SlideShare une entreprise Scribd logo
1  sur  10
Télécharger pour lire hors ligne
SOALAN-SOALAN LAZIM
                  PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH (PBS)



           Konsep PBS

    1.   Soalan: Apa itu PBS?

         Jawapan: PBS merupakan satu bentuk pentaksiran yang bersifat holistik iaitu
         menilai aspek kognitif (intelek), afektif (emosi dan rohani) dan psikomotor
         (jasmani) selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Kurikulum
         Standard Sekolah Rendah (KSSR). PBS mentaksir bidang akademik dan bukan
         akademik

         PBS merupakan satu bentuk pentaksiran yang dilaksanakan di sekolah secara
         terancang mengikut prosedur yang ditetapkan oleh Lembaga Peperiksaan.

         PBS dikendalikan oleh pihak sekolah dan pentaksirannya dilaksanakan oleh guru-
         guru mata pelajaran secara berterusan dalam proses pengajaran dan
         pembelajaran.

         Komponen PBS terdiri daripada Pentaksiran Sekolah, Pentaksiran Pusat,
         Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum, dan Pentaksiran
         Psikometrik.

    2.   Soalan: Adakah konsep PBS ini sesuatu yang baru?

         Jawapan: Konsep PBS bukanlah sesuatu yang baru, kerana pentaksiran inilah
         yang selama ini dilaksanakan oleh guru di sekolah (kerja rumah, projek, kuiz,
         soal-jawab dan lain-lain). PBS yang dicadangkan ini merupakan penambahbaikan
         kepada PBS yang telah sedia dilaksana dengan memperkenalkan pentaksiran
         merujuk standard dan aplikasi Sistem Pengurusan PBS (SPPBS) untuk membantu
         guru merekod pencapaian murid secara berterusan.

    3.   Soalan: Kenapa PBS perlu dilaksana sekarang?

         Jawapan: Pelaksanaan PBS adalah seiring dengan program transformasi negara
         untuk menghasilkan modal insan yang bertaraf dunia.

    4.   Soalan: Bila PBS mula dilaksanakan?

         Jawapan: PBS dilaksanakan mulai Tahun 1 pada 2011 dan penambahbaikan
         UPSR pada 2016, mulai Tingkatan 1 pada 2012 dan penambahbaikan PMR pada
         2014.




1
5.   Soalan: Apakah perbezaan antara PBS dengan pentaksiran sedia ada?

         Jawapan:
         • PBS adalah lebih holistik dan memberi penekanan kepada kesemua aspek
            JERI iaitu jasmani, emosi, rohani dan intelek berbanding kepada pentaksiran
            sedia ada yang lebih memberi penumpuan kepada pencapaian akademik
            melalui peperiksaan. PBS akan mentaksir proses dan produk secara formatif
            dan sumatif iaitu mengamalkan konsep assessment for learning dan
            assessment of learning manakala fokus utama pentaksiran sedia ada lebih
            kepada pencapaian akademik murid di akhir pembelajaran yang merupakan
             assessment of learning.

         •   Dalam usaha penambahbaikan kepada pentaksiran sekolah sedia ada,
             Pentaksiran Rujukan Standard diperkenalkan, iaitu menggunakan Standard
             Prestasi untuk melihat kemajuan dan pertumbuhan (growth) pembelajaran
             serta pencapaian prestasi seseorang murid. Ia merupakan proses
             mendapatkan maklumat tentang sejauh mana murid tahu, faham dan boleh
             buat atau telah menguasai apa yang dipelajari berdasarkan pernyataan
             standard prestasi yang ditetapkan mengikut tahap-tahap pencapaian seperti
             yang dihasratkan dalam dokumen kurikulum.

             Pentaksiran Rujukan Standard tidak membandingkan pencapaian seseorang
             murid dengan murid lain tetapi melapor prestasi murid dalam pembelajaran
             dengan menerangkan tentang kemajuan dan pertumbuhan (growth) murid
             dalam pembelajaran merujuk kepada pernyataan standard.

         •   PBS juga memberi pengiktirafan dan autonomi kepada guru untuk
             melaksanakan pentaksiran formatif dan sumatif yang berasaskan sekolah. Ini
             akan dapat meningkatkan integriti dan kredibiliti profesion perguruan kerana
             guru merupakan orang yang paling sesuai untuk mentaksir murid masing-
             masing kerana mereka:
             - boleh memantau perkembangan murid secara berterusan
             - boleh memberi maklum balas yang membina untuk penambahbaikan
                pembelajaran murid
             - lebih memahami konteks yang sesuai dengan persekitaran dan
                perkembangan murid
             - mentaksir dan memberi maklum balas berpandukan standard prestasi

    6.   Soalan: Apakah standard prestasi?

         Jawapan: Standard Prestasi merupakan satu pernyataan yang menerangkan
         tentang pencapaian atau penguasaan seseorang individu dalam sesuatu bidang
         yang telah dilalui dalam satu tempoh pembelajaran berdasarkan satu penanda
         aras (benchmark) yang telah dikenal pasti. Standard Prestasi memandu pentaksir
         bagaimana aktiviti pentaksiran boleh dan dapat dilaksanakan secara adil dan
         berfokus merujuk kepada standard yang ditetapkan.




2
7.    Soalan: Bagaimana penjaminan kualiti PBS dapat dilaksanakan?

          Jawapan:

          Penjaminan kualiti bagi pelaksanaan PBS dapat dicapai melalui:

              •      Pementoran
              •      Penyelarasan
              •      Pemantauan
              •      Pengesanan

          •   Pementoran PBS adalah proses membantu, memudah cara dan membimbing
              guru untuk melaksanakan PBS mengikut prinsip dan prosedur pelaksanaan
              yang ditetapkan.

          •   Pemantauan ialah satu proses untuk mendapatkan maklumat dan
              memastikan pentaksiran dilaksanakan mengikut prosedur dan garis panduan
              yang ditetapkan agar mempunyai kesahan dan kebolehpercayaan.

          •   Penyelarasan PBS adalah proses penyeragaman skor merujuk kepada
              Standard Prestasi yang disediakan atau berdasarkan rubrik sesuatu tugasan.

          •   Pengesanan PBS adalah proses memastikan kekuatan dan keberkesanan
              instrumen pentaksiran dalam pelaksanaan PBS.

    8.    Soalan: Bagaimana ibu bapa mendapat maklum balas mengenai perkembangan
          pembelajaran anak-anak mereka?

          Jawapan: Laporan deskriptif dan formatif dapat dibuat melalui SPPBS pada bila-
          bila masa sekiranya diperlukan. Sistem ini juga menyimpan maklumat
          perkembangan murid daripada Tahun 1 hinggalah ke Tingkatan 5 (life-time data
          base).

    9.    Soalan: Bagaimana hasil pentaksiran berguna untuk murid?

          Jawapan: Maklum balas yang diberi berdasarkan standard prestasi boleh
          membantu murid mengenalpasti kekuatan, kelemahan, kesilapan dan apa yang
          perlu dibaiki, bagaimana perlu diperbaiki untuk memberi hasil yang lebih baik.

          Maklum balas yang memberi makna boleh membantu murid tentang tujuan dan
          perkembangan pembelajaran mereka. Keadaan inilah yang memberi motivasi
          untuk mencuba lagi bagi meningkatkan prestasi mereka di masa hadapan.

    10.   Soalan: Apakah nilai UPSR dan PMR dalam PBS?

          Jawapan: PBS untuk penambahbaikan UPSR dan PMR masih tetap bernilai dari
          segi pembentukan modal insan yang holistik tetapi tidak lagi high stake kerana
          pentaksiran dijalankan secara berterusan dan menyeluruh.

    11.   Soalan: Bolehkah pentaksiran yang dibuat guru dipercayai?

          Jawapan: Guru merupakan orang yang paling sesuai untuk mentaksir murid
          masing-masing kerana mereka:
          - boleh memantau perkembangan murid secara berterusan

3
-   boleh memberi maklum balas yang membina untuk penambahbaikan
              pembelajaran murid
          -   lebih memahami konteks yang sesuai dengan persekitaran dan
              perkembangan murid
          -   mentaksir dan memberi maklum balas berpandukan standard prestasi

    12.   Soalan: Apakah guru sudah bersedia untuk melaksanakan PBS?

          Jawapan: Setiap guru merupakan guru terlatih yang mempunyai asas
          pengajaran dan pembelajaran tetapi akan diberi pendedahan semula tentang
          Pentaksiran Berasaskan Sekolah.




      Jawatankuasa PBS

1. Soalan : Apakah peranan YDP Majlis Pengetua Daerah dan YDP Majlis Guru
   Besar Daerah sebagai Ahli Jawatankuasa PBS Daerah?

    Jawapan: YDP Majlis Pengetua/Guru Besar adalah mewakili semua
    Pengetua/Guru Besar dalam daerah berkenaan untuk membawa isu-isu dan
    hasrat pelaksana (guru di sekolah) ke dalam mesyuarat JK PBS Daerah

2. Soalan :Sejauh manakah kuasa JK PBS Sekolah dalam pengoperasian PBS?

   Jawapan: JK PBS boleh membuat keputusan dalam menetapkan pengoperasian
   PBS peringkat sekolah asalkan ianya mematuhi garis panduan dan arahan
   pelaksanaan yang ditetapkan
3. Soalan : Bagaimanakah keanggotaan JK PBS Sekolah bagi sekolah kurang
   murid dalam?

    Jawapan : Pelantikan JK PBS Sekolah adalah tertakluk kepada keperluan
    sekolah bagi sekolah kurang murid, seseorang guru mungkin perlu memegang
    lebih daripada satu folio




4
Pelaksanaan PBS
1. Soalan: Adakah LINUS boleh digunakan dalam Pentaksiran Berasaskan Sekolah

    Jawapan : Boleh. LINUS boleh digunakan dalam pentaksiran PBS kerana
    kemahiran yang terdapat dalam LINUS terdapat dalam KSSR

2. Soalan : Perlukah Ujian Bulanan dan Peperiksaan Akhir Tahun diadakan?

    Jawapan : Keperluan mengadakan Ujian Bulanan dan Peperiksaan Akhir Tahun
    bergantung kepada keputusan mesyuarat Jawatankuasa PBS Sekolah. Sekiranya
    sekolah ingin menjalankannya maka, soalan atau tugasan untuk ujian tersebut
    mestilah diolah/bina mengikut deskriptor standard prestasi

3. Soalan: Bolehkah sekolah melaksanakan pengoperasian komponen PBS
   mengikut kekuatan sumber yang ada dan menggunakan pendekatan tertentu?

    Jawapan: Sekolah boleh melaksanakan pengoperasian PBS menggunakan
    sumber yang ada dan juga menggunakan pendekatan sesuai seperti yang
    diputuskan oleh JK PBS sekolah

4. Soalan : Perlukah murid yang baru pulang dari bermastautin di luar negara
   melaksanakan kohort PBS yang lepas?

    Jawapan : Tidak perlu kerana pentaksiran PBS hanya dilakukan untuk tahun
    semasa.

5. Soalan : Adakah murid dibenarkan memohon pengecualian dari melaksanakan
   PBS?

    Jawapan : Tidak boleh. Semua murid ditaksir mengikut kemampuan masing-
    masing dan pentaksiran PBS boleh dilakukan apabila murid telah bersedia untuk
    ditaksir

6. Soalan : Bagaimanakah pengoperasian PBS bagi murid dari golongan OKU
   dilaksanakan? Adakah mereka akan diberikan pengecualian?

    Jawapan : Murid OKU juga akan ditaksir mengikut standard prestasi yang
    dibina khas untuk golongan tersebut. Oleh itu mereka tidak perlu diberi
    pengecualian




5
Pentaksir Sekolah

1. Soalan : Bolehkah Guru Sandaran Tidak Terlatih (GSTT) menjadi pentaksir?

    Jawapan : Boleh kerana pentaksiran mata pelajaran dilakukan semasa P&P dan
    guru yang mengajar sahaja boleh mentaksir muridnya

2. Soalan ; Bolehkah seseorang guru yang tidak mengajar mata pelajaran menjadi
   pentaksir dan seterusnya membuat pentaksiran?

    Jawapan : Tidak boleh kerana pentaksiran PBS dilakukan semasa pengajaran
    dan pembelajaran



     Pelaporan

1. Soalan: Bolehkah ibu bapa mendapatkan laporan prestasi murid bila
   diperlukan?

    Jawapan : Ibu bapa boleh mendapatkan laporan prestasi murid bila-bila masa
    diperlukan. Walau bagaimanapun laporan prestasi tersebut hanya boleh
    diperoleh sekiranya pembelajaran dan pengajaran (P&P) dan pentaksiran topik
    dan kemahiran telah diajar kepada murid tersebut

2. Soalan :Siapakah yang menyedia dan mengeluarkan laporan prestasi murid?

    Jawapan : Guru mata pelajaran yang menyedia dan mengeluarkan laporan
    prestasi murid sekiranya diperlukan. Laporan dikeluarkan melalui aplikasi Sistem
    Pengurusan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (SPPBS)

3. Soalan : Bilakah guru boleh mula memasukkan data standard prestasi murid ke
   dalam SPPBS?

    Jawapan: Pihak sekolah perlu menunggu arahan pelaksanaan yang akan
    dikeluarkan oleh Lembaga Peperiksaan pada awal tahun

4. Soalan :Bolehkah murid mendapatkan laporan prestasi bila diperlukan?

    Jawapan : Boleh. Murid boleh mendapatkan laporan prestasi bila diperlukan
    daripada guru. Laporan boleh dikeluarkan atau dicetak terus daripada system
    Aplikasi SPPBS




6
5. Soalan : Bolehkah pihak-pihak yang berkepentingan seperti wakil rakyat,
   pertubuhan NGO, pihak swasta dan pihak lain selain ibu bapa mendapatkan
   rumusan pelaporan prestasi untuk tujuan memberi sumbangan dan motivasi
   kepada murid?

    Jawapan : Pihak-pihak yang berkepentingan boleh mendapatkan rumusan
    pelaporan prestasi sekolah sekiranya dipersetujui oleh JK PBS Sekolah
    berkenaan

6. Soalan : Bolehkah sekolah membuat ranking di kalangan murid-muridnya? Jika
   boleh, bagaimana caranya?

    Jawapan : Sekolah boleh membuat ranking murid-muridnya dengan
    menggunakan atau merujuk evidens yang dapat disempurnakan oleh murid-
    murid semasa pentaksiran PBS

7. Soalan. Adakah pelaporan PBS boleh digunakan sebagai asas kepada pemilihan
   penerima anugerah kecemerlangan murid di sekolah?

    Jawapan : Pelaporan PBS memang wajar dijadikan asas atau kriteria kepada
    pemilihan penerima anugerah dan perlu disokong dengan evidens murid

8. Soalan: Adakah ibu bapa diberi kemudahan untuk mencapai sistem yang boleh
   mengeluarkan pelaporan bagi anak-anak mereka?

    Jawapan : Tidak boleh. Ibu bapa perlu mendapatkan laporan prestasi anak-
    anak mereka daripada guru di sekolah


     Penjaminan Kualiti

1. Soalan : Apakah maksud penyelarasan?

    Jawapan : Penyelarasan ialah satu proses untuk memastikan keselarasan
    kefahaman terhadap peraturan/skema penskoran/rubrik. Penyelarasan perlu
    dilakukan dari aspek penskoran untuk memastikan konstruk, gred/skala skor
    adalah seragam dan seterusnya meningkatkan kebolehpercayaan dan kesahan
    skor pentaksiran bagi menjamin kualiti.

2. Soalan : Siapakah yang melaksanakan penyelarasan?

    Jawapan : Penyelaras dalaman terdiri daripada Ketua Panitia/ Ketua Bidang /
    Guru Cemerlang mata pelajaran dan Penyelaras luaran terdiri daripada pegawai
    yang oleh Lembaga Peperiksa, JPN dan PPD




7
3. Soalan : Apakah yang dikatakan pementoran?

    Jawapan : Pementoran PBS adalah proses membantu, memudah cara dan
    membimbing guru untuk melaksanakan PBS mengikut prinsip dan prosedur
    pelaksanaan yang ditetapkan

4. Soalan : Siapakah yang boleh melaksanakan pementoran?

    Jawapan : Pementoran boleh dilakukan oleh Mentor Dalaman yang terdiri
    daripada Ketua Panitia, Jurulatih Utama , Guru Cemerlang, Guru Besar atau guru
    yang dilantik sementara Mentor Luaran terdiri daripada Pegawai Lembaga
    Peperiksaan, pegawai Jabatan Pelajaran Negeri dan pegawai Pejabat Pelajaran
    Daerah.atau mana-mana pegawai yang dilantik

5. Soalan : Apakah yang dimaksudkan dengan pemantauan?

    Jawapan : Pemantauan adalah proses memastikan pelaksanaan PBS mengikut
    prosedur dan garis panduan yang ditetapkan

6. Soalan : Siapakah yang boleh melaksanakan pemantauan?

    Jawapan : Pemantauan boleh dilakukan oleh Pemantau Dalaman terdiri
    daripada guru yang dilantik oleh JK PBS peringkat sekolah dan Pemantau
    Luaran terdiri pegawai Bahagian di Kementerian Pelajaran Malaysia, pegawai
    Lembaga Peperiksaan , pegawai Jabatan Pelajaran Negeri dan pegawai Pejabat
    Pelajaran Daerah.

7. Soalan :Bolehkah sekolah melaksanakan silang pemantauan dan silang
   penyelarasan dengan sekolah berhampiran untuk tujuan kebaikan bersama?

    Jawapan : Sekolah boleh        malah digalakkan untuk melakukan silang
    pemantauan dan silang penyelarasan dengan sekolah berhampiran kerana
    dengan kerjasama tersebut boleh meningkatkan kebolehpercayaan dan kesahan
    pelaksanaan PBS

8. Soalan : Sejauh manakah intergriti guru boleh dipercayai dalam pelaksanaan
   PBS

    Jawapan : Intergriti guru tidak boleh dipertikaikan dalam pelaksanaan PBS ini
    kerana adanya mekanisme penjaminan kualiti yang akan dijalankan sepanjang
    pelaksanaan PBS iaitu pementoran, penyelarasan, pemantauan dan pengesanan.

9   Soalan : Bolehkah sekiranya guru yang dipantau adalah Guru Besar atau Guru
    Penolong Kanan

    Jawapan :Boleh sekiranya Guru Besar atau Guru Penolong Kanan mempunyai
    peruntukan mengajar mata pelajaran



8
10. Soalan : Bagaimanakah dengan pelaporan PBS bagi murid yang berpindah?

     Jawapan : Sekolah perlu memaklumkan murid tersebut ke Jabatan Pelajaran
    Negeri (JPN) dan pihak JPN akan memproses perpindahan murid itu melalui
    sistem Apllikasi SPPBS dan pelaporan murid akan diakses oleh sekolah baru


     Pengurusan Evidens Pentaksiran Berasaskan

1. Soalan: Bolehkah fail showcase disediakan di hujung tahun?

    Jawapan: Tidak. Fail Showcase (FS) perlu disediakan pada awal tahun iaitu sesi
    awal persekolahan kerana selain boleh dijadikan rujukan untuk Fail
    Perkembangan Murid (FPM), Fail Showcase (FS) juga boleh dijadikan rujukan
    untuk mengesahkan pencapaian band murid jika diperlukan.

2. Soalan: Adakah perlu evidens dalam buku kerja difotostat dan disimpan dalam
   fail perkembangan murid?

    Jawapan: Sekiranya sekolah mempunyai kemudahan mesin fotostat, sebaiknya
    evidens dalam buku kerja difotostat. Walau bagaimanapun sekiranya sekolah
    tidak mempunyai kemudahan mesin fotostat, guru hanya perlu buat catatan
    dalam buku kerja tersebut.

3. Soalan : Berapakah bilangan fail yang perlu disediakan untuk menyimpan
   evidens murid dalam PBS?

    Jawapan: Satu Fail Perkembangan Murid (FPM) yang perlu disediakan untuk
    seorang murid bagi menyimpan evidens bagi semua mata pelajaran.
.
4. Soalan : Adakah evidens terbaik yang disimpan dalam Fail Perkembangan Murid
   (FPM) mengikut pencapaian dalam setiap band atau hanya evidens dalam
   band tertinggi sahaja yang disimpan?

    Jawapan : Evidens terbaik pada deskriptor tertinggi sahaja yang disimpan
    dalam Fail Perkembangan Murid (FPM). Evidens bagi pencapaian band sebelum
    itu boleh diserahkan kepada murid

5. Soalan : Bilakah evidens murid boleh dilupuskan?

    Jawapan : Evidens murid bagi Pentaksiran Sekolah boleh diserahkan kepada
    murid tersebut setelah pencapaian standard prestasinya direkodkan dalam
    SPPBS.




9
6. Soalan : Bagaimanakah hendak membuktikan kepada pihak yang memerlukan
   evidens berbentuk lisan?

     Jawapan : Pihak berkenaan boleh melihat pencapaian murid yang direkodkan
     di dalam SPPBS. Guru juga boleh meminta Ketua Panitia membuat pengesahan
     evidens tersebut.   Jika perlu murid boleh dipanggil untuk membuktikan
     pencapaiannya




10

Contenu connexe

Tendances

Standard guru malaysia
Standard guru malaysiaStandard guru malaysia
Standard guru malaysiaULak MuLai
 
Peluang pembangunan kerjaya guru
Peluang  pembangunan kerjaya guruPeluang  pembangunan kerjaya guru
Peluang pembangunan kerjaya gurumuhamad hasif
 
Model assure 1
Model assure 1Model assure 1
Model assure 1imtiaz78
 
Pendidikan Inklusif / Program Pendidikan Inklusif (PPI)
Pendidikan Inklusif / Program Pendidikan Inklusif (PPI)Pendidikan Inklusif / Program Pendidikan Inklusif (PPI)
Pendidikan Inklusif / Program Pendidikan Inklusif (PPI)FaFai S.
 
BBD 10302 pedagogi (KEMAHIRAN PENGAJARAN)
BBD 10302 pedagogi (KEMAHIRAN PENGAJARAN)BBD 10302 pedagogi (KEMAHIRAN PENGAJARAN)
BBD 10302 pedagogi (KEMAHIRAN PENGAJARAN)Fizz Scopio
 
Pembelajaran berasaskan masalah
Pembelajaran berasaskan masalahPembelajaran berasaskan masalah
Pembelajaran berasaskan masalahRohini Egambaram
 
Model pembelajaran kreatif
Model pembelajaran kreatifModel pembelajaran kreatif
Model pembelajaran kreatifHASHIMI Yusub
 
Model pengajaran
Model pengajaranModel pengajaran
Model pengajaranfiro HAR
 
Penilaian dalam perkhidmatan bimbingan dan kaunseling (2)
Penilaian dalam perkhidmatan bimbingan dan kaunseling (2)Penilaian dalam perkhidmatan bimbingan dan kaunseling (2)
Penilaian dalam perkhidmatan bimbingan dan kaunseling (2)Yokhanah Palani
 
Rph dan justifikasi 4MAT tumpuan dalam sains
Rph dan justifikasi 4MAT tumpuan dalam sainsRph dan justifikasi 4MAT tumpuan dalam sains
Rph dan justifikasi 4MAT tumpuan dalam sainsLiza Ahmad
 
Isu ponteng sekolah
Isu ponteng sekolahIsu ponteng sekolah
Isu ponteng sekolahFina Finaie
 
Rancangan pengajaran harian seni dalam pendidikan
Rancangan pengajaran harian seni dalam pendidikanRancangan pengajaran harian seni dalam pendidikan
Rancangan pengajaran harian seni dalam pendidikanMohd Syafiq A. Ghani
 

Tendances (20)

Standard guru malaysia
Standard guru malaysiaStandard guru malaysia
Standard guru malaysia
 
Standard Guru Malaysia
Standard Guru MalaysiaStandard Guru Malaysia
Standard Guru Malaysia
 
Peluang pembangunan kerjaya guru
Peluang  pembangunan kerjaya guruPeluang  pembangunan kerjaya guru
Peluang pembangunan kerjaya guru
 
Model assure 1
Model assure 1Model assure 1
Model assure 1
 
Penggubalan Item/Soalan Ujian
Penggubalan Item/Soalan UjianPenggubalan Item/Soalan Ujian
Penggubalan Item/Soalan Ujian
 
SME 6044 ISU-ISU KURIKULUM
SME 6044   ISU-ISU KURIKULUMSME 6044   ISU-ISU KURIKULUM
SME 6044 ISU-ISU KURIKULUM
 
Pengukuran dan penilaian
Pengukuran dan penilaianPengukuran dan penilaian
Pengukuran dan penilaian
 
Pendidikan Inklusif / Program Pendidikan Inklusif (PPI)
Pendidikan Inklusif / Program Pendidikan Inklusif (PPI)Pendidikan Inklusif / Program Pendidikan Inklusif (PPI)
Pendidikan Inklusif / Program Pendidikan Inklusif (PPI)
 
Pengenalan Kepada PBS
Pengenalan Kepada PBSPengenalan Kepada PBS
Pengenalan Kepada PBS
 
BBD 10302 pedagogi (KEMAHIRAN PENGAJARAN)
BBD 10302 pedagogi (KEMAHIRAN PENGAJARAN)BBD 10302 pedagogi (KEMAHIRAN PENGAJARAN)
BBD 10302 pedagogi (KEMAHIRAN PENGAJARAN)
 
Pembelajaran berasaskan masalah
Pembelajaran berasaskan masalahPembelajaran berasaskan masalah
Pembelajaran berasaskan masalah
 
TEORI, MODEL DAN PEMBANGUNAN KURIKULUM
TEORI, MODEL DAN PEMBANGUNAN KURIKULUMTEORI, MODEL DAN PEMBANGUNAN KURIKULUM
TEORI, MODEL DAN PEMBANGUNAN KURIKULUM
 
Model pembelajaran kreatif
Model pembelajaran kreatifModel pembelajaran kreatif
Model pembelajaran kreatif
 
Model pengajaran
Model pengajaranModel pengajaran
Model pengajaran
 
Penilaian dalam perkhidmatan bimbingan dan kaunseling (2)
Penilaian dalam perkhidmatan bimbingan dan kaunseling (2)Penilaian dalam perkhidmatan bimbingan dan kaunseling (2)
Penilaian dalam perkhidmatan bimbingan dan kaunseling (2)
 
Pengurusan bilik darjah - Psikologi Pendidikan
Pengurusan bilik darjah - Psikologi PendidikanPengurusan bilik darjah - Psikologi Pendidikan
Pengurusan bilik darjah - Psikologi Pendidikan
 
Rph dan justifikasi 4MAT tumpuan dalam sains
Rph dan justifikasi 4MAT tumpuan dalam sainsRph dan justifikasi 4MAT tumpuan dalam sains
Rph dan justifikasi 4MAT tumpuan dalam sains
 
Isu ponteng sekolah
Isu ponteng sekolahIsu ponteng sekolah
Isu ponteng sekolah
 
Rancangan pengajaran harian seni dalam pendidikan
Rancangan pengajaran harian seni dalam pendidikanRancangan pengajaran harian seni dalam pendidikan
Rancangan pengajaran harian seni dalam pendidikan
 
Model+pengajaran+k operatif
Model+pengajaran+k operatifModel+pengajaran+k operatif
Model+pengajaran+k operatif
 

Similaire à Soalan lazim tentang_pbs

Soalan lazim tentang_pbs
Soalan lazim tentang_pbsSoalan lazim tentang_pbs
Soalan lazim tentang_pbsnortatar
 
KONSEP_PENTAKSIRAN_BERASASKAN_SEKOLAH__PBS_.pptx
KONSEP_PENTAKSIRAN_BERASASKAN_SEKOLAH__PBS_.pptxKONSEP_PENTAKSIRAN_BERASASKAN_SEKOLAH__PBS_.pptx
KONSEP_PENTAKSIRAN_BERASASKAN_SEKOLAH__PBS_.pptxLuqmanMohamad2
 
Modul-PBS-SISC+.pptx
Modul-PBS-SISC+.pptxModul-PBS-SISC+.pptx
Modul-PBS-SISC+.pptxWanFadh1
 
3. Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) TAHAP 1 2019.pptx
3. Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) TAHAP 1 2019.pptx3. Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) TAHAP 1 2019.pptx
3. Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) TAHAP 1 2019.pptxSandraAbdul1
 
Artikel pbs terkini
Artikel pbs   terkiniArtikel pbs   terkini
Artikel pbs terkiniNadia Lorhh
 
SME6044-Pentaksiran
SME6044-PentaksiranSME6044-Pentaksiran
SME6044-PentaksiranLoreta Long
 
ULASAN VIDEO WEBINAR SPLKPM
ULASAN VIDEO WEBINAR SPLKPMULASAN VIDEO WEBINAR SPLKPM
ULASAN VIDEO WEBINAR SPLKPMkamal sufiyan
 
Pentaksiran
PentaksiranPentaksiran
PentaksiranRoyal Fu
 
Pbs maklumbalas dan instrumen pencerapan skpm aspek 4
Pbs maklumbalas dan instrumen pencerapan skpm aspek 4Pbs maklumbalas dan instrumen pencerapan skpm aspek 4
Pbs maklumbalas dan instrumen pencerapan skpm aspek 4Mukhrizam Mothtar
 
Soalan soalan lazim -pentaksiran_berasaskan_sekolah_2014
Soalan soalan lazim -pentaksiran_berasaskan_sekolah_2014Soalan soalan lazim -pentaksiran_berasaskan_sekolah_2014
Soalan soalan lazim -pentaksiran_berasaskan_sekolah_2014sititalib
 
Kendalian sekolah
Kendalian sekolahKendalian sekolah
Kendalian sekolahJimmy Siow
 

Similaire à Soalan lazim tentang_pbs (20)

Soalan lazim tentang_pbs
Soalan lazim tentang_pbsSoalan lazim tentang_pbs
Soalan lazim tentang_pbs
 
Qa pbs
Qa pbsQa pbs
Qa pbs
 
KONSEP_PENTAKSIRAN_BERASASKAN_SEKOLAH__PBS_.pptx
KONSEP_PENTAKSIRAN_BERASASKAN_SEKOLAH__PBS_.pptxKONSEP_PENTAKSIRAN_BERASASKAN_SEKOLAH__PBS_.pptx
KONSEP_PENTAKSIRAN_BERASASKAN_SEKOLAH__PBS_.pptx
 
Modul-PBS-SISC+.pptx
Modul-PBS-SISC+.pptxModul-PBS-SISC+.pptx
Modul-PBS-SISC+.pptx
 
3. Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) TAHAP 1 2019.pptx
3. Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) TAHAP 1 2019.pptx3. Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) TAHAP 1 2019.pptx
3. Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) TAHAP 1 2019.pptx
 
Artikel pbs terkini
Artikel pbs   terkiniArtikel pbs   terkini
Artikel pbs terkini
 
Pelaksanaan PBS
Pelaksanaan PBSPelaksanaan PBS
Pelaksanaan PBS
 
SME6044-Pentaksiran
SME6044-PentaksiranSME6044-Pentaksiran
SME6044-Pentaksiran
 
Perlaksanaan PBS UPSR dan PMR
Perlaksanaan PBS UPSR dan PMRPerlaksanaan PBS UPSR dan PMR
Perlaksanaan PBS UPSR dan PMR
 
1 over view pbs & isu
1 over view pbs & isu1 over view pbs & isu
1 over view pbs & isu
 
ULASAN VIDEO WEBINAR SPLKPM
ULASAN VIDEO WEBINAR SPLKPMULASAN VIDEO WEBINAR SPLKPM
ULASAN VIDEO WEBINAR SPLKPM
 
Pentaksiran
PentaksiranPentaksiran
Pentaksiran
 
Pbs maklumbalas dan instrumen pencerapan skpm aspek 4
Pbs maklumbalas dan instrumen pencerapan skpm aspek 4Pbs maklumbalas dan instrumen pencerapan skpm aspek 4
Pbs maklumbalas dan instrumen pencerapan skpm aspek 4
 
Garis panduan pbd
Garis panduan pbdGaris panduan pbd
Garis panduan pbd
 
Pentaksiran Matematik
Pentaksiran MatematikPentaksiran Matematik
Pentaksiran Matematik
 
Ho Sppk Jpn Trg
Ho Sppk Jpn TrgHo Sppk Jpn Trg
Ho Sppk Jpn Trg
 
8. Assessment
8.	Assessment8.	Assessment
8. Assessment
 
Soalan soalan lazim -pentaksiran_berasaskan_sekolah_2014
Soalan soalan lazim -pentaksiran_berasaskan_sekolah_2014Soalan soalan lazim -pentaksiran_berasaskan_sekolah_2014
Soalan soalan lazim -pentaksiran_berasaskan_sekolah_2014
 
Kendalian sekolah
Kendalian sekolahKendalian sekolah
Kendalian sekolah
 
Pbs
PbsPbs
Pbs
 

Soalan lazim tentang_pbs

  • 1. SOALAN-SOALAN LAZIM PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH (PBS) Konsep PBS 1. Soalan: Apa itu PBS? Jawapan: PBS merupakan satu bentuk pentaksiran yang bersifat holistik iaitu menilai aspek kognitif (intelek), afektif (emosi dan rohani) dan psikomotor (jasmani) selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR). PBS mentaksir bidang akademik dan bukan akademik PBS merupakan satu bentuk pentaksiran yang dilaksanakan di sekolah secara terancang mengikut prosedur yang ditetapkan oleh Lembaga Peperiksaan. PBS dikendalikan oleh pihak sekolah dan pentaksirannya dilaksanakan oleh guru- guru mata pelajaran secara berterusan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Komponen PBS terdiri daripada Pentaksiran Sekolah, Pentaksiran Pusat, Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum, dan Pentaksiran Psikometrik. 2. Soalan: Adakah konsep PBS ini sesuatu yang baru? Jawapan: Konsep PBS bukanlah sesuatu yang baru, kerana pentaksiran inilah yang selama ini dilaksanakan oleh guru di sekolah (kerja rumah, projek, kuiz, soal-jawab dan lain-lain). PBS yang dicadangkan ini merupakan penambahbaikan kepada PBS yang telah sedia dilaksana dengan memperkenalkan pentaksiran merujuk standard dan aplikasi Sistem Pengurusan PBS (SPPBS) untuk membantu guru merekod pencapaian murid secara berterusan. 3. Soalan: Kenapa PBS perlu dilaksana sekarang? Jawapan: Pelaksanaan PBS adalah seiring dengan program transformasi negara untuk menghasilkan modal insan yang bertaraf dunia. 4. Soalan: Bila PBS mula dilaksanakan? Jawapan: PBS dilaksanakan mulai Tahun 1 pada 2011 dan penambahbaikan UPSR pada 2016, mulai Tingkatan 1 pada 2012 dan penambahbaikan PMR pada 2014. 1
  • 2. 5. Soalan: Apakah perbezaan antara PBS dengan pentaksiran sedia ada? Jawapan: • PBS adalah lebih holistik dan memberi penekanan kepada kesemua aspek JERI iaitu jasmani, emosi, rohani dan intelek berbanding kepada pentaksiran sedia ada yang lebih memberi penumpuan kepada pencapaian akademik melalui peperiksaan. PBS akan mentaksir proses dan produk secara formatif dan sumatif iaitu mengamalkan konsep assessment for learning dan assessment of learning manakala fokus utama pentaksiran sedia ada lebih kepada pencapaian akademik murid di akhir pembelajaran yang merupakan assessment of learning. • Dalam usaha penambahbaikan kepada pentaksiran sekolah sedia ada, Pentaksiran Rujukan Standard diperkenalkan, iaitu menggunakan Standard Prestasi untuk melihat kemajuan dan pertumbuhan (growth) pembelajaran serta pencapaian prestasi seseorang murid. Ia merupakan proses mendapatkan maklumat tentang sejauh mana murid tahu, faham dan boleh buat atau telah menguasai apa yang dipelajari berdasarkan pernyataan standard prestasi yang ditetapkan mengikut tahap-tahap pencapaian seperti yang dihasratkan dalam dokumen kurikulum. Pentaksiran Rujukan Standard tidak membandingkan pencapaian seseorang murid dengan murid lain tetapi melapor prestasi murid dalam pembelajaran dengan menerangkan tentang kemajuan dan pertumbuhan (growth) murid dalam pembelajaran merujuk kepada pernyataan standard. • PBS juga memberi pengiktirafan dan autonomi kepada guru untuk melaksanakan pentaksiran formatif dan sumatif yang berasaskan sekolah. Ini akan dapat meningkatkan integriti dan kredibiliti profesion perguruan kerana guru merupakan orang yang paling sesuai untuk mentaksir murid masing- masing kerana mereka: - boleh memantau perkembangan murid secara berterusan - boleh memberi maklum balas yang membina untuk penambahbaikan pembelajaran murid - lebih memahami konteks yang sesuai dengan persekitaran dan perkembangan murid - mentaksir dan memberi maklum balas berpandukan standard prestasi 6. Soalan: Apakah standard prestasi? Jawapan: Standard Prestasi merupakan satu pernyataan yang menerangkan tentang pencapaian atau penguasaan seseorang individu dalam sesuatu bidang yang telah dilalui dalam satu tempoh pembelajaran berdasarkan satu penanda aras (benchmark) yang telah dikenal pasti. Standard Prestasi memandu pentaksir bagaimana aktiviti pentaksiran boleh dan dapat dilaksanakan secara adil dan berfokus merujuk kepada standard yang ditetapkan. 2
  • 3. 7. Soalan: Bagaimana penjaminan kualiti PBS dapat dilaksanakan? Jawapan: Penjaminan kualiti bagi pelaksanaan PBS dapat dicapai melalui: • Pementoran • Penyelarasan • Pemantauan • Pengesanan • Pementoran PBS adalah proses membantu, memudah cara dan membimbing guru untuk melaksanakan PBS mengikut prinsip dan prosedur pelaksanaan yang ditetapkan. • Pemantauan ialah satu proses untuk mendapatkan maklumat dan memastikan pentaksiran dilaksanakan mengikut prosedur dan garis panduan yang ditetapkan agar mempunyai kesahan dan kebolehpercayaan. • Penyelarasan PBS adalah proses penyeragaman skor merujuk kepada Standard Prestasi yang disediakan atau berdasarkan rubrik sesuatu tugasan. • Pengesanan PBS adalah proses memastikan kekuatan dan keberkesanan instrumen pentaksiran dalam pelaksanaan PBS. 8. Soalan: Bagaimana ibu bapa mendapat maklum balas mengenai perkembangan pembelajaran anak-anak mereka? Jawapan: Laporan deskriptif dan formatif dapat dibuat melalui SPPBS pada bila- bila masa sekiranya diperlukan. Sistem ini juga menyimpan maklumat perkembangan murid daripada Tahun 1 hinggalah ke Tingkatan 5 (life-time data base). 9. Soalan: Bagaimana hasil pentaksiran berguna untuk murid? Jawapan: Maklum balas yang diberi berdasarkan standard prestasi boleh membantu murid mengenalpasti kekuatan, kelemahan, kesilapan dan apa yang perlu dibaiki, bagaimana perlu diperbaiki untuk memberi hasil yang lebih baik. Maklum balas yang memberi makna boleh membantu murid tentang tujuan dan perkembangan pembelajaran mereka. Keadaan inilah yang memberi motivasi untuk mencuba lagi bagi meningkatkan prestasi mereka di masa hadapan. 10. Soalan: Apakah nilai UPSR dan PMR dalam PBS? Jawapan: PBS untuk penambahbaikan UPSR dan PMR masih tetap bernilai dari segi pembentukan modal insan yang holistik tetapi tidak lagi high stake kerana pentaksiran dijalankan secara berterusan dan menyeluruh. 11. Soalan: Bolehkah pentaksiran yang dibuat guru dipercayai? Jawapan: Guru merupakan orang yang paling sesuai untuk mentaksir murid masing-masing kerana mereka: - boleh memantau perkembangan murid secara berterusan 3
  • 4. - boleh memberi maklum balas yang membina untuk penambahbaikan pembelajaran murid - lebih memahami konteks yang sesuai dengan persekitaran dan perkembangan murid - mentaksir dan memberi maklum balas berpandukan standard prestasi 12. Soalan: Apakah guru sudah bersedia untuk melaksanakan PBS? Jawapan: Setiap guru merupakan guru terlatih yang mempunyai asas pengajaran dan pembelajaran tetapi akan diberi pendedahan semula tentang Pentaksiran Berasaskan Sekolah. Jawatankuasa PBS 1. Soalan : Apakah peranan YDP Majlis Pengetua Daerah dan YDP Majlis Guru Besar Daerah sebagai Ahli Jawatankuasa PBS Daerah? Jawapan: YDP Majlis Pengetua/Guru Besar adalah mewakili semua Pengetua/Guru Besar dalam daerah berkenaan untuk membawa isu-isu dan hasrat pelaksana (guru di sekolah) ke dalam mesyuarat JK PBS Daerah 2. Soalan :Sejauh manakah kuasa JK PBS Sekolah dalam pengoperasian PBS? Jawapan: JK PBS boleh membuat keputusan dalam menetapkan pengoperasian PBS peringkat sekolah asalkan ianya mematuhi garis panduan dan arahan pelaksanaan yang ditetapkan 3. Soalan : Bagaimanakah keanggotaan JK PBS Sekolah bagi sekolah kurang murid dalam? Jawapan : Pelantikan JK PBS Sekolah adalah tertakluk kepada keperluan sekolah bagi sekolah kurang murid, seseorang guru mungkin perlu memegang lebih daripada satu folio 4
  • 5. Pelaksanaan PBS 1. Soalan: Adakah LINUS boleh digunakan dalam Pentaksiran Berasaskan Sekolah Jawapan : Boleh. LINUS boleh digunakan dalam pentaksiran PBS kerana kemahiran yang terdapat dalam LINUS terdapat dalam KSSR 2. Soalan : Perlukah Ujian Bulanan dan Peperiksaan Akhir Tahun diadakan? Jawapan : Keperluan mengadakan Ujian Bulanan dan Peperiksaan Akhir Tahun bergantung kepada keputusan mesyuarat Jawatankuasa PBS Sekolah. Sekiranya sekolah ingin menjalankannya maka, soalan atau tugasan untuk ujian tersebut mestilah diolah/bina mengikut deskriptor standard prestasi 3. Soalan: Bolehkah sekolah melaksanakan pengoperasian komponen PBS mengikut kekuatan sumber yang ada dan menggunakan pendekatan tertentu? Jawapan: Sekolah boleh melaksanakan pengoperasian PBS menggunakan sumber yang ada dan juga menggunakan pendekatan sesuai seperti yang diputuskan oleh JK PBS sekolah 4. Soalan : Perlukah murid yang baru pulang dari bermastautin di luar negara melaksanakan kohort PBS yang lepas? Jawapan : Tidak perlu kerana pentaksiran PBS hanya dilakukan untuk tahun semasa. 5. Soalan : Adakah murid dibenarkan memohon pengecualian dari melaksanakan PBS? Jawapan : Tidak boleh. Semua murid ditaksir mengikut kemampuan masing- masing dan pentaksiran PBS boleh dilakukan apabila murid telah bersedia untuk ditaksir 6. Soalan : Bagaimanakah pengoperasian PBS bagi murid dari golongan OKU dilaksanakan? Adakah mereka akan diberikan pengecualian? Jawapan : Murid OKU juga akan ditaksir mengikut standard prestasi yang dibina khas untuk golongan tersebut. Oleh itu mereka tidak perlu diberi pengecualian 5
  • 6. Pentaksir Sekolah 1. Soalan : Bolehkah Guru Sandaran Tidak Terlatih (GSTT) menjadi pentaksir? Jawapan : Boleh kerana pentaksiran mata pelajaran dilakukan semasa P&P dan guru yang mengajar sahaja boleh mentaksir muridnya 2. Soalan ; Bolehkah seseorang guru yang tidak mengajar mata pelajaran menjadi pentaksir dan seterusnya membuat pentaksiran? Jawapan : Tidak boleh kerana pentaksiran PBS dilakukan semasa pengajaran dan pembelajaran Pelaporan 1. Soalan: Bolehkah ibu bapa mendapatkan laporan prestasi murid bila diperlukan? Jawapan : Ibu bapa boleh mendapatkan laporan prestasi murid bila-bila masa diperlukan. Walau bagaimanapun laporan prestasi tersebut hanya boleh diperoleh sekiranya pembelajaran dan pengajaran (P&P) dan pentaksiran topik dan kemahiran telah diajar kepada murid tersebut 2. Soalan :Siapakah yang menyedia dan mengeluarkan laporan prestasi murid? Jawapan : Guru mata pelajaran yang menyedia dan mengeluarkan laporan prestasi murid sekiranya diperlukan. Laporan dikeluarkan melalui aplikasi Sistem Pengurusan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (SPPBS) 3. Soalan : Bilakah guru boleh mula memasukkan data standard prestasi murid ke dalam SPPBS? Jawapan: Pihak sekolah perlu menunggu arahan pelaksanaan yang akan dikeluarkan oleh Lembaga Peperiksaan pada awal tahun 4. Soalan :Bolehkah murid mendapatkan laporan prestasi bila diperlukan? Jawapan : Boleh. Murid boleh mendapatkan laporan prestasi bila diperlukan daripada guru. Laporan boleh dikeluarkan atau dicetak terus daripada system Aplikasi SPPBS 6
  • 7. 5. Soalan : Bolehkah pihak-pihak yang berkepentingan seperti wakil rakyat, pertubuhan NGO, pihak swasta dan pihak lain selain ibu bapa mendapatkan rumusan pelaporan prestasi untuk tujuan memberi sumbangan dan motivasi kepada murid? Jawapan : Pihak-pihak yang berkepentingan boleh mendapatkan rumusan pelaporan prestasi sekolah sekiranya dipersetujui oleh JK PBS Sekolah berkenaan 6. Soalan : Bolehkah sekolah membuat ranking di kalangan murid-muridnya? Jika boleh, bagaimana caranya? Jawapan : Sekolah boleh membuat ranking murid-muridnya dengan menggunakan atau merujuk evidens yang dapat disempurnakan oleh murid- murid semasa pentaksiran PBS 7. Soalan. Adakah pelaporan PBS boleh digunakan sebagai asas kepada pemilihan penerima anugerah kecemerlangan murid di sekolah? Jawapan : Pelaporan PBS memang wajar dijadikan asas atau kriteria kepada pemilihan penerima anugerah dan perlu disokong dengan evidens murid 8. Soalan: Adakah ibu bapa diberi kemudahan untuk mencapai sistem yang boleh mengeluarkan pelaporan bagi anak-anak mereka? Jawapan : Tidak boleh. Ibu bapa perlu mendapatkan laporan prestasi anak- anak mereka daripada guru di sekolah Penjaminan Kualiti 1. Soalan : Apakah maksud penyelarasan? Jawapan : Penyelarasan ialah satu proses untuk memastikan keselarasan kefahaman terhadap peraturan/skema penskoran/rubrik. Penyelarasan perlu dilakukan dari aspek penskoran untuk memastikan konstruk, gred/skala skor adalah seragam dan seterusnya meningkatkan kebolehpercayaan dan kesahan skor pentaksiran bagi menjamin kualiti. 2. Soalan : Siapakah yang melaksanakan penyelarasan? Jawapan : Penyelaras dalaman terdiri daripada Ketua Panitia/ Ketua Bidang / Guru Cemerlang mata pelajaran dan Penyelaras luaran terdiri daripada pegawai yang oleh Lembaga Peperiksa, JPN dan PPD 7
  • 8. 3. Soalan : Apakah yang dikatakan pementoran? Jawapan : Pementoran PBS adalah proses membantu, memudah cara dan membimbing guru untuk melaksanakan PBS mengikut prinsip dan prosedur pelaksanaan yang ditetapkan 4. Soalan : Siapakah yang boleh melaksanakan pementoran? Jawapan : Pementoran boleh dilakukan oleh Mentor Dalaman yang terdiri daripada Ketua Panitia, Jurulatih Utama , Guru Cemerlang, Guru Besar atau guru yang dilantik sementara Mentor Luaran terdiri daripada Pegawai Lembaga Peperiksaan, pegawai Jabatan Pelajaran Negeri dan pegawai Pejabat Pelajaran Daerah.atau mana-mana pegawai yang dilantik 5. Soalan : Apakah yang dimaksudkan dengan pemantauan? Jawapan : Pemantauan adalah proses memastikan pelaksanaan PBS mengikut prosedur dan garis panduan yang ditetapkan 6. Soalan : Siapakah yang boleh melaksanakan pemantauan? Jawapan : Pemantauan boleh dilakukan oleh Pemantau Dalaman terdiri daripada guru yang dilantik oleh JK PBS peringkat sekolah dan Pemantau Luaran terdiri pegawai Bahagian di Kementerian Pelajaran Malaysia, pegawai Lembaga Peperiksaan , pegawai Jabatan Pelajaran Negeri dan pegawai Pejabat Pelajaran Daerah. 7. Soalan :Bolehkah sekolah melaksanakan silang pemantauan dan silang penyelarasan dengan sekolah berhampiran untuk tujuan kebaikan bersama? Jawapan : Sekolah boleh malah digalakkan untuk melakukan silang pemantauan dan silang penyelarasan dengan sekolah berhampiran kerana dengan kerjasama tersebut boleh meningkatkan kebolehpercayaan dan kesahan pelaksanaan PBS 8. Soalan : Sejauh manakah intergriti guru boleh dipercayai dalam pelaksanaan PBS Jawapan : Intergriti guru tidak boleh dipertikaikan dalam pelaksanaan PBS ini kerana adanya mekanisme penjaminan kualiti yang akan dijalankan sepanjang pelaksanaan PBS iaitu pementoran, penyelarasan, pemantauan dan pengesanan. 9 Soalan : Bolehkah sekiranya guru yang dipantau adalah Guru Besar atau Guru Penolong Kanan Jawapan :Boleh sekiranya Guru Besar atau Guru Penolong Kanan mempunyai peruntukan mengajar mata pelajaran 8
  • 9. 10. Soalan : Bagaimanakah dengan pelaporan PBS bagi murid yang berpindah? Jawapan : Sekolah perlu memaklumkan murid tersebut ke Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) dan pihak JPN akan memproses perpindahan murid itu melalui sistem Apllikasi SPPBS dan pelaporan murid akan diakses oleh sekolah baru Pengurusan Evidens Pentaksiran Berasaskan 1. Soalan: Bolehkah fail showcase disediakan di hujung tahun? Jawapan: Tidak. Fail Showcase (FS) perlu disediakan pada awal tahun iaitu sesi awal persekolahan kerana selain boleh dijadikan rujukan untuk Fail Perkembangan Murid (FPM), Fail Showcase (FS) juga boleh dijadikan rujukan untuk mengesahkan pencapaian band murid jika diperlukan. 2. Soalan: Adakah perlu evidens dalam buku kerja difotostat dan disimpan dalam fail perkembangan murid? Jawapan: Sekiranya sekolah mempunyai kemudahan mesin fotostat, sebaiknya evidens dalam buku kerja difotostat. Walau bagaimanapun sekiranya sekolah tidak mempunyai kemudahan mesin fotostat, guru hanya perlu buat catatan dalam buku kerja tersebut. 3. Soalan : Berapakah bilangan fail yang perlu disediakan untuk menyimpan evidens murid dalam PBS? Jawapan: Satu Fail Perkembangan Murid (FPM) yang perlu disediakan untuk seorang murid bagi menyimpan evidens bagi semua mata pelajaran. . 4. Soalan : Adakah evidens terbaik yang disimpan dalam Fail Perkembangan Murid (FPM) mengikut pencapaian dalam setiap band atau hanya evidens dalam band tertinggi sahaja yang disimpan? Jawapan : Evidens terbaik pada deskriptor tertinggi sahaja yang disimpan dalam Fail Perkembangan Murid (FPM). Evidens bagi pencapaian band sebelum itu boleh diserahkan kepada murid 5. Soalan : Bilakah evidens murid boleh dilupuskan? Jawapan : Evidens murid bagi Pentaksiran Sekolah boleh diserahkan kepada murid tersebut setelah pencapaian standard prestasinya direkodkan dalam SPPBS. 9
  • 10. 6. Soalan : Bagaimanakah hendak membuktikan kepada pihak yang memerlukan evidens berbentuk lisan? Jawapan : Pihak berkenaan boleh melihat pencapaian murid yang direkodkan di dalam SPPBS. Guru juga boleh meminta Ketua Panitia membuat pengesahan evidens tersebut. Jika perlu murid boleh dipanggil untuk membuktikan pencapaiannya 10