SlideShare une entreprise Scribd logo
1  sur  48
TUGASAN   : 1)     PEMBENTANGAN
              2)   PENULISAN ILMIAH



TAJUK : PENDIDIKAN SAINS AWAL DI PERINGKAT AWAL KANAK-KANAK




NAMA :    1)       CHRISTOPHER ANAK BARAT

          2)       NOVIE ADILAH SONDIG

          3)       TAI CHEN HIUNG

          4)       NORHAFIZAH BT MANAN

          5)       HISHAM JAIMIE




FAKULTI       :    SENI DAN MUZIK
JABATAN   :        PENDIDIKAN TEKNIKAL DAN VOKASIONAL
TEMPAT    :        DEWAN TAMAN BERNAM 1
SEMAKAN   :        ENCIK KAMARUL AZMAN BIN ABD.SALAM




                                                              1
PENDIDIKAN KEMAHIRAN HIDUP DAN TEKNIKAL
                ( AT 31 )

     Asuhan Dan Pendidikan Awal Kanak-Kanak
                  (SHV 4193)

                         Kumpulan 4
    Tajuk : PENDIDIKAN SAINS AWAL DI PERINGKAT
                  AWAL KANAK-KANAK

                     Tugasan berkumpulan
                       Disediakan oleh:

           Nama                            No.matrik
Christopher anak barat                 D20071029848
Novie adilah sondig                    D20071029835
Tai chen hiung                         D20071029859
Norhafizah bt Manan                    D20071029846
Hisham Jaimie                          D20071029876


Nama Pensyarah : EN. KAMARUL AZMAN B. ABD. SALAM




                                                       2
ISI KANDUNGAN
PERKARA                                                   MUKA/SURAT

1.0         PENGENALAN                                         4

2.0         DEFINISI SAINS AWAL                                6

3.0         DEFINISI KURIKULUM PENDIDIKAN SAINS AWAL           9

4.0         KURIKULUM PERMATA                                  12

      4.1        Bidang Pembelajaran Perkembangan

                 Deria/Sensori Dan Pemahaman Dunia

                 Persekitaran Peringkat perkembangan

                       Kanak-kanak (Pra-Sains)                         12

      4.2        Kanak-kanak Umur 0 hingga 6 bulan.            12
      4.3        Kanak-kanak Umur 7 hingga 12 bulan            16
      4.4        Kanak-Kanak Umur 1-2 Tahun                    21
      4.5        Kanak-kanak Bagi Umur 2 hingga 3 Tahun        25
      4.6        Kanak-kanak Bagi Umur 3 hingga 4 Tahun        29


5.0         KAJIAN LEPAS MENGENAI PENGAJARAN

            SAINS AWAL KANAK-KANAK.                            34

6.0         KAJIAN LEPAS BERKAITAN PEMBELAJARAN

            SAINS AWAL KANAK-KANAK.                            38


7.0 KESIMPULAN                                            45


RUJUKAN dan BIBLIOGRAFI




                                                                            3
1.0   PENGENALAN

      Istilah Pendidikan awal kanak-kanak meliputi umur yang mana dalam

lingkungan 0-4 tahun dan telah diwujudkan seawal tahun 2006 serta telah

dimasukkan dalam akta Pendidikan 1996 mengikut peraturan-peratuaran

kurikulum kebangsaan yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran

Malaysia. Menurut Vyogtsky (1984), penerapan pendidikan awal sains

seharusnya dimulakan pada peringkat lebih awal lagi. Hal ini adalah berkaitan

dengan pendapat yang dikemukakan oleh Harlan & Jelly (1989) mengatakan

bahawa matlamat pendidikan sains awal kanak-kanak dapat membentuk dan

memupuk perkembangan dalam aspek pengetahuan dan kemahiran.

      Satu dasar telah ditetapkan dengan menyediakan kurikulum bagi

Pendidikan awal kanak-kanak yang dikenali sebagai Kurikulum Permata.

Kurikulum   permata   dirancang   dengan   mangambil    kira   semua   aspek

perkembangan jasmani, rohani, mental dan emosi dan ia adalah berfokus

kepada pembinaan kualiti individu kanak-kanak berumur 0-4 tahun. Penetapan

Sains bagi kanak-kanak bermula dengan apabila mereka sedar mereka dapat

belajar berhubung alam kehidupan mereka melalui tindakan dan perlakuan

sendiri, seperti menuip belon ataupun buih sabun dan menambah blok binaan

yang membuat binaan asas tidak stabil.

      Peluang-peluang mempelajari sains terdapat di pelbagai tempat dan

keadaan contohnya, di dapur, di kawasan sekolah, di tepi kolam dan laut, di

muzium, di zoo dan juga di tempat permainan yang disediakan. kita

menggunakan ilmu sains bagi menjawab pelbagai soalan yang dikemukakan




                                                                           4
oleh kanak-kanak. Pengetahuan sains membolehkan mereka memahami

fenomena yang terdapat di sekeliling mereka.

      Sebagai    bidang   ilmu,   sains   membekalkan     rangka   konsep    bagi

membolehkan kanak-kanak memahami alam sekeliling. Ilmu pengetahuan sains

ini menjadi lebih bermakna apabila kanak-kanak dibantu menghubungkan fakta

dan konsep, serta mengaitkan pembelajaran baru dengan pengetahuan sedia

ada. Proses ini membolehkan mereka memahami situasi dan maklumat baru.

Pendedahan      awal   kanak-kanak   ke    atas   sains   adalah   penting   bagi

perkembangan konsep-konsep saintifik serta perkembangan intelek yang lain.




                                                                               5
2.0 DEFINISI SAINS AWAL


        Umumnya, Sains boleh didefinisikan sebagai ilmu yang boleh menerang

dan memahami sifat alam. Bidang sains mengandungi tiga aspek iaitu kognitif,

konatif dan afektif. Menurut Joseph Abruscato (2000), sains adalah proses yang

melibatkan kemahiran intelek dan manipulatif bagi mendapatkan maklumat

berhubung alam semula jadi. Dengan kata lain,sains adalah pengetahuan yang

diperolehi melalui aplikasi proses saintifik. Pengetahuan, kemahiran dan nilai

yang diperoleh melalui pengalaman sains seharusnya dapat membantu kanak-

kanak memahami dan mencorakkan alam sekeliling. Oleh itu, pendedahan awal

dalam    sains    penting    bagi   membolehkan     kanak-kanak    membina    rasa

tanggunjawab dan prihatin serta rasa hormat pada alam sekitar. Interaksi positif

yang dialami secara terus membantu peningkatan kanak-kanak dalam

pembelajaran dan memperbaiki kualiti kehidupan dalam jangka masa panjang.


    Merujuk      kepada     pendidikan   sains   awal,   ia   menfokuskan   dengan

    perkembangan deria/ sensori dan pemahaman dunia persekitaran. Bidang

    pembelajaran ini lebih dikenali sebagai pra-sains. Definisi Sains awal adalah

    subjektif iaitu sains adalah sesuatu yang dilakukan oleh kanak-kanak setiap

    hari apabila mereka bertanyakan soalan, memerhati serangga, membuat

    ketulan ais, menunggang basikal, mengasah pensel ataupun memasang

    lampu. Dengan kata lain, sains adalah sesuatu yang berkaitan dengan

    persekitaran yang mana ia akan mewujudkan perasaan ingin tahu kanak-

    kanak untuk meransang perkembangan kognitif dan deria mereka.




                                                                                 6
Menurut Johnston (1996), kanak-kanak pada umumnya bersifat ingin tahu

atau inkuisitif. Kenyataan ini dibuktikan melalui soalan-soalan yang kerap kali

ditanya dengan tujuan mendapatkan penjelasan dan kefahaman berhubung

sesuatu yang menarik perhatian mereka. Soalan-soalan ini biasanya

berkaitan dengan perkara yang dialami oleh kanak-kanak. Melalui proses ini,

kanak-kanak akan cuba membina pengertian dan kefahaman berhubung

dengan fonomena yang dialami.


Proses       Pendidikan    Sains   awal   kanak-kanak   pada   peringkat   awal

menekankan konsep pembelajaran aktif. Justeru, aktiviti-aktiviti yang

dirancang adalah bercorak Hands-on yang mana ia dapat melibatkan kanak-

kanak secara aktif        melalui interaksi dengan bahan-bahan pembelajaran.

Kanak-kanak belajar memahami sesuatu konsep dengan baik daripada

pemerhatian, sentuhan, rasa dan manipulasi bahan bagi membina

kefahaman saintifik.


Pengetahuan sains awal yang diterapkan kepada kanak-kanak bermatlamat

memberi pendekatan hands-on dalam pengajaran sains dengan memberi

ruang dan peluang kanak-kanak membina kefahaman sendiri dengan

bantuan guru. Harlan & Rivkin (1996), antara tujuan pendidikan sains adalah

:


•   Membantu meningkatkan perkembangan bahasa dan kemahiran kanak-

    kanak.




                                                                              7
• Memberi peluang kepada kanak-kanak mengkaji perhubungan kesan dan
    akibat


•   Membantu kanak-kanak menguasai kemahiran berfikir secara kreatif,

    kritis, analitis dan sisitematik dalam membuat penakulan.



• Membantu kanak-kanak membina dan menghayati sikap dan nilai murni.




                                                                       8
3.0   DEFINISI KURIKULUM PENDIDIKAN SAINS AWAL KANAK-

      KANAK

      Menurut Isaac Asimov (1994), Sains ialah cara kita berfikir dan melihat

dunia persekitaran kita. Sains adalah suatu proses eksperimen yang berterusan

dan mencuba jawapan terhadap kejadian dan tidak balas yang berlaku di dalam

persekitaran. Hasil keputusan kajian sentiasa berubah dan tidak tertumpu

kepada satu jawapan sahaja. Keterbukaan berfikir ini perlu diterapkan kepada

setiap kanak-kanak melalui pengajaran dan pembelajaran pendidikan sains awal

kanak-kanak. Pengalaman sains dapat membantu kanak-kanak mengenali dan

memahami persekitarannya. Secara semula jadi kanak-kanak mempunyai sifat

ingin tahu yang tinggi. Maka mereka perlu diberikan peluang, galakan dan masa

bagi memenuhi keperluan mindanya. Bagi memenuhi keperluan tersebut kanak-

kanak harus dibimbing dengan kaedah saintifik bagi menggalakkan mereka

menyelesaikan masalah (Nani Menon & Rohani Abdullah, 2003).

      Umumnya, kanak-kanak cenderung mengetahui fakta berkaitan fenomena

alam semula jadi, cuaca, haiwan, proses tumbesaran, manusia dan benda di

persekitarannya. Setiap tingkah laku mereka adalah suatu proses eksperimen

yang berlaku secara spontan setiap hari. Apabila mereka tersentuh objek, maka

akan timbul beberapa soalan seperti “Apa ini?”, “Bagaimana ia berfungsi?”,



                                                                            9
“Kenapa?”. Tingkah laku ini adalah suatu proses siasatan saintifik. Pengalaman

ini   akan   menggalakkan    kanak-kanak   supaya   mahir   berfikir,   menyoal,

menyelesaikan masalah, membuat rumusan dan membina pengetahuan yang

berasaskan pengalaman saintifik.

       Brewer, 1995 mengatakan bahawa sains adalah semua yang wujud di

sekitar kita, tidak kira dimana kita berada. Pada kanak-kanak pra sains adalah

pekara yang mereka hairan, rasa takjub, serta ingin tahu dan terokai. Sains

adalah pemikiran dan perbuatan dan ia berlaku seiring. Sains adalah suatu

proses memerhati, berfikir dan membuat perkaitan antara satu tindakan dan

kesan atau kejadian dan peristiwa. Ia juga adalah sesuatu yang boleh

menimbulkan rasa ingin tahu, minat dan proses penyelesaian masalah (Nani

Menon & Rohani Abdullah, 2003).

       Dalam pendidikan awal kanak-kanak, proses sains adalah suatu

pembelajaran yang dapat menggalakkan kanak-kanak memperoleh pengetahuan

fakta sains, menggalakkkan minat ingin tahu, meneroka persekitaran, meramal,

memerhati, menjalankan uji kaji dan membuat infrensi. Apabila kanak-kanak

terlibat dalam aktiviti pembelajaran seperti meneroka dan mencuba-cuba, secara

tidak langsung mereka akan terlibat dalam proses berfikir dan mendapat

maklumat secara saintifik.

       Proses pengajaran dan pembelajaran bagi pendidikan sains awal kanak-

kanak sebaiknya disesuaikan dengan tingkat perkembangan kebolehan dan

kemampuan kanak-kanak. Menurut Jean Piaget dalam teori perkembangan

kognitif mengemukakan idea tentang pembentukan konsep kanak-kanak dan




                                                                              10
kecerdasan dengan mencadangkan bahawa penyelidik-penyelidik dapat belajar

mengikut kemampuan perkembangan intelek yang dialami oleh kanak-kanak

dengan        berterusan.   Pemerhatian     beliau   terhadap   kanak-kanak   secara

berterusan termasuk pemeriksaan terhadap kesilapan anak-anak sendiri, maka

beliau merumuskan bahawa wujud sistem logikal yang mudah dan teratur yang

mendasari pemikiran kanak-kanak.

       Menurut Piaget, sistem-sistem ini adalah berbeza-beza daripada sistem

logikal yang digunakan oleh orang dewasa. Untuk memahami perkembangan,

sistem-sistem ini seharusnya diidentifikasi dan dibahagi mengikut cirri-ciri yang

tersendiri.     Piaget   percaya   fungsi   kecerdasan    adalah   untuk   membantu

menyesuaikan diri (adaptasi) adalah berdasarkan perkembangan kognitif yang

dilihat bersama-sama dengan respon kompleks yang dialami terhadap

persekitaran. Dengan meningkatnya pembelajaran dan kematangan kanak-

kanak, kedua-dua kecerdasan dan manifestasinya menjadi berbeza-beza

(Suppiah Nachiappan, Ramlah Jantan & Abdul Aziz Abdul Shukur, 2008).




                                                                                  11
4.0   KURIKULUM PERMATA



4.1   Bidang Pembelajaran Perkembangan Deria/Sensori Dan Pemahaman

      Dunia Persekitaran Peringkat perkembangan Kanak-kanak (Pra-

      Sains)

      Dalam isi kandungan Kurikulum Permata, bidang sains awal terdapat

dalam bidang pembelajaran yang keempat iaitu bidang yang melibatkan

pembelajaran perkembangan deria/sensori dan pemahaman dunia persekitaran

peringkat perkembangan kanak-kanak dalam lingkungan 0 hingga 4 tahun.

Berikut merupakan perincian setiap peringkat umur dalam lingkungan tersebut

serta fokus yang diberi penekanan berkaitan dengan pengajaran dan

pembelajaran dalam bidang ini.



4.2   Kanak-kanak Umur 0 hingga 6 bulan.


       Menurut Piaget, pada peringkat umur 0 hingga 6 bulan ini pemahaman

bayi tentang dunia ini berasaskan pada pergerakan spontan yang tidak

dipleajari seperti menghisap, memegang dan melihat. Piaget memanggil corak-

corak gerakan spontan ini sebagai skima-skima dalaman dan skima ini sentiasa

berubah.    Walaubagaimanapun,    bayi   dapat   menyesuaikannya     kepada



                                                                         12
pengalaman-pengalaman baru yang dialami. Contohnya bayi yang berumur 2

bulan sudah mempunyai skima menghisap, lama-kelamaan dia akan belajar

bahawa skima untuk menghisap puting botol susu berbeza dengan menghisap

putting susu ibunya atau menghisap jari. Melalui cara ini, proses perkembangan

kognitif berlaku kerana kanak-kanak mulai sedar bahawa penghisapan-

penghisapan ini berbeza-beza dari segi cara dan gaya ( Jas Laile Suzana

Jaafar, 1996).

      Menjelang usia 3 bulan, bayi sudah boleh mengangkat kepalanya apabila

ditiarapkan serta mencapai benda yang dihulurkan kepadanya. Bayi juga sudah

boleh memusingkan badannya dengan sendiri. Menjelang usia 4 bulan, bayi

sudah mengenali tangan dan kakinya serta akan menghisap dan bermain

dengannya. Pada usia 4 hingga 6 bulan, bayi semakin mahir mengawal kepala

dan bahagian dada ketika meniarap. Di penghujung umur 6 bulan, bayi lebih

matang dari segi emosinya dan dia akan mula menunjukkan emosi yang

pelbagai dalam situasi yang berbeza. Bayi akan mula menunjukkan rasa

terujanya dengan mengenjut badannya ke atas dan ke bawah dan seronok bila

diagah. Bayi juga akan menangis apabila keperluaannya tidak dipenuhi.

      Bentuk pemikiran bayi adalah berdasarkan pada aktiviti sensori dan

motor. Aktiviti sensori ialah pengalaman-pengalaman yang dikesan melalui lima

deria manakala aktiviti motor diperolehi hasil gerak balas fizikal terhadap objek

iaitu pengalaman semasa bermain atau merasa objek berkenaan. Pada

peringkat perkembangan kanak-kanak umur 0 hingga 6 bulan ini sibuk mencari

satu perhubungan antara tingkah laku mereka dan akibat-akibat yang akan




                                                                              13
terjadi apabila mereka menolak pinggan ke tepi meja. Melalui ‘uji kaji-uji kaji’ ini

bayi mula memperoleh satu konsep bahawa diri mereka adalah satu identity

yang berbeza dengan objek-objek lain serta belajar tentang karakteristik-

karakteristik objek dan bagaimana ia berkaitan dengan satu sama dengan lain

(Aminah Ayob et al. 2008).



                    Fokus Modul Umur 0 hingga 6 bulan

      Fokus modul pada peringkat perkembangan kanak-kanak umur 0 hingga

6 bulan dalam pra sains ini ialah memberi ransangan yang banyak supaya

kanak-kanak dapat melihat dan menyesuaikan diri dan mengenali objek di

persekitarannya melalui pancaindera. Intervensi yang dijalankan adalah untuk

memastikan kebolehan melihat persekitaran dan pergerakan dengan perpekstif

yang berbeza. Selain itu juga, ingin memupuk kemahiran menghubungkan

sesuatu objek dengan aktiviti tertentu. Disamping itu ingin meningkatkan deria

lihat dan menanam perasaan ingin tahu. (Aminah Ayob et al. 2008).

      Menurut Piaget, kanak-kanak mula mengenali dunia melalui deria mereka

pada peringkat kanak-kanak. Melalui uji kaji yang dilakukan secara menghidu,

merasa, memegang, mengetuk, menolak dan melihat kesan tindakannya ke atas

sesuatu objek, kanak-kanak mempelajari ciri-ciri objek yang timbul tenggelam di

dalam air, melantun apabila dilambung, berkecai apabila jatuh dan sebagainya.

Pada peringkat pra operasi (umur prasekolah), mereka akan membina

pengetahuan mengenai nama dan ciri-ciri objek dalam persekitaran mereka yang

akan digunakan bagi aktiviti olahan peringkat seterusnya.




                                                                                 14
Sifat ingin tahu akan menjuruskan minat kanak-kanak supaya mencuba

dan mengeksperimenkan. Semakin banyak mereka mempelajari sains. Pusat

Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pendidikan sudah berusaha kearah itu

di mana pembelajaran awalan sains dalam komponen perkembangan kognitif. Ini

adalah suatu titik tolak yang amat penting bagi memulakan pembelajaran sains

dan penerapan pemikiran saintifik dan peringkat awal lagi (Nani Menon & Rohani

Abdullah, 2003).

                         Kurikulum Pendidikan Sains Awal
                     Kanak-Kanak Bagi Umur 0 Hingga 6 Bulan.
   Objektif Pembelajaran                 Kaedah                      Cadangan Aktiviti

1. Kebolehan melihat           a. Meletakkan bayi pada       • Baringkan bayi di atas katil bayi,
  persekitaran dan               posisi yang berbeza-beza.     baring dengan sokongan bantal,
  pergerakan dengan                                            letak di kerusi atau kerusi bayi
                               b. Menayangkan kepada bayi
  perspektif yang berbeza.                                     dalam kereta.
                                 mainan pelbagai bentuk
                                 dan warna yang menarik.     • Menggantung permainan di atas
                                                               katil bayi untuk meransang daya
                                                               tumpuan.

                                                             • Menggunakan gim kanak-kanak
                                                               untuk bayi bermain sendirian.

2. Membezakan warna dan                                      • Bermain dengan bayi dengan
  objek.                                                       memanggilnya dari lokasi yang
                                                               berbeza.

                                                             • Permainan yang menggunakkan
                                                               pertembungan mata.


                                                             • Berkomunikasi dengan bayi
                                                               semasa menakapnya.

3.Memupuk kemahiran            a. Mengagah bayi dari         • Membawa bayi bersinar-sinar
 menghubungkan sesuatu           pelbagai posisi.              melihat persekitaran sambil
 objek dengan aktiviti                                         bercakap-cakap dengannya dan



                                                                                          15
tertentu.                   b. Menggunakan barang        memperkenalkan beberapa jenis
                               mainan yang mempunyai      benda hidup seperti daun pokok,
                               pelbagai fungsi.           bunga, serangga.

4.Meningkatkan deria lihat   a. Mendukung bayi dalam
 dan menanam perasaan          keadaan vertikal,
 ingin tahu.                   menghadap ke depan atau
                               ke belakang.




 4.3    Kanak-kanak Umur 7 hingga 12 bulan


          Menurut Piaget, pada umur bayi 7 hingga 12 bulan dikatakan sebagai

 masa pengukuhan di mana keadaan yang wujud sebelumnya disesuaikan di

 antara satu sama lain. Pada tahap perkembangan ini, perkembangan bayi

 sudah dikatakan sebagai berada di tahap perkembangan daya kognitif dan

 kebolehan mental asas pada bayi. Bayi sudah mengetahui sebab akibat

 sesuatu keadaan yang berlaku. Contohnya, apabila menggoncangkan sesuatu

 alat mainan, ia akan berbunyi. (Aminah Ayob et al. 2008).

          Pada umur 7 hingga 12 bulan, bayi sudah dapat menyusun dan

 mencantum skema asas untuk menghasilkan skema yang lebih rumit. Hasil

 daripada kemahiran ini, dua jenis perubahan intelektual berlaku pada peringkat

 perkembangan ini iaitu tindak balas bayi menjadi lebih terkawal dan

 bermatlamat. Selain itu juga, kekalan objek iaitu memahami bahawa objek terus

 wujud walaupun tidak kelihatan. ( Rohani Abdullah, 2004).

          Selain itu, pada umur antara 7 hingga 12 bulan bayi mula melibatkan diri

 dalam tingkahlaku yang bermatlamat dan mereka boleh menjangkakan

 peristiwa secara lebih berkesan. Mereka amat gemar melakukan aktiviti




                                                                                  16
mencuba dan meneroka seperti mengeluarkan barang daripada almari atau laci,

suka menyusun, membina dan memecah dan membina semula. Mereka juga

mula memahami kemungkinan terdapat barang di bawah atau belakang

sesuatu. Semua aktiviti dilakukan secara meneroka melalui penggunaan semua

deria termasuk deria rasa. Mereka amat suka meneroka dengan menyentuh

semua barang dalam persekitarannya. (Aminah Ayob et al. 2008).



                    Fokus Modul Umur 7 hingga 12 bulan

       Fokus modul pada peringkat perkembangan kanak-kanak umur 7 hingga

12 bulan dalam pra sains ini ialah member ransangan yang banyak supaya

kanak-kanak     dapat   melihat   dan   menyesuaikan   diri,   mengenali   objek,

membezakan pelbagai objek dan bunyi serta mengenali diri sendiri. Intervensi

yang dijalankan adalah untuk memastikan kebolehan membezakan pelbagai

bunyi dan meningkatkan deria pendengaran. Selain itu, membezakan warna

dan objek yang berlainan dan membezakan bauan yang pelbagai dan

meningkatkan kepekaan deria bau. Akhir sekali, dapat mengenali dan

menamakan anggota badan serta membezakan sesuatu objek. (Aminah Ayob

et al. 2008).

       Pada peringkat perkembangan kanak-kanak umur 7 hingga 12 bulan bayi

mula memahami ciri ‘kekalan’ pada objek yang terdapat di sekitarnya. Misalnya,

mereka faham ibu ataupun alat permainan kegemarannya wujud walaupun tiada

di depannya ketika itu. Kemahiran pergerakan yang meningkat dan pemahaman

cirri kekalan objek membolehkan bayi mencari benda yang tersorok di bawah




                                                                              17
kain ataupun di belakang penjaga. Pada peringkat ini, bayi hanya terikat kepada

tempat yang tersorok. Contohnya, seorang bayi berusia 9 bulan, beliau sudah

pandai mencari bola yang tersorok di belakang abangnya. Akan tetapi, apabila

abangnya menggerakkan bola itu ke tempat lain, bayi tersebut tetap mencari

bola di belakang abangnya.

         Walau bagaimanapun keupayaan mereka mencari objek ayang hilang

bagi bayi berumur 10 bulan adalah terhad. Mereka akan mencarinya pada

tempat yang sama sehingga menjumpai objek tersebut. Dia sudah dapat

memahami objek itu masih wujud walaupun dia tidak melihatnya. Bayi sudah

berupaya memperoleh satu perwakilan mental pada objek yang hilang dengan

mewakilkan apa yang dilihatnya lalu disimpan di dalam mental. Peningkatan

kebolehan memahami konsep kekalan objek dan pengawalan koordinasi badan

bayi   membantu mereka mengambil bahagian secara langsung dalam

permainan cikucak.

         Bayi juga menujukkan tingkah laku yang bermatlamat dan dapat

menjangkakan peristiwa dengan lebih berkesan, misalnya ibunya akan wujud

setiap kali mereka menjerit ataupun menangis. Jadi, apabila mereka ingin

mendapat perhatian ibu, mereka dapat menggunakan strategi menjerit ataupun

menangis. Pada hujung peringkat kecil ini, bayi berkebolehan mengawal bahasa

dengan menggunakan dua perkataan seperti “papa” ataupun “mama”.

Panggilan ini mengembirakan ibu bapa, yang akan terus memberi galakkan

kepada bayi supaya dapat memahami maksud perkataan itu. (Rohani Abdullah,

2004).




                                                                            18
Kurikulum Pendidikan Sains Awal
                     Kanak-Kanak Bagi Umur 7 Hingga 12 Bulan.
OBJEKTIF PEMBELAJARAN                KAEDAH              CADANGAN AKTIVITI
  1. Kebolehan              a. Bercakap dengan bayi       • Memanggil nama bayi
    membezakan pelbagai                                     dengan intonasi yang
                            b. Memperkenalkan pelbagai
    dan meningkatkan                                        berbeza.
                              bunyi dari sumber yang
    kepekaan deria
                              berlainan.                  • Mainkan rentak muzik
    pendengaran.
                                                            atau alunan nasyid yang
                                                            berlaian setiap hari.

                                                          • Mengetuk objek berbeza
                                                            yang akan menghasilkan
                                                            bunyi yang berbeza di
                                                            hadapan.

                                                          • Mencari bunyi: contoh
                                                            dapatkan alat muzik atau
                                                            kotak muzik, bunyikan
                                                            dan sembunyikan. Tanya
                                                            bayi “bunyi apa tu? Dari
                                                            mana datangnya bunyi
                                                            tu?” mula mencari bunyi
                                                            tersebut bersama bayi
                                                            dengan cara merangkak
                                                            bersama-sama. Ucap
                                                            tahniah pada bayi apabila
                                                            menjumpai mainan
                                                            tersebut.

 2. Membezakan warna        a. Menggalakkan bayi          • Bermain dengan objek
    dan objek yang            bermain dengan objek          yang berbeza bentuk dan
    berlainan.                yang berlaian bentuk dan      warna (alat mainan
                              warna yang berlainan.         mobil).

                                                          • Bermain barang mainan


                                                                                    19
b. Memperkenalkan             yang lembut atau boneka
                              kepelbagai bauan yang       yang berwarna terang dan
                              berbeza.                    berbeza.

                                                        • Menggunakan boneka
                                                          dalam bercerita atau
                                                          memoerdengarkan lagu
                                                          ‘incy wincy’.

                                                        • ‘Spider’ menggunakan
                                                          labah-labah.

  3.Membezakan bauan yang                               • Letakkan bauan yang
      pelbagai dan                                        berbeza dalam helaian
      meningkatkan                                        kain/tisu, bungkuskan
      kepekaan deria bau.                                 dengan pembalut yang
                                                          berbeza warna dan hayun
                                                          dan tayangkan di depan
                                                          bayi.

  3. Mengenali dan          a. Membacakan buku dengan   • Menujukkan buku
      menamankan anggota      meletakkan bayi di atas     bergambar berwarna
      badan, membezakan       pangkuan bayi.              (tanpa tulisan) dan
      sesuatu objek.                                      membaca bersama-sama.

                                                        • Tunjukkan buku cerita
                                                          yang hanya ada gambar
                                                          atau lukisan, dan reka
                                                          cerita sendiri. Cari
                                                          peluang untuk bunyikan
                                                          bunyi yang biasa pada
                                                          pendengaran kanak-
                                                          kanak.




4.4    Kanak-Kanak Umur 1-2 Tahun




                                                                                   20
Menurut Rohani Abdullah (2004), pada peringkat usia 12 hingga 18

bulan, Kanak-kanak ini merupakan peringkat permulaan eksperimen menarik bagi

seorang sanitis kecil. Keadaan kanak-kanak ini akan cuba menyesuaikan dan

mengubahsuaikan pelbagai skema yang terbentuk dengan lebih kreatif serta

menunjukkan tingkah laku cuba-jaya dalam langkah mereka menyelesaikan

cabaran yang ditimbul dalam aktiviti bermain. Kanak-kanak pada usia ini juga

cuba    mencantumkan      dan     mengkoordinasikan     pelbagai    skema    bagi

menyelesaikan masalah yang semakin kompleks ketika mereka menghadapinya.

Bukan itu saja, kanak-kanak ini    juga memahaman terhadap kekekalan objek

semakin    meningkat    dan     tumpuan   kepada    penguasaan     bahasa    juga

mempengaruhi minat bayi bagi menunjukkan sesuatu dengan jari untuk

menanyakan atau meminta sesuatu yang mereka tiada.

          Menjelang usia 18 bulan, dalam Teori Perkembangan Kognitif Jean

Piaget menyatakan bahawa usia ini merupakan akhir tahap sensori motor, di

mana kanak-kanak pada usia ini mula menunjukkan tanda-tanda representasi

pemikiran, iaitu representasi dalaman terhadap rangsangan luaran. Oleh itu,

kanak-kanak akan mula memikirkan tentang orang dan benda tetapi tidak

semestinya dapat memperspesikan pada ketika itu. (Suppiah Nachiappenet al.

2008). Pada usia ini juga, kanak-kanak ini akan mengalami perkembangan

kemahiran motor halus dan juga berupaya untuk memegang objek kecil dengan

ibu jari dan jari telunjuk dalam aktiviti harian mereka seperti menekan tombol dan

memutarkan suis yang mereka gemar untuk melakukannya.




                                                                               21
Tetapi dalam usia antara 22 hingga 24 bulan, kanak-kanak akan

menghadapi pengalaman fizikal yang dilalui telah membantu mengembangkan

kemahiran kognitifnya. Contohnya, kanak-kanak ini boleh mengetahui untuk

menggunakan permainan dengan cara yang betul dan dikaitkan dengan peristiwa

bagi membezakan apa yang telah dilihat dan dipelajari oleh mereka. Oleh itu,

kanak-kanak ini akan menggunakan kemahiran yang ada untuk mengalami

sendiri agar membolehkan kanak-kanak ini memanipulasikan objek-objek ini

untuk melihat apa yang akan berlaku seterusnya dan mengulangi aksi yang

sama(Aminah Ayob et al. 2008).

          Pada peringkat ini, kanak-kanak ini masih dalam jangka masa

pemerhatian yang semakin bertambah, mereka akan dapat mengingat lebih

banyak perkara. Walau pun pada peringkat umur ini kanak-kanak itu belum

menguasai lambang bahasa bagi menamakan benda dan kejadiaan di sekelilingi,

namun demikian mereka terpaksa bergantung kepada bukti-bukti mentah atau

objek-objek yang wujud bagi memahami sesuatu perkara. Oleh itu, kanak-kanak

pada tahap ini perlu mengembangkan kebolehan derianya untuk membezakan

pelbagai bunyi dan pelbagai bauan yang dapat dikesani oleh deria bau mereka.

Sementara itu, kanak-kanak meningkatkan deria melihat iaitu kemahiran

penumpuan mereka dalam masa yang sama untuk agar dapat membezakan

warna dan objek-objek yang telah mereka lihat samaada dengan membacakan

buku bergambar kepada mereka sambil memangku anak tatih di atas riba

(Rohani Abdullah, 2004).




                                                                         22
Fokus Modul Umur 1-2 Tahun

        Fokus modul ialah memberi rangsangan yang banyak supaya bagi

meningkatkan    lagi     kebolehan      kanak-kanak   menyesuaikan       diri   dengan

persekitaran   melalui     penggunaan     deria   serta   meningkatkan      kemahiran

penumpuan dan kemahiran berbahasa kanak-kanak. Intervensi yang dijalankan

adalah untuk mencapai perkara-perkara berikut :

    1. Meningkatkan deria melihat dan menyentuh.

    2. Meningkatkan kemahiran penumpuan dan kemahiran bahasa.

    3. Menggalakkan perkembangan kelima-lima deria




                                                                                    23
OBJEKTIF PEMBELAJARAN                   KAEDAH                CADANGAN AKTIVITI
1. Meningkatkan deria melihat   a.     Membacakan buku         • Gunakan buku cerita bergambar
  dan menyentuh                  bergambar sambil memangku       yang besar dan berwarna warni
                                 anak tatih di atas riba         serta mempunyai tekstur yang
                                                                 berbeza dan biarkan kanak-
                                                                 kanak membolak-balik muka
                                                                 surat.

2. Meningkatkan kemahiran       a.     Bermain dengan          • Hide and seek biarkan kanak-
  penumpuan dan kemahiran        permainan berfungsi ada dan     kanak melihat pengasuh
  bahasa                         hilang.                         bersembunyi dahulu sehingga
                                                                 mereka memahami permainan.

3. Menggalakkan                 a.     Menyeidakan pelbagai    • Sediakan buah-buahan seperti
  perkembangan kelima-lima       bahan yang membolehkan          oren, jambu merah dan hijau,
  deria                          kanak-kanak melihat,            dan anggur.
                                 menyentuh,
                                                               • Galakkan mereka melihat,
                                 mendengar,menghidu, dan
                                 merasa.                         menyentuh tekstur kulit,
                                                                 menghidu dan meras buahan
                                b.     Memperdengarkan           tersebut.
                                 pelbagai bunyi dari
                                 persekitaran                  • Bawa mereka keluar dan
                                                                 biarkan mereka mendengar
                                                                 pelbagai bunyi yang berlainan
                                                                 yang mempunyai maksud
                                                                 dalam kehidupan mereka
                                                                 contoh dengan bunyi burung,
                                                                 siren ambulans, tangisan
                                                                 kanak-kanak lain dan
                                                                 sebagainya.




                      Kurikulum Pendidikan Sains Awal
                    Kanak-Kanak Bagi Umur 1 Hingga tahun.



4.5    Kanak-kanak Bagi Umur 2 hingga 3 Tahun


                                                                                      24
Pada tempoh usia ini, Kebanyakan Ibu bapa mempengaruhi kanak-kanak

melalui arahan, ulasan, dan soalan dengan mengambil kira kebolehan

pemahaman bahasa anak (Damon, 1988). Oleh itu, kanak-kanak di peringkat

awal usia ini akan cuba memperoleh bahasa dengan memanjangkan makna

tertentu yang mungkin boleh difahami ataupun tidak. Tetapi biasanya kanak-

kanak     ini   akan   menghabiskan    sebahagian   besar   masanya    dengan

mengumpulkan sebanyak mungkin informasi mengenai persekitaran tanpa

disedari. Hal ini kerana persekitaran komunikasi amat penting dalam

menggalakkan keupayaan berfikir secara logikal dan kreatif. Oleh itu, ibu bapa

sentiasa digalakkan menggunakan isu-isu perbincangan tentang sebab-musabah

dalam perbincangan keluarga agar dapat mewujudkan komunikasi yang positif

dan merapatkan hubungan rapat dengan kanak-kanaknya.

        Menurut   teori   Piaget   menyatakan   bahawa   kanak-kanak   berlaku

perubahan besar dari segi perkembangan kognitif apabila ia mula boleh

menggunakan skema yang berasaskan penggunaan bahasa dan bentuk-bentuk

perwakilan simbolik yang lain serta dapat menyelesaikan masalah-masalah yang

mudah. kanak-kanak ini menggunakan simbol dalam pemikiran mereka.

contohnya, seorang kanak-kanak mungkin mennganggap sebatang penyapu

sebagai kuda . ( Jas Laile Suzana Jaafar, 1996).

        Berdasarkan teori piaget, pada peringkat praoperasi, kanak-kanak masih

menggunakan bahasa yang mudah sperti tanda-tanda,lambang-lambang, objek

dan perkataan. Mereka mampu mengendalikan dunia secara simbolik atau

perwakilan objek ketika menyelesaikan masalah dan mengingat kembali




                                                                           25
peristiwa yang lalu. Mereka juga mampu berfokus pada pemprosesan

information dalaman dan meningkatkan keupayaan untuk mengingatkan semula

informasi. Oleh itu, kanak-kanak adalah sesuai dengan meningkatkan dan

memantapkan kemahiran-mahiran meneliti terhadapa sesuatu benda dengan

perkembangan deria dan perkembangan bahasa mereka serta deria sentuh agar

dapat merangsang perkembangan afektif dan emosi mereka pada peringkat

awal, tetapi juga secara tidak langsung dapat membantu meningkatkan

kemahiran berfikir dan kemahiran intelektual. (Craik dan Lockhart,1972; Lockhart

dan Craik, 1990).




                       Fokus Modul Umur 2 hingga 3 Tahun

        Fokus modul ialah memberi rangsangan yang banyak supaya bagi

meningkatkan lagi kebolehan kanak-kanak untuk memberi tumpuan, membuat

penelitian, meningkatkan daya ingatan dan bagi meningkatkan kemahiran berfikir

kemahiran intelektual melalui penggunaan deria serta pendedahan awal kepada

penggunaan teknologi dalam kehidupan. Intervensi yang dijalankan adalah untuk

mencapai perkara-perkara berikut :

   1.     Meningkatkan kemahiran meneliti sesuatu menggunakan deria.


          •   Meningkatkan deria sentuhan, dengar dan bau serta memantapkan

              perkembangan bahasa.




                                                                             26
•   Merasai      perbezaan      melalui      sentuhan        dan     merangsang

                 perkembangan afektif dan emosi.


      2. Menguasai bahasa dan menggalakkan penguasaan ilmu.


      3. Meningkatkan kemahiran berfikir dan kemahiran intelektual.


      4. Menyedari dan mula memahami tentang kegunaan teknologi dalam

         kehidupan seharian di samping meningkatkan daya kreativiti dan

         menguatkan otot-otot tangan.




                            Kurikulum Pendidikan Sains Awal
                      Kanak-Kanak Bagi Umur 2 Hingga 3 Tahun


   OBJEKTIF PEMBELAJARAN                   KAEDAH                  CADANGAN AKTIVITI
1. Peningkatan kemahiran          a.Menydiakan          aktiviti   • Letakkan objek yang
   meneliti sesuatu benda          merangsang      penggunaan        berkainan di dalam kotak
   mengguanakan deria              deria   untuk    mengenali        suruh mereka mencari objek
                                   sesuatu benda.                    yang dikehendaki tanpa
ii. Meningkatkan deria
                                                                     melihat ke dalam kotak.
   sentuhan, dengar dan bau
   serta mematapkan                                                • Menutup mata kanak-kanak
   perkembangan bahasa.                                              dan biarkan mereka merasa
                                                                     dan menamakan objek
iii. Merasai perbezaaan melalui
                                                                     dengan mata yang tertutup.
   sentuhan dan merangsang
   perkembangan afektif dan                                        • Pelbagai jenis objek yang
   emosi.                                                            digunakan yang boleh
                                                                     dikenali berdasarkan bunyi,



                                                                                                 27
bau, bentuk dan tekstur.

                                                             • Sediakan permulaan objek
                                                               yang berbeza teksturseperti
                                                               kasar, licin, lembut dan lain-
                                                               lain sambil
                                                               memeperkenalkan
                                                               perkataana-perkataan baru
                                                               tersebut.

                                                             • Berjalan di atas permukaan
                                                               yang berbeza seperti rata
                                                               dan tidak rata.

1. Menguasai bahasa dan       a.Mendedahkan kanak-kanak      • Bercerita bersama kanak-
  menggalakkan penguasaan      kepada pelbagai cara untuk      kanak.
  ilmu.                        menguasai bahasa dan
                                                             • Menyanyi.
                               menambahkan ilmu

                                                             • Berlakon.

2. Meningkatkan kemahiran     a. Gunakan peluang yang        • Memperkenalkan kepada
  berfikir dan kemahiran        ada untuk melibatkan           anak tatih pelbagai benda
  intelektual.                  kanak-kanak dalam aktiviti     dan makanan serta
                                berfikir.                      fungsinya.

                                                             • Memerhati benda-benda
                                                               hidup di sekitar. Sebagai
                                                               contoh : mengenai ‘ pokok
                                                               tomato kita ni berbuah
                                                               sangat lebah dan pokoknya
                                                               juga tinggi. Agaknya apa
                                                               yang boleh kita lakukan
                                                               untuk mengekalkan
                                                               kelebatan buah pokok ini’ ?

3. Menyedari dan mula         4. Mendedahkan kepada          • Sediakan gunting kanak-
  memahami tentang              anak tatih barangan            kanak dan suruh mereka
  kegunaan teknpologi dalam     berteknologi yang              mengunting bentuk dan
  kehidupan seharian            digunakan dalam                objek yang berlainan tetapi
  disamping meningkatkan        kehidupan seharian             mesti dengan pengawasan


                                                                                           28
daya kreativiti dan               seperti gunting, peti ais       orang dewasa. Biar mereka
  menguatkan otot-otot              basikal dan sebagainya.         guntung bentuk yang
  tangan.                                                           diingini oleh mereka.

                                                                  • Membuka peti ais,
                                                                    mengenalkan barangan di
                                                                    dalamnya sambil
                                                                    menerangkan fungsinya
                                                                    ‘menyejukkan’ beri peluang
                                                                    anak tatih bermain dengan
                                                                    basikal atau trisikal sambil
                                                                    pengasuh menerangkan
                                                                    fungsi ‘kayuh’




4.6    Kanak-kanak Bagi Umur 3 hingga 4 Tahun

        Mengikut Teori Psikososial Erikson, kanak-kanak ini akan mula berupaya

menerokai persekitaran dan mencipta aktiviti sendiri. Mereka mempunyai

persekitaran fizikal yang lebih luas dan bebas bergerak. Perkembangan bahasa

berkembang dengan cepat, mereka dapat menyoal, memahami jawapan dan

dapat membayangkan berbagai-bagai kemungkinan. Dalam tahap usia ini

mereka akan memperolehi insiatif iaitu hasil positif dalam tahap ini, tetapi

sebaliknya jika kanak-kanak pada tahap ini dihalang daripada melaksanakan

kehendak      dan       rancangan     aktivitinya     oleh      ibubapa,   maka       ia    akan

memperkembangkan rasa bersalah yang akan membawa kepada perasaan takut

dan kurang tegas dalam sesuatu perkara yang mereka kakukan (Jas Laile

Suzana Jaafar,2002).




                                                                                               29
Pada     umur 3 hingga 4 tahun, kanak-kanak telah berkeinginaan

mempunyai kuasa membuat keputusan yang berkaitan dengan aktiviti seharian.

Mereka berusaha menunjukan dan membuktikan mereka boleh membuat

sesuatu yang diingini dengan kebolehan dan daya usaha mereka sendiri tanpa

bantuan orang lain. Pada masa yang sama kanak-kanak dalam lingkungan umur

ini akan berasa malu apabila tidak diberi kuasa yang perlu ada pada mereka.

Mereka tidak sahaja malu kepada diri sendiri tetapi juga malu kepada individu

yang berberada di sekeliling mereka.hal ini kerana mereka bimbang dan malu

apabila mereka melakukan sesusutu perkara dipandang salah di depan orang

lain (Aminah Ayob et al. 2008).

      Pada tahap usia ini juga kanak-kanak mula menggunakan bahasa untuk

menyatakan sesuatu. Perkembangan daya ingatan dan imaginasi semakin

meningkat. Mereka mula faham konsep masa lepas dan masa sekarang dan

masa hadapan. Sebagai contohnya mereka akan cuba membuat bentuk bulatan,

empat segi dan meniru gaya orang dewasa menulis.begitu juga, kanak-kanak ini

boleh mengenali dan sekurang-kurangnya enam warna, susun angka mudah ikut

urutan dan nama anggota badan.



                    Fokus Modul Umur 3 hingga 4 Tahun

Fokus modul ialah memberikan rangsangan yang banyak bagi meningkatkan lagi

kebolehan    kanak-kanak    untuk   memberi   tumpuan,   membuat   penelitian,

meningkatkan daya ingatan dan bagi meningkatkan kemahiran berfikir dan

kemahiran intelektual melalui penggunaan deria serta pendedahan awal kepada




                                                                           30
penggunaan teknlogi dalam kehidupan. Intervensi yang dijalankan adalah untuk

mencapai perkara-perkara berikut :

   1. Meningkatkan deria rasa, sentuhan, bau dari pelbagai objek yang berbeza

       bentuk dan menamakannya.


   2. Mempertingkatkan kemahiran deria, menumpukan perhatian objek yang

       berbeza bentuk dan menamakannya.


   3. Mempertingkatkan kemahiran deria rasa dari pelbagai rasa, bentuk dan

       warna.


   4. Mengawal neurologi jari dan daya fokus koordinasi tangan dan mata.


   5. Meningkatkan        kemahiran     mengimbangkan         tangan    dan      jari   dan

       meningkatkan kemahiran gabungan pelbagai rasa, bentuk dan warna.


   6. Meningkatkan kemahiran berfikir secara analogi dan deduktif, membuat

       pengamatan dan analisis.


   7. Memahami kemahiran penggunaan, mahir dan kaitan objek/situasi

       dengan rutin harian.


                       Kurikulum Pendidikan Sains Awal
                    Kanak-Kanak Bagi Umur 3 Hingga 4 tahun.
  OBJEKTIF PEMBELAJARAN                   KAEDAH                       CADANGAN AKTIVITI
1. Meningkatkan deria rasa,      a. Memperdengar dan            • Letakkan di dalam karung kecil
  sentuhan, bau dari sentuhan,     memperkenalkan pelbagai       objek-objek yang berbeza rupa,
  bau dari pelbagai objek yang     objek yang berbeza untuk      dan bentuk seperti kunci, sikat,
  berbeza bentuk dan               bunyi yang berbeza            tin dan lain-lain.
  menamakannya
                                                                • Minta kanak-kanak




                                                                                         31
memasukkan tangan ke dalam
                                                                 karung tersebut meneka dan
                                                                 menamakan objek berdasarkan
                                                                 tekstur, bentuk, bau tanpa
                                                                 melihatnya.

2. Mempertingkatkan              a. Memberikan peluang kanak-   • Ajak kanak-kanak meneroka
  kemahiran deria,                  kanak menerokai melalui      dan mendengar setiap bunyi
  menumpukan perhatian dan          pengalaman langsung.         yang dihasilkan. Agar lebih
  pengamatan.                                                    menarik, dalam keadaan mata
                                                                 tertutup teka bunyi apa yang
                                                                 dihasilkan atau bunyi yang tidak
                                                                 terdengar.

                                                                • Meneka bunyi objek yang hilang
                                                                 boleh mempertingkatkan daya
                                                                 kemahiran deria dan mefokus.

3. Mempertingkatkan              a. Bermain pasir/ air          • Sediakan bekas diisi dengan air
  kemahiran deria rasa dari                                      atau pasir yang berlainan.
  pelbagai tekstur dan suhu                                      Warna/ tekstur.
  yang berlainan.
                                                                • Biarkan kanak-kanak bermain
                                                                 dengan selesa mengikut
                                                                 kehendak mereka. Boleh
                                                                 sediakan bekas yang berbagai
                                                                 bentuk untuk memberikan
                                                                 peluang kepada kanak-kanak
                                                                 menerokainya.

4. Mengawal neurologi jari dan   a. Menjahit.                   • Sediakan tali sederhana halus
  daya fokus koordinasi                                          dan objek yang berlubang
  tangan dan mata.                                               ditengahnya untuk dimasukkan
                                                                 tali ditengahnya.

                                                                • Ajar kanak-kanak memasukkan
                                                                 tali ke dalam lubang objek
                                                                 dengan perlahan, jelas dan
                                                                 berulang-ulang.

5. Meningkatkan kemahiran        a. Mendedahkan kanak-kanak     1.     Memasak dan merasa :



                                                                                        32
mengimbangi tangan dan jari       dengan pengalaman
  dan meningkatkan                  langsung.
                                                                   a.         Ajar dan ajak kanak-
  kemahiran gabungan
                                                                    kanak memasak dan
  pelbagai rasa, bentuk dan
                                                                    menyediakan masakan ringkas
  warna.
                                                                    atau minuman yang pelbagai
                                                                    rasa.

                                                                   b.         Ajak mereka merasa
                                                                    makanan/ minuman yang
                                                                    mereka sediakan.

                                                                   c.         Berbual dengan kanak-
                                                                    kanak tentang perbezaan rasa,
                                                                    tekstur bentuk dan warna bahan
                                                                    masakan/ minuman.

6. Meningkatkan kemahiran        a. Menyediakan persekitarann      • Sediakan replika/ permainan
  berfikir secara analogi dan       yang menggalakkan               binatang yang menarik
  secara analogi dan deduktif,      pemikiran analogi, deduktif,    dihadapan kanak-kanak (Mini
  membuat pengalaman dan            dan membuat pengalaman          World Play Materials ).
  analisis.                         dan analisis sifat bahan.
                                                                   • Lebih menarik jika disediakan
                                 b. Mengasingkan replika
                                                                    papan imaginasi bertemakan
                                    binatang/ benda mengikut
                                                                    safari.
                                    kumpulan.
                                                                   • Minta kanak-kanak asingkan
                                 c. Belajar menggunakan bahan
                                                                    antara replika binatang-binatang
                                    yang ada untuk
                                                                    itu di atas papan imasginasi
                                    menyelesaikan masalah dan
                                                                    safari contohnya, binatang buas
                                    belajar mencuba dengan
                                                                    (dalam hutan), ikan (dalam
                                    menggunakan strategi yang
                                                                    sungai/laut), burung (atas
                                    sedia ada.
                                                                    pokok).

                                 d. Bermain lego, tanah liat dan
                                                                   • Berbual dengan kanak-kanak
                                    puzzle.
                                                                    untuk menggalakkan

                                 e. Bereksperimen dengan air.       penggunaan bahasa dan
                                                                    perkataan yang sesuai semasa
                                                                    pengasingan dibuat.




                                                                                              33
• Ajar kanak-kanak menggunakan
                                                             alat permainan.

                                                            • Tunjuk contoh hasil kerja diikuti
                                                             dengan galakkan dan pujian
                                                             yang selari dengan pencapaian
                                                             hasil kerja.

                                                            • Galakkan pembinaan daya
                                                             kreatif dengan memberi satu
                                                             permasaalahan.

                                                            • Galaka pembinaan daya kreatif
                                                             dengan memberi satu
                                                             permasaalahan.


                                                            • Sediakan permainan pelbagai
                                                             jenis tekstur dan material yang
                                                             boleh direndamkan dalam
                                                             bekas yang berisi air. Anak
                                                             patung, ikan, span, tali, bekas
                                                             plastik dan lain-lain.

7. Memahami kemahiran            a. Melabel objek/situasi   • Ajak kanak-kanak membantu
  pengunaan, makna dan                                       melabekan objek atau situasi
  kaitan objek/ situasi dengan                               tertentu di dalam kelas atau
  rutin harian.                                              sekitar sekolah. Contohnya
                                                             tinggi, rendah, besar, kecil
                                                             meja, kerusi, bunga, bulat,
                                                             panjang dan lain-lain.

                                                            • Sambil melabel, ajak mereka
                                                             berbual tentang objek atau
                                                             situasi tersebut, reka cerita
                                                             fantasi untuk lebih menarik.




5.0    KAJIAN LEPAS MENGENAI PENGAJARAN SAINS AWAL KANAK-

       KANAK


                                                                                      34
Menurut Zurida bin Haji Ismail & Hasimah Mohd Yunus (2004) dalam “Sikap &

keyakinan guru-guru prasekolah dalam pengajaran sains awal” , terdapat enam

komponen pembelajaran dalam kurikulum prasekolah yang dilaksanakan secara

bersepadu. Salah satu daripadanya ialah perkembangan kognitif. Komponen

perkembangan kognitif mengandungi konsep-konsep awal sains dan bertujuan

untuk mengembangkan kemahiran kognitif dan memupuk sikap positif terhadap

sains.

         Antara objektif komponen perkembangan kognitif ialah bagi membolehkan

kanak-kanak meningkatkan kemahiran berfikir dan kemahiran proses sains,

memperkembangkan sikap ingin tahu dan suka menyiasat. Tambahan pula,

dapat     memperkembangkan      kemahiran    menyelesaikan     masalah    dalam

kehidupan seharian. Kemahiran kognitif terdiri daripada pengelasan, konsep

ruang, proses sains dan penyelesaian masalah. Kemahiran proses sains

membolehkan kanak-kanak berinteraksi dengan bahan dan fenomena alam serta

memupuk sikap ingin tahu dan suka menyiasat. Membuat permerhatian atau

pencerapan adalah kemahiran paling asas dalam proses sains.

         Kemahiran proses yang lain ialah seperti berkomunikasi, membuat

inferens dan membentuk hipotesis. Kefahaman konsep asas serta penguasaan

kemahiran proses diperolehi melalui interaksi dan penglibatan kanak-kanak

dalam aktiviti-aktiviti seperti bermain dengan blok, air dan pasir serta bahan-

bahan manipulatif dan aktiviti-aktiviti seperti bernyanyi, berlakon dan mendengar

atau menonton cerita kanak-kanak.




                                                                              35
Keberkesanan perlaksanaan kurikulum ini banyak bergantung kepada

pendidik yang berada di dalam kelas. Para pendidik diharapkan faham,

menghayati serta mampu melaksnakan kurikulum seperti yang dihasratkan.

Mereka perlu melengkapkan diri dengan pengetahuan, kemahiran serta sikap

yang    bersesuaian   dengan subjek yang      diajar. Dapatan-dapatan   kajian

menunjukkan konsepsi, sikap serta kepercayaan guru tentang sains sering

mempengaruhi keputusan dan tindakan dalam proses pengajaran dalam sains

awal kanak-kanak.

        Sikap ialah tindakbalas tingkah laku yang didorong oleh pemikiran

(mentality) yang diterjemahkan dalam bentuk tindakan seorang individu. Sikap

dianggap salah satu elemen penting yang mempengaruhi pemikiran dan

tindakan seseorang khususnya dalam pendidikan. Dapatan-dapatan kajian

menunjukkan peranan guru adalah penting dalam usaha memupuk dan

menanam sikap yang sesuai terhadap sains. Kajian turut menunjukkan sikap

guru yang negatif atau neutral terhadap sains akan dapat dirasai dan menjadi

ikutan murid-murid(Gabel & Rubba,1997). Selain sikap, kepercayaan serta nilai

yang dihayati guru turut mempengaruhi corak

       Pengajaran dan meniggalkan kesan terhadap pembelajaran, kepuasan dan

keseronokan serta perkembangan kanak-kanak. Kepercayaan berkait rapat

dengan tingkah laku dari aspek fobia dan jangkaan-pencapaian kendiri. Bandura

(1986) menyatakan pendapat dua jenis jangkaan sebagai daya kognitif utama

yang memandu tingkah-laku. Jenis jangkaan pertama dikenali sebagai jangkaan

hasil kerja(outcome expetancy) dan berkait dengan ‘hasil kerja’. Umumnya,




                                                                           36
individu akan memperlihatkan tingkah laku dimana dia percaya hasil kerjanya

akan dihargai. Sebalikya individu tersebut tidak menunjukkan tingkah laku yang

sama jika hasil kerja tersebut dilihat tidak memberi ‘keuntungan’ kepadanya.

      Jenis jangkaan kedua ialah efikasi-kendiri merujuk kepada kemampuan

seseorang untuk melakukan sesuatu tingkah laku dengan jayanya. Efikasi-

kendiri mempengaruhi pilihan tingkah laku        yang perlu dibuat, usaha dan

ketabahan jika berlaku rintangan terhadap pencapaian prestasi tingkah laku tadi.

Efikasi-kendiri juga mempengaruhi kecekapan dalam mempamerkan tingkah

laku tersebut. Menurut Bandura (1986), kita membina jangkaan-jangkaan(

expectancy) secara umum tentang kemungkinan-kemungkinan berdasarkan

pengalaman hidup dan kepercayaan secara khusus tentang keyakinan an

keupayaan kita untuk menangani sesuatu tugasan tau keadaan.

    Menurut Farrah Wahilda Bt Hj Khirluddin (2006) dalam “Perisian pengajaran

berbentukan komputer(PBK) untuk pra sekolah di bawah tajuk mengenal

haiwan”, kanak-kanak yang berumur 2 hingga 6 tahun merupakan golongan

yang perlu dibentuk sebelum menjalani proses pengajaran dan pembelajaran

(P&P) yang lebih tinggi. Disebabkan inilah pembangun memilih projek untuk

membangunkan perisian bagi kanak-kanak pra-sekolah kerana pada peringkat

ini, minda kanak-kanak semakin berkembang dan mudah bagi mereka untuk

mempelajari sesuatu yang baru. Dengan ini, perkembangan kognitif pelajar

dapat diperkukuhkan dari awal sebelum menjalani pendidikan di sekolah rendah.

Komponen Perkembangan Kognitif menjadi fokus utama dalam pendidikan awal

kanak-kanak    kerana   keupayaan     kognitif   mempengaruhi    semua    aktiviti




                                                                               37
pembelajaran. Ia juga menekankan pemupukan sikap positif terhadap Sains.

Tambahan pula sejak kebelakangan ini, matapelajaran Sains adalah begitu

penting kerana pihak kerajaan Malaysia ingin mengorak langkah ke arah

kemajuan sains dan teknologi untuk menapai status negara maju pada tahun

2020.

                  Menurut Lumpe & Staver (1995), pelajar hilang minat terhadap

sesuatu

pembelajaran adalah disebabkan oleh pelbagai faktor dan antaranya adalah

bahan pembelajaran tidak menarik organisasi isi kandungan tidak sistematik,

persekitaran    pembelajaran   yang   kurang   memuaskan      dan   pendekatan

pengajaran yang statik. Kesemua faktor-faktor ini menyumbang kepada keciciran

pelajar dalam mengikuti proses pengajaran dan pembelajaran.

               Oleh itu, penggunaan elemen-elemen multimedia seperti teks,

grafik, audio, video dan animasi bagi tujuan proses pengajaran dan

pembelajaran adalah lebih efektif dan menarik minat pelajar. Seterusnya, proses

pengajaran dan pembelajaran ( P&P) Sains di peringkat prasekolah memerlukan

guru yang berperanan penting meransangkan pemikiran aktif dan kreatif kanak-

kanak. Guru-guru perlu merangka persekitaran pembelajaran dan memahami

tahap kebolehan kanak-kanak supaya sesuai dengan topik dan aktiviti sains. Dr .

Bustam Kamri, Pensyarah Pendidikan Pra-Sekolah Institut Bahasa Melayu

Malaysia berkata, guru boleh bermula dengan aktiviti ‘sains harian ’iaitu

perbezaan tentang kandungan apa yang telah dipelajari. Sains di peringkat pra-

sekolah katanya, adalah dunia sebenar dan pengalaman harian. Ini secara tidak




                                                                            38
langsung kanak-kanak dapat menghubungkaitkan sains yang dipelajari dengan

pengalaman harian mereka.

5.0 KAJIAN LEPAS BERKAITAN PEMBELAJARAN SAINS AWAL

      Pendidikan merupakan satu wadah penting dalam menjana anjakan

paradigma dalam setiap individu dan ia juga memainkan peranan penting dalam

melahirkan insan deduktif yang dinamik dalam semua aspek kehidupan. Secara

umumnya,    pendidikan selalu dikaitkan dengan proses pengajaran dan

pembelajaran sesuatu kemahiran, penyampaian ilmu dan juga penerapan nilai.

Dalam bentuknya yang praktikal, hasil pendidikan seharusnya dapat melahirkan

insan yang mampu mengaplikasi ilmu yang dipelajari dan memanfaatkan

kemahiran yang dimiliki dalam kehidupan seharian. Dalam konteks kanak-kanak,

pendidikan perlu dilihat sebagai satu proses yang berterusan berkembang

serentak   dengan    perkembangan     individu   seorang   kanak-kanak    yang

mempelajari apa sahaja yang ada di persekitaran dan dengan “ilmu” atau

kemahiran yang diperolehi ia akan mengaplikasikannya dalam konteks yang

pelbagai samada dalam kehidupan sehariannya di ketika itu ataupun sebagai

persediaan untuk kehidupannya di masa yang akan datang.

      Dalam menjana pendidikan, pembelajaran awal adalah sangat penting

untuk kanak-kanak. Selaras dengan itu, pembelajaran sains awal banyak

dikaitkan dan dilihat melalui kajian-kajian lepas yang dilaksanakan oleh banyak

individu dan pihak didalam memperkasakan lagi bahawa pendidikan dan

pembelajaran kanak-kanak diperingkat awal adalah sangat penting.




                                                                            39
Antara kajian-kajian lepas yang banyak menyentuh tentang pembelajaran

sains awal kanak-kanak ialah dapat dilihat melalui kajian Edward Chittenden dan

Jacqueline Jones (1999) yang menyatakan “Dialogue on Early Childhood

Science, Mathematics, and Technology Education/First Experiences in Science,

Mathematics and Technology” yang menyebut; “in active science programs,

children make choices, voice opinions, and perform various investigations. In

such settings, children might demonstrate their interests, understandings, and

emerging skills through their conversations; their questions; their actions; and the

work they produce, such as constructions, drawings, or writings”(Bredekamp dan

Rosegrant (1995) di dalam Edward Chittenden dan Jaqueline Jones (1999) ).

Melalui keterangan tersebut dapat diperhatikan bahawa kanak-kanak akan

membuat pelbagai spekulasi terhadap apa yang mereka dapat perhatikan seperti

membuat andaian pilihan, dan akan memperkatakan pendapat mereka melalui

perkara-perkara yang menarik dan baharu bagi mereka. Setelah itu, kanak-

kanak akan mempraktikkan perkara tersebut dengan cara mereka yang

tersendiri. Dalam pada itu, adalah sangat penting menjana pemikiran kanak-

kanak dengan membuat komunikasi dengan mereka dan membiarkan mereka

berkomunikasi, memberi contoh perlakuan dan membawa mereka meneroka

kepada sesuatu yang ‘aneh’ iaitu sesuatu yang baharu bagi mereka.

       Dapat dilihat juga pelbagai kajian terhadap pembelajaran sains awal

kanak-kanak melalui kajian yang dibuat oleh Mark K. M Quillan et. al. (2007)

didalam “A Guide to Early Childhood Program Development”. Kajian ini turut




                                                                                 40
mengaitkan tentang teori John Dewey (1859-1952) yang memperkenalkan tiga

peringkat aktiviti pembelajaran dalam perkembangan kanak-kanak, iaitu:

      -   Memperkembangkan sensori keupayaan dan koordinasi fizikal

      -   Menggunakan bahan yang mendorong dan membina sesuatu yang

          menarik, dan;

      -   Menerokai idea baru.

Melalui tiga peringkat aktiviti yang diperkenalkan tersebut, kanak-kanak harus

dibentuk dengan keupayaan sensori (keupayaan pancaindera) dan fizikal agar

dapat mempergiatkan diri didalam meneroka pelbagai ilmu baru dan dapat

menjana pemikiran dengan lebih baik untuk mengaplikasikan apa yang mereka

dapati dari pengamatan terhadap setiap bahan yang digunakan didalam sesi

pembelajaran mereka diperingkat awal tersebut. “His contributions can be

witnessed in early childhood settings which focus on providing direct experience

with materials and peers, and encouraging the pursuit of individual interests and

questions.” (Mark K. M Quillan et. al. 2007). Kanak-kanak adalah sangat aktif

dan sangat sentiasa bersedia untuk menerokai dunia baru, maka melalui

pelbagai pembelajaran ianya dapat membantu perkembangan sifat kendiri,

pergaulan dan perkembangan intelektual kanak-kanak tersebut.

      Kajian-kajian   lain   yang   dapat   diperhatikan   didalam   mengaitkan

pembelajaran sains awal kanak-kanak ialah yang dibuat oleh Kathy Cabe

Trundle (2009) dalam jurnalnya “Teaching Science During the Early Childhood

Years”. Beliau turut menerangkan tentang kepentingan dan kesan pembelajaran

sains diperingkat awal kanak-kanak. Menurut French (2004) di dalam Kathy




                                                                              41
Cabe Trundle (2009) “Young children are motivated to explore the world around

them, and early science experiences can capitalize on this inclination”.

Sehubungan dengan itu, pembelajaran sains awal di peringkat kanak-kanak

adalah satu pengalaman yang akan membentuk kanak-kanak tersebut kepada

sesuatu bidang yang yang digemarinya. Kanak-kanak akan lebih cenderung

untuk bergiat terus dalam sesuatu bidang yang akan memberi banyak faedah

kepadanya didalam menganjak kedewasaan. Maka dengan itu, kecenderungan

kanak-kanak dalam sesuatu bidang tidak sepatutnya dihalang dengan kehendak

atau keinginan ibu bapanya sahaja, tetapi melihat kepada bidang yang diminati

oleh kanak-kanak tersebut. Galakan dan dorongan harus diberikan agar tidak

memberi sebarang bentuk tekanan yang membuatkan kanak-kanak hilang

arahnya,   yang   membawa      kepada    kesan    negatif   seperti   tekanan   dan

kemurungan. “Supporting children as they develop scientific thinking during the

early childhood years can lead children to easily transfer their thinking skills to

other academic domains which may support their academic achievement and

their sense of self-efficacy” Kuhn & Pearsall (2000); Kuhn & Schauble, & Garcia-

Milla (1992), di dalam Kathy Cabe Trundle. 2009). Merujuk kepada kenyataan

tersebut, memberi sokongan akan membantu meningkatkan pemikiran yang

saintifik kanak-kanak dan seterusnya memberi kesan terhadap keupayaan

akademik yang berkeupayaan tinggi di kalangan kanak-kanak itu sendiri. Kanak-

kanak akan lebih berdaya saing dan mampu menghadapi dunia ini dengan lebih

berdaya maju dengan pelbagai kelebihan. “Young children need quality science

experiences during their early childhood years. Science and Literacy provides a




                                                                                 42
systematic instructional framework, a standards-based curriculum, and high

quality teacher resources. This program also effectively integrates text,

illustrations, and diagrams into inquiry-based instruction” (Kathy Cabe Trundle.

2009)

        “The basic architecture of the brain is constructed through an ongoing

process that begins before birth and continues into adulthood” (Jack P. Shonkoff

et. al. 2007). Dapat diperhatikan juga kajian berkenaan dengan pembelajaran

sains awal kanak-kanak melalui Jack P. Shonkoff et. al. (2007) melalui jurnal

mereka yang bertajuk “The Science of Early Childhood Development”. Kajian ini

mengutamakan pembelajaran sains awal kanak-kanak yang bermula dari awal

(sebelum lahir) sehingga dewasa, menurut mereka pembelajaran ini adalah

berterusan    dan   berhubung   rapat   dengan   pembentukan     perkembangan

keupayaan     minda kanak-kanak tersebut. Selain itu, kajian ini banyak

memperkatakan tentang keupayaan kanak-kanak menerima sesuatu benda baru

(pembelajaran) yang kadang-kadang membawa kepada tekanan yang serius, ini

berikutan bebanan pelbagai pembelajaran yang sukar diikuti dan diterima oleh

kanak-kanak. Menurut Jack P. Shonkoff et. al. (2007), “Toxic stress in early

childhood is associated with persistent effects on the nervous system and stress

hormone systems that can damage developing brain architecture and lead to

lifelong problems in learning, behavior, and both physical and mental health”.

Penekenan terhadap pembelajaran yang sukar diterima oleh kanak-kanak akan

memberi impak yang tidak memberi keuntungan kepada kanak-kanak itu sendiri,

ianya akan membawa kepada pelbagai kesan negatif semasa pembelajaran




                                                                             43
tersebut. “Stress in early childhood can be either growth-promoting or seriously

damaging”. (Jack P. Shonkoff et. al. 2007). Membentuk kanak-kanak adalah

berdasarkan kecenderungannya dari usia awal, ini lebih efektif daripada

membentuknya di usia dewasa, kerana diusia awal, kanak-kanak lebih terdedah

dengan “sensitive periods” yang membawa mereka berfikir dengan lebih fokus

dan kelibat mereka akan lebih cenderung dengan perkara-perkara yang mereka

tertarik secara semula jadi. Merujuk kepada “sensitive periods”, ianya mula

diperkatakan didalam Model Montessori (1870-1952) didalam kajiannya terhadap

perkembangan awal kanak-kanak. Menurutnya “sensitive periods” merupakan

satu tempoh yang paling sesuai untuk kanak-kanak menguasai sesuatu

kemahiran. Dalam pada itu, setiap kemahiran yang dikuasai kanak-kanak itu

merupakan kemahiran-kemahiran yang berdasarkan kecenderungannya dirinya

sendiri.

       Kesimpulannya, terdapat pelbagai kajian lepas yang memperkatakan

tentang pembelajaran sains awal kanak-kanak. Walaubagaimanapun, fokus

mereka adalah terarah kepada membantu dan menerangkan keperluan kanak-

kanak didalam menjalani tempoh awal mereka dengan lebih efektif dan mampu

bergerak di tempoh dewasa mereka dengan lebih berkeyakinan dan mampu

melihat hala tuju mereka. Kajian-kajian ini hakikatnya masih tidak lari dengan

teori-teori dan model-model yang diperkenalkan oleh tokoh-tokoh awal dalam

bidang perkembangan manusia dan kanak-kanak. “Getting things right the first

time is more efficient and ultimately more effective than trying to fix them later”

(Jack P. Shonkoff et. al. 2007).




                                                                                44
7.0 KESIMPULAN


   Secara keseluruhannya, pengalaman sains awal membuka jalan dan

   menjadi asas pembinaan kemahiran dan kecekapan dalam sanis pada masa

   hadapan. Hal ini adalah penting bagi pendidik untuk menyediakan peluang

   dan   persekitaran   yang   membolehkan   kanak-kanak   berinteraksi   dan

   meneroka alat fizikal mereka. Kanak-kanak perlu didedahkan dengan bahan-

   bahan dan persekitaran yang dapat meransang naluri ingin tahu mereka.

   semakin banyak penerokaan yang dilakukan sama ada dengan mendengar,

   melihat, sentuhan, rasa dan bau, maka semakin meningkat minat dan

   keinginan mereka mencari penjelasan di samping memperkembangkan

   bahasa. Perkataan biasanya didahului dengan gambaran mental yang

   dibentuk melalui pengalaman kanak-kanak itu berinteraksi dengan bahan-



                                                                           45
bahan disekeliling mereka yang mana aktiviti sains akan membantu kanak-

    kanak dalam aspek ini.


    Pendidik perlu memainkan Peranan yang penting dalam membantu kanak-

    kanak menguasai kemahiran saintifik serta konsep-konsep sains dengan

    menyediakan persekitaran dan peluang-peluang yang membolehkan kanak-

    kanak meneroka alam sekeliling, membuat ramalan melalui eksperimen

    ringkas apabila sesuai dan membuat rumusan. selain itu, pendidik perlu

    berinteraksi dengan kanak-kanak dan membimbing mereka membuat

    penemuan pengetahuan yang diinginkan melalui aktiviti penerokaan dan

    penyiasatan itu.    Secara tidak lansung, Interaksi antara mereka akan

    membantu kanak-kanak tersebut membina kefahaman dan menguasai

    konsep-konsep.


RUJUKAN dan BIBLIOGRAFI


Aminah Ayob, Mastura Badrzis, Rohani Abdullah, Azizah Lebai Nordin &Mahani
     Razali. 2008. Kurikulum Permata : panduan Pendidikan Awal Kanak-
     kanak 0-4 Tahun. Tanjong malim. Pusat Penyelidikan Perkembangan
     Kanak-Kanak Negara .

Abruscato, J. (2000). Teaching children science: A discovery approach (5th ed.).
      Boston: Allyn & Bacon. CURRICULUM 507 229

Bandura, A. (1986). Social foundations of thought and action: A social cognitive
      theory. Englewood Cliffs, NJ: Prentice-Hall


Craik,F.I.M dan Lockhart,R.S. (1972), Level of processing : A framework for
       memory research. Journal of Verbal Learning and Verbal Behavior, 11 :
       671-684.

Damon, W., 1977. The Social World of Child. San Francisco : Jossey-Bass.



                                                                               46
Edward Chittenden, Jacqueline Jones (1999), Dialogue on Early Childhood
     Science,      Mathematics, and Technology Education/First Experiences in
     Science, Mathematics and Technology. American Association for the
     Advancement of Science (AAAS). Diperolehi dari
     http://public.doe.k12.ga.us/DMGetDocument.aspx/Dialogue on Early
     Childhood Science.pdf pada 26 Februari 2010.

Farrah Wahilda Bt Hj Khirluddin (2006). Perisian pengajaran berbentukan
      komputer(PBK) untuk pra sekolah di bawah tajuk mengenal haiwan,
              5&6.Universiti Teknologi Malaysia. Diperolehi daripada
      http://www.fp.utm.my/ePusatSumber/pdffail/ptkghdfwP/FARRAHWAHILD
      AAP010074D2006TTP.pdf

Gabel, D.Rubba P. (1979).Attitude change of elementry teachers according to
      the curriculum studied during workshop participation and their role as
      model science teachers. Journal of Research in Science Teaching, 16,
      19-24.


Harlan & Jelly (1989). Technology for children. Sydney: Prentice Hall Australia.
      FISHER CURRICULUM 372.358044 3. FISHER CURRICULUM also has
      1st ed. 607 88

Harlan, J. D. & Rivkin, M. S. (1996). Science experiences for the early childhood
      years: An integrated approach (6th ed.). Englewood Cliffs, NJ: Merrill
      Curriculum 507 375

Johnston, J. (1996). Early explorations in science. Buckingham, UK: Open
      University Press. CURRICULUM 507 437

Jack P. Shonkoff et. al. (2007), The Science of Early Childhood Development.
      National Scientific Council on the Developing Child, Center on the
      Developing Child at Harvard University. Diperolehi dari
      http://www.speaker.gov/pdf/Shonkoff.pdf. pada 26 Februari 2010.

Jas Laile Suzana Jaafar. 1996. Psikologi Kanak-Kanak Dan Remaja. Ampang,
      Selangor. Dewan Bahasa dan Pustaka.

Kathy Cabe Trundle (2009), Teaching Science During the Early Childhood Years.
      The Ohio State University. Diperolehi dari
      www.ngsp.com/Portals/0/.../SCL22-0429A_AM_Trundle.pdf. pada 26
      Februari 2010.

Lumpe, A.T. & Staver, J.R. 1995. Peer collaboration and concept development.
      Journal of Research in Science Teaching. 32(1) : 71-98.



                                                                               47
Lockhart,R.S dan Craik,F.I.M (1990), Level of processing : A retrospective
      commentar on a framework for memory reseacrh. Canadian Journal of
      Psychology, 44, 87-112.

Mark K. M Quillan et. al. (2007), A Guide to Early Childhood Program
      Development. State Board of Education. Diperolehi dari
      http://www.sde.ct.gov/sde/lib/sde/PDF/DEPS/Early/early_childhood_guide.
      pdf. pada 26 Februari 2010.


Nani Menon & Rohani Abdullah. 2003. Panduan Kognitif Kanak-Kanak
      Prasekolah. Bentong, Pahang. PTS Publication & Distributor Sdn.Bhd.

Rohani Abdullah. 2004. Bayi Cerdik. Bentong, Pahang. Publication & Distributor
     Sdn.Bhd.

Surayah Zaidon & Haslinda Md. Ali. 2008. Pendidikan Prasekolah. Shah Alam.
      Selangor Darul Ehsan.

Suppiah Nachiappan, Ramlah Jantan & Abdul Aziz Abdul Shukur. 2008.
      Psikologi Pendidikan. Shah Alam, Selangor. Oxford fajar Sdn.Bhd.

Vyogtsky (1984). Science for children (2nd ed.). Sydney: Prentice Hall Australia.
      FISHER CURRICULUM 372.3044 1

Zurida bin Haji Ismail & Hasimah Mohd Yunus (2004). Sikap & keyakinan guru-
       guru prasekolah dalam pengajaran sains awal, 156 & 159.Universiti Sains
       Malaysia.




                                                                              48

Contenu connexe

Tendances

Topik 1 konsep amalan asuhan dan bimbingan bayi dan kanak kanak
Topik 1 konsep amalan asuhan dan bimbingan bayi dan kanak kanakTopik 1 konsep amalan asuhan dan bimbingan bayi dan kanak kanak
Topik 1 konsep amalan asuhan dan bimbingan bayi dan kanak kanakHarshiny Renu
 
Intervensi awal kanak kanak
Intervensi awal kanak kanakIntervensi awal kanak kanak
Intervensi awal kanak kanakNur Kareena
 
Konsep asas matematik
Konsep asas matematikKonsep asas matematik
Konsep asas matematikAdilah Said
 
Bagaimana kanak2 belajar matematik
Bagaimana kanak2 belajar matematikBagaimana kanak2 belajar matematik
Bagaimana kanak2 belajar matematikNorina Mohamad Najib
 
Kepentingan penaksiran dan penilaian perkembangan kanak
Kepentingan penaksiran dan penilaian perkembangan kanakKepentingan penaksiran dan penilaian perkembangan kanak
Kepentingan penaksiran dan penilaian perkembangan kanakRaihan Raihana
 
Ict dan multimedia kanak kanak prasekolah
Ict dan multimedia kanak kanak prasekolahIct dan multimedia kanak kanak prasekolah
Ict dan multimedia kanak kanak prasekolahISMAILMAMAT
 
Perkembangan Bahasa,Komunikasi & Literasi Awal Kanak-kanak
Perkembangan Bahasa,Komunikasi & Literasi Awal Kanak-kanakPerkembangan Bahasa,Komunikasi & Literasi Awal Kanak-kanak
Perkembangan Bahasa,Komunikasi & Literasi Awal Kanak-kanakBudakpro Bapapro
 
KESELAMATAN DI PRASEKOLAH
KESELAMATAN DI PRASEKOLAHKESELAMATAN DI PRASEKOLAH
KESELAMATAN DI PRASEKOLAHnurulanwar
 
Teori Pembelajaran Kognitif - Teori Pembentukan Konsep Bruner
Teori Pembelajaran Kognitif - Teori Pembentukan Konsep BrunerTeori Pembelajaran Kognitif - Teori Pembentukan Konsep Bruner
Teori Pembelajaran Kognitif - Teori Pembentukan Konsep BrunerAtifah Ruzana Abd Wahab
 
Topik 1 (bermain) dalam pendidikan awal kana-kanak
Topik 1 (bermain) dalam pendidikan awal kana-kanakTopik 1 (bermain) dalam pendidikan awal kana-kanak
Topik 1 (bermain) dalam pendidikan awal kana-kanakRawiah Al-Adawiah
 
Pendekatan pengajaran dan pembelajaran prasekolah
Pendekatan pengajaran dan pembelajaran prasekolahPendekatan pengajaran dan pembelajaran prasekolah
Pendekatan pengajaran dan pembelajaran prasekolahNorulhuda Ahmad
 
Strategi pengajaran sains kanak kanak secara inkuiri
Strategi pengajaran sains kanak kanak secara inkuiriStrategi pengajaran sains kanak kanak secara inkuiri
Strategi pengajaran sains kanak kanak secara inkuiriIzny Atikah
 
Amalan bersesuaian dengan perkembangan kanak-kanak
Amalan bersesuaian dengan perkembangan kanak-kanakAmalan bersesuaian dengan perkembangan kanak-kanak
Amalan bersesuaian dengan perkembangan kanak-kanakNormala Mehat
 
Teori perkembangan kanak kanak lev vygotsky - copy
Teori perkembangan kanak kanak lev vygotsky - copyTeori perkembangan kanak kanak lev vygotsky - copy
Teori perkembangan kanak kanak lev vygotsky - copyPieja Hanhae
 
Konsep pra nombor
Konsep pra nomborKonsep pra nombor
Konsep pra nomborikmalieyana
 
Teori jean piaget(perkembangan kanak-kanak)
Teori jean piaget(perkembangan kanak-kanak)Teori jean piaget(perkembangan kanak-kanak)
Teori jean piaget(perkembangan kanak-kanak)miemasjuri
 
Pengurusan prasekolah
Pengurusan prasekolahPengurusan prasekolah
Pengurusan prasekolahHon Shan Shan
 
Hdps 1203 Pengurusan Tingkah Laku Kanak-kanak
Hdps 1203 Pengurusan Tingkah Laku Kanak-kanakHdps 1203 Pengurusan Tingkah Laku Kanak-kanak
Hdps 1203 Pengurusan Tingkah Laku Kanak-kanakOpen University Malaysia
 

Tendances (20)

Topik 1 konsep amalan asuhan dan bimbingan bayi dan kanak kanak
Topik 1 konsep amalan asuhan dan bimbingan bayi dan kanak kanakTopik 1 konsep amalan asuhan dan bimbingan bayi dan kanak kanak
Topik 1 konsep amalan asuhan dan bimbingan bayi dan kanak kanak
 
Intervensi awal kanak kanak
Intervensi awal kanak kanakIntervensi awal kanak kanak
Intervensi awal kanak kanak
 
Konsep asas matematik
Konsep asas matematikKonsep asas matematik
Konsep asas matematik
 
Bagaimana kanak2 belajar matematik
Bagaimana kanak2 belajar matematikBagaimana kanak2 belajar matematik
Bagaimana kanak2 belajar matematik
 
Kepentingan penaksiran dan penilaian perkembangan kanak
Kepentingan penaksiran dan penilaian perkembangan kanakKepentingan penaksiran dan penilaian perkembangan kanak
Kepentingan penaksiran dan penilaian perkembangan kanak
 
Ict dan multimedia kanak kanak prasekolah
Ict dan multimedia kanak kanak prasekolahIct dan multimedia kanak kanak prasekolah
Ict dan multimedia kanak kanak prasekolah
 
Perkembangan Bahasa,Komunikasi & Literasi Awal Kanak-kanak
Perkembangan Bahasa,Komunikasi & Literasi Awal Kanak-kanakPerkembangan Bahasa,Komunikasi & Literasi Awal Kanak-kanak
Perkembangan Bahasa,Komunikasi & Literasi Awal Kanak-kanak
 
KESELAMATAN DI PRASEKOLAH
KESELAMATAN DI PRASEKOLAHKESELAMATAN DI PRASEKOLAH
KESELAMATAN DI PRASEKOLAH
 
Teori Pembelajaran Kognitif - Teori Pembentukan Konsep Bruner
Teori Pembelajaran Kognitif - Teori Pembentukan Konsep BrunerTeori Pembelajaran Kognitif - Teori Pembentukan Konsep Bruner
Teori Pembelajaran Kognitif - Teori Pembentukan Konsep Bruner
 
Topik 1 (bermain) dalam pendidikan awal kana-kanak
Topik 1 (bermain) dalam pendidikan awal kana-kanakTopik 1 (bermain) dalam pendidikan awal kana-kanak
Topik 1 (bermain) dalam pendidikan awal kana-kanak
 
Perkembangan Kanak-kanak
Perkembangan Kanak-kanakPerkembangan Kanak-kanak
Perkembangan Kanak-kanak
 
Pendekatan pengajaran dan pembelajaran prasekolah
Pendekatan pengajaran dan pembelajaran prasekolahPendekatan pengajaran dan pembelajaran prasekolah
Pendekatan pengajaran dan pembelajaran prasekolah
 
Strategi pengajaran sains kanak kanak secara inkuiri
Strategi pengajaran sains kanak kanak secara inkuiriStrategi pengajaran sains kanak kanak secara inkuiri
Strategi pengajaran sains kanak kanak secara inkuiri
 
Amalan bersesuaian dengan perkembangan kanak-kanak
Amalan bersesuaian dengan perkembangan kanak-kanakAmalan bersesuaian dengan perkembangan kanak-kanak
Amalan bersesuaian dengan perkembangan kanak-kanak
 
Teori perkembangan kanak kanak lev vygotsky - copy
Teori perkembangan kanak kanak lev vygotsky - copyTeori perkembangan kanak kanak lev vygotsky - copy
Teori perkembangan kanak kanak lev vygotsky - copy
 
Konsep pra nombor
Konsep pra nomborKonsep pra nombor
Konsep pra nombor
 
Teori jean piaget(perkembangan kanak-kanak)
Teori jean piaget(perkembangan kanak-kanak)Teori jean piaget(perkembangan kanak-kanak)
Teori jean piaget(perkembangan kanak-kanak)
 
Pengurusan prasekolah
Pengurusan prasekolahPengurusan prasekolah
Pengurusan prasekolah
 
Pemerhatian terhadap kanak-kanak
Pemerhatian terhadap kanak-kanakPemerhatian terhadap kanak-kanak
Pemerhatian terhadap kanak-kanak
 
Hdps 1203 Pengurusan Tingkah Laku Kanak-kanak
Hdps 1203 Pengurusan Tingkah Laku Kanak-kanakHdps 1203 Pengurusan Tingkah Laku Kanak-kanak
Hdps 1203 Pengurusan Tingkah Laku Kanak-kanak
 

Similaire à Tugasan kumpulan 4 pendidikan sains awal kanak-kanak

Hakikat Pembelajaran Sains Anak Usia Dini.pptx
Hakikat Pembelajaran Sains Anak Usia Dini.pptxHakikat Pembelajaran Sains Anak Usia Dini.pptx
Hakikat Pembelajaran Sains Anak Usia Dini.pptxWahyuKecil
 
1. makalah pendidikan sains untuk paud
1. makalah pendidikan sains untuk paud1. makalah pendidikan sains untuk paud
1. makalah pendidikan sains untuk paudAzizah18595
 
Modul sce3104 topik 1 5 ipg kpt 2012 (2)
Modul sce3104 topik 1 5 ipg kpt 2012 (2)Modul sce3104 topik 1 5 ipg kpt 2012 (2)
Modul sce3104 topik 1 5 ipg kpt 2012 (2)Putra Adam Hisham
 
CP IPAS FASE C KURIKULUM MERDEKA
CP IPAS FASE C KURIKULUM MERDEKACP IPAS FASE C KURIKULUM MERDEKA
CP IPAS FASE C KURIKULUM MERDEKAModul Guruku
 
CP IPAS FASE C (datadikdasmen.com).doc
CP IPAS FASE C (datadikdasmen.com).docCP IPAS FASE C (datadikdasmen.com).doc
CP IPAS FASE C (datadikdasmen.com).docSukatmaSukatma
 
Mengenalkan sains pada anak pra sekolah
Mengenalkan sains pada anak pra sekolahMengenalkan sains pada anak pra sekolah
Mengenalkan sains pada anak pra sekolahFelix net
 
05 IPAS 190-202.pdf
05 IPAS 190-202.pdf05 IPAS 190-202.pdf
05 IPAS 190-202.pdfdewiyani41
 
Hj. Nuril Fitriyani, SE. M.Pd
Hj. Nuril Fitriyani, SE. M.PdHj. Nuril Fitriyani, SE. M.Pd
Hj. Nuril Fitriyani, SE. M.PdNuril Fijriyani
 

Similaire à Tugasan kumpulan 4 pendidikan sains awal kanak-kanak (20)

Hakikat Pembelajaran Sains Anak Usia Dini.pptx
Hakikat Pembelajaran Sains Anak Usia Dini.pptxHakikat Pembelajaran Sains Anak Usia Dini.pptx
Hakikat Pembelajaran Sains Anak Usia Dini.pptx
 
3C-K3-Hakikat_Sains_AUD.pptx
3C-K3-Hakikat_Sains_AUD.pptx3C-K3-Hakikat_Sains_AUD.pptx
3C-K3-Hakikat_Sains_AUD.pptx
 
3B-K4-Hakikat_Sains_AUD.pdf
3B-K4-Hakikat_Sains_AUD.pdf3B-K4-Hakikat_Sains_AUD.pdf
3B-K4-Hakikat_Sains_AUD.pdf
 
3B_K1_Hakikat_Sains_AUD.pptx
3B_K1_Hakikat_Sains_AUD.pptx3B_K1_Hakikat_Sains_AUD.pptx
3B_K1_Hakikat_Sains_AUD.pptx
 
3B-K2-Hakikat_Sains_AUD.pptx
3B-K2-Hakikat_Sains_AUD.pptx3B-K2-Hakikat_Sains_AUD.pptx
3B-K2-Hakikat_Sains_AUD.pptx
 
3C-K1_Hakikat_Sains_AUD.pptx
3C-K1_Hakikat_Sains_AUD.pptx3C-K1_Hakikat_Sains_AUD.pptx
3C-K1_Hakikat_Sains_AUD.pptx
 
3B-K3-Hakikat_Sains_AUD.pdf
3B-K3-Hakikat_Sains_AUD.pdf3B-K3-Hakikat_Sains_AUD.pdf
3B-K3-Hakikat_Sains_AUD.pdf
 
Awal sains
Awal sainsAwal sains
Awal sains
 
1. makalah pendidikan sains untuk paud
1. makalah pendidikan sains untuk paud1. makalah pendidikan sains untuk paud
1. makalah pendidikan sains untuk paud
 
3C-K4-Hakikat_Sains_AUD.pptx
3C-K4-Hakikat_Sains_AUD.pptx3C-K4-Hakikat_Sains_AUD.pptx
3C-K4-Hakikat_Sains_AUD.pptx
 
3B_K3_Materi 6_science in early childhood.pptx
3B_K3_Materi 6_science in early childhood.pptx3B_K3_Materi 6_science in early childhood.pptx
3B_K3_Materi 6_science in early childhood.pptx
 
3C-K2-Hakikat_Sains_AUD.pptx
3C-K2-Hakikat_Sains_AUD.pptx3C-K2-Hakikat_Sains_AUD.pptx
3C-K2-Hakikat_Sains_AUD.pptx
 
Modul sce3104 topik 1 5 ipg kpt 2012 (2)
Modul sce3104 topik 1 5 ipg kpt 2012 (2)Modul sce3104 topik 1 5 ipg kpt 2012 (2)
Modul sce3104 topik 1 5 ipg kpt 2012 (2)
 
CP IPAS FASE C KURIKULUM MERDEKA
CP IPAS FASE C KURIKULUM MERDEKACP IPAS FASE C KURIKULUM MERDEKA
CP IPAS FASE C KURIKULUM MERDEKA
 
CP IPAS FASE C (datadikdasmen.com).doc
CP IPAS FASE C (datadikdasmen.com).docCP IPAS FASE C (datadikdasmen.com).doc
CP IPAS FASE C (datadikdasmen.com).doc
 
Mengenalkan sains pada anak pra sekolah
Mengenalkan sains pada anak pra sekolahMengenalkan sains pada anak pra sekolah
Mengenalkan sains pada anak pra sekolah
 
05 IPAS 190-202.pdf
05 IPAS 190-202.pdf05 IPAS 190-202.pdf
05 IPAS 190-202.pdf
 
- Sains dan kreativitas
 - Sains dan kreativitas - Sains dan kreativitas
- Sains dan kreativitas
 
Hj. Nuril Fitriyani, SE. M.Pd
Hj. Nuril Fitriyani, SE. M.PdHj. Nuril Fitriyani, SE. M.Pd
Hj. Nuril Fitriyani, SE. M.Pd
 
Hakekat sains prof. djukri (1)
Hakekat  sains prof. djukri  (1)Hakekat  sains prof. djukri  (1)
Hakekat sains prof. djukri (1)
 

Tugasan kumpulan 4 pendidikan sains awal kanak-kanak

  • 1. TUGASAN : 1) PEMBENTANGAN 2) PENULISAN ILMIAH TAJUK : PENDIDIKAN SAINS AWAL DI PERINGKAT AWAL KANAK-KANAK NAMA : 1) CHRISTOPHER ANAK BARAT 2) NOVIE ADILAH SONDIG 3) TAI CHEN HIUNG 4) NORHAFIZAH BT MANAN 5) HISHAM JAIMIE FAKULTI : SENI DAN MUZIK JABATAN : PENDIDIKAN TEKNIKAL DAN VOKASIONAL TEMPAT : DEWAN TAMAN BERNAM 1 SEMAKAN : ENCIK KAMARUL AZMAN BIN ABD.SALAM 1
  • 2. PENDIDIKAN KEMAHIRAN HIDUP DAN TEKNIKAL ( AT 31 ) Asuhan Dan Pendidikan Awal Kanak-Kanak (SHV 4193) Kumpulan 4 Tajuk : PENDIDIKAN SAINS AWAL DI PERINGKAT AWAL KANAK-KANAK Tugasan berkumpulan Disediakan oleh: Nama No.matrik Christopher anak barat D20071029848 Novie adilah sondig D20071029835 Tai chen hiung D20071029859 Norhafizah bt Manan D20071029846 Hisham Jaimie D20071029876 Nama Pensyarah : EN. KAMARUL AZMAN B. ABD. SALAM 2
  • 3. ISI KANDUNGAN PERKARA MUKA/SURAT 1.0 PENGENALAN 4 2.0 DEFINISI SAINS AWAL 6 3.0 DEFINISI KURIKULUM PENDIDIKAN SAINS AWAL 9 4.0 KURIKULUM PERMATA 12 4.1 Bidang Pembelajaran Perkembangan Deria/Sensori Dan Pemahaman Dunia Persekitaran Peringkat perkembangan Kanak-kanak (Pra-Sains) 12 4.2 Kanak-kanak Umur 0 hingga 6 bulan. 12 4.3 Kanak-kanak Umur 7 hingga 12 bulan 16 4.4 Kanak-Kanak Umur 1-2 Tahun 21 4.5 Kanak-kanak Bagi Umur 2 hingga 3 Tahun 25 4.6 Kanak-kanak Bagi Umur 3 hingga 4 Tahun 29 5.0 KAJIAN LEPAS MENGENAI PENGAJARAN SAINS AWAL KANAK-KANAK. 34 6.0 KAJIAN LEPAS BERKAITAN PEMBELAJARAN SAINS AWAL KANAK-KANAK. 38 7.0 KESIMPULAN 45 RUJUKAN dan BIBLIOGRAFI 3
  • 4. 1.0 PENGENALAN Istilah Pendidikan awal kanak-kanak meliputi umur yang mana dalam lingkungan 0-4 tahun dan telah diwujudkan seawal tahun 2006 serta telah dimasukkan dalam akta Pendidikan 1996 mengikut peraturan-peratuaran kurikulum kebangsaan yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Menurut Vyogtsky (1984), penerapan pendidikan awal sains seharusnya dimulakan pada peringkat lebih awal lagi. Hal ini adalah berkaitan dengan pendapat yang dikemukakan oleh Harlan & Jelly (1989) mengatakan bahawa matlamat pendidikan sains awal kanak-kanak dapat membentuk dan memupuk perkembangan dalam aspek pengetahuan dan kemahiran. Satu dasar telah ditetapkan dengan menyediakan kurikulum bagi Pendidikan awal kanak-kanak yang dikenali sebagai Kurikulum Permata. Kurikulum permata dirancang dengan mangambil kira semua aspek perkembangan jasmani, rohani, mental dan emosi dan ia adalah berfokus kepada pembinaan kualiti individu kanak-kanak berumur 0-4 tahun. Penetapan Sains bagi kanak-kanak bermula dengan apabila mereka sedar mereka dapat belajar berhubung alam kehidupan mereka melalui tindakan dan perlakuan sendiri, seperti menuip belon ataupun buih sabun dan menambah blok binaan yang membuat binaan asas tidak stabil. Peluang-peluang mempelajari sains terdapat di pelbagai tempat dan keadaan contohnya, di dapur, di kawasan sekolah, di tepi kolam dan laut, di muzium, di zoo dan juga di tempat permainan yang disediakan. kita menggunakan ilmu sains bagi menjawab pelbagai soalan yang dikemukakan 4
  • 5. oleh kanak-kanak. Pengetahuan sains membolehkan mereka memahami fenomena yang terdapat di sekeliling mereka. Sebagai bidang ilmu, sains membekalkan rangka konsep bagi membolehkan kanak-kanak memahami alam sekeliling. Ilmu pengetahuan sains ini menjadi lebih bermakna apabila kanak-kanak dibantu menghubungkan fakta dan konsep, serta mengaitkan pembelajaran baru dengan pengetahuan sedia ada. Proses ini membolehkan mereka memahami situasi dan maklumat baru. Pendedahan awal kanak-kanak ke atas sains adalah penting bagi perkembangan konsep-konsep saintifik serta perkembangan intelek yang lain. 5
  • 6. 2.0 DEFINISI SAINS AWAL Umumnya, Sains boleh didefinisikan sebagai ilmu yang boleh menerang dan memahami sifat alam. Bidang sains mengandungi tiga aspek iaitu kognitif, konatif dan afektif. Menurut Joseph Abruscato (2000), sains adalah proses yang melibatkan kemahiran intelek dan manipulatif bagi mendapatkan maklumat berhubung alam semula jadi. Dengan kata lain,sains adalah pengetahuan yang diperolehi melalui aplikasi proses saintifik. Pengetahuan, kemahiran dan nilai yang diperoleh melalui pengalaman sains seharusnya dapat membantu kanak- kanak memahami dan mencorakkan alam sekeliling. Oleh itu, pendedahan awal dalam sains penting bagi membolehkan kanak-kanak membina rasa tanggunjawab dan prihatin serta rasa hormat pada alam sekitar. Interaksi positif yang dialami secara terus membantu peningkatan kanak-kanak dalam pembelajaran dan memperbaiki kualiti kehidupan dalam jangka masa panjang. Merujuk kepada pendidikan sains awal, ia menfokuskan dengan perkembangan deria/ sensori dan pemahaman dunia persekitaran. Bidang pembelajaran ini lebih dikenali sebagai pra-sains. Definisi Sains awal adalah subjektif iaitu sains adalah sesuatu yang dilakukan oleh kanak-kanak setiap hari apabila mereka bertanyakan soalan, memerhati serangga, membuat ketulan ais, menunggang basikal, mengasah pensel ataupun memasang lampu. Dengan kata lain, sains adalah sesuatu yang berkaitan dengan persekitaran yang mana ia akan mewujudkan perasaan ingin tahu kanak- kanak untuk meransang perkembangan kognitif dan deria mereka. 6
  • 7. Menurut Johnston (1996), kanak-kanak pada umumnya bersifat ingin tahu atau inkuisitif. Kenyataan ini dibuktikan melalui soalan-soalan yang kerap kali ditanya dengan tujuan mendapatkan penjelasan dan kefahaman berhubung sesuatu yang menarik perhatian mereka. Soalan-soalan ini biasanya berkaitan dengan perkara yang dialami oleh kanak-kanak. Melalui proses ini, kanak-kanak akan cuba membina pengertian dan kefahaman berhubung dengan fonomena yang dialami. Proses Pendidikan Sains awal kanak-kanak pada peringkat awal menekankan konsep pembelajaran aktif. Justeru, aktiviti-aktiviti yang dirancang adalah bercorak Hands-on yang mana ia dapat melibatkan kanak- kanak secara aktif melalui interaksi dengan bahan-bahan pembelajaran. Kanak-kanak belajar memahami sesuatu konsep dengan baik daripada pemerhatian, sentuhan, rasa dan manipulasi bahan bagi membina kefahaman saintifik. Pengetahuan sains awal yang diterapkan kepada kanak-kanak bermatlamat memberi pendekatan hands-on dalam pengajaran sains dengan memberi ruang dan peluang kanak-kanak membina kefahaman sendiri dengan bantuan guru. Harlan & Rivkin (1996), antara tujuan pendidikan sains adalah : • Membantu meningkatkan perkembangan bahasa dan kemahiran kanak- kanak. 7
  • 8. • Memberi peluang kepada kanak-kanak mengkaji perhubungan kesan dan akibat • Membantu kanak-kanak menguasai kemahiran berfikir secara kreatif, kritis, analitis dan sisitematik dalam membuat penakulan. • Membantu kanak-kanak membina dan menghayati sikap dan nilai murni. 8
  • 9. 3.0 DEFINISI KURIKULUM PENDIDIKAN SAINS AWAL KANAK- KANAK Menurut Isaac Asimov (1994), Sains ialah cara kita berfikir dan melihat dunia persekitaran kita. Sains adalah suatu proses eksperimen yang berterusan dan mencuba jawapan terhadap kejadian dan tidak balas yang berlaku di dalam persekitaran. Hasil keputusan kajian sentiasa berubah dan tidak tertumpu kepada satu jawapan sahaja. Keterbukaan berfikir ini perlu diterapkan kepada setiap kanak-kanak melalui pengajaran dan pembelajaran pendidikan sains awal kanak-kanak. Pengalaman sains dapat membantu kanak-kanak mengenali dan memahami persekitarannya. Secara semula jadi kanak-kanak mempunyai sifat ingin tahu yang tinggi. Maka mereka perlu diberikan peluang, galakan dan masa bagi memenuhi keperluan mindanya. Bagi memenuhi keperluan tersebut kanak- kanak harus dibimbing dengan kaedah saintifik bagi menggalakkan mereka menyelesaikan masalah (Nani Menon & Rohani Abdullah, 2003). Umumnya, kanak-kanak cenderung mengetahui fakta berkaitan fenomena alam semula jadi, cuaca, haiwan, proses tumbesaran, manusia dan benda di persekitarannya. Setiap tingkah laku mereka adalah suatu proses eksperimen yang berlaku secara spontan setiap hari. Apabila mereka tersentuh objek, maka akan timbul beberapa soalan seperti “Apa ini?”, “Bagaimana ia berfungsi?”, 9
  • 10. “Kenapa?”. Tingkah laku ini adalah suatu proses siasatan saintifik. Pengalaman ini akan menggalakkan kanak-kanak supaya mahir berfikir, menyoal, menyelesaikan masalah, membuat rumusan dan membina pengetahuan yang berasaskan pengalaman saintifik. Brewer, 1995 mengatakan bahawa sains adalah semua yang wujud di sekitar kita, tidak kira dimana kita berada. Pada kanak-kanak pra sains adalah pekara yang mereka hairan, rasa takjub, serta ingin tahu dan terokai. Sains adalah pemikiran dan perbuatan dan ia berlaku seiring. Sains adalah suatu proses memerhati, berfikir dan membuat perkaitan antara satu tindakan dan kesan atau kejadian dan peristiwa. Ia juga adalah sesuatu yang boleh menimbulkan rasa ingin tahu, minat dan proses penyelesaian masalah (Nani Menon & Rohani Abdullah, 2003). Dalam pendidikan awal kanak-kanak, proses sains adalah suatu pembelajaran yang dapat menggalakkan kanak-kanak memperoleh pengetahuan fakta sains, menggalakkkan minat ingin tahu, meneroka persekitaran, meramal, memerhati, menjalankan uji kaji dan membuat infrensi. Apabila kanak-kanak terlibat dalam aktiviti pembelajaran seperti meneroka dan mencuba-cuba, secara tidak langsung mereka akan terlibat dalam proses berfikir dan mendapat maklumat secara saintifik. Proses pengajaran dan pembelajaran bagi pendidikan sains awal kanak- kanak sebaiknya disesuaikan dengan tingkat perkembangan kebolehan dan kemampuan kanak-kanak. Menurut Jean Piaget dalam teori perkembangan kognitif mengemukakan idea tentang pembentukan konsep kanak-kanak dan 10
  • 11. kecerdasan dengan mencadangkan bahawa penyelidik-penyelidik dapat belajar mengikut kemampuan perkembangan intelek yang dialami oleh kanak-kanak dengan berterusan. Pemerhatian beliau terhadap kanak-kanak secara berterusan termasuk pemeriksaan terhadap kesilapan anak-anak sendiri, maka beliau merumuskan bahawa wujud sistem logikal yang mudah dan teratur yang mendasari pemikiran kanak-kanak. Menurut Piaget, sistem-sistem ini adalah berbeza-beza daripada sistem logikal yang digunakan oleh orang dewasa. Untuk memahami perkembangan, sistem-sistem ini seharusnya diidentifikasi dan dibahagi mengikut cirri-ciri yang tersendiri. Piaget percaya fungsi kecerdasan adalah untuk membantu menyesuaikan diri (adaptasi) adalah berdasarkan perkembangan kognitif yang dilihat bersama-sama dengan respon kompleks yang dialami terhadap persekitaran. Dengan meningkatnya pembelajaran dan kematangan kanak- kanak, kedua-dua kecerdasan dan manifestasinya menjadi berbeza-beza (Suppiah Nachiappan, Ramlah Jantan & Abdul Aziz Abdul Shukur, 2008). 11
  • 12. 4.0 KURIKULUM PERMATA 4.1 Bidang Pembelajaran Perkembangan Deria/Sensori Dan Pemahaman Dunia Persekitaran Peringkat perkembangan Kanak-kanak (Pra- Sains) Dalam isi kandungan Kurikulum Permata, bidang sains awal terdapat dalam bidang pembelajaran yang keempat iaitu bidang yang melibatkan pembelajaran perkembangan deria/sensori dan pemahaman dunia persekitaran peringkat perkembangan kanak-kanak dalam lingkungan 0 hingga 4 tahun. Berikut merupakan perincian setiap peringkat umur dalam lingkungan tersebut serta fokus yang diberi penekanan berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran dalam bidang ini. 4.2 Kanak-kanak Umur 0 hingga 6 bulan. Menurut Piaget, pada peringkat umur 0 hingga 6 bulan ini pemahaman bayi tentang dunia ini berasaskan pada pergerakan spontan yang tidak dipleajari seperti menghisap, memegang dan melihat. Piaget memanggil corak- corak gerakan spontan ini sebagai skima-skima dalaman dan skima ini sentiasa berubah. Walaubagaimanapun, bayi dapat menyesuaikannya kepada 12
  • 13. pengalaman-pengalaman baru yang dialami. Contohnya bayi yang berumur 2 bulan sudah mempunyai skima menghisap, lama-kelamaan dia akan belajar bahawa skima untuk menghisap puting botol susu berbeza dengan menghisap putting susu ibunya atau menghisap jari. Melalui cara ini, proses perkembangan kognitif berlaku kerana kanak-kanak mulai sedar bahawa penghisapan- penghisapan ini berbeza-beza dari segi cara dan gaya ( Jas Laile Suzana Jaafar, 1996). Menjelang usia 3 bulan, bayi sudah boleh mengangkat kepalanya apabila ditiarapkan serta mencapai benda yang dihulurkan kepadanya. Bayi juga sudah boleh memusingkan badannya dengan sendiri. Menjelang usia 4 bulan, bayi sudah mengenali tangan dan kakinya serta akan menghisap dan bermain dengannya. Pada usia 4 hingga 6 bulan, bayi semakin mahir mengawal kepala dan bahagian dada ketika meniarap. Di penghujung umur 6 bulan, bayi lebih matang dari segi emosinya dan dia akan mula menunjukkan emosi yang pelbagai dalam situasi yang berbeza. Bayi akan mula menunjukkan rasa terujanya dengan mengenjut badannya ke atas dan ke bawah dan seronok bila diagah. Bayi juga akan menangis apabila keperluaannya tidak dipenuhi. Bentuk pemikiran bayi adalah berdasarkan pada aktiviti sensori dan motor. Aktiviti sensori ialah pengalaman-pengalaman yang dikesan melalui lima deria manakala aktiviti motor diperolehi hasil gerak balas fizikal terhadap objek iaitu pengalaman semasa bermain atau merasa objek berkenaan. Pada peringkat perkembangan kanak-kanak umur 0 hingga 6 bulan ini sibuk mencari satu perhubungan antara tingkah laku mereka dan akibat-akibat yang akan 13
  • 14. terjadi apabila mereka menolak pinggan ke tepi meja. Melalui ‘uji kaji-uji kaji’ ini bayi mula memperoleh satu konsep bahawa diri mereka adalah satu identity yang berbeza dengan objek-objek lain serta belajar tentang karakteristik- karakteristik objek dan bagaimana ia berkaitan dengan satu sama dengan lain (Aminah Ayob et al. 2008). Fokus Modul Umur 0 hingga 6 bulan Fokus modul pada peringkat perkembangan kanak-kanak umur 0 hingga 6 bulan dalam pra sains ini ialah memberi ransangan yang banyak supaya kanak-kanak dapat melihat dan menyesuaikan diri dan mengenali objek di persekitarannya melalui pancaindera. Intervensi yang dijalankan adalah untuk memastikan kebolehan melihat persekitaran dan pergerakan dengan perpekstif yang berbeza. Selain itu juga, ingin memupuk kemahiran menghubungkan sesuatu objek dengan aktiviti tertentu. Disamping itu ingin meningkatkan deria lihat dan menanam perasaan ingin tahu. (Aminah Ayob et al. 2008). Menurut Piaget, kanak-kanak mula mengenali dunia melalui deria mereka pada peringkat kanak-kanak. Melalui uji kaji yang dilakukan secara menghidu, merasa, memegang, mengetuk, menolak dan melihat kesan tindakannya ke atas sesuatu objek, kanak-kanak mempelajari ciri-ciri objek yang timbul tenggelam di dalam air, melantun apabila dilambung, berkecai apabila jatuh dan sebagainya. Pada peringkat pra operasi (umur prasekolah), mereka akan membina pengetahuan mengenai nama dan ciri-ciri objek dalam persekitaran mereka yang akan digunakan bagi aktiviti olahan peringkat seterusnya. 14
  • 15. Sifat ingin tahu akan menjuruskan minat kanak-kanak supaya mencuba dan mengeksperimenkan. Semakin banyak mereka mempelajari sains. Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pendidikan sudah berusaha kearah itu di mana pembelajaran awalan sains dalam komponen perkembangan kognitif. Ini adalah suatu titik tolak yang amat penting bagi memulakan pembelajaran sains dan penerapan pemikiran saintifik dan peringkat awal lagi (Nani Menon & Rohani Abdullah, 2003). Kurikulum Pendidikan Sains Awal Kanak-Kanak Bagi Umur 0 Hingga 6 Bulan. Objektif Pembelajaran Kaedah Cadangan Aktiviti 1. Kebolehan melihat a. Meletakkan bayi pada • Baringkan bayi di atas katil bayi, persekitaran dan posisi yang berbeza-beza. baring dengan sokongan bantal, pergerakan dengan letak di kerusi atau kerusi bayi b. Menayangkan kepada bayi perspektif yang berbeza. dalam kereta. mainan pelbagai bentuk dan warna yang menarik. • Menggantung permainan di atas katil bayi untuk meransang daya tumpuan. • Menggunakan gim kanak-kanak untuk bayi bermain sendirian. 2. Membezakan warna dan • Bermain dengan bayi dengan objek. memanggilnya dari lokasi yang berbeza. • Permainan yang menggunakkan pertembungan mata. • Berkomunikasi dengan bayi semasa menakapnya. 3.Memupuk kemahiran a. Mengagah bayi dari • Membawa bayi bersinar-sinar menghubungkan sesuatu pelbagai posisi. melihat persekitaran sambil objek dengan aktiviti bercakap-cakap dengannya dan 15
  • 16. tertentu. b. Menggunakan barang memperkenalkan beberapa jenis mainan yang mempunyai benda hidup seperti daun pokok, pelbagai fungsi. bunga, serangga. 4.Meningkatkan deria lihat a. Mendukung bayi dalam dan menanam perasaan keadaan vertikal, ingin tahu. menghadap ke depan atau ke belakang. 4.3 Kanak-kanak Umur 7 hingga 12 bulan Menurut Piaget, pada umur bayi 7 hingga 12 bulan dikatakan sebagai masa pengukuhan di mana keadaan yang wujud sebelumnya disesuaikan di antara satu sama lain. Pada tahap perkembangan ini, perkembangan bayi sudah dikatakan sebagai berada di tahap perkembangan daya kognitif dan kebolehan mental asas pada bayi. Bayi sudah mengetahui sebab akibat sesuatu keadaan yang berlaku. Contohnya, apabila menggoncangkan sesuatu alat mainan, ia akan berbunyi. (Aminah Ayob et al. 2008). Pada umur 7 hingga 12 bulan, bayi sudah dapat menyusun dan mencantum skema asas untuk menghasilkan skema yang lebih rumit. Hasil daripada kemahiran ini, dua jenis perubahan intelektual berlaku pada peringkat perkembangan ini iaitu tindak balas bayi menjadi lebih terkawal dan bermatlamat. Selain itu juga, kekalan objek iaitu memahami bahawa objek terus wujud walaupun tidak kelihatan. ( Rohani Abdullah, 2004). Selain itu, pada umur antara 7 hingga 12 bulan bayi mula melibatkan diri dalam tingkahlaku yang bermatlamat dan mereka boleh menjangkakan peristiwa secara lebih berkesan. Mereka amat gemar melakukan aktiviti 16
  • 17. mencuba dan meneroka seperti mengeluarkan barang daripada almari atau laci, suka menyusun, membina dan memecah dan membina semula. Mereka juga mula memahami kemungkinan terdapat barang di bawah atau belakang sesuatu. Semua aktiviti dilakukan secara meneroka melalui penggunaan semua deria termasuk deria rasa. Mereka amat suka meneroka dengan menyentuh semua barang dalam persekitarannya. (Aminah Ayob et al. 2008). Fokus Modul Umur 7 hingga 12 bulan Fokus modul pada peringkat perkembangan kanak-kanak umur 7 hingga 12 bulan dalam pra sains ini ialah member ransangan yang banyak supaya kanak-kanak dapat melihat dan menyesuaikan diri, mengenali objek, membezakan pelbagai objek dan bunyi serta mengenali diri sendiri. Intervensi yang dijalankan adalah untuk memastikan kebolehan membezakan pelbagai bunyi dan meningkatkan deria pendengaran. Selain itu, membezakan warna dan objek yang berlainan dan membezakan bauan yang pelbagai dan meningkatkan kepekaan deria bau. Akhir sekali, dapat mengenali dan menamakan anggota badan serta membezakan sesuatu objek. (Aminah Ayob et al. 2008). Pada peringkat perkembangan kanak-kanak umur 7 hingga 12 bulan bayi mula memahami ciri ‘kekalan’ pada objek yang terdapat di sekitarnya. Misalnya, mereka faham ibu ataupun alat permainan kegemarannya wujud walaupun tiada di depannya ketika itu. Kemahiran pergerakan yang meningkat dan pemahaman cirri kekalan objek membolehkan bayi mencari benda yang tersorok di bawah 17
  • 18. kain ataupun di belakang penjaga. Pada peringkat ini, bayi hanya terikat kepada tempat yang tersorok. Contohnya, seorang bayi berusia 9 bulan, beliau sudah pandai mencari bola yang tersorok di belakang abangnya. Akan tetapi, apabila abangnya menggerakkan bola itu ke tempat lain, bayi tersebut tetap mencari bola di belakang abangnya. Walau bagaimanapun keupayaan mereka mencari objek ayang hilang bagi bayi berumur 10 bulan adalah terhad. Mereka akan mencarinya pada tempat yang sama sehingga menjumpai objek tersebut. Dia sudah dapat memahami objek itu masih wujud walaupun dia tidak melihatnya. Bayi sudah berupaya memperoleh satu perwakilan mental pada objek yang hilang dengan mewakilkan apa yang dilihatnya lalu disimpan di dalam mental. Peningkatan kebolehan memahami konsep kekalan objek dan pengawalan koordinasi badan bayi membantu mereka mengambil bahagian secara langsung dalam permainan cikucak. Bayi juga menujukkan tingkah laku yang bermatlamat dan dapat menjangkakan peristiwa dengan lebih berkesan, misalnya ibunya akan wujud setiap kali mereka menjerit ataupun menangis. Jadi, apabila mereka ingin mendapat perhatian ibu, mereka dapat menggunakan strategi menjerit ataupun menangis. Pada hujung peringkat kecil ini, bayi berkebolehan mengawal bahasa dengan menggunakan dua perkataan seperti “papa” ataupun “mama”. Panggilan ini mengembirakan ibu bapa, yang akan terus memberi galakkan kepada bayi supaya dapat memahami maksud perkataan itu. (Rohani Abdullah, 2004). 18
  • 19. Kurikulum Pendidikan Sains Awal Kanak-Kanak Bagi Umur 7 Hingga 12 Bulan. OBJEKTIF PEMBELAJARAN KAEDAH CADANGAN AKTIVITI 1. Kebolehan a. Bercakap dengan bayi • Memanggil nama bayi membezakan pelbagai dengan intonasi yang b. Memperkenalkan pelbagai dan meningkatkan berbeza. bunyi dari sumber yang kepekaan deria berlainan. • Mainkan rentak muzik pendengaran. atau alunan nasyid yang berlaian setiap hari. • Mengetuk objek berbeza yang akan menghasilkan bunyi yang berbeza di hadapan. • Mencari bunyi: contoh dapatkan alat muzik atau kotak muzik, bunyikan dan sembunyikan. Tanya bayi “bunyi apa tu? Dari mana datangnya bunyi tu?” mula mencari bunyi tersebut bersama bayi dengan cara merangkak bersama-sama. Ucap tahniah pada bayi apabila menjumpai mainan tersebut. 2. Membezakan warna a. Menggalakkan bayi • Bermain dengan objek dan objek yang bermain dengan objek yang berbeza bentuk dan berlainan. yang berlaian bentuk dan warna (alat mainan warna yang berlainan. mobil). • Bermain barang mainan 19
  • 20. b. Memperkenalkan yang lembut atau boneka kepelbagai bauan yang yang berwarna terang dan berbeza. berbeza. • Menggunakan boneka dalam bercerita atau memoerdengarkan lagu ‘incy wincy’. • ‘Spider’ menggunakan labah-labah. 3.Membezakan bauan yang • Letakkan bauan yang pelbagai dan berbeza dalam helaian meningkatkan kain/tisu, bungkuskan kepekaan deria bau. dengan pembalut yang berbeza warna dan hayun dan tayangkan di depan bayi. 3. Mengenali dan a. Membacakan buku dengan • Menujukkan buku menamankan anggota meletakkan bayi di atas bergambar berwarna badan, membezakan pangkuan bayi. (tanpa tulisan) dan sesuatu objek. membaca bersama-sama. • Tunjukkan buku cerita yang hanya ada gambar atau lukisan, dan reka cerita sendiri. Cari peluang untuk bunyikan bunyi yang biasa pada pendengaran kanak- kanak. 4.4 Kanak-Kanak Umur 1-2 Tahun 20
  • 21. Menurut Rohani Abdullah (2004), pada peringkat usia 12 hingga 18 bulan, Kanak-kanak ini merupakan peringkat permulaan eksperimen menarik bagi seorang sanitis kecil. Keadaan kanak-kanak ini akan cuba menyesuaikan dan mengubahsuaikan pelbagai skema yang terbentuk dengan lebih kreatif serta menunjukkan tingkah laku cuba-jaya dalam langkah mereka menyelesaikan cabaran yang ditimbul dalam aktiviti bermain. Kanak-kanak pada usia ini juga cuba mencantumkan dan mengkoordinasikan pelbagai skema bagi menyelesaikan masalah yang semakin kompleks ketika mereka menghadapinya. Bukan itu saja, kanak-kanak ini juga memahaman terhadap kekekalan objek semakin meningkat dan tumpuan kepada penguasaan bahasa juga mempengaruhi minat bayi bagi menunjukkan sesuatu dengan jari untuk menanyakan atau meminta sesuatu yang mereka tiada. Menjelang usia 18 bulan, dalam Teori Perkembangan Kognitif Jean Piaget menyatakan bahawa usia ini merupakan akhir tahap sensori motor, di mana kanak-kanak pada usia ini mula menunjukkan tanda-tanda representasi pemikiran, iaitu representasi dalaman terhadap rangsangan luaran. Oleh itu, kanak-kanak akan mula memikirkan tentang orang dan benda tetapi tidak semestinya dapat memperspesikan pada ketika itu. (Suppiah Nachiappenet al. 2008). Pada usia ini juga, kanak-kanak ini akan mengalami perkembangan kemahiran motor halus dan juga berupaya untuk memegang objek kecil dengan ibu jari dan jari telunjuk dalam aktiviti harian mereka seperti menekan tombol dan memutarkan suis yang mereka gemar untuk melakukannya. 21
  • 22. Tetapi dalam usia antara 22 hingga 24 bulan, kanak-kanak akan menghadapi pengalaman fizikal yang dilalui telah membantu mengembangkan kemahiran kognitifnya. Contohnya, kanak-kanak ini boleh mengetahui untuk menggunakan permainan dengan cara yang betul dan dikaitkan dengan peristiwa bagi membezakan apa yang telah dilihat dan dipelajari oleh mereka. Oleh itu, kanak-kanak ini akan menggunakan kemahiran yang ada untuk mengalami sendiri agar membolehkan kanak-kanak ini memanipulasikan objek-objek ini untuk melihat apa yang akan berlaku seterusnya dan mengulangi aksi yang sama(Aminah Ayob et al. 2008). Pada peringkat ini, kanak-kanak ini masih dalam jangka masa pemerhatian yang semakin bertambah, mereka akan dapat mengingat lebih banyak perkara. Walau pun pada peringkat umur ini kanak-kanak itu belum menguasai lambang bahasa bagi menamakan benda dan kejadiaan di sekelilingi, namun demikian mereka terpaksa bergantung kepada bukti-bukti mentah atau objek-objek yang wujud bagi memahami sesuatu perkara. Oleh itu, kanak-kanak pada tahap ini perlu mengembangkan kebolehan derianya untuk membezakan pelbagai bunyi dan pelbagai bauan yang dapat dikesani oleh deria bau mereka. Sementara itu, kanak-kanak meningkatkan deria melihat iaitu kemahiran penumpuan mereka dalam masa yang sama untuk agar dapat membezakan warna dan objek-objek yang telah mereka lihat samaada dengan membacakan buku bergambar kepada mereka sambil memangku anak tatih di atas riba (Rohani Abdullah, 2004). 22
  • 23. Fokus Modul Umur 1-2 Tahun Fokus modul ialah memberi rangsangan yang banyak supaya bagi meningkatkan lagi kebolehan kanak-kanak menyesuaikan diri dengan persekitaran melalui penggunaan deria serta meningkatkan kemahiran penumpuan dan kemahiran berbahasa kanak-kanak. Intervensi yang dijalankan adalah untuk mencapai perkara-perkara berikut : 1. Meningkatkan deria melihat dan menyentuh. 2. Meningkatkan kemahiran penumpuan dan kemahiran bahasa. 3. Menggalakkan perkembangan kelima-lima deria 23
  • 24. OBJEKTIF PEMBELAJARAN KAEDAH CADANGAN AKTIVITI 1. Meningkatkan deria melihat a. Membacakan buku • Gunakan buku cerita bergambar dan menyentuh bergambar sambil memangku yang besar dan berwarna warni anak tatih di atas riba serta mempunyai tekstur yang berbeza dan biarkan kanak- kanak membolak-balik muka surat. 2. Meningkatkan kemahiran a. Bermain dengan • Hide and seek biarkan kanak- penumpuan dan kemahiran permainan berfungsi ada dan kanak melihat pengasuh bahasa hilang. bersembunyi dahulu sehingga mereka memahami permainan. 3. Menggalakkan a. Menyeidakan pelbagai • Sediakan buah-buahan seperti perkembangan kelima-lima bahan yang membolehkan oren, jambu merah dan hijau, deria kanak-kanak melihat, dan anggur. menyentuh, • Galakkan mereka melihat, mendengar,menghidu, dan merasa. menyentuh tekstur kulit, menghidu dan meras buahan b. Memperdengarkan tersebut. pelbagai bunyi dari persekitaran • Bawa mereka keluar dan biarkan mereka mendengar pelbagai bunyi yang berlainan yang mempunyai maksud dalam kehidupan mereka contoh dengan bunyi burung, siren ambulans, tangisan kanak-kanak lain dan sebagainya. Kurikulum Pendidikan Sains Awal Kanak-Kanak Bagi Umur 1 Hingga tahun. 4.5 Kanak-kanak Bagi Umur 2 hingga 3 Tahun 24
  • 25. Pada tempoh usia ini, Kebanyakan Ibu bapa mempengaruhi kanak-kanak melalui arahan, ulasan, dan soalan dengan mengambil kira kebolehan pemahaman bahasa anak (Damon, 1988). Oleh itu, kanak-kanak di peringkat awal usia ini akan cuba memperoleh bahasa dengan memanjangkan makna tertentu yang mungkin boleh difahami ataupun tidak. Tetapi biasanya kanak- kanak ini akan menghabiskan sebahagian besar masanya dengan mengumpulkan sebanyak mungkin informasi mengenai persekitaran tanpa disedari. Hal ini kerana persekitaran komunikasi amat penting dalam menggalakkan keupayaan berfikir secara logikal dan kreatif. Oleh itu, ibu bapa sentiasa digalakkan menggunakan isu-isu perbincangan tentang sebab-musabah dalam perbincangan keluarga agar dapat mewujudkan komunikasi yang positif dan merapatkan hubungan rapat dengan kanak-kanaknya. Menurut teori Piaget menyatakan bahawa kanak-kanak berlaku perubahan besar dari segi perkembangan kognitif apabila ia mula boleh menggunakan skema yang berasaskan penggunaan bahasa dan bentuk-bentuk perwakilan simbolik yang lain serta dapat menyelesaikan masalah-masalah yang mudah. kanak-kanak ini menggunakan simbol dalam pemikiran mereka. contohnya, seorang kanak-kanak mungkin mennganggap sebatang penyapu sebagai kuda . ( Jas Laile Suzana Jaafar, 1996). Berdasarkan teori piaget, pada peringkat praoperasi, kanak-kanak masih menggunakan bahasa yang mudah sperti tanda-tanda,lambang-lambang, objek dan perkataan. Mereka mampu mengendalikan dunia secara simbolik atau perwakilan objek ketika menyelesaikan masalah dan mengingat kembali 25
  • 26. peristiwa yang lalu. Mereka juga mampu berfokus pada pemprosesan information dalaman dan meningkatkan keupayaan untuk mengingatkan semula informasi. Oleh itu, kanak-kanak adalah sesuai dengan meningkatkan dan memantapkan kemahiran-mahiran meneliti terhadapa sesuatu benda dengan perkembangan deria dan perkembangan bahasa mereka serta deria sentuh agar dapat merangsang perkembangan afektif dan emosi mereka pada peringkat awal, tetapi juga secara tidak langsung dapat membantu meningkatkan kemahiran berfikir dan kemahiran intelektual. (Craik dan Lockhart,1972; Lockhart dan Craik, 1990). Fokus Modul Umur 2 hingga 3 Tahun Fokus modul ialah memberi rangsangan yang banyak supaya bagi meningkatkan lagi kebolehan kanak-kanak untuk memberi tumpuan, membuat penelitian, meningkatkan daya ingatan dan bagi meningkatkan kemahiran berfikir kemahiran intelektual melalui penggunaan deria serta pendedahan awal kepada penggunaan teknologi dalam kehidupan. Intervensi yang dijalankan adalah untuk mencapai perkara-perkara berikut : 1. Meningkatkan kemahiran meneliti sesuatu menggunakan deria. • Meningkatkan deria sentuhan, dengar dan bau serta memantapkan perkembangan bahasa. 26
  • 27. Merasai perbezaan melalui sentuhan dan merangsang perkembangan afektif dan emosi. 2. Menguasai bahasa dan menggalakkan penguasaan ilmu. 3. Meningkatkan kemahiran berfikir dan kemahiran intelektual. 4. Menyedari dan mula memahami tentang kegunaan teknologi dalam kehidupan seharian di samping meningkatkan daya kreativiti dan menguatkan otot-otot tangan. Kurikulum Pendidikan Sains Awal Kanak-Kanak Bagi Umur 2 Hingga 3 Tahun OBJEKTIF PEMBELAJARAN KAEDAH CADANGAN AKTIVITI 1. Peningkatan kemahiran a.Menydiakan aktiviti • Letakkan objek yang meneliti sesuatu benda merangsang penggunaan berkainan di dalam kotak mengguanakan deria deria untuk mengenali suruh mereka mencari objek sesuatu benda. yang dikehendaki tanpa ii. Meningkatkan deria melihat ke dalam kotak. sentuhan, dengar dan bau serta mematapkan • Menutup mata kanak-kanak perkembangan bahasa. dan biarkan mereka merasa dan menamakan objek iii. Merasai perbezaaan melalui dengan mata yang tertutup. sentuhan dan merangsang perkembangan afektif dan • Pelbagai jenis objek yang emosi. digunakan yang boleh dikenali berdasarkan bunyi, 27
  • 28. bau, bentuk dan tekstur. • Sediakan permulaan objek yang berbeza teksturseperti kasar, licin, lembut dan lain- lain sambil memeperkenalkan perkataana-perkataan baru tersebut. • Berjalan di atas permukaan yang berbeza seperti rata dan tidak rata. 1. Menguasai bahasa dan a.Mendedahkan kanak-kanak • Bercerita bersama kanak- menggalakkan penguasaan kepada pelbagai cara untuk kanak. ilmu. menguasai bahasa dan • Menyanyi. menambahkan ilmu • Berlakon. 2. Meningkatkan kemahiran a. Gunakan peluang yang • Memperkenalkan kepada berfikir dan kemahiran ada untuk melibatkan anak tatih pelbagai benda intelektual. kanak-kanak dalam aktiviti dan makanan serta berfikir. fungsinya. • Memerhati benda-benda hidup di sekitar. Sebagai contoh : mengenai ‘ pokok tomato kita ni berbuah sangat lebah dan pokoknya juga tinggi. Agaknya apa yang boleh kita lakukan untuk mengekalkan kelebatan buah pokok ini’ ? 3. Menyedari dan mula 4. Mendedahkan kepada • Sediakan gunting kanak- memahami tentang anak tatih barangan kanak dan suruh mereka kegunaan teknpologi dalam berteknologi yang mengunting bentuk dan kehidupan seharian digunakan dalam objek yang berlainan tetapi disamping meningkatkan kehidupan seharian mesti dengan pengawasan 28
  • 29. daya kreativiti dan seperti gunting, peti ais orang dewasa. Biar mereka menguatkan otot-otot basikal dan sebagainya. guntung bentuk yang tangan. diingini oleh mereka. • Membuka peti ais, mengenalkan barangan di dalamnya sambil menerangkan fungsinya ‘menyejukkan’ beri peluang anak tatih bermain dengan basikal atau trisikal sambil pengasuh menerangkan fungsi ‘kayuh’ 4.6 Kanak-kanak Bagi Umur 3 hingga 4 Tahun Mengikut Teori Psikososial Erikson, kanak-kanak ini akan mula berupaya menerokai persekitaran dan mencipta aktiviti sendiri. Mereka mempunyai persekitaran fizikal yang lebih luas dan bebas bergerak. Perkembangan bahasa berkembang dengan cepat, mereka dapat menyoal, memahami jawapan dan dapat membayangkan berbagai-bagai kemungkinan. Dalam tahap usia ini mereka akan memperolehi insiatif iaitu hasil positif dalam tahap ini, tetapi sebaliknya jika kanak-kanak pada tahap ini dihalang daripada melaksanakan kehendak dan rancangan aktivitinya oleh ibubapa, maka ia akan memperkembangkan rasa bersalah yang akan membawa kepada perasaan takut dan kurang tegas dalam sesuatu perkara yang mereka kakukan (Jas Laile Suzana Jaafar,2002). 29
  • 30. Pada umur 3 hingga 4 tahun, kanak-kanak telah berkeinginaan mempunyai kuasa membuat keputusan yang berkaitan dengan aktiviti seharian. Mereka berusaha menunjukan dan membuktikan mereka boleh membuat sesuatu yang diingini dengan kebolehan dan daya usaha mereka sendiri tanpa bantuan orang lain. Pada masa yang sama kanak-kanak dalam lingkungan umur ini akan berasa malu apabila tidak diberi kuasa yang perlu ada pada mereka. Mereka tidak sahaja malu kepada diri sendiri tetapi juga malu kepada individu yang berberada di sekeliling mereka.hal ini kerana mereka bimbang dan malu apabila mereka melakukan sesusutu perkara dipandang salah di depan orang lain (Aminah Ayob et al. 2008). Pada tahap usia ini juga kanak-kanak mula menggunakan bahasa untuk menyatakan sesuatu. Perkembangan daya ingatan dan imaginasi semakin meningkat. Mereka mula faham konsep masa lepas dan masa sekarang dan masa hadapan. Sebagai contohnya mereka akan cuba membuat bentuk bulatan, empat segi dan meniru gaya orang dewasa menulis.begitu juga, kanak-kanak ini boleh mengenali dan sekurang-kurangnya enam warna, susun angka mudah ikut urutan dan nama anggota badan. Fokus Modul Umur 3 hingga 4 Tahun Fokus modul ialah memberikan rangsangan yang banyak bagi meningkatkan lagi kebolehan kanak-kanak untuk memberi tumpuan, membuat penelitian, meningkatkan daya ingatan dan bagi meningkatkan kemahiran berfikir dan kemahiran intelektual melalui penggunaan deria serta pendedahan awal kepada 30
  • 31. penggunaan teknlogi dalam kehidupan. Intervensi yang dijalankan adalah untuk mencapai perkara-perkara berikut : 1. Meningkatkan deria rasa, sentuhan, bau dari pelbagai objek yang berbeza bentuk dan menamakannya. 2. Mempertingkatkan kemahiran deria, menumpukan perhatian objek yang berbeza bentuk dan menamakannya. 3. Mempertingkatkan kemahiran deria rasa dari pelbagai rasa, bentuk dan warna. 4. Mengawal neurologi jari dan daya fokus koordinasi tangan dan mata. 5. Meningkatkan kemahiran mengimbangkan tangan dan jari dan meningkatkan kemahiran gabungan pelbagai rasa, bentuk dan warna. 6. Meningkatkan kemahiran berfikir secara analogi dan deduktif, membuat pengamatan dan analisis. 7. Memahami kemahiran penggunaan, mahir dan kaitan objek/situasi dengan rutin harian. Kurikulum Pendidikan Sains Awal Kanak-Kanak Bagi Umur 3 Hingga 4 tahun. OBJEKTIF PEMBELAJARAN KAEDAH CADANGAN AKTIVITI 1. Meningkatkan deria rasa, a. Memperdengar dan • Letakkan di dalam karung kecil sentuhan, bau dari sentuhan, memperkenalkan pelbagai objek-objek yang berbeza rupa, bau dari pelbagai objek yang objek yang berbeza untuk dan bentuk seperti kunci, sikat, berbeza bentuk dan bunyi yang berbeza tin dan lain-lain. menamakannya • Minta kanak-kanak 31
  • 32. memasukkan tangan ke dalam karung tersebut meneka dan menamakan objek berdasarkan tekstur, bentuk, bau tanpa melihatnya. 2. Mempertingkatkan a. Memberikan peluang kanak- • Ajak kanak-kanak meneroka kemahiran deria, kanak menerokai melalui dan mendengar setiap bunyi menumpukan perhatian dan pengalaman langsung. yang dihasilkan. Agar lebih pengamatan. menarik, dalam keadaan mata tertutup teka bunyi apa yang dihasilkan atau bunyi yang tidak terdengar. • Meneka bunyi objek yang hilang boleh mempertingkatkan daya kemahiran deria dan mefokus. 3. Mempertingkatkan a. Bermain pasir/ air • Sediakan bekas diisi dengan air kemahiran deria rasa dari atau pasir yang berlainan. pelbagai tekstur dan suhu Warna/ tekstur. yang berlainan. • Biarkan kanak-kanak bermain dengan selesa mengikut kehendak mereka. Boleh sediakan bekas yang berbagai bentuk untuk memberikan peluang kepada kanak-kanak menerokainya. 4. Mengawal neurologi jari dan a. Menjahit. • Sediakan tali sederhana halus daya fokus koordinasi dan objek yang berlubang tangan dan mata. ditengahnya untuk dimasukkan tali ditengahnya. • Ajar kanak-kanak memasukkan tali ke dalam lubang objek dengan perlahan, jelas dan berulang-ulang. 5. Meningkatkan kemahiran a. Mendedahkan kanak-kanak 1. Memasak dan merasa : 32
  • 33. mengimbangi tangan dan jari dengan pengalaman dan meningkatkan langsung. a. Ajar dan ajak kanak- kemahiran gabungan kanak memasak dan pelbagai rasa, bentuk dan menyediakan masakan ringkas warna. atau minuman yang pelbagai rasa. b. Ajak mereka merasa makanan/ minuman yang mereka sediakan. c. Berbual dengan kanak- kanak tentang perbezaan rasa, tekstur bentuk dan warna bahan masakan/ minuman. 6. Meningkatkan kemahiran a. Menyediakan persekitarann • Sediakan replika/ permainan berfikir secara analogi dan yang menggalakkan binatang yang menarik secara analogi dan deduktif, pemikiran analogi, deduktif, dihadapan kanak-kanak (Mini membuat pengalaman dan dan membuat pengalaman World Play Materials ). analisis. dan analisis sifat bahan. • Lebih menarik jika disediakan b. Mengasingkan replika papan imaginasi bertemakan binatang/ benda mengikut safari. kumpulan. • Minta kanak-kanak asingkan c. Belajar menggunakan bahan antara replika binatang-binatang yang ada untuk itu di atas papan imasginasi menyelesaikan masalah dan safari contohnya, binatang buas belajar mencuba dengan (dalam hutan), ikan (dalam menggunakan strategi yang sungai/laut), burung (atas sedia ada. pokok). d. Bermain lego, tanah liat dan • Berbual dengan kanak-kanak puzzle. untuk menggalakkan e. Bereksperimen dengan air. penggunaan bahasa dan perkataan yang sesuai semasa pengasingan dibuat. 33
  • 34. • Ajar kanak-kanak menggunakan alat permainan. • Tunjuk contoh hasil kerja diikuti dengan galakkan dan pujian yang selari dengan pencapaian hasil kerja. • Galakkan pembinaan daya kreatif dengan memberi satu permasaalahan. • Galaka pembinaan daya kreatif dengan memberi satu permasaalahan. • Sediakan permainan pelbagai jenis tekstur dan material yang boleh direndamkan dalam bekas yang berisi air. Anak patung, ikan, span, tali, bekas plastik dan lain-lain. 7. Memahami kemahiran a. Melabel objek/situasi • Ajak kanak-kanak membantu pengunaan, makna dan melabekan objek atau situasi kaitan objek/ situasi dengan tertentu di dalam kelas atau rutin harian. sekitar sekolah. Contohnya tinggi, rendah, besar, kecil meja, kerusi, bunga, bulat, panjang dan lain-lain. • Sambil melabel, ajak mereka berbual tentang objek atau situasi tersebut, reka cerita fantasi untuk lebih menarik. 5.0 KAJIAN LEPAS MENGENAI PENGAJARAN SAINS AWAL KANAK- KANAK 34
  • 35. Menurut Zurida bin Haji Ismail & Hasimah Mohd Yunus (2004) dalam “Sikap & keyakinan guru-guru prasekolah dalam pengajaran sains awal” , terdapat enam komponen pembelajaran dalam kurikulum prasekolah yang dilaksanakan secara bersepadu. Salah satu daripadanya ialah perkembangan kognitif. Komponen perkembangan kognitif mengandungi konsep-konsep awal sains dan bertujuan untuk mengembangkan kemahiran kognitif dan memupuk sikap positif terhadap sains. Antara objektif komponen perkembangan kognitif ialah bagi membolehkan kanak-kanak meningkatkan kemahiran berfikir dan kemahiran proses sains, memperkembangkan sikap ingin tahu dan suka menyiasat. Tambahan pula, dapat memperkembangkan kemahiran menyelesaikan masalah dalam kehidupan seharian. Kemahiran kognitif terdiri daripada pengelasan, konsep ruang, proses sains dan penyelesaian masalah. Kemahiran proses sains membolehkan kanak-kanak berinteraksi dengan bahan dan fenomena alam serta memupuk sikap ingin tahu dan suka menyiasat. Membuat permerhatian atau pencerapan adalah kemahiran paling asas dalam proses sains. Kemahiran proses yang lain ialah seperti berkomunikasi, membuat inferens dan membentuk hipotesis. Kefahaman konsep asas serta penguasaan kemahiran proses diperolehi melalui interaksi dan penglibatan kanak-kanak dalam aktiviti-aktiviti seperti bermain dengan blok, air dan pasir serta bahan- bahan manipulatif dan aktiviti-aktiviti seperti bernyanyi, berlakon dan mendengar atau menonton cerita kanak-kanak. 35
  • 36. Keberkesanan perlaksanaan kurikulum ini banyak bergantung kepada pendidik yang berada di dalam kelas. Para pendidik diharapkan faham, menghayati serta mampu melaksnakan kurikulum seperti yang dihasratkan. Mereka perlu melengkapkan diri dengan pengetahuan, kemahiran serta sikap yang bersesuaian dengan subjek yang diajar. Dapatan-dapatan kajian menunjukkan konsepsi, sikap serta kepercayaan guru tentang sains sering mempengaruhi keputusan dan tindakan dalam proses pengajaran dalam sains awal kanak-kanak. Sikap ialah tindakbalas tingkah laku yang didorong oleh pemikiran (mentality) yang diterjemahkan dalam bentuk tindakan seorang individu. Sikap dianggap salah satu elemen penting yang mempengaruhi pemikiran dan tindakan seseorang khususnya dalam pendidikan. Dapatan-dapatan kajian menunjukkan peranan guru adalah penting dalam usaha memupuk dan menanam sikap yang sesuai terhadap sains. Kajian turut menunjukkan sikap guru yang negatif atau neutral terhadap sains akan dapat dirasai dan menjadi ikutan murid-murid(Gabel & Rubba,1997). Selain sikap, kepercayaan serta nilai yang dihayati guru turut mempengaruhi corak Pengajaran dan meniggalkan kesan terhadap pembelajaran, kepuasan dan keseronokan serta perkembangan kanak-kanak. Kepercayaan berkait rapat dengan tingkah laku dari aspek fobia dan jangkaan-pencapaian kendiri. Bandura (1986) menyatakan pendapat dua jenis jangkaan sebagai daya kognitif utama yang memandu tingkah-laku. Jenis jangkaan pertama dikenali sebagai jangkaan hasil kerja(outcome expetancy) dan berkait dengan ‘hasil kerja’. Umumnya, 36
  • 37. individu akan memperlihatkan tingkah laku dimana dia percaya hasil kerjanya akan dihargai. Sebalikya individu tersebut tidak menunjukkan tingkah laku yang sama jika hasil kerja tersebut dilihat tidak memberi ‘keuntungan’ kepadanya. Jenis jangkaan kedua ialah efikasi-kendiri merujuk kepada kemampuan seseorang untuk melakukan sesuatu tingkah laku dengan jayanya. Efikasi- kendiri mempengaruhi pilihan tingkah laku yang perlu dibuat, usaha dan ketabahan jika berlaku rintangan terhadap pencapaian prestasi tingkah laku tadi. Efikasi-kendiri juga mempengaruhi kecekapan dalam mempamerkan tingkah laku tersebut. Menurut Bandura (1986), kita membina jangkaan-jangkaan( expectancy) secara umum tentang kemungkinan-kemungkinan berdasarkan pengalaman hidup dan kepercayaan secara khusus tentang keyakinan an keupayaan kita untuk menangani sesuatu tugasan tau keadaan. Menurut Farrah Wahilda Bt Hj Khirluddin (2006) dalam “Perisian pengajaran berbentukan komputer(PBK) untuk pra sekolah di bawah tajuk mengenal haiwan”, kanak-kanak yang berumur 2 hingga 6 tahun merupakan golongan yang perlu dibentuk sebelum menjalani proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) yang lebih tinggi. Disebabkan inilah pembangun memilih projek untuk membangunkan perisian bagi kanak-kanak pra-sekolah kerana pada peringkat ini, minda kanak-kanak semakin berkembang dan mudah bagi mereka untuk mempelajari sesuatu yang baru. Dengan ini, perkembangan kognitif pelajar dapat diperkukuhkan dari awal sebelum menjalani pendidikan di sekolah rendah. Komponen Perkembangan Kognitif menjadi fokus utama dalam pendidikan awal kanak-kanak kerana keupayaan kognitif mempengaruhi semua aktiviti 37
  • 38. pembelajaran. Ia juga menekankan pemupukan sikap positif terhadap Sains. Tambahan pula sejak kebelakangan ini, matapelajaran Sains adalah begitu penting kerana pihak kerajaan Malaysia ingin mengorak langkah ke arah kemajuan sains dan teknologi untuk menapai status negara maju pada tahun 2020. Menurut Lumpe & Staver (1995), pelajar hilang minat terhadap sesuatu pembelajaran adalah disebabkan oleh pelbagai faktor dan antaranya adalah bahan pembelajaran tidak menarik organisasi isi kandungan tidak sistematik, persekitaran pembelajaran yang kurang memuaskan dan pendekatan pengajaran yang statik. Kesemua faktor-faktor ini menyumbang kepada keciciran pelajar dalam mengikuti proses pengajaran dan pembelajaran. Oleh itu, penggunaan elemen-elemen multimedia seperti teks, grafik, audio, video dan animasi bagi tujuan proses pengajaran dan pembelajaran adalah lebih efektif dan menarik minat pelajar. Seterusnya, proses pengajaran dan pembelajaran ( P&P) Sains di peringkat prasekolah memerlukan guru yang berperanan penting meransangkan pemikiran aktif dan kreatif kanak- kanak. Guru-guru perlu merangka persekitaran pembelajaran dan memahami tahap kebolehan kanak-kanak supaya sesuai dengan topik dan aktiviti sains. Dr . Bustam Kamri, Pensyarah Pendidikan Pra-Sekolah Institut Bahasa Melayu Malaysia berkata, guru boleh bermula dengan aktiviti ‘sains harian ’iaitu perbezaan tentang kandungan apa yang telah dipelajari. Sains di peringkat pra- sekolah katanya, adalah dunia sebenar dan pengalaman harian. Ini secara tidak 38
  • 39. langsung kanak-kanak dapat menghubungkaitkan sains yang dipelajari dengan pengalaman harian mereka. 5.0 KAJIAN LEPAS BERKAITAN PEMBELAJARAN SAINS AWAL Pendidikan merupakan satu wadah penting dalam menjana anjakan paradigma dalam setiap individu dan ia juga memainkan peranan penting dalam melahirkan insan deduktif yang dinamik dalam semua aspek kehidupan. Secara umumnya, pendidikan selalu dikaitkan dengan proses pengajaran dan pembelajaran sesuatu kemahiran, penyampaian ilmu dan juga penerapan nilai. Dalam bentuknya yang praktikal, hasil pendidikan seharusnya dapat melahirkan insan yang mampu mengaplikasi ilmu yang dipelajari dan memanfaatkan kemahiran yang dimiliki dalam kehidupan seharian. Dalam konteks kanak-kanak, pendidikan perlu dilihat sebagai satu proses yang berterusan berkembang serentak dengan perkembangan individu seorang kanak-kanak yang mempelajari apa sahaja yang ada di persekitaran dan dengan “ilmu” atau kemahiran yang diperolehi ia akan mengaplikasikannya dalam konteks yang pelbagai samada dalam kehidupan sehariannya di ketika itu ataupun sebagai persediaan untuk kehidupannya di masa yang akan datang. Dalam menjana pendidikan, pembelajaran awal adalah sangat penting untuk kanak-kanak. Selaras dengan itu, pembelajaran sains awal banyak dikaitkan dan dilihat melalui kajian-kajian lepas yang dilaksanakan oleh banyak individu dan pihak didalam memperkasakan lagi bahawa pendidikan dan pembelajaran kanak-kanak diperingkat awal adalah sangat penting. 39
  • 40. Antara kajian-kajian lepas yang banyak menyentuh tentang pembelajaran sains awal kanak-kanak ialah dapat dilihat melalui kajian Edward Chittenden dan Jacqueline Jones (1999) yang menyatakan “Dialogue on Early Childhood Science, Mathematics, and Technology Education/First Experiences in Science, Mathematics and Technology” yang menyebut; “in active science programs, children make choices, voice opinions, and perform various investigations. In such settings, children might demonstrate their interests, understandings, and emerging skills through their conversations; their questions; their actions; and the work they produce, such as constructions, drawings, or writings”(Bredekamp dan Rosegrant (1995) di dalam Edward Chittenden dan Jaqueline Jones (1999) ). Melalui keterangan tersebut dapat diperhatikan bahawa kanak-kanak akan membuat pelbagai spekulasi terhadap apa yang mereka dapat perhatikan seperti membuat andaian pilihan, dan akan memperkatakan pendapat mereka melalui perkara-perkara yang menarik dan baharu bagi mereka. Setelah itu, kanak- kanak akan mempraktikkan perkara tersebut dengan cara mereka yang tersendiri. Dalam pada itu, adalah sangat penting menjana pemikiran kanak- kanak dengan membuat komunikasi dengan mereka dan membiarkan mereka berkomunikasi, memberi contoh perlakuan dan membawa mereka meneroka kepada sesuatu yang ‘aneh’ iaitu sesuatu yang baharu bagi mereka. Dapat dilihat juga pelbagai kajian terhadap pembelajaran sains awal kanak-kanak melalui kajian yang dibuat oleh Mark K. M Quillan et. al. (2007) didalam “A Guide to Early Childhood Program Development”. Kajian ini turut 40
  • 41. mengaitkan tentang teori John Dewey (1859-1952) yang memperkenalkan tiga peringkat aktiviti pembelajaran dalam perkembangan kanak-kanak, iaitu: - Memperkembangkan sensori keupayaan dan koordinasi fizikal - Menggunakan bahan yang mendorong dan membina sesuatu yang menarik, dan; - Menerokai idea baru. Melalui tiga peringkat aktiviti yang diperkenalkan tersebut, kanak-kanak harus dibentuk dengan keupayaan sensori (keupayaan pancaindera) dan fizikal agar dapat mempergiatkan diri didalam meneroka pelbagai ilmu baru dan dapat menjana pemikiran dengan lebih baik untuk mengaplikasikan apa yang mereka dapati dari pengamatan terhadap setiap bahan yang digunakan didalam sesi pembelajaran mereka diperingkat awal tersebut. “His contributions can be witnessed in early childhood settings which focus on providing direct experience with materials and peers, and encouraging the pursuit of individual interests and questions.” (Mark K. M Quillan et. al. 2007). Kanak-kanak adalah sangat aktif dan sangat sentiasa bersedia untuk menerokai dunia baru, maka melalui pelbagai pembelajaran ianya dapat membantu perkembangan sifat kendiri, pergaulan dan perkembangan intelektual kanak-kanak tersebut. Kajian-kajian lain yang dapat diperhatikan didalam mengaitkan pembelajaran sains awal kanak-kanak ialah yang dibuat oleh Kathy Cabe Trundle (2009) dalam jurnalnya “Teaching Science During the Early Childhood Years”. Beliau turut menerangkan tentang kepentingan dan kesan pembelajaran sains diperingkat awal kanak-kanak. Menurut French (2004) di dalam Kathy 41
  • 42. Cabe Trundle (2009) “Young children are motivated to explore the world around them, and early science experiences can capitalize on this inclination”. Sehubungan dengan itu, pembelajaran sains awal di peringkat kanak-kanak adalah satu pengalaman yang akan membentuk kanak-kanak tersebut kepada sesuatu bidang yang yang digemarinya. Kanak-kanak akan lebih cenderung untuk bergiat terus dalam sesuatu bidang yang akan memberi banyak faedah kepadanya didalam menganjak kedewasaan. Maka dengan itu, kecenderungan kanak-kanak dalam sesuatu bidang tidak sepatutnya dihalang dengan kehendak atau keinginan ibu bapanya sahaja, tetapi melihat kepada bidang yang diminati oleh kanak-kanak tersebut. Galakan dan dorongan harus diberikan agar tidak memberi sebarang bentuk tekanan yang membuatkan kanak-kanak hilang arahnya, yang membawa kepada kesan negatif seperti tekanan dan kemurungan. “Supporting children as they develop scientific thinking during the early childhood years can lead children to easily transfer their thinking skills to other academic domains which may support their academic achievement and their sense of self-efficacy” Kuhn & Pearsall (2000); Kuhn & Schauble, & Garcia- Milla (1992), di dalam Kathy Cabe Trundle. 2009). Merujuk kepada kenyataan tersebut, memberi sokongan akan membantu meningkatkan pemikiran yang saintifik kanak-kanak dan seterusnya memberi kesan terhadap keupayaan akademik yang berkeupayaan tinggi di kalangan kanak-kanak itu sendiri. Kanak- kanak akan lebih berdaya saing dan mampu menghadapi dunia ini dengan lebih berdaya maju dengan pelbagai kelebihan. “Young children need quality science experiences during their early childhood years. Science and Literacy provides a 42
  • 43. systematic instructional framework, a standards-based curriculum, and high quality teacher resources. This program also effectively integrates text, illustrations, and diagrams into inquiry-based instruction” (Kathy Cabe Trundle. 2009) “The basic architecture of the brain is constructed through an ongoing process that begins before birth and continues into adulthood” (Jack P. Shonkoff et. al. 2007). Dapat diperhatikan juga kajian berkenaan dengan pembelajaran sains awal kanak-kanak melalui Jack P. Shonkoff et. al. (2007) melalui jurnal mereka yang bertajuk “The Science of Early Childhood Development”. Kajian ini mengutamakan pembelajaran sains awal kanak-kanak yang bermula dari awal (sebelum lahir) sehingga dewasa, menurut mereka pembelajaran ini adalah berterusan dan berhubung rapat dengan pembentukan perkembangan keupayaan minda kanak-kanak tersebut. Selain itu, kajian ini banyak memperkatakan tentang keupayaan kanak-kanak menerima sesuatu benda baru (pembelajaran) yang kadang-kadang membawa kepada tekanan yang serius, ini berikutan bebanan pelbagai pembelajaran yang sukar diikuti dan diterima oleh kanak-kanak. Menurut Jack P. Shonkoff et. al. (2007), “Toxic stress in early childhood is associated with persistent effects on the nervous system and stress hormone systems that can damage developing brain architecture and lead to lifelong problems in learning, behavior, and both physical and mental health”. Penekenan terhadap pembelajaran yang sukar diterima oleh kanak-kanak akan memberi impak yang tidak memberi keuntungan kepada kanak-kanak itu sendiri, ianya akan membawa kepada pelbagai kesan negatif semasa pembelajaran 43
  • 44. tersebut. “Stress in early childhood can be either growth-promoting or seriously damaging”. (Jack P. Shonkoff et. al. 2007). Membentuk kanak-kanak adalah berdasarkan kecenderungannya dari usia awal, ini lebih efektif daripada membentuknya di usia dewasa, kerana diusia awal, kanak-kanak lebih terdedah dengan “sensitive periods” yang membawa mereka berfikir dengan lebih fokus dan kelibat mereka akan lebih cenderung dengan perkara-perkara yang mereka tertarik secara semula jadi. Merujuk kepada “sensitive periods”, ianya mula diperkatakan didalam Model Montessori (1870-1952) didalam kajiannya terhadap perkembangan awal kanak-kanak. Menurutnya “sensitive periods” merupakan satu tempoh yang paling sesuai untuk kanak-kanak menguasai sesuatu kemahiran. Dalam pada itu, setiap kemahiran yang dikuasai kanak-kanak itu merupakan kemahiran-kemahiran yang berdasarkan kecenderungannya dirinya sendiri. Kesimpulannya, terdapat pelbagai kajian lepas yang memperkatakan tentang pembelajaran sains awal kanak-kanak. Walaubagaimanapun, fokus mereka adalah terarah kepada membantu dan menerangkan keperluan kanak- kanak didalam menjalani tempoh awal mereka dengan lebih efektif dan mampu bergerak di tempoh dewasa mereka dengan lebih berkeyakinan dan mampu melihat hala tuju mereka. Kajian-kajian ini hakikatnya masih tidak lari dengan teori-teori dan model-model yang diperkenalkan oleh tokoh-tokoh awal dalam bidang perkembangan manusia dan kanak-kanak. “Getting things right the first time is more efficient and ultimately more effective than trying to fix them later” (Jack P. Shonkoff et. al. 2007). 44
  • 45. 7.0 KESIMPULAN Secara keseluruhannya, pengalaman sains awal membuka jalan dan menjadi asas pembinaan kemahiran dan kecekapan dalam sanis pada masa hadapan. Hal ini adalah penting bagi pendidik untuk menyediakan peluang dan persekitaran yang membolehkan kanak-kanak berinteraksi dan meneroka alat fizikal mereka. Kanak-kanak perlu didedahkan dengan bahan- bahan dan persekitaran yang dapat meransang naluri ingin tahu mereka. semakin banyak penerokaan yang dilakukan sama ada dengan mendengar, melihat, sentuhan, rasa dan bau, maka semakin meningkat minat dan keinginan mereka mencari penjelasan di samping memperkembangkan bahasa. Perkataan biasanya didahului dengan gambaran mental yang dibentuk melalui pengalaman kanak-kanak itu berinteraksi dengan bahan- 45
  • 46. bahan disekeliling mereka yang mana aktiviti sains akan membantu kanak- kanak dalam aspek ini. Pendidik perlu memainkan Peranan yang penting dalam membantu kanak- kanak menguasai kemahiran saintifik serta konsep-konsep sains dengan menyediakan persekitaran dan peluang-peluang yang membolehkan kanak- kanak meneroka alam sekeliling, membuat ramalan melalui eksperimen ringkas apabila sesuai dan membuat rumusan. selain itu, pendidik perlu berinteraksi dengan kanak-kanak dan membimbing mereka membuat penemuan pengetahuan yang diinginkan melalui aktiviti penerokaan dan penyiasatan itu. Secara tidak lansung, Interaksi antara mereka akan membantu kanak-kanak tersebut membina kefahaman dan menguasai konsep-konsep. RUJUKAN dan BIBLIOGRAFI Aminah Ayob, Mastura Badrzis, Rohani Abdullah, Azizah Lebai Nordin &Mahani Razali. 2008. Kurikulum Permata : panduan Pendidikan Awal Kanak- kanak 0-4 Tahun. Tanjong malim. Pusat Penyelidikan Perkembangan Kanak-Kanak Negara . Abruscato, J. (2000). Teaching children science: A discovery approach (5th ed.). Boston: Allyn & Bacon. CURRICULUM 507 229 Bandura, A. (1986). Social foundations of thought and action: A social cognitive theory. Englewood Cliffs, NJ: Prentice-Hall Craik,F.I.M dan Lockhart,R.S. (1972), Level of processing : A framework for memory research. Journal of Verbal Learning and Verbal Behavior, 11 : 671-684. Damon, W., 1977. The Social World of Child. San Francisco : Jossey-Bass. 46
  • 47. Edward Chittenden, Jacqueline Jones (1999), Dialogue on Early Childhood Science, Mathematics, and Technology Education/First Experiences in Science, Mathematics and Technology. American Association for the Advancement of Science (AAAS). Diperolehi dari http://public.doe.k12.ga.us/DMGetDocument.aspx/Dialogue on Early Childhood Science.pdf pada 26 Februari 2010. Farrah Wahilda Bt Hj Khirluddin (2006). Perisian pengajaran berbentukan komputer(PBK) untuk pra sekolah di bawah tajuk mengenal haiwan, 5&6.Universiti Teknologi Malaysia. Diperolehi daripada http://www.fp.utm.my/ePusatSumber/pdffail/ptkghdfwP/FARRAHWAHILD AAP010074D2006TTP.pdf Gabel, D.Rubba P. (1979).Attitude change of elementry teachers according to the curriculum studied during workshop participation and their role as model science teachers. Journal of Research in Science Teaching, 16, 19-24. Harlan & Jelly (1989). Technology for children. Sydney: Prentice Hall Australia. FISHER CURRICULUM 372.358044 3. FISHER CURRICULUM also has 1st ed. 607 88 Harlan, J. D. & Rivkin, M. S. (1996). Science experiences for the early childhood years: An integrated approach (6th ed.). Englewood Cliffs, NJ: Merrill Curriculum 507 375 Johnston, J. (1996). Early explorations in science. Buckingham, UK: Open University Press. CURRICULUM 507 437 Jack P. Shonkoff et. al. (2007), The Science of Early Childhood Development. National Scientific Council on the Developing Child, Center on the Developing Child at Harvard University. Diperolehi dari http://www.speaker.gov/pdf/Shonkoff.pdf. pada 26 Februari 2010. Jas Laile Suzana Jaafar. 1996. Psikologi Kanak-Kanak Dan Remaja. Ampang, Selangor. Dewan Bahasa dan Pustaka. Kathy Cabe Trundle (2009), Teaching Science During the Early Childhood Years. The Ohio State University. Diperolehi dari www.ngsp.com/Portals/0/.../SCL22-0429A_AM_Trundle.pdf. pada 26 Februari 2010. Lumpe, A.T. & Staver, J.R. 1995. Peer collaboration and concept development. Journal of Research in Science Teaching. 32(1) : 71-98. 47
  • 48. Lockhart,R.S dan Craik,F.I.M (1990), Level of processing : A retrospective commentar on a framework for memory reseacrh. Canadian Journal of Psychology, 44, 87-112. Mark K. M Quillan et. al. (2007), A Guide to Early Childhood Program Development. State Board of Education. Diperolehi dari http://www.sde.ct.gov/sde/lib/sde/PDF/DEPS/Early/early_childhood_guide. pdf. pada 26 Februari 2010. Nani Menon & Rohani Abdullah. 2003. Panduan Kognitif Kanak-Kanak Prasekolah. Bentong, Pahang. PTS Publication & Distributor Sdn.Bhd. Rohani Abdullah. 2004. Bayi Cerdik. Bentong, Pahang. Publication & Distributor Sdn.Bhd. Surayah Zaidon & Haslinda Md. Ali. 2008. Pendidikan Prasekolah. Shah Alam. Selangor Darul Ehsan. Suppiah Nachiappan, Ramlah Jantan & Abdul Aziz Abdul Shukur. 2008. Psikologi Pendidikan. Shah Alam, Selangor. Oxford fajar Sdn.Bhd. Vyogtsky (1984). Science for children (2nd ed.). Sydney: Prentice Hall Australia. FISHER CURRICULUM 372.3044 1 Zurida bin Haji Ismail & Hasimah Mohd Yunus (2004). Sikap & keyakinan guru- guru prasekolah dalam pengajaran sains awal, 156 & 159.Universiti Sains Malaysia. 48