SlideShare une entreprise Scribd logo
1  sur  13
Télécharger pour lire hors ligne
LP/PMR 6
©2013 HAK CIPTA KERAJAAN MALAYSIA
LEMBAGA PEPERIKSAAN
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
JADUAL WAKTU PEPERIKSAAN
PENILAIAN MENENGAH RENDAH
2013
2
LEMBAGA PEPERIKSAAN
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
GARIS PANDUAN DAN ARAHAN PEPERIKSAAN
PENILAIAN MENENGAH RENDAH
2013
BAHAGIAN A.
ARAHAN AM KEPADA PENGETUA
1. Pengetua hendaklah mengedarkan Jadual Waktu Peperiksaan PMR 2013
kepada semua calon.
2. Pengetua hendaklah memberitahu calon tentang Garis Panduan dan Arahan
Peperiksaan yang dinyatakan dalam Jadual Waktu Peperiksaan PMR 2013
sebelum peperiksaan.
3. Pengetua hendaklah menyemak bahan peperiksaan yang diterima menepati
keperluan menjawab kertas peperiksaan yang ditawarkan di sekolah pada
tahun semasa.
4. Pengetua hendaklah memastikan calon telah membaca dan memahami Garis
Panduan dan Arahan Peperiksaan yang dinyatakan dalam Jadual Waktu
Peperiksaan PMR 2013 dan menandatangani Borang Pengakuan Calon
LP/PMR 7.
5. Pengetua hendaklah memberitahu Bahagian D (Amaran Kepada Calon
Peperiksaan) dalam Jadual Waktu Peperiksaan PMR 2013 kepada calon
sebelum calon masuk ke dewan/bilik peperiksaan.
6. Pengetua hendaklah merujuk kepada Buku Panduan Pengurusan Pusat
Peperiksaan Bertulis (Cetakan 2010) dan Buku Panduan Pengurusan
Peperiksaan (Cetakan 2010).
BAHAGIAN B
ARAHAN AM KEPADA KETUA PENGAWAS PEPERIKSAAN
1. Ketua Pengawas Peperiksaan hendaklah memastikan semua Garis Panduan
dan Arahan Peperiksaan dalam Jadual Waktu Peperiksaan PMR 2013
dimaklumkan kepada calon.
2. Ketua Pengawas Peperiksaan hendaklah mencatatkan di papan tulis dan
memaklumkan kepada calon butiran kod kertas, nama kertas, waktu, masa
peperiksaan dan errata (jika ada) bagi kertas peperiksaan.
3. Ketua Pengawas Peperiksaan hendaklah mengedarkan kertas peperiksaan
mengikut tarikh dan waktu yang tercatat dalam Jadual Waktu Peperiksaan PMR
2013.
4. Ketua Pengawas Peperiksaan hendaklah mengedarkan kertas peperiksaan
dengan muka hadapan kertas peperiksaan di sebelah atas.
3
5. Ketua Pengawas Peperiksaan hendaklah mengarahkan calon menyemak butiran
kod kertas, nama kertas, masa peperiksaan dan arahan pada muka hadapan
kertas peperiksaan bagi memastikan calon mendapat kertas peperiksaan yang
betul.
6. Ketua Pengawas Peperiksaan hendaklah mengedarkan kertas jawapan mengikut
keperluan mata pelajaran seperti yang tercatat pada muka hadapan kertas
peperiksaan.
7. Ketua Pengawas Peperiksaan hendaklah memastikan calon mengemukakan
dokumen sokongan seperti surat perakuan doktor sebagai bukti calon tidak dapat
menduduki mana-mana kertas peperiksaan.
8. Ketua Pengawas Peperiksaan hendaklah memastikan bilangan skrip jawapan
peperiksaan yang dikumpul dan dicatat pada Borang LP/Am 29 Pin. 1/2012 akur
dengan bilangan calon dalam Jadual Kedatangan bagi sesuatu kertas
peperiksaan.
9. Ketua Pengawas Peperiksaan hendaklah merujuk kepada dokumen Panduan
Pengurusan Pusat Peperiksaan Bertulis.
BAHAGIAN C.
ARAHAN KEPADA CALON
1. ARAHAN AM
1.1 Calon wajib menduduki semua kertas peperiksaan bagi mata pelajaran yang
didaftar. Calon yang tidak dapat menduduki mana-mana kertas peperiksaan
sama ada kertas peperiksaan objektif aneka pilihan atau kertas peperiksaan
subjektif atau Pentaksiran Berasaskan Sekolah dianggap TIDAK HADIR bagi
mata pelajaran berkenaan. Calon yang tidak dapat menduduki mana-mana
kertas peperiksaan dikehendaki mengemukakan alasan yang kukuh dan
dibuktikan dengan dokumen sokongan seperti surat perakuan doktor. Dokumen
sokongan ini hendaklah diserahkan kepada Ketua Pengawas Peperiksaan
sebelum tamat tempoh peperiksaan PMR 2013.
1.2 Calon hendaklah menyemak butiran pada Senarai Kemasukan Peperiksaan
sebelum peperiksaan. Calon hendaklah memaklumkan kepada Pengetua
sekiranya terdapat kesilapan maklumat serta mengisi Borang Pembetulan
Maklumat Calon.
1.3 Calon hendaklah membaca Garis Panduan dan Arahan Peperiksaan yang
dinyatakan dalam Jadual Waktu Peperiksaan PMR 2013 dan menandatangani
Borang Pengakuan Calon LP/PMR 7.
2. ARAHAN DI DEWAN/BILIK PEPERIKSAAN
2.1 Calon hendaklah berada di tempat duduk di dalam dewan/bilik peperiksaan 15
minit sebelum peperiksaan dimulakan.
2.2 Calon hendaklah menyemak butiran dan menandatangani Kenyataan
Kemasukan Peperiksaan pada hari pertama peperiksaan.
4
2.3 Calon hendaklah meletakkan Kad Pengenalan atau Dokumen Pengenalan Diri
atau Surat Perakuan Pengenalan Diri daripada Pengetua dan Kenyataan
Kemasukan Peperiksaan di penjuru atas sebelah kanan meja sepanjang waktu
peperiksaan. Calon dilarang menduduki peperiksaan tanpa dokumen berkenaan.
2.4 Calon dibenarkan menduduki peperiksaan atas budi bicara Ketua Pengawas
Peperiksaan sekiranya tiba 30 minit selepas peperiksaan dimulakan. Calon
mestilah mengemukakan alasan yang kukuh. Masa gantian tidak akan
diberikan.
2.5 Calon boleh membuat bantahan sekiranya telah mendaftar untuk menduduki
sesuatu mata pelajaran tetapi kod kertas peperiksaan tersebut tidak tercatat
dalam Jadual Kedatangan. Calon hendaklah mengemukakan Kenyataan
Kemasukan Peperiksaan daripada Lembaga Peperiksaan yang mengandungi
kod kertas dan nama kertas sebagai bukti pendaftaran atau surat kelulusan
Pengarah Peperiksaan. Calon tidak dikenakan bayaran.
3. ARAHAN KEPADA CALON TENTANG KERTAS PEPERIKSAAN
3.1 Calon hendaklah menyemak butiran kod kertas, nama kertas, masa peperiksaan
dan arahan pada muka hadapan kertas peperiksaan bagi memastikan calon
mendapat kertas peperiksaan yang betul.
3.2 Calon hendaklah memaklumkan kepada Ketua Pengawas Peperiksaan dengan
segera jika menerima kertas peperiksaan yang salah atau tidak lengkap.
3.3 Calon hendaklah membaca dan mematuhi semua arahan pada muka hadapan
dan muka belakang (jika ada) kertas peperiksaan sebelum peperiksaan
dimulakan.
4. ARAHAN KEPADA CALON TENTANG KERTAS JAWAPAN DAN SKRIP JAWAPAN
PEPERIKSAAN
4.1 Calon hendaklah memaklumkan kepada Ketua Pengawas Peperiksaan dengan
segera jika menerima kertas jawapan yang tidak menepati keperluan mata
pelajaran seperti yang tercatat pada kertas peperiksaan.
4.2 Calon hendaklah menulis Angka Giliran, Nombor Kad Pengenalan, Kod
Kertas dan Nama Kertas dengan jelas pada ruangan yang disediakan pada
kertas peperiksaan dan kertas jawapan sama ada pada Buku Jawapan (BJ),
Helaian Tambahan (HT), graf, kertas kaligrafi dan sebagainya.
4.3 Calon hendaklah menulis jawapan dengan menggunakan pena mata bola
berdakwat hitam atau biru. Pensel atau pena mata bola berdakwat selain hitam
atau biru boleh digunakan untuk melukis gambar rajah dan peta.
4.4 Calon hendaklah menggunakan kedua-dua halaman pada setiap helaian BJ dan
HT. Tulis jawapan bagi setiap soalan pada halaman yang baharu.
4.5 Calon hendaklah menulis dengan jelas nombor soalan pada kertas jawapan
seperti yang tertera pada kertas peperiksaan. Calon tidak perlu menyalin soalan.
4.6 Calon hendaklah menulis semua jawapan dalam Bahasa Melayu kecuali bagi
kertas peperiksaan yang membenarkan atau memerlukan calon menjawab dalam
bahasa lain.
5
4.7 Calon hendaklah membawa peralatan geometri dan peralatan kaligrafi bagi mata
pelajaran yang memerlukannya.
4.8 Calon hendaklah memastikan Angka Giliran, Nombor Kad Pengenalan, Kod
Kertas dan Nama Kertas telah ditulis dengan betul pada setiap helaian skrip
jawapan peperiksaan apabila diarah berhenti menulis.
4.9 Calon hendaklah pastikan setiap helaian skrip jawapan peperiksaan disusun
mengikut urutan nombor soalan sebelum diikat.
4.10 Calon hendaklah berada di tempat duduk masing-masing semasa skrip jawapan
peperiksaan atau kertas peperiksaan tertutup dikumpul semula oleh Pengawas
Peperiksaan.
5. ARAHAN KEPADA CALON TENTANG JAWAPAN OBJEKTIF BERMAKLUMAT
(JOB) DAN JAWAPAN OBJEKTIF TIDAK BERMAKLUMAT (JOTB)
5.1 Calon yang menerima kertas JOB hendaklah menyemak Nama Calon, Angka
Giliran, Nombor Kad Pengenalan, Kod Kertas dan Nama Kertas pada kertas
JOB berkenaan. Calon dilarang membuat sebarang pindaan terhadap maklumat
yang telah dicetak pada Bahagian A. Kosongkan Bahagian B dan Bahagian C.
5.2 Calon hendaklah memaklumkan kepada Ketua Pengawas Peperiksaan dengan
segera jika menerima kertas JOB yang salah atau tidak lengkap.
5.3 Calon hendaklah menanda ruangan BAHASA DIGUNAKAN untuk menjawab
kertas yang berkenaan.
5.4 Calon hendaklah menggunakan pensel 2B atau BB sahaja.
5.5 Calon yang menerima kertas JOTB hendaklah melengkapkan Nama Calon,
Angka Giliran, Nombor Kad Pengenalan, Kod Kertas dan Nama Kertas pada
ruangan yang disediakan dan hitamkan ruangan yang berkenaan. Kosongkan
Bahagian B dan Bahagian C.
5.6 Calon hendaklah menggunakan getah pemadam jenis lembut sahaja untuk
memadam sehingga bersih tanda jawapan yang tidak dikehendaki. Calon
dilarang menggunakan pemadam jenis cecair, kimia, pelekat atau
seumpamanya.
5.7 Calon dilarang melipat, menggulung atau merenyuk kertas JOB dan JOTB.
5.8 Calon dilarang membuat lubang atau apa-apa tanda yang tidak dikehendaki
pada kertas JOB dan JOTB.
BAHAGIAN D
AMARAN KEPADA CALON PEPERIKSAAN
1. Dilarang membawa masuk sebarang buku, nota, catatan, akhbar, kamus, kertas,
telefon bimbit atau alat-alat komunikasi, kotak pensel, beg dan Jadual Waktu
Peperiksaan PMR 2013 ke dalam dewan/bilik peperiksaan kecuali alat tambahan
yang dibenarkan semasa peperiksaan.
2. Dilarang menulis nota pada dinding atau meja tulis di dewan/bilik peperiksaan.
6
3. Dilarang membuat rujukan di luar dewan/bilik peperiksaan semasa peperiksaan.
4. Dilarang menyamar atau membenarkan orang lain menyamar bagi pihak calon.
5. Dilarang memberi pertolongan, mendapatkan pertolongan, berhubung dengan
orang lain di dalam atau di luar dewan/bilik peperiksaan atau menggunakan
bahasa isyarat untuk tujuan meniru.
6. Dilarang mendedahkan kertas peperiksaan atau/dan skrip jawapan peperiksaan
sehingga boleh dibaca oleh calon lain.
7. Dilarang menukar kertas peperiksaan atau/dan skrip jawapan peperiksaan
dengan calon lain.
8. Dilarang menukar tempat duduk yang telah ditetapkan tanpa kebenaran daripada
Ketua Pengawas Peperiksaan.
9. Dilarang membawa keluar kertas peperiksaan dari dewan/bilik peperiksaan
semasa peperiksaan.
10. Dilarang membawa kertas peperiksaan tertutup dan skrip jawapan
peperiksaan keluar dari dewan/bilik peperiksaan.
11. Dilarang membawa kertas jawapan sama ada yang belum atau pun yang telah
digunakan keluar dari dewan/bilik peperiksaan.
12. Dilarang keluar dari dewan/bilik peperiksaan 30 minit pertama peperiksaan
dimulakan dan 10 minit terakhir sebelum peperiksaan ditamatkan.
13. Dilarang melipat atau merenyuk kertas jawapan sama ada yang belum atau pun
yang telah digunakan.
14. Dilarang mengganggu ketenteraman di dalam atau berhampiran dewan/bilik
peperiksaan semasa peperiksaan.
15. Dilarang memakai pakaian yang tidak sopan dan menjolok mata.
16. Dilarang merokok di dalam dewan/bilik peperiksaan.
17. Sebarang perbuatan yang melanggar peraturan peperiksaan dianggap salah laku
dan akan menyebabkan calon dikenakan tindakan tatatertib. Menurut Peraturan-
Peraturan Pendidikan (Penilaian dan Peperiksaan) 1997 dalam Akta Pendidikan
1996 (Akta 550) salah laku ertinya menipu, menyamar, menyeludup apa-apa
yang tidak dibenarkan atau apa-apa salah laku yang lain yang disifatkan sebagai
suatu salah laku serius oleh Lembaga Peperiksaan. Calon yang disabitkan
dengan mana-mana salah laku di atas boleh dikenakan tindakan berikut:-
17.1 Keputusan peperiksaan digantung sementara menunggu selesainya
penyiasatan;
17.2 Keputusan peperiksaan mana-mana kertas peperiksaan dibatalkan;
17.3 Keputusan peperiksaan yang dikendalikan di sesuatu pusat peperiksaan
diisytiharkan terbatal.
7
BAHAGIAN E
ARAHAN KHAS
KOD KERTAS DAN NAMA KERTAS ARAHAN KHAS
23/1 Geografi
Kertas 1
Calon yang mengambil kertas peperiksaan Geografi
Kertas 1 hendaklah membawa peralatan geometri
dan kalkulator sainstifik.
50/1 Mathematics
Kertas 1
Calon yang mengambil kertas peperiksaan
Mathematics Kertas 1 boleh membawa kalkulator
sainstifik.
50/2 Mathematics
Kertas 2
Calon yang mengambil kertas peperiksaan
Mathematics Kertas 2 hendaklah membawa
peralatan geometri. Calon tidak dibenarkan
menggunakan kalkulator.
02/2 Bahasa Melayu
Kertas 2
Calon dikehendaki menjawab dalam Buku Jawapan
(BJ).
12/2 Bahasa Inggeris
Kertas 2
32/2 Bahasa Cina
Kertas 2
33/2 Bahasa Tamil
Kertas 2
34 Bahasa Punjabi
37/2 Bahasa Iban
Kertas 2
38/2 Bahasa Kadazandusun
Kertas 2
45/1 Pendidikan Islam
Kertas 1
31/1 Bahasa Arab
Kertas 1
Calon dikehendaki menjawab dalam kertas
peperiksaan.
50/2 Mathematics
Kertas 2
55/2 Science
Kertas 2
8
Kertas peperiksaan Tertutup
76/1 Kemahiran Hidup Bersepadu
Kemahiran Teknikal
Kertas 1
Ketua Pengawas Peperiksaan hendaklah
menyerahkan baki kertas peperiksaan Kemahiran
Hidup Bersepadu Kertas 1 kepada Sektor/Unit
Penilaian dan Peperiksaan, Jabatan Pelajaran
Negeri.77/1 Kemahiran Hidup Bersepadu
Ekonomi Rumah Tangga
Kertas 1
78/1 Kemahiran Hidup Bersepadu
Pertanian
Kertas 1
Ketua Pengawas Peperiksaan hendaklah
mengumpul semula kertas peperiksaan Kemahiran
Hidup Bersepadu Kertas 1 selepas tamat waktu
peperiksaan mata pelajaran berkenaan dan
menyerahkannya kepada Sektor/Unit Penilaian dan
Peperiksaan, Jabatan Pelajaran Negeri.
79/1 Kemahiran Hidup Bersepadu
Perdagangan dan
Keusahawanan
Kertas 1
9
JADUAL MASA TAMBAHAN
CALON BERKEPERLUAN KHAS
Masa tambahan yang diperuntukkan ini adalah untuk semua jenis kertas peperiksaan.
Terdapat dua kategori masa tambahan bagi calon berkeperluan khas iaitu Kategori A dan
Kategori B.
Kategori A : Calon Buta, Rabun, Spastik/Cerebral Palsy, Autisme/Sindrom
Down/Attention Deficit Hyperactivity Disorder (ADHD)/Attention Deficit
Disorder (ADD), Disleksia, dan Cacat Anggota.
1. Calon yang mengalami kemalangan layak mendapat masa tambahan ialah calon
yang tidak boleh menulis dengan tangan yang biasa digunakan untuk menulis.
2. Kecederaan-kecederaan lain boleh diberi pertimbangan atas nasihat Pengarah
Pelajaran, Jabatan Pelajaran Negeri (u.p.: Sektor/Unit Penilaian dan Peperiksaan)
Bil.
Masa yang diperuntukkan dalam
Jadual Waktu Peperiksaan PMR
Masa tambahan yang diberi
1 1 jam atau kurang hingga 1 jam 30 minit 30 minit
2 Lebih 1 jam 30 minit hingga 2 jam 30 minit 1 jam
Kategori B : Calon Pekak
Masa tambahan yang diperuntukkan adalah seperti berikut:
Bil.
Masa yang diperuntukkan dalam
Jadual Waktu Peperiksaan PMR
Masa tambahan yang diberi
1 1 jam atau kurang 15 minit
2 1 jam 15 minit 20 minit
3 1 jam 30 minit 25 minit
4 1 jam 45 minit 30 minit
5 2 jam 30 minit
6 2 jam 15 minit 35 minit
7 2 jam 30 minit 40 minit
TARIKH WAKTU
KOD
KERTAS
NAMA KERTAS MASA JENIS KERTAS
8.10 pagi —
9.10 pagi
02/1
Bahasa Melayu
Kertas 1
1 jam
Objektif Aneka
Pilihan
10.20 pagi —
12.20 tengah hari
02/2
Bahasa Melayu
Kertas 2
2 jam Subjektif
2.30 petang —
4.30 petang
45/1
Pendidikan Islam
Kertas 1
2 jam Subjektif
08:10 pagi —
09:10 pagi
12/1
Bahasa Inggeris
Kertas 1
1 jam
Objektif Aneka
Pilihan
10.20 pagi —
11.50 pagi
12/2
Bahasa Inggeris
Kertas 2
1 jam 30
minit
Subjektif
2.30 petang —
3.45 petang
23/1
Geografi
Kertas 1
1 jam 15
minit
Objektif Aneka
Pilihan
PMR 2013
……...
Ketua Pengawas Peperiksaan
mengarahkan calon mengisi
butiran pada muka hadapan
Buku Jawapan
10 minit ……...
2.20 petang —
2.30 petang
……...
Ketua Pengawas Peperiksaan
mengarahkan calon mengisi
butiran pada muka hadapan
Buku Jawapan
JADUAL WAKTU PEPERIKSAAN BERTULIS
RABU
2 Oktober
2013
KHAMIS
3 Oktober
2013
Ketua Pengawas Peperiksaan
mengarahkan calon menyemak
butiran pada Kertas Jawapan
Objektif Bermaklumat
10 minit……...
8.00 pagi —
8.10 pagi
……...
10.10 pagi —
10.20 pagi
Ketua Pengawas Peperiksaan
mengarahkan calon menyemak
butiran pada Kertas Jawapan
Objektif Bermaklumat
10 minit ……...
8.00 pagi —
8.10 pagi
……...
Ketua Pengawas Peperiksaan
mengarahkan calon menyemak
butiran pada Kertas Jawapan
Objektif Bermaklumat
10 minit ……...
10.10 pagi —
10.20 pagi
……...
Ketua Pengawas Peperiksaan
mengarahkan calon mengisi
butiran pada muka hadapan
Buku Jawapan
10 minit ……...
2.20 petang —
2.30 petang
……... 10 minit ……...
10
TARIKH WAKTU
KOD
KERTAS
NAMA KERTAS MASA JENIS KERTAS
PMR 2013
JADUAL WAKTU PEPERIKSAAN BERTULIS
RABU
2 Oktober
2013
Ketua Pengawas Peperiksaan
mengarahkan calon menyemak
butiran pada Kertas Jawapan
Objektif Bermaklumat
10 minit……...
8.00 pagi —
8.10 pagi
……...
8.10 pagi —
9.10 pagi
55/1
Science
Kertas 1
1 jam
Objektif Aneka
Pilihan
10.30 pagi —
12.00 tengah hari
55/2
Science
Kertas 2
1 jam 30
minit
Subjektif
2.30 petang —
3.45 petang
21/1
Sejarah
Kertas 1
1 jam 15
minit
Objektif Aneka
Pilihan
8.10 pagi —
9.25 pagi
50/1
Mathematics
Kertas 1
1 jam 15
minit
Objektif Aneka
Pilihan
10.40 pagi —
12.25 tengah hari
50/2
Mathematics
Kertas 2
1 jam 45
minit
Subjektif
2.30 petang —
4.00 petang
76/1
Kemahiran Hidup Bersepadu
Kemahiran Teknikal
Kertas 1
1 jam 30
minit
Objektif Aneka
Pilihan
2.30 petang —
4.00 petang
77/1
Kemahiran Hidup Bersepadu
Ekonomi Rumah Tangga
Kertas 1
1 jam 30
minit
Objektif Aneka
Pilihan
2.30 petang —
4.00 petang
78/1
Kemahiran Hidup Bersepadu
Pertanian
Kertas 1
1 jam 30
minit
Objektif Aneka
Pilihan
2.30 petang —
4.00 petang
79/1
Kemahiran Hidup Bersepadu
Perdagangan dan
Keusahawanan
Kertas 1
1 jam 30
minit
Objektif Aneka
Pilihan
ISNIN
7 Oktober
2013
SELASA
8 Oktober
2013
8.00 pagi —
8.10 pagi
……...
Ketua Pengawas Peperiksaan
mengarahkan calon menyemak
butiran pada kertas Jawapan
Objektif Bermaklumat
10 minit ……...
10.20 pagi —
10.30 pagi
……...
Ketua Pengawas Peperiksaan
mengarahkan calon mengisi
butiran pada muka hadapan
Kertas Soalan
10 minit ……...
Ketua Pengawas Peperiksaan
mengarahkan calon menyemak
butiran pada Kertas Jawapan
Objektif Bermaklumat
10 minit …….
8.00 pagi —
8.10 pagi
……...
Ketua Pengawas Peperiksaan
mengarahkan calon menyemak
butiran pada Kertas Jawapan
Objektif Bermaklumat
10 minit ……...
2.20 petang —
2.30 petang
……...
10.30 pagi —
10.40 pagi
……...
Ketua Pengawas Peperiksaan
mengarahkan calon mengisi
butiran pada muka hadapan
Kertas Soalan
10 minit ……...
Ketua Pengawas Peperiksaan
mengarahkan calon menyemak
butiran pada Kertas Jawapan
Objektif Bermaklumat
10 minit
2.20 petang —
2.30 petang
……... ……...
11
TARIKH WAKTU
KOD
KERTAS
NAMA KERTAS MASA JENIS KERTAS
PMR 2013
JADUAL WAKTU PEPERIKSAAN BERTULIS
RABU
2 Oktober
2013
Ketua Pengawas Peperiksaan
mengarahkan calon menyemak
butiran pada Kertas Jawapan
Objektif Bermaklumat
10 minit……...
8.00 pagi —
8.10 pagi
……...
8.10 pagi —
10.40 pagi
31/1
Bahasa Arab
Kertas 1
2 jam 30
minit
Subjektif
8.10 pagi —
10.10 pagi
32/2
Bahasa Cina
Kertas 2
2 jam Subjektif
8.10 pagi —
10.10 pagi
33/2
Bahasa Tamil
Kertas 2
2 jam Subjektif
8.10 pagi —
10.10 pagi
34 Bahasa Punjabi 2 jam Subjektif
8.10 pagi —
9.25 pagi
37/2
Bahasa Iban
Kertas 2
1 jam 15
minit
Subjektif
8.10 pagi —
9.25 pagi
38/2
Bahasa Kadazandusun
Kertas 2
1 jam 15
minit
Subjektif
11.50 pagi —
12.50 tengah hari
32/1
Bahasa Cina
Kertas 1
1 jam
Objektif Aneka
Pilihan
11.50 pagi —
12.50 tengah hari
33/1
Bahasa Tamil
Kertas 1
1 jam
Objektif Aneka
Pilihan
11.50 pagi —
12.50 tengah hari
37/1
Bahasa Iban
Kertas 1
1 jam
Objektif Aneka
Pilihan
11.50 pagi —
12.50 tengah hari
38/1
Bahasa Kadazandusun
Kertas 1
1 jam
Objektif Aneka
Pilihan
……...
8.00 pagi —
8.10 pagi
……...
Ketua Pengawas Peperiksaan
mengarahkan calon mengisi
butiran pada muka hadapan
Kertas Soalan
10 minit ……...
11.40 pagi —
11.50 pagi
……...
Ketua Pengawas Peperiksaan
mengarahkan calon menyemak
butiran pada Kertas Jawapan
Objektif Bermaklumat
10 minit ……...
RABU
9 Oktober
2013
08:00 pagi —
08:10 pagi
……...
Ketua Pengawas Peperiksaan
mengarahkan calon mengisi
butiran pada muka hadapan
Buku Jawapan
10 minit
12
LP/PMR 7
LEMBAGA PEPERIKSAAN
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
BORANG PENGAKUAN CALON
GARIS PANDUAN DAN ARAHAN PEPERIKSAAN
DALAM JADUAL WAKTU
PENILAIAN MENENGAH RENDAH 2013
TELAH DIBACA
1. Nama :………………………………………………………………………………………
2. Angka Giliran :
3. Nombor Kad Pengenalan :
- -
4. Pengakuan :
Saya mengaku bahawa telah membaca dan akan mematuhi semua Garis
Panduan dan Arahan Peperiksaan dalam Jadual Waktu Peperiksaan Penilaian
Menengah Rendah 2013.
Tandatangan Calon : ………………………………………………………………...
Tarikh : ……………………..
5. Pengesahan Pengetua :
Tandatangan dan Cap Pengetua: ………………………………………
Tarikh : ………………………
NOTA :
 Sila asingkan borang ini dan serahkan kepada Setiausaha Peperiksaan.
 Setiausaha Peperiksaan dikehendaki menyimpan semua Borang Pengakuan Calon.
 Borang Pengakuan Calon boleh dilupuskan enam bulan selepas pengumuman keputusan PMR 2013.


Contenu connexe

Tendances

Jadual waktu spm 2015
Jadual waktu spm 2015Jadual waktu spm 2015
Jadual waktu spm 2015analufias
 
Jadual waktu upsr 2017.pdf
Jadual waktu upsr 2017.pdfJadual waktu upsr 2017.pdf
Jadual waktu upsr 2017.pdfsham nat
 
Jadual waktu peperiksaan upsr 2013 calon biasa
Jadual waktu peperiksaan upsr 2013 calon biasaJadual waktu peperiksaan upsr 2013 calon biasa
Jadual waktu peperiksaan upsr 2013 calon biasaNoor Aini Samsusah
 
Jadual Waktu SPM 2017
Jadual Waktu SPM 2017Jadual Waktu SPM 2017
Jadual Waktu SPM 2017ciklaili. com
 
Jadual Waktu STAM 2016
Jadual Waktu STAM 2016Jadual Waktu STAM 2016
Jadual Waktu STAM 2016ciklaili. com
 
Jadual Waktu STAM 2015
Jadual Waktu STAM  2015  Jadual Waktu STAM  2015
Jadual Waktu STAM 2015 ciklaili. com
 
Jadual Waktu SPM 2016
Jadual Waktu SPM 2016Jadual Waktu SPM 2016
Jadual Waktu SPM 2016ciklaili. com
 

Tendances (8)

Jadual waktu spm 2015
Jadual waktu spm 2015Jadual waktu spm 2015
Jadual waktu spm 2015
 
Jadual Peperiksaan SPM 2012
Jadual Peperiksaan SPM 2012Jadual Peperiksaan SPM 2012
Jadual Peperiksaan SPM 2012
 
Jadual waktu upsr 2017.pdf
Jadual waktu upsr 2017.pdfJadual waktu upsr 2017.pdf
Jadual waktu upsr 2017.pdf
 
Jadual waktu peperiksaan upsr 2013 calon biasa
Jadual waktu peperiksaan upsr 2013 calon biasaJadual waktu peperiksaan upsr 2013 calon biasa
Jadual waktu peperiksaan upsr 2013 calon biasa
 
Jadual Waktu SPM 2017
Jadual Waktu SPM 2017Jadual Waktu SPM 2017
Jadual Waktu SPM 2017
 
Jadual Waktu STAM 2016
Jadual Waktu STAM 2016Jadual Waktu STAM 2016
Jadual Waktu STAM 2016
 
Jadual Waktu STAM 2015
Jadual Waktu STAM  2015  Jadual Waktu STAM  2015
Jadual Waktu STAM 2015
 
Jadual Waktu SPM 2016
Jadual Waktu SPM 2016Jadual Waktu SPM 2016
Jadual Waktu SPM 2016
 

En vedette

Ppt romantismo proinfo 26.06.2013
Ppt romantismo   proinfo 26.06.2013Ppt romantismo   proinfo 26.06.2013
Ppt romantismo proinfo 26.06.2013Rosana_occhietti
 
Literatura Brasileira: Romance Nordestino de 30.
Literatura Brasileira: Romance Nordestino de 30. Literatura Brasileira: Romance Nordestino de 30.
Literatura Brasileira: Romance Nordestino de 30. Cyntia Borges
 
A literatura brasileira
A literatura  brasileiraA literatura  brasileira
A literatura brasileiraChrys Novaes
 
Interpretação de texto profª elizangela 3º ano noite
Interpretação de texto profª elizangela 3º ano noiteInterpretação de texto profª elizangela 3º ano noite
Interpretação de texto profª elizangela 3º ano noiteluzitania
 
O índio na literatura brasileira
O índio na literatura brasileiraO índio na literatura brasileira
O índio na literatura brasileirama.no.el.ne.ves
 
Interpretação de texto iii
Interpretação de texto iiiInterpretação de texto iii
Interpretação de texto iiiHélio Araújo
 
Conceitos básicos de Literatura
Conceitos básicos de LiteraturaConceitos básicos de Literatura
Conceitos básicos de Literaturaleliovr
 
Literatura Brasileira Historico
Literatura Brasileira  HistoricoLiteratura Brasileira  Historico
Literatura Brasileira Historicoguest4d131d
 

En vedette (13)

Ppt romantismo proinfo 26.06.2013
Ppt romantismo   proinfo 26.06.2013Ppt romantismo   proinfo 26.06.2013
Ppt romantismo proinfo 26.06.2013
 
Literatura Brasileira: Romance Nordestino de 30.
Literatura Brasileira: Romance Nordestino de 30. Literatura Brasileira: Romance Nordestino de 30.
Literatura Brasileira: Romance Nordestino de 30.
 
Articular2009
Articular2009Articular2009
Articular2009
 
O negro na literatura brasileira
O negro na literatura brasileiraO negro na literatura brasileira
O negro na literatura brasileira
 
A literatura brasileira
A literatura  brasileiraA literatura  brasileira
A literatura brasileira
 
Interpretação de texto profª elizangela 3º ano noite
Interpretação de texto profª elizangela 3º ano noiteInterpretação de texto profª elizangela 3º ano noite
Interpretação de texto profª elizangela 3º ano noite
 
O índio na literatura brasileira
O índio na literatura brasileiraO índio na literatura brasileira
O índio na literatura brasileira
 
Interpretação de texto iii
Interpretação de texto iiiInterpretação de texto iii
Interpretação de texto iii
 
Português Enem
Português EnemPortuguês Enem
Português Enem
 
Conceitos básicos de Literatura
Conceitos básicos de LiteraturaConceitos básicos de Literatura
Conceitos básicos de Literatura
 
O que é Literatura?
O que é Literatura?O que é Literatura?
O que é Literatura?
 
Introdução à literatura
Introdução à literaturaIntrodução à literatura
Introdução à literatura
 
Literatura Brasileira Historico
Literatura Brasileira  HistoricoLiteratura Brasileira  Historico
Literatura Brasileira Historico
 

Similaire à PMR 2013 Arahan

Jadual Waktu PMR 2013
Jadual Waktu PMR 2013Jadual Waktu PMR 2013
Jadual Waktu PMR 2013ciklaili. com
 
Jadual Waktu UPSR 2013
Jadual Waktu UPSR 2013Jadual Waktu UPSR 2013
Jadual Waktu UPSR 2013ciklaili. com
 
Jadual upsr2014 calonbiasa
Jadual upsr2014 calonbiasaJadual upsr2014 calonbiasa
Jadual upsr2014 calonbiasaNirmala Rothinam
 
Jadual UPSR 2014
Jadual UPSR 2014Jadual UPSR 2014
Jadual UPSR 2014anonymousxx
 
Jadual Waktu Peperiksaan UPSR 2013
Jadual Waktu Peperiksaan UPSR 2013 Jadual Waktu Peperiksaan UPSR 2013
Jadual Waktu Peperiksaan UPSR 2013 Chon Seong Hoo
 
Jadual Waktu Peperiksaan UPSR 2013
Jadual Waktu Peperiksaan UPSR 2013Jadual Waktu Peperiksaan UPSR 2013
Jadual Waktu Peperiksaan UPSR 2013Sylzt Jazz
 
Jwp upsr 2013 calon biasa
Jwp upsr 2013 calon biasaJwp upsr 2013 calon biasa
Jwp upsr 2013 calon biasaAmiza Hamzah
 
Jadual Waktu SPM 2012
Jadual Waktu SPM 2012Jadual Waktu SPM 2012
Jadual Waktu SPM 2012ciklaili. com
 
Jadual waktu peperiksaan spm 2012
Jadual waktu peperiksaan spm 2012Jadual waktu peperiksaan spm 2012
Jadual waktu peperiksaan spm 2012Sam Pasir Panjang
 
Jw spm 2014 6 august
Jw spm 2014 6 augustJw spm 2014 6 august
Jw spm 2014 6 augustteacherlin
 
Jw spm 2014 6 august
Jw spm 2014 6 augustJw spm 2014 6 august
Jw spm 2014 6 augustteacherlin212
 
Jadual upsr 2014 calonbiasa
Jadual upsr 2014 calonbiasaJadual upsr 2014 calonbiasa
Jadual upsr 2014 calonbiasaTuisyen Geliga
 
Jadual Waktu SPM 2014
Jadual Waktu SPM 2014 Jadual Waktu SPM 2014
Jadual Waktu SPM 2014 Tuisyen Geliga
 
Jadualwaktuspm2015calonbiasa
Jadualwaktuspm2015calonbiasaJadualwaktuspm2015calonbiasa
Jadualwaktuspm2015calonbiasakisas klang
 
Jadual waktu SPM 2011
Jadual waktu SPM 2011 Jadual waktu SPM 2011
Jadual waktu SPM 2011 M D
 
Jadual waktu spm 2011
Jadual waktu spm 2011Jadual waktu spm 2011
Jadual waktu spm 2011Ermie Dharlya
 
Jadual waktu spm 2011
Jadual waktu spm 2011Jadual waktu spm 2011
Jadual waktu spm 2011Ermie Dharlya
 

Similaire à PMR 2013 Arahan (20)

Jadual Waktu PMR 2013
Jadual Waktu PMR 2013Jadual Waktu PMR 2013
Jadual Waktu PMR 2013
 
Jadual waktu pmr 2012
Jadual waktu pmr 2012Jadual waktu pmr 2012
Jadual waktu pmr 2012
 
Jadual Waktu UPSR 2013
Jadual Waktu UPSR 2013Jadual Waktu UPSR 2013
Jadual Waktu UPSR 2013
 
Jadual upsr2014 calonbiasa
Jadual upsr2014 calonbiasaJadual upsr2014 calonbiasa
Jadual upsr2014 calonbiasa
 
Jadual UPSR 2014
Jadual UPSR 2014Jadual UPSR 2014
Jadual UPSR 2014
 
Jadual UPSR 2014
Jadual UPSR 2014 Jadual UPSR 2014
Jadual UPSR 2014
 
Jadual Waktu Peperiksaan UPSR 2013
Jadual Waktu Peperiksaan UPSR 2013 Jadual Waktu Peperiksaan UPSR 2013
Jadual Waktu Peperiksaan UPSR 2013
 
Jadual Waktu Peperiksaan UPSR 2013
Jadual Waktu Peperiksaan UPSR 2013Jadual Waktu Peperiksaan UPSR 2013
Jadual Waktu Peperiksaan UPSR 2013
 
Jwp upsr 2013 calon biasa
Jwp upsr 2013 calon biasaJwp upsr 2013 calon biasa
Jwp upsr 2013 calon biasa
 
Jadual Waktu SPM 2012
Jadual Waktu SPM 2012Jadual Waktu SPM 2012
Jadual Waktu SPM 2012
 
Jadual waktu peperiksaan spm 2012
Jadual waktu peperiksaan spm 2012Jadual waktu peperiksaan spm 2012
Jadual waktu peperiksaan spm 2012
 
Jw spm 2014 6 august
Jw spm 2014 6 augustJw spm 2014 6 august
Jw spm 2014 6 august
 
Jw spm 2014 6 august
Jw spm 2014 6 augustJw spm 2014 6 august
Jw spm 2014 6 august
 
Jadual upsr 2014 calonbiasa
Jadual upsr 2014 calonbiasaJadual upsr 2014 calonbiasa
Jadual upsr 2014 calonbiasa
 
Jadual Waktu SPM 2014
Jadual Waktu SPM 2014 Jadual Waktu SPM 2014
Jadual Waktu SPM 2014
 
JADUAL SPM
JADUAL SPMJADUAL SPM
JADUAL SPM
 
Jadualwaktuspm2015calonbiasa
Jadualwaktuspm2015calonbiasaJadualwaktuspm2015calonbiasa
Jadualwaktuspm2015calonbiasa
 
Jadual waktu SPM 2011
Jadual waktu SPM 2011 Jadual waktu SPM 2011
Jadual waktu SPM 2011
 
Jadual waktu spm 2011
Jadual waktu spm 2011Jadual waktu spm 2011
Jadual waktu spm 2011
 
Jadual waktu spm 2011
Jadual waktu spm 2011Jadual waktu spm 2011
Jadual waktu spm 2011
 

PMR 2013 Arahan

  • 1. LP/PMR 6 ©2013 HAK CIPTA KERAJAAN MALAYSIA LEMBAGA PEPERIKSAAN KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA JADUAL WAKTU PEPERIKSAAN PENILAIAN MENENGAH RENDAH 2013
  • 2. 2 LEMBAGA PEPERIKSAAN KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA GARIS PANDUAN DAN ARAHAN PEPERIKSAAN PENILAIAN MENENGAH RENDAH 2013 BAHAGIAN A. ARAHAN AM KEPADA PENGETUA 1. Pengetua hendaklah mengedarkan Jadual Waktu Peperiksaan PMR 2013 kepada semua calon. 2. Pengetua hendaklah memberitahu calon tentang Garis Panduan dan Arahan Peperiksaan yang dinyatakan dalam Jadual Waktu Peperiksaan PMR 2013 sebelum peperiksaan. 3. Pengetua hendaklah menyemak bahan peperiksaan yang diterima menepati keperluan menjawab kertas peperiksaan yang ditawarkan di sekolah pada tahun semasa. 4. Pengetua hendaklah memastikan calon telah membaca dan memahami Garis Panduan dan Arahan Peperiksaan yang dinyatakan dalam Jadual Waktu Peperiksaan PMR 2013 dan menandatangani Borang Pengakuan Calon LP/PMR 7. 5. Pengetua hendaklah memberitahu Bahagian D (Amaran Kepada Calon Peperiksaan) dalam Jadual Waktu Peperiksaan PMR 2013 kepada calon sebelum calon masuk ke dewan/bilik peperiksaan. 6. Pengetua hendaklah merujuk kepada Buku Panduan Pengurusan Pusat Peperiksaan Bertulis (Cetakan 2010) dan Buku Panduan Pengurusan Peperiksaan (Cetakan 2010). BAHAGIAN B ARAHAN AM KEPADA KETUA PENGAWAS PEPERIKSAAN 1. Ketua Pengawas Peperiksaan hendaklah memastikan semua Garis Panduan dan Arahan Peperiksaan dalam Jadual Waktu Peperiksaan PMR 2013 dimaklumkan kepada calon. 2. Ketua Pengawas Peperiksaan hendaklah mencatatkan di papan tulis dan memaklumkan kepada calon butiran kod kertas, nama kertas, waktu, masa peperiksaan dan errata (jika ada) bagi kertas peperiksaan. 3. Ketua Pengawas Peperiksaan hendaklah mengedarkan kertas peperiksaan mengikut tarikh dan waktu yang tercatat dalam Jadual Waktu Peperiksaan PMR 2013. 4. Ketua Pengawas Peperiksaan hendaklah mengedarkan kertas peperiksaan dengan muka hadapan kertas peperiksaan di sebelah atas.
  • 3. 3 5. Ketua Pengawas Peperiksaan hendaklah mengarahkan calon menyemak butiran kod kertas, nama kertas, masa peperiksaan dan arahan pada muka hadapan kertas peperiksaan bagi memastikan calon mendapat kertas peperiksaan yang betul. 6. Ketua Pengawas Peperiksaan hendaklah mengedarkan kertas jawapan mengikut keperluan mata pelajaran seperti yang tercatat pada muka hadapan kertas peperiksaan. 7. Ketua Pengawas Peperiksaan hendaklah memastikan calon mengemukakan dokumen sokongan seperti surat perakuan doktor sebagai bukti calon tidak dapat menduduki mana-mana kertas peperiksaan. 8. Ketua Pengawas Peperiksaan hendaklah memastikan bilangan skrip jawapan peperiksaan yang dikumpul dan dicatat pada Borang LP/Am 29 Pin. 1/2012 akur dengan bilangan calon dalam Jadual Kedatangan bagi sesuatu kertas peperiksaan. 9. Ketua Pengawas Peperiksaan hendaklah merujuk kepada dokumen Panduan Pengurusan Pusat Peperiksaan Bertulis. BAHAGIAN C. ARAHAN KEPADA CALON 1. ARAHAN AM 1.1 Calon wajib menduduki semua kertas peperiksaan bagi mata pelajaran yang didaftar. Calon yang tidak dapat menduduki mana-mana kertas peperiksaan sama ada kertas peperiksaan objektif aneka pilihan atau kertas peperiksaan subjektif atau Pentaksiran Berasaskan Sekolah dianggap TIDAK HADIR bagi mata pelajaran berkenaan. Calon yang tidak dapat menduduki mana-mana kertas peperiksaan dikehendaki mengemukakan alasan yang kukuh dan dibuktikan dengan dokumen sokongan seperti surat perakuan doktor. Dokumen sokongan ini hendaklah diserahkan kepada Ketua Pengawas Peperiksaan sebelum tamat tempoh peperiksaan PMR 2013. 1.2 Calon hendaklah menyemak butiran pada Senarai Kemasukan Peperiksaan sebelum peperiksaan. Calon hendaklah memaklumkan kepada Pengetua sekiranya terdapat kesilapan maklumat serta mengisi Borang Pembetulan Maklumat Calon. 1.3 Calon hendaklah membaca Garis Panduan dan Arahan Peperiksaan yang dinyatakan dalam Jadual Waktu Peperiksaan PMR 2013 dan menandatangani Borang Pengakuan Calon LP/PMR 7. 2. ARAHAN DI DEWAN/BILIK PEPERIKSAAN 2.1 Calon hendaklah berada di tempat duduk di dalam dewan/bilik peperiksaan 15 minit sebelum peperiksaan dimulakan. 2.2 Calon hendaklah menyemak butiran dan menandatangani Kenyataan Kemasukan Peperiksaan pada hari pertama peperiksaan.
  • 4. 4 2.3 Calon hendaklah meletakkan Kad Pengenalan atau Dokumen Pengenalan Diri atau Surat Perakuan Pengenalan Diri daripada Pengetua dan Kenyataan Kemasukan Peperiksaan di penjuru atas sebelah kanan meja sepanjang waktu peperiksaan. Calon dilarang menduduki peperiksaan tanpa dokumen berkenaan. 2.4 Calon dibenarkan menduduki peperiksaan atas budi bicara Ketua Pengawas Peperiksaan sekiranya tiba 30 minit selepas peperiksaan dimulakan. Calon mestilah mengemukakan alasan yang kukuh. Masa gantian tidak akan diberikan. 2.5 Calon boleh membuat bantahan sekiranya telah mendaftar untuk menduduki sesuatu mata pelajaran tetapi kod kertas peperiksaan tersebut tidak tercatat dalam Jadual Kedatangan. Calon hendaklah mengemukakan Kenyataan Kemasukan Peperiksaan daripada Lembaga Peperiksaan yang mengandungi kod kertas dan nama kertas sebagai bukti pendaftaran atau surat kelulusan Pengarah Peperiksaan. Calon tidak dikenakan bayaran. 3. ARAHAN KEPADA CALON TENTANG KERTAS PEPERIKSAAN 3.1 Calon hendaklah menyemak butiran kod kertas, nama kertas, masa peperiksaan dan arahan pada muka hadapan kertas peperiksaan bagi memastikan calon mendapat kertas peperiksaan yang betul. 3.2 Calon hendaklah memaklumkan kepada Ketua Pengawas Peperiksaan dengan segera jika menerima kertas peperiksaan yang salah atau tidak lengkap. 3.3 Calon hendaklah membaca dan mematuhi semua arahan pada muka hadapan dan muka belakang (jika ada) kertas peperiksaan sebelum peperiksaan dimulakan. 4. ARAHAN KEPADA CALON TENTANG KERTAS JAWAPAN DAN SKRIP JAWAPAN PEPERIKSAAN 4.1 Calon hendaklah memaklumkan kepada Ketua Pengawas Peperiksaan dengan segera jika menerima kertas jawapan yang tidak menepati keperluan mata pelajaran seperti yang tercatat pada kertas peperiksaan. 4.2 Calon hendaklah menulis Angka Giliran, Nombor Kad Pengenalan, Kod Kertas dan Nama Kertas dengan jelas pada ruangan yang disediakan pada kertas peperiksaan dan kertas jawapan sama ada pada Buku Jawapan (BJ), Helaian Tambahan (HT), graf, kertas kaligrafi dan sebagainya. 4.3 Calon hendaklah menulis jawapan dengan menggunakan pena mata bola berdakwat hitam atau biru. Pensel atau pena mata bola berdakwat selain hitam atau biru boleh digunakan untuk melukis gambar rajah dan peta. 4.4 Calon hendaklah menggunakan kedua-dua halaman pada setiap helaian BJ dan HT. Tulis jawapan bagi setiap soalan pada halaman yang baharu. 4.5 Calon hendaklah menulis dengan jelas nombor soalan pada kertas jawapan seperti yang tertera pada kertas peperiksaan. Calon tidak perlu menyalin soalan. 4.6 Calon hendaklah menulis semua jawapan dalam Bahasa Melayu kecuali bagi kertas peperiksaan yang membenarkan atau memerlukan calon menjawab dalam bahasa lain.
  • 5. 5 4.7 Calon hendaklah membawa peralatan geometri dan peralatan kaligrafi bagi mata pelajaran yang memerlukannya. 4.8 Calon hendaklah memastikan Angka Giliran, Nombor Kad Pengenalan, Kod Kertas dan Nama Kertas telah ditulis dengan betul pada setiap helaian skrip jawapan peperiksaan apabila diarah berhenti menulis. 4.9 Calon hendaklah pastikan setiap helaian skrip jawapan peperiksaan disusun mengikut urutan nombor soalan sebelum diikat. 4.10 Calon hendaklah berada di tempat duduk masing-masing semasa skrip jawapan peperiksaan atau kertas peperiksaan tertutup dikumpul semula oleh Pengawas Peperiksaan. 5. ARAHAN KEPADA CALON TENTANG JAWAPAN OBJEKTIF BERMAKLUMAT (JOB) DAN JAWAPAN OBJEKTIF TIDAK BERMAKLUMAT (JOTB) 5.1 Calon yang menerima kertas JOB hendaklah menyemak Nama Calon, Angka Giliran, Nombor Kad Pengenalan, Kod Kertas dan Nama Kertas pada kertas JOB berkenaan. Calon dilarang membuat sebarang pindaan terhadap maklumat yang telah dicetak pada Bahagian A. Kosongkan Bahagian B dan Bahagian C. 5.2 Calon hendaklah memaklumkan kepada Ketua Pengawas Peperiksaan dengan segera jika menerima kertas JOB yang salah atau tidak lengkap. 5.3 Calon hendaklah menanda ruangan BAHASA DIGUNAKAN untuk menjawab kertas yang berkenaan. 5.4 Calon hendaklah menggunakan pensel 2B atau BB sahaja. 5.5 Calon yang menerima kertas JOTB hendaklah melengkapkan Nama Calon, Angka Giliran, Nombor Kad Pengenalan, Kod Kertas dan Nama Kertas pada ruangan yang disediakan dan hitamkan ruangan yang berkenaan. Kosongkan Bahagian B dan Bahagian C. 5.6 Calon hendaklah menggunakan getah pemadam jenis lembut sahaja untuk memadam sehingga bersih tanda jawapan yang tidak dikehendaki. Calon dilarang menggunakan pemadam jenis cecair, kimia, pelekat atau seumpamanya. 5.7 Calon dilarang melipat, menggulung atau merenyuk kertas JOB dan JOTB. 5.8 Calon dilarang membuat lubang atau apa-apa tanda yang tidak dikehendaki pada kertas JOB dan JOTB. BAHAGIAN D AMARAN KEPADA CALON PEPERIKSAAN 1. Dilarang membawa masuk sebarang buku, nota, catatan, akhbar, kamus, kertas, telefon bimbit atau alat-alat komunikasi, kotak pensel, beg dan Jadual Waktu Peperiksaan PMR 2013 ke dalam dewan/bilik peperiksaan kecuali alat tambahan yang dibenarkan semasa peperiksaan. 2. Dilarang menulis nota pada dinding atau meja tulis di dewan/bilik peperiksaan.
  • 6. 6 3. Dilarang membuat rujukan di luar dewan/bilik peperiksaan semasa peperiksaan. 4. Dilarang menyamar atau membenarkan orang lain menyamar bagi pihak calon. 5. Dilarang memberi pertolongan, mendapatkan pertolongan, berhubung dengan orang lain di dalam atau di luar dewan/bilik peperiksaan atau menggunakan bahasa isyarat untuk tujuan meniru. 6. Dilarang mendedahkan kertas peperiksaan atau/dan skrip jawapan peperiksaan sehingga boleh dibaca oleh calon lain. 7. Dilarang menukar kertas peperiksaan atau/dan skrip jawapan peperiksaan dengan calon lain. 8. Dilarang menukar tempat duduk yang telah ditetapkan tanpa kebenaran daripada Ketua Pengawas Peperiksaan. 9. Dilarang membawa keluar kertas peperiksaan dari dewan/bilik peperiksaan semasa peperiksaan. 10. Dilarang membawa kertas peperiksaan tertutup dan skrip jawapan peperiksaan keluar dari dewan/bilik peperiksaan. 11. Dilarang membawa kertas jawapan sama ada yang belum atau pun yang telah digunakan keluar dari dewan/bilik peperiksaan. 12. Dilarang keluar dari dewan/bilik peperiksaan 30 minit pertama peperiksaan dimulakan dan 10 minit terakhir sebelum peperiksaan ditamatkan. 13. Dilarang melipat atau merenyuk kertas jawapan sama ada yang belum atau pun yang telah digunakan. 14. Dilarang mengganggu ketenteraman di dalam atau berhampiran dewan/bilik peperiksaan semasa peperiksaan. 15. Dilarang memakai pakaian yang tidak sopan dan menjolok mata. 16. Dilarang merokok di dalam dewan/bilik peperiksaan. 17. Sebarang perbuatan yang melanggar peraturan peperiksaan dianggap salah laku dan akan menyebabkan calon dikenakan tindakan tatatertib. Menurut Peraturan- Peraturan Pendidikan (Penilaian dan Peperiksaan) 1997 dalam Akta Pendidikan 1996 (Akta 550) salah laku ertinya menipu, menyamar, menyeludup apa-apa yang tidak dibenarkan atau apa-apa salah laku yang lain yang disifatkan sebagai suatu salah laku serius oleh Lembaga Peperiksaan. Calon yang disabitkan dengan mana-mana salah laku di atas boleh dikenakan tindakan berikut:- 17.1 Keputusan peperiksaan digantung sementara menunggu selesainya penyiasatan; 17.2 Keputusan peperiksaan mana-mana kertas peperiksaan dibatalkan; 17.3 Keputusan peperiksaan yang dikendalikan di sesuatu pusat peperiksaan diisytiharkan terbatal.
  • 7. 7 BAHAGIAN E ARAHAN KHAS KOD KERTAS DAN NAMA KERTAS ARAHAN KHAS 23/1 Geografi Kertas 1 Calon yang mengambil kertas peperiksaan Geografi Kertas 1 hendaklah membawa peralatan geometri dan kalkulator sainstifik. 50/1 Mathematics Kertas 1 Calon yang mengambil kertas peperiksaan Mathematics Kertas 1 boleh membawa kalkulator sainstifik. 50/2 Mathematics Kertas 2 Calon yang mengambil kertas peperiksaan Mathematics Kertas 2 hendaklah membawa peralatan geometri. Calon tidak dibenarkan menggunakan kalkulator. 02/2 Bahasa Melayu Kertas 2 Calon dikehendaki menjawab dalam Buku Jawapan (BJ). 12/2 Bahasa Inggeris Kertas 2 32/2 Bahasa Cina Kertas 2 33/2 Bahasa Tamil Kertas 2 34 Bahasa Punjabi 37/2 Bahasa Iban Kertas 2 38/2 Bahasa Kadazandusun Kertas 2 45/1 Pendidikan Islam Kertas 1 31/1 Bahasa Arab Kertas 1 Calon dikehendaki menjawab dalam kertas peperiksaan. 50/2 Mathematics Kertas 2 55/2 Science Kertas 2
  • 8. 8 Kertas peperiksaan Tertutup 76/1 Kemahiran Hidup Bersepadu Kemahiran Teknikal Kertas 1 Ketua Pengawas Peperiksaan hendaklah menyerahkan baki kertas peperiksaan Kemahiran Hidup Bersepadu Kertas 1 kepada Sektor/Unit Penilaian dan Peperiksaan, Jabatan Pelajaran Negeri.77/1 Kemahiran Hidup Bersepadu Ekonomi Rumah Tangga Kertas 1 78/1 Kemahiran Hidup Bersepadu Pertanian Kertas 1 Ketua Pengawas Peperiksaan hendaklah mengumpul semula kertas peperiksaan Kemahiran Hidup Bersepadu Kertas 1 selepas tamat waktu peperiksaan mata pelajaran berkenaan dan menyerahkannya kepada Sektor/Unit Penilaian dan Peperiksaan, Jabatan Pelajaran Negeri. 79/1 Kemahiran Hidup Bersepadu Perdagangan dan Keusahawanan Kertas 1
  • 9. 9 JADUAL MASA TAMBAHAN CALON BERKEPERLUAN KHAS Masa tambahan yang diperuntukkan ini adalah untuk semua jenis kertas peperiksaan. Terdapat dua kategori masa tambahan bagi calon berkeperluan khas iaitu Kategori A dan Kategori B. Kategori A : Calon Buta, Rabun, Spastik/Cerebral Palsy, Autisme/Sindrom Down/Attention Deficit Hyperactivity Disorder (ADHD)/Attention Deficit Disorder (ADD), Disleksia, dan Cacat Anggota. 1. Calon yang mengalami kemalangan layak mendapat masa tambahan ialah calon yang tidak boleh menulis dengan tangan yang biasa digunakan untuk menulis. 2. Kecederaan-kecederaan lain boleh diberi pertimbangan atas nasihat Pengarah Pelajaran, Jabatan Pelajaran Negeri (u.p.: Sektor/Unit Penilaian dan Peperiksaan) Bil. Masa yang diperuntukkan dalam Jadual Waktu Peperiksaan PMR Masa tambahan yang diberi 1 1 jam atau kurang hingga 1 jam 30 minit 30 minit 2 Lebih 1 jam 30 minit hingga 2 jam 30 minit 1 jam Kategori B : Calon Pekak Masa tambahan yang diperuntukkan adalah seperti berikut: Bil. Masa yang diperuntukkan dalam Jadual Waktu Peperiksaan PMR Masa tambahan yang diberi 1 1 jam atau kurang 15 minit 2 1 jam 15 minit 20 minit 3 1 jam 30 minit 25 minit 4 1 jam 45 minit 30 minit 5 2 jam 30 minit 6 2 jam 15 minit 35 minit 7 2 jam 30 minit 40 minit
  • 10. TARIKH WAKTU KOD KERTAS NAMA KERTAS MASA JENIS KERTAS 8.10 pagi — 9.10 pagi 02/1 Bahasa Melayu Kertas 1 1 jam Objektif Aneka Pilihan 10.20 pagi — 12.20 tengah hari 02/2 Bahasa Melayu Kertas 2 2 jam Subjektif 2.30 petang — 4.30 petang 45/1 Pendidikan Islam Kertas 1 2 jam Subjektif 08:10 pagi — 09:10 pagi 12/1 Bahasa Inggeris Kertas 1 1 jam Objektif Aneka Pilihan 10.20 pagi — 11.50 pagi 12/2 Bahasa Inggeris Kertas 2 1 jam 30 minit Subjektif 2.30 petang — 3.45 petang 23/1 Geografi Kertas 1 1 jam 15 minit Objektif Aneka Pilihan PMR 2013 ……... Ketua Pengawas Peperiksaan mengarahkan calon mengisi butiran pada muka hadapan Buku Jawapan 10 minit ……... 2.20 petang — 2.30 petang ……... Ketua Pengawas Peperiksaan mengarahkan calon mengisi butiran pada muka hadapan Buku Jawapan JADUAL WAKTU PEPERIKSAAN BERTULIS RABU 2 Oktober 2013 KHAMIS 3 Oktober 2013 Ketua Pengawas Peperiksaan mengarahkan calon menyemak butiran pada Kertas Jawapan Objektif Bermaklumat 10 minit……... 8.00 pagi — 8.10 pagi ……... 10.10 pagi — 10.20 pagi Ketua Pengawas Peperiksaan mengarahkan calon menyemak butiran pada Kertas Jawapan Objektif Bermaklumat 10 minit ……... 8.00 pagi — 8.10 pagi ……... Ketua Pengawas Peperiksaan mengarahkan calon menyemak butiran pada Kertas Jawapan Objektif Bermaklumat 10 minit ……... 10.10 pagi — 10.20 pagi ……... Ketua Pengawas Peperiksaan mengarahkan calon mengisi butiran pada muka hadapan Buku Jawapan 10 minit ……... 2.20 petang — 2.30 petang ……... 10 minit ……... 10
  • 11. TARIKH WAKTU KOD KERTAS NAMA KERTAS MASA JENIS KERTAS PMR 2013 JADUAL WAKTU PEPERIKSAAN BERTULIS RABU 2 Oktober 2013 Ketua Pengawas Peperiksaan mengarahkan calon menyemak butiran pada Kertas Jawapan Objektif Bermaklumat 10 minit……... 8.00 pagi — 8.10 pagi ……... 8.10 pagi — 9.10 pagi 55/1 Science Kertas 1 1 jam Objektif Aneka Pilihan 10.30 pagi — 12.00 tengah hari 55/2 Science Kertas 2 1 jam 30 minit Subjektif 2.30 petang — 3.45 petang 21/1 Sejarah Kertas 1 1 jam 15 minit Objektif Aneka Pilihan 8.10 pagi — 9.25 pagi 50/1 Mathematics Kertas 1 1 jam 15 minit Objektif Aneka Pilihan 10.40 pagi — 12.25 tengah hari 50/2 Mathematics Kertas 2 1 jam 45 minit Subjektif 2.30 petang — 4.00 petang 76/1 Kemahiran Hidup Bersepadu Kemahiran Teknikal Kertas 1 1 jam 30 minit Objektif Aneka Pilihan 2.30 petang — 4.00 petang 77/1 Kemahiran Hidup Bersepadu Ekonomi Rumah Tangga Kertas 1 1 jam 30 minit Objektif Aneka Pilihan 2.30 petang — 4.00 petang 78/1 Kemahiran Hidup Bersepadu Pertanian Kertas 1 1 jam 30 minit Objektif Aneka Pilihan 2.30 petang — 4.00 petang 79/1 Kemahiran Hidup Bersepadu Perdagangan dan Keusahawanan Kertas 1 1 jam 30 minit Objektif Aneka Pilihan ISNIN 7 Oktober 2013 SELASA 8 Oktober 2013 8.00 pagi — 8.10 pagi ……... Ketua Pengawas Peperiksaan mengarahkan calon menyemak butiran pada kertas Jawapan Objektif Bermaklumat 10 minit ……... 10.20 pagi — 10.30 pagi ……... Ketua Pengawas Peperiksaan mengarahkan calon mengisi butiran pada muka hadapan Kertas Soalan 10 minit ……... Ketua Pengawas Peperiksaan mengarahkan calon menyemak butiran pada Kertas Jawapan Objektif Bermaklumat 10 minit ……. 8.00 pagi — 8.10 pagi ……... Ketua Pengawas Peperiksaan mengarahkan calon menyemak butiran pada Kertas Jawapan Objektif Bermaklumat 10 minit ……... 2.20 petang — 2.30 petang ……... 10.30 pagi — 10.40 pagi ……... Ketua Pengawas Peperiksaan mengarahkan calon mengisi butiran pada muka hadapan Kertas Soalan 10 minit ……... Ketua Pengawas Peperiksaan mengarahkan calon menyemak butiran pada Kertas Jawapan Objektif Bermaklumat 10 minit 2.20 petang — 2.30 petang ……... ……... 11
  • 12. TARIKH WAKTU KOD KERTAS NAMA KERTAS MASA JENIS KERTAS PMR 2013 JADUAL WAKTU PEPERIKSAAN BERTULIS RABU 2 Oktober 2013 Ketua Pengawas Peperiksaan mengarahkan calon menyemak butiran pada Kertas Jawapan Objektif Bermaklumat 10 minit……... 8.00 pagi — 8.10 pagi ……... 8.10 pagi — 10.40 pagi 31/1 Bahasa Arab Kertas 1 2 jam 30 minit Subjektif 8.10 pagi — 10.10 pagi 32/2 Bahasa Cina Kertas 2 2 jam Subjektif 8.10 pagi — 10.10 pagi 33/2 Bahasa Tamil Kertas 2 2 jam Subjektif 8.10 pagi — 10.10 pagi 34 Bahasa Punjabi 2 jam Subjektif 8.10 pagi — 9.25 pagi 37/2 Bahasa Iban Kertas 2 1 jam 15 minit Subjektif 8.10 pagi — 9.25 pagi 38/2 Bahasa Kadazandusun Kertas 2 1 jam 15 minit Subjektif 11.50 pagi — 12.50 tengah hari 32/1 Bahasa Cina Kertas 1 1 jam Objektif Aneka Pilihan 11.50 pagi — 12.50 tengah hari 33/1 Bahasa Tamil Kertas 1 1 jam Objektif Aneka Pilihan 11.50 pagi — 12.50 tengah hari 37/1 Bahasa Iban Kertas 1 1 jam Objektif Aneka Pilihan 11.50 pagi — 12.50 tengah hari 38/1 Bahasa Kadazandusun Kertas 1 1 jam Objektif Aneka Pilihan ……... 8.00 pagi — 8.10 pagi ……... Ketua Pengawas Peperiksaan mengarahkan calon mengisi butiran pada muka hadapan Kertas Soalan 10 minit ……... 11.40 pagi — 11.50 pagi ……... Ketua Pengawas Peperiksaan mengarahkan calon menyemak butiran pada Kertas Jawapan Objektif Bermaklumat 10 minit ……... RABU 9 Oktober 2013 08:00 pagi — 08:10 pagi ……... Ketua Pengawas Peperiksaan mengarahkan calon mengisi butiran pada muka hadapan Buku Jawapan 10 minit 12
  • 13. LP/PMR 7 LEMBAGA PEPERIKSAAN KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA BORANG PENGAKUAN CALON GARIS PANDUAN DAN ARAHAN PEPERIKSAAN DALAM JADUAL WAKTU PENILAIAN MENENGAH RENDAH 2013 TELAH DIBACA 1. Nama :……………………………………………………………………………………… 2. Angka Giliran : 3. Nombor Kad Pengenalan : - - 4. Pengakuan : Saya mengaku bahawa telah membaca dan akan mematuhi semua Garis Panduan dan Arahan Peperiksaan dalam Jadual Waktu Peperiksaan Penilaian Menengah Rendah 2013. Tandatangan Calon : ………………………………………………………………... Tarikh : …………………….. 5. Pengesahan Pengetua : Tandatangan dan Cap Pengetua: ……………………………………… Tarikh : ……………………… NOTA :  Sila asingkan borang ini dan serahkan kepada Setiausaha Peperiksaan.  Setiausaha Peperiksaan dikehendaki menyimpan semua Borang Pengakuan Calon.  Borang Pengakuan Calon boleh dilupuskan enam bulan selepas pengumuman keputusan PMR 2013. 