1. Petua 1 : Ambil sedikit asam jawa dan beberapa inci kunyit hidup . Tumbuk kunyit
itu dan campurkan dengan asam jawa dan sedikit air . Setelah campuran itu
sebati, sapu ratakan ke seluruh muka anda . Biarkan kira-kira 20 minit .
Kemudian ketika anda mandi , basuhlah dengan bersih . Jika selalu diamalkan ,
muka anda akan sukar ditumbuhi jerawat dan kulit menjadi lebih halus .
Petua 2 : Campurkan air limau nipis dengan satu sudu minyak masak . Sebelum
tidur , sapukan campuran tadi ke seluruh muka anda. Sekiranya anda merasa
pedih , itu hanya sementara . Esoknya , ambil beberapa keping asam gelugur (asam
keping) dan rendam dalam air panas . Setelah sejuk atau suam , basuhlah muka
anda dengan air itu . Ambil asam dan gosokkan ke seluruh muka anda . Kuatkan
gosokan anda pada tempat -tempat yang berparut. Bairkan beberapa minit ,
kemudian basuh dengan air biasa. InsyaAllah , muka anda akan menjadi licin dan
bersih.
Petua 3 : Campur bedak sejuk dengan garam dan air asam jawa. Selawat pada Nabi 3
kali. Sapukan di muka dan di tempat jerawat. InsyaAllah, jerawat akan beransur
hilang.
Petua 4 : Hilangkan jerawat dengan sebungkus daun teh (masih hijau). Didihkan
kemudian lekatkan ke jerawat.
Petua 5 : Bersihkan muka. Kemudian cuci dengan air kelapa tua. Biarkan ia kering
sendiri. Bilas dengan air bersih. Amalkan 3 kali seminggu.
Petua 6 : Sejukkan sedikit kanji nasi. Sapukan pada jerawat dan biarkan ia
kering di muka. Cuci dengan air suam. Amalkan setiap hari sehingga jerawat
berkurangan.
Petua 7 : Basuh muka dengan air basuhan beras. Setelah kering cuci dengan air
bersih. Amalkan selalu.
Petua 8 : Campurkan putih telur (ayam lampung) bersama satu sudu tepung jagung
dan minyak zaitun. Gaul rata dan kemudian sapukan ke seluruh muka. Biarkan
sehingga kering dan kemudian bilas dengan air suam. Ia elok untuk kulit
bermasalah dan boleh membantu mengatasi jerawat. Amalkan 2 kali seminggu.
Petua 9 : Sapukan sedikit larutan tepung kanji bercampur air di sekeliling
jerawat yang timbul. InsyaAllah ia akan membantutkan pertumbuhan jerawat tanpa
sebarang parut