SlideShare une entreprise Scribd logo
1  sur  54
HNS 2013KENEGARAAN
BADAN PERUNDANGAN MALAYSIA
DISEDIAKAN OLEH:
NUR AMIRA BINTI ISMAIL D20121057970
NUR AIDA FARHANA BINTI ABDUL SALIM D20121057976
FATEN SUZIEYANIE BINTI ANAS D20121057977
NOR ATHIRAH BINTI NAZLIE LEONG D20121057983
NORSELINA BINTI ZAINUDIN D20121057984
SITI NOOR AIN BINTI MOHD HUSIN D20121057987
SITI NUR BAYAH BINTI ABDUL RASID D20121057990
PENGENALAN
Badan
Peundangan di
Malaysia
Parlimen
( Persekutuan )
Menggubal dan
meluluskan Undang-
Undang Persekutuan
Dewan
Undangan
Negeri
( Negeri )
Menggubal dan meluluskan
Undang-Undang Negeri
Bidang Kuasa
Perundangan
Senarai
Persekutuan
Senarai Negeri
Senarai
Bersama
PARLIMEN
• Merupakan badan perundangan yang tertinggi
di Malaysia
• Kuasa perundangan terletak pada
(a) Yang DiPertuan Agong
(b) Dewan Negara
(c) Dewan Rakyat
Semua Undang-Undang Persekutuan yang
diluluskan perlu melalui ketiga-tiga komponen
ini
Fungsi Parlimen
• Merupakan forum untuk ahli-ahli dewan membahaskan hal
ehwal tentang kerajaan dan negara.
• Membahas belanjawan negara dan rang undang-undang
• Membahaskan pemindaan undang-undang mengikut
perkembangan sosioekonomi dan politik semua negeri.
• Mengawal kewangan kerajaan
• Forum kritik yang menjadi tumpuan pendapat orang ramai
berhubung dengan hal ehwal negara atas dasar serta tindakan
kerajaan yang diselaraskan dengan pandangan umum.
• Perkara 75, Perlembagaan Persekutuan
memperuntukkan sekiranya Undang-Undang
Negeri bercanggah dengan Undang-Undang
Persekutuan, maka Undang-Undang Negeri
akan terbatal setakat mana percanggahan itu
berlaku.
• Dalam Senarai Bersama pula, Undang-Undang
Persekutuan digunakan jika terdapat
percanggahan dengan Undang-Undang Negeri
Yang Di-pertuan Agong
 YDPA merupakan raja berperlembagaan dan ketua negara.
 Baginda dipilih daripada kalangan rakyat berketurunan raja.
 Sebelum menjadi YDPA , raja perlu memerintah negeri masing – masing.
 Raja menggunakan pengetahuan dan pengalaman untuk memerintah negeri
masing – masing.
 YDPA mempunyai kedudukan yang lebih tinggi daripada kuasa
perundangan , eksekutif dan kehakiman.
 YDPA merupakan lambang kedaulatan negara.
 Jawatan YDPA diwujudkan sejak kemerdekaan dan bukan diwarisi secara
turun temurun.
PELANTIKAN
 YDPA hanya dilantik daripada keturunan raja.
 Baginda akan dipilih mengikut undian Majlis Raja- raja daripada kalangan
sembilan orang raja Melayu mengikut aturan yang terdapat dalam Jadual
Ketiga , Perlembagaan Malaysia.
 YDPA mendapat sokongan daripada sekurang – kurangnya lima raja Melayu
yang menghadiri mesyuarat perlantikan Majlis Raja – raja.
 Bakal YDPA perlu memenuhi syarat berikut:
a)beragama islam
b) cukup umur dan matang
c) waras fikiran
 Raja Melayu yang dipilih akan menjadi YDPA selama lima
tahun.
 Baginda akan mendapat pertabalan secara dokumen
bertulis yang disampaikan oleh Penyimpan Mohor Besar
Raja – raja selaku setiausaha Majlis Raja – raja.
 Raja Melayu yang sama tidak boleh dilantik secara berturut
– turut sehingga semua raja dari setiap negeri telah
ditabalkan sebagai YDPA.
 YDPA mengangkat sumpah dan menandatangani warkah
lafaz sumpah jawatan yang dinyatakan dalam Bahagian 1
Jadual 4 (Perkara 37) dihadapan Majlis Raja- raja dan
Ketua Hakim Persekutuan dengan disaksikan oleh dua
orang raja yang dipilih oleh Majlis Raja – raja.
PEMBATALAN PERLANTIKAN YDPA
 Perlantikan YDPA akan batal sekiranya baginda didapati tidak waras
mungkin disebabkan usia lanjut atau penyakit.
 Majlis Raja – raja membuat undi sulit dengan keputusan dengan
sekurang – kurangnya lima orang ahli Majlis Raja – raja untuk
menolak raja yang dianggap tidak layak atau tidak sesuai untuk
memerintah negara.
 Perlantikan YDPA juga akan batal jika raja yang dilantik mengaku
sendiri kepada Penyimpan Mohor Besar Raja – raja bahawa
baginda tidak mahu dipilih mungkin disebabkan sakit atau tidak
mempunyai keyakinan diri untuk memerintah atau mahukan masa
yang panjang untuk bersedia menjadi pemerintah.
 Perlatikan YDPA juga akan terbatal jika baginda masih mentah atau
tidak cukup umur.
KEDUDUKAN RAJA BERPEMBAGAAN
 YDPA adalah ketua negara.
 YDPA merupakan pemerintah tertinggi angkatan tentera
persekutuan.
 YDPA menjadi ketua agama di Persekutuan dan negeri
sendiri serta negeri yang tidak mempunyai raja seperti
Melaka , Pulau Pinang , Sabah dan Sarawak.
 YDPA mempunyai kuasa pemerintahan Persekutuan
dengan dibantu Jemaah Menteri (Kabinet).
 YDPA boleh mengeluarkan Pengisytiharaan Darurat
mengikut Perkara 150 , Perlembagaan Persekutuan.
 YDPA mempunyai kuasa pengampuan terhadap
hukuman yang dijatuhkan di mahkamah.
 Tiada tindakan sivil atau jenayah yang dapat diambil
terhadap YDPA berdasarkan sifat peribadinya di mana
– mana mahkamah selain Mahkamah Khas dengan
keizinan Peguam Negara di bawah Bahagian 15
(Perkara 182 dan 183).
 YDPA mempunyai peranan penting sebagai ketua
negara bagi tiga cabang kerajaan , iaitu badan eksekutif
, badan perundangan dan badankehakiman.
 Raja Permaisuri Agong menduduki tempat kedua dan
diberi keutamaan mengatasi segala orang lain dalam
Persekutuan selepas YDPA.
BUDI BICARA DAN KUASA YDPA (PERKARA 39-42)
1.YDPA boleh menggunakan budi bicara baginda dalam hal - hal berikut :
a)Perlantikan Perdana Menteri
b) Meminta Majlis Raja – raja membincangkan kedudukan raja.
c)Tidak memperkenankan pembubaran Parlimen.
d) Memanggil mesyuarat Majlis Raja – raja untuk membincangkan tentang
kedudukan , keistimewaan dan sikap raja serta mengambil sebarang
tindakan dalam mesyuarat tersebut.
e)Memelihara kedudukan istimewa orang Melayu dan
bumiputera .
f) Menentukan tanah rizab orang Melayu dan
bumiputera di Sabah dan Sarawak .
g) Pengurniaan anugerah dan penghormatan kepada
mana – mana warnganegara dan bukan warganegara .
h)Mencemar duli menghadiri pelbagai majlis dan acara.
i)Pelantikan jawatan penting dalam kerajaan dan badan
berkanun yang ditubuhkan.
KUASA YDPA DALAM BIDANG PERUNDANGAN
1.Yang di-Pertuan Agong (YDPA) merupakan satu daripada
komponen Parlimen dan baginda berada pada kedudukan
paling tinggi dalam Badan Perundangan.Namun demikian ,
YDPA tidak terlibat dalam penggubalan undang – undang
kerana penggubalan undang – undang adalah
tanggungjawab ahli – ahli Dewan Rakyat dan Dewan Negara
.
2.Tugas- tugas Yang di- Pertuan Agong adalah YDPA sahaja
boleh memanggil Parlimen untuk bersidang.YDPA juga
mempunyai kuasa istimewa untuk memberhentikan atau
membubarkan Parlimen. Baginda tidak perlu menghadiri
persidangan Parlimen tetapi baginda boleh bertitah semasa
pembukaan rasmi penggal Parlimen serta menyampaikan
ucapan dalam mana- mana majlis Parlimen atau kedua –
dua majlis Parlimen.
3.YDPA mempunyai kuasa untuk mendengar perbicaraan
pembentukan rang undang – undang bagi Bacaan
Pertama , Bacaan Kedua , Peringkat Jawantankuasa dan
Bacaan Ketiga.YDPA memperkenankan rang undang –
undang yang diluluskan dalam Parlimen dalam tempoh
30 hari.Jika YDPA tidak memperkenankan rang undang
– undang dalam tempoh 30 hari, rang undang –
undang tersebut tetap dijadikan undang – undang .
Rang undang – undang yang telah diperkenankan oleh
YDPA akan diwartakan dalam Warta Kerajaan dan
dicapkan dengan mohor Penyimpan Mohor Besar Raja
– raja.
HAD KUASA YDPA
1.YDPA hanya boleh didakwa di Mahkamah Khas.
2.YDPA tidak mempunyai kuasa untuk mengampunan
permaisuri dan putera – puteri baginda sendiri.
3.YDPA tidak dibenarkan berniaga, memegang jawatan bergaji
, melibatkan diri dalam politik atau menyokong mana –
mana parti politik.
4.YDPA tidak boleh meninggalkan negara lebih daripada 15
hari tanpa persetujuan Majlis Raja – raja (Fasal 5 ) , kecuali
atas lawatan rasmi dari sebuah negara ke negara lain.
5.YDPA tidak boleh menjalankan tugas dan bertanggungjawab
sebagai raja di negeri baginda sendiri , kecuali menjadi
ketua agama islam.
6.YDPA tidak boleh meminda perlembagaan negeri baginda.
PERLETAKAN JAWATAN OELH YDPA
1.YDPA boleh meletakkan jawatan baginda pada bila – bila masa
tetapi secara bertulis kepada Majlis Raja – raja.
2.Perletakan jawatan oleh YDPA tidak perlu diwartakan kepada
parlimen.
PEMECATAN YDPA
1.Pemecatan YDPA hanya boleh dilakukan oleh Majlis Raja – raja
dengan sokongan 5 daripada 9 orang raja.
2.Selepas mendapat persetujuan Majlis Raja – raja melalui undian
sulit , YDPA boleh dipecat pada bila – bila masa atas alasan
berikut:
a) YDPA didapati tidak waras;
b) YDPA tidak mempunyai tingkah laku yang baik.
DEWAN
NEGARA
DAN
DEWAN
RAKYAT
Dewan Rakyat
• Dewan Rakyat merupakan tempat wakil rakyat mendapat
pembelaan masyarakat sesebuah kawasan Parlimen.
• Parti yang memenangi undi majoriti dalam pilihanraya umum
mendapat sokongan majoriti di Dewan Rakyat akan
membentuk kerajaan.
• Pemimpin parti politik yang mendapat kepercayaan sebilangan
besar Dewan Rakyat akan dilantik sebagai Perdana Menteri.
• Sekiranya Perdana Menteri kehilangan suara terbanyak Dewan
rakyat lantas perlu meletak jawatan atau memohon YDPA
untuk membubarkan Parlimen.
• Rang Undang-Undang Kewangan hanya perlu mendapat
kelulusan Dewan Rakyat sebelum dipersembahkan kepada
YDPA.
Dewan Negara
• Mempunyai ahli seramai 70 orang ahli.
• Terbahagi kepada dua kategori:
1) 26 ahli yang telah dipilih oleh Dewan Undangan Negeri
akan mewakili 13 negeri iaitu di setiap negeri akan diwakili
oleh dua orang ahli.
2) 44 ahli yang dilantik oleh Seri Paduka Baginda Yang di-
Pertuan Agong atas nasihat Perdana Menteri, termasuk dua
ahli dari Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, dan satu ahli
masing-masing adalah dari Wilayah Persekutuan Labuan
dan Putrajaya.
Keahlian Dewan Rakyat dan Dewan
Negara
a)Kelayakan
- ahli-ahli Parlimen terdiri daripada ahli Dewan Rakyat dan ahli
Dewan Negara.
- Ahli Dewan Negara mesti berumur 30 tahun keatas sementara ahli
Dewan Rakyat mesti berumur 21 tahun keatas.
- Kelayakan lain:
> Seorang warganegara Malaysia
> Bermastautin di Malaysia
> Mesti sempurna akal
> Tidak melakukan kesalahan yang membolehkan keahliannya
dibatalkan
- Setiap ahli Dewan Rakyat dan Dewan Negara dikehendaki
mengangkat sumpah taat setia kepada Malaysia dan
perlembagaannya.
b) Kehilangan Kelayakan
- Berdasarkan Perkara 48, Perlembagaan Persekutuan iaitu:
> memperoleh kewarganegaraan asing
> tidak waras
> bankrap(muflis)
> memegang jawatan bergaji, iaitu jawatan dalam perkhidmatan awam
> disabitkan kesalahan dan dipenjarakan lebih daripada satu tahun tanpa
mendapat pengampunan.
> didenda lebih daripada RM2000 tanpa mendapat pengampunan
- Ahli dewan Rakyat yang tidak menghantar penyata perbelanjaan
pilihanraya bagi Parlimen atau Dewan Undangan Negeri dalam tempoh
yang ditetapkan akan turut kehilangan kelayakan sebagai ahli dewan
- Tidak mengangkat sumpah dalam tempoh tiga bulan selepas dipilih.
- tidak menghadirkan diri ke persidangan Dewan selama enam bulan
berturut-turut tanpa persetujuan speaker.
c) Keanggotaan Dewan Negara
- Dewan Negara mempunyai 70 orang ahli ; 44 orang dilantik oleh
YDPA dari kalangan warganegara yang telah berbakti dengan
cemerlang kepada negara.
- Ahli-ahli yang dilantik(senator) merupakan mereka yang:
> cemerlang dalam perkhidmatan awam
> mencapai kecemerlangan dalam bidang profesion, perdagangan,
dan sebagainya.
> mewakili dan menjaga kepentingan kaum atau golongan minoriti
- Tempoh jawatan ialah 3 tahun dan tidak boleh melebihi 2 penggal.
- Tempoh jawatan ahli Dewan tidak terjejas dengan pembubaran
Parlimen.
- Sekiranya seseorang ahli dipilih atau dilantik bagi menggantikan ahli
lain yang meninggal dunia atau bercuti, maka tempoh jawatannya
mengikuti bakinya sahaja.
d) Keanggotaan Dewan Rakyat
- Ahli Dewan Rakyat dipilih oleh rakyat melalui pilihanraya umum yang diadakan lima
tahun sekali.
- Jawatan ahli Dewan Rakyat berkuatkuasa selagi Parlimen tidak dibubarkan.
- Berikut barisan anggota Dewan Rakyat dan peranannya:
 Yang Dipertuan /Speaker Dewan Rakyat
- Yang di-Pertuan Dewan Rakyat boleh dipilh dalam kalangan Dewan Rakyat ataupun
bukan ahli Dewan Rakyat yang dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong atas saranan
oleh Perdana Menteri (Perkara 57).
- Sekiranya bukan ahli dalam kalangan Dewan Rakyat, beliau tidak layak memegang
jawatan dalam Kabinet dan tidak boleh mengundi dalam prosiding Parlimen.
- Tugas-tugas Yang Dipertuan Dewan ialah:
> mempengerusikan persidangan Dewan Rakyat
> memastikan ahli-ahli Dewan mematuhi tatatertib
> menjadi jurucakap Dewan
> mengenakan tindakan disiplin kepada ahli Dewan yang melanggar tatatertib.
- Kuasa budi bicara Dewan Rakyat sama seperti Dewan Negara, iaitu :
> menerima atau menolak soalan ahli dewan.
> menangguhkan persidangan
> melarang ahli daripada persidangan.
- Jumlah minimum ahli yang boleh persidangan berlangsung secara rasmi ialah 26
orang( tidak termasuk Speaker).
 Timbalan Speaker
- Terdiri daripada dua orang yang dilantik oleh ahli Dewan untuk membantu
tugas Speaker.
 Setiausaha Dewan
- merupakan Ketua Jabatan bagi Parlimen
- bertanggungjawab menguruskan perjalanan persidangan
- Tugas lain meliputi menghantar notis panggilan persidangan, menerima usul serta
pertanyaan lisan atau bertulis daripada ahli dan mengeluarkan laporan
persidangan.
iv) Ketua Pembangkang
- dilantik dari kalangan ahli pembangkang Dewan dan dibayar elaun tambahan.
- Speaker berkuasa menentukan Ketua Pembangkang sekiranya timbul pertikaian
mengenai jawatan tersebut.
v) Ketua Whip
- Gelaran untuk ahli Parlimen yang dilantik oleh parti politik untuk menentukan
kehadiran ahli bagi menyokong sesuatu usul atau tindakan yang dimulakan oleh
ketua parti
vi) Ketua Majlis
- Ketua parti pemerintah atau Perdana Menteri.
- Bertanggungjawab menetukan tarikh persidangan.
Fungsi
Dewan
Rakyat
Mencapai kata
pemutus berhubung
undang –undang
kewangan
Mengubal dan
membahaskan
rang undang-
undang
Mengkaji semula rang
undang-undang yang
ditangguhkan oleh
Dewan Negara
mengikut keadaan
semasa
Membahas
dasar-dasar
kerajaan dan
masalah
rakyat
Fungsi
Dewan
Negara
membahaskan
sesuatu rang
undang-undang
yang telah
diluluskan oleh
Dewan Rakyat
membincangkan
perkara-perkara
yang telah
menjadi
kepentingan
umum
tidak mempunyai
kuasa untuk menolak
undang-undang tetapi
mempunyai kuasa
menangguh sesuatu
rang undang-undang
Tempoh
penangguhan oleh
Dewan Negara ialah
30 hari, bagi rang
undang-undang yang
lain tempohnya
ialah setahun
TUGAS-TUGAS
•Bertanggungjawab dalam mengawasi perjalanan
mesyuarat supaya berjalan dengan licin.
•Memastikan perbahasan ada berkaitan dengan perkara
yang dibahaskan dan
•Membuat keputusan mengenai Peraturan-peraturan
Mesyuarat sekiranya berlaku perbalahan.
Yang di-Pertua
Dewan
Negara
• membantu dan mempengerusikan
persidangan semasa ketiadaan Yang di-
Pertua Dewan Negara.
Timbalan Yang
di-Pertua
Dewan
Negara
• bertanggungjawab untuk memantau perjalanan
persidangan di Dewan Negara, membantu serta
memberi nasihat kepada Yang di-Pertua Dewan
Negara ketika Dewan sedang bersidang.
Setiausaha
Dewan Negara
JAWATANKUASA DALAM
DEWAN NEGARA
• menjalankan kewajipan-kewajipan yang
diperuntukkan oleh Peraturan-peraturan
Mesyuarat.
• menjalankan perkara lain yang diserahkan
kepadanya dari satu masa ke satu masa.
Jawatankuasa
Pemilih
• memberi nasihat kepada Tuan Yang di-Pertua
bagi perkara yang berkaitan dengan
kesenangan dan kemudahan serta khidmat-
khidmat dan kenikmatan-kenikmatan bagi ahli
Majlis.
• diberi kuasa bersidang atau bermesyuarat
sebagai Jawatankuasa Bersama dengan
Jawatankuasa Dewan, Majlis Dewan Rakyat
Jawatankuasa
Dewan
• dipertanggungjawabkan untuk
menimbangkan apa jua perkara
yang telah diserahkan kepadanya
dan mengeluarkan penyata tenang
perkara tersebut kepadanya dan
mengeluarkan penyata tentang
perkara itu kepada Majlis.
Jawatankuasa
Hak dan
Kebebasan
• bertanggungjawab untuk
menumbangkan dan
mengeluarkan penyata kepada
Majlis berkenaan dengan
perkara-perkara yang berkaitan
peraturan-peraturan mesyuarat.
Jawatankuasa
Peraturan
Masyarakat
PROSES
PERSIDANGAN
PARLIMEN
• Parlimen bersidang apabila dibuka oleh
YDPA.
• Tidak boleh dibiarkan jarak enam bulan
antara mesyuarat akhir bagi satu
persidangan penggal lalu dengan
mesyuarat pertama bagi persidangan yang
akan datang.
• Persidangan pertama Parlimen adalah
dalam tempoh 120 hari selepas tarikh
pembubarannya.
Persidangan pertama Parlimen
merangkumi :
• Titah ucapan diraja yang dibuat oleh YDPA
tentang tugas-tugas kerajaan dan dasar-dasar
Negara yang telah dijalankan.
• Perancangan takwim parlimen selama 5
penggal (5 tahun).
• Melantik Yang Dipertua Dewan (Speaker) dan
Timbalan Yang Dipertua Dewan.
• Ahli-ahli Dewan mengangkat sumpah.
Sebelum persidangan Parlimen bermula
beberapa proses perlu dijalankan seperti:
• Pilihan raya umum diadakan selepas pembubaran
parlimen iaitu 60 hari dari tarikh pembubaran bagi
Semenanjung Malaysia manakala 90 hari dari tarikh
pembubaran bagi Sabah dan Sarawak.
• Kemudian YDPA memanggil Parlimen bersidang 120 hari
dari tarikh pembubaran.
• Seterusnya merancang takwim Parlimen untuk 5 penggal
(5 tahun).
• Yang Dipertua Dewan (Speaker) dan Timbalan Yang
Dipertua Dewan dan Ahli Dewan mengangkat sumpah.
• Proses persidangan Parlimen diteruskan dengan titah
ucapan YDPA dalam merasmikan pembukaan Parlimen.
BADAN PERUNDANGAN NEGERI
• Kuasa perundangan terletak pada :
(a) Sultan atau Yang Dipertua Negeri
(b) Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN)
• Semua rang undang-undang Negeri mesti diperkenan oleh
Sultan atau Raja bagi negeri-negeri beraja dan Yang
Dipertua Negeri bagi negeri yang tidak beraja seperti
Pulau Pinang, Melaka, Sabah, dan Sarawak.
 Semua rang undang-undang yang menjadi undang-undang
akan diwartakan terlebih dahulu sebelum dikuatkuasakan
oleh Kerajaan Negeri berkenaan.
Tugas Yang diPertua Negeri
• merasmikan dan memeberi titah diraja
ketika pembukaan rasmi memanggil
persidangan DUN.
• Menangguhkan dan membubarkan DUN
• Memperkenan rang undang-undang negeri
• Melantik Menteri Besar atau Ketua Menteri
daripada salah seorang ahli DUN yang
mendapat undi majoriti ahli DUN
• Melantik ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan
Negeri atas nasihat Menteri
Dewan Undangan Negeri
• Badan perundangan di peringkat negeri
• Ahli-ahlinya dipilih oleh rakyat melalui pilihan
raya
• Berkuasa untuk menggubal dan meluluskan
undang-undang bagi negeri berkenaan
• Berkuasa ke atas perkara dalam Senarai
Bersama
• Membahaskan dan meluluskan belanjawan
negeri
• Tempoh keahlian DUN tidak melebihi 5 tahun
sekiranya DUN tidak dibubarkan dalam jangka
masa tersebut.
Fungsi Dewan Undangan Negeri
• Menggubal, meluluskan dan menolak
sebarang undang-undang atau pindaan
undang-undang berkenaan perkara yang
tersenarai dalam Senarai Bersama dan
Senarai Negeri
• Boleh menggubal perkara-perkara yang
tersenarai dalam Senarai Persekutuan
sekiranya parlimen mewakilkan kuasa
kepada DUN.
• Menggubal undang-undang yang tidak
tersenarai dalam mana-mana senarai.
Keahlian DUN
• berwarganegara Malaysia dan bermastautin di negeri berkenaan
• berumur 21 tahun ke atas
• mempunyai fikiran yang waras
• tidak muflis
• tidak memegang jawatan bergaji
• tidak pernah dipenjarakan melebihi satu tahun
• tidak pernah didenda melebihi RM 2000 tanpa pengampunan.
 Pegawai-pegawai yang terlibat dalam persidangan DUN ialah:
i. Setiausaha Kerajaan Negeri,
ii. Pegawai Kewangan Negeri
iii. Penasihat Undang-undang Negeri.
 Ketiga-tiga orang pegawai tersebut membantu dalam merangka
dan mengusulkan rang undang-undang negeri , tetapi mereka
tidak terlibat dalam memberi persetujuan dalam pengundian.
PROSES
PERSIDANGAN
DUN
• Selepas pembubaran DUN dibuat, pilihan
raya umum harus diadakan dalam jangka
masa 60 hari bagi Semenanjung Malaysia dan
90 hari bagi Sabah dan Sarawak.
• Dalam tempoh 120 hari selepas tarikh
pembubaran, sultan atau Yang di-Pertua
Negeri mesti memanggil DUN untuk
bersidang.
Dalam persidangan DUN yang pertama,
perkara yang akan dilakukan ialah :
• Merancang takwim DUN untuk 5 penggal (jarak
masa antara persidangan tidak boleh melebihi 180
hari ).
• Melantik Yang Dipertua DUN (Speaker) dan
Timbalannya.
• Ahli-ahli DUN mengangkat sumpah.
• Sultan atau YDN memberi titah ucapan tentang
tugas-tugas kerajaan Negeri dan dasar-dasar
Kerajaan Negeri.
UNDANG-UNDANG
•Peraturan yang berkaitan dengan tingkahlaku atau
prosedur yang dibentuk oleh adat, perjanjian atau
autoriti.
•Untuk mencapai keadilan dalam masyarkat.
•Perkara yang penting dalam kehidupan seharian
sehingga mampu mempengaruhi apa yang kita lakukan.
•Sebahagian besar daripada undang-undang di
Malaysia datangnya daripada sumber bertulis yang
diluluskan oleh Parlimen dan Dewan Undangan Negeri.
•Dibahagikan kepada tiga:
a. Undang-undang awam.
b. Undang-undang antarabangsa.
c. Undang-undang persendirian.
UNDANG-UNDANG AWAM (PUBLIC LAW)
• Undang-undang tertinggi dalam negara yang
membincangkan hak individu dalam sesebuah negara.
• Digunakan jika wujud sebarang masalah atau pertikaian
yang berkaitan dengan masalah hak kerakyatan atau
kewarganegaraan dan ketinggian perlembagaan.
• Menegakkan hak-hak yang telah termaktub di dalam
perlembagaan dan biasanya dibicarakan di Mahkamah
Persekutuan.
Undang-
undang
Perlembagaan.
• Membincangkan setiap jenayah yang dilakukan
oleh seseorang individu terhadap negara.
• Untuk menghukum dan menghapuskan jenayah.
• Tindakan undang-undang dijalankan menerusi
Pendakwa Raya.
Undang-
undang
Jenayah.
UNDANG-UNDANG ANTARABANGSA
(INTERNASIONAL LAW)
• Dibentuk bagi mengatasi masalah (prevails) antara dua buah
negara.
• Mengelakkan penyalahgunaan kuasa untuk menindas
negara lain.
Undang-
undang
Antarabangsa
Awam.
• Merupakan sebahagian daripada undang-undang
perbandaran (municipal law).
• Berbeza bagi setiap negara kerana setiap negara
mempunyai versinya sendiri.
• Mengandungi peraturan-peraturan yang akan membantu
seorang hakim dalam menyelesaikan pertikaian yang
melibatkan undang-undang negara lain.
• Undang-undang ini akan digunakan jika wujud pertikaian
yang melibatkan dua buah negara.
Undang-
Undang
Antarabangsa
Persendirian
UNDANG-UNDANG PERSENDIRIAN (PRIVATE LAW)
• Dibentuk berasaskan perjanjian (agreement yang akan
menentukan tempoh satu perjanjian atau beberapa set
janji berkuatkuasa dari segi undang-undang.
• Elemen-elemen penting yang perlu ada dalam sesebuah
kontrak ialah tawaran, penerima tawaran tersebut serta
balasan.
• Janji atau cadangan seperti yang tercatat dalam Akta
Kontrak 1950 dan boleh dibuat dalam bentuk janji sama
ada mahu melakukan atau tidak melakukan sesuatu.
Kontrak.
• Merupakan salah satu kesalahan sivil.
• Salah laku suatu tugas umum yang dikenakan oleh undang-undang
walaupun tidak diakui atau dipersetujui oleh kedua-dua belah
pihak.
• Melalui tindakan awam jika melibatkan kerosakan yang tidak
dapat dibayar.
• Setiap orang yang hak undang-undangnya dilanggar, memiliki
autoriti untuk menyaman pihak yang melakukan kesalahan
tersebut.
• Melibatkan kes fitnah (defamation) dan kecuaian (negligence).
Tort
• Undang-undang mengikat seorang pemegang
amanah untuk menjaga harta yang telah
diberikan kuasa untuk dia mengawalnya.
• Harta tersebut yang dikenali sebagai harta
amanah (trust property) akan mendatang kan
faedah kepada pewaris (beneficiary).
• Pemegang amanah perlu menjalankan tugas
fidusiari iaitu kerahsiaan terhadap pihak yang
menerima faedah daripada harta tersebut.
• Didefinisikan sebagai hak keatas harta, sama ada
harta alih atau sebaliknya dan dipegang oleh satu
pihak untuk pihak yang lain.
amanah
PINDAAN PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN
•Boleh dipinda dengan mudah kerana dipinda oleh Parlimen dengan
kuasanya sendiri.
•Semenjak 1957, Perlembagaan Malaysia telah dipinda lebih kurang 22 kali
sehingga akhir tahun 1982.
•Dipinda dengan mudah oleh Parlimen seperti yang termaktub dalam
Perkara 159 dan Perkara 161E Akta Parlimen tanpa melibatkan referendum
rakyat terlebih dahulu. Dipinda melalui beberapa cara iaitu:
a. Sesetengah perkara hanya boleh dipinda sekiranya mendapat 2/3 suara majority
dalam setiap Dewan Parlimen dengan syarat mendapat keizinan oleh Majlis Raja-
Raja.
b. Sesetengah perkara yang mempunyai kepentingan khas bagi Sabah dan Sarawak
hanya boleh dipinda dengan suara majoriti 2/3 dalam Dewan Parlimen dengan
syarat mendapat kelulusan oleh Yang Dipertua Negeri Sabah dan Sarawak.
c. Sesetengah perkara juga hanya boleh dipinda dengan suara majoriti 2/3 ahli dalam
Dewan dengan syarat mendapat persetujuan Majlis Raja-Raja.
d. Perkenan daripada Majlis Raja-Raja perlu jika melibatkan pindaan yang menyentuh
kedaulatan raja-raja Melayu, kedudukan istimewa orang Melayu serta beberapa
perkara yang dianggap sensitif dalam Perlembagaan.
PINDAAN PERLEMBAGAAN NEGERI
• Perkara-perkara yang berkaitan warisan takhta kerajaan,
kedudukan pembesar pemerintah dan pembesar adat Melayu
tidak boleh dipinda oleh badan perundangan negeri.
• Pindaan boleh dibuat melalui persetujuan 2/3 daripada ahli
Dewan Undangan Negeri dengan persetujuan sultan bagi negeri-
negeri yang beraja dan Yang Dipertua Negeri bagi negeri-negeri
tidak beraja dengan persetujuan Yang Di-pertuan Agong.
• Perlembagaan Negeri boleh dipinda jika berlakunya perubahan
dalam masyarakat di sesebuah negeri kecuali perkara-perkara
berikut:
a. Pindaan berkaitan peruntukkan bilangan ahli yang akan dilantik oleh
badan perundangan negeri.
b. Pindaan untuk menyelaraskan Perlembagaan Negeri dengan mana-
mana peruntukan yang diperlukan seperti yang tercatat dalam
jadual kelapan Perlembagaan Persekutuan.
• Pindaan Perlembagaan negeri memerlukan persetujuan
2/3 daripada ahli Dewan Undangan Negeri untuk
perkara berikut:
a. Perlantikan dan pewarisan takhta, permaisuri raja atau
pemangku raja atau ahli-ahli Jemaaah Pemangku Raja
negeri.
b. Hal-hal berkaitan pemecatan, penarikan diri atau
penurunan takhta raja atau waris.
c. Perlantikan para pembesar pemerintah atau pembesar
adat Melayu serta ahli-ahli majlis penasihat mengenai
agama atau adat dan badan seumpamanya.
d. Hal-hal yang berkaitan dengan mengatur, mengesahkan
dan melucutkan pangkat, gelaran, kehormatan,
kebesaran dan kurniaan adat Melayu serta membentuk
peraturan berkaitan balai diraja dan istana.
SEKIAN, TERIMA KASIH.

Contenu connexe

Tendances

Pilihan Raya di Malaysia
Pilihan Raya di MalaysiaPilihan Raya di Malaysia
Pilihan Raya di MalaysiaAkhy Sham
 
Badan Perundangan Parlimen
Badan Perundangan ParlimenBadan Perundangan Parlimen
Badan Perundangan Parlimenmunnianwar
 
Bab 4 perlembagaan malaysia
Bab 4 perlembagaan malaysiaBab 4 perlembagaan malaysia
Bab 4 perlembagaan malaysiaDORAEMONLINA
 
Demokrasi berparlimen bab 10
Demokrasi berparlimen bab 10Demokrasi berparlimen bab 10
Demokrasi berparlimen bab 10azah narowi
 
Sistem pemerintahan negara (Demokrasi Berparlimen Raja Berperlembagaan)
Sistem pemerintahan negara (Demokrasi Berparlimen Raja Berperlembagaan)Sistem pemerintahan negara (Demokrasi Berparlimen Raja Berperlembagaan)
Sistem pemerintahan negara (Demokrasi Berparlimen Raja Berperlembagaan)Normurni Mohamad
 
Bidang kuasa yang di
Bidang kuasa yang diBidang kuasa yang di
Bidang kuasa yang dimages sasi
 
Peranan majlis raja raja
Peranan majlis raja rajaPeranan majlis raja raja
Peranan majlis raja rajaamiraaa96
 
Bab 4 Badan Perundangan
Bab 4  Badan PerundanganBab 4  Badan Perundangan
Bab 4 Badan Perundangannasywah79
 
MAJLIS RAJA-RAJA DAN PERANAN YDPA
MAJLIS RAJA-RAJA DAN PERANAN YDPAMAJLIS RAJA-RAJA DAN PERANAN YDPA
MAJLIS RAJA-RAJA DAN PERANAN YDPAMuhammad Annuar
 
Pengajian Am Sistem dan Struktur Pemerintahan
Pengajian Am  Sistem dan Struktur PemerintahanPengajian Am  Sistem dan Struktur Pemerintahan
Pengajian Am Sistem dan Struktur PemerintahanKhai Khairy
 
8 perlembagaan malaysia
8 perlembagaan malaysia8 perlembagaan malaysia
8 perlembagaan malaysiaNur Az
 
Bab 4 Komponen Utama Sistem Kerajaan
Bab 4   Komponen  Utama  Sistem  KerajaanBab 4   Komponen  Utama  Sistem  Kerajaan
Bab 4 Komponen Utama Sistem Kerajaanbooluckmie
 
Yang di pertuan agong
Yang di pertuan agongYang di pertuan agong
Yang di pertuan agongmunnianwar
 
Pengajian Am- Badan Perundangan
Pengajian Am-  Badan PerundanganPengajian Am-  Badan Perundangan
Pengajian Am- Badan PerundanganKhai Khairy
 

Tendances (20)

Pilihan Raya di Malaysia
Pilihan Raya di MalaysiaPilihan Raya di Malaysia
Pilihan Raya di Malaysia
 
Badan Perundangan Parlimen
Badan Perundangan ParlimenBadan Perundangan Parlimen
Badan Perundangan Parlimen
 
Bab 4 perlembagaan malaysia
Bab 4 perlembagaan malaysiaBab 4 perlembagaan malaysia
Bab 4 perlembagaan malaysia
 
Undang undang bertulis
Undang undang bertulisUndang undang bertulis
Undang undang bertulis
 
Mahkamah tinggi
Mahkamah tinggiMahkamah tinggi
Mahkamah tinggi
 
Mahkamah Khas
Mahkamah KhasMahkamah Khas
Mahkamah Khas
 
Demokrasi berparlimen bab 10
Demokrasi berparlimen bab 10Demokrasi berparlimen bab 10
Demokrasi berparlimen bab 10
 
Sistem pemerintahan negara (Demokrasi Berparlimen Raja Berperlembagaan)
Sistem pemerintahan negara (Demokrasi Berparlimen Raja Berperlembagaan)Sistem pemerintahan negara (Demokrasi Berparlimen Raja Berperlembagaan)
Sistem pemerintahan negara (Demokrasi Berparlimen Raja Berperlembagaan)
 
Perundangan
PerundanganPerundangan
Perundangan
 
Bidang kuasa yang di
Bidang kuasa yang diBidang kuasa yang di
Bidang kuasa yang di
 
Peranan majlis raja raja
Peranan majlis raja rajaPeranan majlis raja raja
Peranan majlis raja raja
 
Bab 4 Badan Perundangan
Bab 4  Badan PerundanganBab 4  Badan Perundangan
Bab 4 Badan Perundangan
 
MAJLIS RAJA-RAJA DAN PERANAN YDPA
MAJLIS RAJA-RAJA DAN PERANAN YDPAMAJLIS RAJA-RAJA DAN PERANAN YDPA
MAJLIS RAJA-RAJA DAN PERANAN YDPA
 
Pengajian Am Sistem dan Struktur Pemerintahan
Pengajian Am  Sistem dan Struktur PemerintahanPengajian Am  Sistem dan Struktur Pemerintahan
Pengajian Am Sistem dan Struktur Pemerintahan
 
8 perlembagaan malaysia
8 perlembagaan malaysia8 perlembagaan malaysia
8 perlembagaan malaysia
 
6.0 badan kehakiman malaysia
6.0  badan kehakiman malaysia6.0  badan kehakiman malaysia
6.0 badan kehakiman malaysia
 
Bab 4 Komponen Utama Sistem Kerajaan
Bab 4   Komponen  Utama  Sistem  KerajaanBab 4   Komponen  Utama  Sistem  Kerajaan
Bab 4 Komponen Utama Sistem Kerajaan
 
Yang di pertuan agong
Yang di pertuan agongYang di pertuan agong
Yang di pertuan agong
 
Pengajian Am- Badan Perundangan
Pengajian Am-  Badan PerundanganPengajian Am-  Badan Perundangan
Pengajian Am- Badan Perundangan
 
6.4.1 mahkamah persekutuan
6.4.1  mahkamah persekutuan6.4.1  mahkamah persekutuan
6.4.1 mahkamah persekutuan
 

En vedette

1 pengenalan kepada kenegaran malaysia
1 pengenalan kepada kenegaran malaysia1 pengenalan kepada kenegaran malaysia
1 pengenalan kepada kenegaran malaysiaNur Az
 
Nota ringkas Bab 2-Kenegaraan
Nota ringkas Bab 2-KenegaraanNota ringkas Bab 2-Kenegaraan
Nota ringkas Bab 2-Kenegaraanlurve_shasha
 
asas faham negara kenegaraan
 asas faham negara kenegaraan asas faham negara kenegaraan
asas faham negara kenegaraanShaffiq Roslan
 
Kenegaraan malaysia
Kenegaraan malaysiaKenegaraan malaysia
Kenegaraan malaysiaAdi Hassim
 
PENGAJIAN KENEGARAAN pengenalan tamadun
PENGAJIAN KENEGARAAN pengenalan tamadunPENGAJIAN KENEGARAAN pengenalan tamadun
PENGAJIAN KENEGARAAN pengenalan tamadunAmin Upsi
 
Komunis Dan Darurat Di Tanah Melayu
Komunis Dan Darurat Di Tanah MelayuKomunis Dan Darurat Di Tanah Melayu
Komunis Dan Darurat Di Tanah Melayuawkhalid
 
Parlimen malaysia
Parlimen malaysiaParlimen malaysia
Parlimen malaysiauchot
 
Sejarah Tingkatan 1 Bab 8 Kerajaan Melayu
Sejarah Tingkatan 1 Bab 8 Kerajaan MelayuSejarah Tingkatan 1 Bab 8 Kerajaan Melayu
Sejarah Tingkatan 1 Bab 8 Kerajaan Melayuhamdan che hassan
 
pembinaan negara bangsa
pembinaan negara bangsapembinaan negara bangsa
pembinaan negara bangsaSivapriya Gopi
 
6 komunis dan darurat di tanah melayu
6 komunis dan darurat di tanah melayu6 komunis dan darurat di tanah melayu
6 komunis dan darurat di tanah melayuNur Az
 
Tema 1 pencapaian kendiri
Tema 1 pencapaian kendiriTema 1 pencapaian kendiri
Tema 1 pencapaian kendiriathirahhanis
 
Kecemerlangan Diri Ariza
Kecemerlangan Diri ArizaKecemerlangan Diri Ariza
Kecemerlangan Diri ArizaPAKLONG CIKGU
 
(1) Negara Bangsa
(1) Negara Bangsa(1) Negara Bangsa
(1) Negara Bangsarohani1162
 
NOTA KONSEP KENEGARAAN DAN KONSEP NEGARA
NOTA KONSEP KENEGARAAN DAN KONSEP NEGARANOTA KONSEP KENEGARAAN DAN KONSEP NEGARA
NOTA KONSEP KENEGARAAN DAN KONSEP NEGARARusslan Ssvs
 
Semester 2 - Gejala Sosial Remaja
Semester 2 - Gejala Sosial Remaja Semester 2 - Gejala Sosial Remaja
Semester 2 - Gejala Sosial Remaja Nur Aisyah Khor
 

En vedette (20)

Powerpoint kenegaraan
Powerpoint kenegaraanPowerpoint kenegaraan
Powerpoint kenegaraan
 
1 pengenalan kepada kenegaran malaysia
1 pengenalan kepada kenegaran malaysia1 pengenalan kepada kenegaran malaysia
1 pengenalan kepada kenegaran malaysia
 
Nota ringkas Bab 2-Kenegaraan
Nota ringkas Bab 2-KenegaraanNota ringkas Bab 2-Kenegaraan
Nota ringkas Bab 2-Kenegaraan
 
asas faham negara kenegaraan
 asas faham negara kenegaraan asas faham negara kenegaraan
asas faham negara kenegaraan
 
Kenegaraan Malaysia UPM (SKP 2101)
Kenegaraan Malaysia UPM (SKP 2101)Kenegaraan Malaysia UPM (SKP 2101)
Kenegaraan Malaysia UPM (SKP 2101)
 
Powerpoint kenegaraan
Powerpoint kenegaraanPowerpoint kenegaraan
Powerpoint kenegaraan
 
Kenegaraan malaysia
Kenegaraan malaysiaKenegaraan malaysia
Kenegaraan malaysia
 
PENGAJIAN KENEGARAAN pengenalan tamadun
PENGAJIAN KENEGARAAN pengenalan tamadunPENGAJIAN KENEGARAAN pengenalan tamadun
PENGAJIAN KENEGARAAN pengenalan tamadun
 
Komunis Dan Darurat Di Tanah Melayu
Komunis Dan Darurat Di Tanah MelayuKomunis Dan Darurat Di Tanah Melayu
Komunis Dan Darurat Di Tanah Melayu
 
Parlimen malaysia
Parlimen malaysiaParlimen malaysia
Parlimen malaysia
 
Sejarah Tingkatan 1 Bab 8 Kerajaan Melayu
Sejarah Tingkatan 1 Bab 8 Kerajaan MelayuSejarah Tingkatan 1 Bab 8 Kerajaan Melayu
Sejarah Tingkatan 1 Bab 8 Kerajaan Melayu
 
pembinaan negara bangsa
pembinaan negara bangsapembinaan negara bangsa
pembinaan negara bangsa
 
6 komunis dan darurat di tanah melayu
6 komunis dan darurat di tanah melayu6 komunis dan darurat di tanah melayu
6 komunis dan darurat di tanah melayu
 
Tema 1 pencapaian kendiri
Tema 1 pencapaian kendiriTema 1 pencapaian kendiri
Tema 1 pencapaian kendiri
 
Kecemerlangan Diri Ariza
Kecemerlangan Diri ArizaKecemerlangan Diri Ariza
Kecemerlangan Diri Ariza
 
(1) Negara Bangsa
(1) Negara Bangsa(1) Negara Bangsa
(1) Negara Bangsa
 
NOTA KONSEP KENEGARAAN DAN KONSEP NEGARA
NOTA KONSEP KENEGARAAN DAN KONSEP NEGARANOTA KONSEP KENEGARAAN DAN KONSEP NEGARA
NOTA KONSEP KENEGARAAN DAN KONSEP NEGARA
 
Masalah sosial remaja
Masalah sosial remajaMasalah sosial remaja
Masalah sosial remaja
 
Gejala sosial
Gejala sosialGejala sosial
Gejala sosial
 
Semester 2 - Gejala Sosial Remaja
Semester 2 - Gejala Sosial Remaja Semester 2 - Gejala Sosial Remaja
Semester 2 - Gejala Sosial Remaja
 

Similaire à Kenegaraan

Sistem kerajaan malaysia
Sistem kerajaan malaysiaSistem kerajaan malaysia
Sistem kerajaan malaysiaZara Lumina
 
Sejarah Tngkatan 5 Bab 7
Sejarah Tngkatan 5 Bab 7Sejarah Tngkatan 5 Bab 7
Sejarah Tngkatan 5 Bab 7Zhang Ewe
 
Presentation1 pa bab 5 hingga bab 7
Presentation1 pa bab 5 hingga bab 7Presentation1 pa bab 5 hingga bab 7
Presentation1 pa bab 5 hingga bab 7慧怡 许
 
perlembagaan malaysia
perlembagaan malaysiaperlembagaan malaysia
perlembagaan malaysianorazian omar
 
TOPIK 2 SISTEM PEMERINTAHAN DAN STRUKTUR PENTADBIRAN.pdf
TOPIK 2 SISTEM PEMERINTAHAN DAN STRUKTUR PENTADBIRAN.pdfTOPIK 2 SISTEM PEMERINTAHAN DAN STRUKTUR PENTADBIRAN.pdf
TOPIK 2 SISTEM PEMERINTAHAN DAN STRUKTUR PENTADBIRAN.pdfhambadah
 
Badan Perundangan
Badan PerundanganBadan Perundangan
Badan Perundanganazam_hazel
 
Bab 3 sistem dan struktur pemerintahan SMTeknik Kuantan
Bab 3 sistem dan struktur pemerintahan SMTeknik KuantanBab 3 sistem dan struktur pemerintahan SMTeknik Kuantan
Bab 3 sistem dan struktur pemerintahan SMTeknik KuantanMuhdnoorAzizi
 
Sistem pemerintahan dan pentadbiran
Sistem pemerintahan dan pentadbiranSistem pemerintahan dan pentadbiran
Sistem pemerintahan dan pentadbiranKongChunLeong1
 
bab4badanperundangan-140905231847-phpapp02.pdf
bab4badanperundangan-140905231847-phpapp02.pdfbab4badanperundangan-140905231847-phpapp02.pdf
bab4badanperundangan-140905231847-phpapp02.pdfAlyaaSyahirah4
 
Komponen utama sistem kerajaan Malaysia
Komponen utama sistem kerajaan MalaysiaKomponen utama sistem kerajaan Malaysia
Komponen utama sistem kerajaan MalaysiaAnisah Musa
 
Perlembagaan malaysia bab 2
Perlembagaan malaysia bab 2Perlembagaan malaysia bab 2
Perlembagaan malaysia bab 2hauramawar
 
Sistempentadbiranmalaysia 130704080815-phpapp01
Sistempentadbiranmalaysia 130704080815-phpapp01Sistempentadbiranmalaysia 130704080815-phpapp01
Sistempentadbiranmalaysia 130704080815-phpapp01Hazlin Nina Aman
 
Perlembagaan Malaysia.pptx
Perlembagaan Malaysia.pptxPerlembagaan Malaysia.pptx
Perlembagaan Malaysia.pptxXuanHuaLai1
 
Pengukuhn negara bgsa
Pengukuhn negara bgsa Pengukuhn negara bgsa
Pengukuhn negara bgsa firo HAR
 
Pengukuhn negara bgsa
Pengukuhn negara bgsa Pengukuhn negara bgsa
Pengukuhn negara bgsa firo HAR
 

Similaire à Kenegaraan (20)

Bab 4
Bab 4Bab 4
Bab 4
 
Sistem kerajaan malaysia
Sistem kerajaan malaysiaSistem kerajaan malaysia
Sistem kerajaan malaysia
 
Sejarah Tngkatan 5 Bab 7
Sejarah Tngkatan 5 Bab 7Sejarah Tngkatan 5 Bab 7
Sejarah Tngkatan 5 Bab 7
 
Presentation1 pa bab 5 hingga bab 7
Presentation1 pa bab 5 hingga bab 7Presentation1 pa bab 5 hingga bab 7
Presentation1 pa bab 5 hingga bab 7
 
Konsep Raja Beperlembagaan
Konsep Raja BeperlembagaanKonsep Raja Beperlembagaan
Konsep Raja Beperlembagaan
 
Pengajian malaysia
Pengajian malaysiaPengajian malaysia
Pengajian malaysia
 
perlembagaan malaysia
perlembagaan malaysiaperlembagaan malaysia
perlembagaan malaysia
 
TOPIK 2 SISTEM PEMERINTAHAN DAN STRUKTUR PENTADBIRAN.pdf
TOPIK 2 SISTEM PEMERINTAHAN DAN STRUKTUR PENTADBIRAN.pdfTOPIK 2 SISTEM PEMERINTAHAN DAN STRUKTUR PENTADBIRAN.pdf
TOPIK 2 SISTEM PEMERINTAHAN DAN STRUKTUR PENTADBIRAN.pdf
 
Badan Perundangan
Badan PerundanganBadan Perundangan
Badan Perundangan
 
Bab 3 sistem dan struktur pemerintahan SMTeknik Kuantan
Bab 3 sistem dan struktur pemerintahan SMTeknik KuantanBab 3 sistem dan struktur pemerintahan SMTeknik Kuantan
Bab 3 sistem dan struktur pemerintahan SMTeknik Kuantan
 
E parlimen malaysia
E parlimen malaysiaE parlimen malaysia
E parlimen malaysia
 
Sistem pemerintahan dan pentadbiran
Sistem pemerintahan dan pentadbiranSistem pemerintahan dan pentadbiran
Sistem pemerintahan dan pentadbiran
 
bab4badanperundangan-140905231847-phpapp02.pdf
bab4badanperundangan-140905231847-phpapp02.pdfbab4badanperundangan-140905231847-phpapp02.pdf
bab4badanperundangan-140905231847-phpapp02.pdf
 
Komponen utama sistem kerajaan Malaysia
Komponen utama sistem kerajaan MalaysiaKomponen utama sistem kerajaan Malaysia
Komponen utama sistem kerajaan Malaysia
 
Perlembagaan malaysia bab 2
Perlembagaan malaysia bab 2Perlembagaan malaysia bab 2
Perlembagaan malaysia bab 2
 
Sistempentadbiranmalaysia 130704080815-phpapp01
Sistempentadbiranmalaysia 130704080815-phpapp01Sistempentadbiranmalaysia 130704080815-phpapp01
Sistempentadbiranmalaysia 130704080815-phpapp01
 
Perlembagaan Malaysia.pptx
Perlembagaan Malaysia.pptxPerlembagaan Malaysia.pptx
Perlembagaan Malaysia.pptx
 
Pengajian am kertas 1 spb ydpa
Pengajian am kertas 1 spb ydpaPengajian am kertas 1 spb ydpa
Pengajian am kertas 1 spb ydpa
 
Pengukuhn negara bgsa
Pengukuhn negara bgsa Pengukuhn negara bgsa
Pengukuhn negara bgsa
 
Pengukuhn negara bgsa
Pengukuhn negara bgsa Pengukuhn negara bgsa
Pengukuhn negara bgsa
 

Plus de Sky Red

Peranan kerajaan dalam penentuan harga pasaran
Peranan kerajaan dalam penentuan harga pasaranPeranan kerajaan dalam penentuan harga pasaran
Peranan kerajaan dalam penentuan harga pasaranSky Red
 
Seni mengarang
Seni mengarangSeni mengarang
Seni mengarangSky Red
 
Seni mengarang
Seni mengarangSeni mengarang
Seni mengarangSky Red
 
Konflik dan perundingan dalam komunikasi
Konflik  dan  perundingan  dalam  komunikasiKonflik  dan  perundingan  dalam  komunikasi
Konflik dan perundingan dalam komunikasiSky Red
 

Plus de Sky Red (8)

Peranan kerajaan dalam penentuan harga pasaran
Peranan kerajaan dalam penentuan harga pasaranPeranan kerajaan dalam penentuan harga pasaran
Peranan kerajaan dalam penentuan harga pasaran
 
3p
3p3p
3p
 
Seni mengarang
Seni mengarangSeni mengarang
Seni mengarang
 
Seni mengarang
Seni mengarangSeni mengarang
Seni mengarang
 
Fonetik
FonetikFonetik
Fonetik
 
Fon kum
Fon kumFon kum
Fon kum
 
Konflik dan perundingan dalam komunikasi
Konflik  dan  perundingan  dalam  komunikasiKonflik  dan  perundingan  dalam  komunikasi
Konflik dan perundingan dalam komunikasi
 
Fonemik
FonemikFonemik
Fonemik
 

Kenegaraan

  • 1. HNS 2013KENEGARAAN BADAN PERUNDANGAN MALAYSIA DISEDIAKAN OLEH: NUR AMIRA BINTI ISMAIL D20121057970 NUR AIDA FARHANA BINTI ABDUL SALIM D20121057976 FATEN SUZIEYANIE BINTI ANAS D20121057977 NOR ATHIRAH BINTI NAZLIE LEONG D20121057983 NORSELINA BINTI ZAINUDIN D20121057984 SITI NOOR AIN BINTI MOHD HUSIN D20121057987 SITI NUR BAYAH BINTI ABDUL RASID D20121057990
  • 3. Badan Peundangan di Malaysia Parlimen ( Persekutuan ) Menggubal dan meluluskan Undang- Undang Persekutuan Dewan Undangan Negeri ( Negeri ) Menggubal dan meluluskan Undang-Undang Negeri
  • 5. PARLIMEN • Merupakan badan perundangan yang tertinggi di Malaysia • Kuasa perundangan terletak pada (a) Yang DiPertuan Agong (b) Dewan Negara (c) Dewan Rakyat Semua Undang-Undang Persekutuan yang diluluskan perlu melalui ketiga-tiga komponen ini
  • 6. Fungsi Parlimen • Merupakan forum untuk ahli-ahli dewan membahaskan hal ehwal tentang kerajaan dan negara. • Membahas belanjawan negara dan rang undang-undang • Membahaskan pemindaan undang-undang mengikut perkembangan sosioekonomi dan politik semua negeri. • Mengawal kewangan kerajaan • Forum kritik yang menjadi tumpuan pendapat orang ramai berhubung dengan hal ehwal negara atas dasar serta tindakan kerajaan yang diselaraskan dengan pandangan umum.
  • 7. • Perkara 75, Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan sekiranya Undang-Undang Negeri bercanggah dengan Undang-Undang Persekutuan, maka Undang-Undang Negeri akan terbatal setakat mana percanggahan itu berlaku. • Dalam Senarai Bersama pula, Undang-Undang Persekutuan digunakan jika terdapat percanggahan dengan Undang-Undang Negeri
  • 8. Yang Di-pertuan Agong  YDPA merupakan raja berperlembagaan dan ketua negara.  Baginda dipilih daripada kalangan rakyat berketurunan raja.  Sebelum menjadi YDPA , raja perlu memerintah negeri masing – masing.  Raja menggunakan pengetahuan dan pengalaman untuk memerintah negeri masing – masing.  YDPA mempunyai kedudukan yang lebih tinggi daripada kuasa perundangan , eksekutif dan kehakiman.  YDPA merupakan lambang kedaulatan negara.  Jawatan YDPA diwujudkan sejak kemerdekaan dan bukan diwarisi secara turun temurun.
  • 9. PELANTIKAN  YDPA hanya dilantik daripada keturunan raja.  Baginda akan dipilih mengikut undian Majlis Raja- raja daripada kalangan sembilan orang raja Melayu mengikut aturan yang terdapat dalam Jadual Ketiga , Perlembagaan Malaysia.  YDPA mendapat sokongan daripada sekurang – kurangnya lima raja Melayu yang menghadiri mesyuarat perlantikan Majlis Raja – raja.  Bakal YDPA perlu memenuhi syarat berikut: a)beragama islam b) cukup umur dan matang c) waras fikiran
  • 10.  Raja Melayu yang dipilih akan menjadi YDPA selama lima tahun.  Baginda akan mendapat pertabalan secara dokumen bertulis yang disampaikan oleh Penyimpan Mohor Besar Raja – raja selaku setiausaha Majlis Raja – raja.  Raja Melayu yang sama tidak boleh dilantik secara berturut – turut sehingga semua raja dari setiap negeri telah ditabalkan sebagai YDPA.  YDPA mengangkat sumpah dan menandatangani warkah lafaz sumpah jawatan yang dinyatakan dalam Bahagian 1 Jadual 4 (Perkara 37) dihadapan Majlis Raja- raja dan Ketua Hakim Persekutuan dengan disaksikan oleh dua orang raja yang dipilih oleh Majlis Raja – raja.
  • 11. PEMBATALAN PERLANTIKAN YDPA  Perlantikan YDPA akan batal sekiranya baginda didapati tidak waras mungkin disebabkan usia lanjut atau penyakit.  Majlis Raja – raja membuat undi sulit dengan keputusan dengan sekurang – kurangnya lima orang ahli Majlis Raja – raja untuk menolak raja yang dianggap tidak layak atau tidak sesuai untuk memerintah negara.  Perlantikan YDPA juga akan batal jika raja yang dilantik mengaku sendiri kepada Penyimpan Mohor Besar Raja – raja bahawa baginda tidak mahu dipilih mungkin disebabkan sakit atau tidak mempunyai keyakinan diri untuk memerintah atau mahukan masa yang panjang untuk bersedia menjadi pemerintah.  Perlatikan YDPA juga akan terbatal jika baginda masih mentah atau tidak cukup umur.
  • 12. KEDUDUKAN RAJA BERPEMBAGAAN  YDPA adalah ketua negara.  YDPA merupakan pemerintah tertinggi angkatan tentera persekutuan.  YDPA menjadi ketua agama di Persekutuan dan negeri sendiri serta negeri yang tidak mempunyai raja seperti Melaka , Pulau Pinang , Sabah dan Sarawak.  YDPA mempunyai kuasa pemerintahan Persekutuan dengan dibantu Jemaah Menteri (Kabinet).  YDPA boleh mengeluarkan Pengisytiharaan Darurat mengikut Perkara 150 , Perlembagaan Persekutuan.
  • 13.  YDPA mempunyai kuasa pengampuan terhadap hukuman yang dijatuhkan di mahkamah.  Tiada tindakan sivil atau jenayah yang dapat diambil terhadap YDPA berdasarkan sifat peribadinya di mana – mana mahkamah selain Mahkamah Khas dengan keizinan Peguam Negara di bawah Bahagian 15 (Perkara 182 dan 183).  YDPA mempunyai peranan penting sebagai ketua negara bagi tiga cabang kerajaan , iaitu badan eksekutif , badan perundangan dan badankehakiman.  Raja Permaisuri Agong menduduki tempat kedua dan diberi keutamaan mengatasi segala orang lain dalam Persekutuan selepas YDPA.
  • 14. BUDI BICARA DAN KUASA YDPA (PERKARA 39-42) 1.YDPA boleh menggunakan budi bicara baginda dalam hal - hal berikut : a)Perlantikan Perdana Menteri b) Meminta Majlis Raja – raja membincangkan kedudukan raja. c)Tidak memperkenankan pembubaran Parlimen. d) Memanggil mesyuarat Majlis Raja – raja untuk membincangkan tentang kedudukan , keistimewaan dan sikap raja serta mengambil sebarang tindakan dalam mesyuarat tersebut.
  • 15. e)Memelihara kedudukan istimewa orang Melayu dan bumiputera . f) Menentukan tanah rizab orang Melayu dan bumiputera di Sabah dan Sarawak . g) Pengurniaan anugerah dan penghormatan kepada mana – mana warnganegara dan bukan warganegara . h)Mencemar duli menghadiri pelbagai majlis dan acara. i)Pelantikan jawatan penting dalam kerajaan dan badan berkanun yang ditubuhkan.
  • 16. KUASA YDPA DALAM BIDANG PERUNDANGAN 1.Yang di-Pertuan Agong (YDPA) merupakan satu daripada komponen Parlimen dan baginda berada pada kedudukan paling tinggi dalam Badan Perundangan.Namun demikian , YDPA tidak terlibat dalam penggubalan undang – undang kerana penggubalan undang – undang adalah tanggungjawab ahli – ahli Dewan Rakyat dan Dewan Negara . 2.Tugas- tugas Yang di- Pertuan Agong adalah YDPA sahaja boleh memanggil Parlimen untuk bersidang.YDPA juga mempunyai kuasa istimewa untuk memberhentikan atau membubarkan Parlimen. Baginda tidak perlu menghadiri persidangan Parlimen tetapi baginda boleh bertitah semasa pembukaan rasmi penggal Parlimen serta menyampaikan ucapan dalam mana- mana majlis Parlimen atau kedua – dua majlis Parlimen.
  • 17. 3.YDPA mempunyai kuasa untuk mendengar perbicaraan pembentukan rang undang – undang bagi Bacaan Pertama , Bacaan Kedua , Peringkat Jawantankuasa dan Bacaan Ketiga.YDPA memperkenankan rang undang – undang yang diluluskan dalam Parlimen dalam tempoh 30 hari.Jika YDPA tidak memperkenankan rang undang – undang dalam tempoh 30 hari, rang undang – undang tersebut tetap dijadikan undang – undang . Rang undang – undang yang telah diperkenankan oleh YDPA akan diwartakan dalam Warta Kerajaan dan dicapkan dengan mohor Penyimpan Mohor Besar Raja – raja.
  • 18. HAD KUASA YDPA 1.YDPA hanya boleh didakwa di Mahkamah Khas. 2.YDPA tidak mempunyai kuasa untuk mengampunan permaisuri dan putera – puteri baginda sendiri. 3.YDPA tidak dibenarkan berniaga, memegang jawatan bergaji , melibatkan diri dalam politik atau menyokong mana – mana parti politik. 4.YDPA tidak boleh meninggalkan negara lebih daripada 15 hari tanpa persetujuan Majlis Raja – raja (Fasal 5 ) , kecuali atas lawatan rasmi dari sebuah negara ke negara lain. 5.YDPA tidak boleh menjalankan tugas dan bertanggungjawab sebagai raja di negeri baginda sendiri , kecuali menjadi ketua agama islam. 6.YDPA tidak boleh meminda perlembagaan negeri baginda.
  • 19. PERLETAKAN JAWATAN OELH YDPA 1.YDPA boleh meletakkan jawatan baginda pada bila – bila masa tetapi secara bertulis kepada Majlis Raja – raja. 2.Perletakan jawatan oleh YDPA tidak perlu diwartakan kepada parlimen. PEMECATAN YDPA 1.Pemecatan YDPA hanya boleh dilakukan oleh Majlis Raja – raja dengan sokongan 5 daripada 9 orang raja. 2.Selepas mendapat persetujuan Majlis Raja – raja melalui undian sulit , YDPA boleh dipecat pada bila – bila masa atas alasan berikut: a) YDPA didapati tidak waras; b) YDPA tidak mempunyai tingkah laku yang baik.
  • 21. Dewan Rakyat • Dewan Rakyat merupakan tempat wakil rakyat mendapat pembelaan masyarakat sesebuah kawasan Parlimen. • Parti yang memenangi undi majoriti dalam pilihanraya umum mendapat sokongan majoriti di Dewan Rakyat akan membentuk kerajaan. • Pemimpin parti politik yang mendapat kepercayaan sebilangan besar Dewan Rakyat akan dilantik sebagai Perdana Menteri. • Sekiranya Perdana Menteri kehilangan suara terbanyak Dewan rakyat lantas perlu meletak jawatan atau memohon YDPA untuk membubarkan Parlimen. • Rang Undang-Undang Kewangan hanya perlu mendapat kelulusan Dewan Rakyat sebelum dipersembahkan kepada YDPA.
  • 22. Dewan Negara • Mempunyai ahli seramai 70 orang ahli. • Terbahagi kepada dua kategori: 1) 26 ahli yang telah dipilih oleh Dewan Undangan Negeri akan mewakili 13 negeri iaitu di setiap negeri akan diwakili oleh dua orang ahli. 2) 44 ahli yang dilantik oleh Seri Paduka Baginda Yang di- Pertuan Agong atas nasihat Perdana Menteri, termasuk dua ahli dari Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, dan satu ahli masing-masing adalah dari Wilayah Persekutuan Labuan dan Putrajaya.
  • 23. Keahlian Dewan Rakyat dan Dewan Negara a)Kelayakan - ahli-ahli Parlimen terdiri daripada ahli Dewan Rakyat dan ahli Dewan Negara. - Ahli Dewan Negara mesti berumur 30 tahun keatas sementara ahli Dewan Rakyat mesti berumur 21 tahun keatas. - Kelayakan lain: > Seorang warganegara Malaysia > Bermastautin di Malaysia > Mesti sempurna akal > Tidak melakukan kesalahan yang membolehkan keahliannya dibatalkan - Setiap ahli Dewan Rakyat dan Dewan Negara dikehendaki mengangkat sumpah taat setia kepada Malaysia dan perlembagaannya.
  • 24. b) Kehilangan Kelayakan - Berdasarkan Perkara 48, Perlembagaan Persekutuan iaitu: > memperoleh kewarganegaraan asing > tidak waras > bankrap(muflis) > memegang jawatan bergaji, iaitu jawatan dalam perkhidmatan awam > disabitkan kesalahan dan dipenjarakan lebih daripada satu tahun tanpa mendapat pengampunan. > didenda lebih daripada RM2000 tanpa mendapat pengampunan - Ahli dewan Rakyat yang tidak menghantar penyata perbelanjaan pilihanraya bagi Parlimen atau Dewan Undangan Negeri dalam tempoh yang ditetapkan akan turut kehilangan kelayakan sebagai ahli dewan - Tidak mengangkat sumpah dalam tempoh tiga bulan selepas dipilih. - tidak menghadirkan diri ke persidangan Dewan selama enam bulan berturut-turut tanpa persetujuan speaker.
  • 25. c) Keanggotaan Dewan Negara - Dewan Negara mempunyai 70 orang ahli ; 44 orang dilantik oleh YDPA dari kalangan warganegara yang telah berbakti dengan cemerlang kepada negara. - Ahli-ahli yang dilantik(senator) merupakan mereka yang: > cemerlang dalam perkhidmatan awam > mencapai kecemerlangan dalam bidang profesion, perdagangan, dan sebagainya. > mewakili dan menjaga kepentingan kaum atau golongan minoriti - Tempoh jawatan ialah 3 tahun dan tidak boleh melebihi 2 penggal. - Tempoh jawatan ahli Dewan tidak terjejas dengan pembubaran Parlimen. - Sekiranya seseorang ahli dipilih atau dilantik bagi menggantikan ahli lain yang meninggal dunia atau bercuti, maka tempoh jawatannya mengikuti bakinya sahaja.
  • 26. d) Keanggotaan Dewan Rakyat - Ahli Dewan Rakyat dipilih oleh rakyat melalui pilihanraya umum yang diadakan lima tahun sekali. - Jawatan ahli Dewan Rakyat berkuatkuasa selagi Parlimen tidak dibubarkan. - Berikut barisan anggota Dewan Rakyat dan peranannya:  Yang Dipertuan /Speaker Dewan Rakyat - Yang di-Pertuan Dewan Rakyat boleh dipilh dalam kalangan Dewan Rakyat ataupun bukan ahli Dewan Rakyat yang dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong atas saranan oleh Perdana Menteri (Perkara 57). - Sekiranya bukan ahli dalam kalangan Dewan Rakyat, beliau tidak layak memegang jawatan dalam Kabinet dan tidak boleh mengundi dalam prosiding Parlimen. - Tugas-tugas Yang Dipertuan Dewan ialah: > mempengerusikan persidangan Dewan Rakyat > memastikan ahli-ahli Dewan mematuhi tatatertib > menjadi jurucakap Dewan > mengenakan tindakan disiplin kepada ahli Dewan yang melanggar tatatertib.
  • 27. - Kuasa budi bicara Dewan Rakyat sama seperti Dewan Negara, iaitu : > menerima atau menolak soalan ahli dewan. > menangguhkan persidangan > melarang ahli daripada persidangan. - Jumlah minimum ahli yang boleh persidangan berlangsung secara rasmi ialah 26 orang( tidak termasuk Speaker).  Timbalan Speaker - Terdiri daripada dua orang yang dilantik oleh ahli Dewan untuk membantu tugas Speaker.  Setiausaha Dewan - merupakan Ketua Jabatan bagi Parlimen - bertanggungjawab menguruskan perjalanan persidangan - Tugas lain meliputi menghantar notis panggilan persidangan, menerima usul serta pertanyaan lisan atau bertulis daripada ahli dan mengeluarkan laporan persidangan.
  • 28. iv) Ketua Pembangkang - dilantik dari kalangan ahli pembangkang Dewan dan dibayar elaun tambahan. - Speaker berkuasa menentukan Ketua Pembangkang sekiranya timbul pertikaian mengenai jawatan tersebut. v) Ketua Whip - Gelaran untuk ahli Parlimen yang dilantik oleh parti politik untuk menentukan kehadiran ahli bagi menyokong sesuatu usul atau tindakan yang dimulakan oleh ketua parti vi) Ketua Majlis - Ketua parti pemerintah atau Perdana Menteri. - Bertanggungjawab menetukan tarikh persidangan.
  • 29. Fungsi Dewan Rakyat Mencapai kata pemutus berhubung undang –undang kewangan Mengubal dan membahaskan rang undang- undang Mengkaji semula rang undang-undang yang ditangguhkan oleh Dewan Negara mengikut keadaan semasa Membahas dasar-dasar kerajaan dan masalah rakyat
  • 30. Fungsi Dewan Negara membahaskan sesuatu rang undang-undang yang telah diluluskan oleh Dewan Rakyat membincangkan perkara-perkara yang telah menjadi kepentingan umum tidak mempunyai kuasa untuk menolak undang-undang tetapi mempunyai kuasa menangguh sesuatu rang undang-undang Tempoh penangguhan oleh Dewan Negara ialah 30 hari, bagi rang undang-undang yang lain tempohnya ialah setahun
  • 31. TUGAS-TUGAS •Bertanggungjawab dalam mengawasi perjalanan mesyuarat supaya berjalan dengan licin. •Memastikan perbahasan ada berkaitan dengan perkara yang dibahaskan dan •Membuat keputusan mengenai Peraturan-peraturan Mesyuarat sekiranya berlaku perbalahan. Yang di-Pertua Dewan Negara • membantu dan mempengerusikan persidangan semasa ketiadaan Yang di- Pertua Dewan Negara. Timbalan Yang di-Pertua Dewan Negara • bertanggungjawab untuk memantau perjalanan persidangan di Dewan Negara, membantu serta memberi nasihat kepada Yang di-Pertua Dewan Negara ketika Dewan sedang bersidang. Setiausaha Dewan Negara
  • 32. JAWATANKUASA DALAM DEWAN NEGARA • menjalankan kewajipan-kewajipan yang diperuntukkan oleh Peraturan-peraturan Mesyuarat. • menjalankan perkara lain yang diserahkan kepadanya dari satu masa ke satu masa. Jawatankuasa Pemilih • memberi nasihat kepada Tuan Yang di-Pertua bagi perkara yang berkaitan dengan kesenangan dan kemudahan serta khidmat- khidmat dan kenikmatan-kenikmatan bagi ahli Majlis. • diberi kuasa bersidang atau bermesyuarat sebagai Jawatankuasa Bersama dengan Jawatankuasa Dewan, Majlis Dewan Rakyat Jawatankuasa Dewan
  • 33. • dipertanggungjawabkan untuk menimbangkan apa jua perkara yang telah diserahkan kepadanya dan mengeluarkan penyata tenang perkara tersebut kepadanya dan mengeluarkan penyata tentang perkara itu kepada Majlis. Jawatankuasa Hak dan Kebebasan • bertanggungjawab untuk menumbangkan dan mengeluarkan penyata kepada Majlis berkenaan dengan perkara-perkara yang berkaitan peraturan-peraturan mesyuarat. Jawatankuasa Peraturan Masyarakat
  • 35. • Parlimen bersidang apabila dibuka oleh YDPA. • Tidak boleh dibiarkan jarak enam bulan antara mesyuarat akhir bagi satu persidangan penggal lalu dengan mesyuarat pertama bagi persidangan yang akan datang. • Persidangan pertama Parlimen adalah dalam tempoh 120 hari selepas tarikh pembubarannya.
  • 36. Persidangan pertama Parlimen merangkumi : • Titah ucapan diraja yang dibuat oleh YDPA tentang tugas-tugas kerajaan dan dasar-dasar Negara yang telah dijalankan. • Perancangan takwim parlimen selama 5 penggal (5 tahun). • Melantik Yang Dipertua Dewan (Speaker) dan Timbalan Yang Dipertua Dewan. • Ahli-ahli Dewan mengangkat sumpah.
  • 37. Sebelum persidangan Parlimen bermula beberapa proses perlu dijalankan seperti: • Pilihan raya umum diadakan selepas pembubaran parlimen iaitu 60 hari dari tarikh pembubaran bagi Semenanjung Malaysia manakala 90 hari dari tarikh pembubaran bagi Sabah dan Sarawak. • Kemudian YDPA memanggil Parlimen bersidang 120 hari dari tarikh pembubaran. • Seterusnya merancang takwim Parlimen untuk 5 penggal (5 tahun). • Yang Dipertua Dewan (Speaker) dan Timbalan Yang Dipertua Dewan dan Ahli Dewan mengangkat sumpah. • Proses persidangan Parlimen diteruskan dengan titah ucapan YDPA dalam merasmikan pembukaan Parlimen.
  • 38. BADAN PERUNDANGAN NEGERI • Kuasa perundangan terletak pada : (a) Sultan atau Yang Dipertua Negeri (b) Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) • Semua rang undang-undang Negeri mesti diperkenan oleh Sultan atau Raja bagi negeri-negeri beraja dan Yang Dipertua Negeri bagi negeri yang tidak beraja seperti Pulau Pinang, Melaka, Sabah, dan Sarawak.  Semua rang undang-undang yang menjadi undang-undang akan diwartakan terlebih dahulu sebelum dikuatkuasakan oleh Kerajaan Negeri berkenaan.
  • 39. Tugas Yang diPertua Negeri • merasmikan dan memeberi titah diraja ketika pembukaan rasmi memanggil persidangan DUN. • Menangguhkan dan membubarkan DUN • Memperkenan rang undang-undang negeri • Melantik Menteri Besar atau Ketua Menteri daripada salah seorang ahli DUN yang mendapat undi majoriti ahli DUN • Melantik ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri atas nasihat Menteri
  • 40. Dewan Undangan Negeri • Badan perundangan di peringkat negeri • Ahli-ahlinya dipilih oleh rakyat melalui pilihan raya • Berkuasa untuk menggubal dan meluluskan undang-undang bagi negeri berkenaan • Berkuasa ke atas perkara dalam Senarai Bersama • Membahaskan dan meluluskan belanjawan negeri • Tempoh keahlian DUN tidak melebihi 5 tahun sekiranya DUN tidak dibubarkan dalam jangka masa tersebut.
  • 41. Fungsi Dewan Undangan Negeri • Menggubal, meluluskan dan menolak sebarang undang-undang atau pindaan undang-undang berkenaan perkara yang tersenarai dalam Senarai Bersama dan Senarai Negeri • Boleh menggubal perkara-perkara yang tersenarai dalam Senarai Persekutuan sekiranya parlimen mewakilkan kuasa kepada DUN. • Menggubal undang-undang yang tidak tersenarai dalam mana-mana senarai.
  • 42. Keahlian DUN • berwarganegara Malaysia dan bermastautin di negeri berkenaan • berumur 21 tahun ke atas • mempunyai fikiran yang waras • tidak muflis • tidak memegang jawatan bergaji • tidak pernah dipenjarakan melebihi satu tahun • tidak pernah didenda melebihi RM 2000 tanpa pengampunan.  Pegawai-pegawai yang terlibat dalam persidangan DUN ialah: i. Setiausaha Kerajaan Negeri, ii. Pegawai Kewangan Negeri iii. Penasihat Undang-undang Negeri.  Ketiga-tiga orang pegawai tersebut membantu dalam merangka dan mengusulkan rang undang-undang negeri , tetapi mereka tidak terlibat dalam memberi persetujuan dalam pengundian.
  • 44. • Selepas pembubaran DUN dibuat, pilihan raya umum harus diadakan dalam jangka masa 60 hari bagi Semenanjung Malaysia dan 90 hari bagi Sabah dan Sarawak. • Dalam tempoh 120 hari selepas tarikh pembubaran, sultan atau Yang di-Pertua Negeri mesti memanggil DUN untuk bersidang.
  • 45. Dalam persidangan DUN yang pertama, perkara yang akan dilakukan ialah : • Merancang takwim DUN untuk 5 penggal (jarak masa antara persidangan tidak boleh melebihi 180 hari ). • Melantik Yang Dipertua DUN (Speaker) dan Timbalannya. • Ahli-ahli DUN mengangkat sumpah. • Sultan atau YDN memberi titah ucapan tentang tugas-tugas kerajaan Negeri dan dasar-dasar Kerajaan Negeri.
  • 46. UNDANG-UNDANG •Peraturan yang berkaitan dengan tingkahlaku atau prosedur yang dibentuk oleh adat, perjanjian atau autoriti. •Untuk mencapai keadilan dalam masyarkat. •Perkara yang penting dalam kehidupan seharian sehingga mampu mempengaruhi apa yang kita lakukan. •Sebahagian besar daripada undang-undang di Malaysia datangnya daripada sumber bertulis yang diluluskan oleh Parlimen dan Dewan Undangan Negeri. •Dibahagikan kepada tiga: a. Undang-undang awam. b. Undang-undang antarabangsa. c. Undang-undang persendirian.
  • 47. UNDANG-UNDANG AWAM (PUBLIC LAW) • Undang-undang tertinggi dalam negara yang membincangkan hak individu dalam sesebuah negara. • Digunakan jika wujud sebarang masalah atau pertikaian yang berkaitan dengan masalah hak kerakyatan atau kewarganegaraan dan ketinggian perlembagaan. • Menegakkan hak-hak yang telah termaktub di dalam perlembagaan dan biasanya dibicarakan di Mahkamah Persekutuan. Undang- undang Perlembagaan. • Membincangkan setiap jenayah yang dilakukan oleh seseorang individu terhadap negara. • Untuk menghukum dan menghapuskan jenayah. • Tindakan undang-undang dijalankan menerusi Pendakwa Raya. Undang- undang Jenayah.
  • 48. UNDANG-UNDANG ANTARABANGSA (INTERNASIONAL LAW) • Dibentuk bagi mengatasi masalah (prevails) antara dua buah negara. • Mengelakkan penyalahgunaan kuasa untuk menindas negara lain. Undang- undang Antarabangsa Awam. • Merupakan sebahagian daripada undang-undang perbandaran (municipal law). • Berbeza bagi setiap negara kerana setiap negara mempunyai versinya sendiri. • Mengandungi peraturan-peraturan yang akan membantu seorang hakim dalam menyelesaikan pertikaian yang melibatkan undang-undang negara lain. • Undang-undang ini akan digunakan jika wujud pertikaian yang melibatkan dua buah negara. Undang- Undang Antarabangsa Persendirian
  • 49. UNDANG-UNDANG PERSENDIRIAN (PRIVATE LAW) • Dibentuk berasaskan perjanjian (agreement yang akan menentukan tempoh satu perjanjian atau beberapa set janji berkuatkuasa dari segi undang-undang. • Elemen-elemen penting yang perlu ada dalam sesebuah kontrak ialah tawaran, penerima tawaran tersebut serta balasan. • Janji atau cadangan seperti yang tercatat dalam Akta Kontrak 1950 dan boleh dibuat dalam bentuk janji sama ada mahu melakukan atau tidak melakukan sesuatu. Kontrak. • Merupakan salah satu kesalahan sivil. • Salah laku suatu tugas umum yang dikenakan oleh undang-undang walaupun tidak diakui atau dipersetujui oleh kedua-dua belah pihak. • Melalui tindakan awam jika melibatkan kerosakan yang tidak dapat dibayar. • Setiap orang yang hak undang-undangnya dilanggar, memiliki autoriti untuk menyaman pihak yang melakukan kesalahan tersebut. • Melibatkan kes fitnah (defamation) dan kecuaian (negligence). Tort
  • 50. • Undang-undang mengikat seorang pemegang amanah untuk menjaga harta yang telah diberikan kuasa untuk dia mengawalnya. • Harta tersebut yang dikenali sebagai harta amanah (trust property) akan mendatang kan faedah kepada pewaris (beneficiary). • Pemegang amanah perlu menjalankan tugas fidusiari iaitu kerahsiaan terhadap pihak yang menerima faedah daripada harta tersebut. • Didefinisikan sebagai hak keatas harta, sama ada harta alih atau sebaliknya dan dipegang oleh satu pihak untuk pihak yang lain. amanah
  • 51. PINDAAN PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN •Boleh dipinda dengan mudah kerana dipinda oleh Parlimen dengan kuasanya sendiri. •Semenjak 1957, Perlembagaan Malaysia telah dipinda lebih kurang 22 kali sehingga akhir tahun 1982. •Dipinda dengan mudah oleh Parlimen seperti yang termaktub dalam Perkara 159 dan Perkara 161E Akta Parlimen tanpa melibatkan referendum rakyat terlebih dahulu. Dipinda melalui beberapa cara iaitu: a. Sesetengah perkara hanya boleh dipinda sekiranya mendapat 2/3 suara majority dalam setiap Dewan Parlimen dengan syarat mendapat keizinan oleh Majlis Raja- Raja. b. Sesetengah perkara yang mempunyai kepentingan khas bagi Sabah dan Sarawak hanya boleh dipinda dengan suara majoriti 2/3 dalam Dewan Parlimen dengan syarat mendapat kelulusan oleh Yang Dipertua Negeri Sabah dan Sarawak. c. Sesetengah perkara juga hanya boleh dipinda dengan suara majoriti 2/3 ahli dalam Dewan dengan syarat mendapat persetujuan Majlis Raja-Raja. d. Perkenan daripada Majlis Raja-Raja perlu jika melibatkan pindaan yang menyentuh kedaulatan raja-raja Melayu, kedudukan istimewa orang Melayu serta beberapa perkara yang dianggap sensitif dalam Perlembagaan.
  • 52. PINDAAN PERLEMBAGAAN NEGERI • Perkara-perkara yang berkaitan warisan takhta kerajaan, kedudukan pembesar pemerintah dan pembesar adat Melayu tidak boleh dipinda oleh badan perundangan negeri. • Pindaan boleh dibuat melalui persetujuan 2/3 daripada ahli Dewan Undangan Negeri dengan persetujuan sultan bagi negeri- negeri yang beraja dan Yang Dipertua Negeri bagi negeri-negeri tidak beraja dengan persetujuan Yang Di-pertuan Agong. • Perlembagaan Negeri boleh dipinda jika berlakunya perubahan dalam masyarakat di sesebuah negeri kecuali perkara-perkara berikut: a. Pindaan berkaitan peruntukkan bilangan ahli yang akan dilantik oleh badan perundangan negeri. b. Pindaan untuk menyelaraskan Perlembagaan Negeri dengan mana- mana peruntukan yang diperlukan seperti yang tercatat dalam jadual kelapan Perlembagaan Persekutuan.
  • 53. • Pindaan Perlembagaan negeri memerlukan persetujuan 2/3 daripada ahli Dewan Undangan Negeri untuk perkara berikut: a. Perlantikan dan pewarisan takhta, permaisuri raja atau pemangku raja atau ahli-ahli Jemaaah Pemangku Raja negeri. b. Hal-hal berkaitan pemecatan, penarikan diri atau penurunan takhta raja atau waris. c. Perlantikan para pembesar pemerintah atau pembesar adat Melayu serta ahli-ahli majlis penasihat mengenai agama atau adat dan badan seumpamanya. d. Hal-hal yang berkaitan dengan mengatur, mengesahkan dan melucutkan pangkat, gelaran, kehormatan, kebesaran dan kurniaan adat Melayu serta membentuk peraturan berkaitan balai diraja dan istana.