SlideShare une entreprise Scribd logo
1  sur  17
1
2012
Anis Nabilah Binti Che Seman
PART1, DBS1D, CTU 101
6/1/2012
Impak Puasa Terhadap Muslim
2
KANDUNGAN
PENDAHULUAN
MUKADIMAH PUASA 1
BAB 1:
Impak Puasa Terhadap Muslim 2
BAB 2:
Perlaksanaan Ibadat Puasa
- Pengertian Puasa
- Hukum Puasa
- Rukun – Rukun Puasa
- Syarat – Syarat Wajib Puasa
- Syarat – Syarat Sah Puasa
- Perkara Sunat
- Jenis – Jenis Puasa
4
5
6
8
9
10
11
BAB 3:
Masalah – Masalah Dalam Berpuasa
- Perkara – Perkara yang Membatalkan Puasa
- Perkara – Perkara yang Makruh
12
14
CADANGAN/KESIMPULAN
RUJUKAN
3
MUKADIMAH
Maksudnya: Wahai sekalian manusia! Beribadahlah kepada Tuhan kamu yang telah menciptakan
kamu dan orang-orang yang terdahulu daripada kamu, supaya kamu (menjadi orang yang)
bertaqwa. .
(Surah al-Baqarah:21)
Ibadah puasa merupakan satu tuntutan yang wajib dilaksanakan oleh setiap Umat Islam pada
bulan Ramadhan.Namun ibadah Puasa ini bukan tertakluk pada bulan Ramadhan sahaja tetapi
boleh dilakukan pada bulan-bulan lain seperti puasa sunat dan sebagainya. Firman Allah Surah
al-Baqarah: 183.
4
IMPAK PUASA TERHADAP MUSLIM
1- Memberikan kekuatan kepada manusia dalam usaha mendisiplinkan diri dan hidup secara
sihat. Apabila seorang muslim telah menjalankan puasa secara teratur selama satu bulan
penuh (Ramadhan) dan kemudian teratur pula setiap tahun di bulan yang suci itu, maka ia
telah berhasil mencapai tahap yang tinggi dalam hal kemampuannya mendisiplinkan diri.
2- Memberikan kekuatan jiwa yang tinggi kepada muslim, mengajarkan penyatuan,
persaudaraan dan persamaan yang telah ditetapkan oleh Allah S.W.T. dengan hukum –
hukumNya. Apabila seseorang muslim menjalankan ibadah puasa, mereka menyedari
bahawa mereka bersama –sama dengan masyarakat muslim yang lain dalam
menjalankan sesuatu kewajiban, bergerak dengan satu persoalan yang sama, waktu yang
sama, motif dan tujuan yang sama.
3- Mengubah kehidupan muslim menjadi yang lebih baik. Dengan mudah sebenarnya kita
dapat memahami betapa puasa itu dapat mengubah kelakuan yang kebiasaan jelek
manusia dalam kehidupannya seharian. Apabila mereka mahu melakukan perubahan itu,
maka ia telah menempatkan dirinya dalam suatu system baru yang amat berguna dan
memberikan kepuasan kepadanya.
4- Memperlihatkan kepada muslim suatu cara yang tebaru dalam menjalani hidup yang
berhemah dan mengatur anggaran hidup, kerana dengan makan dan minum dalam
kuantiti sedikit sahaja dapat menjimatkan perbelanjaan.
5- Melengkapkan jiwa manusia dengan jiwa yang suci murni, pandangan yang jelas dalam
berfikir, dan tubuh yang kuat untuk bergerak dan bertindak. Ia tidak akan menjadi
penyebab bagi rosaknya perut seseorang, terbukti daripada para saintis, pengalaman –
pengalaman serta pakar biologi dan intelektual.
6- Mengajar muslim membentuk peribadi yang maju. Seseorang muslim menjalankan
ibadah puasa dengan sebaik – baiknya merupakan muslim yang mampu mengendalikan
nafsu berahinya dan nafsu – nafsu badaniahnya. Sebab itu dengan berpuasa dapat
membetuk peribadi seserang, sehingga orang itu benar – benar memiliki keperibadian
yang kuat dan kemahuan hati yang tinggi.
5
7- Menjadikan manusia seorang yang penyabar dan tidak mudah untuk berputus asa, kerana
dalam menjalani ibadah puasa diharuskan merasakan lapar dan dahaga, yang demikian
akan menambah ketabahan dalam menghadapi segala tentangan terhadap diri.
8- Meningkatkan kewaspadaan muslim dalam menjaga fikirannya, kerana seseorang muslim
yang sedang berpuasa harus menjaga dirinya dari angan – angan yang buruk dan fikiran
yang tidak menentu, apa lagi yang membawa kearah yang tidak menentu dan tidak
dibenarkan oleh agama.
9- Mendorong manusia dengan tuntutan yang jelas dalam menjalankan ibadah secara
efektif, dengan pengabdian yang suci dan menutup jalan lain kecuali kepada Allah
semata – mata , keran seseorang muslim berpuasa ia tidak mencari yang lain kecuali
rahmat Allah dan keselamatanNya sahaja.
10- Memberikan seseorang rasa penuh harapan yang tidak putus serta selalu optimis
memandang hidup ini, kerana sewaktu berpuasa selalu mengharapkan keredhaan Allah
dan selalu mencari keampunanNya.
6
PERLAKSANAAN IBADAH PUASA
Pengertian Puasa
Maksudnya:
Daripada Ibnu Umar RA, bahawa Rasulullah SAW telah bersabda, “Islam di bina atas lima
perkara iaitubersaksi (mengakui) bahawa tiada Tuhan selain Allah dan Muhammad adalah
pesuruh Allah, mendirikan solat, mengeluarkan zakat, mengerjakan ibadah haji danberpuasa di
bulan Ramadhan.”
Hadith Sahih Riwayat al – Bukhari dan Muslim.
Perkataan Puasa di dalam bahasa Arab ialah al – sawm atau al – siyam. Dari segi bahasa ia
bermakna menahan dari melakukan sesuatu.
Perkataan puasa mengikut istilah fiqh bererti “bentuk menahan diri yang tertentu, di dalam masa
yang tertentu dari individu tertentu.
Tafsiran bagi ungkapan ini adalah seperti berikut:
1- Bentuk menahan yang tertentu bermaksud menahan diri dari tiga perkara makan, minum
dan jima’
2- Dengan sifatnya yang tertentu bermaksud ia akan dilakukan dengan niat melakukan
perintah Allah SWT.
3- Di dalam masa yang tertentu bermaksud ia dilakukan dari terbit fajar sehingga masuk
waktu maghrib di bulan Ramadhan.
4- Dari individu tertentu bermaksud orang Islam yang telah baligh, berakal dan
seumpamanya.
7
Hukum Berpuasa:
Berpuasa pada bulan ramadhhan merupakan salah satu daripada Rukun Islam.Syariat ini
diturunkan kepada umat Muhammad s.a.w. pada 10 Syaaban tahun ke-2 Hijrah. Makanya,
wajiblah ia dilakukan oleh semua orang Islam. Puasa lain yang wajib ialah puasa kifarah dan
puasa nazar.
Maksudnya:
“ Wahai orang-orang yang beriman, telah diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana telah
diwajibkan ke atas umat-umat yang sebelum kamu, semoga kamu menjadi orang-orang yang
bertaqwa. “ (Surah al-Baqarah : 183)"
Para ulama’ semenjak di zaman awal Islam sehingga sekarang telah sepakat tentang hukum
wajib berpuasadi bulan Ramadhan. Sekiranya ada orang telah mengingkari kewajipan melakukan
ibadat yang mulia ini, maka ia adalah murtad. Ini terkecuali bagi mereka baru masuk Islam yang
masih belum memahami hukum – hukum Islam dengan baik.
8
Rukun-rukun Puasa
Rukun – rukun puasa terbahagi kepada dua iaitu;
1.Niat
Niat harus di perbaharui setiap hari dan yang lebih utama lagi bila ia di lafazkan.
“Sesungguhnya segala perbuatan harus dengan niat”
Hadis Riwayat Muslim:
Dalam puasa wajib, niat harus di tetapkan sebelum fajar dan menyebutkan jenis puasanya seperti
puasa bulan ramadhan, qadha puasa, puasa nazar atau puasa kafarat.
Niat ini biasanya terlaksana dengan makan sahur untuk berpuasa , maka hal itu sudah dianggap
sah. Dalil untuk masalah ini adalah hadith yang di riwayatkan oleh penyusun Kitab-Kitab Sunan
di mana Nabi s.a.w bersabda:
“ Barangsiapa tidak menetapkan puasa sebelum fajar, maka tidak ada puasa baginya.”
Lafaz niat Puasa ialah :
9
2. Manahan Diri
Menahan diri di sini bermaksud menahan diri dari segala hal yang membatalkan puasa dari
terbitnya fajar shadiq hingga terbenam matahari.Selain itu, menahan diri di sini juga bermaksud
Umat Islam juga dikehendaki menahan diri daripada menipu, berkata-kata yang buruk atau sia-
sia, dan daripada bertengkar atau bergaduh. Ini kerana puasa merupakan medan latihan
kesabaran, kejujuran dan bertolak ansur sesama sendiri. Maka secara tidak langsung, puasa juga
menolong menanam sikap yang baik dan berbudi.Dan kesemuanya itu diharapkan berlanjutan ke
bulan-bulan berikutnya, dan tidak hanya pada bulan puasa.
Firman Allah S.W.T:
Maksudnya:
" Makan dan minumlah kamu semua sehingga jelas bagi kamu (dapat membezakan) antara
benang putih dan benang hitam dari waktu fajar (Subuh). Kemudian, sempurnakan puasamu
sehingga malam (Maghrib)".
Surah Al-Baqarah: 187-
Menurut 'Ashim bin Umar al-Khattab r.a, ayahnya mendengar Rasulullah s.a.w telah bersabda:
Maksudnya:
"Apabila datangnya malam dari sini (ufuk timur) dan berlalunya siang dari sini (ufuk barat) serta
matahari kelihatan mula terbenam, kamu bolehlah berbuka puasa".
Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim
10
Syarat- Syarat Wajib Puasa
1. Beragama Islam
Orang Islam wajib berpuasa. Bagi orang kafir tidak wajib berpuasa. Namun apabila
seseorang orang kafir masuk Islam, maka ia tidak wajib mengqadha puasa selama ia
masih kafir. Sebagaimana sabda Rasulullah:
“ Islam itu memutus dosa-dosa yang telah lalu”
Berbeza dengan halnya dengan orang murtad, mereka tetap terkena wajib puasa.Hal ini
kerana bila mereka kembali ke pangkuan Islam, maka wajib mengqadha puasa yang di
tinggalkan semasa murtad.
2. Baligh
Maksudnya:
Daripada Aisyah RA katanya, “Bersabda Rasulullah SAW, diangkat taklif dari tiga
golongan manusia, orang yang tidur sehingga terjaga, orang gila sehingga sembuh dan
kanak – kanak sehingga baligh.”
Berdasarkan hadith ini, para ulam’ telah sepakat mengatakan bahawa di antara syarat
wajib menunaikan ibadat puasa ialah al-bulugh atau sampai umur. Ia berlaku dengan
beberapa cara iaitu apabila umur telah mencapai lima belas tahun Qamariah atau
bermimpi melakukan persetubuhan sehingga keluar air mania tau haid bagi golongan
perempuan.
3. Berakal
Bagi kanak-kanak yang kecil harus di biasakan dan diperintahkan berpuasa sejak usia 7
tahun bila di perkirakan ia sudah sanggup berpuasa. Bila pada usia 10 tahun ia tidak
mahu berpuasa, maka ia boleh dipukul sebagaimana halnya dengan solat. Yang berhak
memerintah dan memukul ialah walinya.
4. Bebas dari uzur Syarie
Terdapat uzur syar’ie yang mencegah daripada berpuasa, dan ada pula uzur yang
mengharuskan untuk berbuka puasa. Antara uzur syar’ie yang mencegah daripada
berpuasa ialah:
 Keluar darah haid
 Keluar darah nifas
 Pitam atau pengsan sepanjang hari
11
Syarat - Syarat Sah Puasa
1. Islam:
Tidak sah puasa orang kafir atau orang yang murtad dari agama.
2. Berakal:
Tidak sah puasa orang gila dan juga kanak-kanak yang belum mumayyiz kerana puasa
memerlukan niat dan niat ini hanya boleh dilakukan oleh orang-orang yang berakal
sahaja.
3. Mumayyiz:
Seorang kanak – kanak yang telah sampai umur mumaiyiz iatu boleh membezakan antara
yang baik dan yang buruk di dalam perkara – perkara umum tetapi belum mencapai umur
baligh.Kanak-kanak apabila telah mumayyiz, sah lah puasanya tetapi belum wajib.
Apabila sampai umurnya tujuh tahun, ibu-bapa atau penjaganya hendaklah melatihnya
berpuasa, jika tiada sebarang halangan- sebagaimana yang disarankan oleh Rasulullah
s.a.w. dalam hadis baginda mengenai solat. Apabila ia mencecah usia baligh, wajib lah
atasnya berpuasa. Persoalan yang timbul Pendapat yang pertama mengatakan puasa
tersebut adalah sah dan akan diberi ganjaran oleh Allah SWT, bahkan adalah disunatkan
bagi penjaganya menganjurkannya berpuasa supaya ia dapat membiasakan dirinya
dengan ibadat tersebut apabila dewasa kelak.
4. Niat pada waktu malam puasa fardhu: Dalam puasa wajib, niat harus di tetapkan
sebelum fajar dan menyebutkan jenis puasanya.Niat ini biasanya terlaksana dengan
makan sahur untuk berpuasa , maka hal itu sudah dianggap sah. Dalil untuk masalah ini
adalah hadith yang di riwayatkan oleh penyusun Kitab-Kitab Sunan di mana Nabi s.a.w
bersabda:
“ Barangsiapa tidak menetapkan puasa sebelum fajar, maka tidak ada puasa baginya.”
5. Suci dari haid dan nifas: tidak sah puasa orang yang kedatangan haid dan nifas, malah
diharamkan mereka berdua berpuasa.
6. Menahan dari perkara yang membatalkan puasa:Menahan diri di sini bermaksud menahan
diri dari segala hal yang membatalkan puasa dari terbitnya fajar shadiq hingga terbenam
matahari.Contohnya menahan diri daripada makan dan minum.
7. Puasa dilakukan pada hari-hari yang diharuskan berpuasa: hari-hari sepanjang tahun
merupakan waktu yang harus berpuasa kecuali dua hari raya, hari-hari tasyrik dan hari
syak.
12
Perkara – Perkara Sunat
1. Segera Berbuka
Apabila terbenam matahari atau di kumandangkan azan manghrib, hendaklah segera
berbuka puasa.
2. Melewatkan Waktu Sahur
Hal ini sunah di lakukan selagimana tidak di khuatiri terbitnya fajar shadiq.
3. Memperbanyakkan Sedekah Dan Membaca Al-Quran.
Hal ini kerana puasa sebagai pengingat akan penderitaan orang-orang miskin. Kebajikan
yang dilakukan pada bulan ramadhan, mendapat pahala yang berlipat ganda. Lebih dari
kebajikan-kebajikan yang dibuat di luar bulan Ramadhan . Allah berfirman dalam Hadis
Qudsi
Maksudnya:
“Tiap-tiap kebaikan dibalas dengan 10 pahala hingga 700 pahala kecuali puasa, dia
untuk-Ku dan aku akan membalasinya”.
Mentadarus al-Quran secara beramai-ramai merupakan amalan utama di bulan
Ramadhan. Maksud bertadarus adalah membaca al-Quran secara beramai-ramai,
seorang demi seseorang sambil disemak oleh orang lain.
4. Mandi hadas besar sebelum terbit fajar. Bagi yang dalam berkeadaan berhadas, mandi
sebelum terbit fajar adalah disunatkan.
5. Membaca doa sebelum berbuka puasa
Rasulullah s.a.w ketika berbuka, baginda berdoa:
“Ya Allah, kerana-Mu aku berpuasa dan atas rezeki dari-Mu aku berbuka”
6. Memberi jamuan berbuka kepada orang berpuasa
Hadis riwayat al-Tirmizi dalam sunan al-Tirmizi, Kitab al-Shaum, hadis no: 735
menyatakan:
Maksudnya:
"Sesiapa yang menjamu makanan untuk berbuka bagi orang yang berpuasa, pahalanya
sama seperti pahala orang yang berpuasa, iaitu paala orang yang berpuasa tidak di
kurangkan walaupun sedikit."
13
Jenis - Jenis Puasa
Puasa Wajib
1. Puasa pada bulan Ramadhan setiap tahun
2. Puasa Qada
3. Puasa Nazar
4. Puasa Kifarat (terhadap lelaki yang melakukan persetubuhan dengan isterinya pada siang hari
bulan Ramadhan).
Puasa Sunat
1. Hari Arafah, iaitu (9 Zulhijah).
2. 9 dan 10 Muharam
3. Hari isnin dan khamis
4. Puasa enam hari dalam bulan syawal
5. Puasa pada tiga hari pertengahan bulan iaitu 13,14 dan 15 haribulan pada setiap bulan Hijrah.
Puasa Haram
1. Puasa pada hari raya Aidilfitri ( I Syawal)
2. Hari Raya Aidiladha ( 10 Zulhijah).
3. Puasapada hari Tasyrik iaitu 11, 12, dan 13 Zulhijah.
4. Puasa pada hari Syak iaitu pada 30 Syaban .
Puasa Makruh
1. Puasa sunat pada hari Jumaat atau hari sabtu sahaja.
2. Puasa yang dilakukan sepajang tahun.
14
MASALAH – MASALAH DALAM BERPUASA:
Perkara-Perkara Yang Membatalkan Puasa
1. Makan dan minum dengan sengaja
Makan dan minum secara sengaja membatalkan puasa.Namun, sesiapa yang makan atau
minum kerana terlupa pada siang hari di bulan Ramadhan, puasanya tetap sah. Menurut
Abu Hurairah r.a, Rasulullah s.a.w telah bersabda:
Maksudnya:
”Sesiapa terlupa ketika berpuasa lalu makan atau minum, dia hendaklah meneruskan
puasanya kerana Allah sendiri telah memberi makan dan minum kepadanya.”
Hadis Riwayat al-Bukhari dan Muslim
2. Keluar darah haid dan nifas
Apabila seorang wanita mengalami haid (keluar darah) di siang hari pada bulan
Ramadhan walaupun hanya beberapa ketika atau di saat ingin berbuka, puasanya terbatal.
Dia harus berbuka puasa tetapi perlu mengqadaknya pada bulan lain.
Aisyah r.a pernah ditanya mengenai keadaan wanita haid.Adakah dia perlu mengqadak
puasa atau hanya mengqadak solatnya? Jawab beliau:
Maksudnya:
” Kami (isteri Nabi s.a.w) juga pernah mengalami perkara itu.Oleh itu, kami
diperintahkan mengqadak puasa tetapi tidak disuruh mengqadak solat.”
Hadis Riwayat Muslim
3. Muntah dengan sengaja
Sesiapa yang sengaja muntah seperti menjolok jari ke dalam mulut untuk mengeluarkan
sesuatu, puasanya terbataldan wajib mengqadaknya pada bulan lain. Jika termuntah,
puasanya tetapsah dan boleh meneruskan puasanya. Sabda Nabi s.a.w:
Maksudnya:
”Sesiapa yang muntah (secara tidak sengaja) dalam keadaan berpuasa, dia tidak perlu
mengqadaknya.Tetapi sesiapa yang sengaja memuntahkannya, dia wajib mengqadak
puasa.”
Hadis Sahih Riwayat Abu Daud
4. Berjimak pada siang hari
Apabila seseorang telah melakukan jimak (persetubuhan), puasanya terbatal dan wajib
mengqadak serta dikenakan kaffarah (denda) mengikut urutan iaitu membebaskan
seorang hamba yang beriman. wajib berpuasa selama dua bulan berturut-turut dan
hendaklah memberi makan kepada 60 orang miskin.
15
5. Mengeluarkan air mani dengan sengaja
Mengenai air mani yang terkeluar disebabkan mimpi, puasanya tidak terbatal kerana
bukan dari kehendaknya. Oleh itu, dia hanya perlu mandi junub dan meneruskan
puasanya.
Selain itu, sesiapa yang mencium atau memeluk isterinya tetapi air mani tidak terkeluar,
puasanya tetap sah. Aisyah r.a berkata:
Maksudnya:
” Rasulullah s.a.w biasa mencium dan memeluk isterinya dalam keadaan berpuasa.Tetapi,
baginda adalah orang yang paling kuat menahan nafsunya.”
Hadis Riwayat Muslim dan Abu Daud
Termasuk sunnah baginda s.a.w melewatkan mandi junub selepas bersetubuh dengan
isterinya. Kadangkala, baginda mandi junub ketika azan subuh sedang dilaungkan.
6. Memasukkan sesuatu ke dalam rongga hingga sampai ke halkum atau perut.
Memasukkan sesuatu ke dalam rongga dengan sengaja dan tidak ada beza sama ada yang
boleh dimakan atau tidak, termasuklah jugalah dalam kategori ini orang merokok. Ijma’
ulama mengatakan terbatal puasa.
7. Gila atau pengsan, sekiranya berlaku sepanjang hari dan dia tidak sedar walaupun satu
saat maka batal puasanya
.
8. Murtad, iaitu kluar daripada Agama Islam.
Ulama’ bersepakat bahawa sesiapa yang murtad maka batallah puasanya dan wajib
qadha’ hari yang ia murtad, sekiranya ia kembali memeluk Islam.
9. Pengsan sepanjang sehari
Gila atau pengsan, sekiranya berlaku sepanjang hari dan dia tidak sedar walaupun satu
saat maka batal puasanya.
16
Perkara – Perkara Yang Makruh
1. Memberus gigi selepas tergelincir matahari.
Pendapat paling sahih ialah harus bersiwak (gosok gigi) pada setiap waktu ketika
berpuasa sama ada sebelum gelincir matahari atau selepasnya. Mengenai pendapat yang
memakruhkan bersiwak selepas matahari tergelincir berdasarkan hadis yang teramat
dhaif sebagaimana yang diriwayatkan oleh al-Baihaqi dan al-Darulqutni. Sedangkan nabi
s.a.w bersabda:
Maksudnya:
"Jika tidak menyusahkan umatku, pasti aku perintahkan mereka bersiwak (gosok gigi)
setiap kali berwuduk untuk mengerjakan solat."
Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim
2. Merasa Makanan dengan lidah
Menurut fatwa para ulama kontemporari, perbuatan itu tidak membatalkan puasa selagi
hadnya tidak sampai kepada halkum.Hukumnya makryh begitu juga masalah berkaitan
penggunaan ubat gigi.
Maksudnya:
"Tidak mengapa seseorang yang merasai cuka atau apa sahaja dalam keadaan berpuasa
selagi ia tidak memasuki halkum."
Hadis riwayat Ibnu Abi Syaibah
3. Berbekam
Apabila seseorang itu berbekam di siang Ramadhan ataupun puasa sunat adalah di
bolehkan dan tidak membatalkan puasa tersebut.Kerana Rasulullah s.a.w pernah
berbekam ketika Baginda sedang berpuasa.
Sebagaimana hadis yang diriwayatkan oleh Ibnu ‘Abbas Radiallahu ‘anhuma, beliau
berkata yang maksudnya :
"Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam pernah berbekam padahal Baginda sedang berpuasa"
Hadis riwayat Bukhari
4. Berkumur secara berlebihan.
Berkumur-kumur secara berlebihan hukumnya makruh sahaja dan tidak membatalkan
puasa, cuma jika berlebihan berkumur ulama Syafie mengatakannya terbatal. Justeru,
jauhilah berlebihan di ketika puasa adalah lebih baik.
5. Terlalu kerap mandi
Tiada masalah untuk orang berpuasa mandi, ia tidak membatalkan puasa. Dalilnya adalah
hadis yang menunjukkan Nabi s.a.w mengizinkan orang yang junub mandi selepas waktu
subuh.Namun, hukum makruh bagi orang yang terlalu kerap mandi.
17
RUJUKAN
1. Dr. Zulkifkly Muda(2009), Isu – Isu Dalam Ibadat Puasa, Kuala Lumpur , Jabatan
Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)
2. Hammudah Abdalati(1986), Islam Suatu Kepastian,Riyadh, International Islamic
Federation of Student Organization.
3. http://ms.wikipedia.org/wiki/Ibadat_puasa
4. Dr. Engku Ahmad Zaki Bin Engku Alwi(2007), Ihya’ Ramadhan,Terengganu, Yayasan
Islam Terengganu.
5. Hassan Haji Ali(1993), Matla’ Al – Badrain(Jilid1), Kuala Lumpur , Jabatan Kemajuan
Islam Malaysia (JAKIM)
6. http://ibadahpuasa-ting2.blogspot.com/2008/10/pengertian-puasa.html

Contenu connexe

Tendances

Kamus Bahasa Terengganu
Kamus Bahasa TerengganuKamus Bahasa Terengganu
Kamus Bahasa TerengganuAken Xyzan
 
Kertas Kerja Perniagaan (LM 2025)
Kertas Kerja Perniagaan (LM 2025)Kertas Kerja Perniagaan (LM 2025)
Kertas Kerja Perniagaan (LM 2025)Afifah Nabilah
 
PENDIDIKAN AGAMA ISLAM : MUNAKAHAT
PENDIDIKAN AGAMA ISLAM : MUNAKAHATPENDIDIKAN AGAMA ISLAM : MUNAKAHAT
PENDIDIKAN AGAMA ISLAM : MUNAKAHATNURLIDYAWATI JASMIN
 
Rancangan perniagaan fatin najihah 5 kt2
Rancangan perniagaan   fatin najihah 5 kt2Rancangan perniagaan   fatin najihah 5 kt2
Rancangan perniagaan fatin najihah 5 kt2ppnkvl
 
Contoh resume dalam bahasa melayu
Contoh resume dalam bahasa melayuContoh resume dalam bahasa melayu
Contoh resume dalam bahasa melayudatojem
 
Fiqh Awlawiyyat
Fiqh AwlawiyyatFiqh Awlawiyyat
Fiqh Awlawiyyatdr2200s
 
Topik 2 Nabi Muhammad selepas kerasulan
Topik 2 Nabi Muhammad selepas kerasulanTopik 2 Nabi Muhammad selepas kerasulan
Topik 2 Nabi Muhammad selepas kerasulanAmnah Saayah Ismail
 
rancangan perniagaan frozen
rancangan perniagaan frozenrancangan perniagaan frozen
rancangan perniagaan frozenmohdhelmi25
 
Jenis-jenis gejala sosial di Malaysia
Jenis-jenis gejala sosial di MalaysiaJenis-jenis gejala sosial di Malaysia
Jenis-jenis gejala sosial di MalaysiaSlumber Je
 
Shariah - Perempuan yang haram dikahwini
Shariah - Perempuan yang haram dikahwiniShariah - Perempuan yang haram dikahwini
Shariah - Perempuan yang haram dikahwiniNaimAlmashoori
 
PROGRAM KHIDMAT MASYARAKAT
PROGRAM KHIDMAT MASYARAKATPROGRAM KHIDMAT MASYARAKAT
PROGRAM KHIDMAT MASYARAKATnelson fredoline
 
Contoh Surat Jemputan YB
Contoh Surat Jemputan YBContoh Surat Jemputan YB
Contoh Surat Jemputan YBCt Hussen
 
Esei masalah pergaulan bebas
Esei masalah pergaulan bebasEsei masalah pergaulan bebas
Esei masalah pergaulan bebasAiman_hakimi00
 
Pengurusan strategik dari perspektif islam
Pengurusan strategik dari perspektif islamPengurusan strategik dari perspektif islam
Pengurusan strategik dari perspektif islamKamarudin Jaafar
 

Tendances (20)

Kamus Bahasa Terengganu
Kamus Bahasa TerengganuKamus Bahasa Terengganu
Kamus Bahasa Terengganu
 
Kertas Kerja Perniagaan (LM 2025)
Kertas Kerja Perniagaan (LM 2025)Kertas Kerja Perniagaan (LM 2025)
Kertas Kerja Perniagaan (LM 2025)
 
PENDIDIKAN AGAMA ISLAM : MUNAKAHAT
PENDIDIKAN AGAMA ISLAM : MUNAKAHATPENDIDIKAN AGAMA ISLAM : MUNAKAHAT
PENDIDIKAN AGAMA ISLAM : MUNAKAHAT
 
Ajaran sesat
Ajaran sesatAjaran sesat
Ajaran sesat
 
Rancangan perniagaan fatin najihah 5 kt2
Rancangan perniagaan   fatin najihah 5 kt2Rancangan perniagaan   fatin najihah 5 kt2
Rancangan perniagaan fatin najihah 5 kt2
 
Restoran
RestoranRestoran
Restoran
 
Contoh resume dalam bahasa melayu
Contoh resume dalam bahasa melayuContoh resume dalam bahasa melayu
Contoh resume dalam bahasa melayu
 
Fiqh Awlawiyyat
Fiqh AwlawiyyatFiqh Awlawiyyat
Fiqh Awlawiyyat
 
Pilihanraya di Malaysia
Pilihanraya di MalaysiaPilihanraya di Malaysia
Pilihanraya di Malaysia
 
Topik 2 Nabi Muhammad selepas kerasulan
Topik 2 Nabi Muhammad selepas kerasulanTopik 2 Nabi Muhammad selepas kerasulan
Topik 2 Nabi Muhammad selepas kerasulan
 
rancangan perniagaan frozen
rancangan perniagaan frozenrancangan perniagaan frozen
rancangan perniagaan frozen
 
Jenis-jenis gejala sosial di Malaysia
Jenis-jenis gejala sosial di MalaysiaJenis-jenis gejala sosial di Malaysia
Jenis-jenis gejala sosial di Malaysia
 
Talak
TalakTalak
Talak
 
Shariah - Perempuan yang haram dikahwini
Shariah - Perempuan yang haram dikahwiniShariah - Perempuan yang haram dikahwini
Shariah - Perempuan yang haram dikahwini
 
PROGRAM KHIDMAT MASYARAKAT
PROGRAM KHIDMAT MASYARAKATPROGRAM KHIDMAT MASYARAKAT
PROGRAM KHIDMAT MASYARAKAT
 
Contoh Surat Jemputan YB
Contoh Surat Jemputan YBContoh Surat Jemputan YB
Contoh Surat Jemputan YB
 
Wafafida
WafafidaWafafida
Wafafida
 
Esei masalah pergaulan bebas
Esei masalah pergaulan bebasEsei masalah pergaulan bebas
Esei masalah pergaulan bebas
 
Muet extended writing Example
Muet extended writing ExampleMuet extended writing Example
Muet extended writing Example
 
Pengurusan strategik dari perspektif islam
Pengurusan strategik dari perspektif islamPengurusan strategik dari perspektif islam
Pengurusan strategik dari perspektif islam
 

En vedette

Jacques botha cv web browser version
Jacques botha cv web browser versionJacques botha cv web browser version
Jacques botha cv web browser versionJacques Botha
 
Sustainability Report 2014
Sustainability Report 2014Sustainability Report 2014
Sustainability Report 2014MMG Limited
 
Santhosh tuppad - A journey that is fascinating and will be more fascinating ...
Santhosh tuppad - A journey that is fascinating and will be more fascinating ...Santhosh tuppad - A journey that is fascinating and will be more fascinating ...
Santhosh tuppad - A journey that is fascinating and will be more fascinating ...Santhosh Tuppad
 
Birla sun life gen next fund
Birla sun life gen next fundBirla sun life gen next fund
Birla sun life gen next fundSujata Verma
 
130906 bni w2 e tmn marketing presentation
130906 bni   w2 e tmn marketing presentation130906 bni   w2 e tmn marketing presentation
130906 bni w2 e tmn marketing presentationSteve Hubbard
 
Jacquesbothacvwebbrowserversion 130722094131-phpapp01
Jacquesbothacvwebbrowserversion 130722094131-phpapp01Jacquesbothacvwebbrowserversion 130722094131-phpapp01
Jacquesbothacvwebbrowserversion 130722094131-phpapp01Jacques Botha
 
Electronic grade book prez (by Alex Rivera)
Electronic grade book prez (by Alex Rivera)Electronic grade book prez (by Alex Rivera)
Electronic grade book prez (by Alex Rivera)amrivera360
 
Presentation to Melbourne Professional & Commercial (MP&C) Networking Group
Presentation to Melbourne Professional & Commercial (MP&C) Networking GroupPresentation to Melbourne Professional & Commercial (MP&C) Networking Group
Presentation to Melbourne Professional & Commercial (MP&C) Networking GroupSteve Hubbard
 
Presentation by Steve Hubbard, qubeSocial to Melbourne's dm Forum.
Presentation by Steve Hubbard, qubeSocial to Melbourne's dm Forum. Presentation by Steve Hubbard, qubeSocial to Melbourne's dm Forum.
Presentation by Steve Hubbard, qubeSocial to Melbourne's dm Forum. Steve Hubbard
 
Capital Markets 2015 - Uruguay - Latin Lawyer Reference
Capital Markets 2015 - Uruguay - Latin Lawyer ReferenceCapital Markets 2015 - Uruguay - Latin Lawyer Reference
Capital Markets 2015 - Uruguay - Latin Lawyer ReferenceOlivera Abogados
 
Santhosh Tuppad - Profile - Entrepreneur - Software Tester - Ethical Hacker -...
Santhosh Tuppad - Profile - Entrepreneur - Software Tester - Ethical Hacker -...Santhosh Tuppad - Profile - Entrepreneur - Software Tester - Ethical Hacker -...
Santhosh Tuppad - Profile - Entrepreneur - Software Tester - Ethical Hacker -...Santhosh Tuppad
 
Ll reference capital markets 2013 - uruguay
Ll reference   capital markets 2013 - uruguayLl reference   capital markets 2013 - uruguay
Ll reference capital markets 2013 - uruguayOlivera Abogados
 
Presentation investment and trading with uruguay
Presentation investment and trading with uruguayPresentation investment and trading with uruguay
Presentation investment and trading with uruguayOlivera Abogados
 

En vedette (20)

Android Technology
Android TechnologyAndroid Technology
Android Technology
 
Jacques botha cv web browser version
Jacques botha cv web browser versionJacques botha cv web browser version
Jacques botha cv web browser version
 
Sustainability Report 2014
Sustainability Report 2014Sustainability Report 2014
Sustainability Report 2014
 
My biography
My biographyMy biography
My biography
 
Santhosh tuppad - A journey that is fascinating and will be more fascinating ...
Santhosh tuppad - A journey that is fascinating and will be more fascinating ...Santhosh tuppad - A journey that is fascinating and will be more fascinating ...
Santhosh tuppad - A journey that is fascinating and will be more fascinating ...
 
Birla sun life gen next fund
Birla sun life gen next fundBirla sun life gen next fund
Birla sun life gen next fund
 
130906 bni w2 e tmn marketing presentation
130906 bni   w2 e tmn marketing presentation130906 bni   w2 e tmn marketing presentation
130906 bni w2 e tmn marketing presentation
 
Http topo
Http topoHttp topo
Http topo
 
Jacquesbothacvwebbrowserversion 130722094131-phpapp01
Jacquesbothacvwebbrowserversion 130722094131-phpapp01Jacquesbothacvwebbrowserversion 130722094131-phpapp01
Jacquesbothacvwebbrowserversion 130722094131-phpapp01
 
Electronic grade book prez (by Alex Rivera)
Electronic grade book prez (by Alex Rivera)Electronic grade book prez (by Alex Rivera)
Electronic grade book prez (by Alex Rivera)
 
Presentation to Melbourne Professional & Commercial (MP&C) Networking Group
Presentation to Melbourne Professional & Commercial (MP&C) Networking GroupPresentation to Melbourne Professional & Commercial (MP&C) Networking Group
Presentation to Melbourne Professional & Commercial (MP&C) Networking Group
 
Indian Economy
Indian EconomyIndian Economy
Indian Economy
 
Presentation by Steve Hubbard, qubeSocial to Melbourne's dm Forum.
Presentation by Steve Hubbard, qubeSocial to Melbourne's dm Forum. Presentation by Steve Hubbard, qubeSocial to Melbourne's dm Forum.
Presentation by Steve Hubbard, qubeSocial to Melbourne's dm Forum.
 
Guia bpa-quinua
Guia bpa-quinuaGuia bpa-quinua
Guia bpa-quinua
 
SHIFT LOG BOOK
SHIFT LOG BOOKSHIFT LOG BOOK
SHIFT LOG BOOK
 
Capital Markets 2015 - Uruguay - Latin Lawyer Reference
Capital Markets 2015 - Uruguay - Latin Lawyer ReferenceCapital Markets 2015 - Uruguay - Latin Lawyer Reference
Capital Markets 2015 - Uruguay - Latin Lawyer Reference
 
Santhosh Tuppad - Profile - Entrepreneur - Software Tester - Ethical Hacker -...
Santhosh Tuppad - Profile - Entrepreneur - Software Tester - Ethical Hacker -...Santhosh Tuppad - Profile - Entrepreneur - Software Tester - Ethical Hacker -...
Santhosh Tuppad - Profile - Entrepreneur - Software Tester - Ethical Hacker -...
 
Ll reference capital markets 2013 - uruguay
Ll reference   capital markets 2013 - uruguayLl reference   capital markets 2013 - uruguay
Ll reference capital markets 2013 - uruguay
 
Presentation investment and trading with uruguay
Presentation investment and trading with uruguayPresentation investment and trading with uruguay
Presentation investment and trading with uruguay
 
Manual _handling
Manual _handlingManual _handling
Manual _handling
 

Similaire à Impak Puasa Terhadap Muslim (20)

Makalah puasa
Makalah puasaMakalah puasa
Makalah puasa
 
Makalah puasa 2
Makalah puasa 2Makalah puasa 2
Makalah puasa 2
 
Ppt puasaaaa
Ppt puasaaaaPpt puasaaaa
Ppt puasaaaa
 
Makalah puasa
Makalah puasaMakalah puasa
Makalah puasa
 
Syarat,rukun,batal puasa
Syarat,rukun,batal puasaSyarat,rukun,batal puasa
Syarat,rukun,batal puasa
 
Makalah puasa
Makalah puasaMakalah puasa
Makalah puasa
 
Makalah puasa menurut pandangan hadits
Makalah puasa menurut pandangan haditsMakalah puasa menurut pandangan hadits
Makalah puasa menurut pandangan hadits
 
Materi puasa
Materi puasaMateri puasa
Materi puasa
 
Agama agus[1]
Agama agus[1]Agama agus[1]
Agama agus[1]
 
Pelajaran 4.pptx
Pelajaran 4.pptxPelajaran 4.pptx
Pelajaran 4.pptx
 
Ctu analisis ayat ( siap ):kewajipan berpuasa
Ctu   analisis ayat ( siap ):kewajipan berpuasaCtu   analisis ayat ( siap ):kewajipan berpuasa
Ctu analisis ayat ( siap ):kewajipan berpuasa
 
Fiqih ramadhan
Fiqih ramadhanFiqih ramadhan
Fiqih ramadhan
 
Rin
RinRin
Rin
 
Makalah puasa
Makalah puasaMakalah puasa
Makalah puasa
 
puasa~
puasa~puasa~
puasa~
 
Word materi sujud
Word materi sujudWord materi sujud
Word materi sujud
 
materi tentang PUASA
materi tentang PUASAmateri tentang PUASA
materi tentang PUASA
 
materi puasa.pdf
materi puasa.pdfmateri puasa.pdf
materi puasa.pdf
 
risalah ramadhan (Adab di bulan puasa)
risalah ramadhan (Adab di bulan puasa)risalah ramadhan (Adab di bulan puasa)
risalah ramadhan (Adab di bulan puasa)
 
Puasa wajib
Puasa wajibPuasa wajib
Puasa wajib
 

Dernier

Sekolah Sabat - Triwulan 2 2024 - Pelajaran 6
Sekolah Sabat - Triwulan 2 2024 - Pelajaran 6Sekolah Sabat - Triwulan 2 2024 - Pelajaran 6
Sekolah Sabat - Triwulan 2 2024 - Pelajaran 6Adam Hiola
 
KUASA DARAH YESUS.PPT menyelamatkan manusia dari kuasa dosa.
KUASA DARAH YESUS.PPT menyelamatkan manusia dari kuasa dosa.KUASA DARAH YESUS.PPT menyelamatkan manusia dari kuasa dosa.
KUASA DARAH YESUS.PPT menyelamatkan manusia dari kuasa dosa.MeidarLamskingBoangm
 
Teks Doa Untuk Rosario Peristiwa Terang.
Teks Doa Untuk Rosario Peristiwa Terang.Teks Doa Untuk Rosario Peristiwa Terang.
Teks Doa Untuk Rosario Peristiwa Terang.KennayaWjaya
 
Asmak Sunge Rajeh WA +62 819 3171 8989 .
Asmak Sunge Rajeh WA +62 819 3171 8989 .Asmak Sunge Rajeh WA +62 819 3171 8989 .
Asmak Sunge Rajeh WA +62 819 3171 8989 .Ustadz Habib
 
SEMINAR - Marriage and Family - Tips Rumah Tangga Bahagia
SEMINAR - Marriage and Family - Tips Rumah Tangga BahagiaSEMINAR - Marriage and Family - Tips Rumah Tangga Bahagia
SEMINAR - Marriage and Family - Tips Rumah Tangga BahagiaRobert Siby
 
Ihsanul amal, beramal dalam Islam ada 2 syarat
Ihsanul amal, beramal dalam Islam ada 2 syaratIhsanul amal, beramal dalam Islam ada 2 syarat
Ihsanul amal, beramal dalam Islam ada 2 syaratpuji239858
 
Pelajaran Masa Lalu (Sekolah Sabat Dewasa, 10 Mac 2024)
Pelajaran Masa Lalu (Sekolah Sabat Dewasa, 10 Mac 2024)Pelajaran Masa Lalu (Sekolah Sabat Dewasa, 10 Mac 2024)
Pelajaran Masa Lalu (Sekolah Sabat Dewasa, 10 Mac 2024)ErnestBeardly1
 
Panduan Liturgi untuk sekolah minggu 2024
Panduan Liturgi untuk sekolah minggu 2024Panduan Liturgi untuk sekolah minggu 2024
Panduan Liturgi untuk sekolah minggu 2024milliantefraim
 

Dernier (8)

Sekolah Sabat - Triwulan 2 2024 - Pelajaran 6
Sekolah Sabat - Triwulan 2 2024 - Pelajaran 6Sekolah Sabat - Triwulan 2 2024 - Pelajaran 6
Sekolah Sabat - Triwulan 2 2024 - Pelajaran 6
 
KUASA DARAH YESUS.PPT menyelamatkan manusia dari kuasa dosa.
KUASA DARAH YESUS.PPT menyelamatkan manusia dari kuasa dosa.KUASA DARAH YESUS.PPT menyelamatkan manusia dari kuasa dosa.
KUASA DARAH YESUS.PPT menyelamatkan manusia dari kuasa dosa.
 
Teks Doa Untuk Rosario Peristiwa Terang.
Teks Doa Untuk Rosario Peristiwa Terang.Teks Doa Untuk Rosario Peristiwa Terang.
Teks Doa Untuk Rosario Peristiwa Terang.
 
Asmak Sunge Rajeh WA +62 819 3171 8989 .
Asmak Sunge Rajeh WA +62 819 3171 8989 .Asmak Sunge Rajeh WA +62 819 3171 8989 .
Asmak Sunge Rajeh WA +62 819 3171 8989 .
 
SEMINAR - Marriage and Family - Tips Rumah Tangga Bahagia
SEMINAR - Marriage and Family - Tips Rumah Tangga BahagiaSEMINAR - Marriage and Family - Tips Rumah Tangga Bahagia
SEMINAR - Marriage and Family - Tips Rumah Tangga Bahagia
 
Ihsanul amal, beramal dalam Islam ada 2 syarat
Ihsanul amal, beramal dalam Islam ada 2 syaratIhsanul amal, beramal dalam Islam ada 2 syarat
Ihsanul amal, beramal dalam Islam ada 2 syarat
 
Pelajaran Masa Lalu (Sekolah Sabat Dewasa, 10 Mac 2024)
Pelajaran Masa Lalu (Sekolah Sabat Dewasa, 10 Mac 2024)Pelajaran Masa Lalu (Sekolah Sabat Dewasa, 10 Mac 2024)
Pelajaran Masa Lalu (Sekolah Sabat Dewasa, 10 Mac 2024)
 
Panduan Liturgi untuk sekolah minggu 2024
Panduan Liturgi untuk sekolah minggu 2024Panduan Liturgi untuk sekolah minggu 2024
Panduan Liturgi untuk sekolah minggu 2024
 

Impak Puasa Terhadap Muslim

  • 1. 1 2012 Anis Nabilah Binti Che Seman PART1, DBS1D, CTU 101 6/1/2012 Impak Puasa Terhadap Muslim
  • 2. 2 KANDUNGAN PENDAHULUAN MUKADIMAH PUASA 1 BAB 1: Impak Puasa Terhadap Muslim 2 BAB 2: Perlaksanaan Ibadat Puasa - Pengertian Puasa - Hukum Puasa - Rukun – Rukun Puasa - Syarat – Syarat Wajib Puasa - Syarat – Syarat Sah Puasa - Perkara Sunat - Jenis – Jenis Puasa 4 5 6 8 9 10 11 BAB 3: Masalah – Masalah Dalam Berpuasa - Perkara – Perkara yang Membatalkan Puasa - Perkara – Perkara yang Makruh 12 14 CADANGAN/KESIMPULAN RUJUKAN
  • 3. 3 MUKADIMAH Maksudnya: Wahai sekalian manusia! Beribadahlah kepada Tuhan kamu yang telah menciptakan kamu dan orang-orang yang terdahulu daripada kamu, supaya kamu (menjadi orang yang) bertaqwa. . (Surah al-Baqarah:21) Ibadah puasa merupakan satu tuntutan yang wajib dilaksanakan oleh setiap Umat Islam pada bulan Ramadhan.Namun ibadah Puasa ini bukan tertakluk pada bulan Ramadhan sahaja tetapi boleh dilakukan pada bulan-bulan lain seperti puasa sunat dan sebagainya. Firman Allah Surah al-Baqarah: 183.
  • 4. 4 IMPAK PUASA TERHADAP MUSLIM 1- Memberikan kekuatan kepada manusia dalam usaha mendisiplinkan diri dan hidup secara sihat. Apabila seorang muslim telah menjalankan puasa secara teratur selama satu bulan penuh (Ramadhan) dan kemudian teratur pula setiap tahun di bulan yang suci itu, maka ia telah berhasil mencapai tahap yang tinggi dalam hal kemampuannya mendisiplinkan diri. 2- Memberikan kekuatan jiwa yang tinggi kepada muslim, mengajarkan penyatuan, persaudaraan dan persamaan yang telah ditetapkan oleh Allah S.W.T. dengan hukum – hukumNya. Apabila seseorang muslim menjalankan ibadah puasa, mereka menyedari bahawa mereka bersama –sama dengan masyarakat muslim yang lain dalam menjalankan sesuatu kewajiban, bergerak dengan satu persoalan yang sama, waktu yang sama, motif dan tujuan yang sama. 3- Mengubah kehidupan muslim menjadi yang lebih baik. Dengan mudah sebenarnya kita dapat memahami betapa puasa itu dapat mengubah kelakuan yang kebiasaan jelek manusia dalam kehidupannya seharian. Apabila mereka mahu melakukan perubahan itu, maka ia telah menempatkan dirinya dalam suatu system baru yang amat berguna dan memberikan kepuasan kepadanya. 4- Memperlihatkan kepada muslim suatu cara yang tebaru dalam menjalani hidup yang berhemah dan mengatur anggaran hidup, kerana dengan makan dan minum dalam kuantiti sedikit sahaja dapat menjimatkan perbelanjaan. 5- Melengkapkan jiwa manusia dengan jiwa yang suci murni, pandangan yang jelas dalam berfikir, dan tubuh yang kuat untuk bergerak dan bertindak. Ia tidak akan menjadi penyebab bagi rosaknya perut seseorang, terbukti daripada para saintis, pengalaman – pengalaman serta pakar biologi dan intelektual. 6- Mengajar muslim membentuk peribadi yang maju. Seseorang muslim menjalankan ibadah puasa dengan sebaik – baiknya merupakan muslim yang mampu mengendalikan nafsu berahinya dan nafsu – nafsu badaniahnya. Sebab itu dengan berpuasa dapat membetuk peribadi seserang, sehingga orang itu benar – benar memiliki keperibadian yang kuat dan kemahuan hati yang tinggi.
  • 5. 5 7- Menjadikan manusia seorang yang penyabar dan tidak mudah untuk berputus asa, kerana dalam menjalani ibadah puasa diharuskan merasakan lapar dan dahaga, yang demikian akan menambah ketabahan dalam menghadapi segala tentangan terhadap diri. 8- Meningkatkan kewaspadaan muslim dalam menjaga fikirannya, kerana seseorang muslim yang sedang berpuasa harus menjaga dirinya dari angan – angan yang buruk dan fikiran yang tidak menentu, apa lagi yang membawa kearah yang tidak menentu dan tidak dibenarkan oleh agama. 9- Mendorong manusia dengan tuntutan yang jelas dalam menjalankan ibadah secara efektif, dengan pengabdian yang suci dan menutup jalan lain kecuali kepada Allah semata – mata , keran seseorang muslim berpuasa ia tidak mencari yang lain kecuali rahmat Allah dan keselamatanNya sahaja. 10- Memberikan seseorang rasa penuh harapan yang tidak putus serta selalu optimis memandang hidup ini, kerana sewaktu berpuasa selalu mengharapkan keredhaan Allah dan selalu mencari keampunanNya.
  • 6. 6 PERLAKSANAAN IBADAH PUASA Pengertian Puasa Maksudnya: Daripada Ibnu Umar RA, bahawa Rasulullah SAW telah bersabda, “Islam di bina atas lima perkara iaitubersaksi (mengakui) bahawa tiada Tuhan selain Allah dan Muhammad adalah pesuruh Allah, mendirikan solat, mengeluarkan zakat, mengerjakan ibadah haji danberpuasa di bulan Ramadhan.” Hadith Sahih Riwayat al – Bukhari dan Muslim. Perkataan Puasa di dalam bahasa Arab ialah al – sawm atau al – siyam. Dari segi bahasa ia bermakna menahan dari melakukan sesuatu. Perkataan puasa mengikut istilah fiqh bererti “bentuk menahan diri yang tertentu, di dalam masa yang tertentu dari individu tertentu. Tafsiran bagi ungkapan ini adalah seperti berikut: 1- Bentuk menahan yang tertentu bermaksud menahan diri dari tiga perkara makan, minum dan jima’ 2- Dengan sifatnya yang tertentu bermaksud ia akan dilakukan dengan niat melakukan perintah Allah SWT. 3- Di dalam masa yang tertentu bermaksud ia dilakukan dari terbit fajar sehingga masuk waktu maghrib di bulan Ramadhan. 4- Dari individu tertentu bermaksud orang Islam yang telah baligh, berakal dan seumpamanya.
  • 7. 7 Hukum Berpuasa: Berpuasa pada bulan ramadhhan merupakan salah satu daripada Rukun Islam.Syariat ini diturunkan kepada umat Muhammad s.a.w. pada 10 Syaaban tahun ke-2 Hijrah. Makanya, wajiblah ia dilakukan oleh semua orang Islam. Puasa lain yang wajib ialah puasa kifarah dan puasa nazar. Maksudnya: “ Wahai orang-orang yang beriman, telah diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana telah diwajibkan ke atas umat-umat yang sebelum kamu, semoga kamu menjadi orang-orang yang bertaqwa. “ (Surah al-Baqarah : 183)" Para ulama’ semenjak di zaman awal Islam sehingga sekarang telah sepakat tentang hukum wajib berpuasadi bulan Ramadhan. Sekiranya ada orang telah mengingkari kewajipan melakukan ibadat yang mulia ini, maka ia adalah murtad. Ini terkecuali bagi mereka baru masuk Islam yang masih belum memahami hukum – hukum Islam dengan baik.
  • 8. 8 Rukun-rukun Puasa Rukun – rukun puasa terbahagi kepada dua iaitu; 1.Niat Niat harus di perbaharui setiap hari dan yang lebih utama lagi bila ia di lafazkan. “Sesungguhnya segala perbuatan harus dengan niat” Hadis Riwayat Muslim: Dalam puasa wajib, niat harus di tetapkan sebelum fajar dan menyebutkan jenis puasanya seperti puasa bulan ramadhan, qadha puasa, puasa nazar atau puasa kafarat. Niat ini biasanya terlaksana dengan makan sahur untuk berpuasa , maka hal itu sudah dianggap sah. Dalil untuk masalah ini adalah hadith yang di riwayatkan oleh penyusun Kitab-Kitab Sunan di mana Nabi s.a.w bersabda: “ Barangsiapa tidak menetapkan puasa sebelum fajar, maka tidak ada puasa baginya.” Lafaz niat Puasa ialah :
  • 9. 9 2. Manahan Diri Menahan diri di sini bermaksud menahan diri dari segala hal yang membatalkan puasa dari terbitnya fajar shadiq hingga terbenam matahari.Selain itu, menahan diri di sini juga bermaksud Umat Islam juga dikehendaki menahan diri daripada menipu, berkata-kata yang buruk atau sia- sia, dan daripada bertengkar atau bergaduh. Ini kerana puasa merupakan medan latihan kesabaran, kejujuran dan bertolak ansur sesama sendiri. Maka secara tidak langsung, puasa juga menolong menanam sikap yang baik dan berbudi.Dan kesemuanya itu diharapkan berlanjutan ke bulan-bulan berikutnya, dan tidak hanya pada bulan puasa. Firman Allah S.W.T: Maksudnya: " Makan dan minumlah kamu semua sehingga jelas bagi kamu (dapat membezakan) antara benang putih dan benang hitam dari waktu fajar (Subuh). Kemudian, sempurnakan puasamu sehingga malam (Maghrib)". Surah Al-Baqarah: 187- Menurut 'Ashim bin Umar al-Khattab r.a, ayahnya mendengar Rasulullah s.a.w telah bersabda: Maksudnya: "Apabila datangnya malam dari sini (ufuk timur) dan berlalunya siang dari sini (ufuk barat) serta matahari kelihatan mula terbenam, kamu bolehlah berbuka puasa". Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim
  • 10. 10 Syarat- Syarat Wajib Puasa 1. Beragama Islam Orang Islam wajib berpuasa. Bagi orang kafir tidak wajib berpuasa. Namun apabila seseorang orang kafir masuk Islam, maka ia tidak wajib mengqadha puasa selama ia masih kafir. Sebagaimana sabda Rasulullah: “ Islam itu memutus dosa-dosa yang telah lalu” Berbeza dengan halnya dengan orang murtad, mereka tetap terkena wajib puasa.Hal ini kerana bila mereka kembali ke pangkuan Islam, maka wajib mengqadha puasa yang di tinggalkan semasa murtad. 2. Baligh Maksudnya: Daripada Aisyah RA katanya, “Bersabda Rasulullah SAW, diangkat taklif dari tiga golongan manusia, orang yang tidur sehingga terjaga, orang gila sehingga sembuh dan kanak – kanak sehingga baligh.” Berdasarkan hadith ini, para ulam’ telah sepakat mengatakan bahawa di antara syarat wajib menunaikan ibadat puasa ialah al-bulugh atau sampai umur. Ia berlaku dengan beberapa cara iaitu apabila umur telah mencapai lima belas tahun Qamariah atau bermimpi melakukan persetubuhan sehingga keluar air mania tau haid bagi golongan perempuan. 3. Berakal Bagi kanak-kanak yang kecil harus di biasakan dan diperintahkan berpuasa sejak usia 7 tahun bila di perkirakan ia sudah sanggup berpuasa. Bila pada usia 10 tahun ia tidak mahu berpuasa, maka ia boleh dipukul sebagaimana halnya dengan solat. Yang berhak memerintah dan memukul ialah walinya. 4. Bebas dari uzur Syarie Terdapat uzur syar’ie yang mencegah daripada berpuasa, dan ada pula uzur yang mengharuskan untuk berbuka puasa. Antara uzur syar’ie yang mencegah daripada berpuasa ialah:  Keluar darah haid  Keluar darah nifas  Pitam atau pengsan sepanjang hari
  • 11. 11 Syarat - Syarat Sah Puasa 1. Islam: Tidak sah puasa orang kafir atau orang yang murtad dari agama. 2. Berakal: Tidak sah puasa orang gila dan juga kanak-kanak yang belum mumayyiz kerana puasa memerlukan niat dan niat ini hanya boleh dilakukan oleh orang-orang yang berakal sahaja. 3. Mumayyiz: Seorang kanak – kanak yang telah sampai umur mumaiyiz iatu boleh membezakan antara yang baik dan yang buruk di dalam perkara – perkara umum tetapi belum mencapai umur baligh.Kanak-kanak apabila telah mumayyiz, sah lah puasanya tetapi belum wajib. Apabila sampai umurnya tujuh tahun, ibu-bapa atau penjaganya hendaklah melatihnya berpuasa, jika tiada sebarang halangan- sebagaimana yang disarankan oleh Rasulullah s.a.w. dalam hadis baginda mengenai solat. Apabila ia mencecah usia baligh, wajib lah atasnya berpuasa. Persoalan yang timbul Pendapat yang pertama mengatakan puasa tersebut adalah sah dan akan diberi ganjaran oleh Allah SWT, bahkan adalah disunatkan bagi penjaganya menganjurkannya berpuasa supaya ia dapat membiasakan dirinya dengan ibadat tersebut apabila dewasa kelak. 4. Niat pada waktu malam puasa fardhu: Dalam puasa wajib, niat harus di tetapkan sebelum fajar dan menyebutkan jenis puasanya.Niat ini biasanya terlaksana dengan makan sahur untuk berpuasa , maka hal itu sudah dianggap sah. Dalil untuk masalah ini adalah hadith yang di riwayatkan oleh penyusun Kitab-Kitab Sunan di mana Nabi s.a.w bersabda: “ Barangsiapa tidak menetapkan puasa sebelum fajar, maka tidak ada puasa baginya.” 5. Suci dari haid dan nifas: tidak sah puasa orang yang kedatangan haid dan nifas, malah diharamkan mereka berdua berpuasa. 6. Menahan dari perkara yang membatalkan puasa:Menahan diri di sini bermaksud menahan diri dari segala hal yang membatalkan puasa dari terbitnya fajar shadiq hingga terbenam matahari.Contohnya menahan diri daripada makan dan minum. 7. Puasa dilakukan pada hari-hari yang diharuskan berpuasa: hari-hari sepanjang tahun merupakan waktu yang harus berpuasa kecuali dua hari raya, hari-hari tasyrik dan hari syak.
  • 12. 12 Perkara – Perkara Sunat 1. Segera Berbuka Apabila terbenam matahari atau di kumandangkan azan manghrib, hendaklah segera berbuka puasa. 2. Melewatkan Waktu Sahur Hal ini sunah di lakukan selagimana tidak di khuatiri terbitnya fajar shadiq. 3. Memperbanyakkan Sedekah Dan Membaca Al-Quran. Hal ini kerana puasa sebagai pengingat akan penderitaan orang-orang miskin. Kebajikan yang dilakukan pada bulan ramadhan, mendapat pahala yang berlipat ganda. Lebih dari kebajikan-kebajikan yang dibuat di luar bulan Ramadhan . Allah berfirman dalam Hadis Qudsi Maksudnya: “Tiap-tiap kebaikan dibalas dengan 10 pahala hingga 700 pahala kecuali puasa, dia untuk-Ku dan aku akan membalasinya”. Mentadarus al-Quran secara beramai-ramai merupakan amalan utama di bulan Ramadhan. Maksud bertadarus adalah membaca al-Quran secara beramai-ramai, seorang demi seseorang sambil disemak oleh orang lain. 4. Mandi hadas besar sebelum terbit fajar. Bagi yang dalam berkeadaan berhadas, mandi sebelum terbit fajar adalah disunatkan. 5. Membaca doa sebelum berbuka puasa Rasulullah s.a.w ketika berbuka, baginda berdoa: “Ya Allah, kerana-Mu aku berpuasa dan atas rezeki dari-Mu aku berbuka” 6. Memberi jamuan berbuka kepada orang berpuasa Hadis riwayat al-Tirmizi dalam sunan al-Tirmizi, Kitab al-Shaum, hadis no: 735 menyatakan: Maksudnya: "Sesiapa yang menjamu makanan untuk berbuka bagi orang yang berpuasa, pahalanya sama seperti pahala orang yang berpuasa, iaitu paala orang yang berpuasa tidak di kurangkan walaupun sedikit."
  • 13. 13 Jenis - Jenis Puasa Puasa Wajib 1. Puasa pada bulan Ramadhan setiap tahun 2. Puasa Qada 3. Puasa Nazar 4. Puasa Kifarat (terhadap lelaki yang melakukan persetubuhan dengan isterinya pada siang hari bulan Ramadhan). Puasa Sunat 1. Hari Arafah, iaitu (9 Zulhijah). 2. 9 dan 10 Muharam 3. Hari isnin dan khamis 4. Puasa enam hari dalam bulan syawal 5. Puasa pada tiga hari pertengahan bulan iaitu 13,14 dan 15 haribulan pada setiap bulan Hijrah. Puasa Haram 1. Puasa pada hari raya Aidilfitri ( I Syawal) 2. Hari Raya Aidiladha ( 10 Zulhijah). 3. Puasapada hari Tasyrik iaitu 11, 12, dan 13 Zulhijah. 4. Puasa pada hari Syak iaitu pada 30 Syaban . Puasa Makruh 1. Puasa sunat pada hari Jumaat atau hari sabtu sahaja. 2. Puasa yang dilakukan sepajang tahun.
  • 14. 14 MASALAH – MASALAH DALAM BERPUASA: Perkara-Perkara Yang Membatalkan Puasa 1. Makan dan minum dengan sengaja Makan dan minum secara sengaja membatalkan puasa.Namun, sesiapa yang makan atau minum kerana terlupa pada siang hari di bulan Ramadhan, puasanya tetap sah. Menurut Abu Hurairah r.a, Rasulullah s.a.w telah bersabda: Maksudnya: ”Sesiapa terlupa ketika berpuasa lalu makan atau minum, dia hendaklah meneruskan puasanya kerana Allah sendiri telah memberi makan dan minum kepadanya.” Hadis Riwayat al-Bukhari dan Muslim 2. Keluar darah haid dan nifas Apabila seorang wanita mengalami haid (keluar darah) di siang hari pada bulan Ramadhan walaupun hanya beberapa ketika atau di saat ingin berbuka, puasanya terbatal. Dia harus berbuka puasa tetapi perlu mengqadaknya pada bulan lain. Aisyah r.a pernah ditanya mengenai keadaan wanita haid.Adakah dia perlu mengqadak puasa atau hanya mengqadak solatnya? Jawab beliau: Maksudnya: ” Kami (isteri Nabi s.a.w) juga pernah mengalami perkara itu.Oleh itu, kami diperintahkan mengqadak puasa tetapi tidak disuruh mengqadak solat.” Hadis Riwayat Muslim 3. Muntah dengan sengaja Sesiapa yang sengaja muntah seperti menjolok jari ke dalam mulut untuk mengeluarkan sesuatu, puasanya terbataldan wajib mengqadaknya pada bulan lain. Jika termuntah, puasanya tetapsah dan boleh meneruskan puasanya. Sabda Nabi s.a.w: Maksudnya: ”Sesiapa yang muntah (secara tidak sengaja) dalam keadaan berpuasa, dia tidak perlu mengqadaknya.Tetapi sesiapa yang sengaja memuntahkannya, dia wajib mengqadak puasa.” Hadis Sahih Riwayat Abu Daud 4. Berjimak pada siang hari Apabila seseorang telah melakukan jimak (persetubuhan), puasanya terbatal dan wajib mengqadak serta dikenakan kaffarah (denda) mengikut urutan iaitu membebaskan seorang hamba yang beriman. wajib berpuasa selama dua bulan berturut-turut dan hendaklah memberi makan kepada 60 orang miskin.
  • 15. 15 5. Mengeluarkan air mani dengan sengaja Mengenai air mani yang terkeluar disebabkan mimpi, puasanya tidak terbatal kerana bukan dari kehendaknya. Oleh itu, dia hanya perlu mandi junub dan meneruskan puasanya. Selain itu, sesiapa yang mencium atau memeluk isterinya tetapi air mani tidak terkeluar, puasanya tetap sah. Aisyah r.a berkata: Maksudnya: ” Rasulullah s.a.w biasa mencium dan memeluk isterinya dalam keadaan berpuasa.Tetapi, baginda adalah orang yang paling kuat menahan nafsunya.” Hadis Riwayat Muslim dan Abu Daud Termasuk sunnah baginda s.a.w melewatkan mandi junub selepas bersetubuh dengan isterinya. Kadangkala, baginda mandi junub ketika azan subuh sedang dilaungkan. 6. Memasukkan sesuatu ke dalam rongga hingga sampai ke halkum atau perut. Memasukkan sesuatu ke dalam rongga dengan sengaja dan tidak ada beza sama ada yang boleh dimakan atau tidak, termasuklah jugalah dalam kategori ini orang merokok. Ijma’ ulama mengatakan terbatal puasa. 7. Gila atau pengsan, sekiranya berlaku sepanjang hari dan dia tidak sedar walaupun satu saat maka batal puasanya . 8. Murtad, iaitu kluar daripada Agama Islam. Ulama’ bersepakat bahawa sesiapa yang murtad maka batallah puasanya dan wajib qadha’ hari yang ia murtad, sekiranya ia kembali memeluk Islam. 9. Pengsan sepanjang sehari Gila atau pengsan, sekiranya berlaku sepanjang hari dan dia tidak sedar walaupun satu saat maka batal puasanya.
  • 16. 16 Perkara – Perkara Yang Makruh 1. Memberus gigi selepas tergelincir matahari. Pendapat paling sahih ialah harus bersiwak (gosok gigi) pada setiap waktu ketika berpuasa sama ada sebelum gelincir matahari atau selepasnya. Mengenai pendapat yang memakruhkan bersiwak selepas matahari tergelincir berdasarkan hadis yang teramat dhaif sebagaimana yang diriwayatkan oleh al-Baihaqi dan al-Darulqutni. Sedangkan nabi s.a.w bersabda: Maksudnya: "Jika tidak menyusahkan umatku, pasti aku perintahkan mereka bersiwak (gosok gigi) setiap kali berwuduk untuk mengerjakan solat." Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim 2. Merasa Makanan dengan lidah Menurut fatwa para ulama kontemporari, perbuatan itu tidak membatalkan puasa selagi hadnya tidak sampai kepada halkum.Hukumnya makryh begitu juga masalah berkaitan penggunaan ubat gigi. Maksudnya: "Tidak mengapa seseorang yang merasai cuka atau apa sahaja dalam keadaan berpuasa selagi ia tidak memasuki halkum." Hadis riwayat Ibnu Abi Syaibah 3. Berbekam Apabila seseorang itu berbekam di siang Ramadhan ataupun puasa sunat adalah di bolehkan dan tidak membatalkan puasa tersebut.Kerana Rasulullah s.a.w pernah berbekam ketika Baginda sedang berpuasa. Sebagaimana hadis yang diriwayatkan oleh Ibnu ‘Abbas Radiallahu ‘anhuma, beliau berkata yang maksudnya : "Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam pernah berbekam padahal Baginda sedang berpuasa" Hadis riwayat Bukhari 4. Berkumur secara berlebihan. Berkumur-kumur secara berlebihan hukumnya makruh sahaja dan tidak membatalkan puasa, cuma jika berlebihan berkumur ulama Syafie mengatakannya terbatal. Justeru, jauhilah berlebihan di ketika puasa adalah lebih baik. 5. Terlalu kerap mandi Tiada masalah untuk orang berpuasa mandi, ia tidak membatalkan puasa. Dalilnya adalah hadis yang menunjukkan Nabi s.a.w mengizinkan orang yang junub mandi selepas waktu subuh.Namun, hukum makruh bagi orang yang terlalu kerap mandi.
  • 17. 17 RUJUKAN 1. Dr. Zulkifkly Muda(2009), Isu – Isu Dalam Ibadat Puasa, Kuala Lumpur , Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) 2. Hammudah Abdalati(1986), Islam Suatu Kepastian,Riyadh, International Islamic Federation of Student Organization. 3. http://ms.wikipedia.org/wiki/Ibadat_puasa 4. Dr. Engku Ahmad Zaki Bin Engku Alwi(2007), Ihya’ Ramadhan,Terengganu, Yayasan Islam Terengganu. 5. Hassan Haji Ali(1993), Matla’ Al – Badrain(Jilid1), Kuala Lumpur , Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) 6. http://ibadahpuasa-ting2.blogspot.com/2008/10/pengertian-puasa.html