SlideShare une entreprise Scribd logo
1  sur  26
1
ISI KANDUNGAN M/S
1. Penghargaan 2
2. Objektif 3
3. Definisi penyakit dan penyakit berjangkit 4
4. Jenis-jenis penyakit berjangkit 5
5. Influenza A ( H1N1) 6
6. Batuk Kering ( TIBI ) 8
7. Leptospirosis (kencing tikus ) 10
8. Cacar Air 16
9. Denggi 21
10. Penutup 26
2
PENGHARGAAN
Alhamdulilah, bersyukur saya ke hadrat ALLAH kerana
telah dapat menyiapkan Buku Skrap bagi Kelab Doktor Muda ini dalam
jangkamasa yang ditetapkan. Pertama sekali , saya ingin mengucapkan
ribuan terima kasih kepada guru-guru penasihat Kelab Doktor Muda SK
Batu Kapor yang telah banyak memberikan tunjuk ajar dan bimbingan
kepada saya dalam menghasilkan buku skrap ini.
Ucapan terima kasih juga kepada rakan-rakan saya yang
banyak membantu dan memberikan idea-idea yang berguna. Penghargaan
ini juga saya tujukan kepada ibu bapa saya kerana memberikan dorongan
dan galakan kepada saya dalam menyiapkan buku ini.
Sekian , terima kasih.
3
OBJEKTIF
Objektif bagi Buku Informasi Kesihatan ini adalah :
1. Menerangkan mengenai cara-cara penjagaan gigi yang betul.
2. Memupuk kesedaran tentang pentingnya kesihatan pergigian
3. Memberi pendedahan kepada guru tentang penjagaan kesihatan
pergigian
4. Mempromosikan aktiviti pencegahan kepada kanak-kanak dan guru-
guru.
4
DEFINISI PENYAKIT
Apa itu penyakit? Penyakit adalah keadaan tidak normal pada badan atau minda yang
menyebabkan ketidakselesaan, disfungsi , atau tekanan /stres kepada orang yang
terbabit atau berhubung rapat dengannya. Terdapat pelbagai jenis penyakit yang
mengancam manusia seperti penyakit berjangkit, penyakit genetic, penyakit
autoimun, penyakit toksik, penyakit kekurangan(zat), penyakit endokrin dan
sebagainya. Penyakit ini boleh disebabkan kuman, bakteria, virus, racun, kegagalan
organ berfungsi, dan juga penyakit baka/keturunan.
Leptospirosis Denggi
Tibi Cacar air
5
PENYAKIT BERJANGKIT
Berikutmerupakan senaraipenyakitberjangkit terkiniyang telah diwartakan
di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan PenyakitBerjangkit(Akta 342):
1. Batuk Kokol
2. Campak
3. Chancroid
4. Demam Denggi dan Demam DenggiBerdarah
5. Demam Kuning
6. Difteria
7. Disenteri (SemuaJenis)
7A. Ebola
8. Jangkitan Gonococcal(Semua Jenis)
8A. Laptospirosis
9. Keracunan Makanan
10. Kolera
11. Kusta
12. Malaria
12A. PenyakitTangan, Kaki dan Mulut(HFMD)
13. Plague
14. Pollomielitis (Akut)
15. Rabies
16. Relapsing Fever
17. Sifilis (Semua Jenis)
18. Tetanus(Semua Jenis)
19. Tifoid dan Salmonoloses lain
20. Tifusdan Ricketsioses lain
21. Tuberkulosis(SemuaJenis)
22. Viral Ensefalitis
23. Viral Hepatitis
24. Apa-apajangkitan mikrobial lain yangmengancam nyawa
6
INFLUENZA A (H1N1)
INFLUENZA A (H1N1)
Salah satu penyakit berjangkit yang terkenal dan masih dikira sebagai
penyakit yang baru ialah Influenza A (H1N1). Swine Flu yang disebarkan oleh
manusia ini telah mencetuskan keadaan panik di seluruhan dunia terutamanya
di Mexico dan Amerika Syarikat. Sehingga 6 Mei 2009. Wabak ini telah
mengorbankan 29 orang di Mexico dan 2 orang di Amerika Syarikat. Di
Malaysia pula wabak Swine Flu bermula pada Mei-Jun 2009.
Apa itu penyakit Influenza A (H1N1).
Influenza A (H1N1) adalah sejenis penyakit berjangkit pada saluran
pernafasan yang disebabkan oleh Virus Influenza A (H1N1). Virus Influenza
ini adalah sejenis virus yang baru dan terhasil daripada ressorment iaitu
percampuran genetik virus influenza babi, burung dan manusia. Pada mulanya,
semua orang tiada daya ketahanan kepada jangkitan tersebut. Vaksin bagi
melindungi jangkitan ini juga belum ada.
Terdapat beberapa tanda amaran yang menunjukkan seseorang itu menghidap
penyakit jangkitan Influenza A (H1N1). Antaranya adalah masalah penafasan.
Batuk berdarah atau kahak berdarah. Sakit dada berterusan. Cirit-birit atau
muntah yang kerap, Demam berterusan melebihi 3 hari ataupun demam
berulang selepas hari pulih. Berkelakuan tidak normal, keliru, kurang resposif
7
kepada rangsangan atau sawan. Rasa pening apabila berdiri dan kurang
kencing.
Jika seseorang itu ada salah satu tanda di atas semasa waktu penyebaran
virus Influenza A (H1N1), maka orang itu disahkan menjangkiti Influenza
A(H1N1). Golongan-golongan yang berisiko tinggi adalah kanak-kanak yang
berumur kurang daripada 5 tahun. Individu yang berusia 65 tahun dan ke atas,
kanak-kanak dan remaja yang kurang daripada 18 tahun yang menggunakan
terapi aspirin untuk jangkamasa yang panjang. Wanita mengandung, dewasa
dan kanak-kanak dengan asma. Penyakit pernafasan kronik,
obstruktif,kegagalan organ, penyakit kardiovaskular, hepatik, heamatologikal,
neurologik, neuromuscular atau masalah metabolik seprerti Diabetes Mellitus.
Orang yang mengalami daya ketahanan yang rendah(immunosuppressant) dan
individu yang mengidap di rumah kebajikan dan institusi penjagaan yang lain.
Semua golongan di atas perlu mengambil tindakan segera sekiranya mendapati
diri-sendiri dijangkiti Influenza A (H1N1). Jika tidak, penyakit ini boleh
membawa maut. Untuk mengelakkan daripada menjangkiti Influenza A (H1N1),
langah –langkah tersebut perlu diambil oleh semua orang. Antaranya adalah
mengamalkan amalan kebersihan diri dan adab batuk yang betul,
tutup/lindungi mulut dan hidung dengan tisu sewaktu bersin atau batuk.
Buangkan tisu tersebut ke dalam tong sampah selepas menggunakan. Basuh
tangan dengan sabun dan air dengan kerap terutamanya selepas batuk atau
selesema. Pembersih tangan berasaskan alcohol juga berkesan. Pesakit
dinasihatkan untuk tinggal di rumah, elakan berhubung rapat dengan ahli
keluarga yang lain serta mengambil langkah kawalan dan pencegahan dari
menjangkiti mereka yang menjaga pesakit.
Kita masih perlu mengamalkan amalan kebersihan diri dan gaya hidup yang
sihat bagi mengelakkan dijangkiti Influenza A (H1N1) atau penyakit lain.
8
BATUK KERING (TIBI)
BATUK KERING (TIBI)
Penyakit batuk kering ataupun (Tuberkolosis) merupakan satu penyakit yang
amat bahaya.Ia jaga dikenali sebagai TIBI. Penyakit ini jangkitan bakterium
(Mycobacterium tuberculosis). Bakteria in biasanya menyerang paru-paru.
Selain itu, ia juga dapat menyerang sistem-sistem badan lain. Sistem-sistem
ini seperti menyerang sistem saraf tujung, sistem peredaran, sistem limfatik,
tulang, sendi dan lain-lain.
Tanda-tanda peyakit yang dijangkit akan batuk berdarah atau berkahak.
Iaitu meraka yang berjangkit adalah sangat susah untuk menhentikan batuk
dia, dan dia mungkin akan batuk berterusan sehingga 2 minggu sampai
berdarah. Selain itu, peyakit juga mempunyai tanda lemah dan keletihan.
Mereka akan sentiasa tiada ada sebarang semangat dan berasa letih.
Seterusnya, berat badan mereka akan susut. Ia akan susut hingga kita tidak
dapat mengenali siapa dia. Mereka akan berasa sakit di bahagian dada.
Ini disebabkan paru-paru mereka telah diserang oleh bakteria
(Mycobacterium tuberculosis), dan menyebabkan dada mereka berasa sakit
sangat.
9
Penyakit akan sentiasa mengalami kesakitan dada semasa menarik nafas
panjang dan juga batuk. Tanda-tanda seperti menggigil, deman dan berpeluh
di sebelah petang dan malam juga sebagai tanda-tanda pesakit TIBI.
Pemeriksaan dengan penggunaan alat-alat pengesanan, penyakit ini adalah
lebih senang dapat dikesan dan dapat mendapat rawatan dengan segera. Cara
lain yang kita dapat mengesan penyakit TIBI ialah melakukan pemeriksaan
kahak untuk mengenal pastinya.
Penggunaan pemeriksaan X-ray dada juga dapat mengesan penyakit TIBI.
Dengan dapat dikesan dengan secepat mungkin, kita dapat mendapat rawatan
sebelum penyakit TIBI menjadi serius.
Biasanya, penyakit TIBI ini akan mengambil 6 bulan di bawah penyeliaan
anggota-anggota kesihatan yang dilantikan supaya dapat memberi rawatan
yang segera dalam keadaan yang menjadi teruk. Penyakit ini tidak
kirakan kaum, umur, atau bangsa terutamanya pesakit AIDS. Iaitu pesakit
yang dijangkit oleh virus HIV.
Bagi mencegah penyakit ini, setiap bayi yang baru dilahirkan mestilah
diberikan suntikan BCG, dan dapatkan suntikan dos kedua pada umur 12 tahun.
Dengan ini kita dapt mengurangkan risiko ancaman penyakit TIBI. Penyakit
TIBI merupakan satu penyakit yang amat bahaya dan boleh mengancamkan
kita semua. Oleh itu, kita harus sama-sama mengatasikan penyakit TIBI ini.
10
PENYAKIT LEPTOSPIROSIS (KENCING TIKUS)
TIKUS
Semenjak negara digemparkan dengan berita tentang enam kematian yang
disebabkan oleh penyakit Leptospirosis dan Melioidosis. Akhbar-akhbar
tempatan mula membangkitkan isu penyakit ini, malah ada yang mengatakan
bahawa penyakit ini adalah penyakit baru dan misteri di Malaysia.
Pendapat ini adalah salah! Leptospirosis bukanlah penyakit baru di Malaysia,
tetapi ia merupakan penyakit yang jarang berlaku.
Apakah itu Leptospirosis?
Leptospirosis adalah penyakit berjangkit yang disebabkan oleh patogen genus
Leptospira, yang boleh berjangkit secara langsung atau tidak langsung
daripada haiwan kepada manusia.
11
Leptospirosis di Malaysia?
Mengikut statistik Kementerian Kesihatan, pada tahun 2006, sebanyak 527
kes leptospirosis telah dicatatkan, dan pada tahun 2007 pula, terdapat
peningkatan kes sebanyak 929 kes dilaporkan.
Pada tahun 2010, negara digemparkan dengan berita kematian enam individu
akibat Leptospirosis dan Melioidosis Hutan Lipur Lubuk Yu, Maran. Terbaru,
sebagaimana yang dilaporkan oleh akhbar-akhbar tempatan, seorang anggota
bomba merupakan korban terbaru penyakit ini, yang sekali gus menjadikan
angka korban yang kelapan dalam sela masa kurang sebulan.
Apakah jenis-jenis haiwan yang boleh menjadi reservoir kepada bakteria
ini?
Tikus dan haiwan domestik seperti lembu, khinzir dan anjing sering menjadi
reservoir utama bagi bakteria genus Leptospira ini. Haiwan yang telah
dijangkiti dengan Leptospira boleh merembeskan bakteria tersebut melalui
air kencingnya secara berperingkat-peringkat atau secara berterusan selama
berbulan-bulan.
Bagaimanakah bakteria ini boleh tersebar?
Leptospirosis boleh menjangkiti manusia secara langsung mahupun tidak
langsung melalui pendedahan kepada air kencing haiwan pembawa tersebut.
Bakteria genus Leptospira ini boleh memasuki saluran darah melalui luka,
kulit yang melecet dan melalui membran bermukus seperti mata, hidung dan
mulut.
12
Leptospirosis turut disebarkan melalui air mani haiwan yang dijangkiti.
Pekerja rumah penyembelihan boleh dijangkiti melalui sentuhan dengan cecair
badan dan darah.
Manusia boleh dijangkiti melalui pendedahan kepada air, makanan atau tanah
yang mengandungi kencing haiwan yang dijangkiti bakteria ini. Ini juga
mungkin berlaku dengan menelan makanan atau air yang dicemari, atau melalui
sentuhan luka pada kulit.
Apakah tanda-tanda dan simptom-simptom Leptospirosis?
Petanda-petanda seperti demam panas, sakit-sakit otot, sakit kepala, muntah,
cirit-birit dan mata merah merupakan antara simptom yang dialami oleh
pesakit-pesakit Leptospirosis.
Ruam, demam kuning dan sensitiviti mata terhadap cahaya mula menyerang
beberapa hari setelah simptom-simptom di atas mula reda.
Penglihatan pesakit pula menjadi sedikit kabur. Simptom-simptom ini boleh
berlanjutan sehingga beberapa hari dan mungkin juga berterusan selama
berminggu-minggu.
Simptom-simptom leptospirosis lazimnya kelihatan begitu umum dan pesakit
biasanya beransur pulih selepas kira-kira lima hari. Jadi, tidak mustahil pada
kebanyakan masa, ia sering disalahdiagnosiskan sebagai demam panas,
selesema atau petanda biasa yang lain.
Leptospirosis ini boleh menjadi lebih kronik. Ini merangkumi Penyakit Weil,
yakni kegagalan ginjal, sakit kuning dan perdarahan pada kulit dan selaput
13
lendir.Me ningitis (radang selaput otak) dan pendarahan di paru-paru juga
boleh berlaku. Leptospirosis juga lambat-laun boleh membawa maut.
Apakah kesan jangka panjang Leptospirosis?
Proses penyembuhan Leptospirosis memakan masa yang lama. Pesakit-pesakit
Leptospirosis kadangkala mengalami keletihan kronik yang berlarutan selama
berbulan. Malah, ada juga pesakit yang mengalami depresi dan sakit kepala
yang berterusan. Kadangkala bakteria Leptospira ini boleh tinggal di dalam
mata untuk satu masa yang lama dan mengakibatkan radang mata yang serius
dan kronik.
Siapakah golongan-golongan berisiko tinggi?
Golongan yang kerap terdedah kepada haiwan seperti pekerja zoo, veterinar
dan mereka yang membela haiwan peliharaan adalah termasuk dalam golongan
yang berisiko tinggi untuk mendapat Leptospirosis. Selain itu, mereka yang
bekerja sabagai peladang, pekebun dan rumah penyembelihan juga berisiko
tinggi untuk terdedah kepada air, lumpur, tanah yang telah dikontaminasi oleh
urin haiwan yang telah dijangkiti.
Golongan penggemar aktiviti sukan air atau rekreasi juga mempunyai risiko
pendedahan terhadap air yang dikontaminasikan oleh urin haiwan pembawa
seperti tikus, anjing atau khinzir. Ada juga kajian dari Australia yang
mengatakan bahawa lelaki adalah lebih kerap dijangkiti Leptospirosis
berbanding wanita.
14
Bagaimana diagnosis bagi mengesahkan penyakit ini?
Seseorang doktor mungkin mengesyaki Leptospirosis pada seorang pesakit
yang mengalami simptom 1-2 minggu selepas terdedah pada urin haiwan
pembawa tersebut. Leptospirosis hanya boleh disahkan melalui ujian darah
yang menunjukkan kehadiran bakteria Leptospirosis.
Untuk membuat diagnosis Leptospirosis, dua ujian darah berasingan perlu
diambil dalam tempoh lebih daripada dua minggu. Selain itu, bakteria
Leptospira juga boleh didapati dari darah, cecair tulang belakang kepada otak
dan air kencing.
Apakah langkah pencegahan bagi penyakit ini?
Leptospirosis adalah penyakit yang boleh dielakkan. Beberapa tip langkah
penjagaan boleh diamalkan bagi mencegah pendedahan kepada bakteria
Leptospirosis.
Tutup luka dan lecetan kulit dengan balutan yang kalis air sebelum anda
memulakan aktiviti/kerja di ladang/kebun atau tempat-tempat yang
berpotensi untuk pendedahan kepada bakteria ini .Pakai pakaian pelindung
seperti sarung tangan, pelindung mata atau gogel, apron dan but apabila
bekerja di ladang ataupun bekerja dengan haiwan-haiwan yang berpotensi
untuk dijangkiti dengan Leptospirosis, terutamanya apabila anda berpotensi
untuk terdedah pada urin haiwan tersebut.
Bersihkan diri dan tangan selepas membuat kerja-kerja di ladang dan kebun.
Pastikan anda tidak makan atau merokok semasa berada berhampiran dengan
haiwan-haiwan yang mungkin dijangkiti ataupun semasa bekerja di
15
kebun/ladang yang anda mungkin terdedah pada tanah yang telah
dikontaminasi dengan bakteria tersebut.
Elakkan aktiviti rekreasi atau berenang di tempat-tempat yang
berkemungkinan dicemari oleh urin haiwan.Kawal kehadiran tikus di tempat
anda dengan memastikan kebersihan yang optimum. Buang semua sampah
sarap dan kemaskan buangan sisa makanan, bagi mengelak kehadiran tikus
Sebelum minum atau membuka makanan di dalam tin, pastikan anda
membasuh/membilas penutupnya terlebih dahulu bagi mengelak kemungkinan
dijangkiti bakteria ini. Tin-tin ini mungkin terdedah pada urin haiwan
pembawa Leptospira ketika di dalam stor.
Apakah rawatan bagi Leptospirosis?
Leptospirosis biasanya dirawat dengan antibiotik seperti doxycycline atau
penicillin. Ujian dan diagnosis mengambil masa yang lama dan pesakit boleh
menjadi lebih parah jika terus menunggu. Oleh itu, doktor akan memulakan
rawatan dengan pengambilan antibiotik sebelum mengesahkan pesakit dengan
Leptospirosis. Rawatan antibiotik adalah kaedah yang paling efektif untuk
Leptospirosis jika rawatan itu dimulakan awal.
16
PENYAKIT CACAR AIR
Apa itu jangkitan cacar air?
Ini ialah jangkitan biasa yang berlaku di kalangan kanak-kanak disebabkan
oleh virus. Virus cacar air juga dikenali sebagai virus varicella. Ia adalah virus
sama yang menyebabkan kayap. Ia merupakan penyakit yang senang
berjangkit dan boleh merebak daripada seorang ke seorang. Seseorang yang
dijangkiti virus ini akan mengalami demam dan timbul ruam lepuh (blisters).
Ianya merebak:
 Melalui udara apabila seseorang yang menghidap cacar air itu mengalami
batuk atau bersin.
 Dengan menyentuh atau bernafas masuk “partikel virus” yang terdapat
pada cecair yang keluar daripada lepuh (blister) .
Apakah tanda dan gejala?
Anak anda akan mendapat cacar air 10-21 hari selepas terdedah kepada
seseorang yang mengidap cacar air. Cacar air boleh merebak 1–2 hari sebelum
ruam kelihatan pada orang yang di jangkiti sehingga semua ruam kering.
Kebanyakan kanak-kanak mengalami jangkitan yang tidak serius. Namun
jangkitan cacar air bagi orang dewasa,remaja serta anak kecil kurang dari
setahun boleh menjadi lebih serius.
Gejala:
 Demam, rasa tidak sihat dan letih lima hari sebelum ruam timbul.
17
 Ruam bermula bintik merah yang kecil dan gatal (seperti jerawat) pada
semua badan termasuk mulut. Biasanya ruam bermula di dada dan belakang,
kemudian merebak ke muka, kepala, kedua-dua lengan dan kaki.
 Dalam masa 24 jam, ruam-ruam akan kelihatan seperti lepuh air (blister),
kemudian pecah, kering dan menjadi keruping (4 -5 hari).
 Bintik-bintik baru akan terus timbul untuk lima hari dan mengambil masa
dua minggu untuk hilang.
Cacar Air
Biasanya jangkitan cacar air ini menghasilkan pelalian seumur hidup. Walau
bagaimanapun, virus ini mungkin bersembunyi dan berulang sebagai kayap
(shingles) kepada orang dewasa dan kadang-kala kepada kanak-kanak.
Apakah komplikasinya?
Biasanya cacar air ialah masalah kesihatan ringan bagi kanak-kanak dan
kebanyakannya akan pulih.
18
Walau bagaimanapun, sesetengah orang berisiko mendapat komplikasi yang
teruk, iaitu bayi yang baru lahir, orang dewasa dan seseorang yang mempunyai
sistem pertahanan badan yang lemah.
Komplikasi lain yang boleh berlaku termasuk:
 Jangkitan kuman pada kulit.
 Jangkitan pada darah (blood stream infection).
 Radang paru-paru.
 Keradangan otak (“encephalitis,cerebellar ataxia”).
Bagaimana jangkitan cacar air dirawat?
Amnya:
 Elakkan anak anda ke sekolah atau taman asuhan kanak-kanak sehingga
ruam menjadi berkerak (lebih kurang tujuh hari daripada permulaan ruam).
Jika tidak kemungkinan kawan-kawannya akan turut dijangkiti. Elakkan
dari naik kapal terbang pada masa ini.
 Ambil ubat paracetamol untuk mengurangkan demam.
 Minum banyak air masak.
 Ambil makanan yang seimbang.
 Sentiasa membasuh tangan.
Untuk rasa gatal:
 Sapu losen kalamine di tempat ruam.
 Potong kuku pendek untuk mengelakkan kecederaan kulit semasa menggaru.
19
 Ubat antihistamine mungkin diberi oleh doktor jika rasa gatal yang
teramat sangat sehingga anak anda tidak dapat tidur.
Ubat antivirus untuk cacar air (dalam bentuk makan) boleh didapati dan
selalunya akan diberi oleh doktor kepada mereka yang berisiko mendapat
jangkitan yang teruk, iaitu:
 Berumur 12 tahun ke atas.
 Mengidap penyakit paru-paru/kulit yang kronik.
 Mereka yang menjalani terapi lama dengan mengambil ubat “salicylate”
seperti aspirin.
 Mereka yang menjalani terapi steroid sama ada jangka pendek atau
berkala (dalam bentuk sedut).
 Segolongan ibu-ibu mengandung.
Bagaimana cacar air boleh dicegah?
 Cacar air boleh dicegah dengan suntikan pelalian.Vaksin “varicella” ini tiada
di dapati dalam program immunisasi sekarang akan tetapi terdapat pada
sektor swasta. Minta nasihat doktor.
 Jika anda mendapat cacar air, elakkan jangkitan kepada orang lain dengan
tidak pergi ke sekolah atau ke tempat kerja sehingga lepuh menjadi kering
dan berkerak.
 Vaksin juga boleh diberi kepada anak anda yang belum pernah dijangkiti
penyakit ini jika terdedah kepada individu yang menghidap cacar air untuk
20
mengelakkan anak anda daripada mendapat penyakit ini. Sila berjumpa
doktor untuk mendapatkan nasihat.
 Seseorang yang berisiko mendapat cacar air yang teruk (bayi yang baru
lahir, yang mempunyai sistem pertahanan badan yang lemah, wanita
mengandung) yang terdedah kepada seseorang yang mengidap cacar air,
mungkin diberi antibodi dalam bentuk immunoglobulin untuk memberi
perlindungan segera.
21
Demam Denggi
Pengenalan
Demam denggi adalah sejenis penyakit jangkitan virus yang merebak melalui
gigitan nyamuk Aedes aegypti yang telah dijangkiti.
Terdapat empat (4) jenis virus yang boleh menyebabkan demam denggi (DEN
1, DEN 2, DEN 3 dan DEN 4).
Jangkitan oleh salah satu jenis virus akan memberikan imuniti terhadap virus
jenis itu sahaja, jika individu tinggal di kawasan jangkitan denggi, mereka
boleh di jangkiti lebih dari sekali seumur hidupnya.
Lebih 100 negara di Asia Selatan, Asia Tenggara, Afrika, Amerika Timur
Mediterranean dan Pasifik Barat mengalami masalah denggi.
Tanda dan gejala
 Kebiasaannya demam akan terjadi pada hari ke tiga (3) hingga ke empat
belas (14) selepas digigit oleh nyamuk yang dijangkiti, kebiasaannya di
antara 4 hingga 7 hari.
 Selalunya ia akan bermula dengan demam kuat yang mengejut, sakit kepala
yang teruk/kuat, sakit pada bahagian belakang mata serta otot-otot dan
sendi-sendi. Ruam merah di kulit juga boleh terjadi.
 Demam ini boleh mencapai suhu 40 - 41 C, dan selalunya akan berlarutan
selama 2 hingga 7 hari. Ia juga boleh menyebabkan serangan sawan
dikalangan kanak-kanak di bawah umur 6 tahun. Sakit teruk pada tulang-
22
tulang, otot-otot dan sendi-sendi. Demam denggi ini juga dikenali sebagai
"breakbone fever".
 Ruam selalunya akan tumbuh pada hari ke 3 dan 4 selepas bermulanya
demam.
 Muntah dan kurang selera makan.
Pemastian diagnosa penyakit
Antibodi akan dikesan di dalam darah (Dengue IgM) (Antibodi yang dihasilkan
oleh sistem pertahanan badan untuk melawan jangkitan).
Ujian PCR (kaedah mengesan genetik virus) boleh mengesan virus denggi di
dalam darah dan nyamuk boleh didapati di sesetengah makmal.
NSI antigen: Satu lagi test yang mengesan virus ini pada peringkat
awal/demam.
Rawatan
 Segera berjumpa dengan doktor kerana tiada ubat yang khusus untuk
merawat demam denggi.
 Rehat dan banyakkan minum air masak. Ubat paracetamol boleh diambil
untuk menurunkan demam dan mengurangkan kesakitan.
 Elakkan ubat aspirin bagi kanak-kanak di bawah umur 12 tahun.
 Mandi jerlum.
 Antibiotik tidak diperlukan.
23
Demam Denggi Berdarah
Merupakan demam denggi yang teruk disebabkan oleh jangkitan virus denggi.
Kebiasaan tanda sakit adalah sama dengan demam denggi. Pesakit akan
menjadi teruk disebabkan oleh radangan di salur darah. Tanda-tanda yang
biasa termasuklah muntah, pitam dan sakit di bahagian abdomen.
Salur darah di dalam badan boleh mengalami kebocoran dan menyebabkan isi
padu darah berkurangan. Ini boleh menyebabkan pesakit mengalami renjatan
(shock) dan akhirnya boleh menyebabkan kematian.
Tiada ubat-ubatan yang khusus untuk merawat demam denggi. Pesakit perlu
dimasukkan ke wad bagi rawatan demam denggi berdarah. Rawatan awal boleh
mengelakkan kematian dengan kadar kurang daripada 1%. Pesakit akan
diberikan rehidrasi untuk memastikan beliau tidak mengalami renjatan.
Walaupun nama penyakit ini demam denggi berdarah, masalah yang membawa
kemudaratan adalah masalah kebocoran salur darah yang menyebabkan
renjatan dan bukan pendarahan yang menjadi masalah utama.
Faktor penyumbang
Intravena:
 Pembangunan yang pesat di bandar-bandar terutama di Negara Tropika
menyebabkan kepadatan penduduk tinggi dan tapak binaan yang banyak.
24
 Peningkatan penggunaan bahan plastik dan pembuangan tayar lama boleh
menyebabkan pembiakan nyamuk yang baru.
 Pergerakan manusia dari satu tempat ke tempat yang lain menyebabkan
penularan berlaku dengan cepat.
Pencegahan
Pada masa sekarang tiada vaksin untuk mengubati demam denggi. Walau
bagaimanapun usaha-usaha sedang dijalankan untuk menghasilkan vaksin
tersebut.
Elakkan gigitan nyamuk dengan:
 Gunakan ubat nyamuk.
 Gunakan kelambu semasa tidur. Gunakan 'repellent' jika perlu.
 Elakkan aktiviti semasa nyamuk aktif menggigit (5.30 pagi-8.00 pagi dan
5.30 petang-8.00 malam).
 Pakai pakaian berlengan panjang dan seluar panjang apabila keluar
daripada rumah.
 Pasang jaring halus (mosquito mesh) di tingkap dan pintu.
Menghapuskan tempat-tempat pembiakan nyamuk:
 Menghapuskan tempat pembiakan nyamuk di sekeliling rumah. Musnahkan
semua bekas yang boleh menakung air hujan atau lebihan air, terutamanya
di besen, tayar lama, bekas bunga, bekas plastik dan tong. Jika tidak boleh
dimusnahkan, letakkan bahan pembunuh jentik-jentik di bekas tersebut.
25
 Kerap tukar air di bekas minuman haiwan peliharaan.
Jika anak anda disyaki mengalami sakit denggi dan dipantau sebagai pesakit
luar (tidak dimasukkan ke wad), bawa anak anda segera ke hospital/klinik jika:
 Muntah berlarutan/berpanjangan.
 Sakit perut.
 Kurang bermaya/sawan.
 Sesak nafas.
 Pucat/sejuk pada tangan dan kaki.
 Pendarahan: daripada gusi/hidung, muntah darah, najis berdarah dan
tanda-tanda merah pada kulit.
26
PENUTUP
Kesimpulannya, terdapat pelbagai langkah yang wajar dilaksanakan untuk
memastikan penyakit berjangkit dalam dibendung penularannya. Pepatah
Melayu mengatakan, mencegah lebih baik dari mengubati.
Dalam hal ini semua anggota masyarakat perlulah bekerjasama ibarat aur
dengan tebing agar penyakit berjangkit dapat ditangani dengan berkesan.
Kita tidak mahu menyesal akibat kelekaan kita mendatangkan kesan buruk
kerana menyesal dahulu pendapatan, menyesal kemudian tidak berguna.
Kerjasama semua pihak sudah pasti akan melahirkan masyarakat Malaysia
yang bebas daripada ancaman penyakit berjangkit yang berbahaya.
SEKIAN

Contenu connexe

Tendances

Penyakit Berjangkit & Tidak Berjangkit
Penyakit Berjangkit & Tidak BerjangkitPenyakit Berjangkit & Tidak Berjangkit
Penyakit Berjangkit & Tidak BerjangkitZahiruddin Othman
 
BORANG ULASAN BUKU SPLKPM.docx
BORANG ULASAN BUKU SPLKPM.docxBORANG ULASAN BUKU SPLKPM.docx
BORANG ULASAN BUKU SPLKPM.docxnsmm
 
Pemeliharaan dan Pemuliharaan
Pemeliharaan dan PemuliharaanPemeliharaan dan Pemuliharaan
Pemeliharaan dan PemuliharaanAfifi Malaysia
 
Kerja lapangan geografi tingkatan 3
Kerja lapangan geografi tingkatan 3Kerja lapangan geografi tingkatan 3
Kerja lapangan geografi tingkatan 3Ummu Umar
 
Peranan dan tanggungjawab pengawas
Peranan dan tanggungjawab pengawasPeranan dan tanggungjawab pengawas
Peranan dan tanggungjawab pengawasAhmad Yusoff
 
Sejarah Tingkatan 1 KSSM:Zaman air batu
Sejarah Tingkatan 1 KSSM:Zaman air batu Sejarah Tingkatan 1 KSSM:Zaman air batu
Sejarah Tingkatan 1 KSSM:Zaman air batu Aiman Knight
 
6.1 pengenalan integer
6.1 pengenalan integer6.1 pengenalan integer
6.1 pengenalan integerSue Shuhada
 
Bab 8 cahaya dan optik (1)
Bab 8 cahaya dan optik (1)Bab 8 cahaya dan optik (1)
Bab 8 cahaya dan optik (1)mimie Ramli
 
Bab 1 organ deria
Bab 1 organ deriaBab 1 organ deria
Bab 1 organ deriaKhas Midzan
 
Contoh karangan-Pengalaman
Contoh karangan-PengalamanContoh karangan-Pengalaman
Contoh karangan-Pengalamanvijayaletchumy
 
Amalan gaya hidup sihat
Amalan gaya hidup sihatAmalan gaya hidup sihat
Amalan gaya hidup sihatBong Shuying
 
Nota Pola ayat
Nota Pola ayatNota Pola ayat
Nota Pola ayatNurull Sya
 
Bab 5 pek sejuk dan pek panas f3.pptx
Bab 5 pek sejuk dan pek panas f3.pptxBab 5 pek sejuk dan pek panas f3.pptx
Bab 5 pek sejuk dan pek panas f3.pptxLEEKAIWEN3
 
Contoh soalan peperiksaan Bahasa Melayu SPM kertas 2
Contoh soalan peperiksaan Bahasa Melayu SPM kertas 2Contoh soalan peperiksaan Bahasa Melayu SPM kertas 2
Contoh soalan peperiksaan Bahasa Melayu SPM kertas 2Shuhada Osman
 
551920773-Bahasa-Melayu-Standard-Kempimpinan-Melalui-Teladan (1).pdf
551920773-Bahasa-Melayu-Standard-Kempimpinan-Melalui-Teladan (1).pdf551920773-Bahasa-Melayu-Standard-Kempimpinan-Melalui-Teladan (1).pdf
551920773-Bahasa-Melayu-Standard-Kempimpinan-Melalui-Teladan (1).pdfLIMXINGHOOIMoe
 

Tendances (20)

Penyakit Berjangkit & Tidak Berjangkit
Penyakit Berjangkit & Tidak BerjangkitPenyakit Berjangkit & Tidak Berjangkit
Penyakit Berjangkit & Tidak Berjangkit
 
BORANG ULASAN BUKU SPLKPM.docx
BORANG ULASAN BUKU SPLKPM.docxBORANG ULASAN BUKU SPLKPM.docx
BORANG ULASAN BUKU SPLKPM.docx
 
Pemeliharaan dan Pemuliharaan
Pemeliharaan dan PemuliharaanPemeliharaan dan Pemuliharaan
Pemeliharaan dan Pemuliharaan
 
KAJIAN KES SEJARAH.pdf
KAJIAN KES SEJARAH.pdfKAJIAN KES SEJARAH.pdf
KAJIAN KES SEJARAH.pdf
 
Kerja lapangan geografi tingkatan 3
Kerja lapangan geografi tingkatan 3Kerja lapangan geografi tingkatan 3
Kerja lapangan geografi tingkatan 3
 
Peranan dan tanggungjawab pengawas
Peranan dan tanggungjawab pengawasPeranan dan tanggungjawab pengawas
Peranan dan tanggungjawab pengawas
 
Sejarah Tingkatan 1 KSSM:Zaman air batu
Sejarah Tingkatan 1 KSSM:Zaman air batu Sejarah Tingkatan 1 KSSM:Zaman air batu
Sejarah Tingkatan 1 KSSM:Zaman air batu
 
6.1 pengenalan integer
6.1 pengenalan integer6.1 pengenalan integer
6.1 pengenalan integer
 
Penjodoh bilangan
Penjodoh bilanganPenjodoh bilangan
Penjodoh bilangan
 
Bab 8 cahaya dan optik (1)
Bab 8 cahaya dan optik (1)Bab 8 cahaya dan optik (1)
Bab 8 cahaya dan optik (1)
 
Bab 1 organ deria
Bab 1 organ deriaBab 1 organ deria
Bab 1 organ deria
 
Contoh karangan-Pengalaman
Contoh karangan-PengalamanContoh karangan-Pengalaman
Contoh karangan-Pengalaman
 
Amalan gaya hidup sihat
Amalan gaya hidup sihatAmalan gaya hidup sihat
Amalan gaya hidup sihat
 
Bahasa istana
Bahasa istanaBahasa istana
Bahasa istana
 
Nota Pola ayat
Nota Pola ayatNota Pola ayat
Nota Pola ayat
 
Bab 5 pek sejuk dan pek panas f3.pptx
Bab 5 pek sejuk dan pek panas f3.pptxBab 5 pek sejuk dan pek panas f3.pptx
Bab 5 pek sejuk dan pek panas f3.pptx
 
Buku bina ayat
Buku bina ayat  Buku bina ayat
Buku bina ayat
 
Contoh soalan peperiksaan Bahasa Melayu SPM kertas 2
Contoh soalan peperiksaan Bahasa Melayu SPM kertas 2Contoh soalan peperiksaan Bahasa Melayu SPM kertas 2
Contoh soalan peperiksaan Bahasa Melayu SPM kertas 2
 
KBAT Sejarah SPM
KBAT Sejarah SPMKBAT Sejarah SPM
KBAT Sejarah SPM
 
551920773-Bahasa-Melayu-Standard-Kempimpinan-Melalui-Teladan (1).pdf
551920773-Bahasa-Melayu-Standard-Kempimpinan-Melalui-Teladan (1).pdf551920773-Bahasa-Melayu-Standard-Kempimpinan-Melalui-Teladan (1).pdf
551920773-Bahasa-Melayu-Standard-Kempimpinan-Melalui-Teladan (1).pdf
 

Similaire à Contoh Buku Skrap Tentang PENYAKIT BERJANGKIT

Similaire à Contoh Buku Skrap Tentang PENYAKIT BERJANGKIT (20)

Makalah tbc pada anakk
Makalah tbc pada anakkMakalah tbc pada anakk
Makalah tbc pada anakk
 
Penyakit tuberkulosis
Penyakit tuberkulosisPenyakit tuberkulosis
Penyakit tuberkulosis
 
Maklah tbc1
Maklah tbc1Maklah tbc1
Maklah tbc1
 
kajian penyakit berjangkit vs tak berjangkit.docx
kajian penyakit berjangkit vs tak berjangkit.docxkajian penyakit berjangkit vs tak berjangkit.docx
kajian penyakit berjangkit vs tak berjangkit.docx
 
Kata penganta3
Kata penganta3Kata penganta3
Kata penganta3
 
Makalah tbc pada anakk
Makalah tbc pada anakkMakalah tbc pada anakk
Makalah tbc pada anakk
 
Penyakit Berjangkit
Penyakit BerjangkitPenyakit Berjangkit
Penyakit Berjangkit
 
Awal mds ( tugas penjaskes
Awal mds ( tugas penjaskesAwal mds ( tugas penjaskes
Awal mds ( tugas penjaskes
 
Analisis Situasi Berdasarkan Evidence Besed Dengan Pendekatan Ilmu Kesehatan ...
Analisis Situasi Berdasarkan Evidence Besed Dengan Pendekatan Ilmu Kesehatan ...Analisis Situasi Berdasarkan Evidence Besed Dengan Pendekatan Ilmu Kesehatan ...
Analisis Situasi Berdasarkan Evidence Besed Dengan Pendekatan Ilmu Kesehatan ...
 
Ensefalitis tb
Ensefalitis tbEnsefalitis tb
Ensefalitis tb
 
Anamnesis dan Tindakan pada Kasus.pptx
Anamnesis dan Tindakan pada Kasus.pptxAnamnesis dan Tindakan pada Kasus.pptx
Anamnesis dan Tindakan pada Kasus.pptx
 
Makalah penjaskes
Makalah penjaskesMakalah penjaskes
Makalah penjaskes
 
Penyakit parotitis, hipersaliva dan kanker rongga mulut
Penyakit parotitis, hipersaliva dan kanker rongga mulutPenyakit parotitis, hipersaliva dan kanker rongga mulut
Penyakit parotitis, hipersaliva dan kanker rongga mulut
 
Makalah penjaskes
Makalah penjaskesMakalah penjaskes
Makalah penjaskes
 
Makalah penjaskes
Makalah penjaskesMakalah penjaskes
Makalah penjaskes
 
Makalah penjaskes
Makalah penjaskesMakalah penjaskes
Makalah penjaskes
 
Bahan pen jasorkes
Bahan pen jasorkesBahan pen jasorkes
Bahan pen jasorkes
 
(1). program pemerintah dalam penanggulangan masalah
(1). program pemerintah dalam penanggulangan masalah(1). program pemerintah dalam penanggulangan masalah
(1). program pemerintah dalam penanggulangan masalah
 
Makalah hiv
Makalah hivMakalah hiv
Makalah hiv
 
Sitem pernafasan
Sitem pernafasanSitem pernafasan
Sitem pernafasan
 

Contoh Buku Skrap Tentang PENYAKIT BERJANGKIT

  • 1. 1 ISI KANDUNGAN M/S 1. Penghargaan 2 2. Objektif 3 3. Definisi penyakit dan penyakit berjangkit 4 4. Jenis-jenis penyakit berjangkit 5 5. Influenza A ( H1N1) 6 6. Batuk Kering ( TIBI ) 8 7. Leptospirosis (kencing tikus ) 10 8. Cacar Air 16 9. Denggi 21 10. Penutup 26
  • 2. 2 PENGHARGAAN Alhamdulilah, bersyukur saya ke hadrat ALLAH kerana telah dapat menyiapkan Buku Skrap bagi Kelab Doktor Muda ini dalam jangkamasa yang ditetapkan. Pertama sekali , saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada guru-guru penasihat Kelab Doktor Muda SK Batu Kapor yang telah banyak memberikan tunjuk ajar dan bimbingan kepada saya dalam menghasilkan buku skrap ini. Ucapan terima kasih juga kepada rakan-rakan saya yang banyak membantu dan memberikan idea-idea yang berguna. Penghargaan ini juga saya tujukan kepada ibu bapa saya kerana memberikan dorongan dan galakan kepada saya dalam menyiapkan buku ini. Sekian , terima kasih.
  • 3. 3 OBJEKTIF Objektif bagi Buku Informasi Kesihatan ini adalah : 1. Menerangkan mengenai cara-cara penjagaan gigi yang betul. 2. Memupuk kesedaran tentang pentingnya kesihatan pergigian 3. Memberi pendedahan kepada guru tentang penjagaan kesihatan pergigian 4. Mempromosikan aktiviti pencegahan kepada kanak-kanak dan guru- guru.
  • 4. 4 DEFINISI PENYAKIT Apa itu penyakit? Penyakit adalah keadaan tidak normal pada badan atau minda yang menyebabkan ketidakselesaan, disfungsi , atau tekanan /stres kepada orang yang terbabit atau berhubung rapat dengannya. Terdapat pelbagai jenis penyakit yang mengancam manusia seperti penyakit berjangkit, penyakit genetic, penyakit autoimun, penyakit toksik, penyakit kekurangan(zat), penyakit endokrin dan sebagainya. Penyakit ini boleh disebabkan kuman, bakteria, virus, racun, kegagalan organ berfungsi, dan juga penyakit baka/keturunan. Leptospirosis Denggi Tibi Cacar air
  • 5. 5 PENYAKIT BERJANGKIT Berikutmerupakan senaraipenyakitberjangkit terkiniyang telah diwartakan di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan PenyakitBerjangkit(Akta 342): 1. Batuk Kokol 2. Campak 3. Chancroid 4. Demam Denggi dan Demam DenggiBerdarah 5. Demam Kuning 6. Difteria 7. Disenteri (SemuaJenis) 7A. Ebola 8. Jangkitan Gonococcal(Semua Jenis) 8A. Laptospirosis 9. Keracunan Makanan 10. Kolera 11. Kusta 12. Malaria 12A. PenyakitTangan, Kaki dan Mulut(HFMD) 13. Plague 14. Pollomielitis (Akut) 15. Rabies 16. Relapsing Fever 17. Sifilis (Semua Jenis) 18. Tetanus(Semua Jenis) 19. Tifoid dan Salmonoloses lain 20. Tifusdan Ricketsioses lain 21. Tuberkulosis(SemuaJenis) 22. Viral Ensefalitis 23. Viral Hepatitis 24. Apa-apajangkitan mikrobial lain yangmengancam nyawa
  • 6. 6 INFLUENZA A (H1N1) INFLUENZA A (H1N1) Salah satu penyakit berjangkit yang terkenal dan masih dikira sebagai penyakit yang baru ialah Influenza A (H1N1). Swine Flu yang disebarkan oleh manusia ini telah mencetuskan keadaan panik di seluruhan dunia terutamanya di Mexico dan Amerika Syarikat. Sehingga 6 Mei 2009. Wabak ini telah mengorbankan 29 orang di Mexico dan 2 orang di Amerika Syarikat. Di Malaysia pula wabak Swine Flu bermula pada Mei-Jun 2009. Apa itu penyakit Influenza A (H1N1). Influenza A (H1N1) adalah sejenis penyakit berjangkit pada saluran pernafasan yang disebabkan oleh Virus Influenza A (H1N1). Virus Influenza ini adalah sejenis virus yang baru dan terhasil daripada ressorment iaitu percampuran genetik virus influenza babi, burung dan manusia. Pada mulanya, semua orang tiada daya ketahanan kepada jangkitan tersebut. Vaksin bagi melindungi jangkitan ini juga belum ada. Terdapat beberapa tanda amaran yang menunjukkan seseorang itu menghidap penyakit jangkitan Influenza A (H1N1). Antaranya adalah masalah penafasan. Batuk berdarah atau kahak berdarah. Sakit dada berterusan. Cirit-birit atau muntah yang kerap, Demam berterusan melebihi 3 hari ataupun demam berulang selepas hari pulih. Berkelakuan tidak normal, keliru, kurang resposif
  • 7. 7 kepada rangsangan atau sawan. Rasa pening apabila berdiri dan kurang kencing. Jika seseorang itu ada salah satu tanda di atas semasa waktu penyebaran virus Influenza A (H1N1), maka orang itu disahkan menjangkiti Influenza A(H1N1). Golongan-golongan yang berisiko tinggi adalah kanak-kanak yang berumur kurang daripada 5 tahun. Individu yang berusia 65 tahun dan ke atas, kanak-kanak dan remaja yang kurang daripada 18 tahun yang menggunakan terapi aspirin untuk jangkamasa yang panjang. Wanita mengandung, dewasa dan kanak-kanak dengan asma. Penyakit pernafasan kronik, obstruktif,kegagalan organ, penyakit kardiovaskular, hepatik, heamatologikal, neurologik, neuromuscular atau masalah metabolik seprerti Diabetes Mellitus. Orang yang mengalami daya ketahanan yang rendah(immunosuppressant) dan individu yang mengidap di rumah kebajikan dan institusi penjagaan yang lain. Semua golongan di atas perlu mengambil tindakan segera sekiranya mendapati diri-sendiri dijangkiti Influenza A (H1N1). Jika tidak, penyakit ini boleh membawa maut. Untuk mengelakkan daripada menjangkiti Influenza A (H1N1), langah –langkah tersebut perlu diambil oleh semua orang. Antaranya adalah mengamalkan amalan kebersihan diri dan adab batuk yang betul, tutup/lindungi mulut dan hidung dengan tisu sewaktu bersin atau batuk. Buangkan tisu tersebut ke dalam tong sampah selepas menggunakan. Basuh tangan dengan sabun dan air dengan kerap terutamanya selepas batuk atau selesema. Pembersih tangan berasaskan alcohol juga berkesan. Pesakit dinasihatkan untuk tinggal di rumah, elakan berhubung rapat dengan ahli keluarga yang lain serta mengambil langkah kawalan dan pencegahan dari menjangkiti mereka yang menjaga pesakit. Kita masih perlu mengamalkan amalan kebersihan diri dan gaya hidup yang sihat bagi mengelakkan dijangkiti Influenza A (H1N1) atau penyakit lain.
  • 8. 8 BATUK KERING (TIBI) BATUK KERING (TIBI) Penyakit batuk kering ataupun (Tuberkolosis) merupakan satu penyakit yang amat bahaya.Ia jaga dikenali sebagai TIBI. Penyakit ini jangkitan bakterium (Mycobacterium tuberculosis). Bakteria in biasanya menyerang paru-paru. Selain itu, ia juga dapat menyerang sistem-sistem badan lain. Sistem-sistem ini seperti menyerang sistem saraf tujung, sistem peredaran, sistem limfatik, tulang, sendi dan lain-lain. Tanda-tanda peyakit yang dijangkit akan batuk berdarah atau berkahak. Iaitu meraka yang berjangkit adalah sangat susah untuk menhentikan batuk dia, dan dia mungkin akan batuk berterusan sehingga 2 minggu sampai berdarah. Selain itu, peyakit juga mempunyai tanda lemah dan keletihan. Mereka akan sentiasa tiada ada sebarang semangat dan berasa letih. Seterusnya, berat badan mereka akan susut. Ia akan susut hingga kita tidak dapat mengenali siapa dia. Mereka akan berasa sakit di bahagian dada. Ini disebabkan paru-paru mereka telah diserang oleh bakteria (Mycobacterium tuberculosis), dan menyebabkan dada mereka berasa sakit sangat.
  • 9. 9 Penyakit akan sentiasa mengalami kesakitan dada semasa menarik nafas panjang dan juga batuk. Tanda-tanda seperti menggigil, deman dan berpeluh di sebelah petang dan malam juga sebagai tanda-tanda pesakit TIBI. Pemeriksaan dengan penggunaan alat-alat pengesanan, penyakit ini adalah lebih senang dapat dikesan dan dapat mendapat rawatan dengan segera. Cara lain yang kita dapat mengesan penyakit TIBI ialah melakukan pemeriksaan kahak untuk mengenal pastinya. Penggunaan pemeriksaan X-ray dada juga dapat mengesan penyakit TIBI. Dengan dapat dikesan dengan secepat mungkin, kita dapat mendapat rawatan sebelum penyakit TIBI menjadi serius. Biasanya, penyakit TIBI ini akan mengambil 6 bulan di bawah penyeliaan anggota-anggota kesihatan yang dilantikan supaya dapat memberi rawatan yang segera dalam keadaan yang menjadi teruk. Penyakit ini tidak kirakan kaum, umur, atau bangsa terutamanya pesakit AIDS. Iaitu pesakit yang dijangkit oleh virus HIV. Bagi mencegah penyakit ini, setiap bayi yang baru dilahirkan mestilah diberikan suntikan BCG, dan dapatkan suntikan dos kedua pada umur 12 tahun. Dengan ini kita dapt mengurangkan risiko ancaman penyakit TIBI. Penyakit TIBI merupakan satu penyakit yang amat bahaya dan boleh mengancamkan kita semua. Oleh itu, kita harus sama-sama mengatasikan penyakit TIBI ini.
  • 10. 10 PENYAKIT LEPTOSPIROSIS (KENCING TIKUS) TIKUS Semenjak negara digemparkan dengan berita tentang enam kematian yang disebabkan oleh penyakit Leptospirosis dan Melioidosis. Akhbar-akhbar tempatan mula membangkitkan isu penyakit ini, malah ada yang mengatakan bahawa penyakit ini adalah penyakit baru dan misteri di Malaysia. Pendapat ini adalah salah! Leptospirosis bukanlah penyakit baru di Malaysia, tetapi ia merupakan penyakit yang jarang berlaku. Apakah itu Leptospirosis? Leptospirosis adalah penyakit berjangkit yang disebabkan oleh patogen genus Leptospira, yang boleh berjangkit secara langsung atau tidak langsung daripada haiwan kepada manusia.
  • 11. 11 Leptospirosis di Malaysia? Mengikut statistik Kementerian Kesihatan, pada tahun 2006, sebanyak 527 kes leptospirosis telah dicatatkan, dan pada tahun 2007 pula, terdapat peningkatan kes sebanyak 929 kes dilaporkan. Pada tahun 2010, negara digemparkan dengan berita kematian enam individu akibat Leptospirosis dan Melioidosis Hutan Lipur Lubuk Yu, Maran. Terbaru, sebagaimana yang dilaporkan oleh akhbar-akhbar tempatan, seorang anggota bomba merupakan korban terbaru penyakit ini, yang sekali gus menjadikan angka korban yang kelapan dalam sela masa kurang sebulan. Apakah jenis-jenis haiwan yang boleh menjadi reservoir kepada bakteria ini? Tikus dan haiwan domestik seperti lembu, khinzir dan anjing sering menjadi reservoir utama bagi bakteria genus Leptospira ini. Haiwan yang telah dijangkiti dengan Leptospira boleh merembeskan bakteria tersebut melalui air kencingnya secara berperingkat-peringkat atau secara berterusan selama berbulan-bulan. Bagaimanakah bakteria ini boleh tersebar? Leptospirosis boleh menjangkiti manusia secara langsung mahupun tidak langsung melalui pendedahan kepada air kencing haiwan pembawa tersebut. Bakteria genus Leptospira ini boleh memasuki saluran darah melalui luka, kulit yang melecet dan melalui membran bermukus seperti mata, hidung dan mulut.
  • 12. 12 Leptospirosis turut disebarkan melalui air mani haiwan yang dijangkiti. Pekerja rumah penyembelihan boleh dijangkiti melalui sentuhan dengan cecair badan dan darah. Manusia boleh dijangkiti melalui pendedahan kepada air, makanan atau tanah yang mengandungi kencing haiwan yang dijangkiti bakteria ini. Ini juga mungkin berlaku dengan menelan makanan atau air yang dicemari, atau melalui sentuhan luka pada kulit. Apakah tanda-tanda dan simptom-simptom Leptospirosis? Petanda-petanda seperti demam panas, sakit-sakit otot, sakit kepala, muntah, cirit-birit dan mata merah merupakan antara simptom yang dialami oleh pesakit-pesakit Leptospirosis. Ruam, demam kuning dan sensitiviti mata terhadap cahaya mula menyerang beberapa hari setelah simptom-simptom di atas mula reda. Penglihatan pesakit pula menjadi sedikit kabur. Simptom-simptom ini boleh berlanjutan sehingga beberapa hari dan mungkin juga berterusan selama berminggu-minggu. Simptom-simptom leptospirosis lazimnya kelihatan begitu umum dan pesakit biasanya beransur pulih selepas kira-kira lima hari. Jadi, tidak mustahil pada kebanyakan masa, ia sering disalahdiagnosiskan sebagai demam panas, selesema atau petanda biasa yang lain. Leptospirosis ini boleh menjadi lebih kronik. Ini merangkumi Penyakit Weil, yakni kegagalan ginjal, sakit kuning dan perdarahan pada kulit dan selaput
  • 13. 13 lendir.Me ningitis (radang selaput otak) dan pendarahan di paru-paru juga boleh berlaku. Leptospirosis juga lambat-laun boleh membawa maut. Apakah kesan jangka panjang Leptospirosis? Proses penyembuhan Leptospirosis memakan masa yang lama. Pesakit-pesakit Leptospirosis kadangkala mengalami keletihan kronik yang berlarutan selama berbulan. Malah, ada juga pesakit yang mengalami depresi dan sakit kepala yang berterusan. Kadangkala bakteria Leptospira ini boleh tinggal di dalam mata untuk satu masa yang lama dan mengakibatkan radang mata yang serius dan kronik. Siapakah golongan-golongan berisiko tinggi? Golongan yang kerap terdedah kepada haiwan seperti pekerja zoo, veterinar dan mereka yang membela haiwan peliharaan adalah termasuk dalam golongan yang berisiko tinggi untuk mendapat Leptospirosis. Selain itu, mereka yang bekerja sabagai peladang, pekebun dan rumah penyembelihan juga berisiko tinggi untuk terdedah kepada air, lumpur, tanah yang telah dikontaminasi oleh urin haiwan yang telah dijangkiti. Golongan penggemar aktiviti sukan air atau rekreasi juga mempunyai risiko pendedahan terhadap air yang dikontaminasikan oleh urin haiwan pembawa seperti tikus, anjing atau khinzir. Ada juga kajian dari Australia yang mengatakan bahawa lelaki adalah lebih kerap dijangkiti Leptospirosis berbanding wanita.
  • 14. 14 Bagaimana diagnosis bagi mengesahkan penyakit ini? Seseorang doktor mungkin mengesyaki Leptospirosis pada seorang pesakit yang mengalami simptom 1-2 minggu selepas terdedah pada urin haiwan pembawa tersebut. Leptospirosis hanya boleh disahkan melalui ujian darah yang menunjukkan kehadiran bakteria Leptospirosis. Untuk membuat diagnosis Leptospirosis, dua ujian darah berasingan perlu diambil dalam tempoh lebih daripada dua minggu. Selain itu, bakteria Leptospira juga boleh didapati dari darah, cecair tulang belakang kepada otak dan air kencing. Apakah langkah pencegahan bagi penyakit ini? Leptospirosis adalah penyakit yang boleh dielakkan. Beberapa tip langkah penjagaan boleh diamalkan bagi mencegah pendedahan kepada bakteria Leptospirosis. Tutup luka dan lecetan kulit dengan balutan yang kalis air sebelum anda memulakan aktiviti/kerja di ladang/kebun atau tempat-tempat yang berpotensi untuk pendedahan kepada bakteria ini .Pakai pakaian pelindung seperti sarung tangan, pelindung mata atau gogel, apron dan but apabila bekerja di ladang ataupun bekerja dengan haiwan-haiwan yang berpotensi untuk dijangkiti dengan Leptospirosis, terutamanya apabila anda berpotensi untuk terdedah pada urin haiwan tersebut. Bersihkan diri dan tangan selepas membuat kerja-kerja di ladang dan kebun. Pastikan anda tidak makan atau merokok semasa berada berhampiran dengan haiwan-haiwan yang mungkin dijangkiti ataupun semasa bekerja di
  • 15. 15 kebun/ladang yang anda mungkin terdedah pada tanah yang telah dikontaminasi dengan bakteria tersebut. Elakkan aktiviti rekreasi atau berenang di tempat-tempat yang berkemungkinan dicemari oleh urin haiwan.Kawal kehadiran tikus di tempat anda dengan memastikan kebersihan yang optimum. Buang semua sampah sarap dan kemaskan buangan sisa makanan, bagi mengelak kehadiran tikus Sebelum minum atau membuka makanan di dalam tin, pastikan anda membasuh/membilas penutupnya terlebih dahulu bagi mengelak kemungkinan dijangkiti bakteria ini. Tin-tin ini mungkin terdedah pada urin haiwan pembawa Leptospira ketika di dalam stor. Apakah rawatan bagi Leptospirosis? Leptospirosis biasanya dirawat dengan antibiotik seperti doxycycline atau penicillin. Ujian dan diagnosis mengambil masa yang lama dan pesakit boleh menjadi lebih parah jika terus menunggu. Oleh itu, doktor akan memulakan rawatan dengan pengambilan antibiotik sebelum mengesahkan pesakit dengan Leptospirosis. Rawatan antibiotik adalah kaedah yang paling efektif untuk Leptospirosis jika rawatan itu dimulakan awal.
  • 16. 16 PENYAKIT CACAR AIR Apa itu jangkitan cacar air? Ini ialah jangkitan biasa yang berlaku di kalangan kanak-kanak disebabkan oleh virus. Virus cacar air juga dikenali sebagai virus varicella. Ia adalah virus sama yang menyebabkan kayap. Ia merupakan penyakit yang senang berjangkit dan boleh merebak daripada seorang ke seorang. Seseorang yang dijangkiti virus ini akan mengalami demam dan timbul ruam lepuh (blisters). Ianya merebak:  Melalui udara apabila seseorang yang menghidap cacar air itu mengalami batuk atau bersin.  Dengan menyentuh atau bernafas masuk “partikel virus” yang terdapat pada cecair yang keluar daripada lepuh (blister) . Apakah tanda dan gejala? Anak anda akan mendapat cacar air 10-21 hari selepas terdedah kepada seseorang yang mengidap cacar air. Cacar air boleh merebak 1–2 hari sebelum ruam kelihatan pada orang yang di jangkiti sehingga semua ruam kering. Kebanyakan kanak-kanak mengalami jangkitan yang tidak serius. Namun jangkitan cacar air bagi orang dewasa,remaja serta anak kecil kurang dari setahun boleh menjadi lebih serius. Gejala:  Demam, rasa tidak sihat dan letih lima hari sebelum ruam timbul.
  • 17. 17  Ruam bermula bintik merah yang kecil dan gatal (seperti jerawat) pada semua badan termasuk mulut. Biasanya ruam bermula di dada dan belakang, kemudian merebak ke muka, kepala, kedua-dua lengan dan kaki.  Dalam masa 24 jam, ruam-ruam akan kelihatan seperti lepuh air (blister), kemudian pecah, kering dan menjadi keruping (4 -5 hari).  Bintik-bintik baru akan terus timbul untuk lima hari dan mengambil masa dua minggu untuk hilang. Cacar Air Biasanya jangkitan cacar air ini menghasilkan pelalian seumur hidup. Walau bagaimanapun, virus ini mungkin bersembunyi dan berulang sebagai kayap (shingles) kepada orang dewasa dan kadang-kala kepada kanak-kanak. Apakah komplikasinya? Biasanya cacar air ialah masalah kesihatan ringan bagi kanak-kanak dan kebanyakannya akan pulih.
  • 18. 18 Walau bagaimanapun, sesetengah orang berisiko mendapat komplikasi yang teruk, iaitu bayi yang baru lahir, orang dewasa dan seseorang yang mempunyai sistem pertahanan badan yang lemah. Komplikasi lain yang boleh berlaku termasuk:  Jangkitan kuman pada kulit.  Jangkitan pada darah (blood stream infection).  Radang paru-paru.  Keradangan otak (“encephalitis,cerebellar ataxia”). Bagaimana jangkitan cacar air dirawat? Amnya:  Elakkan anak anda ke sekolah atau taman asuhan kanak-kanak sehingga ruam menjadi berkerak (lebih kurang tujuh hari daripada permulaan ruam). Jika tidak kemungkinan kawan-kawannya akan turut dijangkiti. Elakkan dari naik kapal terbang pada masa ini.  Ambil ubat paracetamol untuk mengurangkan demam.  Minum banyak air masak.  Ambil makanan yang seimbang.  Sentiasa membasuh tangan. Untuk rasa gatal:  Sapu losen kalamine di tempat ruam.  Potong kuku pendek untuk mengelakkan kecederaan kulit semasa menggaru.
  • 19. 19  Ubat antihistamine mungkin diberi oleh doktor jika rasa gatal yang teramat sangat sehingga anak anda tidak dapat tidur. Ubat antivirus untuk cacar air (dalam bentuk makan) boleh didapati dan selalunya akan diberi oleh doktor kepada mereka yang berisiko mendapat jangkitan yang teruk, iaitu:  Berumur 12 tahun ke atas.  Mengidap penyakit paru-paru/kulit yang kronik.  Mereka yang menjalani terapi lama dengan mengambil ubat “salicylate” seperti aspirin.  Mereka yang menjalani terapi steroid sama ada jangka pendek atau berkala (dalam bentuk sedut).  Segolongan ibu-ibu mengandung. Bagaimana cacar air boleh dicegah?  Cacar air boleh dicegah dengan suntikan pelalian.Vaksin “varicella” ini tiada di dapati dalam program immunisasi sekarang akan tetapi terdapat pada sektor swasta. Minta nasihat doktor.  Jika anda mendapat cacar air, elakkan jangkitan kepada orang lain dengan tidak pergi ke sekolah atau ke tempat kerja sehingga lepuh menjadi kering dan berkerak.  Vaksin juga boleh diberi kepada anak anda yang belum pernah dijangkiti penyakit ini jika terdedah kepada individu yang menghidap cacar air untuk
  • 20. 20 mengelakkan anak anda daripada mendapat penyakit ini. Sila berjumpa doktor untuk mendapatkan nasihat.  Seseorang yang berisiko mendapat cacar air yang teruk (bayi yang baru lahir, yang mempunyai sistem pertahanan badan yang lemah, wanita mengandung) yang terdedah kepada seseorang yang mengidap cacar air, mungkin diberi antibodi dalam bentuk immunoglobulin untuk memberi perlindungan segera.
  • 21. 21 Demam Denggi Pengenalan Demam denggi adalah sejenis penyakit jangkitan virus yang merebak melalui gigitan nyamuk Aedes aegypti yang telah dijangkiti. Terdapat empat (4) jenis virus yang boleh menyebabkan demam denggi (DEN 1, DEN 2, DEN 3 dan DEN 4). Jangkitan oleh salah satu jenis virus akan memberikan imuniti terhadap virus jenis itu sahaja, jika individu tinggal di kawasan jangkitan denggi, mereka boleh di jangkiti lebih dari sekali seumur hidupnya. Lebih 100 negara di Asia Selatan, Asia Tenggara, Afrika, Amerika Timur Mediterranean dan Pasifik Barat mengalami masalah denggi. Tanda dan gejala  Kebiasaannya demam akan terjadi pada hari ke tiga (3) hingga ke empat belas (14) selepas digigit oleh nyamuk yang dijangkiti, kebiasaannya di antara 4 hingga 7 hari.  Selalunya ia akan bermula dengan demam kuat yang mengejut, sakit kepala yang teruk/kuat, sakit pada bahagian belakang mata serta otot-otot dan sendi-sendi. Ruam merah di kulit juga boleh terjadi.  Demam ini boleh mencapai suhu 40 - 41 C, dan selalunya akan berlarutan selama 2 hingga 7 hari. Ia juga boleh menyebabkan serangan sawan dikalangan kanak-kanak di bawah umur 6 tahun. Sakit teruk pada tulang-
  • 22. 22 tulang, otot-otot dan sendi-sendi. Demam denggi ini juga dikenali sebagai "breakbone fever".  Ruam selalunya akan tumbuh pada hari ke 3 dan 4 selepas bermulanya demam.  Muntah dan kurang selera makan. Pemastian diagnosa penyakit Antibodi akan dikesan di dalam darah (Dengue IgM) (Antibodi yang dihasilkan oleh sistem pertahanan badan untuk melawan jangkitan). Ujian PCR (kaedah mengesan genetik virus) boleh mengesan virus denggi di dalam darah dan nyamuk boleh didapati di sesetengah makmal. NSI antigen: Satu lagi test yang mengesan virus ini pada peringkat awal/demam. Rawatan  Segera berjumpa dengan doktor kerana tiada ubat yang khusus untuk merawat demam denggi.  Rehat dan banyakkan minum air masak. Ubat paracetamol boleh diambil untuk menurunkan demam dan mengurangkan kesakitan.  Elakkan ubat aspirin bagi kanak-kanak di bawah umur 12 tahun.  Mandi jerlum.  Antibiotik tidak diperlukan.
  • 23. 23 Demam Denggi Berdarah Merupakan demam denggi yang teruk disebabkan oleh jangkitan virus denggi. Kebiasaan tanda sakit adalah sama dengan demam denggi. Pesakit akan menjadi teruk disebabkan oleh radangan di salur darah. Tanda-tanda yang biasa termasuklah muntah, pitam dan sakit di bahagian abdomen. Salur darah di dalam badan boleh mengalami kebocoran dan menyebabkan isi padu darah berkurangan. Ini boleh menyebabkan pesakit mengalami renjatan (shock) dan akhirnya boleh menyebabkan kematian. Tiada ubat-ubatan yang khusus untuk merawat demam denggi. Pesakit perlu dimasukkan ke wad bagi rawatan demam denggi berdarah. Rawatan awal boleh mengelakkan kematian dengan kadar kurang daripada 1%. Pesakit akan diberikan rehidrasi untuk memastikan beliau tidak mengalami renjatan. Walaupun nama penyakit ini demam denggi berdarah, masalah yang membawa kemudaratan adalah masalah kebocoran salur darah yang menyebabkan renjatan dan bukan pendarahan yang menjadi masalah utama. Faktor penyumbang Intravena:  Pembangunan yang pesat di bandar-bandar terutama di Negara Tropika menyebabkan kepadatan penduduk tinggi dan tapak binaan yang banyak.
  • 24. 24  Peningkatan penggunaan bahan plastik dan pembuangan tayar lama boleh menyebabkan pembiakan nyamuk yang baru.  Pergerakan manusia dari satu tempat ke tempat yang lain menyebabkan penularan berlaku dengan cepat. Pencegahan Pada masa sekarang tiada vaksin untuk mengubati demam denggi. Walau bagaimanapun usaha-usaha sedang dijalankan untuk menghasilkan vaksin tersebut. Elakkan gigitan nyamuk dengan:  Gunakan ubat nyamuk.  Gunakan kelambu semasa tidur. Gunakan 'repellent' jika perlu.  Elakkan aktiviti semasa nyamuk aktif menggigit (5.30 pagi-8.00 pagi dan 5.30 petang-8.00 malam).  Pakai pakaian berlengan panjang dan seluar panjang apabila keluar daripada rumah.  Pasang jaring halus (mosquito mesh) di tingkap dan pintu. Menghapuskan tempat-tempat pembiakan nyamuk:  Menghapuskan tempat pembiakan nyamuk di sekeliling rumah. Musnahkan semua bekas yang boleh menakung air hujan atau lebihan air, terutamanya di besen, tayar lama, bekas bunga, bekas plastik dan tong. Jika tidak boleh dimusnahkan, letakkan bahan pembunuh jentik-jentik di bekas tersebut.
  • 25. 25  Kerap tukar air di bekas minuman haiwan peliharaan. Jika anak anda disyaki mengalami sakit denggi dan dipantau sebagai pesakit luar (tidak dimasukkan ke wad), bawa anak anda segera ke hospital/klinik jika:  Muntah berlarutan/berpanjangan.  Sakit perut.  Kurang bermaya/sawan.  Sesak nafas.  Pucat/sejuk pada tangan dan kaki.  Pendarahan: daripada gusi/hidung, muntah darah, najis berdarah dan tanda-tanda merah pada kulit.
  • 26. 26 PENUTUP Kesimpulannya, terdapat pelbagai langkah yang wajar dilaksanakan untuk memastikan penyakit berjangkit dalam dibendung penularannya. Pepatah Melayu mengatakan, mencegah lebih baik dari mengubati. Dalam hal ini semua anggota masyarakat perlulah bekerjasama ibarat aur dengan tebing agar penyakit berjangkit dapat ditangani dengan berkesan. Kita tidak mahu menyesal akibat kelekaan kita mendatangkan kesan buruk kerana menyesal dahulu pendapatan, menyesal kemudian tidak berguna. Kerjasama semua pihak sudah pasti akan melahirkan masyarakat Malaysia yang bebas daripada ancaman penyakit berjangkit yang berbahaya. SEKIAN