SlideShare une entreprise Scribd logo
1  sur  6
“Kesan Arak dalam Kehidupan Manusia” – Khutbah
Jumaat
Apabila kita menyingkap sejarah bermulanya arak diharamkan pada zaman
perkembangan Islam dahulu, jelas membuktikan bahawa mudharat arak yang membawa
kerosakan adalah melebihi manfaat atau kebaikannya. Arak adalah sejenis minuman
kegemaran bangsa Arab pada zaman Jahiliah sebelum diharamkan, malah sesudah
kedatangan Islam sebahagian para sahabat Rasulullah s.a.w. pun masih lagi meminumnya,
kerana ketika itu larangan meminumnya belum lagi berkuatkuasa. Arak dijadikan sebagai
minuman utama dalam sesuatu majlis serta diterima sebagai suatu adat.
Dalam satu kejadian, seorang sahabat Rasulullah telah mengadakan keramaian di
rumahnya dan di antara tetamunya termasuklah salah seorang sahabat yang kanan.
Apabila arak dijadikan hidangan, hasilnya mereka menjadi mabuk dan apabila masuk
waktu maghrib, beliau mengimami solat maghrib dengan membaca sepotong ayat dari
Surah Al-Kaafirun. Akibat mabuk arak beliau telah mengubah ayat dalam surah tersebut
tanpa sedar menjadi makna, “Aku sembah seperti apa yang kamu sembah,
wahai orang-orang kafir”.
Dalam peristiwa yang lain seorang lelaki Ansar telah mengadakan jamuan di rumahnya
dan tetamunya termasuklah seorang Muhajirin. Dalam keadaan mabuk lalu ia bangun dan
bersyair dengan memuji kaumnya yang gagah berani sambil menghina dan mencaci kaum
Ansar yang dikatakannya sebagai penakut. Mendengar cacian itu seorang lelaki Ansar
terus memukulnya sehingga berdarah. Selepas kejadian itu wahyu pun diturunkan iaitu
pada Surah Al Maaidah ayat 91:
“Sesungguhnya syaitan mahu menimbulkan permusuhan dan perasaan saling benci-
membenci di antara kamu dengan sebab meminum arak dan permainan judi serta
memalingkan kamu dari mengingati Allah dan mengerjakan sembahyang, maka
mahukah kamu berhenti dari melakukan perbuatan yang keji dan kotor itu?”
Semenjak peristiwa itulah arak telah diharamkan secara muktamad oleh Allah Subhanahu
Wata’ala.
Arak sememangnya sinonim dengan alkohol. Ia merupakan perosak masyarakat sejak
zaman berzaman. Ketagihan alkohol secara berterusan akan mengakibatkan kehilangan
nyawa yang tidak terkira serta menyebabkan kesengsaraan kepada jutaan manusia di
seluruh dunia. Alkohol merupakan punca pelbagai masalah yang dihadapi oleh
masyarakat. Statistik kadar jenayah yang meninggi, kekerapan kemalangan jalan raya,
pertambahan kes penyakit mental, bunuh diri, perzinaan dan keruntuhan institusi
keluarga di serata dunia menjadi bukti kepada kuasa perosak alkohol.
Pengharaman alkohol atau arak jelas dinyatakan dalam Al-Quran surah Al-Maidah ayat
90:
“Wahai orang-orang yang beriman, sesungguhnya arak, judi, pemujaan berhala dan
bertenung nasib dengan anak-anak panah, adalah perkara keji yang termasuk
perbuatan syaitan. Oleh itu, hendaklah kamu menjauhinya agar kamu berjaya”.
Sidang jumaat yang dikasihi Allah,
Ketegasan hukum Islam menyatakan bahawa peminum arak, pengangkat dulang arak,
orang yang menyediakan arak, yang menjual arak akan terlibat dengan kesalahan dan
dosa. Ini bermakna, pendirian agama sangat keras ke atas arak.
Pada zaman ini, sudah ada van atau lori jenama arak pemandunya beragama Islam. Kita
lihat telah ada pemuda-pemuda Islam menjual arak di gerai-gerai berpayung di tempat-
tempat pelancongan atau peranginan, bekerja di kedai atau pasar raya yang menjual arak
dan mabuk terhoyong- hayang kerana arak.
Pada hari ini juga kita telah terdengar muda-mudi Melayu seramai 2,000 orang terlibat
dalam Pesta Tarian secara terbuka di Genting Highland yang menyediakan arak sebagai
minuman daripada waktu petang sehingga ke esok paginya seperti yang dilaporkan oleh
Berita Harian 09 Mac 2005.
Barangkali, sudah ada Syarikat Arak di Papan Pertama, Kedua di Bursa Saham dan sudah
ada Kapitalis Melayu, orang Islam yang melabur dalam Sektor Perkilangan Arak.
Tetapi jelas ketika turunnya ayat mengenai arak apakah ada kesedaran di kalangan
masyarakat Islam yang terlibat dengan arak sama ada minum atau bekerja atau
bergelumang dengan arak dapat berhenti setelah faham dan sedar bahawa Islam tidak
pernah menghalalkan semua aktiviti yang berkait dengan arak ini?.
Sidang Jumaat yang dimuliakan,
Pada hari yang mulia ini, marilah sama-sama kita bertanya pada diri kita kenapa arak
membawa kesan yang sangat buruk dalam kehidupan manusia dan kenapa ia diharamkan
oleh Islam?. Sebahagian sebabnya adalah:
1. Merosakkan akhlak dan akidah dengan memalingkan manusia daripada beriman
kepada Allah S.W.T dan merosakkan syakhsiahnya.
2. Dari aspek sosial boleh menimbulkan permusuhan dan kebencian di antara manusia,
memporak-perandakan rumah tangga, keluarga, masyarakat dan negara.
3. Merosakkan kesihatan manusia seperti tekanan darah tidak menentu, rosaknya urat
saraf, menyebabkan hepatitis, jantung, rosak buah pinggang, kanser, angin ahmar,
lumpuh, keracunan, dan gila.
4. Ketagihan arak atau alkohol akan mengakibatkan kehilangan nyawa serta
menyebabkan kesengsaraan kepada jutaan manusia di seluruh dunia.
5. Kesan panjang alkohol akan membawa perubahan metabolisma kepada akal fikiran,
organ hati dan menyekat peranan otak dari berfungsi dengan baik.
6. Kes zina, rogol, sumbang mahram dan AIDS lebih tinggi di kalangan peminum alkohol.
Menurut kajian Biro Keadilan Mangsa Jenayah Kebangsaan (Jabatan Keadilan Amerika
Syarikat) pada tahun 1996 sahaja, purata 2,713 kes rogol berlaku setiap hari. Statistik ini
menunjukkan bahawa kebanyakkan perogol mabuk semasa melakukan jenayah tersebut.
7. Menurut statistik rasmi di United Kingdom, alkohol menyebabkan hampir 45-46%
kejadian jenayah, ia juga melibatkan 39% keganasan dalam rumah tangga dan kajian juga
menunjukkan hampir sejuta serangan ganas yang berlaku dalam tahun 2007-2008,
dipercayai dilakukan oleh mereka yang sedang mabuk atau separa mabuk.
8. Minum arak adalah ibu segala kejahatan dan merupakan sebesar-besar dosa. Ini
dijelaskan oleh hadis Nabi s.a.w. riwayat At-Tabrani:
“Arak adalah ibu segala kejahatan dan ianya adalah sebesar-besar dosa”.
9. Sesuatu yang banyak memabukkan sekalipun sedikit hukumnya tetap haram
berdasarkan hadis Nabi s.a.w. riwayat Ahmad, Tirmizi, An-Nasai dan Abu Daud:
“Tiap-tiap suatu yang memabukkan dalam jumlah yang banyak atau sedikit maka
hukumnya adalah haram”.
Oleh itu tidak ada alasan untuk meminum arak walau pun seteguk atau pun setitik.
10. Orang yang minum arak dan urusan yang berkaitan dengannya akan dilaknat dan
dimurkai oleh Allah S.W.T. Sabda Nabi s.a.w. yang diriwayatkan oleh at-Tirmizi, Ibnu
Majah daripada Anas Radhiallahu ‘Anhu yang bermaksud;
“Sepuluh orang yang dikutuk Allah berkaitan dengan arak ialah pembuatnya,
pengedarnya, peminumnya, pembawanya, pengirimnya, penuangnya, penjualnya,
pemakan wang hasilnya, pembayarnya dan juga pemesannya.”
Dengan ini jelaslah semua urusan yang berkaitan dengan arak menjadi haram dan dilaknat
oleh Allah S.W.T.
Sidang jumaat yang dirahmati Allah sekalian,
Hukum Islam menjelaskan, bahawa pesalah minum arak akan dikenakan hukuman berupa
sebatan, sebagaimana dijelaskan oleh hadis Nabi s.a.w. riwayat Abu Daud:
“Apabila mereka minum arak, sebatlah mereka, dan kemudian jika mereka minum lagi,
sebatlah mereka dan kemudian jika mereka minum lagi, sebatlah mereka”.
Apa yang penting kita sebagai umat Islam hendaklah ‘akur dengan undang-undang
Jenayah Syari’ah dan mengambil ‘iktibar daripadanya dan tidak terjebak sama sekali
untuk melakukannya. Inilah hikmah pelaksanaan Hukum Syarak, ianya mampu
membendung jenayah secara berleluasa.
Justeru, di antara tujuan syarak itu diturunkan ialah menjaga akal agar manusia boleh
hidup dalam keadaan aman dan tenteram, tidak berpandukan akal yang cacat dan
keliru kerana mabuk, yang natijahnya akan membawa kepada kerosakan moral, kecacatan
iman, memporak-peranda dan mengacau-bilaukan masyarakat.
Kita bersyukur dengan kepekaan Kerajaan, Negeri Selangor yang berusaha bersungguh-
sungguh untuk memartabatkan kembali Islam kepada kedudukan yang tinggi dengan
menguatkuasakan Enakmen Jenayah Syari’ah seperti pengharaman penjualan arak di
premis-premis majoritinya umat Islam, dengan tujuan menjaga dan memelihara akal
manusia agar terhindar daripada kerosakan. Apabila rosak akal, maka rosaklah agama,
sebaliknya jika akal sejahtera, maka sejahteralah agama dan seluruh alam ini.
Marilah sama-sama kita memastikan persekitaran kita bebas daripada perkara-perkara
penderhakaan kepada Allah termasuk bebas daripada arak yang mengundang seribu
maksiat, mudah-mudahan pembendungan gejala sosial akan berjaya kita tangani dengan
sebaiknya.
“Wahai sekalian manusia!, makanlah dari apa yang ada di bumi, yang halal lagi baik,
dan janganlah kamu ikut jejak langkah syaitan; kerana sesungguhnya syaitan itu ialah
musuh yang terang dan nyata bagi kamu”.

Contenu connexe

Tendances

Kaedah menghafaz al quran
Kaedah menghafaz al quranKaedah menghafaz al quran
Kaedah menghafaz al quranSohib AlQuran
 
Pengenalan ulum hadis-HADIS RIWAYAH & HADIS DIRAYAH
Pengenalan ulum hadis-HADIS RIWAYAH & HADIS DIRAYAHPengenalan ulum hadis-HADIS RIWAYAH & HADIS DIRAYAH
Pengenalan ulum hadis-HADIS RIWAYAH & HADIS DIRAYAHFarra Shahirra
 
Pel. 25 unit 2 persaudaraan antara muhajirin dan ansar
Pel. 25 unit 2 persaudaraan antara muhajirin dan ansarPel. 25 unit 2 persaudaraan antara muhajirin dan ansar
Pel. 25 unit 2 persaudaraan antara muhajirin dan ansarZuraihi Razali
 
Bab 13 islam agama fitrah
Bab 13 islam agama fitrahBab 13 islam agama fitrah
Bab 13 islam agama fitrahNUR
 
Ibadat Haji & Umrah Jenis Haji & Umrah
Ibadat Haji & Umrah Jenis Haji & UmrahIbadat Haji & Umrah Jenis Haji & Umrah
Ibadat Haji & Umrah Jenis Haji & UmrahRedzwan Mutalib
 
Kenapa kita solat
Kenapa kita solatKenapa kita solat
Kenapa kita solatHJWANZ
 
T3 bab 21 perjanjian hudaibiah dan pembukaan kota makkah unit 1
T3 bab 21   perjanjian hudaibiah dan pembukaan kota makkah unit 1T3 bab 21   perjanjian hudaibiah dan pembukaan kota makkah unit 1
T3 bab 21 perjanjian hudaibiah dan pembukaan kota makkah unit 1Abdul Muhaimin Jasri
 
Ulum Hadis: Klasifikasi Hadis
Ulum Hadis: Klasifikasi HadisUlum Hadis: Klasifikasi Hadis
Ulum Hadis: Klasifikasi HadisZafirah Abdullah
 
Tilawah Al-Quran: Tanda Syaddah
Tilawah Al-Quran: Tanda SyaddahTilawah Al-Quran: Tanda Syaddah
Tilawah Al-Quran: Tanda SyaddahCikgu Farah
 
Power point israk mikraj
Power point israk mikrajPower point israk mikraj
Power point israk mikrajShukriah Abu
 
Senarai Qiraat Sab'ah (Imam Tujuh)
Senarai Qiraat Sab'ah (Imam Tujuh)Senarai Qiraat Sab'ah (Imam Tujuh)
Senarai Qiraat Sab'ah (Imam Tujuh)Noor Aziah Mamat
 
Akidah Ahli Sunnah wal Jamaah: Sejarah dan Perkembangannya
Akidah Ahli Sunnah wal Jamaah: Sejarah dan PerkembangannyaAkidah Ahli Sunnah wal Jamaah: Sejarah dan Perkembangannya
Akidah Ahli Sunnah wal Jamaah: Sejarah dan PerkembangannyaAhmad Zaki Abdul Latiff
 
Teks pengacara majlis program sambutan maulidur rasul pada 10
Teks pengacara majlis program sambutan maulidur rasul  pada 10Teks pengacara majlis program sambutan maulidur rasul  pada 10
Teks pengacara majlis program sambutan maulidur rasul pada 10Adnan Hassan
 
Pengenalan ilmu tajwid
Pengenalan ilmu tajwidPengenalan ilmu tajwid
Pengenalan ilmu tajwid123syahier
 

Tendances (20)

Kaedah menghafaz al quran
Kaedah menghafaz al quranKaedah menghafaz al quran
Kaedah menghafaz al quran
 
Pengenalan ulum hadis-HADIS RIWAYAH & HADIS DIRAYAH
Pengenalan ulum hadis-HADIS RIWAYAH & HADIS DIRAYAHPengenalan ulum hadis-HADIS RIWAYAH & HADIS DIRAYAH
Pengenalan ulum hadis-HADIS RIWAYAH & HADIS DIRAYAH
 
Pel. 25 unit 2 persaudaraan antara muhajirin dan ansar
Pel. 25 unit 2 persaudaraan antara muhajirin dan ansarPel. 25 unit 2 persaudaraan antara muhajirin dan ansar
Pel. 25 unit 2 persaudaraan antara muhajirin dan ansar
 
Bab 13 islam agama fitrah
Bab 13 islam agama fitrahBab 13 islam agama fitrah
Bab 13 islam agama fitrah
 
Doa graduasi pra2016 sks
Doa graduasi pra2016 sksDoa graduasi pra2016 sks
Doa graduasi pra2016 sks
 
Asas tarannum
Asas tarannumAsas tarannum
Asas tarannum
 
NOTA TADABBUR SURAH AL-MUKMINUN (AYAT 1-50)
NOTA TADABBUR SURAH AL-MUKMINUN (AYAT 1-50)NOTA TADABBUR SURAH AL-MUKMINUN (AYAT 1-50)
NOTA TADABBUR SURAH AL-MUKMINUN (AYAT 1-50)
 
Bab solat
Bab solatBab solat
Bab solat
 
Ibadat Haji & Umrah Jenis Haji & Umrah
Ibadat Haji & Umrah Jenis Haji & UmrahIbadat Haji & Umrah Jenis Haji & Umrah
Ibadat Haji & Umrah Jenis Haji & Umrah
 
Kenapa kita solat
Kenapa kita solatKenapa kita solat
Kenapa kita solat
 
T3 bab 21 perjanjian hudaibiah dan pembukaan kota makkah unit 1
T3 bab 21   perjanjian hudaibiah dan pembukaan kota makkah unit 1T3 bab 21   perjanjian hudaibiah dan pembukaan kota makkah unit 1
T3 bab 21 perjanjian hudaibiah dan pembukaan kota makkah unit 1
 
piagam madinah
piagam madinahpiagam madinah
piagam madinah
 
Kuliah 2 - Cabaran Dakwah.pptx
Kuliah 2 - Cabaran Dakwah.pptxKuliah 2 - Cabaran Dakwah.pptx
Kuliah 2 - Cabaran Dakwah.pptx
 
Ulum Hadis: Klasifikasi Hadis
Ulum Hadis: Klasifikasi HadisUlum Hadis: Klasifikasi Hadis
Ulum Hadis: Klasifikasi Hadis
 
Tilawah Al-Quran: Tanda Syaddah
Tilawah Al-Quran: Tanda SyaddahTilawah Al-Quran: Tanda Syaddah
Tilawah Al-Quran: Tanda Syaddah
 
Power point israk mikraj
Power point israk mikrajPower point israk mikraj
Power point israk mikraj
 
Senarai Qiraat Sab'ah (Imam Tujuh)
Senarai Qiraat Sab'ah (Imam Tujuh)Senarai Qiraat Sab'ah (Imam Tujuh)
Senarai Qiraat Sab'ah (Imam Tujuh)
 
Akidah Ahli Sunnah wal Jamaah: Sejarah dan Perkembangannya
Akidah Ahli Sunnah wal Jamaah: Sejarah dan PerkembangannyaAkidah Ahli Sunnah wal Jamaah: Sejarah dan Perkembangannya
Akidah Ahli Sunnah wal Jamaah: Sejarah dan Perkembangannya
 
Teks pengacara majlis program sambutan maulidur rasul pada 10
Teks pengacara majlis program sambutan maulidur rasul  pada 10Teks pengacara majlis program sambutan maulidur rasul  pada 10
Teks pengacara majlis program sambutan maulidur rasul pada 10
 
Pengenalan ilmu tajwid
Pengenalan ilmu tajwidPengenalan ilmu tajwid
Pengenalan ilmu tajwid
 

Similaire à Kesan arak dalam kehidupan manusia

Fatwa negeri perlis mengenai rokok
Fatwa negeri perlis mengenai rokokFatwa negeri perlis mengenai rokok
Fatwa negeri perlis mengenai rokokKamarudin Jaafar
 
Risalah dakwah 047 arak ibu segala maksiat
Risalah dakwah 047 arak ibu segala maksiatRisalah dakwah 047 arak ibu segala maksiat
Risalah dakwah 047 arak ibu segala maksiatAhmad Junaidi Mohd Said
 
Hukum rokok dalam islam adalah haram atau makruh
Hukum rokok dalam islam adalah haram atau makruhHukum rokok dalam islam adalah haram atau makruh
Hukum rokok dalam islam adalah haram atau makruhSawaludin Zega
 
Hukum alkohol dan khamar serta narkoba (klpok 1)
Hukum alkohol dan khamar serta narkoba (klpok 1)Hukum alkohol dan khamar serta narkoba (klpok 1)
Hukum alkohol dan khamar serta narkoba (klpok 1)Phujie FaHrani
 
Menghindari miras, judi dan pertengkaran
Menghindari miras, judi dan pertengkaranMenghindari miras, judi dan pertengkaran
Menghindari miras, judi dan pertengkaranSahurip
 
Ma’al hadîts asy syarîf diangkat dan dicabutnya ilmu
Ma’al hadîts asy syarîf  diangkat dan dicabutnya ilmuMa’al hadîts asy syarîf  diangkat dan dicabutnya ilmu
Ma’al hadîts asy syarîf diangkat dan dicabutnya ilmuRizky Faisal
 
Akibat dari minuman keras
Akibat dari minuman kerasAkibat dari minuman keras
Akibat dari minuman kerasKHoirul KHoirul
 
Khutbah Jumaat- Pesanan Khutbatul wada' Rasulullah saw - 9 Jan 2014
Khutbah Jumaat- Pesanan Khutbatul wada' Rasulullah saw - 9 Jan 2014Khutbah Jumaat- Pesanan Khutbatul wada' Rasulullah saw - 9 Jan 2014
Khutbah Jumaat- Pesanan Khutbatul wada' Rasulullah saw - 9 Jan 2014MOHD ARIFF AB RAZAK
 
KHUTBAH JUM'AT BLN SYAKBAN.docx
KHUTBAH JUM'AT BLN SYAKBAN.docxKHUTBAH JUM'AT BLN SYAKBAN.docx
KHUTBAH JUM'AT BLN SYAKBAN.docxEdyMauluddin
 
Kelas 08 SMP Pendidikan Agama Islam dan Budi Pekerti Bab 11
Kelas 08 SMP Pendidikan Agama Islam dan Budi Pekerti Bab 11Kelas 08 SMP Pendidikan Agama Islam dan Budi Pekerti Bab 11
Kelas 08 SMP Pendidikan Agama Islam dan Budi Pekerti Bab 11sitisarahrahmania
 
Miras dan Judi
Miras dan JudiMiras dan Judi
Miras dan JudiFrisalia
 
Realita umat islam sekarang
Realita umat islam sekarangRealita umat islam sekarang
Realita umat islam sekarangteguh ahmad
 
Rencana islam 4
Rencana islam 4Rencana islam 4
Rencana islam 4xajuten
 

Similaire à Kesan arak dalam kehidupan manusia (20)

Syarahan
SyarahanSyarahan
Syarahan
 
Fatwa negeri perlis mengenai rokok
Fatwa negeri perlis mengenai rokokFatwa negeri perlis mengenai rokok
Fatwa negeri perlis mengenai rokok
 
Pendidikan syari'ah islamiah
Pendidikan syari'ah islamiahPendidikan syari'ah islamiah
Pendidikan syari'ah islamiah
 
Risalah dakwah 047 arak ibu segala maksiat
Risalah dakwah 047 arak ibu segala maksiatRisalah dakwah 047 arak ibu segala maksiat
Risalah dakwah 047 arak ibu segala maksiat
 
Hukum rokok dalam islam adalah haram atau makruh
Hukum rokok dalam islam adalah haram atau makruhHukum rokok dalam islam adalah haram atau makruh
Hukum rokok dalam islam adalah haram atau makruh
 
ARAK MENGHANCURKAN TAMADUN MANUSIA
ARAK MENGHANCURKAN TAMADUN MANUSIAARAK MENGHANCURKAN TAMADUN MANUSIA
ARAK MENGHANCURKAN TAMADUN MANUSIA
 
Dadah 2011
Dadah 2011Dadah 2011
Dadah 2011
 
Hukum alkohol dan khamar serta narkoba (klpok 1)
Hukum alkohol dan khamar serta narkoba (klpok 1)Hukum alkohol dan khamar serta narkoba (klpok 1)
Hukum alkohol dan khamar serta narkoba (klpok 1)
 
Menghindari miras, judi dan pertengkaran
Menghindari miras, judi dan pertengkaranMenghindari miras, judi dan pertengkaran
Menghindari miras, judi dan pertengkaran
 
Ma’al hadîts asy syarîf diangkat dan dicabutnya ilmu
Ma’al hadîts asy syarîf  diangkat dan dicabutnya ilmuMa’al hadîts asy syarîf  diangkat dan dicabutnya ilmu
Ma’al hadîts asy syarîf diangkat dan dicabutnya ilmu
 
Akibat dari minuman keras
Akibat dari minuman kerasAkibat dari minuman keras
Akibat dari minuman keras
 
Khutbah Jumaat- Pesanan Khutbatul wada' Rasulullah saw - 9 Jan 2014
Khutbah Jumaat- Pesanan Khutbatul wada' Rasulullah saw - 9 Jan 2014Khutbah Jumaat- Pesanan Khutbatul wada' Rasulullah saw - 9 Jan 2014
Khutbah Jumaat- Pesanan Khutbatul wada' Rasulullah saw - 9 Jan 2014
 
KHUTBAH JUM'AT BLN SYAKBAN.docx
KHUTBAH JUM'AT BLN SYAKBAN.docxKHUTBAH JUM'AT BLN SYAKBAN.docx
KHUTBAH JUM'AT BLN SYAKBAN.docx
 
Kelas 08 SMP Pendidikan Agama Islam dan Budi Pekerti Bab 11
Kelas 08 SMP Pendidikan Agama Islam dan Budi Pekerti Bab 11Kelas 08 SMP Pendidikan Agama Islam dan Budi Pekerti Bab 11
Kelas 08 SMP Pendidikan Agama Islam dan Budi Pekerti Bab 11
 
Miras dan Judi
Miras dan JudiMiras dan Judi
Miras dan Judi
 
Realita umat islam sekarang
Realita umat islam sekarangRealita umat islam sekarang
Realita umat islam sekarang
 
Sinopsis
SinopsisSinopsis
Sinopsis
 
minuman keras
minuman kerasminuman keras
minuman keras
 
Rencana islam 4
Rencana islam 4Rencana islam 4
Rencana islam 4
 
All
AllAll
All
 

Plus de Azie Zaki

تسونامي
تسوناميتسونامي
تسوناميAzie Zaki
 
Assigment hukum membaca-dan-menyentuh-al-quran
Assigment hukum membaca-dan-menyentuh-al-quranAssigment hukum membaca-dan-menyentuh-al-quran
Assigment hukum membaca-dan-menyentuh-al-quranAzie Zaki
 
Pim3103 pendidikan al quran sr
Pim3103 pendidikan al quran srPim3103 pendidikan al quran sr
Pim3103 pendidikan al quran srAzie Zaki
 
2.0 panduan pentaksiran big ppg fasa 1[1]
2.0 panduan pentaksiran big ppg fasa 1[1]2.0 panduan pentaksiran big ppg fasa 1[1]
2.0 panduan pentaksiran big ppg fasa 1[1]Azie Zaki
 
ENGLISH ESSAY
ENGLISH ESSAYENGLISH ESSAY
ENGLISH ESSAYAzie Zaki
 

Plus de Azie Zaki (8)

تسونامي
تسوناميتسونامي
تسونامي
 
Assigment hukum membaca-dan-menyentuh-al-quran
Assigment hukum membaca-dan-menyentuh-al-quranAssigment hukum membaca-dan-menyentuh-al-quran
Assigment hukum membaca-dan-menyentuh-al-quran
 
Bahan2
Bahan2Bahan2
Bahan2
 
Pim3103 pendidikan al quran sr
Pim3103 pendidikan al quran srPim3103 pendidikan al quran sr
Pim3103 pendidikan al quran sr
 
2.0 panduan pentaksiran big ppg fasa 1[1]
2.0 panduan pentaksiran big ppg fasa 1[1]2.0 panduan pentaksiran big ppg fasa 1[1]
2.0 panduan pentaksiran big ppg fasa 1[1]
 
Kaedah1
Kaedah1Kaedah1
Kaedah1
 
NAHU
NAHUNAHU
NAHU
 
ENGLISH ESSAY
ENGLISH ESSAYENGLISH ESSAY
ENGLISH ESSAY
 

Kesan arak dalam kehidupan manusia

  • 1. “Kesan Arak dalam Kehidupan Manusia” – Khutbah Jumaat Apabila kita menyingkap sejarah bermulanya arak diharamkan pada zaman perkembangan Islam dahulu, jelas membuktikan bahawa mudharat arak yang membawa kerosakan adalah melebihi manfaat atau kebaikannya. Arak adalah sejenis minuman kegemaran bangsa Arab pada zaman Jahiliah sebelum diharamkan, malah sesudah kedatangan Islam sebahagian para sahabat Rasulullah s.a.w. pun masih lagi meminumnya, kerana ketika itu larangan meminumnya belum lagi berkuatkuasa. Arak dijadikan sebagai minuman utama dalam sesuatu majlis serta diterima sebagai suatu adat. Dalam satu kejadian, seorang sahabat Rasulullah telah mengadakan keramaian di rumahnya dan di antara tetamunya termasuklah salah seorang sahabat yang kanan. Apabila arak dijadikan hidangan, hasilnya mereka menjadi mabuk dan apabila masuk waktu maghrib, beliau mengimami solat maghrib dengan membaca sepotong ayat dari Surah Al-Kaafirun. Akibat mabuk arak beliau telah mengubah ayat dalam surah tersebut tanpa sedar menjadi makna, “Aku sembah seperti apa yang kamu sembah, wahai orang-orang kafir”. Dalam peristiwa yang lain seorang lelaki Ansar telah mengadakan jamuan di rumahnya dan tetamunya termasuklah seorang Muhajirin. Dalam keadaan mabuk lalu ia bangun dan bersyair dengan memuji kaumnya yang gagah berani sambil menghina dan mencaci kaum Ansar yang dikatakannya sebagai penakut. Mendengar cacian itu seorang lelaki Ansar terus memukulnya sehingga berdarah. Selepas kejadian itu wahyu pun diturunkan iaitu pada Surah Al Maaidah ayat 91: “Sesungguhnya syaitan mahu menimbulkan permusuhan dan perasaan saling benci- membenci di antara kamu dengan sebab meminum arak dan permainan judi serta memalingkan kamu dari mengingati Allah dan mengerjakan sembahyang, maka mahukah kamu berhenti dari melakukan perbuatan yang keji dan kotor itu?”
  • 2. Semenjak peristiwa itulah arak telah diharamkan secara muktamad oleh Allah Subhanahu Wata’ala. Arak sememangnya sinonim dengan alkohol. Ia merupakan perosak masyarakat sejak zaman berzaman. Ketagihan alkohol secara berterusan akan mengakibatkan kehilangan nyawa yang tidak terkira serta menyebabkan kesengsaraan kepada jutaan manusia di seluruh dunia. Alkohol merupakan punca pelbagai masalah yang dihadapi oleh masyarakat. Statistik kadar jenayah yang meninggi, kekerapan kemalangan jalan raya, pertambahan kes penyakit mental, bunuh diri, perzinaan dan keruntuhan institusi keluarga di serata dunia menjadi bukti kepada kuasa perosak alkohol. Pengharaman alkohol atau arak jelas dinyatakan dalam Al-Quran surah Al-Maidah ayat 90: “Wahai orang-orang yang beriman, sesungguhnya arak, judi, pemujaan berhala dan bertenung nasib dengan anak-anak panah, adalah perkara keji yang termasuk perbuatan syaitan. Oleh itu, hendaklah kamu menjauhinya agar kamu berjaya”. Sidang jumaat yang dikasihi Allah, Ketegasan hukum Islam menyatakan bahawa peminum arak, pengangkat dulang arak, orang yang menyediakan arak, yang menjual arak akan terlibat dengan kesalahan dan dosa. Ini bermakna, pendirian agama sangat keras ke atas arak. Pada zaman ini, sudah ada van atau lori jenama arak pemandunya beragama Islam. Kita lihat telah ada pemuda-pemuda Islam menjual arak di gerai-gerai berpayung di tempat- tempat pelancongan atau peranginan, bekerja di kedai atau pasar raya yang menjual arak dan mabuk terhoyong- hayang kerana arak. Pada hari ini juga kita telah terdengar muda-mudi Melayu seramai 2,000 orang terlibat dalam Pesta Tarian secara terbuka di Genting Highland yang menyediakan arak sebagai
  • 3. minuman daripada waktu petang sehingga ke esok paginya seperti yang dilaporkan oleh Berita Harian 09 Mac 2005. Barangkali, sudah ada Syarikat Arak di Papan Pertama, Kedua di Bursa Saham dan sudah ada Kapitalis Melayu, orang Islam yang melabur dalam Sektor Perkilangan Arak. Tetapi jelas ketika turunnya ayat mengenai arak apakah ada kesedaran di kalangan masyarakat Islam yang terlibat dengan arak sama ada minum atau bekerja atau bergelumang dengan arak dapat berhenti setelah faham dan sedar bahawa Islam tidak pernah menghalalkan semua aktiviti yang berkait dengan arak ini?. Sidang Jumaat yang dimuliakan, Pada hari yang mulia ini, marilah sama-sama kita bertanya pada diri kita kenapa arak membawa kesan yang sangat buruk dalam kehidupan manusia dan kenapa ia diharamkan oleh Islam?. Sebahagian sebabnya adalah: 1. Merosakkan akhlak dan akidah dengan memalingkan manusia daripada beriman kepada Allah S.W.T dan merosakkan syakhsiahnya. 2. Dari aspek sosial boleh menimbulkan permusuhan dan kebencian di antara manusia, memporak-perandakan rumah tangga, keluarga, masyarakat dan negara. 3. Merosakkan kesihatan manusia seperti tekanan darah tidak menentu, rosaknya urat saraf, menyebabkan hepatitis, jantung, rosak buah pinggang, kanser, angin ahmar, lumpuh, keracunan, dan gila. 4. Ketagihan arak atau alkohol akan mengakibatkan kehilangan nyawa serta menyebabkan kesengsaraan kepada jutaan manusia di seluruh dunia. 5. Kesan panjang alkohol akan membawa perubahan metabolisma kepada akal fikiran, organ hati dan menyekat peranan otak dari berfungsi dengan baik.
  • 4. 6. Kes zina, rogol, sumbang mahram dan AIDS lebih tinggi di kalangan peminum alkohol. Menurut kajian Biro Keadilan Mangsa Jenayah Kebangsaan (Jabatan Keadilan Amerika Syarikat) pada tahun 1996 sahaja, purata 2,713 kes rogol berlaku setiap hari. Statistik ini menunjukkan bahawa kebanyakkan perogol mabuk semasa melakukan jenayah tersebut. 7. Menurut statistik rasmi di United Kingdom, alkohol menyebabkan hampir 45-46% kejadian jenayah, ia juga melibatkan 39% keganasan dalam rumah tangga dan kajian juga menunjukkan hampir sejuta serangan ganas yang berlaku dalam tahun 2007-2008, dipercayai dilakukan oleh mereka yang sedang mabuk atau separa mabuk. 8. Minum arak adalah ibu segala kejahatan dan merupakan sebesar-besar dosa. Ini dijelaskan oleh hadis Nabi s.a.w. riwayat At-Tabrani: “Arak adalah ibu segala kejahatan dan ianya adalah sebesar-besar dosa”. 9. Sesuatu yang banyak memabukkan sekalipun sedikit hukumnya tetap haram berdasarkan hadis Nabi s.a.w. riwayat Ahmad, Tirmizi, An-Nasai dan Abu Daud: “Tiap-tiap suatu yang memabukkan dalam jumlah yang banyak atau sedikit maka hukumnya adalah haram”. Oleh itu tidak ada alasan untuk meminum arak walau pun seteguk atau pun setitik. 10. Orang yang minum arak dan urusan yang berkaitan dengannya akan dilaknat dan dimurkai oleh Allah S.W.T. Sabda Nabi s.a.w. yang diriwayatkan oleh at-Tirmizi, Ibnu Majah daripada Anas Radhiallahu ‘Anhu yang bermaksud; “Sepuluh orang yang dikutuk Allah berkaitan dengan arak ialah pembuatnya, pengedarnya, peminumnya, pembawanya, pengirimnya, penuangnya, penjualnya, pemakan wang hasilnya, pembayarnya dan juga pemesannya.”
  • 5. Dengan ini jelaslah semua urusan yang berkaitan dengan arak menjadi haram dan dilaknat oleh Allah S.W.T. Sidang jumaat yang dirahmati Allah sekalian, Hukum Islam menjelaskan, bahawa pesalah minum arak akan dikenakan hukuman berupa sebatan, sebagaimana dijelaskan oleh hadis Nabi s.a.w. riwayat Abu Daud: “Apabila mereka minum arak, sebatlah mereka, dan kemudian jika mereka minum lagi, sebatlah mereka dan kemudian jika mereka minum lagi, sebatlah mereka”. Apa yang penting kita sebagai umat Islam hendaklah ‘akur dengan undang-undang Jenayah Syari’ah dan mengambil ‘iktibar daripadanya dan tidak terjebak sama sekali untuk melakukannya. Inilah hikmah pelaksanaan Hukum Syarak, ianya mampu membendung jenayah secara berleluasa. Justeru, di antara tujuan syarak itu diturunkan ialah menjaga akal agar manusia boleh hidup dalam keadaan aman dan tenteram, tidak berpandukan akal yang cacat dan keliru kerana mabuk, yang natijahnya akan membawa kepada kerosakan moral, kecacatan iman, memporak-peranda dan mengacau-bilaukan masyarakat. Kita bersyukur dengan kepekaan Kerajaan, Negeri Selangor yang berusaha bersungguh- sungguh untuk memartabatkan kembali Islam kepada kedudukan yang tinggi dengan menguatkuasakan Enakmen Jenayah Syari’ah seperti pengharaman penjualan arak di premis-premis majoritinya umat Islam, dengan tujuan menjaga dan memelihara akal manusia agar terhindar daripada kerosakan. Apabila rosak akal, maka rosaklah agama, sebaliknya jika akal sejahtera, maka sejahteralah agama dan seluruh alam ini. Marilah sama-sama kita memastikan persekitaran kita bebas daripada perkara-perkara penderhakaan kepada Allah termasuk bebas daripada arak yang mengundang seribu maksiat, mudah-mudahan pembendungan gejala sosial akan berjaya kita tangani dengan sebaiknya.
  • 6. “Wahai sekalian manusia!, makanlah dari apa yang ada di bumi, yang halal lagi baik, dan janganlah kamu ikut jejak langkah syaitan; kerana sesungguhnya syaitan itu ialah musuh yang terang dan nyata bagi kamu”.