SlideShare une entreprise Scribd logo
1  sur  56
PENGURUSAN SUMBER MIKRO DAN MAKRO PENDIDIKAN ISLAM – PIM 3109
i
KANDUNGAN
SOALAN TUGASAN iii
PENGHARGAAN iv
PEENDAHULUAN vi
1.0 KONSEP MAIN DALAM BELAJAR 1
1.1 DEFINISI MAIN 2
1.2 KEPENTINGAN BERMAIN 4
1.2.1 KEPENTINGAN BERMAIN BAGI
PERKEMBANGAN FIZIKAL 4
1.2.2 KEPENTINGAN BERMAIN BAGI
PERKEMBANGAN SOSIAL DAN EMOSI 5
1.2.3 KEPENTINGAN BERMAIN BAGI
PERKEMBANGAN KOGNITIF 5
1.3 PERANAN GURU DALAM KAEDAH BERMAIN 7
2.0 JENIS DAN KATEGORI PERMAINAN 9
3.0 PERMAINAN DAM ULAR 10
3.1 UNDANG-UNDANG PERMAINAN DAM ULAR 11
3.2 KAITAN PERMAINAN DAM ULAR DENGAN
TEORI PEMBELAJARAN 12
3.3 APLIKASI PERMAINAN ‘DAM JAWI’ UNTUK
KEBERKESANAN PROSES PENGAJARAN
DAN PEMBELAJARAN 17
PENGURUSAN SUMBER MIKRO DAN MAKRO PENDIDIKAN ISLAM – PIM 3109
ii
4.0 INOVASI PERMAINAN DALAM MATAPELAJARAN PENDIDIKAN
ISLAM SEKOLAH RENDAH (PELAJARAN JAWI) 19
4.1 CARA-CARA MENGGUNAKAN ‘DAM JAWI’ DALAM
PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN 23
5.0 PERANAN PERMAINAN DAM JAWI UNTUK MERANGSANG
MOTIVASI MURID SECARA INTRINSIK DAN EKSTRINSIK 32
6.0 PENGHASILAN KLIP VIDEO – DAM JAWI 36
KESIMPULAN 37
REFLEKSI
SYED FAHMI AKMAL BIN SYED ISA 38
MOHAMAD FARHAN BIN ABDULLAH 42
RUJUKAN 46
LAMPIRAN 50
PENGURUSAN SUMBER MIKRO DAN MAKRO PENDIDIKAN ISLAM – PIM 3109
iii
SOALAN TUGASAN
PENGURUSAN SUMBER MIKRO DAN MAKRO PENDIDIKAN ISLAM – PIM 3109
iv
PENGHARGAAN
‫ﺑﺴﻢ‬‫ا‬‫ﻟﻠﻪ‬‫ا‬‫ﻟﺮﺣﻤﻦ‬‫ا‬‫ﻟﺮﺣﻴﻢ‬...
Syukur ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan limpah dan kurnianya kami dapat
menyempurnakan Kerja Kursus Berasaskan Ilmu (KKBI) PIM 3019 –
Pengurusan Sumber dan Pengajaran Mikro, Makro Pendidikan Islam ini.
Pertama sekali saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada pensyarah
kami iaitu Ustaz Adnan kerana telah memberi tunjuk ajar dan berkongsi
maklumat kepada kami dan rakan-rakan sepanjang penghasilan kerja kursus ini.
Seterusnya kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada rakan-
rakan PISMP Pendidikan Islam 2 Semester 5 kerana telah membantu kami
dalam mencari maklumat sepanjang penghasilan projek ini dan juga sokongan
moral yang diberikan.
Tidak dilupakan juga kepada ibu bapa kami yang yang turut memberi
sokongan moral dan membantu kami dari segi kewangan dan sokongan moral
untuk menyempurnakan kerja kursus ini. Tidak dilupakan kepada Kementerian
Pelajaran Malaysia atas tajaan pembiayaan pelajaran kami sepanjang di IPG ini.
Tidak dilupakan kepada pihak pentadbiran dan kakitangan serta guru-guru
Sekolah Kebangsaan Bandar Dungun, Dungun, Terengganu atas kerjasama
yang diberikan dalam menyiapkan tugasan ini sepanjang Praktikum yang
berlangsung sebulan bermula 12 April hingga 7 Mei baru-baru ini.
Kami juga ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak
Institut Pendidikan Guru Kampus Dato’ Razali Ismail kerana kemudahan yang
diberikan iaitu seperti kemudahan bahan rujukan di Perpustakaan Ibnu Sina dan
sebagainya. Kami juga ingin mengucapkan terima kasih kepada Perbadanan
Perpustakaan Awam Negeri Terengganu dan Perbadanan Perpustakaan Awam
PENGURUSAN SUMBER MIKRO DAN MAKRO PENDIDIKAN ISLAM – PIM 3109
v
Negeri Kedah kerana telah membantu kami dalam mendapatkan bahan-bahan
rujukan untuk menyiapkan tugasan ini.
Pulau Pandan jauh ketengah,
Gunung Daik bercabang tiga;
Hancur badan dikandung tanah,
Budi yang baik dikenang juga
PENGURUSAN SUMBER MIKRO DAN MAKRO PENDIDIKAN ISLAM – PIM 3109
vi
PENDAHULUAN
Bermain ialah apa-apa kegiatan yang memberikan kegembiraan dan kepuasan
kepada kanak-kanak tanpa menimbangkan apakah hasil kegiatan itu. Bermain
bukan satu kegiatan yang dipaksa tetapi ia merupakan fitrah semula jadi kanak-
kanak dalam proses mereka berkembang. Bagi kanak-kanak, bermain
merupakan aktiviti di dalam kehidupan seharian mereka. Melalui aktiviti bermain
kanak-kanak belajar berkenaan diri dan alam persekitarannya. Dalam konteks
pendidikan prasekolah, bermain ialah satu proses pembelajaran yang terancang
dan berstruktur dalam memberi peluang kepada murid untuk belajar dalam
suasana yang informal, menyeronokkan, bebas dan selamat. Melalui bermain,
kanak-kanak berinteraksi dengan bahan, orang lain atau secara
bersendirian. Kanak-kanak merasa terhibur apabila mereka bermain. Bermain
adalah satu bentuk kesenian kanak-kanak. Ia merupakan saluran untuk
melahirkan perasaan dan punca untuk mendapatkan kegembiraan dan
keseronokan.
Banyak tokoh ahli Psikologi kanak-kanak yang menekankan kepentingan
bermain kepada kanak-kanak termasuklah Montessori yang menganggap
permainan adalah pekerjaan kanak-kanak. Beliau berpendapat bahawa semua
kanak-kanak suka belajar melalui bermain. Friedrich Wilhelm Froebel (1782–
1852) yang digelar ‘father of kindegarten’ telah meneroka dan membina satu
sistem pendidikan awal kanak-kanak yang berasaskan kepada konsep belajar
melalui bermain. Beliau percaya bermain adalah asas untuk kanak-kanak
mempelajari sesuatu. Froebel juga yakin permainan yang sesuai dapat
membantu kanak-kanak berfikir dan mampu memberi keseronokan, kebebasan,
kepuasan, kerehatan dalaman dan luaran serta kedamaian di dalam dunia
kanak-kanak. Beliau percaya bahawa kanak-kanak belajar dari persekitarannya
dan pembentukan peribadi di pengaruhi oleh cara kanak-kanak bermain. Alat-
alat permainan yang digunakan oleh kanak-kanak perlu dipilih dengan teliti bagi
tujuan untuk menyokong perkembangan kanak-kanak.
PENGURUSAN SUMBER MIKRO DAN MAKRO PENDIDIKAN ISLAM – PIM 3109
vii
Mengikut Vygotsky (1967) main membantu perkembangan bahasa dan
pemikiran. Struktur otak akan membentuk melalui penggunaan simbol dan alat,
ia juga membantu dalam pembentukan ini. Main juga memberi kebebasan
kepada kanak-kanak untuk meluahkan tekanan dalam menghadapi dunia
sebenar. Dalam cara ini kanak-kanak dapat mengawal situasi dan
menyesuaikannya dalam dunia sebenar. Mereka dibenarkan untuk memperoleh
proses pemikiran yang tinggi melalui bermain.
Sigmun Freud (1968) memandang main sebagai suatu cara untuk
mengurangkan emosi kebimbangan, dan mengawal emosi dengan melepaskan
tindakan dalam dunia khayalan. Maka, main memainkan peranan yang penting
dalam perkembangan emosi dan sosial kanak-kanak. Begitu juga dengan Jean
Piaget (1962) yang berpendapat bahawa tujuan main ialah menggerakkan
perkembangan kognitif kanak-kanak, di samping memperkukuhkan
pembelajaran yang baru dijalankan dalam suasana yang tenang.
Secara asasnya, tugasan kali ini akan membincangkan bagaimana
permainan yang telah diinovasikan dapat meningkatkan motivasi murid secara
instrinsik dan ekstrinsik dan juga penghasilan video mengenai langkah-kangkah
permainan yang telah diinovasikan tersebut.
PENGURUSAN SUMBER MIKRO DAN MAKRO PENDIDIKAN ISLAM – PIM 3109
1
1.0 KONSEP MAIN DALAM BELAJAR
Bermain adalah satu aktiviti semulajadi dan keperluan bagi setiap kanak-kanak.
Mereka belajar dan meneroka melalui aktiviti bermain kerana imaginasi mereka
yang tinggi (Morrison, 2000; & Spodek, 1973) dan sejak bayi lagi mereka sudah
cenderung untuk memanipulasikan anggota badan mereka sendiri, (Piaget,
1962). Bermain adalah satu aktiviti yang simbolik dan memberi makna kepada
kanak-kanak, aktif serta bebas untuk meneroka dan menjelajah persekitarannya,
mendapat keseronokan dan segala undang-undang permainan kanak-kanak
yang tentukan sendiri sesuai dengan aktiviti yang mereka main.(Isenberg and
Jolongo, 1997).
Bermain merupakan hak yang seharusnya diberikan kepada kanak-kanak.
Ibu bapa, guru, pengusaha tadika atau taska dan juga masyarakat perlu
memainkan peranan penting dalam usaha agar kanak-kanak ini mendapatkan
hak tersebut. Bagi tujuan ini, Huraian Kurikulum Pendidikan Prasekolah
Kebangsaan (2003) telah memberi penekanan tentang pendekatan belajar
melalui bermain dalam proses pengajaran dan pembelajaran di prasekolah.
Aktiviti bermain merupakan satu aktiviti yang menjadi fitrah bagi kanak-kanak.
Mereka akan meneroka, menjelajah, inkuiri penemuan dan pembinaan melalui
pengalaman langsung secara semula jadi.
PENGURUSAN SUMBER MIKRO DAN MAKRO PENDIDIKAN ISLAM – PIM 3109
2
1.1 DEFINISI MAIN
Permainan adalah satu gerak kerja rangsangan yang menggembirakan
seseorang. Permainan juga ialah suatu gerak kerja yang mengembangkan
fizikal dan mental mengikut peraturan-peraturan tertentu. Kanak-kanak lebih
tertarik dan sangat berminat membuat sesuatu aktiviti atau penyelesaian
masalah dengan cara bermain. Permainan selalunya dikaitkan dengan kanak-
kanak yang dianggap oleh orang dewasa sebagai satu perbuatan yang
membuang masa dan tidak produktif. Sebaliknya jika kita kaji, permainan adalah
satu aktiviti yang dapat membantu kanak-kanak dalam perkembangan sahsiah
pertumbuhan fizikal dan ia adalah keperluan khas kanak-kanak.
Mengikut Kamus Dewan ‘bermain’ adalah suatu yang dilakukan oleh
seseorang untuk bersenang lenang dan bersuka-suka dengan menggunakan
alatan ataupun tidak.Permainan selalunya digunakan sebagai alat hiburan dan
keseronokan semasa mempelajari sesuatu kemahiran. Semasa bermain mereka
menggunakan pancaindera dan minda, yang tidak secara langsung menuju ke
arah pembelajaran menyelesaikan masalah. Bermain menampakkan suatu
proses yang mendatangkan kesukaan. Dengan kata lain kanak-kanak itu akan
membuat sesuatu kerana ia suka berbuat demikian dan berhenti apabila dia
telah bosan, maka aktiviti-aktiviti tersebut boleh dikatakan bermain.
Caplan and Caplan (1973), mentakrifkan bermain sebagai penentu
penting bagi perkembangan sahsiah, daya cipta, kestabilan emosi,
perkembangan sosial dan intelek. Aktiviti-aktiviti bermain dapat
memperkembangkan kekuatan fizikal, koordinasi dan ketangkasan. Apabila
konsep main dicantumkan dengan belajar, maka ia menjadi ‘belajar melalui
bermain’. Sebagai contoh apabila kanak-kanak itu bermain sesuatu permainan
sahibba, mereka dapat membina dan menambah perbendaharaan kata dan
aktiviti matematik iaitu menjumlah setiap markah yang di perolehi. Sahsiah yang
PENGURUSAN SUMBER MIKRO DAN MAKRO PENDIDIKAN ISLAM – PIM 3109
3
baik juga terbentuk melalui kerjasama, toleransi, saling hormat menghormati dan
bersedia menerima kekalahan.
Pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan di sekolah-sekolah hanya
sehala dan tidak begitu praktikal serta kurang mencapai matlamat yang
dikehendaki. Penglibatan aktif sama ada daripada guru atau murid lebih
berkesan dalam menyampaikan sesuatu kemahiran. Murid-murid akan mudah
memahami sesuatu konsep baru yang diperkenalkan, apabila mereka
melakukannya sendiri. Sebenarnya permainan ini telah wujud sejak zaman
purba. Kajian-kajian yang dibuat di negara barat telah menunjukkan bahawa
bahan permainan dalam bilik darjah boleh meningkatkan minat murid terhadap
mata pelajaran sambil meningkatkan pencapaian mereka dalam mata pelajaran
lain. Dengan kata lain, semasa mereka bermain, konsep-konsep pembelajaran
dapat diserapkan tanpa mereka sedari dalam suasana yang gembira dan tanpa
tekanan. Dengan ‘belajar melalui bermain’ murid-murid tidak akan cepat bosan
mempelajari sesuatu malah dapat meningkatkan lagi minat belajar.
PENGURUSAN SUMBER MIKRO DAN MAKRO PENDIDIKAN ISLAM – PIM 3109
4
1.2 KEPENTINGAN BERMAIN
1.2.1 KEPENTINGAN BERMAIN BAGI PERKEMBANGAN
FIZIKAL
Melalui bermain kemahiran psikomotor akan terbina. Kemahiran fizikal
yang berkenaan adalah berlari, melompat, memanjat, mengimbang,
mengayuh basikal, bermain bola, menendang, menyambut dan membaling
bola.
Permainan biasanya melibatkan aktiviti fizikal yang berhubung rapat
dengan perkembangan kanak-kanak dari aspek motor kasar dan motor halus
serta kesedaran tentang badan mereka. Kanak-kanak berasa seronok dan
gembira sewaktu aktif menggunakan bahagian-bahagian anggota badan
mereka untuk bersenam. Ini membolehkan kanak-kanak meningkatkan
kemahiran yang membolehkan mereka berasalebih selamat, lebih yakin, dan
boleh berdikari. Dalam masyarakat di mana kanak-kanak menghadapi
tekanan, keyakinan dan sikap bersaing untuk berjaya dalam segala bidang
amat diperlukan (Berk, 1995; Fromberg, 2002; Holmes & Geiger, 2002;
Mccune & Zanes,2001: Murata & Maeda, 2002; Santrock, 2003).
PENGURUSAN SUMBER MIKRO DAN MAKRO PENDIDIKAN ISLAM – PIM 3109
5
1.2.2 KEPENTINGAN BERMAIN BAGI PERKEMBANGAN
SOSIAL DAN EMOSI
Dalam kehidupan sosial kanak-kanak, bermain adalah pencetus kepada
pembentukan perkembangan serta kemahiran sosial dan emosi kanak. Sebagai
contoh kanak-kanak dari pelbagai umur perlu bersosialisasi, sebagai peyumbang
dalamkebudayaan masing-masing. Kajian (Rubin & Howe 1986; Creasey, Jarvis,
& Berk, 1998) menunjukkan bahawa bermain dengan individu lain memberi
peluang kepada kanak-kanakuntuk menyesuaikan perlakuan mereka dengan
orang lain dan memberikan pendapatmereka sendiri. Main dikatakan dapat
memberi kanak-kanak pengalaman yang kaya untukmeningkatkan kemahiran
bersosial, mempunyai sensitiviti nilai dan keperluan orang lain,mengawal emosi,
belajar mengawal diri sendiri dan juga boleh berkongsi kuasa.
1.2.3 KEPENTINGAN BERMAIN BAGI PERKEMBANGAN
KOGNITIF
Kajian telah menunjukkan perhubungan yang positif antara bermain dan
pembelajaran kanak-kanak ( Kumar & Harizuka,1998: Lieberman, 1977). Mereka
telah mengenalpasti kemajuan dalam penumpuan, kemahiran kesediaan, dan
sikap kreativiti serta pemikiran.
Oleh itu, jelas menunjukkan bahawa proses pembelajaran yang
melibatkan operasi mental mengikut teori pembelajaran kognitif seperti Gagne,
Ausubel dan Bruner ada kepentingannya di dalam aktiviti bermain. Terdapat
banyak lagi kepentingan bermain contohnya dalam perkembangan bahasa.
Apapun jika bermain setakat untuk digunakan sebagai alat bermain dan bukan
alat pembelajaran tidak akan meninggalkan kesan positif dalam proses
pengajaran dan pembelajaran kanak-kanak. Guru harus memainkan peranan
PENGURUSAN SUMBER MIKRO DAN MAKRO PENDIDIKAN ISLAM – PIM 3109
6
yang penting dalam memberi panduan yang sepatutnya agar melalui bermain
boleh menghasilkan pembelajaran optima kepada kanak-kanak.
PENGURUSAN SUMBER MIKRO DAN MAKRO PENDIDIKAN ISLAM – PIM 3109
7
1.3 PERANAN GURU DALAM KAEDAH BERMAIN
Menurut Morison ( 1995 ) dalam penulisannya menegaskan bahawa
dalam menjayakan sesuatu permainan dipusat-pusat persekolahan, guru
memainkan peranan yang penting untuk mencipta persekitaran dan juga
merangsang serta memperkembangkan daya berfikir kanak-kanak. Menurut
Joan Packer Isenberg dan Mary Renck Jalongo (2003), sebagai langkah awal,
untuk memastikan aktiviti bermain dapat digunakan dengan lebih berkesan,
guru-guru perlu menyediakan diri terhadap realiti dalam pengajaran seperti :
• Menyedari bahawa guru prasekolah akan dikelilingi oleh budaya yang
pelbagai dan kemahuan-kemahuan dari pelbagai kumpulan kanak-kanak.
• Menyedari bahawa mengurus bilik darjah akan memerlukan keupayaan
untuk melakukan pelbagai perkara serentak, membuat beribu keputusan
serta merta setiap hari dan berupaya menyesuaikan diri secepatnya dan
menjadi fleksibel kepada perubahan.
• Memahami bahawa mereka terpaksa meringkaskan pengalaman yang tidak
langsung dan menjadikan ianya berguna dan bermakna serta
menyeronokkan kepada kanak-kanak terutama kanak-kanak yang
mempunyai latar belakang pendidikan yang agak kurang baik dan juga tidak
dapat memenuhi keperluan asas mereka.
• Mengetahui bahawa guru akan memasuki satu profesion yang kadang-kala
mempengaruhi emosi dalam bidang yang mencabar ini terutama dalam
hubungan interpersonal. Mereka mungkin merasa cepat letih terutama dari
segi minda terhadap pelbagai program yang direncana dan dilaksanakan
serentak.
PENGURUSAN SUMBER MIKRO DAN MAKRO PENDIDIKAN ISLAM – PIM 3109
8
Guru yang terbaik adalah seseorang yang paling cepat belajar. Kecuali
guru itu seorang yang ‘belajar sepanjang hayat’, di mana sentiasa mengambil
berat terhadap kemajuan dan perkembangan profesionalisme dan menjadi
seorang model kepada para pelajar iaitu kanak-kanak akan mencontohi guru dan
keberkesanan ini lambat laun akan berkurangan.
PENGURUSAN SUMBER MIKRO DAN MAKRO PENDIDIKAN ISLAM – PIM 3109
9
1.0 JENIS DAN KATEGORI PERMAINAN
Rakyat Malaysia kaya dengan warisan tradisi bangsanya yang masih
wujud. Khazanah bangsa yang ada dipelihara dan dipulihara bahkan diamalkan
sebagai suatu khazanah yang terus mekar dan segar. Permainan Tradisi ini
boleh dibahagikan kepada dua jenis iaitu Permainan Anjung dan Permainan
Laman.
Permainan Anjung merupakan permainan yang mudah dan sering
dimainkan di anjung-anjung rumah sahaja dan memerlukan pergerakan yang
terbatas. Contohnya; batu seremban, congkak, dam dan sebagainya. Manakala
permainan laman pula terdiri daripada jenis permainan yang memerlukan
kawasan yang luas, pergerakan yang lincah dan aktif seperti galah panjang,
sepak raga, konda-kondi dan sebagainya. Untuk tugasan pada kali ini, kami
memilih dam sebagai permainan pilihan dan kami fokuskan kepada permainan
dam ular.
Permainan dam tergolong dalam jenis permainan anjung. Kebiasaannya,
individu yang ingin beralih angin dan menghayati permainan yang tidak lasak
dan tidak menggunakan tenaga fizikal tetapi mahu menguji kecerdasan minda
mereka akan memilih permainan ini.
Permainan ini adalah pembelajaran yang berpusatkan murid-murid.
Permaianan yang berpusatkan murid-murid seperti ini akan menggalakkan
penglibatan murid secara aktif dan guru hanya bertindak sebagai fasilitator.
Penglibatan aktif ini membangunkan emosi, kemahiran sosial, fizikal serta
kognitif kanak-kanak.
PENGURUSAN SUMBER MIKRO DAN MAKRO PENDIDIKAN ISLAM – PIM 3109
10
2.0 PERMAINAN DAM ULAR
Permainan dam ular dilihat sebagai satu permainan yang sangat sesuai
untuk diaplikasikan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Permainan dam
adalah nama sejenis permainan papan. Permainan dam datangnya daripada
sejenis permainan paling lama yang dikenali Alquerque. Terdapat beberapa jenis
permainan dam papan seperti dam haji, catur dan dam ular.
Menurut kamus Wikipedia, permainan dam ular telah diperkenalkan sekitar
tahun 1870. Permainan dam ular tangga ini akan dimainkan oleh dua orang atau
lebih. Papan permainan dibahagi dalam kotak-kotak kecil dan diberi di beberapa
kotak tersebut terdapat sejumlah ular dan tangga yang menghubungkannya
dengan kotak lain.
Menurut sejarah, Dam Ular adalah permainan yang diperkenalkan dan
dimain oleh orang-orang India sejak dahulu kala. Di India, Dam Ular popular
dengan nama Moksha Patamu yang diberikan oleh guru spiritual Hindu.
Permainan ini disebut ‘Leela’ dan mencerminkan kehidupan Hindu dalam
mengharungi kehidupan harian. Nama lainnya ialah tangga keselamatan yang
telah dibawa ke Victoria Inggeris iaitu versi baru yang telah diperkenalkan oleh
John Jacques pada tahun 1892. Selepas itu, Dam Ular dibawa ke Amerika oleh
seorang pembuat mainan bernama Milton Bradley pada tahun 1943 dan telah
diberi nama ‘Snakes and Ladder’ yang beerti ‘Tangga Ular’.
Moksha Patam dikaitkan dengan falsafah Tradisional Hindu bererti ‘Karma
dan Kama’ atau yang bermaksud dengan ‘Takdir dan Keinginan’. Permainan ini
juga berkaitan dengan pembelajaran kesan daripada berbuat baik dan buruk.
Tangga mewakili kebaikan seperti kemurahan hati, iman, dan kerendahan hari
manakaa ular mewakili keburukan dan kejahatan seperti nafsu, kemarahan,
pembunuhan dan kecurian. Moral pengajaran daripada permainan ini adalah
PENGURUSAN SUMBER MIKRO DAN MAKRO PENDIDIKAN ISLAM – PIM 3109
11
Moksh, seseorang dapat mencapai keselamatan melalui berbuat baik.
Sementara itu, dengan melakukan sesuatu yang jahat akan mengalami kelahiran
semula ke bentuk kehidupan yang rendah.
2.1 UNDANG-UNDANG PERMAINAN DAM ULAR
 Pemain terdiri daripada dua orang atau lebih.
 Setiap pemain perlu menggunakan buah dadu untuk menentukan
kedudukannya. Pemain yang mendapat bilangan yang paling tinggi
akan mendahului giliran.
 Pergerakan dalam permainan ini juga ditentukan oleh bilangan
nombor yang diperoleh pemain sewaktu membaling dadu.
 Jika pemain mendapat bilangan enam pada dadu, pemain tersebut
berpeluang melontar buah dadu sekali lagi.
 Pemain perlu menaik petak mengikut tangga dan turun petak
mengikut badan ular yang telah ditetapkan.
 Pemain yang lebih dahulu sampai ke angka penamat dikira sebagai
pemenang.
PENGURUSAN SUMBER MIKRO DAN MAKRO PENDIDIKAN ISLAM – PIM 3109
12
2.2 KAITAN PERMAINAN DAM ULAR DENGAN TEORI
PEMBELAJARAN
Permainan Dam Ular yang diberi nama ‘Dam Jawi’ ini mempunyai kaitan dengan
teori pembelajaran konstruktivisme. Teori pembelajaran konstruktivisme ini
diasaskan oleh dua orang tokoh iaitu Jean Piaget dan Lev Vygotsky. Teori yang
dikemukakan oleh Jean Piaget dikenali sebagai konstruktivisme psikologi /
individu / kognitif, manakala teori yang dianjurkan oleh Lev Vygotsky ialah
konstruktivisme sosial.
Mengikut teori ini, ilmu pengetahuan dibina melalui proses saling
pengaruh di antara pembelajaran terdahulu dengan pembelajaran terbaru yang
berkaitan. Di bawah proses pembelajaran, pelajar membina ilmu pengetahuan
dengan melibatkan dirinya secara aktif, menggunakan cara membanding
maklumat baru dengan pengalaman yang sedia ada supaya menyelesaikan
sebarang perselisihan yang timbul dengan tujuan mencapai kefahaman terhadap
maklumat baru.
Dalam teori konstruktivisme, murid tidak lagi dianggap belajar daripada
apa yang diberikan oleh guru tetapi pelajar secara aktif membina realiti mereka
sendiri dan pada masa yang sama mengubahsuai realiti tersebut (Dick 1997).
Dick (1997) turut menyatakan bahawa konstruktivisme hanya mencadangkan
kaedah dalam mana persekitaran pembelajaran boleh disusun atur dan diurus
supaya dapat membekalkan murid dengan konteks terbaik untuk belajar.
Golongan konstruktivisme juga menyatakan bahawa ilmu adalah satu entiti yang
dibina oleh setiap murid melalui proses pembelajaran (Briner 1999). Golongan
konstruktivisme juga percaya ilmu adalah sesuatu yang tidak boleh dipindahkan
tetapi ianya dibina oleh setiap murid.
Menurut Vygotsky, perkembangan konsep kanak-kanak berkembang
secara sistematis, logikal serta rasional dengan bantuan dan bimbingan verbal
PENGURUSAN SUMBER MIKRO DAN MAKRO PENDIDIKAN ISLAM – PIM 3109
13
orang lain. Lantaran itu, konteks sosial memainkan peranan utama dalam
pembelajaran. Justeru, teori konstruktivisme sosial melihat pembelajaran
manusia dalam konteks sosio-budaya. Dalam konteks sosial inilah individu
berkongsi dan saling membina pengetahuan baru. Penglibatan dengan orang
lain memberikan peluang kepda pelajar untuk menilai dan meningkatkan
pengetahuan diri memandangkan mereka terdedah kepada pemikiran orang lain
dan berkongsi membina pemahaman (Gauvain, 2001).
Vygotsky beranggapan pembelajaran dapat berlaku melalui bermain,
penyampaian secara formal atau kerjasama antara pelajar dengan pelajar yang
lebih berpengalaman. Antara pandangan konstruktivisme yang mempunyai
perkaitan dengan permainan ‘Dam Jawi’ ini adalah :
1) Pengalaman berjaya dan keyakinan diri mempengaruhi motivasi untuk
belajar.
2) Guru berperanan sebagai fasilitator,
3) Pembelajaran berlaku dalam situasi sosial yang aktif.
4) Kolaborasi dan interaksi guru, bahan dan pelajar penting dalam
memastikan pembelajaran berlaku.
5) Pembelajaran berasaskan konteks penting dan memudahkan pelajar
mengalami pembelajaran yang bermakna.
Menurut Vygotsky lagi, isi pelajaran mudah dikuasai pelajar jika
berasaskan skema atau pengetahuan sedia ada. Zon perkembangan terdekat
(ZPD) merujuk kepada tugas pembelajaran yang sukar dilakukan sendiri oleh
pelajar, tetapi dapat menguasainya dengan bimbingan orang lain yang lebih
mahir. Sekiranya pelajar dapat melakukannya sendiri, isi pelajaran tersebut
dikatakan berada pada zon bawah. Sebaliknya jika pelajar dapat menguasai
tugasan dengan bimbingan orang lain, tugasan tersebut berada dalam ZPD. Bagi
membantu pelajar menguasai isi pelajaran yang berada dalam ZPD, teknik
PENGURUSAN SUMBER MIKRO DAN MAKRO PENDIDIKAN ISLAM – PIM 3109
14
scaffholding diperkenalkan, iaitu proses membimbing dan membantu
pembelajaran.
Antara aplikasi scaffholding yang dicadangkan oleh Ormrod (2008) kepada
guru yang terdapat dalam permainan ‘Dam Jawi’ ini adalah :
1) Meminta pelajar mengingat semula pelajaran yang dipelajari sebelum ini
dan mengaplikasikannya dalam permainan dam jawi. Konsep aplikasi ini
digunakan ketika pelajar cuba menyelesaikan masalah penulisan jawi
dalam soalan yang disediakan di dalam dam.
2) Galakkan pelajar beri jawapan yang munasabah dengan membina ayat
yang sesuai dengan gambar yang disediakan di dalam ‘Dam Jawi’.
Konsep aplikasi ini dapat dilihat ketika pelajar mencuba sedaya upaya
untuk memberikan jawapan yang tepat kerana jika jawapan yang
diberikan salah, mereka akan dibantu untuk menjawab soalan tersebut
dengan betul.
3) Guna analogi untuk membantu pelajar mengaitkan konsep dan idea
baharu kepada pengetahuan sedia ada mereka.
Dalam permainan ‘Dam Jawi’ ini, soalan yang diberikan oleh guru
bertindak sebagai “konsep” manakala dengan menggunakan pengetahuan sedia
ada, murid akan cuba mengeluarkan idea baharu dan kreatif untuk membina
ayat mengenai gambar yang dipaparkan diatas dam.
Permaian ‘Dam Jawi’ ini juga banyak menepati prinsip-prinsip
konstruktivisme. Oleh kerana permainan ini dilakukan secara berkumpulan dan
memerlukan penglibatan aktif oleh pelajar secara total, maka ianya menepati
prinsip konstruktivisme yang iaitu :
PENGURUSAN SUMBER MIKRO DAN MAKRO PENDIDIKAN ISLAM – PIM 3109
15
1) Menekan pembelajaran berpusatkan pelajar
2) Pembelajaran berlaku melalui proses aplikasi pengetahuan
Dalam permainan ini, pelajar akan mengaplikasikan pengetahuan sedia
ada mereka untuk membina ayat yang betul berdasarkan perkataan yang
diperoleh. Pelajar juga dikehendaki melengkapkan ejaan perkataan yang
terdapat tempat kosong.
3) Pembelajaran berlaku melalui interaksi dengan orang lain
Prinsip ini dapat dilihat ketika pelajar yang hendak menulis berinteraksi dengan
guru untuk mendapatkan kata kunci dan berinteraksi dengan rakan-rakan yang
lain untuk memberikan pembayang dan berbincang dengan rakan-rakan yang
lain untuk mendapatkan jawapan yang tepat.
4) Pembinaan pengetahuan dapat diajar dan dibimbing melalui proses
scaffholding.
5) Pelajar membina pengetahuan yang bermakna kepada mereka.
6) Pembelajaran baharu bergantung pada pemahaman atau pengetahuan
sedia ada.
7) Interaksi sosial membantu dan menyokong pembelajaran
Prinsip ini terbukti apabila pembelajaran berlaku dengan lancar ketika sesi
melengkapkan ayat setelah berlakunya interaksi sosial antara pelajar.
PENGURUSAN SUMBER MIKRO DAN MAKRO PENDIDIKAN ISLAM – PIM 3109
16
8) Guru dan rakan berperanan sebagai fasilitator pembelajaran.
Prinsip ini dapat dilihat dalam permainan ini apabila guru menjadi
fasilitator sepanjang permainan ini berlansung dan berperanan untuk memantau
dan mengawal kelas.
PENGURUSAN SUMBER MIKRO DAN MAKRO PENDIDIKAN ISLAM – PIM 3109
17
2.3 APLIKASI PERMAINAN ‘DAM JAWI’ UNTUK KEBERKESANAN
PROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
Oleh kerana pembelajaran melalui permainan ‘Dam Jawi’ ini lebih
berpusat kepada murid dan murid belajar melalui proses membuat atau
beraktiviti, maka guru hendaklah merancang pengajaran dan pembelajaran
dengan teliti serta mengambil kira keupayaan pelajar. Guru juga perlu mengenal
pasti ZPD pelajar dan menggunakan ZPD pelajar untuk memastikan
pembelajaran berkesan dapat berlaku melalui permainan ‘Dam Ular’ ini.
Contohnya, jika pelajar masih belum menguasai penulisan jawi, maka guru
perlulah menukar soalan kepada yang lebih mudah dan sesuai dengan
penguasaan pelajar.
Melalui permainan ini, guru perlu memilih pelajar yang berkemahiran
untuk mengajar pelajar yang belum menguasai. Ini bermakna dalam permainan
yang dipilih ini, guru perlu memastikan pelajar yang dijadikan wakil itu boleh atau
pandai menulis jawi dengan betul supaya soalan yang diberikan oleh guru
mampu diselesaikan dengan betul.
Guru hendaklah mengaitkan isi pelajaran dengan situasi sebenar.
Tugasan autentik yang berasaskan masalah alam nyata, pengalaman
berasaskan konteks sebenar, simulasi dan sebagainya boleh dinyatakan.
Berdasarkan permainan ‘Dam Jawi’ ini murid-murid boleh mengaplikasikan
pengalaman berasaskan konteks sebenar untuk melengkapkan ejaan dan
membuat ayat berdasarkan soalan yang diberikan oleh guru.
Penerangan guru hendaklah jelas, selaras dengan pemikiran dan laras
bahasa pelajar. Ketika memberikan arahan dan undang-undang serta
menjelaskan cara-cara bermain permainan ini, guru perlulah menyampaikannya
dalam bahasa yang mudah difahami dan jelas supaya tidak berlaku kekeliruan
dan kepincangan ketika bermain seterusnya menjejaskan proses pembelajaran.
PENGURUSAN SUMBER MIKRO DAN MAKRO PENDIDIKAN ISLAM – PIM 3109
18
Adakan gerak kerja kumpulan dan perbincangan kumpulan untuk
mewujudkan interaksi yang berkualiti. Contohnya apabila pelajar yang bermain
menulis jawapan di buku penilaian, guru berinteraksi dengan pelaajr lain untuk
mengenal pasti jawapan yang diberikan samada betul atau salah.
PENGURUSAN SUMBER MIKRO DAN MAKRO PENDIDIKAN ISLAM – PIM 3109
19
4.0 INOVASI PERMAINAN DALAM MATAPELAJARAN PENDIDIKAN
ISLAM SEKOLAH RENDAH (PELAJARAN JAWI)
Senario masa depan dalam pendidikan amat bergantung kepada proses
pengajaran dan pembelajarn yang berkesan. Kecemerlangan dalam pendidikan
memanglah menjadi harapan dan matlamat kita. Bagi mencapai kecemerlangan
semestinya tidak boleh lari dari peranan yang dimainkan oleh guru. Guru
merupakan agen utama untuk mencapai kecemerlangan dalam pendidikan.
Dalam konteks hari ini, suatu perubahan perlu dalam proses pengajaran
dan pembelajaran yang lebih kreatif dan inovatif perlu dicerna. Guru-guru kreatif
dan inovatif memainkan peranan yang penting bagi menjayakan wawasan. Guru
perlu membebaskan diri daripada pemikiran lama yang membelenggu mereka
dalam kaedah pengajaran. Seperti kaedah chalk and talk sudah tidak relevan
lagi buat masa kini, Mahasan Mahmood (2003).
Arus perubahan yang berlaku di negara kita menjadikan proses mendidik
pelajar-pelajar bertambah kompleks. Justeru, matlamat utama pendidikan masa
kini ialah membentuk generasi muda yang mampu menangani cabaran pesat
perubahan pembangunan. Pada masa yang sama para pendidik juga harus
membantu pelajar-pelajar supaya dapat mengimbangi kesejahteraan mental dan
emosi yang boleh menjurus kepada pembentukan tingkah laku yang sihat.
Matlamat ini boleh dicapai jika guru-guru hari ini sedar akan segala perubahan
yang berlaku dan tahu bahawa perubahan ini memerlukan penyesuaian dari
berbagai aspek termasuk tanggungjawab, beban tugas, penambahan
pengetahuan yang harus dipertingkatkan, serta peranan yang harus dimainkan.
Yang pastinya, perubahan yang berlaku hasil daripada cabaran pesat
pembangunan membawa lebih banyak cabaran yang boleh menggugat
keupayaan seorang guru untuk bertugas sebagai pendidik yang berkesan.
PENGURUSAN SUMBER MIKRO DAN MAKRO PENDIDIKAN ISLAM – PIM 3109
20
Menurut Tan Sri Alimudin Mohd Dom (2012), Mantan Ketua Pengarah
Pelajaran Malaysia, inovasi merupakan suatu idea, amalan atau objek yang
dianggap baru dan yang lebih baik. Inovasi dihasilkan oleh manusia kreatif yang
dapat membina trend baru dan menggunakan peluang maksimum walaupun
dalam ekosistem yang banyak persaingan. Mempunyai kemahiran sedemikian
akan menjadikan guru berada di tahap teratas dan akan disanjung oleh
muridnya. Kualiti guru sedemikian akan membolehkan muridnya menguasai
berbagai kemahiran lain seperti berfikir aras tinggi, penyelesaian masalah,
berkomunikasi dan berkolaborasi dengan baik. Inovasi amat dituntut untuk
melahirkan generasi murid berfikiran kelas pertama dalam abad ke-21 ini untuk
bersaing dalam abad penuh cabaran ini kita tiada pilihan kecuali meningkatkan
keupayaan kreativiti dan inovasi. Dalam senario ini tugas guru semakin
mencabar.
Dalam konteks tugasan ini kami telah membuat beberapa inovasi dalam
permainan dam ular. Untuk membezakan dengan permainan dam ular biasa
yang berada di pasaran, kami telah menjenamakan semula permainan ini
dengan nama ‘Dam Jawi’ setelah disepadukan dengan subjek Pendidikan Islam
Sekolah Rendah. Fokus inovasi terhadap permainan dam ini adalah terhadap
pelaksanaan permainan tersebut yang mana menekankan aspek latihan dan
juga pengukuhan. Seperti kebiasaan, dam ular hanya melibatkan pergerakkan
‘buah’ mengikut nombor balingan dadu dan kemudian menunggu sehingga
giliran yang seterusnya. Namun, kami telah menginovasikan permainan ini
dengan memasukkan unsur pelajaran jawi dalam permainan tersebut. Ilustrasi
gamabar juga diletakkan sebagai satu tarikan kepada murid-murid agar mereka
lebih mudah memahami isi pelajaran yang disampaikan melalui permainan
tersebut. Inovasi yang dilakukan juga melibatkan ‘penilaian akhir’ apabila buku
penilaian disediakan bagi melihat sama ada murid dapat memahami atau pun
tidak permainan yang dilakukan.
PENGURUSAN SUMBER MIKRO DAN MAKRO PENDIDIKAN ISLAM – PIM 3109
21
Objektif permainan akan melibatkan 3 aras iaitu aras mudah, sederhana
dan susah. Tujuan utama kami meletakkan aras dalam permainan ‘Dam Jawi’ ini
adalah kerana kami melihat wujudnya perbezaan individu dalam sesuatu
komuniti kelas. Untuk aras mudah, fokus diberikan hanya kepada murid-murid
yang tidak boleh membaca huruf jawi bersambung. Pengenalan huruf-huruf
hijaiyah ditekankan pada aras mudah. Pada aras sederhana pula, fokus
diberikan kepada murid-murid yang tahu dan faham akan huruf-huruf hijaiyah
namun tidak boleh menyambung huruf tersebut menjadi perkataan. Untuk aras
susah pula, kami memfokuskan kepada murid-murid yang sudah tahu dan boleh
membaca perkataan yang terbentuk hasil gabungan huruf-huruf hijaiyah.
Penekanan diberikan kepada mereka terhadap aspek pembinaan ayat mudah
berdasarkan perkataan yang terbentuk.
Dalam masa yang sama, bagi memastikan murid-murid terus
bersemangat dalam meneruskan permainan ini, kami juga telah menyediakan
‘token’ atau ganjaran sebagai rangsangan untuk mereka meneruskan permainan
tersebut.
Gambar 4.0 Set Permainan ‘Dam Jawi’ yang lengkap bersama
buku penilaian
PENGURUSAN SUMBER MIKRO DAN MAKRO PENDIDIKAN ISLAM – PIM 3109
22
‘Dam Jawi’ yang dihasilkan ini sebenarnya boleh digunakan untuk apa sahaja
matapelajaran atau tajuk ketika proses pengajaran dan pembelajaran. Hal ini
demikian kerana setiap kotak yang mempunyai gambar adalah bersifat ‘mudah
alih’. Guru-guru boleh meletakkan apa sahaja gambar atau perkataan atau apa
sahaja yang sesuai selagi mana ia membantu proses pengajaran dan
pembelajaran.
Gambar yang mudah alih dan boleh ditukarkan dengan gambar yang
bersesuaian dengan subjek yang diajarkan
PENGURUSAN SUMBER MIKRO DAN MAKRO PENDIDIKAN ISLAM – PIM 3109
23
4.1 CARA-CARA MENGGUNAKAN ‘DAM JAWI’ DALAM PENGAJARAN
DAN PEMBELAJARAN
Penggunaan ‘Dam Jawi’ ini adalah mudah dan cepat untuk digunakan dalam
sesuatu P&P. Permainan ini boleh dilaksanakan ketika sesuatu topik itu selesai
diajarkan bagi tujuan pengukuhan. Bahan-bahan yang diperlukan untuk bermain
‘Dam Jawi’ ialah papan ‘Dam Jawi’, buah dadu, ‘buah’ bagi mewakili setiap
orang, dan buku penilaian. Pertama, guru boleh memilih sama ada untuk
menjalankan permainan ini secara individu atau kumpulan. Sekiranya secara
individu, guru perlulah memilih 3 hingga 4 orang murid untuk bermain. Bilangan
pemaina adalah tidak terhad. Namun, untuk ‘Dam Jawi’, bilangan minimum
pemain adalah 2 orang dan maksimum adalah 5 orang.
Permainan secara individu ini lebih sesuai sekiranya guru ingin memberi
lebih fokus kepada mana-mana pelajar. Untuk bermain secara kumpulan. Guru
perlu untuk membahagikan kumpulan kepada 3 atau 4 kumpulan yang terdiri
daripada 4-5 orang pelajar. Setiap kumpulan akan mewakili satu warna.
Gambar 4.1.1 Guru menjalankan permainan secara individu
PENGURUSAN SUMBER MIKRO DAN MAKRO PENDIDIKAN ISLAM – PIM 3109
24
Guru akan memberi ‘buah’ yang mewakili setiap individu atau wakil.
‘Buah’ tersebut boleh digunakan daripada apa-apa sahaja benda maujud yang
selamat dan tidak berbahaya. Setelah guru selesai memilih cara permainan
sama ada secara individu atau kumpulan, guru akan meneruskan ke langkah
yang seterusnya iaitu menerangkan peraturan dan cara bermain yang betul.
Penerangan ini penting dan perlu untuk difahami oleh semua murid agar
pelaksanaan permainan ini berjalan dengan lancar.
Gambar 4.1.2 Guru memilih ketua kumpulan untuk mewakili setiap
kumpulan yang dibentuk
Gambar 4.1.3
Guru sedang menerangkan
arahan dan cara bermain
sebelum permainan
dimulakan
PENGURUSAN SUMBER MIKRO DAN MAKRO PENDIDIKAN ISLAM – PIM 3109
25
Setelah setiap individu mempunyai ‘buah’ masing-masing, penentuan
giliran akan diadakan. Terdapat pelbagai cara untuk menetukan giliran setiap
pemain. Bagi ‘Dam Jawi’ ini, penentuan giliran adalah berdasarkan balingan
dadu. Sekiranya individu mendapat bilangan yang banyak, maka individu tesebut
akan mendapat giliran pertama dan seterusnya. Permainan akan dimulakan
sebaik sahaja semua pemain sudah mendapat giliran.
Gambar 4.1.4 Buah dan dadu yang digunakan sepanjang permainan
‘Dam Jawi’ ini
PENGURUSAN SUMBER MIKRO DAN MAKRO PENDIDIKAN ISLAM – PIM 3109
26
Pemain pertama akan membuat balingan dadu dan akan menggerakkan
‘buah’ yang mewakilinya mengikut jumlah ynag tertera pada dadu. Contohnya,
pemain pertama mendapat ‘5’, beliau akan menggerakkan ‘buah’nya sebanyak
lima kotak. Pemain seterusnya akan menyelesaikan tugasan yang ada pada
setiap kotak tersebut. Seandainya kotak tersebut adalah isi tempat kosong, maka
pemain perlu untuk mengisikan tempat yang kosong dan sekiranya kotak
tersebut adalah ‘gambar dan perkataan’, maka pemain perlu untuk membina
ayat berdasarkan gambar yang diberi.
Kotak tersebut
memerlukan pemain
untuk mengisi tempat
kosong
1 2 43 5
Gambar 4.1.5
Contoh pergerakan dan
aktiviti yang perlu dilakukan
apabila tiba disesuatu kotak
PENGURUSAN SUMBER MIKRO DAN MAKRO PENDIDIKAN ISLAM – PIM 3109
27
Apabila pemain mengenalpasti tugasan yang perlu dilakukan pada setiap
kotak, pemain akan melaksanakan aktiviti tersebut pada buku penilaian yang
disediakan. Menariknya mengenai buku penilaian yang disediakan, ianya
merupakan satu inovasi dari papan putih dalam bentuk yang lebih kecil yang
mana para pemain akan menulis diatasnya dan boleh dipadam semula. Disebalik
‘papan putih’ tersebut, pelajar akan dapat melihat kembali hasil tulisan mereka
apabila terdapat kertas yang diletakkan dibawahnya. Sekiranya jawapan yang
diberikan adalah salah, guru akan bertindak sebagai fasilitator yang akan
membantu mereka menjawab soalan tersebut sehingga betul. Setiap jawapan
yang betul akan diberikan token sebagai motivasi untuk mereka meneruskan
permainan. Seandainya sistem token tidak sesuai, system kutipan mata boleh
juga digunakan. Selepas selesai pemain pertama, pemain berikutnya akan
meneruskan langkah yang sama sehinggalah kepada pemain yang terakhir.
Gambar 4.1.6 Murid-murid memberikan fokus seawal permainan
bermula
PENGURUSAN SUMBER MIKRO DAN MAKRO PENDIDIKAN ISLAM – PIM 3109
28
Gambar 4.1.7 Seorang pemain menulis kembali perkataan di atas buku
penilaian setelah membaca arahan
Gambar 4.1.8 Guru sedang memerhatikan seorang murid yang sedang
menulis di atas buku penilaian. Guru tersebut bertindak
sebagai fasilitator bagi membantu murid sekiranya
mengalami masalah selari dengan teori pembelajaran
konstruktivisme
PENGURUSAN SUMBER MIKRO DAN MAKRO PENDIDIKAN ISLAM – PIM 3109
29
Gambar 4.1.9 Guru sedang memerhatikan murid-murid sedang
bermain ‘Dam Jawi’ dan bertindak sebagai fasilitator
ketika permainan dilakukan secara individu
Gambar 4.1.10 Suasana ketika permainan dijalankan secara
berkumpulan / kelas
PENGURUSAN SUMBER MIKRO DAN MAKRO PENDIDIKAN ISLAM – PIM 3109
30
Gambar 4.1.11 Salah satu hasil murid selepas menyelesaikan tugasan
yang diberikan
Gambar 4.1.12 Guru melaksanakan permainan ini pada murid-murid
yang lain dan mereka memberi respon yang baik
PENGURUSAN SUMBER MIKRO DAN MAKRO PENDIDIKAN ISLAM – PIM 3109
31
Gambar 4.1.13 Salah satu hasil daripada permainan ‘Dam Jawi’
Gambar 4.1.14 Buku penilaian dan ‘Dam Jawi’
PENGURUSAN SUMBER MIKRO DAN MAKRO PENDIDIKAN ISLAM – PIM 3109
32
5.0 PERANAN PERMAINAN DAM JAWI UNTUK MERANGSANG
MOTIVASI MURID SECARA INTRINSIK DAN EKSTRINSIK
Pembelajaran melalui bermain merupakan asas perkembangan kanak-kanak
kerana melalui kaedah bermain, kanak-kanak mula belajar mengenali diri sendiri
dan dapat melakukan pelbagai kegiatan yang merangsang dan mendorong
kepada keperibadian kanak-kanak itu sendiri meliputi aspek keterampilan atau
psikomotor, kecerdasan bahasa, emosi mahupun sosial (Rini Mulyani, 2006).
Belajar melalui bermain adalah satu teknik pengajaran dan pembelajaran
yang berkesan kepada kanak-kanak. Melalui teknik ini juga akan mendatangkan
keseronokkan dan kepuasan kepada mereka dalam sesuatu pengajaran yang
hendak disampaikan. Dengan bermain juga kanak-kanak akan dapat menguasai
perkembangan dan kemahiran fizikal dan penguasaan bahasa dari segi
perbendaharaan dan peraturan tatabahasa (Saayah Abu, 2006). Ianya berbeza
dari pendekatan akademik yang sering tertumpu kepada pendidikan formal yang
khusus. Apabila seseorang pendidik berjaya menyediakan persekitaran yang
bertujuan untuk menggalakkan proses pengajaran dan pembelajaran, kanak-
kanak yang berinteraksi dengan persekitaran itu akan mengalami sesuatu proses
pembelajaran. Interaksi yang spontan sangat digemari oleh kanak-kanak.
Ditambah pula dengan minat yang lahir secara dalaman adalah aspek penting
yang perlu dipupuk supaya kanak-kanak belajar sesuatu semasa ia bermain .
Bermain melibatkan pemilihan aktiviti bebas yang datang dari motivasi
sendiri dan menyeronokkan. Ini bermakna aspek di luar masa, penggunaan
bahan, alatan, persekitaran, peraturan aktiviti bermain dan peranan mengambil
bahagian yang dibuat semasa kanak-kanak bermain. Semua berasaskan deria
realiti kanak-kanak. Pada masa yang sama bermain dapat memberi manfaat
terhadap perkembangan kanak-kanak dari segi fizikal, sosial emosi dan intelek.
Proses pembelajaran akan berlaku secara tidak langsung melalui permainan.
Menurut Jean Piaget (1962), kanak-kanak memerlukan aktiviti bermain kerana
PENGURUSAN SUMBER MIKRO DAN MAKRO PENDIDIKAN ISLAM – PIM 3109
33
melalui permainan, kanak-kanak berpeluang untuk meluahkan idea, perasaan
dan emosi mereka. Di samping itu, kanak-kanak juga dapat mewujudkan
perasaan tenang dan menghiburkan hati. Oleh itu, kanak-kanak memerlukan
masa yang fleksibel dalam aktiviti main untuk mencapai matlamatnya. Dengan ini
jelas memperlihatkan, melalui bermain kita juga dapat menjalankan proses
pengajaran dan pembelajaran.
Bermain boleh membantu kanak-kanak dalam perkembangan fizikal.
Kanak-kanak dapat menguasai kawalan motor halus dan motor kasar melalui
bermain. Kemahiran motor kasar yang dapat dikembangkan melalui aktiviti
seperti berlari bebas, melompat, memanjat, menendang, mengangkat,
membaling, dan menyambut bola. Ini memberi kesedaran kepada kanak-kanak
tentang fungsi badan sendiri, kegunaan ruang dan arah tujuan. Aktiviti
membutang, mewarna, melukis, menampal dan mencantum dapat
mengembangkan kemahiran motor halus dan koordinasi mata-tangan. Dalam
permainan yang kami pilih ini iaitu ‘Dam Jawi’ lebih cenderung ke arah
mengembangkan kemahiran motor halus kerana pemain banyak menggunakan
koordinasi mata untuk melihat pergerakan ‘buah dam’ serta tangan untuk
menggerakkannya.
Dalam ‘Dam Jawi’ ini juga, perkembangan sosial murid-murid dapat
dipupuk semasa bermain. Selain itu mereka juga saling bertindakbalas secara
sosial, berfikir apa yang sedang dan akan dilakukan kemudian, menggunakan
bahasa untuk berkomunikasi antara satu sama lain, dan memberi respon yang
bersifat emosional. Rogers dan Sawyer (1998) berpendapat bahawa sehingga
umur sembilan tahun, struktur kognitif kanak-kanak sememangnya berfungsi
atas mod tersebut. Menurut Vygotsky, 1967 dalam Kraus R. (1990) dalam
proses perkembangan sosial ini juga, kanak-kanak juga secara tidak langsung
akan berinteraksi sesama sendiri semasa berkongsi dan menunggu giliran
semasa menggunakan permainan ini dan sekali gus membantu kanak-kanak
dalam perkembangan bahasa dan pemikiran. Mereka belajar dan mengamal
PENGURUSAN SUMBER MIKRO DAN MAKRO PENDIDIKAN ISLAM – PIM 3109
34
kemahiran sosial asas. Kanak-kanak berpeluang belajar berinteraksi dengan
orang lain secara positif, mengajak kanak-kanak keluar dari pola egosentrik,
mengambil kira pandangan rakan, menghormati hak orang lain, bersabar dan
bertolak ansur. Dengan itu, melalui permainan ini dapat memberi peluang
kepada murid-murid membina konsep kendiri yang positif, keyakinan diri serta
melahirkan sentimen dan menstabilkan emosi. Contoh dapat kita lihat dalam
permainan ‘Dam Jawi’, pelajar akan berkomunikasi dengan rakannya untuk
menjawab soalan yang diperoleh dari papan dam. Secara tidak langsung dapat
mendidik murid menjadi seorang yang berani mencuba serta lebih berkeyakinan.
Bermain juga dapat membantu memperkembangkan kebolehan kognitif
seperti mengenal pasti, mengkategori, membuat urutan, memerhati,
membezakan, meramal, membuat rumusan, dan membuat perbandingan. Akiviti
seperti membina blok, permainan bahasa, permainan dam, puzzle, teka-teki,
nyanyian dan congkak membantu mengembangkan kemahiran bahasa,
matematik dan sains serta berfikir secara logik dan kreatif. Kanak-kanak juga
dapat meningkatkan kemahiran penggunaan bahasa dalam persekitaran yang
santai, semulajadi dan seronok.
Kesimpulannya, sebagai guru yang berdedikasi, guru seharusnya
memainkan peranan yang penting dalam melaksanakan aktiviti bermain. Hal ini
kerana supaya murid-murid dapat meningkatkan kemahiran dan membantu
proses perkembangan di dalam proses pengajaran dan pembelajan dari segi
intrinsik mahupun ekstrinsik. Berikut merupakan peranan yang perlu dimainkan
oleh seorang guru dalam membimbing murid-muridnya ketika bermain:
1. Membuat pemerhatian tentang kelakuan kanak-kanak, memberi bantuan di
mana dan jika perlu.
2. Menyediakan persekitaran dan aktiviti perlu ditukar dan diubah susunannya
dari semasa ke semasa.
PENGURUSAN SUMBER MIKRO DAN MAKRO PENDIDIKAN ISLAM – PIM 3109
35
3. Merangsang main dengan menunjukkan minat dan sokongan terhadap
tindakan kanak-kanak.
4. Bertindak balas terhadap minat kanak-kanak atau berkongsi pengalaman.
Hormati pemikiran kanak-kanak dan sistem peraturannya.
5. Kemukakan soalan-soalan fokus, berikan maklumat bila dikehendaki oleh
kanak-kanak.
6. Mencelah pada masa yang sesuai. Pencelahan tidak berbentuk halangan
untuk mematikan semangat dan minat kanak-kanak.
7. Menilai untuk mengesan perkembangan dan keperluan kanak-kanak,
merekodkan tingkahlaku, pencapaian dan perkembangan kanak-kanak dari
aspek fizikal, emosi, intelek, sosial dan bahasa. Data-data yang diperolehi
dijadikan asas perancangan bagi setiap individu.
PENGURUSAN SUMBER MIKRO DAN MAKRO PENDIDIKAN ISLAM – PIM 3109
36
6.0 PENGHASILAN KLIP VIDEO – DAM JAWI
PENGURUSAN SUMBER MIKRO DAN MAKRO PENDIDIKAN ISLAM – PIM 3109
37
KESIMPULAN
Kesimpulannya, walaupun main merupakan satu konsep yang agak sukar
untuk ditakrifkan, tetapi ia mudah dikenalpasti. Kanak-kanak biasanya bermain
secara individu, berpasangan dan kumpulan kecil atau besar. Memandangkan
main berkait rapat dengan perkembangan kognitif, sosio-emosi dan fizikal, ia
merupakan satu komponen dalam program pendidikan kanak-kanak khasnya
dan pendidikan amnya.
Daripada permainan yang diberi nama ‘Dam Jawi’ ini, selain dapat
menjadikan pembelajaran lebih seronok dan berkesan, ia juga dapat
membuktikan teori konstruktivisme sosial yang dipelopori oleh Lev Vygotsky
yang menegaskan bahawa manusia membina pengetahuan sendiri berdasarkan
pengalaman. Maklumat yang disampaikan guru digabungkan dan disusun
semula dalam struktur kognitif pelajar untuk membina pengetahuan baru.
Oleh itu, bagi membina pengajaran dan pembelajaran yang berkesan, guru
perlu kreatif dan inovatif dalam menyesuaikan sesuatu permainan untuk
diaplikasikan dalam aktiviti P&P.
PENGURUSAN SUMBER MIKRO DAN MAKRO PENDIDIKAN ISLAM – PIM 3109
38
REFLEKSI
1) SYED FAHMI AKMAL BIN SYED ISA
Alhamdulillah, bersyukur kehadrat Allah s.w.t kerana dengan izinnya saya dapat
menyiapakan juga Kerja Kursus Berasaskan Ilmu Murid dan Alam Belajar ini.
Pertama sekali saya ingin mengucapakn terima kasih kepada pensyarah EDU
3103 iaitu Encik Salim bin Md Amin kerana telah bersama-sama membantu
seluruh ahli kelas saya yang lain dalam menyiapkan tugasan ini.
Setiap perkara yang dilakukan pasti ada kelebihan dan kekurangannya
yang tersendiri. Setiap manusia di muka bumi ini tidaklah sempurna namun saya
telah berusaha untuk melakukan yang terbaik dalam apa sahaja pekerjaan yang
saya lakukan. Terdapat beberapa masalah yang saya hadapi semasa
melaksanakan tugasan ini. Namun, saya tetap tabah menghadapinya dan
berikhtiar untuk meningkatkan kefahaman mengenai tugasan yang telah
diamanahkan dengan sebaiknya.
Saya juga mengahadapi masalah dalam mencari sumber bahan rujukan
kerana sumber yang terhad di perpustakaan disamping perlu berebut dengan
rakan-rakan yang lain. Namun Alhamdulillah, tindakan pantas saya menempah
beberapa buah buku terlebih dahulu memudahkan urusan saya untuk
menggunakan sumber tersebut di samping mencari rujukan di internet, majalah-
majalah dan keratan-keratan akhbar.
Selain itu, bagi meningkatkan kefahaman saya mengenai tajuk ini, saya
telah berkolaboratif bersama Encik Salim dan beberapa pensyarah yang lain
melebihi tiga kali untuk benar-benar memastikan apa yang telah saya lakukan
menepati kehendak pensyarah. Jujur saya kata, pada mulanya saya mempunyai
beberapa kemusykilan mengenai tugasan ini dan beberapa kekeliruan timbul
ekoran pelbagai pendapat daripada rakan kelas. Setelah berkolaboratif dengan
pensyarah, saya mendapat sedikit percambahan idea mengenai tajuk ini. Kami
PENGURUSAN SUMBER MIKRO DAN MAKRO PENDIDIKAN ISLAM – PIM 3109
39
amat berterima kasih kepada pensyarah bimbingan saya iaitu Encik Salim
kerana banyak membantu kami dalam menyelesaikan tugasan ini. Selain itu,
rakan sekumpulan saya iaitu Mohamad Farhan juga banyak membantu dalam
menyelesaikan masalah ini bersama.
Alhamdulillah, dengan berkat kefahaman yang lebih terhadap kehendak
soalan ini, saya telah mengadakan perjumpaan kas bersama semua ahli kelas
dan saya menerangkan satu per satu apa yang perlu dilaksanakan bagi
memastikan tugasan yang dibuat mengikut kehendak soalan dan pensyarah.
Pengalaman ini cukup bermakna kerana diberi kepercayaan oleh rakan-rakan
sekelas untuk saya menerangkan serba sedikit apa yang perlu dilakukan.
Seterusnya, masalah yang kami hadapi seterusnya ialah mengenai masa.
Tugasan ini perlu dilaksanakan dan disiapkan dalam tempoh 4 minggu dan
dalam pada masa yang sama, pihak IPGKDRI menganjurkan beberapa program
yang melibatkan hampir keseluruhan pelajar IPG termasuklah saya. Ini benar-
benar menguji kebijaksanaan kami dalam membahagikan masa antara tugasan
dan program-program IPG.
Selain itu, dengan tugasan ini juga, saya mendapat pengalaman baru iaitu
dapat mengelola pengajaran dan pembelajaran bagi memenuhi kehendak
tugasan ini. Saya diberi peluang oleh guru di SK Tunku Raudzah, Alor Setar,
Kedah, ketika saya sedang menjalankan Pengalaman Berasaskan Sekolah
(PBS). Peluang ini saya gunakan sehabis baik bagi mempraktikkan segala teori
pedagogi yang telah dipelajari sepanjang semester ini.
Kerja tugasan ini memerlukan kesabaran dan kefahaman yang tinggi
terutama dalam melaksanakan tugas-tugas yang diberikan. Sikap toleransi perlu
diterapkan agar tugasan yang dilakukan dapat diselesaikan dengan baik. Akhir
kata, saya bersyukur tidak terhingga kepada Allah s.w.t. kerana dapat
menyempurnakan tugasan ini mengikut tempoh yang diberikan. Kami juga
berterima kasih kepada rakan-rakan sekelas iaitiu PISMP PAI 1 kerana telah
membantu dan bekerjasama dengan baik dalam memastikan tugasan ini dapat
PENGURUSAN SUMBER MIKRO DAN MAKRO PENDIDIKAN ISLAM – PIM 3109
40
disiapkan mengikut kehendak soalan. Walaubagaimanapun, masalah yang kami
hadapi tidak menghalang kami untuk mencari secalit kemanisan dalam
menyelesaikan tugasan ini. Perkara yang paling bermakna ialah dengan adanya
tugasan ini, ukhwah antara teman-teman bertambah erat.
Banyak pengalaman baru yang saya perolehi sepanjang menghasilkan
tugasan ini. Pengalaman menyediakan bahan bantu mengajar untuk
diaplikasikan disekolah menngajar saya erti kesabaran dan ketekunan kerana
perkara ini merupakan asas dalam melaksanakan sesuatu perkara. Pengalaman
berharga yang diperolehi iaitu semasa mengendalikan proses pengajaran dan
pembelajaran benar-benar memberi satu motivasi yang baik terhadap diri saya
untuk memperbaiki cara penyampaian dan interaksi bersama murid-murid.
Apabila berada di dalam kelas, barulah saya dapat merasai bagaimana perasaan
menjadi seorang guru dan dari situ, saya dapat melihat pelbagai karenah dan
perangai murid-murid. Pada ketika itu barulah saya sedar bahawa segala ilmu
yang diperolehi melalui subjek Perkembangan Kanak-kanak dan Murid dan Alam
Belajar memberi panduan untuk saya memastikan saya dapat mengawal kelas
dengan baik.
Selain itu, aktiviti yang dilaksanakan oleh saya dan pasangan untuk
memnuhi kehendak tugasan ini iaitu inovasi dalam permainan juga memberi satu
pengalaman baru yang cukup bermakna. Pelbagai idea dilontarkan dan
dibincangkan bersama dan keadaan itu mengajar erti toleransi dan kerjasama
yang baik antara kami berdua. Selepas mencapai kata putus, kami telah memilih
‘Dam Ular’ sebagai permainan yang diinovasikan menjadi ‘Dam Jawi’ selaras
dengan Pendidikan Islam sebagai major kami. Proses penghasilan permainan
tersebut juga telah menyuntik semangat dalam diri kami untuk melakukan yang
terbaik dan menyampaikan ilmu kepada murid-murid dengan lebih jelas dengan
adanya permainan tersebut. Pemilihan pelajaran Jawi juga adalah kerana kami
melihat situasi semasa yang mana ramai kanak-kanak mahupun remaja sudah
tidak cakna akan tulisan jawi. Kami mengambil ini sebagai inisiatif dalam
menyemai semula semangat cintakan tulisan Jawi dalam diri murid-murid.
PENGURUSAN SUMBER MIKRO DAN MAKRO PENDIDIKAN ISLAM – PIM 3109
41
Keberkesanan permainan yang dihasilkan dalam proses pengajran dan
pembelajaran juga dapat dilihat pada akhir pelakasaannya. Respon dan maklum
balas yang diberikan oleh murid-murid menunjukkan bahawa mereka terhibur
dan memahami apakah isi pelajaran yang telah disampaikan. Namun begitu,
masih juga terdapat beberapa orang murid yang lambat untuk memahami iss
pelajaran dan saya menyedari perkara itu kerana wujudnya perbezaan individu.
Namun begitu, saya tidak mengambil tindakan berdiam diri tapi cuba untuk
membantu murid tersebut. Apa yang saya lakukan adalah dengan memberi
rangsangan dan motivasi untuk terus merusaha dan juga saya membantu secara
peribadi supaya murid tersebut hilang rasa rendah diri dan malu terhadap rakan-
rakan yang lain. Saya juga menyuntik semangat terhadap diri murid-murid
dengan menyediakan beberapa ganjaran sama ada dalam bentuk token atau
pun markah.
Secara tidak sedar, peranan motivasi di sini sangat besar kerana murid-
murid akan lebih bersemangat dan akan mencuba dengan sebaik mungkin.
Galakan dan dorongan yang diberikan terhadap mereka membantu dalam
meningkatkan keyakinan diri dan prestasi sosial dan akademik murid-murid
terbabit. Di sini, peranan guru amat besar kerana seperti yang kita sedar,
sekolah rendah adalah peringkat perkembangan yang sangat aktif dan dari sini
ia akan membentuk peribadi mereka pada masa hadapan. Asasnya, apabila
guru menyelitkan unsur-unsur motivasi dalam sesi P&P amat membantu dalam
memastikan proses pengajaran dan pembelajaran mencapai objektifnya selain
dapat meningkatkan prestasi murid kepada suatu keadaan yang lebih baik.
Akhir kata, sekalung apresiasi saya hulurkan buat pensyarah EDU 3103
kerana telah memberikan tunjuk ajar dan membantu kami dalam memastikan
tugasan ini mampu dilaksanakan dengan baik. Terima kasih juga atas kerjasama
yang diberikan sepanjang sesi pertemuan kita. Dan tidak dilupakan kepada
sahabat sekumpulan saya iaitu Mohamad Farhan Bin Abdullah, kedua ibu bapa
saya dan juga pihak sekolah SK Tunku Raudzah, Alor Setar Kedah. Segala budi
baik daripada semua pihak saya dahului dengan ucapan terima kasih.
PENGURUSAN SUMBER MIKRO DAN MAKRO PENDIDIKAN ISLAM – PIM 3109
42
REFLEKSI
2) MOHAMAD FARHAN BIN ABDULLAH
Alhamdulillah, akhirnya kerja kursus EDU 3103 Murid Dan Alam Belajar dapat
disiapkan dengan jayanya. Walaupun dalam penghasilan kerja kursus ini
terdapat beberapa masalah, namun saya dan ahli kumpulan tetap berjaya
menyiapkan tugasan ini tepat pada masanya. Saya yakin dan percaya, untuk
mencapai sesuatu kejayaan mestilah menempuhi segala rintangan dan cabaran
kerana kejayaan itu tidak datang bergolek tanpa kita melakukan apa-apa.
Dengan cabaran dan rintangan ini jugaklah sedikit sebanyak mengajar saya
untuk menjadi lebih dewasa. Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan ribuan
terima kasih kepada pensyarah yang mengajar iaitu En. Salim Bin Md. Amin
yang banyak memberi tunjuk ajar dan cara bagaimana hendak menyiapkan
tugasan ini dengan sempurna.
Setelah mendapat taklimat tugasan pada 1 Ogos 2013 yang lalu, gerak
kerja pertama yang saya lakukan ialah memahami kehendak soalan. Saya dan
ahli kumpulan iaitu Syed Fahmi Akmal duduk semeja bagi membincangkan
kehendak soalan agar hasil yang dibuat mengikut kehendak dan tidak tersasar
ke perkara lain. Kami mula melakukan pembahagian tugas untuk memudahkan
tugas memandangkan kerja kursus ini memerlukan soal selidik pelajar. Setelah
itu, saya melakukan tindakan selanjutnya dengan meminjam buku dari
Perpustakaan Ibnu Sina. Masalah mula timbul apabila buku yang terdapat di
perpustakaan telah kekurangan kerana telah dipinjam oleh rakan-rakan yang lain
lebih awal. Namun, saya mengambil inisiatif untuk berkongsi bersama rakan
yang mempunyai pelbagai buku untuk dijadikan bahan rujukan.
PENGURUSAN SUMBER MIKRO DAN MAKRO PENDIDIKAN ISLAM – PIM 3109
43
Pada awalnya, saya dan rakan kumpulan telah melakukan gerak kerja
dengan memulakan penulisan esei terlebih dahulu kerana soalan itu berkaitan
pemilihan permainan yang terdapat di Malaysia. Setelah siap, kami mengambil
langkah untuk berbincang dengan kumpulan lain bagi memastikan draf esei
tersebut tepat dan mengikut kehendak soalan.
Dengan penghasilan kerja kursus ini juga, saya dapat mempelajari
pelbagai teknik dan kaedah yang baru untuk mengendalikan sesi pengajaran dan
pembelajaran terutamanya yang menggunakan kaedah permainan. Melalui
permainan ‘Dam Jawi’ yang dipilih, alat ini sangat membantu para pelajar ketika
proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas kerana sifatnya yang
mudah dikendalikan dan mempunyai aras yang berbeza di setiap pembahagian
dam. Permainan yang dipilih ini sudah pasti mampu untuk membantu para
pelajar dalam meningkatkan motivasi untuk terus berusaha gigih dalam
pelajaran.
Melalui tugasan ini, dapat diketahui bahawa belajar melalui bermain
adalah satu teknik pengajaran dan pembelajaran yang berkesan kepada kanak-
kanak. Melalui teknik ini juga akan mendatangkan keseronokkan dan kepuasan
kepada mereka dalam sesuatu pengajaran yang hendak disampaikan. Dengan
bermain juga kanak-kanak akan dapat menguasai perkembangan dan kemahiran
fizikal dan penguasaan bahasa dari segi perbendaharaan dan peraturan
tatabahasa. Ianya berbeza dari pendekatan akademik yang sering tertumpu
kepada pendidikan formal yang khusus. Apabila seseorang pendidik berjaya
menyediakan persekitaran yang bertujuan untuk menggalakkan proses
pengajaran dan pembelajaran, kanak-kanak yang berinteraksi dengan
persekitaran itu akan mengalami sesuatu proses pembelajaran. Interaksi yang
spontan sangat digemari oleh kanak-kanak. Ditambah pula dengan minat yang
lahir secara dalaman adalah aspek penting yang perlu dipupuk supaya kanak-
kanak belajar sesuatu semasa ia bermain.
PENGURUSAN SUMBER MIKRO DAN MAKRO PENDIDIKAN ISLAM – PIM 3109
44
Bermain melibatkan pemilihan aktiviti bebas yang datang dari motivasi
sendiri dan menyeronokkan. Ini bermakna aspek di luar masa, penggunaan
bahan, alatan, persekitaran, peraturan aktiviti bermain dan peranan mengambil
bahagian yang dibuat semasa kanak-kanak bermain. Semua berasaskan deria
realiti kanak-kanak. Pada masa yang sama bermain dapat memberi manfaat
terhadap perkembangan kanak-kanak dari segi fizikal, sosial emosi dan intelek.
Proses pembelajaran akan berlaku secara tidak langsung melalui permainan.
Menurut Jean Piaget (1962), kanak-kanak memerlukan aktiviti bermain kerana
melalui permainan, kanak-kanak berpeluang untuk meluahkan idea, perasaan
dan emosi mereka. Di samping itu, kanak-kanak juga dapat mewujudkan
perasaan tenang dan menghiburkan hati. Oleh itu, kanak-kanak memerlukan
masa yang fleksibel dalam aktiviti main untuk mencapai matlamatnya. Dengan ini
jelas memperlihatkan, melalui bermain juga kita dapat menjalankan proses
pengajaran dan pembelajaran. Tuntasnya, permainan ‘Dam Jawi’ sangat
berkesan untuk membantu para pelajar dalam proses pengajaran dan
pembelajaran. Permainan ini juga mempunyai satu potensi yang sangat optimum
untuk memotivasikan pelajar dalam sesi tersebut.
Alhamdulillah, semua berjalan lancar seperti yang dirancang. Pelajar
memberikan komitmen yang sangat baik menjadikan sesi rakaman video
berjalan lancar. Kesemua pelajar memberikan komitmen yang baik. Diharap
dengan pengalaman yang diperoleh akan dapat mendidik saya untuk menjadi
seorang guru yang baik dan berdidikasi di samping mempunyai kemahiran
komunikasi yang baik dan jelas. Seperti yang kita tahu, elemen komunikasi
memainkan peranan yang penting kepada seorang guru kerana aktiviti
pengajaran dan pembelajaran melibatkan kemahiran komunikasi secara
keseluruhannya. Jadi, saya yakin dan percaya pengalaman yang diperoleh ini
akan menjadi sumber inspirasi kepada saya untuk lebih gigih berusaha untuk
meningkatkan kefahaman di samping menjadi guru yang cemerlang dalam
penyampaian pengajaran.
PENGURUSAN SUMBER MIKRO DAN MAKRO PENDIDIKAN ISLAM – PIM 3109
45
Akhir kata, tugasan ini sangat membantu saya untuk lebih mendalami ilmu
pendidikan terutamanya berkaitan kaedah bermain untuk kanak-kanak.
Berbekalkan ilmu yang diperoleh ini, saya akan gunakannya dengan sebaik
mungkin untuk mendidik diri, keluarga dan masyarakat bagi menjadi insan yang
berguna kepada agama, bangsa dan Negara. Di kesempatan ini, saya sekali lagi
merakamkan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat sama ada
secara langsung mahupun tidak dalam membantu saya menyiapkan tugasan ini.
Hanya Allah sahaja mampu membalas jasa baik pensyarah, ibu bapa, rakan-
rakan dan semua yang terlibat kerana banyak membantu dan memberi tunjuk
ajar tanpa jemu kepada saya. Tidak ada yang lebih bermakna untuk saya
katakan melainkan hanya mampu berdoa semoga kalian semua sentiasa
dilimpahi rahmat dan ketenangan daripada-Nya. Juga tiada kata membalas budi
yang lebih istimewa melainkan dengan ucapan terima kasih yang tidak
terhingga.
PENGURUSAN SUMBER MIKRO DAN MAKRO PENDIDIKAN ISLAM – PIM 3109
46
RUJUKAN
BUKU / JURNAL / KERTAS KERJA
Choong Lean Keow (2008). Murid dan Alam Belajar untuk Program Perguruan
Pendidikan Rendah Pengajian Empat Tahun. Subang Jaya, Selangor:
Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.
Kamarudin Hj. Husin (1993). Pedagogi 3 Penggunaan Psikologi dalam Bilik
Darjah. Longman Malaysia Sdn. Bhd.
Lee Shok Mee (1994). Asas Pendidikan 2 Psikologi dalam Bilik darjah. Kumpulan
Budiman Sdn. Bhd.
Mok Soon Sang (2008). Pedagogi untuk Pengajaran dan Pembelajaran.
Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.
Noriati A. Rashid, Boon Pong Ying, Sharifah Fakhriah Syed Ahmad (2009). Siri
Pendidikan Guru Murid dan Alam Belajar. Shah Alam, Selangor: Oxford
Fajar.
Abdul Rahim M. Ali (2001). Ilmu Pendidikan DPM Pendidikan di Malaysia dan
Psikologi Pendidikan, Kuala Lumpur : Utusan Publications & Distibutors
Sdn. Bhd.
Rashidi Azizan, Abdullah Mohd Noor (1994). Pendidikan Guru : Cabaran,
Falsafah dan Strategi Dalam Pembentukan Guru Yang Unggul, Kajang,
Selangor : Masa Entreprise
PENGURUSAN SUMBER MIKRO DAN MAKRO PENDIDIKAN ISLAM – PIM 3109
47
INTERNET
Julia. (2011, January 1). Kaedah Yang Digunakan Dalam Pengajaran dan
Pembelajaran. Retrieved 3 Ogos 2013, from
http://majorpra.blogspot.com/2010/11/1.html
Shamsina Shamsuddin (2012, June 26), Pedagogi : Konsep Strategi
Pembelajaran. Retrieved 4 Ogos 2013, from http://shamsina-
gurupendidikanislam.blogspot.com/2012/06/pedagogi-strategi-
pembelajaran.html
PKG Ranau (2011, June 27), Apakah Pengajaran dan Pembelajaran Berkesan.
Retrieved 4 Ogos 2013 from, http://ilmu.edublogs.org/2011/06/27/apakah-
pengajaran-dan-pembelajaran-berkesan/
Anuar Ahmad (2009). Fail Profil Nilai Potensi Pelajar:Utusan Malaysia. [Online].
Diperoleh:
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0721&pub=Utusa
n_Malaysia&sec=Rencana&pg=re_02.htm [2009, Julai 22].
ARKIB : 09/07/2009. [Online]. Diperoleh:
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0709&pub=Utusan_Mala
ysia&sec=Rencana&pg=re_01.htm [2009, Julai 22].
Azrina Binti Sobian (2009). Pengajaran dan Pembelajaran Sains yang Menarik:
Berita Harian [Online]. Diperoleh:
http://www.ikim.gov.my/v5/index.php?cmd=resetall&grp=2&key=1721&lg=
1&opt=com_article&sec= [2009 Julai 22].
PENGURUSAN SUMBER MIKRO DAN MAKRO PENDIDIKAN ISLAM – PIM 3109
48
Azizi Jaafar (2009). EDU 3103 Murid dan Alam Belajar. [Online]. Diperoleh:
http://mabjip.blogspot.com/2009/07/teori-pembelajaran.html [2009, Ogos
1].
Amir Awang. Pendekatan Kognitif. [Online]. Diperoleh:
http://www.scribd.com/doc/17064250/Pendekatan-Kognitif [2009, Julai
13].
PENGURUSAN SUMBER MIKRO DAN MAKRO PENDIDIKAN ISLAM – PIM 3109
49
LAMPIRAN

Contenu connexe

Tendances

Sumbangan maria montessori
Sumbangan maria montessoriSumbangan maria montessori
Sumbangan maria montessoriLee Bun
 
Aplikasi pendekatan konstruktivisme dalam kalangan murid prasekolah
Aplikasi pendekatan konstruktivisme dalam kalangan murid prasekolahAplikasi pendekatan konstruktivisme dalam kalangan murid prasekolah
Aplikasi pendekatan konstruktivisme dalam kalangan murid prasekolahLittle Butterfly
 
Penghubungkaitan seni visual, muzik dan pergerakan (Kumpulan 3)
Penghubungkaitan seni visual, muzik dan pergerakan (Kumpulan 3)Penghubungkaitan seni visual, muzik dan pergerakan (Kumpulan 3)
Penghubungkaitan seni visual, muzik dan pergerakan (Kumpulan 3)Aisyah Hamid
 
Kod etika perguruan
Kod etika perguruanKod etika perguruan
Kod etika perguruanCik Sakura
 
EDUP3023 Perkembangan Kanak-kanak: Faktor yang Mempengaruhi Perkembangan Kana...
EDUP3023 Perkembangan Kanak-kanak: Faktor yang Mempengaruhi Perkembangan Kana...EDUP3023 Perkembangan Kanak-kanak: Faktor yang Mempengaruhi Perkembangan Kana...
EDUP3023 Perkembangan Kanak-kanak: Faktor yang Mempengaruhi Perkembangan Kana...Atifah Ruzana Abd Wahab
 
Teori Kognitif Lev vygotsky
Teori Kognitif Lev vygotskyTeori Kognitif Lev vygotsky
Teori Kognitif Lev vygotskyIzzat Najmi
 
Aplikasi 4 tonggak pendidikan UNESCO dalam melengkapkan diri sebagai guru yan...
Aplikasi 4 tonggak pendidikan UNESCO dalam melengkapkan diri sebagai guru yan...Aplikasi 4 tonggak pendidikan UNESCO dalam melengkapkan diri sebagai guru yan...
Aplikasi 4 tonggak pendidikan UNESCO dalam melengkapkan diri sebagai guru yan...Kalai Shan
 
35934406 perbandingan-antara-teori-pembelajaran
35934406 perbandingan-antara-teori-pembelajaran35934406 perbandingan-antara-teori-pembelajaran
35934406 perbandingan-antara-teori-pembelajaranKomalam Mariappan
 
Kesedaran kepelbagaian sosiobudaya
Kesedaran kepelbagaian sosiobudayaKesedaran kepelbagaian sosiobudaya
Kesedaran kepelbagaian sosiobudayasitiaishahmohamad
 
Profesionalisme+dan+akautabiliti+guru
Profesionalisme+dan+akautabiliti+guruProfesionalisme+dan+akautabiliti+guru
Profesionalisme+dan+akautabiliti+guruHishamuddin Jabar
 
Bab 1 teknologi pendidikan
Bab 1 teknologi pendidikanBab 1 teknologi pendidikan
Bab 1 teknologi pendidikanpeggylau9318
 
Akta akta-pendidikan-khas
Akta akta-pendidikan-khasAkta akta-pendidikan-khas
Akta akta-pendidikan-khasZalina lina
 
Ciri-ciri Guru Yang Efektif
Ciri-ciri Guru Yang EfektifCiri-ciri Guru Yang Efektif
Ciri-ciri Guru Yang EfektifFauzan Zain
 
Pentaksiran Prasekolah
Pentaksiran PrasekolahPentaksiran Prasekolah
Pentaksiran PrasekolahHon Shan Shan
 
38154088 pedagogi-relevan-budaya-dan-kepelbagaian-kelompok
38154088 pedagogi-relevan-budaya-dan-kepelbagaian-kelompok38154088 pedagogi-relevan-budaya-dan-kepelbagaian-kelompok
38154088 pedagogi-relevan-budaya-dan-kepelbagaian-kelompokAthirah Anith Ariffin
 
Perkembangan sosiobudaya disekolah
Perkembangan sosiobudaya disekolahPerkembangan sosiobudaya disekolah
Perkembangan sosiobudaya disekolahshafidaosman
 
Bab 1 psikologi perkembangan manusia
Bab 1 psikologi perkembangan manusiaBab 1 psikologi perkembangan manusia
Bab 1 psikologi perkembangan manusiaAsmaroni Rahman
 

Tendances (20)

Sumbangan maria montessori
Sumbangan maria montessoriSumbangan maria montessori
Sumbangan maria montessori
 
47598047 khidmat-sokongan
47598047 khidmat-sokongan47598047 khidmat-sokongan
47598047 khidmat-sokongan
 
Aplikasi pendekatan konstruktivisme dalam kalangan murid prasekolah
Aplikasi pendekatan konstruktivisme dalam kalangan murid prasekolahAplikasi pendekatan konstruktivisme dalam kalangan murid prasekolah
Aplikasi pendekatan konstruktivisme dalam kalangan murid prasekolah
 
Penghubungkaitan seni visual, muzik dan pergerakan (Kumpulan 3)
Penghubungkaitan seni visual, muzik dan pergerakan (Kumpulan 3)Penghubungkaitan seni visual, muzik dan pergerakan (Kumpulan 3)
Penghubungkaitan seni visual, muzik dan pergerakan (Kumpulan 3)
 
Kod etika perguruan
Kod etika perguruanKod etika perguruan
Kod etika perguruan
 
EDUP3023 Perkembangan Kanak-kanak: Faktor yang Mempengaruhi Perkembangan Kana...
EDUP3023 Perkembangan Kanak-kanak: Faktor yang Mempengaruhi Perkembangan Kana...EDUP3023 Perkembangan Kanak-kanak: Faktor yang Mempengaruhi Perkembangan Kana...
EDUP3023 Perkembangan Kanak-kanak: Faktor yang Mempengaruhi Perkembangan Kana...
 
psikologi pendidikan
psikologi pendidikanpsikologi pendidikan
psikologi pendidikan
 
Teori Kognitif Lev vygotsky
Teori Kognitif Lev vygotskyTeori Kognitif Lev vygotsky
Teori Kognitif Lev vygotsky
 
Aplikasi 4 tonggak pendidikan UNESCO dalam melengkapkan diri sebagai guru yan...
Aplikasi 4 tonggak pendidikan UNESCO dalam melengkapkan diri sebagai guru yan...Aplikasi 4 tonggak pendidikan UNESCO dalam melengkapkan diri sebagai guru yan...
Aplikasi 4 tonggak pendidikan UNESCO dalam melengkapkan diri sebagai guru yan...
 
35934406 perbandingan-antara-teori-pembelajaran
35934406 perbandingan-antara-teori-pembelajaran35934406 perbandingan-antara-teori-pembelajaran
35934406 perbandingan-antara-teori-pembelajaran
 
Kesedaran kepelbagaian sosiobudaya
Kesedaran kepelbagaian sosiobudayaKesedaran kepelbagaian sosiobudaya
Kesedaran kepelbagaian sosiobudaya
 
Profesionalisme+dan+akautabiliti+guru
Profesionalisme+dan+akautabiliti+guruProfesionalisme+dan+akautabiliti+guru
Profesionalisme+dan+akautabiliti+guru
 
Bab 1 teknologi pendidikan
Bab 1 teknologi pendidikanBab 1 teknologi pendidikan
Bab 1 teknologi pendidikan
 
Akta akta-pendidikan-khas
Akta akta-pendidikan-khasAkta akta-pendidikan-khas
Akta akta-pendidikan-khas
 
Ciri-ciri Guru Yang Efektif
Ciri-ciri Guru Yang EfektifCiri-ciri Guru Yang Efektif
Ciri-ciri Guru Yang Efektif
 
CONTOH SKALA KADAR PRASEKOLAH
CONTOH SKALA KADAR PRASEKOLAHCONTOH SKALA KADAR PRASEKOLAH
CONTOH SKALA KADAR PRASEKOLAH
 
Pentaksiran Prasekolah
Pentaksiran PrasekolahPentaksiran Prasekolah
Pentaksiran Prasekolah
 
38154088 pedagogi-relevan-budaya-dan-kepelbagaian-kelompok
38154088 pedagogi-relevan-budaya-dan-kepelbagaian-kelompok38154088 pedagogi-relevan-budaya-dan-kepelbagaian-kelompok
38154088 pedagogi-relevan-budaya-dan-kepelbagaian-kelompok
 
Perkembangan sosiobudaya disekolah
Perkembangan sosiobudaya disekolahPerkembangan sosiobudaya disekolah
Perkembangan sosiobudaya disekolah
 
Bab 1 psikologi perkembangan manusia
Bab 1 psikologi perkembangan manusiaBab 1 psikologi perkembangan manusia
Bab 1 psikologi perkembangan manusia
 

En vedette

Kaedah pandang dan sebut
Kaedah pandang dan sebutKaedah pandang dan sebut
Kaedah pandang dan sebutfiro HAR
 
Bmm3108 kaedah struktural
Bmm3108 kaedah strukturalBmm3108 kaedah struktural
Bmm3108 kaedah strukturalPrincess Nikko
 
Kepentingan strategi pj
Kepentingan strategi pj Kepentingan strategi pj
Kepentingan strategi pj fitri norlida
 
kajian-kes-murid-mundur-dan-lembam
 kajian-kes-murid-mundur-dan-lembam kajian-kes-murid-mundur-dan-lembam
kajian-kes-murid-mundur-dan-lembamRidzuan Ahmad
 
Teori belajar vygotsky ppt
Teori belajar vygotsky pptTeori belajar vygotsky ppt
Teori belajar vygotsky pptRahmah Salsabila
 
Kerja kursus kesusasteraan melayu
Kerja kursus kesusasteraan melayuKerja kursus kesusasteraan melayu
Kerja kursus kesusasteraan melayuMazliza Suleiman
 
Asgmnt abad 21 full
Asgmnt abad 21 fullAsgmnt abad 21 full
Asgmnt abad 21 fullazryna81
 
Pra3105 Perkembangan Kognitif Kanak-kanak
Pra3105 Perkembangan Kognitif Kanak-kanakPra3105 Perkembangan Kognitif Kanak-kanak
Pra3105 Perkembangan Kognitif Kanak-kanakHon Shan Shan
 
Penglibatan ibu bapa
Penglibatan ibu bapaPenglibatan ibu bapa
Penglibatan ibu bapaArra Asri
 
Tugasan kaedah pengajaran dan pembelajaran bahasa melayu
Tugasan kaedah pengajaran dan pembelajaran bahasa melayuTugasan kaedah pengajaran dan pembelajaran bahasa melayu
Tugasan kaedah pengajaran dan pembelajaran bahasa melayuYusri Sairi
 
Bmm3171 konsep strategi, pendekatan, kaedah dan teknik
Bmm3171   konsep strategi, pendekatan, kaedah dan teknikBmm3171   konsep strategi, pendekatan, kaedah dan teknik
Bmm3171 konsep strategi, pendekatan, kaedah dan teknikPermata_An-Nur
 
Pendidikan abad-ke-21-isu-dan-cabaran
Pendidikan abad-ke-21-isu-dan-cabaranPendidikan abad-ke-21-isu-dan-cabaran
Pendidikan abad-ke-21-isu-dan-cabaranAhmad NazRi
 
Pembelajaran Abad Ke-21
Pembelajaran Abad Ke-21Pembelajaran Abad Ke-21
Pembelajaran Abad Ke-21Farish Farisha
 
Kumpulan 4 strategi, pendekatan, kaedah & teknik pengajaran
Kumpulan 4 strategi, pendekatan, kaedah & teknik pengajaranKumpulan 4 strategi, pendekatan, kaedah & teknik pengajaran
Kumpulan 4 strategi, pendekatan, kaedah & teknik pengajaranpikaosman
 
Kaedah Pandang Dan Sebut
Kaedah Pandang Dan SebutKaedah Pandang Dan Sebut
Kaedah Pandang Dan Sebutkuliahpismp09
 
How to Make Awesome SlideShares: Tips & Tricks
How to Make Awesome SlideShares: Tips & TricksHow to Make Awesome SlideShares: Tips & Tricks
How to Make Awesome SlideShares: Tips & TricksSlideShare
 
Getting Started With SlideShare
Getting Started With SlideShareGetting Started With SlideShare
Getting Started With SlideShareSlideShare
 

En vedette (20)

Kaedah pandang dan sebut
Kaedah pandang dan sebutKaedah pandang dan sebut
Kaedah pandang dan sebut
 
Lev Vygotsky Pkk
Lev Vygotsky PkkLev Vygotsky Pkk
Lev Vygotsky Pkk
 
Bmm3108 kaedah struktural
Bmm3108 kaedah strukturalBmm3108 kaedah struktural
Bmm3108 kaedah struktural
 
Kepentingan strategi pj
Kepentingan strategi pj Kepentingan strategi pj
Kepentingan strategi pj
 
[==
[==[==
[==
 
kajian-kes-murid-mundur-dan-lembam
 kajian-kes-murid-mundur-dan-lembam kajian-kes-murid-mundur-dan-lembam
kajian-kes-murid-mundur-dan-lembam
 
Tugasan Jawi
Tugasan JawiTugasan Jawi
Tugasan Jawi
 
Teori belajar vygotsky ppt
Teori belajar vygotsky pptTeori belajar vygotsky ppt
Teori belajar vygotsky ppt
 
Kerja kursus kesusasteraan melayu
Kerja kursus kesusasteraan melayuKerja kursus kesusasteraan melayu
Kerja kursus kesusasteraan melayu
 
Asgmnt abad 21 full
Asgmnt abad 21 fullAsgmnt abad 21 full
Asgmnt abad 21 full
 
Pra3105 Perkembangan Kognitif Kanak-kanak
Pra3105 Perkembangan Kognitif Kanak-kanakPra3105 Perkembangan Kognitif Kanak-kanak
Pra3105 Perkembangan Kognitif Kanak-kanak
 
Penglibatan ibu bapa
Penglibatan ibu bapaPenglibatan ibu bapa
Penglibatan ibu bapa
 
Tugasan kaedah pengajaran dan pembelajaran bahasa melayu
Tugasan kaedah pengajaran dan pembelajaran bahasa melayuTugasan kaedah pengajaran dan pembelajaran bahasa melayu
Tugasan kaedah pengajaran dan pembelajaran bahasa melayu
 
Bmm3171 konsep strategi, pendekatan, kaedah dan teknik
Bmm3171   konsep strategi, pendekatan, kaedah dan teknikBmm3171   konsep strategi, pendekatan, kaedah dan teknik
Bmm3171 konsep strategi, pendekatan, kaedah dan teknik
 
Pendidikan abad-ke-21-isu-dan-cabaran
Pendidikan abad-ke-21-isu-dan-cabaranPendidikan abad-ke-21-isu-dan-cabaran
Pendidikan abad-ke-21-isu-dan-cabaran
 
Pembelajaran Abad Ke-21
Pembelajaran Abad Ke-21Pembelajaran Abad Ke-21
Pembelajaran Abad Ke-21
 
Kumpulan 4 strategi, pendekatan, kaedah & teknik pengajaran
Kumpulan 4 strategi, pendekatan, kaedah & teknik pengajaranKumpulan 4 strategi, pendekatan, kaedah & teknik pengajaran
Kumpulan 4 strategi, pendekatan, kaedah & teknik pengajaran
 
Kaedah Pandang Dan Sebut
Kaedah Pandang Dan SebutKaedah Pandang Dan Sebut
Kaedah Pandang Dan Sebut
 
How to Make Awesome SlideShares: Tips & Tricks
How to Make Awesome SlideShares: Tips & TricksHow to Make Awesome SlideShares: Tips & Tricks
How to Make Awesome SlideShares: Tips & Tricks
 
Getting Started With SlideShare
Getting Started With SlideShareGetting Started With SlideShare
Getting Started With SlideShare
 

Similaire à Kkbi murid & alam belajar part esei

Bahan ajar bermain dan permainan
Bahan ajar bermain dan permainanBahan ajar bermain dan permainan
Bahan ajar bermain dan permainanMasriqon Masriqon
 
Review Game Anak Usia Dini "Freeding Frenzy"
Review Game Anak Usia Dini "Freeding Frenzy"Review Game Anak Usia Dini "Freeding Frenzy"
Review Game Anak Usia Dini "Freeding Frenzy"Nur_halimah_tusyadyah
 
Pentingnya Permainan Ular Naga Untuk Meningkatkan Sikap Sosial Pada Anak Usia...
Pentingnya Permainan Ular Naga Untuk Meningkatkan Sikap Sosial Pada Anak Usia...Pentingnya Permainan Ular Naga Untuk Meningkatkan Sikap Sosial Pada Anak Usia...
Pentingnya Permainan Ular Naga Untuk Meningkatkan Sikap Sosial Pada Anak Usia...DindaSafitri13
 
PAPARAN MATERI1.pptx
PAPARAN MATERI1.pptxPAPARAN MATERI1.pptx
PAPARAN MATERI1.pptxPelangi31
 
Makalah alat permainan edukatif untuk pengembangan motorik kasar dan halus
Makalah alat permainan edukatif untuk pengembangan motorik kasar dan halusMakalah alat permainan edukatif untuk pengembangan motorik kasar dan halus
Makalah alat permainan edukatif untuk pengembangan motorik kasar dan halusandreanapulu
 
Alat permainan-edukatif
Alat permainan-edukatifAlat permainan-edukatif
Alat permainan-edukatifMaz Wahyudi
 
Hbec3203 psikologi january edit
Hbec3203 psikologi january editHbec3203 psikologi january edit
Hbec3203 psikologi january editfatinfarah1
 
03 pembelajaran paud melalui bermai
03 pembelajaran paud melalui bermai03 pembelajaran paud melalui bermai
03 pembelajaran paud melalui bermaiAndriani Widi Astuti
 
Bermain dalam dunia anak anak adalah salah satu aktifitas yang paling menyena...
Bermain dalam dunia anak anak adalah salah satu aktifitas yang paling menyena...Bermain dalam dunia anak anak adalah salah satu aktifitas yang paling menyena...
Bermain dalam dunia anak anak adalah salah satu aktifitas yang paling menyena...ade fikri
 
Kb3 konsep tumbuh kembang
Kb3 konsep tumbuh kembangKb3 konsep tumbuh kembang
Kb3 konsep tumbuh kembangpjj_kemenkes
 
Kb3 stimulasi tumbuh kembang dan konsep bermain
Kb3 stimulasi tumbuh kembang dan konsep bermainKb3 stimulasi tumbuh kembang dan konsep bermain
Kb3 stimulasi tumbuh kembang dan konsep bermainpjj_kemenkes
 
Penggunaan alat permainan edukatif (APE) dalam pembelajaran
Penggunaan alat permainan  edukatif (APE) dalam pembelajaranPenggunaan alat permainan  edukatif (APE) dalam pembelajaran
Penggunaan alat permainan edukatif (APE) dalam pembelajaranAyunie Queenheart
 
Terapi permainan
Terapi permainanTerapi permainan
Terapi permainanzaiwiyah
 

Similaire à Kkbi murid & alam belajar part esei (20)

MBE12503
MBE12503MBE12503
MBE12503
 
Bahan ajar bermain dan permainan
Bahan ajar bermain dan permainanBahan ajar bermain dan permainan
Bahan ajar bermain dan permainan
 
Gaming
GamingGaming
Gaming
 
Review Game Anak Usia Dini "Freeding Frenzy"
Review Game Anak Usia Dini "Freeding Frenzy"Review Game Anak Usia Dini "Freeding Frenzy"
Review Game Anak Usia Dini "Freeding Frenzy"
 
Pentingnya Permainan Ular Naga Untuk Meningkatkan Sikap Sosial Pada Anak Usia...
Pentingnya Permainan Ular Naga Untuk Meningkatkan Sikap Sosial Pada Anak Usia...Pentingnya Permainan Ular Naga Untuk Meningkatkan Sikap Sosial Pada Anak Usia...
Pentingnya Permainan Ular Naga Untuk Meningkatkan Sikap Sosial Pada Anak Usia...
 
Jurnal paud
Jurnal paudJurnal paud
Jurnal paud
 
topik-1-alam-belajar
topik-1-alam-belajartopik-1-alam-belajar
topik-1-alam-belajar
 
PAPARAN MATERI1.pptx
PAPARAN MATERI1.pptxPAPARAN MATERI1.pptx
PAPARAN MATERI1.pptx
 
psikologi bermain anak
psikologi bermain anakpsikologi bermain anak
psikologi bermain anak
 
Makalah alat permainan edukatif untuk pengembangan motorik kasar dan halus
Makalah alat permainan edukatif untuk pengembangan motorik kasar dan halusMakalah alat permainan edukatif untuk pengembangan motorik kasar dan halus
Makalah alat permainan edukatif untuk pengembangan motorik kasar dan halus
 
Alat permainan-edukatif
Alat permainan-edukatifAlat permainan-edukatif
Alat permainan-edukatif
 
Hbec3203 psikologi january edit
Hbec3203 psikologi january editHbec3203 psikologi january edit
Hbec3203 psikologi january edit
 
- Sains dan kreativitas
 - Sains dan kreativitas - Sains dan kreativitas
- Sains dan kreativitas
 
03 pembelajaran paud melalui bermai
03 pembelajaran paud melalui bermai03 pembelajaran paud melalui bermai
03 pembelajaran paud melalui bermai
 
Bermain dalam dunia anak anak adalah salah satu aktifitas yang paling menyena...
Bermain dalam dunia anak anak adalah salah satu aktifitas yang paling menyena...Bermain dalam dunia anak anak adalah salah satu aktifitas yang paling menyena...
Bermain dalam dunia anak anak adalah salah satu aktifitas yang paling menyena...
 
Ppt
PptPpt
Ppt
 
Kb3 konsep tumbuh kembang
Kb3 konsep tumbuh kembangKb3 konsep tumbuh kembang
Kb3 konsep tumbuh kembang
 
Kb3 stimulasi tumbuh kembang dan konsep bermain
Kb3 stimulasi tumbuh kembang dan konsep bermainKb3 stimulasi tumbuh kembang dan konsep bermain
Kb3 stimulasi tumbuh kembang dan konsep bermain
 
Penggunaan alat permainan edukatif (APE) dalam pembelajaran
Penggunaan alat permainan  edukatif (APE) dalam pembelajaranPenggunaan alat permainan  edukatif (APE) dalam pembelajaran
Penggunaan alat permainan edukatif (APE) dalam pembelajaran
 
Terapi permainan
Terapi permainanTerapi permainan
Terapi permainan
 

Dernier

Bab 4 Persatuan dan Kesatuan di Lingkup Wilayah Kabupaten dan Kota.pptx
Bab 4 Persatuan dan Kesatuan di Lingkup Wilayah Kabupaten dan Kota.pptxBab 4 Persatuan dan Kesatuan di Lingkup Wilayah Kabupaten dan Kota.pptx
Bab 4 Persatuan dan Kesatuan di Lingkup Wilayah Kabupaten dan Kota.pptxrizalhabib4
 
Refleksi Mandiri Modul 1.3 - KANVAS BAGJA.pptx.pptx
Refleksi Mandiri Modul 1.3 - KANVAS BAGJA.pptx.pptxRefleksi Mandiri Modul 1.3 - KANVAS BAGJA.pptx.pptx
Refleksi Mandiri Modul 1.3 - KANVAS BAGJA.pptx.pptxIrfanAudah1
 
DEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 CGP 10.pptx
DEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 CGP 10.pptxDEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 CGP 10.pptx
DEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 CGP 10.pptxwawan479953
 
Salinan dari JUrnal Refleksi Mingguan modul 1.3.pdf
Salinan dari JUrnal Refleksi Mingguan modul 1.3.pdfSalinan dari JUrnal Refleksi Mingguan modul 1.3.pdf
Salinan dari JUrnal Refleksi Mingguan modul 1.3.pdfWidyastutyCoyy
 
Modul Ajar Bahasa Inggris - HOME SWEET HOME (Chapter 3) - Fase D.pdf
Modul Ajar Bahasa Inggris - HOME SWEET HOME (Chapter 3) - Fase D.pdfModul Ajar Bahasa Inggris - HOME SWEET HOME (Chapter 3) - Fase D.pdf
Modul Ajar Bahasa Inggris - HOME SWEET HOME (Chapter 3) - Fase D.pdfKartiniIndasari
 
CAPACITY BUILDING Materi Saat di Lokakarya 7
CAPACITY BUILDING Materi Saat di Lokakarya 7CAPACITY BUILDING Materi Saat di Lokakarya 7
CAPACITY BUILDING Materi Saat di Lokakarya 7IwanSumantri7
 
Bab 7 - Perilaku Ekonomi dan Kesejahteraan Sosial.pptx
Bab 7 - Perilaku Ekonomi dan Kesejahteraan Sosial.pptxBab 7 - Perilaku Ekonomi dan Kesejahteraan Sosial.pptx
Bab 7 - Perilaku Ekonomi dan Kesejahteraan Sosial.pptxssuser35630b
 
Membuat Komik Digital Berisi Kritik Sosial.docx
Membuat Komik Digital Berisi Kritik Sosial.docxMembuat Komik Digital Berisi Kritik Sosial.docx
Membuat Komik Digital Berisi Kritik Sosial.docxNurindahSetyawati1
 
Materi Sosialisasi US 2024 Sekolah Dasar pptx
Materi Sosialisasi US 2024 Sekolah Dasar pptxMateri Sosialisasi US 2024 Sekolah Dasar pptx
Materi Sosialisasi US 2024 Sekolah Dasar pptxSaujiOji
 
MODUL AJAR IPAS KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA
MODUL AJAR IPAS KELAS 6 KURIKULUM MERDEKAMODUL AJAR IPAS KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA
MODUL AJAR IPAS KELAS 6 KURIKULUM MERDEKAAndiCoc
 
Sosialisasi PPDB SulSel tahun 2024 di Sulawesi Selatan
Sosialisasi PPDB SulSel tahun 2024 di Sulawesi SelatanSosialisasi PPDB SulSel tahun 2024 di Sulawesi Selatan
Sosialisasi PPDB SulSel tahun 2024 di Sulawesi Selatanssuser963292
 
power point bahasa indonesia "Karya Ilmiah"
power point bahasa indonesia "Karya Ilmiah"power point bahasa indonesia "Karya Ilmiah"
power point bahasa indonesia "Karya Ilmiah"baimmuhammad71
 
HAK DAN KEWAJIBAN WARGA NEGARA ppkn i.ppt
HAK DAN KEWAJIBAN WARGA NEGARA ppkn i.pptHAK DAN KEWAJIBAN WARGA NEGARA ppkn i.ppt
HAK DAN KEWAJIBAN WARGA NEGARA ppkn i.pptnabilafarahdiba95
 
Stoikiometri kelas 10 kurikulum Merdeka.ppt
Stoikiometri kelas 10 kurikulum Merdeka.pptStoikiometri kelas 10 kurikulum Merdeka.ppt
Stoikiometri kelas 10 kurikulum Merdeka.pptannanurkhasanah2
 
Modul Projek - Batik Ecoprint - Fase B.pdf
Modul Projek  - Batik Ecoprint - Fase B.pdfModul Projek  - Batik Ecoprint - Fase B.pdf
Modul Projek - Batik Ecoprint - Fase B.pdfanitanurhidayah51
 
Lingkungan bawah airLingkungan bawah air.ppt
Lingkungan bawah airLingkungan bawah air.pptLingkungan bawah airLingkungan bawah air.ppt
Lingkungan bawah airLingkungan bawah air.pptimamshadiqin2
 
Sesi 1_PPT Ruang Kolaborasi Modul 1.3 _ ke 1_PGP Angkatan 10.pptx
Sesi 1_PPT Ruang Kolaborasi Modul 1.3 _ ke 1_PGP Angkatan 10.pptxSesi 1_PPT Ruang Kolaborasi Modul 1.3 _ ke 1_PGP Angkatan 10.pptx
Sesi 1_PPT Ruang Kolaborasi Modul 1.3 _ ke 1_PGP Angkatan 10.pptxSovyOktavianti
 
Membaca dengan Metode Fonik - Membuat Rancangan Pembelajaran dengan Metode Fo...
Membaca dengan Metode Fonik - Membuat Rancangan Pembelajaran dengan Metode Fo...Membaca dengan Metode Fonik - Membuat Rancangan Pembelajaran dengan Metode Fo...
Membaca dengan Metode Fonik - Membuat Rancangan Pembelajaran dengan Metode Fo...MuhammadSyamsuryadiS
 
SEJARAH PERKEMBANGAN KEPERAWATAN JIWA dan Trend Issue.ppt
SEJARAH PERKEMBANGAN KEPERAWATAN JIWA dan Trend Issue.pptSEJARAH PERKEMBANGAN KEPERAWATAN JIWA dan Trend Issue.ppt
SEJARAH PERKEMBANGAN KEPERAWATAN JIWA dan Trend Issue.pptAlfandoWibowo2
 
Aksi Nyata PMM Topik Refleksi Diri (1).pdf
Aksi Nyata PMM Topik Refleksi Diri (1).pdfAksi Nyata PMM Topik Refleksi Diri (1).pdf
Aksi Nyata PMM Topik Refleksi Diri (1).pdfEniNuraeni29
 

Dernier (20)

Bab 4 Persatuan dan Kesatuan di Lingkup Wilayah Kabupaten dan Kota.pptx
Bab 4 Persatuan dan Kesatuan di Lingkup Wilayah Kabupaten dan Kota.pptxBab 4 Persatuan dan Kesatuan di Lingkup Wilayah Kabupaten dan Kota.pptx
Bab 4 Persatuan dan Kesatuan di Lingkup Wilayah Kabupaten dan Kota.pptx
 
Refleksi Mandiri Modul 1.3 - KANVAS BAGJA.pptx.pptx
Refleksi Mandiri Modul 1.3 - KANVAS BAGJA.pptx.pptxRefleksi Mandiri Modul 1.3 - KANVAS BAGJA.pptx.pptx
Refleksi Mandiri Modul 1.3 - KANVAS BAGJA.pptx.pptx
 
DEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 CGP 10.pptx
DEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 CGP 10.pptxDEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 CGP 10.pptx
DEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 CGP 10.pptx
 
Salinan dari JUrnal Refleksi Mingguan modul 1.3.pdf
Salinan dari JUrnal Refleksi Mingguan modul 1.3.pdfSalinan dari JUrnal Refleksi Mingguan modul 1.3.pdf
Salinan dari JUrnal Refleksi Mingguan modul 1.3.pdf
 
Modul Ajar Bahasa Inggris - HOME SWEET HOME (Chapter 3) - Fase D.pdf
Modul Ajar Bahasa Inggris - HOME SWEET HOME (Chapter 3) - Fase D.pdfModul Ajar Bahasa Inggris - HOME SWEET HOME (Chapter 3) - Fase D.pdf
Modul Ajar Bahasa Inggris - HOME SWEET HOME (Chapter 3) - Fase D.pdf
 
CAPACITY BUILDING Materi Saat di Lokakarya 7
CAPACITY BUILDING Materi Saat di Lokakarya 7CAPACITY BUILDING Materi Saat di Lokakarya 7
CAPACITY BUILDING Materi Saat di Lokakarya 7
 
Bab 7 - Perilaku Ekonomi dan Kesejahteraan Sosial.pptx
Bab 7 - Perilaku Ekonomi dan Kesejahteraan Sosial.pptxBab 7 - Perilaku Ekonomi dan Kesejahteraan Sosial.pptx
Bab 7 - Perilaku Ekonomi dan Kesejahteraan Sosial.pptx
 
Membuat Komik Digital Berisi Kritik Sosial.docx
Membuat Komik Digital Berisi Kritik Sosial.docxMembuat Komik Digital Berisi Kritik Sosial.docx
Membuat Komik Digital Berisi Kritik Sosial.docx
 
Materi Sosialisasi US 2024 Sekolah Dasar pptx
Materi Sosialisasi US 2024 Sekolah Dasar pptxMateri Sosialisasi US 2024 Sekolah Dasar pptx
Materi Sosialisasi US 2024 Sekolah Dasar pptx
 
MODUL AJAR IPAS KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA
MODUL AJAR IPAS KELAS 6 KURIKULUM MERDEKAMODUL AJAR IPAS KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA
MODUL AJAR IPAS KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA
 
Sosialisasi PPDB SulSel tahun 2024 di Sulawesi Selatan
Sosialisasi PPDB SulSel tahun 2024 di Sulawesi SelatanSosialisasi PPDB SulSel tahun 2024 di Sulawesi Selatan
Sosialisasi PPDB SulSel tahun 2024 di Sulawesi Selatan
 
power point bahasa indonesia "Karya Ilmiah"
power point bahasa indonesia "Karya Ilmiah"power point bahasa indonesia "Karya Ilmiah"
power point bahasa indonesia "Karya Ilmiah"
 
HAK DAN KEWAJIBAN WARGA NEGARA ppkn i.ppt
HAK DAN KEWAJIBAN WARGA NEGARA ppkn i.pptHAK DAN KEWAJIBAN WARGA NEGARA ppkn i.ppt
HAK DAN KEWAJIBAN WARGA NEGARA ppkn i.ppt
 
Stoikiometri kelas 10 kurikulum Merdeka.ppt
Stoikiometri kelas 10 kurikulum Merdeka.pptStoikiometri kelas 10 kurikulum Merdeka.ppt
Stoikiometri kelas 10 kurikulum Merdeka.ppt
 
Modul Projek - Batik Ecoprint - Fase B.pdf
Modul Projek  - Batik Ecoprint - Fase B.pdfModul Projek  - Batik Ecoprint - Fase B.pdf
Modul Projek - Batik Ecoprint - Fase B.pdf
 
Lingkungan bawah airLingkungan bawah air.ppt
Lingkungan bawah airLingkungan bawah air.pptLingkungan bawah airLingkungan bawah air.ppt
Lingkungan bawah airLingkungan bawah air.ppt
 
Sesi 1_PPT Ruang Kolaborasi Modul 1.3 _ ke 1_PGP Angkatan 10.pptx
Sesi 1_PPT Ruang Kolaborasi Modul 1.3 _ ke 1_PGP Angkatan 10.pptxSesi 1_PPT Ruang Kolaborasi Modul 1.3 _ ke 1_PGP Angkatan 10.pptx
Sesi 1_PPT Ruang Kolaborasi Modul 1.3 _ ke 1_PGP Angkatan 10.pptx
 
Membaca dengan Metode Fonik - Membuat Rancangan Pembelajaran dengan Metode Fo...
Membaca dengan Metode Fonik - Membuat Rancangan Pembelajaran dengan Metode Fo...Membaca dengan Metode Fonik - Membuat Rancangan Pembelajaran dengan Metode Fo...
Membaca dengan Metode Fonik - Membuat Rancangan Pembelajaran dengan Metode Fo...
 
SEJARAH PERKEMBANGAN KEPERAWATAN JIWA dan Trend Issue.ppt
SEJARAH PERKEMBANGAN KEPERAWATAN JIWA dan Trend Issue.pptSEJARAH PERKEMBANGAN KEPERAWATAN JIWA dan Trend Issue.ppt
SEJARAH PERKEMBANGAN KEPERAWATAN JIWA dan Trend Issue.ppt
 
Aksi Nyata PMM Topik Refleksi Diri (1).pdf
Aksi Nyata PMM Topik Refleksi Diri (1).pdfAksi Nyata PMM Topik Refleksi Diri (1).pdf
Aksi Nyata PMM Topik Refleksi Diri (1).pdf
 

Kkbi murid & alam belajar part esei

  • 1. PENGURUSAN SUMBER MIKRO DAN MAKRO PENDIDIKAN ISLAM – PIM 3109 i KANDUNGAN SOALAN TUGASAN iii PENGHARGAAN iv PEENDAHULUAN vi 1.0 KONSEP MAIN DALAM BELAJAR 1 1.1 DEFINISI MAIN 2 1.2 KEPENTINGAN BERMAIN 4 1.2.1 KEPENTINGAN BERMAIN BAGI PERKEMBANGAN FIZIKAL 4 1.2.2 KEPENTINGAN BERMAIN BAGI PERKEMBANGAN SOSIAL DAN EMOSI 5 1.2.3 KEPENTINGAN BERMAIN BAGI PERKEMBANGAN KOGNITIF 5 1.3 PERANAN GURU DALAM KAEDAH BERMAIN 7 2.0 JENIS DAN KATEGORI PERMAINAN 9 3.0 PERMAINAN DAM ULAR 10 3.1 UNDANG-UNDANG PERMAINAN DAM ULAR 11 3.2 KAITAN PERMAINAN DAM ULAR DENGAN TEORI PEMBELAJARAN 12 3.3 APLIKASI PERMAINAN ‘DAM JAWI’ UNTUK KEBERKESANAN PROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN 17
  • 2. PENGURUSAN SUMBER MIKRO DAN MAKRO PENDIDIKAN ISLAM – PIM 3109 ii 4.0 INOVASI PERMAINAN DALAM MATAPELAJARAN PENDIDIKAN ISLAM SEKOLAH RENDAH (PELAJARAN JAWI) 19 4.1 CARA-CARA MENGGUNAKAN ‘DAM JAWI’ DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN 23 5.0 PERANAN PERMAINAN DAM JAWI UNTUK MERANGSANG MOTIVASI MURID SECARA INTRINSIK DAN EKSTRINSIK 32 6.0 PENGHASILAN KLIP VIDEO – DAM JAWI 36 KESIMPULAN 37 REFLEKSI SYED FAHMI AKMAL BIN SYED ISA 38 MOHAMAD FARHAN BIN ABDULLAH 42 RUJUKAN 46 LAMPIRAN 50
  • 3. PENGURUSAN SUMBER MIKRO DAN MAKRO PENDIDIKAN ISLAM – PIM 3109 iii SOALAN TUGASAN
  • 4. PENGURUSAN SUMBER MIKRO DAN MAKRO PENDIDIKAN ISLAM – PIM 3109 iv PENGHARGAAN ‫ﺑﺴﻢ‬‫ا‬‫ﻟﻠﻪ‬‫ا‬‫ﻟﺮﺣﻤﻦ‬‫ا‬‫ﻟﺮﺣﻴﻢ‬... Syukur ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan limpah dan kurnianya kami dapat menyempurnakan Kerja Kursus Berasaskan Ilmu (KKBI) PIM 3019 – Pengurusan Sumber dan Pengajaran Mikro, Makro Pendidikan Islam ini. Pertama sekali saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada pensyarah kami iaitu Ustaz Adnan kerana telah memberi tunjuk ajar dan berkongsi maklumat kepada kami dan rakan-rakan sepanjang penghasilan kerja kursus ini. Seterusnya kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada rakan- rakan PISMP Pendidikan Islam 2 Semester 5 kerana telah membantu kami dalam mencari maklumat sepanjang penghasilan projek ini dan juga sokongan moral yang diberikan. Tidak dilupakan juga kepada ibu bapa kami yang yang turut memberi sokongan moral dan membantu kami dari segi kewangan dan sokongan moral untuk menyempurnakan kerja kursus ini. Tidak dilupakan kepada Kementerian Pelajaran Malaysia atas tajaan pembiayaan pelajaran kami sepanjang di IPG ini. Tidak dilupakan kepada pihak pentadbiran dan kakitangan serta guru-guru Sekolah Kebangsaan Bandar Dungun, Dungun, Terengganu atas kerjasama yang diberikan dalam menyiapkan tugasan ini sepanjang Praktikum yang berlangsung sebulan bermula 12 April hingga 7 Mei baru-baru ini. Kami juga ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak Institut Pendidikan Guru Kampus Dato’ Razali Ismail kerana kemudahan yang diberikan iaitu seperti kemudahan bahan rujukan di Perpustakaan Ibnu Sina dan sebagainya. Kami juga ingin mengucapkan terima kasih kepada Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Terengganu dan Perbadanan Perpustakaan Awam
  • 5. PENGURUSAN SUMBER MIKRO DAN MAKRO PENDIDIKAN ISLAM – PIM 3109 v Negeri Kedah kerana telah membantu kami dalam mendapatkan bahan-bahan rujukan untuk menyiapkan tugasan ini. Pulau Pandan jauh ketengah, Gunung Daik bercabang tiga; Hancur badan dikandung tanah, Budi yang baik dikenang juga
  • 6. PENGURUSAN SUMBER MIKRO DAN MAKRO PENDIDIKAN ISLAM – PIM 3109 vi PENDAHULUAN Bermain ialah apa-apa kegiatan yang memberikan kegembiraan dan kepuasan kepada kanak-kanak tanpa menimbangkan apakah hasil kegiatan itu. Bermain bukan satu kegiatan yang dipaksa tetapi ia merupakan fitrah semula jadi kanak- kanak dalam proses mereka berkembang. Bagi kanak-kanak, bermain merupakan aktiviti di dalam kehidupan seharian mereka. Melalui aktiviti bermain kanak-kanak belajar berkenaan diri dan alam persekitarannya. Dalam konteks pendidikan prasekolah, bermain ialah satu proses pembelajaran yang terancang dan berstruktur dalam memberi peluang kepada murid untuk belajar dalam suasana yang informal, menyeronokkan, bebas dan selamat. Melalui bermain, kanak-kanak berinteraksi dengan bahan, orang lain atau secara bersendirian. Kanak-kanak merasa terhibur apabila mereka bermain. Bermain adalah satu bentuk kesenian kanak-kanak. Ia merupakan saluran untuk melahirkan perasaan dan punca untuk mendapatkan kegembiraan dan keseronokan. Banyak tokoh ahli Psikologi kanak-kanak yang menekankan kepentingan bermain kepada kanak-kanak termasuklah Montessori yang menganggap permainan adalah pekerjaan kanak-kanak. Beliau berpendapat bahawa semua kanak-kanak suka belajar melalui bermain. Friedrich Wilhelm Froebel (1782– 1852) yang digelar ‘father of kindegarten’ telah meneroka dan membina satu sistem pendidikan awal kanak-kanak yang berasaskan kepada konsep belajar melalui bermain. Beliau percaya bermain adalah asas untuk kanak-kanak mempelajari sesuatu. Froebel juga yakin permainan yang sesuai dapat membantu kanak-kanak berfikir dan mampu memberi keseronokan, kebebasan, kepuasan, kerehatan dalaman dan luaran serta kedamaian di dalam dunia kanak-kanak. Beliau percaya bahawa kanak-kanak belajar dari persekitarannya dan pembentukan peribadi di pengaruhi oleh cara kanak-kanak bermain. Alat- alat permainan yang digunakan oleh kanak-kanak perlu dipilih dengan teliti bagi tujuan untuk menyokong perkembangan kanak-kanak.
  • 7. PENGURUSAN SUMBER MIKRO DAN MAKRO PENDIDIKAN ISLAM – PIM 3109 vii Mengikut Vygotsky (1967) main membantu perkembangan bahasa dan pemikiran. Struktur otak akan membentuk melalui penggunaan simbol dan alat, ia juga membantu dalam pembentukan ini. Main juga memberi kebebasan kepada kanak-kanak untuk meluahkan tekanan dalam menghadapi dunia sebenar. Dalam cara ini kanak-kanak dapat mengawal situasi dan menyesuaikannya dalam dunia sebenar. Mereka dibenarkan untuk memperoleh proses pemikiran yang tinggi melalui bermain. Sigmun Freud (1968) memandang main sebagai suatu cara untuk mengurangkan emosi kebimbangan, dan mengawal emosi dengan melepaskan tindakan dalam dunia khayalan. Maka, main memainkan peranan yang penting dalam perkembangan emosi dan sosial kanak-kanak. Begitu juga dengan Jean Piaget (1962) yang berpendapat bahawa tujuan main ialah menggerakkan perkembangan kognitif kanak-kanak, di samping memperkukuhkan pembelajaran yang baru dijalankan dalam suasana yang tenang. Secara asasnya, tugasan kali ini akan membincangkan bagaimana permainan yang telah diinovasikan dapat meningkatkan motivasi murid secara instrinsik dan ekstrinsik dan juga penghasilan video mengenai langkah-kangkah permainan yang telah diinovasikan tersebut.
  • 8. PENGURUSAN SUMBER MIKRO DAN MAKRO PENDIDIKAN ISLAM – PIM 3109 1 1.0 KONSEP MAIN DALAM BELAJAR Bermain adalah satu aktiviti semulajadi dan keperluan bagi setiap kanak-kanak. Mereka belajar dan meneroka melalui aktiviti bermain kerana imaginasi mereka yang tinggi (Morrison, 2000; & Spodek, 1973) dan sejak bayi lagi mereka sudah cenderung untuk memanipulasikan anggota badan mereka sendiri, (Piaget, 1962). Bermain adalah satu aktiviti yang simbolik dan memberi makna kepada kanak-kanak, aktif serta bebas untuk meneroka dan menjelajah persekitarannya, mendapat keseronokan dan segala undang-undang permainan kanak-kanak yang tentukan sendiri sesuai dengan aktiviti yang mereka main.(Isenberg and Jolongo, 1997). Bermain merupakan hak yang seharusnya diberikan kepada kanak-kanak. Ibu bapa, guru, pengusaha tadika atau taska dan juga masyarakat perlu memainkan peranan penting dalam usaha agar kanak-kanak ini mendapatkan hak tersebut. Bagi tujuan ini, Huraian Kurikulum Pendidikan Prasekolah Kebangsaan (2003) telah memberi penekanan tentang pendekatan belajar melalui bermain dalam proses pengajaran dan pembelajaran di prasekolah. Aktiviti bermain merupakan satu aktiviti yang menjadi fitrah bagi kanak-kanak. Mereka akan meneroka, menjelajah, inkuiri penemuan dan pembinaan melalui pengalaman langsung secara semula jadi.
  • 9. PENGURUSAN SUMBER MIKRO DAN MAKRO PENDIDIKAN ISLAM – PIM 3109 2 1.1 DEFINISI MAIN Permainan adalah satu gerak kerja rangsangan yang menggembirakan seseorang. Permainan juga ialah suatu gerak kerja yang mengembangkan fizikal dan mental mengikut peraturan-peraturan tertentu. Kanak-kanak lebih tertarik dan sangat berminat membuat sesuatu aktiviti atau penyelesaian masalah dengan cara bermain. Permainan selalunya dikaitkan dengan kanak- kanak yang dianggap oleh orang dewasa sebagai satu perbuatan yang membuang masa dan tidak produktif. Sebaliknya jika kita kaji, permainan adalah satu aktiviti yang dapat membantu kanak-kanak dalam perkembangan sahsiah pertumbuhan fizikal dan ia adalah keperluan khas kanak-kanak. Mengikut Kamus Dewan ‘bermain’ adalah suatu yang dilakukan oleh seseorang untuk bersenang lenang dan bersuka-suka dengan menggunakan alatan ataupun tidak.Permainan selalunya digunakan sebagai alat hiburan dan keseronokan semasa mempelajari sesuatu kemahiran. Semasa bermain mereka menggunakan pancaindera dan minda, yang tidak secara langsung menuju ke arah pembelajaran menyelesaikan masalah. Bermain menampakkan suatu proses yang mendatangkan kesukaan. Dengan kata lain kanak-kanak itu akan membuat sesuatu kerana ia suka berbuat demikian dan berhenti apabila dia telah bosan, maka aktiviti-aktiviti tersebut boleh dikatakan bermain. Caplan and Caplan (1973), mentakrifkan bermain sebagai penentu penting bagi perkembangan sahsiah, daya cipta, kestabilan emosi, perkembangan sosial dan intelek. Aktiviti-aktiviti bermain dapat memperkembangkan kekuatan fizikal, koordinasi dan ketangkasan. Apabila konsep main dicantumkan dengan belajar, maka ia menjadi ‘belajar melalui bermain’. Sebagai contoh apabila kanak-kanak itu bermain sesuatu permainan sahibba, mereka dapat membina dan menambah perbendaharaan kata dan aktiviti matematik iaitu menjumlah setiap markah yang di perolehi. Sahsiah yang
  • 10. PENGURUSAN SUMBER MIKRO DAN MAKRO PENDIDIKAN ISLAM – PIM 3109 3 baik juga terbentuk melalui kerjasama, toleransi, saling hormat menghormati dan bersedia menerima kekalahan. Pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan di sekolah-sekolah hanya sehala dan tidak begitu praktikal serta kurang mencapai matlamat yang dikehendaki. Penglibatan aktif sama ada daripada guru atau murid lebih berkesan dalam menyampaikan sesuatu kemahiran. Murid-murid akan mudah memahami sesuatu konsep baru yang diperkenalkan, apabila mereka melakukannya sendiri. Sebenarnya permainan ini telah wujud sejak zaman purba. Kajian-kajian yang dibuat di negara barat telah menunjukkan bahawa bahan permainan dalam bilik darjah boleh meningkatkan minat murid terhadap mata pelajaran sambil meningkatkan pencapaian mereka dalam mata pelajaran lain. Dengan kata lain, semasa mereka bermain, konsep-konsep pembelajaran dapat diserapkan tanpa mereka sedari dalam suasana yang gembira dan tanpa tekanan. Dengan ‘belajar melalui bermain’ murid-murid tidak akan cepat bosan mempelajari sesuatu malah dapat meningkatkan lagi minat belajar.
  • 11. PENGURUSAN SUMBER MIKRO DAN MAKRO PENDIDIKAN ISLAM – PIM 3109 4 1.2 KEPENTINGAN BERMAIN 1.2.1 KEPENTINGAN BERMAIN BAGI PERKEMBANGAN FIZIKAL Melalui bermain kemahiran psikomotor akan terbina. Kemahiran fizikal yang berkenaan adalah berlari, melompat, memanjat, mengimbang, mengayuh basikal, bermain bola, menendang, menyambut dan membaling bola. Permainan biasanya melibatkan aktiviti fizikal yang berhubung rapat dengan perkembangan kanak-kanak dari aspek motor kasar dan motor halus serta kesedaran tentang badan mereka. Kanak-kanak berasa seronok dan gembira sewaktu aktif menggunakan bahagian-bahagian anggota badan mereka untuk bersenam. Ini membolehkan kanak-kanak meningkatkan kemahiran yang membolehkan mereka berasalebih selamat, lebih yakin, dan boleh berdikari. Dalam masyarakat di mana kanak-kanak menghadapi tekanan, keyakinan dan sikap bersaing untuk berjaya dalam segala bidang amat diperlukan (Berk, 1995; Fromberg, 2002; Holmes & Geiger, 2002; Mccune & Zanes,2001: Murata & Maeda, 2002; Santrock, 2003).
  • 12. PENGURUSAN SUMBER MIKRO DAN MAKRO PENDIDIKAN ISLAM – PIM 3109 5 1.2.2 KEPENTINGAN BERMAIN BAGI PERKEMBANGAN SOSIAL DAN EMOSI Dalam kehidupan sosial kanak-kanak, bermain adalah pencetus kepada pembentukan perkembangan serta kemahiran sosial dan emosi kanak. Sebagai contoh kanak-kanak dari pelbagai umur perlu bersosialisasi, sebagai peyumbang dalamkebudayaan masing-masing. Kajian (Rubin & Howe 1986; Creasey, Jarvis, & Berk, 1998) menunjukkan bahawa bermain dengan individu lain memberi peluang kepada kanak-kanakuntuk menyesuaikan perlakuan mereka dengan orang lain dan memberikan pendapatmereka sendiri. Main dikatakan dapat memberi kanak-kanak pengalaman yang kaya untukmeningkatkan kemahiran bersosial, mempunyai sensitiviti nilai dan keperluan orang lain,mengawal emosi, belajar mengawal diri sendiri dan juga boleh berkongsi kuasa. 1.2.3 KEPENTINGAN BERMAIN BAGI PERKEMBANGAN KOGNITIF Kajian telah menunjukkan perhubungan yang positif antara bermain dan pembelajaran kanak-kanak ( Kumar & Harizuka,1998: Lieberman, 1977). Mereka telah mengenalpasti kemajuan dalam penumpuan, kemahiran kesediaan, dan sikap kreativiti serta pemikiran. Oleh itu, jelas menunjukkan bahawa proses pembelajaran yang melibatkan operasi mental mengikut teori pembelajaran kognitif seperti Gagne, Ausubel dan Bruner ada kepentingannya di dalam aktiviti bermain. Terdapat banyak lagi kepentingan bermain contohnya dalam perkembangan bahasa. Apapun jika bermain setakat untuk digunakan sebagai alat bermain dan bukan alat pembelajaran tidak akan meninggalkan kesan positif dalam proses pengajaran dan pembelajaran kanak-kanak. Guru harus memainkan peranan
  • 13. PENGURUSAN SUMBER MIKRO DAN MAKRO PENDIDIKAN ISLAM – PIM 3109 6 yang penting dalam memberi panduan yang sepatutnya agar melalui bermain boleh menghasilkan pembelajaran optima kepada kanak-kanak.
  • 14. PENGURUSAN SUMBER MIKRO DAN MAKRO PENDIDIKAN ISLAM – PIM 3109 7 1.3 PERANAN GURU DALAM KAEDAH BERMAIN Menurut Morison ( 1995 ) dalam penulisannya menegaskan bahawa dalam menjayakan sesuatu permainan dipusat-pusat persekolahan, guru memainkan peranan yang penting untuk mencipta persekitaran dan juga merangsang serta memperkembangkan daya berfikir kanak-kanak. Menurut Joan Packer Isenberg dan Mary Renck Jalongo (2003), sebagai langkah awal, untuk memastikan aktiviti bermain dapat digunakan dengan lebih berkesan, guru-guru perlu menyediakan diri terhadap realiti dalam pengajaran seperti : • Menyedari bahawa guru prasekolah akan dikelilingi oleh budaya yang pelbagai dan kemahuan-kemahuan dari pelbagai kumpulan kanak-kanak. • Menyedari bahawa mengurus bilik darjah akan memerlukan keupayaan untuk melakukan pelbagai perkara serentak, membuat beribu keputusan serta merta setiap hari dan berupaya menyesuaikan diri secepatnya dan menjadi fleksibel kepada perubahan. • Memahami bahawa mereka terpaksa meringkaskan pengalaman yang tidak langsung dan menjadikan ianya berguna dan bermakna serta menyeronokkan kepada kanak-kanak terutama kanak-kanak yang mempunyai latar belakang pendidikan yang agak kurang baik dan juga tidak dapat memenuhi keperluan asas mereka. • Mengetahui bahawa guru akan memasuki satu profesion yang kadang-kala mempengaruhi emosi dalam bidang yang mencabar ini terutama dalam hubungan interpersonal. Mereka mungkin merasa cepat letih terutama dari segi minda terhadap pelbagai program yang direncana dan dilaksanakan serentak.
  • 15. PENGURUSAN SUMBER MIKRO DAN MAKRO PENDIDIKAN ISLAM – PIM 3109 8 Guru yang terbaik adalah seseorang yang paling cepat belajar. Kecuali guru itu seorang yang ‘belajar sepanjang hayat’, di mana sentiasa mengambil berat terhadap kemajuan dan perkembangan profesionalisme dan menjadi seorang model kepada para pelajar iaitu kanak-kanak akan mencontohi guru dan keberkesanan ini lambat laun akan berkurangan.
  • 16. PENGURUSAN SUMBER MIKRO DAN MAKRO PENDIDIKAN ISLAM – PIM 3109 9 1.0 JENIS DAN KATEGORI PERMAINAN Rakyat Malaysia kaya dengan warisan tradisi bangsanya yang masih wujud. Khazanah bangsa yang ada dipelihara dan dipulihara bahkan diamalkan sebagai suatu khazanah yang terus mekar dan segar. Permainan Tradisi ini boleh dibahagikan kepada dua jenis iaitu Permainan Anjung dan Permainan Laman. Permainan Anjung merupakan permainan yang mudah dan sering dimainkan di anjung-anjung rumah sahaja dan memerlukan pergerakan yang terbatas. Contohnya; batu seremban, congkak, dam dan sebagainya. Manakala permainan laman pula terdiri daripada jenis permainan yang memerlukan kawasan yang luas, pergerakan yang lincah dan aktif seperti galah panjang, sepak raga, konda-kondi dan sebagainya. Untuk tugasan pada kali ini, kami memilih dam sebagai permainan pilihan dan kami fokuskan kepada permainan dam ular. Permainan dam tergolong dalam jenis permainan anjung. Kebiasaannya, individu yang ingin beralih angin dan menghayati permainan yang tidak lasak dan tidak menggunakan tenaga fizikal tetapi mahu menguji kecerdasan minda mereka akan memilih permainan ini. Permainan ini adalah pembelajaran yang berpusatkan murid-murid. Permaianan yang berpusatkan murid-murid seperti ini akan menggalakkan penglibatan murid secara aktif dan guru hanya bertindak sebagai fasilitator. Penglibatan aktif ini membangunkan emosi, kemahiran sosial, fizikal serta kognitif kanak-kanak.
  • 17. PENGURUSAN SUMBER MIKRO DAN MAKRO PENDIDIKAN ISLAM – PIM 3109 10 2.0 PERMAINAN DAM ULAR Permainan dam ular dilihat sebagai satu permainan yang sangat sesuai untuk diaplikasikan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Permainan dam adalah nama sejenis permainan papan. Permainan dam datangnya daripada sejenis permainan paling lama yang dikenali Alquerque. Terdapat beberapa jenis permainan dam papan seperti dam haji, catur dan dam ular. Menurut kamus Wikipedia, permainan dam ular telah diperkenalkan sekitar tahun 1870. Permainan dam ular tangga ini akan dimainkan oleh dua orang atau lebih. Papan permainan dibahagi dalam kotak-kotak kecil dan diberi di beberapa kotak tersebut terdapat sejumlah ular dan tangga yang menghubungkannya dengan kotak lain. Menurut sejarah, Dam Ular adalah permainan yang diperkenalkan dan dimain oleh orang-orang India sejak dahulu kala. Di India, Dam Ular popular dengan nama Moksha Patamu yang diberikan oleh guru spiritual Hindu. Permainan ini disebut ‘Leela’ dan mencerminkan kehidupan Hindu dalam mengharungi kehidupan harian. Nama lainnya ialah tangga keselamatan yang telah dibawa ke Victoria Inggeris iaitu versi baru yang telah diperkenalkan oleh John Jacques pada tahun 1892. Selepas itu, Dam Ular dibawa ke Amerika oleh seorang pembuat mainan bernama Milton Bradley pada tahun 1943 dan telah diberi nama ‘Snakes and Ladder’ yang beerti ‘Tangga Ular’. Moksha Patam dikaitkan dengan falsafah Tradisional Hindu bererti ‘Karma dan Kama’ atau yang bermaksud dengan ‘Takdir dan Keinginan’. Permainan ini juga berkaitan dengan pembelajaran kesan daripada berbuat baik dan buruk. Tangga mewakili kebaikan seperti kemurahan hati, iman, dan kerendahan hari manakaa ular mewakili keburukan dan kejahatan seperti nafsu, kemarahan, pembunuhan dan kecurian. Moral pengajaran daripada permainan ini adalah
  • 18. PENGURUSAN SUMBER MIKRO DAN MAKRO PENDIDIKAN ISLAM – PIM 3109 11 Moksh, seseorang dapat mencapai keselamatan melalui berbuat baik. Sementara itu, dengan melakukan sesuatu yang jahat akan mengalami kelahiran semula ke bentuk kehidupan yang rendah. 2.1 UNDANG-UNDANG PERMAINAN DAM ULAR  Pemain terdiri daripada dua orang atau lebih.  Setiap pemain perlu menggunakan buah dadu untuk menentukan kedudukannya. Pemain yang mendapat bilangan yang paling tinggi akan mendahului giliran.  Pergerakan dalam permainan ini juga ditentukan oleh bilangan nombor yang diperoleh pemain sewaktu membaling dadu.  Jika pemain mendapat bilangan enam pada dadu, pemain tersebut berpeluang melontar buah dadu sekali lagi.  Pemain perlu menaik petak mengikut tangga dan turun petak mengikut badan ular yang telah ditetapkan.  Pemain yang lebih dahulu sampai ke angka penamat dikira sebagai pemenang.
  • 19. PENGURUSAN SUMBER MIKRO DAN MAKRO PENDIDIKAN ISLAM – PIM 3109 12 2.2 KAITAN PERMAINAN DAM ULAR DENGAN TEORI PEMBELAJARAN Permainan Dam Ular yang diberi nama ‘Dam Jawi’ ini mempunyai kaitan dengan teori pembelajaran konstruktivisme. Teori pembelajaran konstruktivisme ini diasaskan oleh dua orang tokoh iaitu Jean Piaget dan Lev Vygotsky. Teori yang dikemukakan oleh Jean Piaget dikenali sebagai konstruktivisme psikologi / individu / kognitif, manakala teori yang dianjurkan oleh Lev Vygotsky ialah konstruktivisme sosial. Mengikut teori ini, ilmu pengetahuan dibina melalui proses saling pengaruh di antara pembelajaran terdahulu dengan pembelajaran terbaru yang berkaitan. Di bawah proses pembelajaran, pelajar membina ilmu pengetahuan dengan melibatkan dirinya secara aktif, menggunakan cara membanding maklumat baru dengan pengalaman yang sedia ada supaya menyelesaikan sebarang perselisihan yang timbul dengan tujuan mencapai kefahaman terhadap maklumat baru. Dalam teori konstruktivisme, murid tidak lagi dianggap belajar daripada apa yang diberikan oleh guru tetapi pelajar secara aktif membina realiti mereka sendiri dan pada masa yang sama mengubahsuai realiti tersebut (Dick 1997). Dick (1997) turut menyatakan bahawa konstruktivisme hanya mencadangkan kaedah dalam mana persekitaran pembelajaran boleh disusun atur dan diurus supaya dapat membekalkan murid dengan konteks terbaik untuk belajar. Golongan konstruktivisme juga menyatakan bahawa ilmu adalah satu entiti yang dibina oleh setiap murid melalui proses pembelajaran (Briner 1999). Golongan konstruktivisme juga percaya ilmu adalah sesuatu yang tidak boleh dipindahkan tetapi ianya dibina oleh setiap murid. Menurut Vygotsky, perkembangan konsep kanak-kanak berkembang secara sistematis, logikal serta rasional dengan bantuan dan bimbingan verbal
  • 20. PENGURUSAN SUMBER MIKRO DAN MAKRO PENDIDIKAN ISLAM – PIM 3109 13 orang lain. Lantaran itu, konteks sosial memainkan peranan utama dalam pembelajaran. Justeru, teori konstruktivisme sosial melihat pembelajaran manusia dalam konteks sosio-budaya. Dalam konteks sosial inilah individu berkongsi dan saling membina pengetahuan baru. Penglibatan dengan orang lain memberikan peluang kepda pelajar untuk menilai dan meningkatkan pengetahuan diri memandangkan mereka terdedah kepada pemikiran orang lain dan berkongsi membina pemahaman (Gauvain, 2001). Vygotsky beranggapan pembelajaran dapat berlaku melalui bermain, penyampaian secara formal atau kerjasama antara pelajar dengan pelajar yang lebih berpengalaman. Antara pandangan konstruktivisme yang mempunyai perkaitan dengan permainan ‘Dam Jawi’ ini adalah : 1) Pengalaman berjaya dan keyakinan diri mempengaruhi motivasi untuk belajar. 2) Guru berperanan sebagai fasilitator, 3) Pembelajaran berlaku dalam situasi sosial yang aktif. 4) Kolaborasi dan interaksi guru, bahan dan pelajar penting dalam memastikan pembelajaran berlaku. 5) Pembelajaran berasaskan konteks penting dan memudahkan pelajar mengalami pembelajaran yang bermakna. Menurut Vygotsky lagi, isi pelajaran mudah dikuasai pelajar jika berasaskan skema atau pengetahuan sedia ada. Zon perkembangan terdekat (ZPD) merujuk kepada tugas pembelajaran yang sukar dilakukan sendiri oleh pelajar, tetapi dapat menguasainya dengan bimbingan orang lain yang lebih mahir. Sekiranya pelajar dapat melakukannya sendiri, isi pelajaran tersebut dikatakan berada pada zon bawah. Sebaliknya jika pelajar dapat menguasai tugasan dengan bimbingan orang lain, tugasan tersebut berada dalam ZPD. Bagi membantu pelajar menguasai isi pelajaran yang berada dalam ZPD, teknik
  • 21. PENGURUSAN SUMBER MIKRO DAN MAKRO PENDIDIKAN ISLAM – PIM 3109 14 scaffholding diperkenalkan, iaitu proses membimbing dan membantu pembelajaran. Antara aplikasi scaffholding yang dicadangkan oleh Ormrod (2008) kepada guru yang terdapat dalam permainan ‘Dam Jawi’ ini adalah : 1) Meminta pelajar mengingat semula pelajaran yang dipelajari sebelum ini dan mengaplikasikannya dalam permainan dam jawi. Konsep aplikasi ini digunakan ketika pelajar cuba menyelesaikan masalah penulisan jawi dalam soalan yang disediakan di dalam dam. 2) Galakkan pelajar beri jawapan yang munasabah dengan membina ayat yang sesuai dengan gambar yang disediakan di dalam ‘Dam Jawi’. Konsep aplikasi ini dapat dilihat ketika pelajar mencuba sedaya upaya untuk memberikan jawapan yang tepat kerana jika jawapan yang diberikan salah, mereka akan dibantu untuk menjawab soalan tersebut dengan betul. 3) Guna analogi untuk membantu pelajar mengaitkan konsep dan idea baharu kepada pengetahuan sedia ada mereka. Dalam permainan ‘Dam Jawi’ ini, soalan yang diberikan oleh guru bertindak sebagai “konsep” manakala dengan menggunakan pengetahuan sedia ada, murid akan cuba mengeluarkan idea baharu dan kreatif untuk membina ayat mengenai gambar yang dipaparkan diatas dam. Permaian ‘Dam Jawi’ ini juga banyak menepati prinsip-prinsip konstruktivisme. Oleh kerana permainan ini dilakukan secara berkumpulan dan memerlukan penglibatan aktif oleh pelajar secara total, maka ianya menepati prinsip konstruktivisme yang iaitu :
  • 22. PENGURUSAN SUMBER MIKRO DAN MAKRO PENDIDIKAN ISLAM – PIM 3109 15 1) Menekan pembelajaran berpusatkan pelajar 2) Pembelajaran berlaku melalui proses aplikasi pengetahuan Dalam permainan ini, pelajar akan mengaplikasikan pengetahuan sedia ada mereka untuk membina ayat yang betul berdasarkan perkataan yang diperoleh. Pelajar juga dikehendaki melengkapkan ejaan perkataan yang terdapat tempat kosong. 3) Pembelajaran berlaku melalui interaksi dengan orang lain Prinsip ini dapat dilihat ketika pelajar yang hendak menulis berinteraksi dengan guru untuk mendapatkan kata kunci dan berinteraksi dengan rakan-rakan yang lain untuk memberikan pembayang dan berbincang dengan rakan-rakan yang lain untuk mendapatkan jawapan yang tepat. 4) Pembinaan pengetahuan dapat diajar dan dibimbing melalui proses scaffholding. 5) Pelajar membina pengetahuan yang bermakna kepada mereka. 6) Pembelajaran baharu bergantung pada pemahaman atau pengetahuan sedia ada. 7) Interaksi sosial membantu dan menyokong pembelajaran Prinsip ini terbukti apabila pembelajaran berlaku dengan lancar ketika sesi melengkapkan ayat setelah berlakunya interaksi sosial antara pelajar.
  • 23. PENGURUSAN SUMBER MIKRO DAN MAKRO PENDIDIKAN ISLAM – PIM 3109 16 8) Guru dan rakan berperanan sebagai fasilitator pembelajaran. Prinsip ini dapat dilihat dalam permainan ini apabila guru menjadi fasilitator sepanjang permainan ini berlansung dan berperanan untuk memantau dan mengawal kelas.
  • 24. PENGURUSAN SUMBER MIKRO DAN MAKRO PENDIDIKAN ISLAM – PIM 3109 17 2.3 APLIKASI PERMAINAN ‘DAM JAWI’ UNTUK KEBERKESANAN PROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN Oleh kerana pembelajaran melalui permainan ‘Dam Jawi’ ini lebih berpusat kepada murid dan murid belajar melalui proses membuat atau beraktiviti, maka guru hendaklah merancang pengajaran dan pembelajaran dengan teliti serta mengambil kira keupayaan pelajar. Guru juga perlu mengenal pasti ZPD pelajar dan menggunakan ZPD pelajar untuk memastikan pembelajaran berkesan dapat berlaku melalui permainan ‘Dam Ular’ ini. Contohnya, jika pelajar masih belum menguasai penulisan jawi, maka guru perlulah menukar soalan kepada yang lebih mudah dan sesuai dengan penguasaan pelajar. Melalui permainan ini, guru perlu memilih pelajar yang berkemahiran untuk mengajar pelajar yang belum menguasai. Ini bermakna dalam permainan yang dipilih ini, guru perlu memastikan pelajar yang dijadikan wakil itu boleh atau pandai menulis jawi dengan betul supaya soalan yang diberikan oleh guru mampu diselesaikan dengan betul. Guru hendaklah mengaitkan isi pelajaran dengan situasi sebenar. Tugasan autentik yang berasaskan masalah alam nyata, pengalaman berasaskan konteks sebenar, simulasi dan sebagainya boleh dinyatakan. Berdasarkan permainan ‘Dam Jawi’ ini murid-murid boleh mengaplikasikan pengalaman berasaskan konteks sebenar untuk melengkapkan ejaan dan membuat ayat berdasarkan soalan yang diberikan oleh guru. Penerangan guru hendaklah jelas, selaras dengan pemikiran dan laras bahasa pelajar. Ketika memberikan arahan dan undang-undang serta menjelaskan cara-cara bermain permainan ini, guru perlulah menyampaikannya dalam bahasa yang mudah difahami dan jelas supaya tidak berlaku kekeliruan dan kepincangan ketika bermain seterusnya menjejaskan proses pembelajaran.
  • 25. PENGURUSAN SUMBER MIKRO DAN MAKRO PENDIDIKAN ISLAM – PIM 3109 18 Adakan gerak kerja kumpulan dan perbincangan kumpulan untuk mewujudkan interaksi yang berkualiti. Contohnya apabila pelajar yang bermain menulis jawapan di buku penilaian, guru berinteraksi dengan pelaajr lain untuk mengenal pasti jawapan yang diberikan samada betul atau salah.
  • 26. PENGURUSAN SUMBER MIKRO DAN MAKRO PENDIDIKAN ISLAM – PIM 3109 19 4.0 INOVASI PERMAINAN DALAM MATAPELAJARAN PENDIDIKAN ISLAM SEKOLAH RENDAH (PELAJARAN JAWI) Senario masa depan dalam pendidikan amat bergantung kepada proses pengajaran dan pembelajarn yang berkesan. Kecemerlangan dalam pendidikan memanglah menjadi harapan dan matlamat kita. Bagi mencapai kecemerlangan semestinya tidak boleh lari dari peranan yang dimainkan oleh guru. Guru merupakan agen utama untuk mencapai kecemerlangan dalam pendidikan. Dalam konteks hari ini, suatu perubahan perlu dalam proses pengajaran dan pembelajaran yang lebih kreatif dan inovatif perlu dicerna. Guru-guru kreatif dan inovatif memainkan peranan yang penting bagi menjayakan wawasan. Guru perlu membebaskan diri daripada pemikiran lama yang membelenggu mereka dalam kaedah pengajaran. Seperti kaedah chalk and talk sudah tidak relevan lagi buat masa kini, Mahasan Mahmood (2003). Arus perubahan yang berlaku di negara kita menjadikan proses mendidik pelajar-pelajar bertambah kompleks. Justeru, matlamat utama pendidikan masa kini ialah membentuk generasi muda yang mampu menangani cabaran pesat perubahan pembangunan. Pada masa yang sama para pendidik juga harus membantu pelajar-pelajar supaya dapat mengimbangi kesejahteraan mental dan emosi yang boleh menjurus kepada pembentukan tingkah laku yang sihat. Matlamat ini boleh dicapai jika guru-guru hari ini sedar akan segala perubahan yang berlaku dan tahu bahawa perubahan ini memerlukan penyesuaian dari berbagai aspek termasuk tanggungjawab, beban tugas, penambahan pengetahuan yang harus dipertingkatkan, serta peranan yang harus dimainkan. Yang pastinya, perubahan yang berlaku hasil daripada cabaran pesat pembangunan membawa lebih banyak cabaran yang boleh menggugat keupayaan seorang guru untuk bertugas sebagai pendidik yang berkesan.
  • 27. PENGURUSAN SUMBER MIKRO DAN MAKRO PENDIDIKAN ISLAM – PIM 3109 20 Menurut Tan Sri Alimudin Mohd Dom (2012), Mantan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia, inovasi merupakan suatu idea, amalan atau objek yang dianggap baru dan yang lebih baik. Inovasi dihasilkan oleh manusia kreatif yang dapat membina trend baru dan menggunakan peluang maksimum walaupun dalam ekosistem yang banyak persaingan. Mempunyai kemahiran sedemikian akan menjadikan guru berada di tahap teratas dan akan disanjung oleh muridnya. Kualiti guru sedemikian akan membolehkan muridnya menguasai berbagai kemahiran lain seperti berfikir aras tinggi, penyelesaian masalah, berkomunikasi dan berkolaborasi dengan baik. Inovasi amat dituntut untuk melahirkan generasi murid berfikiran kelas pertama dalam abad ke-21 ini untuk bersaing dalam abad penuh cabaran ini kita tiada pilihan kecuali meningkatkan keupayaan kreativiti dan inovasi. Dalam senario ini tugas guru semakin mencabar. Dalam konteks tugasan ini kami telah membuat beberapa inovasi dalam permainan dam ular. Untuk membezakan dengan permainan dam ular biasa yang berada di pasaran, kami telah menjenamakan semula permainan ini dengan nama ‘Dam Jawi’ setelah disepadukan dengan subjek Pendidikan Islam Sekolah Rendah. Fokus inovasi terhadap permainan dam ini adalah terhadap pelaksanaan permainan tersebut yang mana menekankan aspek latihan dan juga pengukuhan. Seperti kebiasaan, dam ular hanya melibatkan pergerakkan ‘buah’ mengikut nombor balingan dadu dan kemudian menunggu sehingga giliran yang seterusnya. Namun, kami telah menginovasikan permainan ini dengan memasukkan unsur pelajaran jawi dalam permainan tersebut. Ilustrasi gamabar juga diletakkan sebagai satu tarikan kepada murid-murid agar mereka lebih mudah memahami isi pelajaran yang disampaikan melalui permainan tersebut. Inovasi yang dilakukan juga melibatkan ‘penilaian akhir’ apabila buku penilaian disediakan bagi melihat sama ada murid dapat memahami atau pun tidak permainan yang dilakukan.
  • 28. PENGURUSAN SUMBER MIKRO DAN MAKRO PENDIDIKAN ISLAM – PIM 3109 21 Objektif permainan akan melibatkan 3 aras iaitu aras mudah, sederhana dan susah. Tujuan utama kami meletakkan aras dalam permainan ‘Dam Jawi’ ini adalah kerana kami melihat wujudnya perbezaan individu dalam sesuatu komuniti kelas. Untuk aras mudah, fokus diberikan hanya kepada murid-murid yang tidak boleh membaca huruf jawi bersambung. Pengenalan huruf-huruf hijaiyah ditekankan pada aras mudah. Pada aras sederhana pula, fokus diberikan kepada murid-murid yang tahu dan faham akan huruf-huruf hijaiyah namun tidak boleh menyambung huruf tersebut menjadi perkataan. Untuk aras susah pula, kami memfokuskan kepada murid-murid yang sudah tahu dan boleh membaca perkataan yang terbentuk hasil gabungan huruf-huruf hijaiyah. Penekanan diberikan kepada mereka terhadap aspek pembinaan ayat mudah berdasarkan perkataan yang terbentuk. Dalam masa yang sama, bagi memastikan murid-murid terus bersemangat dalam meneruskan permainan ini, kami juga telah menyediakan ‘token’ atau ganjaran sebagai rangsangan untuk mereka meneruskan permainan tersebut. Gambar 4.0 Set Permainan ‘Dam Jawi’ yang lengkap bersama buku penilaian
  • 29. PENGURUSAN SUMBER MIKRO DAN MAKRO PENDIDIKAN ISLAM – PIM 3109 22 ‘Dam Jawi’ yang dihasilkan ini sebenarnya boleh digunakan untuk apa sahaja matapelajaran atau tajuk ketika proses pengajaran dan pembelajaran. Hal ini demikian kerana setiap kotak yang mempunyai gambar adalah bersifat ‘mudah alih’. Guru-guru boleh meletakkan apa sahaja gambar atau perkataan atau apa sahaja yang sesuai selagi mana ia membantu proses pengajaran dan pembelajaran. Gambar yang mudah alih dan boleh ditukarkan dengan gambar yang bersesuaian dengan subjek yang diajarkan
  • 30. PENGURUSAN SUMBER MIKRO DAN MAKRO PENDIDIKAN ISLAM – PIM 3109 23 4.1 CARA-CARA MENGGUNAKAN ‘DAM JAWI’ DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN Penggunaan ‘Dam Jawi’ ini adalah mudah dan cepat untuk digunakan dalam sesuatu P&P. Permainan ini boleh dilaksanakan ketika sesuatu topik itu selesai diajarkan bagi tujuan pengukuhan. Bahan-bahan yang diperlukan untuk bermain ‘Dam Jawi’ ialah papan ‘Dam Jawi’, buah dadu, ‘buah’ bagi mewakili setiap orang, dan buku penilaian. Pertama, guru boleh memilih sama ada untuk menjalankan permainan ini secara individu atau kumpulan. Sekiranya secara individu, guru perlulah memilih 3 hingga 4 orang murid untuk bermain. Bilangan pemaina adalah tidak terhad. Namun, untuk ‘Dam Jawi’, bilangan minimum pemain adalah 2 orang dan maksimum adalah 5 orang. Permainan secara individu ini lebih sesuai sekiranya guru ingin memberi lebih fokus kepada mana-mana pelajar. Untuk bermain secara kumpulan. Guru perlu untuk membahagikan kumpulan kepada 3 atau 4 kumpulan yang terdiri daripada 4-5 orang pelajar. Setiap kumpulan akan mewakili satu warna. Gambar 4.1.1 Guru menjalankan permainan secara individu
  • 31. PENGURUSAN SUMBER MIKRO DAN MAKRO PENDIDIKAN ISLAM – PIM 3109 24 Guru akan memberi ‘buah’ yang mewakili setiap individu atau wakil. ‘Buah’ tersebut boleh digunakan daripada apa-apa sahaja benda maujud yang selamat dan tidak berbahaya. Setelah guru selesai memilih cara permainan sama ada secara individu atau kumpulan, guru akan meneruskan ke langkah yang seterusnya iaitu menerangkan peraturan dan cara bermain yang betul. Penerangan ini penting dan perlu untuk difahami oleh semua murid agar pelaksanaan permainan ini berjalan dengan lancar. Gambar 4.1.2 Guru memilih ketua kumpulan untuk mewakili setiap kumpulan yang dibentuk Gambar 4.1.3 Guru sedang menerangkan arahan dan cara bermain sebelum permainan dimulakan
  • 32. PENGURUSAN SUMBER MIKRO DAN MAKRO PENDIDIKAN ISLAM – PIM 3109 25 Setelah setiap individu mempunyai ‘buah’ masing-masing, penentuan giliran akan diadakan. Terdapat pelbagai cara untuk menetukan giliran setiap pemain. Bagi ‘Dam Jawi’ ini, penentuan giliran adalah berdasarkan balingan dadu. Sekiranya individu mendapat bilangan yang banyak, maka individu tesebut akan mendapat giliran pertama dan seterusnya. Permainan akan dimulakan sebaik sahaja semua pemain sudah mendapat giliran. Gambar 4.1.4 Buah dan dadu yang digunakan sepanjang permainan ‘Dam Jawi’ ini
  • 33. PENGURUSAN SUMBER MIKRO DAN MAKRO PENDIDIKAN ISLAM – PIM 3109 26 Pemain pertama akan membuat balingan dadu dan akan menggerakkan ‘buah’ yang mewakilinya mengikut jumlah ynag tertera pada dadu. Contohnya, pemain pertama mendapat ‘5’, beliau akan menggerakkan ‘buah’nya sebanyak lima kotak. Pemain seterusnya akan menyelesaikan tugasan yang ada pada setiap kotak tersebut. Seandainya kotak tersebut adalah isi tempat kosong, maka pemain perlu untuk mengisikan tempat yang kosong dan sekiranya kotak tersebut adalah ‘gambar dan perkataan’, maka pemain perlu untuk membina ayat berdasarkan gambar yang diberi. Kotak tersebut memerlukan pemain untuk mengisi tempat kosong 1 2 43 5 Gambar 4.1.5 Contoh pergerakan dan aktiviti yang perlu dilakukan apabila tiba disesuatu kotak
  • 34. PENGURUSAN SUMBER MIKRO DAN MAKRO PENDIDIKAN ISLAM – PIM 3109 27 Apabila pemain mengenalpasti tugasan yang perlu dilakukan pada setiap kotak, pemain akan melaksanakan aktiviti tersebut pada buku penilaian yang disediakan. Menariknya mengenai buku penilaian yang disediakan, ianya merupakan satu inovasi dari papan putih dalam bentuk yang lebih kecil yang mana para pemain akan menulis diatasnya dan boleh dipadam semula. Disebalik ‘papan putih’ tersebut, pelajar akan dapat melihat kembali hasil tulisan mereka apabila terdapat kertas yang diletakkan dibawahnya. Sekiranya jawapan yang diberikan adalah salah, guru akan bertindak sebagai fasilitator yang akan membantu mereka menjawab soalan tersebut sehingga betul. Setiap jawapan yang betul akan diberikan token sebagai motivasi untuk mereka meneruskan permainan. Seandainya sistem token tidak sesuai, system kutipan mata boleh juga digunakan. Selepas selesai pemain pertama, pemain berikutnya akan meneruskan langkah yang sama sehinggalah kepada pemain yang terakhir. Gambar 4.1.6 Murid-murid memberikan fokus seawal permainan bermula
  • 35. PENGURUSAN SUMBER MIKRO DAN MAKRO PENDIDIKAN ISLAM – PIM 3109 28 Gambar 4.1.7 Seorang pemain menulis kembali perkataan di atas buku penilaian setelah membaca arahan Gambar 4.1.8 Guru sedang memerhatikan seorang murid yang sedang menulis di atas buku penilaian. Guru tersebut bertindak sebagai fasilitator bagi membantu murid sekiranya mengalami masalah selari dengan teori pembelajaran konstruktivisme
  • 36. PENGURUSAN SUMBER MIKRO DAN MAKRO PENDIDIKAN ISLAM – PIM 3109 29 Gambar 4.1.9 Guru sedang memerhatikan murid-murid sedang bermain ‘Dam Jawi’ dan bertindak sebagai fasilitator ketika permainan dilakukan secara individu Gambar 4.1.10 Suasana ketika permainan dijalankan secara berkumpulan / kelas
  • 37. PENGURUSAN SUMBER MIKRO DAN MAKRO PENDIDIKAN ISLAM – PIM 3109 30 Gambar 4.1.11 Salah satu hasil murid selepas menyelesaikan tugasan yang diberikan Gambar 4.1.12 Guru melaksanakan permainan ini pada murid-murid yang lain dan mereka memberi respon yang baik
  • 38. PENGURUSAN SUMBER MIKRO DAN MAKRO PENDIDIKAN ISLAM – PIM 3109 31 Gambar 4.1.13 Salah satu hasil daripada permainan ‘Dam Jawi’ Gambar 4.1.14 Buku penilaian dan ‘Dam Jawi’
  • 39. PENGURUSAN SUMBER MIKRO DAN MAKRO PENDIDIKAN ISLAM – PIM 3109 32 5.0 PERANAN PERMAINAN DAM JAWI UNTUK MERANGSANG MOTIVASI MURID SECARA INTRINSIK DAN EKSTRINSIK Pembelajaran melalui bermain merupakan asas perkembangan kanak-kanak kerana melalui kaedah bermain, kanak-kanak mula belajar mengenali diri sendiri dan dapat melakukan pelbagai kegiatan yang merangsang dan mendorong kepada keperibadian kanak-kanak itu sendiri meliputi aspek keterampilan atau psikomotor, kecerdasan bahasa, emosi mahupun sosial (Rini Mulyani, 2006). Belajar melalui bermain adalah satu teknik pengajaran dan pembelajaran yang berkesan kepada kanak-kanak. Melalui teknik ini juga akan mendatangkan keseronokkan dan kepuasan kepada mereka dalam sesuatu pengajaran yang hendak disampaikan. Dengan bermain juga kanak-kanak akan dapat menguasai perkembangan dan kemahiran fizikal dan penguasaan bahasa dari segi perbendaharaan dan peraturan tatabahasa (Saayah Abu, 2006). Ianya berbeza dari pendekatan akademik yang sering tertumpu kepada pendidikan formal yang khusus. Apabila seseorang pendidik berjaya menyediakan persekitaran yang bertujuan untuk menggalakkan proses pengajaran dan pembelajaran, kanak- kanak yang berinteraksi dengan persekitaran itu akan mengalami sesuatu proses pembelajaran. Interaksi yang spontan sangat digemari oleh kanak-kanak. Ditambah pula dengan minat yang lahir secara dalaman adalah aspek penting yang perlu dipupuk supaya kanak-kanak belajar sesuatu semasa ia bermain . Bermain melibatkan pemilihan aktiviti bebas yang datang dari motivasi sendiri dan menyeronokkan. Ini bermakna aspek di luar masa, penggunaan bahan, alatan, persekitaran, peraturan aktiviti bermain dan peranan mengambil bahagian yang dibuat semasa kanak-kanak bermain. Semua berasaskan deria realiti kanak-kanak. Pada masa yang sama bermain dapat memberi manfaat terhadap perkembangan kanak-kanak dari segi fizikal, sosial emosi dan intelek. Proses pembelajaran akan berlaku secara tidak langsung melalui permainan. Menurut Jean Piaget (1962), kanak-kanak memerlukan aktiviti bermain kerana
  • 40. PENGURUSAN SUMBER MIKRO DAN MAKRO PENDIDIKAN ISLAM – PIM 3109 33 melalui permainan, kanak-kanak berpeluang untuk meluahkan idea, perasaan dan emosi mereka. Di samping itu, kanak-kanak juga dapat mewujudkan perasaan tenang dan menghiburkan hati. Oleh itu, kanak-kanak memerlukan masa yang fleksibel dalam aktiviti main untuk mencapai matlamatnya. Dengan ini jelas memperlihatkan, melalui bermain kita juga dapat menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran. Bermain boleh membantu kanak-kanak dalam perkembangan fizikal. Kanak-kanak dapat menguasai kawalan motor halus dan motor kasar melalui bermain. Kemahiran motor kasar yang dapat dikembangkan melalui aktiviti seperti berlari bebas, melompat, memanjat, menendang, mengangkat, membaling, dan menyambut bola. Ini memberi kesedaran kepada kanak-kanak tentang fungsi badan sendiri, kegunaan ruang dan arah tujuan. Aktiviti membutang, mewarna, melukis, menampal dan mencantum dapat mengembangkan kemahiran motor halus dan koordinasi mata-tangan. Dalam permainan yang kami pilih ini iaitu ‘Dam Jawi’ lebih cenderung ke arah mengembangkan kemahiran motor halus kerana pemain banyak menggunakan koordinasi mata untuk melihat pergerakan ‘buah dam’ serta tangan untuk menggerakkannya. Dalam ‘Dam Jawi’ ini juga, perkembangan sosial murid-murid dapat dipupuk semasa bermain. Selain itu mereka juga saling bertindakbalas secara sosial, berfikir apa yang sedang dan akan dilakukan kemudian, menggunakan bahasa untuk berkomunikasi antara satu sama lain, dan memberi respon yang bersifat emosional. Rogers dan Sawyer (1998) berpendapat bahawa sehingga umur sembilan tahun, struktur kognitif kanak-kanak sememangnya berfungsi atas mod tersebut. Menurut Vygotsky, 1967 dalam Kraus R. (1990) dalam proses perkembangan sosial ini juga, kanak-kanak juga secara tidak langsung akan berinteraksi sesama sendiri semasa berkongsi dan menunggu giliran semasa menggunakan permainan ini dan sekali gus membantu kanak-kanak dalam perkembangan bahasa dan pemikiran. Mereka belajar dan mengamal
  • 41. PENGURUSAN SUMBER MIKRO DAN MAKRO PENDIDIKAN ISLAM – PIM 3109 34 kemahiran sosial asas. Kanak-kanak berpeluang belajar berinteraksi dengan orang lain secara positif, mengajak kanak-kanak keluar dari pola egosentrik, mengambil kira pandangan rakan, menghormati hak orang lain, bersabar dan bertolak ansur. Dengan itu, melalui permainan ini dapat memberi peluang kepada murid-murid membina konsep kendiri yang positif, keyakinan diri serta melahirkan sentimen dan menstabilkan emosi. Contoh dapat kita lihat dalam permainan ‘Dam Jawi’, pelajar akan berkomunikasi dengan rakannya untuk menjawab soalan yang diperoleh dari papan dam. Secara tidak langsung dapat mendidik murid menjadi seorang yang berani mencuba serta lebih berkeyakinan. Bermain juga dapat membantu memperkembangkan kebolehan kognitif seperti mengenal pasti, mengkategori, membuat urutan, memerhati, membezakan, meramal, membuat rumusan, dan membuat perbandingan. Akiviti seperti membina blok, permainan bahasa, permainan dam, puzzle, teka-teki, nyanyian dan congkak membantu mengembangkan kemahiran bahasa, matematik dan sains serta berfikir secara logik dan kreatif. Kanak-kanak juga dapat meningkatkan kemahiran penggunaan bahasa dalam persekitaran yang santai, semulajadi dan seronok. Kesimpulannya, sebagai guru yang berdedikasi, guru seharusnya memainkan peranan yang penting dalam melaksanakan aktiviti bermain. Hal ini kerana supaya murid-murid dapat meningkatkan kemahiran dan membantu proses perkembangan di dalam proses pengajaran dan pembelajan dari segi intrinsik mahupun ekstrinsik. Berikut merupakan peranan yang perlu dimainkan oleh seorang guru dalam membimbing murid-muridnya ketika bermain: 1. Membuat pemerhatian tentang kelakuan kanak-kanak, memberi bantuan di mana dan jika perlu. 2. Menyediakan persekitaran dan aktiviti perlu ditukar dan diubah susunannya dari semasa ke semasa.
  • 42. PENGURUSAN SUMBER MIKRO DAN MAKRO PENDIDIKAN ISLAM – PIM 3109 35 3. Merangsang main dengan menunjukkan minat dan sokongan terhadap tindakan kanak-kanak. 4. Bertindak balas terhadap minat kanak-kanak atau berkongsi pengalaman. Hormati pemikiran kanak-kanak dan sistem peraturannya. 5. Kemukakan soalan-soalan fokus, berikan maklumat bila dikehendaki oleh kanak-kanak. 6. Mencelah pada masa yang sesuai. Pencelahan tidak berbentuk halangan untuk mematikan semangat dan minat kanak-kanak. 7. Menilai untuk mengesan perkembangan dan keperluan kanak-kanak, merekodkan tingkahlaku, pencapaian dan perkembangan kanak-kanak dari aspek fizikal, emosi, intelek, sosial dan bahasa. Data-data yang diperolehi dijadikan asas perancangan bagi setiap individu.
  • 43. PENGURUSAN SUMBER MIKRO DAN MAKRO PENDIDIKAN ISLAM – PIM 3109 36 6.0 PENGHASILAN KLIP VIDEO – DAM JAWI
  • 44. PENGURUSAN SUMBER MIKRO DAN MAKRO PENDIDIKAN ISLAM – PIM 3109 37 KESIMPULAN Kesimpulannya, walaupun main merupakan satu konsep yang agak sukar untuk ditakrifkan, tetapi ia mudah dikenalpasti. Kanak-kanak biasanya bermain secara individu, berpasangan dan kumpulan kecil atau besar. Memandangkan main berkait rapat dengan perkembangan kognitif, sosio-emosi dan fizikal, ia merupakan satu komponen dalam program pendidikan kanak-kanak khasnya dan pendidikan amnya. Daripada permainan yang diberi nama ‘Dam Jawi’ ini, selain dapat menjadikan pembelajaran lebih seronok dan berkesan, ia juga dapat membuktikan teori konstruktivisme sosial yang dipelopori oleh Lev Vygotsky yang menegaskan bahawa manusia membina pengetahuan sendiri berdasarkan pengalaman. Maklumat yang disampaikan guru digabungkan dan disusun semula dalam struktur kognitif pelajar untuk membina pengetahuan baru. Oleh itu, bagi membina pengajaran dan pembelajaran yang berkesan, guru perlu kreatif dan inovatif dalam menyesuaikan sesuatu permainan untuk diaplikasikan dalam aktiviti P&P.
  • 45. PENGURUSAN SUMBER MIKRO DAN MAKRO PENDIDIKAN ISLAM – PIM 3109 38 REFLEKSI 1) SYED FAHMI AKMAL BIN SYED ISA Alhamdulillah, bersyukur kehadrat Allah s.w.t kerana dengan izinnya saya dapat menyiapakan juga Kerja Kursus Berasaskan Ilmu Murid dan Alam Belajar ini. Pertama sekali saya ingin mengucapakn terima kasih kepada pensyarah EDU 3103 iaitu Encik Salim bin Md Amin kerana telah bersama-sama membantu seluruh ahli kelas saya yang lain dalam menyiapkan tugasan ini. Setiap perkara yang dilakukan pasti ada kelebihan dan kekurangannya yang tersendiri. Setiap manusia di muka bumi ini tidaklah sempurna namun saya telah berusaha untuk melakukan yang terbaik dalam apa sahaja pekerjaan yang saya lakukan. Terdapat beberapa masalah yang saya hadapi semasa melaksanakan tugasan ini. Namun, saya tetap tabah menghadapinya dan berikhtiar untuk meningkatkan kefahaman mengenai tugasan yang telah diamanahkan dengan sebaiknya. Saya juga mengahadapi masalah dalam mencari sumber bahan rujukan kerana sumber yang terhad di perpustakaan disamping perlu berebut dengan rakan-rakan yang lain. Namun Alhamdulillah, tindakan pantas saya menempah beberapa buah buku terlebih dahulu memudahkan urusan saya untuk menggunakan sumber tersebut di samping mencari rujukan di internet, majalah- majalah dan keratan-keratan akhbar. Selain itu, bagi meningkatkan kefahaman saya mengenai tajuk ini, saya telah berkolaboratif bersama Encik Salim dan beberapa pensyarah yang lain melebihi tiga kali untuk benar-benar memastikan apa yang telah saya lakukan menepati kehendak pensyarah. Jujur saya kata, pada mulanya saya mempunyai beberapa kemusykilan mengenai tugasan ini dan beberapa kekeliruan timbul ekoran pelbagai pendapat daripada rakan kelas. Setelah berkolaboratif dengan pensyarah, saya mendapat sedikit percambahan idea mengenai tajuk ini. Kami
  • 46. PENGURUSAN SUMBER MIKRO DAN MAKRO PENDIDIKAN ISLAM – PIM 3109 39 amat berterima kasih kepada pensyarah bimbingan saya iaitu Encik Salim kerana banyak membantu kami dalam menyelesaikan tugasan ini. Selain itu, rakan sekumpulan saya iaitu Mohamad Farhan juga banyak membantu dalam menyelesaikan masalah ini bersama. Alhamdulillah, dengan berkat kefahaman yang lebih terhadap kehendak soalan ini, saya telah mengadakan perjumpaan kas bersama semua ahli kelas dan saya menerangkan satu per satu apa yang perlu dilaksanakan bagi memastikan tugasan yang dibuat mengikut kehendak soalan dan pensyarah. Pengalaman ini cukup bermakna kerana diberi kepercayaan oleh rakan-rakan sekelas untuk saya menerangkan serba sedikit apa yang perlu dilakukan. Seterusnya, masalah yang kami hadapi seterusnya ialah mengenai masa. Tugasan ini perlu dilaksanakan dan disiapkan dalam tempoh 4 minggu dan dalam pada masa yang sama, pihak IPGKDRI menganjurkan beberapa program yang melibatkan hampir keseluruhan pelajar IPG termasuklah saya. Ini benar- benar menguji kebijaksanaan kami dalam membahagikan masa antara tugasan dan program-program IPG. Selain itu, dengan tugasan ini juga, saya mendapat pengalaman baru iaitu dapat mengelola pengajaran dan pembelajaran bagi memenuhi kehendak tugasan ini. Saya diberi peluang oleh guru di SK Tunku Raudzah, Alor Setar, Kedah, ketika saya sedang menjalankan Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS). Peluang ini saya gunakan sehabis baik bagi mempraktikkan segala teori pedagogi yang telah dipelajari sepanjang semester ini. Kerja tugasan ini memerlukan kesabaran dan kefahaman yang tinggi terutama dalam melaksanakan tugas-tugas yang diberikan. Sikap toleransi perlu diterapkan agar tugasan yang dilakukan dapat diselesaikan dengan baik. Akhir kata, saya bersyukur tidak terhingga kepada Allah s.w.t. kerana dapat menyempurnakan tugasan ini mengikut tempoh yang diberikan. Kami juga berterima kasih kepada rakan-rakan sekelas iaitiu PISMP PAI 1 kerana telah membantu dan bekerjasama dengan baik dalam memastikan tugasan ini dapat
  • 47. PENGURUSAN SUMBER MIKRO DAN MAKRO PENDIDIKAN ISLAM – PIM 3109 40 disiapkan mengikut kehendak soalan. Walaubagaimanapun, masalah yang kami hadapi tidak menghalang kami untuk mencari secalit kemanisan dalam menyelesaikan tugasan ini. Perkara yang paling bermakna ialah dengan adanya tugasan ini, ukhwah antara teman-teman bertambah erat. Banyak pengalaman baru yang saya perolehi sepanjang menghasilkan tugasan ini. Pengalaman menyediakan bahan bantu mengajar untuk diaplikasikan disekolah menngajar saya erti kesabaran dan ketekunan kerana perkara ini merupakan asas dalam melaksanakan sesuatu perkara. Pengalaman berharga yang diperolehi iaitu semasa mengendalikan proses pengajaran dan pembelajaran benar-benar memberi satu motivasi yang baik terhadap diri saya untuk memperbaiki cara penyampaian dan interaksi bersama murid-murid. Apabila berada di dalam kelas, barulah saya dapat merasai bagaimana perasaan menjadi seorang guru dan dari situ, saya dapat melihat pelbagai karenah dan perangai murid-murid. Pada ketika itu barulah saya sedar bahawa segala ilmu yang diperolehi melalui subjek Perkembangan Kanak-kanak dan Murid dan Alam Belajar memberi panduan untuk saya memastikan saya dapat mengawal kelas dengan baik. Selain itu, aktiviti yang dilaksanakan oleh saya dan pasangan untuk memnuhi kehendak tugasan ini iaitu inovasi dalam permainan juga memberi satu pengalaman baru yang cukup bermakna. Pelbagai idea dilontarkan dan dibincangkan bersama dan keadaan itu mengajar erti toleransi dan kerjasama yang baik antara kami berdua. Selepas mencapai kata putus, kami telah memilih ‘Dam Ular’ sebagai permainan yang diinovasikan menjadi ‘Dam Jawi’ selaras dengan Pendidikan Islam sebagai major kami. Proses penghasilan permainan tersebut juga telah menyuntik semangat dalam diri kami untuk melakukan yang terbaik dan menyampaikan ilmu kepada murid-murid dengan lebih jelas dengan adanya permainan tersebut. Pemilihan pelajaran Jawi juga adalah kerana kami melihat situasi semasa yang mana ramai kanak-kanak mahupun remaja sudah tidak cakna akan tulisan jawi. Kami mengambil ini sebagai inisiatif dalam menyemai semula semangat cintakan tulisan Jawi dalam diri murid-murid.
  • 48. PENGURUSAN SUMBER MIKRO DAN MAKRO PENDIDIKAN ISLAM – PIM 3109 41 Keberkesanan permainan yang dihasilkan dalam proses pengajran dan pembelajaran juga dapat dilihat pada akhir pelakasaannya. Respon dan maklum balas yang diberikan oleh murid-murid menunjukkan bahawa mereka terhibur dan memahami apakah isi pelajaran yang telah disampaikan. Namun begitu, masih juga terdapat beberapa orang murid yang lambat untuk memahami iss pelajaran dan saya menyedari perkara itu kerana wujudnya perbezaan individu. Namun begitu, saya tidak mengambil tindakan berdiam diri tapi cuba untuk membantu murid tersebut. Apa yang saya lakukan adalah dengan memberi rangsangan dan motivasi untuk terus merusaha dan juga saya membantu secara peribadi supaya murid tersebut hilang rasa rendah diri dan malu terhadap rakan- rakan yang lain. Saya juga menyuntik semangat terhadap diri murid-murid dengan menyediakan beberapa ganjaran sama ada dalam bentuk token atau pun markah. Secara tidak sedar, peranan motivasi di sini sangat besar kerana murid- murid akan lebih bersemangat dan akan mencuba dengan sebaik mungkin. Galakan dan dorongan yang diberikan terhadap mereka membantu dalam meningkatkan keyakinan diri dan prestasi sosial dan akademik murid-murid terbabit. Di sini, peranan guru amat besar kerana seperti yang kita sedar, sekolah rendah adalah peringkat perkembangan yang sangat aktif dan dari sini ia akan membentuk peribadi mereka pada masa hadapan. Asasnya, apabila guru menyelitkan unsur-unsur motivasi dalam sesi P&P amat membantu dalam memastikan proses pengajaran dan pembelajaran mencapai objektifnya selain dapat meningkatkan prestasi murid kepada suatu keadaan yang lebih baik. Akhir kata, sekalung apresiasi saya hulurkan buat pensyarah EDU 3103 kerana telah memberikan tunjuk ajar dan membantu kami dalam memastikan tugasan ini mampu dilaksanakan dengan baik. Terima kasih juga atas kerjasama yang diberikan sepanjang sesi pertemuan kita. Dan tidak dilupakan kepada sahabat sekumpulan saya iaitu Mohamad Farhan Bin Abdullah, kedua ibu bapa saya dan juga pihak sekolah SK Tunku Raudzah, Alor Setar Kedah. Segala budi baik daripada semua pihak saya dahului dengan ucapan terima kasih.
  • 49. PENGURUSAN SUMBER MIKRO DAN MAKRO PENDIDIKAN ISLAM – PIM 3109 42 REFLEKSI 2) MOHAMAD FARHAN BIN ABDULLAH Alhamdulillah, akhirnya kerja kursus EDU 3103 Murid Dan Alam Belajar dapat disiapkan dengan jayanya. Walaupun dalam penghasilan kerja kursus ini terdapat beberapa masalah, namun saya dan ahli kumpulan tetap berjaya menyiapkan tugasan ini tepat pada masanya. Saya yakin dan percaya, untuk mencapai sesuatu kejayaan mestilah menempuhi segala rintangan dan cabaran kerana kejayaan itu tidak datang bergolek tanpa kita melakukan apa-apa. Dengan cabaran dan rintangan ini jugaklah sedikit sebanyak mengajar saya untuk menjadi lebih dewasa. Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pensyarah yang mengajar iaitu En. Salim Bin Md. Amin yang banyak memberi tunjuk ajar dan cara bagaimana hendak menyiapkan tugasan ini dengan sempurna. Setelah mendapat taklimat tugasan pada 1 Ogos 2013 yang lalu, gerak kerja pertama yang saya lakukan ialah memahami kehendak soalan. Saya dan ahli kumpulan iaitu Syed Fahmi Akmal duduk semeja bagi membincangkan kehendak soalan agar hasil yang dibuat mengikut kehendak dan tidak tersasar ke perkara lain. Kami mula melakukan pembahagian tugas untuk memudahkan tugas memandangkan kerja kursus ini memerlukan soal selidik pelajar. Setelah itu, saya melakukan tindakan selanjutnya dengan meminjam buku dari Perpustakaan Ibnu Sina. Masalah mula timbul apabila buku yang terdapat di perpustakaan telah kekurangan kerana telah dipinjam oleh rakan-rakan yang lain lebih awal. Namun, saya mengambil inisiatif untuk berkongsi bersama rakan yang mempunyai pelbagai buku untuk dijadikan bahan rujukan.
  • 50. PENGURUSAN SUMBER MIKRO DAN MAKRO PENDIDIKAN ISLAM – PIM 3109 43 Pada awalnya, saya dan rakan kumpulan telah melakukan gerak kerja dengan memulakan penulisan esei terlebih dahulu kerana soalan itu berkaitan pemilihan permainan yang terdapat di Malaysia. Setelah siap, kami mengambil langkah untuk berbincang dengan kumpulan lain bagi memastikan draf esei tersebut tepat dan mengikut kehendak soalan. Dengan penghasilan kerja kursus ini juga, saya dapat mempelajari pelbagai teknik dan kaedah yang baru untuk mengendalikan sesi pengajaran dan pembelajaran terutamanya yang menggunakan kaedah permainan. Melalui permainan ‘Dam Jawi’ yang dipilih, alat ini sangat membantu para pelajar ketika proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas kerana sifatnya yang mudah dikendalikan dan mempunyai aras yang berbeza di setiap pembahagian dam. Permainan yang dipilih ini sudah pasti mampu untuk membantu para pelajar dalam meningkatkan motivasi untuk terus berusaha gigih dalam pelajaran. Melalui tugasan ini, dapat diketahui bahawa belajar melalui bermain adalah satu teknik pengajaran dan pembelajaran yang berkesan kepada kanak- kanak. Melalui teknik ini juga akan mendatangkan keseronokkan dan kepuasan kepada mereka dalam sesuatu pengajaran yang hendak disampaikan. Dengan bermain juga kanak-kanak akan dapat menguasai perkembangan dan kemahiran fizikal dan penguasaan bahasa dari segi perbendaharaan dan peraturan tatabahasa. Ianya berbeza dari pendekatan akademik yang sering tertumpu kepada pendidikan formal yang khusus. Apabila seseorang pendidik berjaya menyediakan persekitaran yang bertujuan untuk menggalakkan proses pengajaran dan pembelajaran, kanak-kanak yang berinteraksi dengan persekitaran itu akan mengalami sesuatu proses pembelajaran. Interaksi yang spontan sangat digemari oleh kanak-kanak. Ditambah pula dengan minat yang lahir secara dalaman adalah aspek penting yang perlu dipupuk supaya kanak- kanak belajar sesuatu semasa ia bermain.
  • 51. PENGURUSAN SUMBER MIKRO DAN MAKRO PENDIDIKAN ISLAM – PIM 3109 44 Bermain melibatkan pemilihan aktiviti bebas yang datang dari motivasi sendiri dan menyeronokkan. Ini bermakna aspek di luar masa, penggunaan bahan, alatan, persekitaran, peraturan aktiviti bermain dan peranan mengambil bahagian yang dibuat semasa kanak-kanak bermain. Semua berasaskan deria realiti kanak-kanak. Pada masa yang sama bermain dapat memberi manfaat terhadap perkembangan kanak-kanak dari segi fizikal, sosial emosi dan intelek. Proses pembelajaran akan berlaku secara tidak langsung melalui permainan. Menurut Jean Piaget (1962), kanak-kanak memerlukan aktiviti bermain kerana melalui permainan, kanak-kanak berpeluang untuk meluahkan idea, perasaan dan emosi mereka. Di samping itu, kanak-kanak juga dapat mewujudkan perasaan tenang dan menghiburkan hati. Oleh itu, kanak-kanak memerlukan masa yang fleksibel dalam aktiviti main untuk mencapai matlamatnya. Dengan ini jelas memperlihatkan, melalui bermain juga kita dapat menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran. Tuntasnya, permainan ‘Dam Jawi’ sangat berkesan untuk membantu para pelajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Permainan ini juga mempunyai satu potensi yang sangat optimum untuk memotivasikan pelajar dalam sesi tersebut. Alhamdulillah, semua berjalan lancar seperti yang dirancang. Pelajar memberikan komitmen yang sangat baik menjadikan sesi rakaman video berjalan lancar. Kesemua pelajar memberikan komitmen yang baik. Diharap dengan pengalaman yang diperoleh akan dapat mendidik saya untuk menjadi seorang guru yang baik dan berdidikasi di samping mempunyai kemahiran komunikasi yang baik dan jelas. Seperti yang kita tahu, elemen komunikasi memainkan peranan yang penting kepada seorang guru kerana aktiviti pengajaran dan pembelajaran melibatkan kemahiran komunikasi secara keseluruhannya. Jadi, saya yakin dan percaya pengalaman yang diperoleh ini akan menjadi sumber inspirasi kepada saya untuk lebih gigih berusaha untuk meningkatkan kefahaman di samping menjadi guru yang cemerlang dalam penyampaian pengajaran.
  • 52. PENGURUSAN SUMBER MIKRO DAN MAKRO PENDIDIKAN ISLAM – PIM 3109 45 Akhir kata, tugasan ini sangat membantu saya untuk lebih mendalami ilmu pendidikan terutamanya berkaitan kaedah bermain untuk kanak-kanak. Berbekalkan ilmu yang diperoleh ini, saya akan gunakannya dengan sebaik mungkin untuk mendidik diri, keluarga dan masyarakat bagi menjadi insan yang berguna kepada agama, bangsa dan Negara. Di kesempatan ini, saya sekali lagi merakamkan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat sama ada secara langsung mahupun tidak dalam membantu saya menyiapkan tugasan ini. Hanya Allah sahaja mampu membalas jasa baik pensyarah, ibu bapa, rakan- rakan dan semua yang terlibat kerana banyak membantu dan memberi tunjuk ajar tanpa jemu kepada saya. Tidak ada yang lebih bermakna untuk saya katakan melainkan hanya mampu berdoa semoga kalian semua sentiasa dilimpahi rahmat dan ketenangan daripada-Nya. Juga tiada kata membalas budi yang lebih istimewa melainkan dengan ucapan terima kasih yang tidak terhingga.
  • 53. PENGURUSAN SUMBER MIKRO DAN MAKRO PENDIDIKAN ISLAM – PIM 3109 46 RUJUKAN BUKU / JURNAL / KERTAS KERJA Choong Lean Keow (2008). Murid dan Alam Belajar untuk Program Perguruan Pendidikan Rendah Pengajian Empat Tahun. Subang Jaya, Selangor: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd. Kamarudin Hj. Husin (1993). Pedagogi 3 Penggunaan Psikologi dalam Bilik Darjah. Longman Malaysia Sdn. Bhd. Lee Shok Mee (1994). Asas Pendidikan 2 Psikologi dalam Bilik darjah. Kumpulan Budiman Sdn. Bhd. Mok Soon Sang (2008). Pedagogi untuk Pengajaran dan Pembelajaran. Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd. Noriati A. Rashid, Boon Pong Ying, Sharifah Fakhriah Syed Ahmad (2009). Siri Pendidikan Guru Murid dan Alam Belajar. Shah Alam, Selangor: Oxford Fajar. Abdul Rahim M. Ali (2001). Ilmu Pendidikan DPM Pendidikan di Malaysia dan Psikologi Pendidikan, Kuala Lumpur : Utusan Publications & Distibutors Sdn. Bhd. Rashidi Azizan, Abdullah Mohd Noor (1994). Pendidikan Guru : Cabaran, Falsafah dan Strategi Dalam Pembentukan Guru Yang Unggul, Kajang, Selangor : Masa Entreprise
  • 54. PENGURUSAN SUMBER MIKRO DAN MAKRO PENDIDIKAN ISLAM – PIM 3109 47 INTERNET Julia. (2011, January 1). Kaedah Yang Digunakan Dalam Pengajaran dan Pembelajaran. Retrieved 3 Ogos 2013, from http://majorpra.blogspot.com/2010/11/1.html Shamsina Shamsuddin (2012, June 26), Pedagogi : Konsep Strategi Pembelajaran. Retrieved 4 Ogos 2013, from http://shamsina- gurupendidikanislam.blogspot.com/2012/06/pedagogi-strategi- pembelajaran.html PKG Ranau (2011, June 27), Apakah Pengajaran dan Pembelajaran Berkesan. Retrieved 4 Ogos 2013 from, http://ilmu.edublogs.org/2011/06/27/apakah- pengajaran-dan-pembelajaran-berkesan/ Anuar Ahmad (2009). Fail Profil Nilai Potensi Pelajar:Utusan Malaysia. [Online]. Diperoleh: http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0721&pub=Utusa n_Malaysia&sec=Rencana&pg=re_02.htm [2009, Julai 22]. ARKIB : 09/07/2009. [Online]. Diperoleh: http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0709&pub=Utusan_Mala ysia&sec=Rencana&pg=re_01.htm [2009, Julai 22]. Azrina Binti Sobian (2009). Pengajaran dan Pembelajaran Sains yang Menarik: Berita Harian [Online]. Diperoleh: http://www.ikim.gov.my/v5/index.php?cmd=resetall&grp=2&key=1721&lg= 1&opt=com_article&sec= [2009 Julai 22].
  • 55. PENGURUSAN SUMBER MIKRO DAN MAKRO PENDIDIKAN ISLAM – PIM 3109 48 Azizi Jaafar (2009). EDU 3103 Murid dan Alam Belajar. [Online]. Diperoleh: http://mabjip.blogspot.com/2009/07/teori-pembelajaran.html [2009, Ogos 1]. Amir Awang. Pendekatan Kognitif. [Online]. Diperoleh: http://www.scribd.com/doc/17064250/Pendekatan-Kognitif [2009, Julai 13].
  • 56. PENGURUSAN SUMBER MIKRO DAN MAKRO PENDIDIKAN ISLAM – PIM 3109 49 LAMPIRAN