SlideShare une entreprise Scribd logo
1  sur  15
PENDAHULUAN
Pada semester 6 ini, kami telah diberikan tugasan iaitu menyediakan langkah-
langkah penyediaan batas tanaman sayur daun. Kami telah memilih tanaman sayur
kangkung sebagai asas penyediaan batas. Setelah diberi maklumat yang secukupnya oleh
pensyarah untuk melaksanakan tugasan ini, kami telah membuat sedikit pencarian
maklumat dan bacaan dari pelbagai sumber bagi mendapat maklumat yang cukup untuk
menjayakan kerja kursus ini,
Langkah pertama penyediaan kerja kursus ini, kami telah melawat sebuah lading
sayuran rakan kepada ahli kumpulan kami di Tasik Gelugor dan mengambil gambar-gambar
contoh batas tanaman sayuran daun.
Kami juga diberi tugasan menyediakan jadual kerja penanaman sayuran sebagai
pelengkap kepada kursus bagi memaster keenam ini. Penyediaan jadual kerja ini membuka
minda kami bahawa penanaman sayuran bukan merupakan suatu kerja yang senang.
Penanaman sayuran terdedah dengan risiko kerugian kerana terdapat banyak serangga
perosak dan penyakit sayuran perlukan jagaan yang rapi. Penyemburan racun dan ubat
perlu dilakukan mengikut jadual. Pungutan hasil pula tidak boleh dilakukan selagi tempoh
nyah racun mencukupi.
Kami mengucapkan ribuan terima kasih kepada pensyarah kerana member peluang
menyelami pengalaman penanaman sayuran dan kami akan menggunakan pengalaman ini
semasa mendidik anak bangsa di sekolah nanti.
PENYEDIAAN TAPAK TANAMAN SAYURAN
1.0 Faktor Pemilihan Tapak
Tapak merupakan faktor asas tanaman sayur berbatas. Pemilihan tapak yang sesuai
menentukan sesuatu projek mendapat hasil yang diharapkan. Kegagalan pemilihan tapak yang
sesuai mungkin boleh mengakibatkan kerugian yang besar dan memerlukan perbelanjaan yang besar
bagi membuat pemulihan tapak. Sebelum memulakan projek tanaman sayuran, beberapa factor
perlu diberi perhatian:
i. Permukaan tanah yang rata supaya memudahkan kerja-kerja penanaman sayuran, teres
digunakan jika tanah bercerun.
ii. Terdedah kepada pancaran cahaya matahari dan tidak terlindung daripada sebarang
naungan pokok bagi tujuan fotosentisis dan akar pokok tidak bersaing untuk
mendapatkan air dan nutrien..
iii. berdekatan dengan sumber air yang mencukupi seperti kolam, sungai dan taliair bagi
memudahkan penyiraman dan mencuci sebelum pasaran dilakukan..
iv. Tanah yang subur mengandungi bahan oganik dan bersaliran baik.
v. Berdekatan dengan jalan untuk memudahkan kerja pengangkutan peralatan.
vi. berhampiran dengan bandaraya atau pekan bagi memudahkan proses pemasaran.
vii. mempunyai kemudahan infrastruktur.
viii. Jauh dari kawasan yang berpotensi untuk pembiakan agen perosak dan penyakit.
ix. berdekatan dengan rumah bagi memudahkan pengurusan dan mengelakan kecurian.
x. Kesesuaian jenis tanah.
2.0 Faktor Kesesuaian Tanah
2.1 Kandungan nutrien yang rendah – kawasan tropika sering mengalami kadar proses
luluhawa dan larut resap menyebabkan kandudngan nutrien tanah tidak mencukupi.
2.2 Keadaan tanah berasid – tanah asid sulfat dan tanah gambut ialah dua jenis tanah yang
bermasalah di Malaysia kerana pH yang lebih rendah. Tanah asid sulfat kurang subur
dan tanaman yang ditanam di tanah ini biasanya mengalami ketoksidan aluminium, ferum
dan mangan. Tanah gambut bermasalah kerana kekurangan beberapa mikronutrien
seperti kuprum, mangan, zink, ferum, molibdenum dan boron.
2.3 Tanah berlempung – mengandungi tanah liat yang tinggi. Tanah ini menjadi lekit apabila
basah dan berketul bila kering. Kadar saliran dan kadar peresapan air sangat rendah.
2.4 Tanah berpasir – tanah berpasir seperti tanah bekas lombong dan tanah Bris mengalami
saliran lampau sehingga kandungan air tidak mencukupi untuk keperluan tanaman.Tanah
ini tidak mempunyai struktur yang boleh memegang tumbuhan dan kurang daya penahan
air dan pH tanah jenis ini adalah antara 4.3 hingga 5.8.
2.5 Secara umumnya tanah untuk sayuran hendaklah mengandungi tanah peroi, mempunyai
saliran yang baik, menyimpan nutrient, kelembapan yang sederhana dan tidak terlalu
berasid.
3.0 Penyediaan Kawasan
Kerja-kerja membersihkan kawasan penanaman seperti:
i. menebang pokok
ii. Menebas
iii. Membersihkan kawasan
iv. Meretakan tanah
4.0 Menggembur Tanah
Tanah boleh digembur dengan menggunakan mesin pembajak atau cangkul. Tujuan
pembajakan tanah dilakukan adalah untuk memperbaiki saliran dan pengudaraan tanah,
memudahkan pembinaan batas serta menghapuskan rumpai dan organisma perosak tanaman.
4.1 Tanah dibajakkan dengan menggunakan cangkul atau jentera pembajak sedalam 20-30 cm.
Tujuan:
 Mengemburkan tanah dan mematikan rumput.
4.2 Gemburkan tanah kepada gemburan yang lebih halus.
Tujuan:
 Bagi memperbaiki saliran dan pengudaraan tanah.
4.3 Biarkan tanah terdedah kepada cahaya matahari selama satu minggu.
Tujuan:
 Untuk mematikan rumpai dan organisma tanah yang berbahaya.
4.4 Mengutip dan membersihkan tanah daripada akar pokok , kayu dan batu besar.
Tujuan:
 Mengelakkan daripada pembiakan anai-anai
 Memudahkan binaan batas
4.5 Menabur kapur.
Tujuan:
 Mengurang keasidan tanah – tanah berasid dirawat dengan menggaul atau
menabur bahan kapur.
 Membekal nutrien tumbuhan – kapur bekal Ca dan Mg
 Membaiki agregat tanah – kapur meneutralkan cas negatif pada kumin
tanah menjadikannya bercantum.
5.0 Persediaan Saliran
Saliran yang baik merupakan keperluan yang penting bagi pertumbuhan sayur. Aras air
dalam tanah yang terlalu tinggi boleh merencatkan pertumbuhan akar atau penakungnan air
menyebabkan akar terendam dan reput.
Masalah saliran biasanya terdapat pada kawasan tanah liat, tanah lembah atau yang
mempunyai lapisan mampat tidak telus air.
6.0 Penyediaan batas
Batas merupakan tempat untuk menanam sayuran. Batas perlu disesuaikan dengan jenis
tanaman yang dipilih. Untuk tanaman sayuran buat tanpa junjung , bentuk batas iaitu lebar dan tinggi
batas perlu sesuai iaitu lebih tinggi. Untuk tanaman sayuran buah berjunjung pula batas perlu lebar
dan tinggi. Manakala untuk tanaman sayuran daun batas lebar dan ketinggian tidak lebih daripada
25cm. Penyedian batas untuk tanaman sayuran daun perlu menjalani langkah-langkah seperti
berikut:
i. Membuang rumpai dan batu batan
ii. Membakar rumpai bagi mengelakkan serangga perosak dan penyakit membiak. Abunya
boleh digunakan sebagai baja. Rumput yang kering pula boleh digunakan sebagai
sungkupan.
iii. Gali dan terbalikkan tanah sedalam 25-30 cm bagi tujuan menggembur tanah, membunuh
haiwan perosak dan akar-akar rumpai.
iv. Gemburkan tanah kepada gemburan yang lebih halus bagi memperbaiki saliran dan
pengudaraan tanah.
v. Bina batas samada batas rata dengan ketinggian 15 – 25 cm atau batas tunggal
berketinggian 20 – 25 cm. Ukuran batas yang hendak dibina bergantung kepada jenis
sayuran yang hendak ditanam. Saiz batas yang sesuai adalah 100 cm lebar, 15 – 25 cm
tinggi dan panjang batas mengikut keperluan. Jarak antara batas adalah 45 cm.
vi. Membina batas adalah untuk mengelakkan dari air bertakung dan membaiki pengudaraan
tanah, memudahkan kerja penjagaan seperti merumput, menyiram serta mengawal perosak
dan penyakit tanaman.
Gambar dibawah menunjukkan batas yang telah dibuat khas untuk tanaman sayuran daun.
7.0 Pembajaan Asas
Membaja asas perlu dilakukan sebelum menanam. Baja asas yang sesuai ialah baja organik
seperti tahi ayam yang reput, tahi lembu, tahi kelawar atau kompos. Baja asas ditaburkan di atas
batas dengan kadar 5 kilogram untuk satu meter persegi (5kg/m²) dan kemudian digaulkan ke dalam
tanah.
Gambar dibawah menunjukkan batas yang telah ditabur baja asas dan digaul dengan menggunakan
mesin pemutar tanah.
8.0 Sungkupan
Sungkupan adalah satu proses meletakkan bahan-bahan di permukaan batas seperti pelepah
kelapa, rumput kering, plastik hitam silver shine dan jerami padi. Ia adalah bertujuan untuk
mengelakkan hakisan tanah, kehilangan kelembapan tanah, kehilangan baja yang ditabur ke
permukaan tanah dan mengurangkan pertumbuhan rumpai.
Sungkupan bermakna penutupan batas dengan bahan-bahan yang sesuai seperti rumput
yang dipotong, daun, pelepah dan kompos. Lapisan sungkupan mestilah jangan terlalu tebal sebab ia
akan mengelakkan anak benih dari bercambah dan menggalakkan haiwan perosak dan penyakit.
Sebab-sebab sungkupan diperlukan adalah untuk;
i. mengurangkan suhu tanah: – suhu tanah yang tinggi menyebabkan sejatan yang
keterlaluan dan juga membunuh hidupan tanah yang berguna.
ii. menjaga tanah supaya sentiasa lembab: - air yang dipelihara akan didapati oleh anak
benih dan hidupan tanah.
iii. mengelakkan tanah daripada terlalu keras dan padat:- tumbesaran akar adalah sukar dan
hidupan tanah mendapati sukar untuk hidup di dalam tanah yang keras dan padat.
iv. mengelakkan tumbesaran rumpai
v. mengelakkan hujan lebat dari menghakis tanah atau menghanyutkan biji benih atau anak
benih.
vi. bertindak sebagai baja organik apabila ia reput.
vii. Simpan ditempat yang kering dan sejuk bagi mengelakkan kerosakan.
viii. Gaulkan racun serangga dan racun kulat bagi mengelakkan
JADUAL KERJA TANAMAN SAYUR KANGKUNG
TARIKH PERKARA CATATAN
01/07/2014 Menebangdanmenebas Penggunaanjentolak
07/07/2014 Tenggala 25 hingga30 cm
21/07/2014 Loto tanah Setelahrumputmati
22/07/2014 Menaburkapur Bagi tanahasidberlebihan
28/07/2014 Membuatbatas
29/07/2014 Membajaasas Tahi ayam
08/08/2014 Tabur benih Benihkangkung
12/08/2014 Semburracun serangga Hari keempatataukelimatanam
17/08/2014 Semburracun serangga
20/08/2014 Membaja(biji) Baja campuran
22/08/2014 Semburracun serangga
27/08/2014 Semburracun seranggadan bajasemburan
03/09/2014 Hasil dipungut ≥ 6 hari daripadatarikhmeracun
dan bajasemburan
RUJUKAN
Aak (1992) Sayuran:Yogyakarta;KanisingYogyakarta
Nur Azmi (1986). Berkebun Sayur:KualaLumpur;PustakaSistemPelajaran.
SinFookLee (1975) Berkebun Sayuran Sendiri:KualaLumpur;KementerianPertaniandan
PembangunanLuarBandar Malaysia.
NAMA PELAJAR GURU: AZMAN BIN GHAZALI
NO. ANGKA GILIRAN: 2012271360022
NO, KP: 671109075477
KUMPULAN : BMM B AMBILANFEB. 2012
REFLEKSI
Alhamdulillah, bersyukur saya ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan izinNya,
dapat saya menyiapkan tugasan Teknologi Rumah Tangga dan Pertanian ini.
Tugasan ini telah membuka ruang dan memberikan saya peluang untuk membuat
rujukan dengan lebih meluas berkaitan bidang pertanian yang sebelum ini hanya
melihat dari jauh . Ini secara tidak langsung membuka peluang bagi saya
menambahkan ilmu pengetahuan berkenaan dan menilai begitu susah dan rumit
menyediakan bekalan sayuran dalam pasaran. Pengetahuan yang saya perolehi
daripada tugasan ini, dapat membantu saya dalam pengajaran dan pembelajaran
RBT di dalam kelas di samping dapat menilai kesusahan sebagai seorang pekebun
sayuran.
Tugasan ini merupakan suatu komponen penting untuk menilai seseorang
peserta kursus program PPG bagi subjek ini. Melalui tugasan ini juga, tahap dan
kebolehan seseorang peserta kursus dapat dinilai sepenuhnya. Oleh yang
demikian, saya menerima dan menyiapkan tugasan ini dengan sehabis baik dalam
masa yang telah ditetapkan.
Dalam proses pembelajaran kursus ini pada mulanya saya dapat mempelajari
dan mengetahui cara pemilihan tapak kebun dan langkah-langkah yang perlu dilalui
dan risiko yang dilalui oleh seorang penanam sayuran.
Dalam proses menyiapkan tugasan ini, saya menghadapi beberapa masalah
dan halangan yang diantaranya adalah berkaitan dengan kekangan masa kerana
seiring dengan kesibukan kerja di sekolah kerana kehadiran UPSR sudah hampir. .
Di kesempatan ini, saya mengucapkan ribuan terima kasih tidak terhingga kepada
rakan seperjuangan dan juga pensyarah pembimbing dan isteri tersayang diatas
bantuan dan sokongan mereka hingga saya berjaya menyiapkan tugasan ini dalam
masa yang ditetapkan. Hal ini telah memberi kesedaran kepada saya, bahawa
tolong menolong amat penting dalam membantu melicinkan proses penyediaan
tugasan dengan berkesan.
Secara keseluruhannya,penghasilan tugasan bagi kursus ini, telah
memberikan satu lagi anjakan paradigma kepada saya dan juga pengalaman baru
berkenaan pertanian dalam usaha meningkatkan keberkesanan peranan guru dalam
mengaplikasikan pengetahuan dan pengalaman yang berkaitan dalam pengajaran
dan pembelajaran RBT secara khususnya. Hasil dapatan secara ilmiahnya, telah
membuka mata saya melalui hasil pencarian dan rujukan berkaitan dengan
pertanian. Setelah selesai menyiapkan tugas ini saya berasa amat teruja kerana
pengetahuan yang saya perolehi ini kerana dapat saya aplikasikan di dalam kelas.
. Terima kasih juga pada En Ainuddin Bin Mohd Isa kerana turut serta
membantu menambah kefahaman dalam memberi asas pengetahuan bagi
memulakan kerja kursus ini. Mudul dan bahan pembelajaran yang disediakan
lengkap dan saya gunakan sepenuhnya dan saya membuat penambahan dari segi
mengeplikasikan kerja amali dalam pengajaran saya.
Penyediaan tapak tanaman sayuran
Penyediaan tapak tanaman sayuran

Contenu connexe

Tendances

Kaedah Penanaman Sayur
Kaedah Penanaman SayurKaedah Penanaman Sayur
Kaedah Penanaman SayurJuradi Durjari
 
Bahan kemasan
Bahan kemasanBahan kemasan
Bahan kemasanYuki Chia
 
Reka bentuk taman mini (prinsip taman mini)
Reka bentuk taman mini (prinsip taman mini)Reka bentuk taman mini (prinsip taman mini)
Reka bentuk taman mini (prinsip taman mini)atikah
 
Pembiakan tumbuhan secara seks
Pembiakan tumbuhan secara seksPembiakan tumbuhan secara seks
Pembiakan tumbuhan secara seksWISMARIZAH
 
Tapak semaian 120 minutes
Tapak semaian 120 minutesTapak semaian 120 minutes
Tapak semaian 120 minutesNik Mat Nik Wil
 
Pembiakan tumbuhan secara tut
Pembiakan tumbuhan secara tutPembiakan tumbuhan secara tut
Pembiakan tumbuhan secara tutWISMARIZAH
 
Bab 5 tanaman hiasan ting 2
Bab 5 tanaman hiasan ting 2Bab 5 tanaman hiasan ting 2
Bab 5 tanaman hiasan ting 2Ziana J
 
Pengurusan Air Dalam Pertanian
Pengurusan Air Dalam PertanianPengurusan Air Dalam Pertanian
Pengurusan Air Dalam PertanianJuradi Durjari
 
UNIT 4 - REKA BENTUK PEMBUNGKUSAN.pptx
UNIT 4 - REKA BENTUK PEMBUNGKUSAN.pptxUNIT 4 - REKA BENTUK PEMBUNGKUSAN.pptx
UNIT 4 - REKA BENTUK PEMBUNGKUSAN.pptxonezainal
 
Dokumentasi Inovasi Masakan RBT
Dokumentasi Inovasi Masakan RBTDokumentasi Inovasi Masakan RBT
Dokumentasi Inovasi Masakan RBTSherly Jewinly
 
REKA BENTUK LANDSKAP PENDIDIKAN SENI VISUAL TINGKATAN 3
REKA BENTUK LANDSKAP  PENDIDIKAN SENI VISUAL TINGKATAN 3REKA BENTUK LANDSKAP  PENDIDIKAN SENI VISUAL TINGKATAN 3
REKA BENTUK LANDSKAP PENDIDIKAN SENI VISUAL TINGKATAN 3Khairiah Esa
 
Pembiakan cantuman dan organ penyimpanan
Pembiakan cantuman dan organ penyimpananPembiakan cantuman dan organ penyimpanan
Pembiakan cantuman dan organ penyimpananEleanor Khor
 
Reka Bentuk & Teknologi : Bab 3 proses reka bentuk
Reka Bentuk & Teknologi : Bab 3 proses reka bentukReka Bentuk & Teknologi : Bab 3 proses reka bentuk
Reka Bentuk & Teknologi : Bab 3 proses reka bentukMaz Ina
 

Tendances (20)

Rbt tugasan sem 6
Rbt tugasan sem 6Rbt tugasan sem 6
Rbt tugasan sem 6
 
Kaedah Penanaman Sayur
Kaedah Penanaman SayurKaedah Penanaman Sayur
Kaedah Penanaman Sayur
 
Pemilihan biji benih
Pemilihan biji benihPemilihan biji benih
Pemilihan biji benih
 
Bahan kemasan
Bahan kemasanBahan kemasan
Bahan kemasan
 
Akuaponik
AkuaponikAkuaponik
Akuaponik
 
1.pembiakan secara keratan batang
1.pembiakan secara keratan batang1.pembiakan secara keratan batang
1.pembiakan secara keratan batang
 
Reka bentuk taman mini (prinsip taman mini)
Reka bentuk taman mini (prinsip taman mini)Reka bentuk taman mini (prinsip taman mini)
Reka bentuk taman mini (prinsip taman mini)
 
Pembiakan tumbuhan secara seks
Pembiakan tumbuhan secara seksPembiakan tumbuhan secara seks
Pembiakan tumbuhan secara seks
 
Faktor Yang Mempengaruhi Tanaman dan Hasil Tanaman
Faktor Yang Mempengaruhi Tanaman dan Hasil TanamanFaktor Yang Mempengaruhi Tanaman dan Hasil Tanaman
Faktor Yang Mempengaruhi Tanaman dan Hasil Tanaman
 
Tapak semaian 120 minutes
Tapak semaian 120 minutesTapak semaian 120 minutes
Tapak semaian 120 minutes
 
Pembiakan tumbuhan secara tut
Pembiakan tumbuhan secara tutPembiakan tumbuhan secara tut
Pembiakan tumbuhan secara tut
 
Bab 5 tanaman hiasan ting 2
Bab 5 tanaman hiasan ting 2Bab 5 tanaman hiasan ting 2
Bab 5 tanaman hiasan ting 2
 
Pengurusan Air Dalam Pertanian
Pengurusan Air Dalam PertanianPengurusan Air Dalam Pertanian
Pengurusan Air Dalam Pertanian
 
UNIT 4 - REKA BENTUK PEMBUNGKUSAN.pptx
UNIT 4 - REKA BENTUK PEMBUNGKUSAN.pptxUNIT 4 - REKA BENTUK PEMBUNGKUSAN.pptx
UNIT 4 - REKA BENTUK PEMBUNGKUSAN.pptx
 
Rbt
RbtRbt
Rbt
 
Dokumentasi Inovasi Masakan RBT
Dokumentasi Inovasi Masakan RBTDokumentasi Inovasi Masakan RBT
Dokumentasi Inovasi Masakan RBT
 
REKA BENTUK LANDSKAP PENDIDIKAN SENI VISUAL TINGKATAN 3
REKA BENTUK LANDSKAP  PENDIDIKAN SENI VISUAL TINGKATAN 3REKA BENTUK LANDSKAP  PENDIDIKAN SENI VISUAL TINGKATAN 3
REKA BENTUK LANDSKAP PENDIDIKAN SENI VISUAL TINGKATAN 3
 
Rumput Turf
Rumput TurfRumput Turf
Rumput Turf
 
Pembiakan cantuman dan organ penyimpanan
Pembiakan cantuman dan organ penyimpananPembiakan cantuman dan organ penyimpanan
Pembiakan cantuman dan organ penyimpanan
 
Reka Bentuk & Teknologi : Bab 3 proses reka bentuk
Reka Bentuk & Teknologi : Bab 3 proses reka bentukReka Bentuk & Teknologi : Bab 3 proses reka bentuk
Reka Bentuk & Teknologi : Bab 3 proses reka bentuk
 

En vedette

Media dan jenis tanaman hidroponik
Media dan jenis tanaman hidroponikMedia dan jenis tanaman hidroponik
Media dan jenis tanaman hidroponikAkem Abra
 
Budidaya sayuran dengan sistem hidroponik
Budidaya sayuran dengan sistem hidroponikBudidaya sayuran dengan sistem hidroponik
Budidaya sayuran dengan sistem hidroponikSMK Muhammadiyah Kramat
 
Hidroponik untuk pemula
Hidroponik untuk pemulaHidroponik untuk pemula
Hidroponik untuk pemulaIvonny im03t
 
Sebuah Catatan Kecil tentang Hidroponik untuk Pemula
Sebuah Catatan Kecil tentang  Hidroponik untuk Pemula Sebuah Catatan Kecil tentang  Hidroponik untuk Pemula
Sebuah Catatan Kecil tentang Hidroponik untuk Pemula Belajar Bareng Hidroponik
 

En vedette (6)

Media dan jenis tanaman hidroponik
Media dan jenis tanaman hidroponikMedia dan jenis tanaman hidroponik
Media dan jenis tanaman hidroponik
 
Mari berhidroponik yuk
Mari berhidroponik yukMari berhidroponik yuk
Mari berhidroponik yuk
 
Tanaman Sayur Daun
Tanaman Sayur DaunTanaman Sayur Daun
Tanaman Sayur Daun
 
Budidaya sayuran dengan sistem hidroponik
Budidaya sayuran dengan sistem hidroponikBudidaya sayuran dengan sistem hidroponik
Budidaya sayuran dengan sistem hidroponik
 
Hidroponik untuk pemula
Hidroponik untuk pemulaHidroponik untuk pemula
Hidroponik untuk pemula
 
Sebuah Catatan Kecil tentang Hidroponik untuk Pemula
Sebuah Catatan Kecil tentang  Hidroponik untuk Pemula Sebuah Catatan Kecil tentang  Hidroponik untuk Pemula
Sebuah Catatan Kecil tentang Hidroponik untuk Pemula
 

Similaire à Penyediaan tapak tanaman sayuran

Similaire à Penyediaan tapak tanaman sayuran (20)

Acara ii persemaian
Acara ii persemaianAcara ii persemaian
Acara ii persemaian
 
Zaras
ZarasZaras
Zaras
 
61706891 makalah
61706891 makalah61706891 makalah
61706891 makalah
 
Acara i pengolahan tanah
Acara i pengolahan tanahAcara i pengolahan tanah
Acara i pengolahan tanah
 
Daftar isi
Daftar isiDaftar isi
Daftar isi
 
Laporan praktikum
Laporan praktikumLaporan praktikum
Laporan praktikum
 
ROSELLE
ROSELLEROSELLE
ROSELLE
 
Cara menanam padi di sawah
Cara menanam padi di sawahCara menanam padi di sawah
Cara menanam padi di sawah
 
Cara Membudidaya Sayuran Sawi
Cara Membudidaya Sayuran SawiCara Membudidaya Sayuran Sawi
Cara Membudidaya Sayuran Sawi
 
Pengaruh Media Tanam Terhadap Perkecambahan Kacang Hijau dan Kekahatannya
Pengaruh Media Tanam Terhadap Perkecambahan Kacang Hijau dan KekahatannyaPengaruh Media Tanam Terhadap Perkecambahan Kacang Hijau dan Kekahatannya
Pengaruh Media Tanam Terhadap Perkecambahan Kacang Hijau dan Kekahatannya
 
Disusun ole1
Disusun ole1Disusun ole1
Disusun ole1
 
Ferli dasgron
Ferli dasgronFerli dasgron
Ferli dasgron
 
Fisiologi Tumbuhan- daya ikat partikel tanah
Fisiologi Tumbuhan- daya ikat partikel tanahFisiologi Tumbuhan- daya ikat partikel tanah
Fisiologi Tumbuhan- daya ikat partikel tanah
 
Konservasi tanah dan air
Konservasi tanah dan airKonservasi tanah dan air
Konservasi tanah dan air
 
Konservasi tanah dan air.
Konservasi tanah dan air.Konservasi tanah dan air.
Konservasi tanah dan air.
 
Konservasi tanah dan air
Konservasi tanah dan airKonservasi tanah dan air
Konservasi tanah dan air
 
Konservasi tanah dan air
Konservasi tanah dan airKonservasi tanah dan air
Konservasi tanah dan air
 
Budidaya hidroponik mentimun
Budidaya hidroponik mentimunBudidaya hidroponik mentimun
Budidaya hidroponik mentimun
 
Persentasi padi6(Lahan kering)
Persentasi padi6(Lahan kering)Persentasi padi6(Lahan kering)
Persentasi padi6(Lahan kering)
 
Prospek serai wangi
Prospek serai wangiProspek serai wangi
Prospek serai wangi
 

Penyediaan tapak tanaman sayuran

  • 1. PENDAHULUAN Pada semester 6 ini, kami telah diberikan tugasan iaitu menyediakan langkah- langkah penyediaan batas tanaman sayur daun. Kami telah memilih tanaman sayur kangkung sebagai asas penyediaan batas. Setelah diberi maklumat yang secukupnya oleh pensyarah untuk melaksanakan tugasan ini, kami telah membuat sedikit pencarian maklumat dan bacaan dari pelbagai sumber bagi mendapat maklumat yang cukup untuk menjayakan kerja kursus ini, Langkah pertama penyediaan kerja kursus ini, kami telah melawat sebuah lading sayuran rakan kepada ahli kumpulan kami di Tasik Gelugor dan mengambil gambar-gambar contoh batas tanaman sayuran daun. Kami juga diberi tugasan menyediakan jadual kerja penanaman sayuran sebagai pelengkap kepada kursus bagi memaster keenam ini. Penyediaan jadual kerja ini membuka minda kami bahawa penanaman sayuran bukan merupakan suatu kerja yang senang. Penanaman sayuran terdedah dengan risiko kerugian kerana terdapat banyak serangga perosak dan penyakit sayuran perlukan jagaan yang rapi. Penyemburan racun dan ubat perlu dilakukan mengikut jadual. Pungutan hasil pula tidak boleh dilakukan selagi tempoh nyah racun mencukupi. Kami mengucapkan ribuan terima kasih kepada pensyarah kerana member peluang menyelami pengalaman penanaman sayuran dan kami akan menggunakan pengalaman ini semasa mendidik anak bangsa di sekolah nanti.
  • 2. PENYEDIAAN TAPAK TANAMAN SAYURAN 1.0 Faktor Pemilihan Tapak Tapak merupakan faktor asas tanaman sayur berbatas. Pemilihan tapak yang sesuai menentukan sesuatu projek mendapat hasil yang diharapkan. Kegagalan pemilihan tapak yang sesuai mungkin boleh mengakibatkan kerugian yang besar dan memerlukan perbelanjaan yang besar bagi membuat pemulihan tapak. Sebelum memulakan projek tanaman sayuran, beberapa factor perlu diberi perhatian: i. Permukaan tanah yang rata supaya memudahkan kerja-kerja penanaman sayuran, teres digunakan jika tanah bercerun. ii. Terdedah kepada pancaran cahaya matahari dan tidak terlindung daripada sebarang naungan pokok bagi tujuan fotosentisis dan akar pokok tidak bersaing untuk mendapatkan air dan nutrien.. iii. berdekatan dengan sumber air yang mencukupi seperti kolam, sungai dan taliair bagi memudahkan penyiraman dan mencuci sebelum pasaran dilakukan.. iv. Tanah yang subur mengandungi bahan oganik dan bersaliran baik. v. Berdekatan dengan jalan untuk memudahkan kerja pengangkutan peralatan. vi. berhampiran dengan bandaraya atau pekan bagi memudahkan proses pemasaran. vii. mempunyai kemudahan infrastruktur. viii. Jauh dari kawasan yang berpotensi untuk pembiakan agen perosak dan penyakit. ix. berdekatan dengan rumah bagi memudahkan pengurusan dan mengelakan kecurian. x. Kesesuaian jenis tanah. 2.0 Faktor Kesesuaian Tanah 2.1 Kandungan nutrien yang rendah – kawasan tropika sering mengalami kadar proses luluhawa dan larut resap menyebabkan kandudngan nutrien tanah tidak mencukupi. 2.2 Keadaan tanah berasid – tanah asid sulfat dan tanah gambut ialah dua jenis tanah yang bermasalah di Malaysia kerana pH yang lebih rendah. Tanah asid sulfat kurang subur dan tanaman yang ditanam di tanah ini biasanya mengalami ketoksidan aluminium, ferum dan mangan. Tanah gambut bermasalah kerana kekurangan beberapa mikronutrien seperti kuprum, mangan, zink, ferum, molibdenum dan boron. 2.3 Tanah berlempung – mengandungi tanah liat yang tinggi. Tanah ini menjadi lekit apabila basah dan berketul bila kering. Kadar saliran dan kadar peresapan air sangat rendah. 2.4 Tanah berpasir – tanah berpasir seperti tanah bekas lombong dan tanah Bris mengalami saliran lampau sehingga kandungan air tidak mencukupi untuk keperluan tanaman.Tanah ini tidak mempunyai struktur yang boleh memegang tumbuhan dan kurang daya penahan air dan pH tanah jenis ini adalah antara 4.3 hingga 5.8.
  • 3. 2.5 Secara umumnya tanah untuk sayuran hendaklah mengandungi tanah peroi, mempunyai saliran yang baik, menyimpan nutrient, kelembapan yang sederhana dan tidak terlalu berasid. 3.0 Penyediaan Kawasan Kerja-kerja membersihkan kawasan penanaman seperti: i. menebang pokok ii. Menebas iii. Membersihkan kawasan iv. Meretakan tanah 4.0 Menggembur Tanah Tanah boleh digembur dengan menggunakan mesin pembajak atau cangkul. Tujuan pembajakan tanah dilakukan adalah untuk memperbaiki saliran dan pengudaraan tanah, memudahkan pembinaan batas serta menghapuskan rumpai dan organisma perosak tanaman. 4.1 Tanah dibajakkan dengan menggunakan cangkul atau jentera pembajak sedalam 20-30 cm. Tujuan:  Mengemburkan tanah dan mematikan rumput. 4.2 Gemburkan tanah kepada gemburan yang lebih halus. Tujuan:  Bagi memperbaiki saliran dan pengudaraan tanah. 4.3 Biarkan tanah terdedah kepada cahaya matahari selama satu minggu.
  • 4. Tujuan:  Untuk mematikan rumpai dan organisma tanah yang berbahaya. 4.4 Mengutip dan membersihkan tanah daripada akar pokok , kayu dan batu besar. Tujuan:  Mengelakkan daripada pembiakan anai-anai  Memudahkan binaan batas 4.5 Menabur kapur. Tujuan:  Mengurang keasidan tanah – tanah berasid dirawat dengan menggaul atau menabur bahan kapur.  Membekal nutrien tumbuhan – kapur bekal Ca dan Mg  Membaiki agregat tanah – kapur meneutralkan cas negatif pada kumin tanah menjadikannya bercantum. 5.0 Persediaan Saliran Saliran yang baik merupakan keperluan yang penting bagi pertumbuhan sayur. Aras air dalam tanah yang terlalu tinggi boleh merencatkan pertumbuhan akar atau penakungnan air menyebabkan akar terendam dan reput. Masalah saliran biasanya terdapat pada kawasan tanah liat, tanah lembah atau yang mempunyai lapisan mampat tidak telus air.
  • 5. 6.0 Penyediaan batas Batas merupakan tempat untuk menanam sayuran. Batas perlu disesuaikan dengan jenis tanaman yang dipilih. Untuk tanaman sayuran buat tanpa junjung , bentuk batas iaitu lebar dan tinggi batas perlu sesuai iaitu lebih tinggi. Untuk tanaman sayuran buah berjunjung pula batas perlu lebar dan tinggi. Manakala untuk tanaman sayuran daun batas lebar dan ketinggian tidak lebih daripada 25cm. Penyedian batas untuk tanaman sayuran daun perlu menjalani langkah-langkah seperti berikut: i. Membuang rumpai dan batu batan ii. Membakar rumpai bagi mengelakkan serangga perosak dan penyakit membiak. Abunya boleh digunakan sebagai baja. Rumput yang kering pula boleh digunakan sebagai sungkupan. iii. Gali dan terbalikkan tanah sedalam 25-30 cm bagi tujuan menggembur tanah, membunuh haiwan perosak dan akar-akar rumpai. iv. Gemburkan tanah kepada gemburan yang lebih halus bagi memperbaiki saliran dan pengudaraan tanah. v. Bina batas samada batas rata dengan ketinggian 15 – 25 cm atau batas tunggal berketinggian 20 – 25 cm. Ukuran batas yang hendak dibina bergantung kepada jenis sayuran yang hendak ditanam. Saiz batas yang sesuai adalah 100 cm lebar, 15 – 25 cm tinggi dan panjang batas mengikut keperluan. Jarak antara batas adalah 45 cm. vi. Membina batas adalah untuk mengelakkan dari air bertakung dan membaiki pengudaraan tanah, memudahkan kerja penjagaan seperti merumput, menyiram serta mengawal perosak dan penyakit tanaman. Gambar dibawah menunjukkan batas yang telah dibuat khas untuk tanaman sayuran daun.
  • 6. 7.0 Pembajaan Asas Membaja asas perlu dilakukan sebelum menanam. Baja asas yang sesuai ialah baja organik seperti tahi ayam yang reput, tahi lembu, tahi kelawar atau kompos. Baja asas ditaburkan di atas batas dengan kadar 5 kilogram untuk satu meter persegi (5kg/m²) dan kemudian digaulkan ke dalam tanah. Gambar dibawah menunjukkan batas yang telah ditabur baja asas dan digaul dengan menggunakan mesin pemutar tanah. 8.0 Sungkupan Sungkupan adalah satu proses meletakkan bahan-bahan di permukaan batas seperti pelepah kelapa, rumput kering, plastik hitam silver shine dan jerami padi. Ia adalah bertujuan untuk mengelakkan hakisan tanah, kehilangan kelembapan tanah, kehilangan baja yang ditabur ke permukaan tanah dan mengurangkan pertumbuhan rumpai.
  • 7. Sungkupan bermakna penutupan batas dengan bahan-bahan yang sesuai seperti rumput yang dipotong, daun, pelepah dan kompos. Lapisan sungkupan mestilah jangan terlalu tebal sebab ia akan mengelakkan anak benih dari bercambah dan menggalakkan haiwan perosak dan penyakit. Sebab-sebab sungkupan diperlukan adalah untuk; i. mengurangkan suhu tanah: – suhu tanah yang tinggi menyebabkan sejatan yang keterlaluan dan juga membunuh hidupan tanah yang berguna. ii. menjaga tanah supaya sentiasa lembab: - air yang dipelihara akan didapati oleh anak benih dan hidupan tanah. iii. mengelakkan tanah daripada terlalu keras dan padat:- tumbesaran akar adalah sukar dan hidupan tanah mendapati sukar untuk hidup di dalam tanah yang keras dan padat. iv. mengelakkan tumbesaran rumpai v. mengelakkan hujan lebat dari menghakis tanah atau menghanyutkan biji benih atau anak benih. vi. bertindak sebagai baja organik apabila ia reput. vii. Simpan ditempat yang kering dan sejuk bagi mengelakkan kerosakan. viii. Gaulkan racun serangga dan racun kulat bagi mengelakkan
  • 8.
  • 9. JADUAL KERJA TANAMAN SAYUR KANGKUNG TARIKH PERKARA CATATAN 01/07/2014 Menebangdanmenebas Penggunaanjentolak 07/07/2014 Tenggala 25 hingga30 cm 21/07/2014 Loto tanah Setelahrumputmati 22/07/2014 Menaburkapur Bagi tanahasidberlebihan 28/07/2014 Membuatbatas 29/07/2014 Membajaasas Tahi ayam 08/08/2014 Tabur benih Benihkangkung 12/08/2014 Semburracun serangga Hari keempatataukelimatanam 17/08/2014 Semburracun serangga 20/08/2014 Membaja(biji) Baja campuran 22/08/2014 Semburracun serangga 27/08/2014 Semburracun seranggadan bajasemburan 03/09/2014 Hasil dipungut ≥ 6 hari daripadatarikhmeracun dan bajasemburan
  • 10. RUJUKAN Aak (1992) Sayuran:Yogyakarta;KanisingYogyakarta Nur Azmi (1986). Berkebun Sayur:KualaLumpur;PustakaSistemPelajaran. SinFookLee (1975) Berkebun Sayuran Sendiri:KualaLumpur;KementerianPertaniandan PembangunanLuarBandar Malaysia.
  • 11.
  • 12. NAMA PELAJAR GURU: AZMAN BIN GHAZALI NO. ANGKA GILIRAN: 2012271360022 NO, KP: 671109075477 KUMPULAN : BMM B AMBILANFEB. 2012 REFLEKSI Alhamdulillah, bersyukur saya ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan izinNya, dapat saya menyiapkan tugasan Teknologi Rumah Tangga dan Pertanian ini. Tugasan ini telah membuka ruang dan memberikan saya peluang untuk membuat rujukan dengan lebih meluas berkaitan bidang pertanian yang sebelum ini hanya melihat dari jauh . Ini secara tidak langsung membuka peluang bagi saya menambahkan ilmu pengetahuan berkenaan dan menilai begitu susah dan rumit menyediakan bekalan sayuran dalam pasaran. Pengetahuan yang saya perolehi daripada tugasan ini, dapat membantu saya dalam pengajaran dan pembelajaran RBT di dalam kelas di samping dapat menilai kesusahan sebagai seorang pekebun sayuran. Tugasan ini merupakan suatu komponen penting untuk menilai seseorang peserta kursus program PPG bagi subjek ini. Melalui tugasan ini juga, tahap dan kebolehan seseorang peserta kursus dapat dinilai sepenuhnya. Oleh yang demikian, saya menerima dan menyiapkan tugasan ini dengan sehabis baik dalam masa yang telah ditetapkan. Dalam proses pembelajaran kursus ini pada mulanya saya dapat mempelajari dan mengetahui cara pemilihan tapak kebun dan langkah-langkah yang perlu dilalui dan risiko yang dilalui oleh seorang penanam sayuran.
  • 13. Dalam proses menyiapkan tugasan ini, saya menghadapi beberapa masalah dan halangan yang diantaranya adalah berkaitan dengan kekangan masa kerana seiring dengan kesibukan kerja di sekolah kerana kehadiran UPSR sudah hampir. . Di kesempatan ini, saya mengucapkan ribuan terima kasih tidak terhingga kepada rakan seperjuangan dan juga pensyarah pembimbing dan isteri tersayang diatas bantuan dan sokongan mereka hingga saya berjaya menyiapkan tugasan ini dalam masa yang ditetapkan. Hal ini telah memberi kesedaran kepada saya, bahawa tolong menolong amat penting dalam membantu melicinkan proses penyediaan tugasan dengan berkesan. Secara keseluruhannya,penghasilan tugasan bagi kursus ini, telah memberikan satu lagi anjakan paradigma kepada saya dan juga pengalaman baru berkenaan pertanian dalam usaha meningkatkan keberkesanan peranan guru dalam mengaplikasikan pengetahuan dan pengalaman yang berkaitan dalam pengajaran dan pembelajaran RBT secara khususnya. Hasil dapatan secara ilmiahnya, telah membuka mata saya melalui hasil pencarian dan rujukan berkaitan dengan pertanian. Setelah selesai menyiapkan tugas ini saya berasa amat teruja kerana pengetahuan yang saya perolehi ini kerana dapat saya aplikasikan di dalam kelas. . Terima kasih juga pada En Ainuddin Bin Mohd Isa kerana turut serta membantu menambah kefahaman dalam memberi asas pengetahuan bagi memulakan kerja kursus ini. Mudul dan bahan pembelajaran yang disediakan lengkap dan saya gunakan sepenuhnya dan saya membuat penambahan dari segi mengeplikasikan kerja amali dalam pengajaran saya.