3. Pengertian Nasakh
• Bahasa : Penghapusan , mengubah , tukar atau
berpindah dari suatu tempah .
• Istilah : (1) Perubahan atau pembatalan sesuatu
hukum ekoran datang hukum baru
yang lebih sempurna .
(2) Terhenti sesuatu hukum syarak
dengan ada dalil syarak lain
membatalkannya .
(3) Membatalkan sesuatu hukum syarak
dengan dalil syarak baru .
4. Konsep Nasakh dan Mansukh
• Jumhur berpendapat konsep nasakh berlaku
semasa Nabi Muhammad S.A.W masih hidup
sahaja .
• Ulama sepakat beberapa ayat dan surah tertentu
sahaja terlibat dengan nasakh. Mustahil nasakh
dan mansukh berlaku terhadap keseluruhan Al-
Quran .
• Syariat Islam mengandungi konsep nasakh dan
mansukh, antaranya untuk:
(a) Menjaga kepentingan umatnya
(b) Mengemaskinikan hukum
(c) Menjaga agama Islam yang suci
6. Bahagian Nasakh Ada Ganti
Ganti
Hukum
Sama
Ganti Hukum
Lebih Ringan
Ganti
Hukum
Lebih
Berat
7. Nasakh Ada Ganti
(1) Ganti Hukum Sama
Proses Nasakh berlaku dengan hukum yang
setara bagi gantian hukum tersebut
Contoh :
Dinasakhkan hukum mengadap kiblat ke
Baitul Muqaddis dan digantikan dengan
mengadap ke Kaabah .
8. Nasakh Ada Ganti
(2) Ganti Hukum Lebih Ringan
Hukum yang menggantikan hukum yang
telah dinasakhkan lebih ringan
Contoh :
Awalnya muslimin wajib melawan musuh
keadaan nisbah 1 : 10 . Ia dimansukhkan
dan digantikan dengan hukum lebih
ringan iaitu nisbah 1 : 2 .
9. Nasakh Ada Ganti
(3) Ganti Hukum Lebih Berat
Hukum asalnya ringan namun dimansukhkan dengan
hukum yang lebih berat
Contoh : Pengharaman Arak
-berlaku tiga tahap
(1) Ia belum diharamkan secara pasti namun
dinyatakam bahayanya lebih dari faedah
(2) Ditegah meminumnya ketika hendakmenunaikan
solat
(3) Arak diharamkan secara sepenuhnya
10. Nasakh Tiada Ganti
•Hukum yang dimansuhkan tiada
gantinya.
•Contoh 1:
• Bawa hadiah kepada Rasulullah.
• Allah berfirman dalam Surah Al-
Mujadalah:12
11. Ertinya:
“Wahai orang-orang Yang beriman! Apabila
kamu hendak mengadap dan bertanyakan sesuatu
kepada Rasulullah, maka hendaklah kamu bersedekah
sebelum kamu mengadapnya; (pemberian sedekah) itu
adalah lebih baik bagi kamu dan lebih bersih. Dalam
pada itu, kalau kamu tidak ada benda Yang hendak
disedekahkan, (kamu dibenarkan juga mengadapnya
mengenai perkara Yang tak dapat dielak), kerana
Sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha
Mengasihani.”
12. • Allah menyatakan hukum sahabat ingin
berjumpa Rasulullah, mereka perlu membawa
hadiah terlebih dahulu. Hukumnya kemudian
dimansuhkan tanpa gantian hukum lain.
• Allah berfirman dalam Surah Al-Mujadalah:13
13. Ertinya:
“Adakah kamu takut (akan kemiskinan) kerana
Kerap kali kamu memberi sedekah sebelum kamu
mengadap? kalau kamu tidak melakukan (perintah)
itu, dan Allah pun memaafkan kamu (kerana kamu
tidak mampu), maka dirikanlah sembahyang dan
berikanlah zakat (sebagaimana Yang sewajibnya),
serta Taatlah kamu kepada Allah dan RasulNya. dan
(ingatlah), Allah Maha mendalam pengetahuannya
akan Segala amalan Yang kamu lakukan.”
14. • Contoh 2:
• Dinasakhkan hukum haram bersetubuh dengan
isteri pada malam bulan Ramadhan, firman Allah
dalam Surah Al-Baqarah:187
• Ertinya:
“Dihalalkan bagi kamu, pada malam hari puasa,
bercampur (bersetubuh) Dengan isteri-isteri kamu.”
16. Nasakh Al-Quran + Al-Quran
• Boleh dilakukan bila hanya dilalahnya sama, kerana
dikira sama dari sudut kekuatannya.
• Misalnya,firman Allah Surah Al-Anfal:65
17. Ertinya:
“Wahai Nabi, peransangkanlah orang-orang Yang
beriman itu untuk berperang. jika ada di antara kamu dua
puluh Yang sabar, nescaya mereka dapat menewaskan dua
ratus orang (dari pihak musuh Yang kafir itu); dan jika ada di
antara kamu seratus orang, nescaya mereka dapat
menewaskan seribu orang dari golongan Yang kafir,
disebabkan mereka (yang kafir itu) orang-orang Yang tidak
mengerti.”
Dalam ayat diatas, Allah mewajibkan muslimin melawan
musuh jika keadaan nisbah 1:10. Hukumnya dinasakhkan
dengan hukum lebih ringan bernisbah 1:2.
Firman Allah Surah Al-Anfal:66
18. Ertinya:
“Sekarang Allah telah meringankan daripada
kamu (Apa Yang telah Diwajibkan dahulu) kerana ia
mengetahui Bahawa pada kamu ada kelemahan;
oleh itu jika ada di antara kamu seratus orang Yang
sabar, nescaya mereka akan dapat menewaskan dua
ratus orang; dan jika ada di antara kamu seribu
orang, nescaya mereka dapat menewaskan dua ribu
orang Dengan izin Allah. dan (ingatlah) Allah beserta
orang-orang Yang sabar.”
19. Nasakh Al-Quran + Hadis
• Ia berlaku berkaitan dengan wasiat kepada ibu
bapa dan kerabat.
• Firman Allah Surah Al-Baqarah:180
Ertinya:
“Kamu diwajibkan, apabila seseorang dari
kamu hampir mati, jika ia ada meninggalkan harta,
(hendaklah ia) membuat wasiat untuk ibu bapa dan
kaum kerabat Dengan cara Yang baik (menurut
peraturan ugama), sebagai suatu kewajipan atas
orang-orang Yang bertaqwa.”
20. • Hukum wajib berwasiat tersebut
dinasakhkan menerusi hadis:
“Maka tiada wasiat untuk waris”
Riwayat al-Tirmizi
21. Nasakh Hadis + Hadis
• Jumhur ulama bersepakat hadis harus
menasakhkan hadis jika keduanya setaraf dari
sudut sabit dan dilalahnya. Misalnya:
“Dahulu daku menegah kamu menziarahi
kubur. Sekarang Muhammad mendapat keizinan
untuk menziarahi kubur ibunya, maka ziarahlah kubur
kerana ia mengingatkan akhirat.”
Riwayat al-Tirmizi
• Hadis tersebut menceritakan tegahan ziarah kubur.
Namun, hukumnya dinasakhkan menerusi hadis
yang sama mengharuskan menziarahinya.
22. Nasakh Hadis + Al-Quran
• Ulama bersepakat Al-Quran harus menasakhkan
hadis. Misalnya, Rasulullah dan sahabat
menhadap Baitul Maqdis ketika solat:
“Rasulullah dan Sahabatnya solat mengadap
Baitul Maqdis selama 16 bulan, selepas itu ditukar
ke arah kiblat(Kaabah).”
Riwayat Ahmad
23. • Firman Allah Surah al-Baqarah:144 yang
menasakhkan hadis tersebut:
• Ertinya:
“Kerap kali Kami melihat Engkau (Wahai
Muhammad), berulang-ulang menengadah ke langit,
maka Kami benarkan Engkau berpaling mengadap
kiblat Yang Engkau sukai. oleh itu palingkanlah
mukamu ke arah Masjid Al-Haraam (tempat letaknya
Kaabah).”
24. Hikmah Nasakh dan Mansukh
• Menjaga kemaslahatan umat yang kadang-
kadang berubah mengikut keadaan.
• Islam adalah agama mudah dan tidak
membebankan.
• Untuk mengemaskini hukum syara’ dan
mengembangkan perundangan Islam.
• Menguji keimanan manusia menerusi
perintah dan tegahan.