Ce diaporama a bien été signalé.
Nous utilisons votre profil LinkedIn et vos données d’activité pour vous proposer des publicités personnalisées et pertinentes. Vous pouvez changer vos préférences de publicités à tout moment.

Konsep masyarakat majmuk

  • Identifiez-vous pour voir les commentaires

Konsep masyarakat majmuk

  1. 1. KONSEP MASYARAKAT MAJMUKPublished by: Mohamad Faiza Ibrahim on 26th May 2011 | View all blogs by Mohamad Faiza Ibrahim UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA FAKULTI SAINS SOSIAL DAN KEMANUSIAAN PROGRAM KOMUNIKASI DAN DASAR AWAM MOHAMAD FAIZA BIN IBRAHIM TAJUK: KONSEP MASYARAKAT MAJMUK (PLURAL Society) OLEH J.S FURNIVALLKONSEP MASYARAKAT MAJMUK (PLURAL SOCEITY) OLEH J.S FURNIVALLPENGENALANMasyarakat (Society) bermaksud sekelompok orang yang membentuk sebuah sisteminteraksi sosial dimana sebahagian besar interaksi yang berlaku dalam lingkungan sistemsosial itu adalah lahir dari individu-individu yang berada dalam kelompok tersebut.Masyarakat adalah komuniti yang saling bergantung dan saling perlu memerlukan antarasatu sama lain dan secara umumnya istilah masyarakat pada asasnya adalah merujuk kepadasekumpulan manusia yang hidup bersama di suatu tempat tertentu dalam satu komunitiyang teratur serta berkongsi sumber yang ada dalam kawasan tersebut. Masyarakat menurut Kamus Dewan (2005), ialah kumpulan manusia yang hidupbersama-sama di sesuatu tempat dengan aturan dan cara tertentu. Individu, keluarga dankumpulan-kumpulan kecil merupakan anggota masyarakat. Jaringan erat wujud dalamkalangan anggota tersebut, khususnya melalui hubungan bersemuka. Daripada pergaulan ini,terbina pola hubungan sosial yang berulang sifatnya seperti kegiatan gotong-royong,bersama-sama merayakan sesuatu perayaan, melalui rumah terbuka, berkumpul menyambutpembesar yang datang berkunjung, menghadiri kenduri, majlis perkahwinan, membantumereka yang ditimpa malapetaka atau menziarahi jiran yang sakit tenat atau yang telahmeninggal dunia. Kekerapan pergaulan ini akan terbina satu kesepaduan dalam masyarakattersebut sebagai satu unit sosial. Dalam konteks Malaysia, hubungan harmonis antarapelbagai kumpulan etnik dapat membina sebuah masyarakat Malaysia yang teguh. Selain itu, masyarakat ialah kumpulan manusia yang menetap bersama-sama disesuatu tempat dengan mengikut peraturan dan cara tertentu dan masyarakat ini pula terdiridaripada beberapa kaum atau bangsa. Majmuk terbentuk daripada beberapa bahagian yang
  2. 2. merupakan kesatuan ataudalam konteks masyarakat ia terdiri dari beberapa kumpulan etnik.Masyarakat majmuk adalah satu kumpulan manusia yang terdiri daripada pelbagai rumpunbangsa telah membentuk satu kesatuan, khususnya dalam aspek politik, ekonomi, dan sosialdi sesuatu tempat bagi membentuk satu kumpulan yang bersatu padu. Manakala masyarakat majmuk (Plural society) bermaksud masyarakat pelbagai kaum(Multi-racial society) yang merujuk kepada suasana kepelbagaian bangsa yang bersama-samaatau berkongsi hidup dan tinggal dalam sebuah negara yang sama. Masyarakat majmukmenurut Kamus Dewan membawa maksud masyarakat yang terdiri daripada beberapa kaum. Menurut sarjana Graham Saunders dalam bukunya bertajuk „‟The Development Of aPlural Society In Malaya’’ beliau menyatakan bahawa masyarakat majmuk terdiri daripadapelbagai bangsa yang membentuk satu kependudukan dari hidup sebagai komuniti-komunitiyang berasingan. Menurut beliau di Tanah Melayu terdapat tiga kaum utama iaitu Melayu,Cina, dan India. Mereka bukan sahaja terpisah kerana adat, makanan dan pakaian tetapi jugadaripada segi pekerjaan dan tempat tinggal. Sarjana dalam bidang sosiologi J.E.Goldthorpe “The Sociology Of The Thirdworld”.Beliau mengemukakan pandangan tentang masyarakat majmuk lebih kurang sama degankedua-dua orang sarjana sebelum ini iaitu, Goldthorpe berpendapat kewujudan masyarakatmajmuk sejajar dengan penjajah yang datang ke Tanah Melayu pada masa duludengan membawa masuk semua kaum-kaum tersebut untuk mamenuhi peluang pekerjaan disini. Masyarakat majmuk juga adalah merujuk kepada keadaan masyarakat di tanahjajahan seperti mana yang terdapat di Burma, Indonesia dan juga Malaysia. Masyarakat majmuk di Malaysia dicirikan dari segi kepelbagaian budaya,pemisahan fizikal, pengenalan kaum melalui perkerjaan, kekurangan kontraksosial dan wujudnya satu kumpulan etnik yang dominan dari segi politik.CIRI-CIRI MASYARAKAT MAJMUKMalaysia merupakan sebuah negara majmuk yang aman dan makmur. Keamanan yang dinikmati dan keharmonian hidup pelbagai kaum telah menjadikan Malaysia sebuahnegara yang dihormati oleh pelbagai pihak dan dalam kalangan negara-negara lain. Antara ciri-ciri masyarakat majmuk menurut J.S Furnivall (1956) dalam bukunyabertajukColonial Policy and Practice :A Comparative Study of Burma and NetherlandsIndia (Indonesia) dalam kajiannya di Burma dan Kepulauan Jawa ialah terdapat beberapajenis manusia seperti Eropah, Cina, India dan penduduk asli (bumiputera). Masyarakat inibercampur antara satu sama lain tetapi tidak bersatu. Mereka ini hidup berdekatan tetapitidak terpisah dalam sistem politik yang sama serta masing-masing berpegang kepadakebudayaan, agama, bahasa, idea dan kaedah sendiri. Tidak dinafikan, Malaysia mempunyai pelbagai suku kaum selain daripada tigakomuniti etnik yang terbesar iaitu kaum Serani, Orang Asli (Semenanjung), Bajau,Kadazan, Murut (Sabah), Kedayan, Melanau dan Iban (Sarawak), dengan pelbagai bahasadan dialeknya. Penerimaan kontrak sosial yang telah disepakati bersama adalah untukmenjaga hubungan etnik di Malaysia. Masyarakat di Malaysia diberi hak pendidikan dalam
  3. 3. bahasa ibunda mereka tetapi tetap mengiktiraf bahasa melayu sebagai Bahasa Kebangsaan.Masyarakat majmuk di Malaysia juga bebas untuk mengamalkan agama dan kepercayaanmasing-masing walaupun Islam diberi status sebagai agama rasmi negara. MasyarakatMalaysia menganut agama Islam, Hindu, Kristian, Buddha, Konfusios dan Taois. Hari ini, di merata negara di dunia terdapat masyarakat majmuk yang menganutiagama-agama yang berlainan tetapi kebanyakan puak minoriti yang terdapat di negara yangmemerintah terdedah kepada kezaliman oleh kerajaan. Di Malaysia, kebebasan beragamayang dilaksanakan tidak menyebabkan masyarakat di dalamnya hidup di dalam keadaanberpecah-belah seperti negara-negara yang dilanda krisis sekarang. Meskipun pelbagaikumpulan etnik hidup pada umumnya secara berasingan dan mengekalkan kebudayaanmasing-masing terdapat semangat persefahaman dan keharmonian kaum yang erat. Konsepakomodasi yang diamalkan di Malaysia menyebabkan hubungan antara etnik salingmembuat penyesuaian dan bebas mengamalkan budaya masing-masing dalam keadaanharmoni. Hal itu membuatkan Malaysia mempunyai masyarakat majmuk yang unik.Walaupun Malaysia mengamalkan konsep akomodasi, masyarakat Malaysia juga berkongsidari segi perayaan, aktiviti kebudayaan dan makanan. Masyarakat Malaysia berkongsiperasaan gembira apabila tiba musim perayaan sesuatu kaum. Contohnya perayaan hariRayaAidilfitri yang disambut oleh orang Islam di Malaysia. Aktiviti rumah terbuka yangdiamalkan oleh masyarakat melayu Islam turut dirai bersama oleh etnik yang bukanberagama Islam. Perayaan sambutan Kemerdekaan juga dapat merapatkan lagi hubunganantara etnik melalui aktiviti yang dijalankan dan dapat melahirkan perasaan patriotism dansaling bekerjasama. Rakyat Malaysia juga terkenal dengan pelbagai jenis makanan dan inidapat melambangkan jati diri rakyat yang berbilang kaum. Makanan-makanan tersebut padaasalnya berasal dari pelbagai negeri dan suku kaum, tetapi kini telah disediakan sebagaihidangan biasa umum di Malaysia. Di antara makanan tradisi yang terkenal di Malaysiaialah nasi lemak, char koay teow, roti canai dan banyak lagi. Kebanyakan makanan tradisiini berasal daripada kaum tertentu contohnya nasi lemak, makanan ini bukan hanyadigemari oleh kaum melayu sahaja malahan ia turut digemari oleh kaum lain. Kini,masyarakat Malaysia boleh menikmati pelbagai makanan yang sebelum ini berasal daripadakaum tertentu. Selain itu, rakyat Malaysia juga turut mempunyai pakaian tradisi. Pakaian sepertibaju kurung, baju melayu, cheong sam dan sari adalah contoh pakaian tradisi masyarakatmajmuk di Malaysia. Cara pemakaian memainkan peranan penting dalam menentukanperbezaan kedudukan atau martabat sesetiap kumpulan dalam kaum Melayu, Cina, India,Iban, Kadazan dan kaum etnik kecil yang lain di Malaysia. Pakaian baju kurung dan melayuadalah berasal daripada kaum melayu tetapi jika kita perhatikan sekarang kaum lain jugaturut menggayakan baju tradisional kaum melayu contohnya baju kurung. Contoh keadaanseperti ini boleh didapati di sekolah mahupun di tempat kerja Masyarakat majmuk di Malaysia dicirikan dari segi kepelbagaian budaya,pemisahan fizikal. Pengenalan kaum melalui pekerjaan, kekurangan kontrak sosial danwujudnya satu kumpulan etnik yang dominan dari segi politik. Ciri-ciri masyarakat majmukmengiktiraf adanya keunikan dan sifat khas setiap komponen. Ciri-ciri Malaysia adalahwadah penyatu kumpulan etnik yang sebenar iaitu satu kumpulan etnik, bahasa sertabudayanya membentuk kumpulan majoriti, kumpulan etnik yang lain dengan bahasa danbudaya masing-masing juga mendapat tempat. Dalam konteks masyarakat majmuk
  4. 4. Malaysia, terdapat pelbagai kelompok etnik yang hidup berlainan, tetapi di bawah sistempolitik yang sama. Tiga etnik terbesar ialah Melayu, Cina dan India yang manamengamalkan kebudayaan adat resam, agama dan bahasa masing-masing. Tiga etnik inibersatu di atas satu ikatan kerakyatan dan di bawah sebuah pemerintahan demokrasi berajaberperlembagaan dengan satu cara hidup yang dipersetujui bersama.SEJARAH KEWUJUDAN MASYARAKAT MAJMUK DI MALAYSIATanah Melayu yang merupakan sebuah tempat tumpuan pengembaraan, pelayaran dan pusatperdagangan tentunya pernah menjadi satu tempat persinggahan dan penempatan bagi orang-orang daripada pelbagai kebudayaan dan asal usul.Justeru konsep percampuran populasibukanlah merupakan satu fenomena baru dan asing di Malaysia. Kebanyakan ahli sejarah danantropologi sosial bersetuju bahawa struktur susunan ras etnik dan corak penempatanpenduduk masa kini telah ditentukan pada zaman perkembangan kolonial dan eksploitasiorang British di Semenanjung Malaysia. Dalam tahun 1786 hingga 1914 merupakan zamanpaling penting dalam menentukan pola-pola etnik, ekonomi dan politik masa kini diSemenanjung Malaysia. Aspek demografi merupakan perkara yang penting dalam mencorakkankemajmukan masyarakat Malaysia. Aspek demografi tidak hanya memperlihatkan betapauniknya masyarakat Malaysia dari segi komposisi etnik tetapi turut mewarnai wajahsosiobudaya, demografi politik dan proses politik di Malaysia. Campur tangan Inggeris di Tanah Melayu bermula apabila Francis Light mendudukiPulau Pinang pada Ogos 1786, menyebabkan kemasukkan migran secara besar-besarandaripada luar. Dalam jangka masa yang panjang semasa pemerintahan kolonial British diMalaysia iaitu selama lebih satu ratus lima puluh tahun bermula 1786 hingga 1957. Antaratahun itu, Malaysia telah diduduki oleh Jepun semasa perang dunia kedua. Walaubagaimanapun, jangka masa singkat itu dianggap tidak mempunyai signifikan yang besarkepada komposisi dan mobiliti penduduk. Masyarakat homogenis Melayu Tanah Melayutelah mengalami transformasi kepada masyarakat heterogenios Malaysia yang mengandungietnik-etnik Melayu, Cina dan India sebagai komponen utamanya. Sebelum abad ke-18, penduduk di Tanah Melayu dan kepulauan borneo ketika itudidominasi oleh orang Asli, orang Melayu dan kaum bumiputera Sabah dan Sarawak. Migrasidaripada luar juga berlaku tetapi jumlahnya terhad. Selain itu, terdapat juga kaum pendatangdaripada Sumatera, Indonesia. Tetapi tidak menjejaskan corak masyarakat ketika itu keranakaum pendatang ini adalah daripada rumpun bangsa yang sama (James P. Ongkili, 1985:4). Pada awal abad ke-18, perubahan dalam struktur masyarakat berlaku di Malaysiadisebabkan oleh fenomena migrasi dari luar yang berlaku akibat faktor penarik yang ada dibumi mahupun faktor penolak di negara asal masing-masing yang bertanggungjawabmencernakan perubahan yang berkekalan sehingga ke hari ini. Struktur masyarakat diMalaysia berubah adalah disebabkan migrasi daripada luar dan juga faktor penolak danpenarik. Migrasi ini berlaku sedikit demi sedikit sebelum penjajahan barat, tetapi berleluasasetelah penjajahan berlaku. Aktiviti ekonomi dan perladangan menjadi faktor utama dalamaktiviti migrasi daripada luar terutamanya daripada China dan India.
  5. 5. Hal ini kerana, masyarakat Cina daripada negara China sebenarnya ingin keluardaripada hidup penuh dengan kemiskinan dan penderitaan. Oleh itu, mereka terpaksa keluarberhijrah sehingga ke Tanah Melayu. Kemasukan buruh-buruh Cina ke Tanah Melayumelalui beberapa cara yang dikenalpasti diusahakan oleh orang Cina sendiri yang telahmenetap lama di Tanah Melayu. Bilangan buruh Cina yang berhijrah memang ramai dansentiasa bertambah dari semasa ke semasa. Namun angka yang tepat sukar ditentukan keranaketiadaan dokumen yang sah dan kemasukan secara haram ke Tanah Melayu. Kemasukan masyarakat Cina ke Tanah Melayu menunjukkan bermulanya prosespembentukan masyarakat majmuk daripada pengaruh masyarakat Cina yang semakinbertambah. Pengaruh masyarakat Cina ke Tanah Melayu telah mengubah corak dan sistemsosial Alam Melayu dan juga masyarakat Melayu ketika itu. Kedatangan masyarakat Melayuke Tanah Melayu akhirnya telah membentuk satu masyarakat baru iaitu Baba Nyonya danCina Muslim. Wujudnya golongan baru ini membawa kepelbagaian atau kemajmukkanmasyarakat di Malaysia dan mengambarkan keunikannya pada pandangan masyarakat luar. Migran kedua terbesar selepas China adalah kelompok daripada India. Kebanyakanmereka berasal daripada India Selatan iaitu dari Negapatam dan Madras. India jugamengalami masalahnya tersendiri yang menyebabkan penduduknya berhijrah ke luar.Suasana di negara itu yang dilanda kemiskinan dan kebuluran yang mendorong penduduknyaberhijrah keluar ke negara-negara lain termasuk ke Tanah Melayu ketika itu. Migran Indiadatang sejak pembukaan Pulau Pinang oleh Inggeris. Pada waktu itu bilangan mereka masihkecil dan bertambah setelah Inggeris berjaya benguasai negeri-negeri Melayu. Selain migran daripada negara China dan India, Tanah Melayu, Sabah dan Sarawakjuga menjadi tumpuan daripada masyarakat luar seperti dari Indonesia dan Ceylon. Namun,bilangan mereka jauh lebih rendah berbanding dengan buruh daripada China dan India.Kebanyakan pendatang Indonesia berasal daripada Jawa, Kalimantan (Banjarmasin), Celebes,Timor dan Sulawesi serta beberapa bahagain kepulauan yang berhampiran dengan SelatMelaka.. Pendatang daripada Indonesia juga berbilang suku kaum dan etnik antaranya orangJawa, Bugis, Minang dan Banjar. Pendatang dari Ceylon kebanyakannya terdiri daripadakaum Sinhalese. Mereka datang dari kawasan pantai selatan negara tersebut. Mereka datangdengan jumlah yang agak ramai selepas abad ke-19 berterusan hingga abad ke-20an.Kedatangan berterusan ini disebabkan penjajahan British di Ceylon. Faktor ekomoni adalahbukan faktor utama penghijrahan mereka, sebaliknya mereka ingin mencari rezeki yang lebihberbanding apa yang mereka dapat di negara asal mereka. Setelah kemasukan migran daripada luar, bermulalah proses pembentukan masyarakatmajmuk yang berbilang kaum seperti sekarang. Proses pembentukan masyarakat padamulanya sukar kerana berbeza fahaman, amalan, ras dan etnik serta kehidupan seharian.Banyak konflik yang berlaku dalam proses pembentukan ini seperti peristiwa 13 mei 1969.Apabila konflik berlaku dalam masyarakat majmuk, konflik berkenaan mengikut garisanpemisah ras, bukan garisan kelas. Pengambilan pekerja buruh daripada luar di buat secaratetap sudah pasti akan menimbulkan masalah sosio-ekonomi dan politik yang lebihmembimbangkan dan bagi mengelak pembentukan masyarakat majmuk pelbagai etnik atauheterogeneous seperti mana yang cuba dielak oleh negara-negara Eropah Barat dan Telok. Setelah kemasukan migran dari luar akhirnya lahirnya kelompok dari keturunan Cinadan India yang berasimilasi dengan budaya tempatan seperti kelompok Baba-Nyonya yangberketurunan Cina dan kelompok Chitty yang berketurunan India. Asimilasi bangsa juga turut
  6. 6. berlaku apabila perkahwinan antara orang asing dengan penduduk tempatan, maka wujudbeberapa sub-kategori penduduk berdarah campuran seperti kelompok Peranakan, kelompokSyed dan lain-lain. Kini kebanyakan penduduk Malaysia mempunyai darah kacukan Melayu-Arab, Melayu-India, Melayu-Cina dan lain-lain. Hari ini, kaum Melayu, kumpulan etnik terbesar di Malaysia iaitu merangkumi lebih50 peratus penduduk negara ini. Di Malaysia, jika merujuk kepada orang Melayumenunjukkan orang itu beragama Islam dan mengamalkan kebudayaan Melayu, berbahasaMelayu dan mempunyai keturunan Melayu. Orang Melayu terkenal kerana peramah danbudaya seni mereka yang sangat kaya. Kaum Cina pula adalah kumpulan etnik kedua terbesar, yang mana kaum Cinamerangkumi 25 peratus populasi. Kebanyakan keturunan kaum Cina hari ini berasal daripadapendatang ke negara ini pada kurun ke-19.Mereka terkenal kerana kuat bekerja dan pandaiberniaga. Tiga kumpulan kecil kaum ini yang berbicara dialek Cina berbeza adalah Hokkienyang tinggal di utara Pulau Pinang, Kantonis yang tinggal di Kuala Lumpur dan jugakumpulan bertutur bahasa Mandarin yang tinggal di kawasan selatan tanah air di Johor. Kumpulan etnik terkecil antara tiga kumpulan etnik utama di negara ini, kaum Indiamerangkumi 10 peratus populasi. Kebanyakan berasal daripada pendatang dari Selatan Indiayang berbahasa Tamil, yang datang ke Malaysia sewaktu zaman penjajahan British dahulu.Mereka datang ke sini untuk mencari kehidupan yang lebih baik, luar daripada sistem kastayang diamalkan di India.Kebanyakan beragama Hindu, mereka turut membawa budayamereka yang unik serta pembinaan kuil, makanan pedas dan pakaian sari yang mewah.KONSEP MASYARAKAT MAJMUKMenurut J.S Furnivall (1939) sebuah masyarakat majmuk merupakan satu masyarakat yangmuncul akibat daripada dasar-dasar kolonial di mana penghijrahan penduduk mengikutkehendak-kehendak sistem ekonomi, politik dan sosial. Ini telah mewujudkan kelompok-kelompok yang berbagai ragam dalam satu unit politik. Furnivall menambah bahawakelompok-kelompok berbagai ragam dalam sebuah masyarakat majmuk itu “bercampur tetapitidak bergabung”. Setiap kelompok memegang kuat kepada agama, kebudayaan, bahasa,idea-idea dan cara-cara kehidupan sendiri. Komuniti-komuniti dalam masyarakat majmuk ituhidup secara berdekatan, tetapi terpisah dalam unit politik yang sama. Sistem pembahagianburuh dalam bidang ekonomi pula adalah berasaskan ras di mana setiap ras dalam masyarakatitu mempunyai fungsi-fungsi yang berlainan. Dasar Inggeris terhadap Tanah Melayu dapat dilihat daripada beberapa tindakanpemerintah Inggeris terhadap kedatangan orang-orang asing ke Tanah Melayu. Dalam hal iniia dapat menentukan persoalan bagaimana Inggeris membantu mewujudkan masyarakatMalaysia yang majmuk. Keadaan ini bukan sahaja memberi kesan terhadap kemajumukanras, tetapi merangkumi pelbagai aspek dalam politik dan sosial. Perbincangan mengenai tajukini dapat difahami jika kita melihat beberapa dasar Inggeris seperti huraian berikut:i. Politik Sejak tahun 1874 dasar imigrasi Inggeris berbentuk bebas iaitu tidak mempunyaisekatan terhadap kemasukan orang asing. Dalam hal ini Inggeris seolah-olah menggalakkankemasukan orang asing melalui sistem-sistem kemasukan seperti kontrak, dan bebas. Hal iniberbeza dengan tindakan Inggeris pada 1930an, dengan Inggeris memperketatkan dan
  7. 7. menguatkuasa dasar imigrasi dengan bertindak menghantar pulang orang-orang imigranbalik ke negara asal mereka. Selain itu, undang-undang imigrasi pada tahun 1930an jugamenghalang kemasukan baru orang asing ke Tanah Melayu. Seperkara yang menariktiadanya sekatan terhadap kemasukan orang asing ke negara ini sebelum undang-undangimigrasi 1930an disebabkan oleh keperluan Inggeris untuk mendapatkan tenaga buruh bagimenrancakkan ekonomi perlombongan dan peladangan selain buruh bagi melaksanakanpembinaan prasarana baru seperti pembinaan jalan keretapi dan jalan raya Keadaan ini diperkukuhkan lagi dengan kewujudan jabatan Perlindungan OrangAsing bagi melindungi para buruh imigran daripada tindasan dan penganiayaan para kongsigelap mahupun majikan. Dengan wujudnya jabatan ini, ini bermakna buruh-buruh inidilindungi oleh pemerintah Inggeris dan ia menunjukkan bahawa seolah-olah kerajaanInggeris menggalakkan kemasukan buruh asing. Ini juga menjelaskan bahawa terdapattindakan dan dasar kerajaan Inggeris mempastikan mereka tidak kehilangan buruh bagimenjana ekonomi Tanah Melayu. Hal ini diperkukuhkan lagi dengan kewujudan undang-undang buruh yang memerlukan para majikan untuk memberikan kemudahan yangsepatutnya kepada buruh imigran ini. Dengan keadaan ini ia bukan sahaja menggalakkankemasukan buruh asing, tetapi menggalakkan mereka untuk tidak pulang ke negara asalmereka. Hal ini terbukti semasa kemelesetan ekonomi 1927-1932 orang-orang asing inikeberatan untuk pulang ke negara asal mereka dan ini menjadi masalah kepada pemerintahInggeris. Oleh itu, merujuk dasar-dasar pemerintahan Inggeris ini membuktikan bahawakewujudan masyarakat majmuk di negara ini adalah hasil pelaksanaan dasar yangberkehendakkan buruh imigran bagi menjana ekonomi dan membolehkan penjajah mendapatkeuntungan ekonomi dengan tidak mengambil kira permasalahan yang dihadapi olehmasyarakat pribumiii. Ekonomi Dasar ekonomi komersial, kapitalisme dan bebas yang berlaku menyebabkanperubahan sistem daripada sara diri kepada sistem komersial. Oleh hal ini, pembukaan tanahdan ladang serta peningkatan pelombongan bijih timah telah banyak berlaku mendorongkepada wujudnya sistem ekonomi moden berteraskan industri berasaskan buruh. Disebabkanhal ini maka keperluan pemodenan prasarana baru yang memerlukan tenaga buruh diperkenalkan dan berlakulah kemasukan buruh-buruh asing.iii. Sosial Penekanan aspek ini lebih dijuruskan kepada Dasar pendidikan pemerintahanInggeris. Melalui dasar ini dapat dijelaskan lagi bagaimana wujudnya masyarakat majmuk diMalaysia. Melalui dasar pendidikan yang berteraskan negara ibunda, Inggeris menggalakkanlagi perbezaan kaum dan ia juga melebarkan lagi jurang perpaduan di Malaysia. Hal ini dapatdilihat melalui tindakan Inggeris yang tidak menyeragamkan sukatan pendidikan danpendidikan guru. Sebagai kesan daripada keadaan ini wujud sukatan pendidikan yang berbezaserta keperluan guru berasaskan tindakan komuniti setiap kaum di Malaysia. Sebagai contohnya setiap kaum mengambil inisiatif dengan mengikut sukatanpendidikan serta mengambil para guru dari negara asal mereka. Keadaan ini menjelaskanbahawa Inggeris tidak mempunyai agenda bagi menghalang ketidakseragaman dalam dasarpendidikan mereka. Bagi orang-orang Melayu ia hanya mendapat pendidikan kemahiran bagi
  8. 8. mengerjakan kerja-kerja sara diri sahaja dan tidak memberi peluang untuk mendapatkankemahiran dan ilmu akedemik. Walaupun wujud keadaan ini ia dikhaskan kepada anak-anakpara bangsawan Melayu sahaja. Dalam hal ini, keadaan dasar ini sebenarnya menggalakkanlagi kemasukan orang asing kerana mereka tahu bahawa mereka masih lagi memperolehpendidikan walaupun di negara asing. Ini juga menjelaskan lagi bahawa Inggeris sebenarnyamenggalakkan kemasukan mereka dan menjaga kebajikan mereka bagi keuntungan ekonomipenjajah. Konsep masyarakat majmuk juga merujuk kepada etnik iaitu di Malaysia etniknyamerupakan sekelompok manusia yang mengamalkan budaya yang hampir seragam, termasukadat resam, pakaian, bahasa, dan kegiatan ekonomi. Konsep etnik mempunyai erti yangberkait rapat dengan konsep-konsep ras dan bangsa. Ras dan bangsa memberikan tekananpada perbezaan fizikal atau sifat-sifat biologi iaitu keturunan dan pertalian darah yang samaantara sesama manusia (Mansor Abdul Rahman & Mohamad Ainuddin, 2006). Dalamkonteks masyarakat majmuk Malaysia, terdapat pelbagai kelompok etnik yang hidupberlainan, tetapi di bawah sistem politik yang sama. Etnik dapat dikelaskan melalui perbezaan budaya. Etnik sering berbeza berdasarkanciri budaya seperti adat resam, pola keluarga, pakaian, pandangan mengenai kecantikan,orientasi politik, kegiatan ekonomi dan hiburan. Di Malaysia, orang Melayu, Cina, India,Kadazan Dusun, Melanau dan pelbagai lagi dianggap sebagai etnik. Etnik pada dasarnyabersikap etnosentrik, iaitu menganggap ciri-ciri budayanya sebagal wajar, betul dan lebihutama daripada budaya etnik lain yang dipandang rendah serta dianggap ganjil ataupunberada pada tahap rendah atau tidak bermoral. Konsep etnik membentuk konsep etnisiti dan etnosentrisme. Etnisiti merujuk kepadarasa kekitaan sesuatu kumpulan etnik tertentu. Hal ini bererti wujudnya satu kebudayaan atausub budaya yang jelas yang menyatukan anggotanya dengan satu sejarah, nilai, sikap dantingkah laku yang sama. Etnosentrisme pula merujuk kepada kepercayaan atau rasa banggayang wujud dalam kalangan anggota sesebuah kelompok etnik bahawa budaya dan etnisitimereka adalah jauh lebih baik dan hebat daripada kelompok lain. Etnosentrisme jugamembawa makna suatu perspektif yang melihat kelompok etnik lain menerusi lensa dan kacamata etnik sendiri.Di Malaysia, konsep-konsep ras dan etnik kerap kali dicampur aduk sehingga maknanyamenjadi lebih kurang sama. Orang Melayu, Cina dan India serta pelbagal etnik lain di Sabahdan Sarawak yang sepatutnya dikenali sebagai etnik, juga dipanggil ras dalam kehidupanseharian. Pada dasarnya, ras boleh dikatakan sebagai sebuah kelompok sosial yang mempunyaitanda pengenalan kolektif berasaskan ciri-ciri fizikal biologikal yang nyata seperti warnakulit, warna mata, warna rambut dan sebagainya. Ciri paling ketara yang digunakan untukmembezakan kumpulan manusia ialah warna kulit. Rasisme ditakrifkan sebagai pandangan, pemikiran, atau kepercayaan negatif olehsesuatu kelompok sosial atau para anggotanya terhadap sesuatu kelompok lain berdasarkanpérbezaan wajah fizikal-biologikal atau ras semata-mata dan mi ditunjukkan secara terbukamelalui perilaku atau tindakan terbuka. Rasisme ialah gabungan prejudis dan kuasa yangdiartikulasi melalui diskriminasi berasaskan warna kulit dan ciri-ciri fizikal biologikal yanglain.
  9. 9. Rasisme wujud pada dua tahap: tahap individu dan tahap institusi. Pada tahapindividu, rasisme benlaku dalam bentuk kepercayaan bahawa wujudnya ras tertentu yangberstatus lebih tinggi clan ada ras yang berstatus lebih rendah. Rasisme pada peringkatindividu ini wujud dalam bentuk kepercayaan dan sikap individu. Pada tahap institusi,rasisme melibatkan dasar dan pelaksanaan yang bersifat diskriminasi, seterusnya membentukketidaksamaan bagi masyarakat daripada ras yang berbeza. Rasisme pada tahap institusi inidapat dilihat secara tersirat dalam struktur sosial. Kamus Dewan (2005) pula mendefinisikan budaya sebagai kemajuan fikiran, akalbudi atau cara berfikir, berkelakuan dan sebagainya. Tegasnya, budaya boleh didefinisikansebagai suatu cara hidup yang diamalkan oleh kumpulan tertentu dan meliputi sistem sosial,susunan organisasi ekonomi, politik, agama, kepercayaan, adat resam, sikap, dan nilai. Budaya boleh dibahagikan kepada dua: budaya kebendaan dan budaya bukankebendaan. Budaya kebendaan ialah peralatan dan kelengkapan hidup seperti rumah, kereta,perahu, senjata dan sebagainya. Contohnya, orang Melayu mempunyai rumah yang rekabentuknya berbeza dengan orang lnggeris atau orang Eskimo. Manakala budaya bukankebendaan ialah kepercayaan, adat istiadat dan undang-undang. Setiap masyarakatmempunyal adat istiadat yang tersendiri dalam menjalani kehidupan. Misalnya dalam adatperkahwinan masyarakat Melayu, pihak lelaki memberi hantaran kepada pihak perempuanmanakala bagi masyarakat India hantaran perkahwinan diberikan oleh pihak perempuankepada pihak lelaki. Dalam budaya Melayu, faktor agama penting kerana agama bukan sahajadianggap sebagai satu sistem kepercayaan semata-mata tetapi juga sebagai satu perlembagaanhidup yang meliputi kepercayaan dan amalan hidup. Bahasa pula penting sebagai alatkomunikasi. Adat resam juga mustahak sebagai petunjuk jalan bagi seseorang dalammengendalikan hidup bermasyarakat clan berbudaya. Terdapat dua peranan utama bagi pembentukan sesuatu budaya: pertama, membinaimej negara ke arah mewujudkan keperibadian serta identity, dan kedua ialah memupukkesedaran kebangsaan dan kenegaraan bercirikan kerohanian, kemanusiaan, spiritual danmental. Budaya memberikan identiti kepada sesuatu kelompok dalam aspek carapengendalian hidup. Budaya diwarisi daripada satu keturunan kepada satu keturunan. Olehitu, budaya dikatakan sebagai satu himpunan kelengkapan intelektual clan kebendaan yangdapat memenuhi kehendak biologi dan kemasyarakatan serta dapat menyesuaikannya dengankeadaan sekeliling (Mohd Taib Osman, 1988). Menurut J.S Furnival (1948) lagi, konsep Masyarakat majmuk merujuk kepadamasyarakat campuran yang berbilang bangsa iaitu terdiri dari berbagai ras atau etnik yangberada di bawah satu pemerintahan. Campuran ini dalam erti kata yang sebenar, bergaultetapi tidak bercantum. Setiap kumpulan mengamalkan agama yang berbeza.i. Melayu Hari ini, kaum Melayu, kumpulan etnik terbesar di Malaysia iaitu merangkumi lebih50 peratus penduduk negara ini. Di Malaysia, jika merujuk kepada orang Melayumenunjukkan orang itu mengamalkan kebudayaan Melayu, berbahasa Melayu danmempunyai keturunan Melayu. Orang Melayu terkenal kerana peramah dan budaya senimereka yang sangat kaya. Umumnya, orang Melayu merupakan penganut agama Islam. Pada masa lalu,sebahagian besar orang Melayu di Semenanjung merupakan penduduk luar bandar. Namun,
  10. 10. keadaan tersebut mula berubah kerana proses penghijrahan ke bandar yang bermula sejaktahun 1970-an sehingga masa kini. Bagi yang masih tinggal di luar bandar, kebanyakannyaterlibat dalam aktiviti ekonomi pertanian dan perikanan, sama ada dalam skala kecil-kecilanatau secara komersial. Manakala sebahagian besar etnik Melayu di bandar terlibat dalampelbagai sektor seperti sektor perkhidmatan awam, sektor swasta, dan turut terlibat dalamsektor perdagangan dan perniagaan.ii. Cina Orang Cina merupakan golongan etnik kedua terbesar di Semenanjung. Masyarakatmi menganuti pelbagai agama seperti Buddhisme, Konfusianisme, Kristian, Taoisme danIslam. Sebahagian besar etnik Cina tertumpu kepada sektor perdagangan dan perkhidmatan.Dari segi petempatan, sebahagian besar orang Cina tertumpu di bandar-bandar utama,khasnya di Lembah Kiang.iii. India Orang India pula merupakan golongan etnik ketiga terbesar di Semenanjung. Padamasa lalu, sebahagian besar orang India bekerja dan menetap di estet. Pada masa kini,terdapat kalangan mereka yang berpindah ke bandar-bandar dan menerokai pekerjaan disektor perdagangan atau perkhidmatan dan menjalani penghidupan bandar. Dalam kategorietnik India, terdapat golongan subetnik seperti orang Sikh, Tamil, Malayali dan Singhala.Secara umum, etnik India di negara ml merupakan penganut pelbagai agama seperti Hindu,Sikhisme dan Islam.iv. Etnik-entik lain Golongan etnik terkecil di Semenanjung tetapi terkenal dalam kajian antropologiialah Orang Asli. Kebanyakan Orang Asli merupakan penduduk di kawasan pedalaman dibeberapa negeri di Semenanjung. Mereka menganut kepercayaan tradisional, animisme,Kristian dan Islam. Selain Orang Asli, terdapat kelompok-kelompok kecil sepertimasyarakat Baba-Nyonya di Melaka dan Pulau Pinang, masyarakat Portugis di Melaka, danThai di beberapa negeri di utara Semenanjung. Kesemua masyarakat minoriti tersebutmempunyai budaya yang unik, seperti budaya masyarakat Baba-Nyonya. Dalam sektor pekerjaan pula menurut Furnivall, terdapat pembahagian tenagaburuh yang ketara mengikut kaum. Aspek pekerjaan ialah berbeza-beza mengikut kaumiaitu setiap kaum menjalankan kegiatan pekerjaan tertentu untuk mencari sumberpendapatan mereka untuk menyara kehidupan seharian mereka berdasarkan keseuaiandan kemahiran mereka sendiri. Orang Melayu mengurus dalam bidang pertanian danpenangkapan ikan, orang Cina mengurus perlombongan dan perdagangan. Bagigolongan India pula kegiatan perladang getah dan perladangan lain. Kegiatan ekonomiyang di jalankan ini juga terpisah iaitu tempat kediaman mereka berlainan dan mengikutcara kerja yang dilakukan. Golongan Melayu tinggal di kampung berhampiran kawasanpertanian dan pinggir laut, Cina tinggal di perlombongan dan bandar sebagai pusatuntuk menjalankan perniagaan, India tinggal di stet-estet dan kelapa sawit. Oleh itu,taraf kemajuan ketiga-tiga kaum berbeza mengikut jenis pekerjaan.KESIMPULAN
  11. 11. Pada hari ini, Masyarakat majmuk di malaysia terjadi secara tidak sengaja. Pada awal abadke-19, lebih 90% penduduk di tanah melayu adalah melayu. Namun pada pertengahan abadke-19, penghijrahan masuk kaum Cina dan India secara beramai-ramai ekoran dasar liberalInggeris telah mengubah struktur kependudukan asal Tanah Melayu. Masyarakat majmuk diMalaysia terdiri dari pelbagai etnik yang dikategorikan mengikut cara hidup, polapenempatan, pekerjaan dan pendidikan.Terdapat lebih 80 kaum di seluruh Malaysia.Daripada keseluruhan bangsa tersebut, terdapat tiga bangsa yang paling utama iaitu Melayu,India dan Cina dan pelbagai etnik yang lain. Pembentukan Masyarakat Majmuk Di Malaysia pada hari ini didiami oleh pelbagaibangsa, kaum dan etnik dari Perlis hingga ke Sabah. Kepelbagaian kaum dan etnik inilahmaka wujud pula kepelbagaian budaya, bahasa, agama dan adat resam. Corak masyarakatMalaysia seperti ini berlaku disebabkan oleh perubahan masa dan keadaan, seperti yangberlaku terhadap perubahan struktur politiknya. Sebelum abad ke-18 dan ke-19, masyarakatMalaysia tidak begini coraknya. Sebaliknya boleh dikatakan bahawa, semenanjung TanahMelayu ketika itu didiami oleh orang Melayu dan Orang Asli bersama sebilangan kecilbangsa atau kaum lain. Apabila bermulanya kemasukan migran daripada luar. Proses ini berterusan sehinggapenjajahan British di Tanah Melayu. Oleh itu, wujud masyarakat berbilang kaum, ras, etnikdan bangsa di Malaysia. Kehadiran kelompok-kelompok ini menjadikan Malaysia sebuahnegara yang kaya dengan budaya, adat resam, bahasa dan latar belakang kebudayaan yangberlainan. Oleh kerana itu, maka Malaysia merupakan sebuah negara pluralistik yangmempunyai jumlah penduduk lebih kurang 26.6 juta orang pada tahun 2006. Umumnya,Melayu merupakan kelompok etnik majoriti, iaitu mewakili lebih kurang 55 peratus,sementara Cina mewakili lebih kurang 25 peratus, India 7 peratus dan selebihnya adalahterdiri daripada kelompok peribumi kecil seperti Dayak, Bidayuh, Melanau dan Orang Uludi Sarawak, Kadazan dusun, Murut, dan Bajau di Sabah.Kemajmukan masyarakat Malaysiamenjadikan negara ini menjadi tarikan masyarakat luar. Di sebabkan hal ini,Masyarakatmajmuk sangat sinonim dengan Malaysia sebagai sebuah negara yang bercirikan pelbagaikaum serta identiti. Malaysia amat terkenal dengan adanya masyarakat majmuk yangberbilang kaum. Pembentukan masyarakat majmuk yang berbilang kaum di Malaysia padaabad ke-19 adalah kesan daripada Kolonialisme yang mutlak. Dari aspek kesinambungan, kemasukan imigran di dunia Melayu meninggalkanbanyak kesan, sama ada kesan positif mahupun kesan negatif. Ia bergantung kepada carabagaimana kita melihat dan mentafsir kedatangan mereka. Namun kehadiran masyarakat luarke Tanah Melayu telah mencorakkan perspektif masyarakat Melayu, membentuk budayabaru, mempertingkatkan daya saing dalam sektor ekonomi, melahirkan dimensi baru strukturpolitik rakyat dan sebagainya.RUJUKANAbdul Rahman Haji Ismail,( 2005), Malaysia: Sejarah Kenegaraan dan Politik, KualaLumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.A. Aziz Deraman (2001). Masyarakat dan kebudayaan Malaysia (edisi baharu). Kuala
  12. 12. Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.Anthony D. Smith, 1986. The Ethnic origins of Nations.BlackWell oxford UK &Cambrige USA.Chin Yee Wah. 2003. Budaya dan Keusahawanan Cina di Malaysia. Bangi: Penerbit UKM.Graham Saunders „‟The Development Of a Plural Society In Malaya’’.Harris Md. Jadi. 1990. Etnik, Politik dan Pendidikan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.J.E.Goldthorpe “The Sociology Of The Thirdworld”.J.S Furnivall (1956). Colonial Policy and Practice :A Comparative Study of Burma and Netherlands India (Indonesia).J.S. Furnivall, (1965). Colonial policy and practices. New York: New York University Press. (Asalnya diterbit pada tahun 1948).J.S Furnivall,. (1967). Netherlands India: a study of Plural Economy. Cambridge: Cambridge University Press.J.S, Furnivall, Netherlands India: a study of plural economy (Cambridge: at the University Press, 1939 [reprinted 1967]).J.S. Furnivall, (1980). Plural society. Dalam Hans-Dieters Evers (ed.), Sociology of South- East Asia: Reading on social change and development. Kuala Lumpur: Oxford University.J.S Furnivall, Colonial policy and practice: a comparative study of Burma and Netherlands India (New York: New York University Press, 1948).Jurnal hubungan etnik dalam pembentukan jati diri kebangsaan: perspektif tamadun melayu oleh Abdul Latif Samian.Shamsul Amri Baharuddin 2007, Modul hubungan etnik ,. Kementerian pengajian tinggi, Malaysia.Ting Chew Peh. 1987. Hubungan Ras dan Etnik: Suatu Pengantar. Kuala Lumpur: Pustaka Dimensi.Wan Halim Othman. 1992. Asas Hubungan Etnik. Pulau Pinang: Pusat Penyelidikan Dasar, Universiti Sains Malaysia.LAMPIRAN
  13. 13. Laporan Abdul Rahman Talib (1960)Laporan Talib yang diperakukan dalam Akta Pendidikan 1961 telah mengabdikan cita-cita yangterkandung dalam Laporan Razak dan menggariskan hasrat sistem pendidikan Kebangsaan yangterdapat sekarang. Terdapat empat aspek penting dalam laporan ini iaitu:- Menjadi titik permulaan ke arab pelaksanaan bahasa Malaysia sebagai bahasa pengantarutama dan proses penukaran bahasa pengantar. Mewujudkan sistem peperiksaan persekolahan yang sarna walaupun berlainan bahasa diperingkat rendah, menengah,dan menengah atas Memberi penekanan kepada pendidikan teknik dan vokasional untuk keperluan tenaga mahir Memberi penekanan kepada pendidikan moral dan keagamaan untuk keperluan kerohaniansebagai teras.Di antara beberapa perubahan dan pindaan yang dibuat dari Laporan Razak yang dikenali denganLaporan Rahman Talib ialah: Pelajaran di sekolah rendah adalah percuma
  14. 14. · Sekolah rendah menjadi sekolah kebangsaan dan jenis kebangsaan. · Sekolah pelajaran lanjutan merupakan persekolahan hingga umur 15 tahun. · Murid naik darjah secara otomatik · Pelajaran agama Islam bagi murid-murid hendaklah sekurang-kurannya 15 orang. · Pendidikan akhlak dititikberatkan.Selepas itu Sistem Pendidikan Anika Jurusan ditubuhkan pada 1965 bagi Sekolah Menengah Rendahmenggantikan Sistem Pelajaran Lanjutan yang dihapuskan. Mata pelajaran aneka jurusan di sekolahmenengah pada waktu itu ialah Seni Perusahaan, Sains Rumah tangga, Sains Pertanian danPerdagangan.Walaupun hasrat dan tujuan Akta Pendidikan 1961 ini untuk menyatukan kaum yang ada di Malaysiaini, tetapi secara praktikalnya, sukar untuk mencapai matlamat itu memandangkan pola tempattinggal yang berlainan. Misalnya orang Melayu tinggal di kampung-kampung dan pinggir pantai,kaum Cina tiggal di kawasan perlombongan dan kaum India di kawasan ladang-ladang getah. Denganini tentulah amat sukar untuk menyatukan mereka.Selepas dari Laporan Rahman Talib 1960, muncul pula laporan-laporan seperti Laporan Hussein Onn(1971) dan Laporan Mahathir 1976. Kedua-dua Laporan ini adalah untuk mengkaji semula DasarPendidikan Negara yang sebelumnya berdasarkan Laporan Razak dan Laporan Rahman Talib.Posted by I N D A H

×