SlideShare une entreprise Scribd logo
1  sur  4
CONTOH KAJIAN KES – Proses pembuatan keputusan 
Untuk mempraktikan teori-teori Proses Membuat Keputusan dalam keadaan yang sebenar, saya 
akan menggunakan projek yang telah kumpulan kami kaji dalam Studio Pengurusan 300. Projek 
Bayan World Megamall merupakan projek yang telah terbenkalai selama lebih kurang 2 tahun. 
Projek ini adalah jenis komersil. Saya akan mengaplikasikan sekurang-kurangnya satu 
pendekatan untuk mengatasi masalah yang akan wujud dalam keenam-enam peringkat proses 
pembuatan keputusan. Pemilihan dan penggunaan teknik-teknik yang sesuai untuk 
penyelesaian masalah adalah penting dalam proses membuat keputusan yang baik. 
3.1 KENALPASTI KEPERLUAN, SITUASI DAN MASLAH 
Dalam Projek Bayan World Megamall, masalah yang menyebabkan kebengkalaian projek adalah 
disebabkan oleh faktor dalaman dan faktor luaran. 
Faktor-faktor Dalaman adalah terdiri daripada; 
Sistem Pengurusan yang lemah. 
Masalah Kewangan. 
Faktor-faktor Luaran adalah terdiri daripada; 
Keadaan Pasaran 
Kegawatan Ekonomi. 
Persaingan dalam Industri Binaan. 
SWOT Analysis digunakan untuk mengenalpasti masalah yang wujud ini dengan lebih teliti dan 
jelas lalu mencari penyelesaian dan mengenalpasti faktor-faktor strategi yang berkaitan dalam 
membuat keputusan. Analisis SWOT merupakan kaedah lembut dalam proses membuat 
keputusan. 
Tujuan utama ialah analisis SWOT adalah mengenalpasti sifat-sifat seperti Kekuatan (strength), 
Kelemahan (weakness), Peluang (opportunities), dan Ancaman (threats). Tujuan utama ini bukan sahaja 
membina analisis SWOT tetapi adalah untuk menterjemahkan keputusan analisis itu kepada langkah-langkah 
yang khusus untuk membantu mengembangkan sesebuah firma dengan jayanya. Walaupun 
analisis SWOT merupakan satu pandangan ringkas terhadap situasi analisis, hal ini adalah berdasarkan 4 
asas yang penting iaitu: 
a) Mengenalpasti trend dalam industri 
b) Mengenalpasti pesaing-pesaing industri 
c) Menilai firma sendiri 
d) Menyelidik pelanggan yang sedia ada dan perspektifnya. 
Jadual di bawah adalah Analisis SWOT dengan menganalisis faktor dalaman dan faktor luaran 
yang mempengaruhi peluang dan ancaman pasaran oleh Projek Bayan World Megamall dengan
secara am. 
Faktor 
Dalaman Kekuatan Kelemahan 
Pengurusan 
Merupakan syarikat yang terkenal dan 
mempunyai pengalaman dalam bidang 
pembinaan. 
Kontraktor-kontraktor yang 
mengakibatkan projek berhenti sebab 
masalah pengurusan dan kewangan. 
Kewangan 
Syarikat Anson Perdana merupakan 
syarikat yang public listed dan 
mempunyai banyak modal. 
Kebanyakan modal terikat dalam 
plantation estate kerana hasil plantation ini 
tidak dapat dijual. 
Faktor Luaran Peluang Ancaman 
Pasaran 
Lokasi yang strategi, sistem pengangkutan 
yang baik dan merupakan bangunan komersil 
yang terbesar di kawasan itu. 
Pasaran terhadap ruang niaga di 
Pulau Pinang adalah mengalami 
lebihan penawaran. 
Ekonomi Pendapatan penduduk semakin meningkat dan 
ini menggalakkan. Kegawatan ekonomi berlaku. 
Persaingan Rekabentuk dan teknologi binaan yang 
canggih. 
Kompleks Bukit Jambul dan 
Kompleks Pasific. 
3.2 DIAGNOSIS DAN ANALISIS SEBAB 
Jika masalah-masalah telah dikenalpasti maka kita boleh menggunakan alat-alat penganalisis 
untuk mengumpul dan mempamerkan maklumat. Pada peringkat ini, Analisis Sensitiviti 
digunakan dan ia merupakan Kaedah Keras dalam proses membuat keputusan. Maklumat-maklumat 
yang perlu untuk menghasilkan Analisis Sensitiviti boleh didapati daripada pelbagai 
sektor, seperti laporan ekonomi, jabatan-jabatan berkanun dan kerajaan seperti Jabatan Penilaian 
dan perkhidmatan harta dan sebagainya untuk mendapat maklumat terkini tentang kajian pasaran 
yang terkini. 
Dalam analisis Sensitiviti, perubahan harga buruh dan masa dapat mempengaruhi kos pembinaan 
keseluruhan projek. Dalam analisis ini, kita dapat memerhatikan secara jelas bagaimana 
perubahan yang sedikit dalam sebahagian kos pembinaan akan memberikan perubahan yang 
ketara dalam bahagian yang lain. Dengan ini, maka dapat dijangkakan risiko dan ketidakpastian 
yang wujud. Melalui analisis ini, adalah senang memberikan gambaran yang jelas kepada 
pelabur sejauh mana sesuatu projek pembangunan dapat dilaksanakan atau tidak kerana 
keputusan dalam analisis ini memberikan penyelesaian yang cepat dan mengambilkira risiko 
yang akan dihadapi supaya memberi satu batasan kepada pelabur tentang kejayaan projek. 
3.3 PEMBENTUKAN ALTERNATIF 
Apabila masalah-masalah dan keperluan telah dikenalpasti dan telah mendapat penyelesaian 
maka kita akan memasuki dalam proses pembentukan alternatif-alternatif baru.
Teknik Brainstorming adalah digunakan dalam peringkat itu untuk menjanakan alternatif dan ia 
merupakan Kaedah Lembut dalam proses membuat keputusan. Brainstorming merupakan satu 
teknik yang menggalakkan ahli-ahli kumpulan untuk melahirkan seberapa banyak idea yang 
aneh dan ganjil yang mungkin dalam sebuah topik tanpa menilaikannya. Terdapat empat 
peraturan semasa menggunakan teknik Brainstorming, iaitu: 
a) Tiada penilaian tentang idea yang dijanakan. 
b) Galakan idea yang ‘gila’ (freewheel). 
c) Tambahkan kepada idea yang telah diberikan. 
d) Fokuskan kepada kuantiti idea, bukan kualiti. 
Walaupun Brainstorming adalah khususnya dijalankan dalam satu kumpulan, hukumnya boleh 
digunakan secara individu. Pengurus mengambil beberapa langkah penyelesaian yang mungkin 
termasuk idea-idea yang bernilai dan cuba melahirkan satu kapasiti idea yang tinggi dan 
menggabungkan idea-idea semasa. Cara-cara yang lain untuk melahirkan idea-idea baru akan 
dinilaikan dengan lebih lanjut apabila kita membincangkan kekreatifan. Dalam pada itu, hal ini 
adalah penting untuk memberi perhatian kepada sejumlah alternatif yang harus dilahirkan 
semasa fasa membuat keputusan. 
Selain itu, Nominal Group Technique (NGT) juga diaplikasikan dalam peringkat ini dan teknik 
ini merupakan Kaedah Lembut dalam proses membuat keputusan. NGT merupakan teknik yang 
menggabungkan kerja individu dan kumpulan yang saling bertindak dalam ‘ground rules’ yang 
tertentu. Teknik ini dimajukan adalah untuk memelihara individu dan kumpulan, dan untuk 
mengatasi kecenderungan ahli kumpulan untuk mengkritik idea-idea yang telah dibentuk. 
Selepas menggunakan teknik Brainstorming dan teknik Nominal Group, alternatif-alternatif yang 
terbentuk untuk mengatasi Projek Bayan World Megamall yang terbenkalai adalah seperti 
berikut: 
Alternatif 1 
Ruang Niaga – 70% dijual dan 30% disewakan. 
Anchor Tenant Disewa 
Pembinaan mini water world dibatalkan. 
Alternatif 2 
Ruang Niaga- 80% dijual dan 20% disewa. 
Anchor Tenant dijual 
Pembinaan mini water world dibatalkan. 
3.4 PEMILIHAN ALTERNATIF 
Terdapat 2 alternatif telah dibentuk dalam projek megamall itu. Pendekatan Groupthink telah 
digunakan dalam menjalankan pemilihan alternatifdan ia merupakan jenis Kaedah Lembut. 
Groupthink merupakan satu kecenderungan dalam perpaduan sesuatu kumpulan untuk mencari 
persetujuan bagi isu dalam merealistikkan penilaian dalam situasi. Menurut teori dalam 
Groupthink, ahli kumpulan adalah menumpukan perhatian dalam memelihara perpaduan dalam 
kumpulan dan mereka adalah enggan membangkitkan isu yang akan menyebabkan perselisihan 
atau membekalkan maklumat yang akan membuktikan kecemasan dalam perbincangan. 
Kelebihan-kelebihan yang wujud dalam Groupthink ialah: 
a) Banyak maklumat dan pengetahuan yang akan difokuskan pada sesuatu isu. 
b) Pertambahan bilangan dan mempelbagaikan alternatif yang boleh dimajukan.
c) Pemahaman yang baik dalam penerimaan keputusan akhir. 
d) Ahli kumpulan akan membentukkan pengetahuan dan kemahiran untuk kegunaan masa depan. 
Kaedah Nilai Kini Bersih (NKB) juga digunakan dalam memilih alternatif dan ia merupakan 
Kaedah Keras dalam membuat keputusan. NKB untuk menguji kedayamajuan kedua-dua 
alternatif yang dijanakan ini, maka, aliran tunai disediakan dan didiskaunkan dengan kadar 
diskaun tertentu. Andaian-andaian juga dinyatakan secara jelas dan terang supaya ia adalah 
penting dalam meneruskan sesuatu penilaian dengan kaedah-kaedah ini. 
Untuk kaedah NKB, nilai kini semua pendapatan masa hadapan dari sesuatu pelaburan 
dibandingkan dengan semua perbelanjaan masa depan. Jika nilai kini pendapatan melebihi nilai 
kini perbelanjaan , maka boleh diperkatakan projek itu menguntungkan. 
Selepas menggunakan pendekatan Groupthink dan pendekatan Nilai Kini Bersih, maka alternatif 
1 telah dipilih untuk dilaksanakan. 
3.5 PELAKSANAAN ALTERNATIF YANG TERPILIH 
Selepas diketahui bahawa alternatif telah dipilih, maka satu strategi pelaksanaan telah disediakan 
untuk menjayakan pelaksanaan alternatif itu. Strategi pelaksanaan yang digunakan 
ialah Teknologi, Struktur & Human Resources. Strategi ini merupakan Kaedah Lembut dalam 
proses membuat keputusan. 
Strategi Teknologi melibatkan pengetahuan, peralatan, lekapan dan teknik kerja yang digunakan 
oleh sesebuah organisasi untuk melaksanakan sesuatu projek. Teknologi merupakan faktor yang 
penting dalam strategi pelaksanaan. 
Strategi Struktur organisasi merupakan contoh yang formal dalam mengeratkan dan 
mengkoordinasikan individu dan kumpulan untuk mencapai maklamat organisasi. 
Strategi Human Resources adalah pekerja-pekerja dalam sesebuah organisasi. Pengalaman dan 
kemahiran pekerja merupakan satu kelebihan aset dalam persaingan. 
Dalam melaksanakan alternatif 1 yang telah dipilih maka pemaju akan membawa teknologi 
binaan dan rekabentuk yang canggih dan kontraktor-komtraktor dan konsultant-konsultant yang 
berpengalaman dan mahir untuk meneruskan projek itu. 
3.6 PENILAIAN DAN MAKLUM BALAS 
Kriteria keputusan yang telah dibentuk bagi menghuraikan jenis keputusan yang telah dibuat 
adalah Pendekatan Maksimin. Pendekatan ini telah dikemukakan oleh Wald dan andaian dibuat 
dalam pendekatan terlalu pesimistik. Keputusannya pula melibatkan risiko yang minimum dan 
keterjaminan pulangan yang positif. Faktor yang boleh ‘merosakkan’ keputusan ialah kejatuhan 
pasaran harta. 
Pemaju Projek Bayan World Megamall adalah lebih bersifat konservatif dan pemaju yang ingin 
menggunakannya secara tekal. Oleh itu pendekatan Maksimin telah dipilih.

Contenu connexe

Tendances

Cara penulisan-bibliografi
Cara penulisan-bibliografiCara penulisan-bibliografi
Cara penulisan-bibliografi
naninami
 
Pendekatan, strategi, kaedah dan teknik pengajaran
Pendekatan, strategi, kaedah dan teknik pengajaranPendekatan, strategi, kaedah dan teknik pengajaran
Pendekatan, strategi, kaedah dan teknik pengajaran
BynaNie MaiRa
 
5.4 pengurusan dan pentadbiran sekolah
5.4 pengurusan dan pentadbiran sekolah5.4 pengurusan dan pentadbiran sekolah
5.4 pengurusan dan pentadbiran sekolah
ali ahmad
 
Contoh laporan-kajian-tindakan (1)
Contoh laporan-kajian-tindakan (1)Contoh laporan-kajian-tindakan (1)
Contoh laporan-kajian-tindakan (1)
Pensil Dan Pemadam
 

Tendances (20)

Sorotan literatur Dr Kamarul
Sorotan literatur Dr KamarulSorotan literatur Dr Kamarul
Sorotan literatur Dr Kamarul
 
Kata tugas berdasarkan taksonomi bloom
Kata tugas berdasarkan taksonomi bloomKata tugas berdasarkan taksonomi bloom
Kata tugas berdasarkan taksonomi bloom
 
Abstrak Kajian Ilmiah
Abstrak Kajian IlmiahAbstrak Kajian Ilmiah
Abstrak Kajian Ilmiah
 
Gaya kepimpinan
Gaya kepimpinanGaya kepimpinan
Gaya kepimpinan
 
Kaedah penyelidikan (persampelan)
Kaedah  penyelidikan (persampelan)Kaedah  penyelidikan (persampelan)
Kaedah penyelidikan (persampelan)
 
Definisi pembolehubah
Definisi pembolehubahDefinisi pembolehubah
Definisi pembolehubah
 
Cara penulisan-bibliografi
Cara penulisan-bibliografiCara penulisan-bibliografi
Cara penulisan-bibliografi
 
Peranan Pengacara Majlis
Peranan Pengacara MajlisPeranan Pengacara Majlis
Peranan Pengacara Majlis
 
Penghargaan
PenghargaanPenghargaan
Penghargaan
 
Tinjauan literatur
Tinjauan literaturTinjauan literatur
Tinjauan literatur
 
Contoh refleksi
Contoh refleksiContoh refleksi
Contoh refleksi
 
Cadangan penambahbaikan
Cadangan penambahbaikanCadangan penambahbaikan
Cadangan penambahbaikan
 
Rubrik slaid
Rubrik slaidRubrik slaid
Rubrik slaid
 
Penghargaan
PenghargaanPenghargaan
Penghargaan
 
Pendekatan, strategi, kaedah dan teknik pengajaran
Pendekatan, strategi, kaedah dan teknik pengajaranPendekatan, strategi, kaedah dan teknik pengajaran
Pendekatan, strategi, kaedah dan teknik pengajaran
 
Full assignment
Full assignmentFull assignment
Full assignment
 
Etika penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi secara beretika
Etika penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi secara beretikaEtika penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi secara beretika
Etika penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi secara beretika
 
5.4 pengurusan dan pentadbiran sekolah
5.4 pengurusan dan pentadbiran sekolah5.4 pengurusan dan pentadbiran sekolah
5.4 pengurusan dan pentadbiran sekolah
 
Contoh laporan-kajian-tindakan (1)
Contoh laporan-kajian-tindakan (1)Contoh laporan-kajian-tindakan (1)
Contoh laporan-kajian-tindakan (1)
 
SCES3152 Contoh Proposal Projek Inovasi Digital
SCES3152 Contoh Proposal Projek Inovasi DigitalSCES3152 Contoh Proposal Projek Inovasi Digital
SCES3152 Contoh Proposal Projek Inovasi Digital
 

En vedette

Laporan analisis kajian kes
Laporan analisis kajian kesLaporan analisis kajian kes
Laporan analisis kajian kes
fitri norlida
 
Toeri persatuan & ciri ciri persatuan
Toeri persatuan & ciri ciri persatuanToeri persatuan & ciri ciri persatuan
Toeri persatuan & ciri ciri persatuan
Hafeez Ismail
 
62086767 definisi-kelab-dan-persatuan
62086767 definisi-kelab-dan-persatuan62086767 definisi-kelab-dan-persatuan
62086767 definisi-kelab-dan-persatuan
Haryati Ismail
 
Kertas kerja persatuan bahasa tamil siap
Kertas kerja persatuan bahasa tamil siapKertas kerja persatuan bahasa tamil siap
Kertas kerja persatuan bahasa tamil siap
Ponggiannan Ganasan
 
Penyediaan kertas kerja projek persatuan
Penyediaan kertas kerja projek persatuanPenyediaan kertas kerja projek persatuan
Penyediaan kertas kerja projek persatuan
Fatin Asyiqin
 
Pengenalan kpd persatuan
Pengenalan kpd persatuanPengenalan kpd persatuan
Pengenalan kpd persatuan
Azie Zainal
 
Pengurusan Kokurikulum Di Sekolah (Jamal)
Pengurusan Kokurikulum Di Sekolah (Jamal)Pengurusan Kokurikulum Di Sekolah (Jamal)
Pengurusan Kokurikulum Di Sekolah (Jamal)
Jamaludin Mohamad Nawi
 
Penilaian Kokurikulum Terkini
Penilaian Kokurikulum TerkiniPenilaian Kokurikulum Terkini
Penilaian Kokurikulum Terkini
guesta1c1ec
 

En vedette (11)

Laporan analisis kajian kes
Laporan analisis kajian kesLaporan analisis kajian kes
Laporan analisis kajian kes
 
Toeri persatuan & ciri ciri persatuan
Toeri persatuan & ciri ciri persatuanToeri persatuan & ciri ciri persatuan
Toeri persatuan & ciri ciri persatuan
 
62086767 definisi-kelab-dan-persatuan
62086767 definisi-kelab-dan-persatuan62086767 definisi-kelab-dan-persatuan
62086767 definisi-kelab-dan-persatuan
 
Kertas kerja penubuhan kelab memanah 2
Kertas kerja penubuhan kelab memanah 2Kertas kerja penubuhan kelab memanah 2
Kertas kerja penubuhan kelab memanah 2
 
WAJ 3131 Nota PPG Persatuan
WAJ 3131 Nota PPG PersatuanWAJ 3131 Nota PPG Persatuan
WAJ 3131 Nota PPG Persatuan
 
Kertas kerja persatuan bahasa tamil siap
Kertas kerja persatuan bahasa tamil siapKertas kerja persatuan bahasa tamil siap
Kertas kerja persatuan bahasa tamil siap
 
Penyediaan kertas kerja projek persatuan
Penyediaan kertas kerja projek persatuanPenyediaan kertas kerja projek persatuan
Penyediaan kertas kerja projek persatuan
 
Pengenalan kpd persatuan
Pengenalan kpd persatuanPengenalan kpd persatuan
Pengenalan kpd persatuan
 
Pengurusan Kokurikulum Di Sekolah (Jamal)
Pengurusan Kokurikulum Di Sekolah (Jamal)Pengurusan Kokurikulum Di Sekolah (Jamal)
Pengurusan Kokurikulum Di Sekolah (Jamal)
 
Penilaian Kokurikulum Terkini
Penilaian Kokurikulum TerkiniPenilaian Kokurikulum Terkini
Penilaian Kokurikulum Terkini
 
Penubuhan dan pengurusan kelab, persatuan, unit beruniform
Penubuhan dan pengurusan kelab, persatuan, unit beruniformPenubuhan dan pengurusan kelab, persatuan, unit beruniform
Penubuhan dan pengurusan kelab, persatuan, unit beruniform
 

Similaire à Contoh kajian kes

Bab 1 proses perancangan
Bab 1 proses perancanganBab 1 proses perancangan
Bab 1 proses perancangan
laurenlau2012
 
BAB 4 Pembuatan Keputusan
 BAB 4 Pembuatan Keputusan BAB 4 Pembuatan Keputusan
BAB 4 Pembuatan Keputusan
Ckg Nizam
 
Bab 7(merekabentuk penilaian)
Bab 7(merekabentuk penilaian)Bab 7(merekabentuk penilaian)
Bab 7(merekabentuk penilaian)
Nor Shafiq Nordin
 
Garis panduan penyertaan dan peraturan projek intervensi pendidikan kesiha...
Garis panduan penyertaan dan peraturan projek intervensi    pendidikan kesiha...Garis panduan penyertaan dan peraturan projek intervensi    pendidikan kesiha...
Garis panduan penyertaan dan peraturan projek intervensi pendidikan kesiha...
mos az
 

Similaire à Contoh kajian kes (20)

Bab 1 proses perancangan
Bab 1 proses perancanganBab 1 proses perancangan
Bab 1 proses perancangan
 
Analisis faktor yang membawa perubahan kepada persekitaran perniagaan
Analisis faktor yang membawa perubahan kepada persekitaran perniagaanAnalisis faktor yang membawa perubahan kepada persekitaran perniagaan
Analisis faktor yang membawa perubahan kepada persekitaran perniagaan
 
BAB 4 Pembuatan Keputusan
 BAB 4 Pembuatan Keputusan BAB 4 Pembuatan Keputusan
BAB 4 Pembuatan Keputusan
 
Pengurusan risiko projek
Pengurusan risiko projekPengurusan risiko projek
Pengurusan risiko projek
 
Buku panduan-kumpulan-kreatif-dan-inovatif
Buku panduan-kumpulan-kreatif-dan-inovatif Buku panduan-kumpulan-kreatif-dan-inovatif
Buku panduan-kumpulan-kreatif-dan-inovatif
 
Bab 7(merekabentuk penilaian)
Bab 7(merekabentuk penilaian)Bab 7(merekabentuk penilaian)
Bab 7(merekabentuk penilaian)
 
Tatacara Penyelesaian Masalah – Kitaran PDCA
Tatacara Penyelesaian Masalah – Kitaran PDCATatacara Penyelesaian Masalah – Kitaran PDCA
Tatacara Penyelesaian Masalah – Kitaran PDCA
 
Proses perancangan
Proses perancanganProses perancangan
Proses perancangan
 
Chapter 14 managing projects MIS
Chapter 14 managing projects MISChapter 14 managing projects MIS
Chapter 14 managing projects MIS
 
undang undang bangunan
undang undang bangunanundang undang bangunan
undang undang bangunan
 
Pengurusan_Pasukan_Projek - Project Management System
Pengurusan_Pasukan_Projek - Project Management SystemPengurusan_Pasukan_Projek - Project Management System
Pengurusan_Pasukan_Projek - Project Management System
 
Kump inovatif dan kreatif
Kump inovatif dan kreatifKump inovatif dan kreatif
Kump inovatif dan kreatif
 
Bengkel kik untuk pis with animation based on mampu
Bengkel kik untuk pis with animation based on mampuBengkel kik untuk pis with animation based on mampu
Bengkel kik untuk pis with animation based on mampu
 
Hhhc9501 kemahiran pemikiran kritikal
Hhhc9501 kemahiran pemikiran kritikalHhhc9501 kemahiran pemikiran kritikal
Hhhc9501 kemahiran pemikiran kritikal
 
Garis panduan penyertaan dan peraturan projek intervensi pendidikan kesiha...
Garis panduan penyertaan dan peraturan projek intervensi    pendidikan kesiha...Garis panduan penyertaan dan peraturan projek intervensi    pendidikan kesiha...
Garis panduan penyertaan dan peraturan projek intervensi pendidikan kesiha...
 
pelan-intervensi-lima-langkah-pill-word-pdf-free.pdf
pelan-intervensi-lima-langkah-pill-word-pdf-free.pdfpelan-intervensi-lima-langkah-pill-word-pdf-free.pdf
pelan-intervensi-lima-langkah-pill-word-pdf-free.pdf
 
Bm Qcc
Bm QccBm Qcc
Bm Qcc
 
Proposal Tesis Pengajian Perniagaan
Proposal Tesis Pengajian PerniagaanProposal Tesis Pengajian Perniagaan
Proposal Tesis Pengajian Perniagaan
 
Chapter 13 building information system MIS
Chapter 13 building information system MISChapter 13 building information system MIS
Chapter 13 building information system MIS
 
Prosiding analiyze: MASALAH DAN CABARAN USAHAWAN WANITA
Prosiding analiyze: MASALAH DAN CABARAN USAHAWAN WANITAProsiding analiyze: MASALAH DAN CABARAN USAHAWAN WANITA
Prosiding analiyze: MASALAH DAN CABARAN USAHAWAN WANITA
 

Plus de Cucu Undang Jelebu (6)

Perpecahan Melayu
Perpecahan MelayuPerpecahan Melayu
Perpecahan Melayu
 
Med
MedMed
Med
 
Akta 555
Akta 555Akta 555
Akta 555
 
Classroom teaching
Classroom teachingClassroom teaching
Classroom teaching
 
Cmapping how to
Cmapping how toCmapping how to
Cmapping how to
 
Think outside the box
Think outside the boxThink outside the box
Think outside the box
 

Contoh kajian kes

  • 1. CONTOH KAJIAN KES – Proses pembuatan keputusan Untuk mempraktikan teori-teori Proses Membuat Keputusan dalam keadaan yang sebenar, saya akan menggunakan projek yang telah kumpulan kami kaji dalam Studio Pengurusan 300. Projek Bayan World Megamall merupakan projek yang telah terbenkalai selama lebih kurang 2 tahun. Projek ini adalah jenis komersil. Saya akan mengaplikasikan sekurang-kurangnya satu pendekatan untuk mengatasi masalah yang akan wujud dalam keenam-enam peringkat proses pembuatan keputusan. Pemilihan dan penggunaan teknik-teknik yang sesuai untuk penyelesaian masalah adalah penting dalam proses membuat keputusan yang baik. 3.1 KENALPASTI KEPERLUAN, SITUASI DAN MASLAH Dalam Projek Bayan World Megamall, masalah yang menyebabkan kebengkalaian projek adalah disebabkan oleh faktor dalaman dan faktor luaran. Faktor-faktor Dalaman adalah terdiri daripada; Sistem Pengurusan yang lemah. Masalah Kewangan. Faktor-faktor Luaran adalah terdiri daripada; Keadaan Pasaran Kegawatan Ekonomi. Persaingan dalam Industri Binaan. SWOT Analysis digunakan untuk mengenalpasti masalah yang wujud ini dengan lebih teliti dan jelas lalu mencari penyelesaian dan mengenalpasti faktor-faktor strategi yang berkaitan dalam membuat keputusan. Analisis SWOT merupakan kaedah lembut dalam proses membuat keputusan. Tujuan utama ialah analisis SWOT adalah mengenalpasti sifat-sifat seperti Kekuatan (strength), Kelemahan (weakness), Peluang (opportunities), dan Ancaman (threats). Tujuan utama ini bukan sahaja membina analisis SWOT tetapi adalah untuk menterjemahkan keputusan analisis itu kepada langkah-langkah yang khusus untuk membantu mengembangkan sesebuah firma dengan jayanya. Walaupun analisis SWOT merupakan satu pandangan ringkas terhadap situasi analisis, hal ini adalah berdasarkan 4 asas yang penting iaitu: a) Mengenalpasti trend dalam industri b) Mengenalpasti pesaing-pesaing industri c) Menilai firma sendiri d) Menyelidik pelanggan yang sedia ada dan perspektifnya. Jadual di bawah adalah Analisis SWOT dengan menganalisis faktor dalaman dan faktor luaran yang mempengaruhi peluang dan ancaman pasaran oleh Projek Bayan World Megamall dengan
  • 2. secara am. Faktor Dalaman Kekuatan Kelemahan Pengurusan Merupakan syarikat yang terkenal dan mempunyai pengalaman dalam bidang pembinaan. Kontraktor-kontraktor yang mengakibatkan projek berhenti sebab masalah pengurusan dan kewangan. Kewangan Syarikat Anson Perdana merupakan syarikat yang public listed dan mempunyai banyak modal. Kebanyakan modal terikat dalam plantation estate kerana hasil plantation ini tidak dapat dijual. Faktor Luaran Peluang Ancaman Pasaran Lokasi yang strategi, sistem pengangkutan yang baik dan merupakan bangunan komersil yang terbesar di kawasan itu. Pasaran terhadap ruang niaga di Pulau Pinang adalah mengalami lebihan penawaran. Ekonomi Pendapatan penduduk semakin meningkat dan ini menggalakkan. Kegawatan ekonomi berlaku. Persaingan Rekabentuk dan teknologi binaan yang canggih. Kompleks Bukit Jambul dan Kompleks Pasific. 3.2 DIAGNOSIS DAN ANALISIS SEBAB Jika masalah-masalah telah dikenalpasti maka kita boleh menggunakan alat-alat penganalisis untuk mengumpul dan mempamerkan maklumat. Pada peringkat ini, Analisis Sensitiviti digunakan dan ia merupakan Kaedah Keras dalam proses membuat keputusan. Maklumat-maklumat yang perlu untuk menghasilkan Analisis Sensitiviti boleh didapati daripada pelbagai sektor, seperti laporan ekonomi, jabatan-jabatan berkanun dan kerajaan seperti Jabatan Penilaian dan perkhidmatan harta dan sebagainya untuk mendapat maklumat terkini tentang kajian pasaran yang terkini. Dalam analisis Sensitiviti, perubahan harga buruh dan masa dapat mempengaruhi kos pembinaan keseluruhan projek. Dalam analisis ini, kita dapat memerhatikan secara jelas bagaimana perubahan yang sedikit dalam sebahagian kos pembinaan akan memberikan perubahan yang ketara dalam bahagian yang lain. Dengan ini, maka dapat dijangkakan risiko dan ketidakpastian yang wujud. Melalui analisis ini, adalah senang memberikan gambaran yang jelas kepada pelabur sejauh mana sesuatu projek pembangunan dapat dilaksanakan atau tidak kerana keputusan dalam analisis ini memberikan penyelesaian yang cepat dan mengambilkira risiko yang akan dihadapi supaya memberi satu batasan kepada pelabur tentang kejayaan projek. 3.3 PEMBENTUKAN ALTERNATIF Apabila masalah-masalah dan keperluan telah dikenalpasti dan telah mendapat penyelesaian maka kita akan memasuki dalam proses pembentukan alternatif-alternatif baru.
  • 3. Teknik Brainstorming adalah digunakan dalam peringkat itu untuk menjanakan alternatif dan ia merupakan Kaedah Lembut dalam proses membuat keputusan. Brainstorming merupakan satu teknik yang menggalakkan ahli-ahli kumpulan untuk melahirkan seberapa banyak idea yang aneh dan ganjil yang mungkin dalam sebuah topik tanpa menilaikannya. Terdapat empat peraturan semasa menggunakan teknik Brainstorming, iaitu: a) Tiada penilaian tentang idea yang dijanakan. b) Galakan idea yang ‘gila’ (freewheel). c) Tambahkan kepada idea yang telah diberikan. d) Fokuskan kepada kuantiti idea, bukan kualiti. Walaupun Brainstorming adalah khususnya dijalankan dalam satu kumpulan, hukumnya boleh digunakan secara individu. Pengurus mengambil beberapa langkah penyelesaian yang mungkin termasuk idea-idea yang bernilai dan cuba melahirkan satu kapasiti idea yang tinggi dan menggabungkan idea-idea semasa. Cara-cara yang lain untuk melahirkan idea-idea baru akan dinilaikan dengan lebih lanjut apabila kita membincangkan kekreatifan. Dalam pada itu, hal ini adalah penting untuk memberi perhatian kepada sejumlah alternatif yang harus dilahirkan semasa fasa membuat keputusan. Selain itu, Nominal Group Technique (NGT) juga diaplikasikan dalam peringkat ini dan teknik ini merupakan Kaedah Lembut dalam proses membuat keputusan. NGT merupakan teknik yang menggabungkan kerja individu dan kumpulan yang saling bertindak dalam ‘ground rules’ yang tertentu. Teknik ini dimajukan adalah untuk memelihara individu dan kumpulan, dan untuk mengatasi kecenderungan ahli kumpulan untuk mengkritik idea-idea yang telah dibentuk. Selepas menggunakan teknik Brainstorming dan teknik Nominal Group, alternatif-alternatif yang terbentuk untuk mengatasi Projek Bayan World Megamall yang terbenkalai adalah seperti berikut: Alternatif 1 Ruang Niaga – 70% dijual dan 30% disewakan. Anchor Tenant Disewa Pembinaan mini water world dibatalkan. Alternatif 2 Ruang Niaga- 80% dijual dan 20% disewa. Anchor Tenant dijual Pembinaan mini water world dibatalkan. 3.4 PEMILIHAN ALTERNATIF Terdapat 2 alternatif telah dibentuk dalam projek megamall itu. Pendekatan Groupthink telah digunakan dalam menjalankan pemilihan alternatifdan ia merupakan jenis Kaedah Lembut. Groupthink merupakan satu kecenderungan dalam perpaduan sesuatu kumpulan untuk mencari persetujuan bagi isu dalam merealistikkan penilaian dalam situasi. Menurut teori dalam Groupthink, ahli kumpulan adalah menumpukan perhatian dalam memelihara perpaduan dalam kumpulan dan mereka adalah enggan membangkitkan isu yang akan menyebabkan perselisihan atau membekalkan maklumat yang akan membuktikan kecemasan dalam perbincangan. Kelebihan-kelebihan yang wujud dalam Groupthink ialah: a) Banyak maklumat dan pengetahuan yang akan difokuskan pada sesuatu isu. b) Pertambahan bilangan dan mempelbagaikan alternatif yang boleh dimajukan.
  • 4. c) Pemahaman yang baik dalam penerimaan keputusan akhir. d) Ahli kumpulan akan membentukkan pengetahuan dan kemahiran untuk kegunaan masa depan. Kaedah Nilai Kini Bersih (NKB) juga digunakan dalam memilih alternatif dan ia merupakan Kaedah Keras dalam membuat keputusan. NKB untuk menguji kedayamajuan kedua-dua alternatif yang dijanakan ini, maka, aliran tunai disediakan dan didiskaunkan dengan kadar diskaun tertentu. Andaian-andaian juga dinyatakan secara jelas dan terang supaya ia adalah penting dalam meneruskan sesuatu penilaian dengan kaedah-kaedah ini. Untuk kaedah NKB, nilai kini semua pendapatan masa hadapan dari sesuatu pelaburan dibandingkan dengan semua perbelanjaan masa depan. Jika nilai kini pendapatan melebihi nilai kini perbelanjaan , maka boleh diperkatakan projek itu menguntungkan. Selepas menggunakan pendekatan Groupthink dan pendekatan Nilai Kini Bersih, maka alternatif 1 telah dipilih untuk dilaksanakan. 3.5 PELAKSANAAN ALTERNATIF YANG TERPILIH Selepas diketahui bahawa alternatif telah dipilih, maka satu strategi pelaksanaan telah disediakan untuk menjayakan pelaksanaan alternatif itu. Strategi pelaksanaan yang digunakan ialah Teknologi, Struktur & Human Resources. Strategi ini merupakan Kaedah Lembut dalam proses membuat keputusan. Strategi Teknologi melibatkan pengetahuan, peralatan, lekapan dan teknik kerja yang digunakan oleh sesebuah organisasi untuk melaksanakan sesuatu projek. Teknologi merupakan faktor yang penting dalam strategi pelaksanaan. Strategi Struktur organisasi merupakan contoh yang formal dalam mengeratkan dan mengkoordinasikan individu dan kumpulan untuk mencapai maklamat organisasi. Strategi Human Resources adalah pekerja-pekerja dalam sesebuah organisasi. Pengalaman dan kemahiran pekerja merupakan satu kelebihan aset dalam persaingan. Dalam melaksanakan alternatif 1 yang telah dipilih maka pemaju akan membawa teknologi binaan dan rekabentuk yang canggih dan kontraktor-komtraktor dan konsultant-konsultant yang berpengalaman dan mahir untuk meneruskan projek itu. 3.6 PENILAIAN DAN MAKLUM BALAS Kriteria keputusan yang telah dibentuk bagi menghuraikan jenis keputusan yang telah dibuat adalah Pendekatan Maksimin. Pendekatan ini telah dikemukakan oleh Wald dan andaian dibuat dalam pendekatan terlalu pesimistik. Keputusannya pula melibatkan risiko yang minimum dan keterjaminan pulangan yang positif. Faktor yang boleh ‘merosakkan’ keputusan ialah kejatuhan pasaran harta. Pemaju Projek Bayan World Megamall adalah lebih bersifat konservatif dan pemaju yang ingin menggunakannya secara tekal. Oleh itu pendekatan Maksimin telah dipilih.