Ce diaporama a bien été signalé.
Nous utilisons votre profil LinkedIn et vos données d’activité pour vous proposer des publicités personnalisées et pertinentes. Vous pouvez changer vos préférences de publicités à tout moment.

Apa Itu WiFi

9 209 vues

Publié le

Slideshow ini mengandungi hyperlink.. ok.. slideshow ni mmg berguna untuk sapa2 yang kurang pasti akan wifi.. lihatlah..

Publié dans : Périphériques & matériel
  • Soyez le premier à commenter

Apa Itu WiFi

  1. 1. WI-FI PRESENTATION INI AKAN MENERANGKANTENTANG WIFI DENGAN LEBIH LANJUT LAGI
  2. 2. KANDUNGAN1. MAKSUD WI-FI2. SPESIFIKASI WI-FI3. KEBAIKAN WI-FI4. KELEMAHAN WI-FI5. CARA MENGATASI KELEMAHAN WI-FI6. KESIMPULAN PENGHARGAAN
  3. 3. 1. MAKSUD WI-FIWi-fi atau singkatan daripada wireless fidelity adalahteknologi yang memungkinkan bagi pengguna komputerdan perkakasan rangkaian lain yang mendokongteknologi seperti Personal Digital Assistan (PDA) dantelefon bimbit untuk berkomunikasi dalam jaringan LANatau mengakses internet denganjaringan broadband tanpa jaringan kabel. Denganmenggunakan sebuah Wi-fi AP atau wireless router,sebuah jaringan LAN atau internet boleh diakses tanpakabel dalam linkungan 300 kaki persegi atau sekitarlingkungan 100 meter. Liputan Wi-fi di INTAN merangkumisetiap sudut dan boleh diakses setiap masa oleh pesertakursus dan pelawat-pelawat di INTAN untuk akses kepadaLAN INTAN.
  4. 4. 2. SPESIFIKASI WI-FIWi-Fi dirancang berdasarkan spesifikasi IEEE 802.11. Sekarang ini ada empat variasi dari 802.11, yaitu:802.11a, 802.11n ,802.11b, 802.11g .Spesifikasi b merupakan produk pertama Wi-Fi. Di seluruh dunia,frekuensi yang digunakan oleh Wi-Fi, pengguna tidak diperlukan untuk mendapatkan ijin dari pengaturlokal (misal, Komisi Komunikasi Federal di A.S.). 802.11a menggunakan frekuensi yang lebih tinggi danoleh sebab itu daya jangkaunya lebih sempit, lainnya sama. lVersi Wi-Fi yang paling luas dalam pasaranAS sekarang ini (berdasarkan dalam IEEE 802.11b/g) beroperasi pada 2.400 MHz sampai 2.483,50 MHz.Dengan begitu mengijinkan operasi dalam 11 channel (masing-masing 5 MHz), Channel 2 – 2,417 MHz;Secara teknis operasional, Wi-Fi merupakan salah satu varian teknologi komunikasi dan informasi yangbekerja pada jaringan dan perangkat WLAN (wireless local area network). Dengan kata lain, Wi-Fi adalahsertifikasi merek dagang yang diberikan pabrikan kepada perangkat telekomunikasi (internet) yangbekerja di jaringan WLAN dan sudah memenuhi kualitas kapasitas interoperasi yang dipersyaratkan.Teknologi internet berbasis Wi-Fi dibuat dan dikembangkan sekelompok insinyur Amerika Syarikat yangbekerja pada Institute of Electrical and Electronis Engineers (IEEE) berdasarkan standard teknisperangkat bernombor 802.11b, 802.11a dan 802.16. Perangkat Wi-Fi sebenarnya tidak hanya mampubekerja di jaringan WLAN, tetapi juga di jaringan Wireless Metropolitan Area Network (WMAN).Konsekuensinya, pengguna yang ingin melakukan surfing atau browsing berita dan informasi di Internet,cukup membawa PDA (pocket digital assistance) atau laptop berkemampuan Wi-Fi ke tempat dimanaterdapat access point atau hotspot. Peningkatan kuantiti pengguna Internet berbasis teknologi Wi-Fiyang semakin menggejala di berbagai belahan dunia, telah mendorong Internet service providers (ISP)
  5. 5. 3. KEBAIKAN WI-FIDengan WLAN, pengguna boleh akses sistem komunikasirangkaian tanpa perlu mencari tempat sebagai sambungankabel ke rangkaian. Selain itu, pengurus rangkaian juga bolehkonfigur atau menambah jaringan tanpa perlu melakukaninstalasi atau pun penambahan kabel. Di INTAN, WLANmenawarkan beberapa kelebihan seperti produktivi,keselesaan, dan keuntungan dari segi kos berbanding denganjaringan kabel rangkaian tradisional. Berikut adalah kebaikanwi-fi :
  6. 6. ANTARA KEBAIKAN WI-FI ADA 6 KEBAIKAN PENGGUNAAN WI-FI
  7. 7. 3.1 MobalitiSistem wireless LAN dapat menyediakan kemudahan aksesmaklumat secara real-time, dimana saja dalam kampus-kampusINTAN. Mobiliti seperti ini dapat meningkatkan produktiviti dankualiti perkhidmatan jaringan rangkaian LAN kepada peserta-peserta kursus dan pelawat di INTAN berbanding jaringan kabel.Dengan itu, peserta-peserta kursus dapat akses kepada aplikasi-aplikasi INTAN seperti sistem E-Pembelajaran EPSA danperkhidmatan internet di mana sahaja mereka berada di dalamkawasan kampus INTAN.
  8. 8. 3.2 Instalasi/Konfigurasi cepat dan ringkasInstalasi dan konfigurasi sistem wireless LAN sangatringkas dan mudah berbanding instalasi jaringan kabelyang memerlukan penarikan kabel melalui syiling, lantaiatau dinding. Dengan itu, pemasangan LAN tidak lagimemerlukan kerja-kerja pengubahsuaian lantai, syilingdan dinding kerana dengan hanya memasangsesebuah access point (AP) sudah memadai dalamlingkungan tertentu.
  9. 9. 3.3 FleksibilitiTeknologi wireless memungkinkan suatu jaringan LAN bolehdicapai oleh tempat-tempat yang tidak dapat dicapai denganjaringan kabel. Perkhidmatan LAN kepada peserta kursusyang berada di luar bangunan-bangunan dan kawasan yangtidak mempunyai sambungan jaringan kabel rangkaian diINTAN tidak lagi mustahil dengan WLAN. Akses kepadasistem komunikasi INTAN boleh dilakukan disetiap sudut danpenjuru di INTAN yang mempunyai liputan WLAN.
  10. 10. 3.4 Mengurangkan KosMeskipun kos pelaburan awal ke atas instalasi wireless LANuntuk membeli peralatan perkakasan WLAN lebih tinggidaripada perkakasan jaringan kabel, namun biladiperhitungkan secara keseluruhan, instalasi dan life-cycle kosnya, maka secara signifikan ianya lebih murah. DiINTAN, WLAN digunakan dalam lingkungan kerja yangdinamik iaitu sentiasa memenuhi pergerakan dan perubahan.Maka keuntungan jangka panjangnya pada suatu WLAN akanjauh lebih besar bila dibandingkan dengan jaringan LANkabel. Pemasangan WLAN boleh bertahan dan dapatmemenuhi keperluan pengguna di INTAN tanpa pemasangankabel-kabel baru.
  11. 11. 3.5 SkalabilitiSistem komunikasi WLAN boleh dikonfigurasikan dalamberbagai jenis topologi untuk memenuhi keperluanpengguna. Konfigurasi dapat diubah dengan mudahmengikut jaringan peer-to-peer yang bersesuaian untukjumlah pengguna yang kecil seperti dalam sesebuahbilik kuliah atau dewan yang kecil di INTAN hinggalahkepada infrastruktur rangkaian yang mampu melayaniribuan pengguna dan memungkinkanroaming dalamkawasan yang luas.
  12. 12. 3.6 Bebas KabelBebas kabel ini merujuk kepada keadaan kabel rangkaianyang berserabut atau lebih dikenali dengan perkataanpopular iaitu “Spaghetti Free”. Ini kerana setiap kalisambungan baru dibuat, jaringan kabel rangkaian baru perludibuat. Sekiranya kerja pengkabelan tersebut tidak dibuatdengan kemas maka proses pengenalpastian masalah akanmenjadi rumit terutama pada rak switches. Selain itu,kewujudan kabel rangkaian yang banyak di atas siling, ataslantai dan pada dinding juga mengakibatkan kurangkekemasan kepada ruang pejabat. Oleh itu, penggunaanWLAN mampu menyelesaikan masalah susunan kabeltersebut.
  13. 13. 4. KELEMAHAN WI-FIWalaupaun WLAN sering menjadi pilihan setiap organisasiterutama di INTAN, tetapi terdapat kelemahan-kelemahanyang boleh menjejaskan aspek produktiviti capaian, Qualityof Service (QoS) dan keselamatan rangkaian tersebut. Antarakelemahan-kelemahan WLAN ialah isu-isu kelajuan capaian,prestasi tidak stabil, mudah dicerobohi, kelemahankonfigurasi dan kelemahan standard enkripsi. Berikut adalahkelemahan Wi-Fi :
  14. 14. ANTARA KELEMAHAN WI-FI ADA 5 KELEMAHAN PENGGUNAAN WI-FI
  15. 15. 4.1 Kelemahan Kelajuan Akses CapaianKaedah capaian WLAN yang menggunakan gelombang yangmembolehkan ianya dikongsi oleh banyak penggunamengakibatkan kelajuan capaian kepada rangkaian terjejas.Ini kerana, AP yang digunakan tidak mempunyai fungsi untukmenyediakan perkhidmatan jalur lebar yang sama ratadicapai oleh pengguna. Oleh itu, semakin ramai penggunamembuat capaian menerusi AP tersebut maka jalur lebartersebut akan dikongsi bersama oleh pengguna yang lain.Sekiranya seorang pengguna WiFi membuat capaian yangbesar kepada
  16. 16. 4.2 Prestasi Isyarat Tidak Stabil Teknologi WLAN yang menggunakan gelombang radio pada julat 2.4Ghz mudah terganggu sekiranya terdapat ganguan isyarat disekelilingnya. Ganguan isyarat atau lebih tepat dikenali sebagai “interference signal” yang dimaksudkan adalah gangguan terhadap gelombang radio yang dihantar kepada node dan gelombang yang diterima daripada node. Antara contoh gangguan yang menjejaskan prestasi dan ketidakstabilan isyarat ialah gelombang bunyi dipersekitaran capaian rangkaian antara AP dan node. Bunyi yang bising menyebabkan gelombang signal radio WLANterganggu dan seterusnya mengakibatkan penghantaran data melaluinya turut terjejas. Selain itu, gangguan isyarat gelombang juga terjadi apabila halangan fizikal yang banyak di sesuatu lokasi. Halangan fizikal ini adalah seperti dinding, syiling dan lantai. Isyarat gelombang WLAN akan berkurangan apabila melalui halangan fizikal ini dan mungkin tidak akan sampai ke sudut yang terhalang walaupun masih lagi dalam jarak radius lingkungan capaian AP. Selain itu, akibat capaian yang terlalu ramai dan penggunaan rangkaian yang berat terhadap satu AP juga turut mengakibatkan prestasiWLAN selalu hang dan ini mengakibatkan ketidakstabilan rangkaian.
  17. 17. 4.3 Kelemahan Standard Enkripsi Wired Equivalency Privacy atau WEP merupakan salah satu standard enkripsi yang digunakan terutamanya dalam sistem komunikasi WLAN. Komunikasi antara AP dan node dalam sesebuah WLAN menggunakan enkripsi WEP ini memiliki kelemahan yang boleh menjejaskan keselamatan rangkaian. Data yang telah dienkripsi menggunakan teknologi ini boleh dipecahkan oleh penceroboh rangkaian dengan cepat dan mudah. Selain WEP, standard enkripsi lain ialah Wifi Protected Access atau WPA. Enkripsi WPA lebih kuat berbanding WEP. Bagaimanapun, ia juga boleh dipecahkan oleh penceroboh tetapi tidak semudah dan secepat WEP.
  18. 18. 4.4 Kelemahan KonfigurasiKelemahan konfigurasi adalah kelemahan yang paling ketara terhadapkeselamatan. Pemasangan dan penggunaan produk WLAN yang diset secarasetting default paling mudah diceroboh. Pada kebiasaannya, pihak vendor yangmengeluar dan membekalkan produk WLAN akan memberi kesenangankepada pelanggan terhadap produk yang dijual terutamanya dari segi mudahmelakukan instalasi dan pemasangan peralatan dengan menggunakanpendekatan setting default. Namun, implikasi keselamatan juga bolehmenimbulkan risiko yang besar. Hal ini berlaku sekiranya aturan (setting) padaperalatan tidak diubah dan masih menggunakan default settingseperti namaService Set Identifier (SSID), alamat Internet Protocol (IP) pada AP,remotemanagement, DHCP enable serta kata laluan. Perkara ini akan memberi ruangyang sangat besar kepada penceroboh-penceroboh rangkaian untuk akses kedalam rangkaian secara tidak sah kerana penceroboh biasanya akanmengetahui setting default bagi peralatan wireless LAN tersebut.
  19. 19. 4.5 Terdedah kepada pencerobohan Akses kepada penggunaan WLAN tidak dapat dikawal kerana ia berasaskan isyaratroaming. Oleh itu, mana-mana stesen atau node yang berada dalam lingkungan isyaratroaming akan dapat akases kepada WLAN. Ini akan membolehkan penceroboh melusuri rangkaian INTAN melalui mana-mana lokasi di INTAN atau luar kawasan INTAN tanpa disedari. Ini akan menyebabkan seluruh rangkaian INTAN mudah terdedah kepada serangan, ancaman dan pencerobohan yang boleh mengundang isu-isu keselamatan yang serius.
  20. 20. 5. Cadangan Mengatasi Kelemahan Wi-FiWalaupun mempunyai kelemahan-kelemahan yang nyata terhadap WLAN, implimentasiWLAN tetap perlu dilakukan bagi memenuhi permintaan pihak Pengurusan INTAN. Oleh itu,pendekatan terbaik dalam pemasangan WLAN di INTAN ialah dengan melakukanpemasangan AP pada setiap sudut ruangan pejabat dan bangunan di kampus INTANdengan menitikberatkan aspek keselamatan ICT. Terdapat banyak teknik-teknik mengatasikelemahan WLAN seperti penyembunyian SSID, WEP atau WPA, dan sebagainya. Namumhanya dua (2) pendekatan keselamatan yang digunakan di INTAN iaitu menapisalamatMedia Access Control (MAC), sistem pengesanan pencerobohan (IDS) dan sistempenghalang pencerobohan (IPS). Pendekatan ini diambil kerana ia memberi tahapkeselamatan WLAN yang tinggi selari dengan kesenangan kepada pengguna WLAN INTANterutama peserta kursus untuk akses WLAN dimana-mana lokasi di INTAN dan pada bila-bilamasa sahaja. Selain itu, implimentasi dan senibina WLAN di INTAN adalah mengikut garispanduan dan polisi keselamatan MAMPU.
  21. 21. CARA-CARA MENGATASI KELEMAHAN WI-FIADA 3 CARA UNTUK MENGATASI KELEMAHAN WI-FI
  22. 22. 5.1 Menapis Alamat Media Access Control (MAC)Media Access Control (MAC) merupakan satu kaedah yangmenggunakan alamat fizikal perkakasan komputer bagimengelakkan dan mengenalpasti sekiranya berlaku pencerobohan.Setiap komputer kakitangan INTAN dan peserta kursus di INTANyang menggunakan WLAN hendaklah didaftarkan menggunakanalamat fizikal komputer. Setiap komputer mempunyai alamatfizikal perkakasan komputer yang berbeza dan unik. Penapis MAChanya akan membenarkan alamat MAC yang telah didaftarkandalam setting wireless router sahaja yang boleh dirangkaikanuntuk mendapatkan kemudahan LAN INTAN dan internet. Denganitu, mana-mana komputer yang tidak mendaftar alamat MAC akandinafikan akses kepada WLAN.
  23. 23. 5.2 Sistem Pengesanan Pencerobohandan Sistem Penghalang PencerobohanPenggunaan sistem pengesanan pencerobohan (IDS) dan sistem penghalangpencerobohan (IPS) untuk WLAN INTAN sangat efisen dan efektif. Produkyang digunakan ialah AirTight. Pemasangan unit-unit AirTight dilakukan padasetiap sudut di INTAN yang mempunyai liputan isyarat WLAN. Fungsi AirTightialah mengesan isyarat-isyarat yang ganjil seperti paten serangan daripadanode dan seterusnya menghalang isyarat tersebut daripada akses kepadakepada AP. Selain itu, AirTight juga dapat mengesan dan menghalang mana-mana isyarat-isyarat adhoc dalam lingkungannya. Oleh kerana akses WLANboleh dilakukan dimana-mana sahaja dalam lingkungan liputan isyarat AP,maka lokasi sebenar node sukar untuk dikesan. Bagaimanapun, AirTight dapatmengatasi masalah ini dengan menyediakan peta/pelan lokasi node dalamsesebuah WLAN dengan tepat kepada pentadbir rangkaian. Dengan itu, lokasipenceroboh boleh dikesan dengan tepat kedudukan lokasinya.
  24. 24. 5.3 Pematuhan Garis Panduan dan Polisi Keselamatan MAMPUBagi mewujudkan sistem komunikasi WLAN yang terbaikuntuk INTAN, Arahan Keselamatan dan para 4.4.3.2 MyMISdijadikan landasan rujukan utama. Selain itu, Pekeliling AmBilangan 3 Tahun 2000 bertajuk “Rangka Dasar KeselamatanTeknologi Maklumat dan Komunikasi Kerajaan” bersamaDasar Keselamatan ICT JPA juga dijadikan panduan sertarujukan kepada pelaksanaan kawalan keselamatan ICT bagisestem WLAN.
  25. 25. 6. KesimpulanMelihat perkembangan teknologi komunikasi pada masa hadapan,sudah dapat dipastikan bahawa teknologi tanpa wayar akanmendominasi sektor komunikasi ini. Teknologi tanpa wayarmempunyai kelebihan dari segi mudah digunakan, mudah alih dan kosefektif. Selain itu, teknologi tanpa wayar ini juga merupakan teknologiyang berpotensi berkembang pesat dan mempunyai keupayaan untukdipertingkatkan. Bagaimanapun, pelaksanaan WLAN di agensi-agensikerajaan serta langkah kawalan keselamatan perlu diutamakan dansentiasa dipantau. Ini kerana, fleksibiliti yang terdapat pada WLAN inijika tidak diurus dengan baik akan menyebabkan masalah keselamatanICT di agensi tersebut.
  26. 26. SEKIAN TERIMA KASIH Typewriter : ZulSyah 1BFor more information about this person, you can open zulsyah.blogspot.com or www.class2study.co.nr or you can send him an email : zul_syah_9@hotmail.com zul_syah_7@yahoo.com zul.syah.aqilah@gmail.com

×