Dokumen tersebut membahas tentang proses komunikasi massa dan elemen-elemennya seperti sumber, pesan, saluran, penerima, dan umpan balik. Juga membahas sejarah perkembangan media massa dari bahasa hingga media digital dan media sosial."
3. Elemen- elemen dalam Proses
Komunikasi
Sumber ( A Source )
Merupakan punca sesuatu utusan.
Sumber boleh terdiri daripada seorang individu, satu kumpulan, persatuan atau organisasi.
Dalam proses komunikasi, sumber ialah sesiapa yang mempunyai pendapat, fikiran, perasaan,
atau utusan yang ingin disampaikan kepada orang lain.
Enkod (A Process of Encoding )
Usaha sumber untuk mengolah idea di dalam satu pakej yang boleh disalurkan/ menggubal apa
yang ingin disampaikan.
Utusan (A Message)
Sesuatu yang ingin disampaikan oleh sumber kepada orang lain.
Merupakan isi kandungan maklumat yang meliputi idea, perasaan, fikiran, pendapat atau fakta.
Contoh; cerita, cerpen, novel, filem, rancangan TV, berita atau lirik lagu, iklan di akhbar, papan
tanda atau laman web.
Utusan @ Mesej dalam komunikasi massa amat berstruktur dan diterima oleh khalayak yang
ramai.
4. SAMBUNG….
Saluran ( A Channel )
Usaha sumber menghantar mesej / perantaraan yang membawa mesej daripada
sumber kepada penerima.
Pemilihan saluran adalah penting kerana ia mempengaruhi keberkesanan komunikasi.
Media massa merupakan saluran yang sering digunakan. Setiap saluran mempunyai
kekuatan dan kelemahan yang tersendiri.
Contoh; telefon, suratkhabar, televisyen, radio dan internet.
Dekod ( A Process of Decoding )
Usaha penerima untuk mentafsirkan mesej yang diterimanya.
Penerima ( A Receiver ).
Ialah sasaran sesuatu utusan.
Penerima mungkin seorang individu, kumpulan kecil, sebuah organisasi, ataupun
sejumlah orang yang ramai.
Dalam komunikasi massa, penerima utusan dikenali sebagai khalayak massa.
5. SAMBUNG….
Maklumbalas ( Feedback)
Tindak balas/ reaksi penerima terhadap mesej yang diterimanya.
Maklumbalas adalah penting untuk mengukur keberkesanan komunikasi.
Gangguan ( Noise )
Ialah apa sahaja perkara yang menggangu dalam proses penyampaian
utusan.
Berlaku apabila penerima tidak dapat menerima utusan dengan jelas atau
tepat sebagaimana yang disampaikan oleh sumber.
Gangguan terjadi disebabkan beberapa faktor seperti persekitaran, psikologi
ataupun disebabkan saluran yang digunakan.
Terdapat 3 jenis gangguan;
Semantik: berlaku apabila pemahaman yang belainan terhadap makna
perkataan atau ayat.
Mekanikal : gangguan terjadi apabila terdapat masalah pada alat yang
digunakan untuk berkomunikasi.
Persekitaran: gangguan yang datang dari persekitaran luar. Contohnya;
bunyi bising ketika berbual di kafe.
6. DEFINISI
Definisi komunikasi massa
Maklumat disampaikan melalui perantaraan media kepada
khalayak yang terdiri daripada sekumpulan individu tanpa
bersemuka.
Perantaraan media yang digunakan ialah media massa seperti
radio, televisyen, akhbar, majalah atau buku. Dengan adanya
perantaraan ini maka penyampai dan penerima tidak lagi perlu
berdekatan.
Definisi Media Massa
‘Medium’ @ ‘Media’ ialah saluran yang digunakan untuk
menyampaikan maklumat.
‘Media vehicle’ ialah komponen-komponen atau alat dalam
saluran yang digunakan untuk menyampaikan maklumat.
8. MODEL WESTLEY-MACLEAN
A : Komunikator ( sumber) yang menyebarkan
utusan
untuk tujuan-tujuan tertentu.
B : Penerima atau Khalayak.
C : Perantaraan (saluran ) di antara X dan B.
X1, X2, X3.. X00 : Objek, peristiwa atau isu yang
mungkin ada kaitan dengan permasalahan B.
9. CIRI-CIRI MEDIA TRADISIONAL
Media tradisional ialah bentuk penggunaan saluran
yang digunakan untuk menyampaikan sesuatu
maklumat secara komunikasi sehala kepada
khalayak massa yang ramai.
Khalayak kepada media tradisional dianggap
homogeneous iaitu memproses maklumat mengikut
persamaan minat dan karaktor.
Di antara media tradisional yang digunakan seperti
suratkhabar, majalah, radio, televisyen dan wayang
gambar.
10. CIRI-CIRI MEDIA MODEN @
BARU
Media moden atau ‘Media Baru’ ialah penggunaan media interaktif atau
multimedia yang tidak menghadapi apa juga sekatan ke atas transmisi yang
melampaui jarak dan waktu.
Khalayak kepada media baru terdiri daripada khalayak yang aktif berbanding
media tradisional.
Lazimnya, apa sahaja penyebaran maklumat atau perkhidmatan komunikasi
yang melibatkan penggunaan secara digital dikenali sebagai media baru.
Contoh; komputer dan Internet, Media digital seperti CDs, DVDs and MP3,
laman sosial seperti facebook, MySpace, Video interaktif dan Youtube.
Ciri-ciri media baru;
Simbiosis (Symbiosis)
Media saling berhubungkait di antara satu sama lain untuk mencapai
manfaat yang sama.
Percantuman ( Convergence)
Khalayak boleh mendapat informasi melalui media cetak dan juga atas
talian, informasi yang sama juga boleh ditonton di televisyen. Kadangkala
informasi tersebut turut disalurkan melalui dokumentari atau program
tertentu.
12. PERANAN KOMUNIKASI MASSA
Dominick (2009) umpamanya melihat fungsi media
massa dari perspektif berikut.
Analisis MAKRO
Fungsi media massa kepada masyarakat
keseluruhannya.
Masyarakat berkongsi menggunakan media yang
sama.
Analisis MIKRO
Individu sebagai penerima/khalayak.
13. FUNGSI KOMUNIKASI MASSA
TERHADAP MASYARAKAT
Mengawasi
Menginterpretasi
Menghubung
Sosialisasi dan Menyebarkan Nilai
Menghibur
14. SAMBUNG…
Mengawasi
(a) Memberi Amaran
Untuk mengingatkan khalayak ( masyarakat)
terhadap sesuatu kejadian yang dijangkakan akan
berlaku.
Contoh; amaran tsunami, gempa bumi.
(b) Pengawasan Instrumental
Membantu masyarakat. memperoleh maklumat
tertentu yang mereka perlukan.
Contoh; harga di bursa saham, produk baru, idea
fesyen, resepi dan sebagainya
15. SAMBUNG…
Menginterpretasi
Media massa bukan hanya membekalkan fakta dan
data tertentu. Ia juga memberikan maklumat tentang
matlamat, maksud dan kesignifikan sesuatu
peristiwa.
Pengampang media akan menentukan mana berita
yang penting yang akan disebarkan menurut
kepentingan dan keutamaannya.
Selain dari menyiarkan berita, media juga
menyediakan ruang untuk komentar pembacanya.
Interpretasi maklumat juga boleh didapati di halaman
editorial surat khabar.
16. SAMBUNG…
Menghubung (Linkage)
Media massa berkebolehan menggabungkan
elemen yang berbeza di dalam masyarakat.
Fungsi menyampaikan mesej kepada khalayak
merupakan peranan yang dilakukan oleh media.
Komuniti yang terpisah tetapi berkongsi kepentingan
bersama juga dapat disatukan oleh media.
Membentuk komuniti maya - untuk berkongsi
pendapat dan pengalaman hidup dengan orang lain.
Mencipta perhubungan dan menyatukan kumpulan
sosial yang dulunya tidak menyedari bahawa
mereka mempunyai minat yang serupa.
17. SAMBUNG..
Sosialisasi dan Menyebarkan Nilai
Fungsi mensosialisasi merujuk cara individu menerima
perlakuan dan nilai sesebuah kumpulan.
Media massa memaparkan tentang pelbagai nilai masyarakat
dan amalan mereka yang berbeza-beza.
Menerusi pemerhatian, pendengaran dan pembacaan,
seseorang itu dapat mempelajari bagaimana sesebuah
masyarakat bertindak dan apakah nilai yang dibawa oleh
mereka.
Kadang kala media sengaja memupuk nilai di dalam diri
khalayak.
18. SAMBUNG..
Menghibur (Entertainment)
Bertujuan untuk melapangkan fikiran.
Kebanyakan program di televisyen bertujuan memberi
hiburan kepada khalayak.
Khalayak menggunakan wang dan masa mereka menonton
wayang, mendengar muzik, menyewa video, melihat
rancangan komedi di televisyen dan melayar internet.
19. MENGGUNAKAN KOMUNIKASI
MASSA
Memenuhi Keinginan untuk Mengetahui.
Manusia mempunyai sifat ingin tahu. Tujuannya adalah untuk memuaskan
diri dengan memperolehi apa yang ingin diketahuinya atau menambah ilmu
pengetahuan.
Menjauhi Realiti
Meringankan ketegangan, membangkitkan semangat atau merehatkan diri
atau mengurangkan tekanan emosi.
Mengelak dan Mengasingkan Diri
Dalam keadaan tertentu, seseorang itu menggunakan media untuk
mengasingkan diri atau mengelak dari terpaksa berkomunikasi dengan
sesorang yang lain atau dari melakukan sesuatu.
Untuk Bersosial
Seseorang dapat berinteraksi dan memberi idea tentang sesuatu yang
berlaku.
23. BAHASA
Manusia mula berhubung dengan menggunakan bahasa Isyarat (non-verbal).
Pada kurun berikutnya bahasa berkembang menjadi sistem-sistem simbol
yang semakin kompleks dengan sedikit pembaharuan.
Komunikasi terhad dengan keadaan bersemuka.
Ketetapan dalam menyampaikan maklumat kepada khalayak/ bilangan yang besar
adalah terhad kepada keupayaan manusia mengingati butir-butir dengan baik.
Manusia menggunakan bahasa untuk berhubung di antara satu sama lain secara
lisan atau tulisan agar mereka dapat menerima, memahami dan berkongsi makna lambang,
perkataan, ungkapan dan ayat yang dicipta.
Lambang-lamabang binatang dilukis di dinding gua, perhiasan tembikar, dan juga
tatoo di tubuh manusia sebagai ‘media’ komunikasi.
Asap api, pukulan gendang, gerak tari (media komunikasi untuk berhubung sama ada jarak jauh
atau dekat.
24.
PENULISAN pada masa dan tempat yang
Berkembang secara bebas
berlainan di dunia, contohnya di Mesir dan kerajaan Maya di
Amerika Tengah.
Kemahiran menulis memberi kuasa kepada manusia untuk
menguasai persekitaran dan manusia lain.
Dalam sistem beraja pada zaman silam, pengetahuan dan
kuasa yang diperolehi daripada kebolehan menulis dan
membaca dijaga rapi oleh pihak pemerintah dan para rahib
atau paderi. Ini kerana kebolehan ini merupakan kemahiran
yang bernilai.
Bentuk penulisan awal (glyphs) terhad pada ukiran batu di
tempat-tempat ibadat dan monumen-monumen.
2500 sebelum Masihi - orang Mesir menemui cara membuat
kertas daripada daun lontar (Papyrus).
Mendorong jurutulis memudahkan penulisan tulisan glyphs.
Media ini digunakan untuk menyampaikan utusan raja dan
merakamkan pelbagai maklumat.
Menggalakkan penubuhan sekolah-sekolah untuk mengajar
kemahiran menulis.
25. REVOLUSI PERCETAKAN
Sebelum Abad ke 15, buku-buku disalin dengan
menggunakan Manu scripti (menggunakan tulisan
tangan).
Kekangan masa, buku dijual adalah terhad dan hanya
dimiliki oleh mereka yang berkemampuan.
Revolusi
percetakan
membawa
perubahan.
Penggunaan alat cetak memudahkan proses
penyalinan buku. Beribu-ribu naskah dapat disalin
dengan cepat dan tepat.
Kemahiran literasi semakin meningkat.
Idea asas tentang suratkhabar berkembang awal di
Eropah, England dan Amerika Utara. Akhbar harian
yang pertama Daily Courant (1702) diikuti Revue
(1704).
Berlaku era Kewartawanan Penny ‘Penny Press’
disebabkan pasaran suratkhabar yang semakin
meluas.
26. MEDIA ELEKTRONIK
Pada abad ke-19, alat telegraf menjadi kenyataan.
Bermula awal abad ke-20, wayang gambar
diperkenalkan dan menjadi salah satu bentuk
hiburan sekeluarga.
Menggunakan teknik ‘persistence of vision’ untuk
kamera dan filem.
Kemunculan Televisyen telah menurunkan populariti
wayang gambar. Masyarakat lebih cenderung
membeli tv dan menontonnya di rumah berbanding
menonton filem di panggung.
Guglielmo Marconi telah menggunakan kaedah
wayarles untuk menyampaikan kod-kod lebih dari
sebatu di kediaman bapanya.
Sistem gelombang dibina dari menggunakan sistem
AM ‘Amplitude Modulation’ kepada FM ‘ Frequency
27. MEDIA BARU
Digital information – eg; online newspapers, e-
books, e-commerce. Etc.
Mobile Media – portable, interconnected,
wayarless.
Social Media – website, share information with
others. Eg; friendster, mySpace, facebook.