Beginners Guide to TikTok for Search - Rachel Pearson - We are Tilt __ Bright...
Sekapur sireh
1. Sekapur Sireh
Assalamu’alaikum Warahmatullah Wabarakatuh
BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Allah SWT kerana warga pendidik di Sekolah Menengah Kebangsaan Landas dikurniakan ilham,
kewarasan dan kesedaran untuk memartabatkan pendidikan cemerlang demi masa depan yang cemerlang, gemilang dan terbilang kepada anak didik kita.
Saya berharap dan berdoa semoga kerja buat kita untuk menjayakan Perancangan Strategik SMKL bagi tujuan memperkasakan diri ke arah persaingan
merebut kecemerlangan dalam pengurusan pendidikan ini diberkati oleh Allah SWT. Saya juga berharap agar Buku Perancangan Strategik Sekolah yang
mengandungi lapan bidang pengurusan ini akan menjadi satu buku rujukan untuk dihayati bersama oleh seluruh warga SMKL. Apa yang kita impikan ialah
kita akan berjaya menghasilkan para pelajar cemerlang akademik , cemerlang kokurikulum dan mempunyai gaya hidup yang sejahtera, yang mampu memberi
sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara. Untuk menjadikan impian tersebut sebagai kenyataan; pelbagai
keperluan lain mesti disediakan seperti pengurusan dan pentadbiran sekolah yang berkesan, budaya dan iklim sekolah yang kondusif, program pembangunan
insan yang terancang serta pelbagai aktiviti sokongan yang benar-benar dapat membina jati diri, displin diri, daya saing serta kemahiran sosial yang mantap di
kalangan anak didik kita. Oleh sebab itu bentuk perancangan strategik yang kita janakan adalah selari dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan, iaitu
seimbang dan menyeluruh atau holistik.
Buku Perancangan Strategik SMKL (2008 – 2010) ini mengandungi dasar kualiti pengurusan sekolah yang disusun secara terperinci dan sistematik
dalam aspek analisis swot, isu,matlamat dan objektif serta pelan strategik mengikut bidang pengurusan masing-masing. Buku ini juga dihasilkan dengan
tujuan untuk memberi panduan kepada seluruh warga SMKL tentang visi, misi dan hala tuju yang akan kita patuhi dalam tempoh tiga tahun ke hadapan
secara jelas dan berfokus. Oleh itu perancangan ini perlu difahami dan dihayati, dirujuk dan diaplikasikan dari semasa ke semasa untuk menjadikan SMKL
sebagai sebuah sekolah yang terbilang pada tahun 2010. Insya-Allah.
Sekian, Wabillahi Taufik Walhidayah.. Assalamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
En. Awang b. Ibrahim
Pengetua,
Sekolah Menengah Kebangsaan Landas,
21820 Ajil, Terengganu.