Ce diaporama a bien été signalé.
Nous utilisons votre profil LinkedIn et vos données d’activité pour vous proposer des publicités personnalisées et pertinentes. Vous pouvez changer vos préférences de publicités à tout moment.
SEMESTER I - 2014/2015 
PGA 101-PELAJAR DAN KEPERLUAN PEMBELAJARAN 
SOALAN 3 : KAJIAN LITERATUR KEBERKESANAN FAKTOR PSIKOL...
2 
1.0 Pengenalan 
Setiap pelajar memiliki tahap pencapaian akademik yang berbeza-beza dan 
keadaan ini mungkin disebabkan...
Oleh itu, bidang psikologi pendidikan merupakan aplikasi terhadap pendekatan-pendekatan 
psikologi bagi menyelidik secara ...
dua ciri tersebut. Hal ini demikian kerana seseorang akan berubah sikap mengikut 
keperluan. Sebagai contoh, seseorang pel...
dan kreatif mampu memperoleh keputusan yang cemerlang dalam akademiknya. 
Berdasarkan kajian Mohd Zuri Ghani, Rahimi, Nik ...
pengalaman yang diperoleh semasa berinteraksi dengan persekitaran, pengaruh 
rakan sebaya, status sosioekonomi dan pendidi...
7 
2.3 Motivasi 
Ahli-ahli psikologi berpendapat bahawa motivasi merupakan motif-motif 
yang menyebabkan proses membangkit...
melakukan sesuatu untuk kepuasan jangka masa panjang. Sebaliknya, pelajar 
yang sering mengharapkan pujian atau balasan be...
9 
2.4 Gaya Kognisi 
Menurut Habibah dan Rahil (1990), gaya kognisi atau kognitif ialah 
organisasi proses pemikiran dan p...
Jadual 1: Perbezaan Gaya Kognisi Pembelajaran FI dan FD Pelajar. 
Pelajar field independent Pelajar field dependent 
Berda...
11 
3.0 Kesimpulan 
Kesimpulan yang dapat dibuat berdasarkan kajain literatur ini ialah setiap 
pemboleh ubah atau faktor ...
Prochain SlideShare
Chargement dans…5
×

KAJIAN LITERATUR KEBERKESANAN FAKTOR PSIKOLOGI PENDIDIKAN DALAM MEMPENGARUHI PENCAPAIAN AKADEMIK PELAJAR UNIVERSITI

:]

  • Identifiez-vous pour voir les commentaires

  • Soyez le premier à aimer ceci

KAJIAN LITERATUR KEBERKESANAN FAKTOR PSIKOLOGI PENDIDIKAN DALAM MEMPENGARUHI PENCAPAIAN AKADEMIK PELAJAR UNIVERSITI

  1. 1. SEMESTER I - 2014/2015 PGA 101-PELAJAR DAN KEPERLUAN PEMBELAJARAN SOALAN 3 : KAJIAN LITERATUR KEBERKESANAN FAKTOR PSIKOLOGI PENDIDIKAN DALAM MEMPENGARUHI PENCAPAIAN AKADEMIK PELAJAR UNIVERSITI. Disediakan oleh: Nur Adilah binti Harun (123***) Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan (Sastera dengan Pendidikan) Disediakan untuk: Dr. Zarina binti Mustafa Tutor PGA 101 Tarikh Penghantaran: 25 November 2014 1
  2. 2. 2 1.0 Pengenalan Setiap pelajar memiliki tahap pencapaian akademik yang berbeza-beza dan keadaan ini mungkin disebabkan oleh faktor-faktor tertentu. Pada dasarnya terdapat banyak faktor yang mempengaruhi pencapaian akademik pelajar tidak kiralah pelajar pada peringkat sekolah mahupun universiti. Menurut Khalid (2002), kecerdasan intelek, daya usaha yang berlebihan, tumpuan yang lebih ketika proses pengajaran dan pembelajaran serta gaya pembelajaran yang berkesan mempengaruhi tahap pencapaian akademik pelajar. Kajian literatur ini lebih mengfokuskan kepentingan atau hubungan faktor psikologi pendidikan dalam mempengaruhi pencapaian akademik pelajar di peringkat universiti. Psikologi merujuk kepada satu kajian secara mendalam berkaitan tingkah laku yang merangkumi perasaan, sikap serta pemikiran manusia dan haiwan secara nyata dan yang terselindung (Boon Pong Ying dan Ragbir Kaur,1998). Bukan itu sahaja bidang psikologi amat penting bagi mengenal pasti perubahan yang berlaku terhadap individu serta faktor-faktornya semasa awal kelahiran higgalah dewasa. Pendidikan pula bermaksud usaha untuk mendapatkan ilmu pengetahuan secara formal melalui sekolah mahupun secara tidak formal dalam kehidupan seharian. Dalam proses mendapatkan ilmu pengetahuan khususnya dalam pendidikan formal sudah pasti memerlukan pelbagai pemboleh ubah untuk memudahkan lagi proses pembelajaran berjalan dengan berkesan sekali gus menentukan pencapaian akademik pelajar. Antara faktor yang dinilai dalam proses pembelajaran ialah konsep kendiri, gaya kognitif yang diamalakan, motivasi diri dan personaliti.
  3. 3. Oleh itu, bidang psikologi pendidikan merupakan aplikasi terhadap pendekatan-pendekatan psikologi bagi menyelidik secara terperinci proses pendidikan dan pembelajaran itu berlaku serta sejauh mana pemboleh ubah tersebut berkesan dalam pencapaian akademik pelajar. Dalam kajian literatur ini akan disertakan contoh-contoh spesifik berkaitan keberkesanan faktor-faktor psikologi pendidikan dalam pencapaian 3 akademik pelajar peringkat universiti. 2.0 Faktor-faktor psikologi yang mempengaruhi pencapaian akdemik pelajar universiti. 2.1 Personaliti Menurut Shahabuddin et al (2003), personaliti boleh didefinikan sebagai perwatakan, keterampilan, keperibadian seseorang yang merangkumi daya penarik dan corak pertuturan yang dimiliki. Dalam skop pendidikan personaliti dikatakan turut mempengaruhi pencapaian akademik seseorang. Kajian berkaitan personaliti dalam kalangan pelajar amat penting kerana, ramai yang beranggapan pelajar yang mendapat pencapaian akademik yang cemerlang merupakan pelajar yang baik berbanding pelajar yang lemah. Menurut Boon Pong Ying dan Ragbir Kaur (1998), terdapat tiga jenis personaliti yang dapat dikaitkan dengan pencapaian akademik pelajar, antaranya ialah personaliti introvert, personaliti ekstrovert dan personaliti ambivert. Secara umumnya setiap individu memiliki kedua-dua ciri personaliti yang dikenali sebagai personaliti ambivert yang mana terdapat gabungan kedua-
  4. 4. dua ciri tersebut. Hal ini demikian kerana seseorang akan berubah sikap mengikut keperluan. Sebagai contoh, seseorang pelajar menunjukkan personaliti ekstrovert terhadap kursus yang diminati seperti Kursus Pengurusan, Pendidikan dan Kominikasi yang melibatkannya berinteraksi dengan orang lain dan cenderung kepada respon umum. Pelajar seperti ini suka untuk bersosial, peramah, kreatif, suka bekerja dengan orang lain dan rajin bertanya. Sikap konservatif dan keterbukaan yang dimilikinya itu dia mampu memperoleh pelbagai pengetahuan dan pengalamannya akan bertambah. Kesannya ia akan mempengaruhi pencapaian akademik bagi kursus yang dia minati. Pada masa yang sama seseorang pelajar itu juga memiliki personaliti introvert apabila berada dalam situasi pembelajaran topik yang dia tidak minat. Sebagai contoh, pelajar yang suka bercakap dan memiliki kelancaran bertutur akan berubah personaltinya kepada introvert apabila mengikuti kelas Sains dan Matematik kerana bidang ini lebih merlukan pelajar membuat pemerhatian dan uji kaji terhadap konsep Sains yang dipelajari. Kesan daripada itu, mungkin dia kurang mengambil bahagian atau menonjolkan diri semasa proses pembelajaran dan mengakibatkannya ketinggalan. Seperti yang dikatakan oleh Allport (1961), personaliti individu adalah bersifat dinamik supaya seseorang itu dapat menyesuaikan tingkah lakunya dengan persekitaran yang berubah-ubah mengikut 4 keadaan. Namun begitu bukan secara keseluruhan personaliti yang baik atau positif serta kursus yang diminati ini menjadi penentu kepada pencapaian akademik pelajar. Dalam situasi lain, tidak semestinya pelajar yang mesra, aktif
  5. 5. dan kreatif mampu memperoleh keputusan yang cemerlang dalam akademiknya. Berdasarkan kajian Mohd Zuri Ghani, Rahimi, Nik Rosila dan Aznan (2008), mengatakan pelajar yang berpersonaliti introvert lebih menonjol dalam pencapaian akademik kerana mereka cenderung berlajar sendiri daripada berkumpulan. Hal ini demikian kerana, pelajar yang lebih banyak berdiam diri sering menilai dan membetulkan kesilapan dirinya dan membuat perbandingan dengan orang lain secara peribadi. Bukan itu sahaja, pelajar seperti ini melakukan sesuatu perkara atas dasar kepuasan diri bukannya untuk dapatkan perhatian orang 5 lain. 2.2 Konsep kendiri Konsep kendiri yang diperkenalkan oleh William James pada tahun 1988 merujuk kepada ‘saya’ yang melibatkan perspektif dan tanggapan terhadap diri kita. Ia merangkumi aspek fizikal diri, pemikiran, pemakaian serta apa-apa yang berkaitan dengan diri sendiri. Dalam skop pendidikan konsep kendiri lebih berkaitan kepada perkara yang difikirkan oleh pelajar atau keseluruhan pandangan berkaitan dirinya termasuklah kelemahan dan kelebihannya dalam proses pembelajaran. Menurut Shahabudin et al (2003), konsep kendiri memiliki kaitan dengan pembelajaran kerana ia dianggap sebagai pemboleh ubah untuk seseorang pelajar memikirkan mengenai dirinya kemudian bertindak sebaik mungkin bagi meningkatkan perkembangan diri dalam mencapai akademik yang cemerlang. Konsep kendiri individu akan terbentuk melalui gaya didikan ibu bapa,
  6. 6. pengalaman yang diperoleh semasa berinteraksi dengan persekitaran, pengaruh rakan sebaya, status sosioekonomi dan pendidikan. Oleh itu semakin banyak pengalaman semakin tinggi konsep kendiri seseorang. Sebagai contoh, dalam satu perbincangan berkumpulan seseorang pelajar yang sentiasa terbuka menerima kritikan rakannya dan menghomati pandangan rakan lain serta memberi respon yang positif dianggap memiliki konsep kendiri positif yang tinggi. Pelajar seperti ini mudah diterima umum kerana berfikiran positif serta menghormati pendapat rakan-rakan yang lain. Sikap yang ada pada pelajar ini sekali gus mempengaruhi kelancaran proses pembelajarannya. Hal ini demikian kerana, respon positif rakan terhadapnya akan meningkatkan lagi semangat atau motivasi untuk dia fokus dan terus memberi komitmen dalam kerja yang ditugaskan sekali gus turut mempengaruhi pencapaian akademiknya. Di samping itu, pelajar yang memiliki konsep kendiri positif tidak mudah putus asa dan menghadapi cabaran dengan tabah. Sekiranya, pelajar ini gagal atau melakukan kesilapan semasa belajar dia akan cepat-cepat dan berusaha untuk perbetulkan kesalahannya. Kesan daripada usaha yang gigih tersebut akan membantunya dalam mencapai akademik yang cemerlang. Sebaliknya, pelajar yang tidak mengambil peduli terhadap perkara yang dibincangkan dalam kumpulan dan mementingkan diri sendiri dianggap sebagai konsep kendiri yang negatif. Pelajar seperti ini sukar diterima umum, dipandang serong serta akan ketinggalan dalam pembelajaran kerana lebih suka meminta simpati orang tanpa 6 berusaha sendiri.
  7. 7. 7 2.3 Motivasi Ahli-ahli psikologi berpendapat bahawa motivasi merupakan motif-motif yang menyebabkan proses membangkitkan, mengekalkan dan menyealurkan tingkah laku kearah mencapai matlamat. Manurut Kamus Dewan Edisi keempat, motivasi merujuk kepada keinginan yang keras dan semangat yang ada pada diri seseorang mendorongnya untuk berusaha bagi mencapai sesuatu matlamat. Oleh itu bagi mencapai sesuatu kejayaan, semangat yang tinggi(motivasi) diperlukan supaya dapat mengerakkan tingkah laku yang bersesuaian. Bukan itu sahaja, motivasi seseorang terbentuk melalui minatnya terhadap sesuatu perkara, keperluan, sikap diri sendiri, dan aspirasi. Oleh itu, dalam proses pembelajaran, motivasi merupakan pemboleh ubah yang penting bagi mendorong dan mengerakkan seseorang pelajar itu belajar bersungguh-sungguh untuk mencapai keputusan yang cemerlang. Pelajar yang memiliki kesedaran dalam pendidikan, misalnya mengetahui kepentingan dalam pendidikan mampu mengubah gaya hidup serta sosioekonomi seseorang akan berusaha keras tanpa mengharapkan balasan atau ganjaran yang serta merta. Pelajar seperti ini dapat dikelaskan sebagai pelajar yang mempunyai motivasi instrinsik. Bruner (1966) menyifatkan motivasi interinsik ini kepada naluri ingin tahu yang didorong dengan minat terhadap sesuatu tanpa mengharapkan ganjaran. Motivasi ini akan mengerakkan tingkah laku yang sesuai untuk pelajar tersebut mencapai matlamat yang diharapkannya. Oleh itu, pelajar seperti ini pencapaian akademiknya akan lebih menonjol kerana dia akan sentiasa tingkatkan usahanya tanpa memikirkan ganjaran yang bakal diperoleh sebaliknya
  8. 8. melakukan sesuatu untuk kepuasan jangka masa panjang. Sebaliknya, pelajar yang sering mengharapkan pujian atau balasan berbentuk kebendaan semasa menyiapkan tugasan yang diberikan oleh pensyarah lebih memiliki motivasi ekstrinsik. Besar kemungkinan, pelajar seperti ini akan menonjol dan belajar dengan lebih seronok apabila diberi ganjaran atau hadiah jadi dia akan berusaha supaya apa-apa yang ditawarkan menjadi miliknya. Namun begitu, usahanya mungkin kurang berbanding pelajar yang bermotivasi instrinsik kerana usaha pelajar bermotivasi ekstrinsik tidak berterusan. Tidak seratus peratus faktor motivasi mempengaruhi pencapaian akademik pelajar. Berdasarkan kajian yang dijalankan oleh Saemah Rahman dan Philips, J.A. (2007), menyatakan bahawa motivasi tidak berkait secara langsung dalam mempengaruhi pencapaian akademik pelajar. Sebaliknya motivasi akan dibantu dengan pemboleh ubah atau konstruk lain seperti metakognisi untuk mempengaruhi pencapaian akademik pelajar. Hal ini demikian kerana, terdapat banyak kajian telah membuktikan seseorang yang mempunyai motivasi yang tinggi tetapi mengamalkan kaedah pembelajaran yang salah tidak akan membantunya mencapai keputusan yang cemerlang. Sebagai contoh, penganugerahan dekan yang diberikan akan bertindak sebagai motivasi luaran bagi mendorong pelajar untuk memoeroleh keputusan yang cemerlang namun begitu cara belajar dan gaya kognisi pelajar yang salah tidak akan membantu pelajar tersebut memperoleh anugerah dekan. Kesimpulannya, motivasi luaran dan dalaman ini amat mempengaruhi pencapaian akademik pelajar di peringkat universiti dan akan lebih berhasil apabila dibantu dengan pemboleh ubah lain. 8
  9. 9. 9 2.4 Gaya Kognisi Menurut Habibah dan Rahil (1990), gaya kognisi atau kognitif ialah organisasi proses pemikiran dan pembelajaran. Seterunya menjurus kepada cara sesuatu maklumat itu, diperoleh, disusun, disimpan dan dikeluarkan untuk digunakan oleh individu. Menurut Azizi Yahya et al. (2005), gaya kognitif membezakan tahap kecerdikan dan kecerdasan individu yang turut mempengaruhi pembelajaran seseorang. Sebagai contoh, tindak balas terhadap sesuatu perkara atau situasi adalah berbeza mengikut individu walaupun masing-masing mempunyai pengetahuan yang sama terhadap sesuatu perkara. Keadaan ini bergantung kepada pemilihan strategi yan digunakan untuk memproses maklumat (gaya kognitif). Dalam pembelajaran, pencapaian akademik pelajar sering dikaitkan dengan gaya kognitif field dependent(FD) dan Field independent(FI) yang diperkenalkan oleh Heman Witkin. Gaya kognitif ini menunjukkan perbezaan ciri-ciri atau sikap pelajar yang mempengaruhi gaya mereka memproses maklumat dan sering diaplikasikan berdasarkan bidang-bidang tertentu.
  10. 10. Jadual 1: Perbezaan Gaya Kognisi Pembelajaran FI dan FD Pelajar. Pelajar field independent Pelajar field dependent Berdasaran Jadual 1, dapat dirumuskan bahawa individu FD akan cenderung kepada matapelajaran berbentuk fakta seperti Sejarah , Geografi dan Pengajian Am kerana memiliki sikap menerima maklumat tanpa menganalisis atau bentuk semula maklumat yang diterima. Buka itu sahaja, pelajar FD juga lebih suka mempelajari perkara yag sudah disediakan terleih dahulu daripada membina sendiri struktur pembelajaran. Manakalah peljar FI pula akan cenderung dalam matapelajaran Sains, Matematik dan lukisan teknik. Hal ini demikian kerana memiliki kemahiran membina struktur daripada sesuatu yang tidak berstruktur serta boleh menganalisis sesuatu yang rumit. Sebagai contoh menyelesaikan soalan Matematik dan melakar atau membina model enjin. Oleh itu, apabila pelajar diperingkat universiti memilih bidnag mengikut kemampuannya berdasarkan gaya kognitif FD atau FI ia akan mempengaruhi cara belajar serta pencapaian akademik yang cemerlang dalam bidang tertentu. 10 Situasi belajar syarahan dan tidak demokratik Situasi belajar melibatkan interaksi dan perbincangan Individualistik dan perlu bantuan dalam aktiviti sosial Kelebihan dalam aktiviti sosial Berkemampuan menganalisis dan mengorganisasi situasi. Tidak mampu mengorganisasi situasi Berkemahiran membina sturuktur daripada seseuatu yang tidak berstruktur. Tidak berkemahiran membina struktur.
  11. 11. 11 3.0 Kesimpulan Kesimpulan yang dapat dibuat berdasarkan kajain literatur ini ialah setiap pemboleh ubah atau faktor psikologi pendidikan yang telah dijelaskan di atas amat mempengaruhi pencapaiaan akademik pelajar peringkat universiti. Namun begitu tidak seratus peratus faktor tersebut menjadi konstruk utama dalam menentu pencapaian akademik pelajar. Sebagai contoh, keberkesanan gaya kognisi atau kognitif dalam pembelajaran turut bergantung kepada bantuan pemboleh ubah yang lain seperti tahap motivasi pelajar. Bukan itu sahaja, dalam perbentukan personaliti seseorang amat berkait rapat dengan konsep kendiri yang dibawa. Hal ini demikian kerana personaliti dan konsep kendiri terbentuk melalui gaya didikan ibu bapa, interaksi sosial dan pengalaman pelajar tersebut. Kajian berkaitan psikologi pendidikan haruslah ditingkatkan agar mampu mengenalpasti masalah yag dihadapi oleh guru dan pelajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Bukan itu sahaja, langkah yang terbaik juga boleh diambil setelah kajian dan analisis diajlankan bagi menigkatkan lagi mutu pendidikan Negara. Oleh itu, jelaslah bahawa faktor-faktor psikologi seperti personaliti, motivasi, konsep kendiri dan dan gaya kognisi memiliki hubungan antara satu sama lain dalam mempengaruhi pencapaian akademik pelajar universiti.

×