2. PENTAKSIRAN
• Mengikut David Payne dalam bukunya Applied
Educational Assessment Edisi ke-2 (2003),
pentaksiran ialah integrasi proses mengumpul
maklumat, mengintepretasikan maklumat
atau memberi nilai kepada maklumat itu dan
membuat keputusan berdasarkan interpretasi
yang dibuat ke atas maklumat.
• Pentaksiran = pengukuran + penilaian
3. • Untuk mendapatkan maklumat tentang
pembelajaran murid, kita menggunakan
proses pengukuran, penilaian atau
pentaksiran.
4. PENILAIAN
• Penilaian ialah proses mendapatkan maklumat
secara bersistem tentang sesuatu diikuti dengan
proses memberi nilai atau interpretasi kepada
maklumat itu.
• Menilai merangkumi tugas menguji dan
mengukur.
• Contoh:
– Asri mendapat markah 92% dalam ujian Matematik
(ukuran)
– Asri seorang murid yang cemerlang dalam subjek
Matematik (penilaian)
5. • Contoh lain:
– Menguji: Murid menduduki ujian bertulis
– Mengukur: Murid diberi markah 72% dan gred B
– Menilai: Murid diberitahu bahawa usahanya baik
6. PENGUKURAN
• Pengukuran ialah proses mendapatkan maklumat
dengan cara mengukur menggunakan instrumen
sebelum ukuran itu dapat dinilai atau diinterpretasikan.
• Proses pengukuran berakhir dengan maklumat
berbentuk kuantitatif seperti:
– Markah mentah
– Peratus markah mentah
– Persentil (peratusan kedudukan seseorang berbanding
kedudukan orang lain)
– Agregat
– Pangkat atau band
7. • Ukuran di atas boleh didapati sama ada
dengan menggunakan instrumen atau pun
tidak.
• Instrumen atau alat pengukuran pendidikan
yang biasa digunakan ialah:
– Ujian
– Soal selidik
– Kuiz
– Senarai semak
8. • Tanpa instrumen, pengukuran boleh dibuat
dengan cara anggaran, tafsiran, agakan,
taakulan dan pemerhatian.
• Walau bagaimanapun, ukuran yang diperoleh
tanpa menggunakan instrumen tentunya
kurang tepat dan kurang boleh dipercayai
kerana seringkali berubah-ubah.
• Contohnya, dapatkah kita mengira berat
murid tanpa menggunakan penimbang?
9. PENGUJIAN
• Satu alat yang sistematik bagi menentukan
prestasi atau peringkat pencapaian seseorang
murid dalam sesuatu bidang.
• Satu prosedur yang bersistem untuk
mengukur sebahagian daripada segala aspek
tingkah laku seseorang individu.
• Suatu alat yang bersistem bagi membuat
perbandingan prestasi atau tingkah laku di
antara dua atau beberapa individu.
10. • Menurut Cronbach (1970), ujian ialah satu
prosedur yang sistematik untuk memerhati
perlakuan atau tingkah laku seseorang individu
dan menghuraikan dengan bantuan skala
bernombor atau satu sistem yang berkategori.
• Misalnya markah 80/100 bagi ujian pencapaian
sesuatu mata pelajaran. Markah adalah suatu
ukuran.
• Raminah Haji Sabran (1991): Ujian adalah satu
cara untuk mendapatkan contoh perlakuan yang
diperlihatkan oleh murid dalam keadaan yang
dikawala atau ditentukan. Maklumat yang
diperoleh daripadanya akan dijadikan dasar
untuk membuat penilaian atau pengadilan.