Lampiran 4 _ Lembar Kerja Rencana Pengembangan Kompetensi DIri_Titin Solikhah...
Konsep Tamadun Menurut Al Quran
1. AIN ATIYA AZMI BT NAZMI
TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA TENGGARA
THE CONCEPT OF CIVILISATION IN THE QURAN
1. Berdasarkan kepada definasi tamadun dalam artikel tersebut, apakah ciri
perbezaan utama antara konsep tamadun Islam dan tamadun lain. (3 markah)
Menurut Ensiklopedia Brittanica, tamadun merupakan pencapaian tertinggi dalam
segi intelek, material dan budaya yang diukur oleh kemajuan dalam bidang sains dan
sastera. Perbezaan utama tamadun Islam dengan tamadun lain ialah tamadun Islam bukan
sekadar menekankan pembangunan lahiriah atau material sahaja akan tetapi mencakupi
keunggulan rohaniah dan pekerti. Segala hal keduniaan merupakan usaha untuk ke alam
akhirat, oleh itu tamadun Islam mengiktiraf pembangunan manusia dalam dua dimensi iaitu
alam fizikal dan juga alam metafizikal. Pembangunan dalam bidang sains dan teknologi,
politik dan ekonomi adalah berteraskan keimanan kepada Tuhan dan penerapan nilai-nilai
murni.
2. Mengikut syarat-syarat kebangkitan satu Tamadun , apakah
kekurangan/kelemahan yang membantutkan kecermerlangan Tamadun umat Islam
pada masa sekarang menurut analisa anda. ( sebutkan 3 sebab sahaja dan huraikan
dengan ringkas). 4 markah
Umat Islam telah mengabaikan usaha pemantapan ilmu. Mereka tidak serius untuk
menguasai ilmu dalam sesuatu bidang terutamanya sains dan teknologi. Hal in bertentangan
dengan sebab kebangkitan tamadun di mana pemerkasaan ilmu digandingkan dengan
ketakwaan terhadap Tuhan. Umat Islam dewasa ini sudah megabaikan tuntutan fardhu
kifayah yang menyebabkan mereka mundur.
Seterusnya, mereka juga tidak lagi menitikberatkan keluhuran pekerti. Di peringkat orang
bawahan, terdapat kurangnya ukhuwah dan saling prihatin sementara di peringkat orang
atasan atau pemerintah, berlakunya korupsi, kemewahan yang berlebihan dan pembaziran.
Selain itu, terdapat penindasan terhadap golongan yang miskin dan lemah. Hak-hak asasi
individu yang wajib dipertahankan iaitu agama, keturunan, nyawa, harta dan intelek tidak
diaplikasikan pada golongan minoriti.
3. Menurut kefahaman anda, adakah umat-umat terdahulu runtuh/musnah kerana
azab Allah semata atau kerana ada faktor-faktor semula jadi yang membawa
kepada keruntuhan/kemusnahan tamadun mereka. (3 markah)
Umat terdahulu musnah disebabkan oleh faktor semulajadi iaitu hukum sebab dan
akibat, bukan sekadar lantaran azab Allah kerana tidak beriman kepada ajaran agama.
Umat terdahulu telah melampaui batas dan melakukan pelbagai kemungkaran di dalam
komuniti mereka seperti melakukan hubungan sejenis, merampas harta orang lain dan
mengambil nyawa tanpa hak. Tamadun yang berlaku tidak adil sudah pasti gagal
mempertahankan kegemilangan mereka dan hal ini juga merupakan janji Tuhan di dalam
al-Quran.