Dokumen tersebut membahas tentang tiga jenis litar pendawaian yaitu litar siri, litar selari, dan litar siri selari. Litar siri adalah sambungan secara terus di mana arus akan mengalir melalui setiap beban bergantung pada rintangannya. Litar selari memiliki voltan yang sama pada setiap beban. Litar siri selari merupakan campuran dari litar siri dan selari untuk memperoleh manfaat maksimal dari kedua
2. LITAR-LITAR PENDAWAIAN
DEFINASI LITAR PENGGUNA
Ialah satu susunan pengalir yang bertujuan membawa arus.
Daya Gerak Elektrik diperluka bagi menolak arus serta
mengatasi rintangan pengalir, dan perjalanan arus itu
hendaklah mempunyai laluan litar yang lengkap untuk
mengalirkan arus pergi dan balik ke sumber bekalan.
JENIS-JENIS LITAR
Terdapat berbagai jenis litar tetapi umumnya boleh
dibahagikan kepada 3 jenis iaitu
a) Litar Siri
b) Litar Selari
c) Litar Siri Selari
3. LITAR-LITAR PENDAWAIAN
PENGENALAN LITAR SIRI
1. Ialah sambungan litar secara terus.
2. Dalam litar arus akan mengalir masuk dan keluar pada
setiap beban bergantung nilai rintangan setiap beban
tersebut.
3. Cahaya lampu yang dipasang secara litar siri akan
malap dan tidak terang sekiranya banyak lampu yang
dipasang dalam litar tersebut.
4. Litar akan terputus apabila salah satu beban dipasang
rosak.
5. Litar ini tidak banyak digunakan di bekalan
perumahan. Hanya digunakan pada lampu penghias
atau untuk kawalan seperti suis, fius dan pemutus litar.
5. LITAR-LITAR PENDAWAIAN
PENGENALAN LITAR SELARI
1. Litar ini berbetuk tangga.
2. Voltan pada setiap beban adalah sama dengan voltan
bekalan tetapi arusnya terbahagi pada setiap beban dan
berkadar songsang dengan rintangan beban itu.
Semakin besar rintangannya semakin kecil arusnya.
3. Cahaya lampu lebih terang berbanding litar siri. Ini
disebabkan oleh voltan yang sama pada setiap beban.
4. Dapat mengawal setiap bebannya secara persendirian
ataupun berkumpulan.
5. Litar selari banyak digunakan di pendawaian
perumahan, pendawaian dalam kereta dsb.
6. Banyak kabel digunakan bagi pendawaian litar selari.
8. LITAR-LITAR PENDAWAIAN
PENGENALAN LITAR SIRI SELARI
1. Ialah campuran litar siri dengan litar selari.
2. Tujuan utamanya ialah untuk memperoleh manfaat
yang maksima daripada kewujudan kedua-dua litar itu.
3. Contoh penggunaan ialah pendawaian perumahan.
4. Terdapat 2 bentuk litar jenis ini iaitu
a) Bentuk Siri dalam Selari
b) Bentuk Selari dalam Siri.
11. LITAR-LITAR PENDAWAIAN
PENGAGIHAN LITAR-LITAR PENDAWAIAN
1. Dalam litar-litar pendawaian terbahagi kepada 2 litar
iaitu
a) Litar Akhir Kecil
b) Litar Kawalan Turutan
2. Kedua-dua litar digunakan tidak kira samada bagi
pendawaian perumahan ataupun pendawaian industri.