SlideShare une entreprise Scribd logo
1  sur  26
Télécharger pour lire hors ligne
E-Book
Oleh : Harris Fadzilah b. Rahmat (Reds)
Pengasas NahamPhoto.com
E-book ini diterbitkan dan diedarkan secara PERCUMA. Anda dibenarkan untuk mengedar dan mencetakkannya kepada
rakan, ahli keluarga, pelanggan, prospek dan sesiapa sahaja yang mencari ilmu tentang topik e-book ini.
NAMUN, anda dilarang untuk menjual dan mengubah semua kandungan serta pautan yang terdapat di dalam e-book ini
tanpa kebenaran dan pengetahuan pihak www.nahamphoto.com. Jika terdapat sebarang aduan, ralat atau
perubahan, sila emelkan ke info@nahamphoto.com untuk penambahbaikan pada masa akan datang. Terima kasih.
Ebook Belajar Asas Fotografi Digital Hakcipta terpelihara © NahamPhoto.com
1
KANDUNGAN
Kandungan
BAB 1: Asas Fotografi M/s : 3
BAB 2 : Fotografi Digital M/s : 5
BAB 3 : Asas Kamera M/s : 10
BAB 4 : Teknik Fotografi M/s : 19
BAB 5 : Cahaya & Warna M/s : 23
Ebook Belajar Asas Fotografi Digital Hakcipta terpelihara © NahamPhoto.com
2
BAB 1 : ASAS FOTOGRAFI
Apa Itu Fotografi?
Photoraphy (Fotografi) berasal dari 2 perkataan iaitu PHOTO yang bererti cahaya dan GRAPH yang bererti tulisan /
lukisan. Dari aspek istilah seni, fotografi adalah proses melukis / menulis dengan menggunakan media cahaya.
Dalam erti kata lain, fotografi bererti proses atau kaedah untuk menghasilkan gambar dari suatu objek dengan
merakam pantulan cahaya yang mengenai objek tersebut pada alat yang peka cahaya. Alat paling sesuai untuk
menangkap cahaya ini adalah kamera.
Sejarah Fotografi
Perkataan fotografi telah diperkenalkan oleh Sir John Herschel dalam tahun 1839 ketika beliau menjelaskan tentang
proses fotografi kepada orang ramai.
Sejarah awal fotografi telah wujud sekian lama.
• 1820an – kajian menggunakan bahan kimia untuk fotografi ditemui.
• Abad ke-19 – banyak fotografi dibuat pada kaca, besi & kertas.
• 1884 – teknologi filem mula dicipta.
• 1908 – fotografi warna diperkenalkan.
• 1990 – fotografi digital wujud tetapi mahal.
• 2000 keatas – fotografi digital mula berkembang
Ebook Belajar Asas Fotografi Digital Hakcipta terpelihara © NahamPhoto.com
3
Kategori Fotografi
Fotografi adalah satu bidang yang luas dan boleh dibahagikan kepada banyak kategori. Antara kategori-kategori
fotografi sekarang adalah;
• Portraiture/ People – merakamkan gambar manusia, wajah dan selalunya ia dalah satu gambar yang dirancang
terlebih dahulu.
• Still life / Macro – merakam gambar objek yang kecil untuk kelihatan besar dengan menggunakan peralatan
khas seperti lens macro
• Photojournalism – merakam gambar kewartawanan ataupun gambar yang menunjukkan sesuatu berita/ cerita.
• Advertising – gambar unutk tujuan pengiklanan.
• Fashion / Glamour – gambar model atau pakaian yang menunjukkan fashion atau portfolio.
• Landscape / Nature – gambar-gambar permandangan diluar.
• Wildlife / Animal – gambar binatang liar.
• Sport / Action – sukan dan aksi-aksi yang pantas.
• Architecture / Buildings – gambar bangunan dan seni rekabentuknya.
• Night – permandangan diwaktu malam
• dan banyak lagi
Ebook Belajar Asas Fotografi Digital Hakcipta terpelihara © NahamPhoto.com
4
BAB 2 : FOTOGRAFI DIGITAL
Kamera Digital
Terdapat beberapa kategori kamera digital iaitu;
• Compact : dicipta untuk pengguna amatur dimana
semua setting telah ditetapkan bagi memudahkan pengguna
(mengandungi pelbagai ciri). Lazimnya berbentuk empatsegi
tepat dan mempunyai skrin LCD berupaya mengambil gambar
video & merakam suara.
• Prosumer : mempunyai setting seperti pengguna professional
dengan saiz yang agak besar berbanding kamera compact.
Kadangkala dikenali sebagai kamera bridge. Seakan-akan
kamera DSLR tetapi lensa tidak boleh ditukar. Seperti juga
kamera kompak tetapi mempunyai setting manual.
• DSLR (Digital Single Lens Reflex) : kamera untuk professional
dengan pelbagai setting serta boleh menukar lens.
Menggunakan sistem cermin automatik dan memantulkan
cahaya dari subjek ke viewfinder. Lensa yang boleh ditukar-
tukar mengikut pengikat (mount) yang sepadan.
Ebook Belajar Asas Fotografi Digital Hakcipta terpelihara © NahamPhoto.com
5
Gambar Asal Jika gambar asal anda
resolusinya 6MP, Anda boleh
crop gambar ini dan print 4R
dengan jelas
Jika gambar asal anda
resolusinya 3MP, Anda crop
dan print 4R tetapi gambar
menjadi kabur
Megapixel & Resolution
Apabila memilih kamera digital, megapixel (MP) adalah satu faktor yang selalu dilihat. MP adalah kiraan pixel yang
dirakamkan ke sensor kamera. Semakin besar MP semakin banyak pixel dalam satu gambar. Kamera dengan 3MP
(resolusi 1600 x 1250) sudah cukup untuk print gambar bersaiz 4R.
Gambar digital mempunyai kualiti yang berbeza dan ditentukan oleh bilangan pixel yang membentuk gambar
tersebut. Bilangan pixel ini dikenali sebagai resolusi.
Ebook Belajar Asas Fotografi Digital Hakcipta terpelihara © NahamPhoto.com
6
Media Storan
Untuk kamera digital, media storan yang digunakan adalah memory card . Terdapat banyak jenis memory card untuk
kamera digital seperti CF (compact flash) ,SD (secure digital) dan Xd. Saiz memori card adalah dalam unit megabyte
(MB) atau gigabyte (GB).
Ada dua jenis kelajuan pada memory card iaitu kelajuan menulis dan membaca data. Memory card professional
boleh membaca dan menulis data dari 20 MB per saat. Kelajuan memory card adalah penting sekiranya anda
memerlukan kamera yang boleh merakam gambar dengan pantas terutamanya untuk mode burst.
Saiz & Jenis Gambar
Terdapat 3 jenis format gambar yang selalu digunakan dalam fotografi;
• JPEG : format yang selalu digunakan. Ia adalah fail yang telah dimampatkan (compress) dan bersaiz kecil
• TIFF : selalu digunakan untuk penerbitan & percetakan. Saiznya lebih besar dan mempunyai compression yang
lebih baik dari JPEG.
• RAW : digunakan oleh professional. Bersaiz besar dan memerlukan perisian yang khas untuk membuka fail
tersebut. Lebih baik dari segi editing.
Exif
Exchangeable image file format (Exif) adalah spesifikasi terhadap sesuatu gambar yang diambil oleh kamera digital.
Exif akan memaparkan maklumat-maklumat penting mengenai sesuatu gambar seperti shutter, aperture, ISO, tarikh &
jenis kamera yang digunakan. Exif boleh dilihat dalam kamera anda atau komputer melalui perisian tertentu seperti
ACDSee.
XD Card SD Card Compact Flash
Ebook Belajar Asas Fotografi Digital Hakcipta terpelihara © NahamPhoto.com
7
Pengesan Imej (Image Sensor)
Image sensor adalah media yang berbentuk segiempat dan rata yang diletakkan di dalam kamera digital. Ia
digunakan untuk mengesan imej yang terbentuk apabila difokus oleh lensa kamera dan dijadikan gambar. Gambar
digital itu disimpan ke dalam media storan. Sensor merupakan cip elektronik yang peka cahaya.
Format Sensor / Crop Factor
Ada beberapa jenis format sensor bagi kamera DSLR. Setiap format hanya sesuai digunakan dengan lensa-lensa
tertentu sahaja. Format sensor akan mempengaruhi kualiti gambar yang dihasilkan dari segi jumlah data dan
kepekaan terhadap cahaya.
 Full Frame
Menggunakan sensor bersaiz seperti filem 35mm. Contoh
kamera full frame adalah Nikon D700 dan Canon 5D Mark II.
 Cropped Format
Sensor yang bersaiz lebih kecil dari sensor kamera full frame.
Contohnya adalah kamera-kamera DSLR yang biasa digunakan
seperti Nikon D90 dan Canon 60D.
Ebook Belajar Asas Fotografi Digital Hakcipta terpelihara © NahamPhoto.com
8
Jenis-Jenis Sensor
Dua (2) jenis sensor yang digunakan dalam fotografi digital adalah;
 CCD (Charge-Coupled Device)
Apabila shutter terbuka untuk mengambil gambar, pengesan imej CCD didedahkan kepada cahaya. Elemen
pengesan (yang mewakili setiap pixel) dibaca secara jujukan baris ke baris. Isyarat yang dihasilkan dari CCD
adalah isyarat analog. Ia ditukar ke isyarat digital dalam litar berasingan diluar CCD.
 CMOS (Complementary Metal Oxide Semiconductor)
Sama seperti CCD tetapi litar litar elektrik dipasang dalam satu cip. Oleh kerana dalam cip CMOS litar adalah
sekaligus, isyarat yang dihantar adalah dalam format digital. Disebabkan ini, CMOS dikatakan lebih pantas.
Namun ada yang mengatakan CMOS menghasilkan lebih banyak noise.
Ebook Belajar Asas Fotografi Digital Hakcipta terpelihara © NahamPhoto.com
9
BAB 3 : ASAS KAMERA
Pengenalan Kamera
Kamera merupakan alat untuk mengambil gambar menggunakan cahaya. Komponen asas bagi kamera adalah
kotak yang kedap cahaya (body), lensa (lens), shutter & media simpanan (film @ sensor).
Lens
Lens (lensa) adalah bahagian kamera yang mengandungi kanta optik yang memfokus cahaya yang dipantulkan dari
subjek ke atas pengesan imej dalam kamera. Ia juga digunakan untuk mengawal fokus.
Lens bergantung kepada aperture & focal length contoh 35mm-70mm untuk kamera standard. Terdapat beberapa
jenis lens seperti;
- Fish-eye (8mm-16mm) - Wide angle (18mm-24mm)
- Normal (35mm-70mm) - Telephoto (100mm-keatas).
Zoom lens : adalah lens yang mempunyai pelbagai focal length. Sebagai contoh 70-200mm atau 17-50mm
Prime lens : adalah lens yang mempunyai 1 focal length/sudut pandangan saja.Sebagai contoh 50mm 1.4
Fisheye Wide Angle (10-24 mm) Prime Lens (50 mm) Telefoto Lens
Ebook Belajar Asas Fotografi Digital Hakcipta terpelihara © NahamPhoto.com
10
Focal Length
Focal length menentukan sudut untuk paparan, sejauh mana subjek itu diletakkan dalam sesebuah gambar. Ia adalah
jarak titik tengah lensa dengan titik fokus pada permukaan sensor.
Jika focal length itu kecil seperti 16mm itu bermakna ia untuk wide angle manakala jika focal length lensa tersebut
300mm, ia adalah lensa telefoto. Dibawah adalah satu contoh hasil gambar yang diambil dikedudukan yang sama
tetapi menggunakan focal lenght yang berbeza.
Semakin jauh kanta (bulat putih)
dengan sensor (palang hitam),
semakin kecil sudut yang
diperolehi.
Ebook Belajar Asas Fotografi Digital Hakcipta terpelihara © NahamPhoto.com
11
Aperture
Aperture ibarat iris mata yang mengawal kemasukkan cahaya dalam lens. Aperture yang dibuka akan memasukkan
banyak cahaya manakala jika ditutup akan mengurangkan cahaya. Ia selalu dikira dalam ukuran f-number.
Jika f-number yang besar bermaksud bukaan yang kecil. Misalnya f5.6 adalah lebih besar bilangannya jika
dibandingkan dengan f22. Ini kerana bukaan lensa dalam unit relatif, iaitu
(focal length) / (diameter bukaan)
Mana-mana lensa yang disetkan dengan nilai bukaan yang sama membenarkan jumlah cahaya yang sama
memasuki kamera sekiranya keamatan cahaya adalah sama.
Berikut adalah senarai nombor bukaan piawai (1 stop)
1.0 1.4 2.0 2.8 4 5.6 8 11 16 22 32
F1.4 (ditulis f/1.4) bermaksud saiz bukaan adalah 1/1.4 panjang fokus lensa. Jika lensa adalah lensa 50mm, diameter
bukaan adalah
1/1.4 x 50mm
= 35.71 mm
Ebook Belajar Asas Fotografi Digital Hakcipta terpelihara © NahamPhoto.com
12
Depth Of Field (Bokeh)
Depth of Field (DoF) merupakan istilah untuk zon ketajaman sesuatu gambar. DoF akan bergantung pada setting
aperture, focal length & jarak antara subjek anda. Aperture yang dibuka besar contoh f2.8 akan menjadikan depth of
field yang tinggi. (latar belakang yang kabur).
Cuba lihat contoh gambar dibawah bokeh berbeza mengikut kepada setting aperture pada kamera anda
Kamera Di Fokus Semakin jauh semakin kabur
Ebook Belajar Asas Fotografi Digital Hakcipta terpelihara © NahamPhoto.com
13
Shutter
Shutter adalah satu bahagian yang menghalang cahaya dari masuk selagi pengguna tidak menekan butang. Ia
dibuka dengan pantas bergantung pada setting pengguna. Apabila shutter terbuka, cahaya akan masuk & mengenai
film @ sensor.
Shutter Speed
Menentukan berapa lama shutter akan terbuka. Unit kiraan untuk shutter adalah 1/number. Shutter speed yang tinggi
akan menjadikan gambar di ‘freeze’. Namun cahaya yang masuk adalah kurang. Shutter speed yang rendah akan
meningkat kadar gegaran .
Ebook Belajar Asas Fotografi Digital Hakcipta terpelihara © NahamPhoto.com
14
Gunakan kelajuan pengatup sekurang-kurangnya seperti jadual dibawah. Namun ia bergantung juga pada keadaan
cahaya ketika itu;
Panjang Fokus Lensa
(mm)
Kelajuan minima pengatup (saat)
20 1/30
50 1/60
100 1/125
200 1/250
500 1/500
Gunakan tripod atau ‘bean bag’ jika seseorang jurufoto itu menggunakan slow shutter. Dibawah merupakan
perbezaan gambar yang diambil dengan perubahan pada shutter speed.
Ebook Belajar Asas Fotografi Digital Hakcipta terpelihara © NahamPhoto.com
15
ISO
ISO atau ASA adalah rating untuk kelajuan film @ sensor. ISO rendah akan menyebabkan sensor kurang peka kepada
cahaya dan anda akan memerlukan aperture yang lebih besar dan kelajuan shutter yang lebih lama. Ia selalunya di
set dengan nombor 100, 200, 400, 800,1600, 3200 dan seterusnya. Nombor tersebut menerangkan berapa ‘pantas’
reaksi film @ sensor terhadap cahaya.
Asasnya, anda perlu mengambil gambar menggunakan ISO yang terendah dalam kamera. Ia akan memberikan
kelajuan shutter dan ketajaman (Depth Of Field) yang anda perlukan. Sekiranya anda perlukan lebih ketajaman
(Depth Of Field) tetapi tidak mahu mengurangkan kelajuan shutter, maka anda perlu menaikkan ISO dan
mengurangkan aperture.
ISO & Persekitaran
ISO 100-200 sesuai digunakan ditempat terang. Ia menghasilkan imej dengan keamatan warna yang tinggi.
ISO 400-800 sesuai digunakan untuk mengambil gambar sukan atau aktiviti pantas. Ia digunakan untuk mendapatkan
shutter speed yang tinggi supaya subjek dapat ’freeze’.
ISO 1600 keatas sesuai digunakan untuk mengambil gambar diwaktu malam tanpa menggunakan flash. Lazimnya
gambar yang dihasilkan mempunyai keamatan warna yang rendah dan noise akan kelihatan.
Ebook Belajar Asas Fotografi Digital Hakcipta terpelihara © NahamPhoto.com
16
Kebaikan & Keburukan ISO Yang Tinggi
Kebaikan Keburukan
Memudahkan penggunaan
kamera tanpa tripod
Kualiti gambar menurun kerana
penghasilan NOISE
Mendapatkan gambar yang lebih
sharpe
Kualiti Warna akan menurun
Membantu dalam situasi yang
tidak memerlukan flash
Kualiti sharpness akan menurun
Dibawah merupakan satu lagi contoh hasil gambar yang diambil menggunakan ISO yang berlainan;
Ebook Belajar Asas Fotografi Digital Hakcipta terpelihara © NahamPhoto.com
17
Kaitan Antara Aperture, Shutter & ISO Untuk Mendapatkan Exposure
= cahaya lebih = cahaya kurang
ISO tinggi = banyak noise
Shutter perlahan = gegaran
Aperture besar = DOF tinggi
ISO rendah = kurang noise
Shutter laju = freeze
Aperture kecil = kurang DOF
Ebook Belajar Asas Fotografi Digital Hakcipta terpelihara © NahamPhoto.com
18
BAB 4 : TEKNIK FOTOGRAFI
Camera Grip
Bagi mengelakkan gegaran pada gambar, teknik
memegang kamera juga perlu diambil berat.
Bagaimana cara untuk memegang kamera anda?
Half-Press
Cara untuk ‘lock’ subjek anda adalah penting
untuk mendapatkan gambar yang diingini.
Teknik half-press perlu dikuasai kerana ini adalah
asas untuk memfokus subjek.
Lihat viewfinder & lock
subjek anda dengan
menekan SEPARUH
pada button mengambil
gambar
Tahan dahulu sementara
MENCARI komposisi
yang sesuai
Tanpa mengangkat lagi
jari, TEKAN
SEPENUHNYA butang
tersebut untuk mengambil
gambar
Ebook Belajar Asas Fotografi Digital Hakcipta terpelihara © NahamPhoto.com
19
Focusing
Lihat contoh viewfinder dibawah, bulatan ditengah-tengah adalah point utama untuk memfokus subjek. Ada
viewfinder yang menunjukkan bulatan berwarna hijau untuk subjek yang ‘focus’ manakala merah untuk ‘out of focus’.
Jurufoto perlu ‘lock’ subjek mereka dahulu untuk mengelakkan terjadinya ‘out of focus’.
Ebook Belajar Asas Fotografi Digital Hakcipta terpelihara © NahamPhoto.com
20
Exposure Mode
Kebanyakkan kamera disediakan dengan pelbagai jenis exposure mode samada auto atau manual
Auto : kamera akan mengawal exposure & flash sepenuhnya
Manual : pengguna mengawal keseluruhan setting
(A) Aperture Priority : pengguna mengawal aperture sahaja
(S) Shutter Priority : pengguna mengawal shutter sahaja
Program : seperti Auto tetapi pengguna masih boleh mengawal
setting lain
Portraiture : setting untuk mengambil gambar manusia
Lanscape : setting untuk megambil gambar permandangan
Macro : setting untuk mengambil gambar close-up
Sport : setting untuk gambar aktiviti pantas
Ebook Belajar Asas Fotografi Digital Hakcipta terpelihara © NahamPhoto.com
21
Exposure Yang Sesuai
Exposure adalah sukatan & keseimbangan cahaya. Jumlah cahaya tersebut adalah yang diterima oleh filem atau
sensor di dalam kamera dan di kawal oleh lens diaphragm atau aperture. Terdapat 3 faktor utama untuk
mendapatkan exposure yang sesuai dalam gambar anda iaitu Shutter Speed, Aperture & ISO. Menguasai 3 faktor ini
adalah yang paling asas bagi jurugambar.
Exposure Value (EV) atau EV - Stop
Dalam istilah fotografi ia bermaksud ukuran cahaya yang diukur dalam exposure value (EV). +1 stop bermakna
penambahan cahaya satu kali ganda daripada cahaya semasa (0). -1 stop bermakna cahaya kurang sekali ganda
daripada cahaya semasa.
Ebook Belajar Asas Fotografi Digital Hakcipta terpelihara © NahamPhoto.com
22
BAB 5 : CAHAYA & WARNA
Sifat Cahaya & Warna
Penting bagi seorang jurugambar memahami sifat-sifat cahaya & warna. Terdapat beberapa sifat cahaya yang iaitu
front, side & backlight. Mengetahui dari mana arah cahaya dapat memberikan impak yang baik pada gambar.
Front Light
Jika cahaya berada dibelakang jurugambar, cari objek yang boleh dijadikan diffuser seperti pokok untuk
mendapatkan gambar yang tidak terlalu ‘flat’
Side Light
Jika cahaya berada ditepi jurugambar, cari objek yang boleh dijadikan reflector seperti bangunan untuk
mendapatkan lighting yang seimbang.
Back Light
Untuk mengambil gambar yang baik, jurufoto cuba elakkan mengadap cahaya (back light). Back light akan
mengakibatkan subjek anda menjadi gelap. Namun jika gambar perlu juga diambil, gunakan flash secara direct untuk
jelaskan subjek anda.
Ebook Belajar Asas Fotografi Digital Hakcipta terpelihara © NahamPhoto.com
23
Metering
Metering adalah satu kaedah pengiraan untuk mendapatkan nilai dedahan atau exposure value (ev). Ia bertujuan
menentukan dengan lebih TEPAT julat kecerahan/ kegelapan cahaya sesuatu keadaan (scene). Terdapat beberapa
jenis metering dalam kamera anda;
Matrix/Evaluative : mengira dedahan pada keseluruhan paparan(100%). Ia
merupakan kaedah mengira dedahan yang optimum berdasarkan zon-zon
di atas sensor. Dalam keadaan cahaya biasa dan sekata, matrix metering
tiada masalah untuk mendapatkan nilai dedahan yang betul. Metering ini
juga dikenali sebagai multi-zone metering, honeycomb atau segment
metering..
Partial : mengira dedahan berdasarkan kawasan lebih besar dari spot
metering, iaitu 10-15% dari viewfinder.
Center weighted : mengira dedahan berdasarkan satu bulatan di tengah
sensor. Ia bagus digunakan untuk subject seperti potret kepala.
Spot metering : mengira dedahan kawasan yang amat kecil iaitu (1-5%).
Kebanyakan kamera membenarkan spot metering hanya ditengah tetapi
kamera yang lebih canggih membenarkan spot metering pada titik focus.
Spot metering adalah amat tepat kerana tidak dipengaruhi oleh kawasan
lain didalam viewfinder.
Ebook Belajar Asas Fotografi Digital Hakcipta terpelihara © NahamPhoto.com
24
White Balance
White balance bertujuan membetulkan warna putih situasi tertentu kepada warna putih yang semulajadi dilihat oleh
mata manusia. Perubahan WB berlaku kerana suhu atau warna disebabkan punca cahaya mengukit situasi. Ukuran
suhu cahaya adalah dalam kelvin (k).
Auto WB : kamera memilih
WB yang sesuai
Daylight (3000k-4000k) : untuk
cuaca panas
Cloudy (5000k-6000k) : untuk
cuaca berawan/ mendung
Shade (6000k-8000k) : untuk
dibawah bangunan
Tungsten (2500k-3200k) :
untuk lampu bermentol &
neon
Fluorescent (3200k-4000k) :
untuk lampu kalimantang
Flash : (6500k-7000k) : jika
menggunakan flash
Custom/ Preset : pengguna
memilih WB sendiri
Ebook Belajar Asas Fotografi Digital Hakcipta terpelihara © NahamPhoto.com
25
RUMUSAN
Fotografi adalah seni melihat dan juga sangat subjektif. Gambar yang menarik adalah hasil dari gabungan situasi,
kreativiti & kemahiran jurugambar tersebut.
RUJUKAN
Buku
• Asas Fotografi Digital – Iskandar Ab Rashid
• Digital Photography – Tricks of the Trade : Tim Gartside, D&C.
• Digital Camera Magazine (Malaysia).
Online
• http://www.practicalphotographytips.com
• http://www.photonhead.com/
• http://www.cambridgeincolour.com/tutorials.htm
• http://www.digital-cameras-help.com/photography.html
• http://digital-photography-school.com/tips
• http://www.dpreview.com/
Disediakan Oleh :
Harris Fadzilah bin Rahmat (Reds)
Pengasas/ Jurugambar
NahamPhoto
013-7443734
info@nahamphoto.com
www.nahamphoto.com
www.nahamphoto.com/blog
www.facebook.com/NahamPhoto

Contenu connexe

Tendances

Imej vektor dan imej bitmap
Imej vektor dan imej bitmapImej vektor dan imej bitmap
Imej vektor dan imej bitmap
saiful amir
 
Teori gestalt
Teori gestaltTeori gestalt
Teori gestalt
yuziami
 
corporate identity
corporate identitycorporate identity
corporate identity
Ila Azmil
 

Tendances (20)

Imej vektor dan imej bitmap
Imej vektor dan imej bitmapImej vektor dan imej bitmap
Imej vektor dan imej bitmap
 
Warna
WarnaWarna
Warna
 
Grafik dalam Multimedia
Grafik dalam MultimediaGrafik dalam Multimedia
Grafik dalam Multimedia
 
Maksud dan pengertian 3D dlm Membentuk dan Membuat Binaan
Maksud dan pengertian 3D dlm Membentuk dan Membuat BinaanMaksud dan pengertian 3D dlm Membentuk dan Membuat Binaan
Maksud dan pengertian 3D dlm Membentuk dan Membuat Binaan
 
Pembinaan pola pakaian
Pembinaan pola pakaianPembinaan pola pakaian
Pembinaan pola pakaian
 
Rgd modul 5.1 identiti korporat
Rgd modul 5.1 identiti korporat Rgd modul 5.1 identiti korporat
Rgd modul 5.1 identiti korporat
 
Reka Bentuk Seni Visual
Reka Bentuk Seni VisualReka Bentuk Seni Visual
Reka Bentuk Seni Visual
 
P.SENI VISUAL *AsasSeniReka-Unsur Seni*
P.SENI VISUAL *AsasSeniReka-Unsur Seni*P.SENI VISUAL *AsasSeniReka-Unsur Seni*
P.SENI VISUAL *AsasSeniReka-Unsur Seni*
 
Presentation1
Presentation1Presentation1
Presentation1
 
Teknik kolograf
Teknik kolografTeknik kolograf
Teknik kolograf
 
Penegasan
PenegasanPenegasan
Penegasan
 
Komposisi
KomposisiKomposisi
Komposisi
 
Teori gestalt
Teori gestaltTeori gestalt
Teori gestalt
 
Laras bahasa dalam bahasa melayu
Laras bahasa dalam bahasa melayuLaras bahasa dalam bahasa melayu
Laras bahasa dalam bahasa melayu
 
Garisan
GarisanGarisan
Garisan
 
Slot 2 Elemen Multimedia
Slot 2   Elemen MultimediaSlot 2   Elemen Multimedia
Slot 2 Elemen Multimedia
 
Apresiasi dan kritikan seni visual
Apresiasi dan kritikan seni visualApresiasi dan kritikan seni visual
Apresiasi dan kritikan seni visual
 
Pengenalan asas lukisan
Pengenalan asas lukisanPengenalan asas lukisan
Pengenalan asas lukisan
 
Pengenalan Tatacahaya
Pengenalan TatacahayaPengenalan Tatacahaya
Pengenalan Tatacahaya
 
corporate identity
corporate identitycorporate identity
corporate identity
 

Similaire à Belajar Asas Fotografi Digital

Menggabungkan fotografi dengan sajian multimedia 1-3
Menggabungkan fotografi dengan sajian multimedia 1-3Menggabungkan fotografi dengan sajian multimedia 1-3
Menggabungkan fotografi dengan sajian multimedia 1-3
kopishare
 
Menggabungkanfotografidengansajianmultimedia
MenggabungkanfotografidengansajianmultimediaMenggabungkanfotografidengansajianmultimedia
Menggabungkanfotografidengansajianmultimedia
Sayugo
 
Nota asas digital fotografi (free version)
Nota asas digital fotografi (free version)Nota asas digital fotografi (free version)
Nota asas digital fotografi (free version)
Amarrizal Johari
 
Nota asas digital fotografi (free version)
Nota asas digital fotografi (free version)Nota asas digital fotografi (free version)
Nota asas digital fotografi (free version)
Nalyeinda Adam
 
Tugas kelompok 7
Tugas kelompok 7Tugas kelompok 7
Tugas kelompok 7
Arif Rahman
 

Similaire à Belajar Asas Fotografi Digital (20)

Asas fotografi
Asas fotografiAsas fotografi
Asas fotografi
 
Asas Fotografi Digital
Asas Fotografi Digital Asas Fotografi Digital
Asas Fotografi Digital
 
Prinsip kerja kamera video
Prinsip  kerja kamera videoPrinsip  kerja kamera video
Prinsip kerja kamera video
 
Menggabungkan fotografi dengan sajian multimedia 1-3
Menggabungkan fotografi dengan sajian multimedia 1-3Menggabungkan fotografi dengan sajian multimedia 1-3
Menggabungkan fotografi dengan sajian multimedia 1-3
 
Menggabungkan fotografi dengan sajian multimedia
Menggabungkan fotografi dengan sajian multimediaMenggabungkan fotografi dengan sajian multimedia
Menggabungkan fotografi dengan sajian multimedia
 
Menggabungkanfotografidengansajianmultimedia
MenggabungkanfotografidengansajianmultimediaMenggabungkanfotografidengansajianmultimedia
Menggabungkanfotografidengansajianmultimedia
 
Nota asas digital fotografi (free version)
Nota asas digital fotografi (free version)Nota asas digital fotografi (free version)
Nota asas digital fotografi (free version)
 
Nota asas digital fotografi (free version)
Nota asas digital fotografi (free version)Nota asas digital fotografi (free version)
Nota asas digital fotografi (free version)
 
matakuliah Teknik dasar dan pengenalan fotografi
matakuliah Teknik dasar dan pengenalan fotografimatakuliah Teknik dasar dan pengenalan fotografi
matakuliah Teknik dasar dan pengenalan fotografi
 
Camera digital
Camera digitalCamera digital
Camera digital
 
Asas fotografi 1
Asas fotografi 1Asas fotografi 1
Asas fotografi 1
 
Alih media buku teks dengan kamera dan perangkat lainnya
Alih media buku teks dengan kamera dan perangkat lainnyaAlih media buku teks dengan kamera dan perangkat lainnya
Alih media buku teks dengan kamera dan perangkat lainnya
 
Fotografi 1.ppt
Fotografi 1.pptFotografi 1.ppt
Fotografi 1.ppt
 
Presentasi Jenis jenis kamera
Presentasi Jenis jenis kameraPresentasi Jenis jenis kamera
Presentasi Jenis jenis kamera
 
jenis-jeniskamera.pdf jenis-jeniskamera.pdf
jenis-jeniskamera.pdf jenis-jeniskamera.pdfjenis-jeniskamera.pdf jenis-jeniskamera.pdf
jenis-jeniskamera.pdf jenis-jeniskamera.pdf
 
Dasar teori fotografi
Dasar teori fotografiDasar teori fotografi
Dasar teori fotografi
 
Mengenal Jenis-Jenis Kamera Digital
Mengenal Jenis-Jenis Kamera DigitalMengenal Jenis-Jenis Kamera Digital
Mengenal Jenis-Jenis Kamera Digital
 
PERBEDAAN KAMERA ANALOG (MANUAL) DAN KAMERA DIGITAL
PERBEDAAN KAMERA ANALOG (MANUAL) DAN KAMERA DIGITALPERBEDAAN KAMERA ANALOG (MANUAL) DAN KAMERA DIGITAL
PERBEDAAN KAMERA ANALOG (MANUAL) DAN KAMERA DIGITAL
 
Tugas kelompok 7
Tugas kelompok 7Tugas kelompok 7
Tugas kelompok 7
 
Jenis kamera dan alat bantu fotografi.docx
Jenis kamera dan alat bantu fotografi.docxJenis kamera dan alat bantu fotografi.docx
Jenis kamera dan alat bantu fotografi.docx
 

Plus de Azman Hj. Ayup

Plus de Azman Hj. Ayup (20)

The Art of Building Rapport
The Art of Building RapportThe Art of Building Rapport
The Art of Building Rapport
 
Panduan Penilaian Prestasi Tahun 2015
Panduan Penilaian Prestasi Tahun 2015Panduan Penilaian Prestasi Tahun 2015
Panduan Penilaian Prestasi Tahun 2015
 
Siasatan Forensik
Siasatan ForensikSiasatan Forensik
Siasatan Forensik
 
Rajah Kasar Di Tempat Kejadian Jenayah
Rajah Kasar Di Tempat Kejadian JenayahRajah Kasar Di Tempat Kejadian Jenayah
Rajah Kasar Di Tempat Kejadian Jenayah
 
Kursus Asas Siasatan - Laporan Polis Maklumat Pertama (FIR)
Kursus Asas Siasatan - Laporan Polis Maklumat Pertama (FIR)Kursus Asas Siasatan - Laporan Polis Maklumat Pertama (FIR)
Kursus Asas Siasatan - Laporan Polis Maklumat Pertama (FIR)
 
Siasatan Rakaman Gambar Di Tempat Kejadian
Siasatan Rakaman Gambar Di Tempat KejadianSiasatan Rakaman Gambar Di Tempat Kejadian
Siasatan Rakaman Gambar Di Tempat Kejadian
 
Essays On Inspiration, Creativity & Vision In Photography
Essays On Inspiration, Creativity & Vision In PhotographyEssays On Inspiration, Creativity & Vision In Photography
Essays On Inspiration, Creativity & Vision In Photography
 
Ultimate Field Guide To Photography
Ultimate Field Guide To PhotographyUltimate Field Guide To Photography
Ultimate Field Guide To Photography
 
Introduction To External Flash
Introduction To External FlashIntroduction To External Flash
Introduction To External Flash
 
Photography - Tutorial
Photography - TutorialPhotography - Tutorial
Photography - Tutorial
 
Langkah Editing & Manipulasi Gambar
Langkah Editing & Manipulasi GambarLangkah Editing & Manipulasi Gambar
Langkah Editing & Manipulasi Gambar
 
Himpunan Efek-Efek Photoshop
Himpunan Efek-Efek PhotoshopHimpunan Efek-Efek Photoshop
Himpunan Efek-Efek Photoshop
 
Taklimat Penilaian Prestasi UTeM
Taklimat Penilaian Prestasi UTeMTaklimat Penilaian Prestasi UTeM
Taklimat Penilaian Prestasi UTeM
 
UTeM Strategic Direction 2020
UTeM Strategic Direction 2020UTeM Strategic Direction 2020
UTeM Strategic Direction 2020
 
UTeM Strategic Plan 2012-2020
UTeM Strategic Plan 2012-2020UTeM Strategic Plan 2012-2020
UTeM Strategic Plan 2012-2020
 
Pengoperasian Hala Tuju UiTM
Pengoperasian Hala Tuju UiTMPengoperasian Hala Tuju UiTM
Pengoperasian Hala Tuju UiTM
 
Management And Organizational Development
Management And Organizational DevelopmentManagement And Organizational Development
Management And Organizational Development
 
Perancangan Strategik Organisasi
Perancangan Strategik  OrganisasiPerancangan Strategik  Organisasi
Perancangan Strategik Organisasi
 
Return On Investment
Return On InvestmentReturn On Investment
Return On Investment
 
Electronic Information Resources : Librarian's Roles, Advantages & Challenges
Electronic Information Resources : Librarian's Roles, Advantages & ChallengesElectronic Information Resources : Librarian's Roles, Advantages & Challenges
Electronic Information Resources : Librarian's Roles, Advantages & Challenges
 

Dernier

PPT SLIDE Kelompok 2 Pembelajaran Kelas Rangkap (4).pptx
PPT SLIDE Kelompok 2 Pembelajaran Kelas Rangkap (4).pptxPPT SLIDE Kelompok 2 Pembelajaran Kelas Rangkap (4).pptx
PPT SLIDE Kelompok 2 Pembelajaran Kelas Rangkap (4).pptx
MegaFebryanika
 

Dernier (12)

KERTAS KERJA MINGGU BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH.doc
KERTAS KERJA MINGGU BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH.docKERTAS KERJA MINGGU BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH.doc
KERTAS KERJA MINGGU BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH.doc
 
Babahhsjdkdjdudhhndjdjdfjdjjdjdjfjdjjdjdjdjjf
BabahhsjdkdjdudhhndjdjdfjdjjdjdjfjdjjdjdjdjjfBabahhsjdkdjdudhhndjdjdfjdjjdjdjfjdjjdjdjdjjf
Babahhsjdkdjdudhhndjdjdfjdjjdjdjfjdjjdjdjdjjf
 
Sizi99 Rekomendasi Bo Slot Gacor Anti Nawala Gampang Jackpot 2024
Sizi99 Rekomendasi Bo Slot Gacor Anti Nawala Gampang Jackpot 2024Sizi99 Rekomendasi Bo Slot Gacor Anti Nawala Gampang Jackpot 2024
Sizi99 Rekomendasi Bo Slot Gacor Anti Nawala Gampang Jackpot 2024
 
Popi99 Situs Slot Online Terbaik & Slot Server Thailand Terpercaya 2024
Popi99 Situs Slot Online Terbaik & Slot Server Thailand Terpercaya 2024Popi99 Situs Slot Online Terbaik & Slot Server Thailand Terpercaya 2024
Popi99 Situs Slot Online Terbaik & Slot Server Thailand Terpercaya 2024
 
Sakai99 Link Slot Gacor Resmi Anti Nawala Terpercaya Gampang Maxwin
Sakai99 Link Slot Gacor Resmi Anti Nawala Terpercaya Gampang MaxwinSakai99 Link Slot Gacor Resmi Anti Nawala Terpercaya Gampang Maxwin
Sakai99 Link Slot Gacor Resmi Anti Nawala Terpercaya Gampang Maxwin
 
BAB 2 BARISAN DAN DERET kelas x kurikulum merdeka
BAB 2 BARISAN DAN DERET kelas x kurikulum merdekaBAB 2 BARISAN DAN DERET kelas x kurikulum merdeka
BAB 2 BARISAN DAN DERET kelas x kurikulum merdeka
 
PPT SLIDE Kelompok 2 Pembelajaran Kelas Rangkap (4).pptx
PPT SLIDE Kelompok 2 Pembelajaran Kelas Rangkap (4).pptxPPT SLIDE Kelompok 2 Pembelajaran Kelas Rangkap (4).pptx
PPT SLIDE Kelompok 2 Pembelajaran Kelas Rangkap (4).pptx
 
IDMPO : SITUS TARUHAN BOLA ONLINE TERPERCAYA & BANYAK BONUS KEMENANGAN DI BAY...
IDMPO : SITUS TARUHAN BOLA ONLINE TERPERCAYA & BANYAK BONUS KEMENANGAN DI BAY...IDMPO : SITUS TARUHAN BOLA ONLINE TERPERCAYA & BANYAK BONUS KEMENANGAN DI BAY...
IDMPO : SITUS TARUHAN BOLA ONLINE TERPERCAYA & BANYAK BONUS KEMENANGAN DI BAY...
 
IDMPO Link Slot Online Terbaru Kamboja 2024
IDMPO Link Slot Online Terbaru Kamboja 2024IDMPO Link Slot Online Terbaru Kamboja 2024
IDMPO Link Slot Online Terbaru Kamboja 2024
 
Lim4D Link Daftar Situs Slot Gacor Hari Ini Terpercaya Gampang Maxwin
Lim4D Link Daftar Situs Slot Gacor Hari Ini Terpercaya Gampang MaxwinLim4D Link Daftar Situs Slot Gacor Hari Ini Terpercaya Gampang Maxwin
Lim4D Link Daftar Situs Slot Gacor Hari Ini Terpercaya Gampang Maxwin
 
IDMPO Link Slot Online Terbaru 2024 kamboja
IDMPO Link Slot Online Terbaru 2024 kambojaIDMPO Link Slot Online Terbaru 2024 kamboja
IDMPO Link Slot Online Terbaru 2024 kamboja
 
Wen4D Situs Judi Slot Gacor Server Thailand Hari Ini Gampang Jackpot
Wen4D Situs Judi Slot Gacor Server Thailand Hari Ini Gampang JackpotWen4D Situs Judi Slot Gacor Server Thailand Hari Ini Gampang Jackpot
Wen4D Situs Judi Slot Gacor Server Thailand Hari Ini Gampang Jackpot
 

Belajar Asas Fotografi Digital

  • 1. E-Book Oleh : Harris Fadzilah b. Rahmat (Reds) Pengasas NahamPhoto.com E-book ini diterbitkan dan diedarkan secara PERCUMA. Anda dibenarkan untuk mengedar dan mencetakkannya kepada rakan, ahli keluarga, pelanggan, prospek dan sesiapa sahaja yang mencari ilmu tentang topik e-book ini. NAMUN, anda dilarang untuk menjual dan mengubah semua kandungan serta pautan yang terdapat di dalam e-book ini tanpa kebenaran dan pengetahuan pihak www.nahamphoto.com. Jika terdapat sebarang aduan, ralat atau perubahan, sila emelkan ke info@nahamphoto.com untuk penambahbaikan pada masa akan datang. Terima kasih.
  • 2. Ebook Belajar Asas Fotografi Digital Hakcipta terpelihara © NahamPhoto.com 1 KANDUNGAN Kandungan BAB 1: Asas Fotografi M/s : 3 BAB 2 : Fotografi Digital M/s : 5 BAB 3 : Asas Kamera M/s : 10 BAB 4 : Teknik Fotografi M/s : 19 BAB 5 : Cahaya & Warna M/s : 23
  • 3. Ebook Belajar Asas Fotografi Digital Hakcipta terpelihara © NahamPhoto.com 2 BAB 1 : ASAS FOTOGRAFI Apa Itu Fotografi? Photoraphy (Fotografi) berasal dari 2 perkataan iaitu PHOTO yang bererti cahaya dan GRAPH yang bererti tulisan / lukisan. Dari aspek istilah seni, fotografi adalah proses melukis / menulis dengan menggunakan media cahaya. Dalam erti kata lain, fotografi bererti proses atau kaedah untuk menghasilkan gambar dari suatu objek dengan merakam pantulan cahaya yang mengenai objek tersebut pada alat yang peka cahaya. Alat paling sesuai untuk menangkap cahaya ini adalah kamera. Sejarah Fotografi Perkataan fotografi telah diperkenalkan oleh Sir John Herschel dalam tahun 1839 ketika beliau menjelaskan tentang proses fotografi kepada orang ramai. Sejarah awal fotografi telah wujud sekian lama. • 1820an – kajian menggunakan bahan kimia untuk fotografi ditemui. • Abad ke-19 – banyak fotografi dibuat pada kaca, besi & kertas. • 1884 – teknologi filem mula dicipta. • 1908 – fotografi warna diperkenalkan. • 1990 – fotografi digital wujud tetapi mahal. • 2000 keatas – fotografi digital mula berkembang
  • 4. Ebook Belajar Asas Fotografi Digital Hakcipta terpelihara © NahamPhoto.com 3 Kategori Fotografi Fotografi adalah satu bidang yang luas dan boleh dibahagikan kepada banyak kategori. Antara kategori-kategori fotografi sekarang adalah; • Portraiture/ People – merakamkan gambar manusia, wajah dan selalunya ia dalah satu gambar yang dirancang terlebih dahulu. • Still life / Macro – merakam gambar objek yang kecil untuk kelihatan besar dengan menggunakan peralatan khas seperti lens macro • Photojournalism – merakam gambar kewartawanan ataupun gambar yang menunjukkan sesuatu berita/ cerita. • Advertising – gambar unutk tujuan pengiklanan. • Fashion / Glamour – gambar model atau pakaian yang menunjukkan fashion atau portfolio. • Landscape / Nature – gambar-gambar permandangan diluar. • Wildlife / Animal – gambar binatang liar. • Sport / Action – sukan dan aksi-aksi yang pantas. • Architecture / Buildings – gambar bangunan dan seni rekabentuknya. • Night – permandangan diwaktu malam • dan banyak lagi
  • 5. Ebook Belajar Asas Fotografi Digital Hakcipta terpelihara © NahamPhoto.com 4 BAB 2 : FOTOGRAFI DIGITAL Kamera Digital Terdapat beberapa kategori kamera digital iaitu; • Compact : dicipta untuk pengguna amatur dimana semua setting telah ditetapkan bagi memudahkan pengguna (mengandungi pelbagai ciri). Lazimnya berbentuk empatsegi tepat dan mempunyai skrin LCD berupaya mengambil gambar video & merakam suara. • Prosumer : mempunyai setting seperti pengguna professional dengan saiz yang agak besar berbanding kamera compact. Kadangkala dikenali sebagai kamera bridge. Seakan-akan kamera DSLR tetapi lensa tidak boleh ditukar. Seperti juga kamera kompak tetapi mempunyai setting manual. • DSLR (Digital Single Lens Reflex) : kamera untuk professional dengan pelbagai setting serta boleh menukar lens. Menggunakan sistem cermin automatik dan memantulkan cahaya dari subjek ke viewfinder. Lensa yang boleh ditukar- tukar mengikut pengikat (mount) yang sepadan.
  • 6. Ebook Belajar Asas Fotografi Digital Hakcipta terpelihara © NahamPhoto.com 5 Gambar Asal Jika gambar asal anda resolusinya 6MP, Anda boleh crop gambar ini dan print 4R dengan jelas Jika gambar asal anda resolusinya 3MP, Anda crop dan print 4R tetapi gambar menjadi kabur Megapixel & Resolution Apabila memilih kamera digital, megapixel (MP) adalah satu faktor yang selalu dilihat. MP adalah kiraan pixel yang dirakamkan ke sensor kamera. Semakin besar MP semakin banyak pixel dalam satu gambar. Kamera dengan 3MP (resolusi 1600 x 1250) sudah cukup untuk print gambar bersaiz 4R. Gambar digital mempunyai kualiti yang berbeza dan ditentukan oleh bilangan pixel yang membentuk gambar tersebut. Bilangan pixel ini dikenali sebagai resolusi.
  • 7. Ebook Belajar Asas Fotografi Digital Hakcipta terpelihara © NahamPhoto.com 6 Media Storan Untuk kamera digital, media storan yang digunakan adalah memory card . Terdapat banyak jenis memory card untuk kamera digital seperti CF (compact flash) ,SD (secure digital) dan Xd. Saiz memori card adalah dalam unit megabyte (MB) atau gigabyte (GB). Ada dua jenis kelajuan pada memory card iaitu kelajuan menulis dan membaca data. Memory card professional boleh membaca dan menulis data dari 20 MB per saat. Kelajuan memory card adalah penting sekiranya anda memerlukan kamera yang boleh merakam gambar dengan pantas terutamanya untuk mode burst. Saiz & Jenis Gambar Terdapat 3 jenis format gambar yang selalu digunakan dalam fotografi; • JPEG : format yang selalu digunakan. Ia adalah fail yang telah dimampatkan (compress) dan bersaiz kecil • TIFF : selalu digunakan untuk penerbitan & percetakan. Saiznya lebih besar dan mempunyai compression yang lebih baik dari JPEG. • RAW : digunakan oleh professional. Bersaiz besar dan memerlukan perisian yang khas untuk membuka fail tersebut. Lebih baik dari segi editing. Exif Exchangeable image file format (Exif) adalah spesifikasi terhadap sesuatu gambar yang diambil oleh kamera digital. Exif akan memaparkan maklumat-maklumat penting mengenai sesuatu gambar seperti shutter, aperture, ISO, tarikh & jenis kamera yang digunakan. Exif boleh dilihat dalam kamera anda atau komputer melalui perisian tertentu seperti ACDSee. XD Card SD Card Compact Flash
  • 8. Ebook Belajar Asas Fotografi Digital Hakcipta terpelihara © NahamPhoto.com 7 Pengesan Imej (Image Sensor) Image sensor adalah media yang berbentuk segiempat dan rata yang diletakkan di dalam kamera digital. Ia digunakan untuk mengesan imej yang terbentuk apabila difokus oleh lensa kamera dan dijadikan gambar. Gambar digital itu disimpan ke dalam media storan. Sensor merupakan cip elektronik yang peka cahaya. Format Sensor / Crop Factor Ada beberapa jenis format sensor bagi kamera DSLR. Setiap format hanya sesuai digunakan dengan lensa-lensa tertentu sahaja. Format sensor akan mempengaruhi kualiti gambar yang dihasilkan dari segi jumlah data dan kepekaan terhadap cahaya.  Full Frame Menggunakan sensor bersaiz seperti filem 35mm. Contoh kamera full frame adalah Nikon D700 dan Canon 5D Mark II.  Cropped Format Sensor yang bersaiz lebih kecil dari sensor kamera full frame. Contohnya adalah kamera-kamera DSLR yang biasa digunakan seperti Nikon D90 dan Canon 60D.
  • 9. Ebook Belajar Asas Fotografi Digital Hakcipta terpelihara © NahamPhoto.com 8 Jenis-Jenis Sensor Dua (2) jenis sensor yang digunakan dalam fotografi digital adalah;  CCD (Charge-Coupled Device) Apabila shutter terbuka untuk mengambil gambar, pengesan imej CCD didedahkan kepada cahaya. Elemen pengesan (yang mewakili setiap pixel) dibaca secara jujukan baris ke baris. Isyarat yang dihasilkan dari CCD adalah isyarat analog. Ia ditukar ke isyarat digital dalam litar berasingan diluar CCD.  CMOS (Complementary Metal Oxide Semiconductor) Sama seperti CCD tetapi litar litar elektrik dipasang dalam satu cip. Oleh kerana dalam cip CMOS litar adalah sekaligus, isyarat yang dihantar adalah dalam format digital. Disebabkan ini, CMOS dikatakan lebih pantas. Namun ada yang mengatakan CMOS menghasilkan lebih banyak noise.
  • 10. Ebook Belajar Asas Fotografi Digital Hakcipta terpelihara © NahamPhoto.com 9 BAB 3 : ASAS KAMERA Pengenalan Kamera Kamera merupakan alat untuk mengambil gambar menggunakan cahaya. Komponen asas bagi kamera adalah kotak yang kedap cahaya (body), lensa (lens), shutter & media simpanan (film @ sensor). Lens Lens (lensa) adalah bahagian kamera yang mengandungi kanta optik yang memfokus cahaya yang dipantulkan dari subjek ke atas pengesan imej dalam kamera. Ia juga digunakan untuk mengawal fokus. Lens bergantung kepada aperture & focal length contoh 35mm-70mm untuk kamera standard. Terdapat beberapa jenis lens seperti; - Fish-eye (8mm-16mm) - Wide angle (18mm-24mm) - Normal (35mm-70mm) - Telephoto (100mm-keatas). Zoom lens : adalah lens yang mempunyai pelbagai focal length. Sebagai contoh 70-200mm atau 17-50mm Prime lens : adalah lens yang mempunyai 1 focal length/sudut pandangan saja.Sebagai contoh 50mm 1.4 Fisheye Wide Angle (10-24 mm) Prime Lens (50 mm) Telefoto Lens
  • 11. Ebook Belajar Asas Fotografi Digital Hakcipta terpelihara © NahamPhoto.com 10 Focal Length Focal length menentukan sudut untuk paparan, sejauh mana subjek itu diletakkan dalam sesebuah gambar. Ia adalah jarak titik tengah lensa dengan titik fokus pada permukaan sensor. Jika focal length itu kecil seperti 16mm itu bermakna ia untuk wide angle manakala jika focal length lensa tersebut 300mm, ia adalah lensa telefoto. Dibawah adalah satu contoh hasil gambar yang diambil dikedudukan yang sama tetapi menggunakan focal lenght yang berbeza. Semakin jauh kanta (bulat putih) dengan sensor (palang hitam), semakin kecil sudut yang diperolehi.
  • 12. Ebook Belajar Asas Fotografi Digital Hakcipta terpelihara © NahamPhoto.com 11 Aperture Aperture ibarat iris mata yang mengawal kemasukkan cahaya dalam lens. Aperture yang dibuka akan memasukkan banyak cahaya manakala jika ditutup akan mengurangkan cahaya. Ia selalu dikira dalam ukuran f-number. Jika f-number yang besar bermaksud bukaan yang kecil. Misalnya f5.6 adalah lebih besar bilangannya jika dibandingkan dengan f22. Ini kerana bukaan lensa dalam unit relatif, iaitu (focal length) / (diameter bukaan) Mana-mana lensa yang disetkan dengan nilai bukaan yang sama membenarkan jumlah cahaya yang sama memasuki kamera sekiranya keamatan cahaya adalah sama. Berikut adalah senarai nombor bukaan piawai (1 stop) 1.0 1.4 2.0 2.8 4 5.6 8 11 16 22 32 F1.4 (ditulis f/1.4) bermaksud saiz bukaan adalah 1/1.4 panjang fokus lensa. Jika lensa adalah lensa 50mm, diameter bukaan adalah 1/1.4 x 50mm = 35.71 mm
  • 13. Ebook Belajar Asas Fotografi Digital Hakcipta terpelihara © NahamPhoto.com 12 Depth Of Field (Bokeh) Depth of Field (DoF) merupakan istilah untuk zon ketajaman sesuatu gambar. DoF akan bergantung pada setting aperture, focal length & jarak antara subjek anda. Aperture yang dibuka besar contoh f2.8 akan menjadikan depth of field yang tinggi. (latar belakang yang kabur). Cuba lihat contoh gambar dibawah bokeh berbeza mengikut kepada setting aperture pada kamera anda Kamera Di Fokus Semakin jauh semakin kabur
  • 14. Ebook Belajar Asas Fotografi Digital Hakcipta terpelihara © NahamPhoto.com 13 Shutter Shutter adalah satu bahagian yang menghalang cahaya dari masuk selagi pengguna tidak menekan butang. Ia dibuka dengan pantas bergantung pada setting pengguna. Apabila shutter terbuka, cahaya akan masuk & mengenai film @ sensor. Shutter Speed Menentukan berapa lama shutter akan terbuka. Unit kiraan untuk shutter adalah 1/number. Shutter speed yang tinggi akan menjadikan gambar di ‘freeze’. Namun cahaya yang masuk adalah kurang. Shutter speed yang rendah akan meningkat kadar gegaran .
  • 15. Ebook Belajar Asas Fotografi Digital Hakcipta terpelihara © NahamPhoto.com 14 Gunakan kelajuan pengatup sekurang-kurangnya seperti jadual dibawah. Namun ia bergantung juga pada keadaan cahaya ketika itu; Panjang Fokus Lensa (mm) Kelajuan minima pengatup (saat) 20 1/30 50 1/60 100 1/125 200 1/250 500 1/500 Gunakan tripod atau ‘bean bag’ jika seseorang jurufoto itu menggunakan slow shutter. Dibawah merupakan perbezaan gambar yang diambil dengan perubahan pada shutter speed.
  • 16. Ebook Belajar Asas Fotografi Digital Hakcipta terpelihara © NahamPhoto.com 15 ISO ISO atau ASA adalah rating untuk kelajuan film @ sensor. ISO rendah akan menyebabkan sensor kurang peka kepada cahaya dan anda akan memerlukan aperture yang lebih besar dan kelajuan shutter yang lebih lama. Ia selalunya di set dengan nombor 100, 200, 400, 800,1600, 3200 dan seterusnya. Nombor tersebut menerangkan berapa ‘pantas’ reaksi film @ sensor terhadap cahaya. Asasnya, anda perlu mengambil gambar menggunakan ISO yang terendah dalam kamera. Ia akan memberikan kelajuan shutter dan ketajaman (Depth Of Field) yang anda perlukan. Sekiranya anda perlukan lebih ketajaman (Depth Of Field) tetapi tidak mahu mengurangkan kelajuan shutter, maka anda perlu menaikkan ISO dan mengurangkan aperture. ISO & Persekitaran ISO 100-200 sesuai digunakan ditempat terang. Ia menghasilkan imej dengan keamatan warna yang tinggi. ISO 400-800 sesuai digunakan untuk mengambil gambar sukan atau aktiviti pantas. Ia digunakan untuk mendapatkan shutter speed yang tinggi supaya subjek dapat ’freeze’. ISO 1600 keatas sesuai digunakan untuk mengambil gambar diwaktu malam tanpa menggunakan flash. Lazimnya gambar yang dihasilkan mempunyai keamatan warna yang rendah dan noise akan kelihatan.
  • 17. Ebook Belajar Asas Fotografi Digital Hakcipta terpelihara © NahamPhoto.com 16 Kebaikan & Keburukan ISO Yang Tinggi Kebaikan Keburukan Memudahkan penggunaan kamera tanpa tripod Kualiti gambar menurun kerana penghasilan NOISE Mendapatkan gambar yang lebih sharpe Kualiti Warna akan menurun Membantu dalam situasi yang tidak memerlukan flash Kualiti sharpness akan menurun Dibawah merupakan satu lagi contoh hasil gambar yang diambil menggunakan ISO yang berlainan;
  • 18. Ebook Belajar Asas Fotografi Digital Hakcipta terpelihara © NahamPhoto.com 17 Kaitan Antara Aperture, Shutter & ISO Untuk Mendapatkan Exposure = cahaya lebih = cahaya kurang ISO tinggi = banyak noise Shutter perlahan = gegaran Aperture besar = DOF tinggi ISO rendah = kurang noise Shutter laju = freeze Aperture kecil = kurang DOF
  • 19. Ebook Belajar Asas Fotografi Digital Hakcipta terpelihara © NahamPhoto.com 18 BAB 4 : TEKNIK FOTOGRAFI Camera Grip Bagi mengelakkan gegaran pada gambar, teknik memegang kamera juga perlu diambil berat. Bagaimana cara untuk memegang kamera anda? Half-Press Cara untuk ‘lock’ subjek anda adalah penting untuk mendapatkan gambar yang diingini. Teknik half-press perlu dikuasai kerana ini adalah asas untuk memfokus subjek. Lihat viewfinder & lock subjek anda dengan menekan SEPARUH pada button mengambil gambar Tahan dahulu sementara MENCARI komposisi yang sesuai Tanpa mengangkat lagi jari, TEKAN SEPENUHNYA butang tersebut untuk mengambil gambar
  • 20. Ebook Belajar Asas Fotografi Digital Hakcipta terpelihara © NahamPhoto.com 19 Focusing Lihat contoh viewfinder dibawah, bulatan ditengah-tengah adalah point utama untuk memfokus subjek. Ada viewfinder yang menunjukkan bulatan berwarna hijau untuk subjek yang ‘focus’ manakala merah untuk ‘out of focus’. Jurufoto perlu ‘lock’ subjek mereka dahulu untuk mengelakkan terjadinya ‘out of focus’.
  • 21. Ebook Belajar Asas Fotografi Digital Hakcipta terpelihara © NahamPhoto.com 20 Exposure Mode Kebanyakkan kamera disediakan dengan pelbagai jenis exposure mode samada auto atau manual Auto : kamera akan mengawal exposure & flash sepenuhnya Manual : pengguna mengawal keseluruhan setting (A) Aperture Priority : pengguna mengawal aperture sahaja (S) Shutter Priority : pengguna mengawal shutter sahaja Program : seperti Auto tetapi pengguna masih boleh mengawal setting lain Portraiture : setting untuk mengambil gambar manusia Lanscape : setting untuk megambil gambar permandangan Macro : setting untuk mengambil gambar close-up Sport : setting untuk gambar aktiviti pantas
  • 22. Ebook Belajar Asas Fotografi Digital Hakcipta terpelihara © NahamPhoto.com 21 Exposure Yang Sesuai Exposure adalah sukatan & keseimbangan cahaya. Jumlah cahaya tersebut adalah yang diterima oleh filem atau sensor di dalam kamera dan di kawal oleh lens diaphragm atau aperture. Terdapat 3 faktor utama untuk mendapatkan exposure yang sesuai dalam gambar anda iaitu Shutter Speed, Aperture & ISO. Menguasai 3 faktor ini adalah yang paling asas bagi jurugambar. Exposure Value (EV) atau EV - Stop Dalam istilah fotografi ia bermaksud ukuran cahaya yang diukur dalam exposure value (EV). +1 stop bermakna penambahan cahaya satu kali ganda daripada cahaya semasa (0). -1 stop bermakna cahaya kurang sekali ganda daripada cahaya semasa.
  • 23. Ebook Belajar Asas Fotografi Digital Hakcipta terpelihara © NahamPhoto.com 22 BAB 5 : CAHAYA & WARNA Sifat Cahaya & Warna Penting bagi seorang jurugambar memahami sifat-sifat cahaya & warna. Terdapat beberapa sifat cahaya yang iaitu front, side & backlight. Mengetahui dari mana arah cahaya dapat memberikan impak yang baik pada gambar. Front Light Jika cahaya berada dibelakang jurugambar, cari objek yang boleh dijadikan diffuser seperti pokok untuk mendapatkan gambar yang tidak terlalu ‘flat’ Side Light Jika cahaya berada ditepi jurugambar, cari objek yang boleh dijadikan reflector seperti bangunan untuk mendapatkan lighting yang seimbang. Back Light Untuk mengambil gambar yang baik, jurufoto cuba elakkan mengadap cahaya (back light). Back light akan mengakibatkan subjek anda menjadi gelap. Namun jika gambar perlu juga diambil, gunakan flash secara direct untuk jelaskan subjek anda.
  • 24. Ebook Belajar Asas Fotografi Digital Hakcipta terpelihara © NahamPhoto.com 23 Metering Metering adalah satu kaedah pengiraan untuk mendapatkan nilai dedahan atau exposure value (ev). Ia bertujuan menentukan dengan lebih TEPAT julat kecerahan/ kegelapan cahaya sesuatu keadaan (scene). Terdapat beberapa jenis metering dalam kamera anda; Matrix/Evaluative : mengira dedahan pada keseluruhan paparan(100%). Ia merupakan kaedah mengira dedahan yang optimum berdasarkan zon-zon di atas sensor. Dalam keadaan cahaya biasa dan sekata, matrix metering tiada masalah untuk mendapatkan nilai dedahan yang betul. Metering ini juga dikenali sebagai multi-zone metering, honeycomb atau segment metering.. Partial : mengira dedahan berdasarkan kawasan lebih besar dari spot metering, iaitu 10-15% dari viewfinder. Center weighted : mengira dedahan berdasarkan satu bulatan di tengah sensor. Ia bagus digunakan untuk subject seperti potret kepala. Spot metering : mengira dedahan kawasan yang amat kecil iaitu (1-5%). Kebanyakan kamera membenarkan spot metering hanya ditengah tetapi kamera yang lebih canggih membenarkan spot metering pada titik focus. Spot metering adalah amat tepat kerana tidak dipengaruhi oleh kawasan lain didalam viewfinder.
  • 25. Ebook Belajar Asas Fotografi Digital Hakcipta terpelihara © NahamPhoto.com 24 White Balance White balance bertujuan membetulkan warna putih situasi tertentu kepada warna putih yang semulajadi dilihat oleh mata manusia. Perubahan WB berlaku kerana suhu atau warna disebabkan punca cahaya mengukit situasi. Ukuran suhu cahaya adalah dalam kelvin (k). Auto WB : kamera memilih WB yang sesuai Daylight (3000k-4000k) : untuk cuaca panas Cloudy (5000k-6000k) : untuk cuaca berawan/ mendung Shade (6000k-8000k) : untuk dibawah bangunan Tungsten (2500k-3200k) : untuk lampu bermentol & neon Fluorescent (3200k-4000k) : untuk lampu kalimantang Flash : (6500k-7000k) : jika menggunakan flash Custom/ Preset : pengguna memilih WB sendiri
  • 26. Ebook Belajar Asas Fotografi Digital Hakcipta terpelihara © NahamPhoto.com 25 RUMUSAN Fotografi adalah seni melihat dan juga sangat subjektif. Gambar yang menarik adalah hasil dari gabungan situasi, kreativiti & kemahiran jurugambar tersebut. RUJUKAN Buku • Asas Fotografi Digital – Iskandar Ab Rashid • Digital Photography – Tricks of the Trade : Tim Gartside, D&C. • Digital Camera Magazine (Malaysia). Online • http://www.practicalphotographytips.com • http://www.photonhead.com/ • http://www.cambridgeincolour.com/tutorials.htm • http://www.digital-cameras-help.com/photography.html • http://digital-photography-school.com/tips • http://www.dpreview.com/ Disediakan Oleh : Harris Fadzilah bin Rahmat (Reds) Pengasas/ Jurugambar NahamPhoto 013-7443734 info@nahamphoto.com www.nahamphoto.com www.nahamphoto.com/blog www.facebook.com/NahamPhoto