1. Ketuanan Melayu
Ketuanan Melayu ialah konsep perkauman yang mendakwa bahawa orang Melayu
adalah tuan kepada Persekutuan Tanah Melayu (sekarang) Malaysia . Orang Cina dan
India di Malaysia yang dianggap sebagai pendatang (yang dibawa masuk oleh British)
disifatkan terhutang budi kepada orang Melayu kerana kesanggupan dan kesediaan
orang Melayu menerima mereka sebagai warganegara Persekutuan Tanah Melayu
(sekarang) Malaysia sebagai prasyarat British memberikan kemerdekaan kepada
Persekutuan Tanah Melayu. Sebagai timbal balik kerana kesanggupan dan kesediaan
apa yang disifatkan sebagai pengorbanan orang Melayu itu, perlembagaan memberi
peruntukan khas kepada orang Melayu dalam bentuk hak istimewa dan ini dimaktubkan
di dalam Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu (sekarang) Malaysia).
Persetujuan quid pro quo atau saling beri-memberi ini biasanya dipanggil Kontrak
Sosial. Konsep Ketuanan Melayu ini sering kali dijadikan retorik ahli politik Pertubuhan
Kebangsaan Melayu Bersatu yang berpengaruh semenjak 50 tahun Persekutuan Tanah
Melayu (sekarang Malaysia) mencapai kemerdekaannya dari British sebagai usaha
meraih sokongan orang Melayu walaupun pada hakikatnya tidak ramai orang Melayu
yang arif tentang konsep atau fahaman ini.
Walaupun retorik ini wujud sebelum Malaysia mencapai kemerdekaan, frasa ketuanan
Melayu tidak menjadi satu perkara yang disebut ramai hingga ke awal tahun 2000-an.
Kebanyakan tentangan konsep ini adalah daripada parti-parti yang tidak berdasarkan
kaum Melayu, seperti Parti Tindakan Demokratik (DAP), tetapi sebelum kemerdekaan
orang Baba dan Nyonya juga menentang konsep ini. Konsep keulungan kaum Melayu
mendapat perhatian dalam tahun 1940-an apabila orang Melayu bersatu untuk
menentang penubuhan Malayan Union dan kemudian, berjuang untuk kemerdekaan.
Semasa tahun 60-an, terdapat usaha yang cukup besar untuk mencabar ketuanan
Melayu, diketuai oleh Parti Tindakan Rakyat (PAP) dari Singapura — yang merupakan
negeri Malaysia dari 1963 hingga 1965 — dan DAP selepas pemisahan Singapura.
Walaupun begitu, sebahagian Perlembagaan berkaitan ketuanan Melayu berakar umbi
selepas rusuhan kaum Mei 13, 1969 yang terjadi akibat kempen pilihan raya yang
menjadikan hak-hak orang bukan Melayu dan ketuanan Melayu sebagai isu tumpuan.
Tempoh ini juga menyaksikan kebangkitan ultra yang mendesak agar kerajaan parti
tunggal diketuai UMNO, dan pertambahan penekanan bahawa orang Melayu merupakan
2. “orang asal” Malaysia — iaitu hanya orang Melayu boleh dianggap penduduk asal
Malaysia.
Tentangan yang dimainkan oleh DAP ini sebenarnya merupakan lanjutan tentangan yang
dimainkan oleh parti induk DAP iaitu parti PAP(Singapura).
Berikut adalah tentangan mengenai ketuanan Melayu di dalam fasal 153 Perlembagaan
Malaysia oleh PAP.
Ahli politik Singapura, Lee Kuan Yew (kemudian menjadi Perdana Menteri Singapura)
Parti Tindakan Rakyat (PAP; cawangannya di Malaysia kemudiannya menjadi Parti
Tindakan Demokratik atau DAP) secara umumnya mempersoalkan keperluan Artikel 153
dalam Parliamen, dan menyeru satu “Malaysian Malaysia”. Mempersoalkan kontrak
sosial , Lee telah menyatakan: “Merujuk kepada sejarah, orang Melayu telah mula untuk
berhijrah ke Malaysia dalam bilangan yang banyak hanya kira-kira 700 tahun yang lalu.
Dalam 39 peratus orang Melayu di Malaysia hari ini, kira-kira sepertiga secara
perbandingan hanya imigran seperti setiausaha agung UMNO, Dato’ Syed Ja’afar
Albar, yang datang ke Malaya dari Indonesia sebelum perang ketika berumur lebih tiga
puluh tahun.
Kontrak Sosial
Kontrak sosial di Malaysia merujuk kepada perjanjian oleh bapa-bapa kemerdekaan
negara dalam Perlembagaan, dan merupakan penggantian beri-memberi atau quid pro
quo melalui Perkara 14–18 yang berkenaan dengan pemberian kewarganegaraan
Malaysia kepada orang-orang bukan Melayu, dan Perkara 153 yang memberikan hak
istimewa rakyat kepada mereka daripada kaum bumiputera. Istilah ini juga kekadang
digunakan untuk merujuk kepada bahagian-bahagian yang lain dalam Perlembagaan,
seperti Perkara yang mengatakan bahawa Malaysia adalah sebuah negara sekular.
Dalam konteks biasa yang berkaitan dengan hubungan ras, kontrak sosial telah kerap kali
dibidaskan, termasuk juga oleh ahli-ahli politik dalam kerajaan campuran Barisan
Nasional yang menegaskan bahawa tidak habis-habis bercakap tentang hutang orang-
orang bukan Melayu kepada orang-orang Melayu terhadap kewarganegaraan yang
diberikan telah merenggangkan golongan-golongan bukan Melayu daripada negara
mereka. Kritikan-kritikan seumpama ini telah ditentang oleh media Melayu dan
Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO), parti politik yang terbesar dalam
Barisan Nasional. Banyak orang Melayu, biasanya daripada UMNO, telah
mempergunakan kontrak sosial ini untuk mempertahankan prinsip Ketuanan Melayu.
3. Kontrak sosial selama ini telah lama diamalkan oleh para pemimpin terutamanya
pemimpin dari parti kompenen Barisan Nasional. Tidak terdapat syarat-syarat formal
mengenai kontrak sosial ini. Di bawah sedikit petikan mengenai kontrak sosial.
Perlembagaan Malaysia tidak merujuk kepada sebuah “kontrak sosial” (dari segi hak
kewarganegaraan dan hak istimewa) secara ketara, dan tidak terdapat sebarang
undang-undang atau dokumen yang pernah menjelaskan syarat-syarat kontrak sosial
secara penuh. Pembela-pembelanya sering merujuk kepada Perlembagaan sebagai
mengemukakan kontrak sosial, dan bapa-bapa kemerdekaaan juga bersetuju dengannya,
walaupun rujukan kepada kontrak sosial tidak dibuat dalam Perlembagaan. Sebaliknya,
kontrak sosial biasanya dianggap sebagai suatu persetujuan yang memberikan
kewarganegaraan kepada orang-orang bukan Melayu dan bukan orang asli
(kebanyakannya orang Malaysia Cina dan Malaysia India) sebagai ganti untuk
pemberian hak keistimewaan kepada orang-orang Melayu dan orang-orang asli (dirujuk
secara kolektif sebagai Bumiputera). Sebuah buku teks kajian Malaysia pendidikan tinggi
yang menepati sukatan pelajaran kerajaan mengatakan: “Oleh sebab pemimpin-
pemimpin Melayu bersetuju untuk melonggarkan syarat-syarat kewarganegaraan,
pemimpin-pemimpin komuniti Cina dan India telah menerima kedudukan istimewa
Melayu sebagai penduduk asli Malaya. Dengan penubuhan Malaysia, status kedudukan
istimewa itu diperluas untuk merangkumi komuniti-komuniti penduduk asli Sabah dan
Sarawak.” [1]
Perlembagaan secara ketara memberikan tanah rizab Bumiputera, kuota dalam
perkhidmatan awam, biasiswa dan pendidikan awam, kuota untuk lesen perniagaan, dan
kebenaran untuk memonopoli industri-industri yang tertentu, jika kerajaan
membenarkan. Bagaimanapun pada hakikatnya, khususunya selepas pengenalan Dasar
Ekonomi Baru Malaysia (NEP), akibat rusuhan kaum pada 13 Mei 1969 ketika kaum
Melayu hanya memiliki 4% daripada ekonomi Malaysia, hak-hak istimewa Bumiputera
diperluas kepada bidang-bidang yang lain; kuota-kuota ditentukan untuk ekuiti
Bumiputera dalam perbadanan awam, dan diskaun-diskaun sebanyak 5% hingga 15%
untuk membeli kereta dan harta tanah diberikan.
Setengah-setengah orang mengatakan bahawa kecondongan terhadap orang-orang
Melayu dalam pendidikan dan politik sebahagiannya merupakan tindak balas terhadap
keupayaan orang-orang Malaysia Cina untuk memperoleh kebanyakan kekayaan negara
itu. Bagaimanapaun, orang-orang Malaysia India boleh mengemukakan hujah bahawa
4. merekalah yang mengalami kerugian yang paling banyak, walaupun ini boleh
dipertikaikan.
Kerajaan ada mengundurkan sistem kuota untuk kemasukan ke universiti-universiti
awam pada 2003 dan memperkenalkan dasar “meritokrasi”. Bagaimanapun, sistem baru
ini dikritik secara meluas oleh orang-orang bukan Bumiputera kerana hanya
memanfaatkan kaum Bumiputera yang ditempatkan dalam rancangan matrikulasi yang
menonjolkan kerja kursus yang agak mudah sedangkan orang-orang bukan Bumiputera
terpaksa mengambil Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM). Walaupun secara teori,
orang-orang bukan Bumiputra boleh masuk aliran matrikulasi, ini jarang berlaku pada
hakikatnya. Meritokrasi juga dikritik oleh sebilangan pihak dalam UMNO sebagai
berdiskriminasi kerana ia mengakibatkan orang-orang Melayu luar bandar
terkebelakang dalam kadar kemasukan universiti.
Suruhanjaya Reid yang menyediakan kerangka Perlembagaan menyatakan dalam
laporannya bahawa Perkara 153, tulang belakang kontrak sosial, adalah bersifat
sementara, dan menyesyorkan bahawa ia dikaji semula 15 tahun selepas kemerdekaan.
Suruhanjaya juga menyatakan bahawa perkara itu dan peruntukan-peruntukannya hanya
diperlukan untuk mengelakkan keadaan tiba-tiba yang tidak menguntungkan kepada
orang-orang Melayu dalam persaingan dengan ahli-ahli masyarakat Malaysia yang lain,
dan hak-hak istimewa yang diberikan kepada orang-orang Melayu oleh perkara itu
harus dikurangkan secara beransur-ansur dan akhirnya dihapuskan. Bagaimanapun,
disebabkan Peristiwa 13 Mei yang menyebabkan pengisytiharan darurat, tahun 1972
yang merupakan tahun kajian semula Perkara 153 berlangsung tanpa sebarang
peristiwa.
Menurut penyokong-penyokong kontrak sosial, sebagai balasan untuk enakmen
peruntukan-peruntukan yang pada asalnya bersifat sementara, orang-orang Malaysia
bukan Melayu diberikan kewarganegaraan di bawah Bab I Bahagian III dalam
Perlembagaan. Kecuali hak-haki istimewa Bumiputera, orang-orang bukan Bumiputera
dianggap sebagai sama saja dengan orang-orang Bumiputera dan diberikan semua hak
kewarganegaraan di bawah Bahagian II dalam Perlembagaan. Pada tahun-tahun
kebelakangan ini, sebilangan orang telah mencuba untuk membekalkan warganegara-
warganegara Melayu dengan lebih banyak hak politik menurut falsafah ketuanan
Melayu. Kebanyakan penyokong ketuanan Melayu memperdebatkan bahawa hak-hak
5. tambahan ini telah ditulis dalam undang-undang dan hanya perlu dipertahankan
daripada pembangkang-pembangkang.
Apabila mengambil alih jawatan presiden UMNO, Tunku Abdul Rahman (kemudian
menjadi Perdana Menteri Malaysia pertama) menyatakan bahawa “…apabila kami
(orang-orang Melayu) menentang Malayan Union (yang menjejaskan kedudukan hak-
hak orang Melayu), kaum-kaum lain tidak mengambil bahagian kerana mereka
mengatakan ini hanya merupakan masalah Melayu, dan bukan masalah mereka.
Mereka juga menunjukkan bahawa kesetiaan mereka adalah kepada negara-negara
asal mereka dan oleh itu, menentang Laporan Barnes yang bertujuan untuk
menjadikan bahasa Melayu menjadi bahasa kebangsaan. Jika kami menyerahkan
orang-orang Melayu kepada orang-orang yang dikatakan orang Malaya ketika
kerakyatan mereka masih belum ditakrifkan, kami akan menghadapi banyak masalah
pada masa hadapan.” Bagaimanapun, dia menambah bahawa “Bagi mereka yang
mencintai dan berasa bahawa mereka terhutang kesetiaan yang tidak berbelah bagi,
kami menyambut mereka sebagai orang Malaya. Mereka harus merupakan orang
Malaya yang benar, dan mereka akan mempunyai hak-hak dan hak-hak istimewa
yang sama dengan orang-orang Melayu.”
Ketiga-tiga di atas merupakan sentimen yang sering dimainkan oleh parti-parti politik
sejak kebelakangan ini. Semangan muhibah dikalangan pemimpin-pemimpin awal negara
seakan-akan dipermainkan oleh anak cucu mereka yang menjadi pemimpin parti-parti
politik pada hari ini. Persoalannya ketika isu kontrak sosial dimainkan oleh pemimpin
bukan melayu…di mana pemimpin-pemimpin Melayu terutama dari pembangkang
tampil mempertahankan kontrak sosial yang sudah sekian lama terbina?? Adakah adil
sekiranya kita membiarkan konsep Ketuanan Melayu ini dihapuskan dan diganti dengan
konsep Ketuanan Rakyat (sedangkan Ketuanan Melayu juga adalah sama kecuali
penekanan yang lebih diberikan kepada orang Melayu) yang belum terbukti lagi
menjamin masa depan orang Melayu? Adilkah sekiranya anak-anak kita terpaksa
mengharungi keperitan untuk „survive‟ di masa hadapan sedangkan kita telah membesar
dengan agak selesa sehingga apa yang kita kecapi setakat hari ini adalah hasil dari konsep
Ketuanan Melayu. Diharap anak-anak muda faham akan kenapa walaupun negara kita
sudah 50tahun merdeka konsep ini masih digunapakai. Konsep ini bukan lah sesuatu
yang baru dan sejarah membukti bahawa terpisahnya Malaysia dengan Singapura adalah
akibat perbuatan tidak bertanggungjawab pemimpin parti induk DAP iaitu PAP yang
6. memainkan isu ketuanan Melayu ini. Adakah anda lebih gemar konsep Ketuanan Melayu
ini digugurkan dan digantikan dengan konsep Malaysian Malaysia atau konsep Ketuanan
Rakyat??? Bukankah pemimpin parti seperti PKR dan PAS ini merupakan anak-anak
yang membesar hasil dari konsep Ketuanan Melayu ini. Cuba fikirkan di mana
pemimpin-pemimpin ini berada sekiranya konsep Ketuanan Melayu dihapuskan dahulu??
Adakah mereka akan begelar pemimpin??
Terkini:
Istilah “Ketuanan Melayu” perlu dilihat dalam konteks perjuangan orang Melayu
sebelum merdeka yang menganggap Semenenjung Tanah Melayu sebagai tanah pusaka
(sons of the soil) seperti yang diakui oleh pihak penjajah British ketika itu. Istilah ini juga
merujuk kepada situasi sebelum merdeka yang menjelaskan reaksi orang Melayu
terhadap penubuhan Malayan Union yang telah menghapuskan “Ketuanan Melayu” dari
segi kedaulatan, kuasa politik dan isu kewarganegaraan yang longgar. “Ketuanan
Melayu” dilaungkan oleh pemimpin Melayu pada ketika itu bagi menyatupadukan orang
Melayu menentang Malayan Union dan bukannya menuntut kemerdekaan. Oleh itu,
konsep ini ialah peristiwa dan reality sejarah pada ketika itu dan ia dimasukkan bukan
bertujuan untuk menggugat perpaduan masyarakat Malaysia.
7. Definisi Ketuanan Melayu Mengikut Perlembagaan Malaysia
1. Raja Melayu sebagai Ketua Negara dan Majlis Raja-Raja tidak boleh digugurkan
atau diubah oleh sesiapa pun kecuali Raja-Raja sendiri melalui kata sepakat.
2. Agama Islam sebagai agama persekutuan & walaupun lain-lain agama boleh
diamalkan ianya hendaklah dengan aman damai (bertafsiran tidak cuba
menghakis atau mengenepikan atau mencabar kedudukan Islam sebagai agama
persekutuan).
3. Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, sekaligus memberi dan
mengekalkan identiti negara yang mempunyai sejarah ketamadunan yang telah
lama beridentitikan Melayu (dan Melayu ada definisinya dalam perlembagaan
Malaysia).
4. Hak istimewa Melayu di Semenanjung dan hak istimewa masyarakat
bumiputera Sabah dan Sarawak sebagai langkah menyelamatkan tanah-tanah
pribumi daripada terus dibeli oleh bukan pribumi yang akan mengakibatkan
pribumi tiada tempat untuk didiami padahal sebelum kedatangan British, semua
tanah adalah milik Raja-Raja Melayu dan rakyat Melayu/Pribumi menumpang
tanah Raja.