Ce diaporama a bien été signalé.
Le téléchargement de votre SlideShare est en cours. ×

Haji dan umrah (malay)

Publicité
Publicité
Publicité
Publicité
Publicité
Publicité
Publicité
Publicité
Publicité
Publicité
Publicité
Publicité
Prochain SlideShare
Pp haji dan umrah
Pp haji dan umrah
Chargement dans…3
×

Consultez-les par la suite

1 sur 45 Publicité

Plus De Contenu Connexe

Publicité

Plus récents (20)

Haji dan umrah (malay)

  1. 1. • Bahasa: Menuju kepada Allah. • Istilah: Menuju ke Mekah bagi mengerjakan ibadah yang khusus dengan syarat yang tertentu. • Bahasa: Menziarahi. • Istilah: Menuju ke Mekah pada selain waktu haji bagi mengerjakan ibadah yang khusus dengan syarat yang tertentu.
  2. 2. Niat haji dari bulan Syawal, Zulkaedah - 10 Zulhijjah Wukuf, Mabit dan melontar jamrah Pada bila-bila masa kecuali bagi orang yang mengerjakan haji Hanya niat Ihram, Tawaf, Sa’ie dan bercukur @ bergunting.
  3. 3. Ibadat haji dan umrah diwajibkan sekali seumur hidup bagi setiap orang Islam, samada bagi lelaki atau perempuan sekiranya berkemampuan. Jika tidak berkemampuan, maka haji dan umrah tidak menjadi wajib untuk selama-lamanya. Firman Allah s.w.t: ((َ‫ت‬ْ‫س‬‫ا‬ َ‫ن‬َ‫م‬ َ‫ت‬ْ‫ي‬َ‫ب‬ْ‫ال‬ ُّ‫ج‬ َ‫ح‬ َ‫اس‬‫ه‬‫ن‬‫ال‬ ‫ى‬َ‫ل‬َ‫ع‬ َ ‫ه‬ َ‫ّلِل‬ َ‫و‬‫ا‬‫ل‬‫ي‬َ‫ب‬َ‫س‬ َ‫ه‬ْ‫ي‬َ‫ل‬َ‫إ‬ َ‫ع‬‫ا‬َ‫ط‬)) Maksudnya: “Dan Allah mewajibkan manusia mengerjakan ibadat Haji dengan mengunjungi Baitullah iaitu sesiapa yang mampu sampai kepadanya” (Ali Imran: 97)
  4. 4. Firman Allah s.w.t: ((ِ َّ ِ‫لِل‬ َ ‫ة‬َ‫ر‬ ْ‫م‬ُ‫ع‬ ْ ‫ال‬َ‫و‬ َّ‫ج‬ َ‫ح‬ ْ ‫ال‬ ‫وا‬ ُّ‫م‬ِ‫ت‬ َ ‫أ‬َ‫و‬)) Maksudnya: “Dan sempurnakanlah Ibadat Haji dan Umrah kerana Allah” (al-Baqarah: 196) Haji dan umrah tidak wajib dilaksanakan dengan segera jika syarat-syaratnya telah mencukupi kerana ia boleh ditangguhkan. Namun begitu, ia perlu dilakukan seberapa segera yang boleh bagi mengelakkan seseorang itu menemui ajal tanpa sempat melakukan ibadah ini.
  5. 5. Perhimpunan besar- besaran umat Islam yang boleh melahirkan keserasian Menimbulkan rasa persaudaraan agama yang kuat Lambang kesatuan umat Islam Lambang kesaksamaan di antara manusia Mengingati peristiwa yang penting yang berlaku pada zaman silam Membuka pintu rezeki kepada orang miskin di tanah Haram Melatih diri untuk bersabar, berakhlak baik, pemaaf, pengorbanan, kasih sayang & belas kasihan
  6. 6. Islam Berakal Baligh Merdeka Aman Perjalanan Berkemampuan
  7. 7. Terbahagi kepada dua iaitu kemampuan dengan diri sendiri (mempunyai kekuatan badan, wang perbelanjaan kenderaan, dan makanan) dan kemampuan dengan orang lain jika sakit tenat @ terkurung sehingga mati (mempunyai upah untuk orang yang melakukannya). Siapa yang mempunyai modal perniagaan atau tanah, wajib membelanjakannya bagi mengerjakan haji & umrah. Tidak wajib menjual rumah yang sedang didiami termasuk alatan rumah. Jika jarak rumahnya dengan Mekah tidak lebih dari dua marhalah dan dia mampu untuk berjalan, wajib baginya haji dengan berjalan kaki.
  8. 8. Sesiapa yang memiliki perbelanjaan untuk mengerjakan haji dan dia sangat berhajat untuk berkahwin, maka berkahwin adalah lebih diutamakan. Diharuskan bagi wanita mengerjakan haji yang wajib bersama-sama dengan sekumpulan wanita seramai tiga orang atau lebih dengan syarat mereka boleh dipercayai dan kuat beragama. Bagi haji yang sunat, wanita disyaratkan bersama suami atau mahram. Disyaratkan juga bagi wanita mendapat keizinan suami dan tidak berada dalam iddah.
  9. 9. Islam Mumayyiz Berihram haji dalam bulan Syawal, Zulkaedah dan 10 hari dari Zulhijjah. Manakala bagi umrah, dibolehkan niat pada bila-bila masa. Memenuhi semua rukun
  10. 10. • Berniat haji sahaja ketika pergi ke Mekah pada musim haji tahun tersebut • Tidak perlu menyembelih binatang Ifrad • Berniat haji dan umrah ketika pergi ke Mekah pada musim haji tahun tersebut • Perlu menyembelih binatang Qiran • Mengerjakan umrah terlebih dahulu ketika pergi ke Mekah dalam bulan haji & berihram haji semula sebelum wuquf di Arafah • Perlu menyembelih binatang Tamattu’
  11. 11. Rukun • Berihram • Wuquf di Arafah • Bercukur atau bergunting rambut • Tawaf Ifadhah • Bersaie • Tertib Wajib • Berihram dari Miqat • Bermalam di Muzdalifah • Bermalam di Mina • Melontar setiap Jamrah • Tawaf Wida'
  12. 12. Niat Ihram (Rukun) di Miqat (Wajib) Tawaf Qudum bagi haji Qiran & Ifrad (Sunat). Umrah bagi haji Tamattu’ Wuquf di Arafah selepas Zohor pada hari 9 Zulhijjah (Rukun) Bermalam di Muzdalifah (Wajib) Melontar Jamrah Aqabah pada hari 10 Zulhijjah selepas Subuh (Wajib) Bercukur @ Bergunting (Rukun)
  13. 13. Bermalam Di Mina pada 11,12 & 13 (Wajib) Melontar 3 Jamrah pada hari 11,12 & 13 (Wajib) Tawaf Ifadah (Rukun) Sa’ie (Rukun) Tawaf Wida’ (Wajib)
  14. 14. Ihram (Rukun) dari Miqat (Wajib) Tawaf (Rukun) Sa’ie (Rukun) Bercukur @ bergunting (Rukun) Tertib (Rukun)
  15. 15. Miqat Zamani (Waktu Niat) Haji • Bulan Syawal, Zulkaedah dan 10 hari terawal dalam bulan Zulhijjah Umrah • Pada bila-bila masa
  16. 16. Miqat Makani (Tempat Niat) • Haji: Kediaman sendiri • Umrah: Tanah halal yang berhampiran • Lebih afdhal umrah dari Ji’ranah > al- Tan’im > al-Hudaybiah Penduduk Mekah • Tempat yang bersetentangan dengan Miqat • Jika kurang, niat boleh dilakukan dari kediamannya Penduduk Lingkungan Miqat
  17. 17. Miqat Makani (Tempat Niat) Penduduk Luar Miqat • Dari Madinah: Dhulhulayfah (437 km) • Dari Iraq: Dhat ‘Irqin (98 km) • Dari Mesir & Syam: al-Juhfah (204 km) • Dari Yaman : Yalamlam (94 km) • Dari Kuwait, Imarat, Najd & Malaysia: Qarn al-Manazil (94 km)
  18. 18. Mandi Sunat Ihram Dan Membuang Segala Kotoran Badan Memakai Wangi- Wangian Pada Badan Menanggalkan Pakaian Yang Berjahit Bagi Lelaki (Wajib) Solat Sunat Ihram Sebelum Berniat Ihram Melafazkan Niat Haji Atau Umrah Bertalbiah Sehingga Memasuki Mekah bagi Umrah dan Sehingga Melontar Jamrah Aqabah Bagi Haji
  19. 19. Larangan Ihram Memakai pakaian berjahit, bersarung atau bercantum dan kasut bagi lelaki Menutup kepala atau sebahagian darinya bagi lelaki dan menutup muka bagi perempuan kecuali jika ada keuzuran Memakai sarung tangan Memakai bau-bauan sama ada di badan, pakaian dan makanan kecuali bagi makanan yang sedia mempunyai bau yang wangi Menanggalkan rambut atau bulu dari mana-mana anggota badan
  20. 20. Larangan Ihram Menyikat rambut dengan sikat, jari atau selainnya jika ditakuti gugur. Jika tidak ditakuti, ia adalah makruh Memotong atau mengerat kuku kecuali jika terpaksa Memburu binatang buruan yang halal dimakan di Tanah Haram atau di Tanah Halal Berkahwin, mengahwinkan atau menerima wakil kahwin Melakukan hubungan kelamin dan seumpamanya serta perkara-perkara yang membawa ke arahnya
  21. 21. Syarat • Dilakukan dalam keadaan suci dari semua hadas • Suci badan, pakaian dan tempat tawaf dari sebarang najis • Tawaf mestilah di luar ka’abah. Oleh itu, tidak boleh bertawaf dengan menyentuh ka’bah atau tawaf melalui Hijir Ismail • Menjadikan ka’bah di sebelah kiri • Bermula dan berakhir di Hajar Aswad • Pusingan tawaf mestilah tujuh kali Sunat • Berjalan ketika tawaf kecuali jika ada keuzuran • Menyentuh, mengucup dan meletak dahi di atas Hajar Aswad setiap kali memulakan tawaf. Jika tidak mampu, bolehlah sekadar melambai • Berlari anak pada tiga pusingan pertama jika hendak bersaie selepasnya • Meletakkan kain ihram di bawah ketiak kanan dan kedua hujungnya di atas bahu kiri bagi lelaki • Solat dua rakaat setelah tawaf di belakang maqam Ibrahim –rakaat pertama: al-Kafirun rakaat kedua: al- Ikhlas
  22. 22. Tawaf
  23. 23. Syarat • Dilakukan selepas tawaf • Dilakukan sebanyak tujuh kali • Bermula dari Safa dan berakhir di Marwah • Tidak berselang di antara bilangan sa’ie dengan tempoh yang lama Sunat • Memanjat bukit Safa dan berdoa • Berjalan sepanjang Sa’ie dan berlari-lari anak di antara dua garisan yang telah ditentukan • Berdoa sepanjang Sa’ie
  24. 24. Syarat • Berada di Arafah antara waktu zohor pada hari 9 Zulhijjah sehingga terbit fajar hari 10 Zulhijjah walaupun sebentar • Berada di dalam kawasan Arafah sahaja dan tidak memadai berada di kawasan berhampiran Sunat • Menuju ke Arafah setelah memasuki Mekah & setelah tawaf Qudum • Keluar ke Mina pada pagi hari 8 Zulhijjah dan menunaikan solat fardu di Masjid Khif • Bergerak ke Arafah pada pagi hari 9 Zulhijjah dan memasuki Arafah selepas waktu Zohor • Berdoa, merendah diri dan berzikir kepada Allah
  25. 25. Picture From Al Jazeera English
  26. 26. Wajib • Berada di Muzdalifah setelah berwukuf di Arafah selepas tengah malam walau pun sekejap Sunat • Berada di Muzdalifah sehingga waktu Subuh • Memungut 7 biji batu untuk melontar Jamrah Aqabah • Berada berhampiran al-Masy’ar al-Haram • Berdoa dan berzikir
  27. 27. Wajib • Melontar Jamrah Aqabah dengan 7 biji batu bermula pada tengah malam hari raya sehingga waktu maghrib • Melontar ketiga-tiga Jamrah pada hari 11, 12 & 13 bermula apabila masuk waktu zohor setiap hari sehingga waktu maghrib • Dibolehkan melontar selepas maghrib bagi yang tidak berkesempatan • Dibolehkan membawa lontaran hari 11 ke hari 12 & seterusnya • Gugur wajib melontar hari 13 sekiranya keluar dari Mina sebelum maghrib hari 12
  28. 28. Sunat • Memulakan lontaran Jamrah apabila sampai di Mina • Menghentikan talbiah sebaik memulakan lontaran dan menggantikan dengan takbir • Bertakbir setiap kali melontar • Melontar dengan tangan kanan • Melontar dengan batu sebesar kacang kuda • Berdiri ketika melontar di Jamrah 1 & 2 menghadap kiblat • Membelakangkan jamrah setelah melontar jamrah 1 & 2 serta berdoa selama membaca surah al-Baqarah
  29. 29. Bermalam di Mina Dibolehkan tidak bermalam pada 13 Zulhijjah jika keluar dari Mina sebelum waktu Maghrib hari 12 Zulhijjah Wajib berada di Mina pada sebahagian besar malam 11, 12 & 13 Zulhijjah
  30. 30. Wajib dilakukan sebelum keluar dari Mekah Jika berada di Mekah untuk tempoh yang lama setelah tawaf Wida’ tanpa keperluan, ia perlu diulang semula Dikecualikan dari wanita yang sedang haid
  31. 31. Tahallul Pertama • Melakukan 2 dari 3 perkara setelah wuquf di Arafah iaitu melontar Jamrah, bercukur @ bergunting & Tawaf Ifadhah • Bebas dari semua larangan ihram kecuali jima’ & perkara yang membawa ke arahnya Tahalull Kedua • Melakukan ke semua tiga perkara tersebut • Bebas dari semua larangan ihram dan perlu menyempurnakan semua pekerjaan haji yang masih ada
  32. 32. • Menyembelih seekor kambing • Jika tidak mampu, berpuasa 3 hari ketika mengerjakan haji & 7 hari setelah pulang • Jika tidak berkesempatan, puasa 3 hari setelah pulang & setelah 4 hari berpuasa pula 7 hari Fidyah bagi haji Qiran dan Tamattu’ • Menyembelih seekor kambing • Jika tidak mampu, berpuasa 3 hari ketika mengerjakan haji & 7 hari setelah pulang Meninggalkan kewajipan haji seperti tidak berihram di Miqat, melontar jamrah dll
  33. 33. Meninggalkan wuquf di Arafah • Menyembelih seekor kambing • Menyelesaikan haji tersebut dengan umrah • Mengganti haji tersebut pada tahun hadapan walaupun ia adalah haji sunat Tinggal salah satu rukun selain wuquf • Perlu dilaksanakan kerana haji akan kekal tergantung sampai bila- bila
  34. 34. Jima’ • Haji terbatal jika sebelum tahallul awal dan perlu diganti • Menyembelih seekor unta • Jika tidak mampu, bersedekah makanan sebanyak harga unta • Jika tidak mampu, berpuasa sehari bagi setiap cupak makanan yang sama nilai dengan harga unta Membunuh binatang buruan • Jika ia sebanding dengan binatang ternakan, perlu disembelih binatang tersebut @ bersedekah makanan dengan kadar harga binatang tersebut @ berpuasa sehari bagi setiap cupak • Jika tidak tahu sebandingan, perlu ditentukan oleh dua orang yang adil • Jika tiada sebandingan, wajib bersedekah makanan dengan kadar harga binatang @ berpuasa sehari bagi setiap cupak
  35. 35. Melanggar larangan ihram selain berburu & jima’ • Menyembelih seekor kambing @ memberi setengah cupak makanan kepada 6 orang miskin @ berpuasa tiga hari • Jika dicukur lebih dari tiga helai rambut & seumpamanya dikenakan fidyah di atas • Jika kurang dari tiga helai: setiap helai diwajibkan secupak makanan

×