
 
Aqil bqligh
Aqil bqlighAqil bqligh
Aqil bqligh
 
Lmcp 1522 pembangunan mapan dalam islam(sosial)
Lmcp 1522 pembangunan mapan dalam islam(sosial)Lmcp 1522 pembangunan mapan dalam islam(sosial)
Lmcp 1522 pembangunan mapan dalam islam(sosial)
 
Kunci kunci rezeki syaikh dr fadhl ilahi
Kunci kunci rezeki   syaikh dr fadhl ilahiKunci kunci rezeki   syaikh dr fadhl ilahi
Kunci kunci rezeki syaikh dr fadhl ilahi
 
PPT TUGAS PPL2 RPP3.pptx
PPT TUGAS PPL2 RPP3.pptxPPT TUGAS PPL2 RPP3.pptx
PPT TUGAS PPL2 RPP3.pptx
 
Generasi qur'ani (mumtaaz yisc)
Generasi qur'ani (mumtaaz yisc)Generasi qur'ani (mumtaaz yisc)
Generasi qur'ani (mumtaaz yisc)
 
Anak shalih adalah aset orang tua
Anak shalih adalah aset orang tuaAnak shalih adalah aset orang tua
Anak shalih adalah aset orang tua
 
Cara Mendidik Anak
Cara Mendidik AnakCara Mendidik Anak
Cara Mendidik Anak
 
Ceramah agama tentang jasa seorang ibu
Ceramah agama tentang jasa seorang ibuCeramah agama tentang jasa seorang ibu
Ceramah agama tentang jasa seorang ibu
 
Orang tua sebagai pendidik yang utama dan pertama
Orang tua sebagai pendidik yang utama dan pertamaOrang tua sebagai pendidik yang utama dan pertama
Orang tua sebagai pendidik yang utama dan pertama
 

Plus de Ustajah ILa AzieLa

Cirikepimpinanpelajar 130912220738-phpapp01
Cirikepimpinanpelajar 130912220738-phpapp01Cirikepimpinanpelajar 130912220738-phpapp01
Cirikepimpinanpelajar 130912220738-phpapp01Ustajah ILa AzieLa
 
Laluankerjayadalamprofesionkeguruan 110818092558-phpapp02 (1)
Laluankerjayadalamprofesionkeguruan 110818092558-phpapp02 (1)Laluankerjayadalamprofesionkeguruan 110818092558-phpapp02 (1)
Laluankerjayadalamprofesionkeguruan 110818092558-phpapp02 (1)Ustajah ILa AzieLa
 
Inovasi dan kreativiti dalam pendidikan
Inovasi dan kreativiti dalam pendidikanInovasi dan kreativiti dalam pendidikan
Inovasi dan kreativiti dalam pendidikanUstajah ILa AzieLa
 
92162272 soalan-latihan-peng-aqidah
92162272 soalan-latihan-peng-aqidah92162272 soalan-latihan-peng-aqidah
92162272 soalan-latihan-peng-aqidahUstajah ILa AzieLa
 
Meningkatkan tahap profesionalisme dan penguasaan ilmu dalam pengurusan 4 (3)
Meningkatkan tahap profesionalisme dan penguasaan ilmu dalam pengurusan 4 (3)Meningkatkan tahap profesionalisme dan penguasaan ilmu dalam pengurusan 4 (3)
Meningkatkan tahap profesionalisme dan penguasaan ilmu dalam pengurusan 4 (3)Ustajah ILa AzieLa
 
9. christopher lu wei wang (1)
9. christopher lu wei wang (1)9. christopher lu wei wang (1)
9. christopher lu wei wang (1)Ustajah ILa AzieLa
 
Dalil dalil hadis dan al-quran tentang dakwah dalam pendidikan
Dalil dalil hadis dan al-quran tentang dakwah dalam pendidikanDalil dalil hadis dan al-quran tentang dakwah dalam pendidikan
Dalil dalil hadis dan al-quran tentang dakwah dalam pendidikanUstajah ILa AzieLa
 
Profesionalisme guru pendidikan islam
Profesionalisme guru pendidikan islamProfesionalisme guru pendidikan islam
Profesionalisme guru pendidikan islamUstajah ILa AzieLa
 
Af'alullah & af'alul'ibad gabung
Af'alullah & af'alul'ibad gabungAf'alullah & af'alul'ibad gabung
Af'alullah & af'alul'ibad gabungUstajah ILa AzieLa
 

Plus de Ustajah ILa AzieLa (20)

Panduan sgm offline
Panduan sgm offlinePanduan sgm offline
Panduan sgm offline
 
Gadaian
GadaianGadaian
Gadaian
 
Cirikepimpinanpelajar 130912220738-phpapp01
Cirikepimpinanpelajar 130912220738-phpapp01Cirikepimpinanpelajar 130912220738-phpapp01
Cirikepimpinanpelajar 130912220738-phpapp01
 
Borang jawatan pentadbiran
Borang jawatan pentadbiranBorang jawatan pentadbiran
Borang jawatan pentadbiran
 
الأمور بمقاصدها
الأمور بمقاصدهاالأمور بمقاصدها
الأمور بمقاصدها
 
Laluankerjayadalamprofesionkeguruan 110818092558-phpapp02 (1)
Laluankerjayadalamprofesionkeguruan 110818092558-phpapp02 (1)Laluankerjayadalamprofesionkeguruan 110818092558-phpapp02 (1)
Laluankerjayadalamprofesionkeguruan 110818092558-phpapp02 (1)
 
Inovasi dan kreativiti dalam pendidikan
Inovasi dan kreativiti dalam pendidikanInovasi dan kreativiti dalam pendidikan
Inovasi dan kreativiti dalam pendidikan
 
adaptasi inovsi dalam p&p
adaptasi inovsi dalam p&padaptasi inovsi dalam p&p
adaptasi inovsi dalam p&p
 
Soalan esei
Soalan eseiSoalan esei
Soalan esei
 
92162272 soalan-latihan-peng-aqidah
92162272 soalan-latihan-peng-aqidah92162272 soalan-latihan-peng-aqidah
92162272 soalan-latihan-peng-aqidah
 
Soalan pim 3112 (2010)
Soalan pim 3112 (2010)Soalan pim 3112 (2010)
Soalan pim 3112 (2010)
 
Meningkatkan tahap profesionalisme dan penguasaan ilmu dalam pengurusan 4 (3)
Meningkatkan tahap profesionalisme dan penguasaan ilmu dalam pengurusan 4 (3)Meningkatkan tahap profesionalisme dan penguasaan ilmu dalam pengurusan 4 (3)
Meningkatkan tahap profesionalisme dan penguasaan ilmu dalam pengurusan 4 (3)
 
9. christopher lu wei wang (1)
9. christopher lu wei wang (1)9. christopher lu wei wang (1)
9. christopher lu wei wang (1)
 
Doa
DoaDoa
Doa
 
08 tajuk 3 pro gpi pim3111
08 tajuk 3 pro gpi pim311108 tajuk 3 pro gpi pim3111
08 tajuk 3 pro gpi pim3111
 
Dalil dalil hadis dan al-quran tentang dakwah dalam pendidikan
Dalil dalil hadis dan al-quran tentang dakwah dalam pendidikanDalil dalil hadis dan al-quran tentang dakwah dalam pendidikan
Dalil dalil hadis dan al-quran tentang dakwah dalam pendidikan
 
Soalan pim 31111 (1)
Soalan pim 31111 (1)Soalan pim 31111 (1)
Soalan pim 31111 (1)
 
Soalan esei
Soalan eseiSoalan esei
Soalan esei
 
Profesionalisme guru pendidikan islam
Profesionalisme guru pendidikan islamProfesionalisme guru pendidikan islam
Profesionalisme guru pendidikan islam
 
Af'alullah & af'alul'ibad gabung
Af'alullah & af'alul'ibad gabungAf'alullah & af'alul'ibad gabung
Af'alullah & af'alul'ibad gabung
 

PEDIDIKAN LUQMAN

  • 1. PENGAJARAN DARI SURAH LUQMAN Surah Luqman (Ayat 13 – 19) øŒÎ)uρtΑ$s%ß≈yϑø)ä9ϵÏΖö/eωuθèδuρ…çµÝàÏètƒ¢o_ç6≈tƒŸωõ8ÎŽô³è@«!$$Î/(āχÎ)x8÷ŽÅe³9$#íΟù=Ýàs9ÒΟŠÏàtã ∩⊇⊂∪$uΖøŠ¢¹uρuρz≈|¡ΣM}$#ϵ÷ƒy‰Ï9≡uθÎ/çµ÷Fn=uΗxq…絕Βé&$—Ζ÷δuρ4’n?tã9÷δuρ…çµè=≈|ÁÏùuρ’ÎûÈ÷tΒ%tæÈβr& öà6ô©$#’Í<y7÷ƒy‰Ï9≡uθÎ9uρ¥’n<Î)玍ÅÁyϑø9$#∩⊇⊆∪βÎ)uρš‚#y‰yγ≈y_#’n?tãβr&š‚͍ô±è@’Î1$tΒ }§øŠs9y7s9ϵÎ/ÖΝù=ÏæŸξsù$yϑßγ÷èÏÜè?($yϑßγö6Ïm$|¹uρ’Îû$u‹÷Ρ‘‰9$#$]ùρã÷ètΒ(ôìÎ7¨?$#uρŸ≅‹Î6y™ôtΒ z>$tΡr&¥’n<Î)4¢ΟèO¥’n<Î)öΝä3ãèÅ_ötΒΝà6ã∞Îm;tΡé'sù$yϑÎ/óΟçFΖä.tβθè=yϑ÷ès?∩⊇∈∪¢o_ç6≈tƒ!$pκ¨ΞÎ)βÎ)à7s? tΑ$s)÷WÏΒ7π¬6ymôÏiΒ5ΑyŠöyzä3tFsù’Îû>οt÷‚|¹÷ρr&’ÎûÏN≡uθ≈yϑ¡¡9$#÷ρr&’ÎûÇÚö‘F{$#ÏNù'tƒ$pκÍ5ª!$#4 ¨βÎ)©!$#ì#‹ÏÜs9׎Î7yz∩⊇∉∪¢o_ç6≈tƒÉΟÏ%r&nο4θn=¢Á9$#öãΒù&uρÅ∃ρã÷èyϑø9$$Î/tµ÷Ρ$#uρÇtã̍s3Ζßϑø9$# ÷ŽÉ9ô¹$#uρ4’n?tã!$tΒy7t/$|¹r&(¨βÎ)y7Ï9≡sŒôÏΒÇΠ÷“tãÍ‘θãΒW{$#∩⊇∠∪ŸωuρöÏiè|Áè?š‚£‰s{Ĩ$¨Ζ=Ï9
  • 2. ŸωuρÄ·ôϑs?’ÎûÇÚö‘F{$#$—mttΒ(¨βÎ)©!$#Ÿω=Ït䆨≅ä.5Α$tFøƒèΧ9‘θã‚sù∩⊇∇∪ô‰ÅÁø%$#uρ’Îû šÍ‹ô±tΒôÙàÒøî$#uρÏΒy7Ï?öθ|¹4¨βÎ)ts3Ρr&ÏN≡uθô¹F{$#ßNöθ|Ás9ÎŽÏϑptø:$#∩⊇∪ 13. dan (ingatlah) ketika Luqman berkata kepada anaknya, semasa ia memberi nasihat kepadanya:" Wahai anak kesayanganku, janganlah Engkau mempersekutukan Allah (dengan sesuatu Yang lain), Sesungguhnya perbuatan syirik itu adalah satu kezaliman Yang besar". 14. dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya Dengan menanggung kelemahan Demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir menyusunya), dan tempoh menceraikan susunya ialah Dalam masa dua tahun; (dengan Yang demikian) bersyukurlah kepadaKu dan kepada kedua ibubapamu; dan (ingatlah), kepada Akulah jua tempat kembali (untuk menerima balasan). 15. dan jika mereka berdua mendesakmu supaya Engkau mempersekutukan denganku sesuatu Yang Engkau - Dengan fikiran sihatmu - tidak mengetahui sungguh adanya maka janganlah Engkau taat kepada mereka; dan bergaulah Dengan mereka di dunia Dengan cara Yang baik. dan Turutlah jalan orang-orang Yang rujuk kembali kepadaKu (dengan Tauhid dan amal-amal Yang soleh). kemudian kepada Akulah tempat kembali kamu semuanya, maka Aku akan menerangkan kepada kamu Segala Yang kamu telah kerjakan. 16. (Luqman menasihati Anaknya Dengan berkata): "Wahai anak kesayanganku, Sesungguhnya jika ada sesuatu perkara (yang baik atau Yang buruk) sekalipun seberat bijih sawi, serta ia tersembunyi di Dalam batu besar atau di langit atau pun di bumi, sudah tetap akan dibawa oleh Allah (untuk dihakimi dan dibalasNya); kerana Sesungguhnya Allah Maha Halus pengetahuanNya; lagi amat meliputi akan Segala Yang tersembunyi. 17. "Wahai anak kesayanganku, dirikanlah sembahyang, dan suruhlah berbuat kebaikan, serta laranglah daripada melakukan perbuatan Yang mungkar, dan
  • 3. Bersabarlah atas Segala bala bencana Yang menimpamu. Sesungguhnya Yang demikian itu adalah dari perkara-perkara Yang dikehendaki diambil berat melakukannya. 18. "Dan janganlah Engkau memalingkan mukamu (kerana memandang rendah) kepada manusia, dan janganlah Engkau berjalan di bumi Dengan berlagak sombong; Sesungguhnya Allah tidak suka kepada tiap-tiap orang Yang sombong takbur, lagi membanggakan diri. 19. "Dan sederhanakanlah langkahmu semasa berjalan, juga rendahkanlah suaramu (semasa berkata-kata), Sesungguhnya seburuk-buruk suara ialah suara keldai". Wasiat turut memainkan peranan yang penting di dalam berdakwah. 'Bapa' memikul tugas yang amat berat untuk memelihara kebahagiaan keluarga yang terdiri dari isteri dan anak-anak. Kita telah dihidangkan oleh Al Quran bagaimana Luqman al-Hakim mendidik anaknya. Dan sebagaimana yang dimaklumi sebuah surah khusus di dalam Al Quran diberi nama dengan nama Surah Luqman. Ramai di kalangan umat Islam tidak mengetahui bahawa 'wasiat' yang diberikan oleh Luqman kepada anaknya itu merupakan salah satu 'teknik' di dalam berdakwah.Sekiranya teknik ini diamati lalu dipraktikkan di dalam kehidupan seharian,nescaya anak-anak akan lahir sebagai muslim yang beriman dan bertaqwa kepada Allah s.w.t.. Bertuahlah sebuah keluarga yang mempunyai anak-anak seperti mereka. Mempunyai generasi yang diibaratkan umpama purnama yang menerangi kegelapan malam. Wahai ayah dan ibu,wasiatkan kepada anak-anakmu sepertimana wasiat yang diajar oleh Luqman al-Hakim!!! Dr.Wahbah Az-Zuhaili telah berkata di dalam bukunya 'Tafsir Munir': "Al Baidhawi telah berkata bahawa nama Luqman sebenarnya ialah Luqman bin Ba'ura. Beliau bukannya nabi tetapi jumhur mengatakan bahawa beliau seorang yang bijaksana. Diberikan kepadanya Al Hikmah iaitu kelebihan pada
  • 4. akalnya,cerdik dan perkataan atau kalam yang dikeluarkannya memberi kesan kepada manusia. Nama sebenar anaknya ialah (mengikut As-Suhaili) An'am atau Asykam atau Matan atau Tharan" Abd.Rahman Hassan Al Maidani berkata di dalam bukunya 'Fiqh Dakwah' bahawa di sana terdapat 14 jenis permasalahan yang dapat dipelajari melalui kisah Luqman mendidik anaknya melalui 'wasiat'. Oleh itu marilah sama-sama kita menilai wasiat tersebut yang mengandungi 14 permasalahan penting buat umat Islam selepas ini. Prinsip Pendidikan Pertama: Prinsip pendidikan pertama yang diajar oleh Luqman kepada anaknya ialah supaya jangan Syirik kepada Allah s.w.t.. Disebutkan di dalam wasiat ini, bahawa syirik kepada Allah s.w.t. adalah kezaliman yang amat besar kerana ia mengandungi syirik terhadap Rububiyatullah (Allah Yang Maha Berkuasa memelihara alam semesta ) dan syirik terhadap Uluhiyatullah (Tidak ada tuhan yang disembah melainkan Allah). Atau dengan ertikata lain, mempersekutukan Allah s.w.t. dengan sesuatu lain yang juga mampu memelihara alam semesta dan mempersekutukan Allah s.w.t. dengan sesuatu yang lain yang juga layak untuk disembah. Inilah yang dinamakan Syirik. Meskipun syirik terhadap Uluhiyatullah lebih ringan dari syirik terhadap Rububiyatullah, akan tetapi Allah s.w.t. tidak akan mengampuni dosa orang yang mati dalam hal demikian. Syirik merupakan sebesar-besar kezaliman. Allah s.w.t. sahaja yang layak disembah dan diagungkan kerana apa yang dilakukan-Nya itu tak mampu dilakukan oleh kuasa lain. Tetapi jika kuasa lain yang diagungkan, maka inilah kezaliman, iaitu meletakkan sesuatu bukan di tempat yang sepatutnya. Inilah yang diperkatakan melalui ayat 13 surah Luqman yang bermaksud:
  • 5. "Wahai anakku! Janganlah engkau mempersekutukan Allah s.w.t.. Sesungguhnya mempersekutukan Allah s.w.t. itu adalah kezaliman yang amat besar." Prinsip Pendidikan Kedua: Prinsip yang kedua pula ialah Luqman mengajar anaknya supaya bersyukur kepada Allah s.w.t. di atas anugerah nikmat-Nya yang tak terhitung luas dan banyaknya. Salah satu cara bersyukur ini ialah beribadah kepada Allah dengan melakukan ibadat-ibadat seperti yang disyariatkan, mendekatkan diri kepada Allah, menuntut keredhaan Allah dan memuji-Nya serta menghadapkan diri dengan berdoa kepada Allah yang Maha Esa. Memuji lebih umum dari bersyukur kerana hak mutlak kepujian itu diberikan ke atas yang dipuji apabila bersifat dengan sifat yang baik. Dan peringatan 'kesyukuran' kepada Allah s.w.t. ini dikaitkan dengan pembalasan pada Hari Qiamat. Jika sekiranya kesyukuran itu kepada Allah s.w.t.,maka akan mendapat balasan pahala dan jika sebaliknya akan mendapat balasan siksaan di atas kekufuran dan keingkaran. Inilah yang diperkatakan melalui ayat 14 surah Luqman yang bermaksud: "Dan kami wasiatkan (perintahkan) kepada manusia supaya berbuat baik kepada ibubapanya...Bersyukurlah kepadaku dan...Kepadaku tempat kembali.". Prinsip Pendidikan Ketiga: Luqman al-Hakim juga mendidik anaknya agar berterima kasih kepada ibubapa di atas ketabahan, kesabaran dan kesusahan mereka membesarkan dan mendidik anak dengan pelbagai pemberian dan kebaikan untuk anak tersayang. Tunaikan hak keduanya terutama kepada ibu. Kerana ibu bersusah payah menanggung penderitaan bermulanya dari proses mengandung sehinggalah melahirkan anak,menyusu sehingga tamat tempoh berakhirnya penyusuan selama 2 tahun dan mentarbiyah serta mendidik anak tidak kira siang dan malam.
  • 6. Sesungguhnya ketaatan kepada ibubapa walaupun berlainan agama adalah wajib diikuti kecuali apabila disuruh mengerjakan maksiat dan meninggalkan amal ibadat yang disyariatkan oleh Islam. Maka ketika itu haram mentaati perintah ibubapa. Lihatlah tingkatan terima kasih (syukur) yang diperlihatkan melalui wasiat ini. Terima kasih atau kesyukuran kepada ibubapa datang selepas syukur kepada Allah s.w.t.. 'Logiklah' bahawa ucapan terima kasih atau syukur ini pertama- tamanya buat Khaliq (pencipta). Selepas itu barulah diikuti pula buat makhluk yang didahului oleh ibu bapa yang tercinta. Inilah yang diperjelaskankan melalui ayat 14 surah Luqman yang bermaksud: "Dan kami wasiatkan (perintahkan)kepada manusia supaya berbuat baik kepada ibu bapanya. Ibunya mengandungnya dengan menderita kelemahan di atas kelemahan dan menceraikan menyusu dalam 2 tahun. Bersyukurlah kepadaku dan kepada ibu bapamu! Kepadaku tempat kembali" Prinsip Pendidikan Keempat: Luqman juga mendidik anaknya supaya tidak mentaati ibubapa yang mengajak melakukan perbuatan syirik kepada Allah s.w.t. dan juga segala bentuk perbuatan maksiat yang dilarang Allah s.w.t. Akan tetapi sebagai anak,ibubapanya harus dilayani ,ditemani dan digauli dalam suasana yang penuh kebahagiaan dan kasih sayang. Anak juga harus melakukan kebaikan kepada mereka berdua seperti menjaga hal ehwal kewangan, harta benda,menghormati dan berkhidmat kepada mereka serta masyarakat sekililing. Inilah yang diterangkan melalui ayat 15 surah Luqman yang bermaksud: "Dan kalau keduanya memaksa engkau supaya mempersekutukan Aku, apa yang tiada engkau ketahui ,janganlah dituruti;dan pergaulilah keduanya di dunia ini dengan secara patut"
  • 7. Permasalahan Kelima: Luqman menasihati anaknya agar melalui jalan yang dilalui oleh mereka yang kembali bertaut kepada Allah s.w.t. dengan keimanan, ketaatan dan meredah jalan yang lurus (jalan yang Allah s.w.t. anugerahkan nikmat kepada mereka).Bukan jalan yang dilalui oleh mereka yang dimurkai Allah s.w.t. dan mereka yang sesat! Mereka yang kembali kepada Allah s.w.t ini terdiri dari kalangan para Rasul, Nabi, orang benar dan sesiapa sahaja yang mengikuti mereka dengan keikhsanan dari kalangan orang mukmin. Inilah yang diterangkan melalui ayat 15 surah Luqman yang bermaksud: "Dan turutlah jalan orang yang kembali kepadaKu " Permasalahan Keenam: Luqman berpesan kepada anaknya supaya melakukan 'pemerhatian' tentang Hari Qiamat,urusan al- Qadha',pembalasan amalan serta melakukan pemerhatian terhadap segala arahan menyuruh dan meninggalkan sesuatu perkara di dalam menongkah arus dunia ini. Inilah yang diterangkan melalui ayat 15 surah Luqman yang bermaksud: "Nanti kamu akan kembali kepadaKu dan akan Aku beritakan kepada kamu apa yang telah kamu kerjakan" Permasalahan Ketujuh: Luqman menerangkan kepada anaknya akan 'syumul'nya Ilmu Allah melewati ilmu manusia. Allah s.w.t. bebas melakukan apa sahaja tanpa ada halangan. Allah s.w.t. mendatangkan sesuatu yang diinginkanNya dari segenap tempat yang tak mampu dibuat oleh makhluk.
  • 8. Sesuatu kebaikan,kejahatan,kezaliman dan kesalahan yang diumpamakan seperti berat biji sawi walaupun tersembunyi jauh di dalam batu atau jauh berada di tempat yang tinggi seperti langit atau jauh berada di sedalam-dalam tempat seperti di dasar bumi akan didatangkan oleh Allah s.w.t. jua pada Hari Qiamat untuk dihisab / dihitung dan diberi ganjaran dosa atau pahala. Inilah yang diterangkan melalui ayat 16 surah Luqman yang bermaksud: "(Kata Luqman): Hai anakku! Sesungguhnya jika ada (amal engkau) seberat biji sawi dan ada (tesembunyi) dalam batu,di langit atau di bumi ,itu akan dikemukakan oleh Allah dan Allah itu Halus (mengerti hal-hal yang halus) dan Cukup Tahu" Permasalahan Kelapan: Luqman menyuruh anaknya agar menunaikan solat/sembahyang kerana solat merupakan fardhu yang difardhukanNya melalui utusanNya di bumi( dari kalangan Nabi dan Rasul). Selepas manusia ditegah dari syirik dan ditakutkan dengaan Ilmu Allah dan QudratNya yang tak dapat ditandingi oleh sesiapa,datanglah arahan supaya beramal dengan amalan-amalan yang serasi dengan prinsip-prinsip Tauhid iaitu antaranya solat / bersembahyang. Solat adalah tiang agama. Dalil keimanan dan yakinnya hamba terhadap Ilahi. Jalan mendekatkan diri kepadaNya dan membantu mencegah kemungkaran, kekejian dan mensucikan diri. Inilah yang diterangkan melalui ayat 17 surah Luqman yang bermaksud: "Hai anakku! Dirikanlah solat/sembahyang " Permasalahan Kesembilan: Luqman menyuruh anaknya berbuat yang ma'ruf / kebaikan dan mencegah kemungkaran. Ini menunjukkan kepada kita bahawa arahan supaya
  • 9. menyuruh berbuat kebaikan dan mencegah kemungkaran dari 'tugasan' yang terkandung di dalam seruan Ilahi kepada Agama Islam semenjak dahulu lagi Inilah yang diterangkan melalui ayat 17 surah Luqman yang bermaksud: "Suruhlah mengerjakan yang baik,cegahlah perbuatan yang buruk" Permasalahan Kesepuluh: Luqman menasihatkan anaknya agar bersabar di atas segala perkara yang dibenci yang menimpa diri samada musibah itu datang dari Ilahi menguji diri,harta,suami isteri dan anak-anak. Atau musibah ini berpunca dari bertembungnya dengan masyarakat yang membenci pendakwah (pendakwah bersifat pembawa hidayat,pemberi ingatan ,pembaik pulih dan pelindung) apabila menyeru ke arah kebaikan dan mencegah kemungkaran dan apabila pendakwah mengajak manusia kepada Agama Allah iaitu Islam serta lain-lain bidang atau cabang-cabang kebaikan. Dimulakan wasiat dengan arahan solat / bersembahyang dan ditamat dengan arahan supaya bersabar. Mengapa? Kerana solat tiang agama dan sabar merupakan asas kekalnya ketaatan sepanjang masa. Secara jelas dapat difahami ,bahawa sabar menahan musibah ini tergolong di dalam 'perkara yang berhajat kepada kehendak yang kuat dari tahap keazaman'. Inilah yang diterangkan melalui ayat 17 surah Luqman yang bermaksud: "Dan berhati teguhlah menghadapi apa yang menimpa engkau;sesungguhnya (sikap) yang demikian itu masuk perintah yang sungguh-sungguh" Permasalahan Kesebelas:
  • 10. Luqman menasihati anaknya agar jangan takabbur dengan apa-apa pergerakan sekalipun yang menunjukkan kesombongaan dan ketinggian diri di depan manusia. Luqman berpesan agar jangan memaling muka apabila bercakap dengan manusia kerna ia menunjukkan sifat takabbur dan menghina(merendah- rendahkan seseorang). Jangan takabbur dan merendah-rendahkan seseorang. Jangan memaling muka,membantah atau membangkang tanpa usul periksa. Akan tetapi sentiasalah tawadhuk(merendahkan diri) ,berlembut,manis bicara,senang diajak berbicara,seronok diajak berbicara,riak muka yang gembira,seronok ,ramah dan menjadi pendengar yang baik. Inilah yang diterangkan melalui ayat 18 surah Luqman yang bermaksud: "Janganlah engkau memalingkan muka engkau dari manusia kerana kesombongan" Permasalahan Kedua Belas: Luqman nasihati anaknya agar tidak berjalan di atas muka bumi ini dengan menampakkan keseronokan yang amat sangat hinggalah akhirnya keseronokan ini melebihi had di dalam pergerakannya ,membezakan kelakuannya dengan manusia lain kerana ia mengandungi ciri-ciri berlebih-lebihan atau jauh dari kesederhanaan .Dengan ciri ini orang yang gembira ini akan menjadi takabbur dan sombong yang melebihi had syara'. Inilah yang diterangkan melalui ayat 18 surah Luqman yang bermaksud: "Dan janganlah berjalan di bumi dengan angkuh!Sesungguhnya Allah tidak mencintai sekalian orang yang sombong dan membanggakan diri" Permasalahan Ketiga Belas: Luqman menasihati anaknya agar bersederhana dan sekata ketika berjalan. Tidak terlalu perlahan hingga menampakkan kemalasan, kelambatan yang amat sangat
  • 11. sehingga menampakkan diri lemah konon-kononnya ingin dikatakaan 'zuhud'. Tidak terlalu laju sehingga menonjolkan sikap berlebih-lebihan serta tidak peduli kepada suasana sekeliling.Oleh itu sikap sederhana dan sekata di antara lambat dan laju merupakan tanda / lambang seseorang itu tenang,beraqal dan diri yang cergas dan sihat. Inilah yang diterangkan melalui ayat 19 surah Luqman yang bermaksud: "Dan besederhanalah dalam berjalan" Permasalahan Keempat Belas:(terakhir) Luqman menasihati anaknya agar merendahkan suara dan mencukupi suaranya didengari mengikut hajat atau keperluan pendengar. Inilah antara adab bersuara dan bercakap untuk keperluan.Diterangkan dalam wasiat ini ,bahawa mengangkat suara tanpa hajat/keperluan merupakan perkara yang dikutuk ,dikecam ,tidak disukai dan buruk. Contoh yang akan diberikan dalam ayat berikut ini bahawa seburuk-buruk suara adalah suara himar / keldai kerana suara himar / keldai awalnya suara mengeluh dan akhirnya suara menguak /melalak. Inilah yang diterangkan melalui ayat 19 surah Luqman yang bermaksud: "Dan lembutkan lah suara engkau! Sesungguhnya suara yang amat buruk ialah suara himar"