Kurikulum Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran membina pendekatan proses pengajaran dan pembelajaran yang lebih fleksibel, menarik, berfokus, dan bersesuaian dengan keupayaan murid. Ia menekankan pendidikan yang menyeluruh dan bersepadu, pembelajaran yang menggembirakan dan bermakna, serta pendidikan sepanjang hayat. Kurikulum ini menggunakan pelbagai pendekatan, kaedah, teknik dan aktiviti pengajaran untuk mem
1. KURIKULUM PENDIDIKAN KHAS BERMASALAH PEMBELAJARAN Kurikulum Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran dibina supaya dapat menyediakan pendekatan proses pengajaran dan pembelajaran yang lebih fleksibel, menarik,berfokus,dan bersesuaian dengan keupayaan serta kebolehan murid PKBP.
2.
3. KEPELBAGAIAN KEUPAYAAN INDIVIDU Akta Pendidikan 1996, Peraturan-peraturan Pendidikan (Pendidikan Khas) 1997 Bahagian II 3(2) “ Seseorang murid dengan keperluan khas adalah boleh dididik jika dia mampu untuk mengurus diri sendiri tanpa bergantung kepada orang lain dan disahkan oleh panel yang terdiri daripada pengamal perubatan,pegawai Kementerian Pendidikan dan pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat, sebagai berupaya mengikuti program Pendidikan Kebangsaan layak untuk menghadiri program pendidikan khas…….”
4. 1. Menyeluruh dan Bersepadu PRINSIP UTAMA Memberi fokus kepada potensi individu meliputi aspek jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial. Potensi ini hendaklah dipertingkatkan melalui penglibatan kumpulan pelbagai disiplin secara kolaboratif dan bersepadu
5. PRINSIP UTAMA 2. Pembelajaran yang Menggembirakan dan Bermakna Proses pengajaran dan pembelajaran yang meransang dan mengekalkan minat murid berkeperluan khas kepada pembelajaran dalam suasana yang kondusif serta diberikan pendedahan kepada persekitaran sebenar.
6. PRINSIP UTAMA 3. Pendidikan Sepanjang Hayat Pemerolehan ilmu pengetahuan dan kemahiran di alam persekolahan yang dapat menjana peluasan ilmu secara berterusan untuk digunakan dalam kehidupan seharian dan juga kerjaya .
7. BIDANG PEMBELAJARAN Bidang pengurusan kehidupan Bidang Akedemik Berfungsi Bidang Kerohanian dan Nilai-nilai Murni Bidang Sosial,Riadah dan Kreativiti Pengurusan Diri Kemahiran Manipulatif Pengurusan Tingkah Laku Kemahiran Hidup Bahasa Melayu Matematik Bahasa Inggeris Multimedia Pendidikan Agama Islam Pendidikan Moral Pendidikan Jasmani Pend. Muzik,Gerakan dan Drama Sains, Sosial dan Alam Sekitar Pendidikan Jasmani
8. PERATURAN-PERATURAN PENDIDIKAN (PENDIDIKAN KHAS) 1997 “ Guru-guru boleh mengubah suai kaedah atau teknik pengajaran atau pembelajaran, masa bagi aktiviti dan susunan aktiviti,mata pelajaran dan bahan bantu mengajar bagi mencapai tujuan dan matlamat Pendidikan Khas.
9. PENGAJARAN Sesuatu proses berkaitan dengan penyebaran ilmu pengetahuan atau kemahiran supaya pelajar-pelajar dapat mempelajari dan menguasainya dengan berkesan. Melalui pengajaran, pelajar berubah dari tidak tahu kepada tahu. Terdapat beberapa model pengajaran yang dipraktikkan oleh guru-guru pada masa kini. Mengikut Thomas F. Green, tujuan mengajar ialah menukar tingkah laku dan kelakukan pelajar melalui perolehan ilmu pengetahuan atau kepercayaan baru.
10. PEMBELAJARAN Pembelajaran merupakan satu proses berterusan. Menurut kamus dewan(1994), pembelajaran adalah usaha memperoleh ilmu pengetahuan, menuntut ilmu pengetahuan. Proses ini mengkehendaki pelajar melalui pengalaman seperti mendapat penerangan guru, membuat latihan bertulis atau amali sehingga berlaku perubahan dalam diri pelajar. Robert M. Gagne (1970) dalam bukunya 'The Condition of Learning' mendefinisikan pembelajaran sebagai perubahan tingkah laku atau kebolehan seseorang yang dapat dikekalkan, tidak termasuk perubahan yang disebabkan proses pertumbuhan
25. PENUTUP KETEPATANDAN KEBIJAKSANAAN MEMILIH PENDEKATAN SERTA KECEKAPAN MERANCANG KAEDAH, TEKNIK DAN AKTIVITI DALAM SESUATU PENGAJARAN AKAN MEMBANTU GURU MENCAPAI OBJEKTIF YANG DISASARKAN. SEKIAN…….