Sejarah cetakan bermula pada 3000 SM dengan cetakan timbul di Sumeria, namun ada yang mengatakan cetakan blok kayu Tiongkok pada abad ke-7 M dan cetakan mono blok kayu Eropa pada abad ke-14 M sebagai permulaan. Pada abad ke-15, penggunaan warna dalam cetakan diperkenalkan dan pada abad ke-16 cetakan dianggap seni penting dengan karya Albrecht Durer.
1. Sejarah Cetakan
Sejarah cetakan bermula pada tahun 3000SM apabila cetakan timbul yang telah dihasilkan oleh orang Sumaria dijumpai. Cetakan ini dijumpai
sekali dengan salinan imej kulit kerang di atas tanah liat yang berbentuk empat segi dan mereka berjaya mencetak bentuk relif.
Walaubagaimanapun, ada juga orang yang mengatakan bahawa cetakan bermula apabila cetakan blok kayu buatan tangan muncul pada abad
ke-7 Masihi di Negara China dan seterusnya kemunculan pula cetakan mono blok kayu buatan tangan di negara barat menjelang abad ke-14
Masihi. Ketika itu, cetakan yang dihasilkan adalah warna hitam putih sahaja dan kemahiran mencetak ini digunakan untuk mencetak bahan
yang berkaitan dengan keagamaan, hiasan ilustrasi untuk buku dan poster, propaganda, bahan untuk pendidikan dan cetakan tekstil untuk
pakaian.
Pada abad ke-15 pula, penggunaan warna dalam cetakan telah diperkenalkan dan berkembang sehingga munculnya pelbagai karya yang
menarik dan berkualiti. Kini, seni cetakan telah berubah dari traditional yang menggunakan tangan dan ukiran sendiri kepada moden dengan
menggunakan alatan elektronik seperti komputer, cetakan laser, dan jet. Cetakan yang menggunakan komputer juga dikategorikan sebagai
komputer grafik. Abad ke-16 pula, cetakan telah mencapai status sebagai satu bentuk seni yang penting dengan kewujudan karya seniman
dari Eropah Utara iaitu Albrecht Durer.