SlideShare une entreprise Scribd logo
1  sur  12
Télécharger pour lire hors ligne
1
MAKTAB TENTERA DIRAJA
KERTAS 3 SEJARAH (1249/3)
TEMA: 12 (BAB 9 TING. 5)
TAJUK UMUM: MALAYSIA DAN KERJASAMA ANTARABANGSA
Sejak mencapai kemerdekaan Malaysia telah menyertai dan
bergerak aktif dalam pertubuhan serantau.
DISEDIAKAN OLEH: CIKGU MAHENDAN A/L THOLASY
(GURU CEMERLANG SEJARAH MAKTAB TENTERA DIRAJA)
2
FORMAT PERINCIAN MARKAH
PENGENALAN Memahami
1. Apakah yang anda faham dengan pertubuhan serantau?
@
1. Jelaskan latar belakang Malaysia dalam pertubuhan serantau.
5 markah
ISI DAN
HURAIAN
Memahami
2.Jelaskan latar belakang kepada penubuhan pertubuhan berikut:
(i) ASA [ 10 markah ]
(ii) MAPHILINDO [ 10 markah ]
(iii) ASEAN [ 10 markah ]
30 markah
Menganalis
3. Terangkan peranan dan sumbangan Malaysia dalam ASEAN. 25 markah
Mengaplikasi
Opsyen 1
4. Apakah usaha yang diambil oleh Malaysia bagi merealisasikan konsep
ZOPFAN dalam ASEAN?
Opsyen 2
4. Penubuhan ASEAN ada hubungan dengan kestabilan politik dan
keamanan di rantau Asia Tenggara.
Apakah manfaat kestabilan politik dan keamanan serantau kepada negara
kita?
@
Bagaimanakah konsep ZOPFAN dapat memberi manfaat kepada negara
kita?
Opsyen 3
4. Agenda utama ASEAN adalah ke arah mewujudkan integrasi ekonomi.
Bagaimanakah keanggotaan Malaysia dalam ASEAN dapat membantu
pertumbuhan ekonomi negara kita?
Opsyen 4
4. Bagaimanakah semangat setia kawan dalam kalangan negara ASEAN
dapat diamalkan?
Opsyen 5
4. Mengapakah Malaysia perlu menjalinkan hubungan baik dengan negara-
negara jiran?
(Jawapan rujuk Opsyen 2)
10 markah
3
Menilai
5. Terangkan kejayaan yang telah dicapai oleh negara kita setelah
menyertai ASEAN.
[10 markah ]
Mencipta / Menjana idea
6. Pelbagai cabaran telah dihadapi oleh Malaysia untuk mengekalkan
hubungan baik dengan negara-negara serantau.
(i) Dengan menggunakan pengetahuan sejarah anda, Jelaskan
cabaran-cabaran tersebut. [ 5 markah ]
(ii) Cadangkan langkah-langkah mengatasi cabaran tersebut.
[ 5 markah ]
[10 markah ]
Menghayati nilai-nilai murni / iktibar / patriotism
Opsyen 1
7. Nyatakan nilai-nilai yang perlu dimiliki oleh pemimpin negara-negara
ASEAN bagi mengukuhkan lagi hubungan baik antara negara serantau.
Opsyen 2
7. Apakah iktibar penubuhan ASEAN kepada kegemilangan dan
kecemerlangan negara kita.
Opsyen 3
7. Apakah unsur patriotisme yang diperoleh melalui keanggotaan negara
kita dalam pertubuhan serantau?
[ 5 markah ]
KESIMPULAN Merumus
Buat satu rumusan berkaitan dengan tajuk ini dari aspek:
• Pengetahuan yang diperoleh
• Iktibar kepada diri,bangsa dan negara
• Harapan untuk masa depan Malaysia yang lebih cemerlang
[ 5 markah ]
4
PERATURAN PEMARKAHAN KERTAS 3
Soalan 1:
Apakah yang anda faham dengan pertubuhan serantau? [5m]
ATAU
Jelaskan latar belakang Malaysia dalam pertubuhan serantau. [5m]
Jawapan:
Pertubuhan serantau merupakan satu pertubuhan yang keanggotaannya terdiri daripada negara-
negara yang berjiran. Pembentukan Pertubuhan ini adalah untuk kepentingan politik, ekonomi atau
sosial.
Sejak Malaysia mencapai kemerdekaan, terdapat tiga pertubuhan serantau yang telah dibentuk dan
disertainya, iaitu ASA pada tahun 1961, MAPHILINDO pada tahun 1963 dan ASEAN pada tahun 1967
Negara serantau terhasil atas dasar luar kita yang berbaik-baik dengan negara jiran. Usaha-usaha
tersubut ditubuhkan atas inisiatif Tunku Abdul Rahman.
Soalan 2:
Jelaskan latar belakang kepada penubuhan pertubuhan berikut:
(i) ASA [10m]
Setelah mencapai kemerdekaan, negara kita dan juga negara-negara serantau diancam
hebat oleh pengaruh komunis. Di Malaysia, PKM menyebarkan pengaruh fahaman komunis di
kalangan rakyat. PKM telah diharamkan oleh kerajaan menyebabkan ahli PKM melancarkan gerakan
gerila bagi menjatuhkan kerajaan.
Ancaman komunis hebat terutamanya di Thailand yang bersempadan dengan Malaysia. PKM
telah menggunakan sempadan Malaysia-Thailand sebagai pangkalan gerakan gerila supaya usaha
kedua-dua negara menghapuskan gerakan komunis dilemahkan. Filipina juga turut diancam oleh
komunis.
Malaysia ingin mengadakan kerjasama dengan negara-negara jiran untuk membendung
pengaruh dan gerakan PKM. Oleh itu, Tunku Abdul Rahman telah mencadangkan penubuhan ASA.
Pertubuhan ini diharapkan dapat melindungi negara-negara anggota daripada ancaman komunis dan
menjalin kerjasama dalam bidang ekonomi dan sosial.
ASA ditubuhkan pada 31 Julai 1961 apabila satu mesyuarat diadakan di Bangkok antara
Malaysia dengan Thailand dan Filipina. Matlamat ASA adalah menjalinkan kerjasama dalam kalangan
negara anggota dalam bidang ekonomi, sains dan sosial. Selain itu, ASA memberi dan menyediakan
kemudahan latihan dan penyelidikan dalam bidang sains dan teknologi dalam kalangan negara
anggota. ASA mengekalkan serta menjamin keselamatan dan kestabilan politik negara-negara
serantau.
5
Matlamat tersebut tidak banyak dicapai kerana keadaan kerjasama yang erat. ASA dianggap
sebagai pertubuhan anti-pemerintahan Presiden Soekarno di Indonesia. Kesangsian ini timbul kerana
Malaysia mempunyai perjanjian ketenteraan dengan Britain sementara Thailand dan Filipina
mempunyai perjanjian ketenteraan dengan Amerika Syarikat.
Pertelingkahan antara Malaysia dengan Filipina tentang penubuhan persekutuan Malaysia telah
membawa kepada pembubaran ASA pada tahun 1963.
(ii) MAPHILINDO [10m]
MAPHILINDO merupakan cantuman Malaysia, Filipina dan Indonesia. Tujuannya adalah
untuk meningkatkan perhubungan persahabatan dan menyelesaikan pertelingkahan antara
Malaysia-Filipina dan Malaysia-Indonesia.
Pertelingkahan yang timbul adalah disebabkan oleh cadangan pembentukan Malaysia.
Indonesia tidak bersetuju dengan pembentukan Malaysia kerana Presiden Soekarno menganggap
pembentukan Malaysia sebagai satu neokolonialisme. Filipina menentang kerana menuntut Sabah
yang didakwanya masih menjadi hak milik negara mereka.
Malaysia mengadakan rundingan dengan Filipina dan Indonesia. Hasilnya, tertubuhnya
MAPHILINDO. MAPHILINDO mencapai kata sepakat memohon bantuan PBB untuk mendapat
pandangan rakyat Sabah dan Sarawak tentang cadangan penubuhan persekutuan Malaysia. Wakil
PBB, Lawrence V. Michaelmore telah meninjau pandangan rakyat Sabah dan Sarawak pada tahun
1963. Hasilnya, majoriti rakyat bersetuju dan menyokong pembentukan Malaysia.
Namun, Indonesia dan Filipina kurang berpuas hati dengan hasil siasatan PBB dan terus
menentang pembentukan Malaysia. Persengketaan yang berterusan menyebabkan MAPHILINDO
tidak berperanan lagi.
(iii) ASEAN [10m]
Hasrat Malaysia untuk berbaik-baik dan mengadakan kerjasama dengan negara-negara jiran
tetap diteruskan walaupun ASA dan MAPHILINDO gagal dan tidak dapat bertahan lama. Usaha ini
berhasil dengan termeterainya Deklarasi Bangkok pada 8 Ogos 1967 yang membawa kepada
penubuhan Persatuan Negara-Negara Asia Tenggara (ASEAN).
Antara matlamat penubuhan ASEAN termasuklah mengekalkan kestabilan politik di rantau
Asia Tenggara, membantu antara satu sama lain dalam bidang ekonomi, sosial, dan kebudayaan,
meningkatkan taraf hidup melalui kerjasama dalam bidang pertanian, perdagangan dan
perindustrian, memberikan kerjasama dan membantu dalam bentuk latihan dan pendidikan serta
mengadakan hubungan yang erat dengan persatuan atau pertubuhan serantau dan antarabangsa.
Keanggotaan ASEAN terdiri daripada 5 buah Negara iaitu Malaysia, Indonesia, Thailand,
Filipina dan Singapura. Jumlah keanggotaan bertambah menjadi 10 apabila kesemua Negara di Asia
Tenggara menjadi ahli. Negara-negara berkenaan ialah Vietnam, Myanmar, Laos, Brunei dan
Kampuchea. Negara Papua New Guinea dilantik sebagai pemerhati kerana negara ini terletak
bersempadan dengan Indonesia tetapi bukan di dalam Zon Asia Tenggara.
6
Soalan 3:
Terangkan peranan dan sumbangan Malaysia dalam ASEAN. [25m]
Jawapan:
Dalam Mesyuarat Menteri-Menteri Luar ASEAN di Kuala Lumpur pada 1971, semua menteri-menteri
luar anggota negara ASEAN telah menandatangani Deklarasi Kuala Lumpur. Mereka mengisytiharkan
negara-negara ASEAN sebagai Zon Aman, Bebas dan Berkecuali (ZOPFAN).
Tujuan utama ZOPFAN adalah untuk mengekalkan keamanan dan kestabilan politik di rantau Asia
Tengggara, tidak bersekongkol dengan Blok Barat atau Blok Timur bagi mengelakkan campur tangan
kuasa-kuasa besar.
ASEAN telah berusaha mengatasi masalah Vietnam menceroboh Kampuchea pada tahun 1978
dengan mengadakan mesyuarat bagi membentuk kerajaan Demokratik Campuran. Vietnam telah
bersetuju dalam mesyuarat yang diadakan di Kuala Lumpur pada tahun 1982.
Dalam mesyuarat pada tahun 1984, menteri-menteri luar ASEAN telah memutuskan bahawa ASEAN
ialah Zon Bebas Senjata Nuklear. Ini bermakna rantau ini tidak akan membenarkan mana-mana kapal
menggunakan perairan dan kemudahan pelabuhannya untuk mengangkut bahan atau senjata
nuklear.
Negara-negara ASEAN telah membentuk kerjasama dalam projek-projek perindustrian contohnya
projek baja urea di Bintulu serta di Acheh. Melalui kerjasama, ASEAN telah mengumumkan ASEAN
Free Trade Area (AFTA) dalam Sidang Kemuncak ASEAN di Singapura pada tahun 1992.Tujuan adalah
untuk menghapuskan sekatan dagangan, menggalakkan kerjasama ekonomi dalam kalangan Negara
ASEAN dan mewujudkan pasaran yang luas. Selain itu, AFTA juga meningkatkan barangan keluaran
Negara-negara ASEAN dan mengembangkan industri terbabit.
ASEAN telah mengadakan kerjasama dengan China, Jepun dan Korea Selatan. Idea ini dikemukakan
oleh Dato Seri Dr Mahathir Mohamad dalam Perundingan Ekonomi Asia Timur (EAEC), tetapi idea ini
ditentang oleh Amerika Syarikat. ASEAN terus mengadakan kerjasama secara tidak rasmi melalui
konsep ASEAN+3. Konsep ini merujuk pada kerjasama antara Negara ASEAN dengan Negara-negara
Timur seperti Jepun, China dan Korea Selatan. Menteri-Menteri Luar negara-negara tersebut
dijemput menghadiri siri perbincangan.
Kerjasama dalam bidang pendidikan juga wujud dengan penubuhan Pertubuhan Menteri-Menteri
Pelajaran ASEAN (SEAMEO). Contohnya pembinaan Pusat Serantau untuk Sains dan Matematik
(RECSAM) di Pulau Pinang.
ASEAN juga mengadakan budaya dan sosial seperti mengadakan festival kebudayaan dan kesenian
dengan menubuhkan Tabung Kebudayaan ASEAN.Selain itu,pertukaran rancangan televisyen dan
radio dijalankan SUKAN SEA juga diadakan untuk merapatkan hubungan antara Negara melalui
semangat kesukanan. ASEAN juga mengadakan kerjasama pelancongan seperti Kempen Tahun
Melawat ASEAN 1992.
7
Soalan 4:
Opsyen 1: Apakah usaha yang diambil oleh Malaysia bagi merealisasikan konsep ZOPFAN dalam
ASEAN? [10m]
Jawapan:
F1 Tidak membenarkan pembukaan pangkalan tentera asing
F2 Tidak bersekongkol mana-mana blok
F3 Mengamalkan dasar berkecuali
F4 Mengelak campur tangan kuasa besar
F5 Menyertai NAM
F6 Tidak menerima bantuan ketenteraan kuasa besar
F7 Menghalang kapal membawa senjata nuklear di Selat Melaka
F8 Menyuarakan bantahan di forum antarabangsa
F9 Bertegas dalam menangani keganasan serantau
F10 Menyelesaikan sebarang konflik melalui rundingan
Opsyen 2: Penubuhan ASEAN ada hubungan dengan kestabilan politik dan keamanan di rantau
Asia Tenggara.
Apakah manfaat kestabilan politik dan keamanan serantau kepada negara kita? [10m]
ATAU
Bagaimanakah konsep ZOPFAN dapat memberi manfaat kepada negara kita? [10m]
Jawapan:
Politik
F1 Negara aman dan politik yang stabil
F2 Masalah politik dapat diselesaikan melalui rundingan
F3 Pelaburan kita di luar juga meningkat
F4 Filipina membantu dalam pencerobohan Lahad Datu
F5 Kerjasama Malaysia – Indonesia dalam menghadapi ancaman pengganas
F6 Tiada konflik besar antara negara-negara jiran
F7 Mengekalkan hubungan diplomatik
F8 Mengekalkan kerjasama dari aspek keselamatan dalam mengawal perairan
Ekonomi
F1 Ekonomi negara meningkat / perdagangan dua hala antara negara jiran
F2 Dapat menjamin kesinambungan pertumbuhan ekonomi
F3 Taraf hidup rakyat meningkat
F4 Bekalan tenaga buruh dari negara serantau / tenaga kerja mahir dan pakar
F5 Pasaran dalam negara meningkat
F6 Pasaran luar meningkat / dapat meningkatkan eksport ke negara ASEAN
F7 Pelaburan luar ke negara kita banyak / memajukan sektor perindustrian
F8 Dapat meningkatkan produktiviti negara
F9 Dapat mengurangkan perbelanjaan untuk ketenteraan
F10 Dapat menarik lebih banyak pelancong
Sosial
F1 Dapat wujudkan keharmonian rakyat
F2 Pergerakan mudah antara rakyat ASEAN
F3 Integrasi sosial antara rakyat ASEAN
F4 Pergerakan mudah oleh pelancong antara negara ASEAN
F5 Kerjasama dalam bidang sains dan teknologi / kerjasama dalam pembangunan dan penyelidikan
8
Opsyen 3: Agenda utama ASEAN adalah kearah mewujudkan integrasi ekonomi.
Bagaimanakah keanggotaan Malaysia dalam ASEAN dapat membantu pertumbuhan ekonomi
negara kita? [10m]
Jawapan:
F1 Ekonomi negara meningkat
F2 Dapat menjamin kesinambungan pertumbuhan ekonomi negara
F3 Taraf hidup rakyat meningkat
F4 Bekalan tenaga buruh dari negara serantau yang murah dan mudah
F5 Pasaran dalam negara akan meningkat
F6 Pasaran luar negara meningkat / dapat meningkatkan eksport ke negara ASEAN
F7 Pelaburan asing langsung (FDI) yang sihat dan banyak
F8 Pelaburan kita di luar juga meningkat seperti melabur di negara Myanmar
F9 Dapat meningkatkan produktiviti negara
F10 Dapat mengurangkan perbelanjaan untuk ketenteraan
F11 Dapat menarik lebih banyak pelancong / pelancong membelanjakan wang
mereka di negara kita
F12 Pertukaran kepakaran dalam bidang perindustrian
F13 Malaysia dijadikan pintu masuk dan hub kepada pelbagai aktiviti ekonomi
F14 Kemajuan projek perindustrian / baja urea di Bintulu Sarawak
F15 Kerjasama ekonomi ASEAN + 3 / iaitu dengan Jepun, China dan Korea
F16 Kerjasama antara ASEAN dengan India
F17 Malaysia menjadi pintu masuk untuk pasaran produk dan perkhidmatan dari negara luar ke
negara ASEAN
F18 Pemindahan teknologi melalui pelaburan seperti negara Singapura
F19 Kesan perantaraan ketika pergerakan ke negara-negara lain di ASEAN
F20 Dapat menjamin bekalan sumber makanan seperti beras dari Thailand/Vietnam
Opsyen 4: Bagaimanakah semangat setia kawan dalam kalangan negara ASEAN dapat diamalkan?
[10m]
Jawapan:
F1 Wujud kerjasama dalam bidang ekonomi, politik dan sosial.
F2 Kerjasama dalam bidang pendidikan (SEAMEO)/ kebudayaan/ sukan/ radio/ televisyen/ anugerah
F3 Kukuhkan hubungan dua hala
F4 Melalui pertukaran pelajar, teknologi, pekerja berkemahiran dan kebudayaan.
F5 Memupuk sikap saling hormat menghormati
F6 Tidak campuri urusan dalaman Negara terbabit.
F7 Sikap tolong menolong dan bersatu padu.
F8 Hulurkan bantuan untuk meringankan beban. (bencana)
F9 Pertukaran maklumat.
F10 Sikap saling faham memahami, prihatin dan sentiasa mengambil berat.
F11 Menanamkan sikap mementingkan perdamaian.
F12 Menamat konflik secara aman melalui rundingan damai.
F13 Penganjuran sukan secara bergilir-gilir di antara Negara ASEAN.
F14 Cara diplomasi dan bersikap terbuka.
F15 Pemimpin-pemimpin negara kerap mengadakan lawatan ke negara ASEAN yang lain
F16 Mengukuhkan berhubungan dua hala.
F17 Mesyuarat Ketua-Ketua Negara ASEAN.
9
Soalan 5:
Terangkan kejayaan yang telah dicapai oleh negara kita setelah menyertai ASEAN. [10m]
Jawapan:
Politik
F1 Wujud keamanan dalam negara
F2 Wujudkan Politik yang stabil dalam negara
F3 Tiada peperangan dan pertelingkahan dengan negara lain
F4 Berjaya menangani isu jerebu
F5 Menyelesaikan masalah pertindihan sempadan
F6 Dapat membendung jenayah sempadan
F7 Dapat berjaya membendung kemasukan pengganas
F8 Berjaya menjaga keselamatan perairan Selat Melaka
F9 Malaysia menjadi orang tengah dalam menyelesaikan pertelingkahan antara kumpulan militan di
Filipina Selatan dengan kerajaan Filipina
F10 Malaysia membantu Thailand untuk menghadapi pergolakan politik di selatan Thailand.
Ekonomi
F1 Ekonomi negara meningkat
F2 Dapat menjamin kesinambungan pertumbuhan ekonomi negara
F3 Taraf hidup rakyat meningkat
F4 Bekalan tenaga buruh dari negara serantau yang murah dan mudah
F5 Pasaran dalam negara akan meningkat
F6 Pasaran luar negara meningkat / dapat meningkatkan eksport ke negara ASEAN
F7 Pelaburan asing langsung (FDI) yang sihat dan banyak
F8 Pelaburan kita di luar juga meningkat seperti melabur di negara Myanmar
F9 Dapat meningkatkan produktiviti negara
F10 Dapat mengurangkan perbelanjaan untuk ketenteraan
F11 Dapat menarik lebih banyak pelancong untuk membelanjakan wang di negara kita
F12 Pertukaran kepakaran dalam bidang perindustrian / pertanian
F13 Malaysia dijadikan pintu masuk dan hub kepada pelbagai aktiviti ekonomi
F14 Kemajuan projek perindustrian / baja urea di Bintulu Sarawak
F15 Kerjasama ekonomi ASEAN + 3 / iaitu dengan Jepun, China dan Korea
F16 Kerjasama antara ASEAN dengan India
F17 Malaysia menjadi pintu masuk untuk pasaran produk dan perkhidmatan dari negara luar ke
negara ASEAN
F18 Pemindahan teknologi melalui pelaburan seperti negara Singapura
F19 Kesan perantaraan ketika pergerakan ke negara-negara lain di ASEAN
F20 Dapat menjamin bekalan sumber makanan seperti beras dari Thailand/vietanam
Sosial
F1 Pertukaran kebudayaan antara negara-negara ASEAN
F2 Penubuhan RECSAM di Pulau Pinang / penubuhan pertubuhan Menteri-Menteri Pelajaran ASEAN
F3 Pertukaran pendidikan / pelajar antara negara-negara ASEAN
F4 Malaysia menjadi tuan rumah menganjurkan sukan SEA
F5 Tahun Melawat ASEAN dapat menarik ramai pelancong
F6 Berjaya menganjurkan Festival Filem ASEAN
F7 Pertukaran rancangan TV dan Radio antara negara ASEAN
F8 Malaysia menjadi pusat rawatan kesihatan
F9 Malaysia menjadi hub pendidikan kepada pelajar ASEAN
F10 Malaysia meningkatkan laluan udara antara negara ASEAN
10
Soalan 6:
Pelbagai cabaran telah dihadapi oleh Malaysia untuk mengekalkan hubungan baik dengan negara-
negara serantau.
(i) Dengan menggunakan pengetahuan sejarah anda, jelaskan cabaran-cabaran tersebut.
[5m]
(ii) Cadangkan langkah-langkah mengatasi cabaran tersebut. [5m]
Jawapan: (i)
F1 Masalah sempadan seperti isu tuntutan pemilikan Pulau Batu Putih oleh Singapura
F2 Tuntutan pemilikan Pulau Sipadan dan Ligitan oleh Indonesia
F3 Isu Pattani, tuduhan Thailand Malaysia beri bantuan kepada gerakan pemisah Pattani
F4 Aktiviti lanun di sempadan perairan Sabah dan Filipina
F5 Masalah pendatang tanpa izin (PATI)
F6 Isu pembantu rumah Malaysia – Indonesia, Malaysia – Kampuchea
F7 Tuntutan Kepulauan Spratly antara negara ASEAN dan China
F8 Jenayah melintasi sempadan / pengedaran bekalan senjata dari Thailand
F9 Malaysia dijadikan transit pengedaran dadah dalam kalangan negara ASEAN
F10 Penjenayah menjadikan negara serantau sebagai tempat bersembunyi / OPS CANTAS
F11 Pencerobohan ruang udara seperti latihan tentera udara Singapura
F12 Pencerobohan Zon Ekseklusif / Pencerobohan nelayan
F13 Industri pelacuran di Thailand
F14 Perkhawinan pasangan Islam di Selatan Thailand
F15 Pemerintahan tentera di Myanmar yang bertentangan dengan amalan demokrasi
F16 Penyeludupan minyak diesel drai Thailand
F17 Isu Pelarian Rohingya di Myanmar
F18 Pemerdagangan manusia (Human Trafficking)
F19 Isu jerebu yang tiada penyelesaian
F20 Konflik politik antara Timur Leste dengan Indonesia
Jawapan: (ii)
F1 Menteri-menteri luar mengadakan perundingan, forum pertemuan dan perbincangan / Forum
Serantau ASEAN (ARF)
F2 Setiap negara anggota ASEAN perlu menghayati falsafah, nilai dan etika sebenar ketika ASEAN
dibentuk pada tahun 1967.
F3 Memupuk kesepakatan melalui tema kesatuan dalam kepelbagaian (Unity in Diversity) ketika
sambutan ulang tahun ASEAN ke-44.
F4 Perlu mengutamakan kepentingan serantau daripada kepentingan nasional
F5 Menyelesaikan isu pendidikan melalui penubuhan SEAMEO
F6 Bantuan kewangan / biasiswa
F7 Mengetatkan kawalan keselamatan sempadan
F8 Memberikan bantuan kemanusiaan ketika bencana alam
F9 Tidak mencampuri masalah politik dalam negara lain
F10 Mengadakan penjanjian persefahaman (MOU)
F11 Berunding dengan negara lain kemasukan pekerja secara sah
F12 Melihat setiap masalah demi kepentingan bersama
F13 Merapatkan hubungan diplomatik antara negara ASEAN
11
F14 Mewujudkan Sistem pengawalan jerebu / ditubuhkan ASEAN Experts Group on the Environment
(AEE) / disediakan ASEP
F15 Penubuhan AFTA untuk meningkatkan urusan perdagangan
F16 Sebarang masalah sempadan perlu diselesaikan melalui Mahkamah Dunia.
F17 menghantar perutusan untuk menjelaskan keadaan sebenar
F18 mengadakan sesi dialog untuk menangani sebarang masalah yang timbul
F19 meningkatkan penguatkuasaan tentera laut untuk mengatasi masalah lanun
F20 Peningkatkan kerjasama pihak polis antarabangsa (Interpol)
F21 mewujudkan Preventive Diplomacy bagi membina keyakinan negara anggota
F22 Penubuhan CEPT untuk merancakkan pertumbuhan ekonomi negara anggota
Soalan 7:
Opsyen 1: Nyatakan nilai-nilai yang perlu dimiliki oleh pemimpin negara-negara ASEAN bagi
mengukuhkan lagi hubungan baik antara negara serantau. [5m]
Jawapan:
F1 Menitik beratkan sikap bertolak ansur
F2 memiliki sifat hormat menghormati antara pemimpin / menghormati budaya negara lain
F3 Pemimpin berpandangan jauh
F4 Pemimpin berfikiran terbuka apabila menerima teguran
F5 Ada keadilan semasa menangani sesuatu isu
F6 Pemimpin yang berwawasan
F7 Pemimpin yang berdaya saing
F8 Mencintakan keamanan
F9 Mementingkan kepentingan serantau daripada kepentingan nasional
F10 Pemimpin yang berdiplomasi dan prihatin
F11 Menghormati hak asasi manusia
F12 Sedia menerima perubahan
F13 Tabah menghadapi cabaran
F14 Berusaha meningkatkan kualiti diri
F15 Mementingkan ilmu pengetahuan
F16 Sentiasa berhati-hati dalam menangani masalah
F17 Gigih berusaha
F18 Berintegriti dan amanah
F19 Berpegang teguh pada nilai sejagat
F20 Bersedia berkorban untuk mewujudkan keamanan dan keharmonian
Opsyen 2: Apakah iktibar penubuhan ASEAN kepada kegemilangan dan kecemerlangan negara
kita? [5m]
Jawapan:
F1 Perlu mewujudkan keamanan negara / mengelakkan peperangan antara negara serantau
F2 Sentiasa mewujudkan kesepakatan
F3 Sebarang masalah perlu diselesaikan melalui rundingan / bersikap positif dalam rundingan
F4 Kerjasama dalam ekonomi akan meningkatkan taraf hidup rakyat
F5 Mengalakkan semangat tolak ansur dalam menangani masalah
F6 Kepentingan serantau lebih penting daripada kepentingan nasional
F7 Menghormati dan menerima kepelbagaian
F8 Sebarang perbezaan jangan diakhiri dengan konflik
F9 Pemuafakatan akan membawa keberkatan
F10 Mengutamakan keadilan dalam menyelesaikan masalah.
12
F11 Menyumbang idea dan kemahiran untuk memajukan negara
F12 mementingkan semangat kejiranan
F13 Bekerjasama antara satu sama lain
F14 Bangga sebagai rakyat Malaysia
F15 Mempunyai semangat kekitaan yang tinggi
Opsyen 3: Apakah unsur patriotisme yang diperoleh melalui pertubuhan serantau? [5m]
Jawapan:
F1 Memelihara perpaduan
F2 Mengekalkan keamanan
F3 Menghargai pemimpin
F4 Taat setia pada negara dan bangsa
F5 Cinta akan negara
F6 Sedia berkorban untuk mempertahankan negara dan bangsa
F7 Bangga sebagai rakyat Malaysia yang hidup dalam negara aman dan makmur
F8 Mementingkan kepentingan nasional melebihi kepentingan diri
F9 Menyokong dan melibatkan diri dalam pembangunan negara
F10 Menghormati kedaulatan negara lain
F11 Berfikiran positif apabila dikritik oleh negara lain
F12 Bertoleransi apabila berlaku percanggahan pendapat
Soalan 8:
Buat satu rumusan berkaitan dengan tajuk ini dari aspek:
• Pengetahuan yang diperoleh
• Iktibar kepada diri,bangsa dan negara
• Harapan untuk masa depan Malaysia yang lebih cemerlang [5m]
Jawapan:
Pengetahuan yang saya peroleh daripada hubungan Malaysia dengan negara serantau ialah,
Malaysia telah menjalinkan kerjasama serantau melalui ASA, MAPHILINDO, dan ASEAN. Saya dapat
mengetahui proses penubuhan, matlamat dan kepentingan pertubuhan tersebut serta faedah dan
sumbangan Malaysia dalam ASEAN. Saya juga dapat menilai pentingnya mewujudkan jalinan
kerjasama antara negara-negara anggota ASEAN.
Saya mengambil iktibar bahawa kita mestilah mempunyai sikap tolak ansur, tolong menolong dan
saling menghargai supaya dapat menghadapi krisis dan cabaran pada setiap masa. Kita juga mesti
menghormati dan mematuhi peraturan dan undang- undang negara lain untuk mengelakkan
sebarang masalah. Selain itu, mana-mana pihak perlu mengelakkan menimbulkan isu- isu yang
sensitif untuk mengekalkan hubungan yang baik dengan negara serantau. Rundingan dan diplomasi
dapat mengekalkan kestabilan hubungan antara negara serta dapat mengelakkan konflik yang
berpanjangan.
Harapan saya agar bangsa Malaysia sentiasa bekerjasama, mengamalkan perpaduan dengan negara
lain, mengekalkan hubungan baik dan kerjasama dengan negara jiran, mengambil langkah-langkah
yang pragmatik agar dapat terus bersaing dalam dunia kini, dan menjadi negara maju menjelang
2020 sekaligus dapat meralisasikan Wawasan 2020. Malaysia akan terus aktif dalam pertubuhan
serantau dan antarabangsa dan memperoleh manfaat daripada pertubuhan-pertubuhan tersebut.

Contenu connexe

Tendances

PENGAJIAN AM - HUBUNGAN DIPLOMATIK
PENGAJIAN AM - HUBUNGAN DIPLOMATIKPENGAJIAN AM - HUBUNGAN DIPLOMATIK
PENGAJIAN AM - HUBUNGAN DIPLOMATIKAzreeShariff
 
Pengajian am
Pengajian amPengajian am
Pengajian amwawanri
 
PENGAJIAN AM: PENGLIBATAN MALAYSIA DI ARENA ANTARABANGSA
PENGAJIAN AM: PENGLIBATAN MALAYSIA DI ARENA ANTARABANGSAPENGAJIAN AM: PENGLIBATAN MALAYSIA DI ARENA ANTARABANGSA
PENGAJIAN AM: PENGLIBATAN MALAYSIA DI ARENA ANTARABANGSAsmka wataniah machang, kelantan
 
Persatuan negara negara asia tenggara (ASEAN)
Persatuan negara negara asia tenggara (ASEAN)Persatuan negara negara asia tenggara (ASEAN)
Persatuan negara negara asia tenggara (ASEAN)nasywah79
 
Dasar luar malaysia paly
Dasar luar malaysia   palyDasar luar malaysia   paly
Dasar luar malaysia palyIPDA
 
EAEC Perundingan Ekonomi Asia Timur
EAEC  Perundingan Ekonomi Asia TimurEAEC  Perundingan Ekonomi Asia Timur
EAEC Perundingan Ekonomi Asia Timurmunnianwar
 
D8 – Kumpulan Lapan Negara Negara Membangun
D8 – Kumpulan Lapan Negara Negara MembangunD8 – Kumpulan Lapan Negara Negara Membangun
D8 – Kumpulan Lapan Negara Negara Membangunmunnianwar
 
Pengajian malaysia
Pengajian malaysiaPengajian malaysia
Pengajian malaysiadka1d
 
Kepentingan bersama asean
Kepentingan bersama aseanKepentingan bersama asean
Kepentingan bersama aseanAtika Nasima
 
Pertubuhan Negara-Negara Islam
Pertubuhan Negara-Negara IslamPertubuhan Negara-Negara Islam
Pertubuhan Negara-Negara Islammunnianwar
 
Sidang Kemuncak Asia Timur (EAS)
Sidang Kemuncak Asia Timur (EAS)Sidang Kemuncak Asia Timur (EAS)
Sidang Kemuncak Asia Timur (EAS)munnianwar
 
4.0 dasar dasar luar malaysia (1957-kini)
4.0 dasar dasar luar malaysia (1957-kini)4.0 dasar dasar luar malaysia (1957-kini)
4.0 dasar dasar luar malaysia (1957-kini)sejarahkkb
 
Pengajian Malaysia: Modul e subtopik 13 dasar luar 010713 065458
Pengajian Malaysia: Modul e subtopik 13 dasar luar 010713 065458Pengajian Malaysia: Modul e subtopik 13 dasar luar 010713 065458
Pengajian Malaysia: Modul e subtopik 13 dasar luar 010713 065458Brenda Rachel Marie
 
Dasar luar malaysia
Dasar luar malaysiaDasar luar malaysia
Dasar luar malaysiamunnianwar
 

Tendances (20)

ASEAN+3
ASEAN+3ASEAN+3
ASEAN+3
 
PENGAJIAN AM - HUBUNGAN DIPLOMATIK
PENGAJIAN AM - HUBUNGAN DIPLOMATIKPENGAJIAN AM - HUBUNGAN DIPLOMATIK
PENGAJIAN AM - HUBUNGAN DIPLOMATIK
 
asean community
 asean community asean community
asean community
 
Pengajian am
Pengajian amPengajian am
Pengajian am
 
PENGAJIAN AM: PENGLIBATAN MALAYSIA DI ARENA ANTARABANGSA
PENGAJIAN AM: PENGLIBATAN MALAYSIA DI ARENA ANTARABANGSAPENGAJIAN AM: PENGLIBATAN MALAYSIA DI ARENA ANTARABANGSA
PENGAJIAN AM: PENGLIBATAN MALAYSIA DI ARENA ANTARABANGSA
 
Persatuan negara negara asia tenggara (ASEAN)
Persatuan negara negara asia tenggara (ASEAN)Persatuan negara negara asia tenggara (ASEAN)
Persatuan negara negara asia tenggara (ASEAN)
 
Dasar luar malaysia paly
Dasar luar malaysia   palyDasar luar malaysia   paly
Dasar luar malaysia paly
 
EAEC Perundingan Ekonomi Asia Timur
EAEC  Perundingan Ekonomi Asia TimurEAEC  Perundingan Ekonomi Asia Timur
EAEC Perundingan Ekonomi Asia Timur
 
D8 – Kumpulan Lapan Negara Negara Membangun
D8 – Kumpulan Lapan Negara Negara MembangunD8 – Kumpulan Lapan Negara Negara Membangun
D8 – Kumpulan Lapan Negara Negara Membangun
 
Pengajian malaysia
Pengajian malaysiaPengajian malaysia
Pengajian malaysia
 
Kepentingan bersama asean
Kepentingan bersama aseanKepentingan bersama asean
Kepentingan bersama asean
 
Pertubuhan Negara-Negara Islam
Pertubuhan Negara-Negara IslamPertubuhan Negara-Negara Islam
Pertubuhan Negara-Negara Islam
 
Sidang Kemuncak Asia Timur (EAS)
Sidang Kemuncak Asia Timur (EAS)Sidang Kemuncak Asia Timur (EAS)
Sidang Kemuncak Asia Timur (EAS)
 
Nota ringkas pengajian am
Nota ringkas pengajian amNota ringkas pengajian am
Nota ringkas pengajian am
 
4.0 dasar dasar luar malaysia (1957-kini)
4.0 dasar dasar luar malaysia (1957-kini)4.0 dasar dasar luar malaysia (1957-kini)
4.0 dasar dasar luar malaysia (1957-kini)
 
Majlis kerjasama ekonomi asia pasifik ( apec )
Majlis kerjasama ekonomi asia pasifik ( apec )Majlis kerjasama ekonomi asia pasifik ( apec )
Majlis kerjasama ekonomi asia pasifik ( apec )
 
Bab 9
Bab 9Bab 9
Bab 9
 
Ansar 4
Ansar 4Ansar 4
Ansar 4
 
Pengajian Malaysia: Modul e subtopik 13 dasar luar 010713 065458
Pengajian Malaysia: Modul e subtopik 13 dasar luar 010713 065458Pengajian Malaysia: Modul e subtopik 13 dasar luar 010713 065458
Pengajian Malaysia: Modul e subtopik 13 dasar luar 010713 065458
 
Dasar luar malaysia
Dasar luar malaysiaDasar luar malaysia
Dasar luar malaysia
 

Similaire à Kertas 3 2013(rmc)

Final presentation pm
Final presentation pmFinal presentation pm
Final presentation pmSasi Kumaran
 
Bab 7 dasar luar malaysia
Bab 7 dasar luar malaysiaBab 7 dasar luar malaysia
Bab 7 dasar luar malaysiaAmir Firdaus
 
Hubungan Luar Malaysia K3. MRSM 2016
Hubungan Luar Malaysia K3. MRSM 2016Hubungan Luar Malaysia K3. MRSM 2016
Hubungan Luar Malaysia K3. MRSM 2016isharsmiaa
 
Sejarah Cadangan Jawapan K3 Set 1 Cemerlang-[1]
Sejarah Cadangan Jawapan K3 Set 1  Cemerlang-[1]Sejarah Cadangan Jawapan K3 Set 1  Cemerlang-[1]
Sejarah Cadangan Jawapan K3 Set 1 Cemerlang-[1]isharsmiaa
 
Dasar luar-negara
Dasar luar-negaraDasar luar-negara
Dasar luar-negaramursyidee
 
Dasar luar malaysia
Dasar luar malaysiaDasar luar malaysia
Dasar luar malaysiaAn Hawa
 
Kertas 3 2013 lengkap
Kertas 3 2013 lengkapKertas 3 2013 lengkap
Kertas 3 2013 lengkapantrogirls
 
Kertas 3 2013 lengkap
Kertas 3 2013 lengkapKertas 3 2013 lengkap
Kertas 3 2013 lengkapantrogirls
 
Kertas 3 2013 lengkap
Kertas 3 2013 lengkapKertas 3 2013 lengkap
Kertas 3 2013 lengkaparidahrashid
 
Dasar luar malaysia 1
Dasar luar malaysia 1Dasar luar malaysia 1
Dasar luar malaysia 1yahyaman1
 
persatuannegara-negaraasiatenggaraasean-140904184413-phpapp02 (1).pptx
persatuannegara-negaraasiatenggaraasean-140904184413-phpapp02 (1).pptxpersatuannegara-negaraasiatenggaraasean-140904184413-phpapp02 (1).pptx
persatuannegara-negaraasiatenggaraasean-140904184413-phpapp02 (1).pptxTSIVANESAN1
 
DASAR POLTIK MALAYSIA PENGAJIAN MALAYSIA.ppt
DASAR POLTIK MALAYSIA PENGAJIAN MALAYSIA.pptDASAR POLTIK MALAYSIA PENGAJIAN MALAYSIA.ppt
DASAR POLTIK MALAYSIA PENGAJIAN MALAYSIA.pptNursKitchen
 
Sejarah Kertas 3 SPM 2016 Melaka
Sejarah Kertas 3 SPM 2016 MelakaSejarah Kertas 3 SPM 2016 Melaka
Sejarah Kertas 3 SPM 2016 Melakaisharsmiaa
 
Buletin Khas Sejarah K3 2016
Buletin Khas Sejarah K3 2016Buletin Khas Sejarah K3 2016
Buletin Khas Sejarah K3 2016isharsmiaa
 
Skema Set 1 K3 Pra SPM
Skema Set 1 K3 Pra  SPMSkema Set 1 K3 Pra  SPM
Skema Set 1 K3 Pra SPMisharsmiaa
 
JPNJ K3 Dasar Luar Malaysia 2016
JPNJ K3 Dasar Luar Malaysia 2016JPNJ K3 Dasar Luar Malaysia 2016
JPNJ K3 Dasar Luar Malaysia 2016isharsmiaa
 
Sejarah K3 SPM 2016 JPN Perak
Sejarah K3 SPM 2016 JPN PerakSejarah K3 SPM 2016 JPN Perak
Sejarah K3 SPM 2016 JPN Perakisharsmiaa
 

Similaire à Kertas 3 2013(rmc) (20)

Final presentation pm
Final presentation pmFinal presentation pm
Final presentation pm
 
Bab 7 dasar luar malaysia
Bab 7 dasar luar malaysiaBab 7 dasar luar malaysia
Bab 7 dasar luar malaysia
 
Hubungan Luar Malaysia K3. MRSM 2016
Hubungan Luar Malaysia K3. MRSM 2016Hubungan Luar Malaysia K3. MRSM 2016
Hubungan Luar Malaysia K3. MRSM 2016
 
Nota Sejarah Tingkatan 5 Bab 9: Malaysia Dalam Kerjasama Antarabangsa.
Nota Sejarah Tingkatan 5 Bab 9: Malaysia Dalam Kerjasama Antarabangsa.Nota Sejarah Tingkatan 5 Bab 9: Malaysia Dalam Kerjasama Antarabangsa.
Nota Sejarah Tingkatan 5 Bab 9: Malaysia Dalam Kerjasama Antarabangsa.
 
Sejarah Cadangan Jawapan K3 Set 1 Cemerlang-[1]
Sejarah Cadangan Jawapan K3 Set 1  Cemerlang-[1]Sejarah Cadangan Jawapan K3 Set 1  Cemerlang-[1]
Sejarah Cadangan Jawapan K3 Set 1 Cemerlang-[1]
 
KERTAS 3 SPM SEJARAH 2016
KERTAS 3 SPM SEJARAH 2016KERTAS 3 SPM SEJARAH 2016
KERTAS 3 SPM SEJARAH 2016
 
Dasar luar-negara
Dasar luar-negaraDasar luar-negara
Dasar luar-negara
 
Dasar luar malaysia
Dasar luar malaysiaDasar luar malaysia
Dasar luar malaysia
 
Kertas 3 2013 lengkap
Kertas 3 2013 lengkapKertas 3 2013 lengkap
Kertas 3 2013 lengkap
 
Kertas 3 2013 lengkap
Kertas 3 2013 lengkapKertas 3 2013 lengkap
Kertas 3 2013 lengkap
 
Kertas 3 2013 lengkap
Kertas 3 2013 lengkapKertas 3 2013 lengkap
Kertas 3 2013 lengkap
 
Dasar luar malaysia 1
Dasar luar malaysia 1Dasar luar malaysia 1
Dasar luar malaysia 1
 
persatuannegara-negaraasiatenggaraasean-140904184413-phpapp02 (1).pptx
persatuannegara-negaraasiatenggaraasean-140904184413-phpapp02 (1).pptxpersatuannegara-negaraasiatenggaraasean-140904184413-phpapp02 (1).pptx
persatuannegara-negaraasiatenggaraasean-140904184413-phpapp02 (1).pptx
 
DASAR POLTIK MALAYSIA PENGAJIAN MALAYSIA.ppt
DASAR POLTIK MALAYSIA PENGAJIAN MALAYSIA.pptDASAR POLTIK MALAYSIA PENGAJIAN MALAYSIA.ppt
DASAR POLTIK MALAYSIA PENGAJIAN MALAYSIA.ppt
 
Sejarah Kertas 3 SPM 2016 Melaka
Sejarah Kertas 3 SPM 2016 MelakaSejarah Kertas 3 SPM 2016 Melaka
Sejarah Kertas 3 SPM 2016 Melaka
 
Buletin Khas Sejarah K3 2016
Buletin Khas Sejarah K3 2016Buletin Khas Sejarah K3 2016
Buletin Khas Sejarah K3 2016
 
DASAR LUAR MALAYSIA
DASAR LUAR MALAYSIA DASAR LUAR MALAYSIA
DASAR LUAR MALAYSIA
 
Skema Set 1 K3 Pra SPM
Skema Set 1 K3 Pra  SPMSkema Set 1 K3 Pra  SPM
Skema Set 1 K3 Pra SPM
 
JPNJ K3 Dasar Luar Malaysia 2016
JPNJ K3 Dasar Luar Malaysia 2016JPNJ K3 Dasar Luar Malaysia 2016
JPNJ K3 Dasar Luar Malaysia 2016
 
Sejarah K3 SPM 2016 JPN Perak
Sejarah K3 SPM 2016 JPN PerakSejarah K3 SPM 2016 JPN Perak
Sejarah K3 SPM 2016 JPN Perak
 

Plus de A'dilah Hanum

Spm last minute revision mt
Spm last minute revision mtSpm last minute revision mt
Spm last minute revision mtA'dilah Hanum
 
Spm last minute revision hs
Spm last minute revision hsSpm last minute revision hs
Spm last minute revision hsA'dilah Hanum
 
Spm last minute revision en
Spm last minute revision enSpm last minute revision en
Spm last minute revision enA'dilah Hanum
 
Spm last minute revision bm
Spm last minute revision bmSpm last minute revision bm
Spm last minute revision bmA'dilah Hanum
 
140598781 kaedah-mengingat-cara-neumonik
140598781 kaedah-mengingat-cara-neumonik140598781 kaedah-mengingat-cara-neumonik
140598781 kaedah-mengingat-cara-neumonikA'dilah Hanum
 
134032908 takrifan-hukum-fizik
134032908 takrifan-hukum-fizik134032908 takrifan-hukum-fizik
134032908 takrifan-hukum-fizikA'dilah Hanum
 
61330926 compilation-of-biology-essays-updated
61330926 compilation-of-biology-essays-updated61330926 compilation-of-biology-essays-updated
61330926 compilation-of-biology-essays-updatedA'dilah Hanum
 
Senarai peribahasa spm
Senarai peribahasa spm Senarai peribahasa spm
Senarai peribahasa spm A'dilah Hanum
 
Nota cemerlang sejarah t5
Nota cemerlang sejarah t5Nota cemerlang sejarah t5
Nota cemerlang sejarah t5A'dilah Hanum
 
Nota cemerlang sejarah t4
Nota cemerlang sejarah t4Nota cemerlang sejarah t4
Nota cemerlang sejarah t4A'dilah Hanum
 
Nota lengkap dirgahayu bahasaku
Nota lengkap dirgahayu bahasakuNota lengkap dirgahayu bahasaku
Nota lengkap dirgahayu bahasakuA'dilah Hanum
 
Sejarah kertas 3 spm
Sejarah kertas 3 spmSejarah kertas 3 spm
Sejarah kertas 3 spmA'dilah Hanum
 
Modul2 120201023117-phpapp02
Modul2 120201023117-phpapp02Modul2 120201023117-phpapp02
Modul2 120201023117-phpapp02A'dilah Hanum
 
Fizik 3.5 penjanaan dan penghantaran tenaga elektrik
Fizik 3.5 penjanaan dan penghantaran tenaga elektrikFizik 3.5 penjanaan dan penghantaran tenaga elektrik
Fizik 3.5 penjanaan dan penghantaran tenaga elektrikA'dilah Hanum
 
Nota sejarah tingkatan 3 (ringkas) BAB 1
Nota sejarah tingkatan 3 (ringkas) BAB 1Nota sejarah tingkatan 3 (ringkas) BAB 1
Nota sejarah tingkatan 3 (ringkas) BAB 1A'dilah Hanum
 

Plus de A'dilah Hanum (19)

Spm last minute revision mt
Spm last minute revision mtSpm last minute revision mt
Spm last minute revision mt
 
Spm last minute revision hs
Spm last minute revision hsSpm last minute revision hs
Spm last minute revision hs
 
Spm last minute revision en
Spm last minute revision enSpm last minute revision en
Spm last minute revision en
 
Spm last minute revision bm
Spm last minute revision bmSpm last minute revision bm
Spm last minute revision bm
 
140598781 kaedah-mengingat-cara-neumonik
140598781 kaedah-mengingat-cara-neumonik140598781 kaedah-mengingat-cara-neumonik
140598781 kaedah-mengingat-cara-neumonik
 
134032908 takrifan-hukum-fizik
134032908 takrifan-hukum-fizik134032908 takrifan-hukum-fizik
134032908 takrifan-hukum-fizik
 
61330926 compilation-of-biology-essays-updated
61330926 compilation-of-biology-essays-updated61330926 compilation-of-biology-essays-updated
61330926 compilation-of-biology-essays-updated
 
Sejarahk3
Sejarahk3Sejarahk3
Sejarahk3
 
Senarai peribahasa spm
Senarai peribahasa spm Senarai peribahasa spm
Senarai peribahasa spm
 
Nota cemerlang sejarah t5
Nota cemerlang sejarah t5Nota cemerlang sejarah t5
Nota cemerlang sejarah t5
 
Nota cemerlang sejarah t4
Nota cemerlang sejarah t4Nota cemerlang sejarah t4
Nota cemerlang sejarah t4
 
Nota lengkap dirgahayu bahasaku
Nota lengkap dirgahayu bahasakuNota lengkap dirgahayu bahasaku
Nota lengkap dirgahayu bahasaku
 
Sejarah p3 kbkk
Sejarah p3 kbkkSejarah p3 kbkk
Sejarah p3 kbkk
 
Sejarah kertas 3 spm
Sejarah kertas 3 spmSejarah kertas 3 spm
Sejarah kertas 3 spm
 
Sinar inframerah
Sinar inframerahSinar inframerah
Sinar inframerah
 
Modul2 120201023117-phpapp02
Modul2 120201023117-phpapp02Modul2 120201023117-phpapp02
Modul2 120201023117-phpapp02
 
Fizik 3.5 penjanaan dan penghantaran tenaga elektrik
Fizik 3.5 penjanaan dan penghantaran tenaga elektrikFizik 3.5 penjanaan dan penghantaran tenaga elektrik
Fizik 3.5 penjanaan dan penghantaran tenaga elektrik
 
Catch us if you can
Catch us if you canCatch us if you can
Catch us if you can
 
Nota sejarah tingkatan 3 (ringkas) BAB 1
Nota sejarah tingkatan 3 (ringkas) BAB 1Nota sejarah tingkatan 3 (ringkas) BAB 1
Nota sejarah tingkatan 3 (ringkas) BAB 1
 

Kertas 3 2013(rmc)

  • 1. 1 MAKTAB TENTERA DIRAJA KERTAS 3 SEJARAH (1249/3) TEMA: 12 (BAB 9 TING. 5) TAJUK UMUM: MALAYSIA DAN KERJASAMA ANTARABANGSA Sejak mencapai kemerdekaan Malaysia telah menyertai dan bergerak aktif dalam pertubuhan serantau. DISEDIAKAN OLEH: CIKGU MAHENDAN A/L THOLASY (GURU CEMERLANG SEJARAH MAKTAB TENTERA DIRAJA)
  • 2. 2 FORMAT PERINCIAN MARKAH PENGENALAN Memahami 1. Apakah yang anda faham dengan pertubuhan serantau? @ 1. Jelaskan latar belakang Malaysia dalam pertubuhan serantau. 5 markah ISI DAN HURAIAN Memahami 2.Jelaskan latar belakang kepada penubuhan pertubuhan berikut: (i) ASA [ 10 markah ] (ii) MAPHILINDO [ 10 markah ] (iii) ASEAN [ 10 markah ] 30 markah Menganalis 3. Terangkan peranan dan sumbangan Malaysia dalam ASEAN. 25 markah Mengaplikasi Opsyen 1 4. Apakah usaha yang diambil oleh Malaysia bagi merealisasikan konsep ZOPFAN dalam ASEAN? Opsyen 2 4. Penubuhan ASEAN ada hubungan dengan kestabilan politik dan keamanan di rantau Asia Tenggara. Apakah manfaat kestabilan politik dan keamanan serantau kepada negara kita? @ Bagaimanakah konsep ZOPFAN dapat memberi manfaat kepada negara kita? Opsyen 3 4. Agenda utama ASEAN adalah ke arah mewujudkan integrasi ekonomi. Bagaimanakah keanggotaan Malaysia dalam ASEAN dapat membantu pertumbuhan ekonomi negara kita? Opsyen 4 4. Bagaimanakah semangat setia kawan dalam kalangan negara ASEAN dapat diamalkan? Opsyen 5 4. Mengapakah Malaysia perlu menjalinkan hubungan baik dengan negara- negara jiran? (Jawapan rujuk Opsyen 2) 10 markah
  • 3. 3 Menilai 5. Terangkan kejayaan yang telah dicapai oleh negara kita setelah menyertai ASEAN. [10 markah ] Mencipta / Menjana idea 6. Pelbagai cabaran telah dihadapi oleh Malaysia untuk mengekalkan hubungan baik dengan negara-negara serantau. (i) Dengan menggunakan pengetahuan sejarah anda, Jelaskan cabaran-cabaran tersebut. [ 5 markah ] (ii) Cadangkan langkah-langkah mengatasi cabaran tersebut. [ 5 markah ] [10 markah ] Menghayati nilai-nilai murni / iktibar / patriotism Opsyen 1 7. Nyatakan nilai-nilai yang perlu dimiliki oleh pemimpin negara-negara ASEAN bagi mengukuhkan lagi hubungan baik antara negara serantau. Opsyen 2 7. Apakah iktibar penubuhan ASEAN kepada kegemilangan dan kecemerlangan negara kita. Opsyen 3 7. Apakah unsur patriotisme yang diperoleh melalui keanggotaan negara kita dalam pertubuhan serantau? [ 5 markah ] KESIMPULAN Merumus Buat satu rumusan berkaitan dengan tajuk ini dari aspek: • Pengetahuan yang diperoleh • Iktibar kepada diri,bangsa dan negara • Harapan untuk masa depan Malaysia yang lebih cemerlang [ 5 markah ]
  • 4. 4 PERATURAN PEMARKAHAN KERTAS 3 Soalan 1: Apakah yang anda faham dengan pertubuhan serantau? [5m] ATAU Jelaskan latar belakang Malaysia dalam pertubuhan serantau. [5m] Jawapan: Pertubuhan serantau merupakan satu pertubuhan yang keanggotaannya terdiri daripada negara- negara yang berjiran. Pembentukan Pertubuhan ini adalah untuk kepentingan politik, ekonomi atau sosial. Sejak Malaysia mencapai kemerdekaan, terdapat tiga pertubuhan serantau yang telah dibentuk dan disertainya, iaitu ASA pada tahun 1961, MAPHILINDO pada tahun 1963 dan ASEAN pada tahun 1967 Negara serantau terhasil atas dasar luar kita yang berbaik-baik dengan negara jiran. Usaha-usaha tersubut ditubuhkan atas inisiatif Tunku Abdul Rahman. Soalan 2: Jelaskan latar belakang kepada penubuhan pertubuhan berikut: (i) ASA [10m] Setelah mencapai kemerdekaan, negara kita dan juga negara-negara serantau diancam hebat oleh pengaruh komunis. Di Malaysia, PKM menyebarkan pengaruh fahaman komunis di kalangan rakyat. PKM telah diharamkan oleh kerajaan menyebabkan ahli PKM melancarkan gerakan gerila bagi menjatuhkan kerajaan. Ancaman komunis hebat terutamanya di Thailand yang bersempadan dengan Malaysia. PKM telah menggunakan sempadan Malaysia-Thailand sebagai pangkalan gerakan gerila supaya usaha kedua-dua negara menghapuskan gerakan komunis dilemahkan. Filipina juga turut diancam oleh komunis. Malaysia ingin mengadakan kerjasama dengan negara-negara jiran untuk membendung pengaruh dan gerakan PKM. Oleh itu, Tunku Abdul Rahman telah mencadangkan penubuhan ASA. Pertubuhan ini diharapkan dapat melindungi negara-negara anggota daripada ancaman komunis dan menjalin kerjasama dalam bidang ekonomi dan sosial. ASA ditubuhkan pada 31 Julai 1961 apabila satu mesyuarat diadakan di Bangkok antara Malaysia dengan Thailand dan Filipina. Matlamat ASA adalah menjalinkan kerjasama dalam kalangan negara anggota dalam bidang ekonomi, sains dan sosial. Selain itu, ASA memberi dan menyediakan kemudahan latihan dan penyelidikan dalam bidang sains dan teknologi dalam kalangan negara anggota. ASA mengekalkan serta menjamin keselamatan dan kestabilan politik negara-negara serantau.
  • 5. 5 Matlamat tersebut tidak banyak dicapai kerana keadaan kerjasama yang erat. ASA dianggap sebagai pertubuhan anti-pemerintahan Presiden Soekarno di Indonesia. Kesangsian ini timbul kerana Malaysia mempunyai perjanjian ketenteraan dengan Britain sementara Thailand dan Filipina mempunyai perjanjian ketenteraan dengan Amerika Syarikat. Pertelingkahan antara Malaysia dengan Filipina tentang penubuhan persekutuan Malaysia telah membawa kepada pembubaran ASA pada tahun 1963. (ii) MAPHILINDO [10m] MAPHILINDO merupakan cantuman Malaysia, Filipina dan Indonesia. Tujuannya adalah untuk meningkatkan perhubungan persahabatan dan menyelesaikan pertelingkahan antara Malaysia-Filipina dan Malaysia-Indonesia. Pertelingkahan yang timbul adalah disebabkan oleh cadangan pembentukan Malaysia. Indonesia tidak bersetuju dengan pembentukan Malaysia kerana Presiden Soekarno menganggap pembentukan Malaysia sebagai satu neokolonialisme. Filipina menentang kerana menuntut Sabah yang didakwanya masih menjadi hak milik negara mereka. Malaysia mengadakan rundingan dengan Filipina dan Indonesia. Hasilnya, tertubuhnya MAPHILINDO. MAPHILINDO mencapai kata sepakat memohon bantuan PBB untuk mendapat pandangan rakyat Sabah dan Sarawak tentang cadangan penubuhan persekutuan Malaysia. Wakil PBB, Lawrence V. Michaelmore telah meninjau pandangan rakyat Sabah dan Sarawak pada tahun 1963. Hasilnya, majoriti rakyat bersetuju dan menyokong pembentukan Malaysia. Namun, Indonesia dan Filipina kurang berpuas hati dengan hasil siasatan PBB dan terus menentang pembentukan Malaysia. Persengketaan yang berterusan menyebabkan MAPHILINDO tidak berperanan lagi. (iii) ASEAN [10m] Hasrat Malaysia untuk berbaik-baik dan mengadakan kerjasama dengan negara-negara jiran tetap diteruskan walaupun ASA dan MAPHILINDO gagal dan tidak dapat bertahan lama. Usaha ini berhasil dengan termeterainya Deklarasi Bangkok pada 8 Ogos 1967 yang membawa kepada penubuhan Persatuan Negara-Negara Asia Tenggara (ASEAN). Antara matlamat penubuhan ASEAN termasuklah mengekalkan kestabilan politik di rantau Asia Tenggara, membantu antara satu sama lain dalam bidang ekonomi, sosial, dan kebudayaan, meningkatkan taraf hidup melalui kerjasama dalam bidang pertanian, perdagangan dan perindustrian, memberikan kerjasama dan membantu dalam bentuk latihan dan pendidikan serta mengadakan hubungan yang erat dengan persatuan atau pertubuhan serantau dan antarabangsa. Keanggotaan ASEAN terdiri daripada 5 buah Negara iaitu Malaysia, Indonesia, Thailand, Filipina dan Singapura. Jumlah keanggotaan bertambah menjadi 10 apabila kesemua Negara di Asia Tenggara menjadi ahli. Negara-negara berkenaan ialah Vietnam, Myanmar, Laos, Brunei dan Kampuchea. Negara Papua New Guinea dilantik sebagai pemerhati kerana negara ini terletak bersempadan dengan Indonesia tetapi bukan di dalam Zon Asia Tenggara.
  • 6. 6 Soalan 3: Terangkan peranan dan sumbangan Malaysia dalam ASEAN. [25m] Jawapan: Dalam Mesyuarat Menteri-Menteri Luar ASEAN di Kuala Lumpur pada 1971, semua menteri-menteri luar anggota negara ASEAN telah menandatangani Deklarasi Kuala Lumpur. Mereka mengisytiharkan negara-negara ASEAN sebagai Zon Aman, Bebas dan Berkecuali (ZOPFAN). Tujuan utama ZOPFAN adalah untuk mengekalkan keamanan dan kestabilan politik di rantau Asia Tengggara, tidak bersekongkol dengan Blok Barat atau Blok Timur bagi mengelakkan campur tangan kuasa-kuasa besar. ASEAN telah berusaha mengatasi masalah Vietnam menceroboh Kampuchea pada tahun 1978 dengan mengadakan mesyuarat bagi membentuk kerajaan Demokratik Campuran. Vietnam telah bersetuju dalam mesyuarat yang diadakan di Kuala Lumpur pada tahun 1982. Dalam mesyuarat pada tahun 1984, menteri-menteri luar ASEAN telah memutuskan bahawa ASEAN ialah Zon Bebas Senjata Nuklear. Ini bermakna rantau ini tidak akan membenarkan mana-mana kapal menggunakan perairan dan kemudahan pelabuhannya untuk mengangkut bahan atau senjata nuklear. Negara-negara ASEAN telah membentuk kerjasama dalam projek-projek perindustrian contohnya projek baja urea di Bintulu serta di Acheh. Melalui kerjasama, ASEAN telah mengumumkan ASEAN Free Trade Area (AFTA) dalam Sidang Kemuncak ASEAN di Singapura pada tahun 1992.Tujuan adalah untuk menghapuskan sekatan dagangan, menggalakkan kerjasama ekonomi dalam kalangan Negara ASEAN dan mewujudkan pasaran yang luas. Selain itu, AFTA juga meningkatkan barangan keluaran Negara-negara ASEAN dan mengembangkan industri terbabit. ASEAN telah mengadakan kerjasama dengan China, Jepun dan Korea Selatan. Idea ini dikemukakan oleh Dato Seri Dr Mahathir Mohamad dalam Perundingan Ekonomi Asia Timur (EAEC), tetapi idea ini ditentang oleh Amerika Syarikat. ASEAN terus mengadakan kerjasama secara tidak rasmi melalui konsep ASEAN+3. Konsep ini merujuk pada kerjasama antara Negara ASEAN dengan Negara-negara Timur seperti Jepun, China dan Korea Selatan. Menteri-Menteri Luar negara-negara tersebut dijemput menghadiri siri perbincangan. Kerjasama dalam bidang pendidikan juga wujud dengan penubuhan Pertubuhan Menteri-Menteri Pelajaran ASEAN (SEAMEO). Contohnya pembinaan Pusat Serantau untuk Sains dan Matematik (RECSAM) di Pulau Pinang. ASEAN juga mengadakan budaya dan sosial seperti mengadakan festival kebudayaan dan kesenian dengan menubuhkan Tabung Kebudayaan ASEAN.Selain itu,pertukaran rancangan televisyen dan radio dijalankan SUKAN SEA juga diadakan untuk merapatkan hubungan antara Negara melalui semangat kesukanan. ASEAN juga mengadakan kerjasama pelancongan seperti Kempen Tahun Melawat ASEAN 1992.
  • 7. 7 Soalan 4: Opsyen 1: Apakah usaha yang diambil oleh Malaysia bagi merealisasikan konsep ZOPFAN dalam ASEAN? [10m] Jawapan: F1 Tidak membenarkan pembukaan pangkalan tentera asing F2 Tidak bersekongkol mana-mana blok F3 Mengamalkan dasar berkecuali F4 Mengelak campur tangan kuasa besar F5 Menyertai NAM F6 Tidak menerima bantuan ketenteraan kuasa besar F7 Menghalang kapal membawa senjata nuklear di Selat Melaka F8 Menyuarakan bantahan di forum antarabangsa F9 Bertegas dalam menangani keganasan serantau F10 Menyelesaikan sebarang konflik melalui rundingan Opsyen 2: Penubuhan ASEAN ada hubungan dengan kestabilan politik dan keamanan di rantau Asia Tenggara. Apakah manfaat kestabilan politik dan keamanan serantau kepada negara kita? [10m] ATAU Bagaimanakah konsep ZOPFAN dapat memberi manfaat kepada negara kita? [10m] Jawapan: Politik F1 Negara aman dan politik yang stabil F2 Masalah politik dapat diselesaikan melalui rundingan F3 Pelaburan kita di luar juga meningkat F4 Filipina membantu dalam pencerobohan Lahad Datu F5 Kerjasama Malaysia – Indonesia dalam menghadapi ancaman pengganas F6 Tiada konflik besar antara negara-negara jiran F7 Mengekalkan hubungan diplomatik F8 Mengekalkan kerjasama dari aspek keselamatan dalam mengawal perairan Ekonomi F1 Ekonomi negara meningkat / perdagangan dua hala antara negara jiran F2 Dapat menjamin kesinambungan pertumbuhan ekonomi F3 Taraf hidup rakyat meningkat F4 Bekalan tenaga buruh dari negara serantau / tenaga kerja mahir dan pakar F5 Pasaran dalam negara meningkat F6 Pasaran luar meningkat / dapat meningkatkan eksport ke negara ASEAN F7 Pelaburan luar ke negara kita banyak / memajukan sektor perindustrian F8 Dapat meningkatkan produktiviti negara F9 Dapat mengurangkan perbelanjaan untuk ketenteraan F10 Dapat menarik lebih banyak pelancong Sosial F1 Dapat wujudkan keharmonian rakyat F2 Pergerakan mudah antara rakyat ASEAN F3 Integrasi sosial antara rakyat ASEAN F4 Pergerakan mudah oleh pelancong antara negara ASEAN F5 Kerjasama dalam bidang sains dan teknologi / kerjasama dalam pembangunan dan penyelidikan
  • 8. 8 Opsyen 3: Agenda utama ASEAN adalah kearah mewujudkan integrasi ekonomi. Bagaimanakah keanggotaan Malaysia dalam ASEAN dapat membantu pertumbuhan ekonomi negara kita? [10m] Jawapan: F1 Ekonomi negara meningkat F2 Dapat menjamin kesinambungan pertumbuhan ekonomi negara F3 Taraf hidup rakyat meningkat F4 Bekalan tenaga buruh dari negara serantau yang murah dan mudah F5 Pasaran dalam negara akan meningkat F6 Pasaran luar negara meningkat / dapat meningkatkan eksport ke negara ASEAN F7 Pelaburan asing langsung (FDI) yang sihat dan banyak F8 Pelaburan kita di luar juga meningkat seperti melabur di negara Myanmar F9 Dapat meningkatkan produktiviti negara F10 Dapat mengurangkan perbelanjaan untuk ketenteraan F11 Dapat menarik lebih banyak pelancong / pelancong membelanjakan wang mereka di negara kita F12 Pertukaran kepakaran dalam bidang perindustrian F13 Malaysia dijadikan pintu masuk dan hub kepada pelbagai aktiviti ekonomi F14 Kemajuan projek perindustrian / baja urea di Bintulu Sarawak F15 Kerjasama ekonomi ASEAN + 3 / iaitu dengan Jepun, China dan Korea F16 Kerjasama antara ASEAN dengan India F17 Malaysia menjadi pintu masuk untuk pasaran produk dan perkhidmatan dari negara luar ke negara ASEAN F18 Pemindahan teknologi melalui pelaburan seperti negara Singapura F19 Kesan perantaraan ketika pergerakan ke negara-negara lain di ASEAN F20 Dapat menjamin bekalan sumber makanan seperti beras dari Thailand/Vietnam Opsyen 4: Bagaimanakah semangat setia kawan dalam kalangan negara ASEAN dapat diamalkan? [10m] Jawapan: F1 Wujud kerjasama dalam bidang ekonomi, politik dan sosial. F2 Kerjasama dalam bidang pendidikan (SEAMEO)/ kebudayaan/ sukan/ radio/ televisyen/ anugerah F3 Kukuhkan hubungan dua hala F4 Melalui pertukaran pelajar, teknologi, pekerja berkemahiran dan kebudayaan. F5 Memupuk sikap saling hormat menghormati F6 Tidak campuri urusan dalaman Negara terbabit. F7 Sikap tolong menolong dan bersatu padu. F8 Hulurkan bantuan untuk meringankan beban. (bencana) F9 Pertukaran maklumat. F10 Sikap saling faham memahami, prihatin dan sentiasa mengambil berat. F11 Menanamkan sikap mementingkan perdamaian. F12 Menamat konflik secara aman melalui rundingan damai. F13 Penganjuran sukan secara bergilir-gilir di antara Negara ASEAN. F14 Cara diplomasi dan bersikap terbuka. F15 Pemimpin-pemimpin negara kerap mengadakan lawatan ke negara ASEAN yang lain F16 Mengukuhkan berhubungan dua hala. F17 Mesyuarat Ketua-Ketua Negara ASEAN.
  • 9. 9 Soalan 5: Terangkan kejayaan yang telah dicapai oleh negara kita setelah menyertai ASEAN. [10m] Jawapan: Politik F1 Wujud keamanan dalam negara F2 Wujudkan Politik yang stabil dalam negara F3 Tiada peperangan dan pertelingkahan dengan negara lain F4 Berjaya menangani isu jerebu F5 Menyelesaikan masalah pertindihan sempadan F6 Dapat membendung jenayah sempadan F7 Dapat berjaya membendung kemasukan pengganas F8 Berjaya menjaga keselamatan perairan Selat Melaka F9 Malaysia menjadi orang tengah dalam menyelesaikan pertelingkahan antara kumpulan militan di Filipina Selatan dengan kerajaan Filipina F10 Malaysia membantu Thailand untuk menghadapi pergolakan politik di selatan Thailand. Ekonomi F1 Ekonomi negara meningkat F2 Dapat menjamin kesinambungan pertumbuhan ekonomi negara F3 Taraf hidup rakyat meningkat F4 Bekalan tenaga buruh dari negara serantau yang murah dan mudah F5 Pasaran dalam negara akan meningkat F6 Pasaran luar negara meningkat / dapat meningkatkan eksport ke negara ASEAN F7 Pelaburan asing langsung (FDI) yang sihat dan banyak F8 Pelaburan kita di luar juga meningkat seperti melabur di negara Myanmar F9 Dapat meningkatkan produktiviti negara F10 Dapat mengurangkan perbelanjaan untuk ketenteraan F11 Dapat menarik lebih banyak pelancong untuk membelanjakan wang di negara kita F12 Pertukaran kepakaran dalam bidang perindustrian / pertanian F13 Malaysia dijadikan pintu masuk dan hub kepada pelbagai aktiviti ekonomi F14 Kemajuan projek perindustrian / baja urea di Bintulu Sarawak F15 Kerjasama ekonomi ASEAN + 3 / iaitu dengan Jepun, China dan Korea F16 Kerjasama antara ASEAN dengan India F17 Malaysia menjadi pintu masuk untuk pasaran produk dan perkhidmatan dari negara luar ke negara ASEAN F18 Pemindahan teknologi melalui pelaburan seperti negara Singapura F19 Kesan perantaraan ketika pergerakan ke negara-negara lain di ASEAN F20 Dapat menjamin bekalan sumber makanan seperti beras dari Thailand/vietanam Sosial F1 Pertukaran kebudayaan antara negara-negara ASEAN F2 Penubuhan RECSAM di Pulau Pinang / penubuhan pertubuhan Menteri-Menteri Pelajaran ASEAN F3 Pertukaran pendidikan / pelajar antara negara-negara ASEAN F4 Malaysia menjadi tuan rumah menganjurkan sukan SEA F5 Tahun Melawat ASEAN dapat menarik ramai pelancong F6 Berjaya menganjurkan Festival Filem ASEAN F7 Pertukaran rancangan TV dan Radio antara negara ASEAN F8 Malaysia menjadi pusat rawatan kesihatan F9 Malaysia menjadi hub pendidikan kepada pelajar ASEAN F10 Malaysia meningkatkan laluan udara antara negara ASEAN
  • 10. 10 Soalan 6: Pelbagai cabaran telah dihadapi oleh Malaysia untuk mengekalkan hubungan baik dengan negara- negara serantau. (i) Dengan menggunakan pengetahuan sejarah anda, jelaskan cabaran-cabaran tersebut. [5m] (ii) Cadangkan langkah-langkah mengatasi cabaran tersebut. [5m] Jawapan: (i) F1 Masalah sempadan seperti isu tuntutan pemilikan Pulau Batu Putih oleh Singapura F2 Tuntutan pemilikan Pulau Sipadan dan Ligitan oleh Indonesia F3 Isu Pattani, tuduhan Thailand Malaysia beri bantuan kepada gerakan pemisah Pattani F4 Aktiviti lanun di sempadan perairan Sabah dan Filipina F5 Masalah pendatang tanpa izin (PATI) F6 Isu pembantu rumah Malaysia – Indonesia, Malaysia – Kampuchea F7 Tuntutan Kepulauan Spratly antara negara ASEAN dan China F8 Jenayah melintasi sempadan / pengedaran bekalan senjata dari Thailand F9 Malaysia dijadikan transit pengedaran dadah dalam kalangan negara ASEAN F10 Penjenayah menjadikan negara serantau sebagai tempat bersembunyi / OPS CANTAS F11 Pencerobohan ruang udara seperti latihan tentera udara Singapura F12 Pencerobohan Zon Ekseklusif / Pencerobohan nelayan F13 Industri pelacuran di Thailand F14 Perkhawinan pasangan Islam di Selatan Thailand F15 Pemerintahan tentera di Myanmar yang bertentangan dengan amalan demokrasi F16 Penyeludupan minyak diesel drai Thailand F17 Isu Pelarian Rohingya di Myanmar F18 Pemerdagangan manusia (Human Trafficking) F19 Isu jerebu yang tiada penyelesaian F20 Konflik politik antara Timur Leste dengan Indonesia Jawapan: (ii) F1 Menteri-menteri luar mengadakan perundingan, forum pertemuan dan perbincangan / Forum Serantau ASEAN (ARF) F2 Setiap negara anggota ASEAN perlu menghayati falsafah, nilai dan etika sebenar ketika ASEAN dibentuk pada tahun 1967. F3 Memupuk kesepakatan melalui tema kesatuan dalam kepelbagaian (Unity in Diversity) ketika sambutan ulang tahun ASEAN ke-44. F4 Perlu mengutamakan kepentingan serantau daripada kepentingan nasional F5 Menyelesaikan isu pendidikan melalui penubuhan SEAMEO F6 Bantuan kewangan / biasiswa F7 Mengetatkan kawalan keselamatan sempadan F8 Memberikan bantuan kemanusiaan ketika bencana alam F9 Tidak mencampuri masalah politik dalam negara lain F10 Mengadakan penjanjian persefahaman (MOU) F11 Berunding dengan negara lain kemasukan pekerja secara sah F12 Melihat setiap masalah demi kepentingan bersama F13 Merapatkan hubungan diplomatik antara negara ASEAN
  • 11. 11 F14 Mewujudkan Sistem pengawalan jerebu / ditubuhkan ASEAN Experts Group on the Environment (AEE) / disediakan ASEP F15 Penubuhan AFTA untuk meningkatkan urusan perdagangan F16 Sebarang masalah sempadan perlu diselesaikan melalui Mahkamah Dunia. F17 menghantar perutusan untuk menjelaskan keadaan sebenar F18 mengadakan sesi dialog untuk menangani sebarang masalah yang timbul F19 meningkatkan penguatkuasaan tentera laut untuk mengatasi masalah lanun F20 Peningkatkan kerjasama pihak polis antarabangsa (Interpol) F21 mewujudkan Preventive Diplomacy bagi membina keyakinan negara anggota F22 Penubuhan CEPT untuk merancakkan pertumbuhan ekonomi negara anggota Soalan 7: Opsyen 1: Nyatakan nilai-nilai yang perlu dimiliki oleh pemimpin negara-negara ASEAN bagi mengukuhkan lagi hubungan baik antara negara serantau. [5m] Jawapan: F1 Menitik beratkan sikap bertolak ansur F2 memiliki sifat hormat menghormati antara pemimpin / menghormati budaya negara lain F3 Pemimpin berpandangan jauh F4 Pemimpin berfikiran terbuka apabila menerima teguran F5 Ada keadilan semasa menangani sesuatu isu F6 Pemimpin yang berwawasan F7 Pemimpin yang berdaya saing F8 Mencintakan keamanan F9 Mementingkan kepentingan serantau daripada kepentingan nasional F10 Pemimpin yang berdiplomasi dan prihatin F11 Menghormati hak asasi manusia F12 Sedia menerima perubahan F13 Tabah menghadapi cabaran F14 Berusaha meningkatkan kualiti diri F15 Mementingkan ilmu pengetahuan F16 Sentiasa berhati-hati dalam menangani masalah F17 Gigih berusaha F18 Berintegriti dan amanah F19 Berpegang teguh pada nilai sejagat F20 Bersedia berkorban untuk mewujudkan keamanan dan keharmonian Opsyen 2: Apakah iktibar penubuhan ASEAN kepada kegemilangan dan kecemerlangan negara kita? [5m] Jawapan: F1 Perlu mewujudkan keamanan negara / mengelakkan peperangan antara negara serantau F2 Sentiasa mewujudkan kesepakatan F3 Sebarang masalah perlu diselesaikan melalui rundingan / bersikap positif dalam rundingan F4 Kerjasama dalam ekonomi akan meningkatkan taraf hidup rakyat F5 Mengalakkan semangat tolak ansur dalam menangani masalah F6 Kepentingan serantau lebih penting daripada kepentingan nasional F7 Menghormati dan menerima kepelbagaian F8 Sebarang perbezaan jangan diakhiri dengan konflik F9 Pemuafakatan akan membawa keberkatan F10 Mengutamakan keadilan dalam menyelesaikan masalah.
  • 12. 12 F11 Menyumbang idea dan kemahiran untuk memajukan negara F12 mementingkan semangat kejiranan F13 Bekerjasama antara satu sama lain F14 Bangga sebagai rakyat Malaysia F15 Mempunyai semangat kekitaan yang tinggi Opsyen 3: Apakah unsur patriotisme yang diperoleh melalui pertubuhan serantau? [5m] Jawapan: F1 Memelihara perpaduan F2 Mengekalkan keamanan F3 Menghargai pemimpin F4 Taat setia pada negara dan bangsa F5 Cinta akan negara F6 Sedia berkorban untuk mempertahankan negara dan bangsa F7 Bangga sebagai rakyat Malaysia yang hidup dalam negara aman dan makmur F8 Mementingkan kepentingan nasional melebihi kepentingan diri F9 Menyokong dan melibatkan diri dalam pembangunan negara F10 Menghormati kedaulatan negara lain F11 Berfikiran positif apabila dikritik oleh negara lain F12 Bertoleransi apabila berlaku percanggahan pendapat Soalan 8: Buat satu rumusan berkaitan dengan tajuk ini dari aspek: • Pengetahuan yang diperoleh • Iktibar kepada diri,bangsa dan negara • Harapan untuk masa depan Malaysia yang lebih cemerlang [5m] Jawapan: Pengetahuan yang saya peroleh daripada hubungan Malaysia dengan negara serantau ialah, Malaysia telah menjalinkan kerjasama serantau melalui ASA, MAPHILINDO, dan ASEAN. Saya dapat mengetahui proses penubuhan, matlamat dan kepentingan pertubuhan tersebut serta faedah dan sumbangan Malaysia dalam ASEAN. Saya juga dapat menilai pentingnya mewujudkan jalinan kerjasama antara negara-negara anggota ASEAN. Saya mengambil iktibar bahawa kita mestilah mempunyai sikap tolak ansur, tolong menolong dan saling menghargai supaya dapat menghadapi krisis dan cabaran pada setiap masa. Kita juga mesti menghormati dan mematuhi peraturan dan undang- undang negara lain untuk mengelakkan sebarang masalah. Selain itu, mana-mana pihak perlu mengelakkan menimbulkan isu- isu yang sensitif untuk mengekalkan hubungan yang baik dengan negara serantau. Rundingan dan diplomasi dapat mengekalkan kestabilan hubungan antara negara serta dapat mengelakkan konflik yang berpanjangan. Harapan saya agar bangsa Malaysia sentiasa bekerjasama, mengamalkan perpaduan dengan negara lain, mengekalkan hubungan baik dan kerjasama dengan negara jiran, mengambil langkah-langkah yang pragmatik agar dapat terus bersaing dalam dunia kini, dan menjadi negara maju menjelang 2020 sekaligus dapat meralisasikan Wawasan 2020. Malaysia akan terus aktif dalam pertubuhan serantau dan antarabangsa dan memperoleh manfaat daripada pertubuhan-pertubuhan tersebut.