1. TUGASAN 1
Menganalisis satu jurnal yang berasaskan kajian
mengenai e-pembelajaran.
Membentangkan persoalan, kaedah dan dapatan
kajian
Kesedaran, penilaian dan penerimaan
e-pembelajaran dalam kalangan
ahli akademik.
2. TUJUAN KAJIAN
• Tujuan utama kajian ini adalah untuk mengenal
pasti tahap kesedaran, penilaian dan dan
penerimaan e-pembelajaran dalam kalangan
ahli akademik terutamanya dalam proses
pembelajaran dan pengajaran
3. PERSOALAN KAJIAN
• Tahap kesedaran, penilaian dan penerimaan e-
pembelajaran dalam kalangan ahli akademik
yang dapat membantu proses pengajaran dan
pembelajaran di IPT.
• Penilaian terhadap hubungan yang signifikan
antara kefahaman terhadap e-pembelajaran
dengan kesediaan pembelajaran arahan kendiri
dalam kalangan ahli akademik.
4. PERSOALAN KAJIAN
• Tahap penerimaan bagi penggunaan e-
pembelajaran dalam membantu proses
pembelajaran dan pengajaran di IPT.
5. TEORI
• Teori Resapan Inovasi oleh Rogers’ telah
dijadikan asas untuk mengenal pasti tahap
penerimaan e-pembelajaran dalam pengajaran.
Ini penting kerana penerimaan e-pembelajaran
berupaya mempercepatkan pengajaran dan
proses pembelajaran dengan lebih efektif.
6. • Penerimaan e-pembelajaran dapat menukar
modul tradisional, kos program dan bilik darjah
dalam versi atas talian, bahkan penggunaan
teknologi e-pembelajaran dapat menyumbang
kepada persekitaran pengajaran dan
pembelajaran yang fleksibel.
7. KAEDAH KAJIAN
• Reka bentuk tinjauan.
• . Kaedah kajian ini turut menggunakan kaedah
non-probability kerana tujuan kajian bukan
untuk digeneralisasikan kepada keseluruhan
populasi.
• Kajian yang telah dijalankan berbentuk kajian
deskriptif yang bertujuan memberi gambaran
awal tentang kesediaan penerimaan e-
pembelajaran dalam kalangan ahli akademik.
8. • 165 borang soal selidik telah diedarkan
• 119 borang soal selidik telah berjaya
dikumpulkan mengikut Pusat Pengajian.
Analisis kuantitatif menggunakan program
SPSS.
• Data yang diperolehi seterusnya ditukar kepada
kod-kod tertentu yang akan mewakili pemboleh
ubah yang terdapat dalam soal selidik.
• Seterusnya, data dianalisis menggunakan
kaedah analisis deskriptif seperti frekuensi,
peratusan, min, sisihan piawaian dan kaedah
analisis inferensi seperti Ujian-t dan Anova.
9. DAPATAN KAJIAN
• Dapatan kajian menunjukkan penerimaan
responden terhadap penggunaan e-
pembelajaran adalah baik kerana majoriti
responden memahami keseluruhan konsep dan
tanggungjawab yang harus diambil dalam
melaksanakan e-pembelajaran dengan baik dan
berkesan.